TUGASAN PROJEK SPM 2012 TINGKATAN 4 (2011)

TEMPOH UJIAN : OGOS – SEPTEMBER 2011

# Pautan terus daripada laman Lembaga Peperiksaan.

http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/ico_excel.gif download: Penyediaan Laporan Tugas Projek T4 SPM 2012 (1.23MB)
added: 28/08/2011
description: Disediakan oleh : Lim Poh Lee
clicks: 8016
http://cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/ico_excel.gif download: Perisian Kemasukan Markah ePBS3756 SPM2012 Ver.Ogos2011 (1.18MB)
added: 23/08/2011
description:
clicks: 3269

Posted on August 2, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 522 Comments.

  1. bila ek kerja kursus form 4….ngah menunggu kunjung tak tiba2 lak ngeeee

  2. tq…hehehehe….kawan bukak lpm tak der dari semalam….

  3. cikgu ,pelajar ada pilihan untuk tidak membuat kerja kursus ??

  4. Phangyap,

    Saya difahamkan, Format Pentaksiran tetap sama :
    Kertas 1 – 20%
    Kertas 2 – 60%
    Kertas 3 – 20%
    Jika pelajar tidak membuat kerja kursus, maka markah untuk Kertas 3 = 0, pelajar TIDAK dikelaskan sebagai TIDAK HADIR, dan markah tertinggi yang boleh dicapai hanyalah 20% + 60% = 80% sahaja.

  5. cikgu: tahun ini jumlah dokumen telah dikurangkan dari 40 dokumen ke 25 dokumen . adalah berita yang baik , tahun lepas 40 dokumen adalah terlalu banyak …..

  6. betul tu.. 25 dokumen.. saya gembira. harap kali ni pelajar lebih bermotivasi nak buat. guru2 pun semakin jelas.

    terima kasih kepada cg narzuki.. dan kawan2 di sini..

  7. thank u so much en narzuki

  8. terima kasih byk2 kat cikgu narzuki. setuju ngan imah2010 cikgu2 dah semakin jelas skrg.

  9. maaf yer..saya nk tanya..perniagaan menjual kelengkapan rekreasi yg disenaraikan ni..maknanya..kita pilih mana2 kedai yg kene buat atau pernigaan kita besar dan menjual kepada kedai2 yg disenaraikan..kongsi sket..saya baru thn ni ajar k.kursus t4..

  10. Cikgu Myra,

    Pelajar hanya pilih salah satu jenis perniagaan tersebut sebagai perniagaan yang akan mereka tubuhkan.

  11. Salam……..nak tanya, dokumen apa yer sesuai untuk “upah atas belian”? kalau untuk angkutan masuk. nota debit kan?

  12. Haliza,

    Pada pandangan saya,
    UPAH ATAS BELIAN.. boleh digunakan dokumen BAUCAR PEMBAYARAN atau KERATAN CEK.
    ANGKUTAN MASUK … boleh digunakan dokumen NOTA DEBIT, RESIT RASMI, KERATAN CEK, BIL TUNAI, INVOIS atau BAUCAR PEMBAYARAN… bergantung kepada keadaan urus niaga tersebut.

  13. salam ckgu sy nk tanya pasal contoh kertas tugasan tinkatan 42011

  14. Azmi,

    Boleh rujuk contoh untuk tahun lepas sebagai panduan… dan lakukan sedikit perubahan sepertimana yang dikehendaki dalam Panduan Pelaksanaan : Kriteria Penilaian yang dikeluarkan bersama2 soalan tahun ini.

  15. Cikgu Narzuki…mengenai kerja kursus ting 4….brg jualan adakah mesti brg buatan malaysia sbb dlm format ada dinyatakan…sbb brg rekreasi byk brg import

  16. WmWm,

    Pada pandangan saya,
    Jika memang tiada barangan tersebut keluaran tempatan, maka kita andaikan sahaja ianya dikeluarkan dalam negara dengan menggunakan nama dan alamat pembekal tempatan.

  17. salam

    adakah maksud barangan keluaran tempatan tu, kita perlu menggunakan jenama keluaran tempatan?

    memang agak sukar nak memenuhi tu..

    jadi maksud cikgu narzuki, kita reka aje jenama yg kita nak dan anggap keluaran malaysia?

    atau

    guna jenama cth adidas dan anggap keluaran tempatan?

  18. Imah2010,

    Pada pandangan saya,
    Oleh kerana arahan tugasan minta menggunakan jenis barang-barang buatan Malaysia, jika tiada maka kita REKA nama supaya menggambarkan barangan tempatan. Ataupun TANPA dinyatakan jenama barangan tersebut.. seperti Bola Sepak, Bola Tampar, Kayu Hoki.

  19. Salam cikgu, Untuk gaji pekerja yang ada 2 orang tu, adakah dikira sebagai dua urus niaga pembayaran dengan 2 baucar pembayaran atau hanya dikira sebagai satu urus niaga pembayaran sahaja. Terima kasih atas bantuan cikgu.

  20. Tulnur,

    Pada pandangan saya,
    Memadai 1 urus niaga sahaja, bayar gaji pekerja dalam 1 baucar pembayaran.

  21. Cikgu narzuki,
    Baucer pembayaran hanya ada seorang penerima tandatangan. Jika ada dua pekerja, bukankah perlu buka 2 baucer pemabayaran? Tahun ini soalan menyatakan peniaga membawa masuk kenderaan RM55000 untuk kegunaan perniagaan, adakah peniaga membawa masuk sebelum nak memulakkan perniagaan? Perlukah dokumen untuk memasukkan kenderaan tersebut? jika kenderaan dibawa masuk di tengah bulan biasanya memo akan digunakan tetapi jika dibawa masuk sebelum perniagaan dimulakan, perlukan dokumen atau hanya catat dalam jurnal am sahaja. terima kasih

  22. Cikgu,
    Untuk RM50000 tunai di bank itu, bolehkah hanya masuk dalam jurnal am bersamaan kenderaan tanpa ada sokongan dokumen slip wang masuk sebab ini hanya modal permulaan bukannya urusniaga bulanan?

  23. Fatimah,

    Format Baucar Pembayaran ada perlbagai. Salah satunya boleh dibuat begini untuk pembayaran gaji:
    Bil. Nama Pekerja .. Jumlah gaji.. Tanda tangan

    Kenderaan dan tunai dibankkan merupakan modal permulaan perniagaan… bagi menyokong catatan permulaan tersebut dalam Jurnal AM, saya cadangkan sediakan MEMO sebagai dokumen sumber / bukti sokongan catatan tersebut. Kita ajarkan kepada pelajar tentang KITARAN PERAKAUNAN, maka minta pelajar aplikasikannya. Dokumen –> Buku Catatan Pertama –>

  24. Adakah di profil perniagaan jumlah modal RM135000.

  25. Rina,

    Ya, Jumlah Modal = RM135,000 (80,000+55,000).

  26. Cikgu,
    Cadangan urus niaga adalah 25 iaitu tidak termasuk catatan permulaan. Jika termasuk dengan memo untuk membawa masuk kenderaan dan slip wang masuk untuk modal permulaan maka urus niaga akan menjadi 27. betul?

  27. atau untuk catatan permulaan kita boleh buat seperti ini?
    pada 1 Ogos 2011 Kedai ABC memulakan perniagaan dengan memasukkan tunai ke bank rm 50 000 dan membawa masuk kenderaan bernilai rm 80 000

    apa komen cikgu jadi kita tak perlukan apa2 dokumen…tapi still boleh masuk jurnal am kan?

  28. Fatimah & Nick,

    Pada pandangan saya, sekiranya catatan permulaan bagi meneruskan perniagaan, iaitu daripada baki tahun lepas, maka tiada dokumen yang terlibat, kerana rekod tahunn lepas sudah menjadi BUKTI. Tetapi jika BARU MEMULAKAN perniagaan sepatutnya mesti ada dokumen sokongan bagi membuat catatan permulaan tersebut bagi tujuan AUDIT.

    Masalah dokumen lebih tidak timbul kerana bilangan 25 URUS NIAGA adalah daripada komponen2 yang telah ditetapkan dalam soalan mencukupi, tidak termasuk catatan permulaan.

    Walaupun pelajar menyediakan urus niaga LEBIH daripada 25 sekalipun, pada saya … tiada masalah asalkan bilangan mengikut komponen yang ditetapkan dipenuhi… tetapi jika KURANG, itu yang menjadi masalah.

    #Nick : sila semak nilai2 bagi Bank dan Kenderaan yang dinyatakan.

  29. Cikgu,
    agak ganjil juga tahun ini ayat dalam perancangan urusniaga mesti dinyatakan nama pembeli, nama penjual, harga seunit, kuantiti dan jumlah? Bukankah ini hanya perlu ditunjukkan dalam dokumen dan dalam perancangan urusniaga hanya perlu tulis membeli barang niaga secara kredit daripada nama syarikat penjual dengan harga RMxxx.

  30. mcm mna nk buat ni?

  31. Fatimah,

    Ada 2 pendekatan yang telah digunakan oleh guru2 pada tahun lepas berhubung penyediaan PERANCANGAN URUS NIAGA :
    1. Tidak secara detail … (seperti Cg Fatimah) … peracangan detailnya dibincangkan semasa penyediaan DOKUMEN nanti.
    2. Terus secara detail … semasa penyediaan DOKUMEN nanti pelajar hanya terus ambil daripada Perancangan Urus Niaga sahaja.

    Oleh kerana, sudah menjadi KEHENDAK / ARAHAN tugasan kepada pelajar untuk menggunakan Pendekatan 2, maka kita ikut cara tersebut, masing2 ada kebaikkannya..

  32. Cikgu,
    terima kasih kerana penerangan yg mudah difahami dan telah banyak membantu dalam projek ini. Dalam arahan perancangan urus niaga perlu dinyatakan nama pembeli dan penjual. Saya agak keliru dengan ayat ini, maksudnya kita perlu tulis nama kita sendiri sebagai pembeli dan juga nama syarikat lain sebagai penjual atau pun kita hanya tulis nama penjual apabila kita membeli dan tulis nama pembeli apabila kita kita jual barang kepadanya. Contoh menjual bola sepak kepada Inovatif trading. ataupun tulis nama kita sendiri Maju trading menjual kepada inovatif trading secara kredit, Maksudnya setiap urus niaga perlu tulis nama syarikat kita sendiri.

  33. Fatimah,

    Pada saya, memadai kita tulis nama syarikat orang lain .. sama ada ianya Penjual ATAU Pembeli sahaja.. seperti kebiasaan. Jika disebutkan nama Syarikat sendiri… seolah-olah pelajar yang merancang adalah PIHAK KETIGA pula, sedangkan ini perancangan perniagaan mereka.

    …….. Sambungan PERANCANGAN URUS NIAGA.
    Bagi memudahkan pelajar dan guru yang menggunakan Pendekatan 1 .. serta memenuhi kehendak tugasan. Saya mencadangkan Pendekatan 3 : UMUM – DETAIL, boleh digunakan.

    1. Draf pertama …. sediakan secara UMUM sahaja terlebih dahulu, kemudian pelajar teruskan dengan menyediakan DOKUMEN secara detail. Bila semua sudah betul dan tiada masalah, maka sediakan :

    2. Perancangan Urus Niaga (Final) … DETAIL seperti mana kehendak tugasan, dengan merujuk Dokumen yang telah disediakan.

  34. Terima kasih cg narzuki pasal persoalan angkutan masuk. tapi saya keliru sikit pasal upah atas belian… perniagaan kita bayar upah atas belian kpd pihak ketiga (yg dilantik oleh kita utk membuat belian) atau kita bayar kpd pemiutang? kalau angkutan masuk, kita blh buat sama ada byr kpd pemiutang atau kpd sykt pengangkutan kan…..

  35. Hasilza,

    Kesnya sama sahaja dengan Angkutan masuk… sama ada :
    1. Kita sendiri upah pihak lain
    2. Pembekal tolong dapatkan pekerja (pembekal bayar dahulu) untuk kita dan kita akan bayar kepada pembekal nanti.

  36. cikgu saya nak pastikan beberapa perkara.
    1. utk kad stok pulangan jualan disebabkan rosak tidak dicatatkan? tetapi pulangan jualan disebabkan salah jenama direkodkan. bagi pulangan belian sama ada rosak atau salah jenama perlu direkodkan. betul tak?

    2. utk belian tunai kita boleh andaikan diskaun niaga 20% dan belian kredit 15%. dan bagi diskaun tunai ia hanya diberi bila kita bayar penuh. kalau bayar sebahagian hutang walaupun pada hari yang ditetapkan tidak diberikan diskaun tunai.betul tak cikgu?

    3. bagi ambilan barang niaga ia ikut harga belian?

  37. Swetha,

    Pada pandangan saya.
    1. SETUJU.
    2. SETUJU
    3. SETUJU.

  38. Cikgu,
    Dalam perancangan urus niaga yang saya cuba buat, rasanya ayat itu terlalu panjang jika ikut arahan tugasan. Contoh membeli 20 unit raket badminton berharga RM10 seunit, 30 unit bola sepak berharga RM10 seunit dan 40 unit bola tampar berharga RM 10seunit secara kredit berjumlah RM900 daripada Aneka sports. tak ada masalahkah?

  39. Fatimah,

    Tiada masalah… dan boleh diringkaskan sedikit seperti berikut :

    “Membeli raket badminton RM10 @ 20unit, bola sepak RM10 @30 unit dan bola tampar RM 10 @40 unit secara kredit berjumlah RM900 daripada Aneka sports”.

    Ataupun,
    “Belian barang niaga secara kredit daripada Aneka sports.
    raket badminton RM10 @ 20unit, = RM200
    bola sepak RM10 @30 unit =RM300
    bola tampar RM 10 @40 unit = RM400
    Jumlah = RM900

    Pada pandangan saya, PENYATAAN URUS NIAGA tidak perlu secara detail, tapi apa boleh buat …. sudah kehendak tugasan begitu.

  40. Salam cikgu,

    Saya nak minta pandangan berkaitan belanja. Bolehkah dokumen2 berikut digunakan untuk belanja yg dinyatakan.
    1. Gaji – Baucar
    2. Kadar bayaran – Keratan cek
    3. Sewa, Alat tulis & Promosi – Resit

    Tq, Selamat Berpuasa.

  41. Anioth, salam.

    Pada pandangan saya,
    1. BOLEH
    2. BOLEH
    3. BOLEH, … cuma Alat tulis dan Promosi saya cadangkan BIL TUNAI lebih sesuai.

    Selamat Berpuasa.

  42. Cikgu,
    barang niaga yang dibeli itu RM900 tetapi dalam invois ada diskaun niaga 10% maka perlukah kita nyatakan diskaun niaga 10% dalam perancangan urus niaga dan kemudian nyatakan nilai bersih RM810?

  43. cikgu,
    Berkenaan dengan soalan swetha, mengapa pulangan jualan kerana kerosakan barang tidak perlu ditambah dalam kad stok tetapi pulangan jualan disebabkan kesalahan jenama perlu ditambah?

  44. Fatimah,

    Pada pandangan saya, tidak perlulah sampai ke diskaun … nanti memeningkan pelajar untuk menyediakan perancangan tersebut. Tumpuan yang lebih penting ialah perancangan urus niaga itu sendiri … bila beli.. bila jual… pulangan jualan … pulangan belian ….bayar belanja … terima hasil … pembayaran hutang … peneriamaan daripada penghutang dll ……. supaya pelajar nampak perjalanan urus niaga perniagaan mereka dalam sebulan.

    Ada 2 cara, berkaitan Pulangan jualan barang niaga yang rosak :
    1. Dimasukkan dalam Kad Stok … kemudian nanti akan diselaraskan nilai stok akhir dengan melupuskan stok yang rosak sebagai BELANJA.

    2. Terus lupuskan stok yang rosak … dengan TIDAK merekodkan dalam Kad Stok… nilai STOK AKHIR yang diperolehi tidak perlu diselaraskan lagi. Dalam Kad Stok akan mengambarkan STOK YANG ELOK/ SEDIA UNTUK DIJUAL sahaja.
    – Pulangan jualan kerana SALAH JENAMA –> perlu direkodkan kerana stok tersebut masih ELOK dan nilainya masih TETAP SAMA dan boleh dijual semula.
    – Pulangan jualan kerana ROSAK —> nilai stok tersebut sudah pasti BERKURANG dari nilai kos sebenar dan sudah tidak boleh dijual semula.

  45. salam cgu narzuki! selamat berpuasa..tolong huraikan sedikit maksud upah atas belian.tk.

  46. Nasfendi,

    Upas atas belian.. kos / belanja2 upah yang terlibat secara langsung SEMASA PROSES belian sehinggalah semua barang tersebut sampai/masuk ke dalam kedai. Seperti upah pekerja luar untuk anggkat barang dari kedai pembekal ke lori atau dari lori ke kedai peniaga (jika perkhidmatan tersebut tidak disediakan), upah kawalan keselamatan semasa barang2 yang diimport disimpan digudang perlabuhan sebelum dianggkut ke kedai peniaga … asalkan belanja upah pihak luar yang terlibat SEMASA proses pembelian yang dikelaskan sebagai KOS BELIAN.

  47. cikgu,
    jadi dalam perancangan urus niaga tidak perlu dinyatakan diskaun niaga dan hanya nyatakan nilai setelah tolak diskaun niaga? Berkenaan dengan pulangan jualan barang yg rosak, dalam dunia perniagaan sebenar jika pembeli pulangkan barang yang rosak kepada kita contoh tin sardin, barang itu masih masuk di dalam kad stok sebab barang itu nanti akan kita pulangkan kepada pembekal kita, maksudnya barang itu tidak dilupuskan kerana kita boleh memulangkan kepada kilang yg membekalkan barang kepada kita. Apa pandangan cikgu? terima kasih

  48. Fatimah,

    Pada pandangan saya, buat setakat yang diminta dalam KRITERIA PENILAIAN sahaja … Iaitu
    ii) Urus niaga yang LENGKAP mengandungi: *Nama pembeli / Nama penjual, Jenis barang, Kuantiti, Harga barang, Jumlah.

    Dalam perniagaan sebenar ada banyak kes dan keadaan yang berbeza2. Bagi barangan makanan dalam tin, barang yang dipulangan oleh pelanggan kerana ROSAK mungkin boleh dipulangkan kepada pembekal… Macam mana dengan barangan yang rosak disebabkan kesilapan pekerja ataupun rosak semasa penyimpanan dalam kedai peniaga yang tidak boleh dipulangkan kepada pembekal… katakan Meja Ping Pong, reket tenis dll telah rosak semasa proses penghantaran kepada pelanggan, kemudian dipulangkan …… dan barang tersebut tidak diterima oleh pembekal kerana kerosakan tidak berpunca daripada mereka….

  49. Cikgu,perlu tak murid menyediakan lampiran yang menyenaraikan nama2 dan alamat pembekal dan pelanggan?

  50. Yeoh,

    Pada pandangan saya,
    LAMPIRAN – adalah UMUM, apa2 yang berkaitan dengan kerja kursus tersebut boleh dimasukkan seperti senarai penghutang/pemiutang, senarai harga stok dll ….. jika mahu dan difikirkan sesuai, maka boleh masukkan.

  51. Cikgu Narzuki,
    Terima kasih atas pandangan tersebut. Dalam perancangan urus niaga, beli barang 10 unit meja pingpong@RM100 seunit berjumlah RM1000. Tetapi dalam invois Jumlah tersebut setelah diskaun niaga 10% hanya tinggal RM900. Tak ada masalahkah nilai beli dalam invois berbeza dengan nilai beli dalam perancangan urus niaga?

  52. Fatimah,

    Pada pandangan saya tiada masalah, sebab maklumat detail untuk tujuan mencatat dalam BCP pelajar akan merujuk kepada DOKUMEN nanti. Lagipun apa yang boleh dirancang oleh pelajar ialah kuantiti yang akan dibeli … manakala DISKAUN akan ditentukan oleh pihak PEMBEKAL semasa urus niaga tersebut berlaku.

  53. Cikgu,
    minta maaf banyak pula soalan yang ditanya berkenaan dengan kerja kursus ini. Bagi pulangan jualan barang yang rosak, mengapa tidak masuk di dalam kad stok senangkan kita tak tahu barang yang dipulangkan oleh pembeli itu boleh kita pulangkan kepada pembekal atau tidak.? peperiksaan spm nanti nak masuk atau tidak?

