Monthly Archives: June 2008

BAHAN PnP PRINSIP PERAKAUNAN (POWERPOINT)

Panitia Prinsip Perakuanan Hulu Langat, Selangor telah menganjurkan Seminar ICT dalam PnP Prinsip Perakaunan SPM kepada semua guru perakaunan Daerah Hulu Langat pada 23 Jun 2008 yang bertempat di Makmal Komputer SMK Abdul Jalil.

Guru-guru ditugaskan untuk menyediakan bahan-bahan PnP dengan menggunakan Powerpoint bagi semua topik Prinsip Perakaunan bagi Tingkatan 4 dan 5. Dan diharapkan agar semua guru perakaunan akan dapat menggunakan bahan yang disediakan tersebut di dalam PnP kepada pelajar di sekolah masing – masing.

Saya secara peribadi mengucapkan TAHNIAH kepada Panitia Prinsip Perakaunan Daerah Hulu Langat, Selangor kerana telah berjaya menganjurkan seminar ICT tersebut serta berjaya menghasilkan Bahan PnP Prinsip Perakaunan.  Semoga bahan-bahan tersebut bukan saja dapat membantu guru-guru di Daerah Hulu Langat  dalam PnP malah semua guru Prinsip Perakaunan di seluruh Malaysia.

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN

PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

Diharapkan pelajar semua lebih bersedia untuk menjawab soalan prinsip perakaunan pada tahun ini. Ini kerana soalan pada tahun ini terdapat sedikit perubahan ekoran daripada Program dua pensijilan yang baru diperkenalkan, iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI.

Dalam usaha menaiktaraf kelulusan Prinsip Perakaunan SPM ke peringkat lebih profesional, maka beberapa perubahan akan dibuat terhadap soalan pada tahun ini. Di mana GAYA PENYOALAN yang digunakan berlainan sedikit berbanding dengan soalan tahun-tahun lepas. Penilaian dan PEMBERIAN MARKAH juga turut berubah mengikut cara pemarkahan LCCI, di mana penekanan diberikan kepada KEMAHIRAN PERAKAUNAN, seperti kemahiran catatan pelarasan dan pengiraan hendaklah ditunjukkan dalam kertas jawapan.

Semoga usaha menaiktaraf ini, menjadikan Sijil Perakaunan SPM setanding dengan Sijil Profesional Perakaunan lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.