SELAMAT HARI RAYA

raya2014

 

KHAS UNTUK ANAK DIDIK AKAUN YANG DIKASIHI:

Assalamualaikum.

Cikgu ucapkan Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin bermula dari Senarai urus niaga hinggalah penyediaan Penyata Kewangan serta Catatan penutup.

Semoga silaturrahim antara kita kekal sebagaimana konsep KETEKALAN.

Sepanjang kita bersama semasa PdP sudah tentu ada kesalahan, kelemahan dan kekurangan.. maka anggaplah ianya sebagai “K&K di K”. Mana2 yang baik kita DEBITkan.. yang tak baik kita KREDITkan sebagaimana CATATAN BERGU.
Mana-mana terlebih atau terkurang kita KONTRAkan seperti mana dalam Ak KAWALAN PENGHUTANG dan Ak KAWALAN PEMIUTANG.

Manakala kesalahan2 yang TERAKRU atau TERDAHULU kita lakukan penyelarasan.. mana2 KESILAPAN, kita lakukan PEMBETULAN KESILAPAN. Mana2 REKOD TAK LENGKAP, kita lakukan analisis dengan muhasabah diri.

Perkara yang lepas kita anggaplah sebagai KOS SEJARAH.
Perkara baru kita sentiasa lakukan PENILAIAN berasaskan NILAI SAKSAMA.

Sentiasalah kita tingkatkan prestasi diri dengan pastikan KECEKAPAN dalam beribadat, mendapat KEBERUNTUNGAN diakhirat dengan banyakkan amalan bersedekah serta KECAIRAN hati yang tinggi dalam memohon keampunan dan keredhaan Allah SWT.

Semoga PENYATA AMALAN yang akan dibentangkan di akhir TEMPOH KEHIDUPAN menghasilkan PULANGAN ATAS MODAL yang membahagiakan dan BERTERUSAN di alam yang kekal abadi.. InsyaAllah.

Drp: Cg Narzuki
#Guru Akaun
16 Julai 2015 @ 29 Ramadhan 1436

Posted on July 15, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. NORIZAN BT SAARI

    Waalikumussalam, terbaik la cg Narzuki, kreatif..!!!!!
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

  2. jazaakAllahu khairan katheera

  3. sharif mohd kamarul izaman

    Selamat hari raya juga buat cikgu..

  4. Selamat hari raya buat cikgu juga 🙂

  5. Selamat hari raya ya cikgu, jazakallahu khairan katsiran…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.