TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 – SPM 2013

[DM]260[/DM] [DM]261[/DM] [dm]262[/dm]

Posted on March 25, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 982 Comments.

  1. Assalamualaikum…
    Wah! soalan dah keluar… 🙂

  2. Jumlah pekerja adalah 2 orang atau termasuk buruh pengeluaran yang dibayar dengan upah? Sangat confius projek kali ini.

  3. Helen,

    Pada pandangan saya,
    2 orang pekerja pengurusan (gaji):
    …….1 orang – kerani pejabat —> Penyata Pendapatan
    …….1 orang – penyelia kilang —->Penyata Pengeluaran (Kos Overhed)

    5 orang pekerja pengeluaran (upah) —> kos buruh langsung dalam Penyata Pengeluaran

  4. Boleh saya tahu 5 orang pekerja pengeluaran adalah macam mana dapat?

  5. Ada dinyatakan dalam soalan… dengan upah RM45 sehari.

  6. kena buka ak pengeluaran ker…xda dinyatalan dalam soalan pun

  7. Cikgu, pada pendapat saya, tugasan tahun ini amat tak sesuai dari segi masa. Topik bab 14 dan 15 kena diajar dahulu barulah murid boleh mula projek itu. Ini akan makan masa sekurang-kurangnya 3-5 minggu. Apakah pendapat cikgu? Apakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini?

  8. Niza,
    Pada pandangan saya,
    Soalan menyatakan semua BELIAN adalah BELIAN BAHAN LANGSUNG…. maka dalam menyediakan Penyata Pendapatan nanti….. pelajar perlu dapatkan nilai untuk KOS PENGELUARAN… bagi mengantikan BELIAN BARANG SIAP. Jika tidak menyediakan Penyata Pengeluaran…. macam mana nak dapatkan nilai Kos Pengeluaran tersebut.

    Martina,
    Saya pun BELUM ajarkan topik Kos Pengeluaran, Titik Pulang Moda
    dan Tafsiran Penyata Kewangan kepada pelajar. Saya bercadang akan ajarkan topik2 tersebut SEMASA menyediakan tugasan projek… Walau bagaimapun memandangkan KEKANGAN MASA dalam melaksanakan tugasan tersebut.. saya akan ajar TIDAK TERLALU DETAIL (sebagaimana nak mejawab soalan kertas 2), sekadar pelajar dapat meyiapkan tugasan sahaja. Kemudian nanti, baru diajar secara detail topik2 tersebut.

  9. Mengenai pelarasan, saya hak tanya:
    i) adakah stok akhir perlu catat dalam jurnal?
    ii) “semua belian adalah belian bahan langsung” perlu buat pelarasan dengan di belian bahan langsung kt belian?
    iii) sewa diagih antara kilang dan pejabat perlu buat pelarasan?
    iv) susut nilai terus darab dgn % atau dikira dalam bulanan?
    Terima kasih sekiranya soalan di atas dapat dijelaskan

  10. Helen,

    Pada pandangan saya,
    i) Tidak perlu …. kerana stok akhir tidak perlu diselaraskan…
    ii) Itu adalah makluman bahawa Ak BELIAN adalah merujuk kepada BELIAN BAHAN LANGSUNG….. dan tidak wujud BELIAN BARANG SIAP…. maka ianya TIDAK perlu dibuat catatan pelarasan.
    iii) TIDAK perlu…. kerana Akaun yang digunakan adalah AKAUN SEWA… tidak perlulah kita buka dua akaun … Ak Sewa Pejabat/Kedai dan AK Sewa Kilang.
    iv) Oleh kerana TEMPOH REKOD adalah SEBULAN, maka Belanja susut nilai perlu X 1/12.

  11. Cikgu, berkenaan dengan belanjawan tunai dalam tugasan, bolehkah jelaskan item 3 (e)? Adakah mesin dan peralatan diperoleh itu ditunjukkan dalam jurnal am RM12 000? Macam mana nak kira bayar balik sewa beli (pokok dan faedah 5%)? Haruskah kita anggap ia sebagai satu belanja terakru juga?

  12. Martina,

    Pada pandangan saya, merujuk kepada maklumat 3(e) pembelian mesin dan peralatan RM12000 TELAH pun dicatat dalam JURNAL AM…. Bayaran balik, sekiranya dikira betul2 jumlah ialah RM250 sebulan… bayaran tersebut juga telah dibayar pada 27 April (Rujuk Buku Tunai) … Maka TIDAK SESUAI lagi dijadikan BELANJA TERAKRU.

  13. Slm cg, minta kepastian adakah pelajar wajib buat penyata pengeluaran ?
    Jadi akaun lejar yg melibatkan pengeluaran perlu diasingkan ?

    tq CgKay

  14. CgKay,

    Pada pandangan saya : AKAUN PENAMAT juga merujuk kepada Penyata Pengeluaran dan Penyata Pendapatan. Ini kerana jumlah KOS PENGELUARAN perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan nanti.

    Manakala bagi AKAUN LEJAR, TIDAK PERLU diasingkan antara Kilang dan Pejabat……misalnya Susut nilai kenderaan kilang, Susut nilai kenderaan pejabat… sewa pejabat, sewa kilang…. memadai SATU AKAUN sahaja, kita hanya tunjukkan AGIHAN tersebut dalam NOTA AKAUN (… iaitu dalam Senarai Pelarasan pada tarikh imbangan)

  15. Slm cg, sya dah siapkan lejar dan imbangan duga sebelum pelarasan, ttp sya….nak mulakan pelarasan tpi byak tanda ?
    cg ada idea bgmana nak pmudahkan…… ?

    tq
    Cgkay

  16. CgKay,

    Pada saya, item2 yang perlu dilakukan pelarasan …. dengan sediakan Jurnal Am dan Lejar pelarasan adalah :
    1. Susut nilai aset bukan semasa
    2. Hutang lapuk
    3. PHR
    4. DUA Belanja terakru .
    5. SATU Belanja terdahulu
    6. SATU Hasil Terkaru
    7. DUA Pembetulan kesilapan

  17. Slm cg,
    1. cg perasan tak dllm soalan LA11 utk Ak. Belian dan juga Ak Pul Jualan, so adakah itu boleh dianggap sebagai kesilapan ?
    2. Betul tak pengiraan PHR = 5% x 51600 – 500(HL)

    tq cgKay

  18. CgKay,

    1. YA, saya setuju … itu adalah KESILAPAN.. kerana LA11 untuk Ak BELIAN, Cadangan saya TUKAR Ak Pulangan Jualan kepada LA20.
    2. Cadangan saya: PHR = k% x (18700 – 500) ……………. 51600 adalah jumlah JUALAN, sepatutnya X BAKI AKHIR PENGHUTANG

  19. Apa maksud stok akhir barng siap tu?

  20. Silap….stok akhir harga kos

  21. Niza,

    Pada pandanagan saya :
    Stok akhir HARGA KOS adalah merujuk kepada Stok akhir BAHAN LANGSUNG.

  22. Slm cg, minta komen sesuai atau tidak :
    1. Belanja terakru – pengiklanan dan belanja am
    2. Belanja terdahulu – insurans
    3. Hasil terakru – faedah atas simpanan tetap
    4. Pembetulan kesilapan tiada idea –

    tq CgKay

  23. CgKay,

    Pada saya item 1, 2 & 3 – SESUAI.
    Item 4 : Pembetulan Kesilapan …. boleh buat – Kesilapan Prinsip, Kesilapan amaun, Ketinggalan catatan

  24. Cikgu, bagi item 2 (a), adakah kita harus buat andaian tentang harga jualan seunit? Bolehkah cikgu cadangkan satu harga?
    Terima Kasih.

  25. Martina,
    Pelajar hanya andaikan KUANTITI yang dikeluarkan dalam April..
    Harga Jual Seunit = Jualan / kuantiti… begitu juga dengan Kos Berubah Seunit = Kos Berubah / kuantiti …. untuk tujuan menghitung TPM nanti.

  26. Terima kasih, cikgu.

  27. Salam. saya dah sediakan imbangan duga jumlah yang diperoleh ialah rm226233.

  28. Cgsham,
    YA, saya setuju dengan jawapan tersebut.

  29. Timbulnya masalah kalaulah kenderaan (26000×10%)/12 = RM 216.7777 dibulat RM217.
    Manakala ia perlu dibahagi lagi kilang dan pejabat 50%:50% akan dapatRM108.50 jawapan tak boleh ada titik perpuluhan jadi kilang dan pejabat kena guna nombor apa?

  30. Berkenaan dengan alat tulis, ia tidak diterang sebagai kilang atau pejabat jadi ia kena letak di kos overhed atau belanja pentadbiran?

  31. Helan,
    Ya. Itu salah satu masalahnya…. jika pelajar bundarkan kepada RM217 dan RM109… maka KKK yang disediakan nanti TIDAK SEIMBANG. sebanyak RM1.

    Cadangan saya, Susut nilai dibundarkan kepada RM216 .. (walaupun tidak tepat dari sudut matematik)… dan agihan antara kilang dan pejabat ialah RM108… (untuk catat dalam Penyata Kos Pengeluaran & Penyata Pendapatan).

    Manakala ALAT TULIS : oleh kerana tidak dinyatakan nisbah AGIHAN, maka cadangan saya kita ANGGAP ianya sebagai belanja PEJABAT.

  32. saya guru baru…guru senior saya cuti bersalin..
    so sy x de pengalaman..bole tak bg saya contoh kerja kursus nie…
    nk mulakn dgn ape…

  33. Ct Suhaidah,
    Cadangan saya, cuba dapatkan hasil kerja kursus pelajar tahun lepas daripada guru senior sebagai rujukan dan panduan. Mula-mula berdasarkan BUKU CATATAN PERTAMA …… postkan ke LEJAR…. sediakan ID…. secara mudahnya: lakukan ikut KITARAN PERAKAUNAN.

  34. Deposit kadar bayaran 3000 dibayar dengan wang sendiri boleh dianggap sebagai salah satu kesilapan?akaun pengeluaran perlu tunjukkan dalam jawapan kerja kursus?tq..

  35. Cyc,

    Pada pandangan saya, perkara tersebut TIDAK SESUAI dikatakan sebagai suatu kesilapan.

    Akaun Penamat yang dinyatakan dalam soalan juga merujuk kepada Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Pendapatan…. lagipun ianya saling berkaitan…. maka ianya PERLU juga ditunjukkan.

  36. jumlah simpanan tetap tidak di sebut dalam soalan. Bolehkah ia dianggap sebagai kesilapan ketinggalan dan faedah simpanan terakru (item hasil terakru)

  37. Gillianlsl,

    Simpanan Tetap Rm20,000 …. sila rujuk Buku Tunai bertarikh 1 April.
    Faedah atas simpanan tetap …. belum lagi direkodkan, maka ianya SESUAI untuk dijadikan KETINGGALAN CATATAN.

  38. Slm cg, saya masih nampak ada kesilapan lain selain kesilapan LA11, boleh tak kita buat kedua-dua ksilapan ketinggalan catatan/ urus niaga ?

    tq
    CgKay

  39. Slm cg, soalan kata SN Mesin kaedah baki berkurangan so baki PSNnya tiada, boleh tak dianggap sebagai ketinggalan catatan ?

    Tq
    CgKay

  40. CgKay,

    Cadangan saya, adalah lebih baik 2 jenis kesilapan yang BERBEZA

    TIDAK SESUAI…. ini kerana perniagaaan BARU ditubuhkan…. sudah pasti TIADA lagi baki awal SNT Mesin dan Peralatan, maka pengiraannya sama seperti kaedah atas kos.

  41. Cikgu, adakah akaun penamat kena dibuat dalam format “T” atau kita boleh “penyata” ?

  42. Martina,
    Kedua-dua format boleh digunakan… cuma sekarang ini digalakkan pelajar buat
    dalam bentuk PENYATA.

  43. Slm cg, apa cadangan terbaik untuk pembetulan kesilapan ? i. ketinggalan urusniaga – belanja alat tulis
    ii. boleh ke faedah simpanan tetap dibuat sebagai
    ketinggalan catatan dan satu hasil terakru ?

    tq
    CgKay

  44. CgKay,
    Sebaik-baiknya 2 jenis kesilapan yang berbeza.. seperti
    1. Ketinggalan catatan – faedah simpanan tetap
    2. Kesilapan prinsip
    Manakala item hasil terakru… guna item yg lain. Spt – komisen diterima terakru.. dll.

  45. salam. tq byk2 atas perkongsian ilmu..dpt sedikit sebanyak info utk memulakan kerja kursus ini,tapi memerlukn byk penerangan dr guru krn students hanya yg biasa2 aje. bab yang diuji terlalu advance dgn planning yg dibuat utk topik tersebut.

  46. Azie,

    Pada pandangan saya,
    GURU yang perlu BANYAK BIMBING pelajar melaksanakannya, apa yang penting pelajar TAHU dan FAHAM apa yang mereka buat. JANGAN sekali-kali kita serahkan kepada pelajar 100% untuk menyiapkan tanpa bimbingan guru secara peringkat demi peringkat……. kerana kebanyakkan pelajar kita tidak termampu untuk mereka melakukannya sendiri. ……. nanti mereka akan berputus asa untuk belajar subjek kita… jika terlalu memBEBANkan.

  47. Slm cg,
    1. Baki awal tunai 1 Julai 2013, adalah 5000×3 =15000 ?
    2. Pinjaman beli aset bukan semasa melalui agensi kerajaan ? Mesin….? Bayaran balik Ogos tidak termasuk faedah ?

  48. CgKay,
    Pada pandangan saya,
    1. Berdasarkan baki akhir tunai + bank pada bulan April.. pelajar boleh ANGGARKAN baki pada 1 Julai 2013.
    2. Pelajar tentukan JUMLAH PINJAMAN.. kemudian.. kirakan berapakah bayaran balik setiap bulan.
    Jumlah bayaran balik = pinjaman + faedah, Maka bayaran balik bulanan = jum / 120bulan …. iaitu 10 thn.
    3. Mesin dan peralatan rm120000…..kira jumlah bayaran balik = 12000 + faedah…. bayaran ansuran bulanan = jum / 60bln… iaitu 5 tahun.

  49. Salam cg,
    Adakah Diskaun diterima masuk dalan penyata pengeluaran memandangkan semua belian adalah belian bahan langsung?

  50. Cikgu,
    Tolong semak item 3 (b) berkenaan dengan belanjawan:
    “Jualan bagi bulan Julai dan Ogos dijangka meningkat 10% daripada bulan sebelumnya”
    Saya ragu adakah terdapat kesilapan di sini- bukankah ia sepatut merujuk kepada:
    “Jualan bagi bulan Ogos dan September dijangka meningkat 10% daripada bulan sebelumnya”?
    Ini adalah kerana dalam arahan sebelumnya, jualan Julai telah dijangkaka akan meningkat 2 500 unit..

    Harap cikgu boleh beri pendapat cikgu.
    Terima kasih.

  51. Cgzalela,
    YA… saya setuju.

    Martina,
    YA setuju… sepatutnya bulan OGOS dan SEPTEMBER.

  52. Terima kasih, cikgu

  53. salam ckgu narzuki, terima kasih kerana share di sini, banyak maklumat yang saya boleh guna. Ada satu perkara yang saya musykil. Untuk maklumat 3(e), 12000X5%=600. 12000+600=12600/60 bulan = 210. Bagaimana cikgu dapat 250? cikgu minta tolong ajarkan.. terima kasih..

  54. cikgu narzuki, maklumat yang 3(c) tu kite perlu nyatakan ke aset bukan semasa apa yang kite nak beli atau hanya nyatakan jumlah pinjaman sahaja? tq..

  55. Cgshita,

    Pada pandangan saya :
    Kadar faedah 5% satahun selama 5 TAHUN, maka faedah = RM12000 X 5% X 5 tahun = RM3000
    Jumlah yang perlu dibayar = RM12000 + RM3000 = RM15000
    Ansuran bulanan = RM15000 / 60 bulan = RM250

    Kita hanya nyatakan item penerimaan dalam Belanjawan Tunai … iaitu PINJAMAN

  56. cikgu,

    Berapa kos tetap untuk TPM, adakah kita ambil kos overhed untuk kilang sahaja atau perlu campurkan kos overhed dan belanja-belanja lain di pejabat?

    TQ

  57. Koosengkian,
    Pada pandangan saya,
    Kos tetap = kos overhed …. TPM hanya berkaitan kos pengeluaran sahaja.

  58. cikgu,
    Tentang kos tetap, saya telah kecuailikan belanja am kilang dan kadar bayaran kilang. Saya menganggap kedua-dua kos ini sebagai kos berubah, dan seteruanya dicampur dengan kos bahan langsung dan kos buruh langsung. Bolehkah saya buat demikian?

  59. Martina,
    Pada pandangan saya,
    Untuk peringkat SPM………Kos Overhed = Kos Tetap ………, termasuklah kadar bayaran dan belanja am. Kecualilah dinyatakan dengan JELAS agihan kadar bayaran / belanja am antara kos berubah dan kos tetap.. atau semuanya sebagai kos berubah.

  60. Cg Narzuki,
    Boleh minta pandangan item apa yang boleh dibuat sebagai KESILAPAN PRINSIP

  61. Shida,

    Pada pandangan saya,
    Kesilapan prinsip … contohnya : Kadar bayaran rumah kediaman sebanyak RM200 telah tersalah ke Ak Kadar bayaran….. begitu juga dengan akaun2 lain seperti sewa, deposit sewa, alat tulis,.

  62. terima kasih banyak cikgu narzuki..

  63. assalamualaikum ..,
    cg jenis perniagaan & status perniagaan nak tulis apa ??

  64. HMY, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Jenis perniagaan : “menjalankan perusahaan pemprosesan makanan ………….”, manakala Status Perniagaan : Milikan Tunggal.
    Walau bagaimanapun kena ikut penyelarasan di kawasan masing2 jika ada.

  65. cikgu, untuk mengira harga jualan seunit tu, kuantiti kite andaikan sendiri. jualan juga andaikan sendiri atau kite ambil jumlah dalam akaun jualan?

  66. Cgshita,

    Pelajar tetapkan HARGA JUALAN SEUNIT barangan keluaran mereka, katakan 1 botol kicap = RM2.00. Manakala JUALAN (berdasarkan IDT) RM61600.
    Maka KUANTITI bagi bulan April = Jualan / HJS = 61600 / 2 = 30 800 botol

    # Andaikan HARGA JUALAN SEUNIT, cari KUANTITI.

  67. Salam cikgu narzuki,
    untuk maklumat 3(c), betul ke saya kira macam ni:
    jumlah pinjaman 100000.
    faedah=100000 X 4% X 9 tahun =36000
    jumlah pinjaman = 100000+36000 = 136000
    bayaran ansurans bulanan = 136000/120 bulan = 1133.33
    jadi bundarkan = 1133
    Mohon betulkan jika saya salah. terima kasih cikgu.

  68. CgShita,

    YA, saya setuju dengan cara dan jawapan tersebut

  69. Salam cikgu,
    1. Bila nak buat penyata pendapatan , bahagian belanja tu… contohnya belanja am, nak kira jumlah keseluruhannya atau kira yang bahagian pejabat sahaja (nisbah 4:1)
    2. Jumlah upah tu untuk 20 hari, tapi bulan april ada 22 hari bekerja, jadi ada 2 hari upah terakru. Mestike dibuat pelarasan untuk upah ni.

  70. Satu lagi cikgu, gaji pengurus kilang tu masuk penyata kos pengeluaran ke penyata pendapatan

  71. Muni,

    1. Kita agihkan antara ”
    KILANG– catat dalam Penyata Kos Pengeluaran
    PEJABAT.— catat dalam Penyata Pendapatan

    2. YA jika pelajar tetapkan bilangan lebih daripada 20 hari, maka akan wujud Upah Buruh Langsung Terakru.

    3. Gaji Penyelian Kilang —> Penya Kos Pengeluaran (Kos Overhed)

  72. terima kasih bebanyak kpd cikgu2 semua
    especially cg narzuki..
    byk maklumat yg sy perolehi..
    perkongsian dr anda semua sgtlah berguna..
    tqvm…

  73. Assalamualaikum,

    cg.Narzuki untuk upah buruh langsung terakru dan kesilapan ketinggalan faedah atas simpanan tetap, adakah pelarasan yang dilakukan termasuk dalam pelarasan yang disenaraikan untuk pelajar ‘cipta’

    atau dua pelarasan tersebut tidak termasuk pelarasan yg perlu pelajar ‘cipta’ yang dikehendaki soalan.

    maaf, ayat saya berbelit2…

  74. Nag, waalaikumussalam.

    Ya, kedua-duanya termasuk dalam Senarai Pelarasan Pada Tarikh Imbangan yang perlu dilakukan catatan pelarasan dalam jurnal am dan seterusnya poskan ke lejar yang terlibat.

  75. cg,
    kos tetap bukan kah termasuk kos tempoh? susut nilai lengkapan,gaji pejabat,sn lain-lain… ..untuk dapat balik modal?

  76. cg,
    perlukah kita masukkan faedah atas sewa beli RM50 ke dalam penyata pendapatan ?
    saya rasa perlu ..

  77. cg,
    insurans untuk setahun ke?kalau saya andaikan ia tuk setahun ,maka saya adanya insurans terdahulu 11 bulan ?

  78. cg,
    insurans yang diberi tu untuk 1 tahun ?kalau ya,maka saya akan adanya insurans 11 bulan …
    ataupun ikut andaian sendiri …untuk 3 bulan ,6 bulan ….

  79. cg,
    Lejar selepas catatan jurnal am ( selepas pelarasan ) , semasa kita nak imbangkan akaun hutang lapuk,hutang ragu,akaun susut nilai …. pindah ke akaun untung rugi atau baki h/b??
    terima kasih cg

  80. Ckgu phr nk kira kena bhgi 12 juga ke mcm susut nilai

  81. Sasa,
    Pada pandangan saya,
    1. Secara amnya KOS OVERHED = KOS TETAP (rujuk buku teks ms 492).
    2. Perkara tersebut TELAHPUN dibayar RM250 (rujuk buku tunai 27hb Chempaka Machinery).
    3. Ya, memang wujud insuran terdahulu 11 bulan. Kita ikut kebiasaan bayaran untuk SETAHUN.
    4. Imbangkan ….. Baki h/b dan Baki b/b.

    Niza,
    TIDAK PERLU ….. kerana % atas baki penghutang…….. BUKAN ada kadar setahun.

  82. Diskaun diterima ni masuk ak.pengeluaran lahkan tolak dengan pulangan belian

  83. Niza,
    Ya… sebab ianya berkaitan dengan belian bahan langsung.

  84. Mcm mana dpt insurns terdahulu dlm komen kat atas…saya xfhm

  85. cg,
    semasa mencatatkan pelarasan susutnilai ke jurnal am, adakah perlu agihkan kepada catatan kilang dan catatn pejabat?tq

  86. Niza,
    Rujuk buku tunai INSURANS RM2400, biasanya ianya dibayar untuk setahun…. kita rekod untuk SEBULAN…. maka ianya boleh dijadikan ITEM BELANJA TERDAHULU.

    Woo,
    TIDAK perlu.

  87. cg,
    adakah diskaun diterima sahaja yg boleh dianggap sebagai hasil terakru?tq

  88. Woo,

    Pada pandangan saya,
    Diskaun diterima TIDAK SESUAI dijadikan item hasil terakru.
    Ada lagi akaun2 hasil yang boleh dijadikan hasil terakru seperti .. komisen diterima terakru, fedah simpanan terakru. dll.

  89. agihan kadar bayaran/ belanja am dl di antara pejabat dan kilang .Jawapan jurnal am boleh diterima tak ?spt berikut

    dt untung rugi
    dt pengeluran
    kt kadar bayaran
    (Penerangan: merekod penutupan akuan kadar bayaran

  90. Teekt,

    Pada pandangan saya,
    CATATAN PENUTUP berbeza dengan CATATAN PELARASAN….. pelajar hanya perlu sediakan Catatan Pelarasan sahaja.

  91. salam..saya nk semak jawapan imbangan duga soalan k.kursus ni. sebab masih xdpt imbang.
    dt=235433
    kt=226223
    berapa nilai sebenarnye?

  92. Kenderaan 26000
    Deposit Kadar Bayaran 3000
    Mesin dan Peralatan 15000
    Lengkapan 12000
    Deposit Sewa 4500
    Sewa 1500
    Insurans 2400
    Simpanan Tetap 20000
    Belian 32200
    Angkutan Masuk 80
    Alat Tulis 100
    Belanja Am 120
    Pengiklanan 400
    Gaji 2400
    Upah Buruh Langsung 4500
    Kadar Bayaran 4000
    Pulangan Jualan 900
    Diskaun Diberi 714
    Suria Enterprise 2300
    Kedai Makan Jaya 500
    Wangsa Mas Trading 19700
    Kedai Runcit Naqib 5400
    Tunai 2150
    Bank 75569
    nilai debit ni yg mna salah yer.pnt dh cari xjumpe.

  93. Cikgumyra,

    Jumlah ID ialah RM226 233

    Berdasarkan ID yang dikemukakan.. terdapat beberapa akaun yang tidak dimasukkan, iaitu: Modal, Deposit kadar bayaran, Chempaka Machinery, Jualan, Pulangan Belian, Pemborong Kenanga… serta cuba semak catatan dalam Ak Wangsa Mas Trading dan Kedai Runcit Naqib… mungkin ada sedikit kesilapan.

  94. cg,
    saya tahu faedah sewa beli tu sudah dibayar ( 250 = 50 faedah sewa beli + ansurans tuk mesin tu ).tapi kalau saya wujudkan faedah sewa beli dalam penyata pendapatan dan baki hutang dengan Chempaka tu RM 11,800?boleh ke ?

  95. Sasa,

    Pada pandangan saya.. BOLEH.
    Bayaran RM250 merupakan bayaran untuk pokok + faedah sewa beli iaitu RM200 + RM50….. sebenarnya perkara tersebut boleh dijadikan ITEM KESILAPAN PRINSIP, dimana sepatutnya RM50 dicatatkan dalam AK Faedah Sewa Beli… dan bukannya Ak Chempaka Machinery.

  96. cgmyra,
    wangsa Mas

  97. wangsa mas 12,000
    kedai runcit naqib 3,900

  98. cg. Narzuki, maksud saya kedua2 pelarasan yg wujud dalam soalan (Faedah atas simpanan & upah langsung terakru) dikira sebagai termasuk/memenuhi kehendak soalan belanja terakru dan kesilapan (yang pelajar perlu reka)

    atau kita buat dua pelarasan tersebut (faedah atas simpanan & upah terakru) dan reka lagi 2 pelarasan yg melibatkan belanja terakru & 2 pelarasan untuk kesilapan

  99. Nag,

    Pada pandangan saya,
    Soalan tersebut lebih kepada KAJIAN KES….. perkara2 pelarasan yang diminta sebenarnya perlu dikesan daripada maklumat yang sedia ada dalam soalan…. bukannya direka semata-mata.
    Jika sudah diambil kira perkara tersebut, maka itu sudah memenuhi kehendak soalan.. dana TIDAK PERLU wujudkan yang lain lagi.

  100. soalan sy:
    1. adakah kadar susut nilai utk aset bukan semasa untuk setahun? sbb tidak logik jika kadar itu adalah untuk sebulan sahaja.
    2. mesin dan peralatan dikira 20% kaedah baki berkurangan…mcmana nak kira? sbb perniagaan baru bermula sebulan kemudian masih belum ada SNT lagi untuk ditolak. bole tak cikgu tolong tunjukkan cara pengiraannya?

  101. Nkotb,
    Pada pandangan saya,
    1. Kadar susut nilai adalah untuk SETAHUN.
    2. Sama dengan formula biasa = 20% x ( kos – snt )= 20% X (15000 – 0 ) ….. × 1/12 untuk sebulan.

  102. Cikgu, unt bhgn 3 (c) pinjaman tu bila nk rekod dlm belanjawan perlu buat 2 pembayaran asing2 ke iaitu satu ansuran pokok dan satu lagi unt faedahatau kita catat sekali terus pokok dan faedah.

  103. Tahun pertama tiada faedah kan jadi pembayaran bermula bln ogos dan september 2013 tu blm ada la faedah dikenakan.hanya byr ansuran pokok shj ke?

  104. Yeoh,

    Pada pandangan saya,
    Belanjawan tunai merupakan anggaran aliran penerimaan dan pembayaran tunai. Maka
    1. Item penerimaan : PINJAMAN
    2. Item pembayaran : BAYARAN BALIK PINJAMAN ………. (pokok + jumlah faedah 9 tahun) / 120 bulan

  105. As salam. Cg,
    Faedah atas simpanan tetap boleh dianggap sebagai kesilapan tertinggal catat atau blh tk dikira sebagai hasil faedah atas simpanan tetap terakru?

  106. Juli, waalaikumussalam,

    Saya jadikan Faedah atas simpanan tetap sebagai item KESILAPAN CATATAN (Dt Faedah simpanan tetap terakru dan Kt Faedah simpanan tetap).
    Manakala, untuk item HASIL TERAKRU saya ambil komisen diterima terakru…. supaya dalam Penyata Pendapatan nanti ada lebih daripada 1 item hasil.


  107. sasa:

    cgmyra,
    wangsa Mas

    oo saya ada salah apa pulak ni..tq bgtau

  108. Cikgu,

    Semua kos overhed tu adalah Kos tetap kan cikgu?

    Kalau nak kira Kos Berubah pula formulanya ialah Kos Bahan Langsung Digunakan + Kos Buruh Langsung kan cikgu?

  109. saya balance tpjwpn 215 433

  110. Nik,

    Cuba semak ANGKA-ANGKA yang dipindahkan daripada BCP ke lejar2 yang berkaitan.

  111. Cikgu Betul ka cara ini..?

    PENGIRAAN TITIK PULANG MODAL

    Langkah 1 : Menetapkan harga jualan seunit . Letak saja berapa-berapa RM

    Langkah 2 : Menentukan Unit Jualan

    Unit Jualan = Jualan /Harga Jualan Seunit

    Langkah 3 : Mengira Kos Berubah Seunit

    Kos Berubah Seunit=Jumlah Kos Berubah / Unit Jualan

    Jumlah Kos Berubah ialah Kos Bahan Langsung Digunakan + Kos Buruh Langsung

    Langkah 4 : Mengira Kos Tetap –>
    Jumlahkan saja kesemua kos-kos overhed yang ada dalam Penyata Kos Pengeluaran

    Langkah 5 : Mengira Margin Caruman Seunit

    Margin Caruman seunit=Harga Jualan Seunit – Kos Berubah Seunit

    Langkah 6: Mengira Titik Pulang Modal

    Titik Pulang Modal=Kos Tetap / Margin Caruman Seunit

  112. Ain,

    YA saya setuju dengan cara tersebut.

  113. sewa 1500
    smpn tetap 20k
    insurans 2400
    kenderaan 26k
    d.kadar byrn 3k
    d.sewa 4500
    lengkapan 12k
    mesin & peralatan 4200
    belian 32200
    pul .jualan 900
    angkutan masuk 80
    a.tulis 100
    blnja am 120
    suria Ent 2300
    k.mkn jaya 500
    wangsamaju trading 12k
    kedai runcit naqib 3900
    p.iklanan 400
    gaji 2400
    upah buruh lngsg 4500
    kadar byrn 4000disk.diberi

  114. disk.diberi 714
    tunai 2150
    bank 75569

    atas tu sblh debit

    kt
    modal 150k
    chempaka machinery 950
    jualan 61600
    pul .belian 550
    pem.kenanga 2k
    disk.diterima 333

  115. Nik,

    Pada pandangan saya,
    Kesilapannya pada Ak Mesin dan peralatan RM15000 dan Ak Chempaka Machinery RM11750

  116. tq cikgu..slh tulis sepatutnya12k..saya buat 1200

  117. cg
    kalau saya anggap pekerja pengeluaran bekerja 5 hari seminggu, 5XRM45 X 20 hari =RM 4500.jadi, tiada upah langsung terakru

  118. Sh,

    Jika diandaikan bekerja 20 hari, maka tidak wujud Upah Buruh Langsung Terakru…. dan terpaksalah cari ITEM BELANJA TERAKRU yang lain.

  119. Cgu, Bahagian 3 (c) tu, Pinjaman sepuluh tahun, tahun pertama tiada faedah.

    Bayaran tahun pertama tu termasuk faedah tahun kedua hingga tahun kesepuluh, atau bayaran balik tanpa faedah sahaja? Terima kasih

  120. Ain,

    Pada pandangan saya,
    Pengiraan bayaran ansuran bulanan = Jumlah yang perlu dibayar (Pokok + Faedah 9 tahun) / 120 bulan.

  121. cg,
    untuk tafsiran , kalau saya kirakan nisbah ujian asid..stok akhir tu kirakan jumlah ke? stok akhir bahan lasg + stok akhir barang siap dan kerja dalam proses??terima kasih

  122. Sasa,

    Pada pandangan saya, Nisbah Ujian Asid merujuk kepada item2 Aset Semasa dalam KKK, Manakala STOK AKHIR juga merujuk kepada Sotk Akhir (Barang siap + Bahan langsung + KDP).

  123. imbangan duga selepas pelarasan perlu tunjukkan nillai bahagian pejabat dan kilang, cth:

    sn lengkapan pejabat x
    sn lengkapan kilang x
    gaji pejabat x
    gaji kilang x

  124. Teekimtow,

    Pada pandangan saya, IDT adalah merujuk kepada baki2 Akaun dalam Lejar. Dari segi rekod perakaunan, susut nilai lengkapan hanya direkodkan dalam AK SUSUT NILAI LENGKAPAN Cuma dalam NOTA AKAUN sebelum penyediaan Akaun Penamat akan dinyatkan AGIHAN BELANJA tersebut.

  125. Cgu, Peruntukan Hutang Ragu perlukah dibahagi dgn 12?

  126. Ain,

    PHR diselaraskan atas BAKI PENGHUTANG BERSIH…… TIDAK dinyatakan kadar untuk SETAHUN, maka TIDAK PERLU dibahagi 12, kerana BAKI PENGHUTANG tersebut adalah merujuk kepada baki Akhir pada bulan APRIL.

  127. Cg Narzuki,
    dapat kesan satu kesilapan teknikal di JPJ1 berkenaan pulangan oleh Kedai Runcit Naqib, nak confirm with you, iaitu pulangannya RM150 pada 21hb, wahal penerimaan RM3871 + Disk diberi RM 79 pada 20hb untuk menjelaskan hutang bagi jualan 16hb dan 18hb (berjumlah RM4100). Sepatutnya pulangan itu berlaku pada 20hb atau sebelumnya, bukanke? What do you think? Tak logik kan bayaran dibuat sebelum pulangan jualan itu berlaku? Please check? Thank you so much.

  128. Foong,

    Pada pandangan saya, tidak menjadi masalah jika pulangan jualan oleh penghutang SETELAH hutangnya dijelaskan, memang perkara tersebut berlaku dalam perniagaan biasa. Perkara tersebut merupakan salah satu sebab kenapa wujudnya PENGHUTANG berbaki KREDIT yang mana pelajar telah pelajari dalam topik AK KAWALAN sebelum ini…. boleh rujuk buku teks pada m/s 168.

  129. terima kasih cikgu.
    saya ada satu soalan lagi
    semasa mengira kos berubah seunit dan kos tetap seunit, adakah stok akhir kerja dalam proses diabaikan?
    terus ambil amaun jumlah kos prima bahagi dengan jumlah unit keluaran untuk dapatkan kos berubah seunit, dam jumlah kos overhed bahagi dengan jumlah unit keluaran untuk dapatkan kos tetap seunit.
    adakah cara pengiraan ini diterima?

  130. untuk item 3b, jualan pada bulan julai telah mengingkat sebanyak 2500 unit…..jadi adakah kita perlu menganggarkan sendiri berapakah jumlah jualan pada bulan julai?
    untuk item 3c, jika pinjaman ialah RM30000. tolong semak pengiraan bayaran balik (pokok + faedah) berikut betul atau tidak:
    (RM 30000 +RM30000 X 4 % X 9 ) / 120 bulan

  131. Sh,

    KOS BERUBAH SEUNIT = Kos Berubah (=KOS PRIMA) / Kuantiti
    KOS TETAP = Kos Overhed ……………. tidak perlu dihitung KOS TETAP SEUNIT.

    TIDAK.. setelah pelajar TETAPKAN Harga Jualan Seunit (katakan RM2).. maka KUANTITI yang dikeluarkan pada bulan April dapat dihitung (katakan 10000 unit). Telah dinyatakan jualan bulan Mei dan Jun adalah SAMA.. iaitu kekal 10000 unit.
    Jualan JULAI = (10000 + 2500) unit X RM2 = RM25000

    Saya SETUJU dengan pengiraan tersebut.

  132. Cg Narzuki,
    Terima kasih atas jawapan yang diberikan. cuma baki kredit di akaun penghutang berlaku sekiranya dia dah bayar full amount, then baru perasan ada barang niaga rosak, pulangan dibuat selepas pembayaran, tapi dalam kes ini, hutang dijelaskan + diskaun diberi berjumlah RM3950 dan bukan RM4100, then pulangan pula berlaku pada 21hb.

