Dokumen Perniagaan
April 25th, 2008 — Cg NarzukiMembicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan topik ini. Soalan dokumen sumber merupakan soalan wajib bagi peperiksaan SPM. Ini kerana ianya merupakan asas kepada kitaran perakaunan. Peruntukkan markah bagi soalan ini ialah 28 / 29 markah. Segala masalah berhubung dengan soalan ini boleh dikemukakan supaya boleh kita sama-sama menyelesaikannya.
Kemahiran yang perlu dikuasai bagi menjawab soalan ini ialah :
1. Pengecaman dokumen.
2. Merekodkan dalam Buku Catatan Pertama.
3. Mengepos ke Lejar
4. Menyediakan Imbangan Duga.



August 20th, 2008 at 8:55 pm
blh cg bg teknik jwb soaln dok. mayb sy blh praktikkn..
yg biasa sy buat..pstikn jns apa,tgk letterhead siapa yg punya,then poskn ke jurnal/buku tunai,lps tu br lejar..atau cg ad cra yg lbh baik..
August 21st, 2008 at 12:14 pm
Hanisah,
Masalah utama calon SPM dalam menjawab soalan dokumen ialah menggunakan masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan dokumen ialah tidak melebih 50 minit. Tetapi jika kita menggunakan cara / teknik yang betul pelajar dapat siapkan dalam masa 30 minit sahaja.
Teknik menjawab soalan latihan dengan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan lain caranya. Semasa peperiksaan MASA sangat penting, jadi kita perlu menggunakan teknik yang menjimatkan masa supaya kita mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan2 yang lain dan melakukan penyemakan.
Tekniknya seperti berikut :
1. Sebelum Ketua Pengawas Peperiksaan mengumumkan peperiksaan bermula – pelajar sepatutnya menggunakan masa tersebut untuk menulis No. Angka Giliran pada setiap helaian kertas jawapan serta menyiapkan FORMAT JURNAL AM, JURNAL KHAS dan BUKU TUNAI.
2. Apabila peperiksaan bermula, terus baca soalan, kenal pasti NAMA SYARIKAT KITA, BARANG NIAGA, BARU MULA (MODAL) / MULA LAMA (BAKI B/B).
3. Catatkan catatan permulaan tersebut ke dalam JURNAL AM, manakala TUNAI dan BANK masukkan pula ke dalam BUKU TUNAI.
4. Seterusnya terus ke Dokumen 1 – kenalpasti JA,JJ,JB,JPJ,JPB @ BT. Dan terus rekodkan ke dalam Buku Catatan Pertama yang terlibat.
5. Kemudian terus ke Dokumen 2 – kenalpasti dan terus rekod dalam BCP yang berkenaan.
6. Dokumen 3 hingga Dokumen 12 – kenalpasti dan terus rekodkan (satu persatu).
7. Poskan JURNAL AM ke akaun2 yang terlibat dalam LEJAR.
8. Tutup setiap JURNAL KHAS dan postkan ke LEJAR.
9. Imbangkan BUKU TUNAI dan postkan ke LEJAR
10. Imbang dan tutup semua akaun dalam lejar.
11. Akhir sekali sediakan Imbangan Duga.
Dengan menggunakan terknik tersebut masa dapat digunakan sesingkat mungkin. Apabila membuat latihan dokumen selepas ini latihlah dengan cara tersebut siapkan format terlebih dahulu, kemudian kenalpasti dokumen 1 dan terus rekod, dokumen 2 terus rekod begitulah seterusnya, seperti langkah2 yang disebut diatas selesai. Kemudian nilai sendiri apakah hasilnya.
Imbangan Duga yang tidak seimbang tidak mengambarkan apa yang anda buat salah, mungkin tersilap pada 1 @ 2 akaun/catatan sahaja dan markah yang hilang hanya 1 @ 2 markah sahaja daripada 29 markah. Walaupun tidak seimbang anda jangan bimbang TERUS menjawab soalan2 yang lain dahulu, jika ada lebihan masa nanti barulah anda buat semakan semula pada soalan tersebut. Ini kerana untuk menyemak / mengesan kesilapan biasanya mengambil masa yang agak lama mungkin 5 atau 10 minit. Sedangkan kesilapan tersebut hanya memberikan 2 markah sahaja. Adalah lebih baik gunakan masa 5 atau 10 minit tadi untuk menjawab soalan lain dahulu yang mana markah yang mungkin akan diperolehi ialah 7 atau 8 markah. Semoga Berjaya.
