KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN
July 29th, 2009 — Cg NarzukiTARIKH : 11 HINGGA 13 OGOS 2009
TEMPAT : HOTEL YT MIDTOWN, KUALA TERENGGANU
30, Jalan Tok Lam Kuala Terengganu, Terengganu 20100
09-6235288

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang Sukatan Semak Semula Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM kepada semua guru Prinsip Perakaunan seluruh negeri Kelantan. Disamping itu, kursus ini juga akan diisi dengan satu Taklimat Pentaksiran yang akan disampaikan oleh Pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
~~~~~~~~~~~
11 OGOS 2009 (SELASA)
2.00 ptg – Pendaftaran
3.00 ptg – Taklimat Kursus
~ SELAMAT BERKURSUS ~



August 5th, 2009 at 12:39 pm
semua guru Pakaun di kelantan wajib hadir ke? setakat ini surat belum dapat lagi
August 5th, 2009 at 12:57 pm
Setiap sekolah yang menawarkan subjek prinsip perakaunan dikehendaki menghantar seorang wakil sahaja. Surat mungkin dalam proses penghantaran ke sekolah2 yang berkenaan.
August 9th, 2009 at 8:51 pm
Lokasi HOTEL YT MIDTOWN,
30, Jalan Tok Lam Kuala Terengganu, Terengganu 20100
09-6235288
August 13th, 2009 at 12:58 am
Diharapkan input2 yang diperolehi semasa kursus dapat dimanafaatkan sebaik mungkin, demi kejayaan anak didik sekalian.
August 18th, 2009 at 7:34 am
Ada apa-apa perkembangan terbaru yang boleh dikongsikan? Bagaimana dengan Format Baharu SPM 2011?
August 18th, 2009 at 8:18 am
Patrick,
Format baru yang dikeluarkan untuk SPM 2009 telah diubah terutamanya Kertas 2 bagi tujuan pemantapan dan sekarang dalam proses mendapatkan kelulusan pihak2 atasan untuk digunapakai pada SPM 2011 nanti. Sehingga ianya diluluskan dan diwartakan maka tiada apa yang boleh saya nyatakan disini, sama-samalah kita tunggu.
August 18th, 2009 at 11:30 am
salam..mengenai nota baru bagi sukatan pelajaran terutama untuk tingkatan 4 thn hadapan…adakah modul tersebut bg tajuk baru akan diedarkan kepada guruguru seluruh malaysia…saya minta agar cikgu tanya kan mengenai modul nota baru jadi senang guru2 spt kami membuat persediaan pada tahun depan.
August 18th, 2009 at 1:40 pm
Daripada maklumat yang saya terima semasa kursus di KL, modul tersebut hanya mengandungi topik2 baru yang tidak terdapat dalam buku teks sahaja. Modul tersebut akan diedarkan ke sekolah2 melalui JPN masing2.
August 18th, 2009 at 9:05 pm
saya ingin bertanya…mengenai kewujudan hutang ragu.apabiler kami berkursus, j.u kami mengatakan bahawa bahagian belanja dalam penyata pendapatan , kami tidak boleh mengunakan hutang ragu. Kami sepatutnya menggunakan peruntukan Hutang ragu. Masalahnya saya mengajar mengikut Buku Teks yang dibekalkan. Jadi mintak kepastian dari pihak tuan, adakah benar pernyataan hutang ragu dalam belanja tidak lagi digunakan di ruangan belanja/hasil untuk penyata pendapatan? mintak makluman segera. sekian terima kasih.
August 18th, 2009 at 9:54 pm
Apa-apa yang terdapat dalam buku teks, maka ianya akan diterima dalam skema pemarkahan nanti. Bagi mencatat kewujudan Peruntukan Hutang Ragu, BUTIR yang diterima dicatat dalam Penyata Pendapatan ialah :
1. Peruntukan Hutang Ragu, atau
2. Hutang Ragu, atau
3. Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu.
August 18th, 2009 at 9:58 pm
terima kasih kerana ramai guru ngah binggung pasal bende nih biler ceramah diberi…kalau gitu kami ikut buku teks jer lah sebab budak senang nampak pasal hutang ragu …hilang kaminyer konfius…
August 18th, 2009 at 10:48 pm
Sekiranya budak kami menjawab soalan dalam bentuk akaun untung rugi, dr segi nama butiran seperti yang cg mentionkan tadi seperti di atas, boleh guna dalam akaun untung rugi ker cg?
August 18th, 2009 at 11:58 pm
Butirnya tetap diterima samada format penyata atau “T”. Tetapi penggunaan format PENYATA adalah sangat digalakkan pada masa ini dan akan datang.