  54. Fatimah,

    Tujuan KAD STOK disediakan adalah untuk membuat mengira STOK AKHIR perniagaan pada NILAI KOS. Di mana sebelum ini pelajar hanya dimaklumkan sahaja bahawa stok akhir bernilai RMxxx pada nilai stok… tetapi tidak didedahkan bagaimana untuk kira stok akhir tersebut….. maka dengan kerja kursus ini, pelajar dapat mempelajari perkara tersebut.

    Manakala bagi barang2 yang rosak tersebut boleh direkodkan dalam buku lain seperti Rekod Barang Rosak… untuk tujuan pengurusan.

  55. Cikgu,
    Jika kita beli barang, diskaun ditentukan oleh pembekal dan kita tidak tahu diskaun itu wujud semasa perancangan urus niaga. tetapi jika kita jual barang, kita sudah mengetahui diskaun niaga yang akan diberi kepada pembeli. Jadi dalam perancangan urus niaga, perlukah kita tulis jualan 50 unit raket @ RM10 seunit berjumlah RM500, diskaun niaga 10%, supaya nilai sama dengan invois jualan nanti…minta maaf sekali lagi kerana banyak menyoal. tq

  56. Fatimah,

    Berdasarkan KRITERIA PENILAIAN …
    ii) Urus niaga yang LENGKAP mengandungi: *Nama pembeli / Nama penjual, Jenis barang, Kuantiti, Harga barang, Jumlah.

    Perkara2 tersebut MESTI ADA untuk layak dapat GRED A bagi elemen tersebut. Sekiranya pelajar buat LEBIH tidak menjadi masalah, asalkan JANGAN KURANG. .. Jadi terserahlah kepada kreativiti, kebijaksanaan dan pendekatan yang akan guru gunakan untuk membimbing pelajar dalam menyiapkan tugasan projek mereka.

  57. salam cikgu,,,,, saya nk tnye…. ape soalan bg kerje kursus ting.4 thon ni..?? boleh ckgu beritahu saya..?? trima ksih….

  58. Mohd Hafiz Apeh,

    SIla MUAT TURUN soalannya diATAS.

  59. salam,
    cikgu macam mana nak buat keja khusus akaun saya x faham la….. boleh cikgu berikan contoh????

  60. Ieza,

    Kerja kursus ini bukannya dibuat sendirian …. ianya dibuat secara berperingkat-peringkat dengan BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR daripada guru anda disekolah.

  61. Cikgu Narzuki,
    Dalam perancangan urus naiga dan dokumen, 10 batang raket badminton atau 10 unit raket badminton, batang dan unit mana lebih sesuai digunakan? Dalam item pembayaran, jika insurans yg dibayar itu untuk setahun tetapi penyata pendapatan adalah untuk bulanan, insurans 11 sebulan itu perlukan dibuat insurans terdahulu dalam KKK?

  62. Fatimah,

    UNIT : Pada saya, mana2pun boleh digunakan sama ada … 10 batang / 10 unit.

    INSURAN : Pada pandangan saya, memandangkan Tungasan Tingkatan 4 tidak melibatkan kemahiran PELARASAN, maka kita abaikan dahulu perkara tersebut… dengan alasan pelarasan akan dibuat pada bulan berikutnya / pada akhir tempoh perakaunan nanti.

  63. Cikgu,soalan kata perlu 25 urusniaga bkn bermaksud 25 dokumen kan sbb bg diskaun diterima dan diskaun diberi sudah tercatat dlm dok resit rasmi kn.bermakna 23 dokumen je lah kan.Catatan permulaan tk dikira urusniaga kan.

  64. Yeoh,

    Mengikut tahun lepas begitulah…. tapi 40 urus niaga yang pelajar perlu sediakan. Tetapi pada tahun ini hanya 25 URUS NIAGA sahaja, jika dikurangkan lagi rasanya tidak sedikit sangat.

    Pada pandangan saya, jika kita amati ARAHAN 3 dalam soalan, item2 yang senaraikan dalam RINGKASAN URUS NIAGA tidak termasuk DISKAUN, Maka cadangan saya sekiranya ada diskaun diberi / diskaun diterima, maka TIDAK PERLU DIKIRA sebagai 25 URUS NIAGA seperti mana dokumen dalam urus niaga CATATAN PERMULAAN. …… itu hanya cadangan daripada saya. Pelajar buat LEBIH lagi baik, tetapi JANGAN KURANG.

  65. Assalamualaikum, Cikgu untuk upah atas belian apakah dokumen sumber jika urus niaga seperti berikut “Pembekal Cahya mengenakan upah untuk mengangkut barang dari premis ke lori dan dari lori ke kedai berjumlah RM100 ? Boleh guna Nota Debit? Kemudian rekod ke jurnal belian?
    TK

  66. Noor Hayati, waalaikumussalam.

    Saya cadangkan NOTA DEBIT digunakan dan rekodkan dalam JURNAL AM.

  67. cikgu ape solan bg kerja kursus tingkatan 4 thon ni.??

  68. Need help…. Apa perbezaan antara fail induk PBS, fail panitia PBS, fail pentaksir, fail pengurusan? Sekiranya pentaksir datang mentaksir, Apa yang perlu disediakan? Thank you….

  69. need help lh teacher…tak thu nak buat dokume-dokumen untk urus niaga..????

  70. Aerchie,

    Boleh rujuk mana2 buku sebagai panduan… Cuba fahami terlebih dahulu Fungsi dan Kegunaan setiap Dokumen, kemudian baru mudah untuk anda tentukan dokumen mana yang boleh/sesuai digunakan bagi setiap URUS NIAGA yang dirancang.

  71. cikgu…. yg kne wt urus 25 urusniaga 2 kne wt dokumen ke..???

  72. Mohd Hafiz Apeh,

    Sila rujuk Panduan Pelaksanaan : KRITERIA PENILAIAN untuk mengetahui lebih detail. Apa yang perlu disiapkan oleh pelajar :

    1.1 Pengenalan Perniagaan
    1.2 Profail Perniagaan
    2.1 Perancangan urus niaga … tidak kurang 25 urus niaga.
    2.2 Dokumen Perniagaan …. dokumen sokongan kepada SETIAP urus niaga yang dirancang (2.1)
    2.3 Buku Catatan Pertama dan Buku Tunai
    2.4 Lejer
    2.5 Imbangan Duga
    2.6 Pengiraan Stok Akhir …. berdasarkan Kad Stok yang disediakan.
    2.7 Penyata Pendapatan
    2.8 Kunci Kira-kira
    3.1 Rumusan : Aplikasi Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan

    Ok, itu sahaja apa yang perlu disediakan oleh pelajar.

  73. ….ckgu sya nk tnye,,, upah atas belain 2 mcm mne nk bt urus niaga nye..?? boeh ckgu trang kn… & apakah dokumen bg urus niaga tsebut,,,,, ? trma ksh….

  74. Mohd Hafiz,

    Sila rujuk komen DIATAS, sudah dibincangkan.

  75. trma ksih,,,,,,, ckgu,,,, yg 25b urusniaga 2 tak kira lar kita nk wt urusniaga apa pun kn..??? reka urus niaga kn..???

  76. Mohd Hafiz,

    25 Urus niaga MESTI memenuhi bilangan yang telah ditetepkan bagi setiap Komponen dalam soalan.

  77. selamat sejahtera,
    sy nak inginkan macam mana buat pengenalan pernigaan sukan ????????????????????? cik sy ingin cepat lah bagi ku contohnya dan huraikan apa maksudnya……………..

  78. Logananthini,

    PENGENALAN PERNIAGAAN mesti mengandungi perkara2 berikut :
    (i) Menyatakan dengan jelas pengenalan perniagaan.
    (ii) Menyatakan sebab memilih perniagaan.
    (iii) Menyatakan kelebihan menjalankan perniagaan tersebut.
    (iv) Menyatakan risiko yang bakal dihadapi.

    Contoh tahun lepas telahpun disediakan diATAS.

  79. Salam…….
    cg, saya mula keliru sekali lagi. angkutan masuk & upah atas belian jika kita buat dokumen nota debit, kita kena rekod dlm jurnal am kan? tapi kenapa skema SPM thn 2010, angkutan masuk direkod dalam jurnal belian bukannya jurnal am. Saya minta pelajar saya buat dokumen nota debit bagi kedua2 item tersebut tapi jadi keliru sama ada nak suruh diaorang rekod di jurnal am @ jurnal khas. minta pandangan cikgu……tq

  80. # jurnal khas = Jurnal belian

  81. Hasliza,

    Skema tahun lepas kedua-dua diterima dalam Jurnal Belian dan Jurnal Am.
    Pada pandangan saya, adalah lebih baik menggunakan JURNAL AM, manakala JURNAL BELIAN adalah KHAS untuk belian barang niaga secara kredit sahaja… atau berkaitan secara langsung dengan unit belian, seperti barang niaga terkurang caj….. di mana kos atas belian seunit dapat dikesan dengan mudah.

    Jurnal Am
    Dt: Angkutan masuk
    Kt: Pemiutang …………… kesan ke atas Ak Pemiutang tetap SAMA, iaitu menambahkan jumlah hutang.

    Ak Pemiutang
    …….. Belian …………………1000
    ……… Angkutan masuk . ..200

    Dalam Ak PEMIUTANG akan dapat mengambarkan dengan jelas urus niaga yang berlaku, iaitu Baki pemiutang RM1200 adalah terdiri daripada hutang daripada BELIAN KREDIT RM1000 serta caj ANGKUTAN MASUK RM200. Serta akan wujudnya Ak Angkutan masuk di mana bakinya akan dipindahkan ke Penyata Pendapatan sebagai salah satu item Kos Belian.

  82. salam cg narzuki..
    sekiranya invois (asal) ada diskaun niaga 10%, untuk rekod harga seunit barang dalam kad stok perlu tolak 10% gak ke? atau rekod guna harga asal iaitu sebelum tolak 10%?tq…

  83. Ma_she,

    Berdasarkan tugasan tahun lepas, ada yang guna Harga Asal / Senarai dan ada yang guna Harga Bersih selepas tolak diskaun niaga… bergantung kepada pendekatan yang cikgu gunakan.. Bagi memudahkan pelajar , biasanya guna harga asal sahaja.. tetapi pelajar memahami dan menguasai KONSEP penyediaan KAD STOK dan penilaian STOK AKHIR. Manakala bagi pelajar yang baik, boleh diminta gunakan nilai harga bersih (selepas tolak diskaun niaga).. supaya stok tersebut mengambarkan nilai sebenar ianya diperolehi.

  84. Cikgu,
    rasa perlukah dalam perancangan urus niaga untuk komponen pembayaran, pembayaran kepada hutang juga nyatakan harga seunit barang, jumlah dan jenis barang? contoh, bayar kepada syarikat ABC untuk 10unit meja pingpong yg berharga RM20 seunit bejumlah RM200 yang telah dibeli 8 ogos dahulu dengan cek? sebab dalam catatan pelaksanaan itu perlu nyatakan pembeli/penjual, jenis, harga, jumlah tetapi tidak dinyatakan untuk komponen yg mana.

  85. Fatimah,

    Pada pandangan saya, bagi urus niaga selain daripada JUALAN dan BELIAN BARANG NIAGA tidak perlu dinyatakan harga dan kuantiti.

  86. Cikgu,
    membeli barang niaga secara kredit daripada pemiutang(Trade creditor), pemiutang boleh dimasukkan ke dalam lejar belian. Adakah membeli alat tulis dan aset secara kredit daripada pemiutang(other creditor), pemiutang itu dimasuk ke dalam lejar belian atau lejar am? terima kasih

  87. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Jurnal Belian hanya untuk BARANG NIAGA sahaja… jika bukan barang niaga maka, catat dalam JURNAL AM dan pemiutang bukan barang niaga tersebut poskan ke LEJAR AM…. dan ianya tidak terlibat dengan Ak Kawalan Pemiutang.

  88. cikgu mengikut pemahamaan saya, belian , jualan pulang belian dan pulangan jualan, ambilan yang memerlukan perancangan urus niaga yang detail.adakah saya betul.

    bagi profil
    tempoh perniagaan = 1 bulan
    tempoh rekod=1jan -31 jan 2011
    jenis perniagaan = milikan tunggal
    status =memulakan perniagaan

    sebab-sebab memilih bagi pengenalan kita perlukan terangkan ciri-ciri milikan tunggal ke? seperti mudah ditubuhkan, memerlukan modal yang kecil, keuntungan tidak perlu di kongsi. am i right cikgu

  89. Kalai,

    Berdasarkan :
    2.3 Tempoh urus niaga – 1 bulan SEMASA.

    Maka cadangan saya, TEMPOH REKOD = 1 – 31 Ogos 2011.

    Pada pandangan saya, perniagaan tersebut telah ditetapkan MILIKAN TUNGGAL, bukan pelajar yang pilh, jadi ciri-ciri milikan tungal .. rasanya tidak sesuai untuk dijadikan sebab.

    Sebab2 kenapa pelajar pilih untuk menjalankan SALAH SATU daripada perniagaan berikut :
    1.1 Kedai alatan sukan
    1.2 Kedai alatan memancing
    1.3 Kedai alatan perkhemahan
    1.4 Kedai alatan perkelahan
    1.5 Kedai pakaian seragam

    Misalnya, perniagaan Kedai Pakaian Seragam dipilih kerana pelajar mempunyai pengalaman 5 tahun bekerja dengan sebuah kedai pakaian ternama sebelum ini.

  90. Aslm cg, tahun ni mesti guna asset base ke?

  91. Noriza,

    Tidak semestinya, jika ada kemudahan dan dirasakan sesuai .. boleh gunakan.

  92. Cikgu,
    Bila sediakan KKK, semua akaun dalam lejar belian akan dijumlah dan tulis pemiutang dalam liabiliti semasa. Bagaimana pula dengan dengan pemiutang bukan barang niaga yg terdapat di lejar am, bila masuk dalam liabiliti semasa nak tulis apa?

  93. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Jika pelajar menyediakan Lejer Subsidiari (Lejer Belian dan Lejar Jualan), maka sepatutnya disediakan Ak Kawalan Pemiutang dan AK Kawalan Penghutang dalam LEJAR AM…. kemudian baru dipindahkan ke KKK sebagai Penghutang dan Pemiutang. Manakala bagi pemiutang lain … kita ikut prinsip asas …. NAMA AKAUN tersebut sebagai BUTIR dalam PP dan KKK. Ini kerana semua akaun2 dalam LEJAR AM akan diimbangkan dan baki2nya disenaraikan dalam ID, kemudian disediakan PP dan KKK.

  94. knp mse yg diberi singkat,..,sedang kan pda mse 2 musim rye,,.,mne la sempat nk buat,.,,huhuhuhu

  95. Naimah,

    Jika tahun lepas pelajar diminta sediakan 40 URUS NIAGA, masih sempat disiapkan dalam masa 2 bulan, .. inikan pula hanya 25 URUS NIAGA sahaja. PERANCANGAN dan patut kepada JADUAL PELAKSANAAN yang dirancang adalah sangat penting, bagi memastikan tugasan tersebut dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

  96. Cikgu,
    Wajidkah kita sediakan akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang? Arahan tak boleh masuk nama syarikat dalam Kunci kira-kira dan wajid guna penghutang dan pemiutang tetapi tidak pula suruh sediakan akaun kawalan penghutang dan pemiutang.

  97. Cikgu,
    Nota debit dikeluarkan jika harga barang terkurang caj dalam invois sebelumnya. Jika kuantiti barang katakan 10 unit terkurang catat dalam invois sebelumnya, bolehkah keluarkan nota debit juga? terima kasih

  98. Fatimah,

    Bergantung kepada cikgu, tetapi itulah KONSEP ASAS penyediaan LEJAR SUBSIDIARI yang sepatutnya pelajar ketahui. Dari mana dapat PENGHUTANG dan PEMIUTANG dalam KKK jika tidak dirujuk kepada Ak Kawalan tersebut…. adakah dengan campur begitu sahaja memenuhi prinsip perakaunan. (Buku Teks ms 165 perenggan 3).

    Pada pandangan saya, Sebaik2nya kita jadikan kerja kursus ini sebagai bahan PnP kita untuk sampaikan kemahiran2 asas dalam perakaunan yang mana sebelum ini kita tidak tekankan .. seperti penggunaan folio, urutan tarikh dalam lejar, urutan no dokumen, penggunaan ak kawalan dll…. walaupun tidak diminta dalam soalan.

    Jika kuantiti yang dihantar kurang daripada kuantiti yang dipesan, maka NOTA DEBIT boleh juga digunakan, kerana masih merujuk kepada pesanan belian yang sama.

  99. slam,

    cg,sy nk tnya ckit ni

    knp sy x ley nk download cntoh2 tue?
    nk tka frmat pdf ke word cene erk??

  100. Yusman,

    Dalam Word 2007, itu sendiri telah ada Save as …PDF or XPS…. Jika tiada, GOOGLE saja “conveter to pfd” muat turun dan install perisian tersebut di komputer anda.

  101. Terima kasih cikgu yang telah banyak membantu saya. Apa yang dimaksudkan dengan urutan tarikh dalam panduan pelaksanaan bagi lejar. Maksudnya tarikh urus niaga dalam satu akaun itu mesti ikut tarikh atau akaun antara akaun mesti ikut tarikh, contoh urusniaga pertama dalam akaun jualan ialah 5 julai tetapi tarikh urus niaga dalam akaun perabot ialah 2 julai, maka susunan akaun mesti akaun perabot dahulu kemudian baru dengan akaun jualan.

  102. Fatimah,

    Ya, urutan tarikh .. maksudnya semua urus niaga disusun ikut dari kecil ke besar / yang mana dahulu berlaku, sama ada dalam Buku Catatan Pertama mahupun dalam Lejar.

  103. Cikgu,
    dalam contoh tugasan tahun lepas dalam cikgu narzuki online, perniagaan selesa dokumen 4, beli drpd syarikat melati sdn bhd pakaian sukan 300 unit @ RM15 seunit. dalam invois tersebut terdapat diskaun niaga 10%..Mengapakah dalam kad stok harga adalah RM30 seunit belum ditolak diskaun niaga 10%. Bukankah dalam kad stok masuk harga setelah tolak diskaun niaga?

  104. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Terdapat beberapa kaedah dalam penilaian Stok Akhir seperti FIFI, LIFO, Harga Purata. Sekiranya SATU BARANG NIAGA mempunyai 2 nilai kos yang berbeza… misalnya belian daripada Pembekal A dapat diskauan 10%, dan Pembekal B 5% ataupun daripada Pembekal A jika beli 100 unit diskaun niaga 10%… maka akan wujud 2 nilai kos bagi barang niaga yang sama, maka Kaedah Penilaian Stok / Inventori tersebut mesti digunakan…. tetapi ianya diluar Sukatan Pelajaran SPM.

    Oleh kerana sukatan SPM hanyalah untuk mendedahkan KEMAHIRAN ASAS dalam penilaian stok dengan menggunakan KAD STOK, maka kebanyakan guru menetapkan HARGA SEUNIT bagi STOK MASUK dan STOK KELUAR hanya menggunakan HARGA BELIAN ASAL (atau Harga Senarai) sahaja….. supaya pelajar lebih mudah memahami KONSEP ASAS penggunaan Kad Stok tersebut dalam menilai STOK AKHIR berdasarkan nilai kos.

  105. salam , cikgu narzuki saya nak tanya kalau nak buat urus niaga tu kena tulis skali dengan unit ?

  106. Nurul Nizliatul,

    Pada pandangan saya,
    Berdasarkan KRITERIA PENILAIAN taktif Urus niaga yang LENGKAP hendaklah mengandungi: *Nama pembeli / Nama penjual, Jenis barang, Kuantiti, Harga barang, Jumlah…. maka terpaksalah pelajar akur dengan takrifan tersebut… khususnya untuk BELIAN dan JUALAN barang niaga. Manakala bagi urus niaga bayar Sewa, Gaji, dll…. boleh dikecualikan 1 / 2 perkara tersebut.

  107. untuk 25 urusniaga yg perlu ditulis, macam mana nak buat urusniaga untuk ANGKUTAN MASUK dan UPAH ATAS BELIAN? boleh tolong bagi contoh urusniaga, dokumen dan elemen yg sesuai.

    selain itu, saya ingin bertanya… adakah kesemua hutang berkaitan dengan penghutang dan pemiutang mesti dilunaskan dalam tempoh urusniaga yg buat sehingga tiada apa2 hutang yang tertinggal hingga tarikh akhir tempoh urusniaga?

