KEPUTUSAN SPM2014 : 3 MAC 2015

SPM 2014

semakkeputusanSPM2014_thumb5

PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI CALON SPM 2014

[dm]342[/dm]

PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI CALON SPM 2008 – 2013

[dm]350[/dm]

Posted on February 27, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 122 Comments.

  1. Salam sejahtera….Cg Narzuki, tumpang tanya….pelajar yang layak mendapat sijil LCCI SPM 2014 masih guna borang permohonan yang lama atau ada yang terkini?

  2. Salam sejahtera,

    Boleh juga guna borang yang dikeluarkan pada tahun 2013.

  3. Cikgu, mohon lcci untuk apa? ada kegunaan jika pergi ke kolej?

  4. Borang tersebut hanyalah untuk memohon Sijil LCCI bagi mereka yang layak (jika ada tercatat dalam slip SPM). Terserah kepada pelajar nak atau taknak sijil tersebut. Jika nak kena buat permohonan serta bayaran sebanyak RM25.

  5. SELAMAT SEJATERA CIKGU. LAMA TAK JUMPA !!!
    SAYA DAPAT 1 A+ DALAM SPM SAINS. DALAM PRINSIP DAPAT B+. SAYA PENING KEPALA UNTUK SAMBUNG KE STPM KE ATAU POLITEKNIK ??? BOLEH CIKGU BANTU SAYA .

  6. Salam… apa kegunaan sijil LCCI tu cikgu ? Menang wajib ada ke kalau nak minta kat mana mana?

  7. Cikgu, macam mana nak minta dan memang kena ada ke kalau nak sambung belajar ??

  8. Sarah Ros,

    Sijil tersebut sebagai simpanan anda sahaja. Untuk minta kemana2 anda memadai tunjukkan slip peperiksaan SPM, kerana di dalam sudah dinyatakan pencapaian/gred yang anda perolehi.

  9. cikgu..sy dpt A untuk subjek prinip perakaunan tapi english saya lulus atas(D)..ada peluang lagi x nak sambung dalam bidang perakaunan?

  10. Miey jiha,

    Cuba semak syarat kemasukan DISINI (klik)
    Peluang tetap ada, mungkin melaui program pra diploma terlebih dahulu.

  11. Salam. Saya lepasan spm 2014. Mahu tanya pendapat cgu. Perlukah saya mengambil sijil LCCI ?

  12. Dee,

    Terserah, ianya tidak wajib, hanya untuk simpanan sahaja.

  13. SALAM. SAYA NAK TANYA UTK SIJIL LCCI KENA BUAT WANG POS RM25 ATAU 26.50

  14. Yati,

    Saya sudah hubungi pegawai LCCI dan ini maklum balas drp beliau berhubung isi RM26.50.

    Wsalam Cikgu,

    Bayaran untuk permohonan sijil LCCI bermula SPM 2014 adalah RM26.50. (RM25.00 + RM1.50 (GST)). Hal ini disebabkan semua permohonan untuk batch yang pertama akan diproses dalam bulan Mei (kerana tarikh tutup permohonan untuk batch pertama adalah 30 April). Oleh demikian, semua permohonan, termasuk permohonan yang dibuat dalam bulan Mac 2014 akan dikenakan GST. Hal ini adalah berdasarkan nasihat dan saranan dari pihak Jabatan Kewangan Pearson LCCI.

    Kami memohon maaf diatas kekeliruan ini kerana pihak kami sendiri baru menerima arahan ini, sedangkan keputusan SPM 2014 telahpun diumumkan dan borang LCCI telah pun diedarkan. Borang yang baru hanya boleh didapati melalui link dibawah dan juga melalui laman Facebook LCCI Asia. 

    https://lcciasia.com/file/LCCI%20SPMDC%202014%20application%20form%20rev_1.jpg   

    ?Sekali lagi saya memohon maaf bagi pihak pihak Pearson LCCI.

    Terima kasih.?