  133. Foong,
    Maaf, saya bagi komen tadi secara UMUM tanpa rujuk Akaunnya secara detail. Jika keadaannya seperti yang dinyatakan, sepatutnya TARIKH pulangan jualan tersebut pada atau sebelum 20 April.

  134. Cg Narzuki, jadi kena tukar tarikh tersebut sendiri atau biar ia salah saja sebab tak dapat tukar soalan sendiri suka hati

  135. Terima kasih CNO ,banyak perkongsian memberi pencerahan dan maklumat…TQ

  136. Helen,
    Pada saya tiada masalah kita perbetulkan mana2 yang TIDAK BETUL dengan alasan yang KUKUH dan MUNASABAH. Jika nak tukar sesuka hari memang tidak boleh.

    Cikgu Mohidin,
    Sama-sama. Saya sekadar memberikan PANDANGAN berdasarkan kefahaman dan pengetahuan saya sahaja. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 guru yang lain.

  137. Salam cikgu,

    (i)Untuk sediakan senarai pelarasan, salin semula semua perkara dalam no 1 (ms 2 soalan) dari (a) – (k)
    atau hanya (h) – (k) sahaja.

    (ii) Pengiraan untuk pelarasan ni perlu disediakan ke. Jika ya.. pada bahagian mana ianya disediakan. Kalau pada bahagian menyediakan jurnalnya tu boleh?

  138. Muni,

    Pada pandangan saya,
    SENARAI PELARASAN hanya masukkan item2 yang terlibat dengan pelarasan sahaja seperti:
    1. 3 Susut nilai.
    2. HL
    3. PHR
    4. 2 Belanja Terakru
    5. Belanja Terdahulu
    6. Hasil Terakru
    7. 2 Pembetulan kesilapan.

    Tulis dalam bentuk ayat yang lengkap..seterusnya tunjukkan pengiraan untuk memudahkan kita buat semakan nanti… contohnya :

    1. Lengkapan disusutnilai dengan kadar 10% setahun atas kos.

    Susut nilai kenderaan = 10% x KOS x 1/12 = RMXXX

    TIDAK SESUAI ditunjukkan pengiraan di bahagian JURNAL.

  139. Cikgu,

    Bagi pelarasan belanja terakru, sekiranya saya pilih mana-mana belanja spt pengiklanan, belanja am, alat tulis, maka nilai yang terakru tu kita boleh letak je ke ikut kesesuaian atau macam-mana.

    Pembetulan kesilapan tu… pun nak dicipta juga ke atau memang ada dalam soalan.

    terima kasih

  140. Muni,
    Pada pandangan saya, item belanja terakru boleh cipta sendiri dan ambil daripada soalan yang sengaja disembunyikan untuk dikesan oleh pelajar
    … cuma ALAT TULIS … tidak sesuai dijadikan item terakru atau terdahulu.
    Item pembetulan kesilapan juga boleh dikesan daripada soalan dan dicipta sendiri…

  141. Cgu saya susah nak faham 3(b). Jualan bagi bulan Julai meningkat sebanyak 2 500 unit. Jualan bagi bulan Julai dan Ogos meningkat 10% daripada bulan sebelumnya? Jualan Mei dan Jun adalah sama. Tq

  142. Cg,
    adakah.kita kena tentukan kadar faedah simpanan sendiri sekiranya ia merupakan ketinggalan catatan?tq

  143. Ain,
    Saya cadangkan tukarkan “Jualan bagi bulan Julai dan Ogos… ” kepada …”….. bulan OGOS dan SEPTEMBER…”. Ini kerana bulan Julai sudah ada peningkatan daripada bulan sebelumnya.

    Woo,
    Kadar faedah simpanan telah dimaklumkan 3% setahun….

  144. Cg,
    Jika saya letak % PHR , 5% maka saya dapat RM 910 dan ini nilai bagi sebulan kan?

  145. Ma,

    YA.. kerana BAKI PENGHUTANG BERSIH tersebut adalah pada akhir bulan April.

  146. cg,
    untuk belanjawan tunai,soalan kata tiada faedah atas pinjaman pada tahun pertama …jadi bayaran balik tu untuk bulan julai , ogos,sept tidak perlu kirakan faedahnya ,betul tak?hanya bayaran pokok sahaja..

  147. Cg,
    Salam, terima kasih atas jawapan yang diberikan. berkenaan dengan 3(b), pada pendapat saya maklumat yang diberikan dapat membantu kita mencari Jualan untuk bulan Julai (dalam kuantiti), iaitu 10% bersamaan dengan 2500 unit, maka 100% (jualan Julai) ialah 25000 unit, (berdasarkan penyelesaian matematik. betul tak kalau I derive macam ini? Thank you kerana membantu.

  148. Nak tanya lagi, bagaimana tulis stok akhir dalam kunci kira-kira? Adakah kita masukkan stok akhir bahan langsung, barang siap dan kerja dalam proses semua sekali di bawah aset semasa?

  149. Sasa,
    Cadangan saya, Bayaran balik pinjaman bulanan = (pokok + jumlah faedah 9 tahun) / 120 bulan.

    Foong,
    Soalan telah meminta pelajar TETAPKAN harga jualan seunit keluaran mereka (harga yang munasabah berdasarkan harga di pasaran). Dengan adanya Harga Jualan Seunit dan Jualan daripada IDT, maka pelajar dapat tentukan KUANTITI keluaran pada bulan April, iaitu KUANTITI = JUALAN / HARGA JUALAN SEUNIT

    SEMUANYA merupakan STOK AKHIR yang perlu dimasukkan dalam Aset Semasa.

  150. Cgu apa pandangan Cgu dgn pelarasan saya ni,

    Belanja terakru 1 ialah Upah Buruh Langsung, Apa pula belanja terakru kedua. Boleh reka sendiri atau saya kah yang tak terpandang?

    Belanja terdahulu saya buat Insurans Terdahulu sebab RM2400 jika terlalu besar utk sebulan saja

    Hasil terakru : Faedah simpanan tetap 3%

    Pembetulan kesilapan 1 ialah Faedah Pinjaman Sewa Beli yg tercatat dalam Chempaka Machinery. Pembetulan kesilapan kedua pula apa ya? Boleh reka2 atau saya yang tak terjumpa?

    Tq banyak2 Cgu…

  151. Ain,
    Pada pandangan saya, sudah ok.
    Belanja terakru ke2 – bole reka drp item2 belanja yang ada….. kecuali gaji dan alatulis.
    Pembetulan kesilapan ke2 – boleh guna kesilapan ketinggalan catatan… seperti komisen diterima tertinggal catat.

  152. cg,
    saya tak faham kenapa faedah atas pinjaman 9 tahun tu perlu kita mula catatnya pada ansuran pertama??

  153. cg,
    satu lagi kalau kesilapan catatan tu saya buat macam ni :
    beli kenderaan RM 50,000 secara kredit dengan Syarikat Pacifi . ( tambah ABS, tambah pemiutang bukan perdagangan . dalam kkk ,wujudkan pemiutang lain-lain?)

  154. Sasa,
    Pada pandangan saya,
    1. Kita guna konsep asas bayaran balik pinjaman…. iaitu Jumlah yang perlu dibayar / bilangan bulan.
    Jumlah yang perlu dibayar = pokok + jumlah faedah 9 tahun
    Faedah yang dibayar pada bulan pertama adalah faedah daripada tahun 2 hingga 10…. katakan jumlah faedah untuk 9 tahun RM12000, adakah kita nak bayar dalam tempoh 9 tahun (bersamaan RM1333 setahun)…. atau dalam tempoh 10 tahun (bersamaan RM1200 setahun)… bagi peniaga bayaran ansuran yang rendah adalah lebih baik.

    2. Boleh juga ianya dijadikan kesilapan ketinggalan catatan.

  155. Slm cg, musykil Mesin 12000/ 250 = 48 bil = 4 th, sdgkan dlm belanjawan 5% faedah dlm tempoh 5 th ?

    tq
    CgKay

  156. CgKay,
    Bayaran RM250 tersebut adalah TERMASUK faedah sewa beli RM50.
    Bayaran pokok ialah RM200…… di mana 12000 / 60 bulan = RM200..
    Pada saya perkara tersebut boleh dijadikan ITEM PEMBETULAN KESILAPAN iaitu Kesilapan Prinsip.

  157. cg,
    kenapa alatulis tidak sesuai dipilih sebagai belanja terakru?

  158. Gillianls,
    Cuba fikir… adakah wujud Ak Alatulis Terakru / Terdahulu .. ?
    Sekiranya kita beli alatulis tapi belum bayar lagi …. itu bermaksud kita beli secara kredit, maka akaun terlibat ;
    Dt Alatulis Kt Kedai Alatulis (iaitu pemiutang).

    Begitu juga dengan “Alatulis Terdahulu” …. maksudnya kita BAYAR DAHULU kepada Kedai Alatulis… alatulis kita ambil bulan hadapan.

  159. Cg,
    Berkenaan Jenis Perniagaan dan status perniagaan, boleh tak saya tulis : milikan tunggal dan memulakan perniagaan?

  160. Foong,
    Pada pandangan saya,
    Adalah lebih sesuai Jenis perniagaan – perusahaan pemprosesan makanan, Status perniagaan – Milikan tunggal.
    “Memulakan perniagaan” tidak membawa apa-apa makna kepada pihak yang meneliti profail sesebuah perniagaan.

  161. Ckg,simpanan tetap nk anggap aset bukan semasa ke aset semasa?

  162. Yeoh,
    Pada asasnya SIMPANAN TETAP dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

  163. Ckgu unt kira TPM
    a) tentukn harga jualan seunit
    Harga ni kita yg tetapkn sendiri atau kita kena kira dgn buat anggaran unit yg dikeluarkn

  164. Kuantiti=Jualan/harga jualan seunit
    Jualan tu kena tolak pulangan jualan kan?

  165. Pengiraan nisbah pula:
    Setiap nisbah yg diminta tu bagi satu contoh ut setiap satu pun dah cukupkan?

  166. Yeoh,
    Pelajar tetapkan HARGA JUALAN SEUNIT berdasarkan harga di pasaran barangan yang mereka keluarkan. Kemudian baru tentukan KUANTITI.
    Guna JUALAN / HJS …….. bukan jualan bersih.

    Nisbah setiap satu sahaja…. tetapi saya galakkan pelajar buat semua analisis nisbah yang ada.

  167. ckg, insurans sebulan kita bayar (2400/12)= 200. selebihnya merupakan insurans terdahulu. so,dlm penyata pengeluaran dan p.pendapatan nilai insurans tu tulis ikut pembahagian ikut kilang dan pejabatke 4 : 1 daripada 200 tu?

  168. Cgu… Saya buat semua nisbah…. 10 semuanya… cuma saya kurang pasti untuk kira kadar pusing ganti stok,, utk menentukan stok purata adakah kita gunakan jumlah ketiga-tiga stok akhir saja atau mcm mana cikgu. Tq cgu.

  169. Marsha,
    Kita buat ikut kitaran perakaunan… selepas pelarasan – imbangan duga terselaras….. kemudian baki daripada IDT …. kita akan gunakan untuk agihan antara kilang dan pejabat.

    Ain,
    Kita rujuk sumber – nisbah drp penyata pendapatan atau KKK.
    Oleh kerana nisbah KPGS merujuk kepada PP…. maka Kos Jualan / Stok purata ….. barang siap sahaja.

  170. CG
    katakan jualan =RM61600, kos prima = RM 32000
    harga jualan seunit saya tetapkan RM 4
    jadi, kuantiti dijual = RM61600/RM4=15400 unit
    semasa saya kira kos berubah seunit =RM32000/15400 = RM 2.07 seunit.
    adakah saya perlu bundarkan kos berubah seunit menjadi RM2?

  171. Sh,
    Pada pandangan saya,
    Untuk pengiraan TPM dan Analisis Nisbah… kita guna format biasa…RMx.xx (ianya lebih tepat).
    Hanya untuk tujuan penyediaan rekod perakaunan sahaja dibundarkan kepada ringgit yang hampir (tiada sen).

  172. Cikgu Narzuki,
    boleh saya tahu ada berapakah akaun dlm lejar?

  173. dan apakah maksud (e) Senarai pelarasan pada tarikh imbangan?

  174. adakah ini bermakna untuk pengiraan TPM tidak perlu bundarkan kepada ringgit terhampir?

  175. Jie,
    1. Senarai pelarasan pada tarikh imbangan boleh rujuk soalan penyata kewangan milakan tunggal dalam buku teks atau buku soalan, di mana diberikan Imbangan Duga dan Maklumat tambahan….. senarai tersebut dipanggil senarai pelarasan.
    2. Bilangan akaun dalam lejar bergantung kepada item pelarasan masing2.

    Sh,
    Ya.. tak perlu dibundarkan.

  176. Berapakah nilai yang diperolehi dari Penyata Pengeluaran? please advise.

  177. Apakah item yang terkandung dalam bahagian overhead penyata pengeluaran?

  178. Koh,
    Pada pandangan saya,
    1. Nilainya bergantung kepada nilai dalam pelarasan yang telah dibuat.
    2. Item Kos Overhed : sewa, kadar bayaran, insurans, belanja am, sn kenderaan, sn lengkapan, sn mesin dan peralatan dan gaji penyelia kilang.

  179. Cikgu narzuki,
    Pemutang sewa beli (chempaka) masuk dalam LBS? adakah dalam KKK nak tulis nama syarikat atau lain lain pemiutang (other creditor or hire purchase creditor? Pemiutang itu perlukah diasingkan due within 12 months dalam LS dan due after 12 months dalam LBS? Simpanan tetap sebab tiada tarikh matang maka masuk dalam AS?
    terima kasih

  180. Fatimah,
    Pada pandangan saya,
    1. Kita guna kaedah asas sahaja… rujuk kepada BUTIR yang digunakan dalam IDT…. dalam IDT butir Chempaka Machinery… maka dalam KKK pun sama.
    2. Simpanan Tetap dikelaskan sebagai Aset Semasa…. kecuali dinyatakan tempoh matangnya lebih setahun, baru boleh dikelaskan sebagai ABS.

  181. Cikgu,
    Jadi Chempaka Machinery terus masuk dalam LBS sahaja?

  182. Fatimah,

    Pada pandangan saya…… YA.

  183. Salam, adakah Deposit kadar bayaran dan Deposit Sewa dikategori sebagai Aset Semasa?

  184. Koh, …...YA.

  185. Cg narzuki, saya mendapati apabila imbangan duga terseleras sudah imbang, tetapi apabila saya menyediakan penyata pengeluaran dan pp dan kkk, akaun tidak imbang sebanyak RM7650 iaitu nilai harga kos + kerja dalam proses (4450 + 3200)……bagaimana ni?

  186. Koh,

    Dalam KKK:
    Aset Semasa:
    Stok akhir barang siap
    Stok akhir bahan langsung
    Stok akhir KDP…………………………….. perlu dimasukkan, semuanya dikelaskan sebagai STOK AKHIR.

  187. Wow, Well Done Cg Narzuki. Terima Kasih !

  188. Cg,,
    bagi ketinggalan catatan faedah simpanan terakru,adakah catatannya spt beikut:
    bank DT
    faedah simpanan terakru KT?

  189. kenapa gaji tidak boleh tianggap sebagai belanja terakru/terdahulu?
    sekiranya saya anggap komisen diterima terakru, adakah catatan pelarasannya ialah
    komisen diterima terakru DT
    komisen diterima……KT?

  190. Woo,
    Dt Faedah simpanan tetap terakru
    Kt Faedah simpanan tetap

    Gaji RM1200 seorang x 2 pekerja = RM2400….. dalam Buku Tunai telah bayar RM24000, maka tidak wujud terakru / terdahulu.

  191. Cikgu,
    Bolehkah elaskan perkara sewa beli mesin daripada Chempaka Machinery RM12000.
    1. Oleh sebab bayaran RM250 termaksu faedah sewa beli,
    mestikah semua pelajar mengganggapnya satu kesilapan?
    Atau, pelajar boleh abaikannya dan pilih kesilapan lain?
    2. Dalam belanjawan tunai, bagaimanakah butir dicatat?
    Adakah betul jika saya tulis:
    “Chempaka Machinery (sewa beli mesin) 200
    Faedah sewa beli mesin 50”

    Terima kasih.

  192. Martina,
    Pada pandangan saya,
    1. Memang jelas RM250 merupakan bayaran pokok + faedah, manakala semasa merekod belian daripada Chempaka hanya nilai pokok sahaja RM12000… jika tidak diperbetulkan, maka diakhir tahun ke-5 Ak Chempaka Manchinery akan berbaki NEGATIF.

    2. Belanjawan tunai disediakan bagi menganggarkan aliran tunai masuk, keluar dan baki pada setiap bulan… bukannya rekod perakaunan yang memerlukan cacatan dalam klasifikasi akaun yang tepat…maka ada 2 pilihan :
    1- Asingkan bayaran pokok dan faedah sewa beli…
    2. Gabungkan sebagai Bayaran balik sewa beli.
    Kedua2nya memberikan kesan yang sama kepada baki tunai pada akhir setiap bulan.

  193. Slm cg, musykil upah buruh langsung
    RM45 sehari
    Dah bayar RM4500
    So 4500/45 = 100 hari
    bukankah berlaku upah terdahulu ?

    Komen sebelum ni ? 45 sehari x 20 hari = 900 bukannya 4900 ?
    Tq
    CgKay

  194. Sorry cg, terlupa 5 orang pekerja
    5 x 45 x 20 = 4900
    4900 / 5 = 900

    tq

  195. Slm cg, Boleh tak saya buat macam ni ?
    5 org x RM45 x 22 hari bekerja(Apr) = RM4950
    Dah bayar RM4900
    So Upah buruh langsung terakru = RM50

    Tq
    CgKay

  196. CgKay,
    Boleh, jika diandaikan kerja 22 hari sebulan, akan wujud upah buruh langsung terakru….. cuma ada sedikit kesilapan jumlah yang telah dibayar ialah RM4500… bukannya RM4900.

  197. Kita boleh anggap kerja 20 hari sahaja. Jadi pelajar boleh cari dua item lain untuk belanja terakru.

  198. Koh,
    Pada pandangan saya,
    Perkara tersebut sengaja dibuat sedemikian supaya dikesan oleh pelajar (KBKK) dan dijadikan salah satu item belanja terakru… dengan memahami perksra tersebut secara tak langsung pelajar dapat memahami perbezaan antara GAJI dan UPAH yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Tugasan projek ini lebih kepada KAJIAN KES, di mana pelajar menganalisis maklumat yang diberikan dan mempelajari sesuatu daripadanya

  199. assalam cikgu…
    5f..lejer slps pelarasan ni nak buat mcm mana..nak mula dr baki b/b lejer sblm ni @copy saja lejer sblm ni..dan tmbh saja yg kita buat pelarasan td

  200. Nik, waalaikumussalam.
    Cadangan saya, kita ikut konsep kemaskini buku tunai dalam topik Penyata Penyesuaian Bank. Pelajar buka akaun yang terlibat dengan pelarasan… terus ambil BAKI AKHIR akaun tersebut… kamudian tunjukkan catatan pelarasan. Dan dengan cara tersebut lebih mudah untuk kita semak ketepatan catatan pelarasan yang pelajar buat.

  201. Slm cg, hari tu cg bg cadangan buat komisen dierima terakru.? maksud di sini kita dapat komisen dari pembekal ke ? sbb kita kan kilang ?
    minta penjelasan ?

    tq

  202. CgKay,

    Pada pandangan saya,
    Walaupun kita ada kilang, tapi kita juga ada KEDAI yang manjalankan perniagaan menjual makanan tersebut…. kedai kita boleh juga menjual barangan orang lain yang ditinggalkan di kedai kita, dan akan diberikan komisen sekirannya laku dijual. Kita tidak beli barangan tersebut, cuma kita bantu jual.

  203. cg,
    jika kesilapan tertinggal catat ialah invois di terima daripada sykt CV untuk belanja penyelenggaraan mesin dan peralatan boleh kah?
    adakah catatannya ialah
    DT Belanja penyelenggaraan mesin dan peralatan
    KT sykt CV
    atau
    Kt Belanja penyelenggaraan terakru
    yang manakah lebih sesuai?
    belanja penyelenggaraan mesin dan peralatan akan saya masukkan ke bahagian kos Overhed, betul ke?

  204. Sh,

    Pada pandangan saya,
    Jika ketinggalan catatan, catatan pertama lebih sesuai. Belanja tersebut dikelaskan sebagai Kos Overhed.

  205. Slm cg, boleh tak dlm belanjawan belian ABS melalui pinj
    agensi kerajaan 10 th kita beli Van atau Mesin ?

    tq
    CgKay

  206. CgKay,

    Pada pandangan saya,
    Isu disitu ialah PINJAMAN dan BAYARAN BALIK PINJAMAN….. ianya tidak dinyatakan bila ABS tersebut dibeli….. jadi jika tidak dimasukkan dalam Belanjawan Tunai – tidak menjadi masalah, dengan andaian kita rancang akan beli bulan berikutnya.

    Walau bagaimanapun, pelajar boleh jadikan pembelian ABS itu sebagai salah satu CADANGAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG.

  207. jika kita ambil baki akhir..jd dlm lejer nnt jd b/b la yer..tp tarikh dia mcm mana plak?

  208. Nik,

    Kita ambil BAKI B/B.…. tarikhnya kita guna 30 April……. konsep kemaskini Buku Tunai.
    Tarikh di mana pelarasan itu dibuat.

  209. Slm cg, saya buat kesilapan prinsip
    Bayaran sewa kediaman telah tersilap rekod dalam
    akaun deposit sewa, so dt Ambilan
    kt deposit sewa
    Boleh diterima tak ?

    Tq
    CgKay

  210. CgKay,

    Pada pandangan saya, Boleh diterima,
    Walau bagaimanapun, saya mencadangkan “Bayaran sewa kediaman RMxxx tersilap rekod dalam Ak SEWA“……. iaitu kesilapan yang kerap berlaku.

    Dt: Ambilan
    Kt Sewa

  211. salam sifu dalam pelarasan (penyediaan jurnal n lejar) perlu x tunjukkan bahagian kilang n pejabat…

  212. Sheila,

    Cadangan saya, senarai pelarasan hanya melibatkan catatan jurnal am dan lejar sahaja. Selepas sediakan IDT barulah disediakan satu NOTA AGIHAN KOS (walaupun tidak diminta dalam soalan, ianya sebagai jalan kerja) kemudian pelajar sediakan Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Pendapatan.

  213. Salam.. Cgu, alhamdulillah.. dgn bantuan cgu dgn blog cgu, saya dah dpt siapkan dalam 96% kerja kursus ni. Saya nak tanya lagi, tentang susunan hasil kerja, adakah kita mesti susun sama seperti yang terdapat dalam panduan. Contohnya, lejar sebelum pelarasan bahagian lain, kemudian untuk lejar selepas pelarasan kena buat salinan yang kedua beserta pelarasan demi mengikut turutan dalam panduan.

    Bolehkah kita hanya update akaun yg sedia ada saja utk masukkan pelarasan? Jadi tajuknya dah tersusun spt dlm panduan.

    Begitu jg dgn analisisn nisbah dan tafsiran. Bolehkah bahagian ini disekalikan sahaja dalam 1 jadual, di mana terdapat pengiraan dan tafsiran sekaligus?

    Terima kasih cgu.

  214. Ain,

    Pada pandangan saya,
    1. Kita ikut susunan yang diberikan, supaya ianya selaras dengan elemen penilaian dalam Borang Penskoran.
    Cadangan saya untuk LEJAR PELARASAN, pelajar hanya masukkan akaun2 yang terlibat dengan pelarasan sahaja… supaya memudahkan kita menyemak ketepatan pelajar pindahkan catatan pelarasan daripada jurnal am ke lejar yang berkaitan…. kerana disitu, KEMAHIRAN yang hendak diuji dan dinilai.

    2. Saya cadangkan, ianya DIGABUNGKAN antara analisis nisbah dan tafsiran… supaya lebih memudahkan pelajar memahami dan mengingati HUBUNGAN antara kedua2nya.

  215. terima kasih cikgu.
    saya ada satu soalan lagi.
    dalam belanjawan, saya buat item beli sebuah lori RM 120000 pada bulan julai. wang pendahuluan RM 20000, yang selebihnya dipiayai oleh pinjaman daripada agensi kerajaan. adakah ia boleh diterima.

  216. Sh,

    Pada pandangan saya,
    Kenapa merumitkan lagi keadaan, ISU UTAMA dalam maklumat tersebut ialah pelajar dapat merekodkan PINJAMAN yang diterima dan BAYARAN BALIK PINJAMAN tersebut dengan mengambilkira kadar faedah yang dikenakan. Manakala pembelian ABS hanyalah sebab kenapa pinjaman itu dibuat.

  217. jadi, kita hanya perlu rekod penerimaan daripada pinjaman bank dan bayaran balik pinjaman sahaja, tidak perlu merekodkan pembelian aset? tapi keadaan ini menyebabkan baki tunai yang terlalu banyak pada tangan

  218. Sh,

    Daripada situ.. kita boleh jadikan salah satu daripada Cadangan Perancangan Jangka Panjang perniagaan …. seperti membeli Aset Bukan Semasa. seperti mana yang dikehendaki oleh soalan.

  219. Salam.. Cgu.. stok purata = stok akhir saja kan? Tq

  220. Ain,

    Pada pandangan saya,
    Kita ikut formula Stok purata = ( stok awal + stok akhir) / 2

  221. Slm cg,
    1. selepas penyata kos pln dan penyata pendapatan
    disediakan, kita dpt utg kasar, so sediakan ak u/rugi utk
    mencari UB ?
    2. Pengiraan TPM kira kat pelarasan ke ? atau tidak perlu ?

    tq
    CgKay

  222. CgKay,
    Pada pandangan saya,
    1. Penyata Pendapatan …. bermula JUALAN … hingga…. UNTUNG BERSIH…. kenapa dicampuradukkan bentuk penyata dan bentuk T.
    2. Ikut isi kandungan yang disediakan….. selepas KKK….. Pengiraan TPM.

  223. salam cg,
    kenapa diskaun diberi di buku tunai dt? bukankah kita mengeluarkan duit di kredit?

  224. Hanah,

    DISKAUN DIBERI ….. tidak bermaksud kita keluarkan duit… tetapi PENGURANGAN kepada jumlah yang diterima.

  225. As salam cg,
    1. di mana kita nk dapat stok awal bahan langsung, untuk merekod dlm Penyata pengeluaran? bole ke direka? ataupun tidak perlu masuk?

  226. Nujul, waalaikumussalam.

    Oleh kerana BARU memulakan perniagaan, maka STOK AWAL… bahan langsung, barang siap, KDP… = 0.
    Jika diletakkan sebarang nilai, maka dikira SALAH.

  227. Cikgu akaun diskaun diberi daripada buku tunai kita namakan die sbgai LJ1 ke?

  228. Siti,
    JUMLAH Diskaun diberi dan Diskaun diterima dalam Buku Tunai perlu dipindahkan ke Akaun Diskaun diberi dan Akaun Diskaun diterima perlu dicatatkan dalam LEJAR AM…. sambung urutan yang sedia ada… LA22 dan LA23.

    Untuk lebih jelas Sila rujuk contoh dalam buku teks ms 147.

  229. Cg,
    Jika kos berubah seunit selepas bahagikan kos prima dengan unit keluaran, kita dapat nilai katakan RM2.66, tetapi kehendak soalan ada menyatakan bundarkan kepada ringgit yang dekat bermakna kita perlu menjadikannya RM3.00? apa pandangan cg

  230. Koosengkian,

    Pada pandangan saya,
    Bundarkan kepada ringgit yang hampir adalah untuk REKOD PERAKAUNAN sahaja.. di mana Penyata Kewangan dan Belanjawan yang disediakan semuanya dalam ringgit yang hampir.
    Manakala dalam pengiraan TPM dan Analisis Nisbah, dinyatakan dalam nilai ringgit yang tepat RMX.XX

  231. tq sifu..

  232. cikgu,
    macam mana nak tulis lajur folio dlm jurnal am dan lejar pelarasan?

  233. Jie,

    Jurnal Am untuk pelarasan …. dilabelkan sebagai JA2 … iaitu merujuk kepada halaman ke-2.
    Folio dalam JURNAL AM merujuk kepada akaun Lejar yang terlibat, manakala Folio dalam Lejar merujuk kepada sumber catatan tersebut iaitu JA.

    Contohnya,
    JURNAL AM (PELARASAN) …………. JA2
    Dt: Susut nilai kenderaan …………………. LA24…..RM216
    Kt Susut nilai terkumpul kenderaan … LA25… RM216

    LEJAR
    Ak Susut nilai kenderaan (LA24)
    Dt: Susut nilai terkumpul kenderaan (JA2)..RM216

    Ak Susut nilai terkumpul kenderaan (LA25)
    Kt: Susut nilai kenderaan (JA2)..RM216

  234. cikgu, kita perlu sediakan penyata pengeluaran terlebih dahulu sebelum menyediakan penyata pendptan dan kkk kan? selepas mencari nilai pengeluaran baru kita rekodkan kos pengeluaran di penyata pendapatan. pul belian dan angkuatan masuk direkod di pp @ penyata pengeluaran?

  235. Kalai,

    Cadangan saya,
    ….. ID – Senarai pelarasan -JA – Lejar – Ak Kawalan – IDT – Nota Agihan Kos – Penyata Kos Pengeluaran – Penyata Pendapatan – KKK …..

    Semua belian merujuk belian bahan langsung, maka pulangan belian dan angkutan masuk —– Penyata Kos Pengeluaran.

  236. cg,saya ucapkan tkasih banyak banyaklah, blog cg banyak membantu saya membantu anak murid

  237. thank you,cikgu

  238. Ok Cgu Narzuki. Ertinya Stok Purata = (Stok Akhir / 2) la kan cgu? Tq Cgu..

  239. Ani,
    YA.. Cuma Pelajar perlu tulis formula yang TEPAT, kemudian gantikan nilainya stok akhir dan stok awal = 0.

    Jie & Kesavam,
    Terima kasih atas sokongan yang diberikan..

  240. Cikgu, adakah harga jualan seunit ditetapkan dengan harga sendiri secara suka hati?
    Atau ia ada apa formula yang boleh digunakan untuk mendapat harga jualan seunit?
    Yang termasuk dalam stok purata punya stok akhir adalah termasuk bahan lansung, barang siap dan kerja dalam proses?

  241. Helen,
    1. Harga jualan seunit… boleh rujuk harga pasaran barang yang dikeluarkan…. supaya pelajar nampak perkaitan dengan dunia perniagaan sebenar.
    2. Rujuk sumber penyata kewangan mana yang mahu dianalisis dan tafsirkan… bukankah KPGS … berkaitan Penyata Pendapatan ….. stok apa yang berkaitan KOS JUALAN ?

  242. saya nk tanya pasal pelarasan ni. susut nilai perlu diagihkan terus ke dlm jurnal antara kilang dan pejabat ke?maknanya 2 transaksi berlaku ke?
    1.kenderaan = 26000 X 10%X1/12=216.7
    dt. Ak Susut nilai kenderaan
    kt. Susut nilai terkumpul
    atau perlu terus asingkan
    dt. susut nilai kenderaan kilang
    kt. susut nilai terkumpul kilang
    dan pejabat pulak. (217/2=108)
    keliru dgn soalan kali ni. kite perlu buka penyata pengeluaran kilang dan p.pendapatan biasa ke?

  243. Cikgumyra,

    Cadangan saya, pelajar asingkan item senarai PELARASAN dengan senarai AGIHAN KOS.
    .. ID – Senarai pelarasan -JA – Lejar – Ak Kawalan – IDT – Nota Agihan Kos – Penyata Kos Pengeluaran – Penyata Pendapatan – KKK …..

    Dt susut nilai kenderaan RM216
    Kt susut nilai terkumpul kenderaan RM216
    ….. saya cadangkan bundarkan kepada RM216, manakala agihan kos nanti RM108…. jika guna RM217…. KKK nanti tidak akan seimbang RM1.

  244. Salam cikgu,

    Pelarasan untuk kesilapaan ni hanya untuk kesilapan tidak ketara kan cikgu sebab kalau kesilapan ketara, ID sebelum pelarasan tak seimbang.

    Bahagian pelarasan pembetulan kesilapan bolehke saya buat macam ni.

    1.Ketinggalan catatan Caj bank/buku cek sebanyak RMXX belum direkodkan ke dalam mana-mana akaun.
    2. Kesilapan amaun iaitu upah buruh langsung RM4950 telah tersilap rekod sebagi RM4500.
    3. Kesilapan amaun jualan tunai pada 16 April sepatutnya RM510 tetapi direkodkan sebagai RM150.

  245. Muni,

    Pada pandangan saya, hanya kesilapan TIDAK KETARA sahaja. Manakala ketiga2 cadangan tersebut… BOLEH DITERIMA.

  246. assalam,
    jika pelajar buat Faedah sewa beli RM50 bagi mesin dan peralatan (kilang) , Patut tak Faedah sewa beli ni masuk dalam Kos Overhed ? atau Ak u/rugi….TQ

  247. Cikgu Mohidin, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, oleh kerana faedah tersebut atas urusniaga pinjaman/sewa beli… yang dikaitkan dengan belanja pengurusan perniagaan.. maka .. kita masukkan dalam Penyata Pendapatan. Lagipun ianya TIDAK berkait secara langsung dengan belanja pengurusan kilang….. seperti mana belanja sewa, insurans, kadar bayaran, belanja am, susut nilai, penyelenggaraan atau pembaikan mesin.

  248. cikgu,cuba semak jurnal am……
    belanja terdahulu=insurans yg dibayar adalah untuk 1 tahun..
    debit insurans terdahulu RM2200
    kredit insurans RM2200
    (merekod insurans terdahulu)

    selepas itu,macam mana nak masukan dlm lejar?
    tq

  249. Jie,

    Pos seperti biasa…
    Ak Insurans
    Kt Insurans terdahulu 2200

    Ak Insurans Terdahulu
    Dt Insurans 2200

  250. Slm cg, dsk diterima masuk penyata kos pln dan disk diberi masuk penyata penyata pendapatan ? Betul tak ?

    Tq

  251. CgKay,
    Ya…. saya setuju dengan catatan tersebut.

  252. cg,
    semasa buat penyata pengeluaran dan penyata pendapatan, kita kena rujuk juga untuk item 3?spt faedah sewa beli…bukankah item 3 ini merupa item yg dimasukkan ke belanjawan?tq

  253. Woo,

    Semua item yang terdapat dalam IDT dan STOK AKHIR sahaja dipindahkan ke Penyata Kos Pengeluaran, Penyata Pendapatan dan KKK. Ikut KITARAN PERAKAUNAN.

  254. Ckgu unt penbetulan kesilapan:jika saya buat ketinggalan catatan blm rekod dlm mana2 akaun unt faedah atas simpanan catatannya:
    Dt. Bank
    Kt faedah atas simpanan tetap

    Saya keliru dgn penerangan ckgu unt jwpn2 diatas ckgu tulis
    Dt faedah simpanan tetap terakru
    Kt faedah simpanan tetap

    Sbb yg saya buat ialah blm direkod dlm mana2 akaun.blh kan cara catatan yg saya buat tu kena dt kan bank sbb tertinggal catat terus bkn saya maksudkn terakru.

  255. Yoeh,

    Maaf, dalam kes ini ada 2 situasi :

    1. Duit faedah TELAH DITERIMA, tetapi tertinggal catat. Maka, Dt Bank ….. Kt Faedah simpanan tetap.

    2. Duit faedah masih BELUM TERIMA, sepatutnya direkodkan sebagai hasil terakru tetapi terlupa rekod, Maka, Dt Faedah simpanan tetap terakru …Kt Faedah simpanan tetap.

    # Setahu saya, Faedah simpanan tetap biasanya dibayar pada akhir tempoh matang, jika dikeluarkan wang simpanan tetap tersebut sebelum capai tempoh matang, maka faedah tersebut tidak dapat….. sistem sekarang mungkin dah berlainan…( kena kemaskini maklumat dahulu.)
    Update: sekarang ini telah ada pembayaran berkala dalam bentuk faedah tetap.

  256. Ok.terima ckg.maknanya blh pilih la nk buat yg mana2 satu kan

  257. Yeoh,

    Pada pandangan saya,
    YA, asalkan pelajar faham situasi mana kesilapan yang mereka maksudkan.

  258. saya nk sambung pertanyaan yeoh tadi. saya bt catatan faedah atas simpanan tetap terakru sebagai item no 1(j). adakah butiran ini sebenarnya butiran utk item 1(k) pembetulan kesilapan tertinggal catatan. nilai pula saya darab 2% sebagai pilihan utk setahun. xkisah kan berapa pun.

  259. Cikgumyra,

    Pada pandangan saya,
    1. Jika item tersebut dibuat sebagai item terakru pun boleh…. kemudian buat yang lain bagi item pembetulan kasilapan. Dalam soalan menyatakan dengan JELAS kadar faedah yang ditetapkan oleh pihak bank, kenapa nak tukar sesuka hati…. melainkan soalan TIDAK menyatakan kadar faedah tersebut.