  108. Ezzraihah,

    Caj angkutan dikenakan oleh Pembekal A atas Invois 1234 bertarikh 2/8/2011, – NOTA DEBIT
    Bayar kos angkutan masuk kepada Syarikat Pengangkutan Tan RM234 dengan cek. – BIL TUNAI / KERATAN CEK / RESIT RASMI / BAUCAR

    Upah atas belian .. boleh ubah suai urus niaga diatas.

    Bayang seperti urus niaga perniagaan sebenar…. hutang tidak semestinya perlu dijelaskan semuanya dalam bulan tersebut…. boleh bayar penuh bagi mendapatkan diskaun…. ataupun hanya bayar sebahagian sahaja dahulu….. ataupun akan dibayar pada bulan hadapan nanti.

  109. slm cg narzuki,
    umm,
    kalu kita wat lbh dri 25 urusniaga x apa kn?

  110. Yusman,

    LEBIH tidak mengapa.. asalkan memenuhi bilangan yang telah ditetapkan dalam soalan.

  111. cikgu,
    Contoh dalam invois kita beli satu unit sahaja iaitu harga raket badminton RM20 dan setelah tolak diskaun niaga 10% dalam invois harga yg kita beli adalah RM18. Maka patut kita masuk harga senarai RM20 dalam kad stok atau pun harga sebenar yg kita beli RM18?

  112. Cikgu,
    saya pening juga berkenaan dengan rujukan dalam folio, contoh, folio dalam jurnal am, Debit Ambilan(folio tulis LA5) dan Kredit Belian(folio LA6). Dalam folio jurnal am saya tulis LA5 maksudnya akaun ambilan adalah terdapat di LA5. Bagi folio dalam lejar pula iaitu folio akaun ambilan perlu saya tulis JA atau LA6? Jika folio akaun ambilan saya tulis JA maksudnya ambilan ini adalah dari buku catatan pertama JA, Jika saya tulis LA6 pula maksudnya ambilan debit, sebelah yg kredit itu adalah akaun belian. yang mana betul? Saya berharap cikgu faham maksud yang saya nak sampaikan, terima kasih.

  113. Farimah,

    Kalau beli hanya 1 unit…. diskaun niaga tidak dapat…. ianya bertentangan dengan tujuan diskaun niaga diberikan kepada pembeli.
    Kedua2 boleh digunakan… cuma pastikan nilai Harga Seunit yang digunakan bagi barang niaga tersebut TETAP / SAMA … supaya tidak timbul masalah dalam pengiraan nilai stok akhir dalam Kad Stok nanti… yang memerlukan pelajar menentukan kaedah mana yang perlu digunakan FIFO, LIFO, Harga Purata.

    Penggunaan FOLIO.
    Dalam BCP – Folio merujuk kepada Lejar (LA, LJ, LB)
    Dalam LEJAR – Folio merujuk kepada SUMBER catatan tersebut iaitu BCP (BT, JA, JJ, JB, JPJ, JPB)

  114. salam cikgu,
    macam mana nk anggarkan harga bagi setiap barang yang kita beli sama ada stok @ kelengkapan? bila dicari dalam google tiada info yang boleh membantu. saya harap cikgu dapat memberi cadangan kepada saya untuk memudahkan lagi tugasan ini. terima kasih

  115. Nurain,

    Harganya boleh rujuk di kedai2 berdekatan, risalah2 yang banyak diedarkan sempena hari raya ni, http://www.mudah.my …… atau letakkan sahaja HARGA yang dirasakan munasabah.

  116. cikgu saya nak tanya berapa jenis barang/item yang paling minimum yang kita kena beli

  117. Lailanor,

    Tidak ditetapkan bilangan minimum jenis barang yang perlu ada…. cuma jangan terlalu banyak nanti menyusahkan pelajar, terutamanya dalam menyediakan Kad Stok nanti….. dan jangan pula terlalu sedikit. Saya cadangan kepada pelajar saya, SATU BARANG bagi SETIAP PEMBEKAL…. jika ada 4 PEMBEKAL, maka ada 4 JENIS BARANG.

  118. salam..
    adakah diskaun diberi n diskaun diterima masih dianggap sebagai belanja n hasil?atau sudah dikira sebagai komponen jualan bersih n kos jualan…tq…

  119. Ma she,

    Jika diikutkan format baru, ianya dikelaskan sebagai komponen Jualan Bersih dan Kos Jualan.
    Memandangkan pelajar hanya perlu menyediakan 25 URUS NIAGA, maka saya mencadangkan supaya “Bayar kepada pemiutang dan terima diskaun” dianggap sebagai 1 URUS NIAGA sahaja, lagipun hanya melibatkan 1 dokumen RESIT RASMI. Begitu juga dengan “Terima daripada penghutang dan diberikan diskaun”… juga dikira 1 URUS NIAGA sahaja.

  120. Cikgu,
    Jika dalam perancangan, kita nak tulis senarai nama pembekal dan alamat iaitu langkah sebelum membuat dokumen. Adakah nama pembekal alat tulis (belanja) juga dimasukkan dalam senarai pembekal tersebut atau hanya pembekal barang niaga sahaja. Adakah senarai pembekal itu wajib disediakan?

  121. Fatimah,

    Senarai nama pembekal (barang niaga / tidak ) dan pelanggan yang lengkap dengan alamat, serta Senarai Item Stok beserta harga beli dan harga jual seunit… dapat membantu / memudahkan pelajar dalam menyediakan DOKUMEN nanti … itu sahaja dan ianya tidak wajib disediakan. Dan ianya boleh dijadikan sebagai Lampiran.

  122. cikgu bagi peancangan urus niaga hanya belian, pulangan belian, jualan pul jualan dan ambilan kita perlu memberi secara detail kan.

    bagi nilai yang kita catat dalam perancangan urus niaga adalah nilai sebelum diskaun atau selepas diskaun

  123. Kalai,

    Ya,, saya setuju.
    Nilai, saya cadangkan hanya setakat JUMLAH sahaja…. secara detailnya semasa pelajar buat dokumen, baru pelajar nampak dengan lebih jelas.

  124. ada tak contoh nak buat prijek ni…??

  125. Ummu,

    Contoh tahun lepas ada DIATAS : rujuk POST TAHUN LEPAS.
    Ubah sesuai ikut arahan tugasan tahun ini.

  126. sekarang kami f4 sedang membuat projek acc.hantar lusa.pening kepala:D

  127. Ckgu, kalau kita tak buat niaga pun tk apa kan sbb lebih mudah dan tak mengelirukan bila nk selaraskn antara perancangan , dokumen dan kad stok.

  128. Ckgu , nk tanya pasal senarai semak dan penilaian guru.ruangan tarikh tu ada 4 lajur dan diikuti catatan.semua ruang tarikh tu kena isi ke?Cth kalau pelajar dh tunjukkan pd ckgu pengenalan dia dh draf kita tanda pd satuvruang tarikh saja ke.Catatan nk tulis apa,Senarai semak ni pelajar kena selitkan dalam folio ke?

  129. Yoeh,

    Pada pandangan saya,
    Kita isi setakat berapa kali pelajar hantar untuk semakan semula bagi setiap elemen. Jika kalai pertama hantar sudah dapat A, maka hanya isi sekali sahaja dan CATATAN boleh diisikan grednya A. Manakala jika kali pertama tidak memuaskan dan pelajar buat pembetulan kemudian hantar kali kedua, maka kita catat TARIKH penghantaran ke dua.

    Sebaik2 senarai semak ini ada 2 Salinan –
    1) simpan dalam FAIL PENTAKSIR PBS
    2) Fail poket pelajar (pelajar masukkan semua bahan2, draf2, dgn kata lain semua yang berkaitan dengan kerja kursus mereka .. sebelum siapnya LAPORAN AKHIR yang dibukukan)

  130. askm..
    saya agak keliru ttg kad stok. sebelum ini saya minta pelajar merekod guna harga asal belian barang niaga..tetapi, ada pula berpendapat guna harga selepas diskaun niaga di dalam invois..
    minta tolong cikgu jelaskan hal ini dan rasionalnya agar senang saya jelaskan pd pelajar nanti..
    trimas..

  131. Annursufi,

    Ada 2 pendekatan yang diguna oleh guru2 :
    1) HARGA ASAL
    2) HARGA BERSIH (selepas tolak diskaun niaga)

    Rasionalnya :
    KAD STOK adalah untuk menilai nilai stok akhir berdasarkan NILAI KOSnya….. Persoalannya : Berapakan KOS SEBENAR sesuatu item/stok itu ?. Katakan:
    Harga Asal ……… RM200
    (-) diskaun niaga RM20
    Kos Sebenar = RM180 ………………….. kos yang TELAH DIBAYAR.

  132. bagaimana pula cara merekod dlm kad stok sekiranya guna harga bersih?, dlm kad stok, kita kira harga per unit (saya guna format kad stok dlm buku panduan).

    adakah perlu kita kira dulu harga bersih (setelah tolak dis.niaga) per unit baru rekod dalam kad stok?

  133. Annursufi,

    Jika guna HARGA BERSIH, kerjanya jadi rumit sedikit kepada pelajar terutamanya yang banyak item barang niaga, di mana mereka terpaksa mengira harga seunit bagi setip item barang niaga… ekoran daripada itu ramai guru menetapkan hanya gunakan NILAI HARGA ASAL sahaja tanpa ditolak diskaun niaga…. yang penting pelajar dapat menguasai KEMAHIRAN ASAS menggunakan KAD STOK dalam menentukan STOK AKHIR pada nilai kos. Untuk lebih detailnya mereka akan belajar diperingkat lebih tinggi nanti.

  134. salam cikgu..sy nk tnye..untuk invois belian or jualan..bole x kalu kite xbuat diskaun niaga dan tunai…sebab nnt budak2 pening plak mase nk buat pembayaran…tp bile nk bayar hutang tu kite tulis je kt resit brape diskaun yang diterima….boleh ke ye wat gitu??

  135. Cadangan saya jika pelajar yang boleh buat, masukkan dis niaga dan dis tunai kerana mereka boleh belajar.
    Bagi pelajar yang tidak boleh buat…..cg boleh suruh abaikan diskaun niaga @ tunai,,,,tetapi penyata pendtn mereka tidak akan ada dis diberi @ diterima. Fikirlah yang mana baik.

  136. ckgu narzuki,
    saya memang bersetuju guna harga asal ketika merekod dlm kad stok, pelajar pun tak akan bingung nanti.
    manakala, ketika menyediakan invois jualan dan belian, saya hanya minta pelajar masukkan diskaun niaga sahaja, manakala diskaun tunai saya abaikan.
    rasionalnya, dalam tempoh hanya satu bulan, mustahil semua jumlah penghutang dan pemiutang dapat dilunaskan. diskaun tunai hanya diberi kalau hutang dibayar penuh..
    apa pendapat cikgu?

  137. Annursufi,

    Pada pandangan saya,
    Dalam DOKUMEN, saya cadangkan diletakkan SYARAT PEMBAYARAN …. diskaun tunai tersebut. Inilah peluang untuk kita ajarkan pelajar kita berkaitan dengan DISKAUN TUNAI tersebut secara lebih detail. Seperti penggunaan syarat pembayaran dan pengiraannya serta cara merekodkannya dalam Buku Tunai seperusnya penggunaan format penyata pendapatan baru.

    Walaupun tidak semua penghutang / pemiutang dijelaskan sepenuhnya, sekurang2nya ada seorang – dua…. supaya pelajar boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut. Memang tujuan pemberian diskaun tunai tersebut.. bagi menggalakkan PEMBAYARAN CEPAT, jadi TIDAK MUSTAHIL ada yang mengambil peluang dengan membayar cepat.

  138. Selamat sejahtera cikgu, saya nak tanya tentang angkutan masuk.

    ANGKUTAN MASUK:
    1) semasa saya membuat bayaran, angkutan masuk ni tambah ke dalam amaun yang saya nak bayar ke kurangkan?

    2) kalau pembekal cajkan saya angkutan masuk, gunakan nota debit asal ke nota debit salinan?

    boleh cikgu jawab dengan segera?
    TERIMA KASIH.

  139. Clover, selamat sejahtera.

    1) Maaf, saya tidak faham, maksud soalan tersebut ? ….. apa yang dimaksudkan dengan “amaun yang saya nak bayar” ?

    2) Saya cadangkan NOTA DEBIT (ASAL)

  140. salam cgu narzuki…apa agaknya yang sesuai dijadikan item hasil utk perniagaan yang baru sebulan bermula ni?klu dulu boleh guna diskaun diterima.

  141. Nasfendi,

    Pada pandangan saya, antara item hasil yang boleh digunakan:
    1. Komisen diterima
    2. Sewa diterima …. untuk sewa sebahagian ruang kedai kepada pihak lain.
    3. Faedah atas simpanan

  142. Salam, Memulakan perniagaan.Adakah Dua dokumen (Slip wang masuk dan memo)dan dua catatan di BCP ( JA -dt tunai di bank 80 000 kt modal 80 000) dan ( JA -dt kenderaan 55 000 Kt modal 55000)untuk memasukkan wang RM80,000 dalam bank dan masuk kenderaaan pribadi RM55000 dalam perniagaan.

  143. Misah tahrin,

    Dokumen yang boleh digunakan :
    1. Borang Wang Masuk (Bank) dan MEMO (Kenderaan)
    2. MEMO …. untuk 2 perkara tersebut.

    Dalam JURNAL AM, boleh dicatat begini :
    Dt: Bank ……………….. 80000
    Dt: Kenderaan ……….55000
    Kt: Modal ……………………………135000

  144. cg,
    saya nak thu maksud upah atas belian dan catatan kontra serta contohnya?
    harap cg boleh membantu….

  145. Zati,

    Pada pandangan saya,
    Upah atas belian ialah apa-apa upah yang dibayar semasa proses urus niaga belian barang niaga tersebut berlaku… bermula ianya dibeli hinggalah barang niaga itu sampai ke dalam kedai. Contoh, upah anggut barang2 dari kedai pembekal ke dalam lori, dari lori ke dalam kedai.

    Manakala CATATAN KONTRA adalah melibatkan wang TUNAI di kedai dan wang di BANK, sama ada:
    1. Masukkan wang tunai perniagaan ke dalam BANK – Dokumen : SLIP WANG MASUK
    2. Keluarkan wang dari BANK untuk kegunaan perniagaan – Dokumen : KERATAN CEK

  146. salam , cikgu kalau urusniaga kelengkapan perlu tulis secara detail ke ?

  147. Nurul,

    Pada pandangan saya,
    Bagi memudahkan pelajar sediakan dokumen nanti, ada baiknya disediakan secara detail. Mana-mana urus niaga yang boleh disediakan secara detail, maka kita sediakan secara detail.

  148. cikgu,can u tell us how to do the profil perniagaan?cos m doing akauns as extra subject in school.so m not learning akauns in school….can u guide me?tq teacher…

  149. Lalala,

    Sila muatturun : PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK SPM 2012 UNTUK TINGKATAN 4 diatas, dan rujuk Kriteria Penilaian, ada dinyatakan apa yang perlu ada untuk melayakkan pelajar dapat A bagi setiap elemen yang dinilai. Bagi PROFAIL PERNIAGAAN, hanya isikan maklumat dalam Jadual yang disediakan sahaja.

  150. cikgu trma kasih krn sudi membatu kami

  151. Naimah Abdul Ghani

    Assalamualaikum,

    Cg.Narzuki, bileh terangkan tentang penerimaan hasil?

    Apakah penerimaan hasil yang sesuai dan dokumen yang berkaitan?
    Terima Kasih.

  152. Naimah, waalaikumussalam.

    Penerimaan Hasil, penerimaan tunai / cek daripada KOMISEN DITERIMA atau SEWA DITERIMA (sewa sebahagian ruang kedai kepada peniaga lain).. dan dokumennya : RESIT RASMI

  153. hi cikgu, may i noe how to write angkutan masuk in urus niaga? im doing folio~

  154. YeeHuan,

    Pada pandangan Cg, ANGKUTAN MASUK ada 2 situasi :

    1. Kita sendiri berurusan dengan Syarikat Pengangkutan, sama ada kita bayar secara tunai, dengan cek atau secara kredit. Maka urus niaganya :”Bayar kos angkutan masuk RM500 kepada Syarikat Pengangkutan XXX secara tunai / dengan cek “.

    2. Pihak PEMBEKAL menguruskan kos pengangkutan, kemudian dicajkan belanja tersebut ke akaun kita. Maka urus niaganya : “Caj angkutan RM150 dikenakan oleh Pembekal YYY atas belian / invois bertarikh xx/xx/2011″

  155. cikgu,,,
    blh tolong terangkan dokumen bg upah atas belian serta contoh.

  156. Sakinah,

    Tentukan urus niaga dahulu, baru boleh tentukan dokumen yang terlibat.
    Contoh mudah : Bayar upah atas belian RMXXX kepada …….A…….. dibayar dengan tunai / cek,
    maka dokumen yang boleh digunakan : Baucar Pembayaran, Keratan cek atau Resit Rasmi

  157. cg saya tanya jika akaun penghutang saya telah imbang perlu tak saya sediakan akaun kawalan penghutang?

  158. Saleha,

    Pada pandangan saya,
    KONSEP ASAS nya, jika disediakan Lejar Subsidiari … maka dalam Lejar Am, mesti disediakan AK Kawalan… Sekiranya tidak mahu sediakan AK Kawalan, maka semua akaun penghutang dan pemiutang disediakan dalam LEJAR AM sahaja. Ini kerana hanya baki2 akaun dalam LEJAR AM sahaja yang perlu dipindahkan ke Imbangan Duga. Jika tiada Ak Kawalan dalam Lejar Am, sudah pasti ID tidak akan seimbang….. (tetapi masih ramai yang tidak berikan perhatian terhadap perkara tersebut).

    Sama ada akaun penghutang sudah seimbang / semua hutangnya dijelaskan sepenuhnya… akaun kawalan tetap perlu disediakan. Ini kerana TUJUAN Ak kawalan disediakan bukan untuk mencari baki akhir penghutang semata-mata, tetapi lebih kepada tujuan kawalan dalaman yang melibatkan akaun2 penghutang dan pemiutang.

  159. i want to knw about how to make this assignment

  160. Intan,

    Sila baca komen / perbincangan di atas sebagai panduan ….. selain daripada merujuk Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek yang dikeluarkan oleh LPM. Perkara/langkah2 yang perlu diambil, menyediakan perkara2 berikut :

    1. Pengenalan Perniagaan
    2. Profil perniagaan
    3. Perancangan Urus Niaga
    4. Dokumen Perniagaan
    5. Buku Catatan Pertama
    6. Lejar
    7. Imbangan Duga
    8. Penilaian Stok Akhir
    9. Penyata Pendapatan
    10. Kunci Kira-kira
    11. Rumusan

  161. mai nisa nur syakila

    cikgu belanja am 2 klau x buat bayar kat sapa boleh x di pndah an dlm dokumen bil tunai..??
    saya adah png r wat kje krss nie,,
    tlg yew..

  162. Mai,

    Maaf, sila guna ejaan yang lengkap… supaya Cg dan orang lain juga faham apa persoalannya.

  163. cikgu untuk faedah ats simpanan boleh guna makluman kredit tak?

  164. Lialanor din,

    Ya, boleh gunakan MAKLUMAN KREDIT.

  165. salam. cikgu, perancangan urus niaga tu boleh buat dengan sesuka hati kita atau mengikut maklumat?

  166. Qil,

    Perancangan mesti mematuhi kehendak dalam soalan, terutamanya BILANGAN URUS NIAGA bagi setiap komponen yang disenaraikan. Manakala cara penulisan senarai perancangan juga perlu memenuhi KRITERIA PENILAIAN : Elemen 2.1 dalam buku panduan pelaksanaan.

  167. cikgu saya nak tahu apa yang akan masuk jurnal am?

    upah atas belian?
    angkutan masuk?
    ambilan?
    lengkapan?
    caj bank?

  168. Clover,

    1. Jurnal Am : (Invois bukan barang niaga, Memo, dll.)

    Mencatat urusniaga-urusniaga berikut :

    a) Catatan pembukaan.
    b) Jualan dan belian aset tetap.
    c) Urusniaga luar biasa.
    d) Pembetulan kesilapan.
    e) Pelarasan.
    f) Catatan penutup.
    g) Mencatat urusniaga-urusniaga selain daripada dibawah ini.

