TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4 2015 (SPM 2016)

TEMPOH PELAKSANAAN :  OGOS – SEPTEMBER 2015 

[DM]348[/DM] [DM]349[/DM][dm]290[/dm][dm]213[/dm][dm]220[/dm]

BAHAN CIKGU AZLAN

Posted on July 24, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 671 Comments.

  1. cg, saya ingin tanya , dalam soalan , pengeluaran tunai untuk kegunaan sendiri adakah merupakan catatan kontra? bukankah sepatut untuk kegunaan pejabat ? Soalan silap ?

  2. mengapakah deposit tunai bukan daripada tunai masuk ke bank ? mengapakah masih perlu tulis deposit tunai ( daripada penerimaan) ?

  3. www,

    Ya sepatutnya… untuk kegunaan pejabat baru dikelaskan sebagai Catatan Kontra.

    Deposit Tunai maksudnya.. masukkan wang tunai ke bank… “daripada penerimaan” tidak sesuai.

  4. salam…sy nak tanya, bagaimana hendak rekod baki awal stok di kad stok ?dan baki awal pengutang & pemiutang sedangkan kita ada banyak penghutang & pemiutang ?

  5. Haff,

    Pada pandangan saya,
    1. Sediakan senarai stok awal…
    Nama barang niaga.. kualtiti.. harga beli.. amaun… harga jual (memudahkan pelajar sediakan dokumen jualan)
    2. Sediakan Kad Stok bagi setiap barang niaga. maka masuk baki awal (rujuk senarai yang telah disediakan).
    3. Sediakan senarai penghutang serta baki awal masing2. Baki awal masukkan dalam ak penghutang2 masing2 di Lejar Jualan. Manakala buka Ak kawalan Penghutang dalam Lejar Am.. Dalam Jurnal Am boleh rujuk baki Ak Kawalan Penghutang.
    4. Begitu juga dengan pemiutang.. sediakan senarai pemiutang… cuma semuanya tiada baki awal.

    Senarai2 yang disediakan tersebut akan memudahkan pelajar menyediakan perancangan dan dokumen nanti serta memudahkan guru untuk membuat semakan.

  6. Cg Narzuki, TQVM kerana menyediakan tempat ini utk membantu plj & guru PA di Msia.
    Soalan – pheinee kurang jelas tentang ayat ini = menjual salah satu brg keperluan pejabat spt berikut.

    Adakah maksudnya jika kita pilih salah satu perniagaan drpd a/b/c/d ( Kedai A.P – K. E& E) , hanya jual 1 jenis brg?

    Cth jika saya pilih kedai elektrik & elektronik, saya hanya jual Lampu shj? Stok saya hanya ada sejenis brg shj? TQVM atas tunjuk ajar cikgu.

  7. Jenn,

    Maksudnya SETIAP pelajar PILIH salah SATU daripada senarai kedai yang dinyatakan. BUKAN guru yang tetapkan jenis perniagaan tersebut, serahkan pelajar pilih jenis perniagaan masing2.

    Apabila sudah pilih jenis perniagaan, pelajar sediakan senaraikan BEBERAPA jenis barang niaga.. (jangan terlalu banyak/sedikit, saya cadangan antara 3 hingga 5 barang niaga sahaja)… dengan menyatakan KUANTITI, HARGA BELI SEUNIT, AMAUN… seterusnya JUMLAHKAN, dan nilai tersebut merupakan nilai STOK AWAL.

    Kemudian, pelajar boleh hitung nilai bagi MODAL AWAL perniagaan berdasarkan senarai baki awal aset dan liabiliti yang telah diberikan.

  8. maafkan saye cikgu, kerja kursus ni kene buat pengenalan,objektif dan rumusan jugak ke?

  9. Ssj,

    Sila rujuk Panduan pelaksanaan dan penilaian skor yang diedarkan bersama soalan tugasan.
    Pengenalan… profail.. rumusan mesti ada.

  10. assalamualaikum cikgu, boleh cikgu terangkan apa tu perolehan aset bukan semasa? terima kasih.

  11. Tengku, waalaikumusssalam.

    Maksudnya.. perniagaan beli aset bukan semasa… seperti Perabot, Alatan pejabat dll.
    Pelajar diberi 2 pilihan.. belu secara tunai ataupun srcara kredit.

  12. cikgu, name pemiutang tu bagi name syarikat mereka, kan? bukan name biase?

  13. Ssj,

    Perniagaan kita merupakan perniagaan yang sederhana dimana kita menjual secara borong dan runcit. Kita beli daripada pembekal secara pukal untuk kita jual secara borong kepada peniaga2 yang lebih kecil serta secara tunai kepada kepada pelanggan biasa.

  14. stok yang suruh letakkan sendiri , stok akhir kita ka? nak letak berapa pun tak apa ka ? kad stok tu macam mana ?

  15. xx, waalaikumussalam.

    Yang diminta pelajar sediakan ialah senarai stok awal (kuantiti, harga beli seunit.. pelajar tentukan sendiri asalkan munasabah).
    selepas siap semua urus niaga.. sediakan Kad Stok… daripada situ baru nilai Stok Akhir diketahui.

  16. Cikgu, Nak tanya pasal buku tunai runcit. Jika wang permulaan juruwang adalah RM300 dan salah satu perbelanjaan adalah bernilai RM150. Adakah nilai RM150 tersebut diabaikan sebab ianya melebihi nilai RM100.
    Terima Kasih

  17. Alex,

    Sesuatu urus niaga ditentukan perlu direkod dalam BTR atau tidak… bukan berpadukan pada nilainya.. tetapi pada urus niaga itu sendiri..
    Contohnya Bayar gaji, beli perabot.. TIDAK boleh menggunakan wang darpada BTR.

    Penetapan hanya belanja Kurang RM100 dibenarkan menggunakan wang daripada BTR adalah prosedur kawalan dalaman.

  18. cikgu, semua yang ade dlam panduan (mcm profil, kad stok, penilaian guru, dll). Semue tu kene buat balik dalam komputer ke?

  19. Ssj,

    Ada peruntukkan markah untuk penggunaan komputer. Maka sebaik2nya semuanya bercetak komputer.

  20. Assalam…cg..saya masih tidak faham ttg penghutang…harp cg dpt jelaskan…terima kasih

  21. Mimi, waalaikumussalam.

    Jumlah BAKI AWAL Penghutang adalah sebanyak RM3050. Maka pelajar perlu sediakan SENARAI PENGHUTANG serta BAKI HUTANG masing2…. dengan syarat jumlah keseluruhannya mesti RM3050.

  22. assalamualaikum cikgu narzuki,saya nak tanya bagai mana utk mencari modal pada kerja khursus

  23. Md Irfan, waalaikumussalam.

    Modal = Aset – Liabiliti
    Dalam soalan tersebut.. liabiliti hanyalah Overdraf bank.

  24. Assalamualaikum, cg. Nak tanya macam mana nak sediakan stok awal untuk kerja khusus ni ?

  25. Ina, waalaikumussalam.

    Pelajar tentukan sendiri stok awal :
    1. barang niaga
    2. kuantiti
    3. Harga beli seunit
    Cadangan saya sediakan dalam bentuk senarai.

    Maka pelajar akan dapat nilai Stok awal.. seterusnya pelajar dapat tentukan betapakah MODAL AWAL perniagaan dengan menggunakan rumus Modal = Aset – Liabiliti

  26. Cikgu,
    Ini adalah berkenaan dengan SPM 2014 Soalan 2. Pada pendapat Cikgu, bagi pelarasan (v) adakah hutang lapuk telah dihapuskan, dan penghutang RM9840 adalah bersih?
    Terima kasih.

  27. Martina,

    Hutang lapuk tersebut PERLU diselaraskan dengan baki penghutang yang sedia ada… walaupun TIADA penyataan “belum direkod dalam mana2 buku”

  28. Terima kasih cikgu.
    Saya setuju dengan Cikgu! Tapi jawapan diberi mengangkap penghutang 9840 sebagai bersih. Saya agak keliru. Sekarang okay dah.
    Terima kasih Cikgu sekali lagi.

  29. cg, boleh tolong explain apa mksud bina karangan..yang pengenalan perniagaan..dalam karangan tu kena ada 6 perkara:-
    > nama pemilik perniagaan
    > nama perniagaan
    > Alamat Perniagaan
    > Jenis Perniagaan
    > Jenis Barang Niaga
    > Modal Perniagaan..
    Boleh cg terangkan nk buat mcm mana .. n then lagi satu.. cadangkan nama kedai yg sesuai untuk kedai perabot.. I NEED HELP…

  30. Aimran.

    Buat dalam bentuk karangan biasa… contohnya: Pada 1 Ogos xxxx, saya XXXX telah menubuhkan senuah perniagaan milikan tunggal iaitu PERNIAGAAN XXX dengan modal permulaan RMxxxxx. Perniagaan ini menjalankan urusan menjual ………..

    Nama kedai bebas.. boleh tentukan sendiri asalkan mengambarkan milikan tunggal, bukannya syarikat berhad, perkongsian atau koperasi.

  31. mohd izzuddin hakim bin brahim

    bagaimana nak buuat perancangan boleh bagi contoh

  32. Mohd Izzuddin,

    Perancangan tersebut merupakan senarai 25 urus niaga mengikut bilangan setiap komponen yang telah diteteapkan dalam soalan. Dan apa yang perlu dirancang ialah tarikh2 bagi setiap urus niaga tersebut.
    Contohnya :
    1/8 Catatan permulaan
    2/8 Belian barang niaga secara kredit daripada Pemiutang X
    3/8 Pulangan belian daripada pemiutang X

    # Sila rujuk kepada guru sekolah, beliau akan memberikan bimbingan satu persatu.

  33. Cg,nak tanya ttg tempoh perakaunan dalam profil perniagaan. Boleh tak kita rekod tempohnya sebagai 1 Jan 2015 – 31 Dis 2015 & tempoh rekod 1 Ogos 2015 -31 Ogos 2015? Terima kasih krn banyak membantu kami.

  34. Tanya,

    Pada pandangan saya, berdasarkan maklumat dalam soalan tersebut.. tidak menjadi kesalahan jika menggunakan tempoh perakaunan 1/1/2015 – 31/12/2015.
    Walau bagaimanapun kena rujuk penyelarasan yang dibuat di peringkat negeri masing2 (jika ada).

  35. adakah komisen dari sumber lain selain dari jualan barang lain dianggap sebagai komponen penerimaan?

  36. Saniah,

    Pada pandangan saya, tetap dikira sebagai item penerimaan.

  37. Assalammualaikum cg..
    Saya nak tanya berkenan dengan projek akaun spm 2016
    Saya tingkatan 4
    Apa yg harus saya lakukan dengan soalan ini:
    Pengenalan perniagaan
    (a)menyatakan dengan jelas
    pengenalan perniagaan
    (b)menyatakan sebab memilih
    perniagaan
    (c)menyatakan kelebihan
    menjalankan perniagaan
    tersebut
    (d)menyatakan risiko yang
    bakal dihadapi

    Saya langsung tak faham apa yg hedak dilakukan..

  38. Iman, waalaikumussalam.

    Pengenalan
    – nyatakan maklumat berkaitan perniagaan anda seperti : bila ditubuhkan.. nama pemilik.. nama perniagaan.. lokasi perniagaan.. jenis barang niaga.. modal perniagaan.. bilangan pekerja dan gaji sebulan.

    Sebab pilih jenis perniagaan tersebut.. berikan 1 atau 2 sebab.

    Nyatakan 1 @ 2 kelebihan perniagaan tersebut.

    Nyatakan.. 1 @ 2 risiko yg bakal dihadapi.

    # sila rujuk guru sekolah, beliau akan membantu dan membimbing anda seoanjang pelaksanaan tugasan tersebut.

  39. cg, apakah maksud overdraf bank dan tunai di baki perniagaan?

    bagaimanakah nak buat itu?

  40. Cg saya kurang faham dengan maksud
    “Bila ditubuhkan”
    Boleh Cg Terangkan..
    Saya menjual perabot…

  41. Kedai perabot
    milikan tunggal(jenis)
    meneruskan perniagaan(status)
    sebulan tahun semasa(tempoh)

    Saya tak faham maksud status,tempoh,modal perniagaan,jenis barang niaga,bila ditubuhkan, profil perniagaan

    Mintak maaf laa cg, menyusahkan cg

  42. Kiki,
    Overdraf bank – maksudnya Bank berbaki kredit (liabiliti).
    Baki2 tersebut perlu dicatatkan dalam Jurnal Am pada 1hb sebagai catatan permulaan (rujuk senarai urus niaha no 1)… kemudian diposkan ke lejar masing2 sebagai BAKI B/B.

    Iman,
    Tubuh.. maksudnya bila kedai tersebut dibuka @ memulakan perniagaan. Oleh kerana Status Perniagaan = meneruskan perniagaan.. maka tarikh ditubuhkan mestilah tahun sebelum.. contohnya pada 1 Ogos 2010.

  43. cikgu..klw stok dibuat antara 3 hingga 5 boleh tak..tq

  44. Ruhaida,

    Pada pandangan saya, sangat sesuai … tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Sudah cukup untuk menguji kemahiran pelajar merancang pembelian dan penjualan barang niaga serta penggunaan Kad Stok dalam merekod keluar masuk barang niaga tersebut.

  45. Assalam , cikgu . Boleh terangkan atau beri contoh proses utk penggunaan overdraf bank tk ? Dan , dlm kompenan catatan kontra ade deposit tunai . Dokumen ape yg terlibat ? Terima kasih .

  46. Adakah deposit tunai (dp penerimaan) itu bmaksud ape yg kite dpt dlm kompenan penerimaan didepositkn ke dlm bank ?

  47. Izza, waalaikumussalam.

    Overdraf bank… tiada apa yang perlu dibuat… ianya menunjukkan Ak Bank berbaki kredit.. apabila ada terima cek daripada penghutang nanti.. maka Ak Bank akan berbaki debit.

    Deposit tunai.. maksudnya masukkan duit tunai ke Ak Bank.. maka dokumen Slip Wang Masuk/Slip Bank sesuai digunakan.

    Jika item penerimaan terus dibank.. contohnya hasil sewa dibankkan.. maka ianya tidak boleh dikelaskan sebagai catatan kontra… mesti wang daripada Ak Tunai dibankkan.

  48. Cikgu, bagi kad stok, perlukah sy melibatkan pulangan masuk?

  49. Sy agak keliru dgn perkara tu kerana pulangan masuk bermaksud pembeli tersebut memulangkan sebuah telefon bimbit/barangan yg rosak. Jadi, baki akan bertambah ke klau barangan tu rosak?

  50. Oh cikgu, sebenarnya sy sedang tanya tentang projek akaun tingkatan 4 utk spm 2015 hehe

  51. cikgu bleh cikgu bagi contoh butiran hasil selain komisen diterima..TQ

  52. klw sya wujud kan modal tambahan seperti memasukkan tunai ke dalam perniagaan sebagai komponen penerima adakah boleh diterima..TQ

  53. Ruhaida.,

    Komponen penerimaan.. merujuk kepada penerimaan daripada Penghutang dan juga Hasil..contoh2 hasil : Sewa diterima, Komisen diterima, hutang lapuk terpulih, faedah simpanan.
    Manakala membawa masuk tunai sebagai modal tambahan adalah tidak sesuai dijadikan item penerimaan hasil.

  54. Cikgu..boleh tak saya pilih satu sahaja jenis alat pejabat namun pelbagai brand.contohnya komputer.
    Komputer hp,komputer acer dan komputer asus

  55. Siti,

    Pada pandangan Cg, boleh tiada masalah… dunia perniagaan sebenarpun berlaku sedemikian.

  56. Assalamualaikum…cg..soalan untk tgktn4 thun2015….soalan dya ap iya??

  57. Asslamualaikum cikgu . Boleh berikan saya contoh perancangan urus niaga bagi pegeluaran tunai utk kegunaan pejabat . Terima kasih

  58. Nurul,
    Tunggu guru sekolah beri taklimat pelaksanan kerja kursus tersebut.

    Dope, waalaikumussalam.
    Mengeluarkan wang RM2000 daripada bank untuk kegunaan pejabat.

  59. assalam cikgu, selepas buat profil perniagaan, kite kene bukak 5 buku akaun (kenderaan, stok, bank, tunai, penghutang) yg dlam bentuk T ke?

  60. Ssj, waalaikumussalam.

    Buka akaun.. lambat lagi.
    Lepas profail perniagaan.. sediakan senarai stok awal… senarai penghutang serta baki awal masing2.. senarai pemiutang… Senarai 25 urusniaga..sediakan Dokumen.. catat dalam BCP… baru poskn ke Lejar… dan seterusnya….

  61. bolehkan saya abaikan diskaun tunai dan diskuan niaga dalam invois?

  62. Saniah,

    Rujuk guru sekolah…. bergantung kepada penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2.

  63. Minta pandangan cikgu berkaitan catatan kontra 1 deposit tunai dan 1 lagi ambilan tunai utk kegunaan sendiri atau pejabat?

