Monthly Archives: December 2008

PERLAKSANAAN FORMAT PENTAKSIRAN BARU BERMULA SPM 2011

Maklumat yang terbaru diterima daripada pegawai LPM bahawa HSP baru akan dilaksanakan mulai tahun 2010 dan penangguhan perlaksanaan Format Pentaksiran Baru akan bermula bagi calon SPM 2011. Berita tersebut sudah tentu akan mengembirakan para guru dan calon SPM 2009 semua.

Surat rasmi penanguhan perlaksanaan HSP baru dan Format Pentaksiran Baru telah mula diedarkan ke sekolah2.  Harap maklum.

PERSEDIAAN MENGHADAPI SPM 2009

Apakah yang cikgu2 perlu buat sebagai persediaan menghadapi SPM 2009 ?

Kita semua sedia maklum bahawa Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2009 adalah berbeza sama sekali berbanding tahun2  lepas.  Adakah kita hanya tunggu tahun  hadapan untuk mengambil apa-apa tindakan ?   Atau mengambil langkah awal membuat sedikit persediaan, samada memikirkan apakah perancangan, bahan2 p&p, bahan2 soalan atau apa2 saja  yang boleh dibuat bagi menghadapi SPM 2009.

Disini saya mengajak cikgu2 untuk sama-sama berbincang, memberikan pandangan, idea2, berkongsi bahan2 atau apa-apa saja yang berkaitan dengan proses p&p Prinsip Perakaunan khasnya untuk SPM 2009.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.