August 31st, 2008 at 1:18 pm
TAHUKAH ANDA ?
Invois juga berfungsi sebagai RESIT jika penjual menulis perkataan “Telah Dibayar” pada invois itu, ditandatangani dan dicop dengan cop rasmi perniagaan penjual.
August 31st, 2008 at 1:39 pm
salam.. ckgu, kalau cek x dilayan oleh bank dlm MEMO masuk kat mana?
August 31st, 2008 at 2:28 pm
Anis,
Semasa kita terima cek daripada penghutang kita akan catat dalam BUKU TUNAI di sebelah DEBIT sebagai pertambahan dalam BANK.
Apabila cek tersebut didapati Cek tak layan, maka kita kena keluarkan jumlah tersebut daripada BANK dalam BUKU TUNAI dengan cara catatkan disebelah KREDIT dan butirnya ialah NAMA PENGHUTANG tersebut.
September 4th, 2008 at 10:49 pm
salam ckg Narzuki..
sy pelajar smka melor,kelantan
sy ad mslh dgn soalan dokumen..
bleh ckg tolong sy??
September 4th, 2008 at 10:56 pm
Alyaa,
Di sini ada banyak nota2 dan panduan2 yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menjawab Soalan Dokumen.
Boleh Cg tahu, apakah sebenarnya masalah Alyaa dalam menjawab soalan ini ?
September 29th, 2008 at 9:10 pm
sye nk tya..btul ke thn hdpn de perubhn format perakaunan yg baru?
September 29th, 2008 at 11:24 pm
Heida,
Memang betul !!! Format Soalan Prinsip Perakaunan SPM bermula tahun 2009.
Kertas 1 – 40 soalan objektif
Kertas 2 – 4 soalan esei – 25 markah setiap soalan.
Kertas 3 – Kerja kursus (dokumen perniagaan/ kitaran perakaunan)
October 8th, 2008 at 6:56 pm
salam..
ckgu nk mintk pndapt ckg ni..
k2 sy dah blh fokus pd soaln yg kbykan keluar dalam trial negeri lain ke??
pembubaran,syrikat berhad…
apa lg ye??
October 8th, 2008 at 10:54 pm
Bieha,
“SEMAKIN BANYAK TOPIK DIKUASAI, MAKA SEMAKIN HAMPIR DENGAN 1A”. Sebagai permulaan fokuskan pada topik dalam soalan2 trial tersebut. Kemudian soalan 2 tahun lepas. Lepas itu topik2 yang belum dikuasai dengan baik. Seperti : Rekod Tak Lengkap kaedah analisis, Tafsiran penyata kewangan, Pelupusan aset bukan semasa, Pelarasan Hasil dan Belanja terdahulu dan terakru, Peruntukan Hutang Ragu, Buku Tunai Runcit, Belanjawan tunai, Akaun Kawalan. dll.
Gunakan MASA yang seadanya untuk cover sebanyak mungkin topik.
October 14th, 2008 at 8:45 pm
cikgu,kenapa sy download nota tingkatan 4 tak boleh dguna?
October 18th, 2008 at 5:24 pm
happy,
Apa yang dimaksudkan “tak boleh guna” ?
Cuba sekali lagi.
October 29th, 2008 at 5:20 pm
askum…
saya nak tanya…dalam perakaunan kewangan ada bab sewa beli…apa dokumen yang terlibat dalam sewa beli?
October 29th, 2008 at 5:22 pm
Nur,
Apakah Sewa Beli ?
”Sewa beli ialah menyewa barang-barang dengan hak pilihan untuk membelinya. Pembayaran dibuat dengan cara ansuran. Anda ialah penyewa dan syarikat yang memberi pinjaman adalah pemunya. Hak milik akan hanya diperolehi oleh penyewa setelah semua bayaran dijelaskan.”
Transaksi sewa beli sebenarnya menyamai transaksi Pinjaman. Jadi dokumen utama yang terlibat semasa proses sewa beli tersebut ialah Surat Perjanjian Pinjaman (Sewa Beli). Dan Resit Rasmi jika melibatkan sebarang pembayaran pendahuluan. Itu saja daripada Cg, mungkin cikgu2 lain boleh menambahnya.
