ANALISIS DAN GRED PURATA SPM 2009

ANALISIS DAN GRED PURATA

PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009 PERINGKAT NASIONAL

(Calon sekolah bantuan kerajaan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A+ = 6.7 % – Cemerlang Tertinggi

A = 12.7 % – Cemerlang Tinggi

A- = 6.4 % – Cemerlang

B+ = 7.0 % – Kepujian Tertinggi

B = 7.7 % – Kepujian Tinggi

C+ = 9.6 % – Kepujian Atas

C = 8.9 % – Kepujian

D = 11.4 % – Lulus Atas

E = 10.4 % – Lulus

LULUS = 81.0 %

GAGAL = 19.0%

Jumlah Calon = 85,382 orang

Gred Purata MP = 5.14

Posted on March 14, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 11 Comments.

  1. Selamat petang, cikgu.

    Saya pelajar dari program pendidikan IPTA. Nak tanya cikgu tentang analisa keputusan SPM 2009 ini. Adakah “calon sekolah bantuan kerajaan” sama dengan “calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia” yang biasanya dinyatakan pada analisa SPM tahun-tahun lalu. Entah mengapa tahun ini dah tukar kepada “calon sekolah bantuan kerajaan”?

  2. Pada pandangan saya, kemungkinan sama dengan analisis yang dikeluarkan pada tahun2 lepas. Penggunaan “Calon Sekolah Bantuan Kerajaan”, kerana pada tahun ini terdapat juga sekolah2 agama yang asal dibawah kerajaan negeri tetapi telah diserap ke kerajaan persekutuan dan dilebelkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan.

  3. Terima kasih, cikgu!

    Apa pandangan cikgu tentang prestasi SPM 2009? Saya rasa prestasi dah meningkat di mana peratus dapat A menaik (2008: 22.6, 2009:25.8) dan peratus gagal menurun (2008:21.1, 2009:19).

    Tapi, prestasi 2008 lemah sikit. Peratus dapat A menurun (2007:25.8, 2008:22.6) dan peratus gagal naik (2007:20.7, 2008: 21.1). Mungkin kah keadaan ini disebabkan perubahan gaya soalan yang setaraf dgn LCCI pada 2008? Keadaan lebih diperbaiki pd 2009 disebabkan guru dan murid lebih sedia?

  4. Ya, saya sangat bersetuju dengan pandangan tersebut. Pendedahan tentang perubahan pada tahun 2008 boleh dikatakan tidak menyeluruh, masih ramai guru2 yang tidak mengetahuinya serta tiada gambaran tentang bentuk/gaya soalan yang bakal dikemukakan dalam SPM 2008 (terutamanya anchor item).

    Manakala pada tahun 2009, cikgu2 telah didedahkan tentang perubahan tersebut secara lebih meluas serta gambaran/contoh gaya penyoalan ala LCCI juga ada disedia dan diedarkan kepada guru2. Semoga sumbangan Cg Narzuki Online dalam penyebaran maklumat2 tersebut sedikit sebanyak telah membantu peningkatan prestasi SPM2009.

  5. Terima kasih cikgu atas penjelasan yg jelas dan sumbangan cikgu dengan mewujudkan blog ini. Ia memang memanfaatkan!

  6. salam… Cikgu… Ada tak formula nak kira Gred Purata menggunakan sistem merit ni? Sebab nak kira GP peringkat sekolah, untuk peperiksaan dalaman tak reti… Harap cikgu dapat bantu. Terima kasih banyak-banyak.

  7. Contoh Pengiraan GP:
    Gred – Wajaran X Bil calon
    A+ —- 0 X 2 = 0
    A —-1 X 3 = 3
    A- —- 2 X 2 = 4
    B+ —- 3 X 5 = 15
    B —- 4 X 3 = 12
    C+ —- 5 X 1 = 5
    C —- 6 X 2 = 12
    D —- 7 X 3 = 21
    E —- 8 X 1 = 8
    G —- 9 X 1 = 9
    Jumlah (wajaran X bil) = 89
    Jumlah calon = 23

    GP = 89 / 23 = 3.87

  8. Terima kasih banyak-banyak cikgu. Saya amat menghargainya!

  9. Maaf cikgu, tadi komputer ada masalah sikit.

    Saya nak minta pandangan cikgu lagi…Menurut pengalaman cikgu, apa kelemahan pelajar dalam pembelajaran Prinsip Perakaunan ini? Adakah pelajar biasanya guna kaedah hafalan dalam pembelajaran mereka.

    Terima kasih dan semoga sihat.

  10. akaun markah berapakah baru dapat A (A-, A, A+) ?

  11. Gred sebenar hanya pihak LPM sahaja yang mengetahuinya setelah mengambil kira graf pencapaian calon keseluruhannya. Secara kasarnya, kita boleh letak markah sasaran 80% keatas untuk mendapat gred A.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.