TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN

 

Posted on December 1, 2009, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 65 Comments.

  1. TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN
    Written by JS

    Menjelang peperiksaan, pelbagai permasalahan disuarakan oleh bukan pelajar tetapi juga ibu bapa. Diharapkan tips dan panduan ini dapat membantu anda untuk menghadapi senario peperiksaan.

    Bagi pelajar,masalah² seperti cara membahagikan masa, strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulang kaji yang tebaik sering ditanya.

    Bagi ibu bapa pula, petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular.

    Artikel ini cuba menjawab secara umum,akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri, dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa,guru dan pihak lain yang prihatin.

    Pertama

    Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.

    Kedua

    Ppastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.

    Ketiga

    Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok. Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

    Keempat

    Ssanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.

    Kelima

    Mmematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.

    Di samping membaca.memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

    Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan.

    Keenam

    Sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.

    Ketujuh

    Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.

  2. TIPS SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

    1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan dan slip peperiksaan disediakan

    2. Slps solat maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dgn bacaan yassin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dgn sempurna.

    3. Pastikan tidur yg mencukupi..ia penting bagi badan dan otak cergas utk hadapi peperiksaan.

    4. Pastikan diri tidak tertekan dgn membuat ulangkaji disaat akhir…pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan.

    5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sek..solat Subuh berjemaah dgn keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah..

    6. Langkah keluar rumah dgn kaki kanan sambil membaca doa tertentu utk selamat sampai ke sek. dan diberi kekuatan menjawab soalan dgn cemerlang…

  3. APA YANG HARUS DILAKUKAN MENJELANG HARI PEPERIKSAAN ?
    Oleh : Badruzamani Azmi

    1. Anda seharusnya cuma mengulang kaji nota – nota yang telah anda sediakan, bukan lagi membaca buku – buku teks.

    2. Pada saat ini juga anda seharusnya sudah dapat membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada rakan – rakan anda sendiri supaya dapatmembincangkan apa yang telah anda pelajari selama ini.

    3. Bertukar – tukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain kerana banyak manfaatnya.

    4. Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda yang sebenarnya dengan teliti.

    5. Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan mata pelajaran berkenaan yang ada pad jadual itu dengan dakwat merah supaya tidak terlepas daripada perhatian anda.

    6. Pastikan anda tiba di dewan peperiksaan sekurang – kurangnya setengah jam dari masa yang ditetapkan.

    7. Sementara menanti bermulanya peperiksaan, rujuk nota anda sepintas lalu. Ini untuk menyegarkan kembali ingatan anda tentang topik pelajaran yang bakal disoal nanti.

    8. Elakkan daripada berbual – bual kosong kerana tidak mendatangkan faedah.

    9. Lengkapkan diri anda semasa hendak menghadiri mana – mana peperiksaan sekalipun. Pastikan kad pengenalan diri anda ada dibawa bersama.

    10. Semak dan tentukan bahawa anda menjawab di tempat – tempat yang disediakan. Sebarang kesilapan akan memberi kesan terhadap keputusan peperiksaan.

    11. Sebaik sahaja mendapat kertas soalan, bertenanglah. Baca segala arahan dalam kertas soalan dengan teliti.

    12. Pastikan anda benar – benar faham dengan kehendak soalan itu sebelum memulakan sesuatu peperiksaan.

    13. Tentukan jumlah masa yang perlu untuk menjawab satu – satu soalan. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk sesuatu soalan.

    14. Bahagikan masa mengikut kepentingan sesuatu soalan. Markah penuh bagi satu – satu soalan dinyatakan dalam kertas soalan itu.

    15. Peruntukan juga masa untuk menyemak jawapan anda. Pastikan anda telah mengikut arahan yang betul semasa menjawab soalan. Semak bahasa atau tatabahasa, penyampaian, ejaan dan sebagainya kerana semua ini diambil kira, selain fakta yang dkehendaki.