November 20th, 2008 at 1:29 pm
cg ambilan nk masuk kat buku tunai ke jurnal am??
de sesetengah buku letak kt dalam buku tunai….
November 20th, 2008 at 5:39 pm
Iftitah,
Cg telah terangkan secara detail dalam post Pengecaman Dokumen sebelum ini. Sila rujuk DISINI.
November 30th, 2008 at 11:16 pm
Cikgu,
Dokumen perniagaan dalam soalan ialah Keratan Cek..
Tapi keratan cek tulis untuk bayaran bil elektrik..
Saya dengar orang cakap kena letak Kadar Bayaran?
Tapi dalam jawapan dalam buku letak bil elektrik..
Thanx..
November 30th, 2008 at 11:17 pm
Maaf..
Soalannya.. Yang mana betul??
Thanx..
November 30th, 2008 at 11:33 pm
Victorian,
Kadar bayaran adalah merangkumi belanja2 seperti bayaran bil telefon, bil eletrik dan bil air.
Jadi anda boleh menggunakan samada KADAR BAYARAN atau ELETRIK, kedua2nya diterima. Tetapi penggunaan “BIL ELEKTRIK” tidak diterima.
December 1st, 2008 at 2:44 pm
Sye sering gagal untuk menjawab soalan dokumen sumber.. sye juga lebih banyak membazirkan masa untuk menjawab soalan dokuman sumber.. Bolehkah cikgu memberi tip untuk sye menjawab soalan dokuman sumber, dalam masa yang dicadangkan??
harap cikgu bley membantu sye..
terima kasih..
December 1st, 2008 at 4:51 pm
Syafeeqa,
Masa menjawab soalan dokumen kurang daripada 50 minit. Manakala teknik menjawab telah Cg nyatakan dalam komen di atas. Untuk makluman, Tahun 2009 soalan dokumen tidak lagi dimasukkan dalam Kertas 2 seperti tahun 2008 dan sebelumnya. Topik tersebut akan dijadikan kerja tugasan dalam Kertas 3 nanti.
April 19th, 2009 at 10:29 am
sya nk tny ckgu,nota debit untuk kos pengangkutan yang tertinggal kna rekod cmna dlm jurnal?
April 19th, 2009 at 12:09 pm
Siti,
Kos pengangkutan bukannya barang niaga, maka tidak boleh dimasukkan dalam Jurnal Belian atau Jurnal Jualan. Jurnal Jualan dan Jurnal Belian KHAS untuk BARANG NIAGA sahaja.
Oleh itu Nota Debit tersebut perlulah dimasukkan dalam JURNAL AM.
April 27th, 2009 at 11:04 pm
ada tak bank keluarkan makluman kredit dan makluman debit?
apa fungsi dia dan macam mana catat?
April 27th, 2009 at 11:47 pm
Pening,
Sudah tentu ada, bagi memaklumkan kepada penyimpan (terutamanya akaun semasa) bahawa wang dalam akaun telah bertambah atau berkurang disebabkan sesuatu perkara. Contoh dokumen Makluman Debit dan Maklumat Kredit serta keterangan ada dinyatakan dalam Buku Teks pada m/s 57.
Cara mencatatnya ialah dalam BUKU TUNAI, sama ada disebelah debit (maklumat kredit) atau kredit (makluman debit). Butiran yang perlu digunakan bergantung kepada PERKARA yang dinyatakan dalam dokumen maklumat debit dan makluman kredit tersebut.
April 29th, 2009 at 12:20 pm
salam,
cikgu..
1. dalam soalan dokumen WAJIBKAH kita letakkan no invois. jika tak letak, adakah hilang markah?
2. apa fungsi colum folio?
3. Jika tak letak tarikh dalam lejar, adakah markah akan dipotong?
Terima kasih. semoga Allah membalas jasa baik yang cikgu taburkan.
April 29th, 2009 at 1:26 pm
Setahun jagung,
Dalam penyediaan Buku Catatan Pertama (JA, JJ, JB,JPB,JPJ dan BT), TARIKAH, BUTIR dan JUMLAH mesti betul baru dikira betul dan diberikan markah. Manakala no. invois, no. nota kredit diabaikan (tidak diambil kira) dalam pemberian markah samada ditulis ataupun tidak.
Lajur folio dalam Jurnal berfungsi untuk mencatat no. rujukan bagi halaman/no lejar yang berkaitan dengannya. Manakala lajur folio dalam Lejar untuk mencatat no halaman jurnal yang menjadi sumber maklumat urus niaga tersebut.
