Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011.
June 30th, 2009 — Cg NarzukiPermohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 akan mula dibuka pada 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009. Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara iaitu :
1. Permohonan Secara Manual (PSM)
2. Permohonan Melalui Internet (PMI) (Sila Klik)
Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
2009-06-30