    16. Tulisan juga perlu diberi perhatian supaya pemeriksa senang membacanya.

  4. TIPS PERSIAPAN DIRI SEBELUM PEPERIKSAAN -KESIHATAN DIRI.

    a. Cuaca

    i. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit

    b. Waktu Rehat

    i. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu

    ii. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

    c. Makanan.

    i. Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.

    ii. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan pada perut.

    iii. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.

    d. Emosi.

    i. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.

    ii. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab.

    iii. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa.

    iv. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Kedaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.

    v. Banyak bersabar serta berdoa kepad Allah agar segala usaha yang dilakukan selama ini dapat diberkatiNya.

  5. PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN MENJELANG PEPERIKSAAN:

    YANG BOLEH:

    1. Rancang ulang Kaji
    Masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji. Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Mintak nasihat guru kelas atau guru kaunseling untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.Anda juga boleh meminta pandangan daripada rakan-rakan anda yang berjaya. Lihat bagaimana mereka yang cemerlang ini menyusun jadual ulang kaji. Mungkin boleh dijadikan contoh.

    2. Susun bahan ulang kaji.
    Pastikan buku, nota dan apa sahaja bahan rujukan dan ulang kaji anda berada dalam bentuk yang mesra pengguna. Maksudnya, susun ikut kepentingan sesuatu topik. Cuba guna teknik penggunaan katakata kunci, peta minda ataupun carta-carta untuk memudahkan anda mengingat. Anda juga boleh meminta petua dan pandangan daripada guru atau pelajarpelajar cemerlang, bagaimana untuk belajar secara berkesan di saat-saat peperiksaan. Mungkin ada yang boleh anda cuba jika sesuai.

    3. Cari kaedah terbaik
    Sehingga kini, pastinya anda telah mengenali dengan sebaik-baiknya bagaimana kaedah yang sesuai untuk anda mengulangkaji. Sama ada secara sendirian, berkumpulan, waktu pagi, lewat malam atau sebagainya.
    Buatkan ketetapan dan ikut kesesuaian anda. Elakkan daripada mengubah kesesesuaian anda mengulangkaji di saatsaat akhir. Ia mungkin sedikit sebanyak akan menganggu tumpuan anda.

    Ketika membuat ulang kaji, jangan panik jika anda tiba-tiba tidak memahami sesuatu perkara. Cepat-cepat rujuk guru atau rakan-rakan yang lebih mengetahui. Jika anda tidak menyelesaikannya, ia mungkin boleh menganggu kosentrasi anda untuk meneruskan dengan perkara-perkara yang lain.

    YANG TIDAK BOLEH:

    1. Ulang kaji saat akhir
    Jangan buat ulang kaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan anda dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila anda mengetahui masih banyak yang belum ada fahami mengenai sesuatu perkara.Mengelak subjek yang anda tidak suka. Ini bukan satu langkah yang bijak kerana ia sebenarnya akan lebih menganggu anda sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Ingat anda perlu menyelesaikan masalah, bukannya jangan lari daripada masalah. Berasa tertekan. Jangan berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh semua orang. Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup anda. Yang penting anda berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi jika anda gagal.

    2. Pesanan SEMASA PEPERIKSAAN
    Baca arahan dengan betul dan tenang. Jangan panik jika ada yang anda tidak faham atau di luar jangkaan anda. Tanya dengan guru pengawas yang bertugas mengenai apa sahaja arahan yang anda rasa ragu. Jangan sesekali fikir akan ditertawakan dengan soalan-soalan anda itu. Lebih baik bertanya daripada melakukan kesalahan. Jika anda mahu lebih berhati-hati, baca soalan dua kali terutamanya soalan-soalan yang beraras sukar. Rancang masa yang anda perlukan untuk menjawab soalan-soalan. Beri masa yang lebih kepada soalan-soalan yang beraras sukar. Bagaimanapun, jangan terlalu tumpukan banyak masa kepada soalan-soalan sukar.

    Anda boleh kembali semula kepada soalan ini kemudian. Jika benar-benar buntu, guna logik akal dan buat tekaan bijak. Lebih baik mencuba daripada membiarkan kosong tanpa jawapan.

