KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2014

  MUAT TURUN (UNTUK AHLI SAHAJA) [dm]316[/dm][dm]317[/dm] [dm]318[/dm] [dm]319[/dm] [dm]320[/dm] [dm]324[/dm][dm]321[/dm] [dm]336[/dm][dm]322[/dm][dm]323[/dm][dm]325[/dm][dm]326[/dm][dm]327[/dm][dm]328[/dm][dm]329[/dm][dm]330[/dm][dm]331[/dm][dm]332[/dm]

[dm]313[/dm] [dm]314[/dm]

Posted on August 25, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 62 Comments.

  1. how to download the trial exam paper?

  2. Lee,

    Sekarang masih dalam FASA 1 – proses pengumpulan dan perkongsian antara PENYUMBANG set soalan sahaja.. Apabila set soalan setiap negeri terkumpul, barulah masuk ke FASA 2 – perkongsian kepada AHLI2 BERDAFTAR sahaja.

  3. cg nak tanya bila kita dapat melihat soalan kertas percubaan negerri negeri lain ?

  4. Dophline,

    Sekarang dalam proses pengumpulan, sesiapa yang MENYUMBANGKAN soalan masing2 akan TERUS mendapat set soalan trial daripada negeri lain yang telah ada dalam simpanan. Manakala bukan penyumbang hanya akan dapat SELEPAS semua set soalan berjaya dikumpul.

  5. Cikgu Narzuki, bilakah soalan percubaan boleh dimuat turun? kerana hendak digunakan sebagai soalan gerak gempur slps pcb SPM

  6. Saya tunggu beberapa set soalan dari negeri2 lain lagi… jika saya upload sekarang.. maka harapan untuk kumpul soalan2 tersebut agak tipis… kerana tidak ramai yang sudi menyumbang.. sebaliknya ramai yang hanya menunggu.

    Mana2 guru yang telah menyumbang set soalan masing2.. sudah menerima semua set yang saya kumpulkan.

  7. Terima kasih cikgu sebab mengadakan blog ini i. untuk kita dapat soalan percubaan negeri negeri lain.
    Saya harap cikgu sudi lepaskan beberapa set soalan lagi untuk kita download supaya dapat bagi anak murid buat masa cuti .
    Kebanyakan sekolah sudah habis percubaan .. boleh mula practise . Terima kasih

  8. Glorytayhh,

    Sekiranya masing2 sumbangkan set soalan trial… negeri / PPD / Sekolah masing2.. maka semua akan dapat kebaikkannya.

  9. cikgu saya nak soalan trial prinsip perakaunan 2014…. tapi tidak boleh download

  10. bagaimanakah untuk register dalam web cikgu

  11. Ragavie,

    Hanya isikan alamat email di PENDAFTARAN AHLI 2014, kemudian maklumat pendaftaran akan dihantar ke email tersebut.

  12. ckg bagaimana register
    sy isukan email dlm pendaftaran ahli 2014
    tatapi tdk blh diregister

  13. Kuhan,

    Sila ikuti langkah2 yang dinyatakan dalam email yang dihantar.

  14. Thanks for sharing these downloads

  15. Cikgu,
    Dalam soalan 3 penyata kos pengeluaran percubaan negeri pahang, mengapa diskaun diterima 1350 tak ditolak dengan belian bahan langsung? Soalan itu tak nyatakan diskaun diterima adalah dari belian bahan langsung atau belian barang siap. Terima kasih.

  16. Fatihah,

    Pada pandangan saya,
    DISKAUN tersebut merujuk kepada DISKAUN DITERIMA daripada BELIAN BAHAN LANGSUNG, ini kerana TIDAK WUJUD belian barang siap. Maka sepatutnya DITOLAK daripada BELIAN BAHAN LANGSUNG dalam Penyata Kos Pengeluaran.

  17. tahniah atas himpunan soalan2 trial 2014. banyak membantu pelajar saya. Rasanya banyak lagi kalau ramai neger@daerah atau sekolah yg hantar soalan esp dari selangor, sabah, sarawak, melaka dll. tqsm

  18. Hisham Ismail,

    Terima kasih, ini semua hasil kerjasama rakan2 guru dalam menyumbang set soalan masing2, Cg Narzuki Online sekadar mengurus pengumpulan dan mengedarkan koleksi tersebut dengan cara yang terbaik. Semoga rakan2 guru akan terus berikan kerjasama untuk tahun2 mendatang, dan lebih ramai lagi memberikan sumbangan untuk kebaikan kita semua, terutamanya untuk kejayaan anak didik masing2.