  260. satu lagi kesilapan yg dpt dikesan bg saya la. upah buruh langsung bg 5 org pekerja dgn bayaran rm45 sehari. rm4500 yg dibayar menunjukkan bahawa hanya utk 20 hari sahaja. jadi saya rasa ada kekurangan nilai upah utk 2 hari lg sebab bulan april jika tolak sabtu ahad jumlah bekerja 22 hari. jadi ni boleh saya jadikan upah yang terakru atau kesilapan catatan atau amaun.

  261. Cikgumyra,
    Pada pandangan saya,
    Item tersebut boleh juga dijadikan item belanja terakru … ataupun …… item pembetulan kesilapan.

  262. Ckgu, berkaitan TPM:katakn kos berubah seunit dptrm1.03.so TPM= 6264/2-1.03
    TPM=6457.7 BOTOL
    Ckg sda sbt tk perku bundarkn unt kira tpm.Jika kos berubsh seunit saya tk bundarkn TPM juga dpt perpuluhan iaitu 6457.7 botol. Jadi jwon akhir unt tpm pun tak perlu bundarkn atau bundarkn jd 6458 botol

  263. Jika saya bundarkn kos berubah seunit dr 1.03 ke RM1 shj saya dpt tpm 6264 botol.ini saya nk kaitkn dgn belanjawan 3 (b ) yg kita nk tingktkn jualan 2500 unit.apa pandangan ckg kalau tpm tu saya bundarkn juga unt memudahkn pelajar kira unt belanjawan nnti

  264. Yeoh,
    Pada pandangan saya,
    Harga jualan seunit dan kos berubah seunit….. kita guna format RMx.xx
    Manakala TPM ….. unitnya BOTOL, maka boleh dibundarkan kepada bilangan botol yang hampir… 6457.7 kepada 6458.

    Merujuk kepada jualan bulan julai dalam belanjawan tunai…. (KUANTITI pada julai + 2500 unit) x Harga jualan seunit. …… bukannya berdasarkan TPM.


  265. Cg Narzuki:

    Cikgumyra,
    Pada pandangan saya,
    1. Jika item tersebut dibuat sebagai item terakru pun boleh…. kemudian buat yang lain bagi item pembetulan kasilapan. Dalam soalan menyatakan dengan JELAS kadar faedah yang ditetapkan oleh pihak bank, kenapa nak tukar sesuka hati…. melainkan soalan TIDAK menyatakan kadar faedah tersebut.

    OWH..NILAI 3% DI MAKLUMAT BELANJAWAN TUNAI TU BOLEH DIGUNAKAN YER. MAAF SAYA XTAU.

  266. cikgu,
    diskaun diterima dlm p. kos & diskaun diberi masuk dlm pp?

  267. Iyee,……..YA

  268. cikgu,
    kesilapan=faedah pinjaman sewa beli mesin dan peralatan telah tercatat dalam akaun chempaka machinery.
    ~jurnal am :
    debit faedah pinjaman sewa beli 50
    kredit chempaka machinery 50
    betulkah sy buat like this?

  269. Jie,
    Saya setuju, cuma cadangan saya,
    Dt Faedah atas sewa beli rm50
    Kt Chempaka Machinery rm50

  270. cikgu,
    selepas buat pelarasan jurnal am,lejar kedai makan jaya sebelum pelarasan perlu tambah dgn hutang lapuk atau buka sekali lagi lejar kedai makan jaya?

  271. dan satu lagi,cikgu
    lejar perlarasan seperti belanja susut nilai kenderaan ada baki b/b? atau macam ini:
    akaun belanja susut nilai kenderaan
    kt susut nilai terkumpul kenderaan 216

  272. Jie,

    Cadangan saya, buku Ak Kedai Makan Jaya dalam Lejar Pelarasan.. masukkan baki akhir (baki b/b) daripada akaun tersebut dalam Lejar Jualan.. kedian masukkan catatan pelarasan hutang lapuk.

    Ak Susut nilai kenderaan
    Dt- susut nilai terkumpul kenderaan

  273. Ckg:unt tempoh perskaunan dan tempoh rekod buat 1 april 2013-30 april 2013 ke atau tunjukkn unt setahun?

  274. Nama bank tu blh direka bank yg tak wujud atau mesti bank yg betul2 ada.

  275. Yeoh,

    Cadangan saya,
    Tempoh Perakaunan = 1 April 2013 – 31 Mac 2014
    Tempoh Rekod = 1 April 2013 – 30 April 3013
    Nama Bank….. nama bank yang betul2 wujud / terdapat disekitar kawasan pelajar.

  276. assalam..
    betul ke kalau sy buat kesilapan catatan mcm ni

    Faedah pinjaman simpanan tetap rm100 tertinggal catat di mana-mana buku

    belanja terdahulu
    insurans dibayar adalah setahun mulai 1 april

  277. Mira, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    1. Kesilapan Ketinggalan Catatan tersebut BOLEH digunakan tetapi nilainya ialah RM50… berdasarkan Kadar faedah simpanan tetap yang TELAH diberikan dalam soalan.
    2. Belanja terdahulu – BOLEH diterima.

  278. Terima kasih cikgu.
    Cadangan neningktkn prestasi semasa dan j/pjg tu apa2 shj jwp pelajar blh diterima ke? Atas dassr apa kita nk bezakn j/pendek dan j/pjg.

  279. Yeoh,

    Berdasarkan Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek. yang dibekalkan.

    Elemen 4.1 – Berkeupayaan mengemukakan sekurang-kurangnya TIGA cadangan yang RELEVAN untuk meningkatkan prestasi SEMASA perniagaan.
    Cadangan tersebut sebaik-baiknya merujuk kepada Akaun Penamat, KKK, Analisis Nisbah dan Tafsiran Nisbah yang telah pelajar sediakan. Seperti perancangan untuk tingkatkan lagi hasil jualan… dll.

    Elemen 4.2 – (a) Menyediakan Belanjawan Tunai berdasarkan semua maklumat berkaitan belanjawan tunai.
    (b) Berkeupayaan mengemukakan sekurang -kurangnya DUA cadangan yang RELEVAN untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan serta membuat RUMUSAN.
    Cadangan perancangan untuk MASA HADAPAN perniagaan, dengan berdasarkan Belanjawan yang telah disediakan. Seperti membeli ABS, membesarkan kilang, membuka cawangan baru, luaskan pasaran dan sebagainya.

  280. harga seunit jualan = jualan/ unit keluaran..

    nak amik harga jualan kt ak jualan ke? unit jualan dlm soalan 3 tu 2500 unit bg bln Julai. jadi apa unit bln april ni..kene guna kebijaksanaan formula 10% ke belakang ke?

  281. Cikgumyra,

    Pada pandangan saya.
    Pelajar TELAH diminta TENTUKAN harga Jualan seunit…. rujuk 2(a) .

    Katakan HJS = RM2……………… dan Jualan RM61600
    Maka KUANTITI pada bulan April = 61600/2 = 30800 unit
    ….. kualtiti jaulan pada bulan mei dan jun = april.

    Kuantiti bulan JULAI pertambahan sebanyak 2500 unit, maka = 30800+2500 = 33 300 unit
    JUALAN bulai JULAI = 33 300 X RM2 = RM66 600

    Jualan bulan JULAI dan OGOS meningkat 10% daripada bulan sebelumnya…….. ditukarkan kepada bulan OGOS dan SEPTEMBER..

  282. salam cg tolong cek imbangan duga saya sebelum pelarasan betul ke tidak.
    DEBIT
    kenderaan 26000
    deposit kadar bayaran 3000
    mesin dan peralatan 3000
    suria enterprise 2300
    kedai makan jaya 500
    wangsa mas trading 12000
    kedai runcit naqib 3900
    lengkapan 12000
    angkutan masuk 80
    alat tulis 100
    belanja am 120
    pengiklanan 400
    gaji 2400
    upah buruh langsung 4500
    kadar bayaran 4000
    tunai 2150
    bank 75569
    diskaun diterima 333
    deposit sewa 4500
    sewa 1500
    insurans 2400
    simpanan tetap 20000
    belian 32200
    pulangan jualan 900

    KREDIT
    modal 150000
    chempaka machinery 11750
    pemborong kenanga 2000
    jualan 10000
    diskaun diberi 714
    pulangan belian 550

    kalau salah tolong betulkan…
    terima kasih cikgu.

  283. 1. jumlah pekerja berapa orang nak tulis? 2 @ 7 orang?
    2. status perniagaan?

  284. Azah,

    Pada pandangan saya,

    Kesilapan dalam ID:
    1. Mesin dan peralatan = RM15000
    2. Jualan = RM61600
    3. Diskaun diberi RM714 —> DEBIT
    4. Diskaun diterima RM333 —-> KREDIT

    Jumlah Pekerja = 2 pekerja pengurusan dan 5 pekerja pengeluaran
    Status perniagaan = Milikan Tunggal

  285. salam…akaun kawalan berapa baki akhirnya
    kwln phtg 16586
    kwln pmtg 12947..adakah betul?

  286. Wan Helmi,

    Bergantung kepada item pelarasan yng terlibat dengan penghutang dan pemiutang.
    Sekiranya hanya pelarasan hutang lapuk saja yang terlibat, maka saya dapat baki Ak Kawalan Penghutang = RM18,200 dan Ak Kawalan Pemiutang = RM2,000.

  287. cg
    Nilai Penghutang untuk tempoh kutipan hutang perlu tak tolak PHR?tq

  288. Koosengkian,

    Pada pandangan saya, kita ikut formula….. PENGHUTANG merujuk kepada PENGHUTANG.
    PHR…. hanyalah anggaran kemungkinan tidak dapat dikutip sahaja..

  289. cikgu saya ingin meminta bantuan cikgu, saya telah hantar senarai pelarasan saya kepada cikgu melalui email. harap cikgu membantu saya semak senarai pelarasan tersebut. terima kasih

  290. cikgu betulkah cara menyediakan lejar terselaras:
    tarikh mei 1 @apr 30?

    akaun modal
    —————————————————————–
    apr 30 baki b/b 150 000

  291. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    Pelarasan dilakukan pada 30 April, maka dalam lejar sudah semestinya pada tarikh tersebut.

    Saya sudah semak, dan dapati ianya satu senarai dan catatan pelarasan yang BAIK.

  292. Cikgu,
    Sy tak faham kenapa faedah pinjaman sewa beli mesin dan peralatan telah tercatat dalam akaun chempaka machinery
    dt faedah atas sewa beli rm50
    Kt akaun chempaka machinery rm50

    Tqvm atas jwpn ckgu

  293. Myra,

    Pada pandangan saya,
    Merujuk kepada maklumat 3(e)
    Nilai mesin dan peralatan = RM12000
    Jumlah faedah sewa beli = 5% x RM12000 x 5 tahun = RM3000

    Ansuran bulanan = (12000 + 3000) / 60 bulan = RM250. …… sepertimana bayaran dalam Buku Tunai.
    Dimana …. bayaran pokok = RM200 dan faedah sewa beli = RM50

    Oleh kerana dalam Ak Chempaka Manchinery hanya merekodkan nilai pokok sahaja iaitu RM12000, maka akaun tersebut perlu dikurangkan dengan nilai pokok yang dibayar balik sahaja……. jika tidak, diakhir tahun kelima nanti akan berbaki NEGATIF.

  294. laman web cikgu amat membantu saya mendapatkan maklumat bagi meningkatkan kaedah pengajaran PA saya.
    terima kasih saya ucapkan. Moga Allah membalas segala ilmu yang cikgu kongsikan.

  295. sy keliru nk mulakan mcm mn pbs ni..sy amik alih paper akaun dr cikgu lain yg dh pindah..sy xprnh ajar akaun sblmnya..blh tlg bgtau apa perlu sy buat untuk memulakan pbs ni..sy pun perlu fokus pelajar STPM perniagaan sistem baru..pening..tlg bg tips apa yg pertama nk dibuat..akaun apa?nk wujudkan apa dl..sy dh ajar semua bab yg perlu dibuat dlm pbs ini..

  296. Aifirana,

    Kita buat ikut susunan maklumat 5 dalam kertas soalan… satu persatu…. iaitu ikut KITARAN PERAKAUNAN.
    Jika begitulah keadaannya, saya cadangkan cuba hubungi Ketua Pentaksir Kawasan di kawasan anda untuk mendapat bimbingan dan panduan.
    dan sila baca semua komen2 DIATAS dan jika masih ada apa-apa kemusykilan hubungi saya disini. In shaa Allah saya akan bantu.

  297. terima kasih cikgu.saya dh faham.cuma yang tu kesilapan apa ye?

  298. Myra,

    Kesilapan tersebut dikenali sebagai KESILAPAN PRINSIP…… iaitu merekod urusniaga dalam Akaun yang silap.

  299. Ckg, unt kira
    Peratus utg kasar atas jualan=UK/JUALAN BERSIH ×100
    JUALAN BERSIH=Jualan- pul.jualan
    Mcm mana dgn diskaun diberi kena tolak juga ke dr jualan tu?

  300. Merujuk kpd jwpn ckgu #289 kpd Koosengkian ttg PHR.
    Unt kira nisbah semasa= AS/LS
    Jadi AS disini terus ambil dr KKK bhgn AS atau kena abaikn PHR yg kita dah masukkn dlm pengiraan AS tu.maksud saya kita kena campur balik PHR yg kita dah tolak tu

  301. Yeoh,
    Pada pandangan saya,
    1. Rujuk kepada JUALAN BERSIH dalam penyata pendapatan yang telah disediakan. Di mana jumlah tersebut akan tolak Kos Jualan untuk mendapatkan UNTUNG KASAR.
    2. Rujuk kepada KKK, apakah nilai ASET SEMASA yang digunakan untuk tolak LIABILITI SEMASA.

  302. PENINGLA..IDT XSAME..
    AK INSURAN
    DT.BAKI B/B 2400
    KT. INS.TERDAHULU 2200
    BAKI H/B 200

    AK INSURANS TERDAHULU
    DT. INSURANS 2200
    KT. BAKI H/B 2200

    KESAN PD IDT: = DT. 200….DT=2200
    SUDAHNYA IDT JD XIMBANG LA..PENING LA KENAPA EK..

  303. Cg,
    adakah faedah simpann terakru kena cari utk yg sebulan?3% itu utk setahun

  304. Woo,

    YA, tempoh rekod ialah SEBULAN

  305. maaf byk tanya. saya dah sediakan penyata kos pengeluaran.
    penyata pendapatan ni pulak ada kekeliruan sket.
    dlm buku teks hanya seperti berikut:

    jualan – (stok awal brg siap + kos pengeluaran) – Stok Akhir barang siap = untung kasar.

    tp k.kursus ni mana saya nk letak diskaun diberi dan diterima? masih dlm formula mencari untung kasar atau masukan bahagian untung bersih?
    xde rujukan la nk tgk. Jualan – p.jualan =jualan bersih.
    bahagian kos jualan dah xtau.

  306. Cikgumyra,

    Pada pandangan saya,
    1. Baki Ak Insurans Dt RM200 dan Ak Insurans terdahulu Dt RM2200 …. sudah BETUL….. mungkin item lain yang silap.
    2. Kita ikut konsep AKAUN KONTRA (dalam buku teks)…. DISKAUN DITERIMA merupakan Akaun Kontra kepada BELIAN. Maka dalam Penyata Kos Pengeluaran.. catatkan Belian – Pulangan belian – Diskaun diterima


  307. Cg Narzuki:

    Myra,
    Pada pandangan saya,
    Merujuk kepada maklumat 3(e)
    Nilai mesin dan peralatan = RM12000
    Jumlah faedah sewa beli = 5% x RM12000 x 5 tahun = RM3000
    Ansuran bulanan = (12000 + 3000) / 60 bulan = RM250. …… sepertimana bayaran dalam Buku Tunai.
    Dimana …. bayaran pokok = RM200 dan faedah sewa beli = RM50
    Oleh kerana dalam Ak Chempaka Manchinery hanya merekodkan nilai pokok sahaja iaitu RM12000, maka akaun tersebut perlu dikurangkan dengan nilai pokok yang dibayar balik sahaja……. jika tidak, diakhir tahun kelima nanti akan berbaki NEGATIF.

    Cikgu,
    Ini bermakna kita kena asingkan bayaran untuk pokok RM200 dan faedah sewa beli RM50 ke dalam akaun yang berasingan ke cikgu………. supaya nanti akaun tu tak negatif. Ini pun pelarasan juga cikgu ye……

  308. Muni,

    YA, ianya boleh dijadikan salah satu ITEM PEMBETULAN KESILAPAN…..iaitu KESILAPAN PRINSIP.

  309. cikgu,
    saya nak tanya satu soalan,kenapa cikgu saya di sekolah bagi tahu pelajar elakkan menggunakan ‘upah buruh langsung’sebagai belanja terakru…
    saya ada tanya sebab ttp dia enggan memberikan sebab….

  310. Jie,

    Maaf, saya tidak dapat jawab…… hanya beliau yang mengetahui sebabnya..
    Nasihat Cg, sila ikut arahan guru sekolah anda, kerana beliau yang akan menilai dan memberikan skor hasil kerja anda.

  311. cg
    adakah kos prima rm31447?

  312. Iyee,

    Nilainya mungkin tidak sama, kerana bergantung item2 pelarasan yang disediakan.

  313. ok,cikgu,
    apakah yg perlu dimasukkan dlm IDT?
    termasuk semua perlarasan?
    dan apakah akaun penamat?

  314. Jie,

    IDT merupakan senarai baki SEMUA akaun.. setelah mengambilkira semua pelarasan.

    AKAUN PENAMAT disini merujuk kepada Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Pendapatan.

  315. Cikgu,

    Nak tanya lagi berkenaan Chempaka Machinery tu.
    Bolehke kita masukan/rekodkan jumlah faedah sewa beli tu RM3000 ke dalam akaun Chempaka Machinery, bayar gunakan bank. Pelarasannya ialah faedah sewa beli tu belum direkodkan/belum dibayar. Oleh itu tidak le perlu buat pelarasan bagi bayaran RM250 tu.
    Bagaimana pandangan cikgu.

  316. Muni,

    Pada pandangan saya, cara tersebut lebih merumitkan pelajar kerana 2 CATATAN perlu dibuat. ( 1). Masukkan faedah 3000 ke Ak Chempaka Manchinery ( 2). Feadah 3000 perlu juga diselaraskan untuk SEBULAN.

    Manakala cadangan BAYAR faedah 3000 dengan cek adalah TIDAK SESUAI….. cuba buat catatan lejarnya, baru nampak maksud saya.

  317. Cikgu..sy nak tnya..di mana sy nak tnjuk agihan kilang dan pejabat?kena buat satu nota lg ke atau tnjukkan di senarai pelarasa pd tarikh imbangan?

    Kalau sewa sy buat rm500 sewa kediaman tersilap rekod ke dlm akaun sewa..so rm1500-500=1000

    So bila nak agihkan 1000÷5=200
    200×4=800 kilang
    200×1=200 pejabat..logik ke kalau rm200 utk sewa pejabat sebulan?

  318. Mira,

    Cadangan saya …… ID…. senarai pelarasan … jurnal am & lejar pelarasan….. ak kawalan… IDT … nota AGIHAN KOS …..Penyata Kos Pengeluaran …. Penyata Pendapatan … KKK ……

    Sewa RM200…. ada logiknya…. bergantung pada lokasi, saiz pejabat.

  319. cikgu..sy nak tanyer..
    1- Catatan jurnal dan lejar bagi pelarasan perlu buat ker ?(untuk Sewa, insurans, kadar bayaran dan belanja am diagihkan antara kilang dan pejabat dengan nisbah 4 : 1.)
    2. Dua orang pekerja pengurusan merupakan kerani pejabat dan penyelia kilang (perlu buat catatan perlarasan untuk jurnal dan lejar ker?)

  320. cikgu..
    untuk akaun penutup..kita perlu sediakan akaun apa?

  321. Noor Ain,

    Pada pandangan saya,
    Itu semua tidak perlu masuk dalam senarai pelarasan, sebaliknya masukkan dalam NOTA AGIHAN KOS.
    AKAUN PENAMAT .. merujuk kepada Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Pendapatan.
    Catatan penutup tidak perlu disediakan..

  322. cikgu,
    susut nilai mesin dan peralatan :
    RM15000×20% atau RM12000×20% ?
    dan wajib buat penyata pengeluaran?

  323. Jie,

    Sila rujuk Baki Ak Mesin dan peralatan dalam ID… bukankah bernilai RM15000 ?
    Maka SN = 20% x RM15000 x 1/12

    YA.. Penyata Kos Pengeluaran perlu disediakan.

  324. salam..cg

    mcm mne nk bwt pengenalan perniagaan? perniagaan ni menjalankan perniagaan apa?

  325. Yuni,

    Mesti ada 4 perkara : …… sila rujuk Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek – Elemen 1.1
    1. Latar belakang perniagaan ……… boleh rujuk dalam soalan…. cuma masukkan nama perniagaan dan jenis barang niaga / keluaran pelajar..
    2. Sebab2 pilih perusahaan tersebut.
    3. Nyatakan kelebihan manjalankan perusahaan tersebut.
    4. Nyatakan risiko2 yang bakal dihadapi..

    Perniagaan ini menjalankan PERUSAHAAN PEMPROSESAN MAKANAN …ada kilang pembuatan dan kedai menjualnya…. pelajar perlu pilih/tentukan apakah barang keluaean mereka…… misalnya sos cili, kerepek, kuih bahulu dan sebagainya.

  326. Slm cg, kalau kita tak buat pelarasan faedah sewa beli tu, tak boleh ke ? Imbang juga KKK tu saya buat Mesin
    RM15 000 tolak 250 dan Chempaka Machenery 11750 ?

    Tq

  327. CgKay,

    Pada pandangan saya,
    ID akan SEIMBANG.. asalkan lengkap catatan bergunya…. satu Debit dan Satu lagi Kredit.. walaupun dicatat dalam akaun yang salah sekalipun…. (Kesilapan Tidak Ketara).

    TIADA sebarang ketetapan supaya item tersebut perlu dijadikan item pelarasan, maka jika tidak buat.. .. ianya tidak dianggap salah.

    Sebenarnya, soalan tugasan projek tersebut mengandungi beberapa item untuk menguji KBKK pelajar. Sekiranya TERLALU SUKAR untuk pelajar memahaminya, maka kita boleh perkenalkan dengan item2 pelarasan terakru lain yang LEBIH MUDAH untuk mereka memahaminya. Apa yang penting, mereka betul-betul FAHAM apa yang mereka buat.

  328. Cg,
    soalan tentang folio dari Jurnal am ke lejar:
    Contoh:
    Jurnal am JA1
    Dt ambilan LA 3
    Kt belian LA5

    Lejar am
    folio dekat akaun ambilan kena catat JA 1 atau LA5
    folio dekat akaun belian kena catat JA 1 atau LA3?

  329. Koosengkian,

    Cadangan saya di Ak Ambilan dan Ak Belian …. JA1, iaitu merujuk kepada SUMBER bagi catatan bergu tersebut

  330. Slm cg, kalau saya tak buat pinjaman dlm belanjawan tu,
    so boleh tak saya cuma buat cadangan jangka penjang utk membeli mesin pembungkusan atau mesin yang lebih canggaih di masa akan datang atau mesti beli bulan bulan Julai tu sbb dlm soalan dia guna perkataan dijangkakan so tidak semestinya beli kan ?

    Tq

  331. CgKay,

    SEMUA item dalam belanjawan adalah jangkaan di masa hadapan..
    Item PINJAMAN dan BAYARAN BALIK… telah dinyatakan dengan jelas dalam soalan bila urusniaga itu berlaku, maka perkara tersebut MESTI dimasukkan.. Cuma pembelian aset bukan semasa daripada pinjaman tersebut tidak mengapa jika tidak dimasukkan, kerana tidak dinyatakan bila ianya akan dibeli.

  332. Cikgu,berkenaan dgn IDT,
    Perniagaan…..
    imbangan duga pada ….atau imbangan duga terselaras pada….
    Dlm penyata pendapatan,upah dan gaji perlu masukan?
    stok akhir pilih mana satu?harga kos?barang siap?kerja dlm proses?
    dan item sewa,insurans,kdr byrn dan belanja am perlu kira nisbah dulu baru masukan?bagaimanakah nak kira nisbah 4:1?
    Thank you….

  333. dan cikgu,
    boleh bagi contoh tentang nota agihan kos,saya langsung tdk faham..
    dlm bab berapa kita belajar nota agihan jos?

  334. Jie,

    Cadangan saya Imbangan Duga Terselaras…… bagi membezakan dengan ID sebelum pelarasan.

    Nota Agihan kos:
    Susut nilai kenderaan RM216. Kilang (50%) RM108… Pejabat (50%) RM108
    Susut nilai lengkapan & mesin dan peralatan …… caranya SAMA

    Sewa daripada IDT (katakan RM1000) …… Kilang (4/5 x 1000) = RM800, Pejabat (1/5 x 1000) = RM200
    Insurans, Kadar bayaran, Belanja am …… SAMA

    Gaji RM2400 Penyelian kilang = RM1200, Kerani pejabat = RM1200

    STOK AKHIR:
    Harga kos (merujuk kepada bahan langsung) dan KDP —–> Penyata Kos Pengeluaran
    Barang siap —–> Penyata Pendapatan

    Dalam KKK : Aset Semasa …. senaraikan ketiga2 stok tersebut.

    # Walau bagaimanapun kena rujuk penyelarasan yang ditetapkan diperingkat sekolah anda.

  335. belanjawan tunai;
    bayaran oleh penghutang dan bayaran kpd pemiutang nak ambil dr mana?
    belian bahan langsung RM32 200 setiap bulanke, item lain2 sama seperti yg sedia adatu sama setiap bulan? nak ambil nilai penuh atau ikut pembahagian kilang dgn pejabat?
    harap dapat jelaskan, tq.

  336. Jj,

    Cadangan saya, bayaran kepada pemiutang / daripada penghutang tak perlu …. memadai terus ambil belian dan jualan sahaja…. lagipun tiada syarat kredit yang ditetapkan dalam soalan….

    Rekod yang disediakan adalah untuk bulan April …. sebulan.

    Item2 lain… pelajar andaikan SAMA setiap bulan …. berdasarkan nilai pada bulan April…… ambil NILAI PENUH,

  337. saya x dapat IDT sama?????????????

  338. Chitra,

    Sudah pasti ada kesilapan…. cuba SEMAK.
    1. Catatan bergu untuk pelarasan… jurnal am dan pos ke lejar.
    2. Pengiraan baki setiap akaun….. dan pindahan ke IDT betul nilai dan di sebelah yang betul Dt / Kt.
    3. Pastikan SEMUA akaun dimasukkan dalam IDT……. kot2 ada yang tertinggal.

  339. kos tetap saya dapat RM 5984 tp ada saya baca di sini dapat RM6264.item apa yang boleh menyebabkan perbezaan ini?

    Faedah simpanan tetap saya masukkan dalam item hasil terakru maka saya tak masukkan dalam pembetulan kesilapan, boleh diterimatak ke kena rekod dua-duatu.

  340. Jj,

    Pada pandangan saya,
    Nilai tersebut mungkin tidak sama antara pelajar…. ianya bergantung kepada nilai pelarasan masing2…. serta pelarasan yang dibuat.

    BOLEH…. asal semua bilangan item pelarasan yang diminta mencukupi.

  341. cikgu,
    stok awal dlm p.p ialah berapa?@@

  342. Jie,
    Perniagaan BARU ditubuhkan…. maka STOK AWAL ialah SIFAR.

  343. Slm cg
    1. Utk analisis penyata kwgan dan nisbah perlu tak copy balik pengiraan nisbah then baru tafsir nisbah tersebut ?

    2. Rumusan pula tak perlu masuk semua kan ?

    Tq

  344. CgKay,

    1. Cadangan saya, pelajar gabung kedua2… sepertimana jadual dalam buku teks ms 535-536.
    2. Rumusan – saya cadangkan masukkan secara RINGKAS.. prestasi semasa, cadangan jangka pendek, cadangan jangka panjang, penutup dengan harapan yang hendak dicapai.

  345. Assalamualaikum…terima kasih kerana komen2 di atas membantu saya…tq 🙂

  346. Orchid7982, waalaikumussalam.

    Sama2. Walau bagaimanapun… kena rujuk penyelarasan yang dibuat di peringkat kawasan masing2… mungkin ada yang tidak sama dengan pandangan dan cadangan yang saya kemukakan.

  347. bhgn penyata pendapatan
    tambah hasil
    komisen diterima
    faedah simpanan tetap

    tolak
    s.s nl kenderaan
    s. n. lengkapan
    sewa
    insurans
    kadar bayaran
    belanja am
    alat tulis
    pengiklanan
    gaji 1200
    hutang lapuk
    peruntukan h.r
    faedah atas sewa beli m.&p

    cikgu,,sila semak ada item letak salah?

  348. Jie,

    Ok, klasifikasi akaunnya sudah betul.

  349. salam cg, terima kasih ulasan td.
    tolong semak TPM dlm unit jk harga jualan RM16 maka
    kuantiti = 61600/16 = 3850 unit.
    TPM=Kos tetap/margin caruman seunit
    =5984 / 16 – (26947+4950)/3850
    =5984/ [16 – (31897/3850)]
    =775 unit
    TPM(RM)=775×16=RM12400
    dalam belanjawan pula, jualan bln julai 3850+2500=6350unit
    6350xRM16=RM101600
    jualan ogos tambah 10% dari nilai tadi…
    kalau salah tolong yer…tq

  350. Jj,

    Ok, saya SETUJU dengan pengiraan tersebut.
    Cuma, cadangan saya… pelajar tunjukkan formula kos berubah seunit dan pengiraaannya terlebih dahulu…. kemudian formula TPM….dan gantikan nilai yang berkaitan untuk dapatkan nilai TPM.

  351. cikgu saya dah semak tetapi saya tak tahu mana kesilapan yang berlaku????

  352. cikgu saya tak dapat akaun kawalan penghutang dan pemiutang yang sama.
    cikgu boleh tolong saya tak???

  353. hhhh penat rasanya …… baru tahu dan faham setelah hadiri taklimat dan study ngan cikgu ….
    cikgu…..nak tanya Tpm cuba cikgu terang lagi sekali …. sebab rasanya kurang faham … mengenai harga jualan seunit kita tentukan sendiri ke atau ada formula nya

  354. Cikgulinda,,

    Cadangan saya,

    1. Menetapkan harga jualan seunit …… boleh rujuk harga keluaran tersebut di pasaran.

    2 : Kuantiti bulan April = Jualan / Harga Jualan Seunit

    3. Kos Berubah Seunit = Jumlah Kos Berubah / kuantiti …… (Jumlah KB = Kos Prima)

    4. Kos Tetap = Kos Overhed

    5. TPM = Kos tetap / (HJS – KBS)

  355. Salam…
    folio bagi akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang ape ye?

  356. Fidzah84,

    Ak Kawalan disediakan dalam LEJAR AM…. maka folionya sambungan / berturutan daripada LA____. sebelum ini.

  357. Salam cikgu,

    Nak rujuk kepada no 3 (a) … baki tunai tu ikut dalam ID selepas pelarasan.. atau boleh letak nilai ikut kesesuaian.

    3(b) tu…jualan .Julai meningkat 2500 unit. Jualan Julai dan Ogos meningkat 10%……. jadinya cikgu 10% tu ialah 2500 unit maka jualan bulan sebelumnya tu Mei dan Jun ialah = 25000 unit lah cikgu sebab 2500 tu ialah 10% dari 25000. Betul ke camni cikgu.
    Jualan Ogos tu sama dengan Julai ke atau meningkat 10% dari Julai…

    terima kasih dahulu cikgu.

  358. Muni,

    Pada pandangan saya,

    Tiada sebarang ketetapan untuk baki tunai Julai… maka masukkan nilai yang munasabah berbanding baki tunai pada bulan April.

    Cadangan saya tukarkan “Jualan JULAI dan OGOS ..” kepada “Jualan OGOS dan SEPTEMBER….” Kuantiti pada bulan APRIL boleh dikira berdasarkan JUALAN / HARGA JUALAN SEUNIT (yang telah ditetapkan oleh pelajar)…. kemudian + 2500 unit untuk bulan JULAI, dan X HJS = Jualan bulan JULAI.

    # Walau bagaimanapun sila rujuk penyelarasan yang dibuat diperingkat kawasan masing2.

  359. Cikgu… 3(c) tu jumlah pinjamannye berapa.?

    Ikut fahaman saya…bayaran balik tu untuk pinjaman sahaja kan bagi 2013.
    Faedah 4% tu untuk tahun ke 2 ke 10. Dalam belanjawan tu tidak perlu masukkan faedah 4% tu kan. Betul ke camtu cikgu

  360. Muni,

    Pada padangan saya,
    3(c) ….. pelajar tentukan berapa PINJAMAN yang hendak dibuat.

    Memang untuk tahun pertama tiada dikenakan faedah. …. untuk pengiraan BAYARAN BALIK, adalah berdasarkan JUMLAH KESELURUHAN dibahagikan dengan TEMPOH PINJAMAN.
    Maka, BAYARAN BALIK = (Pinjaman + Jumlah Faedah dikenakan 9 tahun ) / 120 bulan

  361. salam…
    cikgu,dalam belanjawan tunai bahagian pembayaran perlu ke kita masukkan belian?jika perlu,nilai bagaimanakah kita perlu ambil kira?

  362. Fidzah84,

    Item2 yang lain …. (selain yang dinyatakan dalam maklumat 3)…… boleh diambil daripada Penyata Pendapatan / IDT, manakala NILAI boleh ambil nilai bulan April dan diandaikan TETAP setiap bulan.

  363. Salam. Angkutan masuk perlu dimasukkan dalam akaun kawalan pemiutang tak?
    tqvm

  364. Suriani Rashib,

    Angkutan masuk merupakan urus niaga TUNAI….. maka TIDAK melibatkan Akaun Pemiutang.

  365. Assalaamualaikum.. cikgu terima kasih byk2 wpun saya tak bertanya ttp soalan n jwpn cikgu byk mbantu saya

  366. Suzana, waalaikumussalam.

    Sama2… saya sekadar memberikan pandangan sahaja…. walau bagaimanapun kena rujuk penyelarasan yang dibuat di kawasan masing2.

  367. as salam c.narzuki..
    apa pendapat cg, perlukah kita asingkan catatan pelarasan dalm Jurnal Am antara belanja kilang dan pejabat??
    info ni saya dpt dari FB guru perakauann sebentar tadi..
    dah jadi pening saya nak terangkan pd student..saya cuma minta diorg sediakan nota agihan kos spt yg cg cdgkan tu je..
    harap boleh beri pandangan…
    tq..

  368. Annursufi, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, merujuk kepada konsep PBS itu sendiri…. kita menilai pelajar berdasarkan apa yang kita ajarkan kepada mereka. Pihak lain tiada hak untuk menilai pelajar kita… cuma sekadar menyelaras sahaja. Pihak lain tidak boleh kata pelajar kita salah, sekiranya mereka mengikuti dan mematuhi semua arahan yang kita berikan. Kecualilah bersama2 soalan tersebut telah disertakan skima jawapan / garis panduan tentang apa yang perlu dibuat oleh pelajar sebelum tempoh pelaksanaannya 1 APRIL lagi.

    Cadangan saya, sila rujuk KPN / KPKw masing2 berhubung penyelarasan yang ditetapkan..

  369. angkutan masuk,pulangan belian,diskaun diberi&diterima,perlu masukan dlm penyata pendapatan?
    apakah kaitan penyata pengeluaran dgn p.p
    mengambil baki penyata pengeluaran masukan dlm p.p?

  370. Jie,

    Angkutan masuk, pulangan belian dan diskaun diterima….. berkaitan belian bahan langsung, maka masuk dalam Penyata Kos Pengeluaran. Manakala diskaun diberi …. berkaitan barang siap, maka masukkan dalam Penyata Pendapatan.

    Kaitan kedua2nya boleh rujuk buku teks pada ms 496.

  371. cg. Narzuki

    sy ingin bertanya kenapa Susut Nilai Terkumpul Lengkapan RM108?
    Adakah pengiraan ini betul?
    RM13000 X 10% X 1/12 = Rm108

    Dari mana jumlah Lengkapan RM13000 diperolehi?
    TQ

  372. Arahan terbaru meminta mengasingkan jurnal am pejabat dan kilang, begitu juga dengan penyediaan lejar (perlu diasingkan). Sy keliru cara penyediaannya. Harap penjelasan cikgu. TQ

  373. Almy,

    SN kenderaan = 10% x 26000 x 1/12 …..untuk sebulan….. x 50%… untuk agihan antara Kilang & Pejabat.
    Cara tersebut kena rujuk orang yang mengeluarkan arahan.

  374. kunci kira-kira saya tak dapat sama cikgu??????????
    modal kerja saya dapat 185427 dan lagi satu saya dapat 184711.