  64. Cyc,

    perbetulkan .. “kegunaan sendiri” kepada ” kegunaan pejabat”

  65. Assalamualaikum cikgu

    Adakah betul jika
    Modal RM100,000 maka stok awal RM47,350

    Aset = Ekuiti + Liabiliti
    50000 + 47,350 + 3050 + 400 = 100000 + 800

  66. QSB, waalaikumussalam.

    Ya, nilai2 tersebut memenuhi persamaan perakaunan.
    Soalan berkehendakkan pelajar tentukan dahulu kuantiti dan harga beli setiap jenis barang niaga… untuk dapatkan jumlah STOK AWAL..
    kemudian baru tentukan berapakah nilai MODAL AWAL daripada persamaan A – L = M

  67. Tapi masih boleh digunakan nilai2 tersebut kan cikgu untuk kerja kursus ini

  68. Cikgu.. boleh tak kalau bilangan urus niaga saya melebihi 25 tetapi masih memenuhi komponen2 urusniaga yang dikehendaki oleh soalan

  69. QSB,

    Sepatutnya setiap pelajar mempunyai nilai stok awal dan modal awal yang BERBEZA antara satu sama lain.
    Tidak menjadi masalah jika melebihi, asalkan cukup bilangan bagi setiap komponen yang telah ditetapkan.

  70. Assalamualaikum cikgu,,macam mana nk kira stok & modal??

  71. Liana, waalaikumussalam,

    Cadangan Cg…

  72. Cg Narzuki,
    Good morning.
    Minta pandangan cikgu berkaitan catatan kontra
    a) 1 deposit tunai ( guna borang wang tunai masuk?)

    b) 1 pengeluaran tunau dari bank utk kegunaan pejabat ( guna dokumen apa? Slip bank , dlm buku teks, digunakan utk masuk tunai ke bank? )

    Tqvm atas tunjuk ajar Cg .

  73. Jeen,

    a) Borang Wang Masuk / Slip Bank
    b) Keratan cek

  74. Salam…
    Ckgu, cth sy jual perabot & kemudian sy m’beli alatan pjabat scara kredit dr Syarikat A..ianya akn direkodkn di jurnal am kn ? Dt Alatan pjabat, Kt Syarikat A..kmudian pos ke lejar & imbangan duga, alatan pjabat dikelaskn sbg aset bkn semasa, Syarikat A akn dikelaskn sbg apa ?

  75. Haff,

    Betul…
    Syarikat A.. dikelaskan sebagai LS (pemiutang bukan dagangan)

  76. Assalamualaikum cikgu..

    Jika urus niaga ialah membayar bil elektrik menggunakan cek, dokumen apakah yang sesuai digunakan? Keratan cek atau baucer pembayaran?

  77. Qsb, waalaikumussalam.

    Kedua-duanya boleh digunakan, cuma saya cadangkan guna Keratan cek.

  78. Cikgu, macam mane nak mulakan urusniaga? Catatan permulaan tak perlu kan? Urusniaga juga ade kaitan dengan baki b/b ke? So, modal tak perlu masuk pada catatn permulaan?

  79. Ssj.

    Catatan permulaan MESTI disediakan… cuma tidak dikira dalam 25 urus niaga yang diminta.

    Catatan permulaan… mesti memenuhi persamaan perakaunan.. A = E + L..
    maka modal perlu ditentukan selepas ambilkira stok awal perniagaan.

  80. cikgu? boleh tak cikgu bagi dokumen untuk semua urus niaga? contoh belian kredit masuk mana? belian tunai masuk mana? saya cuma nak semak

  81. Syaril,

    Dokumen bergantung kepada penyataan urus niaga itu sendiri… penyataan mungkin berbeza antara satu sama lain.
    .. Belian/Jualan secara kredit …. INVOIS
    .. Pulangan Jualan/Belian …… NOTA KREDIT
    .. Pembayaran / Penerimaan daripada Pemiutang/Penghutang… RESIT RASMI.

  82. cg, nak kire stok akhir, kuantiti stok untuk awal bulan tu tak kesah nak letak berapa eh?

  83. Ssj,

    Syok awal bebas.. pelajar tentukan sendiri..
    Daripada jumlah baki akhir semus kad stok merupakan nilai Stok Akhir

  84. Akum cikgu,
    Saya nak bertanyakan catatan bergu untuk urus niaga berikut kerana agak keliru:
    “angkutan masuk RM200 dikenakan oleh pemiutang A kerana jarak penghantaran barang melebihi 20km”
    adakah:
    Dt. Angkutan Masuk
    kt. Pemiutang A

    atau
    Dt. Belian
    kt. Pemiutang A

  85. Nizasyarina, waalaikumussalam.

    Dt Angkutan masuk
    Kt Pemiutang A

  86. As’salam

    Cg apakah maksud portfolio perakaunan?? bagi pelajar tingkatan 4…

    adakah ia bermaksud ‘Projek Prinsip Perakaunan’??

    Mohon penjelasan…

    Terima kasih

    flora

  87. Flora, waalaikumussalam.

    “Portfolio” ????
    Jika “FOLIO TINGKATAN 4” adalah merujuk kepada Tugasan Kerja Kursus/Projek Tingkatan 4.

  88. cikgu, kerja kursus ni tak perlu buat Buku Tunai ke? Cikgu saya cakap tak perlu buat.

  89. Ssj,

    BUKU TUNAI mesti disediakan… untuk layak dapat A bagi Elemen 2.3 BCP dan BT (sila rujuk Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Skor)

  90. Selamat sejahtera cikgu,
    1.Bagaimana tulis ayat Insurans atas belian dalam ruangan urus niaga dalam perancangan urus niaga?
    2.Bagaimana tulis ayat 2 catatan kontra dalam ruangan urus niaga dalam perancangan urus niaga?

  91. Joline,

    Guna ayat yang biasa saja.. contohnya :
    Bayar insurans atas belian sebanyak RMxxx secara tunai / dibayar dengan cek.
    Masukkan tunai perniagaan ke bank sebanyak RMxxx.
    Keluarkan tunai di bank RMxxx untuk kegunaan perniagaan.

  92. salam…cgu…sya keliru tenatang angkutan masuk…kalau caj angkutan dikenakan oleh pemiutang A untuk penghantaran barang…adakah masukkan dalam jurnal am??ape situasi angkutan yang dikenakan yang msuk dalam jurnal belian…

    terima kasih

  93. Jio,

    Ya dicatatkan dalam JURNAL AM.
    Tiada situasi “angkutan masuk” perlu dicatat dalam Jurnal Belian. Hanya kes dihantar NOTA DEBIT disebabkan terkurang caj atas BARANG NIAGA sahaja perlu dicatatkan dalam JURNAL BELIAN.

  94. cikgu nak bahan bahan untuk buat akaun projek boleh?

  95. cikgu nak download mana satu untuk buat invois , nota kredit , baucer pembayaran?

  96. Chris yap,

    Boleh muatturun Di ATAS.

  97. Salam….
    Saya menjalankan perniagaan alat tulis.
    Bagaimana meletakkan insurans atas belian kerana stok saya ialah pen pensil tekan dan dakwat marker?

  98. Qwerty,

    Insurans atas belian.. memang tidak sesuai untuk perniagaan alat tulis.. maka pilihlah Angkutan Masuk atau Duti atas belian (jika beli barang niaga dari luar negara).

  99. 1.Tetapi bagaimana tulis duti atas belian?
    2.Apa maksud duti atas belian?
    3.Tiada barang impot….

  100. Qwerty,

    Bila beli barang import.. akan dikenakan cukai/duti oleh pihak kastam. Jika hanya beli daripada pembekal tempatan, maka penggunaan duti atas belian juga tidak sesuai.

  101. Cikgu, boleh cikgu bg 3 barang untuk kedai elektrik/elektronik?

  102. Khai,

    Cuba perhatikan kedai elektrik/elektronik disekitar tempat anda.. apakah barang niaga yang dijual. Ataupun google aja…

  103. Cg kalau sy buat belian barang secara tunai.sy telah buat dokumen diresit rasmi. Lalu apa yg harus sy lakukan sekarang

  104. Tirto,

    Urus niaga tersebut perlu dicatatkan dalam Buku Tunai.

  105. Cikgu.. saya agak confuse sekarang. Adakah stok awal itu akan dijadikan baki pembukaan kepada akaun belian atau akaun stok? Atau akaun belian dan akaun stok itu adalah akaun yang sama.

  106. Qsb,

    Baki STOK AWAL.. merujuk kepada BAKI B/B bagi AKAUN STOK pada 1 hb.
    Ak Belian hanya merekodkan belian barang niaga dalam tempoh perakaunan SEMASA sahaja.

  107. assalammualaikum cikgu,

    membeli kenderaan terpakai secara tunai (perolehan aset bukan semasa), dokumen pernigaannya memo kan?

  108. SSJ, waalaikumussalam.

    Dalam urus niaga begini penggunaan MEMO adalah tidak sesuai. MEMO lebih pada kegunaan dalaman sahaja.
    Jika pembelian secara tunai.. antara dokumen yang sesuai digunakan ialah Bil Tunai, Keratan cek, Resit rasmi

  109. Assalamualaikum cikgu.. terima kasih atas penerangan cikgu. Sekarang saya faham yang saya perlu ada dua akaun yang berbeza iaitu akaun stok dan juga akaun belian.
    Tetapi saya agak keliru untuk membuat kemasukan/pergerakan urus niaga di dalam akaun stok. Adakah setiap kali pembelian/penjualan/pulangan masuk/ pulangan keluar barang niaga dibuat maka ia juga perlu dimasukkan ke dalam akaun stok. Atau cuma masukkan baki b/b dan amaun stok akhir ke dalam akaun stok tersebut?
    Sorry cikgu..banyak tanya pula..confuse ni

  110. Qsb, waalaikumussalam.

    Ak Stok.. hanya rekodkan Baki b/b sahaja. Semua urus niaga belian barang niaga kita catat dalam Ak Belian.. jika pulangan belian kita rekod dalam Ak Pulangan belian.

  111. oh. Cikgu, adakah pulangan jualan masuk dalam kad stok? keluar atau masuk? atau tak perlu rekod dalam kad stok?

  112. Ssj,

    Kad Stok digunakan untuk merekodkan semua keluar masuk bagi setiap barang niaga.. sama ada barang keluar (jualan.. pulangan belian.. ambilan barang niaga).. barang masuk (belian.. pulangan jualan).
    Ianya bertujuan untuk kita mengetahui berapakan kuantiti sesuatu barang niaga itu masih ada di kedai… dan pada akhir tempoh perakaunan.. kita dapat tentukan berapakah nilai STOK AKHIR perniagaan.

  113. Assalamualaikum cg,apakah dokumem yg sesuai untuk kompenan penerimaan bagi hasil??hrap cg dpat memblasnya dgan segera

  114. Fariaya, waalaikumussalam.

    Dokumen yang sesuai ditentukan berdasarkan penyataan urus niaga itu sendiri.
    Sekiranya penerimaan daripada penghutang yang menjelaskan hutangnya..atau terima sejumlah wang atas sebab2 tertentu.. maka Resit Rasmi sesuai digunakan

  115. boleh tak kalau ada stok bln lpas dulu dlm kad stok lpastu bru msukkan jual beli kita dgn pmbkal

  116. Izat.

    Apabila ada STOK AWAL.. maka sudah semestinya akan wujud Baki awal dalam Kad Stok.

  117. cikgu, guru sekolah saya kata perlu guna jurnal penerimaaan tunai dan jurnal pembayaran tunai. jika kedua-dua jurnal ini digunakan, adakah buku tunai perlu disediakan?

  118. Jason Tan,

    Berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek, dalam Elemen 2.3 Buku Catatan Pertama dan Buku Tunai, pelajar perlu sediakan BCP dan BT dengan lengkap dan betul.

    Apabila Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai disediakan, maka Buku Tunai tidak perlu lagi dibuka…. sebaliknya pelajar perlu buka Ak Tunai dan Ak Bank dalam Lejar Am nanti.

    Walau bagaimanapun, sila rujuk guru sekolah, mungkin beliau telah menerima taklimat penyelarasan dari Ketua Pentaksir Negeri di peringkat masing2.

  119. Salam..
    Cikgu, sy nk tanya…di kad stok, jika ada pulangan jualan atau pulangan belian, perlukah kita tolak atau tambah ?

  120. Haff,

    Ya.. perlu rekod supaya kita tahu kuantiti semasa setiap stok yang ada dalam kedai.

  121. Cikgu, harga kada dalam kad stok memng sume kene same eh? Klau kita jual barang, harga brg mesti lebih sikitkan dari harga yg kita beli dri pemborong? Mohon penjelasan cikgu 🙂

  122. Iys,

    Kad Stok selaian digunakan untuk mengetahui kuantiti semasa stok dalam kedai.. ianya juga digunakan untuk menentukan nilai STOK AKHIR berdasarkan HARGA KOS. Maka semua nilai yang digunakan dalam Kad Stok adalah Harga Belian.. sama ada item tersebut MASUK ataupun KELUAR.

  123. Assalamualaikum cikgu, salam kemerdekaan.

    Boleh saya tahu cara nak hubungi cikgu. Saya perlukan bantuan cikgu untuk menyemak folio saya. Terima kasih

  124. Adami, waalaikumussalam.

    Sepatutnya hantar kepada guru sekolah kerana beliau akan semak, bimbing dan berikan tunjukajar mana2 yang tidak tepat… lagipun beliau yang akan memberikan markah.. kekerapan pelajar bertemu guru akan diberi markah untuk Elemen Komunikasi.

  125. Assalammualaikum cikgu,

    kalau dalam komponen penerimaan tu penghutang ingin menjelaskan hutang dengan cek bagaiman contoh urus niaga nya?

    dan kalau hasil bagaimana pula urus niaga nya jika saya mahu masukkan ke dalam jurnal

  126. Mha, waalaikumussalam.

    “Terima tunai / cek sebanyak RMxxx daripada Penghutang A kerana menjelaskan sebahagian daripada hutangnya”

    “En. X menjelaskan sewa bulan Ogos sebanyak RMxxx dengan cek/tunai”.. catat dalam Buku Tunai.

  127. Assalamulaikum, saya nak tanya. Kalau akaun bank overdraf yang kt jurnal am. Akaun overdraf tu kene masukan kt lejar tak?

  128. Salam Cikgu,

    Menjelaskan hutang nak masuk buku tunai tak?

  129. Farha, waalaikumussalam.
    Tiada “Ak Ovetdraf Bank”… akauannya ialah Ak Bank berbaki kredit… maka catatkan dalam Buku Tunai ..lajur Bank sebelah kredit sebagai “Baki b/b”

    Adami,
    Asalkan melibatkan wang tunai/cek… terima atau bayar…maka mestilah dicatat dalam Buku Tunai.

  130. Assalamualaikum cikgu ,
    saya ada satu kemusykilan ..
    jualan tunai perlu dimasuk ke lajur bank atau lajur tunai ?
    terima kasih cikgu ..

  131. Amirul Afiq, waalaikumussalam.

    Bergantung penyatakan dalam perancangan urus niaga… sama ada terima tunai atau terima cek ?
    Jika tunai — lajur TUNAI
    Jika cek —- lajur BANK

  132. assalam cikgu .. saya nk tanya .. barang dalam kad stok sy buat 7 barang .. boleh tak guna semua barang tu ?

  133. Bella, waalaikumussalam.

    Boleh guna kesemuanya, tiada sebarang masalah… cuba kaitkan dengan perniagaan sebenar.

  134. Salam cikgu
    Cikgu…saye ade soalan sikit…kalo kite mengeluarakan tunai(wang) dari bank untuk kegunaan perniagaan…ape die punyer dokumen?

  135. Salam cikgu

    Cikgu…kalau kontra…mengeluarkan wang daripada bank untuk kegunaan perniagaan…ianya akan melibatkan dokumen ape cikgu?

  136. Nabil dan Fahim,

    KERATAN CEK boleh digunakan.

  137. salam cikgu;
    saya confuse dengan penghutang… adakah penghutang awal yg diberi amaun (3050) berkait dengan penghutang yg terlibat dalam u/niaga jualan kt?

  138. Zarini,

    Penghutang RM3050.. merupakan BAKI AWAL dalam Ak Penghutang, manakala urus niaga jualan kredit BULAN SEMASA bergantung kepada perancangan urus niaga masing2.

  139. Salam cikgu,

    Kalau pulangan jualan ataupun belian dlm urusniaga, stok masuk atau keluar kat dlm kad stok?

  140. Sarah,

    Bila pulangan barang niaga.. sudah tentu kuantiti barang tersebut di kedai akan bertambah / berkurang.. maka perkara tersebut mestilah direkodkan dalam Kad Stok.

  141. SelAmat malam cikgu…i nak cth pengenalan perniagaan..(perniaggan perabot)
    -kelebihan menjual perabot
    -contoh risiko yg menangung
    -contoh sebab memilih perniagaan perabot
    I buat tetapi ….cikgu saya beritahu berfikir lebih mendalam……..
    Please help me sir
    Send me gmail…….sir
    Tq

  142. Sharmila Dewi,

    Cuba buat apa yang cikgu sekolah sarankan…. fikir secara mendalam serta berbincang dengan kawan2…. itulah cara terbaik untuk belajar.

  143. insurans atas belian nak letak dalam buku catatan pertama yang mana satu? apa di sebelah dt dan apa di sebelah kt?