    Hisyam Md. Suhaimi
    Key Account Manager
    Pearson MalaysiaYati,

  15. Salam Cikgu,

    saya baru dapat keputusan spm minggu lepas dan saya dapat A utk subjek akaun manakala C+ untuk subjek BI. Bawah sijil tu saya dapat LCCI – 5 dan Layak Pengecualian ACCA-CAT-FA1

    apa maksudnya cikgu? yg lcci tu saya dah tau. cuma layak pengecualian tu macam mana? Tadi saya pergi sekolah and cikgu ada bagi card.. saya tak pasti apa kad tu tapi kad tu berkaitan CAT dan ACCA jgk .. mohon penjelasan cikgu

    Terima Kasih

  16. Siti,

    Mulai SPM2014, kertas Prinsip Perakaunan telah mendapat pengiktirafan pihak ACCA, di mana sekiranya pelajar ingin menyambung pelajaran dalam program CAT-ACCA, maka akan diberikan pengecualian untuk kertas FA1.
    Berhubung dengan KAD tersebut, saya tidak pasti apakah kad tersebut, kena rujuk guru sekolah anda.. kemungkinan borang permohonan untuk dapatkan sijil LCCI.

  17. IPTA mana yang menawarkan program CAT-ACCA ini cikgu?

  18. Siti,

    Kalau tak silap UiTM, IPB, KPTM ada tawarkan kursus profesional CAT-ACCA.

  19. Atiqaa,

    Caranya hanya ikut arahan dalam borang tersebut sahaja, sijil tersebuat akan dihantar ke sekolah pada akhir tahun atau awal tahun hadapan.
    Hantarkan
    (1) Borang permohonan yang lengkap diisi
    (2) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan slip peperiksaan
    (3) Bayaran sebanyak RM26.50 … menggunakan wang pos / kiriman wang

  20. cikgu saya dah cek kelayakan uitm dan saya tak layak disebabkan BI saya C.. jadi saya isi permohonan IPB bagi course Certified Accounting Technician.. apa pendapat cikgu? adakah bidang ini bersesuaian dgn saya jika saya bercita-cita menjadi seorang professional accountant?

  21. Siti,

    Jika sudah bercita-cita menjadi akauntan, maka buat masa ini lalaun tersebut sangat sesuai dengan siti.

  22. 1 maksud cikgu,jika saya mahu menjadi akauntan,tak perlu sijil lcci pun boleh ke?

    2 saya mahu mohon kolej, dia manawar diploma dan degree course in accounting, ini bukan CAT-ACCA kan? saya dah tanya, dia cakap tak layak pengecualian satu kertas

  23. 1. Ya tak perlu pun… banyak lagi saluran lain untuk jadi akauntan.
    Sila ke page Kerjaya Bidang Perakaunan
    https://cgnarzuki.com/?page_id=29

    2. Memang tidak dapat pengecualian tersebut.. ianya untuk LCCI dan CAT ACCA saja.

  24. Cikgu,kalau saya nak hantar borang permohonan sijil lcci tu…salinan slip spm dan salinan ic kena minta pengesahan dari pihak sekolah terlebih dahulu ke?atau terus hantar sahaja melalui pos ?

  25. Atikah,

    Saya sudah bertanya pegawai LCCI mengenai perkara tersebut, katanya salinan tersebut tidak perlu disahkanpun tidak mengapa kerana pihak LCCI akan membuat pengesahan dengan LPM sendiri.

  26. salam.. ckgu sy nk tnya bg pihak kwn sy.. dia layak utk memohon sjil LCCI mslhnya gru PA mreka dulu xda pn bgthu ap2 psal LCCI ni apa lg cara2 nk apply. sni sy nk tnya
    1- kwn sy ni msih layak ka apply sjil tu? kwn sy tu pljr spm 2012.

    2- mcm mna dgn borang prmohonan tu.. stiap thun sma jk ka? xda expired date?

    3- bgaimana pla dgn pmbyaran?