  375. Chitra,

    Sekiranya IDT telah seimbang… sepatutnya KKK juga seimbang, mungkin ada sedikit kesilapan di mana2. Cuba semak item yang bernilai RM716 ataupun RM358…. mungkin tersilap letak dalam komponen yang salah… atau kesilapan dari segi pengiraan.

  376. Cikgu,
    bolehkah kalau saya buat penyata pendapatan sahaja?

  377. Jie,

    TIDAK BOLEH, penyata utama yang perlu disediakan bagi sebuah perniagaan pembuatan / perkilangan ialah Penyata Kos Pengeluaran.

  378. cikgu,
    Berkaitan dgn p.p
    jualan
    tolak p.jualan
    tolak diskaun diberi
    jualan bersih

    Tolak kos jualan
    stok awal 0
    belian 32200
    kos belian?
    kos barang utk dijual?
    tolak stok akhir 2300
    kos jualan ?
    untung kasar
    Tambah hasil
    komisen diterima 480
    faedah simpanan tetap 50

    yang ada tanda ? macam mana nak buat?

  379. Jie,

    Yang bertanda “?”.. itu adalah hasil daripada operasi… bukannya ambil daripada mana2 akaun.


  380. almy:

    Arahan terbaru meminta mengasingkan jurnal am pejabat dan kilang, begitu juga dengan penyediaan lejar (perlu diasingkan). Sy keliru cara penyediaannya. Harap penjelasan cikgu. TQ

    Salam.

    1. Arahan terbaharu tu dari siapa? Di mana boleh dirujuk?

    2. Saya memang sedang menyiapkan catatan pelarasan seperti itu bagi tarikh 30 April; untuk pertimbangan pelajar, walaupun nampaknya guru tuisyen mereka mendahului saya dengan cadangan berbeza.

    3. Contoh: kadar bayaran
    a) Cipta akaun baru khas untuk perbelanjaan kilang

    b) Asingkan agihan kadar bayaran antara pejabat dan kilang – andaikan akaun Kadar bayaran asal adalah untuk pejabat.
    Dt. Kadar Bayaran – Kilang LA34 3200
    Kt. Kadar Bayaran LA19 3200
    (Merupakan agihan belanja kadar bayaran bahagian
    kilang iaitu mengikut nisbah 4:1)

    Kaedah yg sama boleh dilakukan utk perkara (D) yang lain.

  381. Sifu2b, …….. lama tak dengar berita.

    Kemungkinan hasil penyelarasan yang dilakukan diperingkat Ketua Pentaksir Kebangsaan dan Ketua Pentaksir Negeri…. mungkin boleh rujuk terus KPN masing2.
    Terima kasih atas contoh yang diberikan.

  382. dan diskaun diterima masukan penyata pengeluaran bahagian mana ,adakah sama bahagian dgn angkutan masuk?

  383. Jie,

    Belian (-) Pulangan belian (-) Diskaun diterima (+) Angkutan masuk

  384. jawapan cikgu banyak membantu saya dlm projek ini,akhirnya kkk sudah balance,thank you very much cikgu….

  385. Assalamualaikum wbt…

    cg.Narzuki saya ingin mendapat kepastian adakah benar catatan dalam Jurnal am dan Lejar perlu asingkan antara kilang dan pejabat?

    kalau betul, cadangan untuk catatan jurnal Am bagi Susut Nilai seperti ini ok tak?

    cth:
    Dt SN kenderaan-pejabat 108
    Dt SN kenderaan-kilang 108
    Kt SNT kenderaan 216

    lagi satu untuk semakan berapakah SN Terkumpul LENGKAPAN? Harga Kos LENGKAPAN berapa?

    terima kasih 🙂

  386. Nag, waalaikumussalam.

    Apa yang saya tahu, KP dan KPN telah mengadakan mesyuarat penyelarasan pada 10-12 April yang lepas, mungkin itulah hasil penyelarasan yang telah dipersetujui. Sama-sama kita dengar daripada KPN masing2 maklumat selanjutnya.

    Saya SETUJU dengan cadangan catatan tersebut. ….. cuma ini semua akan “memeningkan” pelajar, terutamanya pelajar sederhana dan lemah…. sepatutnya kerja kursus ini dapat membantu meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran SEDIA ADA pelajar….. tetapi nampaknya akan jadi sebaliknya.

    Nilai Kos Lengkapan boleh rujuk BAKI dalam Lejar atau daripada ID….. iaitu RM12000

  387. Salam,

    Saya masih lg keliru adakah dalam PELARASAN dan dlm JURNAL AM kita nyatakan/catatkan terus agihan antara kilang dan pejabat? atau pun dibuat selepas sedia IDT sebelum penyata kos dan penyata pendapatan?Tkasih.

  388. Ilhamy12,

    Kemungkinan itulah hasil penyelarasan yang BARU dikeluarkan bersama oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan dan Ketua Pentaksir Negeri. Maklumat lanjut kena rujuk KPN masing2.

  389. Salam cikgu narzuki..cmne ye jurnal pelarasan tu..nk kena agihkan ke kilang dgn pejabat?

  390. Mira,

    Jika hendak diasingkan / dibuka akaunnya yang tersendiri.. caranya :

    Merujuk kepada Akaun Sewa yang berbaki RM1500… dan agihan untuk kilang 4/5 x 1500 = 1200
    Di mana Ak Sewa yang sedia ada itu adalah untuk Pejabat, maka catatannya :

    Dt – Sewa kilang RM1200
    Kt- Sewa RM1200


  391. Cg Narzuki:

    Muni,
    Pada padangan saya,
    3(c) ….. pelajar tentukan berapa PINJAMAN yang hendak dibuat.
    Memang untuk tahun pertama tiada dikenakan faedah. …. untuk pengiraan BAYARAN BALIK, adalah berdasarkan JUMLAH KESELURUHAN dibahagikan dengan TEMPOH PINJAMAN.
    Maka, BAYARAN BALIK = (Pinjaman + Jumlah Faedah dikenakan 9 tahun ) / 120 bulan

    Jadinya cikgu, dalam belanjawan tu, pembayaran bulanan tu tidak perlu asingkan pokok dan faedahnye ke. Kita bayar lumpsum je … butirannya Pinjaman agensi kerajaan.
    Realitinya cikgu… kalau kita buat pinjaman, bayaran balik tu dah siap campur pokok dengan faedahnya ke cikgu.

  392. Muni,

    Pada pandangan saya,
    Untuk Belanjawan tunai.. saya cadangan kita BAYARAN BALIK PINJAMAN ….. tanpa diasingkan.

  393. Cikgu, mmg kena buat jurnal agihan mcm tu ke br dpt A?kalau buat mcm biasa je xboleh ke?

  394. Mira,

    Pada pandangan saya,
    Berdasarkan Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek….. sekiranya telah ditetapkan senarai pelarasan MESTI termasuk SEMUA agihan kos… jika pelajar tidak menyediakan pelarasan untuk agihan kos tersebut, maka untuk ELEMEN 2.3 : PELARASAN… pelajar hanya layak dapat C. Manakala ELEMEN 2.4 – (hanya berdasarkan apa yang pelajar buat dalam Elemen 2.3) dan elemen2 seterusnya masih layak dapat A. Dan secara KESELURUHANNYA masih lagi berpeluang dapat A.


  395. Cg Narzuki:

    Nag, waalaikumussalam.
    Apa yang saya tahu, KP dan KPN telah mengadakan mesyuarat penyelarasan pada 10-12 April yang lepas, mungkin itulah hasil penyelarasan yang telah dipersetujui. Sama-sama kita dengar daripada KPN masing2 maklumat selanjutnya.
    Saya SETUJU dengan cadangan catatan tersebut. ….. cuma ini semua akan “memeningkan” pelajar, terutamanya pelajar sederhana dan lemah…. sepatutnya kerja kursus ini dapat membantu meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran SEDIA ADA pelajar….. tetapi nampaknya akan jadi sebaliknya.
    Nilai Kos Lengkapan boleh rujuk BAKI dalam Lejar atau daripada ID….. iaitu RM12000

    Cikgu,

    Saya nak beri pandangan jee.
    Pada pandangan saya, catatan jurnal dan lejar untuk kilang dan pejabat tu tak perlu diasingkan kerana ia merujuk kepada item yang sama cuma diagihkan mengikut peratusan sahaja. Kalau kita buat akaun yang berasingan, seolah-olah setiap item yang dimaksudkan tu 1(d) dibuat bayaran yang berasingan contoh bayar sewa untuk pejabat dan sewa untuk kilang?? sedangkan ia cuma pecahan nisbah je. Saya setuju seperti cadangan cikgu, buat nota jer untuk agihan tersebut sebab kalau buat dua akaun tu… akan bertambah penin dan keliru. Dalam buku teks bab14 pun tidak ditunjukkan… yang ada cuma nota je.. rujuk ms498 contoh 5 untuk elektrik dan air…

  396. Salam, saya nak beri pandangan je,
    Kerja kursus ni ialah peperiksaan SPM…bukan main-main… dan kalau lihat pada soalah yang diberikan tu… ada ralat yang perlu dibetulkan tetapi tiada sebarang maklumat rasmi secara bertulis dari pihak yang sepatutnya. Arahan lisan tanpa surat yang sah dari KPM@LPM… bolehke diterima…. kalau didalam soalan tidak dinyatakan dengan jelas perkara tersebut….. tidak menjadi kesalahan rasanya…. bayangkan kalau last minit @ kami dah siapkan kerja projek… tetiba ada lagi perubahan…..penin lee…

  397. Sangat setuju dengan ‘muni’ Sokong 100%

  398. Konfius la sy..mula2 kata buat jurnal biasa je..so sy dh siapkan..pastu buat nota agihan kos..skang kena buat jurnal masukkan agihan sekali..kena buat balik ke?

  399. Mira,

    YA saya memang setuju dengan pandangan cikgu2 semua ……perkara ini berlaku kerana penyelarasan diperingkat tertinggi dilakukan agak LEWAT memandangkan soalan telah dikeluarkan pada 25 MAC lagi. Sepatutnya sebarang ketetapan dan penyelarasan yang dibuat perlu dimaklumkan kepada semua guru SEBELUM tarikh pelaksanaan iaitu 1 APRIL .

    Walau bagaimanapun, pada saya masih ada jalan penyelesaiannya …. cuba berbincang dan buat penyelarasan dengan KPN diperingkat negeri masing2…

  400. Saya sudah siap 99.5% sekali tu kena ubah lagi… Agak2 akan ada 40 lebih akaun lah ya… Imbangan Duga Terlaras pula terpaksa bersambung di muka surat sebelah. Nak kecikkan saiz huruf dah ditetapkan TNR saiz 12…

    Kalau beritahu awal ok jg… Ini tmpt saya, pentaksir kawasan pun masih tak tau apa2. Dia tau pun dr saya… dan dia masih blurrr… stress meningkat tahap maksimum sudah ni..

  401. cg
    dalam pengiraan nisbah kecekapan, tempoh pembayaran hutang perlu x 30 hari atau 365 hari ?

  402. Iyee,

    Rekod perakaunan adalah SEBULAN, maka x 30 hari adalah lebih sesuai.

  403. cg,
    kawan saya tanya , kalau tak catat faedah sewa beli boleh tak?dia sudah siap sehingga kunci kira-kira dah…maksudnya chempaka kekal hutang sebanyak 11750,tiada faedah atas sewa beli dalam penyata pendapatan

  404. Sasa,

    Pada pandangan saya,
    Tidak menjadi masalah jika tidak ambilkira perkara tersebut kerana tiada sebarang ketetapan mesti ambil. Asalkan bilangan item terakru, terdahulu dan pembetulan kesilapan serta item pelarasan yang lain cukup sebagaimana diminta.

  405. Assalamualaikum…. Cikgu narzuki.. saya dah download perisian ePBS3756 di atas… tp, bila nak, masuk data x boleh…protected… kene psword.. so..apa perlu dibuat… cikgu boleh email saya.. tq…

  406. Cikgu Mat, waalaikumussalam.

    Tiada masalah dengan perisian tersebut….. memang ada tempat2 yang di”protected” , itu menunjukkan kawasan tersebut cikgu tidak perlu isikan…. sila baca arahan2 yang dinyatakan disebelah kiri di MENU UTAMA…… apa yang cikgu perlu isikan hanyalah dibahagian MAKLUMAT SEKOLAH dan SKOR CALON sahaja. Manakala bahagian BORANG INDIVIDU, BORANG RUMUSAN dan SIJIL akan dijana secara automatik.

  407. kpd sifu2b, pd pandangan saya, pelarasan kilang dgn pejabat sepatutnya dt kos overhed kt ak yg diselaras. bukannyan dt a/k sewa kilang. ini disebabkan sewa kilang juga merupakan sebahagian drpd a/k kos o/hed. kenapa tak jadi senang dan memudahakn pelajar kerana semua kos kilang ini juga akan direkod dlm kos pengeluaran dlm kategori kos o/hed ?
    begitu juga, cg narzuki, segala agihan belanja antara kilang dgn pejabat turut merupakan pelarasan sms kita mempelajari topik kos pengeluaran , maka saya cadangkan agihan belanja harus dicatat dlm pelarasan dan lejer disediakan . drpd soalan past year kos perkilangan, pelarasan agihan belanja adalah sebahagian soalan kbkk utk pelajar, maka tidak patut direkod sebagai nota shj.

  408. Ms Wong, terima kasih atas pandangan yang diberikan.

    Dalam amalan rekod perakaunan ada beberapa pendekatan yang digunakan dalam dunia perniagaan sebenar…. tiada yang salah, asalkan memenuhi dan mematuhi konsep dan prinsip asas perakaunan yang diterima umum. Bagi perniagaan yang mengamalkan SATU AKAUN sahaja bagi kos kilang dan pejabat…. maka dalam penyediaan laporan kewangan nanti segala agihan kos akan ditunjukkan dalam NOTA KEPADA AKAUN yang disertakan dan dibaca bersama-sama penyata kewangan tersebut.

    Pada pandangan saya, penggunaan catatan bergu dengan “AK. KOS OVERHED” tidak sesuai untuk pelajar SPM sekarang, ini kerana catatan tersebut adalah sebahagian daripada CATATAN PENUTUP… sebagaimana semua AKAUN HASIL dan BELANJA ditutupkan dengan AK PERDAGANGAN dan AK UNTUNG RUGI.

    Manakala pendekatan membuka akaun yang DIASINGKAN antara kilang dan pejabat bertujuan untuk mendedahkan pelajar SPM kepada SISTEM CATATAN BERGU dan juga aliran dalam KITARAN PERAKAUNAN.Di mana …………… ID – PELARASAN – IDT …….. dengan pendekatan tersebut, SEMUA AKAUN (seperti Sewa pejabat, sewa kilang, kadar bayaran pejabat, kadar bayaran kilang dll) akan disenaraikan dalam IDT…… dan berdasarkan item2 dalam IDT tersebut disediakan Penyata Kos Pengeluaran, Penyata Pendapatan dan KKK. …. sebagaimana soalan2 SPM sebelum ini dikemukakan maklumat daripada ID dan sedikit maklumat tambahan, kemudian pelajar kenalpasti item2 yang terlibat seterusnya Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Pendapatan.


  409. ms wong:

    kpd sifu2b, pd pandangan saya, pelarasan kilang dgn pejabat sepatutnya dt kos overhed kt ak yg diselaras. bukannyan dt a/k sewa kilang. ini disebabkan sewa kilang juga merupakan sebahagian drpd a/k kos o/hed. kenapa tak jadi senang dan memudahakn pelajar kerana semua kos kilang ini juga akan direkod dlm kos pengeluaran dlm kategori kos o/hed ?
    begitu juga, cg narzuki, segala agihan belanja antara kilang dgn pejabat turut merupakan pelarasan sms kita mempelajari topik kos pengeluaran , maka saya cadangkan agihan belanja harus dicatat dlm pelarasan dan lejer disediakan . drpd soalan past year kos perkilangan, pelarasan agihan belanja adalah sebahagian soalan kbkk utk pelajar, maka tidak patut direkod sebagai nota shj.

    memang benar boleh terus ke Akaun Kos Overhead, tetapi memandangkan Akaun Kos Pengeluaran yang dilaporkan akan diperincikan, maka pendekatan pengasingan akaun secara khusus saya cadangkan. Di akhir tempoh perakaunan, ia boleh dipindah ke Akaun Kos Overhed, yang kemudiannya dipindahkan ke akaun kos pengeluaran.

    Saya rasa semua sedia maklum bahawa Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi, Akaun Kos Pengeluaran, Akaun Kos Overhed, Akaun Buruh Langsung dsb memang nama akaun yang wujud di dalam Lejar Am, di akhir tempoh perakaunan sebelum akhirnya Untung Bersih perniagaan dipindah ke Akaun Modal.

    of course, dalam SPM kita tak perlu tunjukkan kesemua proses dan kitaran perakaunan sepenuhnya.

    Alternatifnya ialah spt yg saudara/i nyatakan tadi. Terima kasih.

    Kesimpulan, pendekatan yang saya cadangkan boleh diguna pakai untuk menunjukkan akaun-akaun khusus yang terlibat akibat daripada aktiviti perniagaan perusahaan tersebut, dan boleh juga gunakan pendekatan terus ke kos overhed, dimana laporan diperincikan sahaja.


  410. muni:


    Cg Narzuki:

    Nag, waalaikumussalam.
    Apa yang saya tahu, KP dan KPN telah mengadakan mesyuarat penyelarasan pada 10-12 April yang lepas, mungkin itulah hasil penyelarasan yang telah dipersetujui. Sama-sama kita dengar daripada KPN masing2 maklumat selanjutnya.
    Saya SETUJU dengan cadangan catatan tersebut. ….. cuma ini semua akan “memeningkan” pelajar, terutamanya pelajar sederhana dan lemah…. sepatutnya kerja kursus ini dapat membantu meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran SEDIA ADA pelajar….. tetapi nampaknya akan jadi sebaliknya.
    Nilai Kos Lengkapan boleh rujuk BAKI dalam Lejar atau daripada ID….. iaitu RM12000

    Cikgu,
    Saya nak beri pandangan jee.
    Pada pandangan saya, catatan jurnal dan lejar untuk kilang dan pejabat tu tak perlu diasingkan kerana ia merujuk kepada item yang sama cuma diagihkan mengikut peratusan sahaja. Kalau kita buat akaun yang berasingan, seolah-olah setiap item yang dimaksudkan tu 1(d) dibuat bayaran yang berasingan contoh bayar sewa untuk pejabat dan sewa untuk kilang?? sedangkan ia cuma pecahan nisbah je. Saya setuju seperti cadangan cikgu, buat nota jer untuk agihan tersebut sebab kalau buat dua akaun tu… akan bertambah penin dan keliru. Dalam buku teks bab14 pun tidak ditunjukkan… yang ada cuma nota je.. rujuk ms498 contoh 5 untuk elektrik dan air…

    Maaf Cg Muni. Kita perlu lakukan sedemikian, memastikan pelajar PAK mendapat ilmu tambahan atau lanjutan daripada projek ini. Ia sebahagian daripada matlamat memastikan pensijilan SPM dan LCCI benar-benar dimartabatkan. Tak ramai perasan atau sedar, yang MOU KPM-LCCI international membawa kpd kita guru sebagai tutor/pengajar/trainer terlatih yang dilantik oleh KPM. So kenalah kita tunjukkan profesionalisme dan ilmu benar perakaunan apabila dikehendaki.

    Apapun itu cuma kefahaman saya sahaja tentan pensijilan dua kali sbjk Prinsip Perakaunan.

  411. Sifu2b,
    Terima kasih atas respond dan maklumat Cikgu tu, memang itulah yang sebaiknya demi kecemerlangan pelajar dan subjek PP. Cuma yang saya ingin nak respond tu berkenaan soalan K3 yang diberikan kepada calon tu seharusnya lengkap dan bermaklumat supaya calon dan guru tidak tertanya-tanya dan banyak tanda soalan???? dalam minda. Soalan SPM tidak seharusnya ada ralat dan mengelirukan dan kalau ada perlulah ada pembetulannya. Seharusnya semua guru dan murid yang melaksanakan kertas 3 ini akan mendapat kefahaman yang sama tapi sebaliknya yang berlaku …. guru dan murid melaksanakannya mengikut faham sendiri massing-masing…. sesuatu perlu dilakukan supaya perkara sebegini tidak berulang lagi dimasa akan datang. Mungkin Cikgu dapat sampaikan maklumat sebegini kalau hadir mesyuarat penyelarasan dengan KPN & KP… terima kasih daun keladi saya dahulukan………

  412. salam cikgu..
    macam mana nak dapatkan jumlah
    1.angkutan masuk terakru/pengiklanan terakru?
    2.komisen diterima terakru?
    3.kesilapan prinsip tu kena pilih salah satu ke?

    tqvm cikgu

  413. Azah,

    JUMLAH bagi item 1, 2 pelajar tentukan sendiri. Manakala item pembetulan kesilapan diperlukan sekurang2nya 2… misalnya 1 kesilapan ketinggalan catatan dan 1 lagi kesilapan prinsip.

  414. Salam cikgu,

    Jadinya sekarang ni, akaun-akaun yang melibatkan kilang dan pejabat tu kita kena asingkan ke cikgu contohnya Akaun Sewa Kilang & Akaun Sewa Pejabat untuk sewa…..dalam lejar pelarasan je… dan dalam JA Pelarasan pun kena buat juga kalau macam tu….. dan dalam ID terselaras nanti hanya masukkan nama-nama akaun pecahan akaun tu sahaja,
    Di negeri saya JPN & KPN belum pun panggil untuk penyelarasan. atau pun buat dua versi… satu tanpa pecahan akaun satu lagi dengan pecahan akaun. Masa semakin suntuk… pertengahan bulan Mei dah nak exam mid year…….. nak siapkan sebelum exam ni…..

  415. ROSLINA MOHD NASIR

    salam…nak tanya pasal tentang abaikan ambilan barang sip tu merujuk tentang catatan mana

  416. ROSLINA MOHD NASIR

    ambilan barang siap

  417. Nak kongsi cadangan jawapan berkaitan Jurnal Pulangan Jualan. Perhatikan bahawa Pulangan Jualan diposkan ke LA11 iaitu Akaun Belian.

    Saya berpendapat ia disengajakan oleh penyedia soalan. Ini sekaligus mengajak pelajar mengenalpasti secara tidak langsung berlakunya kesilapan pengeposan.

    Maka dalam pengeposan ke Akaun Belian, pelajar kenalah mensimulasikan kesilapan tersebut dengan mendebitkan Akaun Belian seperti catatan ini disebelah debit.

    Apr. 30 Pelbagai Penghutang JPJ1 RM900

    Nilai Baki Belian sebelum pelarasan ialah RM33100 dan dalam Imbangan Duga BELUM ADA Pulangan Jualan.
    Mengambil kira faktor itu, sepatutnya berlaku pembetulan kesilapan di mana catatan jurnal berikut berkaitan:
    Dt. Pulangan Jualan LA20 RM900
    Kt. Belian LA11 RM900
    (Merupakan catatan pembetulan bagi item pulangan jualan yang tersalah pos ke akaun belian).

    Itu adalah pandangan dan cadangan saya.

  418. Berkenaan Sewa Beli Mesin dan Peralatan dari Chempaka Machinery.

    Faedah Sewa Beli sepatutnya dikenakan kepada Chempaka Machinery sebanyak Rm3000. Oleh itu urusniaga ini bolehlah dianggap sebagai pelengkap soalan 2 item kesilapan. Kesilapan ketinggalan.

    Dt. Faedah atas Sewa Beli RM3000
    Kt. Chempaka Machinery RM3000
    (Merupakan faedah atas sewa beli mesin dan peralatan pada kadar 5% setahun bagi tempoh 5 tahun)

    Kemudian catatan kedua perlu dibuat untuk menyesuaikan dengan prinsip pemadanan hasil dengan belanja bagi tempoh April.

    Dt. Belanja Faedah Atas Sewa Beli RM50
    Kt. Faedah Atas Sewa Beli RM50
    (Merupakan faedah atas sewa beli dikenakan bagi ansuran bayaran bulan April)

    Nota : Implikasinya ialah Akaun Faedah Atas Sewa Beli masih berbaki debit sepanjang 5 tahun. Tetapi ini memang betul, kerana ia adalah belanja tertangguh. Dalam Kunci Kira-kira ia akan dilaporkan dalam bahagian Aset Semasa, bukannya Liabiliti Semasa kerana ia telah dicajkan langsung ke dalam urus niaga perolehan aset Mesin dan Peralatan, walaupun tak boleh dianggap sebahagian nilai sejarah aset bukan semasa.

    Itu yang saya faham dari ulangkaji tentang hal ehwal perolehan aset secara sewa beli.

    Apa komen saudara/i yang lain.

  419. assalam,cikgu.saya baru sahaja mula buat krja kursus akaun ni pada minggu ini.jadi boleh saya tahu bila tempoh rekod dan tempoh perakaunan yang perlu dicatat di profil perniagaan?

  420. Slm cg, utk KPGS utk seth so kena ubah ke ?

    Tq

  421. deposit sewa dan deposit kadar bayaran masuk dlm pengeluaran(overhed) atau pendapatan?mohon penjelasan…

  422. Sifu2b,
    Terima kasih atas cadangan yang diberikan.

    Nattasha, waalaikumussalam,
    Pada pandangan saya, tempoh perakaunan 1.4.13 – 31.3.14 dan tempoh rekod 1.4.13 – 30.4.13.

    CgKay,
    Pada pandangan saya, Rekod kita untuk sebulan… syok purata pun untuk sebulan, maka KPGS adalah untuk sebulan. …. tiada apa yang perlu diubah.

    Wan Helmi,
    DEPOSIT ….. dikelaskan sebagai ASET SEMASA.


  423. Sifu2b:

    Berkenaan Sewa Beli Mesin dan Peralatan dari Chempaka Machinery.
    Faedah Sewa Beli sepatutnya dikenakan kepada Chempaka Machinery sebanyak Rm3000. Oleh itu urusniaga ini bolehlah dianggap sebagai pelengkap soalan 2 item kesilapan. Kesilapan ketinggalan.
    Dt. Faedah atas Sewa Beli RM3000
    Kt. Chempaka Machinery RM3000
    (Merupakan faedah atas sewa beli mesin dan peralatan pada kadar 5% setahun bagi tempoh 5 tahun)
    Kemudian catatan kedua perlu dibuat untuk menyesuaikan dengan prinsip pemadanan hasil dengan belanja bagi tempoh April.
    Dt. Belanja Faedah Atas Sewa Beli RM50
    Kt. Faedah Atas Sewa Beli RM50
    (Merupakan faedah atas sewa beli dikenakan bagi ansuran bayaran bulan April)
    Nota : Implikasinya ialah Akaun Faedah Atas Sewa Beli masih berbaki debit sepanjang 5 tahun. Tetapi ini memang betul, kerana ia adalah belanja tertangguh. Dalam Kunci Kira-kira ia akan dilaporkan dalam bahagian Aset Semasa, bukannya Liabiliti Semasa kerana ia telah dicajkan langsung ke dalam urus niaga perolehan aset Mesin dan Peralatan, walaupun tak boleh dianggap sebahagian nilai sejarah aset bukan semasa.
    Itu yang saya faham dari ulangkaji tentang hal ehwal perolehan aset secara sewa beli.
    Apa komen saudara/i yang lain.

    sifu2b,

    macam mana dengan akaun Chempaka Machinery, Kalau ikut cara yang sifu tunjukkan ni maka tak boleh lah bayaran 250 tu di buat sebagai kesilapan prinsip (asingkan 200 dan 50)sebab nanti akan ada baki 3000 dalam akaun CM selepas 5 tahun.
    Lepas tu catatan jurnal am pelarasnnya macam mana pula… penin juga yee….

  424. Cikgu & Sifu2b

    Kalau saya buat macam ni boleh tak.
    Untuk april jee
    1. Kredit akaun CM RM50
    Dt Akaun Belanja Faedah RM50
    (kesilapan prinsip)
    Bila masuk bulan seterusnya

    Dt CM 200
    Kt Bank 200 (untuk bayaran pokok)

    Dt Belanja Faedah RM50
    Kt Bank 50 (untuk bayaran faedah)

    tolong betulkan sekiranya tidak sesuai….

    terima kasih

  425. Muni,

    Pada pandangan saya, memadai catatan pembetulan kesilapan Dt Faedah sewa beli 50 dan Kt Chempaka Manchinery 50 …. jika mahu dijadikan item kesilapan prinsip. Ataupun Dt Bank 50 Kt CM 50…. jika mahu dijadikan kesilapan amaun.
    Kita ajar apa yang ada dalam sukatan SPM sahaja…. FOKUS kepada catatan pembetulan kesilapan yang asas sahaja…. manakala merekodkan urus niaga SEWA BELI tiada dalam sukatan SPM. ……. tidak perlu kita merumitkan lagi pemahaman pelajar.

  426. assalamualaikum..cg, bleh trgkan mcm mne nk buat d soalan 5(k) pengiraan tiik pulang modal.

  427. Nul_kim, waalaikumussalam.

    Sila rujuk komen saya sebelum ini (diatas) berkaitan pengiraan TPM.

  428. Dari aspek teknikal simpankira untuk perolehan ABS melalui sewa beli:
    1. Tidak wujud kesilapan prinsip di dlm soalan.
    2. Chempaka Machinery adalah Pemiutang Sewa Beli oleh itu ia berhak ke atas kedua-dua bayaran balik Pokok RM12000 dan faedah Sewa Beli (FASB) RM3000.
    3. Maka FASB mesti dikreditkan ke akaun Chempaka Machinery sebab ia adalah liabiliti jangka panjang kepadanya.
    4. Mengguna pakai kaedah Muni, isu nya:
    a. Pembayaran RM250 telah dibuat kpd CM, tidak timbul ada kesilapan lagi. Bayaran secara tunai/cek yg telah berlaku tidak boleh dibetulkan lagi.
    b. Pembetulan hanya boleh dibuat di dlm Lejar.
    Dan dari soalan jelas RM3000 belum dicatatkan. Maka ia adalah ketinggalan urus niaga.
    c. Tidak akan berlaku BAKI AKHIR RM3000 selepas tahun ke-5 seperti yang Muni khuatiri. Sebaliknya spt ini

    Mula T0 – CM – RM15000 (pokok+FASB) (berbaki Kt), Belanja tertangguh FASB RM3000 (berbaki Dt)
    Akhir T1 – CM – RM12000 (Berbaki kt), FASB RM2400 (Berbaki Dt.), Belanja FASB diserap dalam UR RM600 (dt)
    Akhir T2 – CM – RM9000 (Berbaki kt), FASB RM1800 (Berbaki Dt.), Belanja FASB diserap dalam UR RM600 (dt)
    Akhir T3 – CM – RM6000 (Berbaki kt), FASB RM1200 (Berbaki Dt.), Belanja FASB diserap dalam UR RM600 (dt)
    Akhir T4 – CM – RM3000 (Berbaki kt), FASB RM600 (Berbaki Dt.), Belanja FASB diserap dalam UR RM600 (Dt)
    Akhir T5 – CM – RM0 (akhir), FASB RM0 (akhir), Belanja FASB diserap dalam UR RM600 (dt).

    So, apa yg saya nak kukuhkan ialah, bahawa cadangan awak tu tak betul dan tak perlu, setakat yg saya maklum. Jika ada pendapat lain, amat saya alu-alukan.

  429. salam cikgu..
    imbangan duga terselaras saya imbang tapi kenapa saya punya kunci kira-kira tidak seimbang? dimana mungkin silap saya? stok akhir tu harga kos-masuk dalam kos pengeluaran, barang siap masuk kunci kira kira dan pp, kdp masuk kos pngeluaran..btol tak cikgu?

  430. Siti,

    Ketiga2 stok akhir tersebut … juga perlu dimasukkan dalam Aset Semasa.

  431. Titik Pulang Modal (dlm unit) = Jumlah Kos Tetap
    ———————————
    Margin Caruman Seunit

    = Jumlah Kos Tetap
    ————————————————
    Harga jualan seunit – Kos berubah Seunit

    Titik Pulang Modal (dlm RM) = TPM (unit) X Harga Jualan Seunit

  432. Nul kim,

    Ya.. cuma pelajar kena tetapkan HARGA JUALAN SEUNIT dahulu, kemudian kira KUANTITI jualan, … Kos berubah seunit….. seterusnya TPM.

  433. Ckg: KPGS (HARI)=stok purata/KJ ×365
    Jadi kita kena ubah ke ×365 jadi × 30

  434. Yeoh,

    Memandangkan rekod perakaunan SEBULAN, maka cadangan saya x 30 hari.

  435. Ckg kalau betul la apa yg dibincangkn disini ttg perubahan unt asingkn jurnal dan lejar ttg pengagihan tu mmg menyusahkn pelajar dan guru2.pelajar2 saya sudah menyiapkn 90% kerja kursus ni dan kalau ada perubahan mesti stres. 2 mei dan exam pertengahan thn.setiap thn pun cikgu yg stress dulu
    Dah la tak diberi skema lepas tu bila dah buat nk ubah mcm2.Seolah2 soalan dikeluarkn tiada perancangan.sepatutnya sblm soalan diberikn kpd pelajar semua perkara sudah dibincangkn dlm mesyuarat dan cikg sudah diberi taklimat.

  436. Tak apalah En/Cik/Puan Yeoh.

    Kita tidak ada pun maklumat tentang perubahan yg dicadangkan di atas. Saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini tetapi selepas dah aman sikit dari tugas lain, barulah saya buat jawapan utk diri sendiri dan the first thing in my mind ialah mesti ada pengasingan akaun-akaun belanja pejabat dan kilang.

    Then, saya tunjukkan cadangan jawapan saya kpd pelajar dan memastikan mereka mematuhi kehendak soalan. Mesti juga tukar, kerana yg salah tetap salah. Yang betul akan betul.

    Masalahnya kecil sahaja, dan boleh kita uruskan dengan pelajar. Yang pasti pengalaman K3 ini boleh membantu pelajar menguasai ilmu benar simpan kira berkaitan. Bukankah itu matlamat kita menghebatan pengajaran Prinsip Perakaunan dan pensijilan kedua LCCI.

  437. cg,
    kalau kita buat latihan TPM…biasanya soalan akan tanya ,berapakah jualan sasaran yang perlu dijual untuk mencapai untung sasaran RM20,000( contohnya)….sekiranya satu kempen pengiklanan dianggar kan sebanyak RM10,000 . Berapakah unit jualan untuk memperolehi untung sebanyak RM 50,000.??kita akan dapatkan kos tetap baru sebelum kita kira TPM,betul tak?jadi kalau hanya ambil kira kos overhed kilang untuk kira TPM..macam tak tepat?

  438. Sasa,
    Pada pandangan saya, belanja pengiklanan tidak terlibat dengan kos pengeluaran / kos overhed…. dan tidak dikelaskan sebagai kos tetap kilang.

    Sifu2b,
    Terima kasih.

  439. assalam, cikgu.saya nak bertanya mengenai catatan dalam lejar sbelum pelarasan adakah hutang lapuk perlu dimasukkan sekali?

  440. Nattasha, waalaikumussalam.

    Lejar sebelum pelarasan hanya merujuk kepada akaun2 yang terdapat dalam buku catatan pertama sahaja. Maka Hutang Lapuk.. tidak perlu… selepas pelarasan nanti baru kita masukkan.

  441. item chempaka machinery masuk dlm liabiliti bukan semasa k?nak tulis apa

  442. Slm cg, pengiraan bayaran balik bulanan pinjaman dlm bljawan
    (4% x 60000 x 9 th + 60000) / 120 bln = 680
    Betul tak ?(sbb dia kata th kedua hingga ke 10 so 9 th ajalah)

    tq

  443. Wan Helmi,
    Cadangan saya… CHEMPAKA MANCHINERY …. dan dikelaskan sebagai LBS.

    CgKay,
    YA, saya setuju dengan pengiraan tersebut.

  444. Slm cg, minta kepastian Jualan bulan meningkat 2500 unit, then bln Ogos n Sept meningkat 10% atas unit jualan atau jualan dlm RM ?

    Tq

  445. Adakh stok akhir bhn menth n kdp msuk ke k3 … Klu x nnt xseimbng

  446. CgKay,
    Atas NILAI JUALAN bulan sebelumnya….. jika buat atas UNIT.. nilainya sama saja.. kerana UNIT tersebut akan di X dengan harga jualan seunit yang sama.

    Niza,
    YA… ketiga2.. barang siap, bahan langsung dan KDP merupakan STOK AKHIR yang perlu dimasukkan dalam KKK.

  447. cikgu,
    Dalam nisbah ujian asid, aset semasa tolak stok akhir, adakah stok akhir itu merujuk kepada stok barang siap sahaja atau perlu ditambah dengan stok bahan mentah dan kerja dalam proses? Dalam mengira kos berubah dan kos tetap di mana kos prima adalah kos berubah dan kos overhed adalah kos tetap, perlukah inilai itu ditolak dengan kerja dalam proses akhir untuk mendapat kos tetap dan kos berubah sebenar?