  19. Terima kasih kepada Cg Narzuki. Terima kasih juga diberikan khusus kepada pihak yang menyumbangkan kepada koleksi soalan percubaan Prinsip Perakaunan Tahun 2014 ini.

  20. Ribuan terima kasih kepada Cikgu Narzuki. Murid-murid saya memang bermanfaat dengan set percubaan ini. Apakah ramalan topik2014? sila berkongsi utk semua.

  21. Kasthury,

    Maaf, saya tiada topik2 ramalan…. apa yang boleh saya katakan..
    “Cuba kuasai sebanyak mungkin topik yang ada, semakin banyak yang dikuasai.. maka semakin hampir dengan A+”

  22. cg narzuki, kenapa sy xdpt download soalan trial..
    keluar pernyataan problem with the content..

  23. Nurulhuda,

    Cuba sekali lagi, sudah beratus orang download tanpa masalah.

  24. Salam sejahtera…Cg Narzuki, boleh tolong hantar maklumat pendaftaran untuk keahlian ke e-mail saya? TQ.

  25. salam cikgu macamana nk dapatkan skema jawapan mrsm negeri kedah mei 2014.saya dh buat penyata pendapatan dan kunci kira2.tp x balance.saya nk buat semakan.tq

  26. Adlina,

    Maaf tiada dalam simpanan, Cg cadangkan hantar kepada cikgu sekolah…. minta beliau semak jawapan anda.

  27. Ckgu narzuki..saya musykil la..utk soalan trial pahang 2014..soalan 2,dimana dh bg baki awal dan akhir penghutang..di maklumat tmbahan ada hutang lapuk..jd,soalan minta buat akaun kawalan penghutang..bila dh buat akaun kawalan dpt nilai jualan..
    Dlm maklumat tmbahan ada suruh kira Phr..jd nk amik nilai penghutang mana? Baki akhir penghutang yg diberi tolak hutang lapuk dlm maklumat tambahan atau juz amik penghutang akhir mengikut baki yg diberi dlm soalan?

  28. Ainmakhtar,

    PHR dikira berdasarkan BAKI AKHIR Penghutang SELEPAS pelarasan…. dimana Baki akhir RM24500, perlu diselaraskan dengan PJ RM560 yang belum direkodkan…. maka PENGHUTANG = 24500-560 = RM23940….. dan PHR = 5% x 23940.

  29. cikgu nazuki…. macam mana saya nak jadi ahli ye… sbb saya berminat dgn koleksi soalan.

  30. saya dah isi ruangan pendaftaran… saya lihat kat email tapi tiada apa2…

  31. salam..cikgu saya dah mendaftar sbg ahli tp saya terlupa user name & password. Harap cikgu dpt membantu kerana saya tidak boleh download bahan.

  32. Cikgu Zu,

    Ok, username dan password telah dihantar ke email.

  33. terima kasih cikgu narzuki di atas jawapan yg diberi melalui e-mail saya. insyaallah mlm ini saya transfer wang pendaftaran.

  34. Cikgu,
    Soalan Perkongsian pembubaran SMK Tanah Merah dan Soalan negeri pahang dirujuk. Mengapa Smk Tanah Merah penghutang di masuk debit ke akaun realisasi dan PHR dimasuk kredit akaun realisasi manakala negeri pahang ambil nilai yang telah ditolak PHR dan masuk ke debit akaun realisasi sahaja. Jika di suruh buat jurnal maka kita patut kredit akaun penghutang dan debit akaun realisasi, Debit akaun PHR kredit akaun realisasi maka sepatutnya smk tanah merah yang lebih mencerminkan catatan bergu walaupun kesan adalah sama. Apa pendapat cikgu?