    4- klau apply thun ni. bila tarikh ttup prmohonan?

    maaf byk brtnya. mohon pncerahan dr ckgu.. terima kasih ckgu.. 🙂

  27. Didy,

    Sila muat turun Borang Permohonan Lepasan SPM2008 – SPM2013 di ATAS.
    Arahan atau cara pembayaran ada dinyatakan dalam borang tersebut… dan tiada tarikh tutup.

  28. Cikgu,kalau saya hantar borang permohonan sijil lcci tu secara pos daripada saya sendiri boleh ke?maksud saya,saya tidak hantar melalui sekolah,dan saya tak perlu tunggu 1 Mei untuk hantar borang tersebut walaupun di dalam borang menyatakan bahawa calon boleh membuat permohonan secara sendiri pada 1 Mei… tapi saya mahu hantar pada minggu hadapan….boleh ke?

  29. Atikah,

    Boleh tiada masalah, walaupun dihantar sendiri, sijil tersebut nanti akan dihantar ke sekolah juga.

  30. cikgu..
    bagaimana nak apply memohon sijil lcci melalui kiriman wang?

  31. Farid,

    Pergi ke pejabat pos.. isi borang kiriman wang… lengkapkan maklumat yang diminta seperti nama dan alamat penerima… jumlah.. dll.

  32. assalam cikgu.. saya nak tanya tentang cara nak isi borang lcci ni.. saya tak berapa pasti tentang bahagian mana yang perlu di ‘tick’..

  33. Fathin.

    Tick pada gred LCCI yang tercatat dalam slip keputusan SPM.

  34. ASSALAKAMUAKAIKUM…

    bagaimana nak bayar 26.50 . bukankah wang pos tidak ada 0.50

  35. Izhar, waalaikumussalam.

    Boleh guna kiriman wang atau beli wang pos untuk 2 orang dan hantar bersama.

  36. assalamualaikum cikgu.
    saya nak tanya, untuk permohonan lewat, yang saya sedia maklum sebelum ini adalah RM97+RM10 postage= RM 107. Adakah terdapat kenaikan harga yuran untuk permohonan lewat lepas 6% GST?. Terima Kasih 🙂

  37. Rainie, waalaikumussalam.

    Ya, untuk permohonan tahun 2015 akan dikenakan GST 6%.

  38. Assalammualaikum , cikgu . Saya dapat KPTM di Alor Setar course Diploma In Accountancy . Saya nak tanya apa kelebihan kolej ini ? Subjek apa yang saya perlu strong untuk belajar ? Dan kerjaya apa yang boleh dapat selain menjadi akauntan dengan menggunakan dip in acc ?

  39. Siti, waalaikumussalam.

    Kelebihan kena rujuk KPTM sendiri. Semua subjek kena strong untuk dapat keputusan yang strong.
    Bidang perakaunan sangat luas.. bukan hanya Akauntan sahaja. Boleh rujuk DISINI : Kerjaya Bidang Perakaunan

  40. Baiklah cikgu . Adakah saya perlu menguasai subjek Addmath ? Adakah diploma di KPTM diiktiraf ? Apa yang diajar oleh lect dalam diploma in acc ? Maksud saya subjek yang ada dalam dip nie . Cikgu ada link tak ?

  41. Siti.

    Sila layari laman KPTM… cuba dapatkan jawapannya disana.

  42. Assalamualaikum cikgu, saya calon spm 2014 aliran sains. Saya berminat untuk sambung dalam akaun, saya telah mendapat tawaran CAT-ACCA di IPB namun parents tak benarkan sebab takut lepasan IPB tidak diktiraf, mohon cikgu beri pencerahan

  43. Arief, waalaikumussalam.

    ACCA, The Association of Chartered Certified Accountant, sebuah badan profesional perakaunan berprestij yang terbesar dan berkembang pesat di dunia, telah mengekalkan kelayakan CAT, The Certified Accounting Technician, sebagai sebahagian daripada pengiktirafan dalam Asas Perakaunan (Foundations in Accountancy).

    Sijil CAT-ACCA tersebut dikeluarkan oleh ACCA sendiri dan mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa, pihak IPB hanya mengurus pengajian sahaja.