  448. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    1. Ujian Asid merujuk kepada Analisis terhadap KKK iaitu Aset Semasa…. dimana Stok Akhir terdiri daripada stok barang siap, bahan langsung dan KDP, maka ketiga2 perlulah diambil kira.
    2. Tidak perlu, kerana KDP tersebut tidak dipecahkan mengikut komponen, maka cadangan saya, kita rujuk sahaja SUBTOTAL bagi setiap komponen Kos Prima dan juga Kos Overhed

  449. maklumat belanjawan tunai, bayaran balik pinjaman ambil 120 bln @ 108 bln. sbb dinyatakan bayaran balik pinjaman dikenakan bermula tahun kedua hingga thn kesepuluh.

  450. Ct,

    Bayaran balik dalam tempoh 10 tahun iaitu 120 bulan…. Soalan menyatakan faedah atas pinjaman tersebut dikenakan bermula tahun ke 2 hingga tahun ke 10.


  451. Cg Narzuki:

    Muni,
    Pada pandangan saya, memadai catatan pembetulan kesilapan Dt Faedah sewa beli 50 dan Kt Chempaka Manchinery 50 …. jika mahu dijadikan item kesilapan prinsip. Ataupun Dt Bank 50 Kt CM 50…. jika mahu dijadikan kesilapan amaun.
    Kita ajar apa yang ada dalam sukatan SPM sahaja…. FOKUS kepada catatan pembetulan kesilapan yang asas sahaja…. manakala merekodkan urus niaga SEWA BELI tiada dalam sukatan SPM. ……. tidak perlu kita merumitkan lagi pemahaman pelajar.

    Salam cikgu,
    saya setuju dengan cadangan yang cikgu berikan tu …lebih mudah diikuti ….. terima kasih.

    terima kasih juga kepada sifu2b kerana maklumat yang diberikan tu dapat meningkatkan lagi ilmu perakaunan…terima kasih

  452. Pengiraan Tempoh kutip hutang dan bayar hutang:
    Betul ke penghutang dan pemiutang ambil dari akaun kawalan.
    Macamana dgn jualan dan belian kredit, ambil dari jurnal jualan dan jurnal belian ke, macamana dengan kedai makan jaya kena tolak ke?
    Stok purata = ketiga-tiga stok campur bahagi 2 ?
    Nisbah ujian asid = stok akhir tu ketiga-tiga stok + ?

  453. Cg Norul,

    Pada pandangan saya,
    1. Analisis penyata kewangan… sumbernya banyak merujuk kepada PP dan KKK. Penghutang dan Pemiutang bokeh rujuk terus daripada KKK….. nilainya sepatutnya SAMA sahaja jika rujuk baki AK Kawalan, IDT atau KKK. …. semuanya TELAHPUN diselaraskan dendan Hutang lapuk.

    2. Jualan kredit dan Belian kredit boleh terus rujuk Jurnal Jualan dan Jurnal Belian,

    3. KPGS merujuk kepada analisis penyata pendapatan …. iaitu KJ/ Stok purata … jadi apakah stok yang ada dalam komponen KOS JUALAN ? ?… bukankah hanya ada STOK AKHIR BARANG SIAP.

    4. NISBAH UJIAN ASID merujuk kepada analisis terhadap KKK : AS …… bukankah ada ketiga2 jenis stok., maka perlulah ambilkira.

  454. cikgu, perlu ke kita buat akaun belanja am kilang dgn belanja am pejabat

  455. dan perlu ke buat akaun kadar bayaran kilang dan kadar bayaran pejabat dalam jurnal dan lejar

  456. Sebenarnya saya kurang faham yang nisbah 1:4 antara kilang dengan pejabat tu. Perlukah kita kira item spt insurans kadar bayaran, belanja am apabila kita buat
    1) senarai pelarasan pada tarikh imbangan
    2) catatan pelarasan dlm jurnal dan lejar

  457. Hana,

    Pada pandangan saya,
    Sila rujuk penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2. ….. sama ada hubungi KPKw atau KPN.

  458. Cg,
    Bagi tempoh kutipan.hutang,jumlah penghutang itu merujuk kepada penghutang bersih iaitu selpas tolak PHR?manakala bagi jualan kredit =jumlah di jurnal jualan tolak jurnal pulangan jualan?

  459. Woo,

    Pada pandangan saya,
    Formula JELAS ….PENGHUTANG, bukannya “PENGHUTANG BERSIH”…. JUALAN KREDIT, bukannya “JUALAN BERSIH” .

  460. salam cg Narzuki
    utk kira KPGS .. stok purata tu disebabkan stok awal tak ada, stok akhir kena bahagi dua atau ambil nilai stok akhir sepenuhnya.

  461. Sysh,

    Pada pandangan saya,
    Kita ikut formula…. STOK PURATA = (Stok Awal + Stok Akhir) / 2

  462. sempat ke nak buat ni , exam pertengahan dah lah nak dekat. lepastu kena hantar sblm habis bln lima . mcm tk smpat je . XD

  463. hmmm..uh lh..adyh..pening kpale aku..
    memikirkan akuan hari ke3..SERAM…..

  464. Macam mana nak cari kos tetap…

  465. Mirul,
    Masih sempat, jika betul2 nak menyiapkannya… dapat bimbingan guru sekolah.

    Chacha,
    Penyelesaiannya hanya dengan ……PERSEDIAAN AWAL, jangan tunggu disaat2 akhir.

    Aini,
    Kos tetap = Jumlah KOS OVERHED.

  466. Assalamualaikum,
    cg, macam mna mahu buat akaun kwalan utk krja krsus ini?

  467. Ellina, waalaikumussalam.

    Caranya boleh rujuk contoh dalam Buku teks m.s. 166 dan 167.

  468. salam.. cg,
    1) stok awal bahan langsung ambik yg mne ye?
    2) di bwh kos buruh langsung, perlu ad upah buruh langsung, dan gaji penyelia kilang kan..jd,upah buruh langsung terakru perlu kira jgk ke?
    3) kos overhed – kne ambik semua yg berkaitn dgn kilang je ke?

  469. Madihah,

    1. STOK AWAL = 0 …… kerana perusahaan BARU ditubuhkan, tiada lagi stok awal.
    2. Kos Buruh Langsung ……. hanya Upah Buruh Langsung (baki daripada IDT telahpun mengambilkira upah buruh langsung terakru) , manakala Gaji Penyelia kilang dikelaskan sebagai KOS OVERHED.
    3. Mana2 belanja yang berkaitan dengan KILANG sahaja.

  470. salam cikgu
    1) boleh ke saya buat dalam bentuk lembaran kerja bagi menyediakan IDT dan anggap ia sebagai pembetulan ke dalam jurnal dan lejar.. tqvm..

  471. Siti,

    Pada pandangan saya, penggunaan LEMBARAN KERJA menggantikan catatan jurnal, lejar pelarasan… adalah TIDAK SESUAI. Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah menyediakan rekod perakaunan berdasarkan urutan dalam KITARAN PERAKAUNAN.

  472. cikgu narzuki, saya agak keliru dalam menyediakan penyata pendapatan. kos pengeluaran yang diperolehi perlu dimasukkan ke dalam penyata pendapatan kah ? format penyata pendapatan yang digunakan rujuk muka teks muka surat 497 atau guna format yg lengkap ? thank u

  473. Stephanie,

    Pernyediaan Penyata Pendapatan dengan format yang LENGKAP… sehingga UNTUNG BERSIH. Buku teks ms 497, hanya menunjukkan kedudukan item KOS PENGELUARAN dalam Penyata Pendapatan sahaja.

  474. cikgu, maksudnya dalam penyata pendapatan yg lengkap x perlu tunjukkan kos pengeluaran lagi kah ? thanks.

  475. Stephanie,

    Kos Pengeluaran …. merupakan salah satu item yang MESTI ada dalam Penyata Pendapatan tersebut….. Ianya mengantikan item BELIAN bagi format perniagaan yang biasa. Formatnya seperti buku teks ms 497… kemudian UNTUNG KASAR (+) HASIL (-) BELANJA…… UNTUNG BERSIH.

  476. thanks cikgu narzuki. kos berubah adalah belian bahan langsung dan upah buruh langsung sahaja kah ?thanks

  477. Stephanie,

    KOS BERUBAH = KOS PRIMA ….. rujuk Penyata Kos Pengeluaran, iaitu Kos bahan langsung + Kos buruh langsung…. BUKANNYA belian bahan langsung + upah buruh langsung sahaja.

  478. Salam.. Cgu Narzuki, adakah perisian excel yang lama (yang ada cgu upload kan dalam blog ini) masih boleh digunakan untuk mengisi markah kerja kursus ting 5 tahun ini? Saya rasa ada beberapa item yg perlu diubahsuai. Kalau ada yg baru, boleh tak cgu share dlm blog ini.

    Terima kasih.

  479. Ain,

    Kalau tak silap, perisian tersebut masih boleh digunakan, kerana item elemen penilaian / pemberian skor masih sama. (Tapi saya belum explore lagi perisian tersebut…. mungkin betul apa yang cikgu cakap)….. Walau bagaimanapun sekiranya saya memperolehi perisian versi terkini…. saya akan UPLOAD di sini,

  480. Cikgu&sifu 2b

    cikgu saya kata bahawa catatan dlm jurnal am perlu diagihkan pejabat &kilang….
    adakah betul kalau saya tulis macam ni:
    pelarasan sy:belanja am sebanyak RM30 masih terakru dlm bulan April.
    dt belanja am kilang 120
    dt belanja am pejabat 30
    kt belanja am 150

  481. cikgu, kalau dalam pelarasan diandaikan belanja am terakru sebanyak 70. Jadi akaun belanja am akan berbaki RM 190. adakah RM 190 yg diambil kira dalam agihan kos antara kilang dan pejabat ?

    Belanja am kilang = RM 190 X 4/5
    = RM 152
    betulkah ?
    thank u

  482. Jie,
    Berdasarkan apa yang telah ditaklimatkan, YA begitulahlah catatan bagi agihan kos antara kilang dan pejabat.

    Stephanie,
    Ya. Agihan kos antara Kilang dan Pejabat merujuk kepada BAKI AKHIR (iaitu selepas dilakukan pelarasan).

  483. salam,cg..
    stok akhir bhn langsung ambil yang mne ye?
    barang siap atau harga kos?

  484. Mahidah,
    Harga kos …. merujuk kepada stok akhir bahan langsung.

  485. salam. cg, sy nk tny..
    dlm penyata pndaptan untuk hasil dan belanja kita perlu kira yang kilang / pejabat atu kedua2nya skli?

  486. Ayuni,

    Belanja berkaitan KILANG.. masukkan dalam Penyata Kos Pengeluaran. Manakala hasil dan belanja pejabat.. masukkan dalam Penyata Pendapatan.

  487. boleh tak cg senaraikan item di bahagian pembayaran dlm belanjawan tunai

  488. Fazila,

    Selain daripada item2 yang dinyatakan dalam maklumat 3 dalam soalan, Sila rujuk item2 belanja daripada IDT.. ataupun daripada Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Pendapatan.. tetapi hanya item yang melibatkan PEMBAYARAN sahaja. Manakala item2 belanja yang TIDAK melibatkan wang keluar / pembayaran seperti SUSUT NILAI, HUTANG LAPUK, DISKAUN… tidak boleh dimasukkan dalam Belanjawan tunai.


  489. Cg Narzuki:

    Sysh,
    Pada pandangan saya,
    Kita ikut formula…. STOK PURATA = (Stok Awal + Stok Akhir) / 2

    Pada pandangan saya, stok purata, hanya diambil nilai stok akhir barang siap kerana tiada stok awal. Ia perlu dibahagi 2 apabila terdapat stok awal & stok akhir kerana nak dapatkan nilai “min” atau purata antara 2 nilai stok.

  490. Izz,

    Stok awal ada nilainya, iaitu SIFAR.
    Cuba kita lihat dari sudut matematik …. jika x1= 0, x2=10… maka min = ……… ?
    Adakah min=10 …. disebabkan x1=0.

  491. Cg Narzuki,
    generally, the cost of goods sold may not be known from the published financial statements. In such circumstances, the inventory turnover ratio may be calculated by dividing net sales by average inventory at cost. If average inventory at cost is not known then inventory at selling price may be taken as the denominator and where the opening inventory is also not known the closing inventory figure may be taken as the average inventory.

    Read more at https://accounting4management.com/stock_turn_over_ratio.htm#7mkBWRSOZRSUrgZq.99

  492. Izz,
    Terima kasih atas info yang diberikan. Dinyatakan terdapat 4 formula yang boleh digunakan… walaubagaimanapun ianya bergantung kepada maklumat yang ada.
    Pada pandangan aaya, Bagi skop sukatan SPM, pelajar hanya didedahkan dengan formula ASAS … (yang pertama). Memandangkan semua nilai untuk maklumat yang diperlukan telah ada….. Kos Jualan, Stok awal dan Stok akhir, maka pelajar perlu gantikan sahaja. Dan sekiranya Stok Awal TIDAK DIKETAHUI, maka nilai Stok Akhir boleh dianggap sebagai STOK PURATA.

    Manakala Formula 2-4 digunakan apabila TIADA maklumat KOS JUALAN disebabkan penyata kewangan belum disediakan.

  493. salam..cg,
    untung kasar dlm akaun pengeluaran dan pnyata pndapatan adakah perlu sama? yg saya punye lain2 nilainya…mohon penerangan cg.

  494. Ayuni,
    Penyata Kos Pengeluaran … disediakan untuk mencari KOS PENGELUARAN.. bukannya nak cari UNTUNG KASAR.. .. Penyata Pendapatan disediakan untuk mencari UNTUNG BERSIH.

  495. Asalamualaikum Cikgu,

    Untuk analisis nisbah, kiraan kadar pusing ganti stok cikgu saya suruh guna formular Kos Jualan / stok akhir bukan Kos Jualan / Stok Purata. Kata cikgu saya stok purata tidak perlu kira kerana peniaga baru memulakan perniagaan . Stok awal tiada. Harap cikgu boleh beri penjelasan. Terima kasih.

  496. Fiq, waalaikumussalam.

    Maaf, Cg tidak pernah jumpa formula KPGS = Kos Jualan / Stok Akhir.
    Walau apapun yang anda buat, MESTI merujuk kepada cikgu sekolah,…. kerana beliau yang akan menilai hasil kerja kursus anda.

  497. mcm mna nak buat senarai pelarasan cg?

  498. Cikgu macam mana nak buat Imbangan Duga Terselaras?
    Harap cikgu dapat tolong.

  499. Nur Fatin,
    Senaraikan semua item dalam soalan… maklumat (1)…..

    Radi,
    IDT merupakan senarai SEMUA AKAUN … termasuk akaun2 yang terlibat dengan pelarasan.

  500. cg, JUMLAH BILANGAN akaun terselaras dlam IDT ?? dan jumlah IDT..

  501. Aina,

    Bilangan AKAUN terselaras bergantung kepada item2 pelarasan yang anda buat….. mungkin tidak sama dengan orang lain. Begitu juga dengan JUMLAH IDT, nilainya TIDAK SAMA antara satu sama lain… yang penting ianya SEIMBANG.

  502. Cikgu,…tlong perjelaskan lgi cra nk buat pelarasan…

    hrp cikgu dpt tlong..:)

  503. Cikgu .
    Macam mana nak buat lejar selepas membuat pelarasan dan jurnal am ?

  504. dn juga tlong perjelaskan cra nk buat IDT sprti yng ditnya saudara Radi di atas…

    harap jasa baik cikgu skali lgi..:)

  505. Mahali,

    Terdapat beberapa cara untuk sediakan senarai pelarasan tersebut, bergantung kepada penyelarasan di kawasan masing2… (sila rujuk KPN/KPKw)… walau bagaimanapun saya kemukakan salah satunya sebagai rujukan dan panduan .

    Sila KLIK DISINI.

    Manakala penyediaan IDT….. caranya sama menyediakan ID…. (cuba fahami konsep ID itu sendiri)…. kita ada LA sebelum pelarasan ..dan LA selepas pelarasan…. maka SEMUA baki2 AKAUN tersebut perlu dimasukkan dalam IDT.

  506. insurans 2400/12 bulan=200 ada dlam senarai pelarasan betul

  507. Joe,

    Item tersebut boleh dijadikan item pelarasan BELANJA TERDAHULU. Contoh penyataan pelarasan yang boleh digunakan :
    “Insurans yang dibayar pada 1April 2013 adalah untuk tempoh setahun”

    Maka pelajar perlu tunjukkan pengiraan untuk mendapatkan nilai Insurans terdahulu tersebut…. contohnya:
    Insurans terdahulu = RM2400 x 11/12 = RM2 200.

  508. mcm mna nk buat lejar selepas siap pelarasan dan jurnal am?

  509. Aslam & Syakirin,

    Caranya sama mengeposkan Catatan daripada JA ke Lejar biasa.
    Cadangan saya untuk LEJAR PELARASAN, pelajar hanya sediakan akaun yang terlibat dengan pelarasan sahaja secara berpasangan.. bagi menunjukkan kesan pelarasan tersebut ke atas akaun yang terlibat.

  510. Cikgu boleh tak senarai pelarasan saya
    2 item belanja terdahulu : Pengiklanan (Rm100) ,Belanja Am(RM50)
    1 item belanja terdahulu : Kadar bayaran (RM120)
    1 item hasil terakru : No idea

  511. Ramzan,

    Sebaik2nya senarai item tersebut dalam bentuk ayat.. contohnya…. “Kadar bayaran sebanyak RM120 untuk bulan April masih belum dibayar / terakru”.

    Untuk item hasil terakru… boleh wujudkan apa2 item hasil… misalnya.,. Faedah atas simpanan tetap terakru…. Komisen diterima terakru… dan sebagainya.

  512. macam mane nak dpt kan nisbah semasa as/lbt
    = 133135/14014
    = ? : ?
    camne jln kire die nak jdikan ratio

  513. Amirul,

    Dimana 133135/14014 = 9.50
    Maka, Nisbahnya = 9.50 : 1

  514. assalamualaikum, cikgu

    bukan ke jualan dalam belanjawan tunai kita hanya perlu ambil jualan tunai? so,nilai jualan dalam IDT perlu ditolak dengan jualan kredit.. then nilai tu kita bahagikan harga jualan seunit.. unit yang kita dapat tu + 2500 * harga jualan seunit.. untuk kita dapat jualan bulan julai..

  515. Fajar, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, JUALAN -JUALAN KREDIT juga TIDAK TEPAT kerana, sebahagian daripada jualan kredit tersebut telah dijelaskan dalam bulan yang sama… maka itu boleh dikatakan sebagai hasil jualan tunai bulan tersebut juga. Dan sekiranya ingin diasingkan jualan tunai dan jualan kredit, maka suatu anggaran penerimaan daripada PENGHUTANG juga perlu ada.. dengan menyatakan syarat pembayaran kredit yang dikenakan.

    Begitu juga dengan BELIAN, anda perlu kenalpasti berapakah BELIAN TUNAI (… sama juga dengan jualan, tidak boleh ambil BELIAN – BELIAN KREDIT kerana sebahagiannya telah dijelaskan..) dan BELIAN KREDIT….. serta perlu wujudkan anggaran pembayaran kepada PEMIUTANG dengan menyatakan juga syarat pembayaran kredit. …. Jika nak buat sedemikian, boleh teruskan.. tiada masalah.

    Penyediaan Belanjawan tunai tidak seperti menyediakan rekod perakaunan … mesti TEPAT sepertimana merekod urus niaga yang telah berlaku. Cuba fahami betul2 MAKSUD dan TUJUAN penyediaan belanjawan…. serta apakah yang dimaksudkan dengan ANGGARAN PENERIMAAN dan ANGGARAN PEMBAYARAN. ….. ianya ada kelonggaran nak buat secara detail atau secara anggaran kasar sahaja.

  516. Saya telah membuat imbangan duga terselaras tetapi tidak dapat diseimbangkan. Saya tidak tau apa masalah yang timbul di sini. Saya telah membuat susut nilai, hutang lapuk, hutang ragu dan belanja teraktru, belanja terdahulu, hasil terakteu dan kesilapan.

  517. Jess,

    Jika IDT tidak seimbang, kemungkinan besar kesilapan berlaku di sistem catatan bergu dalam lejar pelarasan. Sila pastikan akaun yang terlibat dengan pelarasan mengambilkira baki akaun yang sedia ada sebelum pelarasan. Semak pengiraan baki akhir serta pindahan baki tersebut disebela debit / kredit yang betul.

  518. tempoh kutipan htng kne kali 30 hari ke 365 hari

  519. and belanjawan tunai kene msuk kan semua item ke
    3.a) dlm berape nak anggarkan

  520. Amirul,
    1. Tempoh rekod ialah sebulan… maka cadangan saya x 30 hari…. untuk mengetahui berapa hari dalam sebulan kita kutip hutang.
    2. Semua maklumat yang diberikan mesti diambil kira. Nilai anggaranya bergantung kepada makkunat dalam soalan… dan juga nikai yang ditentukan sendiri oleh pelajar… ikut munasabah…. seperti baki awal Julai, jumlah pinjaman.

  521. Assalamualaikum, cg..
    macam mna nak bgi msuk nlai dalam penyata kos pgeluaran??

  522. Ellina, waalaikumussalam.

    Kenalpasti dahulu item2 yang terlibat dengan Penyata Kos Pengeluaran, yang terdiri daripada Kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhead….. dengan kata lain semua belanja yang terlibat secara langsung dengan pengurusan KILANG… seperti; belian bahan langsung, upah buruh langsung, sewa, insurans, kadar bayaran, balanja am, susut nilai, gaji penyelia….. iaitu hanya ambil NILAI BAHAGIAN KILANG sahaja.

  523. CIKGU, macam mana nak kira TPM? saya sudah siap sehingga kunci kira-kira. tetapi terhenti sebab tak tahu macam mana nak buat TPM,. Harap cikgu dapat membantu saya.tq

  524. salam. terima kasih semua atas pencerahan maklumat yang diberikan. terima kasih cikgu nazuki…

  525. Hayati,

    Sama2.. walau bagaimanapun kena rujuk juga penyelarasan di peringkat negeri masing2.

  526. cikgu , boleh x bagi contoh cara buat lejar selepas pelarasan .
    saya xtahu macam mana nak buat 🙁

  527. Sakinah9750,
    Sila rujuk DISINI.

    Alin,
    Caranya sama dengan, anda poskan catatan dalam Jurnal Am ke Lejar sebelum pelarasan. Contohnya…
    Jurnal Am
    Dt- Susut nilai kenderaan
    Kt- Susut nilai terkumpul kenderaan

    Maka dalam Lejar..
    Ak Susut nilai kenderaan
    Dt- susut nilai terkumpul kenderaan

    Ak Susut nilai terkumpul kenderaan
    Kt- Susut nilai kenderaan.

  528. salam cikgu..formula untuk kira jualan seunit kita akan guna jualan kasar or jualan bersih

  529. Sheila,

    Pada pandangan saya,
    Ikut kehendak soalan 2(a)… pelajar tentukan sendiri Harga Jualan Seunit barangan keluaran mereka… boleh rujuk harga dipasaran sebagai panduan., kemudian baru pelajar dapat kira berapakah KUANTITI barangan bulan April.

    Manakala untuk menentukan nak guna NILAI JUALAN atau NILAI JUALAN – PULANGAN JUALAN dalam menentukan KUANTITI barangan bulan tersebut. Saya gunakan contoh mudah, katakan ;

    Kuantiti barang telah dijual 1000 unit…………. merujuk kepada JUALAN.
    Kuantiti barang yang dipulangkan 100 unit…. merujuk kepada PULANGAN JUALAN.
    Kuantiti jualan bersih ialah 1000-100= 900 unit.
    Berapakah KUANTITI barangan dalam bulan tersebut ? …… 1000 unit / 900 unit…. ?

  530. Mohon bantuan cikgu nrzuki
    berkenaan belanjawan tunai
    soalan (e) Mesin dan peralatan adalah sewa beli daripada Cempaka Machinery berkadar 5% setahun selama 5 tahun…
    betul tak saya kira jumlah bayaran sewa :
    15 000 + (15 000 x 5% x 5 tahun) / 60 = 312.5 sebulan
    kalau salah minta cg perbetulkan..

  531. Saidi,

    Mesin dan peralatan yang dibeli daripada Chempaka Manchinery hanya sebanyak RM12000 (rujuk Jurnal Am,.. RM15000 sudah termasuk belian secara tunai).

    Maka, Bayaran balik = [12000 + (12000 x 5% x 5 tahun)] / 60 bulan = RM250

  532. Salam cikgu..
    Mcmana nak dapatkan jumlah kerja dlm proses awal dan kerja dalam proses akhir?
    Tq cikgu.

  533. Azah,

    Perusahaan BARU ditubuhkan, maka STOK AWAL barang siap, bahan langsung dan KDP adalah SIFAR.

  534. Cikgu , chempaka machinery(CM) bernilai 11750 lepas pelarasan nak masuk dalam Liabiliti bukan semasa KK ka cikgu ? Cikgu saya ckp CM itu liabiliti jangka panjang . saya pon tak faham . harp dapat membantu

  535. Abdul,

    Dalam soalan (maklumat 3(e)) ada menyatakan bahawa Mesin dan peralatan diperoleh secara sewa beli daripada CM ….. selama 5 TAHUN. Ini jelas menunjukkan bahawa hutang CM akan dijelaskan dalam masa 5 TAHUN, maka ianya perlulah dikelaskan sebagai LIABILITI BUKAN SEMASA.

  536. salam…saya ni baru lepas prjumpaan penataran pbs n.sembilan…masalahnye apa yg ditunjukkan makin pening rasanye..
    pelarasan susut nilai kenderaan:
    dt . Susut nilai kenderaan kilang
    Susut nilai kenderaan pejabat
    kt. susut nilai terkumpul kenderaan
    patut ke buat mcm ni..lejar am akan makin banyak la..kenapa lain2 maklumat ni..

  537. bukan itu sahaja..belanja terakru dan terdahulu juga perlu dibuat agihan dalam jurnal am seperti berikut:
    Belanja am terakru rm10 pada bulan april diagihkan kepada kilang dan pejabat 4:1.
    dt. Belanja am terakru kilang rm8
    dt. Belanja am terakru pejabat rm2
    kt. belanja am terakru rm10

    saya rasa mcm ada yg xkene dgn jawapan ni.

  538. Cikgumyra,

    Maaf saya tidak boleh komen apa2 mengenai perkara tersebut, kerana penyelarasan telah dibuat diperingkat negeri masing. Terserahlah kepada kebijaksanaan KPN negeri masing2 memikirkan apakah kesan penyelarasan tersebut ke atas guru dan para pelajar serta perlaksanaan kerja kursus itu sendiri.

  539. cikgu,macam mana nak kira titik pulangan modal?mintak ckgu tolong ajarkan.

  540. Assalamualaikum. Cikgu,kalau saya buat kadar bayaran sebagai belanja terakru,nak kira macam mana?

  541. cikgu macam mana nak buat pelarasan? I needyou help! 🙁

  542. senarai pelarasan … kan .nak buat ayat bagi peruntukan hutang ragu…dan 7 orang pekerja ….

  543. Cikgu…mcm mna nk buat catatan dalam jurnal am…

  544. Amiera,
    Sila rujuk DISINI.

    Opie, waalaikumussalam.
    Anda tetapkan sendiri berapakan nilai yang terakru (belum bayar) tersebut…. Contohnya: Kadar bayaran terakru bagi bulan April sebanyak RM120.

    Gdah,
    Sila rujuk dan dapatkan bimbingan guru anda disekolah, kerana beliau lebih tahu cara yang bagaimana perlu dibuat oleh pelajar kemudian beliau akan memberikan penilaian terhadap hasil kerja anda berdasarkan apa yang telah diajar. …… cara Cg mungkin tidak sama dengan cara guru anda disekolah.

    Joe,
    Contonnya: “Peruntukan hutang ragu diselaraskan 3% atas penghutang bersih.”

    Zaquan,
    Secara umumnya catatan Jurnal Am….. mesti ada catatan DEBIT, KREDIT dan KETERANGAN….. cuba kenal pasti akaun2 yang terlibat, kemudian tentukan akaun mana yang perlu didebitkan dan dikreditkan.

  545. Assalamualaikum, cg..
    terima kasih atas pnerangan yg cg bg.. 🙂

  546. Ellina, waalaikumussalam.
    Sama2, semoga sedikit sebanyak penerangan itu dapat membantu anda.

  547. Assalammualaikum cikgu,

    ada saya dengar kadar pusing ganti stok,stok purata kita kena ambil harga penuh RM 9950 … tapi bukan kena ambil barang siap je ke?

    begitu juga dengan soalan 3b.. bahawa jualan julai dan ogos yang meningkat sebanyak 10%,bukan ogos dan september..

  548. Fajar, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, cuba kita FAHAMI betul2 tujuan dan maksud mencari Kadar pusing ganti stok daripada Penyata Pendapatan.…. ianya bertujuan menilai kekerapan STOK BARANG SIAP ditukar ganti dalam bulan tersebut. Maka STOK PURATA adalah merujuk kepada STOK BARANG SIAP. untuk dibandingkan dengan KOS JUALAN.

    Dan sekiranya kita ingin menilai kekerapan BAHAN LANGSUNG ditukar ganti, maka KPGS bahan langsung akan digunakan, iaitu dengan merujuk kepada Penyata Kos Pengeluaran …formulanya ialah :
    KPGS bahan langsung = Kos bahan langsung digunakan / Stok purata bahan langsung .….. iaitu hanya mengambilkira STOK BAHAN LANGSUNG.

    Adalah TIDAK TEPAT sama sekali, sekiranya menggunakan STOK PURATA ketiga2 jenis stok tersebut untuk membuat penilaian terhadap KPGS BARANG SIAP. Macam mana pula kita nak buat TAFSIRAN terhadap KPGS tersebut… ini kerana kekerapan mengantikan STOK BARANG SIAP dan STOK BAHAN LANGSUNG tidak berlaku serentak dan ianya adalah dua perkara yang BERBEZA.

  549. owh.. bagaimana pula dengan soalan 3b cikgu?

  550. Fajar,

    Jika nak ikut soalan.. jualan bulan JULAI akan melibatkan 2 pengiraan…. pertambahan 2500 unit serta peningkatan 10% daripada bulan sebelumnya…. kemahiran apa yang hendak diuji pelajar sebenarnya ?….. bagaimana pula dengan jualan bulan SEPTEMBER ? ….. adakah meningkat 10% / kekal seperti bulan sebelumnya / tiada sebarang jualan ….. kenapa tidak dinyatakan… ? sedangkan bulan2 sebelumnya ada dinyatakan.

  551. Cikgu nak tanya modal perniagaan jumlah did ialah RM 121000 ataupun kita campus semua RM150000….tiba – tiba confius…TQ

  552. Shal,
    Modal awal / penubuhan merujuk kepada modal yang dibawa masuk pada 1 April 2013… iaitu RM150 000.

  553. Salam….
    saya short dlm rm900 dalam KKK. adakah ini satu keperluan untuk saya buat balik semula pelarasan?

  554. Faau,
    TIDAK perlu buat balik pelarasan… hanya perlu SEMAK dari segi pindahan nilai, pengiraan, operasi…… terlebih dahulu pastikan IDT seimbang.

  555. salam cg,
    -dalam lajur fol setiap akaun yang betul tulis sumber dokumen seperti JA, JB atau LA dari akaun pasangannya.
    -Pelarasan, agih kilang&pejabat dahulu baharu buat terakru terdahulu atau buat terakru terdahulu baharu agih kilang&pejabat.
    harap cg beri penjelasan. tq

  556. JJ,

    Dalam Buku Catatan Pertama (JA, JJ, JB, JPJ, JPB, BT) ruangan FOLIO ditulis LEJAR yang diposkan samada LA, LJ atau LB.
    Manakala dalam LEJAR, ruangan FOLIO ditulis BCP (samada JA, JJ, JB, JPJ, JPB, BT) .. iaitu PUNCA catatan tersebut diperoleh.

    Cadangan Cg, buat catatan pelarasan terakru / terdahulu…terlebih dahulu….. kemudian BAKI selepas pelarasan baru diagihkan antara KILANG dan PEJABAT.

  557. nak tanye, apa format untuk penyata pendapatan after penyata pengeluaran?

  558. adakah betul,
    1)
    Jualan- (Pulangan jualan + diskaun diberi) = X
    Kos pengeluaran – stok brg siap (2300)= Y
    X – Y = UNTUNG KASAR
    Hasil – Belanja = Z
    Untung Kasar – Z = UNTUNG BERSIH

    2) Stok akhir = kos akhir (4450)
    Barang siap = 2300
    KOS PRIMA + KOS OVERHED + Kerja Dalam proses (3200) = Kos Pengeluaran?

    3) adakah stok akhir (4450) = Aset Semasa?

  559. Faau,

    (1) … betul
    (2) Stok akhir bahan langsung = RM4450

    Kos Prima + Kos Overhed + KDP awal (0) – KDP akhir (3200) = Kos Pengeluaran

    (3) Aset semasa:
    Stok akhir barang siap 2300
    Stok akhir bahan langsung 4450
    Stok akhir KDP 3200

  560. Cikgu kunci kira kira saya tak seimbang . Dalam KK susutnilai kena tolak la kan ? Nilai pemiutang 2000 kan ? Simpanan tetap ABS kan cikgu ? Chempaka Machinery LBS kan ? Harap dapat membantu

  561. Amar.

    Terlebih dahulu pastikan IDT telah seimbang. dan SEMUA item2 yang ada dimasukkan dalam
    Penyata Kos Pengeluaran.. Penyata Pendapatan dan KKK.. dalam komponen yang betul.

    Dalam KKK … ABS… kenderaan – susut nilai terkumpul kenderaan. Simpanan tetap tidak dinyatakan tempoh matangnya… maka boleh dikelaskan sebagai AS ataupun ABS (dengan andaian tempoh matang lebih setahun). Chempakan Manchinery jelas lebih setahun… maka LBS.

  562. salam cg,
    saya x reti nak buat ID pelarasan…terlalu byk perkara yg membuatkan saya keliru…tlg saya, please!!!!

  563. Wanie..

    Fahami maksud ID….. iaitu senarai SEMUA baki2 akaun yang ada. Manakala IDT juga sama iaitu senarai semua baki2 akaun yang tidak terlibat dengan pelarasan dan yang terlibat dengan pelarasan… serta akaun2 yang baru wujud semasa pelarasan.

  564. IDT saya sudah seimbang . Tetapi cikgu , dalam IDT kan ada belanja susutnilai . Nila tu nk kena masukkan dalam PP jugak ka ? Habes tu nilai susutnilai kenderaan pejabat, lengkapan pejabat nk masukkan kan jugak kan ? Kena tambah nilai kedua kedua ka cikgu ? T.T

  565. Amar,

    Belanja susut nilai …. masukkan dalam penyata kos pengeluaran (untuk kilang), penyata pendapatan (untuk pejabat), manakala
    Susut nilai terkumpul.… (kilang & pejabat).. masukkan dalam KKK.

  566. cikgu, upah buruh langsung, upah buruh langsung terakru, kadar bayaran kilang,kadar bayaran pejabat, diskaun diterima terakru nak masuk dalam Penyata pendapatan atau kunci kira kira?

  567. Impro46,

    Upah buruh langsung, kadar bayaran kilang, ….. dalam Penyata kos Pengeluaran.
    Kadar bayaran pejabat…… dalam Penyata Pendapatan.
    Upah buruh langsung terakru…. dalam KKK.

    Untuk Diskaun diterima…. TIDAK SESUAI dijadikan item hasil terakru.

  568. Cikgu, sorry again nak tanya…jumlah hari bekerja utk upah buruh langsung kira 30 hari ke atau 24 hari. Thank u

  569. Shal,

    Ianya bergantung kepada anda menetapkan perusahaan anda bekerja 5 hari atau 6 hari seminggu.
    Jika 5 hari seminggu, maka sebulan = 22 hari berkerja
    Jika 6 hari seminggu, maka sebulan = 26 hari bekerja.

  570. Terima ksih cikgu

  571. salam cg..
    jumlah stok akhir di penyata kos pengeluaran ialah
    4450+2300+3200=9950. betul ke?

  572. stok awal di penyata pendapatan 2150+75569 = 77719.
    betul ke cikgu?

  573. Azah,

    Dalam Penyata Kos Pengeluaran ….. hanya Stok Bahan langsung dan KDP sahaja….. tetapi kena asingkan mengikut komponen masing2… bukannya dijumlahkan. ….. sila rujuk format Penyata Kos Pengeluaran dalam buku teks ms 497.

    STOK AWAL ….. ketiga2nya SIFAR kerana perusahaan BARU dimulakan, maka tiada stok daripada bulan sebelumnya.

  574. salam cg.

    nk tanya tentang faedah pinjaman abs untuk 10 thn. Soalan kata tiada faedah untuk thn pertama. Betul tak jika saya buat di dalam belanjawan tunai, hanya masukkan bayaran pokok pinjaman sahaja. Contohnya jlh pinjaman 100000. Jadi bayaran poko utk 10 thn ialah 100000/120 bln= RM833.33

  575. salam cg.