  144. Yasmin,

    Ianya bergantung kepada penyataan perancangan urus niaga serta dokumen yang digunakan… sekiranya dibayar tunai / cek.. maka catat di Buku Tunai sebelah kredit.

  145. cikgu, kalau imbangan duga tak seimbang, macam mana nak check kesalahan, dan nak betulkan?

  146. Syasya,

    Sila rujuk Buku Teks m/s 194 berkaitan KAEDAH MENGESAN KESILAPAN.

  147. ape item yang perlu dinyatakan dalam bahagian rumusan?

  148. Noralizam.

    Kemukakan sekurang2nya tiga daripada konsep.. prinsip asas perakaunan yang diamalkan oleh perniagaan anda.
    Sila rujuk Panduan pelaksanaan dan penilaian projek untuk lebih detail.

  149. assalammualaikum cikgu,

    dokumen perniagaan untuk pemiutang atau penghutang, cek dan resit rasmi ke? atau pun resit rasmi saja?

  150. Ssj,

    Dalam perniagaan sebenar.. bagi sesuatu urus niaga akan melibatkan 2 @ 3 dokumen.. contohnya bayar kepada pemiutang dengan cek… maka dokumen yang terlibat dalam urusniaga tersebut ialah.. keratan cek dan resit rasmi.
    Walau bagaimanapun bagi tujuan kerja kursus.. memadai sediakan salah SATU dokumen sahaja bagi setiap urus niaga.

  151. cikgu, sekiranya, jurnal am pada catatan permulaan da tunai 400,stok 26500, kenderaan 50000, overdraf bank 800. bagaimana nak cari modal dan posnya ke lejar?

  152. Aimi,

    Aset – Liabiliti = Modal
    Poskan ke akaun masing2 pada 1hb butirnya BAKI B/B…. Aset disebelah Debit… Liabiliti & Modal di sebelah Kredit.

  153. Assalam cikgu .. sy nk tanya apa beza pembekal dan pelanggan ? macam mana nk selesaikan kat dokumen perniagaan?

  154. Bella, waalaikumussalam.

    PEMBEKAL – kita beli barang niaga daripada mereka, jika secara kredit, maka mereka jadi PEMIUTANG kita.
    PELANGGAN – kita jual barang niga kepada mereka, jika secara kredit, maka mereka jadi PENGHUTANG kita.

    DOKUMEN :
    Jika kita JUAL, maka nama kita DIATAS dan dokumen adalah SALINAN
    Jika kita BELI, maka nama kita DIBAWAH dan dokumen adalah ASAL

  155. Salam cikgu,

    overdraf bank bila post ke lejar jadi akaun apa?

  156. Adami,

    Overdraf bank merujuk kepada AKAUN BANK berbaki KREDIT..
    Ak Bank dan Ak Tunai.. kita menggunakan BUKU TUNAI… maka dalam BUKU TUNAI sebelah kredit butirnya BAKI B/B RM800 (lajur BANK)

  157. cgu,kita kna wat akaun bank ke overdraf bank untuk lejar am ni

  158. Hani,

    Akaun BANK (dalam Buku Tunai).. cuba BAKI B/B sebelah kredit keran averdraf.

  159. Ayuni,

    Kedua2nya boleh digunakan.

  160. Assalamualaikum cikgu,

    Bagaimana kita nak tulis urus niaga untuk Perolehan Aset Bukan Semasa?Boleh cikgu berikan contoh saya,saya sudah buat tetapi sedikit keliru

  161. Inani, waalaikumussalam.

    Perolehan ABS maksdunya kita beli sesuatu ASB sama ada secara tunai atau secara kredit.
    Contohnya: Beli perabot bernilai RMxxx secara tunai/kredit daripada Kedai Perabot XXX.

  162. salam cikgu,sy nk tanya , macam mana nk buat senarai penghutang , pemiutang , dgn baki awal? tq

  163. Irfan,

    Merujuk kepada soalan baki awal penghutang RM3050…
    maka sediakan beberapa nama & alamat serta baki setaip penghutang tersebut… tetapi jumlah keseluruhan mesti RM3050. Manakala senarai pemiutang… semuanya TIADA baki.

  164. nama pembekal n pelanggan kena ikut bilangan belian n jualan ke

  165. Irfan,

    BEBAS… nak sama boleh, kurangpun boleh…
    Katakan Jualan kredit ada 3 urus naiga… maka 1 urus niaga dengan Penghutang A … 2 urus niaga dengan Penghutang B

  166. salam cikgu.. nk buat ayat utk deposit tunai macam mana??

  167. Irfan,

    Memasukkan wang tunai perniagaan RMxxx ke akaun Bank perniagaan.

  168. salam cg, sy nk tanya lg. kalau buat perancangan urusniaga tk guna kad stok boleh tk??

  169. Irfan,

    Kad Stok mesti disediakan, dan jika perancangan tidak berpandukan Kad Stok, kita tidak tahu kuantiti semasa stok yang ada.. nanti akan timbul kes stok hanya ada 5 unit tetapi dijual 10 unit. Satu lagi dengan berpandukan kad Stok, kita boleh tahun barang niaga mana yang kurang dan perlu dibuat pembelian baru.

  170. salam, kalau ada baki barang xpe kn ?

  171. Irfan,

    Tidak mengapa… baki tersebut menjadi stok akhir bagi bulan Ogos… dan baki awal bulan September.

  172. Salam cikgu,

    Resit rasmi asal yg menjelaskan invois sapa sign? Kalau resit rasmi salinan pulak sapa sign?

  173. Aqilah,

    Pihak yang tandatangan dokumen ialah pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut.. dimana nama syarikatnya berada di bahagian atas dokumen (kepala surat).

  174. Salam cikgu.. jika pulangan jualan disebabkan barang tersebut rosak, perlu dicatatkan dalam kad stok?

  175. Zue,

    YA. semua keluar masuk barang niaga perlu direkodkan dalam KAD STOK… walaupun barang tersebut rosak.. Ini kerana barang tersebut akan dipulangkan pula kepada pembekal dan kita akan KELUARKAN daripada Kada Stok nanti.

  176. Salam cikgu,

    Ada kemungkinan ke jika pulangan jualan @ belian atas urusniaga tunai. Jika ya, bagaimana nak rekodkan?

  177. Shams,

    Perkara tersebut TIDAK berlaku… pulangan jualan dan pulangan belian hanya melibatkan Jualan dan Belian secara KREDIT sahaja.
    Ini kerana bila kita jual / beli secara tunai … jika dipulangkan kerana rosak, pekedai tidak akan memulangkan kembali wang tersebut tetapi akan mengantikan dengan barang yang baru sebagai ganti.

  178. Salam cikgu,

    Bolehkah cikgu upload cth dokumen bagi penyata gaji? Terima kasih

  179. assalammualaikum cikgu,

    dekat kertas soalan ade tulis ‘diskaun tunai tidak dianggap sebagai urusniaga’….

    jadi, dlm invois belian atau jualan, tak perlu letak diskaun tunai ke? K&KdiK juga tak perlu letak dlm invois?

  180. A,
    Maaf Cg tiada dokumen penyata gaji… kerana untuk gaji pelajar Cg menggunakan dokumen Baucar Pembayaran.

    Ssj, waalaikumussalam.
    Syarat diskaun tunai dan K&KdiK masih boleh digunakan. Penyataan tersebut dikeluatkan kerana untuk diskaun tunai tiada dokumen khas untuknya.. ianya dinyatakan dalam resit rasmi bersama2 pembayaran/penerimaan. Jika dikira sebagai satu urusniaga yang berlainan.. maka bila pelajar sediakan SATU DOKUMAN resit rasmi yang terdapat diskaun tunai sudah dikira DUA URUSNIGA.. maka bilangan dokumen yang disediakan nanti tidak sama dengan bilangan urusniaga. Lagipun urusniaga penerimaan/pembayaran & diskaun tunai direkodkan dalam Buku tunai secara bersama… maka catatan tersebut dianggap catat SATU urus niaga… bukannya sebagai DUA urusniaga yang berbeza.

  181. cikgu macam mana nak buat buku catatan pertama dan buku tunai

  182. cikgu tlng email kat saya contoh blh x ?

  183. Badrul,

    Sila rujuk buku teks.. ada ditunjukkan contohnya.

  184. cikgu macam mana kalau kita nk buka lejar untuk belian tunai.dia akan jadi akaun belian ka stok?? akaun belian dan akaun stok ni benda yang sama ka lain-lain

  185. cikgu kalau kita beli secara tunai.lepas tu dekat lejar dia kena buka akaun stok ka akaun belian.

  186. Izyan,

    Dalam Buku Tunai kita catat butirnya Belian… maka kita poskan ke Ak Belian… tidak melibatkan Ak Stok.

  187. ok, terima kasih cikgu!!! 🙂

  188. cikgu macam mana nak buat pindahan buku catatan pertama. Saya keliru. Boleh cikgu balas dengan cepat , sebab saya kena hanatr folio ni dalam bulan 9 . Terima kasih cikgu 🙂

  189. Nurul azwa,

    Dalam buku teks ada tunjukkan cara2 poskan BCP & BT ke lejar yang berkaitan.

  190. oh. Tapi cikgu, dokumen perniagaan untuk catatan permulaan kene buat jugak ke? Sebab soalan minta 25 saja. Saya takut salah sebab tak ikut soalan. Tapi, semua dokumen akan dicatatkan ke dalam semua jurnal.

  191. Ssj..

    Sebaik2nya buat dokumen memo.. cuma ianya tidak termasuk dalam 25 urusniaga yang diminta. Sebab catatan permulaan juga perlu direkodkan dalam BCP iaitu JA… maka adalah lebih baik ada dokumen yang menyokong catatan tersebut.
    Lagipun, kita ajar pelajar tentang Kitaran Perakaunan: Urusniaga — Dokumen — BCP — Lejar ……

    Pelajar buat LEBIH tiada masalah…. asalkan jangan buat KURANG dari yang diminta.

  192. Cikgu..sya xbrape mhir dlm akaun!!da buat pun ada kslhn hmm..

  193. Esma.

    Sentiasalah berjumpa guru sekolah untuk dapatkan tunjukajar dan bimbingan.

  194. salam cg,, sy nk tanye,, kalau buat dokumen perniagaan, harus ke letak diskaun niaga?

  195. Aina,

    Anda sebagai pemilik kedai.. sama ada nak bagi diskaun atau tidak. Pada kebiasaanya apabila pembelian secara borong.. diskaun niaga diberikan.

  196. okay. terima kasih cikgu. cikgu, dalam invois boleh tak kalau saya taknak letak diskaun tunai dan K&KdiK. takut nanti pening

  197. cikgu macam mana nak buat buku catatan pertama

  198. Cikgu, overdraft bank perlu pindah ke lejar?

  199. Hani,

    Overdraf bank… merupakan BAKI B/B Ak Bank dalam Buku Tunai.

  200. salam cikgu. Kad stok perlu direkod mengikut harga belian atau jualan? terima kasih cikgu

  201. Hani..

    Semua Harga Beli… sama ada keluar ataupun masuk.

  202. Cg mcm mna cara nak postkan buku tunai ke lejar

  203. Laili,

    Dakam buku teks ditunjukkan dengan jelas cara2 poskan Buku Tunai ke lejar berkaitan.

  204. Kalau penyata pendapatan dpt rugi kasar dan rugi bersih takpe ke? Markah dikira macam mana

  205. Mars,

    Tiada masalah jika dapat rugi… sudah lumrah perniagaan ada ketika untung.. ada ketika rugi. Penilaian kerja kursus berdasarkan penyediaan rekod perakaunan… kriteria pemberian markah/skor telahpun dinyatakan dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Skor Projek yang diedarkan bersama Soalan Tugasan.

  206. cg , kan kat catatan permulaan kerja kursus f4(spm16) ada baki b/b penghutang kan.. nk buat lejar am kan berdasarkan jurnal am . dlm jurnal am tu ada baki penghutang ,.. bukan ke dalam jurnal am xbleh buat akaun penghutang ? kan ? *

  207. Ayuni,

    Bila ada baki Penghutang dalam JA.. maksudnya telah wujudnya Ak Kawalan Penghutang dalam Lejar Am…. tiada apa yang salah… itu yang sepatutnya dibuat.. jika kita Sediakan Lejar Jualan dan Lejar Belian.. maka Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang perlu disefiakan dalam Lejar Am… cuma biasanya hanya guna “Ak Penghutang” dan “Ak Pemiutang”.

  208. salam cg, mcm mane nk buat kerja khusus ni guna komputer??

  209. maksud sy macam mane nk edit tugasan ni

  210. Aina,

    Apa yang hendak diedit ?
    Apa2pun adalah lebih baik rujuk guru sekolah.. kerana beliau yang akan menilai hasil kerja pelajar berdasarkan apa yang telah beliau ajarkan.

  211. Cikgu Narzuki, jika pelajar dpt untung kasar tetapi rugi bersih dlm PP, boleh terima tak? KKK plj tetap imbang ~ adakah syarat utk folio dpt A ialah wajib plj dpt untung bersih? Tqvm for ur guidance ???

  212. Jeen,

    Tiada apa2 masalah jika pelajar dapat rugi. Kita nilai dari segi kemahiran menyediakan set rekod perakaunan yang lengkap..

  213. assalam cg.. sy nk tanye, kalau pemilik ambil seunit brg niaga untuk kegunaan sendiri perlu tk catat dalam kad stok?? kalau perlu, catat belah masuk ke keluar ?

  214. Aina,

    Asalkan melibatkan barang niaga KELUAR atau MASUK… mesti dicatat dalam KAD STOK.
    Ambilan.. barang niaga KELUAR daripada kedai.

  215. contoh kalau ambilan 1 brg niaga, baki tetap ke berubah ?

  216. Aina,

    Ambil SATU, maka stok berkurang SATU… sudah tentu BAKI STOK yang tinggal BERUBAH.

  217. cg,
    nk buat lejar kena ambik semua maklumat dalam jurnal kan?

  218. cg,
    stok masuk ke dalam ID? pastu kan kalau ID tak balance , apa yang pelu di check ?

  219. cg,
    maknanya akaun kawalan penghutang xperlu buat ? just buat akaun penghutang je ? mcm tu ?

  220. Ayuni,

    Rujuk KITARAN PERAKAUNAN : Urus niaga –> Dokumen –> BCP (Jurnal A, Jurnal Khas & BT) —> LEJAR —> ID –> ….
    Maka semua catatan dalam Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai perlu diposkan ke Lejar.

    Hanya STOL AWAL sahaja masuk dalam ID, STOK AKHIR tidak masuk dalam ID. Dalam buku teks ada langkah2 mengesan kesilapan dalam ID yang tidak seimbang.

    Apabila kita menggunakan LEJAR AM dan LEJAR SUBSIDIARI (LEJAR JUALAN & LEJAR BELIAN), maka sepatutnya Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang perlu dibuka dalam LEJAR AM.
    KECUALI semua akaun disediakan dalam LEJER AM sahaja termsuk Ak Penghutang2 dan Ak PEmiutang2, barulah TIDAK perlu disediakan AK Kawalan tersebut.

  221. Cikgu, saya nak tanya tentang kad stok.. permulaan memang kena barang yang masuk ke? lepastu baru barang yang keluar?

  222. cikgu macam mana nak buat buku tunai

  223. Atiqahty,
    Kad Stok pada 1hb BAKI AWAL… rujuk kepada kuantiti dan harga beli yang telah anda tetapkan. Kemudian baru catatan KELUAR atau MASUK berdasarkan urus niaga jual dan beli yang telah anda rancangkan dalam Perancangan Urus niaga.

    Aizam,
    Sila rujuk BUKU TEKS m/s 135-145 iaitu cara merekodkan urus niaga (dokumen) ke Buku Tunai serta cara poskan ke Lejar berkaitan.

  224. salam cg,

    untuk brg elektrik, nk buat ayat utk angkutan masuk macam mne? dan kalau dalam kad stok perlu tk catat angkutan masuk untuk ssuatu brg??

  225. Nini,

    Kad Stok disediakan untuk rekod stok perniagaan bagi mengetahui berapakah kuantiti semasa yang ada dalam kedai.
    Jadi adakah belanja angkutan masuk berkaitan dengan kuantiti stok ?

  226. ok tq cikgu..

  227. cg,
    macam mne nk cari penghutang & pemiutang ?

  228. Nini,

    Jika ada buat Lejar Jualan dan Lejar Belian..maka sediakan Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang… rujuk buku teks cara penyediaannya.

  229. Assalam cikgu saya nak tanya.

    Saya ada buat latihan milikan tunggal. tp stok awal ada di kedua2 belah debit dan kredit pada imbangan duga.
    bangunan pun mcm tu, ada dikedua2 belah debit dan kredit pada imbangan duga.

    Maaf ye cikgu, saya tak tahu nak tanya siapa

  230. Hafizi. waalaikumussalam.

    Kemungkinan besar soalan tersebut yang silap .. mungkin typing error… cuba lihat ada tak akaun yang TIADA NILAI ?

  231. salam cg, pemilik tu siapa ? contoh : pemilik mengambil 3 unit barang niaga untuk kegunaan sendiri .dan perlukah catat dalam kad stok??

  232. Nini,

    Bila STOK KELUAR, katakan barang niaga A… maka rekodkan dalam Kad Stok Barang Niaga A disebelah KELUAR sebanyak 3 unit.