  44. Saya jugak mendapat tawaran ke matrikulasi. Mana yang lebih baik untuk saya sambung ke dalam bidang akaun? Matrikulasi atau CAT-ACCA?

  45. Arief,

    Maaf, Cg tidak boleh katakan mana satu yang lebih baik.. ini kerana masing2 ada kelebihannya… berbincang dengan baik dan dapatkan keputusan bersama dengan Ibu bapa anda.

    Mungkin pautan INI (klik) sesuai untuk dibaca.

  46. Saya memilih untuk ke CAT-ACCA. Tapi ada beberapa persoalan lagi. Boleh ke pelajar aliran sains amik kos ni? IPT mana yg lagi baik, IPB atau KPTM? Saya harap cikgu dapat beri pencerahan.

  47. Arief,

    Tiada masalah pelajar sains ambil kos akaun, asalkan belajar bersungguh2 demi masa depan yang lebih cerah.
    Maaf, cg tidak dapat nyatakan mana yang lebih baik, cuma layari laman web masing2 bandingkan apakah kemudahan dan peluang2 yang disediakan.

  48. Maksud saya, layak ke saya dari aliran sains amik CAT ni? CAT ni untuk lepasan spm dri akaun je ke?

  49. Arief,

    Tiada masalah aliran sains ceburi bidang perakaunan… walaupun spm tidak ambil akaun. Ramai yang telah berjaya dengan cemerlang… asal minat dan usaha bersungguh2.

  50. Saya mendapat tawaran biasiswa di IPB, jika di KPTM saya akan mendpat pinjaman MARA. Manakah pilihan yang lebih baik cikgu? Adakah IPB diktiraf oleh ACCA mcm KPTM yg dapat ACCA Approve Learning Partner?

  51. Arief,

    Dimana anda belajar atau menduduki peperiksaan ACCA sekalipun… sijil tersebut hanya dikeluarkan oleh pihak ACCA sahaja, bukanya IPB atau KPTM yang mengeluarkan sijil tersebut… jadi tidak timbul masalah IPB diiktiraf atau tidak.

  52. Terima kasih cikgu atas penerangan yang diberi. Sekarang saya yakin dgn keputusan saya

  53. Salam cikgu. Boleh ke buat pemohonan lagi untuk dpt kn sijil lcci sbb sy baru tahu. ?????

  54. Afiq,

    Masih boleh memohon.

  55. Syarat untk dpt lcci apa erk cikgu? Prinsip perakaunan kena dpt c ke atas ke?

  56. Afiq,

    Kebiasaannya C+ ke atas layak dapat Sijil LCCI.

  57. Cikgu saya nak tanya…dalam slip spm saya ada tulis saya dapat LCCI – 5 dan layak pengecualian ACCA-CAT-FA1…tapi cikgu saya hanya berikan saya sijil LCCI..yg ACCA takde..apa kelebihan kalau saya sambung diploma dalam akauntansi ?

  58. Mimie,

    Hanya LCCI sahaja yang mengeluarkan Sijil.

    Sila ke page Kerjaya di bidang perakaunan. (klik)

  59. Salam cikgu,boleh tak guna sjil lcci untuk jadi kerani akaun ?hehe

  60. Assalamualaikum..cikgu sy nak mohon sijil lcci..tapi spm sy tahun 2011..macm mane prosedur nak apply sijil tu..??n still boleh apply lagi ke?

  61. Cik Nurul, waalaikumussalam.

    Masih boleh memohon… cuma bayaran tinggi sedikit.. RM116.
    Sila rujuk borang permohonan DIATAS.

  62. Assalamualaikum cikgu. Saya nak bertny. Kalau sijil hilang, Boleh mohon sekali lg x ?

  63. Tiera, waalaikumussalam.

    Nanti Cg cuba dapatkan maklumbalas daripada pengawai LCCI sendiri.