    Dalam imbangan duga terlaras, perlu tunjukkan sekali agihan kos antara pejabat dan kilang ke? cthnya sewa kilang dt dan sewa pejabat dt dll pelarasan

  576. Suriani rashib,

    Dalam mengira BAYARAN BALIK setiap bulan, kita kena kira JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR (iaitu Pinjaman + Jumlah Faedah 9 tahun) dibahagikan 120 bulan.
    Maka, Bayaran balik pinjaman = (100000 + 4% x 100000 x 9 tahun) / 120

    IDT item2 yang perlu ada merujuk kepada BAKI SEMUA AKAUN yang wujud dalam Lejar sebelum dan Lejar selepas Pelarasan.

  577. Cikgu , saya baru selesai KKK . Seimbang . Mcam mana saya nak mulakan pengiraan titik pulang modal cikgu ? Bagaimana nak tentukan harga jualan seunit dan bilangan unit pengeluaran sepertimana dalam soalan ?

  578. cikgu,tolong ajar saya buat rumusan belanjawan dalam folio akaun

  579. saye dah nak siap folio ni tpi saye tggl lagi belanjawan tunai je 3)a,b,c,d,e dah masukkan tp 3)f tu kene masukkan semua ke pembayaran dan penerimaan ke amik sikit je

  580. Amar
    Boleh rujuk komen Cg sebalum ini.

    CHong Zhe,
    RUMUSAN tersebut merujuk kepada rumusan kaseluruhan kerja kursus, bukannya rumusan belanjawan sahaja. Yang berkaitan dengan belanjawan ialah mengemukakan sekurang2nya 2 cadangan peningkatan prestasi jangka panjang perniagaan.

    Ashraf,
    Cadangan Cg, ambil SEMUA item2 yang melibatkan penerimaan dan pembayaran daripada IDT ataupun Akaun penamat anda.

  581. cikgu LA terakhir bila bust lejar ialah LA23 bila buat pelarasan kita kena buat Lejar untuk pelarasan jadi kita continue ke atau mula baru . I mean will it be LA24 or LA1.thank u

  582. Shal,

    LA23 … menunjukkan AKAUN tersebut berada di Halaman / muka surat 23 dalam BUKU LEJAR. Maka apabila kita buka akaun BARU, maka sudah tentu kita akan guna halaman / muka surat SELEPASNYA.
    Oleh itu kita SAMBUNG LA yang sedia ada.

  583. macam mane nak buat ID pelarasan????

  584. Wanie,

    Sila rujuk komen2 sebelum ini. Caranya sama seperti penyediaan ID sebelum pelarasan.

  585. tapi cg, IDT saya masih tak imbang dan terlalu banyak perkara yg saya tak tahu, salah satunya

    * perlu ke belanja terakru, hasil terakru dan belanja terdahulu berada dlm IDT?
    * hutang lapuk dicatat sebelah kt kn?
    * adakah nilai modal perlu diubah?
    * nilai a/k kawalan penghutang perlu ditolak RM 500?

    tq

  586. Wanie.

    SEMUA akaun yang wujud dalam Lejar.. perlu disenaraikan dalam IDT.
    Hutang lapuk adalah BELANJA.. sepatutnya berbaki DEBIT.
    Dalam Ak Kawalan Penghutang.. perlu juga dimasukkan Hutang lapuk 500 … mana2 pelarasan yang melibatkan Penghutang…. sudah semestinya melibatkan Ak Kawalan Penghutang juga.
    Kenapa nak ubah nilai Modal…… hanya rujuk BAKI AKHIR Ak Modal.

  587. Cikgu saya baru nak buat akaun pengeluaran sangat confius takde stok awal dal am soalan kan cikgu? macam mana nak buat cikgu?

  588. Shal,

    Cg cadangkan.. gunakan format yang lengkap… kemudian masukkan nilai bagi STOK AWAL sebagai SIFAR… kerana perusahaan BARU ditubuhkan… baru mula berniaga, jadi tiada stok awal.

  589. Terima kasih cikgu…really very helpful

  590. salam cg..
    tolong semak jawapan saya..
    kos pengeluaran = 36179
    untung bersih = 22361
    kunci kira-kira = 184393
    betul ke jawapan saya ni ?
    ini saya buat berdasarkan panduan yang cg bagi masa taklimat di jambu lawar.

  591. Azah,

    Pastikan KKK seimbang….. Nilainya tidak semestinya sama diantara setiap pelajar.

  592. KKK saya tidak seimbang..mcmana ni cg?

  593. Azah,
    Adakah IDT telah SEIMBANG ?
    Jika tidak, maka kesilapannya mungkin pada catatan pada lejar pelarasan.
    Jika seimbang, maka kesilapannya mungkin pada pindahan ke Ak Penamat & KKK, amaun, pengiraan atau operasi .

  594. IDT saya seimbang.
    Tp KKK saya tak imbang. Sy dh cuba semak semula tp xjumpa jg k mana silapnya.

  595. Azah,
    Berapakah nilai perbezaan tersebut ?
    # sila semak PM di FB cikgu.

  596. cg,
    untuk belanjawan tunai , belanja pengiklanan perlu wujud ke? setiap bulan ?
    thank you

  597. Sasa,
    Belanja2 yang sedia ada boleh juga dimasukkan dalam Belanjawan tunai sebagai item anggaran pembayaran.. seperti … belanja am, kadar bayaran, gaji, pengiklanan, sewa,, belian, alat tulis .dll ….. dengan andaian dibayar setiap bulan.

  598. cg,
    perlu ke komisen diterima, angkutan masuk yg tersalah catat nilai dan ambilan tidak direkod dalam mana2 akaun dicatat dlm buku tunai?

  599. Wanie,

    Buku tunai HANYA merekodkan urus niaga yang melibatkan TUNAI ataupun BANK sahaja.
    Sekiranya item pelarasan tersebut melibatkan tunai / bank… maka ianya perlu dicatatkan dalam buku tunai. Jika sebaliknya…. tidak perlu.

  600. akhirnya IDT saya imbang juga, terima kasih cg

  601. Assalamualaikum, cg..
    Berapa nilai stok akhir dalam penyata kos pengeluaran?

  602. Ellina.. waalaikumussalam.
    Dalam soalan… Stok akhir.. HARGA KOS … sebenarnya merujuk kepada Stok akhir bahan langsung untuk Penyata Kos Pengeluaran.

  603. Bagaimana pula dengan nilai stok akhir barang siap dalam penyata pendapatan? Adakah nilainya sama dengan stok akhir bahan langsung dalam penyata kos pengeluaran?

  604. Ellina,

    Stok akhir… bahan langsung & KDP…… masukkan dalam Penyata Kos Pengeluaran.
    Stok akhir barang siap….. masukkan dalam Penyata Pendapatan.

    Nilai ketiga2 stok akhir tersebut.. ada dinyatakan dalam soalan.

  605. Terima kasih, cg.. 🙂

  606. cikgu sy tidak berapa faham cara-2 membuat belanjawan tunai . Boleh cikgu nyatakan apa yg perlu sy catatkan dalam penerimaan dan pembayaran ?

    adakah markah kerja kursus membawa markah yg banyak daripada kerja kursus berkomputer ?

  607. Fatin,
    Sebahagian item2 anggaran penerimaan dan pembayaran ada dikumukakan dalam soalan… seperti baki awal, jualan, pinjaman.. bayaran balik pinjaman, faedah simpanan tetap… bayaran ansuran sewa beli… manakala item2 lain berdasarkan item2 lain yang terdapat dalam penyata kos pengeluaran dan penyata pendapatan yang telah disediakan.

    Markah untuk penggunaan ICT tidak banyak… dan untuk layak A bagi elemen ict… pelajar perlu sediakan sekurang2nya 15 elemen daripada jumlah elemen keseluruhan..,.. sila rujuk buku panduan penilaian skor dan pelaksanann projek.

  608. Cikgu, boleh bagi jawapan Lejar? Saya sudah buat tapi tidak pasti ada berapa Lejar. Terima Kasih Cikgu.

  609. CG..camna nak wt blnjawan tunai

  610. Phyllis,
    Bilangan lejar dan bakinya kemunhkinan besar tidak sama antara pelajar… ianya bergantung kepada item2 pelarasan yang dibuat.

    Anies ieykah,
    Boleh rujuk contoh penyediaan belanjawan tunai dalam buku teks sebagai panduan.

  611. oh ya cg..snarai blnjawan tunai brdasarkn soaln ek?

  612. Anies Ieykah

    Sebahagian item2 anggaran penerimaan dan pembayaran ada dikumukakan dalam soalan… seperti baki awal, jualan, pinjaman.. bayaran balik pinjaman, faedah simpanan tetap… bayaran ansuran sewa beli… manakala item2 lain berdasarkan item2 lain yang terdapat dalam penyata kos pengeluaran dan penyata pendapatan yang telah anda disediakan.

  613. salam…
    belanja terakru dan terdahulu ni akaunnye kene tutup ikut buku teks ke? pindh ke ak untung rugi?

  614. Cikgumyra,

    Cadangan saya, kita ikut KITARAN PERAKAUNAN… iaitu IMBANGKAN AKAUN … dengan BAKI H/B dan BAKI B/B. Daripada baki2… baru boleh sediakan ID.

    # Imbangkan Akaun dan Tutup Akaun adalah 2 perkara yang berbeza.

  615. cg..jumlah baki tunai bg bulan julai nak mbek dkat mna..

  616. Anies Ieykah,

    Berdasarkan baki pada bulan April, kita buat andaian sendiri nilai untuk bulan Julai.

  617. salam..tq menjwb soaan saya..saya ni masih ximbang ID Terselaras ni. Saya cuma nak tanya istilah yg sesuai nak agihkan gaji kepada kerani pejabat dan penyelia kilang. Boleh ke kite tukarkan kepada Gaji Kerani Pejabat @ Gaji @ Kerani Pejabat? yg mana sesuai?

  618. satu lg saya nk tanya. dalam kkk kite ada pemiutang yg diambil dr ak kawalan dan satu lg dr cempaka machinery…adakah boleh dicampur terus atau dibuat asing2.

  619. cikgumyra,

    Cadangan saya….. Gaji kerani pejabat. & Gaji penyelia kilang.

    Asingkan PEMIUTANG …. LS
    CHEMPAKA MANCHINARY …. LBS

  620. salam cikgu..saya nak tanya mengenai maklumat tambahan belanjawan tunai yang berkaitan dengan jualan..
    jualan bulan Jun kita hanya anggarkan sahaja ker? pada bulan julai meningkat 2500 unit beserta jualan meningkat 10% bermaksud 2 kali peningkatan..
    betul x kalau pelajar saya buat..
    andaian jualan jun 6250 x RM12 = 75 000
    julan jun 6250+2500 =8750 x RM12= 105 000 x 10% = 115 500 (jualan Julai)…

  621. ok mekasih,, saya ada keliru sket ni. adakah Aset Semasa kite boleh masukkan stok akhir brg siap, stok akhir kdp dan stok akhir bahan langsung.

  622. assalamualaikum cg,

    selepas membuat IDT, kita kena buat Penyata Pendapatan kan?
    habis tu berapakah nilai stok awal dan stok akhir?

  623. Sheila,
    Semasa mengira TPM pada bulan April… kita sudah ketahui KUANTITI pada bulan tersebut…. dan telah dinyatakan dalam soalan bahawa jualan bulan Mei dan Jun tidak berubah ….. maksudnya SAMA kuantiti bulan April…. seterusnya jualan bulan Julai meningkat 2500 unit… maka boleh cari JUALAN untuk bulan Julai…. Ogos….. September.

    Cikgumyra,
    Ya ketiga2 stok akhir tersebut merupakan AS.

    Wanie,
    Selepas IDT, sediakan Penyata Kos Pengeluaran, Penyata Pendapatan, KKK. Nilai STOK AWAL = 0 kerana perusahaan BARU ditubuhkan, maka tiada stok awal. Manakaka nilai STOK AKHIR telah dinyatakan dalam soalan.

  624. salam ckg
    apa itu imbangan duga
    saya lemah di bahagian situ
    tolong sye mcm ne nk bgi imbang duga tersebut

  625. Rayana,

    Sila fahami maksud dan tujuan penyediaan Imbangan Duga,….. boleh rujuk buku teks.
    Keseimbangan ID bergantung kepada sistem catatan bergu yang disediakan sebelumnya. Jika ID tidak seimbang, maka sila semak sistem catatan bergu dalam Lejar selepas pelarasan anda. Sila rujuk guru sekolah untuk tujuan semakan dan dapatkan bimbingan daripada beliau.

  626. cg,

    macam mana nak sediakan penyata kos pengeluaran? dokumen apakah yang perlu dirujuk?
    macam mana nak tahu jawapan bagi penyata tersebut itu betul?
    adakah semua item bagi penyata tersebut adalah item bagi a/c pengeluaran?

    tq

  627. terima kasih cikgu
    tpi sye memang lemah di bahagian situ.
    ckg,
    debit tu masuk manakala kredit tu keluar kan??

  628. Wanie,
    Semua item dalam IDT akan dimasukkan sama ada dalam Penyata Kos Pengeluaran, Penyata Pendaparan atau KKK. Mana2 belanja yang melibatkan KILANG …. perlu dimasukkan dalam Penyata Kos Pengeluaran…. sila rujuk format dalam buku teks ms 497.

    Rayanna,
    Bagi Akaun TUNAI dan BANK… betul.. DEBIT bagi merekodkan wang masuk, manakala KREDIT untuk wang keluar. Bab tersebut sangat penting … itulah ASAS kepada ilmu perakaunan, iaitu berkaitan dengan SISTEM CATATAN BERGU. …… sila dapatkan tunjukajar daripada guru sekolah… selalulah berjumpa dan bertanya beliau.

  629. baik cikgu
    tpi kalau imbangan duga selau buat latihan??

  630. salam cg..
    untuk tpm dlm unit , kalau dapat perpuluhan boleh terima atau perlu cari sehingga tiada perpuluhan?

  631. Cg Shuhada,

    Pada pandangan saya, ianya bergantung kepada UNIT barangan tersebut…, jika dalam unit Kilogram dan seumpamanya…. maka TPM boleh dalam perpuluhan. Manakala jika dalam unit BOTOL, BUNGKUS dan seumpamanya.. maka nilai tersebut dibundarkan kepada unit yang hampir.

  632. Salam cg…..

    Saya nak tanya tentang jualan dalam belanjawan tunai
    Jualan dalam bulan Julai meningkat sebanyak 2500.
    Jualan bagi bulan ogos dan september meningkat sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya iaitu dari bulan Julai.
    Adakah jualan bulan Ogos dan September sama ataupun jualan bagi bulan ogos naik 10% dari bulan julai manakala jualan september naik 10% dari bulan ogos.

    Terima kasih

  633. Cg Nurul.

    Berdasarkan …. “meningkat sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya”…. bermaksud Jualan Ogos meningkat 10% daripada Julai, dan Jualan September meningkat 10% daripada bulan Ogos.

  634. Salam cikgu..
    Nak cek item-item bagi belanjawan tunai ni kut ada pembetulan.

    Penerimaan
    Jualan (b)
    Pinjaman (c)
    Faedah atas simpanan tetap (d)

    Pembayaran
    Belian
    Sewa
    Insurans
    Alat tulis
    Belanja Am
    Gaji
    Upah
    Pengiklanan
    Kadar bayaran
    Bayaran balik pinjaman (c)
    Sewa beli mesin & peralatan (e)
    Faedah sewa beli mesin & peralatan (e)

    terima kasih dahulu

  635. Muni,

    Angkutan masuk juga boleh dijadikan ITEM PEMBAYARAN.

  636. cg mcm mne nak buat pelarasan dua item belanja trakru, satu item belanja trdahulu dan satu hasil terakru?
    tlong ye cg pening cg saye ajar…

  637. Azreemie,

    Berdasarkan item2 HASIL dan BELANJA yang sedia ada atau item BARU.. boleh dijadikan Item terakru dan terdahulu..
    Contohnya:
    Item Belanja Terakru – Kadar bayaran terakru, Pengiklanan terakru, Upah buruh langsung terakru, Sewa terakru, Belanja am terakru dll….
    Item Belanja Terdahulu – Insurans terdahulu, Pengiklanan terdahulu, Sewa terdahulu dll..
    Itemn Hasil Terakru – Faedah simpanan terakru, Komisen diterima terakru dll..

  638. Assalamualaikum,

    cg.Narzuki nak tanya jika (lejar) akaun diskaun diterima, ak.diskaun diberi, ak.pulangan, saya letak nama pembeli atau pembekal dalam akaun tersebut bukan pelbagai penghutang/ pelbagai pemiutang… adakah ia menjadi kesalahan? yg menjejaskan markah?

    tq

  639. Almy, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Ya menjadi kesalahan jika diletakkan nama2 penghutang atau pemiutang… ini kerana akaun2 tersebut diposkan ke lejar pada AKHIR BULAN iaitu 30 April… iaitu merujuk kepada JUMLAH masing2, maka butir yang tepat ialah PELBAGAI PENGHUTANG / PELBAGAI PEMIUTANG.

  640. baki awal tunai dalam belanjawan tunai adakah kita hanya ambil baki tunai dalam kunci kira2 sahaja? bukan baki tunai + baki bank ?

    tq cikgu

  641. Almy,

    Baki TUNAI dalam Belanjawan tunai merujuk kepada Wang Tunai Ditangan dan Wang Tunai Dibank.

  642. salam..
    cg,chempaka machinery tu pemiutang ke bukan?sbb dlm folio LA..

  643. Cg Shuhada,

    Ianya pemiutang BUKAN barang niaga…. maka dicatatkan dalam LEJAR AM.
    Hanya pemiutang BARANG NIAGA sahaja dicatatkan dalam JURNAL BELIAN dan diposkan ke LEJAR BELIAN.

  644. salam cg. Dalam belanjawan tunai, perlu tak tunjukkan agihan kos kilang dan pejabat dalam item pembayaran setiap bulan?

  645. Suriani,

    Pada pandangan saya, kedua2 boleh digunakan……sama ada nak asingkan ataupun satukan, ini kerana kesan terhadap aliran keluar tunai dan baki akhir tunai tetap sama.

  646. cg narzuki,
    maknanya stok akhir bahan mentah, kerja dlm proses dan barang siap tak perlu dicatat dalam Penyata Pengeluaran?

  647. Wanie,
    Stok akhir bahan langsung dan KDP akhir.…. perlu dimasukkan dalam Penyata Kos Pengeluaran & KKK : AS.
    Manakala stok akhir barang siap … dimasukkan dalam Penyata Pendapatan & KKK : AS.

  648. terima kasih cg atas jwpn..
    maknanya,dalam kunci kira-kira,angka pemiutang dan chempaka machinery tu berasingan?
    tq in advance…

  649. Cg Shuhada,

    Pada pandangan saya, YA perlu diasingkan.. dan Chempaka Machinery perlu dikelaskan sebagai LBS kerana tempoh bayaran balik melebihi 1 tahun.

  650. ok ckgu..
    terima kasih banyak2…

  651. Salam sejahtera cgu,

    Camna nak buat cdgn meningkatkan prestasi semasa & jpg tu. Apa yang jadi rujukkan tu.. & rumusan tu macam mana.

  652. Muni,

    Pada pandangan saya,
    Cadangan peningkatan prestasi semasa .. merujuk kepada dapatan daripada Akaun Penamat, KKK, Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan. Manakala cadangan perancangan jangka panjang .. merujuk kepada Belanjawan tunai. Rumusan pula merupakan RINGKASAN keseluruahan tugasan tersebut…. antaranya pencapaian semasa prestasi perniagaan, cadangan jangka pendek dan jangka panjang seterusnya sedikit penutup.

  653. cg, selepas membuat kkk, seterusnya apa?

  654. Wanie,

    Selepas sediakan KKK – TITIK PULANG MODAL – ANALISIS & TAFSIRAN NISBAH ……
    Elemen2 yang perlu disediakan lebih detail …boleh dirujuk dalam soalan dan buku panduan pelaksanaan dan penilaian projek.

  655. macam mana nak buat TPM dan Analisis & Tafsiran Nisbah???

  656. Wanie,

    TPM boleh rujuk DISINI (klik).. manakala analisis dan tafsiran rujuk buku teks ms 535….. serta baca komen2 yang berkaitan sebelum ini.

  657. ckgu tlg cmne nk buat belnjwan tunai,,,,sye xfhm la

  658. tlg ajarkn ek,,folio dh nk siap tpi buntu xreti nk buat

  659. Irah,

    Sebagai panduan, boleh rujuk DISINI..(klik)

  660. tolong ajarkan mcm mana nk buat cadangan meningkatkan prestasi perniagaan

  661. Siti Maisarah,

    Cadangan peningkatan jangka pendek yang dikemukakan hendaklah merujuk kepada dapatan daripada Akaun Penamat, KKK dan Analisis penyata kewangan yang telah anda isediakan.. cuba kenalpasti prestasi semasa perniagaan anda, kemudian fikirkan apakah langkah2 yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi pencapaian / prestasi …. ataupun hasil jualan anda. Cuba fokuskan cadangan2 tersebut kepada KELUARAN, HARGA, PROMOSI dan TEMPAT.

  662. Cikgu, nak tanya regarding the Kos Pengeluaran, Stok awal memang TIADA, stok akhir bahan langsung cuma RM4450 iaitu yang dinyatakan dalam harga kos ke?. Dan stok akhir bagi barang siap masuk PP ?. Stok akhir kerja dalam proses iaitu RM 3200 kita tulis kat akhir Kos Pengeluaran kan cikgu. Lepas kita tolak baru kita dapat jawapan kos pengeluaran kan? Nak check cikgu tiba tiba blur sgt..Terima kasih cikgu

  663. Shal, ….
    YA saya setuju dengan penyataan tersebut..

  664. Cikgu , bagi diskaun diberi kita tolak kat jualan, bagi diskaun diterima, adakah ianya ditolak daripada Kos pengeluaran iaitu sebum menolak dengan stok akhir barang siap. Terima kasih cikgu

  665. CIkgu bila kita buat KKK contohnya Lengkapan RM12000 kita tolak susut nilai terkumpul lengkapan bhgn kilang dan pejabat boleh tak kita gabung kedua duanya dan jadikannya seperti ini
    Lengkapan RM12000
    (-) SNT RM 100
    RM11900
    Betul ke cikgu?

  666. Deposit kadar bayaran ialah asset semasa kan cikgu?.Sorry cikgu last minute banyak doubt

  667. Shal.

    Jualan (-) Diskaun diberi ……. dalam Penyata Pendapatan
    Belian (-) Diskaun diterima ….. dalam Penyata Kos Pengeluaran

    YA…. kita gabungkan.. ini kerana Lengkapan itu sendiri digabungkan antara Kilang dan Pejabat.

    Deposit kadar bayaran — AS.

  668. salam…cikgu,untuk kira kpgs’stok purata RM2300/2 ke?
    bagi pengiraan TPM…unit jualan=Jualan bersih/harga jualan seunit…atau ambil nilai jualan RM61600? terima kasih

  669. Cikguzai,
    Pada pandangan saya, kita ambil stok purata barang siap iaitu 2300/2. Manakala UNIT JUALAN = JUALAN / HARGA JUAL SEUNIT…. iaitu jualan RM61600.

  670. salam cikgu,
    Btl kah baki akhir susut nilai kenderaan = RM 2 600 dan susut nilai terkumpul kenderaan = RM 2 816 ?

  671. saya agak keliru dgn cara pengiraan susut nilai atas kos dan baki berkurang yg dinyatakan di dlm soalan.
    Boleh cikgu tlg explain kan ?

  672. Nur,

    Kaedah atas kos / garis lurus : SN = k% x Nilai kos Aset
    Kaedah baki berkurangan ; SN = k% x (Nilai kos aset -SNT)… dimana SNT = 0 kerana perusahaam baru mula.
    … Formula tersebut adalah untuk SETAHUN, oleh kerana rekod perakaunan hanya untuk SEBULAN, maka perlu diselaraskan untuk sebulan dengan x 1/12….. dalam kes baru mula nilai SN dan SNT mesti sama.

  673. salam..cg

    dlm blnjawan tunai kn ad belian tunai dgn belian kredit…kat mne nk amik belian tunai dgn belian kredit?

  674. Ayuni,
    Ada beberapa tempat kita boleh dapatkan nilai2 tersebut.. sana ada di Buku tunai dan jurnal belian …. ataupun rujuk di sebalah KREDIT Ak Kawalan Pemiutang…. butir “tunai” & “bank” utk BELIAN TUNAI, butir “pelbagai pemiutang” untuk BELIAN KREDIT.

  675. blnjwan tunai dl soalan 3(a)- baki awal tunai pada 1julai2013 dijangka berjumlah rm_________

    cg….kt mne nk dpatkan nilai trsebut?

  676. satu lg cg…
    andaikn jualan tunai bln ogos
    rm38786 +(rm38786x10%) = rm42664.6

    utk pngiraan bln strusnya, adkh sy prlu ambil nilai rm42664.6 atau prlu sy bundarkn dgn mngmbil nilai rm42664 sahaja?

  677. cg..sy keliru dgn pengiraan jualan kredit dan jualan tunai

    cth : jualan tunai bln julai = jualn tunai bulan april + (pertmbahan unit jualan x harga jualan )

    sy kne gne cre pengiraan jualan tunai yg sme utk pngiraan jualan kredit?
    mohon pnerangan dr cg….

  678. Ayuni,

    Nilai BAKI AWAL bulan Julai boleh tentukan sendiri….. asalkan munasabah berdasarkan baki pada akhir bulan April.

    Cadangan cg, Bundarkan untuk bulan Ogos … kemudian kira nilai pada bulan September dengan kenaikkan 10% daripada nilai tersebut.


  679. Cg Narzuki:

    Nur,
    Kaedah atas kos / garis lurus : SN = k% x Nilai kos Aset
    Kaedah baki berkurangan ; SN = k% x (Nilai kos aset -SNT)… dimana SNT = 0 kerana perusahaam baru mula.
    … Formula tersebut adalah untuk SETAHUN, oleh kerana rekod perakaunan hanya untuk SEBULAN, maka perlu diselaraskan untuk sebulan dengan x 1/12….. dalam kes baru mula nilai SN dan SNT mesti sama.

    Jadi maknya nanti apabila dkt Imbangan duga terselaras, baki susut nilai dan susut nilai terkumpul adalah sama di sebelah dt dan kt ye cikgu ?

  680. Nur,
    Sepatutnya SAMA.

  681. cikgu lagi satu macam mana nak dapatkan stok awal barang siap ? yg kat soalan just bagi stok akhir barang siap.
    terima kasih

  682. assalam..
    cikgu…
    1)dalam belanjawan tunai soalan 3 (b) dikira utk jualan tunai atau jualan kredit? jika utk jualan tunai..mcm mne pula pngiraan tuk jualan kredit?
    2)soalan 3 (f) lain2 anggaran penerimaan dan pembayaran berdasarkan rekod sedia ada..
    mksudnye wujudkn blnjwan yg lain sperti belian kredit, belian tunai…angkutan masuk..dll…btulkn cikgu?

    saya kurang faham la tntng mklumat utk blnjwan tunai ni….harap penjelasan dr cikgu..terima kasih..

  683. Kila, waalaikumussalam

    Pada pandangan Cg,
    Item JUALAN…. terdapat beberapa kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan bersadarkan andaian masing2.. jadi adalah lenih baik rujuk kepada guru sekolah masing2 pendekatan mana yang yang perlu digunakan kerana beliau yang akan menyemak hasil kerja kursus anda berdasarkan kepada apa yang telah mereka ajarkan. Antara pendekatan yang boleh digunakan berdasarkan andaian berikut:
    1. Andaikan Semua jualan adalah jualan tunai ….. tidak wujud jualan kredit.
    2. Andaikan jualan tunai dan jualan kredit diagihkan mengikut peratusan tertentu (misalnya ditetapkan 70% tunai, 30% kredit) dan tetapkan tempoh kredit. (Misalnya sebulan)
    3. Kira peratusan agihan antara jualan tunai dan jualan kredit berdasarkan nilai2 / baki2 daripada rekod perakaunan sedia ada.
    # sila rujuk guru sekolah masing2, berhubung perkara tersebut.

    Manakala… 3(f).. bermaksud item2 penerimaan dan pembayaran yang lain boleh dirujuk kepada rekod sedia ada… misalnya sewa, kadar bayaran, belanja am, pengiklanan dll…. boleh dijadikan item2 pembayaran… dengan Andaian2 sendiri….. seperti .. ianya tetap/sama pada setiap bulan …. atau meningkat setiap bulan dengan peratusan tertentu dan sebagainya.

  684. As salam , cg .
    PHR yang dikira perlu didarab dgn 1/12 kea ?
    adakah PHR yang dikira untuk setahun .?

  685. contoh : Penghutang bersih = RM 18 700 – RM 500
    = RM 18 200

    Peruntukan Hutang Ragu = RM 18 200 x 2 %
    = RM 364

    jadi amaun yang perlu dimasukkan dalam PP dan KKK berapa ? RM 364 atau amaun setelah didarab 1/12 ?

  686. Natasha,

    PHR telah diselaraskan atas PENGHUTANG.. maka ianya tidak perlu x 1/12…. kerana baki penghutang tersebut adalah untuk sebulan. Ianya tidak sama dengan kadar susut nilai / faedah yang ditetapkan k% SETAHUN.. itulah sebabnya perlu x 1/12.
    Nilai Hutang Ragu RM364 – dalam Penyata Pendapatan, nilsi PHR RM364 – dalam KKK.

  687. saya tak tahu bgaimana hendak buat projek 2013

  688. Shabreena,

    Tugasan kerja kursus ini perlu dibuat sendiri.. tetapi dengan bimbingan dan tunjukajar pentaksir sekolah iaitu guru sekolah anda secara berperingkat sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan yang ditetapkan. Jika ada masalah sila berhubung dengan guru sekolah terlebih dahulu untuk dapatkan bimbingan dan tunjukajar daripada beliau, kerana itulah peranan yang harus dimainkan oleh beliau bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. Dan beliau akan menilai hasil kerja anda berdasarkan apa yang telah beliau ajarkan.

  689. salam cikgu,
    macam mana nak kira sewa, insurans, kadar byran dan belanja am dalam penyata kos pengeluaran yg tlh diberi nisbah 4:1 bagi kilang dan pejabat. adakah perlu saya darabkan 4/5 dengan jumlah di imbangan duga TIDAK SELARAS atau adakah saya perlu darabkan dengan imbangan duga SELARAS ??

  690. Dash,

    Cuba perhatikan urutan dalam Kitaran Perakaunan : …….. ID – Pelarasan – IDT – Ak Penamat & KKK….
    Maka nilai yang TELAH DISELARASKAN (rujuk IDT) perlu diagihkan antara Kilang dan Pejabat.

  691. oh , terima kasih cikgu ~

  692. cikgu nak tanya sewa beli utk beli mesin dan peralatan ialah 4 % selama 5 tahun. jadi 15 000 x 4% x 5 tahun = 300. mengapa bulan april dalam akaun chempaka baru tulis 250?

  693. Limkalis,
    Beli mesin dan peralatan secara sewa beli merujuk kepada urusniaga pada 1 April iaitu RM12000. Beli secara tunai RM3000 tidak terlibat.

  694. cikgu mcm mana nk kira kos overhed bagi gaji pengurus kilang ?
    5 pekerja pengeluaran X RM 45 X 30 hari (utk bulan april) ?

  695. Utk pengiraan kos overhed: sewa, insurans. kadar bayaran dan belanja am perlu diambik drpd ID sebelum pelarasan atau selepas pelarasan ?

  696. Nur,

    5 pekerja pengaluaran ….. berkaitan dengan UPAH BURUH LANGSUNG. Manakala 1 orang pekerja pengurusan – penyelian kilang dengan gaji RM1200…. dimasukkan dalam KOS OVERHED.

    Item2 yang terlibat dengan agihan antara Kilang dan Pejabat adalah merujuk kepada amaun daripada IDT….. iaitu selepas pelarasan.

  697. Salam cikgu, bagaimanakah cara pengiraan penyata pendapatan ? adakah kita perlu kira mcm biasa utk cari untung bersih atau cari untung kasar shj seperti di buku teks m/s 497 ?

  698. cikgu dalam penyata pendapatan terdapat berapa bilangan belanja?

  699. salam cikgu. adakah jenis perniagaan bg perusahaan pemprosesan makanan ini milikan tunggal?

  700. Sya,
    Sediakan dengan lengkap… sampai UNTUNG BERSIH.

    Ainaa,
    Bilangan item hasil dan belanja bergantung kepada item2 pelarasan masing2.

    Sayabudakakaun,
    Ya…… MILIKAN TUNGGAL.

  701. salam cikgu,
    yang deposit sewa, deposit kadar bayaran tu kan nk masuk dalam mana ek ? dalam penyata kos pengeluaran atau penyata pendapatan atau kunci kira-kira ?
    terima kasih 🙂

  702. Dash,

    Kedua2 DEPOSIT dikelaskan sebagai ASAT SEMASA dalam KKK.

  703. cikgu, yg stok akhir tu perlu x dicatatkan dalam senarai pelarasan?

  704. cikgu , ada x contoh pelarasan 2013 ni ? saya xberapa nk faham . tolong ye cikgu :'(

  705. Slm cikgu, utk kunci kira2 bahagian penghutang dan pemiutang perlu ambil di dkt akaun kawalan ke atau cari dkt imbangan duga terselaras ?

  706. Sayabusakakaun,
    Stok akhir tersebut ….perlu juga disenaraikan dalam senarai tersebut.

    Alin,
    Sila rujuk guru sekolah… kerana kemungkinanan semuanya telah diselaraskan sama ada diperingkat sekolah…. ppd …. atau negeri masing2.

    Ss,
    Baki Ak Kawalan Penghutang dan Pemiutang… perlu dimasukkan salam IDT. Maka kedua2 sumber tersebut akan memberikan nilai yang sama.

  707. assalamualaikum cikgu…
    disekolah saya..cikgu saya x ajar mcm mana nak buat kerja kursus nie…blh x cikgu ajar??

  708. Syafika, waalaikumussalam.

    Menjadi tanggungjawab guru sekolah untuk membimbing dan memberi tunjukajar kepada pelajar masing2 semasa proses pelaksanaan tugasan tersebut. Sila kemukakan masalah anda kepada Penolong Kanan Pentadbiran sekolah anda, kerana beliau merupakan Ketua Pentaksir Sekolah anda …. yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan semua kerja kursus berjalan lancar.

    Cuba baca soal jawab diatas… kemudian tanya apa2 yang masih musykil, inshaaAllah cg cuba bantu.

  709. Salam, nak minta cikgu check kan akaun kawalan betul atau tidak

    Akaun Penghutang:
    Sebelah dt:
    Baki b/b (18 200)
    Jualan (61 600)
    Sebelah kt:
    Bank (31 286)
    Diskaun diberi (714)
    Pulangan jualan (900)
    Hutang lapuk (1000)

    Akaun Pemiutang:
    Sebelah dt:
    Bank (11 567)
    Pulangan belian (550)
    Diskaun diterima (333)
    Sebelah kt:
    Baki b/b (14 250)
    Belian (14200)

    Ada apa2 kesalahan tk cikgu ? atau ketinggalan ? Terima kasih krn menolong 🙂


  710. Cg Narzuki:

    Nur,
    5 pekerja pengaluaran ….. berkaitan dengan UPAH BURUH LANGSUNG. Manakala 1 orang pekerja pengurusan – penyelian kilang dengan gaji RM1200…. dimasukkan dalam KOS OVERHED.
    Item2 yang terlibat dengan agihan antara Kilang dan Pejabat adalah merujuk kepada amaun daripada IDT….. iaitu selepas pelarasan.

    Jadi gaji utk penyelia kilang sebanyak RM 1200 di mskkan ke kos overhed ?
    Utk 1 org lg pekerja pengurusan msk mana ye cikgu ?

  711. Sya,

    Ak kawalan pemiutang.
    1. Belian …. rujuk jurnal belian.. iaitu belian kredit.
    2. Bank … sepatutnya 11317….. bayaran 250 kpd chempaka tidak terlibat.

    Ak kawalan penghutang,
    1. Baki bb 18200 … sepatutnya baki akhir… bukan baki awal.
    2. Jualan … merujuk kpd jualan kredit ….rujuk jurnal jualan.
    3. Hutang lapuk ….. sepatutnya rm500.

  712. Salam cikgu, nk minta cikgu check kan penyata kos pengeluaran

    Belian bahan langsung (32 200)
    (+) Angkutan masuk (80)
    (-) Stok akhir bahan langsung (4 450)
    (+) upah buruh langsung (4 500)

    dapat jumlah kos prima = RM 32 330

    kos overhed kilang:
    SN kenderaan (108)
    Sn lengkapan (50)
    SN mesin dan peralatan (250)
    Sewa (1 640)
    Kadar bayaran (3 200)
    Insurans (480)
    belanja am (96)
    gaji penyelia kilang (1 200)

    kemudian, jumlah kos overhed kilang – kerja dlm proses (3 200) = kos pengeluaran

    Btl tk cikgu ? mohon ckgu btl kan jika ada kesalahan

  713. Ss,

    Pada pandangan Cg…. 2 item lagi perlu ditambah.
    Belian
    (-) pulangan belian
    (-) diskaun diterima

  714. cikgu, utk penyata pendapatan bahagian belanja:

    1) susut nilai mesin dan peralatan utk bahagian pejabat tiada, jadi kita tak perlu ltk nilai kan ?

