- Home
- Prinsip Perakaunan
- KUIZ
- Pengenalan kepada Perakaunan
- Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra.
- Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat
- Buku Catatan Pertama
- Lejar
- Imbangan Duga
- Penyata Kewangan – Milikan Tunggal
- Pelarasan Pada Tarikh Imbangan
- Akaun Kawalan
- Pembetulan Kesilapan
- Penyata Penyesuaian Bank
- Belanjawan Tunai dan Varian
- Perakaunan untuk Penggajian
- Perkongsian – Pengasingan Untung Rugi
- Perkongsian – Pembubaran
- Syarikat Berhad
- Kelab dan Persatuan
- Rekod Tak Lengkap
- Kos Pengeluaran
- Analisis Kos Volum Untung (TPM)
- Tafsiran Penyata Kewangan
- MUAT TURUN BAHAN
- Motivasi & Kerjaya
- Bicara Guru
- Anak Didikku
Maklumat Awal : Kerja Kursus Tingkatan 5 Tahun 2011
Antara bahan2 Kerja Kursus Tingkatan 5 yang ada dalam simpanan Cg Narzuki Online sehingga hari ini.
TEMPOH UJIAN : APRIL – MEI 2011
~ MUAT TURUN (AHLI SAHAJA) ~
|
|
download: Contoh Soalan Kerja Kursus T5 (21.92KB) added: 18/02/2011 description: clicks: 1380 |
|
|
download: Elemen dan Aspek Penilaian Kerja Kursus Ting 5 (104.90KB) added: 19/02/2011 description: clicks: 808 |




about 2 years ago
cikgu narzuki, boleh saya tahu bilakah kita akan dapat tajuk bagi folio ?
about 2 years ago
Oleh kerana tempoh pelaksanaannya April – Mei, maka kemungkinan soalan tugasan akan dikeluarkan pada akhir bulan Mac nanti.
about 2 years ago
cg… sek. saya calonnya 250 orang makmal kom pun tiada macam sek 2 lain. Pelajar buat tugasan di rumah dan cybercafee shj. Masalah telah diajukan kpd pentad. sek tapi tak terima terutamanya bil calon. Memang ada komputer sek cuma 16 buah shj yg boleh pakai. Nisbah pelajar dgn komp setiap kelas pula ialah 3:1, pening kepala saya cg.
Minta khidmat nasihat cg narzuki.
about 2 years ago
Memandangkan kekangan masa dan kemudahan komputer berbanding dengan bilangan calon yang ramai. Cuba cikgu hayati KRETERIA PENILAIAN bagi setiap ELEMEN. Pemberian markah/skor untuk penggunaan ICT hanyalah pada Elemen 4.1 : Penggunaan Komputer, iaitu 1/18 daripada elemen yang dinilai. Apa yang penting ialah guru membimbing pelajar MENYIAPKAN tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, samada menggunakan komputer (jika ada kemudahan) ataupun secara manual sahaja. Di mana terdapat 17 elemen lagi yang boleh dinilai dan diberikan markah. Cuba fikir-fikirkan lah apakah KEMAHIRAN UTAMA yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam penyediaan kerja kursus tersebut.
about 2 years ago
cikgu, saya ingin mendapat seba sedikit maklumat mengenai tugasan tingkatan 5. calon dikehendaki menyediakan sat set akaun yang lengkap , apa yang dimaksudkan tu?Akaun jenis apa?Adakah ianya bermaksud lampiran A tersebut tertimbul kesilapan maka calon diminta membuat pembetulan kesilapan?
sekain terima kasih.
about 2 years ago
Set Akaun yang lengkap, maksudnya bermula dari Buku Catatan Pertama (lampiran A) yang diberikan, pelajar pos ke Lejar – Imbangan Duga – Pelarasan (pelajar reka sendiri berdasarkan arahan tugasan) – ID Terselaras – penyediaan Penyata Kewangan. Seterusnya sediakan analisis nisbah terhadap penyata kewangan tersebut.
Itu sebagai gambaran kasar sahaja, berdasarkan contoh soalan tuagasan yang dikeluarkan LPM sebelum ini. Yang sebetulnya kena tunggu Soalan Tugasan Ting5 yang akan dikeluarkan nanti.
about 2 years ago
cg,ada panduan nak buat kerja kursus tg.5 x?
about 2 years ago
Buat masa ini belum ada lagi.
about 2 years ago
assalamualaikum .. cikgu .. kat lpm belum ada keluar bh .. sy perlukn bantuan ckg … blh x kalo ckg send soalan kerja kursus tingkatan 5 tu kt email sy … pls ckg .. sy merayu sgt3 ..