Dalam LEJAR pemberian markah berdasarkan kepada BUTIR dan JUMLAH yang betul sahaja, TARIKH diabaikan (tidak diambil kira).
May 1st, 2009 at 1:43 pm
jika bagi suatu perkara dlm lejar,
butir betul tapi jumlah salah
markah macam mana?
trm ksh bnyk2!
May 1st, 2009 at 9:24 pm
Pening,
Kedua-dua mesti betul baru dikira betul dan diberikan markah, kalau sebaliknya maka tiada markah diberikan.
May 5th, 2009 at 6:10 pm
salam
cikgu
bleh saya tahu..rak pameran dalam dokumen, kita akan buka akaun kelengkapan atau akaun perabot?
dan satu lagi kalau dalam jurnal am catatan pembukaan dah ada perabot, kita masukkan rak pameran dalam akaun perabot atau dalam akaun kelengkapan?
TQ.
May 5th, 2009 at 11:00 pm
Zai,
Bagi perniagaan, Akaun “Kelengkapan” tidak diterima kerana salah dari segi istilah perakaunan. Istilah yang sebetulnya ialah LENGKAPAN.
Lengkapan dan Perabot adalah merujuk kepada perkara yang sama, jadi mana-manapun boleh digunakan. TETAPI sekiranya dalam catatan permulaan sudah ada Akaun Perabot, maka Akaun Perabot hendaklah digunakan. Jika dibuka Akaun Lengkapan, maka dikira salah kerana wujud dua akaun bagi perkara yang sama.
Dalam menentukan RAK PAMERAN boleh direkod sebagai Perabot/Lengkapan, kita kena lihat kepada jenis perniagaan atau jenis rak pameran tersebut.
Contohnya,
1. Perniagaan Kedai Buku : rak pameran yang diperbuat daripada kayu yang berbentuk almari / bertingkat2 – maka Akaun Perabot / Lengkapan sesuai digunakan.
2. Kedai Pembekal Kek (Soalan SPM 2008) : rak pamerannya sudah tentu berbentuk almari tertutup dan berhawa dingin / peti sejuk – telah dikelaskan sebagai Alatan Kedai dan bukannya Perabot/Lengkapan.
May 10th, 2009 at 8:16 am
cikgu , saya nak tanya beli mesin pendaftaran tunai (dalam Bil Tunai), semasa pos ke lejar ialah buka Akaun Alatan Pejabat, atau Akauan Kelengkapan , atau Akaun Mesin ?
May 10th, 2009 at 8:27 am
Yee,
Akaun Alatan / Alatan Pejabat / Alatan Kedai lebih sesuai digunakan. Walau bagaimanapun kena rujuk terlebih dahulu catatan permulaan jika telah ada salah satu daripada akaun2 tersebut, jika tiada maka mana2 satu boleh digunakan.
May 10th, 2009 at 6:26 pm
salam cikgu,
saya nak tanya, dalam jurnal am semasa catatan pembukaan,
kita tulis keterangan berikut ; “(merekod aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada tarikh ini): sekiranya semua item-item tersebut disenaraikan.
masalah saya sekiranya hanya ada item aset dan ekuiti sahaja yang disenaraikan, perlukah kita menulis keterangan yang sama atau kita tulis : “(merekod aset dan ekuiti pemilik pada tarikh ini) ” ?
tq…
May 10th, 2009 at 7:13 pm
Zai,
Jika tiada liabiliti, maka keterangan perlu ditulis “(merekod aset dan ekuiti pada tarikh ini)”.
May 11th, 2009 at 4:00 pm
cikgu, saya nak tanya apakah slip pindahan wang?Tq
May 11th, 2009 at 7:25 pm
Ian,
Pindahan Wang bermaksud kita pindahkan sejumlah wang dalam akaun di bank kepada akaun bank seseorang. Contohnya, kita membuat pembayaran kepada pemiutang dengan cara memindahkan wang ke akaun pemiutang tersebut.
Cara merekodnya sama dengan kita membayar kepada pemiutang dengan cek. Iaitu:
Dt: Pemiutang
Kt: Bank
May 12th, 2009 at 10:02 pm
Cikgu, saya menghadapi masalah meletakkan dokumen yang betul ke dalam buku tunai. Amat sukar untuk membezakan. Kadang-kala saya ingat ia berada dalam buku tunai tapi jawapannya menunjukkan ia berada dalam jurnal belian. Ada apa-apa tips untuk menyenangkan kerja membezakan dokumen?