    2) nilai gaji kita perlu ambik di mana ye ? bahagian IDT atau gaji pekerja pengerusan, RM 1200 ?

  715. Terima kasih krn sudi menolong saya cikgu 😀

  716. Ss,

    1. YA.
    2. RM1200 …. gaji kerani pejabat.

  717. 1) Harap cikgu boleh semakkan utk PP bahagian hasil dan belanja. Takut saya ada tersalah ltk

    Hasil
    Komisen diterima
    Faedah simpanan tetap
    diskaun diterima
    insurans (Insurans sy terltk di sebelh kt dlm IDT)

    Belanja
    SN Kenderaan
    SN lengkapan
    sewa
    kdr byrn
    belanja am
    alat tulis
    pengiklanan
    gaji
    HL
    diskaun diberi
    PHR

    2) utk bahagian hasil kita perlu ambik sebelah kt IDT dan utk belanja kita perlu ambik sebelh dt IDT kan cikgu ?
    Terima kasih.

  718. Sya,

    1. Mengikut format dalam buku teks….. diskaun diberi dan diskaun diterima dikelaskan sebagai AKAUN KONTRA….. iaitu Jualan (-) pulangan jualan (-) diskaun diberi… manakala Belian (-) pulangan belian (-) diskaun diterima.
    Ak Insuran adalah BELANJA…. sepatutnya berbaki DEBIT.

    2. Secara asasnya YA.

  719. kalau stok akhir perlu disenaraikan dlm senarai pelarasan, apakah nilai bg stok akhir tersebut cikgu?

  720. cikgu, dalam jurnal am utk yg pelarasan tu, letak jumlah susut nilai kenderaan RM206 atau agihkan terus seperti susut nilai kenderaan kilang RM108 dan susut nilai kenderaan pejabat RM108 ?

  721. Sayabudakakaun,

    1. Nilai2 Stok akhir telahpun dinyatakan dalam soalan.
    2. Sila rujuk pendekatan mana yang digunakan oleh guru sekolah anda.


  722. Cg Narzuki:

    Sya,
    1. Mengikut format dalam buku teks….. diskaun diberi dan diskaun diterima dikelaskan sebagai AKAUN KONTRA….. iaitu Jualan (-) pulangan jualan (-) diskaun diberi… manakala Belian (-) pulangan belian (-) diskaun diterima.
    Ak Insuran adalah BELANJA…. sepatutnya berbaki DEBIT.
    2. Secara asasnya YA.

    Cikgu, yg berkenaan akaun insurans tu sy tlh buat dt akaun insurans terdahulu (3000) dan kt akaun insurans (600) utk bahagian pelarasan.
    Oleh itu sy ltk nilai insurans sy di bahagian hasil.
    Adakah salah ?

  723. Ss,

    Insurans adalah BELANJA, mana boleh selepas pelarasan bertukar menjadi HASIL. ????
    Berdasarkan buku tunai.. insurans telah dibayar sebanyak RM2400. Mana mungkin terdahulu RM3000 pula… sedangksn jumlah yang dibayar hanya RM2400.

    Katakan insurans yang dibayar (iaitu RM2400) adalah untuk setahun..maka terdahulu selama 11 bulan…. oleh itu INSURANS TERDAHULU = 2400 X 11/12 = RM2200. Seterusnya Ak Insurans akan berbaki (2400-2200) = RM200 …. disebelah debit.. (Belanja).

  724. salam, cg . macam mane nak tahu belanjawan tunai yg dibuat betul atau tak ?

  725. Cikgu , dalam belanjawan tunai nilai belian nak kia macam mna ? Lepas tu nilai insurans , sewa dll kalau ambil nilai asal tak salah kan ? Harap dapat membantu

  726. Kikilala,
    Hantarkan/tunjukkan kepada guru sekolah, beliau akan semak dan berikan teguran sekiranya ada yang silap.

    Amar,
    Bergantung kepada andaian yang dibuat….. sekiranya andaian item2 tersebut kekal / tiada sebarang perubahan.. maka ambil saja nilai pada bulan April.. untuk bulan Julai hingga September.

  727. Assalamualaikum cikgu .
    nak tanya ni .

    dalam akaun penamat tu , mesti ade penyata kos pngeluaran & penyata pendapatan ke ?

    lagi 1 , mane nk cari stok awal & stok akhir dlm penyata pndapatan ?

    lagi 1 , simpanan tetap tu adalah hasil kan ? jadi boleh la letak dlm penyata pndapatan ?

  728. Alin, waalaikumussalam.

    Ya.
    Stok awal bagi barang siap, bahan langsung dan kdp = 0, manakala nilai stok akhirnya telah dinyatakan dalam soalan.
    Simpanan tetap pada asasnya dikelaskan sebagai Aset Semasa.…. dalam KKK.

  729. assalamualaikum cikgu ,
    perlu kea buat analisis titik pulang modal atau hanya buat pengiraan titik pulang modal ?

  730. cikgu, IDT sy x seimbang. sy sudah cek semua berkali2, tp msih lg x seimbang. sy nk tahu ckg, utk IDT,
    1. bg nilai penghutang IDT, adakah kita akan ambil yg RM18 700 atau guna baki dpd akaun kawalan? (bgitu juga utk pmiutang)
    2. bgi nilai jualan IDT pula ckg, adakah kita akan guna yg RM61 600 atau guna 61600 – 51 600(jualan kredit) ? (bgitu juga utk belian)

  731. Natasha, waalaikumussalam.
    Pada pandangan Cg, Hitung TPM dan tunjukkan jalankerjanya peringkat demi peringkat.

    Sayabudakakaun,
    Nilai2 dalam IDT diambil daripada baki2 setiap akaun yang ada termasuk / selepas pelarasan.
    1. Baki penghutang dan pemiutang….. ambil daripada baki Akaun Kawalan masing2….. sepatutnya Penghutang berbaki RM18200.
    2. Jualan di IDT….. rujuk kepada baki akhir dalam Ak Jualan… iaitu jualan tunai + jualan kredit…. jumlahnya RM61600.. begitu juga dengan Belian.

  732. em , boleyh tak cikgu tolong check pengiraan TPM saya ?

  733. oh maksudnya dlm pnyata kos pngeluaran tu ,
    stok awal bhan lngsung & krja dlm proses awal tu takde la ?
    kira abaikan saja ?

    dalam soalan ada nyatakan stok akhir ,
    harga kos tu nk letak dekat mana ?
    saya xpaham -_-

  734. imbangan duga terselaras sy masih blum seimbang .
    saya rasa sy dah letak semua . 🙁

    dalam imbangan duga terselaras , kedai makan jaya tu perlu letak jugak ke ?

  735. Alin,

    1. Stok awal = 0…. sama ada kita abaikan atau letakkan nilainya 0.
    2. Stok akhir … harga kos merujuk kepada stok akhir bahan langsung untuk Penyata Kos Pebgeluaran.
    3. IDT tidak seimbang, maksudnya ada kesilapan sama ada catatan bergu dalam lejar pelarasan, tertinggal, silap kira baki, dll. Kedai Makan Jaya telah diistiharkan hutang lapuk, maka dalam lejar pelarasan …. ianya tiada baki lagi… maka tidak perlu masuk IDT.

  736. Maknanya nilai belian 32200 . Kalau saya tidak buat sebarang andaian lain . Saya boleh guna nilai tersebut dalam belanjawan kan cikgu ? Harap dapat membantu

  737. Amar,

    Ya…. dengan andaian tetap / sama setiap bulan.

  738. 1) cikgu, utk PP selepas dpt kos brg utk dijual perlu ditolak dgn stok akhir. Stok akhir manakah yg perlu diletak ?

    2) Setelah ditolak dgn stok akhir akan dpt kos jualan kemuadian akan ditolak dgn jualan bersih. Selepas pengiraan tersebut, boleh kah saya ltk pengiraan kos pengeluaran ?

    Kos jualan – jualan bersih = XXX

    ( Kos pengeluaran – stok akhir brg siap (2300) ) + XXX

  739. selepas itu baru + hasil dan – belanja. adakah betul ?
    Saya agak keliru dibahagian manakah perlu ltk kos pengeluaran tersebut

  740. Sya,

    1. Penyata Pendapatan hanya melibatkan BARANG SIAP, maka tolak Stok akhir barang siap.
    2. Daripada IDT …. sediakan Penyata Kos Pengaluaran… kemudian baru sediakan Penyata Pendapatan dan KKK…. sila rujuk buku teks.

  741. Adakah btl kk sy ini ?

    Aset bukan semasa
    Kenderaan (-) SNT kenderran
    Lengkapan (-) SNT lengkapan
    Mesin dan peralatan (-) SNT mesin dan peralatan

    aset semasa
    Stok akhir harga kos
    Stok akhir brg siap
    Stok akhir kerja dlm proses
    Bank
    Tunai
    Penghutang
    Insurans terdahulu
    Faedah simpanan tetap terakru
    Deposit kdr byrn
    Deposit sewa

    (-)liabiliti semasa
    Pemiutang
    Gaji terakru
    Sewa terakru

    Modal (+) untung bersih

    (+) liabiliti bkn semasa
    Chempaka m.

    Ada apa apa kesalahan tk ?

  742. Ss,

    Dah betul.. cuma “Stok akhir harga kos”…. Cg cadangkan tukar kepada STOK AKHIR BAHAN LANGSUNG.

  743. cikgu, untuk penyata kos pengeluaran, perlukah letak nilai bg KDP awal dan KDP akhir ?

  744. cikgu, senarai belanjawan yang (c) macam mana nak buat ? saya tak faham .

  745. Sayabudakakaun,
    YA… KDP adalah salah satu item yang perlu ada dalam Penyata Kos Pengeluaran.

    Lala,
    1. Tetapkan sendiri jumlah PINJAMAN yang akan dibuat. – item penerimaan.
    2. Kira jumlah BAYARAN BALIK PINJAMAN BULANAN. – item pembayaran.

  746. cikgu ,saya nak tanya dekat bahagian PROFILE PERNIAGAAN .Dekat kotak tempoh perakaunan dan tempoh rekod nak kena tulis apa ?

  747. Lala,

    Cadangan Cg,
    Tempoh perakaunan 1 April 2013 – 31 Mac 2014
    Tempoh rekod 1April 2013 – 30 April 2013
    # walau bagaimanapun, rujuk guru sekokah anda.

  748. adakah betul cara pengiraan pp ni ?

    Jualan – pulangan jualan – diskaun diberi + kos pengeluaran – stok akhir brg siap = untung kasar

    untung kasar + hasil – belanja = untung bersih

  749. Nur,

    Dari segi pengiraannya SALAH…. rujuk format Penyata Pendapatan : Jualan bersih – Kos jualan = Untung Kasar.
    Sepatutnya pengiraan ditulis sebagai (Jualan – pulangan jualan – diskaun diberi) – ( kos pengeluaran – stok akhir brg siap) = untung kasar

  750. hasil
    komisen diterima
    faedah simpanan tetap

    belanja
    SN kenderaan
    SN lengkapan
    sewa
    kadar bayaran
    belanja am
    alat tulis
    pengiklanan
    gaji (1200)
    hutang lapuk
    PHR
    insurans
    derma
    hutang ragu

    Mohon semak klu ada apa apa kesalahan. TQ 🙂

  751. Syahidah,

    Dari segi klasifikasi akaun hasil dan belanja…. BETUL.

  752. 1) adakah komisen diterima terakru dan hutang ragu dikira sbg liabiliti semasa ?

    2) simpanan tetap ialah aset semasa kan ?

  753. Su,

    1. Komisen diterima terakru – Aset semasa. Hutang ragu – Belanja.
    2. Pada asasnya YA.

  754. cikgu , btul ke pnyata kos pngeluaran saya ni ?
    Kos overhed tu ada apa2 lagi yg tertinggal ke ?

    Kos Bahan Langsung
    Stok awal bahan langsung
    Tambah : Kerja dalam proses awal

    Belian bahan langsung
    Tolak : Pulangan belian bahan langsung

    Tambah : Angkutan masuk

    Tolak : Stok akhir bahan langsung
    Kerja dalam proses akhir

    Kos bahan langsung digunakan
    Tambah : Upah buruh langsung
    Kos Prima

    Kos Overhed
    Belanja am
    Susut nilai mesin dan peralatan
    Susut nilai lengkapan
    Susut nilai kenderaan
    Kadar bayaran
    Insurans
    Sewa

    Kos pengeluaran

  755. Alin,

    Belian (-) Pulangan belian (-) Diskaun diterima
    Satu lagi item Kos Overhed yang tertinggal…..iaitu Gaji penyelia kilang RM1200.

    Format tersebut tidak tepat, sepatutnya :
    KOS BAHAN LANGSUNG ……. (keluarkan KDP)
    Upah buruh langsung
    = Kos Prima
    KOS OVERHED
    …….. Jumlahkan ketiga2 komponen kos
    (+) Kerja dalam proses awal
    (-) Kerja dalam proses akhir
    = KOS PENGELUARAN.

  756. KDP yg dkat kos bahan langsung , krja dlm proses awal serta krja dlm proses akhir nk cari kt mana ?

    kalau kerja dlm proses akhir tu dah diambil dlm soalan , dah tu ape nilai KDP dkat kos bahan langsung tu ?

  757. Alin,

    Dalam soalan tersebut… KDP utk bahan langsung, buruh langsung dan kos overhed telah DIGABUNGKAN dalam satu KDP sahaja, maka tempatnya perlu diletakkan SELEPAS Kos Overhed….. iaitu tidak wujud lagi KDP bahan langsung.

    Cuba rujuk kedua2 format Penyata Kos Pengeluaran dan bandingkan perbezaannya.
    Format 1 – KDP dipecahkan mengikut komponen kos.
    Format 2 – KDP digabungkan / tidak dipecahkan ikut komponen kos.

  758. salam cikgu . boleh tak beritahu susunan utk projek yg dah siap ? dan dimana saya boleh dpt muka depan , perakuan calon ? Lampiran pulak apa yg perlu saya letak ? mohon sgt respon cikgu dgn segera

  759. Aisha,

    Dalam soalan ada dinyatakan susunan isi kandungan kerja kursus, manakala format perakuan calon ada diberikan dalam Panduan pelaksanaan dan penilaian projek…. lampiran – saya cadangkan masukkan kertas soalan.

  760. penghargaan dan isi kandungan perlu ke cikgu utk penyusunan folio ni ?

  761. apa2 pun saya nak ucapkan terima kasih pada cikgu . minta halal ilmu yg cikgu bagi pada saya ni ya 🙂

  762. Aisha,

    Sebaik2nya disertakan juga isi kandungan dan penghargaan dibahagian permulaan.
    Sama2. Cg doakan semoga Aisha beroleh kejayaan cemerlang dalam SPM nanti.

  763. Cikgu , nilai tokokan saya 82.88% . Setelah didarab dgn nilai kos berubah dan ditambah dgn kos berubah juga . Jumlah nya RM 3.9 . Tetapi nilai jualan seuit saya RM 4 . Boleh diterima ke cikgu ?

  764. Amar,

    Pada pandangan Cg,
    Tokokan dikira berdasarkan KOS JUALAN, cuba x dengan Kos Jualan, + kos jualan, kemudian ÷ kuantiti….. seterusnya banding dengan HARGA JUALAN SEUNIT.

  765. cikgu boleh saya tau apa cadangan utk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang serta rumusan

  766. Aisha,

    Cadangan Cg,
    Berdasarkan prestasi semasa (rujuk penyata kewangan & analisis) berikan cadangan anda untuk meningkatkan lagi prestasi perniagaan untuk jangka pendek….. cuba fikirkan apakah cadangan2 yang boleh meningkatkan hasil jualan. Manakala berdasarkan belanjawan kemukakan cadangan jangka panjang…. seperti guna pinjaman untuk beli aset bukan semasa, besarkan kilang, hantar pekerja hadiri kursus dan sebagainya.
    Rumusan, tulis secara ringkas pencapaian prestasi semasa, perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta harapan anda terhadap perniagaan anda di masa hadapan.


  767. Cg Narzuki:

    Su,
    1. Komisen diterima terakru – Aset semasa. Hutang ragu – Belanja.
    2. Pada asasnya YA.

    Slm cikgu, btl kah hutang ragu dikira belanja ? Bkn liabiliti semasa sekali ? Kk sy seimbang, tetapi sy ltk hutang ragu sbg liabiliti semasa dan belanja.
    Sy jugak tlh meletakkn 2 org pekerja pengurusan (3600) tersebut di pp.
    Sy tk tahu knp, apabila sy ltk seorg pekerja di penyata kos pengeluaran sbg gaji penyelia kilang (1200) dan satu lg di pp (1200), kk sy jadi tidak seimbang
    Sy tk tahu nk buat mcm mana lg

  768. Ss,

    Catatan pelarasan bagi PHR ialah
    Dt Hutang ragu ……. belanja dalam Penyata Pendapatan
    Kt PHR ……….. pengurang aset semasa (kontra kepada PRNGHUTANG)…. bukannya LS.

    Dalam KKK : AS perlu ditulis sebagai berikut;
    PENGHUTANG
    (-) PERUNTUKAN HUTANG RAGU ……. KKK akan tetap seimbang nanti.

    Gaji sepatutnya 1200 di PKP (kos overhed) dan 1200 di PP (belanja)… mungkin silap operasi atau tempat letak item tersebut cuba semak.

  769. Cikgu , jumlahnya sama jugak . RM 3.89 . Jualan seunit saya RM 4 . Macam mana cikgu ? Boleh diterima ke ? Ataupun saya perlu tukar semula ?

  770. Amar,

    Kos Jualan TIDAK SAMA dengan Kos Berubah.

  771. Utk upah buruh langsung, bahagian penyata kos pengeluaran, kita perlu ltk kn nilai RM 4 500 atau RM 6 750 (RM 45 X 5 pekerja X 30 hari) ?

  772. Ss,

    Jika diandaikan kerja 30 hari, maka Upah buruh langsung = 6750….. iaitu wujudnya upah buruh langsung terakru sebanyak RM2250.
    Upah buruh langsung yang sebenar dan perlu dimasukkan dalam Penyata Kos Pengeluaran ialah RM6750.

  773. Nk minta cikgu check, btl tk cara pengiraan pelarasan sy ni
    Belanja terakru:
    1) sewa terakru: RM 1 500 – RM 550 = RM 950
    2) gaji terakru: RM 2 400 – RM 1 200= RM 1 200

  774. Nur,

    Cg kena lihat penyataan pelarasan anda bagi sewa terakru tersebut, baru boleh komen betul atau salah. Manakala Gaji terakru TIDAK SESUAI dijadikan item belanja terakru.

  775. cikgu,tolong semak saya punya penyata pendapatan:

    Jualan
    tolak: pulangan jualan
    diskaun diberi
    tolak: stok awal barang siap
    kos pengeluaran
    tolak: pulangan belian
    diskaun diterima
    tambah: angkutan masuk
    tolak: stok akhir barang siap
    tambah : Jualan
    komisen diterima

    tolak: Belanja
    Alat tulis
    pengiklanan
    gaji
    sewa pejabat
    insurans pejabat
    hutang lapuk
    kadar bayaran pejabat
    peruntukan hutang ragu
    belanja am pejabat
    pengiklanan terakru
    susut nilai kenderaan pejabat
    susut nilai lengkapan pejabat
    hutang ragu
    belanja am
    kadar bayaran
    insurans
    sewa

  776. cikgu , tolong semak saya punya kunci kira-kira:

    Aset bukan semasa
    lengkapan
    kenderaan
    tolak: susut nilai terkumpul

    Aset semasa
    stok akhir barang siap
    stok akhir bahan langsung
    stok akhir KDP

    Penghutang
    tolak: peruntukkan hutang ragu

    Bank
    Tunai
    Deposit kadar bayaran
    Deposit sewa
    simpanan tetap

    tolak: liabiliti semasa
    pemiutang

    modal kerja

    Ekuiti pemilik
    modal
    tambah: untung bersih

    tolak: ambilan
    modal akhir

    liabiliti bukan semasa
    chempaka machinery
    mesin dan peralatan

    cikgu tolong yea..

  777. tolong cek email cikgu 🙂 tq

  778. Aina,.. ada beberapa kesilapan… rujuk komen dibawah.

    Jualan
    tolak: pulangan jualan
    diskaun diberi
    tolak: KOS JUALAN
    stok awal barang siap
    kos pengeluaran
    tolak: pulangan belian (X) ………………. sepatutnya dalam Penyata Kos Pengeluaran
    diskaun diterima (X) ……………………… sepatutnya dalam Penyata Kos Pengeluaran
    tambah: angkutan masuk (X) ………… sepatutnya dalam Penyata Kos Pengeluaran
    tolak: stok akhir barang siap
    tambah : Jualan (X) ………………… sudah ada diatas.
    komisen diterima

    tolak: Belanja
    Alat tulis
    pengiklanan
    gaji
    sewa pejabat
    insurans pejabat
    hutang lapuk
    kadar bayaran pejabat
    peruntukan hutang ragu (X) ……………………… dalam Aset Semasa
    belanja am pejabat
    pengiklanan terakru (X) …………………………….. dalam Liabiliti Semasa.
    susut nilai kenderaan pejabat
    susut nilai lengkapan pejabat
    hutang ragu
    belanja am (X)
    kadar bayaran (X)
    insurans (X)
    sewa (x) …………………… kenapa ada 2 kali.?

    # Cuba kenalpasti yang mana item Penyata Kos Pengeluaran (berkaitan dengan KILANG) dan Item Penyata Pendapatan (berkaitan dengen PEJABAT).

  779. cikgu tolong tengokkan belanjawan tunai betul ke tidak 🙂 tq cikgu

  780. kenapa tak boleh anta email cikgu? narzuki@gmail.com kan?

  781. cikgu 3(c) tu kan mula byr bulan ogos…bln sept kena byar x?
    3(d) tu mcm mna…

  782. assalam cikgu.
    saya buat di senarai pelarasan kesilapan amaun jualan tunai yang sepatutnya RM600 tetapi dicatat sebagai RM400.bagaimana catatan yang perlu saya buat di jurnal dan lejar ya cikgu?

  783. tolong semak pengiraan nisbah sekali cikgu dekat email. terima kasih cikgu 🙂 harap cikgu tak marah ye 😛

  784. Munah,

    Cg telah semak dan mendapati semuanya amat memuaskan. Tahniah.

  785. cikgu bole saya tau apa email cikgu sbb saya nak minta cikgu tolong semak saya punya cadangan utk mempertingkatkan prestasi jangka pnjng perniagaan.

  786. cikgu bole tolong semak dan betulkan saya punya cadangan utk meningkatkan prestasi jangka pnjng perniagaan saya.

    1.Pemilikan tunggal ditukar kpd perkongsian.Melalui perkongsian risiko perniagaan dpt disebarkan dan dikurangkan.Selain itu,melalui perkongsian sesuatu masalah dpt diselesaikan dgn mencari pekongsi yg mempunyai kepakaran yg diperlukan apabila perniagaan x mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang.

    2.Dgn tunai di tgn yg tinggi iaitu RM248 006 maka pelaburan boleh dilakukan.Dgn adanya pelaburan maka pendapatan perniagaan akan bertambah.Seterusnya,kedudukan perniagaan akan lebih kukuh disbbkan kedudukan kewangan yg selesa.

    3.Membuka cawangan baru di negeri yg lain seperti Pahang dan Johor membolehkan saya membuka pasaran yg lebih luas supaya lebih ramai pelanggan tertarik dgn produk perniagaan saya.Saya juga boleh meluaskan perniagaan saya dgn membuka cawangan di luar negara,contohnya Jepun dan Australia.

  787. munah,
    trima kasih atas bantuan anda ya.saya amat menghargainya.:)

  788. salam. ckg, gaji dkt belanjawan tu perlu masuk 2 pekerja pengurusan shja atau termasuk 5 pekerja pengeluaran. jadi rm 2400 shja btl tak? penghutang dan pemiutang kena masukkan dalam belanjawan tak?

  789. sama sama mei 🙂

  790. Nattasha,

    Jurnal Am,……………………………… Lejar Am pelarasan
    Dt: Tunai RM200…………………… poskan ke Buku Tunai lajur Tunai sebelah debit
    Kt: Jualan RM200…………………. poskan ke Ak Jualan sebelah kredit

  791. cikgu, yg mana satu betul utk faedah atas simpanan tetap bagi belanjawan tunai?
    1. 3% x 20 000 = 600
    2. 3% x 20 000 x 1/12 = 50

  792. Sayabudakakaun,

    Belanjawan tunai dibuat ikut BULANAN, maka pengiraan (2) perlu digunakan.

  793. terima kasih cikgu..

  794. cikgu, macam mna nk kira ?

    pengiraan titik pulang modal

    1) kos tetap

    2) kos berubah
    3) unit keluaran/jualan

    kos pengeluaran / kos seunit @ unit jualan bulan april
    10%x25000 unit = 225 000 unit

    4) harga jualan seunit
    nilai jualan bersih/unit jualan

    5) kos berubah seunit
    kos berubah/unit jualan

    titik pulang modal

    = kos tetap
    harga jualan seunit – kos berubah seunit

    titik pulang modal

    = TPM(unit)xharga jualan seunit.

  795. Ainaa,

    Pengiraan TPM sila rujuk DISINI (klik)

  796. Salam cikgu, kk saya dh balance terima kasih bnyk2 atas bantuan cikgu 🙂

    Saya ada pertanyaan ttg elemen 2.10 dan elemen 3.1.
    Utk elemen 2.10, berdasarkan panduan perlaksanaan, kita boleh membuat pilihan utk membuat titik pulangan modal atau tidak ke ?
    Sbb dia tulis di situ ‘atau’ jadi kita boleh pilih kan ?
    Tetapi bukan kah elemen 3.1 tu sama seperti pilihan pertama di elemen 2.10 ? Harap cikgu boleh explain kan 🙂

  797. Nur,

    Tidak… pelajar MESTI menyediakan TPM.
    Merujuk kepada Elemen 2.10 dalam Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek “ATAU” disitu bermaksud guru pentaksir (guru sekolah) pilih berdasarkan tugasan dalam soalan…. oleh kerana tahun ini tugasan memerlukan pelajar menyediakan TPM, maka guru pentaksir perlu menggunakan Elemen 2.10 yang kedua (ada TPM)…. Jika soalan seperti tahun lepas atau tahun hadapan tidak diminta menyediakan TPM, maka guru pentaksir perlu guna elemen 2.10 pilihan pertama (tanpa TPM)

    Elemen 3.1 merujuk kepada TAFSIRAN terhadap ANALISIS yang disediakan dalam Elemen 2.10. Sekiranya pejalar sediakan Jadual Analisis dan Tafsiran seperti dalam Buku Teks, maka ianya telah merangkumi kedua2 Elemen 2.10 dan 3.1

  798. Cikgu….saya dah pos lejar….bolehkah tolong check dan beritahu manu silap??

  799. terima kasih cikgu 🙂 terima kasih sngat2 :’)

  800. cikgu, nak tnya lagi. kalau isi kandungan tak de , tak boleh ke cikgu? terus hantar penghargaan muka depan. boleh tak?

  801. cikgu, semak pelarasan saya pulak cikgu dekat email. maaf banyak susahkan cikgu 🙂

  802. Munah,

    Lebih baik ada, bagi memudahkan anda sendiri, guru pentaksir sekolah, pentaksir luar membuat semakan hasil kerja kursus anda lengkap, disusun ikut urutan yang sepatutnya dan sebagainya.

  803. ow. okay cikgu. terima kasih sekali lagi 🙂

  804. Cikgu … saya sudah buat imbangan duga ….amaunt ialah 226233…. sekarang nak buat pelarasan ….. saya tak tak nak letak apa kesilapan ….saya tau LA11 telah repeat …. itu ialah kesilapan apa?

  805. cikgu,1. pinjaman boleh ikut suka kita ke?
    2. bayaran balik mula ogos kan jd bln sept perlu byar juga ke…?
    3. simpanan tetap RM20 000 kan?jadi kadar faedah ialah RM600 ke?
    4. faedah sewa beli chempaka machinery perlu dibayar mula bulan brapa?

    *saya betul-betul lemah belnjawan tunai…mohon bantu ye..terimakaseh

  806. Jess,
    Itu silap catat, maka potong dan betulkan LA20….. kesilapan tersebut tidak perlu kepada catatan pelarasan.

    Hana,
    1. Ya… ikut perancangan kita, nak pinjam berapa.
    2. Bila mula bulan Ogos….. maksudnya bayar bulan Ogos… September….. oktober…. san seterusnya sehinggalah semua pinjaman dijelaskan sepenuhnya… (10 tahun).
    3. RM600 adalah untuk SE TAHUN, sedangkan rekod kita hanya untuk SEBULAN, maka 600 / 12 = RM50.
    4. Telahpun dibayar mulai bulan April lagi.

  807. cikgu, saya nak tanya mana boleh dapat baki b/b bagi akaun kawalan penghutang dan pemiutang?

  808. Jy,

    Kedua2nya TIADA Baki awal, kerana perusahaan BARU ditubuhkan…. baru mula berniaga.

  809. Cikgu, saya macam mana cari harga jualan seunit? Dan 2(b) ialah buat apa???

  810. Leong,

    Tetapkan sendiri berapakah harga jualan seunit barang keluaran anda.
    2 (b)…. hitung TPM.

  811. Teacher… Can you give me your email address? I have done till Imbangan Duga Terselaras . But When I open the Akaun Penamat …. The KKK cannot balance. I’m so depress now …. Can Teacher Help me check my imbangan duga terselaras ? Or I did the akaun penamat ( But is unbalance ) then send to teacher ?

  812. Cikgu, kalau saya letak RM2.00 harga jualan seunit. Selepas itu macam mana?

  813. Selepas itu, 2(b) ialah Titik Pulang Modal = Kos Tetap / (Harga Jualan seunit – Kos Berubah Seunit)
    Kos Tetap = Kos Prima =7,696
    Harga Jualan Seunit = RM2.00
    Kos Berubah Seunit macam mana kira?

  814. Salah tulis: Kos Tetap = Kos Overhed*

  815. Leong,

    Pengiraan TPM sila rujuk DISINI (klik)

  816. cikgu…
    blnjawan tunai utk soaln 3(b) tu nk kre mcm mne ye,sy kurg faham..dgn soalan nye (dijgka mningkt 2500 unit…)-sy prlu tmbh 2500 dgn unit jualan sy ke?
    ni cth sy..
    jualan tunai – rm 31 286
    unit jualan – 25033 jualan…

    btul x kalau sy kira mcm ni…

    jualan tunai bulan julai
    =jualn tunai bln april+ (pertmbahan unit jualan x harga jualan)
    =rm 31286 + (2500+25033 x rm3)
    =rm 113 885
    bleh cg tlg check dan tlg trangkan..
    terima kasih cikgu.

  817. assalam,cikgu.
    bagaimana nak rekod susut nilai mesin dan alat peralatan di jurnal am dan lejar?

  818. Wan,
    Cadangan Cg,..(25033 + 2500) × RM3

    Nattasha,
    Pada asasnya…. Dt Susut nilai mesin dan peralatan.. Kt Susutnilai terkumpul mesin dan peralatan…. kemudian poskan ke lejar seperti biasa.

  819. cikgu, 1.mcm mana nk kira belian utk belanjawan tunai?
    2. 3(e) nak kira mcm mana?betul x kalau saya ckp pembayaran kpd chempaka machinery sbnyak RM750 setiap bulan?
    3. betul xjualan utk julai saya kira mcm nie:
    hrga jualan seunit=RM4.00
    unit jualan april= 15 400
    jualan julai= (15400+2500) x RM4.00

  820. Hana,

    1. Bebas… bergantung kepada andaian yang dibuat….. sama setiap bulan, meningkat setiap bulan dengan kadar tertentu dan sebagainya.
    2. Salah…. rm250 setiap bulan.. baru betul. Nilai tersebut boleh diperolehi melalui pengiraan.
    3. Ya … boleh diterima

  821. Cikgu, belanjawan tunai 3(c), (e) dan (f) macam mana buat?

  822. Leong,

    Sila rujuk komen2 sebelum ini berkaitan perkara tersebut.

  823. Cikgu, untuk pembetulan kesilapan , saya ‘Sengaja’ menjadikan imbangan duga tidak seimbang . Selepas membuat pelarasan, imbangan duga terlaras pun sudah seimbang .

    Adakah ini merupa cara yang betul? atau saya perlu mengimbangi kedua-dua imbangan duga??

  824. Jess,

    Pada pandangan saya, cara tersebut tidak sesuai…… “sengaja” jadikan ID tidak seimbang. Sepatutnya direkodkan mengikut sistem perekodan yang betul…… ID seimbang. Manakala item pembetulan kesilapan yang diperlukan dalam soalan adalah merujuk kepada KESILAPAN TIDAK KETARA, di mana catatan pembetulannya memerlukan catatan dalam jurnal am kemudian poskan ke lejar.

  825. Saya rasa cara pengiraan di link di atas tu tidak betul sebab unit pengleuaran tidak sama dengan unit jualan, jangan lupa tentang stok akhir barang siap! Jadi jika unit jualan digunakan untuk pengiraan kos berubah, jadinya salah sebab sepatutnya guna unit pengeluaran. Unit pengeluaran = unit jualan + unit stok akhir.

  826. Jane,

    Terima kasih dan saya SETUJU dengan pandangan tersebut….. suatu perkara yang mungkin terlepas pandang oleh guru2 SPM berbanding guru STPM.

  827. Untuk Belanjawan Tunai .

    (a) Baki awal Julai = Bolehkan saya letak apa-apa baki je? atau ada answer sendiri?

    (b) Jumlah Jualan April =RM 61600
    Jualan Kredit = RM 51600
    Jualan Tunai = RM 10000

    Harga Jualan seunit =RM10
    Kuantiti = RM61600 / 10
    = 6160 unit .

    So, Jualan Julai = (6160 + 2500 x RM10 )
    = RM86600
    Jualan Ogos = RM95260
    Jualan September = RM 104786

    Betul ?

    (c) Pinjaman = RM 120000
    Faedah atas pinjaman 4% Setahun
    = RM120000 x 4% / 12
    =RM 400/bulan
    Bayaran Balik sebulan = (RM120000/10/12) + RM 400
    =RM1400

    (d) Faedah Atas simpanan tetap = RM20000 x 3% /12
    = RM50 / bulan

    (e) Mesin & Peralatan = RM12000
    Faedah sewa beli = RM 12000 x 5% /12
    = RM 50 /bulan
    Bayaran Untuk S&P = RM120000 / 5 /12 + RM50
    =RM250 / bulan

    (f) Semua Penerimaan dan Pembayaran :
    Sewa RM1500
    Kadar Bayaran RM4000
    Belanja Am RM120
    Pengiklanan RM400
    Insurans RM2400
    Alat Tulis RM100
    Upah Buruh Langsung RM4500
    Gaji RM2400

    Bolehkah saya menggunakan semua maklumat di atas untuk menyediakan Belanjawan Tunai ? Atau ada apa-apa yang saya tertinggal dan silap ? Terima kasih cikgu kerana sudi menjawap soalan saya , ^^

  828. Jess,

    Pada pandangan saya,
    (a) Bebas…. asalkan munasabah berbanding baki pada bulan April.
    (b) Setuju.
    (c) Cadangan saya;
    Pinjaman = RM120 000
    Faedah utk 9 tahun = 4% × 120000 × 9 = RM43 200 … tahun pertama tidak dikenakan faedah.
    Jumlah perlu bayar balik = 120000 + 43200 = RM163200 / 120 bulan = RM1360 sebulan
    (d) Setuju
    (e) Setuju
    (f) … item BELIAN juga perlu ada

  829. TPM ialah pada titik di mana untung bersih = 0. Kenapa
    hanya overhed pengeluaran sahaja diambilkira sebagai kos tetap? Kenapa kos tempoh tetap tidak diambilkira? Macam mana kira untung bersih !

  830. Jane,

    Berdasarkan sukatan SPM, TPM = Kos tetap /Margin caruman seunit….. Kos tetap = kos overhed dimana kos tempoh tetap tidak didedahkan lagi diperingkat SPM.

    Boleh tolong jelaskan apa yang dimaksudkan dengan KOS TEMPOH TETAP ?
    Untung bersih boleh dirujuk Penyata Pendapatan.

  831. Cikgu, saya tak faham cikgu cakap apa~

  832. Assalamualaikum cikgu .
    soalan saya mungkin agak kelakar tp sy xtahu mcm mana nk buat .

    cdangan utk mningkatkan prestasi prniagaan , jngka pnjang serta rumusan tu kne buat mcm krangan ke ?
    mcm penghargaan tu ke ?