about 2 years ago
assalamualaikum .. cikgu .. boleh x cikgu tlng send dgn sy soalan kerja kursus form5 ths year to my email… pls ckg..
about 2 years ago
Waalaikumussalam,
Soalan kerja kursus tingkatan 5 bagi tahun 2011 masih belum dikeluarkan lagi, kemungkinan pada akhir bulan Mac nanti baru dikeluarkan.
about 2 years ago
salam,
Buat Cgbun,
Sekolah tiada kemudahan ICT ini memang menjadi persoalan utama bila kursus penerangan tahun lepas. di Pahang, kami sepakat untuk hanya menggunakan sedikit sahaja IT untuk mendapat markah elemen IT..Cadangan dari JU hanya membuat cover dan prakata sahaja menggunakan komputer.. yang lain memadai menulis sahaja dengan terang dan kemas..
Apapun permarkahan untuk elemen inin hanaya 1 bahagian daripada 18 unit..usahlah terlalu bimbang tentang permasalahan ini..yg penting para pelajar dapat menjawab tugasan dengan baik…
about 2 years ago
Saya setuju dengan pandangan Dobit127, terima kasih diucapkan. Pelajar buat dengan komputer setakat mana yang termampu sahaja seperti Kulit depan, Pengenalan, Penghargaan, Profail perniagaan, Rumusan.
Apa yang penting pelajar menguasai KEMAHIRAN2 dalam menyediakan set akaun yang lengkap mengikut kitarannya secara sistematik sama ada secara manual ataupun berkomputer.
about 2 years ago
erm…cihgu …saya ada soalan tidak tahu macam mana buat o….cikgu boleh bantu saya tak ??
about 2 years ago
Cikgu,
Saya ingin tanya tentang Kerja Kursus T5. Berdasarkan kepada contoh kursus dalam huraian T5, terdapat elemen “tafsiran penyata kewangan”. Topik ini hanya akan dipelajari pada akhir tahun T5, iaitu biasanya pada bulan Ogos/Sept. Tetapi kursus T5 perlu disiapkan dalam bulan April/Mei. Jadi, haruskah kita ajar topik ini lebih awal? Terima kasih.
about 2 years ago
Ya, terpaksalah kita ajar terlebih dahulu atau semasa kita membimbing pelajar menyediakan tugasan tersebut.
about 2 years ago
Cikgu,
Terima kasih atas jawapan di atas. Saya nak tanya lagi, adakah contoh kerja tugasan T5 ini berdasarkan pada apa yang dikeluarkan oleh LPM? Jika betul, kandungan soalan memerlukan lebih pengetahuan dari topik T4 dan kurang dari T5. Apakah pendapat Cikgu? Satu lagi, satu “set akaun yang lengkap” bermakna mengikut kitaran perakaunan. Maka mestikah kitaran peringkat 6, iaitu “Imbangan Duga dengan pelarasan” juga disediakan? Topik ini (iaitu Lembaran Kerja) tidak lagi dalam silibus baru T4. Harap Cikgu boleh jelaskan. Ribuan terima kasih.
about 2 years ago
Contoh tersebut memang dikeluarkan oleh LPM sebagai panduan kepada guru2. Kitaran lengkap sampai ke Penyata Kewangan termasuklah pelarasan2, dan ID terselaras. Topik Lembaran Kerja telah dikeluarkan daripada Sukatan Pelajaran Lama dan beberapa topik tingkatan 5 telah dibawa ke tingkatan 4 iaitu Pembetulan kesilapan dan Akaun kawalan.
about 2 years ago
Cikgu,
Terima kasih. Jadi, haruskah kita ajar lembaran kerja untuk melengkapkan kursus itu?
about 2 years ago
Pada pandangan saya, tidak perlu diajarkan LK tersebut. Kemahiran yang perlu pelajar aplikasikan dalam menyiapkan kerja kursus tersebut, antaranya :
Elemen 2.0 Kemahiran Mengaplikasi
1. Lejar
2. Penyediaan Imbangan Duga
3. Pelarasan
4. Penyediaan Jernal Am
5. Penyediaan Akaun Pelarasan
6. Penyediaan Akaun Kawalan
7. Imbangan Duga Terselaras
8. Penyata Pendapatan
9. Kunci Kira-Kira
10. Menghitung Nisbah Penyata Kewangan
about 2 years ago
HI CIKGU BOLEH CIKGU KAWAN DENGAN SAYA..TQ.
about 2 years ago
cikgu…ble smpai kerja kursus ni….