May 13th, 2009 at 1:23 pm
Luke,
Sila rujuk post PENGECAMAN DOKEMEN berikut.
June 8th, 2009 at 8:23 pm
Assalamualaikum cikgu,
saya nk tanye kdg2 mase sy jwb exam akaun sy slalu x cukup mase… lepas tu bile x ckp mase sy jadi nervous dan terus lupe format dan kdg2 slh kire..mcm mane cikgu..
June 8th, 2009 at 8:54 pm
Ika,
Memang tidak dinafikan masalah utama pelajar2 dalam menjawab soalan prinsip perakaunan (kertas 2) ialah TIDAK CUKUP MASA. Secara kasarnya peruntukan masa bagi menjawab setiap soalan adalah seperti berikut :
S1 – Dokumen …. 55 minit
S2 – Akaun Penamat … 35 minit
S3 – 20 minit
S4 – 20 minit
S5 /S6 – 20 minit
Sebab utamanya, masa digunakan terlalu lama bagi menjawab soalan 1 : Dokumen. Cg nasihatkan kenalpasti TEKNIK menjawab yang betul bagi menjawab soalan dokumen supaya masa yang digunakan tidak melebihi 55 minit. Sekiranya masa telah lebih, adalah dinasihatkan terus jawab soalan2 lain, jika ada lebihan masa baru sambung soalan dokumen kembali.
Dan satu lagi cara mengatasinya ialah jawab soalan2 yang difikirkan mudah/dapat jawab terlebih dahulu kemudian baru jawab soalan dokumen.
June 11th, 2009 at 7:46 pm
salam….
cikgu saya nak tanya macam mana saya nak dptkan buku tunai, jurnal dan lejar…….saya plajar asrama penuh….saya inginkan semua itu agar saya boleh fotostat byk2 dan bawa balik skolah….kalau cikgu ada boleh tak kirimkan kpd saya………tq……..
June 11th, 2009 at 10:06 pm
Fatin,
Sila muat turun Templet Kertas Jawapan yang telah disediakan oleh Sifu2b dalam blog beliau di SINI.
June 11th, 2009 at 10:22 pm
salam….
cikgu, saya ucapkan jutaan terima kasih atas bantuan cikgu….hanya Allah yg dpt membalas budi baik cikgu……doakan saya mendapat yg terbaik untuk SPM tahun ini……tq….
June 11th, 2009 at 11:03 pm
Cg doakan Fatin akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti, Amin.
June 13th, 2009 at 2:14 pm
salam cikgu..
boleh tak saya nak temubual cikgu?
saya ingin memilih cikgu sbgai ahli professional utk folio kerjaya saya..
memandangkan ckgu mrupakan seorang guru dan mahir dalam bidang akaun maka saya rasa cikgu sesuai dengan kerjaya yang saya pilih..
June 14th, 2009 at 12:03 am
Syiera,
Tidak menjadi masalah untuk temu bual Cg, cuma bukan disini, nanti Cg hubungi melalui email.
July 2nd, 2009 at 1:16 pm
tak ada skema jawapan ke untuk dokumen
July 2nd, 2009 at 4:14 pm
Shazel,
Soalan2 dan Skema jawapan percubaan SPM 2007 dan 2008 boleh diperolehi di Soalan Percubaan SPM : Koleksi 2007 dan 2008.
July 14th, 2009 at 2:26 pm
Apakah istilah English bagi Makluman Kredit?
Saya rasa bukan Credit Memo, kerana Credit Memo sebenarnya ialah Nota kredit.
July 17th, 2009 at 8:02 am
Patrick,
Saya setuju Credit Memo = Nota Kredit, tetapi Makluman Kredit saya tidak pasti apa istilah English yang digunakan. Nanti saya cuba bertanyakan kawan yang bekerja dibank, ataupun mana-mana rakan guru yang mengetahuinya bolehlah nyatakan disini untuk dikongsikan bersama.
August 15th, 2009 at 8:35 pm
salam….
cikgu…. soalan LCCI ni macam susah je…..
soalan dokumen belum tentu dapat buat dalam masa 60 mnit…..
cam ner nak jawab soalan dokumen dgn cukup masa???
