Monthly Archives: April 2009

SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2009/2010 BAGI LEPASAN SPM 2008

MAKLUMAN KEPADA PEMOHON PROGRAM MATRIKULASI SESI 2009/2010 BAGI LEPASAN SPM 2008

Keputusan boleh disemak mulai 17 April 2009 melalui tiga cara :

1) Layari laman sesawang – www.moe.gov.my

2) Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip MOE (jarak-space) MAT (jarak-space) No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888.

3) Telefon ke nombor 03 8884 4100

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia

PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI PELAJAR PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

1. Permohonan Sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yang mempunyai kod kelayakan memohon sijil LCCI pada slip keputusan SPM.

2. Calon sekolah hendaklah mempuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

3. Lengkapkan 4 SALINAN Borang Permohonan Sijil LCCI.
Salinan 1 – Rekod Sekolah
Salinan 2 – Rekod Pegawai Peperiksaan Daerah
Salinan 3 – Rekod Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN
Salinan 4 – KPP Unit Pengurusan Maklumat dan Pemprosesan Data, LPM.

4. Borang Permohonan tersebut hendaklah disertakan bersama :

(i) 4 salinan SLIP SPM yang memaparkan kod kelayakan memohon sijil LCCI.
(ii) 4 salinan KAD PENGENALAN.
(iii) Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf bernilai RM25.00 ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN.
[Nota : Setiap salinan hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.]

5. Calon dikehendaki mengemukakan permohonan ke sekolah pada atau sebelum 9 April 2009.

6. Pihak sekolah hendaklah melengkapkan DUA SALINAN Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI.

7. Pengetua hantar 3 SALINAN borang permohonan bersama-sama 1 SALINAN Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Sekolah ke PPD pada atau sebelum 13 April 2009.

8. PPD hantar 2 SALINAN borang permohonan bersama-sama 1 SALINAN Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Daerah kepada SPP pada atau sebelum 17 April 2009.

MUAT TURUN :

1. Panduan dan Borang Permohonan Sijil LCCI

2.  Borang Permohonan Terus ke  LCCI (Tutup 31 Oktober 2009)

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.