    Pastikan juga anda mempunyai masa yang mencukupi untuk memeriksa kembali jawapan-jawapan anda.

    3. Pesanan penting SELEPAS PEPERIKSAAN
    Jangan: Membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda. Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas-kertas lain selepas itu. Yang berlalu, biarlah berlalu. Ingat, anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah anda berikan setelah peperiksaan tamat. Memikirkan lagi sama ada anda telah menjawab dengan baik atau tidak selepas selesai sesuatu kertas. Lupakan. Beri tumpuan kepadakertas-kertas yang akan datang.

    ~ SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..MOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN ~

    Sumber : https://permadah.blogspot.com

  6. 10 TIPS SEMASA PEPERIKSAAN

    1. Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
    Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

    2. Tenang dan percayakan diri anda.
    Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

    3. Bersantailah tapi berhati-hati.
    Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

    4. Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
    Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.

    5. Jawab soalan secara strategik.
    Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya, tetapi mempunyai markah sedikit.

    6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
    Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

    7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.
    Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

    8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.
    Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

    9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.
    Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

    10. Analisa jawapan anda.
    Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

  7. STRATEGI MENJAWAB SOALAN

    Berikut adalah beberapa strategi menjawab yang boleh digunakan bagi soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah:

    1. Calon-calon hendaklah memulakan jawapan bagi setiap soalan pada halaman/muka surat yang baru.
    2. Calon juga hendaklah menulis degan jelas nombor soalan yang dijawab.
    3. Susun kertas jawapan anda mengikut urutan kertas soalan setelah selesai menjawab.
    4. Gunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan.
    5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan.
    6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem catatan bergu dibuat.
    7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu.
    8. Peruntkkan masa bagi menjawab sesuatu soalan hendaklah sesuai dengan peruntuk markah bagi soalan berkenaan.
    9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di setiap helaian kertas jawapan yang digunakan.
    10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan.
    11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan.
    12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu membuat banyak latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

    Dengan cara ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, kemahiran dan ketepatan ketika menjawab soalan.

  8. KELEMAHAN-KELEMAHAN UMUM PELAJAR

    Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan kertas Prinsip Akaun yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:

    1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.
    2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.
    3. Cuai dalam membuat pengiraan.
    4. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.
    5. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.
    6. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.
    7. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
    8. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.
    9. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.
    10. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan di dalam soalan dengan teliti.
    11. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.
    12. Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.

  9. TIP UMUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

    1. Semak jadual

    Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

    Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

    2. Kunci peperiksaan

    Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

    Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

    3. Tentukan keutamaan

    Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

    Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

    4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

    Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

    Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

    5. Merancang persiapan peperiksaan

    Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

    a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

    Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

    Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

    Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

    Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

    Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

    Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

    Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

    b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

    Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

    Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

    Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

    Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

    Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

    Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

    Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

    c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

    Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

    Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

    6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

    Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

    7. Berdoa dan bertawakal

    Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

    Sumber : Berita Harian 18/08/2008

  10. Terima kasih BRO, harap ko mendapat segala keberkatan.

  11. hari ini saya trial pmr lar…
    teruk betul..
    tak pernah rasa begitu
    hari ini hari pertama,ujian bm penulisan..di dewan sekolah..dgn tidak sengajanya,saya telah membawa dua pen utk tulis penulisan…dAn kedua-dua pen tersebut tiada ‘ink’ langsung..terpaksa minta guru pinjam pen orng lain utk saya gunakan..dan meja saya teruk sekali..bergoyang-goyang!!!teruk….hari ini memang teruk!!!!olh hal yg demikian,saya tidak membuat ringkasan bahagian b(pemahaman)..geram saya..saya hilang 10markah dgn tiada sebabnya!!!

  12. Persediaan dan persiapan awal bagi menduduki peperiksaan adalah sangat penting. Jadi Cg nasihatkan agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi terutamanya semasa Peperiksaan PMR nanti. Pastikan semua keperluan alat tulis mencukupi dan berfungsi dengan baik setiap kali anda menduduki peperiksaan. Dan semasa proses penyusunan meja calon dalam dewan semasa peperiksaan PMR nanti, adalah lebih baik sekiranya dapat kenal pasti meja dan kerusi anda terlebih dahulu dan lakukan pertukaran jika dirasakan perlu, bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa menjawab peperiksaan nanti.