  64. Harap ckgu dpt membantu saya.

  65. assalamualaikum. saya nak tnya. saya dh mohon sijil lcci. boleh saya tahu bila boleh dapat sijil ni. saya ada baca untuk penghantaran permohonan bg bulan mei 2015, saya akan dapat pada bulan januari 2016.

  66. Amira, waalaikumussalam.

    Cuba rujuk sekolah anda, sama ada sekolah telah terima atau belum sijil tersebut.

  67. assalamualaikum cg narzuki

    saya nk tya utk sijil lcci biasanya dipos ke rumah atau sekolah..sy masih belom terima sijil lcci sehingga kini. terima kasih

  68. Mia, waalaikumussalam.

    Sijil akan dihantar disekolah. Cuba tanya dipejabat sekolah.

  69. salam sejahtera cikgu… bagaimana untuk megetahui samaada kita layak atau tidak untuk dapat sijil lcci?

  70. Afiq,

    Sekiranya terdapat keputusan LCCI dinyatakan dibahagian bawah sebelah kiri slip keputusan SPM, maka dikira layak untuk memohon sijil tersebut.

  71. cg.. saya dapat A dlm prinsip perakaunan … ttp saya dapat D dalam english.. layakkah saya utk sambung perakaunan.. ade x peluang?? n dlm sjil sye lcci-5 .. n layak pengecualian.. boleh terangkan x?

  72. Basyir,

    Cuba cari IPT yang memenuhi syarat berdasarkan keputusan anda…. seperti politeknik dll.
    Peluang masih ada.
    Pengecualian tersebut diberiakn sekiranya sambung Program LCCI sahaja.

  73. As salam cikgu, apa beza lcci-5 & lcci-1 dalam sijil spm ye ?

  74. Nur Hanisah,

    Jika Bahasa Inggeris 1119C mencapai 6C keatas :
    Kod gred LCCI 1 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 2 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 3 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun”

    Jika Bahasa Inggeris 1119C tidak mencapai 6C / kebawah :
    Kod gred LCCI 4 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 5 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 6 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)”.

  75. Salam cikgu, boleh cikgu terangkan kelebihan atau fungsi acca-cat? LCCI ini hanya sijil sahaja kan cikgu? Acca-cat pula sijil atau exam? Terima kasih cikgu.

  76. Syuhadah,

    Sila dapatkan maklumat di post CAT-ACCA dan ACCA (klik)

  77. salam cikgu. nak tanya sijil lcci ny hanya layak untuk pelajar yg dpt credit akaun je ke ?

  78. Is,

    Tidak… boleh rujuk pada slip keputusan.. sekiranya ada dinyatakan dibahagian bawah… “3756 (LCCI) gred” .. maka dikira lulus dan layak mohon sijil LCCI.
    Jika tiada, maka dikira gagal dan tidak layak mohon sijil tersebut.

  79. salam cikgu. saya dah hantar borang LCCI. tapi saya beli wang pos RM25 sahaja bukan RM26.50. jadi, diterima ke tu permohonan saya?

  80. Aisyah,

    Cuba hubungi pihak LCCI untuk tanyakan perkara tersebut dan apa yang perlu dilakukan.. no. Tel ada dlm borang.. atau layari laman LCCI.

  81. Arniey Azieyra

    Assalammualaikum cikgu,

    Saya nak tanya apa bezanya Level 2 Book-keeping and Accounts dengan Level 2 Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu) .. dan gred 1 hingga 6 untuk apa sebenarnya ?? .. Sijil yg diperoleh nanti mengikut gred atau semuanya sama ?? .. Mohon Tunjuk Ajar dari Cikgu Narzuki.. TERIMA KASIH.. ?

  82. Arniey, waalaikumussalam.

    MAKSUD GRED LCCI

    Jika Bahasa Inggeris 1119C mencapai 6C keatas :
    Kod gred LCCI 1 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 2 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 3 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun”

    Jika Bahasa Inggeris 1119C tidak mencapai 6C / kebawah :
    Kod gred LCCI 4 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 5 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 6 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)”.

  83. cikgu… pelajar 2013 boleh mohon x lagi

  84. Rahimi,

    Masih boleh, cuma bayaranya lebih seratus ringgit.