    JURNAL KHAS

    2. Jurnal Belian (Terima Invois @ Nota Debit) – Merekodkan belian barang niaga secara kredit.

    3. Jurnal Jualan (Keluar Invois @ Nota Debit) – Merekodkan jualan barang niaga secara kredit.

    4. Jurnal Pulangan Belian (Terima Nota Kredit) – Merekodkan barang niaga yang dipulangkan kepada pembekal.

    5. Jurnal Pulangan Jualan (Keluar Nota Kredit) – Merekodkan barang niaga yang dipulangkan oleh pelanggan.

    6. Buku Tunai (Salinan Resit, Resit dan Keratan Cek) – Merekod semua penerimaan dan pembayaran yang dibuat secara tunai dan cek. (Mengantikan Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai)

  169. hutang macam mana ?

  170. Rahmath,

    Hutang macam biasa saja. ………………………………. ………… …. apa masalah anda sebenarnya ?

  171. cg bg catatan permulaan dimana peniaga membawa masuk kenderaaan. komponen nya perlu dinyatakan sebagai apa?? dan dokumenya adalah??

    sama juga bg 2 org pembantu kedai dokumen sokongan adalah baucar dan komponennya adalah??

    selain jurnal jualan,belian dan jurnal am adalah hasil dan belanja direkodkan dalam jurnal

  172. peniaga membawa masuk kenderaan , cg jurnal am perlu diwujudkan tak utk ayat diatas

  173. Kamelesh,

    Dinyatakan sebagai Komponen CATATAN PERMULAAN. Dokumen yang boleh digunakan Slip Wang masuk dan Memo.

    Gaji pekerja .. Komponen PEMBAYARAN (Belanja). Dokumen yang sesuai digunakan ialah Baucar Pembayaran.

    Buku Catatan Pertama … sila rujuk Nota yang telah Cg kemukan di atas.

    Catatan permulaan … perlu dicatatkan dalam JURNAL AM.

  174. cg membayar kos angkuatn rm50 kepada sykt X: Dt kos angkutan Kt belian ke??

    Bayaran Upah atas belian Rm200 secara tunai: Dt upah atas belian Kt tunai

    betul ke cara pengeposan ke lejar

  175. Saleha,

    1. membayar kos angkuatn rm50 kepada sykt X: …. angkutan masuk / keluar ? … bayar TUNAI / CEK ?
    BCP —-> BUKU TUNAI
    Catatan bergunya : Dt : angkutan masuk / keluar Kt TUNAI / BANK

    2. Bayaran Upah atas belian Rm200 secara tunai
    BCP —-> BUKU TUNAI
    Catatan bergunya : Dt : Upah atas belian Kt TUNAI

  176. cg beli kelengkapan kedai bernilai 750 tunai komp: perolehan aset dan dokumen adalah memo.. adakah betul

  177. Saleha,

    MEMO digunakan untuk urus niaga dalaman, biasanya yang melibatkan PEMILIK.
    Beli lengkapan, saya cadangkan dokumen BIL TUNAI lebih sesuai digunakan.

  178. cg 2 org pembantu kedai dgn gaji bulanan 1200 tunai atau bank

  179. perlu tak saya create jurnal am untuk gaji 2 orang pekerja

  180. angkutan masuk dan upah atas belian perlu dimasukkan dalam imbangan duga tak cg

  181. cg akaun kawalan disediakan setelah imbangan duga disediakan ke??

    cg saya tidak ada idea bagaimana untuk menyediakan ak.kawalan nie…

    dalam urusniaga saya ada 2 pemiutang dimana satu telah imbang. dan penghutang 3 dimana 1 telah imbang.

    format akaun kawalan ada baki bagaimana hendak saya masukkan baki tersebut..dan kontra dalam ak.kawalan adalah yang telah saya masukkan dalam urusniaga dimana keluarkan wang dari bank ke tunai??

  182. Kamelesh,

    Gaji pekerja RM2400 …. terserah kepada pelajar nak bayar dengan TUNAI atau CEK…. Jurnal Am tidak diperlukan kerana ianya perlu dicatatkan dalam BUKU TUNAI.

    SEMUA AKAUN dalam LEJAR yang telah diimbang dan mempunyai BAKI perlulah disenaraikan dalam IMBANGAN DUGA… baru ianya SEIMBANG.

    Akaun Kawalan disediakan SEBELUM ID disediakan, kerana BAKI PENGHUTANG dan PEMIUTANG tersebut perlu dimasukkan dalam Imbangan Duga. Cara menyediakan boleh rujuk Buku Teks atau bertanyalkan guru anda disekolah. Oleh kerana perniagaan baru dimulakan, maka TIADA BAKI AWAL bagi Penghutang dan Pemiutang. Catatan KONTRA hanya melibatkan BUKU TUNAI sahaja … tidak terlibat dengan Akaun Kawalan.

  183. Salam,

    Tq atas panduan dan idea utk melengkapkan kkursus ting 4. Pglmn tahun ke 2 sedikit sbyk tlh membantu. Pljr saya sudah mula menyediakan lejar.

    Saya ingin meminta pendapat tentang penyediaan folio di BCP dan Lejar. TQ byk.

  184. cg, membayar angkutan masuk rm 500 secara tunai …dokumen yang telibat adalah nota debit atau??

  185. Anioth,

    Tahniah. Sebaik2nya kita dedah dan ajarkan kepada pelajar tentang penggunaan FOLIO dalam BCP dan LEJAR, kerana ianya merupakan perkara asas yang perlu diketahui dalam penyediaan set akaun lengkap dalam dunia perniagaan sebenar. Itulah yang dimaksudkan dengan SISTEMATIK yang dinyatakan dalam definisi SIMPANKIRA.

    Amelia,

    Jika “angkutan masuk dibayar dengan TUNAI”, maka dokumen yang sesuai digunakan ialah RESIT RASMI, BAUCAR PEMBAYARAN, BIL TUNAI (daripada Syarikat Pengangkutan tersebut). Dalam kes ini, NOTA DEBIT tidak sesuai digunakan.

  186. cg jika saya telah masukkan diskaun diberi dan pul.jualan dalam ak. kawalan perlu tak saya masukkan semula dalam imbangan duga sama juga jika saya telah masukkan diskaun diterima dan angkutan masuk dalam ak kawalan pemiutang perlu tak saya masukkan dalam iD.

  187. maksud saya perlu tak saya masukkan kembali pulangan jualan dan angkutam td dalam ID.

  188. Kamelesh,

    IMBANGAN DUGA ialah senarai baki2 SEMUA AKAUN yang ada dalam LEJER AM anda.
    Oleh kerana dalam LEJAR AM ada Ak Pulangan Jualan, Ak Diskaun diberi, Ak Kawalan Penghutang dll…. maka semua baki2 akaun tersebut perlulah dimasukkan dalam ID.

  189. angkutan masuk perlu Kt dalam ak kawalan pemiutang then dt ak.angkutan masuk then kt tunai sbb mine angkutan masuk rm 50 dibayar secara tunai…ok now i’ll put my angkutan masuk daalm akaun kawalan pemitang perlu tak saya masukkan dalam imbangan duga

  190. imbangan duga saya tak imbang by rm50.00

  191. Kamelesh,

    Jika angkutan masuk dibayar tunai.. maka ianya tidak melibatkan AK Pemiutang…. TAK MASUK dalam AK Kawalan Pemiutang.
    Ak Angkutan masuk perlu diimbang.. bakinya masukkan ke Imbangan Duga.

    Perbezaan RM50, mungkin disebabkan kesilapan pada catatan angkutan masuk. Berdasarkan urus niaga anda. catatannya hanyalah pada :
    Ak Angkutan masuk dan Buku Tunai sahaja… Ak Pemiutang / AK Kawalan Pemiutang tidak terlibat.

  192. assalamualaikum cikgu,nak tnya kalau buat dokumen mcm invois,bil tunai dan lain-lain.. tulisan kena time news romen size 12 juga ke? atau tak kisah tulisan jenis dan size apa2 pun…. (untuk dokumen)

  193. cikgu , contoh urusniaga- pemilik mengambil RM200 untuk tujuan pengiklanan.. dokumen untuk urusniaga ini memo kan cikgu?

  194. Aryna,

    Untuk DOKUMEN, tulisan boleh diabaikan mengikut kesesuaian, manakala lain-lain bahagian ikut apa yang dinyatakan dalam soalan.

    Ya, Cg setuju, MEMO sesuai digunakan untuk urus niaga tersebut kerana melibatkan urus niaga dalaman sahaja.

  195. cikgu, macam mana nk buat buku tunai? saya masih keliru bagaimana hendak masuk kan nya?

  196. cikgu tolong terus hantar kepada email saya… syafiq_210@yahoo.com
    thanx

  197. Afiq,

    BUKU TUNAI hanya melibatkan semua urus niaga penerimaan dan pembayaran secara TUNAI (sam ada wang TUNAI atau CEK).
    Cg cadangkan, rujuk Buku teks ms 136 – 145…. penerangan berserta dengan contohnya sekali lebih mudah untuk difahami

  198. cikgu, angkutan masuk nak catat dalam buku tunai dan lejar tak? projek kali ini kenderaan rm55 000 kan? so nak buat apa apa dokumen? memo? membawa masuk kenderaan?

  199. Clover,

    SEMUA urus niaga perlu dicatat dalam BUKU CATATAN PERTAMA (Sama ada JA, JJ, JB, JPJ, JPB atau BT) kemudian poskan ke LEJAR.
    MEMO sesuai digunakan untuk urus niaga membawa masuk kenderaan (RM55,000) sebagai modal permulaan…

  200. so angkutan masuk nak masuk dalam imbangan duga? bank dan tunai nak buat dalam lejar tak?

  201. Clover,

    Semua AKAUN yang wujud dalam LEJAR AM perlu diimbang dan bakinya dimasukkan dalam ID. Akaun BANK dan TUNAI tidak perlu disediakan dalam LEJAR AM, kerana Buku Tunai itu sendiri dikelaskan sebagai LEJAR… cuma digabungkan Ak Tunai dan Ak Bank.

  202. kalau saya tak ada pemiutang, modal kerja tak paya buat?

  203. Clover,

    Pada pandangan saya, sebaik-baiknya tunjukkan juga MODAL KERJA, iaitu bersamaan dengan jumlah Aset Semasa kerana Liabiliti Semasa adalah sifar.

  204. Cikgu .. im new here ..
    saje nk tau .. kalo kite wat baucar pembayaran tuk upah atas belian .. cikgu ada x contoh baucar pembayaran bagi upah atas belian . .terima kasih ..

  205. nk tnya,,
    contoh urus niaga;

    Membeli barang niaga scara kedit drpd azhar west sprti brikut:
    a) 200 unit kasut wira bharga rm80 seunit.jumlah rm6000
    b)100 unit bola sepak bharga rm25 seunit.jumlah 2500.

    boleh diterima ke mcm ni..

  206. Amirul,

    Contoh Baucar Pembayaran boleh rujuk dalam Buku teks atau buku rujukan yang lain. Di mana PERKARA / KETERANGAN boleh ditulis sebagai “Upah atas belian” sahaja.

    Am,

    Pada pandangan Cg, ianya boleh DITERIMA dan telah memenuhi kehendak Kriteria Penilaian.

  207. cikgu,
    boleh ke barang yang kita niagakan ditulis dalm bahasa inggeris contohnya Rucksacks,carry mat,masteen.. (alatan perkhemahan) sebb slaluya dalam bahasa melayu dia pnjg la!!! rucksacks=beg galas untuk perkhemahan..

  208. Aryna,

    Cadangan Cg, gunakan bahasa melayu, seperti “bag galas” …. sudah mencukupi, memandangkan jenis perniagaan adalah menjual peralatan perkhemahan.

  209. asslammualaikum cikgu…

    boleh saya tumpang tanya??
    kerja kursus ni kita kena buka jurnal, lejar dan buku tunai juga,kan??

  210. Sutdin, waalaikumussalam.

    Apa yang perlu disediakan oleh pelajar adalah seperti berikut :

    1. Perakuan Calon
    2. Penghargaan
    3. Pengenalan Perniagaan
    4. Profil perniagaan
    5. Perancangan Urus Niaga
    6. Dokumen Perniagaan
    7. Buku Catatan Pertama (Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai)
    8. Lejar
    9. Imbangan Duga
    10. Penilaian Stok Akhir (Kad Stok)
    11. Penyata Pendapatan
    12. Kunci Kira-kira
    13. Rumusan

  211. Assalamualaikum cikgu,
    Saya mempunyai masalah untuk menyiapkan Penyediaan Dokumen Perniagaan bagi Kerja Kursus Tingkatan4 2011.
    Urusniaganya ialah “Mula perniagaan dengan wang simpanan di bank RM80000 dan kenderaan peribadi bernilai RM55000.”
    Dokumennya ialah Memo. Apakah butir yang sesuai bagi urusniaga ini?
    Adakah sama sahaja seperti urusniaganya ? “Pemilik memulakan perniagaan dengan wang simpanan di bank RM80000 dan kenderaan peribadi bernilai RM55000.” ?

    Terima Kasih Cikgu :)

  212. Ira, waalaikumussalam,

    Pada pandangan Cg,
    Butirnya lebih kepada peringatan/ arahan/ makluman oleh Pengurus kepada Kerani Akaun supaya merekodkan perkara tersebut. Contohnya :
    “Pemilik membawa masuk wang simpanan RM80,000 dibankkan dan kenderaan peribadi bernilai RM55,000 ke dalam perniagaan sebagai modal permulaan”….. ataupun seumpamanya.

  213. angkutan masuk boleh guna resit rasmi tulis tak?

  214. C,

    Jika urus niaganya …. “Bayar kos angkutan masuk kepada Syarikat Pengangkutan XXX secara tunai / dengan cek” … maka Syarikat tersebut boleh mengeluarkan RESIT RASMI / BIL TUNAI sebagai bukti pembayaran.

  215. cikgu katakan kalau kita beli barang niaga berharga RM5000 then kita pulangkan sebab patah/rosak berharga RM1000. jadi dalam urusniaga kita tulis membayar hutang kepada syarikat aaa sebanyak RM5000/(RM5000-RM1000) dengan cek.. kita kena tolak dengan harga yang kita pulangkan atau tidak?

  216. Aryana,

    Belian kredit ………… hutang bertambah RM5000
    Pulangan belian ….. hutang berkurang RM1000
    JUMLAH BAKI HUTANG = RM4000
    Maka, jumlah yang perlu dibayar ialah ?????

  217. terima kasih banyak cg atas senarai penyedian yg cg berikan tadi….

    Cikgu?
    sekiranya tugasan tidak dihantar pada tarikh yang ditetapkan, adakah ia akan diterima juga dan diberi markah yang penuh selari dengan kandungan2 yang lengkap di dalam tugasan tersebut???

  218. Sutdin,

    Pada pandangan saya, walaupun lewat sedikit, ianya masih DITERIMA. Penilaian / pemberiakan markah adalah berdasarlan ELEMEN2 dibawah. Jika penghantaran LEWAT, maka markah untuk ELEMEN 5 akan terjejas.

    ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

    Elemen 1.0: Pengetahuan dan Kefahaman
    1.1 Pengenalan Perniagaan
    1.2 Profil Perniagaan

    Elemen 2.0: Kemahiran Mengaplikasi
    2.1 Perancangan Urus Niaga
    2.2 Dokumen Perniagaan
    2.3 Buku Catatan Pertama
    2.4 Lejar
    2.5 Imbangan Duga
    2.6 Pengiraan Stok Akhir
    2.7 Penyata Pendapatan
    2.8 Kunci Kira-kira

    Elemen 3.0: Kemahiran Menganalisis
    3.1 Rumusan Aplikasi Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan

    Element 4.0: Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
    4.1 Penggunaan komputer
    4.2 Komunikasi

    Elemen 5.0: Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
    5.1 Sistematik
    5.2 Akauntabiliti
    5.3 Rasional
    5.4 Ketepatan

  219. assalamualaikum….cikgu
    saya ingin kepastian jika kita gunakan harga asal sebelum diskaun niaga…untuk pengiraan kad stok untuk dapatkan stok akhir.adakah kunci kira-kira kita akan balance. kerana semasa kita pindahkan dari dokumen ke jurnal kita menggunakan harga selepas diskaun niaga?..apa komen cikgu

  220. Nik, waalaikumussalam.

    KAD STOK digunakan HANYA untuk menentukan nilai STOK AKHIR pada harga kos. … dan nilai STOK AKHIR tersebut dicatatkan dalam Penyata Pendapatan dan KKK. Sama ada guna nilai selepas/ sebelum diskaun diskaun … kesan kepada KKK tetap SEIMBANG. Ini kerana rekod pada KAD STOK tiada kaitan langsung dengan SIstem Catatan Bergu dalam rekod perakaunan.

  221. Cikgu,
    Upah atas belian boleh guna nota debit tullis tak?
    katakan saya guna nota debit untuk angkutan masuk apa yang perlu ditulis dalam dokumen nota debit?

  222. Haz,

    Sekiranya PEMBEKAL (Pemiutang) mengenakan caj tambahan seperti Caj angkutan (angkutan masuk), caj upah atas belian, maka NOTA DEBIT akan dikeluarkan oleh pembekal bagi menambahkan jumlah hutang kita. Antara BUTIR / KETERANGAN yang boleh ditulis ialah ” Caj angkutan dikenakan atas belian/invois bertarikh xx/08/2011″ atau “……. atas Invois 12345″ …. atau seumpamanya.

  223. terima kasih atas bantuan cikgu..

    Jumlah caj angkutan yang dikenakan perlu bergantung kepada bilangan barang niaga yang dibeli ?

  224. Haz,

    Ada perbagai cara yang diamalkan, Ada yang dicaj mengikut kuatiti barang yang dihantar,… contohnya RM10 atas seunit. Ada yang dikira secara lum sum… sekali penghantaran dicaj RM100 atau dicaj mengikut jarak penghantaran.

  225. cikgu urus niaga boleh x ikut susunan dalam kertas soalan?? ikut komponen

  226. Hare,

    Apa yang perlu dibuat dan dinilai ialah PERANCANGAN URUS NIAGA… bukannya sekadar senarai urus niaga. Jadi perancangan tersebut biarkan RASIONAL, seolah-olah mengambarkan urutan urus niaga dalam dunia perniagaan sebenar.

  227. terima ksih ckgu..semua mklumt yg sye trima dri ckgu adlah sesuatu yg brharga bg sye…trime ksih dan hapy aidilftri,,maap zhir dn btin…

  228. Sutdin,

    Sama-sama, Selamat Hari Raya, …. maaf zahir dan batin.

  229. adakah ambilan, pulangan jualan dan pulangan belian harus dicatat di dalam kad stok juga?

  230. cikgu, kita bru memulakan perniagaan jadi kita tak boleh ada faedah atas simpanan tetap kan cikgu?

    *selain faedah atas simpanan tetap makluman kredit boleh buat apa lagi ya.

  231. Ezzraihan,

    KAD STOK digunakan untuk merekokan pergerakan keluar masuk setiap barang niaga serta baki yang tinggal pada akhir sesuatu tempoh perakaunan… seterusnya dapat menilai STOK AKHIR perniagaan pada harga kos. Maka, apa2 urus niaga yang melibatkan pergerakan STOK / BARANG NIAGA, sudah semestinya perlu direkodkan dalam KAD STOK.

    Aryana,

    Untuk menerima Faedah atas Simpanan Tetap,,,,, terlebih dahulu perniagaan perlu ada SIMPANAN TETAP, jika tiada, maka adalah TIDAK RASIONAL perniagaan menerima Faedah atas Simpanan Tetap tersebut.

    MAKLUMAN KREDIT dikeluarkan oleh pihak bank bagi memaklumkan kepada peniaga (kita), bahawa sejumlah wang telah dimasukkan terus kedalam Akaun Bank perniagaan… seperti faedah atas simpanan, penerimaan dividen, terima komisen yang dibayar terus ke akaun bank, pelanggan bayar terus ke akaun bank,… dan seumpamanya.

  232. cikgu, kalau dokumen yang kita buat tak berapa sama dengan dokumen yang ada dalam buku teks tak apa kan? tapi isi2 seprti tarikh,t.tangan smua ada cuma kdudukan berbeza sedikit.

  233. Aryana,

    Tiada masalah, format dokumen ada pelbagai reka bentuk, ….asalkan semua ITEM2 yang sepatutnya ada dan lengkap.

  234. selamat sejahtera cikgu, saya ingin tanya tentang dokumen dan komponen yg terlibat dalam urus niaga peniaga membawa masuk kenderaan untuk kegunaan perniagaan.

  235. cikgu, komponen dan dokumen yg terlibat semasa peniaga membawa masuk kenderaan untuk kegunaan pejabat ialah..?

  236. selamat sejahtera cikgu~

  237. Yiyou,

    Jika urus niaga yang melibatkan PEMILIK dokumen MEMO digunakan. Jika bawa masuk pada awal penubuhan perniagaan / sebagai modal permulaan, maka ianya dikelaskan sebagai CATATAN PERMULAAN.