  13. Saya seorang guru tuisyen. Boleh saya gunakan tips ini utk murid2 saya? Terima kasih

  14. Jess,

    Boleh tidak menjadi masalah, gunalah sebaik mungkin bagi manafaat para pelajar sekalian.

  15. cikgu, jika saya jawab kedua-dua soalan 5 dan 6, adakah penyemak akan menyemak kedua=dua jawapan saya?

  16. Sue,

    Ya, kedua2 akan disemak dam markah yang tertinggi akan dipilih.

  17. sorry cikgu…acounts yea cikgu? tadi tak sebut mata pelajaran. sebab cikgu sekolah cakap hanya boleh jawab satu soalan saje.

  18. Jawab kedua2 boleh, cuma adalah lebih baik PILIH satu soalan yang dirasakan dapat jawab dengan baik. Ini kerana masa sangat terhad … cukup2 untuk jawab 5 soalan saja. Jika ada masa lebih, adalah lebih baik digunakan untuk membuat semakan terhadap jawapan yang telah disediakan.

  19. soalan akaun paper 2, 2009 terlalu tinggi level untuk pelajar spm…pelajar saya ramai yg menyatakan soalan itu susah dan saya pun berpendapat yg sama.apa pula pendapat cikgu?

  20. Ya…kertas 2 betul2 mencabar. Soalan 2 tiba2 pula dalam bentuk akaun. S3 memang dah dijangka akan keluar sebab 3 tahun berturut2 tak keluar. Soalan 4 bahagian A tiada masalah. Bhg B memang dijangka keluar memandangkan pertama kali dibekalkan dgnkertas graf. S5 agak susah jika pelajar tidak mahir penyata penyesuaian bank. S6 tiada masalah. Keseluruhannya pelajar komen tak cukup masa nak siap 5 soalan apatah lagi nak buat 6 soalan.

  21. terdapat beberapa item dalam maklumat tambahan soalan 2 benar2 mengelirukan pelajar.soalan 3 mmg dijangka realisasi akan keluar tetapi bentuk soalan amat berbeza dari kebiasaan.soalan 5 agak mengejutkan kerana keluar dalam bentuk pernyataan.jika pelajar tidak mahir,ini mjadi masalah bg mereka….dan soalan 6 juga bentuk soalannya lain dr kebiasaan.in conclusion, mostly pelajar saya merungut betapa susahnya soalan.harap graf turun this year

  22. maaf..soaln 6 biasa aje.tetapi item wang pendahuluan mgkin mbuat pelajar confuseeeee daaaa…

  23. Memang tidak dinafikan soalan 2 arasnya agak tinggi berbanding dengan aras soalan tahun2 sebelum ini. Itulah aras soalan LCCI, dimana soalan betul2 menguji kemahiran perakaunan seseorang pelajar.

    Berbanding soalan2 tahun lepas, pelajar hanya diminta lakukan pelarasan berdasarkan maklumat yang diberikan satu persatu. Tetapi bagi soalan aras LCCI, pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk kenalpasti apakah pelarasan2 yang perlu dilakukan berdasarkan maklumat2 yang diberikan.

    Sama ada disediakan dalam bentuk akaun atau penyata, tidak menjadi masalah, kedua2 diterima. Cuma bentuk penyata adalah digalakkan, perkara tersebut telah dinyatakan oleh Pegawai LPM dalam Mesyuarat Penataran 2008 lagi. Dan saya juga telah maklumkan perkara tersebut dalam komen2 yang saya berikan sebelum ini.

  24. Maklumat tambahan untuk soalan 2 yg menguji kemahiran perakaunan tahap LCCI pada pendapat saya adalah item (ii) yg ada kaitan juga dengan item (i) dimana stok akhir juga ada pelarasan.

