Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada Ciku Sila diatas kejayaan beliau menghasil  buku I LOVE AKAUN, yang telah berada dipasaran.

Sebagai tanda sokongan dan galakkan diatas usaha murni beliau, Cg Narzuki Online cuba membantu  meluaskan promosi kepada rakan-rakan guru serta anak-anak pelajar.

CIRI-CIRI EKSKLUSIF – I LOVE AKAUN

PETA KONSEP – Gabungan setiap subtopik dalam bab.

TEKS – Nota dalam bentuk poin menjadikan teks mudah difahami dan memudahkan ulang kaji. Menggunakan bahasa mesra pelajar dan guru.

GRAFIK – Halaman berdiagramstik yang memaparkan maklumat ringkas untuk membantu pemahaman pelajar.

INGAT! – Peringakatan penting yang tidak boleh diabaikan oleh pelajar.

CONTOH DAN PENYELESAIAN – Contoh yang disediakan beserta dengan penyelesaian soalan struktur SPM sebenar.

PINTAR KALKULATOR – Merupakan soalan pendek yang menguji kefahaman pelajar terhadap subtopik yang melibatkan pengiraan.

UJI MINDA – Soalan ringkas untuk menilai pemahaman pelajar tentang sesuatu subtopik.

TEKNIK – Menyediakan langkah atau format akaun yang digabungkan menjadi satu teknik bagi memudahkan pelajar menjawab soalan mengikut langkah dan turutan yang betul.

INFO AKAUN – Info tambahan sebagai kata kunci yang penting dalam bab.  Memberikan penekanan terhadap bentuk soalan yang sering keluar SPM.

FORMULA – Dibentuk secara krestif bagi memudahkan pemahaman pelajar menyediakan sebuah akaun yang lengkap.

TIP MOTIVASI – Sisipan tip-tip motivasi dalam setiap bab sebagai peniup semangat ke dalam diri pelajar untuk terus maju.

FORMAT – Disertakan dengan lengkap untuk memudahkan pelajar merujuk dan mengingati format-format akaun.

LATIHAN – Merangkumi soalan objektif dan subjektif untuk menilai keupayaan dan pemahaman pelajar dalam setiap topik.

PENANDA KLON SPM dan KLON SBP – Memberikan panduan kepada pelajar tentang bentuk soalan yang pernah dikeluarkan dalam SPM sebenar dan peperiksaan percubaan SBP.

JAWAPAN – Disediakan lengkap dan tepat serta mudah difahami.

BONUS!! – Strategi menjawab soalan yang disediakn khas untuk pelajar.

[ BUKU I LOVE AKAUN : CIKGUSILA boleh diperolehi di 139 lokasi kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. ]