  833. Alin, waalaikumussalam

    Pada pandangan saya,
    Tulis sepertimana LAPORAN……bentuk karangan.

  834. cikgu peruntukan hutang ragu, hutng lapuk dgn hutang ragu nk letak dimana ?
    macam mana nk kira susut nilai terkumpul di kunci kira-kira ?

  835. Cikgu semua maklumat dlm imbgn duga terselaras kena letak dlm mana2 dokumen spt penyata kos pengeluaran, penyata pendapatan atau kunci kira-kira la kan . maksudnya xde yg trkecuali la kan ?

  836. Dash,

    PHR …. KKK : Aset Semasa ( Penghutang – PHR)
    Hutang Lapuk & Hutang ragu ….. PP : Belanja

    Untuk buat KKK….. rujuk nilai2 daripada IDT.

    Ya…. tidak tercekuali… termasuklah ketiga2 stok akhir.

  837. cikgu,
    saya agak keliru untuk penutupan akaun bagi akaun-akaun yang terlibat dalam pelarasan perlu dihantar ke untung rugi atau buat baki hb dan baki bb.

  838. Nizasyarina.

    Pada pandangan saya,
    Soalan minta DIIMBANGKAN…. maka semua akaun ada BAKI B/B untuk penyediaan IDT…. ikut langkah2 dalam Kitaran Perakaunan.

  839. cikgu , saya xpaham cara nk buat belanjawan 3 (c) tu

    kalau saya kira mcm ni
    120 000 x 4% x 9 = 43 200
    jumlah tu utk bulan ogos kan ?

    dan kalau kira mcm yg cikgu tunjuk sebelum ni
    120 000 + 43 200 = 163 200 / 120 bulan = 1360
    jumlah tu utk bulan september .

    ape pulak jumlah utk bulan julai tu ? saya dah confuse .

  840. oh xboleh ke kalau saya buat mcm ni

    c) Meningkatkan tempoh pengutipan hutang .

    Melalui kaedah ini , hutang lapuk dapat dikurangkan kerana penghutang membayar hutang dengan lebih kerap . Diskaun juga boleh diberikan kepada mereka bagi menggalakkan mereka menjelaskan hutang dengan cepat .

  841. Alin,

    Bayaran balik bulanan…. maksudnya dibayar pada setiap bulan..

    Meningkatkan tempoh kutip hutang ….. penyataan tersebut lebih kepada cadangan meningkatkan prestasi perniagaan. Tidak sesuai dengan kehendak soalan berkaitan perkara 3(c).

  842. oh saya lupe nk ckp dgn cikgu . yg tempoh pngutipan hutang tu utk cdangan mningkatkan prestasi prniagaan .

    xboleh ke kalau sy buat bntuk point mcm tu ?

  843. belanjawan yg cikgu kata dkat pmbayaran perlu letak item belian skali tu ,
    jumlah dia yg 32 200 tu ke ?

  844. Alin,

    Pada pandangan saya,
    Bentuk point dan huraiannya sekali boleh diterima, jangan disenaeaikan pointnya sahaja.
    Ya, boleh ambil nilai tersebut atau nilai lain dengan andaian peningkatan dengan jadar tertentu pun boleh.


  845. Cg Narzuki:

    Dash,
    PHR …. KKK : Aset Semasa ( Penghutang – PHR)
    Hutang Lapuk & Hutang ragu ….. PP : Belanja
    Untuk buat KKK….. rujuk nilai2 daripada IDT.
    Ya…. tidak tercekuali… termasuklah ketiga2 stok akhir.

    maksud cikgu yang sn nilai terkumpul kat KKK tu
    contohnya kalau sn trkumpul kenderaan saya kena amik rm216 je la utk tolak dgn nilai kenderaan rm26000 ?

  846. cikgu stok akhir kat KKK tu saya kena amik kat mane ek ?
    adakah sya kena amik kat soalan iaitu stok akhir harga kos rm4450 ?

  847. atau pun saya kena amik semua stok akhir pada soalan iaitu harga kos, barang siap, kerja dalam proses di KKK ?

  848. Dash,

    1. Kenderaan 26000 (-) SNT Kenderaan 216

    2. Masukkan ketiga2 stok akhir tersebut…. Stok akhir bahan langsung (…. soalan tulis sebagai harga kos), Stok akhir barang siap dan Stok akhir Kerja dalam proses.

  849. Oh, Terima kasih cikgu~

  850. dalam belanjawan , kalau saya ambil jumlah 32 200 tu utk belian di pembayaran ,
    adakah nilainya sama utk ketiga-tiga bulan tersebut ?

  851. Alin,

    Bergantung kepada andaian yang anda buat… SAMA ketiga2 bulan, atau berlaku peningkatan pada setiap bulan dan sebagainya …. Terserah kepada anda untuk menentukannya.

  852. assalam,cikgu.
    saya keliru mana nak letak debit dan kredit di jurnal am,jika saya buat di pelarasan seperti berikut:
    1)belanja pengiklanan masih lagi terakru sebanyak RM440.
    2)kadar bayarn rumah kediaman telah terslah catat pd akaun kadar bayaran berjumlah Rm550.
    harap cikgu dapat membantu.

  853. Nattasha,

    1. Dt Pengiklanan 440 – Kt Pengiklanan terakru 440
    2. Dt Ambilan 550 – Kt Kadar bayaran 550

  854. cikgu CHEMPAKA MACHENERY dikategorikan sbg apa di KKK ? samada LIABILITI SEMASA atau LIABILITI BUKAN SEMASA ?

  855. DAsh- liabiliti bukan semasa

  856. terima kasih munah 🙂

  857. sama-sama dash 🙂

  858. pimjaman mana dapat?

  859. faedah pimjaman mesti RM50?
    faedah pimjaman dan sewa beli mesti perlu atau tidak?

  860. Chia yee,

    Jumlah pinjaman tentukan sendiri, maka faedah pinjaman nanti bergantung kepada jumlah pinjamsn masing2.

  861. oh ok . mcm mne pulak dgn 3 (e) tu ?
    saya xbrapa nk paham .

    lagi 1 , soalan kata kt 3 (c) tu , tahun pertama xdikenakan faedah .
    so tulis 120 000 tu dalam bulan julai atau tulis saja 1360 tu pada bulan julai ?

  862. Alin..

    Pinjaman – item penerimaan bulan Julai.
    Bayaran balik pinjaman – item pembayaran… biasanya mulai bulan berikutnya.

  863. Akum cikgu,
    Saya ingin bertanya. Dalam pelarasan saya buat:
    Satu Item Belanja Terdahulu
    – Insurans terdahulu
    – Catatan bergu:
    Dt. Insurans terdahulu RM2200
    Kt. Insurans RM2200

    1. Amaun akaun insurans dalam IDT ialah RM200 kan?
    2. Dalam Penyata Kos Pengeluaran saya nak letak amaun insurans kilang RM1920 dari (RM2400x80%) atau amaun RM160 dari (RM200x80%)?
    3. Dalam Penyata Pendapatan saya nak letak amaun insurans yang mana satu?
    Maaf cikgu saya sangat keliru…harap cikgu dapat membantu…tq

  864. Nizasyarina,

    1. YA.
    2. Setelah diselaraskan Insurans untuk bulan April ialah RM200, maka nilai tersebut yang perlu diagihkan antara Kilang dan Pejabat…. iaitu RM160.
    3. Bahagian 20%… iaitu RM40.

  865. trima kasih atas bntuan cikgu . saya dah siap ! 😀

  866. cikgu, betulkan pengiraan kadar pusing ganti stok di bawah
    kadar pusing ganti stok = kos jualan / stok purata
    = RM 32661/ RM 2300
    = 14 kali
    betulkan stok purata yg diambil merujuk kepada stok akhir barang siap ? saya agak keliru.thanks

  867. Steph,

    Pada pandangan saya,
    Ya….sebab kita kira KPGS untuk barang siap perniagaan.

  868. a’salam macam mana nak dapatkan peruntukan hutang ragu di penyelarasan

  869. Daus,

    Kadar PHR boleh tentukan sendiri sama ada 1, 2, 3, 4 atau 5 % daripada BAKI PENGHUTANG selepas pelarasan hutang lapuk.

  870. cikgu,,
    betul ke HUTANG LAPUK jawapannya RM500 ??
    sya konfiuss… mcm mna bole dpat RM500 tu ckgu??
    ckgu bole x tlong jlaskan..

  871. ckgu bole x tolong cek…
    1.belanja terakru
    -upah buruh langsung terakru rm450
    -kadar bayaran sebanyak rm80 masih belum dibayar
    2.belanja terdahulu
    -insurans terdahulu sebanyak rm 200
    3.hasil terakru
    -komisen diterima terakru rm 160

    betul ke item yang sya ltak???

  872. Nani,

    Kita rujuk kepada baki penghutang yang diistiharkan sebagai hutang lapuk ….. iaitu RM500.

    Ok. Item2 tersebut boleh diterima.

  873. salam, ckgu saya nak tanya yang untuk jangka panjang dan pendek tu macam mana ? adakah di buat dalam rumusan ? Dan dalam belanjawan tu kalau tak tunjuk jalan kira boleh tak ?
    terima kasih 🙂

  874. Lee rin,

    Saya kemukakan mengikut ELEMEN penilaian :

    Elemen 4.1 : Keputusan Perniagaan
    1) 3 cadangan peningkatan prestasi jangka pendek

    Elemen 4.2 : Perancangan Perniagaan
    1) Belanjawan Tunai (disertakan NOTA pengiraan – memudahkan guru pentaksir menyemak ketepatan pengiraan pelajar serta andaian2 yang dibuat)
    2) 2 cadangan peningkatan prestasi jangka panjang
    3) RUMUSAN

  875. cikgu,
    saya tak faham la yang belanjawan tunai dlm soalan 3(b),
    dia ckp “JUALAN PD BULAN JULAI MNINGKAT 2500 UNIT. JUALAN BG BULAN JULAI&OGOS DIJANGKA NAIK 10% DRPD BLN SBLUMNYA”. yg saya xfhm ni pd bulan julai di naik 2500 unit pastu naik 10% drpd bulan sebelumnya. macam mana saya nk kira andai anggaran nilai jualan saya pada bulan JUN RM64 000 ?
    harap cikgu dpt tolong saya, saya dh pening dh ni. terima kasih 😀

  876. Dash,

    Berhubung perkara tersebut, ada beberapa pendekatan yang digunakan oleh guru2, jadi adalah lebih baik rujuk kepada guru sekolah anda untuk memastikan pendekatan mana yang beliau gunakan.. Ini kerana beliau yang akan menilai hasil tugasan anda.

  877. ade tak yang dah siap?
    skema ke? ~~”

  878. anyone yg dah siap tu .. kongsi2 le..
    pls

  879. doh siap er huhuhu……….

  880. salam…
    cikgu, sy download sistem pengisian markah kenapa x leh bukak? nak edit pun x bleh…mcmana nak buzt ckgu?

  881. Zahima,

    Cuba muat turun semula, mungkin rosak semasa proses muat turun. Apabila dapat buka fail tersebut sila baca NOTA yang dinyatakan disebelah KANAN.

  882. salam cikgu,
    Soalan 3(c)
    3. Pinjaman daripada agensi kerajaan iaitu MARA untuk tempoh 10 tahun dijangka diperoleh pada bulan Julai 2013 berjumlah RM 30 000 untuk membeli aset bukan semasa iaitu sebuah van . Tiada faedah pada tahun pertama. Pada tahun kedua dan tahun kesepuluh kadar faedah dikenakan sebanyak 4% setahun. Bayaran balik bermula Ogos 2013.

    Bayaran balik pinjaman = RM 30 000 + (RM 30 000 x 9 tahun x 4%) /120 bulan
    dan faedah
    = RM 40 800/ 120 bulan
    = RM 340 sebulan
    soalan sy,,,,,nilai van perlu letak juga ke dalam belanjawan??

  883. minta cikgu bg penjelasan,,,sangat memerlukan,,,,

  884. Leree96,

    Pada pandangan Cg, .. PINJAMAN tersebut adalah untuk membeli aset….. ini bermaksud aset BELUM lagi dibeli, ianya hanya menyatakan tujuan pinjaman sahaja, maka item yang terlibat ialah:

    1. Item penerimaan … iaitu PINJAMAN RM30,000
    2. Item pembayaran …. iaitu BAYARAN BALIK PINJAMAN RM340

  885. cikgu, kalau mengira nisbah ujian asid , nilai stok akhir yg mana perlu diambil ? adakah jumlahnya iaitu RM 9950 ? Thanks

  886. Steph,

    Pada pandangan saya,
    Nisbah Ujian Asid.. merujuk kepada analisis terhadap ASET SEMASA dan LIABILITI SEMASA dalam KKK, jadi bukankah ketiga2 STOK AKHIR tersebut merupakan item dalam Aset Semasa.

  887. cikgu , macam mana nak buat prestasi semasa ?? kene buat rumusan tentang perniagaan kita kke ?? dan cadangan jangka pendek ?? contoh nye mcm mana tu ??

  888. salam,,,thank a lot cg,,,,akhirnya dapat selesaikan blnjawan tunai,,,,

  889. cg,
    di belanjawantunai kalau sy tunjuk belian/jualan tunai shj boleh ka???
    atau belian/jualan kerdit pun kena tunjuk???

  890. assalam cikgu.
    perlu ke buat nota agihan kos?

  891. cikgu…dalam penyata pendapatan ada ke belian dan pulangan belian serta diskaun diterima?atau ia hanya di letak di penyata pengeluaran?

  892. Nattasha,

    Tujuan nota agihan kos… untuk menunjukkan jalan kerja / pengiraan agihan kos antara kilang dan pejabat… sekiranya pengiraan ahihan tersebut telahpun ditunjukkan di senarai pelarasan, maka tidak perlu lagi.

    Belian, pulangan belian, diskaun diterima dan angkutan masuk….. hanya melibatkan bahan langsung, maka ianya perlulah dimasukkan dalam Penyata Kos Pengeluaran……. dan tidak perlu lagi dalam Penyata Pendapatan kerana ianya hanya untuk barang siap sahaja.

  893. Cikgu, macam mana nak tukar hutang ragu dari jurnalke lejar pelarasan ?

  894. Ara,

    Bukan “TUKAR”….. tetapi poskan ke lejar. Buka kedua2 akaun yang terlibat, kemudian poskan seperti biasa..
    DT Hutang ragu…. Kt Peruntukam hutang ragu

  895. Hmm cikgu , if buat item belanja terakru ialah sewa terakru dengan kadar bayaran terakru boleh ? And pembetulan kesilapan , angkutan masuk tersilap catat ?

  896. haa , lagi satu. macam mana nak kira belanja am kilang and belanja am pejabat 🙂

  897. Afiqah,

    Ya.. boleh saja.

    Bahagikan ikut nisbah yang telah dinyatakan dalam soalan….. 4:1, iaitu 4/5 untuk KILANG…. 1/5 untuk PEJABAT.

  898. cg, saya dah tallykan imbangan duga terselaras tpi x thu mcmne nk buat kos pengeluaran? saya buntu dan perlukan bantuan cg..

  899. Cg, macammana nk cari figure for kos bahan langsung untuk pengeluaran?? apa yang perlu ditambah, ditolak.. mohon pertolongan cg.. tq.

  900. Radhiah,

    Sila rujuk format Penyata Kos Pengeluaran dalam buku teks .. m/s 497.
    Kenalpasti item2 yang terlibat, kemudian agihkan antara kilang dan penajabat mengikut nisbah dan peratusan yang telah dikemukakan dalam soalan.

  901. assalamualaikum, cikgu.
    a)dalam penerimaan di belanjawan,ada ke komponen kutipan daripada penghutang ?
    b)cdangan dan rumusan perlu dibuat dalam bentuk apa?karangan atau point?

  902. cikgu macam mana nak buat rumusan perniagaan ye?berdasarkan maklumat yg mana?

  903. Nattasha, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    a) bergantung kepada andaian yang dibuat… jika andaikan ada, maka adalah ia… dan sebaliknya.

    b) dalam bentuk karangan atau bernombor – apa yang penting dalam setiap satu cadangan… mesti ada ISI dan HURAIAN ISI tersebut… seterusnya kaitkan dengan MATLAMAT. Contohnya;

    Perniagaan akan meningkatkan usaha mempromosi barang keluaran kepada orang ramai.(ISI).. Promosi akan dilakukan melalui iklan dalam akhbar, sebahan radio serta melalui kemudahan teknologi maklumat seperti laman sesawang dan laman sosial Facebook… (HURAIAN=langkah2) Ekoran daripada usaha promosi tersebut, maklumat tentang barang keluaran seperti kebaikkan, lokasi perniagaan, cara2 untuk mendapatkannya dapat disebarkan kepada orang ramai. Seterusnya menggalakkan lebih ramai pelanggan membeli / mendapatkan barangan tersebut, akhirnya akan meningkatkan hasil jualan perniagaan dan prestasi jangka pendek perniagaan akan dapat ditingkatkan..(MATLAMAT)

    c) RUMUSAN … penutup / kesimpulan kepada laporan anda secara RINGKAS.
    1- ceritakan pencapaian semasa perniagaan (berdasarkan penyata pendapatan, kkk, analisis).
    2 – ceritakan 3 cadangan peningkatan prestasi jangka pendek anda secara ringkas (isi sahaja).
    3 – ceritakan 2 cadangan peningkatan prestasi jangka panjang anda secara ringkas (isi sahaja).
    4 – tutupkan dengan apakah HARAPAN anda terhadap pencapaian perniagaan dimasa hadapan.

  904. terima kasih cikgu kerana sudi membantu saya. 🙂

  905. ok…tq ckgu 😉

  906. Cikgu
    Deposit kadar bayaran dan deposit sewa kene letak dimana ? PP (belanja) atau KKK (aset semasa) ??

  907. Cg tolong jawabkan Nurill,

    Deposit kadar bayaran DAN Deposit Sewa di masukkan ke dalam Aset Semasa di Kunci Kira-kira.

    Selamat.

  908. assalamulaikum…cg

    ini mengenai kerja kursus.
    1) mcam nk nk cari baki b/b 1 julai
    2) pengiraan pinjaman dan bayar balik pinjaman…..anggaran RM30000

  909. Anis, waalaikumussalam.

    1) Tetapkan sendiri nilai tersebut… asalkan munasabah.
    2) Kira jumlah yang perlu dibayar = pinjaman + jumlah faedah yang dikenakan untuk 9 tahun… kemudian bahagi dengan bilangan bulan yang 120 bulan (iaitu utk 10 tahun)… maka akan dapat jumlah bayaran balik pada setiap bulan.

  910. Cikgu, macam mana nak tetapkan sewa terakru dan insurans terdahulu? Saya sedang membuat pelarasan.

  911. Saya juga menghadapi masalah untuk pindahkan dari jurnal ke lejar akibatnya imbangan duga saya tidak mendapat baki yang sama.

  912. Cikgu macam mana nak buat lejar (pelarasan) perlukah masukkan susut nilai terkumpul bersama dalam akaun susut nilai?

  913. Ae-in Megnea,

    1. Tetapkan sendiri berapa jumlah yang terakru / terdahulu tersebut.
    2. Boleh rujuk buku teks m/s 150… atau cara paling berkesan jumpa guru sekolah dapatkan tunjukajar dan bimbangan.
    3. Lejar pelarasan disediakan berdasarkan catatan daripada JURNAL AM pelarasan anda.

    # jumpa guru sekolah untuk dapatkan KEMAHIRAN ASAS tersebut (pengeposan ke lejar), disini tidak sesuai.

  914. Cikgu kiraan kadar pusingan ganti stok, kiraan 30 hari atau 365 hari? Mohon pertolongan

  915. Hasli,

    Rekod Perakaunan yang disediakan adalah untuk SEBULAN, maka KPGS yang dikira juga adalah untuk sebulan.

  916. cikgu ,kat mane nak ambil nilai penerimaan dlm belanjawan tunai

  917. Fatinayul,

    Rujuk kepada item2 dalam Penyata Pendapatan dan KKK yang telah anda sediakan….. yang mengambarkan Wang Tunai (tunai / bank) MASUK…. misalnya item2 hasil seperti… jualan, faedah simpanan tetap, komisen diterima serta perolehan wang daripada pinjaman.

  918. kalau macam kutipan dari penghutang dan pinjaman nak ambil kat mane ye.sbb saya x jumpa

  919. Dekat pembayaran pun saya ada yg x tahu di mana dpt nilai ye.contoh yg saya x dpt : Bayaran pinjaman,ansuran mesin & peralatan,bayaran kepada pemiutang,upah buruh langsung,upah buruh x langsung.tu je yg saya x tahu nilai ye sbb x de pun dlm p.pndptn & kkk

  920. Fatinatul..

    Pinjaman tentukan sendiri jumlah hendak dipinjam… pengiraan bayaran balik sila rujuk maklumat dalam soalan.
    Kutipan penghutang.. boleh buat andaian sendiri misalnya. 70% daripada jualan adakah jualan tunai.. 30% jualan kredit dengan tempoh kutipan sebulan..

    Utem pembayaran .. boleh rujuk Penyata Kos Pengeluaran.. Penyata Pendapatan.

  921. salam cikgu..
    saya nk tanye psal belanjawan tunai..apakah item2 yg terdapat dalam di bahagian penerimaan dan pembayaran?saya agak lemah dlm tjuk belanjawan tunai ini..adakah kita perlu ambil nilai di dalam pp atau kkk?
    mohon bantuan cikgu…sangat2 memerlukan bantuan..

  922. Cikgu,
    Upah buruh langsung tu kena masuk dalam bayaran belanjawan tunai ke?

  923. Anna..& Ira.

    Item2 yang terlibat dengan penerimaan tunai (wang masuk) dan pembayaran tunai (wang keluar)..
    Nilai yang perlu diambil.. pada asasnya rujuk nilai dalam Penyata Kos Pengeluaran… Penyata Pendapatan .. KKK.

    Walau bagaimanapun. Kita boleh buat andaian2 tertentu… contohnya… belian dijangkakan meningkat 10% setiap bulan…. belanja am dijangkakan meningkat RM100 setiap bulan….. ataupun ….. dijangkakan tetap setiap bulan.

    Termasuklah upah buruh langsung..

  924. Assalamualaikum.

    soalam mengenai pengiraan kos pengeluaran, adakah betul untuk 1.bhn mentah
    belian – pulangan belian + angkutan masuk
    2. buruh
    adakah terdpt 2 item dlm kos buruh, iaitu upah buruh langsung dan gaji pekerja kilang (45x5x20 hari)
    3. berkenaan dgn stok akhir
    kerja dlm proses akan ditolak pd akhir pengiraan kos pengeluaran, bagaimana dgn stok harga kos dan stok barang siap.

  925. nak tnyer ..
    untuk akaun kawalan .. baki b/b untuk bulan seterusnya nak ambik dari mne erk ??
    t.q.

  926. Naz, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg,
    1. Belian – Pulangan Belian (-) DISKAUN DITERIMA (+) Angkutan masuk
    2. Hanya 1 sahaja iaitu UPAH BURUH LANGSUNG, manakala Gaji penyelia kilang dalam KOS OVERHED.
    3. STOK HARGA KOS sebenarnya merujuk kepada STOK BAHAN LANGSUNG, manakala STOK BARANG SIAP dalam Penyata Pendapatan.

    Olalala,
    BAKI B/B untuk bulan seterusnya iaitu MEI adalah pindahan daripada BAKI H/B pada 30 April 2013. Cuba fahami cara-cara mengimbang sesuatu akaun.

  927. Assalamualaikum

    btul ke cikgu pengiraan kos pengeluaran bhn mentah
    belian-plgn belian-dis diterima + angkutan masuk-stok akhir harga kos

    Item aset semasa: stok(harga kos+barang siap+kerja dlm proses), deposit sewa n kadar bayaran, simpanan tetap dll
    cikgu: diskaun diberi sbagai belanja kan dlm acc pendapatan tp dlm #783 jualan-plgn jualn diskn diberi

  928. Naz,

    Pada pandangan Cg,
    Ya, boleh diterima. Cuma DISKAUN DIBERI diletakkan di PP : Jualan (-) Pulangan Jualan (-) Diskaun diberi. dan STOK AKHIR dalam Aset Semasa .. senaraikan ketiga-tiga sekali.

  929. kat belanjawan bhgin pembayaran cthnya belanja am,kena tambah nialai kat ak.kospegeluaran dgn p.pendpatan ke

  930. ape lagi item yg ade kat pembayaran,angkutan msk, alat tulis, pengiklanan ,upah buruh langsung termasuk sekali ke dlm pembayaran

  931. Fatinatul,

    Ya, asalkan melibatkan wang keluar, tak kira untuk kilang atau pejabat… ianya perlulah diambilkira kerana kedua2nya akan memberi kesan terhadap baki tunai perniagaan.

    YA, …. dan termasuklah juga belian bahan langsung… gaji .. sewa …. dll… asalkan melibatkan WANG KELUAR.

  932. upah buruh langsung dlm buku tunai = 5 org upah pekerja pengeluaran rm 45 sehari = 4500 atau berbeza.

  933. Naz,

    Bergantung kepada pelarasan yang dibuat… sekiranya ianya dijadikan salah satu item belanja terakru…. maka nilai akan jadi lain. Jika tidak, maka itulah nilainya.

  934. assalamualaikum ckgu,
    contoh rumusan ade tak???

  935. Pencinta Illahi, waalaikumussalam.

    Cuba baca komen sebelum ini berkaitan RUMUSAN.

  936. cg, sy ada email kat cg, bleh tak tlg semak. sy x pasti ngn acc pengurusan, pp n kkk

  937. Cikgu saya agak keliru. Untuk pengiraan kadar pusing ganti stok, stok awal =0 dan stok akhir rm2300 jadi stok purata 2300/2 atau kita ambik rm2300 sahaja. Tq

  938. Cikgu maaf ada satu lagi yang saya keliru dalam pengiraan nisbah ujian asid…saya nak guna stok akhir yang mana rm9950 atau rm2300. Harap cikgu sudi membantu.tq.

  939. Nizasyarina,

    Pada pandangan saya,

    Kita ikut formula STOK PURATA = (Stok awal + Stok akhir) / 2 …… walau bagaimanapun rujuk guru sekolah anda terlebih dahulu.

    NISBAH UJIAN ASID.. merujuka kepada taksiran terhadas ASET SEMASA dan LIABILITI SEMASA…. maka STOK AKHIR tersebut merujuk kepada ketiga2 yang ada dalam AS.

  940. macam mane nak tahu dia wang keluar

  941. Fatinatul..

    Apa-apa yang melibatkan PEMBAYARAN merupakan aliran wang keluar…. seperti belanja, beli aset, bayar hutang …. dan sebagainya.

  942. Cikgu ,
    Klau ada masuk kan modal tambahan (alatan pejabat) ,macam mana nk catat kat KKK ? Di bwh ekuiti pemilik ,sbg modal tmbhan dan bwh ABS ke ?

  943. Nuril,

    Catatan bergunya : Dt Alatan Pejabat… Kt Modal ……… catat dalam Ak Modal yang sedia ada., tidak wujud “Akaun Modal Tambahan”
    KKK: ABS : Alatan pejabat.. EP : Modal

  944. cikgu , belanjawan tunai yang penerimaan tuh nak letak ke pinjaman bank dgn faedah ats simpanan ?

  945. Ara,

    Asalkan ianya aliran WANG MASUK… maka ianya merupakan ITEM PENERIMAAN.

  946. Salam Cikgu,

    adakah idea bahagian cadangan saya ini betul?

    Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa:
    1. Mengiklankan Keropok Lekor ini di media massa seperti, surat khabar, majalah, kaca televisyen dan laman web.
    2. Mengadakan promosi Keropok Lekor seperti beli satu, percuma satu, untuk meningkatkan permintaan orang ramai.
    3. Menjual Keropok Lekor di pusat membeli-belah yang terkenal.

    Cadangan untuk meningkatkan prestasi dalam jangka panjang:
    1. Menghasilkan pelbagai jenis rasa Keropok Lekor, seperti masin, pedas dan berempah untuk menarik perhatian dan minat orang ramai agar membeli keropok itu.
    2. Meluaskan perusahaan Keropok Lekor di lokasi-lokasi yang belum ada perusahaan memproses keropok tersebut.

    Sekian terima kasih cikgu 😀

  947. Salam skali lg Cikgu,

    dari mana nak mencari belian bahan langusng cikgu??

  948. Salam Cikgu :D,

    saya dah dapat belian bahan langsung. Sekiranya tiada stok awal bererti belian bahan langsung ne diletakkan di sebelah debit lah kan cikgu???

  949. Rachel,

    Pada pandangan Cg,
    Cadangan jangka pendek (1) dan (2) …. berkaitan perkara yang sama, iaitu PROMOSI,…. bagi Cg kedua2 isi tersebut dikira sebagai SATU isi saja…. cuba cadangkan isi yang lain…. yang berkaitan dengan PRODUK, HARGA atau dari segi TEMPAT/LOKASI.

    Cadangan jangka panjang (1) …. lebih sesuai untuk jangka pendek….. gunakan maklumat daripada Belanjawan Tunai… iaitu PINJAMAN yang dibuat untuk apa …. dan kaitkan dengan perancangan jangka panjang.

    BELIAN dalam Penyata Kos Pengeluaran… adalah nerujuk kepada belian bahan langsung.

    Cuba fahami format Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Pendapatan betul2….. lajur2nya tidak mengambarkan DEBIT atau KREDIT.

  950. terima kasih banyak cgu kerana membantu 😀

  951. Cikgu,
    Apakah pendapat cikgu berkenaan dengan TPM:

    Untuk mencari kos berubah seunit, kita mengambil jumlah kos berubah/unit jualan. Tetapi kita ada stok akhir barang yang masih tidak dijual. Ini bermakna Unit jualan + Unit stok akhir merupakan jumlah pengeluaran. Maka,
    bukankah lebih tepat jika kita gunakan cara ini:
    Jumlah kos berubah/unit jualan + unit stok akhir ?

    Terima kasih.

  952. Martina,

    Ya, saya setuju dengan perkara tersebut. Cuma masalahnya sekarang, macam mana kita nak tentukan BILANGAN / UNIT STOK AKHIR tersebut… ini kerana NILAI SEUNIT STOK AKHIR (nilai terendah antara kos atau pasaran) TIDAK SAMA dengan nilai HARGA JUALAN SEUNIT. Sekiranya kita ada maklumat berkaitan perkara tersebut, maka pengiraan Kos Berubah Seunit akan jadi lebih tepat.

  953. Salam cikgu, boleh tak saya nak minta tolong pasal folio akaun? ni email saya ziyan96@gmail.com . I think I’m way too late. I need someone to help me with this..

  954. Cikgu,
    untuk Liabiliti bukan semasa, bahagian kunci kira-kira, ada tak butirannya??

    begitu juga dengan liabiliti semasa.

    trima ksih Cikgu

  955. Azyan,
    Sebenarnya tempat paling tepat untuk dapatkan bimbingan dan tunjukajar ialah guru sekolah anda. Kerana beliau yang akan menilai tahap penguasaan anda terhadap apa yang beliau telah ajar melalui tugasan projek ini.

    Rachel,
    LS ….. Pemiutang dan item2 belanja terakru,
    LBS…. Chempaka Manchinary

  956. trima ksih CIKGU 😀

  957. i Nama Perniagaan PERUSAHAAN CHELDON
    ii. Nama Pemilik Cik Rachel Victoria
    iii. Lokasi / Alamat Blok D-1-08, Jalan Central, Peti Surat 5, 88200, Kota Kinabalu, Sabah.
    iv. Jenis Perniagaan Milikan Tunggal
    v. Tempoh Perakaunan 5 bulan
    vi. Tempoh Rekod 1 April 2013 – 31 September 2013
    vii. Modal Perniagaan RM5 000
    viii. Jumlah Pekerja 7 Orang
    ix. Status Perniagaan Memulakan Perniagaan
    x. Nama dan Alamat Bank Bank Maybank, Jalan Gaya Street, Lorong 15, Peti Surat 5, 88200, Kota Kinabalu, Sabah.
    xi. Nombor Akaun 960317125126

    Cikgu, adakah ini betul??

  958. Salam cikgu,

    macamana nak dapatkan kos pengeluaran??

  959. Rachel,

    Pada pandangan Cg,
    v. Tempoh Perakaunan ……. 1 April 2013 – 31 Mac 2014 …. iaitu 1 TAHUN…. sila rujuk buku teks apakah maksud “TEMPOH PERAKAUNAN”
    vi. Tempoh Rekod 1 April 2013 – 30 April 2013 ….. iaitu 1 BULAN, sila rujuk Tarikh daripada Bukiu Catatn Pertama yang dikemukakan dalam soalan.

    Nilai KOS PENGELUARAN…… dapat diperolehi dengan menyediakan Penyata Kos Pengeluaran

  960. Cikgu ,
    untuk belanjawan tunai ,soalan 3 (d) ,macam mana pengiraannya ??

  961. Nurill,

    Faedah atas simpanan tetap = RM20000 X 3% X 1/12 = RM50

  962. thanks teacher 😀

  963. Cikgu ,
    Utk kira nisbah kecekapan yg KPGS ,utk stok purata ,nilai stok nye 9950 or 2300 atau lain ? .

    Dan untuk tmpoh pmbyran/kutipan hutng ,utk berapa hari ? 30 atau 31 hari ?

  964. Nurill,

    Pada pandangan Cg, KPGS yang hendak dianalisis ialah kekerapan STOK DALAM KEDAI ditukarganti dalam tempoh tersebut. Dimana KOS JUALAN yang digunakan juga adalah merujuk kepada STOK DALAM KEDAI yang telah DIJUAL…. Jadi apakah stok tersebut ? ?… Stok barang siap… stok bahan langsung …. atau kerja dalam proses ? ….. atau ketiga2 sekali ? ….. cuba fikirkan jawapannya.

    Untuk menilai KPGS bagi bahan langsung …. iaitu menentukan kekerapan bahan langsung diperolehi/digunakan dalam tempoh tersebut… formulanya hampir sama….. iaitu KOS BAHAN LANGSUNG DIGUNAKAN / STOK PURATA BAHAN LANGSUNG.

    Bulan APRIL .. 30 hari.

  965. Cikgu,lps lihat semua komen. Dari mana nak dpt komisen diterima? Dlm IDT sy, tak ada tercatat komisen diterima.tp IDT sy imbang..

  966. Ika,

    Item tersebut bergantung kepada item pelarasan HASIL TERAKRU yang ditetapkan oleh pelajar seperti mana kehendak soalan Dimana mesti ada 1 Item hasil terakru dalam senarai pelarasan.

  967. cikgu,sy tdk senaraikan Chempaka Machinery sebagai LBS, tetapi sy senaraikan sebagai LS. tp kunci kira-kira sy tetap imbang. Knp Chempaka Machinery dianggap sbagai LBS cikgu?

  968. Ika,

    Seimbang tidak semestinya semua dah betul… jika diletakkan di LBS juga akan seimbang….ianya dikelaskan sebagai LBS kerana tempoh bayaran balik hutang melebihi 1 TAHUN.

    Sama juga kes.. jika stok akhir / bank diletakkan di ABS… kkk tetap seimbang.

  969. cikgu imbangan duga saya tak seimbang macam mana nk buat

  970. Imran,
    Kena buat semakkan satu persatu…
    1. Pastikan SEMUA akaun dalam LEJAR AM (termasuk AK kawalan dan akaun2 yang terlibat denfan pekarasan.., manakala Akaun2 setiap Penghutang dan Pemiutang tidak perlu) dan Buku Tunai… tersenarai dalm ID disebelah Debit-Kredit yang betul.
    2. Pastikan catatan dalam LEJAR yang dipindahkan daripada Buku Catatan Pertama…. betul dari segi catatan bergunya, nilainya serta pengiraan BAKI.

    Ok, cuba semak perkara diatas dahulu.

  971. As’salamualaikum cikgu , saya ada beberapa pertanyaan .
    (1)Adakah gaji pejabat perlu diambil kira dalam catatan kos overhead bgi penyediaan akaun pengeluaran?
    (2)Antara gaji operator kilang , gaji penyelia kilang dan gaji pekerja pejabat yang mana satu perlu diletakkan dalam ruangan kos buruh langsung dan ruangan kos overhead?

    itu sahaja soalan saya .

  972. Hajar, waalaikumussalam.

    Gaji pekerja pejabat – Penyata Pendapatan
    Gaji operator kilsng – kos buruh langsung
    Gaji penyelia kilang – kos overhed

  973. salam cikgu , saya mau minta tolong cikgu bagi panduan cara untuk membuat rumusan untuk kertas 3 prinsip akaun dengan menerapkan konsep perakaunan .

  974. Emakadir,

    Rumusan dalam tugasan kerja kursus Tingkatan 4 (kaitkan dengan konsep & prinsip perakaunan) tidak sama dengan Tingkatan 5.
    untuk tingkatan 5 cadangan cg rujuk komen #909 diatas.

  975. Cikgu, apa itu deposit kadar bayaran? Adakah ianya adalah belanja atau hasil?

  976. Jilllian,

    Deposit kadar bayaran – AS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.