Monthly Archives: March 2012

KEPUTUSAN SPM 2011 – 21 MAC 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012. Sumber : KPM

PERMOHONAN SIJIL LCCI : SPM 2011

Bagi mana-mana calon SPM 2011 yang tertera gred LCCI pada slip keputusan SPM 2011, maka anda adalah LAYAK menerima SIJIL LCCI tersebut.  Walau bagaimanapun permohonan secara MANUAL atau ONLINE untuk mendapatkan sijil tersebut perlulah dilakukan terlebih dahulu.  Tahniah diucapkan kepada pelajar2 yang berjaya.

[dm]184[/dm] [dm]70[/dm]
PROSEDUR PERMOHONAN Calon boleh memohon sijil LCCI melalui cara-cara berikut :

1 APRIL – 30 APRIL 2012 Calon boleh memohon melalui sekolah masing2 dengan menggunakan Borang Permohonan LCCI.  Pihak sekolah hendaklah menghantar semua borang permohonan kepada LCCI pada atau sebelum 30 APRIL 2012.  Calon boleh mendapatkan sijil LCCI dari sekolah masing2 mulai SEPTEMBER 2012.

1 MEI – 31 OKTOBER 2012 Calon boleh memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos kepada Pejabat LCCI International Qualifications Malaysia / Pusat Latihan yang dilantik oleh LCCI. Calon boleh mendapatkan sijil LCCI dari sekolah masing2 mulai JANUARI 2013.

PERMOHONAN SECARA ONLINE

MAKSUD GRED LCCI 

Jika Bahasa Inggeris 1119C mencapai 6C keatas :
Kod gred LCCI 1 – Lulus dengan Cemerlang
Kod gred LCCI 2 – Lulus dengan Kepujian
Kod gred LCCI 3 – Lulus
# Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun”

Jika Bahasa Inggeris 1119C tidak mencapai 6C / kebawah :
Kod gred LCCI 4 – Lulus dengan Cemerlang
Kod gred LCCI 5 – Lulus dengan Kepujian
Kod gred LCCI 6 – Lulus
# Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)”.

 POST TERDAHULU : PERMOHONAN SIJIL LCCI 2010

TUGASAN KERJA KURSUS TING 5 TAHUN 2012

 

SOALAN TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 SPM2012
[DM]185[/DM][DM]186[/DM][dm]188[/dm]

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada rakan2 guru, ada sedikit PENAMBAHBAIKAN terhadap arahan tugasan tersebut berbanding tahun lepas. Serta kemungkinan besar ianya juga akan dikeluarkan seminggu lebih awal .. sebagai persediaan untuk guru… iaitu pada 23 26 Mac 2012 manakala tempoh pelaksanaan tetap sama sepertimana dalam Format Pentaksiran iaitu mulai 1 APRIL hingga 31 MEI.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.