  35. Cikgu,
    Soalan pembubaran smk tanah merah dan negeri pahang juga dirujuk. Jika terdapat hutang lapuk mengapa smk tanah merah guna penghutang sebelum tolak PHR untuk tolak hutang lapuk dan masuk dalam akaun realisasi manakala negeri pahang pula mengambil Penghutang yang telah tolak PHR untuk tolak hutang lapuk. Kedua-dua kaedah ini akan memberi kesan yang berlainan terhadap untung dan rugi realisasi. Kaedah mana yang lebih tepat?

  36. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    KES 1 : kita rujuk kepada proses pembubaran… 1. TUTUP SEMUA AKAUN ASET – maksudnya setiap AKAUN perlu ditutup dan dipindahkan ke Ak Realisasi…..akaun ada 2 iaitu Ak Penghutang dan Ak PHR, maka kedua2nya perlu ditutup dan dipindahkan ke Ak Realisasi.
    Adakah (PENGHUTANG – PHR) mengambarkan penutupan akaun ? walaupun kesannya SAMA tetapi dari segi rekod perakaunannya adakah TEPAT ? …….. # sama juga dalam kes ABS dan SNT.

    KES 2: apakah nilai PENGHUTANG ? ….. merujuk kepada Baki Ak Penghutang …. atau …. hasil (Penghutang – PHR) ?
    PHR hanyalaah ANGGARAN kemungkinan penghutang tidak dapat dikutip sahaja …. tetapi jumlah Penghutang masih merujuk kepada Baki Ak Penghutang. Jika ada Hutang Lapuk …. maka JUMLAH yang BERJAYA dikutip ialah PENGHUTANG – HUTANG LAPUK.
    Cuba kita imbau kembali ada tak pelarasan Hutang Lapuk …. [(Penghutang – PHR) – HL] ? ….. kenapa hanya [Penghutang – HL]

    Perbezaan antara keduanya berlaku ekoran daripada catatan penutupan dalam KES 1. ….

    Dalam kedua-dua kes, saya LEBIH SETUJU dengan cadangan jawapan SMKTM.

  37. Cikgu,
    Jika dalam kes smktm, jika kita guna kaedah pahang untuk catat penghutang dalam akaun realisasi. Maka hutang lapuk tetap akan ditolak dengan penghutang sebelum tolak PHR. Jika tidak jawapan akan berlainan. Maka perlukah kita membuat pembetulan dalam jawapan pahang iaitu tolak hutang lapuk sebelum penghutang tolak PHR?

  38. Fatimah,

    Disini, tidak wajar untuk saya membetulkan mana2 cadangan jawapan yang telah disediakan. Saya sekadar berikan pandangan, dalam Kes 1, mungkin ada yang memberi alasan kaedah langsung dan kaedah tidak langsung… tetapi dalam kes tersebut sebenarnya TIDAK WUJUD kaedah langsung / tak langsung ….. sepertimana catatan belanja realisasi, rugi realisasi, diskaun diterima.
    Apa yang boleh saya katakan disini, ajarlah pelajar kita apa yang sepatutnya mengikut ilmu perakaunan, bukannya ilmu matematik.

  39. Semasa pengiraan titik pulangan modal, adakah item sewa bangunan, mesin dan loji boleh dianggap sebagai kos tetap?

  40. Chan,

    Sila nyatakan soalan mana yang dirujuk..
    sewa bangunan kilang boleh dikelaskan sebagai kos tetap… manakala mesin dan loji merupakan Aset.. tetapi Susut nilainya boleh dikelaskan sebagai kos tetap…
    panduan mudah… Kos Prima = kos berubah…. Kos Overhed = Kos Tetap.

  41. Soalan Rekod Tak Lengkapan Negeri Kedah

    Perabot pada 1 Julai 2013 RM 7 500
    Perabot pada 30 Jun 2014 RM6 600

    Pembelian Perabot baru RM 1 500

    cara menjawab dalam Aset bukan semasa terus menuliskan perabot RM 6 600 sahaja
    Atau
    Perlu menunjukkan Perabot – susut nilai terkumpul ?

    Saya keliru dengan kes ini.

    cikgu ada skema atau cara pemarkahan untuk kertas 2? Jika ada, saya berharap cikgu dapat share kan…

  42. Karenlau,

    Pada pandangan saya,
    Dalam kes RTL… kita boleh tulis terus nilai buku RM6,600. Ini kerana nilai SNT kita tidak ketahui…. apa yang kita kira tersebut hanyalah SN bagi tempoh perakaunan tersebut sahaja.