  85. Pelajar SPM 2014 masih boleh lagi ka mendapat sijil LCCI?Adakah sudah terlambat?Berapa pula bayaran yang dikenakan?

  86. Syafiqah,

    Masih boleh memohon, bayarannya lebih kurang RM116.
    Sila rujuk dalam borang atau terus ke laman LCCI (klik)… untuk permohonan secara online.

  87. Bagaimana pula untuk bayaran RM 26.50?

  88. Syarifah,

    Bayaran RM26.50 hanya untuk permohonan SPM2015… tahun semasa. Permohonan lewat SPM2014 kebawah… bayarannya RM116.

  89. saphanee mohd safar

    selamat pagi..
    kalau sijil LCCI hilang boleh dapat salinan semula tak?

    sekian,terima kasih

  90. Saphanee,

    Masih buat permohonan baru… cuma bayarannya RM1××

  91. Assalamualaikum cikgu,

    Maaf cikgu.. sy nk tanya.. Semua sijil2 saya hilang termasuk sijil lcci double cert, sijil spm dan slip. Boleh ke mohon salinan untuk sijil lcci ni atau kene buat permohonan baru? Tapi slip spm pun hilang jd tak ada kod rujukan.

    Kalau saya mohon baru pakai salinan sijil spm boleh ke cikgu?

  92. Rumaisya, waalaikumussalam.

    Boleh buat permohonan baru… cuma bayarannya RM1xx… seperti permohonan lewat..

  93. assalammualaikum, saya dulu pelajar di ipb, aliran lcci, sekarang sijil lcci saya hilang , macam mana kalau saya nak dapatkan semula salinan? ada alamat lcci centre di kl ke?

  94. Messy,

    Boleh pohon secara online di laman LCCI (klik)

  95. Hi cikgu . saya nak tanya pelajar yang layak untuk sijil lcci ni kena lulus subjek akaun atau ada soalan dalam kertas spm akaun yang perlu dia skor macam soalan no 2. Ada cikgu bagi tau saya yang saya perlu jawab soalan no 2 dengan baik untuk melayakkan saya dapat sijil lcci. betul ka cikgu?

  96. Secara mudahnya dapat C+ keatas biasanya layak dapat sijil.

    Tidak betul… ikut jumlah markah keseluruhannya… tidak ikut nombor tertentu.

  97. hi cikgu …
    saya pelajar spm 2014.
    saya telah lulus mata pelajaran perakaunan. adakah saya layak lagi untuk mendpt sijil lcci?
    macamana nak mohon cikgu?

  98. Thines,

    Lihat dalam slip keputusan SPM (bahagian bawah)…. jika dinyatakan gred LCCI maka dikira lulus dan layak mohon sijil dengan bayaran RM120.
    Jika tiada gred LCCI –> tidak layak.

  99. saya layak utk dpt sijil cikgu.
    kalau saya dapat , itu adakah bantu saya apabila saya masuk ke UA?

  100. Thines,

    Tidak membantu sangat apabila masuk U.. cuma ada sedikit kelebihan bila mohon kerja nanti.

  101. macam saya nak dapatkan sijil Lcci niee..dalam sijil spm sayaa layak mendapat sijil Lcci..iaitu Lcci-3

  102. Boleh mohon secara online disini:
    https://www.lcciasia.com/spmdc/

  103. Pada slip SPM 2009 saya ada tulis (LCCI)-6. Adakah layak dpt sijil LCCI? Jika YA, bagaimana untuk saya dapatkannya?

  104. Sakinah,

    Ya, jika tertera gred LCCI pada slip peperiksaan –> Layak dapat Sijil LCCI. Permohonan boleh dibuat secara manual @ online dengan bayaran RM120 (permohonan lewat)

  105. Salam. Saya lepasan SPM 2012, dan baru perasan sebelum ni tak mohon lagi sijil LCCI walaupun pernah ambil borang utk “late application”. Jadi saya nak mohon. Cuma berapa lama proses sijil ni utk siap diproses? Sebab tgk jawapan cikgu di atas, sijil akan dihantar ke sekolah.

