Monthly Archives: January 2013

I LOVE AKAUN ~ Cikgu Sila

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada Ciku Sila diatas kejayaan beliau menghasil  buku I LOVE AKAUN, yang telah berada dipasaran.

Sebagai tanda sokongan dan galakkan diatas usaha murni beliau, Cg Narzuki Online cuba membantu  meluaskan promosi kepada rakan-rakan guru serta anak-anak pelajar.

CIRI-CIRI EKSKLUSIF – I LOVE AKAUN

PETA KONSEP – Gabungan setiap subtopik dalam bab.

TEKS – Nota dalam bentuk poin menjadikan teks mudah difahami dan memudahkan ulang kaji. Menggunakan bahasa mesra pelajar dan guru.

GRAFIK – Halaman berdiagramstik yang memaparkan maklumat ringkas untuk membantu pemahaman pelajar.

INGAT! – Peringakatan penting yang tidak boleh diabaikan oleh pelajar.

CONTOH DAN PENYELESAIAN – Contoh yang disediakan beserta dengan penyelesaian soalan struktur SPM sebenar.

PINTAR KALKULATOR – Merupakan soalan pendek yang menguji kefahaman pelajar terhadap subtopik yang melibatkan pengiraan.

UJI MINDA – Soalan ringkas untuk menilai pemahaman pelajar tentang sesuatu subtopik.

TEKNIK – Menyediakan langkah atau format akaun yang digabungkan menjadi satu teknik bagi memudahkan pelajar menjawab soalan mengikut langkah dan turutan yang betul.

INFO AKAUN – Info tambahan sebagai kata kunci yang penting dalam bab.  Memberikan penekanan terhadap bentuk soalan yang sering keluar SPM.

FORMULA – Dibentuk secara krestif bagi memudahkan pemahaman pelajar menyediakan sebuah akaun yang lengkap.

TIP MOTIVASI – Sisipan tip-tip motivasi dalam setiap bab sebagai peniup semangat ke dalam diri pelajar untuk terus maju.

FORMAT – Disertakan dengan lengkap untuk memudahkan pelajar merujuk dan mengingati format-format akaun.

LATIHAN – Merangkumi soalan objektif dan subjektif untuk menilai keupayaan dan pemahaman pelajar dalam setiap topik.

PENANDA KLON SPM dan KLON SBP – Memberikan panduan kepada pelajar tentang bentuk soalan yang pernah dikeluarkan dalam SPM sebenar dan peperiksaan percubaan SBP.

JAWAPAN – Disediakan lengkap dan tepat serta mudah difahami.

BONUS!! – Strategi menjawab soalan yang disediakn khas untuk pelajar.

[ BUKU I LOVE AKAUN : CIKGUSILA boleh diperolehi di 139 lokasi kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. ]

 

Maklumat Guru Prinsip Perakaunan SPM 1Malaysia

 

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua rakan guru Prinsip Perakaunan yang sentiasa mengunjungi Blog Cg Narzuki Online.

Pada tahun ini 2013, Cg Narzuki Online terpanggil untuk membantu Pegawai-pegawai di Jabatan atau Kementerian dalam mendapatkan maklumat Guru Prinsip Perakaunan SPM 1Malaysia bagi tujuan mempertingkatan dan memperkasakan Guru-guru Prinsip Perakaunan 1Malaysia selaras dengan Tranformasi Pendidikan Teknik Vokasional.

Maklumat yang dikumpulkan TIDAK akan disebarkan / didedahkan kepada umum atau pihak-pihak yang tidak bertangungjawab.  Sebaliknya maklumat tersebut  HANYA akan diserahkan kepada Pegawai-pegawai di JPN, LPM atau KPM yang memerlukannya sahaja.   Dengan adanya maklumat tersebut akan memudahkan lagi pihak atasan dalam pemilihan peserta untuk menghadiri program2 yang dianjurkan seperti Seminar, Kursus Peningkatan PdP dan seumpamanya.

Cg Narzuki Online mengharapkan rakan-rakan guru Prinsip Perakaunan dapat memberikan kerjasama melengkapkan maklumat2 tersebut, disamping memaklumkan juga kepada rakan-rakan guru yang lain.  Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru meningkatkan lagi kemahiran diri serta dapat membantu pegawai-pegawai diperingkat atasan dalam usaha memartabatkan lagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Akhir sekali, Cg Narzuki Online mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

[ BORANG DAFTAR MAKLUMAT ] (KLIK)

SELAMAT TAHUN BARU 2013

SUKATAN PELAJARAN & HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

[DM]148[/DM][DM]145[/DM]

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2013

[dm]253[/dm] [dm]252[/dm] [dm]254[/dm]

# Nota : Boleh diubahsuai mengikut keperluan, kesesuaian dan perancangan masing2.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.