  233. sorry cikgu, sy masih keliru angkutan masuk brg niaga perlu catat dalam kad stok ke tk ? sbb sy nk kira betul2 stok awal,

  234. Nini,

    TIDAK PERLU… dalam Kad Stok.. hanya rekod KUNTITI stok yang KELUAR atau MASUK…
    Katakan “angkutan masuk RM200″… stok apa yang bertambah / berkurang ? … berapa kuantitinya ? …macam mana naka rekod dalam Kad Stok

  235. untuk ambilan tu, rekod 3 unit sebelah keluar kan, baki tetap ke berubah??

  236. Nini,

    Katakan:
    Baki awal 5 unit
    KELUAR 3 unit
    Maka, sudah tentu BAKI AKHIR tinggal 2 unit

    Cuba fahami apakah fungsi/kegunaan KAD STOK tersebut disediakan.

  237. untuk brg elektrik, contoh membayar angkutan masuk brg niaga xx seunit kpd xx betul tk cg?

  238. Nini.

    Angkutan masuk.. maksudnya bayar tambang lori / van… tidak kaitan dengan kad stok.

    Jika beli… terima dokumen invois/bil tunai.. baru melibatkan stok… seterusnya rekod dalam Kad Stok.

    Untuk urus niaga angkutan masuk tidak perlu nyatakan kuantiti barang niaga.

  239. Assalamualaikum cikgu,

    1)Saya nak tanya macam mana nak cari baki terakhir untuk keratan cek?

    2)Angkutan masuk perlu diletakkan dlm dokumen nota debit atau makluman debit?

  240. Inani, waalaikumussalam.

    1. Kita kena rujuk tarikh dan urusniaga bank dalam Buku Tunai. Katakan keratan cek bertarikh 5hb… maka berdasarkan BT (lajur Bank).. kira berapa baki di bank sehingga tarikh 4hb.

    2. Nota debit. Makluman debit dan malkuman kredit dikeluarkan oleh pihak Bank.

  241. samsuria jamaludin

    Salam cikgu.
    Saya nak tahu dokumen ape yg digunakan untuk angkutan masuk(komponen Kos belian)

  242. Samsuria,

    Bergantung kepada penyataan urus niaga yang dibuat. Boleh guna Nota Debit… Bil Tunai… Resit Rasmi.. Keratan cek.

  243. salam cg,

    untuk kad stok, harga barang letak harga yg telah dipotong diskaun niaga ke atau harga asal?

  244. Ssj,

    Kedua2 boleh digunakan.. sila rujuk ketetapan guru sekolah anda.
    Saya mencadangkan sebagai pengenalan kepada pelajar T4 tentang penggunaan Kad Stok.. memadai guna Harga beli (asal.. sebelum tolak diskaun).

  245. Assalamualaikum cikgu,

    Mcam mana nak buat ayat urusniaga bagi DUTI ATAS BELIAN?

  246. Jzer,

    Guna ayat mudah… Bayar duti atas belian barang niaga sebanyak RNxxx dengan cek/tunai.

  247. assalamualaikum cikgu,

    1)kalau urus niaga :angkutan masuk ,komponen :kos jualan jadi betul la kalau saya letak nota debit untuk dokumen?

    2)kalau urus niaga: belanja, komponen :pembayaran jadi dokumen :baucar bayaran?

  248. Aw, waalaikumussalam.

    Dokumen ditentukan berdasarkan penyataan dalam perancangan urus niaga.
    1. Jika pemiutang mengenakan caj angkutan masuk.. maka Nota Debit.
    Jika bayar angkutan masuk kepada …. maka Resit Rasmi / Bil Tunai

    2. Bagi urus niaga belanja….dokumen Resit rasmi… Baucar… Keratan cek. boleh digunakan.

  249. cikgu, kenapa format dalam x-cel bagi resit terima untuk no. tidak boleh ditukar? yang ada #value

  250. Aw,

    Dalam dokumen resit terima yang pertama… hanya tulis NOMBOR sagaja… jangan campur dengan huruf… sebab di dokumen yang kedua nombor siri akan keluar automatik berturutan.

  251. Saya nak tnya ,adakah akaun kontra perlu dimasukkan ke dalam lejar ???

  252. Hadi,

    Apa maksud “Akaun Kontra” ?
    Dalam Buku Tunai.. dipanggil “catatan kontra”… ianya tidak perlu pos ke lejar kerana catatan bergu sudah lengkap antara Ak Tunai dan Ak Bank.

  253. ouh, saya silap, apapun terima ksih yaa

  254. Mcm Mana nak cari baki akhir untuk keratan cek

  255. Iman,

    Kita kena rujuk tarikh dan urusniaga bank dalam Buku Tunai. Katakan keratan cek bertarikh 5hb… maka berdasarkan BT (lajur Bank).. kira berapa baki di bank sehingga tarikh 4hb.

  256. Kalau urusniaga itu DEPOSIT TUNAI (DARI PENERIMAAN),maksudnya kita menerima deposit daripada penghutang. Jadi perlukah kita masukkan urusniaga Jualan Kredit sebelum tu atau sekalikan je dgn deposit mcm —> “Menerima deposit tunai drpd … Enterprise sebyk RMX utk pembelian …”

  257. Ridhwan,

    Jika deposit daripada penghutang.. ianya TIDAK dikelaskan sebagai CATATAN KONTRA.
    Deposit Tunai… merujuk kepada catatan kontra seperti biasa.. iaitu masukkan duit perniagaan ke akaun bank perniagaan.

  258. Assalammualaikum Cikgu..jika kita hendak m’mbuat buku tunai adakah kita perlu memasukkn baik perniagaan PDA awal bulan..

  259. Aziz, waalaikumussalam.

    Mulakan BT dengan Baki bb pada 1hb.. tunai – debit…. bank – kredit.

  260. cikgu~
    untung bersih dalam penyata pendapatan bulan berakhir..perlu sama dengan mane-mane akaun kerr cikgu ..

  261. Lina,

    Tak.. cuma pindahkan UB tersebut ke KKK

  262. Cikgu , kalau stok awal tu beli 250 then cikgu rasa berapa harga yang berpatutan untuk dijual ? Kalau jual 500 boleh ? Ke jual 300 je ?

  263. Eykqa,

    Kita tuan punya kedai… maka bebas tentukan harga… cara mudah kita tetapkan mark-up 30% daripada harga beli.

  264. cikgu boleh x bagi password untuk unprotected sheets sbb nk betul kedudukan text

  265. assalamualaikum cikgu. saya nak tanya.bagaimana nak buat lejar menggunakan komputer. Microsoft apa yg boleh guna dan bagaimana?

  266. yg saya x tahu tu nak buat bentuk T menggunakan komputer.
    mohon penerangan.terima kasih

  267. Muhd Hanif, waalaikumussalam.

    Boleh menggunakan Ms Word atau Ms Excel… ataupun guna template daripada BAHAN CG AZLAN.

  268. assalamualaikum cikgu .

    im not sure abt penghutang ? perlu ke menyenaraikan penghutang kita and bape org tu kita y decide sendiri ke ?

  269. Fatin, waalaikumussalam.

    Sediakan senarai nama (tetapkan sendiri) serta baki awal masing2… dan pastikan JUMLAH RM3050. Baki tersebut perlu dicatat sebagai BAKI B/B masing2.

  270. Cikgu, saya tak boleh imbang kunci kira kira saya..
    tapi lejar saya imbang..cikgu boleh beritahu saya mana yang saya salah?? Lejar yang salah atau pun penyata pendapatan yang salah

  271. Nikki,

    Pastikan ID seimbang terlebih dahulu. Kemudian baru pastikan KKK seimbang.
    Jika KKK tidak seimbang… ada beberapa kungkinan berlaku kesilapan, antaranya :
    1. klasifikasi akaun yang salah.. A,L,E,H dan B.
    2. susun atur format tidak tepat
    3. kesilapan operasi.
    4. kesilapan pengiraan.
    5. ketinggalan salah satu akaun…. dll.

  272. beli aset bukan semasa secara tunai masuk x dalam memo?

    pengeluaran tunai masuk jurnal mane?

  273. Syafira,

    Beli ABS secara tunai… TIDAK sesuai guna MEMO.

    Apa2 urus niaga melibatkan tunai / bank… perlu dicatat dalam BT.

  274. Assalamualaikum cg,boleh ke klau sy hanya mempunyai 2 pemiutang??brapakah bil minimun bagi pemiutang??hrap cg dpat membabtu

  275. Farsya, waalaikumussalam.

    Bilangan pemiutang.. bebas asalkan munasabah berbanding dengan barang niaga.

  276. cikgu, dlm perancangan urus niaga, beli perabot untuk kegunaan perniagaan, dlm buku tunai tulis belian atau perabot?

  277. Jessei,

    Perabot.
    Belian digunakan jika beli barang niaga untuk dijual.

  278. Cikgu, dalam komponen catatan kontra
    adakah pengeluaran tunai untuk kegunaan sendiri merupakan ambilan?

  279. chawzen,

    sila betulkan .. pengeluaran tunai untuk “kegunaan perniagaan”.. baru boleh dikelaskan sebagai catatan kontra.

  280. assalam cg, harga utk angkutan masuk boleh lebih @ kurang tk??

  281. Nini,

    Kos tambang lori / van (angkutan masuk).. bebas asalkan munasabah.
    .. apa yang lebih… apa yang kurang ?

  282. cg, kalau untuk perolehan aset bukan semasa tu, nak letak dapat modal untuk dibawa masuk ke syarikat boleh tak ?

  283. Ina,

    Pada pandangan Cg.. untuk tugasan ini TIDAK SESUAI kerana telah dinyatakan dalam soalan perolehan ABS samada secara Tunai / Kredit.

  284. assalamualaikum,cg saya meminta izin untuk menggunakan softcopy dokumen perniagaan,saya telah download ,akan tetapi apabila saya mahu edit ,dia memerlukan password,apakah passwordnya,terima kasih

  285. Luqman, waalaikumussalam.

    Program tersebut disediakan sedemikian rupa supaya dapat mengesan beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar… antaranya kedudukan nama penjual dan pembeli… asal atau salinan… no siri mesti berturutan bagi dokumen salinan .. pengiraan.. dll. Jika pelajar ingin mengubah sesuatu dalam dokumen yang dipilih.. itu bermaksud dokumen yang pelajar cuba sediakan telah silap… maka perlu diperbetulkan.

  286. cikgu, tumpang tanya…
    bil tunai.. tandatangan belah mana??
    salinan dan asal ada beza ke tandatandangannya belah mana??

  287. Chew yee li,

    Format dokumen bebas… tiada ketetapan khusus … apa yang penting kita nyatakan dibawah garis tersebut yang mana satu untuk Pengurus.. dan mana satu Penerima.

  288. Baki akhir bagi keratan cek boleh negetif?

  289. xD,

    Tiada masalah jika Bank berbaki kredit (-ve).. ianya bermaksud overdraf bank.

  290. nak tanya. saya lupa tentang folio dalam jurnal am. boleh tolong terangkan ?

  291. Nina,

    Labelkan setaip Jurnal dengan JA1, JB1, JJ1, JPB1, JPJ1, BT1.. (sebagai contoh)
    Manakala.. semua akaun dalam lejar dengan LA1, LA2, LA3,….

    Ruangan FOLIO dalam BCP mesti merujuk kepada lejar berkenaan LAx

  292. Kalau dalam jurnal am bank overdraf , dlm buku tunai sebelah kredit bahagian bank ek ?

  293. Aqil.

    YA.. BT.. lajur Bank sebelah kredit.

  294. Cikgu,
    Mcm mana kalau saya nak mengeposkan jurnal am(memulakan perniagaan) yg mempunyai liabliti(overdraf bank)&modal ke lejar?sbb selalunya item kredit yg kite masukkan ke lejar cume ade modal shj

  295. Carol,

    Item kredit bukan Modal sahaja… Liabiliti juga berbaki kredit…. apabila diposkan ke lejar maka dicatat disebelah kredit.

  296. salam cg, utk memo, mcm mne nk buat ayat utk memulakan perniagaan

  297. Assalamualaikum cikgu, tempoh perakaunan dan tempoh rekod untuk projek ini adalah sebulan atau setahun?

  298. Nabila, waalaikumussalam.

    Tempoh Perakaunan — SETAHUN
    Tempoh Rekod — SEBULAN

  299. macam mne nk buat senarai penghutang & pemiutang? cmne nk kenalpsti mne penghutang n pemiutang ye cg?

  300. Nini,

    MEMO : Memulakan perniagaan dengan baki2 aset, liabiliti dan ekuiti seperti berikut :
    …senaraikan Kenderaan RMxx, Stok RMxx, Tunai RMxx, Bank RMxx, Modal RMxx (rujuk dalam soalan)

    Anda tentukan sediri senarai Penghutang dan Pemiutang … nyatakan Nama, Alamat, Baki awal (bagi penghutang).
    Jualan kredit – Penghutang
    Belian kredit – Pemiutang

  301. Cikgu saya mempunyai masalah dalam folio. Untuk komisen diterima bagaimanakah saya kena rekod dalam buku tunai dan lejar?
    Bolehkah saya mengurangkan hutang saya dgn pemiutang? Ataupun apa definisi komisen diterima? Adakah komisen diterima kontra dengan akaun pemiutang?

  302. Ooi,

    Komisen diterima tiada sebarang kaitan dengan Ak Pemiutang… catatan bergunya ialah :
    Dt Tunai/Bank Kt Komisen diterima.

    Dalam BT catat sebelah debit… dalam Ak Komisen diterima catat sebelah kredit.

  303. Memasukkan Wang tunai keep dlm bank yg diterima drpd penghutang.catatan kontra.catatan ini perlu DT atau KT dlm buku tunai

  304. Mathan,

    Terima tunai dari penghutang dibankkan TIDAK dikelaskan sebagai Catatan Kontra. Ianya dikelaskan sebagai item Penerimaan.

  305. ok cg, baki awal nk cri cmne pula?

  306. Nini,

    Baki awal telah diberi dalam soalan.. kecuali stok awal dan modal ditentukan terlebih dahulu oleh setiap pelajar.

  307. kalau angkutan masuk perlu tk letak nama penjual

  308. Nini,

    Bergantung kepada penyataan urus niaga dalam perancangan…. samada
    (1) kos angkutan masuk dicaj oleh pemiutang… maka dokumen Nota Debit digunakan… nama pemiutang mesti ada.
    (2) bayar angkutan masuk secara tunai..maka tidak melibatkan pemiutang.

  309. salam cg, selamat pg, selamat hari raya..

    cg, untuk brg elektrik, nma perniagaan yg cmne sesuai utk letak ye cg??

  310. Nini,

    Cuba perhatikan nama2 kedai disekitar kawasan anda… ataupun GOOGLE saja.
    # Selamat hari raya.

  311. Cikgu,kalau akaun kenderaan didebitkan oleh modal dan liabiliti,lepas tu apakah nilai modal dan liabiliti?
    Kadang2 kalau item yg didebitkan cthnye modal kite selalunye letak nilai kenderaan

  312. Tapi skrang ni ade dua item
    first2 belajar pengeposan ke lejar cikgu I tak suruh menutup akaun
    Folio ni kene tutup akaun ke tak??

  313. Carol Hew,

    Catatan permulaan
    Dt Kenderaan 50 000
    Dt Stok * xxx … tentukan sendiri
    Dt Penghutang * 3 050
    Dt Tunai 400
    Kt Bank 800
    Kt Modal * xxx …. kira selepas nilai stok awal ditentukan.

    Poskan ke lejar masing2 dengan nilai diatas dengan butir “BAKI B/B”
    Cikgu sekolah akan ajar seraca berperingkat..

    Tugasan projek ini kena sediakan set lengkap … bermula dari perancangan urus niaga sehinggalah Penyata Pendapatan dan KKK. (Rujuk KITARAN PERAKAUNAN)

  314. So baki b/b akaun kenderaan ialah RM50,000?

  315. Carol Hew,

    YA.

  316. Assalamualaikum cikgu, nak tanya.

    dalam buku tunai penerimaan adalah dt manakala pembayaran pula kt. Klau dekat lejar dia jadi terbalik daripada buku tunai tu ke? contohnya komisen diterima dekat buku tunai debit. kalau kat lejar komisen diterima tu jadi kredit lah kan ?

    Lepastu jualan di buku tunai, dia akan jadi kredit ke dekat lejar ? ke debit jugak ? saya keliru sikit. Harap cikgu dapat bantu. Terima kasih.

  317. Wani, waalaikumussalam.

    Memang dah betul… semua yang Debit dalam BT akan diposkan sebelah Kredit lejar masing2… termasuklah jualan.

  318. Lepas tu penghutang kena buka lagi satu akaun tak?

  319. Carol Hew.

    Ak Penghutang merujuk kepada Ak Kawalan Penghutang.. manakala akaun penghutang2 (bilangan bergantung perancangan yang telah dibuat).. dibuka dalam Lejar Jualan.

    Sila rujuk guru sekolah anda.. sama ada beliau minta sediakan Ak Penghutang (Kawalan).. atau tidak.. ?

