TEKNIK 4 WARNA Cikgu Rosli Hamid

Ianya merupakan hasil inovasi yang disumbangkan oleh Cg Rosli bin Hamid, Guru Cemerlang Perakaunan dari SMK Dato’ Jaafar Hassan, Perlis. Semoga sumbangan tersebut dapat dimanafaat sebaik mungkin oleh rakan-rakan guru mahupun anak-anak pelajar sekalian. Dan diharapkan dengan idea inovasi tersebut, dapat kita kembangkan dengan mengaplikasikannya dalam topik2 yang lain.

Sekalung TAHNIAH dan PENGHARGAAN diucapkan kepada beliau atas sumbangan yang diberikan.

Posted on June 15, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 7 Comments.

  1. Assalammualaikum, Tahniah di atas usaha yang telah ditunjukkan. Ianya satu perubahan dalam P&P dan insyaallah saya akan mencuba teknik ini untuk diaplikasikan kepad pelajar-pelajar saya. Teruskan usaha anda.

  2. Cg Zul, waalaikumussalam.

    Tahniah diucapkan kepada Cg Rosli Hamid atas idea kreatif dan inovatif beliau… di mana Teknik 4 Warna ini boleh diaplikasikan dalam topik2 lain juga.

  3. Assalam..syukur, tahniah dan sabar kepada Guru-guru Cemerlang yang menyumbangkan inovasi p&p untuk manfaat warga guru dan pelajar perakaunan. Saya tertarik dengan idea GC Rosli Hamid. Saya juga menggunakan teknik yang sama tetapi isu kajian lebih fokus kepada mengurangkan kecuaian pelajar dalam memahami maklumat yang diberikan dalam soalan. Yang penting warna digunakan untuk melembutkan sifat subjek ini yang agak sarat dengan konsep dan prinsip. Emosi pelajar lebih tenang dan seronok apabila membuat latihan. Mereka tidak jemu mencuba. Apapun kemahiran konsep dan pelarasan pelajar perlu menguasainya terlebih dahulu. Kajian saya bertajuk “Mencari kembarku”…dan alhamdulillah…kita semua berjaya mengeluarkan potensi dalamam murid dengan memudahkan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Jazakallah semua.

  4. Kak Salina, waalaikumussalam.

    Besarlah harapan saya sekiranya Kak Salina sudi sumbangkan Kajian Tindakan “Mencari Kembarku” tersebut kepada Cg Narzuki Online untuk dikongsikan kepada rakan2 guru yang lain,

  5. Assalamualikum,

    Tahniah kepada cikgu Rosli kerana teknik tersebut..Saya dah cuba kepada pelajar saya dan ada perubahan. Untuk pengetahuan semua, soalan akaun kelablah yang paling susah nak difahami oleh para pelajar..dan cikgu Rosli telah memberikan solutionnya. Tahniah dan teruskan usaha anda dalam mencipta teknik teknik yang baru.

  6. tahniah kpd cg2 yg kreatif dan inovatif. Jika cg ajar Pdg boleh cuba kaedah saya. Info lanjut https://laguperdagangan.blogspot.com

  7. Norhasmawati Yusof

    Salam.

    Tahniah kpd cikgu2 cemerlang yang berkongsi bahan disini. Moga semua cikgu diberkati Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.