    Untuk soalan 5 ,item (vi) ada kaitan dengan pembetulan kesilapan. Bukan seperti kebiasaannya kesilapan amaun sahaja. Soalan (b) juga mensyaratkan PPB disediakan ” bermula dengan baki Buku Tunai” ….

    Untuk soalan 6, saya setuju dengan Yat, MT item (iii), di mana pelajar mungkin merekodkan 40% (Bank)pembayaran dengan cek tapi terlupa untuk merekodkan baki 60% kredit( Auto Fleet & Co).

  25. Pada pandangan saya, maklumat tambahan (ii) perlu melibatkan 2 pelarasan, iaitu :

    1. Pulangan Jualan +250 dan Penghutang -250.
    2. Stok Akhir 23000+125. Ini kerana Stok yang dipulangkan itu, dijual dengan harga 2XGANDA nilai kos, oleh itu NILAI KOS stok tersebut ialah 250 / 2 = 125.

    Manakala, Soalan 5, item (vi) perlu dimasukkan dalam Buku Tunai (kemaskini) di sebelah kredit dan nilainya 2XGANDA, iaitu 128 X 2 = 256 bagi membetulkan kesilapan tersebut (topik pembetulan kesilapan).

  26. Memang bentuk soalan tahun ini agak mencabar.
    Cabaran untuk ckgu2 juga supaya mengajar dengan konsep yang mendalam supaya pelajar benar-benar mahir ilmu perakaunan
    Walaupun apa jua bentuk soalan yang diberikan pelajar sepatutnya mahir tentang perkara yang ditanya..

    Realitinya, guru harus lebih bersedia dalam menyediakan generasi pelajar yang berdaya saing dan mahir dalam bidang yang mereka ambil bukan sekadar pelengkap untuk mengambil peperiksaan semata-mata.

    Diharapkan buku teks yang bakal dibekalkan pada tahun depan lebih bermakna dan lebih bermutu dalam menyediakan pelajar perakaunan yang berkualiti.

    Terima kasih.

  27. Saya sangat2 bersetuju dengan pandangan saudara, Masalahnya buku teks yang mengikuti HSP baru kemungkinan besar tidak sempat dibekalkan untuk kegunaan tahun hadapan. Daripada maklumat yang saya terima, tender untuk menyediakan buku teks tersebut baru saja dikeluarkan bulan lepas, jadi kemungkinan pada tahun 2011 baru siap untuk diedarkan. Apa yang boleh kita harapkan untuk tahun hadapan hanyalah modul seperti yang dijanjikan, tetapi ianya hanya merangkumi topik2 yang baru diperkenalkan sahaja.

    Jadi sama-sama kita fikirkan apa yang patut dilakukan untuk persediaan tahun hadapan, terutamanya untuk pelajar SPM2010.

  28. bagi saya soalan 1,3,4 dan 5 tu tak ada masalah sangat kalau pelajar benar-benar menguasai. cuma soalan dua tu agak mencabar..kalau pulangan jualan tu 250 dan dijual dengan tokokan 100%, bukan ke kita kena tambahkan juga
    pada jualan? saya rasa agak mengelirukan sikit soalan tu, kalau dibuat pelarasan pada stok akhir maknanya pulangan tersebut belum dijual pada tahun kewangan tersebut kn?

  29. Pada pandangan saya, isunya bukan Jualan tetapi Pulangan Jualan. Apabila berlaku pulangan jualan RM250 pelarasannya PJ kena + RM250 dan Penghutang kena – RM250. Ok, bila barang niaga dipulangkan STOK dalam kedai akan bertambah dan perkara ini belum diambilkira lagi dalam penilaian stok akhir. Oleh itu Stok akhir perlu ditambah, tetapi berapa NILAI STOK yang dipulangkan itu ? Adakah sama dengan nilai harga jual RM250 ? STOK dinilai mengikut HARGA KOS bukannya harga jualan.

    Persoalannya berapakah harga kos stok tersebut ?

    Sekiranya,
    Harga Jual = harga kos + 100% tokokon = RM250

    100% tokokan bermaksud dapat Untung 1X ganda.