  320. cg,
    deposit perlu dimasukkan ke dlm buku tunai ke?kalau perlu,belh dt @ kt

  321. salam cg, ape dokumen dn lejar utk angkutan masuk

  322. M,
    BT… Dt Bank Kt Tunai

    Nini,
    Sila rujuk komen Cg sebelum ini (diatas) berkaitan Angkutan masuk.

  323. tq cg, tp angkutan masuk tu tetap kos jualan kn?

  324. utk memo pula, kena tulis meneruskan perniagaan xxxxxx ke cmne?

  325. Nini,

    Ya betul.. masuk dalam item Kos Jualan.
    Berhubung dengan MEMO catatan permulaan… Cg sudah jawab soalan yang sama daripada NINI sebelum ini (rujuk atas).

  326. salam cg, faedah drpd bank kena masuk dlm buku tunai tk? kalau kene, catat sblh mne ekk??

  327. Nini,

    Semua urus niaga melibatkan tunai/bank mesti masuku BT.
    Debit – terima duit/wang masuk
    Kredit – bayar / wang keluar.

  328. Cikgu,
    belanja&hasil kena masuk ke dlm akaun tunai kan?
    Item yg mane kena tulis pelbagai penerimaan?
    Blh x nama penghutang&pemiutang tulis kena dlm akaun tunai?

  329. Carol Hew,

    Apabila kita sediakan Buku Tunai… maka Ak Tunai dan Ak Bank tidak perlu dibuka lagi.

    Tidak semestinya hasil & belanja… beli aset… bayar hutang… terima bayaran.. masuk BT.

    Secara mudah.. apa2 saja urus niaga yang melibatkan tunai …. kita bayar / kita terima… mesti masuk tunai.

  330. Salam cikgu,
    Angkutan masuk boleh guna Dokumen nota debit (asal)?
    Ada dokumen yang lebih sesuai kecuali keratan cek?

  331. Joline,

    Angkutan masuk .. sila rujuk komen Cg sebelum ini (diatas)

  332. Selamat sejahtera cikgu,
    Kalau ” Angkutan masuk dibayar secara kredit kepada Kedai Sri Aman”
    [Rujuk Invois No. INV0267]

    Invois No. INV0267:
    Belian Kredit daripada Kedai Sri Aman sebanyak……

    Guna dokumaen apa untuk angkutan masuk situasi ini?
    Angkutan masuk situasi ini boleh guna Nota debit (Asal)?

  333. SpeXial,

    Penyataan berkaitan angkutan masuk tersebut tidak sesuai…. macam mana boleh jadi “dibayar secara kredit” ? … bila kredit maksudnya Tidak Bayar/berhutang.
    Sila tukarkan kepada “Caj angkutan masuk dikenakan oleh Kedai Sri Aman sebanyak RMxxx”… dokumen Nota Debit (asal) … dan perkara tersebut perlu dicatat dalsm JA.. bukannya JB.

  334. cg, kalau tunai lebih drpd 400 xpe kn? dn overdraf bank perlu tk catat dlm lejar?

  335. Nini,

    overdraf bank.. hanyalah Baki b/b sebelah kredit Ak Bank (dalam BT).

  336. Cg, nak buat kunci kira kira berdasarkan apa? dokumen atau lejar ?

  337. Eka,

    Sila hayati Kitaran Perakaunan… itulah uritan proses penyediaan rekod perakaunan…
    ..un.. dok…. lejar … ID … PP&KKK

  338. bleh cikgu berikan format kunci kira-kira ?

  339. Akma,

    Format KKK boleh rujuk buku teks.

  340. assalamualaikum cg
    Sy ada beli brg scara tunai ..boleh ke sy nk buat pulangan belian ?
    Kalau boleh, mcm mna cara nk rekod?
    Hrp cg dpt bls segera
    Tq

  341. Ayaa, waalaikumussalam.

    Tidak boleh…. tidak wujud pulangan belian untuk belian tunai.

  342. Apakah maksud JA dan JB?

  343. SpeXial,

    JA – Jurnal Am
    JB – Jurnal Belian

  344. Cikgu, kalau mengeluarkan wang tunai utk kegunaan pejabat, kita kena masukkan dlm jurnal am ke buku tunai? Dan mcm mana kita nak pindah jurnal am ke lejar? Sbb jurnal am tu ada overdraf. Kita kena bkk akaun overdraf ke? Adakah buku tunai yg kita buat perlu pindah ke lejar jgk?

  345. Mcm mana nk buat akaun kawalan. Apa sebenarnya fungsi akaun kawalan?

  346. Akaun yg ada dlm buku tunai pon kita perlu sediakan akaun kawalan ke?

  347. Hh,

    Sila rujuk buku teks dan dapatkan tunjuk ajar guru sekolah… terlaly panjang untuk saya nyatakan disini.

  348. Cikgu,
    sy da buat sampai imbangan duga tapi ia masih x seimbang.kalau beli barang niaga akaun stok sy kena dt tak?lepas tu kalau jual barang niaga dpt keuntungan modal kena kt tak?

  349. Carol Hew,

    Penguasaan catatan bergu masih lemah… sila dapatkan tunjukajar daripada guru sekola.. cara tersebut lebih berkesan.

  350. Selamat sejahtera cikgu.Angkutan masuk di tulis di sebelah kredit atau debit di buku tunai?

  351. Star,

    Jika bayar kos angkutan masuk tersebut.. maka catat sebelah kredit Buku Tunai.

  352. lajur folio jurnal am,buku tunai,lejar perlu isi tak?

  353. folio untuk tunai, overdraf bank dan bank semua tulis BT1 ?

  354. Cikgu, butir dlm akaun kawalan penghutang untuk penghutang 3050 yg dlm soalan itu tulis baki b/b atau nama penghutang itu?

  355. AA,

    Ya.. folio dalm Jurnal Am.. BT1.. untuk Tunai dan Bank.

    Baki b/b RM3050

  356. overdraf bank kena catat mna lg?

  357. Nini,

    Hanya di BT lajur Bank.. butirnya Baki b/b.

  358. saya kuppusamy.dalam invois salinan saya tulis sofa.adakah saya kenna masuk dalam jurnal amm.

  359. Kupusamy,

    Jika invois (salinan) jualan barang niaga… maka catatannya dalam Junal Jualan…. bukan Jurnal Am.

  360. k tq cg,cg sy nak tanya tunai dalam imbangan duga sy RM 1000. boleh ke cg??

  361. Cg

    Selepas mencatat overdraf bank di jurnal am apakah langkah seterusnya?
    Perlukah diisi di dlm buku tunai

  362. Cikgu, folio untuk penghutang 3050 itu LA atau LJ ?
    Folio dlm lejar untuk baki b/b drp jurnal am tulis b/b atau JA1 ?

  363. Nini,
    ID berdasarkan baki akhir setiap akaun… sebarang nilai tiada masalah.

    Farah,
    Ya… Baki b/b dalam BT.

    Harrithfikri,
    Ya… asalkan melibatkan barang niaga.

    Aa.
    Ak Penghutang (kawalan) LAxx
    Folio bagi baki b/b dalam lejar JA1

  364. Cikgu, folio bagi penghutang lama 3050 dlm jurnal am LA atau LJ ?

  365. dan folio bagi baki h/b,baki b/b bulan baru perlu isi tak atau kosongkan shj?

  366. Aa.

    Kena rujuk apa yang awak buat.. jika dalam Jurnal am… guna “Ak Penghutang” .. itu merujuk kepada Ak Kawalan Penghutang.. maka LAxx

    Tapi jika anda menggunakan nama syarikat… contohnya Penghutang Syarikat ABC… maka ianya merujuk kepada LJxx.

    Adalah lebih baik rujuk kepada guru sekolah anda apa kehendak beliau.. kerana beliau yang akan menilai hasil tugasan anda berdasarkan kefahaman dan ketetapan beliau.

  367. salam cg, sy ada beberapa soalan :

    1- angkutan masuk tk perlu masuk lejar kn? imbangan duga pula?

    2- akaun kawalan perlu buat ke? pastu masuk mane?

  368. Nini,

    1.kenapa tak masuk ? jika tiada lejar.. maksudnya tidak wujud angkutan masuk.

    2. Apabila perniagaan mengamal membuka Lejar Am dan Lejar Subsidiari (Lejar Jualan & Lejar Belian).. maka sudah semestinya Ak Penghutang (kawalan) & Ak Pemiutang (kawalan) perlu disediakan dalam Lejar Am…. pastu masuk ID…. KKK … sila rujuk buku teks untuk lebih menahami.

  369. cikgu bagaimana saya ingin mengisi dokumen keratan cek?

  370. Anis,

    Sila rujuk komen Cg sebelum ini berkaitan keratan cek.

  371. baki h/b tunai tu nk masukkn mne

  372. Nini,

    Cuba fahami maksud baki b/b dan baki h/b. serta kitaran perakaunan. Semua baki2 akhir akauan disenaraikan dalam Imbangan Duga.

  373. penghutang,jualan dngan pulangan jualan termasuk dalam lejar jualan
    ke cikgu

  374. Ain,

    Lejar Jualan.. hanya khas untuk akaun penghutang2 sahaja…. manakala Ak Jualan .. Pulangan Jualan dalam Lejar Am.

  375. dlm imbangan duga, perniagaan yg melibatkan perolehan aset je ke yg kena catat?

  376. dn faedah , angkutan masuk mmg kena masuk jurnal am ke?

  377. Nini,

    Rujuk Kitaran perakaunan.. bermula Dokumen … catatkan dalam BCP (samada JA, J Khas @ BT – mesti salah satu)… kemudian poskan ke lejar… ID … dan seterusnya.

  378. cikgu,macam mana nak imbangkan imbangan duga saya?saya dah buat banyak kali tapi tak boleh!boleh cikgu tolong saya

  379. Hanani,

    Ok. hantar kepada guru sekolah beliau akan semak dan berikan tunjukajar.

  380. cg, ID tk seimbang

    Debit kredit
    KENDERAAN 95000
    STOK 41500
    TUNAI 16000
    BANK 4400
    MODAL 94150
    PENGHUTANG 32050
    PEMIUTANG 10500
    XX AUTOMOBIL 95000
    BELIAN 22500
    JUALAN 41400
    P. BELIAN 500
    P. JUALAN 2000
    K. BAYARAN 500
    ANGKUTAN MASUK 100
    FAEDAH 1000
    OVERDRAF 800
    SEWA 300
    GAJI 1300

    ——- ——–
    216650 248350

    TOLONG SY CG

  381. YG MNA BETUL

  382. Nini,

    Kena semak daripada lejar lagi…
    Overdraf .. x wujud. ianya merupakan Baki b/b Bank sebelah kredit.
    Serahkan kepada guru sekolah untuk semakan.

  383. Bank dn tunai perlu buat lejar tk

  384. lejar akaun ambilan brg niaga perlu buat tk

  385. Nini,

    Buku Tunai juga merupakan lejar bagi Ak Tunai dan Ak Bank yang digabungkan.. maka tidak perlu lagi.
    Semua akaun yang terdapat dalam urus niaga perlulah diposkan ke lejar masing2.

  386. Akaun ambilan brg niaga?

  387. kalau buat akaun kawalan, perlu letak nama syarikat penghutang & pemiutang tk?

  388. Nini,

    Ambil barang niaga atau ambil tunai….. akaunnya ialah AKAUN AMBILAN sahaja.
    Dalam akaun Kawalan tidak perlu letak nama penghutang atau pemiutang…. sila rujuk buku teks topik Akaun Kawalan.

  389. ID tk seimbang, akaun stok kena buat tk? ke dalam akaun modal tu perlu letak baki awal tunai, stok ?

  390. Sharifah Khairunnisa Bt Sharif Shai

    Assalammualaikum cikgu.. saya ada masalah tugasan akaun.. saya nak daftar barang stok.. saya punya perniagaan elektrik. barang elektrik tu saya jual untuk pejabat.. Boleh tak cikgu senaraikan apa barangan elektrik???

  391. Syarifah, waalaikumussalam.

    Cuba perhatikan barang2 elektrik dalam kedai/pejabat.. antaranya lampu, kipas, mesin fotostat dll..

  392. Cikgu, Kenapa kita dpt komisen ya?

  393. Khai,

    Sila rujuk DISINI (klik)

  394. cikgu , mengeluarkan tunai daripada bank , kita perlukan dokumen apa ?

  395. Farhanah,

    Guna Keratan cek.

  396. Sharifah Khairunnisa Bt Sharif Shai

    modem bukan barangan elektrik pejabat ke?? susahlah cikgu. tadi nak daftar barang elektrik.. asyik kene rijek je.. saya dah try smart finger print touch,modem,lampu kalimantang,kipas,mesin faks.. byk lah.. byk barang niaga ada dah diambil dan tak sesuai..

  397. Sharifah Khairunnisa Bt Sharif Shai

    cikgu..cg akaun saya cakap mesin fotostst bukan barang elektrik tapi alatan pejabat.. rasa nak mengalah je..

  398. Sharifah,

    Modem biasanya dijual dikedai komputer.. bukan kedai ekektrik… nsk mudah cuba pergi ke kedai ekektrik berdekatan.. perhatikan barangan yang dijual.

  399. memulangkan barang niaga ? perlukan dokumen apa ?

  400. Farhanah,

    NOTA KREDIT digunkan bagi urus niaga pulangan barang niaga.

  401. Salam, Cikgu, apa pendapat cikgu jika saya rugi dalam urusniaga ini?

  402. pulangan barang niaga kepada kedai. di buku tunai kredit atau debit?

  403. Luqman,
    Tiada sebarang masalah jika dapat rugi.

    Yuki,
    Pulangan barang niaga… masuk dalam Jurnal Pulangan… bukan dalam Buku Tunai.

  404. Salam, Cikgu. Perlukah saya menyediakan Buku Penerimaan & Pembayaran Tunai sebagai Buku Catatan Pertama jika sudah sediakan Buku Tunai?

    OK tak, jika saya tidak tulis apa-apa dalam ruang folio?

  405. cikgu. utk kerja kursus ni…komisen ni kita terima dpd siapa? sy x fhm..

  406. Marlynna,
    Tidak perlu… hanya sediakan Buku Tunai.
    Folio.. tidak ditetapkan dalam buku panduan pelaksanaan dan penilaian skor bagi tugasan Tingkatan 4. Namun saya galakkan ianya disediakan.
    Walaubagaimanapun sila rujuk ketetapan guru sekolah anda.

    Hanis,
    Rujuk penyataan perancangan urus niaga yang anda buat. Contohnya peniaga lain meletakkan barangan mereka dalam kedai kita untuk dijual.. jika laku/berjaya dijual kita akan dapat komisen daripada jualan tersebut.

  407. Cikgu, mcm mana nak cari modal awal Kat KKira Kira ?

  408. Sha,

    Rujuk pada catatan permulaan dalam jurnal am pada 1hb.

  409. perlukan buat buku tunai selepas sudah buat jurnal penerimaan tunai dan pembayaran tunai

  410. Ahmad,

    Bagi tujuan kerja kursus… mesti sediakan Buku Tunai, jurnal penerimaan dan pembayaran tidak diperlukan.

    Merujuk kepada soalan, jika sediakan jurnal tersebut, maka BT sudah tidak perlu dibuka tetapi Ak Tunai dan Ak Bank perlu dibuka.

  411. Dalam Komponen Kos Jualan, jika insurans atas belian dibayar dengan cek terus kepada Sykt.Insurans XXX, bolehkah saya guna baucar pembayaran sebagai sumber dokumen?
    Ataupun keratan cek / resit rasmi lebih sesuai.
    Saya tidak suka guna keratan cek krn.susah nak kira baki dlm. keratan cek.

  412. Marlynna,

    Cg cadangkan guna resit rasmi.

  413. Cikgu, jumlah komisen perlu ambil dr hasil tolak pulangan atau letak saja berapa2 pun?

  414. Cikgu boleh tlg x

  415. cikgu…imbangan duga saya tidak sama…adakah akaun jualan dan akaun belian perlukan amaun yang sama…lagi satu..perlu kah amaun modal ditolak dengan kenderaan dalam akaun lejar

  416. Khai,
    Komisen biasanya menggunakan peratusan tertentu, namun bagi tujuan kerja kursus ini, saya cadangkan pelajar tetepkan sendiri berapa ringgit.

    Baluq,
    Tidak semestinya sama, dan amaun modal TIDAK ditolak dengan kenderaan. ID disediakan untuk menguji CATATAN BERGU yang disediakan tetap, jika TIDAK SEIMBANG.. sila semak catatan bergu DEBIT dan KREDIT anda.

  417. cikgu boleh tolong semak kan saya punya kalau ada salah…cikgu tolong check kan tang mne yang tk seimbang

  418. Baluq,

    Sila serahkan kepada guru sekolah.. beliau akan bantu.. ada markah bagi pelajar yang kerap berjumpa dengan guru iaitu markah untuk Komunikasi

  419. salam cg,,

    sye ade buat buku tunai, perlu tak buat buku tunai?

  420. Cikgu mana nak dapat stok akhir dalam penyata pendapatana saya.

  421. Yana,
    Ya Buku Tunai perlu disediakan.

    Ammee,
    Stok Akhir diperolehi daripada jumlah Baki2 akhir Kad Stok.