  43. Ckg, tajuk ak kawalan:
    utk pndhn dr lejar belian ke lejar jualan atau pn sebaliknya, apa catatan yg betul..ak kwln pmtg / pghtg atau kontra?

  44. Ckg, tajuk perkongsian:
    Untung / rugi realisasi, apa catatan yg betul di akaun realisasi…modal pekongsi atau utg / rugi realisai?

    Begitu jg dgn pmbahagian utg / rugi di pnyta pengasingan utg rugi…tulis kongsi utg / rugi atau modal pkgsi?

  45. Azie,

    1. Butir KONTRA atau PINDAHAN boleh digunakan.

    2. Ada 2 kaedah yang boleh digunakan:
    (i)
    Ak Realisasi
    Untung/Rugi Realisasi:
    Ahmad
    Baba

    Ak Modal
    Untung/rugi realisasi

    (ii)
    Ak Realisasi
    Modal Ahmad
    Modal Baba

    Ak Modal
    Realisasi

  46. Cikgu narzuki
    Tajuk rekod tak lengkap:
    Pemilik mengambil barang niaga RM1200 dan tunai RM500 setiap bulan untuk kegunaan peribadi . Hitungkan ambilan utk setahun?

  47. Cikgu narzuki,
    Rekod tak lengkap- kaedah perbandingan
    Pemilik mengambil barang niaga RM1200 dan tunai RM500 setiap bulan utk kegunaan peribadi.
    Hitung ambilan utk setahun?

  48. Kweehwalim,

    Soalan tersebut agak mengelirukan….. sama ada ambilan barang niaga RM1200 SETIAP BULAN juga… atau hanya TUNAI RM500 sahaja setiap bulan…?
    Jika kedua2 untuk SEBULAN, maka (1200+500) X 12

  49. Ckg, utk pndhn lejar belian / jualan, blh x klu tulis Ak kwln pmtg / ak kwln pghtg? Ikut prinsip catatan bergu.

  50. Azie,

    BOLEH, gunakan butir ikut sistem catatan bergu.

  51. Cikgu narzuki
    Itu soalan peperiksaan percubaan 2013?
    Saya tanya guru bahasa malaysia, jawapannya seperti jawapan cikgu tetapi skema adalah 1200+(500×12).
    Bagaimana saya hendak beritahu pelajar saya?

  52. Kweehwalim,

    Arahan soalan sepatutnya jelas dan tidak mengelirukan. Cadangan saya… gantikan perkataan “dan” dengan “manakala” dalam soalan tersebut.

  53. Saya nk tnya berkaitan pinjaman..
    klu di imbangan duga tarikh 30 Jun 2014..dan pinjaman matang pada mei 2015..pinjaman dlm soalan dia kata start amik ada 30 September 2013..
    Pinjaman kita nak classify sbgai LBS atau LS ?

  54. ckgu narzuki..tahun ni peruncingan tajuk apa yer? blh cikgu narzuki kongsikan ?

  55. Ainmakhtar,

    Caranya, kita kenalpasti pada tarikh 30 Jun 2014 —> Mei 2015…. adakah LEBIH / KURANG 1 tahun ?
    Tempohnya tinggal 11 BULAN.. maka diklasifikasikan sebagai LIABILITI SEMASA.

    Maaf, saya tiada topik peruncingan. Pesanan kepada pelajar saya “Guna masa yang seadanya ini untuk cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada” ..
    Jika mahukan topik peruncingan… cuba buat analisi berdasarkan Koleksi Trial 2014 serta Soalan SPM tahun2 lepas.

  56. assalamualaikum cikgu, macamana nk daftar jadi ahli ya ?

  57. Fadhilah, waalaikumussalam.

    Isikan alamat email di PENDAFTARAN AHLI 2014

  58. Cikgu, mana nak download jawapan Kertas 1 untuk Percubaan peperiksaan PPD Pasir Gudang Johor?

  59. Lilytan,

    Maaf, saya tertinggal rupanya.. ok boleh muat turun DIATAS.

  60. Terima kasih. saya dah berjaya download soalan2

  61. saya nak cari trail kelantan 2014

  62. Tang li heng,

    Kelantan tiada soalan selaras… sekolah masing2 yang buat soalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.