Yearly Archives: 2009

Guru Prinsip Perakaunan 1Malaysia

Berikut adalah senarai Guru Prinsip Perakaunan 1Malaysia yang telah berjaya Cg Narzuki Online kumpulkan. Semoga dengan adanya maklumat tersebut, dapatlah rakan guru saling berhubung, bertukar-tukar pendapat, pandangan, bahan2 dan sebagainya demi kebaikan bersama.

Sekiranya rakan guru ingin memasukkan nama ke dalam senarai tersebut sila isikan Borang Pendaftaran dibawah :

[formidable id=4 title=true]

STANDARD GURU MALAYSIA

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN

 

GC PERAKAUNAN & GC PRINSIP PERAKAUNAN

Berikut adalah senarai nama Guru Cemerlang Perakaunan dan Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan yang ada dalam simpanan Cg Narzuki Online.

Semoga maklumat ini dapat membantu guru-guru mengenali GC di kawasan masing2, seterusnya mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada mereka bagi membantu mewujudkan PnP yang lebih berkesan dan berkualiti. Akhirnya akan meningkatkan kecemerlangan anak2 didik masing-masing.

PENGREDAN SPM MULAI 2009

Gred SPM 2009

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.