  422. Assalamualaikum cg . pergerakan brg nak buat mcm mane ye? konfius sgt ni?

  423. Chnuriqma, waalaikumussalam.

    Sila dapatkan bimbingan daripada guru sekolah, kerana pengisian KAD STOK mesti merujuk kepada senarai perancangan/dokumen yang telah disediakan.

  424. Jika saya telah menggunakan Buku Tunai, perlukah saya membuka Akaun Bank & Akaun Tunai?

  425. Amalifa,

    BUKU TUNAI merupakan AK Tunai dan Ak Bank yang digabungkan, maka tidak perlu lagi disediakan.

  426. cg, pengeluaran tunai untuk kegunaan pejabat masuk dokumen mane? adakah keratan cek?

    lagi satu, baki dlm kad stok kene rekod harga jual ke harga beli? sy confused yg ni .

  427. ak tunai & bank kena tak?

  428. Syafira,
    KERATAN CEK sesuai digunakan.
    KAD STOK mengunakan HARGA BELI.

    Yana,
    TIDAK PERLU sebab sudah ada BUKU TUNAI.

  429. cg, deposit tunai ke bank masuk dokumen mane? adakah memo?

  430. Syafira,

    Penggunaan Memo adalah tidak berapa sesuai. sebaliknya menggunakan dokumen Slip Bank.

  431. cikgu saya nak Tanya . macam mana nak cari modal kerja dlm kkk . mintak tolng sangat . saya kene hantar kerja kursus ni besok ..

  432. Aini,

    Aset semasa
    (-) Liabiliti semasa
    = Modal kerja

  433. ambilan barang niaga tu untuk kegunaan sendiri atau kegunaan pejabat?

  434. Siti,

    Ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri.

  435. assalamualaikum, selamat petang cikgu, saya nak tanya kalau urusniaga “menerima faedah ….” kena catat dalam apa ?

  436. Yana, waalaikumussalam.

    Lengkapkan penyataan urus niaga tersebut.. baru cg dapat jawab dengan tepat.

    Jika terima faedah simpanan.. wang masuk terus kw ak bank.. maka Buku Tunai.

  437. assalamualaiku..saya nak tanya, bolehkah kalau imbangan duga,penyata pendapatan,dan kunci kira-kira tak seimbang..saya dah buat yang terbaik untuk kerja kursus saya tapi masih tak sama..macam mana ni..saya takut saya tak dapat capai target..saya cuma nak tanya itu saja..

  438. Nurul ejati, waalaikumussalam.

    Hantar kepada guru sekolah, beliau akan semak dan kesan kesilapan.. seterusnya anda perbetulkan kesilapan tersebut.

  439. “menerima faedah daripada bank sebanyak rm 1000” macam mana cg? kena catat dalam apa ? boleh cikgu senaraikan ken catat dalam apa & disebelah kredit/debit ?

  440. Yana,

    Buku Tunai lajur BANK sebelah DEBIT butirnya Faedah Simpanan.
    kemudian poskan ke Ak Faedah Simpanan sebelah kredit butir BANK.

  441. assalamualaikum cikgu, saya nak tanya ? Baki awal kenderaan kan RM 50 000. kalau beli kenderaan terpakai secara kredit RM 45 000. kena campur ke?

  442. Yana. waalaikumussalam.

    Ak Kenderaan ada satu sahaja.. maka Baki awal 50,000 jika beli.. kenderaan akan bertambah.

  443. assalammualaikum cikgu, kalau saya masukkan kos pengangkutan sebagai belanja boleh ke cikgu? kalau boleh, boleh cikgu tolong berikan conth urusniaga yang berkaitan dengan kos pengangkutan?

  444. Mirzahuda, waalaikumussalam.

    Jika kos pengangkutan semasa beli barang niaga (angkutan masuk) dikelaskan sebagai item Kos Jualan.
    Manakala kos angkutan keluar.. boleh dijadikan item perbelanjaan. Contoh urus niaga… bayar tambang lori untuk hantar barang niaga kepada pelanggan.

  445. Assalamualaikum cikgu , sy nak tnya . Pada kad stok , kena letak harga sebelum atau selepas diskaun niaga?

  446. Haziq, waalaikumussalam.

    Rujuk guru sekolah… apa ketetapan atau penyelarasan yang beliau buat.

  447. baki awal kenderaan RM 50000. Saya beli kenderaan terpakai secara kredit RM 45000. So baki b/b RM 95000 la kan? betul tak cikgu

  448. Yana.

    Ya. betul.

  449. ok tq cikgu, akaun modal kena buat tak?

  450. Yana,

    Ya… semua item dalam BCP (Jurnal Am, JJ, JPJ, JB, JPB, BT) perlu diposkan ke lejar masing2.

  451. akaun kawalan perlu buat ke? untuk apa ya cikgu

  452. saya “membeli kenderaan terpakai secara kredit RM 45 000 daripada Syarikat XXX ” baki b/b kenderaan RM 95 000. Adakah akaun Syarikat XXX baki b/b RM 45 000 / RM 95 000?

  453. cikgu untuk projek ini perlu tulis dengan tak? boleh saya buat semua dalam komputer sahaja dan print?

  454. assalam cikgu, saya ada pertanyaan.. urusniaga saya ada 1 akaun faedah atas simpanan. kena catat dalam akaun kawalan tak?

  455. Hiya,
    Mesti ada draf dibuat secara manual… sebagai eviden/bukti tugasan tersebut dibuat sendiri oleh pelajar… bukan main copy saja.

    Yana,
    Faedah atas simpanan tidak melibatkan penghutang/pemiutang.

  456. kalau buat akaun kawalan, maknanya tak perlu buat akaun penghutang dan pemiutang ke?

  457. Yana,

    Sila rujuk buku teks, apakah fungsi Ak Kawalan serta kaitannya dengan akaun2 penghutang dan pemiutang.

  458. baki awal penghutang tu nk kena buat apa cikgu? kena catat dalam akaun kawaln , buku tunai, jurnal atau lejar?

  459. Yana,

    Baki awal penghutang…. catat dalam Ak Penghutang terlibat… Ak Kawalan Penghutang.

  460. kalau ada 2 penghutang, dua2 akaun kena catat baki awal RM 3050 tu ke?

  461. Yana,

    Jumlah Penghutang RM3050….. boleh agihkan antara kedua2nya, asalkan jumlah RM3050.

  462. saya ada 5 penghutang.. semua kena buat kan?

  463. Yana.

    Terserah… asalkan Jumlah baki awalnya RM3050.

  464. Maksud cikgu, kena bahagi jumlah baki awal RM 3050 ke?
    contoh : penghutang 1 – 1000
    penghutang 2 – 1000
    penghutang 3 – 500
    penghutang 4 – 550
    betul tak cikgu ?

  465. cikgu, kalau buat akaun kawalan, baki b/b catat dalam imbangan duga kan ?

  466. Cikgu,kunci kira-kira saya tak imbang…apa yg saya prlu buat?

  467. Yana,
    Betul.. asalkan jumlah RM3050

    Rafiq,
    Pastikan ID seimbang terlebih dahulu.
    Jika hanya KKK yang tidak seimbang, kemungkinan kesilapan berlaku dalam PP atau KKK:
    1. Masuk item dalam kompopnen yang salah.. contohnya item liabiliti catat dalam aset… atau item hasil catat dalam belanja.
    2. Silap OPERASI… sepatutnya TOLAK tetapi dikira TAMBAH atau sebaliknya.
    3. Silap FORMAT
    4. Kesilapan pengiraan… silap tekan kalkulator.

  468. Cikgu,pulangan jualan & pulangan Belian effect tak dekat kad stok ?

  469. Ain,

    Ya sudah tentu…

  470. Assalamualikum Cikgu..
    saya nk tanya,(doc.perniagaan)
    ni saya buat resit rasmi(asal)
    kalau perniagaan kita terima komisen drpd Suria Enterprise,diterima drpd :letak nama Suria Enterprise kn.. pastu yg t/t pengurus tu ltk t/t sapa?? kita atau perniagaan dye..
    klu pgurus tu saya ltk t/t perniagaan saya.. mcm x logik je sbb penerima t/t Suria……
    tq cikgu

  471. Nurmastura, waalaukumussalam.

    Tandatangan Penerima disitu…. merujuk kepada penrima resit.. bukannya penerima wang komisen.

    Jika kita yang keluarkan dokumen, maka SALINAN bukannya ASAL… t/t Pengurus.. ialah t/t kita.

  472. Terima kasih cikgu… 🙂

  473. Assalamualikum….
    cikgu klu bayar angkutan baucar pembayaran atau resit

  474. Cikgu,Overdraf Bank ada x dalam Imbangan duga Jika bank sudah berbaki debit…….

  475. Nurmastura, waalaikumussalam.
    Kedua-dua dokumen tersebut boleh digunakan… cuma saya lebih galakkan guna Baucar Pembayaran.

    Alif,
    Overdraf tu BAKI AWAL Ak Bank…. ID kita hanya senaraikan BAKI AKHIR semua akaun

  476. ooo,Terima Kasih,Cikgu

  477. AL RIGHT….. 😀

  478. ambilan barang untuk kegunaan sendiri.
    perlukah dicatatkan ke kad stok?
    kita dah tolakkan pada akaun belian, kalau kene catat pada kad stok, bukankah akan semakin mengurangkan bilangan barang niaga?

  479. untuk kad stok…perlu letak harga belian atau jualan? harga sebelum diskaun atau selepas diskaun?

  480. Siti,

    Kad Stok digunakan untuk merekod kuantiti barang niaga yang ada dalam kedai secara fizikal… tidak berkaitan sistem catatan bergu.. asalkan barang niaga keluar / masuk maka mesti direkod dalam Kad Stok.

    Ambilan barang niaga kita rekod dalam Kad Stok… walaupun Ak Belian kita sudah tolak.. begitu juga jika belian barang niaga kenapa kita rekod dalam Kad Stok sedangkan Ak Belian kita sudah tambah.

    Kad Stok digunakan untuk menilai stok akhir berdasarkan Nilai Kos… maka Harga Belian yang perly digunakan. Dan kedua-dua kaedah boleh digunakan samaada guna harga belian asal @ harga selepas tolak diskaun…. rujuk ketetapan guru sekolah anda.

  481. kerja kursus saya telah siap tetapi belum hantar.
    jika saya tidak menukar kad stok, maka nilai stok akhir saya adalah salah.
    adakah ini akan menjejaskan markah kerja kursus saya? jika ya, banyak atau sedikit markah yang ditolak

  482. Siti,

    Boleh rujuk panduan penilain yang diedar bersama2 soalan tugasan. Terdapat lebih kurang 15 elemen yang dinilai…. dan penilaian stok akhir adalah salah satu daripadanya. Kesannya tak banyak.. tapi adalah lebih baik betulkan Kad Stok…kemudian betulkan nilai stok akhir dalam Penyata Pendapatan dan KKK.. itu saja yang perlu buat.

  483. Pinjaman dan overdraft bank perlu rekod di buku tunai ke???

  484. Siti,

    Semua urus niaga yang melibatkan tunai / bank mestilah dicatat dalam Buku Tunai.
    Overdraf bank BUKAN satu akaun… ianya hanya menyatakan Ak Bank berbaki kredit sahaja.

  485. jurnal penerimaan tunai & jurnal pembayaran tunai perlu masuk ke kerja kursus k

  486. Ashiq,

    Mengikut kehendak Kriteria Penilaian sediakan BCP dan Buku Tunai, maka Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai sudah tidak perlu apabila BT telah disediakan.

  487. salam cikgu narzuki,
    perisian excel dokumen yg disediakan oleh guru di sini. macamn nak guna utk edit perkataan CG. NARZUKI ONLINE yang terdapat dalam perisian?

  488. Yyy,

    Lengkapkan profail terlebih dahulu.

  489. Salam cikgu. Kalau hasil terdahulu masuk dalam kunci kira-kira, letak bahagian mana? Liabiliti semasa?

  490. Aqilah,

    HASIL TERDAHULU dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.

  491. salam cikgu, apa itu deposit tunai?

  492. Amir,

    Simpanan @ masukan wang tunai ke akaun bank perniagaan.

  493. Apakah dokumen untuk perolehan aset bukan semasa?

  494. Kc,

    Dokumen yang digunakan bergantung kepada penyataan urus niaga…
    Jika beli secara tunai/cek…. maka Bil Tunai, Keratan cek, Resit Rasmi boleh digunakan.
    Jika beli secara kredit… maka Invois boleh digunakan.

  495. Cikgu, pulangan belian kene catat dlm kad stok ke?

  496. Syikin,

    Asalkan melibatkan barang niaga, maka perlu direkodkan dalam Kad Stok.

  497. salam, cikgu saya nak tanya..
    kalau bayar invois perlu ke catat dalam akaun pemiutang (lejar) dan kalau saya sudah habis bayar invois berapakah jumlah yang saya patut letak dlm imbangan duga

  498. Ainin,

    Jika bayar hutang…. maka Ak Pemiutang didebitkan.
    Dan sekiranya Ak Pemiutang berkenaan TIADA baki akhir….. maka tidak perlu masukkan dalam ID.

  499. salam cikgu, saya nak tanya soalan berkaitan dengan kerja khursus PA bagi tingkatan 4. kalau kita meneruskan perniagaan, semua akaun yg dibuka dimasukkan dalam lejar, butiran nya baki bb ke ? yg kedua,kalau baki bulan lepas ade overdraft bank apakah akaun yg terlibat untuk di poskan ke lejar? kerana , dalam kunci kira2 ade dinyatakan ‘Pinjaman’ dan saya taktau nak gerak macam mana sebb saya takde bukak akaun pinjaman, saya hanya bukak akaun overdraft bank sahaja.ketiga,saya punya kkk tak seimbang, so, saya nak kena start check dari mana? harap cikgu dapat membantu saya

  500. salam cikgu, saya nak tanya kerja khursus tingkatan 4 melibatkan meneruskan perniagaan.dekat kunci kira2 ade kenderaan,stok,2 penghutang, tunai, overdraft bank n modal, so overdraft bank melibatkan akaun apa untuk di poskan ke lejar?dan satu lagi tunai tu masuk dalam buku tunai tak ?

  501. kalau ade 2 penghutang kita kena bukak ikut nama kan dalam lejar

  502. Azrin,

    1. BUKAN semuanya butir “BAKI B/B”…. hanya catatan permulaan dalam JURNAL AM yang bertarihk 1hb sahaja.
    2. OVERDRAF BANK hanya mengambarkan AK BANK berbaki KREDIT sahaja… tidak perlu buka “Ak Overdraf Bank”.
    Dalam Kerja Kursus T4 (SPM2016) .. TIDAK diminta sediakan urus niaga yang melibatkan PINJAMAN, maka sepatutnya tidak wujudpun Ak Pinjaman…… Yang ada Pinjaman adalah tugasan Kerja Kursus TAHUN LEPAS.
    3. KKK tidak seimbang ….. pastikan dahulu ID yang disediakan SEIMBANG, jika ID tidak seimbang.. ini menunjukkan ada kesilapan dalam catatan bergu.

  503. assalam cikgu, saya nk tnya? kunci kira2 saya dapat rugi bersih. macam mne nk buat bg dapat untung?

  504. farah macam mana tau dapat rugi atau untung

  505. Farah,

    UNTUNG / RUGI BERSIH diperolehi daripada Penyata Pendapatan, kemudian dipindahkan ke Ekuiti Pemilik (KKK).
    Tiada sebarang masalah jika dapat RUGI BERSIH…. untuk dapat untung, hanya pastikan HASIL lebih besar daripada BELANJA.

  506. ID saya seimbang. so saya taktau macam mana nak seimbangkan kkk. saya dah check format pp n kkk tempatnya betul. yg cikgu cakap tadi maksudnya yg ada dekat jurnal am tulis baki bb, kalau ade dekat buku tunai tulis maklumatnya ke.

  507. Azrin,

    Jika ID seimbang, maksudnya kesilapan mungkin berlaku kerana:
    1. silap letak di komponen yang salah.. contohnya ASET dicatat dalam komponen BELANJA.. dan sebagainya.
    2. silap letak dalam LAJUR yang sepatutnya
    3. silap OPERASI ….. sepatutnya TAMBAH tetapi kira TOLAK.
    4. silap FORMAT yang digunakan.

  508. ok cikgu trima ksh. sya check balik

  509. ia melibatkan belian dan jualan tak?

  510. Farah,

    Terserah… nak libatkan ataupun tidak… asalkan nilai HASIL lebih besar daripada BELANJA.

  511. Diskaun diterima macam mana nak catat dalam buku catatan pertama

  512. cikgu,
    penghutang dalam baki perniagaan awal tahun dlm kerja kursus spm 2016 ni satu syarikat shja? adakah kita perlu msukkn dlm urusniaga ttg penghutang?

  513. faedah atas simpanan dan komisen hasil kan ?

  514. Mad,
    Diskaun diterima dan Diskaun diberi.. dicatat dalam Buku Tunai.

    Iza,
    Terserah, baki untuk seorang penghutang atau jumlah baki bagiu beberapa penghutang….. dan ianya perlu dimasukkan dalam AK Penghutang berkenaan sebagai BAKI B/B.