about 2 years ago
Berdasarkan kerja kursus tingkatan 4 pada tahun lepas, soalan dikeluarkan 1/2 hari sebelum tarikh perlaksanaan. Memandangkan Tempoh Pelaksanaan kerja kursus tingkatan 5 ialah pada bulan April – Mei, kemungkinan soalan tugasan akan dikeluarkan pada 30 / 31 Mac 2011 nanti. Walau bagaimanapun bergantung kepada pihak LPM.
about 2 years ago
salam…cg adakah topik ini perlu didedahkan lebih awal sebelum kerja kursus 2 dilaksanakan?saya keliru untuk tekankan topik mana dulu bagi memudahkan dan melancarkan pengajaran & pembelajaran…hrp ckgu dpt membantu..terima kasih
about 2 years ago
Pada pandangan saya, oleh kerana pelaksanaan tugasan dilakukan secara TERBIMBING dan berperingkat-peringkat, contohnya :
Minggu 1 – pelajar postkan ke Lejar dan sediakan Imbangan Duga,
Minggu 2 – sediakan catatan pelarasan
Minggu 3 -
Minggu 4 -
Minggu 5 – Penyata Pendapatan & Kunci kira-kira
Minggu 6 – Tafsiran Penyata Kewangan
Maka, pada minggu 6 sangat sesuai untuk kita ajarkan topik tersebut, seterusnya pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dengan menyediakan Analisis/ Tafsiran terhadap penyata kewangan masing2.
Ok, itu hanya cadangan daripada saya.
about 2 years ago
sejahtera..
terima kasih atas pandangan cg..sekolah kami ada program menghabiskan silibus..kebetulan saya ajar pelajar tingkatan 5 topik terakhir.jadi kira bagusla kerana pelajar tau lebih awal walaupun pelajar saya masih bingung..
nanti bolehla saya minta pendapat cg berkaitan dengan jadual pelaksanaan..
terima kasih cg..
about 2 years ago
slm..ckgu thn ni soaln k3 kluar bln brapa ye?knapa mrkahnya sikit?kdg2 rsa mcm x berbaloi je buat.
about 2 years ago
Ashira,
Tugasan T5 = April – Mei
Tugasan T4 = Ogos – September
Berdasarkan tahun lepas, soalan dikeluarkan sehari sebelum tempoh pelaksanaan tersebut.
Kertas 3 menyumbangkan markah 20% daripada jumlah keseluruhannya. Pada pandangan saya, ianya lebih daripada berbaloi.
about 2 years ago
salam… cikgu .. bila agaknya soalan tuk tingkatan 5 pny kerja kusus keluar ehk?
about 2 years ago
Kemungkinan besar pada akhir bulan Mac nanti.
about 2 years ago
Salam, bila projrk folio akaun tingkatan 5 akan dimulakan ? dan kali ni projek ni sama mcm tahu lepas ke ? atau lebih kepada topik form 5. Thank You
about 2 years ago
Tempoh pelaksanaan Tugasan Projek Tingkatan 5 ialah April – Mei.
Contoh soalan tugasan boleh rujuk di ATAS.
about 2 years ago
Salam sejahtera,
Boleh minta pandangan cg, bagaimana Elemen 2.0 berikut dibuat:
3. Pelarasan – adakah cuma tulis polisi yg digunakan? spt berapa % s/nilai aset dsb.
4. Penyediaan JA: adakah semua pelarasan dibuat di JA?
5. Penyediaan akaun pelarasan: apa ini?
6. Penyediaan akaun kawalan: adakah ini bermakna KKK nanti cuma tulis Penghutang (total semua penghutang)
Terima kasih.
about 2 years ago
kepada semua guru Prinsip Perakaunan Tingkatan 5, sila melawat http://www.cikgusila.com untuk mendapatkan perisian terbaru pengisian markah PBS nanti..
Maaf Cg narzuki, menyelitkan maklumat ini..
about 2 years ago
Ok, tidak menjadi masalah, cuma pastikan perisian tersebut yang terkini. Semasa kursus dulu, ada En Mohd Talib minta saya uploadkan perisian tersebut ke Cg Narzuki Online, tapi masa tu perisian masih dalam proses penambahbaikan, jadi saya tangguhkan dahulu.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Talib atas usaha murni beliau membantu meringankan beban guru2 prinsip perakaunan 1Malaysia.
about 2 years ago
Assalamualaikum….
nak mtk pndpt cg ttg pelaksanaan tugasan 2…adakah sempat disiapkan dlm tempoh masa 2 bln..sedangkan sek saya mulai 8 – 26 hb mei adalah peperiksaan p’tghan tahun. mulai risau sekiranya tak dapat disiapkan dlm tempoh yg ditetapkan.. LPM tak bercadang bg tempoh lanjutan ke? sekurang2nya sehingga akhir bln jun.