    Terima kasih cikgu. ?

  106. Fatiya,

    Untuk dapatkan sijil tersebut… biasanya ambil masa juga… walau bagaimanapun adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak LCCI untuk dapatkan maklumat yang lebih tepat.

  107. Nanti saya hubungi pihak LCCI. Terima kasih cikgu atas respon.

  108. Assalammualaikum Ckgu, cikgu selalunya soalan yg melayakkan pelajar dapat sijil lcci dok kat nombor brapa?

  109. Kiss, waalaikumussalam.

    Tidak ikut soalan….. biasanya jika dapat C+ keatas layak dapat Sijil LCCI.

  110. Terima kasih atas maklum balas ckgu

  111. assalamualaikum cikgu. saya lepasan spm tahun 2012 dan subjek PA saya A manakala english B+. saya dpat juga sijil LCCI level 2. soalan saya apa sebenarnya kegunaan sjil tu? boleh kah sijil tu dikemukakan ketika mencari kerja? mohon penjelasan dari cikgu.

  112. TERUTAMA BAGI PENJAWAT AWAM. ADAKAH LCCI ITU SETARAF DENGAN SIJIL PERDAGANGAN MALAYSIA?

  113. Ihzaty, waalaikumussalam.

    Sijil tersebut sebagai suatu nilai tambah kepada anda semasa mohon pekerjaan nanti. Pengiktirafan peringkat antarabangsa.

    Sijil tersebut baru peringkat Level 2.. untuk mendapat Sijil lengkap bertaraf Diploma perlu meneruskan level 3.

    Ada ura-ura menyatakan pemilik sijil LCCI tersebut akan mendapat kenaikkan satu tangga gaji…. cuma Cg tidak pasti ianya telah mula dilaksanakan atau belum.

  114. tq ckgu atas pencerahan dr cikgu.

  115. Assalamualaikum cg, saya dapat C+ dlm prinsip perakaunan tetapi dalam sijil spm saya tidak tertera LLCI. Adakah itu bermakna saya tidak layak memohon sijil LLCI?

  116. Syafiqah, waalaikumussalam.

    Jika tidak tertera gred LCCI –> maksudnya tidak lulus dan tidak layak untuk mohon sijil LCCI.

  117. Nurul Fara Syafiqah Bt Rofidi

    Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya,

    1. sijil lcci ni boleh expired ke ?

    2. Adakah sijil ini boleh untuk apply pekerjaan ?

    3. Kalau amik course LCCI, akan ada pengecualian paper ke ?

    Terima kasih atas penjelasan ?

  118. Nurul, waalaikumussalam.

    1. Tiada tempoh tamat.
    2. Sijil.. bukan sijil lengkap lagi… sijil untul Level 2 sahaja….. jika sambung baru dapat level 3… setaraf diploma.
    3. Sepatutnya ada… untuk kepastian.. kena tanya tempat yang ingin belajar .. diberi pengecualuan atau tidak.

  119. assalamualaikum ckgu, nak tya sya pljar spm 2014 .
    mcm mna yaa , kalau sijil lcci blaku kehilangan. msih bleh mhon kah ckgu? atau pun renew ka?

  120. Sofuan, waalaikumussalam.

    Boleh mohon baru… cuma bayaran RM120..
    Guna borang permohonan lewat

  121. Assalamualaikum cg,
    Saya dpt akaun A ,Bi saya D
    Adakah saya masih ade harapan utk sambung akaun
    Sya nk tanya LCCI- pass with merit maksudnya nape

  122. Nadzirah, waalaikumussalam.

    Tahniah.
    Masih ada.. cuma perlu yang memenuhi syarat U…. cuba isi keputusan di
    https://selangkah.uitm.edu.my
    nanti dinyatakan program2 yang layak dipohon.

    LCCI pass –> dikira LULUS dalam penilaian LCCI dan layak memohon Sijil LCCI secara online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.