  238. INI BERKAITAN KAD STOK…contohnya, saya BELI bola keranjang RM80 seunit, tapi saya JUAL RM150 seunit , jadi dalam ruang MASUK saya rekod RM 80 dan dalam ruang KELUAR saya rekod RM 150..APA KOMEN CIKGU….? betultak?….jadi ruang baki nanti macam mana saya nak darapkan unit yg tinggal ….dengan RM 80 atau RM 150

  239. Nik,

    Mengikut cara sebenar merekod KAD STOK, hanya HARGA BELI / HARGA KOS sahaja yang digunakan, sama ada MASUK, KELUAR dan BAKI. ….. Harga Jualan tidak terlibat sama sekali….. Jika belajar diperingkat lebih tinggi perkara tersebut lebih jelas, di mana apabila melibatkan penggunaan kaedah FIFO, LIFO, maka baru kita nampak kenapa HARGA KOS/BELI digunakan dalam ruangan KELUAR.

  240. ok trima kasih cikgu sekarang saya lebih faham..

  241. Cikgu, saya nak tanya sesuatu. Kalau Upah Atas Belian saya gunakan Nota Debit dan saya catat dalam Jurnal Belian, apabila saya mengeposkannya ke lejar, manakah lejar yang patut saya gunakan? Pemiutang atau guna lejar lain?

  242. Pada pandangan saya, ianya perlu dicatat dalam JURNAL AM sahaja, iaitu Dt: Angkutan masuk dan Kt: Pemiutang …..dan poskan ke akaun2 tersebut. JURNAL BELIAN khas untuk belian sahaja.. seperti Nota Debit kerana harga dalam invois sebelum ini terkurang caj… yang berkait secara langsung dengan BELIAN.

  243. OK, terima kasih cikgu.

  244. cikgu,

    kenape saye tak dapat imbangkan imbangan duga? sedangkan saya sudah periksa buku tunai dan lejar. patotkah saye mengubah amaun? -kerja khusus tingkatan 4 2011(ogos-september)

  245. Akmal,

    ID tidak seimbang disebabkan kesilapan SISTEM CATATAN BERGU, tugasan tersebut hendaklah dihantar kepada guru untuk disemak, ditegur kesilapan seterusnya diperbetulkan sehinggalah pelajar layak mendapat A. … mengubah AMAUN begitu sahaja bukannya jalan penyelesaian.

  246. cikgu, pelajar perlu buat kedua-dua upah atas belian dan angkutan masuk atau mereka BOLEH PILIH SALAH SATU SAHAJA? TQ

  247. Su Koop,

    Pada pandangan saya, tidak menjadi masalah buat kedua-dua atau salah satu sahaja, apa yang ditetapkan oleh soalan ialah 6 URUS NIAGA daripada Komponen Kos Jualan.

  248. terima kasih cikgu. tadi terhantar soalan sampai 2 kali. tak sengaja . sebab pelajar saya buat satu sahaja tapi pentaksir kata buat semua kriteria yang diminta

  249. SU Koop,

    Jika pentaksir telah tetapkan begitu, maka saya cadangkan ikut apa yang telah ditetapkan oleh pentaksir masing2… bagi tujuan penyelarasan di peringkat kawasan / negeri masing2.

  250. Cikgu,

    format nota debit dalam buku teks terdapat kuantiti, butir, harga seunit dan jumlah. jika ingin mencatat angkutan masuk, ruang kuantiti dan harga seunit perlu isi apa?

  251. Haz,

    Jika ruangan KUANTITI dan HARGA SEUNIT tidak berkaitan, maka tidak perlu diisi, memadai dengan mengisi ruangan BUTIR dan JUMLAH sahaja.

  252. Ckgu da contoh dokumen memo tak????

  253. Muhamad Fitri,

    Boleh rujuk contoh dalam Buku Teks ms 84, 110, 126, 136.

  254. mcmana nk bg pelajar akaun rajin menaip kerja kursus..masa dh suntuk kalo ikut jadual pelaksanaan..
    saya nk semua pelajar siap tp npknye mcm xmampu jer..
    boleh tak pelajar lemah diberi siapkan guna tulisan tgn jer..xpyh taip…

  255. Cikgu Myra,

    Pada pandangan saya, memandangkan pelajar lemah / tiada kemudahan komputer dll, pelajar2 tersebut boleh siapkan secara manual sahaja. Ini kerana markah diberikan berdasarkan setiap Elemen yang dinilai dibawah, manakala penggunaan ICT (Elemen 4.1) hanyalah 1 daripada 17 elemen yang dinilai….. peluang untuk pelajar mendapat A masih cerah asalkan setiap elemen yang lain disiapkan dengan sempurna.

    ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

    Elemen 1.0: Pengetahuan dan Kefahaman
    1.1 Pengenalan Perniagaan
    1.2 Profil Perniagaan

    Elemen 2.0: Kemahiran Mengaplikasi
    2.1 Perancangan Urus Niaga
    2.2 Dokumen Perniagaan
    2.3 Buku Catatan Pertama
    2.4 Lejar
    2.5 Imbangan Duga
    2.6 Pengiraan Stok Akhir
    2.7 Penyata Pendapatan
    2.8 Kunci Kira-kira

    Elemen 3.0: Kemahiran Menganalisis
    3.1 Rumusan Aplikasi Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan

    Element 4.0: Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
    4.1 Penggunaan komputer
    4.2 Komunikasi

    Elemen 5.0: Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
    5.1 Sistematik
    5.2 Akauntabiliti
    5.3 Rasional
    5.4 Ketepatan

  256. salam. cikgu saya nak minta pendapat tentang arahan tugasan yang meminta pelajar menggunakan barangan buatan malaysia. soalan saya :
    1. perlukah dalam perancangan urusniaga sebanyak 25 contohnya membeli raket badminton berjenama batik disebutkan untuk membuktikan kita mengikut arahan
    2. atau … sekadar menyatakan jenama barangan buatan malaysia yang kita belli dan jual di aspek pengenalan perniagaan sahaja sudah memadai. TQ

  257. Su Koop,

    Pada pandangan saya, memadai dinyatakan dalam pengenalan sahaja iaitu menjalankan perniagaan menjual dan membeli ……… barangan buatan malaysia.

  258. Salam, Adakah markah pelajar perlu diisikan ke dalam sistem pengisian markah versi ogos 2011?

  259. Chigutie,

    Apa yang penting RUMUSAN SKOR bagi dapat disediakan, sama ada menggunakan :
    1. Isi Borang secara MANUAL
    2. Perisian E-PPK2 Ver2011 … yang dibekalkan oleh Laman LPM.
    3. Parisian Kemasukan Markah ePBS3756 SPM2012 Ver.Ogos2011 ….. yang disediakan oleh limplee (guru dari Kedah).

  260. yeke? maknanye pelajar leh lulus lg kalo buat guna manual kan? baiklah..saya rasa elok pelajar yg malas tu diberi tulis tgn jer..terima kasih pendapat cikgu narzuki..

  261. Cikgu Myra,

    Apa yang hendak diuji dan dinilai ialah pelajar menguasai dalam KEMAHIRAN PERAKAUNAN itu sendiri.

  262. Cikgu
    Adakah ambilan barang niaga perlu direkod dalam kad stok?

  263. Kesom,

    KAD STOK digunakan untuk merekodkan pergerakan keluar masuk stok, bagi menunjukkan KUANTITI SEMASA yang ada dalam kedai. Oleh kerana AMBILAN tersebut akan mengurangan stok, maka ianya perlu direkodkan dalam kada stok bagi barang niaga tersebut.

  264. (saya sedang buat akaun project)
    kontra di buku tunai nak pindah ke lejer tak?
    Kalau imbangan duga tak imbang, munkin mana salah?
    angkutan masuk dan upah atas belian nak tulis di dalam Jurnal Am tak?

  265. Sue,

    1. KONTRA – tidak perlu diposkan ke LEJAR.
    2. ID tidak seimbang kemungkinan disebabkan : sistem catatan bergu tidak betul,.. ketinggalan (cthnya Baki Tunai dan Bank dari Buku Tunai terlupa dimasukkan dalam ID), ….. kesilapan dalam pengiraan BAKI dalam LEJAR… catat baki disebelah yang salah Debit – Kredit…. dll.
    3. SEMUA urus niaga perlu dicatat dalam BUKU CATATAN PERTAMA (Sama ada JA, JK atau BT) sebelum diposkan ke LEJAR. dan sekiranya ianya telah dibayar dengan TUNAI / CEK, maka perlu dicatat dalam BT, jika belum bayar (masih hutang), maka catat dalam JA.

  266. Perlukah dalam setiap dokumen ada diskaun niaga dan diskaun tunai. Ada kah diskaun tunai perlu diambil pertimbangan dalam masa penerimaan dan pembayaran untuk mengira jumlah dibayar dan jumlah diterima berdasar tarikh di invois dan tarikh buat bayaran. Tqvm

  267. Ilahshaihoo,

    Pada kebiasaannya, DISKAUN NIAGA akan diberikan jika melibatkan belian / jualan secara BORONG / PUKAL bagi tujuan dijual semula. Manakala DISKAUN TUNAI bergantung kepada PENJUAL .. nak beri atau tidak, melalui SYARAT PEMBAYARAN seperti 5 hari 10%, 10 hari 5% dalam INVOIS. Dan layak / tidak layak menerima DISKAUN TUNAI adalah bergantung kepada sejauh mana SYARAT PEMBAYARAN tersebut dipenuhi… Misalnya jika hutang tersebut diJELASKAN SEPENUHNYA dalam masa KURANG dari 5 hari, maka akan diberikan DISKAUN TUNAI 10%, Dan jika lewat bayar meLEBIHi 10 hari, maka DISKAUN TUNAI tidak layak diterima.

  268. cikgu,sye dah siap separuh keje kusus.tpi sye x dpt isikan urus niaga. yg pasal harga brg.harap cikgu akan terang kan sye.trm ksih.

  269. Shenika,

    Untuk melayakkan dapat Gred A pada Elemen 2.1 : PERENCANGAN URUS NIAGA, perkara berikut perlu dipenuhi :
    (i) Berkeupayaan menyenaraikan urus niaga dengan LENGKAP mengikut GARIS PANDUAN urus niaga yang ditetapkan.
    (ii) Berkeupayaan menentukan DOKUMEN bagi setiap urus niaga yang dikenal pasti dengan BETUL.

    GARIS PANDUAN :… yang dimaksud “LENGKAP” ialah :
    ii) Urus niaga yang lengkap mengandungi:
    *Nama pembeli
    *Nama penjual
    *Jenis barang
    *Kuantiti
    *Harga barang
    *Jumlah

    # Sila rujuk Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek SPM2012 Tingkatan 4.

  270. kad stok merekod masuk dan keluar stok berdasarkan harga belian selepas tolak diskaun niaga. Betul ?

  271. Cg Jee,

    Ada 2 pendekatan yang digunakan oleh rakan2 guru.:
    1. Ikut Harga Senarai
    2. Ikut Harga Bersih (selepas tolak diskaun niaga)

    Pada pandangan saya, KAD STOK diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 4 (tugasan kerja kursus) bagi memberi gambaran AWAL bagaimana pengiraan STOK AKHIR pada NILAI KOS dilakukkan…. di mana kaedah penilaian stok / inventori akan dipelajari secara lebih detail diperingkat yang lebih tinggi nanti.

    Maka pendekatan mana yang perlu pelajar buat, bergantung kepada PENILAIAN GURU terhadap KEUPAYAAN PELAJAR sendiri, … jika pelajar diperingkat LEMAH / SEDERHANA…. memadai menggunakan pendekatan 1 sahaja. Tetapi jika pelajar diperingkat BAIK / CEMERLANG… maka bolehlah diminta ikut pendekatan 2 : ikut harga bersih selepas tolak diskaun niaga.

  272. Salam,, sy nk tanya pelajar saya ada buat belian hanya 3 atau 5 unit,, logik ke x?? cthnya belian kredit 5 pasang kasut bola??
    2nd, bayaran sewa, kadar bayaran atau insuran, dokumen nk guna resit atau baucar bayaran yg lbh sesuai?? kalo resit, kepala resit tu kn ada alamat, kalo rujuk buku teks,,so nk ltk alamat sapa?? cthnya kalo byr sewa kedai kpd Encik Ahmad,,kepala resit tu kena tulis almat En Ahmad ke?? maaf sy guru br mengajar..huhu..tqvm

  273. Hajar,

    Pada pandangan saya,
    Sebagai sebuah kedai yang baru dibuka… stok dalam kedai masih tiada… adakah logik hanya 5 pasang kasut bola sahaja sahaja dibeli dan dipamerkan dalam kedai untuk dijual… ?

    Sebagai bukti pembayaran / penerimaan wang tunai / cek… RESIT RASMI lebih sesuai digunakan… BUKTI penerimaan / pembayaran tersebut lebih menyakinkan bagi tujuan AUDIT, BAUCAR sesuai digunakan jika pihak yang menerima wang tersebut tidak mengeluaran Resit, seperti TUAN KEDAI yang kita sewa tidak mempunyai sebarang dokumen rasmi…. walau bagaimanapun ianya masih boleh DITERIMA jika digunakan untuk urus niaga tersebut.

    KEPALA RESIT adalah merujuk kepada PENERIMA WANG/CEK tersebut…dalam kes bayar sewa kepada Encik Ahmad … Kepala Resit sepatutnya Nama dan Alamat Encik Ahmad……. sekiranya beliau hanyalah orang PERORANGAN, maka sudah tentu tiada Resit Rasmi, maka BAUCAR PEMBAYARAN lebih sesuai digunakan.

  274. Mmg x logik pun,, sy da mintak pelajar wat lain,,tp in case ada yg berkeras x mahu wat lain,,bleh ka sy terima, sebab tu saya tanya..anyway terima kasih banyak cikgu.. Sy da clear apa yg ptt dibuat..tqvm..

  275. Effa,

    Pada pandangan saya,
    Jika pelajar berkeras juga, Elemen 5.3: RASIONAL hanya dapat diberikan GRED C kerana perancangan perniagaan yang TIDAK RASIONAL. (Rujuk Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek SPM 2012 T4.)

  276. cikgu kalau kita menjual barang niaga secara tunai dan pkai dokumen bil tunai..masuk jurnal penerimaan tunai kan? dekat perkara tu nak tulis nama pembeli atau jualan?

  277. Aryana,

    Cg cadangkan guna BUKU TUNAI bagi mengantikan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai, Catatannya disebelah DEBIT kerana wang masuk, lajur TUNAI / BANK (jika guna cek) dan butirnya “JUALAN“.

  278. akaun jualan(di ambil dalam jurnal jualan) pada 31 aribulan di sebelah debit butirnya pelbagai pemiutang kan?

  279. cgnarzuki, penyediaan imbangan duga tak imbang, nk tau salah kna refer dkt lejar. tp lps bnyk kali padam, still tk imbang jgk, macam mana tu cikgu

  280. Syarifah,

    Langkah2 mengesan KESILAPAN Imbangan Duga TIDAK SEIMBANG:

    1. Semak semua catatan debit dan kredit dalam ID …………… (Aset dan Belanja = Debit, Ekuiti, Liabiliti dan Hasil = Kredit)
    2. Imbangkan ID …….. (kira jumlah debit dan kredit)
    3. Kira SELISIH antara jumlah debit dan kredit …….(Misalnya RM200, semak mana2 urus niaga/ akaun yang bernilai RM200, kemungkinan tertinggal catat)
    4. Jika masih tidak berjaya (atau tak jumpa), jumlah SELISIH / 2 ….. (RM200 / 2 = RM100…..semak mana2 urus niaga/ akaun yang bernilai RM200, kemungkinan tertinggal catat)
    5. Semak KIRAAN dalam LEJAR ………….. (pengiraan baki h/b dan baki b/b)
    6. Semak semula PENGEPOSAN ke lejar….. (bermula dari BCP pos ke lejar)
    7. Semak Buku Catatan Pertama ……… (ianya dicatat dengan betul, dari segi AMAUN, sebelah debit dan kredit)

    # Sila buat semakas mengikut UTURAN diatas.

  281. cikgu kalau kita membeli komputer? nk buka akaun komputer ataupun nama kedai yang kita beli komputer tu?(sebab saya rasa akaun komputer tak ada)

  282. Aryana,

    Akaun Jualan
    ……….KREDIT: PELBAGAI PENGHUTANG RMxxxx ( …ambil daripada JUMLAH dalam Jurnal Jualan)

    Bila beli KOMPUTER …. akaun yang sesuai dibuka ialah AKAUN KOMPUTER atau AKAUN ALATAN PEJABAT.
    NAMA SYARIKAT digunakan HANYA apabila melibat urus niaga SECARA KREDIT sahaja.

  283. salam cg,,, sya nk tya cg satu soalan
    blh ke seorg pljar membuat dokumen lebih dri 25
    dokumen???????? cth 27 atau 28 dokumen

  284. Wani,

    Tiada masalah jika DOKUMEN yang disediakan lebih daripada 25. Sememangnya akan lebih, ini kerana DOkumen mengikut komponen yang diminta sudah 25 urus niaga… tidak termasuk CATATAN PERMULAAN membawa masuk tunai dibankkan RM80,000 dan kenderaan RM55,000 sebagai modal permulaan … satu atau dua dokumen lagi.

  285. cikgu minta maaf ye banyak bertanya!! cikgu imbangan duga saya seimbang ALHAMDULILLAH tapi kan cikgu saya ada masalah la semaca buat ctatan kontra saya tukar tunai sebanyak 8000 setelah dtolak dan dcampur baki tunai saya tinggal 5000 jadi saya rase mcm tak rasional sangat.. kalau saya tukar jumlah nye di mana jumlah yg saya prlu tukr selain b.tunai,dokumen(kertn cek) dan urus niaga~

  286. Aryana,

    Tiada sebarang masalah jika BAKI TUNAI hanya RM5,000…. baki tunai maksudnya wang tunai yang ada ditangan / dalam kedai….jumlah tidak boleh BANYAK bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini… pada kebiasaannya hasil kutipan / wang tunai yang ada ditangan akan DIBANKKAN pada sebelah petangnya. Dan Peniaga tidak perlu pegang wang tunai yang banyak di tangan kerana segala urusan PEMBAYARAN boleh menggunakan CEK….. Jadi Cg cadangkan tidak perlu tukar jumlah tersebut.

  287. cg apa dokumen untuk upah atas belian

  288. Zati,

    Kena lihat kepada urus niaganya … jika dibayar secara TUNAI / CEK, maka dokumen yang boleh digunakan ialah RESIT RASMI, KERATAN CEK, BAUCAR PEMBAYARAN,

  289. Cg, perlukah kita membuat bayaran kepada dua-dua perkerja tersebut ataupun salah satu pun boleh?

  290. Toi,

    Bayarlah kepada kedua-dua pekerja … takkan seorang bayar gaji, dan seorang kerja tanpa gaji.

  291. salam. cg saya nak tahu “upah atas belian” bolehkah transaksi ini dibuat dengan pihak yang lain selain dari pembekal yang ada. Maksud saya upah atas belian ini dibayar kepada individu tau sykt yg lain dari sykt brg yg dibeli. Dan adakah dokumennya adalah nota debit.

  292. Liz,

    Boleh dengan pihak lain, asalkan kos / belanja tersebut berkaitan dengan PROSES belian barang niaga… bermula dari kedai Pembekal hinggalah barang tersebut sampai ke dalam KEDAI.

    NOTA DEBIT digunakan jika PEMBEKAL kenakan caj upah tersebut ke atas peniaga (iaitu pembekal bayar dahulu).

    Sekiranya melibatkan PIHAK LUAR, maka kena lihat …. adakah bayaran SECARA TUNAI / CEK : Dokumen : Resit Rasmi, Keratan cek, Bil Tunai, Baucer sesuai digunakan. Manakala jika SECARA KREDIT, dokumen INVOIS daripada pihak berkenaan perlu digunakan.

  293. ckgu,guru PA sy baru shja mmberi kami ttang krja krsus ting.4 ni..jadi soaln sy adalah apa langkah pertama yg sy perlu buat..? ini 1st time sy dgr ttang krja krsus PA..

  294. Rabiatulsuwandi,

    Cg cadangkan baca komen2 diatas ….. langkah2, elemen2 yang dinilai dan sebagainya telahpun dibincangkan.