August 15th, 2009 at 8:37 pm
Atin,
Gunakan masa yang seadanya ini untuk menguasai topik satu persatu. Kenal pasti teknik yang betul dan menjimatkan masa semasa menjawab soalan dokumen dan banyakkan latihan. InsyaAllah, akan dapat disiapkan dalam masa kurang daripada 50 minit.
August 25th, 2009 at 5:04 pm
cg, mcam mana kalu ader overdraf bank dan pemiutang dlm dokumen sumber? mcm mana nak transfer ke lejer dan jernal am? saya kurang jelas cara nak pindah ke lejer
August 25th, 2009 at 7:00 pm
Shaz,
Soalan yang dikemukan tidak lengkap, jadi Cg andaikan ianya berkaitan dengan catatan permulaan pada 1 hb bagi perniagaan yang telah mula lama. Pertama sediakan Jurnal Am dengan catatan seperti berikut :
Dt. Aset (rujuk soalan)
Kt: Bank (overdraf bermaksud liabiliti)
Kt: Pemiutang
Kt: Modal
Kemudian postkan ke lejar satu persatu, buka Akaun Aset yang terlibat dan catat di sebelah Debit BAKI B/B.
Bank catat dalam BUKU TUNAI disebelah Kredit BAKI B/B. Begitu juga dengan Ak Pemiutang dan Ak Modal.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk POS KE LEJAR.
August 26th, 2009 at 11:14 pm
..slam rmadan… cikgu…
sya nak tnya…cikgu tntg..soalan anchor…..
…ckgu..skolah sya kta…klau..nk dptkan…LCCI
..kna bg tliti..btul…msa kt lajer…tp ckgu kta..klu x ctat tarikh..
pown x pa….tp sya mgkin.. x tlis kowt sbab nk jmat msa…
nk bua tsoalan len lagi…..mcm mna cikgu….
August 26th, 2009 at 11:15 pm
Zamir,
Sebelum ini pun, Cg juga menasihatkan agar tulis tarikh, Baki h/b dan Baki b/b dalam lejar walaupun menurut skema tahun2 sebelum ini perkara tersebut tidak diberikan markah. Mulai SPM 2008 (Program Sijil Berganda LCCI) penyediaan catatan akaun yang lengkap sangat2 digalakkan. Sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk menulis perkara2 tersebut, cuma perlu perbanyakkan latihan.
August 27th, 2009 at 10:04 pm
…ermmm
..cikgu ntuk taun ..neyh..
prinsip akaun…. ada kertas ketiga ka..??
August 27th, 2009 at 10:05 pm
Zamir,
Sila gunakan tulisan yang betul, supaya lebih mudah difahami oleh sesiapa yang membacanya. Kertas 3 akan mula diperkenalkan kepada pelajar SPM 2011 nanti.
September 15th, 2009 at 12:00 pm
Cikgu…saya nak tanya apakah perbezaan antara slip bank dan slip pindahan wang?
September 15th, 2009 at 12:05 pm
Zalia,
SLIP BANK – kita masukkan wang tunai perniagaan ke dalam akaun BANK, iaitu catatan KONTRA.
Manakala SLIP PINDAHAN WANG – kita buat pembayaran kepada seseorang spt:pemiutang melalui pindahan wang kita dibank ke akaun bank pemiutang tersebut.
September 22nd, 2009 at 5:38 pm
cg,,blh tak cg bg cth semua dokumn p’niagaan..mksud saya gambar2 dokumen tersebut
September 22nd, 2009 at 7:08 pm
Farah,
Sila dapatkan daripada laman web sahabat Cg, iaitu Sifu2b di SINI.
September 29th, 2009 at 11:17 am
kalau dapat resit mmbeli brg niaga dalam dokumen perniagaan,
nak masukkan kat manerrr???
September 29th, 2009 at 11:19 am
salam,,
cg sy nk tny ckit,,
ca ne cre yg sistematik nk pos ke lejar???
mekacih ckg..
September 29th, 2009 at 11:24 am
cikgu,, memo nak masukkan kat maner?
nak tanye satu lg soalan,, cg ade bpe org anak??
bpe byk gaji cg ngajar akaun nie??
satu lagi…saya benci NANA…
September 29th, 2009 at 11:25 am
Lembut,
Kalau dapat resit kerana kita BELI BARANG NIAGA. Maka perlu direkodkan disebelah KREDIT dalam BUKU TUNAI(samada lajur Tunai / Bank – rujuk pada resit tersebut) dan BUTIRnya adalah BELIAN.