about 2 years ago
Waalaikumussalam,
Pada pandangan saya, tempoh masa 2 bulan sudah cukup untuk menyiapkan tugasan tersebut. Ini kerana beban tugasannya lebih ringan berbanding tugasan tingkatan 4. Apa yang penting kita merangka plan perancangan pelaksanaan tugasan projek tersebut terlebih dahulu. Dan perancangan tersebut hendaklah selaras dengan perancangan pentaksiran di peringkat negeri masing2.
about 2 years ago
askom,cikgu soalan kerja kursus ble nk kuarrrrrr
about 2 years ago
cikgu ade x contoh kerja kursus prinsip akaun??
about 2 years ago
Ezatie,
Maaf, tiada buat masa ini.
about 2 years ago
cg ble tajuk folia kluar for year 2011?
about 2 years ago
Tarmizi & Ilyana,
Kemungkinan pada 31 Mac nanti.
about 2 years ago
cg,topik 15 perlu diajar dahulu ke cg.
about 2 years ago
Ya, cuba baca cadangan yang telah dikemukakan di ATAS berhubung perkara tersebut.
about 2 years ago
tq for helping
about 2 years ago
cikgu, tajuk folio sudah keluar?
about 2 years ago
Buat masa ini belum keluar lagi, pada pandangan saya paling awalpun mungkin 31 Mac 2011, jika tidak pada 1 April 2011.
about 2 years ago
Assalamualaikum cikgu….
Saya ingin bertanya berkenaan Kerja Kursus Tingkatan 5. Ada apa-apa maklumat tak berkenaan kerja kursus tersebut? Boleh tak cikgu berikan serba sedikit gambaran atau panduan untuk membuat kerja kursus tersebut. Terima kasih…
about 2 years ago
Waalaikumussalam,
Contoh Soalan Kerja Kursus Tingkatan dan Elemen yang dinilai sudah dikemuakan di ATAS.
Soalan mengemukakan BCP, pelajar diminta poskan ke Lejar (Lejar Am dan Lejar Subsidiari), sediakan ID, sediakan beberapa catatan pelarasan berdasarkan arahan soalan. Catat pelarasan2 tersebut dalam Jurnal Am kemudian poskan ke Lejar yang terlibat. Kemudian sediakan Akaun Kawalan dan juga ID Terselaras, Penyata Pendapatan dan KKK. Hitungkan nisbah2 terhadap penyata kewangan tersebut.
Ok itu sahaja sebagai gambaran awal, walaubagaimanapun kita tunggu soalan sebenar yang akan dikeluarkan nanti.
about 2 years ago
cg tempoh untk menyiapkn krja khusus nie bp lme??
about 2 years ago
Tempoh pelaksanaannya ialah 2 bulan.
about 2 years ago
salam cikgu..sekarang sudah 31 mac..sepatutnya tugasan projek tingkatan 5 dah dikeluarkan..tp bila di cek, belum lagi ada.camana tu?
about 2 years ago
SOALAN sudah Kelaur.
about 2 years ago
cikgu,saya cuma nk beri pendapat.Saya rasa tempoh masa tak sesuai sbb dlm bln Mei mula 11/5 bermula peperiksaan pertghn thn.pelajar nk study.ada 10 m/p yg perlu baca bkn prinsip akaun saja.sbb tu ramai pelajar yg tk nak ambil p/akaun thn ini krn mereka anggap projek sgt membebankan.
about 2 years ago
Pada pandangan saya, perkara tersebut boleh dibincangkan bersama Ketua Pentaksir Negeri / Ketua Pentaksir Kawasan dan diselaraskan diperingkat negeri masing2. Boleh dikatakan kebanyakkan sekolah menjalankan peperiksaan pertengahan tahun pada tarikh tersebut.
about 2 years ago
salam cikgu,
b0le x cikgu bg cnth f0lio ni?
dsbbkan kmi tiada panduan/cara hndk buat.
kmi plaja asrama mmg ssh hndk mnyelesaiknnya dlm mse tdekat,tmbhn pula ia memerlukan pggunaan komputer,
kmudahan ict di sekola kurang brbndg dgn blngan plaja yg ingin mmbuat f0li0,smada ting3 dn ting5.mm0h0n kbnrn mmbwa lapt0p amt ssh mndpt kbnran..jdi kmi harap dgn cnth yg ckgu bri,dpt kmi buat scra manual(tulis) dhulu smpi slsai kmudian bru dislesaikn dgn kompter jka
kmi dpt pulg ke rumah. tq .
about 1 year ago
hI siR,,
kerJa kuRsus unTuk suBjeK yG Lain xDE kAH??..
about 1 year ago
Fabulous,
Sila ke Laman Lembaga Peperiksaan, tugasan kerja kursus untuk semua subjek ada disana.