    Ini bermaksud,
    Harga Jual = kos (RM125) + tokokon (RM125) = RM250

    Oleh itu NILAI STOK yang dipulangkan itu RM125 akan menambahkan STOK AKHIR yang diberikan, kerana ianya masih belum diambilkira lagi.

    ok, itu saja pandangan daripada saya.

  30. Soalan tahun ini memang mencabar. Selalunya, prestasi dalam PA sentiasa baik, dan dalam SPM telah target untuk mendapatkan A+. Tetapi, kemungkinan besar telah tiada harapan 🙁 Soalan 2 dan soalan 3 saya telah membuat kesilapan. Soalan 6 pula, mungkin terdapat kesilapan kerana bentuknya berbeza daripada tahun-tahun lepas. Haih! Amat sedih.

  31. Pada tahun lepas juga perkara yang sama disebut2, soalan SPM2008 .. mencabar, susah, bukan level SPM dan sebagainya. Tetapi pelajar SPM2009 pula kata soalan tahun ini lebih mencabar, lagi susah berbanding tahun lepas…. Pada tahun hadapan SPM2010 agaknya, pelajar akan katakan soalan SPM2010 lebih mencabar dan susah berbanding SPM2009 …… dan begitulah seterusnya……

    Apa agaknya akan jadi sekiranya soalan SPM2010 nanti MUDAH, BIASA dan TIADA CABARAN langsung ??? …

    Bagaimana dengan Gred ? Berapakah markah untuk lulus ?, markah untuk A+ ? …. nampaknya persoalan yang sama juga akan bermain difikiran.

    Pada pandangan Cg dengan cabaran tersebut, para guru juga akan rasa tercabar untuk memastikan pencapaian pelajar masing2 akan sentiasa meningkat setiap tahun. Maka para guru akan cuba meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing2 bagi memastikan P&P yang berkesan dan berkualiti dapat diberikan kepada pelajar masing2. Jadi secara tidak langsung, tahap penguasaan, pengetahuan dan kemahiran pengajaran para guru dan pelajar sekalian akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

    Ianya selaras dengan STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) yang baru dilancarkan, sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

  32. ok, sy rasa pandangan cikgu tu btl..mmg satu cabaran buat guru-guru untuk memahamkan pelajar dan dalam masa yang sama guru juga perlu menguasai subjek yang mereka ajar sepenuhnya.
    tq atas penjelasan ttg pulangan jualan dan stok akhir tu, sy rasa pandangan cg btl…

  33. Ok, sama2, nampaknya kita sependapat.

  34. Salam sejahtera.Saya sebagai calon spm 2009.Saya memang tidak puas hati tentang kertas prinsip perakaunan tahun ini.Soalan tu memang dikeluarkan oleh LCCI dan lembaga tapi boleh tak lembaga merancang masa dengan cukup.2jam 30 minit memang tak cukup untuk buat kesemua 5 soalan tu malahan soalan no1 adalah dokomen dan soalan no2 adalah merupakan soalan LCCI.Kita hanya pelajar spm bukan budak kolej.Bukan saya sahaja tak boleh buat.Seluruh sekolah pun tak cukup masa buat.Bukan sekolah saya tak boleh buat malahan sekolah swasta dan sekolah berasrama penuh pun tak boleh buat.Saya sudah buat semua soalan yang berkaitan LCCI dan dah buat seluruh kertas percubaan negeri bermaksud satu malaysia.Langsung tiada soalan yang berkaitan tentang spm sebenar.Hampir semua negeri keluar topik rekod tak lengkap tetapi spm keluar akaun perdagangan dan untung rugi.Adalah bermakna lembaga sedang mempermainkan pelajar.betul tak?Walaupun soalan berbentuk LCCI baru mula tahun ke-2 dan sijil LCCI memang berkualiti tapi tolonglah kita hanya sekadar pelajar bukan budak kolej dan universiti.cara ini bukan untuk meningkatkan mutu pendidikan malaysia malah menurunkan.kalau nak meningkatkan mutu pendidikan bukan sebegini.Oleh Itu,saya nak memberitahu ke semua orang,lembaga tidak memahami kita malahan nak menyusahkan aset negara.macam mana nanti keputusan saya??????