    Farah,
    Faedah atas simpanan …. HASIL
    Faedah atas pinjaman …. BELANJA
    Komisen diterima …. HASIL
    Komisen diberi….. BELANJA

  515. cikgu dekat imbangan duga guna stok akhir ke stok awal … saya guna stok akhir x imbang tapi apabila saya guna stok awal imbangan duga imbang…. tolong saya cikgu..

  516. Amer,

    ID merupakan senarai BAKI AKHIR setiap AKAUN….. iaitu Stok awal.

  517. untuk dapat untung , apa yg perlu dikurangkan dan apa yg perlu dilebihkn?

  518. Farah,

    Lebihkan HASIL dan kurangkan BELANJA.

  519. kalau belanja lebih drpd hasil,mustahil tak dapat untung? sebb belanja sy lebih banyak, kalau nk KURANGKAN bilangan belian dlm kad stok boleh kn?

  520. Farah,

    Hasil > Belanja = Untung
    Hasil < Belanja = Rugi Kurangkan belian ... tidak sesuai. Cadangan Cg, kurang nilai belanja dan naikkan Harga Jualan.

  521. saya dapat rugi bersih. cikgu saya suruh perbetulkan bg dapat untung, saya tengok yg lain betul tapi cikgu suruh ubah stok akhir dan nilai komisen. macam mana ya cikgu?

  522. Farah,

    Komisen diterima … hasil, boleh tinggikan nilainya.
    Stok akhir.. banyak benda yang perlu dibaiki…iaitu Kad Stok, urusniaga jualan / belian..kena tukar harga jual / harga beli.

  523. Sya tak faham kenapa imbangan duga saya tak sama. kenapa ye ? mcm mana nak betulkan ?

  524. Mahirah,

    Cuba baca komen2 DIATAS.

  525. hi cikgu,nak tanya catatan kontra kena masukkan tak dalam jurnal? sebab kawan saya ada masukkan dia punya catatan kontra,then dia punya imbangan duga sama then saya yang tak masukkan catatan kontra pun imbang je imbangan duga,tapi bila nak buat penyata kewangan dua dua tak sama.

  526. Park,

    Catatan kontra dalam Buku Tunai, tidak perlu diposkan ke Lejar kerana Buku Tunai merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang digabungkan. Baki akhir daripada Buku Tunai akan dipindahkan ke ID.

  527. Shafiqah Nazattul

    assalam cikgu,
    saya nak tanya nie mengenai lejar akaun belian tu tak kira tunai atau kredit ke ?

  528. Syafiqah,

    Ya…
    Jualan = jualan tunai + jualan kredit
    Belian = belian tunai + belian kredit

  529. Assalamualaikum, saya nak tanya . Berapa peratus folio akaun form 4 & 5 yang diambil dalam spm ?

  530. Nureen, waalaikumussalam.

    Kertas 1 – 20%
    Kertas 2 – 60%
    Kertas 3 – 20% …. kerja kursus

  531. As salam cikgu…ini di luar dari soalan spm…Berkaitan dengan Kerja kursus P Perakaunan tingkatan 4 dan 5…apakah kedua-duanya ada kegunaan kepada pelajar semasa menyambung pelajaran di peringkat diploma/ijazah ataupun ada kelebihan semasa mencari pekerjaan nanti….

  532. Zamisha, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Tujuan Kerja Kursus diperkenalkan supaya pelajar lebih memahami dan menguasai kemahiran2 asas dalam kitaran perakaunan secara lebih praktikal… apabila pelajar berjaya menyediakan set lengkap rekod perakaunan.

    Tetapi disebabkan beberapa masalah seperti kekangan masa untuk guru menghabiskan sukatan, maka pelaksanaan kerja kursus tersebut tidak mencapai sepenuhnya tujuan tersebut… sekadar untuk menyiapkan tugasan semata2.

    Walaubagaimanapun setahu saya diperingkat diploma nanti pelajar juga diberikan tugasan sepertimana tugasan kerja kursus semasa SPM.

    Dan selepas tempoh 6 bulan keputusan SPM dikeluarkan, guru boleh serahkan kembali kepada pelajar. Dan pelajar boleh gunakan hasil kerja kursus tersebut semasa temuduga nanti… sebagai nilai tambah.

  533. As salam cikgu…..maaf soalan ini di luar dari topik spm.Ada info mengatakan yang kerja kursus P akaun pelajar tingkatan 4 dan 5 yang di buat sekarang..boleh digunakan untuk mengurangkan kredit hour di ipta/ipts dan juga sebagai aset sekiranya memohon pekerjaan setelah pelajar tamat belajar…betul ke?tkasih.

  534. Zamisha, waalaikumussalam.

    Maaf, dapat mengurangkan kredit hour di ipt… saya tak pasti, kena dapatkan info daripada ipt yang berkenaan.

    Itu yang saya katakan sebelum ini, ianya menjadi NILAI TAMBAH kepada pelajar semasa menghadiri temuduga… sepertimana sijil2 ko yang lain.

  535. Salam cikgu,kalau baucer pembayaran untuk membayar belanja promosi. Kepada siapa kita akan membayarnya?

  536. Mirae Destinia,

    Biar jelas apa belanja promosi yang dibuat… seperti iklan di radio, naikkan papan tanda, periklanan melalui ahkbar, majalah dan sebagainya.. Maka daripada situ kita boleh tentukan kepada siapa bayaran tersebut perlu dibuat.. sama ada syarikat pengiklanan, penerbit akhbar @ majalah dan sebagainya.

  537. Tulip Entreprise memulakan perniagaan modal sebanyak rm97650 yang terdiri daripada:
    Tunai di tangan:rm400
    overdraf bank:rm800
    kenderaan :rm50 000

    Gaji pembantu kedai rm1300 sebulan(dibayar pada hujung bulan)

    saya nk tanya, betulke modal saya rm 97650 kalau stok awal saya rm45000? terima kasih banyak2 cg

  538. Key,

    Modal = (Kenderaan + Tunai + Penghutang + Stok awal) – Overdraf bank

    Modal = Aset – Liabiliti

  539. Salam,cikgu.Apabila saya membeli rak pameran dengan menggunakan keratan cek,apakah yang perlu diisi dalam kotak kerana?untuk kegunaan kedai ke,atau untuk membayar perabot

  540. terima kasih banyak2 cg.

  541. dalam buku tunai, overdraf bank perlu letak di mana?

  542. Mirea,
    Kerana : Beli Rak pameran

    Kuning,
    Overdraf Bank… merupakan BAKI B/B… Ak Bank disebelah KREDIT

  543. Cikgu dalam lejar mesti kena ada akaun bank dan akaun tunai kan ? lepastu baki b/b tu yang kita ambil untuk pos ke ID kan ?

  544. Nurul,

    Oleh kerana Buku Tunai tidak disediakan.. maka Ak Tunai dan Ak Bank perlu dibuka dalam lejar am… dan baki akhirnya disenaraikan dalam ID.

  545. Cikgu, untuk catatan kontra apa Dt dan Kt?

  546. Azira,

    Catatan kontra melibatkan Ak Tunai dan Ak Bank.
    Jika deposit tunai ke bank …. Dt Bank Kt Tunai
    Jika keluarkan dari bank untuk kegunaan perniagaan …. Dt Tunai Kt Bank

  547. Cikgu,

    -adakah jurnal penerimaan & pembayaran tunai serta akaun kawalan pemiutang & penghutang diperlukan dlm projek ini?
    -bagaimana hendak merekod overdraf bank dan angkutan masuk dlm jurnal (apa yg debit & apa yg kredit) ?
    -guru sy suruh buat 30 urusniaga:dokumen..adakah is dibenarkan ?
    -adakah dibenarkan utk menambah baki b/b tunai & mereka baki b/b pemiutang & bank?

  548. Cikgu,

    Di mana hendak rekod overdraf bank?boleh tlg senaraikan langkah2 nya

    Guru sy membatalkan overdraf bank dlm projek ini..adakah ia dibenarkan ?

    Bagaimana hendak merekod angkutan masuk?boleh tlg senaraikan langkah2 nya?

    Mesti kah angkutan masuk itu di bayar juga sekiranya belian kredit berkenaan dibayar habis?

    Cikgu sy suruh buat diskaun tunai dlm dokumen tapi dlm arahan soalan katanya tidak perlu…adakah tindakan tersebut diterima?

  549. cikgu, dalam imbangan duga untuk belian & jualan, perlu tambahkan jumlah belian/jualan secara hutang dengan jumlah belian/jualan tunai ke?

  550. untuk tunai dan bank pula macam mana? perlu letak nilai yang diberi dalam soalan ke?

  551. butiran apa lagi yang perlu dicatatkan dalam akaun modal selain baki hb, tunai dan kenderaan? adalah overdraf bank perlu dicatat sebelah kredit akaun modal? penghutang dan stok awal tak perlu isi ke dalam akaun modal? kalau perlu, isi di belah debit/kredit?

  552. stok akhir kita nak kira mcam mana dari kad stok ?

  553. Apakah cara mencari stok dan modal ??!

  554. Siti,

    Stok awal, kita tentukan sendiri kuantiti dan harga beli seunit.. jumlahkan, maka akan dapat nilai STOK AWAL.
    Manakala MODAL AWAL = Aset yg ada + Stok awal – Liabiliti

  555. Cikgu,
    Di mana hendak rekod overdraf bank?boleh tlg senaraikan langkah2 nya

    Guru sy membatalkan overdraf bank dlm projek ini..adakah ia dibenarkan ?

    Bagaimana hendak merekod angkutan masuk?boleh tlg senaraikan langkah2 nya?

    Mesti kah angkutan masuk itu di bayar juga sekiranya belian kredit berkenaan dibayar habis?

    Cikgu sy suruh buat diskaun tunai dlm dokumen tapi dlm arahan soalan katanya tidak perlu…adakah tindakan tersebut diterima?

    Guru saya me nukar baki bb tunai & bank..adakah ia diterima?

    (Guru saya ini baru mengajar PA pada tahun ini dan membimbong projek ini berdasarkan projek tahun lepas) adakah perubahan yg dilakukan diterima?saya takut Markah dipotong oleh lembaga pendidikan

  556. Hanna,

    OVERDRAF BANK…. merupakan BAKI AWAL (Baki b/b pada 1hb) yang perlu dicatat disebelah KREDIT dalam Ak BANK…(dalam BUKU TUNAI)
    Soalan tugasan sepatutnya TIDAK BOLEH diubah sewenang2nya.

    Angkutan masuk dan Belian kredit dua urus niaga yang berbeza, boleh dibayar secara berasingan dan boleh dijelaskan sepenuhnya.

    Diskaun Tunai boleh dibuat ataupun tidak… bergantung kepada perancangan urus niaga kita. Jika dijelaskan sepenuhnya jumlah invois belian dalam tempoh kredit yang ditetapkan maka akan dapat Diskaun Diterima.

    Nilai-nilai dalam soalan TIDAK BOLEH ditukar.

    Guru sekolah sepatutnya merujuk kepada penyelarasan yang ditetapkan oleh Ketua Pentaksir Negeri masing2… ataupun bertanyakan kepada guru-guru disekolah sekitar.

  557. Assalamualaikum cikgu ,knpe imbgn saye tk seimbg.Adakah Buku tunai saya yg slah?

    TQ

  558. Aniss, waalaikumusussalam.

    ID tidak seimbang disebabkan oleh :
    1. catatan bergu yang tidak tepat…. amaun disebelah Debit dan Kredit tidak sama.
    2. catatan disebelah yang sama… kedua2 debit atau kedua2 dicatat di sebelah kredit.
    3. silap pengiraan baki akhir dalam lejar
    4. silap pindah amaun dalam lejar ke ID
    5. catatan baki akhir lejar disebelah yang salah dalam ID.
    dan lain-lain lagi kemungkinan.

  559. Cikgu,

    -adakah jurnal penerimaan & pembayaran tunai serta akaun kawalan pemiutang & penghutang wajib dibuat dlm projek ini?

    -bagaimana hendak merekod overdraf bank dan angkutan masuk dlm jurnal (apa yg debit & apa yg kredit) ?

    -guru sy suruh buat 30 urusniaga:dokumen..adakah ia
    dibenarkan ?

    -siapakah yg bakal memberikan permarkahan utk projek ini? Adakah pegawai Dari lembaga pendidikan Akan memeriksanya juga

  560. Hanna,

    Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai tidak diperlukan dalam tugasan ini, hanya sediakan BUKU TUNAI. manakala Akaun Kawalan sebaik-baiknya buat. Dokumen yang disediakan lebih 25.. tidak mengapa asalkan jangan KURANG daripada 25.
    Penilai utama ialah guru sekolah, manakala penilai kedua ialah Ketua Pentaksir Kawasan / Ketua Pentaksir Negeri.

  561. Cikgu, untuk penerimaan hutang apa Dt dan Kt?

  562. Cikgu,

    Dlm tugasan ini,bank tiada baki bb..oleh itu susah utk sy membuat belian kredit…bolehkah sy membuat sebuah memo yg mengatakan pemilik Membawa masuk rm10 000 ke dlm bank perniagaan sbg modal tambahan?

  563. Azira,
    Dt Tunai/Bank
    Kt Penghutang

    Kemy,
    Bank … berbaki kredit.
    Itu sebab pentingnya perancangan urus niaga… rancangkan urus niaga yang menboleh wang tunai / wang di bank bertambah… contohnya.. jualan secara tunai/dgn cek terlebih dahulu… penghutang menjelaskan hutangnya… atau item penerimaan tang lain dahulu..

  564. Cikgu,

    Bolehkah saya membuat dokumen yg tidak diminta dlm soalan spt memo utk pinjaman Bagi menambahkan amaun dlm bank?sy sudah hampir menyiapkan projek ini tetapi bank kurang wang utk membuat belian..

    Bolehkah komisen diterima dan faedah diterima masing masing pada jumlah rm2 000 dan bolehkah dimasukkan ke dlm bank pada awal bulan?

  565. Kemy,

    Boleh.

  566. Boleh beri cadangan rumusan kerja kursus

  567. Ita,

    Boleh rujuk Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Skor… Rumusan : diminta kemukakan sekurang2nya 3 konsep, prinsip asas perakaunan yang diamalkan dalam perniagaan kita.

  568. cgu,sya nak tahu
    1) apa dokumen untuk komisen diterima & dokumen jika mendepositkan tunai perniagaan ke dalam bank.
    2) Jika ada baki overdraf bank Rm800,bagaimana nak catat untuk mengeluarkan tunai dari bank sebanyak Rm1500?dlam dokumen keratan cek apa nak catat sebelah baki akhir?

  569. cikgu, bila saya membeli rak untuk kegunaan perniagaan menggunakan keratan cek, apa yang perlu saya tulis di bahagian penerima?

  570. lepas tu, apa yang perlu saya tulis di bahagian butiran dalam buku tunai? tulis belian @ rak pameran?

  571. Cikgu , kenapa baki pemiutang saya sebelah kredit ?

  572. Prishiela,
    1. Resit rasmi
    2. Tak cukup duit.. camna nak keluarkan.

    Jiwa,
    Penerima: Nama kedai yang jual rak
    Beli aset : Butirnya Lengkapan

    Umairah,
    Liabiliti memang berbaki kredit.

  573. Cg untuk type mggunakan komputer tu tak kesah ke guna font ape pun

  574. Izz,

    Untuk teks biasa … seperti.. pengenalan.. profail.. perancangan.. penyata kewangan… rumusan… guna font ikut saiz yang ditetapkan 12..
    manakala elemen2 lain yang perlu saiz kecil seperti dokumen2.. Buku Tunai..adalah dibenarkan.

  575. cikgu, macam mana nak kira nilai bank dan tunai dalam imbangan duga?

  576. Jiwa.

    Imbangan Duga ialah senarai baki-baki akaun dalam lejar.. Buku Tunai juga dikelaskan sebagai lejar.. maka hanya perlu imbangkan Buku Tunai.. dapatkan Baki hb dan Baki bb… dan masukkan ke ID.

  577. cikgu, diskaun diberi dgn diskaun diterima perlu letak belah mana dalam imbangan duga? (kredit/debit) saya confused

  578. sewa perlu letak di kredit/ debit dlm ID?

  579. Jiwa.

    Perkara tersebut tidak perlu difikirkan… fahami maksud ID… iaitu senarai baki2 akaun yang ada dalam lejar. Dalam lejar kita sudah tahu BAKI B/B (baki akhir) disebelah mana.. maka pindahkan baki tersebut ke ID… jika baki debit… maka debit dalam ID… segitulah sebaliknya.

  580. Assalamualaikum cikgu,sy nk tanye mcm mne Nk cari baki akhir dlm keratan cek?

    Terima kasih. ?

  581. Anessa, waalaikumussalam.

    Baki akhir merujuk kepada baki wang dibank dalam Buku Tunai sebelum tarikh keratan cek tersebut… dengan kata lain berapa wang yang ada dibank sebelum cek ini dikeluarkan.

  582. Mksdnye baki wang di bank pd kdua 2 blh kredit dan debit atau mcm mane cikgu?

  583. Anessa,

    Katakan.. keratan cek bertarikh 5hb.
    Rujuk BT (Bank) cari baki di bank sehingga tarikh 4hb.. Dt wang masuk.. Kt wang keluar

  584. assalam .
    cikgu nak tanya camne kita nak cari baki akhir dekat keratan cek eh cikgu ?