  295. assalamualaikum,saya nak tanya nie..

    a.pembayaran(pemiutang) dokumen ape?
    b.pembayaran(belanja) dokumen ape?
    c.penerimaan(penghutang) dokumen ape?
    d.penerimaan(hasil) dokumen ape?
    e.perolehan aset(tunai) dokumen ape?
    f.catatan kontra(diskaun di beri) dokumen ape?
    g.ambilan dokumen ape?

  296. Nurul, waalaikumussalam.

    Cadangan Cg:
    a. Resit Rasmi
    b. Resit rasmi, Keratan cek, Baucar pembayaran, Bil tunai, Makluman Debit .. (ikut kesesuaian urus niaga)
    c. Resit Rasmi
    d. Resit rasmi, Makluman Kredit.. (ikut kesesuaian urus niaga)
    e. Resit Rasmi, Keratan cek, Bil Tunai, Baucar pembayaran
    f. Catatan Kontra ….. Keratan cek, Slip Wang masuk … (Tiada DISKAUN dalam catatan kontra.),
    g. Memo, Keratan cek …. (ikut kesesuaian urus niaga)

  297. cikgu menurut komen diatas, upah atas belian boleh dibuat oleh pihak lain. Jadi, angkutan masuk pun sama ke cikgu?

    dlm urusniaga saya buat mmbyr uph ats belian kpd syarikat XXX(pembekal saya)..tapi dokumen dia saya buat baucr bayaran.. kalau saya tukar ‘membayar uph atas belian kpd encik ramli'(dalam urusniaga)..
    maknanya saya kena tukar di baucar bayaran saja kan?

  298. Aryana,

    Ya. angkutan masuk pun boleh dibuat dengan Syarikat Pengangkutan (pihak lain)… sama ada secara tunai atau kredit.

    Jika belian SECARA KREDIT daripada pembekal, kebiasaannya UPAH ATAS BELIAN juga dibuat secara kredit juga, di mana PEMBEKAL akan keluarkan NOTA DEBIT bagi mengenakan caj tambahan tersebut.

    Manakala jika berurusan dengan PIHAK LAIN, urus niaganya boleh juga SECARA TUNAI (Dokumen : Baucar Pembayaran, Keratan cek, Resit rasmi) ataupun SECARA KREDIT (dokumen : Invois)

  299. contoh akaun kontra macam mane? boleh cikgu bagi contoh?

  300. Nurul,

    CATATAN KONTRA dan AKAUN KONTRA adalah 2 perkara yang berbeza.

    CATATAN KONTRA merujuk kepada BUKU TUNAI:
    1. Masukkan wang TUNAI ke BANK …………….(simpan wang dibank)
    2. Keluarkan wang dari BANK ke TUNAI ……..(untuk kegunaan perniagaan)

    AKAUN KONTRA merujuk akaun yang mengurangkan AKAUN INDUKnya, seperti:
    1. PULANGAN JUALAN — Ak Kontra kepada JUALAN
    2. DISKAUN DIBERI ——Ak Kontra kepada JUALAN
    3. PULANGAN BELIAN ——Ak Kontra kepada BELIAN
    4. DISKAUN DITERIMA ——Ak Kontra kepada BELIAN
    5. PHR —–Ak Kontra kepada PRNGHUTANG
    6. SNT —-Ak Kontra kepada ASET BUKAN SEMASA
    7. AMBILAN —Ak Kontra kepada MODAL

  301. angkutan masuk dokumen apa?

  302. pulangan jualan dokumen apa?

  303. Nurul,

    Pulangan Jualan …… NOTA KREDIT

    Angkutan masuk / Upah atas belian … boleh rujuk komen2 Cg sebelum ini.

  304. komisen dokumen apa?

  305. jualan tunai dokumen apa?

  306. jualan kredit dokumen apa?

  307. belian tunai dokumen apa?

  308. Nurul,

    Cadangan Cg :
    Belian kredit – INVOIS
    Jualan kredit – INVOIS
    Belian tunai – BIL TUNAI, RESIT RASMI, KERATAN CEK
    Jualan tunai – BIL TUNAI, RESIT RASMI,
    Komisen diterima – RESIT RASMI
    Komisen diberi – KERATAN CEK, BAUCAR PEMBAYARAN

  309. untuk angkutan masuk dan upah atas belian saya sudah terbuat dokumen baucar bayaran .Jadi kalau saya mengekalkan baucr bayarn saya perlu tukar sedikit dalam baucr bayaran dan urusniaga.. Lejar atau jurnal ada yg perlu saya ubah ke?

  310. cikgu kalau stok awal dalam penyata pendapatan tu nk ambil kat mane ye cikgu?

  311. Aryana,

    STOK AWAL = sifar, kerana BARU MEMULAKAN perniagaan, tiada stok awal.

    Apa yang perlu diubah / tidak .. Cg tidak dapat komen, kerana tidak tahu apa yang telah dibuat/diubah dalam Urus niaga, BCP atau Lejar sebelum ini.

  312. Cikgu, untuk ruangan Dokumen dan No. Dokumen dalam kad stok, perlukah kita mengisinya? Jika ya, bagaimana hendak isi ruangan tersebut?

  313. Luvdwaylie,

    Cadangan Cg, lengkapkan ruangan yang disediakan.
    1. Dokumen – dokumen yang terlibat seperti INVOIS, NOTA KREDIT, NOTA DEBIT, BIL TUNAI ………
    2. No. Dokumen – merujuk kepada NO SIRI DOKUMEN tersebut

  314. cikgu akaun bil elektrik ada?

  315. akaun kawalan penghutang dan pemiutang kena buat?

  316. Aryana,

    Bil elektrik, bil telefon, bil air…. biasanya menggunakan Ak KADAR BAYARAN.

    Sekiranya sediakan LEJAR JUALAN, LEJAR BELIAN, sepatutnya perlu disediakan AK Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang dalam LEJAR AM…. seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Teks muka surat 165.

  317. cg, adakah stok akhir perlu dimasukkan dlm imbangan duga? bagaiman formula untuk mencari stok akhir?

  318. cam ner nak buat dokumen untuk kerja kursus ., susah la ,,

  319. Zati,

    KAD STOK digunakan untuk menilai STOK AKHIR…. caranya senaraikan BAKI AKHIR setiap BARANG NIAGA (setiap Kad Stok) kemudian JUMLAHKAN….. itulah NILAI STOK AKHIR. Dan ianya tidak perlu dimasukkan dalam Imbangan Duga, .. ianya boleh ditulis sebagai NOTA sahaja pada bahagian bawah selepas JUMLAH.

    Fatin,

    DOKUMEN dibuat dengan merujuk kepada SETIAP URUS NIAGA yang dirancangkan. Sentiasa dapatkan TUNJUKAJAR dan BIMBINGAN daripada guru anda disekolah.. kerana tugasan projek ini adalah sebahagian daripada anktiviti PnP.

  320. cikgu apa yang perlu ada dalam rumusan ya?!!!

  321. Aryana,

    Apa yang perlu ada dalam RUMUSAN ialah pelajar menghubungkaitkan 3 konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang relevan dengan betul dan tepat.

  322. cikgu

    barangan sukan seperti bag sukan /meja pingpong/kasut fulsal/track suit/golf set perlu tulis jenama atau tidak?

  323. Lee,

    Pada pandangan saya, apa yang diamalkan dalam perniagaan sebenar, ianya mesti SPESIFIK mengikut jenama, model dan sebagainya. Walau bagaimanpun bagi tujuan kerja kursus… terserah kepada budibicara guru mahu pelajar tulis secara spesifik atau secara umum sahaja (kerana diperingkat awal dan item barang niaga tidak banyak).

  324. Cikgu, mestikah kita letak diskaun niaga dan diskaun tunai dalam invois?

  325. Luvdwayulie,

    Terserah kepada cikgu sekolah masing2 menentukannya… cuma pada pandangan Cg adalah lebih baik dibuat/ diambilkira kedua-dua diskaun tersebut untuk tujuan pembelajaran.

  326. Cikgu, selepas siap kerja kursus ini semua dan ada penilaian dari guru subjek. Adakah perlu d nilai lagi oleh guru yg lain? Dan adakah markah di tolak atau di tambah? Boleh terangkan jika selepas buat semua dan di hantar kepada guru subjek. Jika saya tertinggal beberapa yg harus di sertakan bersama dalam kerja kursus tu. Bagaimana?

  327. Tasha,

    Selepas dibuat penilaian oleh guru sekolah anda, sepatutnya akan ada Guru Pentaksir Kawasan (guru luar) datang ke sekolah untuk membuat semakan penyelarasan hasil kerja kursus anda.

    Penilaian semula akan dibuat oleh Guru Pentaksir Kawasan tersebut … mungkin akan ada markah yang ditambah atau ditolak…. jika ada tertinggal, cepat2 hubungi guru sekolah anda dan hantarkan kepada beliau.

  328. cikgu cam mane nak poskan Nota Debit (caj angkutan tertinggal) ke dalam lejar….

    urget cikgu..>!<

  329. Rabiosa,

    Sila kemukakan catatan dalam Buku Catatan Pertama anda….

    sekiranya seperti berikut :
    Jurnal Am,
    Dt Angkutan masuk ……. poskan ke Ak Angkutan Masuk : sebelah DEBIT, Butir NAMA PEMIUTANG
    Kt Pemiutang ………………..poskan ke AK PEMIUTANG tersebut, sebelah KREDIT, Buitrnya ANGKUTAN MASUK

  330. selamat pagi cikgu, baucer biasanya digunakan untuk apa?selain gaji dan sewa.
    cikgu kalau pelajar bercadang untuk meletakkan komisen sebagai penerimaan bagaimana nak menulis urus niaga tersebut?

    adalah urus niaga ini betul:
    terima komisen daripada pembekal Samsul RM500 -dokumen( resit )

  331. Kalai,

    BAUCAR merupakan dokumen yang MENGESAHKAN sesuatu PEMBAYARAN sama ada secara tunai atau cek. Secara umumnya ianya boleh digunakan untuk semua pembayaran, namun untuk khususnya kita tegaskan kepada pembayaran kepada pihak lain seperti ORANG PERORANGAN yang TIADA sebarang dokumen resmi yang dapat dikeluarkan oleh beliau… contohnya bayaran kepada PEKERJA,… mereka tidak akan mengeluarkan sebarang dokumen kepada kita sebagai bukti pembayaran tersebut, maka BAUCAR PEMBAYARAN dikeluarkan … kemudian pekerja akan tandatangani baucar tersebut sebagai BUKTI pembayaran telah dibuat. Begitu juga dengan bayaran SEWA KEDAI kepada orang perorangan…..

    Sekiranya pihak tersebut adalah SYARIKAT yang mempunyai Dokumen rasmi sendiri, maka dokumen pengesahan daripada pihak mereka adalah LEBIH BAIK sebagai BUKTI pembayaran tersebut… seperti Resit Rasmi, Bil Tunai dan sebagainya.

  332. cg.skarang sye dlm proses utk buat kerja kursus tg.4……
    tapi,sy keliru cre2 utk membuat dokumen2……
    sye jge kurang fhm tntg cre2 nkmengendalikan kerja kursus ini…..

  333. Mieja,

    Dokumen disediakan berdasarkan PERANCANGAN URUS NIAGA yang dibuat……….. apa yang keliru ?

    SIla baca Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Tugasan Projek Tingkatan 4 SPM2012 yang dibekalkan oleh LPM sebagai panduan.

  334. Cikgu,
    Format kad stok macam mana?

  335. Haz,

    Boleh rujuk dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek SPM2012 T4 pada muka surat 27.

  336. klu imbngan duga seimbang tp kkk x seimbang… ape masalah nye

  337. Cikgu,
    Jika membayar bil elektrik secara tunai..butiran dalam buku tunai tulis apa?

  338. Myrul,
    Sila rujuk komen di ATAS berkaitan perkara tersebut.

    Haz,
    Butir yang sesuai digunakan ialah KADAR BAYARAN.

  339. Ckgu??
    Jika kita sudah memberi bil tunai kepada pembeli bagi jualan barang niaga secara tunai, perlukah kita membuka satu lagi dokumen, iaitu dokumen resit???

  340. Sutdin,

    Pada pandangan saya,
    Bagi tujuan kerja kursus : bila sudah dikeluarkan BIL TUNAI, maka RESIT RASMI tidak perlu lagi disediakan… ianya sudah memadai sebagai BUKTI urus niaga tersebut telah berlaku. ….. Dalam amalan perniagaan, ada juga yang mengeluarkan sekali lagi RESIT RASMI.

  341. Penerangan Urus Niaga nk buat cammne??? contoh ade ke??

  342. Qeba,

    Ada beberapa cara yang penting memenuhi kehendak arahan tugasan dan syarat penilaian yang ditetapkan.
    Contohnya:
    Beli barang niaga daripada Syarikat XYZ secara kredit berjumlah RM1200.
    1. Pakaian A 20 pasang @ RM50 sepasang = RM1000
    2. Pakaian B 10 pasang @ RM20 sepasang = RM200

  343. konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang relevan dengan betul dan tepat ni nak ambil kat ne cikgu?

  344. Hadi,

    Konsep, prinsip dan andaian perakaunan boleh rujuk dalam Bukuk Teks Bab 1, kemudian kaitankan sedikit dengan amalan perniagaan anda.

  345. Maksud cg kalau saya membuka kedua-dua dokumen juga tidak apa-apa,kn??

  346. cg.?
    Saya telah menubuhkan perniagaan alatan memancing,
    Bolehkah saya hanya menjual-beli dengan hanya 6jenis barang niaga sahaja???dalam tugasan ini?

  347. Sutdin,

    Tidak salah, cuma untuk tujuan kerja kursus Cg cadangkan hanya guna SATU DOKUMEN sahaja sebagai sumber rekod perakaunan, …. bagi mengelakkan anda melakukan kesilapan dengan merekod urus niaga yang sama dua kali.

    Bagi tujuan kerja kursus 6 jenis barang niaga sahaja sudah mencukupi…. sebagai permulaan.

  348. cikgu menurut kehendak soalan perlu disertakan nilai seunit,pembekal dan lain2… tettapi menurut cikgu sekolah saya perkara itu tidak perlu … jadi sekiranya saya buat seperti yg diarahkan guru akaun saya adakah markah akan ditolak?

  349. bagaimana ya nak tau kunci kira kira kita betul? kalau dlm imbangan duga nilai disebelah debit dan kredit sama

  350. Aryana,

    Dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek SPM 2012 T4 telah dinyatakan dengan JELAS perkara tersebut, jika TIDAK LENGKAP, maka tidak layak untuk mendapat skor A bagi elemen tersebut.

    Secara kasarnya, jika KKK seimbang…. kemungkinan ianya telah betul, walau bagaimanapun masih ada kemungkinan berlakunya kesilapan.. jadi itu lah peranan guru anda menyemak hasil kerja anda.. adakah BETUL dan TEPAT.

  351. Assalam cg narzuki . hana nak tanye , klu nk dpt untung , hasil jualan kene melebihi belian kan??? yg hasil Jualan tu termasuk jualan secara tunai ke ??

  352. Nikhaana, waalaikumussalam.

    Pada asasnya jika HASIL > BELANJA maka UNTUNG akan diperolehi.

    JUALAN = Jualan Tunai + Jualan Kredit

  353. Salam , cikgu narzuki .Bila melihatkan jadual spm utk akaun paper 2 petang .saya amatlah risau krn pelajar saya bukanlah kategori yg excellent krn jadual yg sama pada tahun 2007 hanya 10 pelajar saya yg lulus drp 32 org .tahun ini hanya 16 org shj yg ambil akaun n bila tgk jadual mcm ini teramatlah risaunya …

  354. tambahan pula tahun ini dah la open questions …….

  355. Azah,

    Tiada apa yang kita boleh buat dengan jadual tersebut kerana ianya telah ditetapkan begitu. Pada pandangan saya, jadual waktu itu adalah perkara kedua, perkara pertama yang perlu diberikan perhatian ialah PERSEDIAAN PELAJAR untuk menduduki peperiksaan pada tarikh dan masa tersebut. Cadangan saya, perbanyakkan LATIHAN terutamanya menjawab soalan2 dari Koleksi Trial 2011… dan adakan kelas2 tambahan pada waktu tersebut sebagai melatih pelajar membiasakan diri dengan suasana dan sentiasa cegas pada jam 2.00 – 4.20 petang.

  356. Terima kasih banyak cg, saya sangat menghargai apa yang telah cg berikan kepada saya, wasalam

  357. Assalam cikgu , boleh tak saye guna 1 dokumen baaucar pembayaran untuk gaji 2 orang pekerja ?? maknenye saya buat 1 dokumen , dalam tu tulis 2 orang nama pekerja ?

  358. Hana,

    Ya .. BOLEH, kerana ianya merujuk kepada urus niaga yang sama… iaitu pembayaran gaji pekerja.

  359. berkaitan dengan #358 , klau buat 2 dokumen baucer pembayaran untuk gaji 2 org pekerja mcm mne pulak??
    cg,
    bulan memulakan perniagaan bulan semasa atau bulan- bulan lain seperti Januari??

  360. Zati,

    Sekiranya TARIKH pembayaran gaji tersebut berbeza, maka memang sesuai disediakan 2 Baucar yang berasingan, Tetapi jika gaji dibayar pada TARIKH SAMA, maka hanya 1 Baucar Pembayaran sahaja diperlukan.

    Telah dinyatakan dengan JELAS dalam Kertas Soalan :
    2.3 Tempoh urus niaga – 1 bulan SEMASA….. sama ada OGOS atau SEPTEMBER.

  361. cikgu, nak tanya ttg upah atas belian. sekiranya kita sudah catatkan dalam buku tunai, perlu tak kita masukkan dalam lejar , kemudiannya imbangan duga??

  362. Kiki,

    Semua catatan dalam Buku Catatan Pertama (JUrnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai) perlu diposkan ke Lejar, diimbang kemudian sediakan Imbangan Duga………seterusnya sediakan Penyata Pendapatan dan KKK.

  363. assalam cg , kan dalam folio ni ade tulis pemilik membawa masuk kenderaan 55 000 . yang kenderaan tu memg kite punya kan. bukan sewa dgn orang lain kan ?

  364. cikgu :
    1) bole tak cikgu bagi contoh ayat urusniaga upah atas belian

    2) caj angkutan nak kena rekod dekat mana

    3) bayar caj angkutan tu termasuk dalam komponen pembayaran ke ?

  365. Hana, waalaikumussalam.

    Kederaan PEMILIK dibawa masuk sebagai modal permulaan… maka ianya akan jadi HARTA Kedai….. bukan SEWA dengan pihak lain.

    1) Ianya bergantung kepada urus niaga yang dirancang… sama ada
    (a) caj upah atas belian dikenakan oleh Pembekal….. atau
    (b) bayar secara tunai/cek upah atas belian kepada pihak lain.

    2) Rekod juga bergantung kepada penyataan urus niaga tersebut …. jika
    (a) Dokumen Nota Debit… catat di Jurnal Am
    (b) Dokumen : Resit Rasmi/ Keratan cek/ Baucar Pembayaran….. catat di Buku Tunai

    3) ANGKUTAN MASUK dikelaskan sebagai komponen KOS JUALAN, bukannya Komponen Pembayaran.

  366. Nikmatul Hanafia

    assalamualaikum cikgu , nak tnye ni kalau caj angkutan masuk nak rekod kat bawah ape . Kalau Jurnal am boleh tak cikgu ??

  367. Cikgu,
    perlu buka Akaun Kawalan Penghutang dan Pemiutang ke?

  368. Nikmatul, waalaikumussalam.

    Bergantung kepada penyataan urus niaga yang dibuat :
    1) Jika dicajkan oleh pembekal.. maka Nota Debit akan dikeluarkan dan catat dalam Jurnal Am
    2) Jika dibayar secara tunai / cek … catat dalam Buku Tunai.

    Haz,

    Jika disediakan Lejar Am dan Lejar Subsidiari (iaitu Lejar Jualan dan Lejar Belian), maka sepatutnya disediakan Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang dalam Lejar Am.

    Jika semua akaun, termasuk penghutang dan pemiutang dicatat dalam LEJAR AM, maka Ak Kawalan tidak terlibat.

  369. cikgu , dalam folio kan ade caj angkutan . saya buat ayat macam ni ” Caj angkutan dikenakan oleh…………..” . lpas tu nak kena buat urusniaga lagi ke yang untuk pembayaran dia??? contoh ” bayar caj angkutan kepada…………..” ??