  35. wah, saya dah terlepas perbincangan anda semua. Saya pun kasihankan anak murid saya. Masa tak cukup dan memang tak kan cukup. Juga latihan diberi tak pernah setinggi level soalan 2, itu saya akui kerana dah terbiasa dengan ‘ARAS SPM’ yang sedia ada (sebelum 2009). Yang menyedihkan, pelajar kecewa kerana topik utama ‘anchor item’ tak disoal sepertimana difikirkan atau dicanang-canangkan.

    So, gitulah nasib tahun 2009. Pihak LCCI sudah tentulah bangga kerana mereka berjaya menzahirkan kejutan (sudah biasa buat mereka), pihak LPM pula, apa reaksi mereka nanti? Mudah-mudahan sahaja tidak ada kejutan. Qada dan qadar dah berlaku, kita guru teruskan khidmat dengan sungguh-sungguh dan mungkin mulakan dengan usaha menyediakan bahan pengajaran baru T4 yang belum lagi diperolehi.
    Itu juga merungsingkan saya.

    Ada sesiapa yang dah mula cari bahan untuk bab 1 T4?

  36. Siti Aishah Hj. Bechi

    Salam.
    Cikgu, saya juga risaukan bahan untuk tajuk2 baru tingkatan 4 nanti. tak nampak pun modul yg dijanjikan nak sampai ke sekolah.. Buku teks jauh sekali lah!
    Macamana ye? Harap kalau cikgu ada maklumat boleh dikongsi di sini bersama kita semua.

  37. Salam, saya juga ternanti-nanti modul yang dikatakan. Buku teks memang tidak sempat disediakan untuk kegunaan 2010. Kalau tak silap saya, telah ada buku rujukan dipasaran terbitan 2010 telah menggunakan HSP baru tersebut.

  38. Salam. Bila agaknya keputusan SPM 2009 akan diumumkan yer..? Ada maklumat tak?

  39. Mungkin minggu depan, tetapi setakat hari ini masih belum ada apa2 maklumat yang sahih lagi.

  40. Pn. Prema Maruthaveeran

    Salam sejahtera. Saya Guru Kaunseling SMK Bandar Rinching, Semenyih. Saya berminat dengan tips yang diberikan di atas. Bolehkah saya mendapat satu salinan tips tersebut untuk digunapakai bagi pelajar-pelajar PMR dan SPM sekolah saya?
    Besarlah harapan saya jika tuan sudi bermurah hati untuk mensedekahkan ilmu tuan. Didahului dengan jutaan terima kasih.

    Prema. M.
    Guru Kaunseling,
    SMK Bandar Rinching,
    Seksyen 5,
    Semenyih, Selangor

  41. terima kasih cikgu narzuki… insyaallah sy akn manfaatkan tips yang cikgu kongsikan… tp soalan mne yg ptt sy target utk dpt ‘A’?

  42. Pn Prema,
    Salam sejahtera, Pn boleh muat turun Tips Peperiksaan Cg Narzuki Online (klik) disini.

    Aina,
    Semoga anda berjaya, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada kerana “semakin banyak dikuasai, semakin hampir kepada A+”

  43. CKGU,

    Bag pemarkahan kertas kemahiran hidup,brapa pratus dar objektif dan brapa pratus lagi dari kerja kursus??

  44. Maaf, diluar pengetahuan Cg.

  45. Assalamu’alaikum cikgu Narzuki.
    Pelajar2 saya akan mghadapi SPM tak lama lg. Saya mohon izin tuan utk kongsikan tips dari blog tuan bg faedah mereka. Harap dpt keizinan dan halalkan ilmu tuan. tk.

  46. Waalaikumussalam,
    Dipersilakan guna mana2 yang difikirkan sesuai untuk diberikan kepada anak pelajar sekalian, semoga dengan tips2 tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam memepersiapkan diri dalam menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Semoga mereka semua berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah.