  585. Hhida.

    Rujuk komen2 diatas.

  586. Cikgu,

    Utk semua akaun baki b/b yg dipindahkan dari jurnal am ke lejar pada bahagian folionya hendak dicatatkan apa? Adakah “b/b” atau JA1?

    Bagaimana pula selepas selepas semua akaun diimbangkan,baki b/b sept 1 pada bahagian folionya hendak dicatatkan b/b atau dibiarkan kosong?

    Adakah setiap satu akaun lejar dilabelkan LA1 LA2 & seterusnya atau 1 mukasurat yg mengandungi beberapa buah akaun dilabelkan LA1 LA2 & seterusnya?

  587. Kelly,

    1. 1 Ogos Baki b/b …. JA1
    2. 1 Sept Baki b/b…(kosongkan)
    3. Setiap satu akaun dilabel … pada amalan sebenarnya… satu halaman untuk satu akaun.. cuma utk tujuan tugasan pelajar boleh sediakan beberapa akaun dalam satu halaman (jimat kertas).. namun kita Label bermula LA1… LA2……seterusnya.

  588. Cikgu,

    Bermakna jika ada 3 akaun dlm 1 mukasurat..setiap akaun dilabelkan sbg LA1 LA2 & LA3 begitukah?

  589. Cikgu,

    Nombor mukasurat utk setiap folio ini wajibkah di taip dgn menggunakan komputer?bolehkah kita meyusunnya secara manual & melabelkan no. mukasuratnya sendiri dgn pen?adakah Markah akan ditolak sekiranya berbuat demikian?

    Utk rumusan pula konsepnya adakah perlu diberi contoh yg spesifik walaupun sudah dihuraikan saja?

  590. Kelly,

    Ya, labelkan setiap satu akaun dengan LA1, LA2, LA3 dan seterusnya.
    No muka surat tidak diwajibkan, cuma sebaik2nya ada. Boleh print nombor2 tersebut, potong kemudian tampal pun boleh.
    Rumusan sebaik=baiknya kaitkan dengan amalan perniagaan anda dengan memberi contohnya sekali.

  591. cikgu, saya undur ke belakang hehe.. dlm lejar, akaun diskaun diterima butirannya letak di debit/kredit? mcm mana pulak dengan akaun diskaun diberi? sepatutnya berlawanan kan? lepastu, kedua-dua lejar ni lejar am ke lejar khas? terima kasih banyak2 cikgu

  592. JIwa,

    Dalam Akaun Diskaun Diterima catatannya disebelah KREDIT, manakala Ak Diskaun Diberi sebelah DEBIT.
    Kedua2nya direkodkan dalam LEJAR AM, Lekar khas HANYA untuk akaun-akaun penghutang dan pemiutang sahaja.

  593. cikgu, kalau nak letak nilai penghutang dalam ID, kena ambik nilai baki dalam lejar akaun penghutang ke akaun kawalan penghutang? kalau kena ikut akaun kawalan penghutang, boleh cikgu terangkan tentang akaun kawalan penghutang?

  594. Jiwa,

    Ak Kawalan Penghutang (disediakan dalam Lejar Am) ialah ringkasan kepada semua akaun penghutang dalam Lejar Penghutang. Imbangan Duga disediakan berdasarkan baki2 akaun daripada Lejar Am.

  595. Cikgu,

    Semua jurnal-jurnal ini spt JA,JJ,JB,JPJ,JPB…adakah setiap satu jurnal diletakkan dlm satu kertas atau JA dlm satu kertas,JB & JJ dlm satu kertas dan JPJ & JPB dlm satu kertas?

    Utk tajuk-tajuk sebelum hasil kerja bolehkah jika digunakan font yg lebih besar?

  596. Anna,

    Nak asingkan boleh.. nak masukkan dalam satu muka suratpun boleh..

    Font untuk tajuk boleh besar sedikit… cuma jangan terlalu besar.

    Walaubagaimanapun.. sila rujuk kehendak guru sekolah anda.

  597. cgu, bgaimana mau buat pmbyran utk overdraf bank?

  598. Lily,

    Overdraf bank… bukannya satu akaun yang berasingkan.. ianya hanyalah memaklumkan kepada kita bahawa BAKI B/B RM800 bagi AK BANK (dalam Buku Tunai) berada disebelah KREDIT.

    Apabila kita masukan wang tunai ke bank.. maka akan berkuranglah hutang kita dengan pihak bank tersebut.

  599. Salam.,cg.sy nak tanya:
    1.dalam jurnal am,overdraf bank kontra dengan modal ke?
    2.perlu tak catat overdraf bank dalam buku tunai?

  600. cikgu, kadar bayaran tu apa?

  601. Amirah,
    1. overdaraf bank… hanya merujuk kepada Ak Bank berbaki kredit sahaja.. bukannya kontra dengan Ak Modal.
    2. Ya.. catat dalam BT lajur Bank sebelah kredit.. butirnya BAKI B/B.
    # Ak Bank boleh berbaki Debit dan juga Kredit…. apabila berbaki kredit ianya dipanggil overdraf bank.

    Whale,
    Kadar bayaran merujuk kepada urusniaga yang melibatkan bil… seperti bayaran bil lektrik.. bil telefon.. bil air.. bil internet.

  602. Oh… kalau saya nk wujudkan kadar bayaran dalam penyata pendapatan, buku tunai, dan lejar mesti terlibatkan? Betulke kalau letak kadar bayatan kt di buku tunai dan dt dlm lejar kadar bayaran? Jyrnal tak terlibatkan?

  603. Whale.

    Ya betul.

  604. Cikgu,

    Pemilik membawa masuk RM 5000 sbg modal tambahan.Di manakah hendak merekodkannya?

  605. Anna,

    1. BCP… Buku Tunai.. tentukan dahulu Tunai / Bank.
    2. Poskan ke lejar.. Ak Modal sebelah kredit .. butirnya Tunai/Bank.

  606. cikgu, boleh tolong hantarkan jawapan kerja kursus akauan tingkatan4 2015

  607. Ahmad,

    Tiada jawapan yang khusus untuk tugasan tersebut… jawapan bergantung kepada perancangan urus niaga masing2. penilaian adalah berdasarkan kemahiran menyediakan rekod perakaunsn yang lengkap mengikut Kitaran perakaunan.

  608. Sharinah binti alairin

    Cikgu,Knp jurnal am sy tak imbang??debit dgn kredit tak sma la Cikgu,Mcm Mna Nak buat??

  609. Sharinah,

    Jurnal Am.. untuk 1hb… tetapkan nilai STOK AWAL kemudian baru kita boleh tentukan nilai MODAL .. dimana jumlah debit = jumlah kredit.

  610. Sharinah binti alairin

    “Mengeluarkan tunai sebanyak 2 500 untuk kegunaan sndiri”
    Cikgu,yg Ni cm Mna Nak buat??

  611. Sharinah,

    Buku Tunai – Kredit – Tunai – Butir Ambilan

  612. Cikgu overdraf bank dan penghutang amaun letak di sebelah mana dlm jurnal am?

  613. Annaa,

    Ikut persamaan asas perakaunan…
    Aset … Debit
    Lianbiliti & Ekuiti … Kredit.

    Overdaraf bank = Liabiliti
    Penghutang = Aset

  614. Pengeluaran tunai untuk kegunaan sendiri tu betul ke tk ? Ke kegunaan perniagaan ? Dan nak guna resit ke cek ?

  615. Tengku,

    Oleh kerana ianya dikelaskan sebagai Catatan Kontra, maka pengeluarkan tunai tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan. Dan dokumen keratan cek sesuai digunakan.

  616. Cikgu, klu perolehan aset bukan semasa tu perlu bukak lejar atau tdk? Klau perlu, apa nama lejar dia?

  617. “Pemilik membawa masuk sebuah sofa bernilai rm- ”
    Betul ke aset perolehan bkn smasa ni?d

  618. Ms.Nobody,

    SEMUA urus niaga perlu dicatat dalam Buku Catatan Pertama terlebih dahulu.. kemudian diposkan ke LEJAR yang berkaitan.
    Jika beli KENDERAAN, maka poskan ke LEJAR AM : Akaun Kenderaan.

    Set Sofa boleh dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa.

  619. cikgu.. mcm mana nk dpt stok akhir.. bg sat cara cara nk dapatkan stok akhir?

  620. Afiq,

    Guna Kad Stok…. jumlahkan baki akhir setiap kad stok… itu nilai Stok Akhir anda.

  621. ”jumlah kan baki akhir”… mcm mana cikgu.. maafla saya nie kurang mahir sikit bab nie

  622. Afiq,

    Bukankah anda telah sediakan Kad Stok untuk setiap barang niaga…. ada rekod Masuk .. Keluar… Baki.
    pada akhir bulan…. kita dapat tahu baki akhir setiap barang niaga dengan merujuk Baki akhir Kad Stok.
    Maka jumlahkan Baki akhir (dalam RM) setiap Kad Stok… maka itu nilai STOK AKHIR.

  623. Cikgu, keluarkan wang tunai untuk kegunaan sndiri butirnya direkodkan sbg apa dlm jurnal pembayaran tunai?

  624. Hh,

    Jika untuk kegunaan sendiri, maksudnya AMBILAN.

  625. Ok, terima kasih ckgu! ckgu, kalau ada butir pinjaman dlm buku tunai runcit, tetapi tiada lajur pelbagai, adakah perlu ditambahkan lajur pelbagai ataupun masukkan dlm lajur yg sesuai yg telah disediakan?

  626. Hh,

    Sepatutnya lajur pelbagai…
    Cuba nyatakan lajur analisis yang ada.. saya nak tengok.. ada yang sesuai atau tiada.

  627. Hi cikgu.
    Soalan 1(Lejar)= Ogos 1 (Baki perniagaan adalah: Overdraf bank=RM500)
    Sekarang saya akan debit akaun modal, tetapi saya perlu kredit akaun bank atau kredit akaun overdraf bank?

    Soalan 2(Lejar)= Ogos1 (Baki perniagaan adalah: Stok=RM1000)
    Sekarang saya akan kredit akaun modal, tetapi saya perlu debit akaun stok atau debit akaun belian?
    Terima kasih atas bantuan cikgu!

  628. Reaper,

    Untuk catatan permulaan pada 1 hb… kita catat semua dalam satu catatan sahaja, bukannya catat satu-satu… cuba rujuk contoh catatan permulaan dalam buku teks.

  629. Lajur yg ada – alat tulis, pos, tambang, belanja pejabat.

    Buku nota kegunaan pjbt dikelaskan sbg alat tulis atau belanja pejabat?

  630. Hh,

    Cuma semak melibatkan buku tunai runcit atau Ak Bank… sebab pinjaman tidak boleh dikelas mengikut analisis yang diberikan.

    Buku nota dikelaskan sebagai Alat tulis adalah lebih sesuai.

  631. Masih keliru…
    Merujuk buku teks Page 150, dia catat
    satu-satu…
    Ini adalah urusniaga bagi kerja kursus saya(soalan tugasan tingkatan 4 2015)
    Ogos1
    Baki awal aset dan liabiliti adalah seperti berikut:
    1. Kenderaan RM50000
    2. Stok RM20000
    3. Penghutang RM3050
    4. Tunai RM400
    5. Overdraf bank RM800
    6. Modal RM72650

    Macam mana catat dalam satu catatan shj?
    Bagi no.2 dan no.5, debit dan kredit pada apa akaun?

  632. Reaper,

    Rujuk contoh untuk catatan permulaan.. ms 119.

    Dt Kenderaan
    Dt Stok
    Dt Tunai
    Dt Penghutang
    Kt Bank
    Kt Modal
    Jumlah debit = kredit

    #Catat satu-satu.. bukan cara bagi catatan permulaan.

  633. Ok, mksudnya kena tkmbh lajur pelbagai?

    Terima kasih ckgu.

  634. Cikgu, kalau baki kredit buku tunai, adakah perlu tolak cek belum dikemukakan, kemudian tmbh deposit belum dikreditkan untuk mendapatkan baki debit penyata bank? Terima kasih.

  635. Fyi,

    Ada 2 format yang boleh digunakan. Cuma saranan saya guna format;
    Baki kredit buku tunai (xxx)
    (+) cek blm dikemukakan
    (-) deposit blm dikreditkan
    Baki ….. penyata bank

    Baki penyata bank… boleh jadi debit atau kredit.. bergantung kepada nilainya.
    # sila kemukakan pertanyaan ikut topik yang berkaitan. DISINI

  636. Terima kasih cikgu, saya dh faham.
    Cikgu, belanjawan tunai, kalau sewa bulanan 1000 dibayar 3 bulan skali pda awal setiap 3 bulan, adakah perlu diletakkan 3000 pda bulan 4, 0 pda bulan 5 dan 6?

  637. Fyi,

    Sila kemukakan soalan ikut topik yang telah disediakan (rujuk menu Laman Utama sebelah kiri blog).

  638. Ckgu, kena tmbh atau tak lajur pelbagai?

  639. Hh,

    Jika tiada, maka kena tambah.. Kecuali pinjaman tersebut melibatkan bank.. maka kita terus rekod dalam Ak Bank.. tanpa melibatkan Buku Tunai Runcit.

  640. Assalamualaikum cikgu.
    Saya nak tanya ni.
    Bagaimana nak mencatat barang ke kad stok
    dia punya dokumen invois asal, invois salinan, bil tunai asal dan bil tunai salinan kan.
    cikgu bagi penjelasan

  641. Mohd Fahmi, waalaikumussalam.

    KAD STOK digunakan untuk merekodkan setiap barang niaga MASUK (beli) dan KELUAR (jual / pulangan) serta BAKI (stok yang tinggal dalam kedai)
    Jika Invois/bil tunai ASAL — maksudnya kita BELI.. barang MASUK
    Invois/Bil tunai SALINAN — maksdunya kita JUALA .. barang KELUAR

  642. dokumen apa yang terlibat apabila kita nak nengira aliran wang ?

  643. Ismail,

    Boleh rujuk Penyata Kewangan dan Buku Tunai.

  644. Saya ada beberapa soalan. Dalam jadual uruniaga, kita kena letak tarik, urusniaga ,komponen dan jugak dokumen kan?. Jadi di bahagian urusniaga tu kita kena letak item yg kita beli ke? Ataupun tulis je “belian secara kredit daripada Syarikat Afiq”

  645. Suhaida,

    Tulis detail.. supaya memudahkan penyediaan dokumen yang terlibat nanti.

  646. nak tanya kalau pulangan belian nak catat dlm kad stok bhg masuk / keluar?

  647. Hanafiah,

    Pulangan belian… stok MASUK.

  648. Cikgu, klu catatan kontra misalnya “pemilik mengeluarkan tunai dari bank untuk kegunaan pejabat”, tunai bertambah, bank berkurang atau bank bertambah, tunai kurang?

  649. salam, saya nak tnya kad stok tu kalau beli barang secara kredit kena tulis jugak ke? sila berikan respon: -)

  650. Cikgu kalau Selepas habis penyata pendapatn saya dapat rugi bersih, betul atau salah , cikgu??

  651. Clarissa,

    Dapat untung @ rugi bersih…. bukannya penentu betul atau salah.
    Jika catatan bergu salah atau tidak seimbang baru menunjukkan ada kesalahan.

  652. cikgu microsoft apa yang boleh guna dan bagaimana ?

  653. Cr,

    Ikut kemahiran masing2… Ms Word… Ms Excel.. dll.

  654. macam mana nak buat kad stok untuk kerja kursus

  655. Muhammad Fairuz,

    Catatkan kuantiti keluar – masuk bagi setiap barang niaga dengan merujuk perancangan / dokumen.
    Dan semua harga dalam Kas Stok menggunakan Harga Beli.

  656. cg bg contoh boleh ?

  657. Muhammad Firdauz,

    Sila rujuk Nota merekod Kad Stok daripada Cikgu Azlan (klik)

  658. cikgu.. kalau nota kredit kene letak dlm kad stok ke?

  659. Zati,

    Asalkan melibatkan barang niaga Masuk / Keluar… maka perlu dicatat dalam Kad Stok.

  660. cikgu,pengeluaran tunai untuk kegunaan perniagaan tu maksud mengeluarkan wang dari bank ke tunai atau tunai ke bank?

  661. Ths,

    Keluar wang di bank untuk kegunaan tunai perniagaan…. Bank –> Tunai

  662. terima kasih. 🙂

  663. insurans atas belian apa catatan bergu?

  664. Pui Ying,

    Bergantung kepada urus niaganya..
    Jika dibayar tunai/cek.
    Dt Insurans atas belian
    Kt Tunai/bank

  665. Ambilan ialah kredit atau debit

  666. Jinwen,

    Ambilan berbaki Debit
    Modal berbaki Kredit

  667. cikgu kalau dekat pp dapat rugi bersih adakah ianya salah? apa yang perlu kita buat untuk dptkn kmbali untung bersih? naikkan harga jualan ke?

  668. Saff,

    Dapat rugi.. bukan menjadi kesalahan dalam sistem rekod perakaunan.
    Asas mudah untuk dapat untung ialah… tingkatkan Hasil dan kurangkan Belanja.

  669. Cikgu… Kalau deposit tunai masuk dalam jurnal ape ?

  670. Dammy,

    Buku Tunai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.