Nana,
Cara sistematiknya, kita pos daripada BCP satu-persatu ke Lejar, kita boleh mulai dengan Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai. Kemudian Imbang dan tutup semua Akaun seterusnya sediakan Imbangan Duga.
Lumut Hijau,
MEMO perlu direkodkan samada dalam Buku Tunai (jika melibatkan wang tunai atau cek), ataupun Jurnal Am.
September 29th, 2009 at 11:26 am
ader cara untuk jadi pelajar pintar dalam pa dan cara pembelajaran
September 29th, 2009 at 6:58 pm
Goki, sila baca sedikit panduan untuk menguasai Prinsip Perakaunan.
October 10th, 2009 at 11:28 pm
cg,
pelajar saya adalah terdiri drp pelajar sederhana dan hanya segelinter yg menunjukkan minat untuk belajar dan berjaya.
bagaimana cara yg terbaik perlu saya buat pada saat2 akhir ni untuk membantu pelajar saya menguasai soalan 1 dengan baik?
October 10th, 2009 at 11:59 pm
Cg Mar,
Masalah utamanya ialah MINAT pelajar untuk berjaya atau untuk LULUS. Berikan kesedaran kepada pelajar tentang kedudukan soalan 1, yang MESTI keluar dalam SPM 2009 dan peruntukan markah terbesar iaitu 28 markah. Serta kedudukan Kertas 1 yang menyumbangkan 33.3% daripada markah keseluruhan.
Apabila pelajar mula minat untuk LULUS / kuasai soalan dokumen. Berikan BIMBINGAN langkah demi langkah dalam menjawab soalan tersebut, seterusnya perbanyakkan latihan. Ianya boleh dilakukan dalam bentuk bengkel ataupun Kem Dokumen.
Itu saja sedikit pandangan daripada saya, semoga berjaya.
November 2nd, 2009 at 5:03 pm
Jika soalan suruh imbangkan akaun (seperti soalan 1c tahun 2008), adakah semua akaun perlu diimbangkan? Termasuk akaun yang hanya mempunyai satu butir seperti Akaun Gaji (soalan 2008)?
November 2nd, 2009 at 5:49 pm
Sebaik-baiknya imbang dan tutup semua akaun, walaupun hanya ada satu urus niaga sahaja, kerana itu adalah kemahiran asas penyediaan lejar.
November 3rd, 2009 at 9:26 pm
salam cg,
sini ada 2 soalan..
lengkapan ialah perabot spt kerusi, meja, rak kabinet..
trial melaka soalan dokumen ialah pemilik membeli meja dan kerusi, kabinet besi dan rak pameran scr kt (dlm satu invois)..
kenapa butir nk tulis perabot, boleh x sy tulis lengkapan?
cg kata lekapan ialah alatan yg ‘melekat’ spt penghawa dingin.. kalau perniagaan itu membeli penghawa dingin scr kt, butir yg sy tulis ialah lekapan atau lengkapan? sbb guru sekolah sy ajar tulis lengkapan..
November 3rd, 2009 at 10:05 pm
Teh,
Bagi skop SPM, Lengkapan = Perabot, jadi kedua2 boleh digunakan dengan syarat sebelum ini kedua2 akaun tersebut tidak ada. Sekiranya dalam catatan permulaan telah ada PERABOT, maka akaun Perabot harus digunakan, tidak boleh dibuka Lengkapan. dan begitulah sebaliknya.
Lekapan biasanya tidak berdiri sendiri, pada amalan biasa “Akaun Lengkapan dan Lekapan” akan digunakan jika melibatkan perkara tersebut. Jadi, pada pandangan Cg, penggunaan “Lengkapan” sahaja tidak mengambarkan perkara yang sebenar.
November 6th, 2009 at 11:52 pm
slam sejahtera cikgu yang ku sayangi
bagi soalan. dokumen…insya allah.. saya boleh jawab
cuma terdapat beberapa kelemahan yang sya hadapi…
iaitu bekaitan dengan pengeposan ke jurnal am.
slalunya…kalau syarikat itu membeli perabot…….saya..tahu cikgu ….dengan menulis…debit perabot..dan kredit nama syarikat…yang dibeli…..tetapi bagaimana pula dengan catitan 2 yang lain…..sperti promosi ,ambilan derma…dan lain2 lagi catitan…….perkara inilah….yang selalu menghantui saya…ketika membuat dokumen….