  47. assalamualaikum cikgu…
    terima kasih diucapkan untuk post ini..
    izinkan saya copy…
    terima kasih sekali lagi..

  48. thnx cikgu…izinkan saya donwload tips ini

  49. Ok tiada masalah… dipersilakan.

  50. cikgu,,saya calon spm 2010..hari khamis nie saya exam p.akaun..saya takut la cikgu,,saya takut x dapat jwb dgan baik..saya nie payah nak ingat format..

  51. Boleh berikan tip untuk ibu bapa menjelang seminggu sebelum anak-anak menduduki peperiksaan. Tq

  52. En Abd Rahman Ali,

    Telah banyak tips peperiksaan telah saya kumpulkan di TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN (klik). Cadangan saya, ibu bapa hanya pastikan anak masing2 mematuhi/mengikuti tips2 tersebut.

    Serta baca Peranan Ibu Bapa Menjelang Peperiksaan (klik) … daripada Laman – MAP.

    Dan muat turun aktikel berikut :
    TIPS/PERANAN IBU BAPA BAGI MEMBANTU ANAK-ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

  53. Assalamualaikum cikgu,apa khabar?…saya Nabil,saya pelajar tingkatan 1 tinggal di asrama sambil belajar…saya ingin mengajukan satu seolan…saya kadang-kadang belajar kat kelas pasti ngantuk masa tengahari….mungkin saya tidur pukul 11 malam lebih sebab bilik saya bising sikit dan saya bangun pukul 4:40 pagi atau pukul 5:00…masa saya nak pergi solat subuh x ngantuk…bila nak belajar pasti ngantuk…berikan lah tips untuk menghilangkan ngantuk…lagi-lagi bulan puasa lah….itu saya…harap maaf jika ada merungsingkan cikgu…

  54. Nabil, waalaikumussalam.

    Maaf, Cg kurang arif sangat … walau bagaimanapun sila baca artikel dibawah, semoga dapat membantu mengatasi masalah Nabil.

    PELAJAR MENGANTUK SEMASA BELAJAR

    Masalah yang dihadapi oleh anda iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar.

    Kalaulah saya bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif.

    Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.

    Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.

    Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-

    1. Bina sikap yang positif.
    Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

    2. Persediaan minda.
    Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
    Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.

    3. Persediaan perasaan.
    Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

    4. Persekitaran yang sesuai.
    Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

    5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
    Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.

    Dipetik daripada:-
    Sudut Kaunseling,
    Bersama Puan Noraini Ahmad
    Ketua Kaunseling UIA

  55. Assalam, cikgu klau kwn kite x nk berkongsi ilmu mcm mn cikgu???

  56. Aripensa, waalaikumussalam.

    Biarkan dia… dia juga yang akan rugi.
    Jika kita kongsi ilmu/bahan… maka ilmu / bahan kita akan bertambah.
    Maka carilah kawan lain yang sudi berkongsi dan membantu kita.

  57. Cikgu, saya tak tulis nombor soalan pada lajur. Saya tak tahu adjuncts hari ini. Apa yang akan berlaku kepada BM kertas saya?

  58. *saya tak tahu sehingga hari ini. Yesterday, pengawas itu tidak beritahu saya tetapi hair ini dia panggil saya tulis.. macam mana?

  59. Denise,

    Tidak mengapa… terus persiapkan diri untuk kertas2 seterusnya. Jangan dibincangkan kertas2 yang telah lepas.

  60. cgu kalau tak tulis nombor soalan pada setiap kertas boleh kene potong markag ke ?

  61. contohnya kita tulis pada awal karangan sahaja

  62. Muhammad,

    Markah tidak dipotong… cuma dikhuatiri pemeriksa tersilap semak kerana tiada nombor.. dan ada kemungkinan anda sendiri tersilap susun kertas jawapan tersebut.. dan boleh menyebabkan hilang markah.

  1. Pingback: Persiapan Menghadapi Peperiksaan « Unit Bimbingan & Kaunseling SSBP

  2. Pingback: Unit Bimbingan & Kaunseling SSBP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.