  370. salam 1 malaysia cg , sye nk bertanye , Membeli sebuah mesin duit utk kegunaan perniagaan dengan cek itu , dalam lejar , mane 1 akaun perlu didebit dan mane satu akaun yang perlu dikredit?? terima kasih

  371. cikgu cam mne jumlahkan stok akhir???

  372. Rizal,
    Terserah, nak jelaskan dalam bulan semasa, ataupun nak jelaskan bulan hadapan.
    Cuma Cg cadangkan….. guna item pembayaran yang lain, supaya item2 belanja dalam Penyata Pendapatan nanti lebih banyak dan ada pelbagai jenis belanja.

    Qi qing,
    Cadangan Cg, Debit AK ALATAN KEDAI dan Kredit AK BANK.

    Shenika,
    Selepas siapkan KAD STOK, senaraikan baki-baki daripada setiap Kad Stok tersebut, kemudian JUMLAHKAN… maka itu lah NILAI STOK AKHIR oada nilai kos.

  373. cikgu , kan dekat komponen kos jualan tu ade ANGKUTAN MASUK . bole tak saya buat ayat macam ni terus ” Bayar caj angkutan yg dikenakan oleh PembekalXXX dengan tunai “

  374. salam, ckgu . sy da selesai smpai kunci kira2
    tp dbhagian komponen kos jualan ada mnyatakan tntng angktan msuk,pulangan belian,belian kredit belian tunai dan upah. dan kne buad 6 dokumen.
    sy mmbuat 6 dokumen tp tiada dokumen angkutan msuk.
    adkah sy perlu mngedit semula dan mnmbhkan dokumen angkutan msuk?

  375. Qi Qing,
    Cg cadangkan “Bayar caj angkutan masuk RM150 kepada Syarikat Pengangkutan Khalid secara tunai” … maksudnya kita sendiri mendapatkan perkhidmatan pengangkutan daripada PIHAK LAIN untuk angkut barang yang kita beli, kemudian kita bayar secara tunai.

    Nim,
    Pada pandangan Cg,
    Bukan 6 dokumen, tetapi 6 USUS NIAGA yang di minta bagi Komponen Kos Jualan…. dan tidak semestinya semua yang disenaraikan itu mesti diambil….. asalkan CUKUP 6 URUS NIAGA…. maka itu sudah memenuhi kehendak arahan soalan.

  376. ohh. terima kasih cikgu! dah siap,. ohya, klu sy baca balik semua yg cikgu suda beritahu kat atas sblum ni, ada yg sdikit bcanggah dgn apa yg cikgu sy beritahu. bkn apalah, sy pun cuma student dan tak pakar sgt dalam akaun ni. tapi klau sy ikut apa yg cikgu sggest kan, tak apa2 rasanya kn? tak mengganggu markah sy?

  377. Kiki,

    Tahniah Cg ucapkan kerana berjaya siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Pastikan anda betul2 MEMAHAMI dan MENGUASAI KEMAHIRAN2 yang anda pelajari dalam penyediaan Tugasan Projek tersebut, kerana itulah sebenarnya matlamat kerja kursus ini diperkenalkan, supaya anda dapat mempelajarinya melalui LATIHAN PRAKTIKAL..

    Apa yang dicadangkan itu adalah pandangan Cg berdasarkan Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Tugasan Projek tersebut. Walau bagaimanapun sebarang percangahan pandangan, hendaklah dirujuk kepada guru sekolah anda, kerana beliau yang akan membuat penilaian terhadap hasil tugasan anda.

  378. assalamualaikum cg,
    adakah sewa dimasukkan dlm kunci kira kira??

  379. Zati, waalaikumussalam.

    SEWA DIBERI ….. Belanja
    SEWA DITERIMA …. Hasil
    Kedua-duanya dikelaskan sebagai Akaun Nominal dan dimasukkan dalam PENYATA PENDAPATAN. Hanya item2 ASET, LIABILITI dan EKUITI PEMILIK sahaja dimasukkan dalam KKK.

    Secara ringkasnya :

    HASIL – BELANJA = UNTUNG ….. dalam PENYATA PENDAPATAN
    ASET = EKUITI + LIABILITI ……….. dalam KUNCI KIRA-KIRA

  380. cg, item yg spatutnye brada dlm KKK tlh sy msukkan tp kenapa kkk yg sy buat tidak seimbang?

  381. Zati,

    Jika SEMUA item Aset, Liabiliti dan Ekuiti telah dimasukkan…. kemungkinan berlaku kesilapan berikut :
    1. SILAP PENGKELASAN …… contohnya Pemiutang dicatat sebagai Aset Semasa.. dan sebagainya.
    2. SILAP OPERASI ….. operasi TAMBAH, tetapi dikira sebagai TOLAK. cth: RUGI BERSIH di TAMBAH.
    3. SILAP PENJUMLAHAN….. silap pengiraan.
    4. SILAP AMAUN ….. nilai tidak sama dengan ID.

    # Pastikan ID seimbang terlebih dahulu. Cuba semak kesilapan di atas.

  382. salam..cg sye nak tyer…
    adkh smua dokumen harus direkodkan ke dalam buku tunai?sye kliru la..

  383. Nurul Fateha,

    Sila rujuk Nota Ringkas yang telah Cg sediakan DISINI : PENGECAMAN. (klik)

  384. cikgu, camne nk buat akaun kenderaan?
    dt. bank 55K
    kt. h/b 55K

    betul ker?

  385. Iena,

    —————– Ak Kenderaan
    Modal 55,000 Baki h/b 55,000
    =========================
    Baki b/b 55,000

  386. komputer boleh dikategorikan sebagai alatan pejabat?

  387. cg??
    saya sudah menyiapkan tugasan. Bolehkah saya menjual barang niaga saya dua kali ganda dengan harga asal,…???

  388. Iena,
    Ya, Komputer boleh dikelaskan sebagai ALATAN PEJABAT.

    Sutdin,
    Dari segi rekod perakaunannya tiada masalah,…….. tetapi dari segi Etika Amalan Perniagaan … itu sudah dikira CEKIK DARAH.

  389. cikgu,
    kalau akaun bil elektrik

    Saya bayar Rm200 (Bank)

    dt. Bank rm200
    kt. h/b baki rm 200

    b/b RM200

    betul ker?
    elektrik leh ada baki ker?? ==

  390. Iena,

    Pada pandangan Cg, bagi tujuan kerja kursus ini,
    Semua akaun perlu DIIMBANGKAN (… Baki h/b, Baki b/b), kemudian baki2nya akan disenaraikan dalam Imbangan Duga.

  391. cikgu,
    kalau pembeli A bayar separuh invois(RM800)
    kne letak discount tunai?

    membayar separuh hutang, diskaun tunai 10% RM80?

    P/s: Terima kasih sangat2 cikgu jawab soalan saya, maklumlah saya tak de mentor.

  392. Iena,

    Pemberian DISKAUN TUNAI hanya apabila pembayaran dibuat SEPENUHNYA, jika dibayar sebahagian, maka tiada sebarang diskaun diberikan.

  393. cikgu, saya dh buad k.kusus ttpi smpai di imbangan duga, jumlah saya tidak imbang.. kat mne saya nk cr kslahn itu ?

  394. dkat mne saya blh dpt contoh kursus itu ?

  395. Ellyana,

    Imbangan Duga tidak seimbang ????……… sila rujuk komen Cg sebelum ini.

  396. cikgu , angkutan mauk bole guna buku tunai ka ? contoh ayat “bayaran caj ang masuk kpd Perniagaan ali secara tunai ” ?

  397. assalam cikgu , ape beza diskaun diterima dengan diskaun diberi ????

    Caj angkutan masuk boleh ke buat ayat macam ni:
    1) Bayar caj angkutn masuk kpd Syrikat Hajar secara tunai
    atau
    2)caj angkutan masuk dikenakan oleh ……… RM 50

  398. salam,
    cikgu saya na tnya
    urusniaga angkutan msuk
    yg ditulis pada invois
    perlu ad syarat serahan: angkutan msuk ke ?

  399. Qi Qing,
    Asalkan urus niaga tersebut melibatkan pembayaran / penerimaan wang tunai atau cek, maka ianya perlu dicatat dalam BUKU TUNAI.

    Alia,
    Diskaun diterima = HASIL ….. kita terima diskaun daripada PEMIUTANG / PEMBEKAL.
    Diskaun diberi = BELANJA….. kita beri diskaun kepada PENGHUTANG / PELANGGAN.
    Kedua-duanya boleh diterima.

    Athirah,
    Dalam INVOIS : Syarat Serahan : “Angkutan dibayar”… bermaksud khidmat pengangkutan akan ditanggung oleh PENJUAL, maka tiada sebarang caj angkutan akan dikenakan nanti.

  400. cikgu,
    akaun angkutan masuk kne buat ker?

  401. lagi satu
    kne bukak akaun untuk upah atas belian ker?
    misalnye D Shop ada upah atas belian.
    Klau dia bayar sepenuhnye hutang nk buat mcm mne?
    kt. kan dia ker cikgu?

  402. cikgu,
    caj angkutan masuk secara hutang kne masuk Jurnal Am ker?
    buku tunai kne masukkan ?

  403. Iena,

    Jika ada URUS NIAGA berkaitan dengan Angkutan Masuk / Upah atas belian, maka sudah tentu Ak ANGKUTAN MASUK / Ak UPAH ATAS BELIAN perlu disediakan.

    Jika penghutang mebuat bayaran, maka catat dalam Buku Tunai sebelah Debit, butirnya NAMA PENGHUTANG tersebut.

    Bila melibatkan urus niaga secara KREDIT, maka sudah tentu TIDAK melibatkan Tunai/Cek, maka Buku Tunai TIDAK terlibat…. Catat dalam Jurnal AM sahaja.

  404. cikgu,saya buat akaun bil elektrik tapi cikgu kata itu kadar bayaran jadi kalau saya tukar urusniaga ..saya tulis membayar kadar bayaran berjumlah RM200 (baucar bayaran asal) jadi saya nak tulis apa nama perniagaan tu.. maksud saya kalau saya buat bil elektrik perniagaan dkt baucar bayaran ,saya tulis tenaga nasional berhad tapi kalau kadar bayaran nak tulis apa?

  405. Aryana,
    Bayaran bil elektrik, bil air, bil telefon….. kita kelaskan sebagai Ak Kadar Bayaran…. dalam URUS NIAGA tiada masalah jika ditulis membayar bil elektrik / bil air / bil telefon….. cuma Akaun yang dibuka ialah AK KADAR BAYARAN……….. Dokumen tersebut TIDAK PERLU ubah, cuma BUTIR / AKAUN yang dicatat dalam BUKU TUNAI sahaja ditulis sebagai “Kadar Bayaran”.

  406. aryana:
    kalau nk senang buat jer bayaran guna cek :]

  407. Cikgu,
    dekat buku tunai kne masukkan kenderaan ker?
    modal tu RM135,000
    kan?
    nk masuk dekat tunai ke bank?

  408. Iena,

    Dalam BUKU TUNAI, hanya merekod apa yang berkaitan dengan TUNAI dan BANK sahaja. Maka dalam Buku Tunai di lajur BANK RM80000, butirnya MODAL.

    Dalam Ak MODAL sebelah kredit:
    Bank…………………….. RM80000
    Kenderaan…………… RM55000

  409. slm cgu ape y perlu cek klau kunci kira2 ximbang..dn butir y diambil mrujuk imbgan duga..dan pnyata pndapatan…TQ

  410. Student95,

    Sila rujuk komen2 Cg sebelum ini berkaitan perkara tersebut.

  411. cikgu,
    akaun kontra kne bt awal eh?
    supaya ada duit dalam tgn baru kita boleh beli secara tunai dari pembekal B?

  412. Iena,

    YA, memang betul…

  413. cikgu,
    untuk akaun belian saya pada JP

    akaun saya dikreditkan.
    tolak discount niaga RM30

    dekat Lejar JP
    kene tulis harga RM270
    or RM300?
    kne tulis jugak ke discount diterima?

  414. cg lau diskaun kat jurnal am kn?
    mula2 amik harga asl letak kat jurnal belian
    n harga diskaun kat jurnal am
    tul x?

  415. Iena,

    Maaf, Sila guna perkataandan ayat yang lengkap supaya mudah Cg fahami apa masalahnya.

  416. cikgu dalam buku tunai kita ada folio~tapi kalo kita tak buat folio tu tak apa kan?

  417. cikgu perlu ke buka akaun diskaun diterima dan diskaun diberi? ke dalam buku tunai jee

  418. Aryana,

    Jika tidak isikan ruangan FOLIO dalam Buku Catatan Pertama dan Lejar …… bagi Cg ianya dianggap TIDAK LENGKAP

    Jika disediakan folio tetapi TIDAK TEPAT, TIDAK BERTURUTAN dsb… maka itu dikelaskan sebagai TIDAK SISTEMATIK.

    JUMLAH DISKAUN diberi dan Diskaun diterima dalam BUKU TUNAI perlu diposkan ke Akaun Diskaun Diberi dan Akaun DIskaun DIterima.

  419. cikgu bagaimana nak menentukan folio~ saya tak tahu macm mana nk klasifikasikan dia. LA1,LA2,LB1,LJ1..

  420. Aryana,

    Folio tersebut merujuk kepada Halaman Akaun tersebut dalam LEJAR. Setiap AKAUN yang disediakan dalam BUKU LEJAR, asasnya 1 halaman – 1 Akaun…. maka Akaun yang pertama dibuka .. dilebelkan LA1 … iaitu dalam Lejar Am pada halaman 1, Akaun yang ke dua .. LA2… iaitu dalam Lejar Am pada halaman 2….. dan begitulah seterusnya. Manakala AKAUN2 PEMIUTANG dalam LEJAR BELIAN juga sama.. iaitu LB1, LB2….. dan AKAUN@ PENGHUTANG dalam LEJAR JUALAN dilebalkan sebagai LJ1, LJ2 ……

    Cara penulisan FOLIO dalam BCP dan LEJAR boleh rujuk buku teks pada halaman 147, 151 dan 152.

  421. assalamualaikum , cikgu narzuki ,
    sya nak tanya ni berapa jumlah yang sepatutnya saya bayar dan berape diskaun yang Syarikat X ini bagi ????? . “Belian barang niaga RM12000 secara kredit drpd Syarikt X ( disk niaga 10% )” . . . .then pada tarikh berikutnya “pulangann belian kpd Syrkt X sebanyak RM1000 (tolak disk niaga 10 % ) .

  422. Alia, waalaikumussalam.

    Belian kredit = RM10,800 (iaitu RM12000-RM1200)
    (-) Pulangan belian =RM900 (iaitu RM1000-RM100)
    Maka, baki hutang = RM9,900 ….. jumlah hutang yang perlu dijelaskan.

  423. cikgu , modal kerje macam mana

  424. cikgu , berkenaan perkara #423 , berapa jumlah diskaun niaga yang diberioleh syrikat X ?

  425. Nina,

    MODAL KERJA …… dalam Kunci Kira-Kira, iaitu:

    ASET SEMASA
    (-) LIABILITI SEMASA
    = MODAL KERJA

    DISKAUN NIAGA tidak terlibat dalam rekod perakaunan, kerana kita hanya merekod NILAI SELEPAS DISKAUN NIAGA.

  426. cikgu kenapa penyta pendapatan saya dapat negative ya? itu maksudnya saya rugi ke cikgu? saya tengok buku teks jualan melebihi belian tapi dalam perniagaan yang baru sahaja dibuka untuk 1 bulan sudah tntu jualan sedikit berbanding beliann!!

  427. cikgu tapi kalau saya kira ikut logik saya untung..jualan saya tolak dgn belanja tolak dengan angkutan masuk tolak upah atas belian tolak pulangan jualan tolak diskaun diberi saya masih untung lagi!! tapi dalam penyata pendapatan saya tak dapat untung bersih

  428. Aryana,

    Nilai NEGATIF …. bermaksud RUGI BERSIH….. Dalam perniagaan sebenarpun, pada peringkat awal / permulaan kebiasaannya akan mengalami kerugian.. ini kerana perniagaan baru buka, pelanggan masih tidak ramai, hasil jualan kurang.. manakala wang banyak dibelanjakan. Jadi tidak salah jika mengalami kerugian, apa yang penting ialah rekod perakaunan kita betul dan tepat mengikut konsep, prinsip dan amalan perakaunan.

    Dalam mengira Untung / Rugi… kita bukan ikut LOGIK, tetapi menggunakan format Penyata Pendapatan dengan betul dan tepat, maka keputusan sebenarnya akan diperolehi…. sama ada perniagaan memperolehi UNTUNG / RUGI BERSIH bagi tempoh perakaunan tersebut..

  429. jadi cikgu saya kena tulis rugi bersih la? dan dalam kunci kira kira kita buat rugi bersih juga?

  430. Aryana,

    Ya, RUGI BERSIH dan dalam KKK : Modal awal (-) Rugi Bersih

  431. cikgu , kalau kita tak ade diskaun diberi / diterima , maknenye tak payah tulis lah kan dekat Imbangan Duga nanti ???

  432. cikgu , angkutan masuk tu nak pos dekat mana ?? jurnal ke buku tunai ??

  433. Nina,
    Imbangan Duga adalah senarai baki-baki semua akaun yang ada… jika akaun tersebut tidak wujud atau tiada baki, maka tidak perlu ada dalam Imbangan Duga.

    Haziqah,
    Berhantung kepada urus niaga… jika dibayar tunai / cek … maka dalam Buku Tunai, jika belum bayar / kredit.. maka dalam Jurnal Am.

  434. assalamualaikum cikgu….. maaf sebab ganggu cikgu…. boleh tak cikgu terangkan pasal lejar….. kalau dalam buku tunai kita ada pembeli secara tunai dan kredit. pastu…nak buat akaun belian nak ambil yg kredit@tunai??? kalau boleh cikgu hantar kat email saya contoh lejar…… sebab saya kena buat folio….. imbangan duga tak sama2 lagi…..itu pun kalau cikgu tak keberatan…….. terima kasih..

  435. Anin,

    Dalam Buku Tunai… Jika BELI barang niaga secara TUNAI …. butirnya ialah BELIAN…. bukanya nama syarikat.
    Manakala jika BELI barang niaga secara KREDIT… kita catatkan dalam JURNAL BELIAN

    Apabila sediakan AKAUN BELIAN, maka ambil BELIAN (belian tunai) dalam Buku Tunai, dan juga JUMLAH dalam JURNAL BELIAN (iaitu belian kredit), iaitu:

    Ak Belian
    Dt: Tunai / Bank ………….. RM10000……………. daripada BT
    Dt: Pelbagai Pemiutang RM15000…………… daripada Jumlah Jurnal Belian

  436. cikgu, kalau ambilan masuk jurnal am kah?

  437. Fatin,

    Jika AMBILAN wang tunai / wang di bank …. maka catat dalam BUKU TUNAI.
    Jika AMBILAN barang niaga ….. maka catat dalam JURNAL AM.

  438. cikgu yang penghutamgg or pemiutang tu kalau kite da habes baya , tak payah rekod kat ID kan ?

  439. Haziqah,

    Cuba fahami apa itu Imbangan Duga…. senarai baki2 akaun…. jika akaun tiada baki, maka tidak perlulah masuk.

  440. cikgu, kalau nota debit salinan masok dalam buku catatan petama yg mna? ada brang yg pelanggan beli, terkurang hntr, nak tulis mcm mna?

  441. Fatin,

    NOTA DEBIT – terkurang caj BARANG NIAGA, maka catat dalam JURNAL JUALAN.

  442. sye da padam senarai2 nama penghutang & pemiutang yang da habes bayar . Tapi ID saya tak imbang RM175…

  443. Haziqah,

    Sila semak urus niaga yang bernilai RM175, kemungkinan tertinggal catatan, ketinggalan pos ke lejar, kesilapan pengiraan baki atau jumlah.

  444. cikgu, upah belian masuk jurnal am ker?

  445. Iena,

    Kena lihat pada urus niaganya…. jika urus niaga tunai, maka catat dalam Buku Tunai, jika tidak catat dalm Jurnal Am.

  446. okie cikgu..kalau masih x seimbang?

  447. Shenika,

    SIla rujuk langkah2 mengesan kesilapan jika Imbangan Duga tidak seimbang dalam komen DIATAS.

  448. tapi cikgu…kalau msih x imbang?

  449. Shenika,

    Kalau tak seimbang juga, maksudnya ada kesilapan yang terlepas pandang, Cg cadangkan minta cikgu sekolah semak di mana silapnya.

  450. sharifah hananina

    assalamualaikum , cikgu yang caj angkutan masuk tu kalau kita bayar sekali dengan barang2 yang kita beli daripada pemiutang tu , maknenye caj angkutan masuk tu kita tak payah rekod dekat buku tunai kan ??

  451. Sharifah, waalaikumussalam.

    Jika kita buat pembayaran kepada PEMIUTANG, maka catatan dalam BUKU TUNAI – Kredit : Nama Pemiutang RMxxx, hutang yang dibayar tersebut sudah termasuk hutang belian barang niaga dan hutang caj angkutan masuk…. URUS NIAGA yang sedang dibuat sekarang ialah BAYAR KEPADA PEMIUTANG.

  452. sharifah hananina

    cikgu , pelik la . Kenapa Kunci kire2 saya tak imbang ???

  453. sharifah hananina, saya bukan terer sangat dalam akaun ni tapi saye nak tlg jawab bg pihak cgu narzuki.. kalau tersalah, cgu tolong tegurkan ok..

    KKK ximbang, awak boleh check balik item2 yg awak letak, mungkin tersalah letak atau tertinggal… :)

  454. sharifah hananina

    SyafSalahuddin . tersalah letak / trtggal kat belah mane ye rsenye ? 😀

  455. Sharifah,

    Jika ID sudah seimbang, tetapi KKK tidak seimbang,.. betul seperti kata SyafSalahuddin,… kemungkinan :
    1. Ada item / akaun yang Tertinggal
    2. Tersilap masuk komponen.. contohnya.. item Liabiliti Semasa dimasukkan bawah Aset semasa.
    3. Pindahan Untung/Rugi Bersih daripada Penyata Pendapatan… dan pasti operasi (+) / (-) betul.
    4. Kesilapan OPERSI …seperti Aset Semasa – Liabiliti Semasa ….. tersilap CAMPUR.
    5. Kesilapan pindahan NILAI dari ID ke KKK… seperti RM135000, dicatat RM153000
    6. Kesilapan PENGIRAAN / PENJUMLAHAN ….. silap tekan kalkulator.

  456. sharifah hananina

    haah la cegu . ok ! sekarang Alhamdulillah saya da imbang . . salah kira rupenya . Terima Kasih Cikgu dan Syafsalahuddin . . . Assalamualaikum .

  457. sharifah hananina

    cikgu kat lampiran nak kene buat apa

  458. Sharifah, waalaikumussalam.

    LAMPIRAN boleh dimasukkan apa2 saja yang berkaitan dengn tugasan projek …… seperti senarai nama Pelanggan dan Pembekal, Senarai harga stok dan sebagainya …. ataupun apa2 yang diminta oleh guru anda untuk disediakan. ….. Dan tiada sebarang peruntukan markah untuk bahagian lampiran tersebut.

  459. cikgu, folio pelajar SPM 2011 utk ting 4 dan 5 bila boleh dipulangkan kpd pelajar?

  460. Lailanor din,

    Daripada maklumat yang saya terima, tugasan projek tersebut perlu disimpan sehingga 6 BULAN selepas keputusan SPM dikeluarkan, oleh kerana sudah melebih tempoh tersebut… pada pandangan saya, boleh lah ianya dipulangkan kepada pelajar… di mana pelajar boleh gunakannya semasa menghadiri apa2 temuduga sebagai bukti mereka menguasai kemahiran menyediakan set akaun yang lengkap.

  461. cikgu, dekat lejar kene buat akaun bank dan akaun tunai ker?
    tak boleh ker kita rujuk kepada buku tunai?

  462. Iena,

    BUKU TUNAI adalah Buku Catatan Pertama dan juga LEJAR… iaitu gabungan AKAUN TUNAI dan AKAUN BANK… maka TIDAK perlu lagi disediakan Ak Tunai dan Ak Bank dalam Lejar.

  463. cikgu,
    untuk lejar diskaun diterima
    nilai diskaun tu nk berpandukan dari mana?

    saya buat
    kt. pelbagai pemiutang

    betul ker?

  464. Iena,

    Daripada BUKU TUNAI …. lajur DISKUAN di sebelah Kredit, JUMLAHnya diposkan ke AK DISKAUN DITERIMA, dan butirnya ialah PELBAGAI PEMIUTANG.

  465. cikgu,
    diskaun boleh diberi/dapat untuk belian/jualan secara tunai jer ker?

  466. Iena,

    DISKAUN TUNAI iaitu merujuk kepada DISKAUN DIBERI dan DISKAUN DITERIMA……di mana diskaun2 tersebut diberikan bagi menggalakkan PEMBAYARAN JUMLAH HUTANG CEPAT, iaitu mana2 pembayaran yang dilakukan memenuhi syarat pembayaran yang ditetapkan dalam Dokumen INVOIS seperti : 5 HARI, 10%, 10 HARI 3%. Jika pembayaran hutang SEPENUHNYA dibuat dalam tempoh 5 hari, maka DISKAUN DIBERI / DITERIMA sebanyak 10% daripada JUMLAH HUTANG akan diberikan.

    Contohnya: Jumlah hutang penghutang RM1000, dan dijelaskan dalam tempoh 5 hari, maka Diskaun Diberi 10% iaitu RM100 akan diberikan SEMASA PEMBAYARAN tersebut dibuat… maka urus niaga PEMBAYARAN tersebut dicatatkan dalam BUKU TUNAI:
    Dt: Penghutang RM900,
    Dt: Diskaun Diberi RM100
    ————————————————–BUKU TUNAI———————–
    ————————————- Dis ——— BANK
    Nama Penghutang……………100…………….900

  467. lagi satu,

    diskaun untuk pulangan belian macam mana?
    belian secara kredit.

  468. so thats mean
    dekat jurnal jualan saya
    kne letak harga sebenar la
    tanpa tolak diskaun?
    sebab dia beli secara kredit

  469. Iena,

    Jangan terkeliru dengan DISKAUN NIAGA dalam DOKUMEN….. di mana ianya TIDAK DIREKOD, kerana hanya JUMLAH BERSIH (selepas tolak diskaun niaga) sahaja yang direkodkan dalam buku catatan pertama (Jurnal A, Jurnal Khas, Buku Tunai).

    Diskaun yang direkodkan dalam rekod perakaunan ialah merujuk kepada DISKAUN TUNAI, di mana ianya akan dinyatakan dalam Dokumen RESIT RASMI sekiranya diskaun diberikan semasa pembayaran dibuat.

  470. jadi imbangan duga saya tu
    bhgn diskaun diterima; hanya rekod diskaun yg betul2 (dah bayar full)

    maaf la cikgu saya still tak paham

  471. Iena,

    Imbangan Duga adalah senarai baki akaun2 yang ada dalam lejar, sekiranya wujud akaun tersebut dalam lejar … ada bakinya, maka mestilah disenaraikan dalam Imbangan Duga… Sekiranya akaun tersebut TIADA BAKI, maka tidak perlulah disenaraikan dalam ID.

  472. cikgu upah atas belian masuk dalam imbangan duga x?

  473. Iena,

    Jika ada AKAUN UPAH ATAS BELIAN dalam LEJAR AM,.. ada BAKI AKHIRnya, maka masukkan dalam Imbangan Duga.

  474. ckg..dlm kunci kira-kira, ambilan kena tolak tak kalau ambilan barang niaga? dalam skad stok kita kena tolak ambilan barang niaga 2 kn?

  475. Fadilah,

    Ambil barang niaga atau ambilan tunai, semuanya perlu direkodkan dalam Ak. AMBILAN, setelah diimbang bakinya disenaraikan dalam Imbangan Duga. Kemudian berdasarkan nilai2 dalam ID, tersebut disediakan Penyata Pendapatan dan KKK. Di mana Ambilan tersebut perlu di TOLAK dalam KKK: Ekuiti Pemilik.

    Dalam Kad Stok, ambilan barang niga tersebut perlulah direkodkan kerana barang tersebut telah dikeluarkan daripada stok perniagaan. maka kena rekod KELUAR…. supaya KAD STOK perniagaan akan menunjukkan KUANTITI sebenar stok yang ada dalam kedai.

  476. cg..sya pning dngan kerja kusus PA..memindahkan wang dari tunai ke bank maskdlam jurnal pembyar tunai atw jurnal penerimaan tunai?? tlong bntu saya..

  477. Dianad,

    BUKU TUNAI digunakan bagi mengantikan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai, pemindahan wang tersebut dikenali sebagai CATATAN KONTRA… ianya dicatat Dt dan Kt dalam Buku Tunai sahaja…. satu BANK dan satu lagi TUNAI.

  478. Assalamualaikum,

    Dalam invois belian dan invois jualan diberi diskaun tunai. Adakah jika 10% 7 hari.kali pertama bayar/terima separuh.Baki separuh lagi kita bayar habis dan tunjuk diskaun dlm resit rasmi.Adakah tarikh di resit rasmi mesti dlm tempoh 7 hari.Boleh tak kita buat 10% 14 hari?

  479. Apakah bahan-bahan yang menarik dan paling sesuai di letakkan di LAMPIRAN kerja kursus ini selain dari borang wang masuk dan senarai nama pembekal dan pelanggan?

  480. Misah,

    HANYA bayaran PENUH sahaja layak dipertimbangkan pemberian diskaun tunai.

  481. cikgu, baru2 ini sy perlu menyiapkan tugasan projek prinsip perakaunan utk SPM 2012..berapa peratus markah dri tugasan projek yg akan dimasukkan dlam markah peperiksaan kertas prisip perakaunan 2012??

  482. Jieha,

    Kertas 3 (Tugasan projek Tingkatan 4 dan Tingkatan 5) akan menyumbangkan 20% daripada markah keseluruhan SPM 2012 nanti.

  483. Cikgu, perakuan calon perlu diletak di depan cover atau belakang?

  484. Haz,

    Cadangan Cg, hadapan sekali selepas cover.

  485. Cikgu,
    manakah saya boleh dapat soalan sebenar prinsip perakaunan spm 2009 kertas 2 dari internet?

  486. Haz,

    Internet susah sikit, lebih baik beli saja dikedai… Koleksi Soalan2 Sebenar Tahun2 Lepas…. siap dengan jawapan sekali.

  487. cikgu,
    dalam urus niaga ,sy tlh mmbeli seunit barang pada harga RM 50…..tetapi,pd 2 minggu kemudian sy mmbeli item yg sama,ttp dgn pembekal yg lain dgn harga RM 70…..jd cikgu,kalau dlm kad stok nanti sy kne gune harga yg mana satu???atau pn sy buat dlm kad stok yg berbeza?

  488. Aishah,

    Cg nasihatkan tukarkan supaya harga beliannya sama.. jika tidak sama maka anda perlu menentukan kaedah penilaian stok mana yang hendak digunakan.. sama ada FIFO, LIFO, Harga Purata….perkara tersebut tiada dalam sukatan SPM.

    Ataupun, tukarkan jenis barang niaga tersebut… kemudian sediakan Kad Stok yang baru.

  489. Assalamualaikum CNO. dalam cno ada perisian baru epbs37563 versi ogos2011, Saya tak faham adakah ini daripada LPM , utk ting 5 2011 atau ting 4 2012 ? Bagaimana dengan perisian MOTAWA yg diedarkan oleh Jab Pelajaran Negeri ? Mana satu yg kena guna?

  490. Cikgu Din, waalaikmussalam.

    Perisian tersebut disediakan oleh seorang guru dari Kedah, dan telah digunapakai oleh seua guru2 di negeri Kedah. Mana2 perisian boleh digunakan asalkan cikgu dapat mengeluarkan RUMUSAN SKOR untuk diserahkan kepada SU Peperiksaan untuk dihantar online ke LPM bersama2 skor tingkatan 5 nanti.

  491. Salam 1 Malaysia, kenapa pemarkahan gred keseluruhan perisian baru epb3756spm2012 berbeza dengan Motawa dimana dalam sistem baru, pelajar yang mendapat 86.29% diberi gred keseluruhan ‘B’ dan seterusnya sedangkan perisian Motawa memberi ‘A’? Terima kasih.

  492. Gillianlsl,

    Berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek, penentuan GRED ELEMEN adalah berdasarkan PURATA GRED, iaitu
    A = 3.5 keatas
    B = 2.5 – 3.4
    C = 1.5 – 2.4
    D = kurang 1.5
    E = 0

    Walaubagaimanapun kemasukan markah secara online ke LPM adalah dalam bentuk PERATUS.

  493. maksudnya borang individu yang dicetak untuk difailkan akan mencatat gred keseluruhan yang berbeza dengan penggunaan 2 perisian yang berlainan nanti ? Yang mana satu perlu distandardkan? Walaupu tidak di masukkan secara online ke LPM tetapi calon akan terkilan bila gred pencapaian dengan perisian baru lebih lemah apabila diminta tandatangani borang tersebut?

  494. Cg Jee

    Sila rujuk perisian mana menggunakan GRED ELEMEN yang menepati Buku Panduan yang dikeluarkan oleh LPM. (seperti dikemukan dalam komen diatas)

  495. Assalamualaikum, Cikgu blh tk bgi contoh rumusan kerja kursus tingkatan 4 2011??

  496. Sartika, waalaikumussalam,

    Bagi melayakkan mendapat GRED A Elemen Rumusan, Kriterianya ialah : Berkebolehan menghubungkaitkan 3 konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang relevan dengan betul dan tepat.

    Salah satu contoh yang boleh digunakan,

    RUMUSAN

    Kedai Pakaian Syamil telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian perakaunan berikut dalam merekodkan urus niaga perniagaan dalam buku-buku perakaunan, iaitu :

    1. KONSEP KOS SEJARAH
    Konsep Kos Sejarah telah digunakan dalam merekod Aset Bukan Semasa perniagaan iaitu Kenderaan dan Perabot seperti mana yang dilaporkan dalam Kunci Kira-kira. Kos Sejarah adalah merujuk kepada kos sebenar yang dibayar atau ditanggung semasa urus niaga itu berlaku. Dan nilai kos sejarah ini tidak akan berubah pada masa hadapan walaupun nilai pasarannya berubah. Oleh itu nilai aset tersebut sentiasa dapat diketahui dan pelarasan susut nilai akan dapat dilakukan.

  497. salam,,cg,sy nk tnye…klau ada 2 org pkrja,,kne bt 2 dokumen juga ke?

  498. Naziera,

    Memadai satu dokumen Baucar Pembayaran sahaja.

  499. cg,
    mta tlog..x fhm ni..yang lajur folio dalam jurnal tersebut, mcm mana hendak nak tahu halaman ny tu.. cthnya spt lejar am. LA1,LA2,LA3.. no halamanya tu direka2 saja ka..o mang ada senarai halamn dia ni..

  500. PP,

    Konsep asasnya semua akaun disediakan dalam sebuah BUKU LEJAR, iaitu LEJAR AM. Satu AKAUN disediakan pada satu HALAMAN…. Akaun pada halaman 1.. dilebalkan sebagai LA1, akaun pada halaman 2 …. LA2, akaun pada halaman 3… LA3. Maka bagi tujuan kerja kursus anda, labelkan pada setiap akaun dalam Lejar Am secara berturutan iaitu LA1, LA2, LA3, LA4……. dan seterusnya.

    Ruangan FOLIO dalam Buku Catatan Pertama (JA, JB. JJ., JPJ, JPB, BT) hendahlah merujuk kepada AKAUN tersebut dihalaman berapa.. LA4, LA7 atau sebagainya (rujuk kepada Akaun tersebut dalam Lejar Am yang telah dilebelkan tadi). Manakala ruangan FOLIO dalam LEJAR / AKAUN adalah merujuk kepada BCP …seperti JA1, BT1, JJ1 dan sebagainya.

  501. ckgu,,nombor di sebelah kanan dlam setiap dokumen tu perlu tk atau sekadar meletakkn no dokumen trsebut ? leps tu kena ikut urutan ke ckgu ?

  502. Naziera,

    Itu adalah NO SIRI dokumen. Dokumen yang kita keluarkan kepada pelanggan (SALINAN) mestilah BERTURUTAN mengikut jenis dokumen. Contohnya:
    Resit Rasmi (Salinan) bermula dengan 1001, 1002,1003…..
    Invois (Salinan) bermula 2001, 2002, 2003 …

    Dokumen ASAL, maksUdnya kita TERIMA daripada beberapa pembekal, maka no dokumennya TIDAK BERTUTUTAN

  503. baiklah ckgu..ckgu,,boleh sy tau..catatan kontra apabila mengeluarkn wang dr bank untuk kegunaan kedai adalah jurnal am atau apa ckgu?

  504. Naziera,

    Semua urus niaga yang melibatkan TUNAI atau BANK (cek) hendaklah dicatat dalam BUKU TUNAI. Bagi catatan kontra tersebut, catat Dt TUNAI dan Kt BANK… dalam Buku Tunai.

  505. cikgu,,mcm mna nk catatkn dalam bku tunai apabila hendak mmbyar gaji dua orang pekerja?

    seorang pekerja dibayar RM1200.kena catat satu-satu atau sekali gus ?

  506. Shahiera,

    Buku Tunai …..Tunai /Bank
    Kt: GAJI ……………RM2400 ….. sekaligus.

  507. kalau imbangan duga tidak imbang…agaknyak boleh dapat A tak ckgu??

  508. Izynni,

    YA, masih lagi berpeluang untuk dapat A+, walaupun ID atau KKK tidak seimbang.

  509. ckgu..kalau perniagaan rugi…markah akan ditolak ke??

  510. Izyuni,

    Tiada menjadi masalah jika perniagaan rugi, maklumlah pada bulan pertama perniagaan… banyak belanja perlu dikeluarkan berbanding dengan jumlah penerimaan / hasil. Apa yang hendak diuji ialah kemahiran2 dalam menyediakan set lengkap rekod perakaunan perniagaan anda.

  511. untung kasar rugi tak jadi masalah kan??

  512. Izaynni,

    Jika dapat RUGI KASAR …. tiada masalah dari segi rekod perakaunan, tetapi dari segi pengurusan perniagaan menunjukkan TIDAK CEKAP dalam penetapan harga jualan… mungkin terlalu sedikit tokokannya sehinggakan tidan dapat menampung kos belian. … dengan kata lain Harga Jualan rendah sangat.

  513. Cikgu,
    Dalam penyediaan tugasan dokumen baucer pembayaran, bagi sesebuah syarikat format setiap baucer adalah sama iaitu telah diberi no siri tetapi dalam tugasan ini bolehkah kita guna dua format yg berlainan contohnya untuk bayaran sewa dengan cek guna 3 lajur iaitu bil, keterangan dan jumlah dan no cek tulis dibawah. tetapi untuk membayar gaji kita guna bil, keterangan, no cek dan jumlah sebab ada dua orang pekerja dan tak logik jika no cek tulis dibawah.

  514. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Format dokumen tiada masalah, asalkan ianya bersesuaian dengan urus niaganya dan ada diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar.

  515. cikgu saya nk tnya program key in markah cigu tu mcmna klu student saya 4 kelas..saya dh cuba buka 4 files stiap satu tp dia hnya 1 jer file link yg lain takde link dgn skor individu sbb fomrmula dia saya takleh ubah cz dia perlukan password..so cmna?satu lg nape dlm skor individu saya type ramai..tp dlm markah individu hnya 5org jer..plzz bntu saya…tq

  516. Anis,

    Pertama, perisian tersebut bukan kepunyaan saya, ianya disediakan oleh seorang rakan guru daripada Kedah (kalau tak silap). Berdasarkan apa yang Cg Anis katakan, kemungkinan cikgu copy SHEET, bukannya copy FILE…. bagi memudahkan saya kenal pasti apa masalah yang sebenarnya dan cuba membantu… sila emailkan fail cikgu tersebut ke narzuki@gmail.com

  517. SAYA NAK TANYA JIKA ADA DIANTARA PELAJAR SAYA TIDAK BUAT URUSNIAGA UPAH ATAS BELIAN TETAPI URUSNIAGA DI BAWAH KOS JUALAN CUKUP 6 JENIS BOLEH DI KIRA BETUL / TIDAK MENGIKUT KEHENDAK SOALAN..
    HARAP CIKGU DAPAT MEMBANTU KERANA TAKUT TERSALAH BAGI MARKAH..

  518. Sheila,

    Pada pandangan saya,
    Apa yang ditetapkan ialah BILANGAN mengikut KOMPONEN mesti CUKUP seperti yang ditetapkan…. manakala pemilihan item2 tersebut bergantung kepada perancangan pelajar….. itu sudah dikira memenuhi kehendak soalan.

  519. salam, nak tanya pendapat cg narzuki. andai kata next year pelajar nak baiki lagi tugasan mereka yg tingkatan 4 2011 boleh ke tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.