….tolong jelaskan cikgu….
November 7th, 2009 at 7:34 am
Zamir,
1. AMBILAN barang niaga untuk kegunaan PERIBADI.
Dt: Ambilan …… Kt: Belian
2. Ambilan barang niaga untuk diDERMAKAN / PROMOSI.
Dt: DERMA/PROMOSI …… Kt: Belian
# Akaun AMBILAN hanya digunakan jika melibatkan pemilik mengambil untuk kegunaan peribadi sahaja. Jika untuk kegunaan perniagaan, maka Ambilan tidak terlibat.
November 7th, 2009 at 1:02 pm
cikgu boleh kamu terangkan catatan kontra. apakah kegunaan peribadi.. sama dengan ambilan ataupun merupakan catatan kontra dan kegunaan pejabat serta borang want tunai masuk dan yang mana harus saya debit /kreditkan
November 7th, 2009 at 3:31 pm
Me,
CATATAN KONTRA – tidak melibatkan sebarang pembayaran / penggunaan wang untuk tujuan lain. Hanya tukar tempat SIMPAN samada di kedai/pejabat (TUNAI) atau di BANK. Ada 2 keadaan, iaitu :
1. SLIP WANG MASUK – masukkan wang TUNAI ke dalam BANK. Dt: Bank …. Kt: Tunai
2. KERATAN CEK (untuk kegunaan pejabat/tunai) – keluarkan wang daripada BANK untuk digunakan dikedai/pejabat. Dt: Tunai …. Kt: Bank
Cara merekod keratan cek – catatan kontra boleh rujuk SINI.
November 26th, 2009 at 7:39 pm
ckgu…thn ni akaun klb x msk kan?
November 26th, 2009 at 7:40 pm
Nadzirah,
Tidak semestinya topik yang keluar pada tahun lepas tidak akan dikeluarkan pada tahun ini. Ada kemungkinan akan dikeluarkan juga pada tahun ini.
November 30th, 2009 at 12:42 pm
ckgu….thn ni ckg sye spot soaln:dokumen, pp dan kkk,ak.realisasi,ak.penyesuaian bank,rekod x lengkp, kos pengeluaran,tpm.(untk paper 2)
November 30th, 2009 at 12:43 pm
ok, kuasai topik2 tersebut dan topik2 yang lain juga. Pada kebiasaanya tidak semua topik yang dispot akan masuk, mungkin ada 1 atau 2 soalan daripada topik2 lain.
Cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.
~ Semoga Berjaya.
December 7th, 2009 at 1:51 pm
best nye…..spm dh hbs…
March 3rd, 2010 at 3:22 pm
slm ckgu,
sy ni tak faham sgt la pa nie…
rse pyh plak…
jdi nk mntak ckgu bgla skit2 tip untuk mudah faham..
sy tk faham pasal penghutang tu apa..
pemiutang tu ape…
*liabiliti terhad mcamane plak??
March 3rd, 2010 at 3:24 pm
PENGHUTANG – orang yang berhutang dengan kita, iaitu kita JUAL barang niaga kepada PELANGGAN secara kredit /hutang, maka pelanggan tersebut dipanggil PENGHUTANG…. iaitu ASET SEMASA bagi kita.
PEMIUTANG – orang yang memberi kita hutang, iaitu kita BELI daripada PEMBEKAL secara kredit /hutang, maka dia dipanggil PEMIUTANG….iaitu LIABILITI SEMASA bagi kita.
March 25th, 2010 at 11:42 am
Sye masih keliru antara invois asal dan salinan dan nak masukkan pada debit or kredit. selain itu, sya nak tahu mcammne bentuk buku tunai dan macammne kte nk pastikan persamaan perakaunan betul?Harap cg bleh tlong
March 25th, 2010 at 11:48 am
Setiap dokumen disediakan sekurang2nya dalam 2 salinan, iaitu salinan ASAL (diberikan kepada pembeli) dan SALINAN (disimpan oleh penjual sebagai rujukan).
Bagi menentukan Debit atau Kredit, kena kenalpasti jenis akaun/urus niaga tersebut sama ada melibatkan aset, liabilti, ekuiti, hasil atau belanja.
Asasnya, Persamaan perakaunan boleh dikatakan betul jika ianya seimbang disebelah debit dan kredit dalam KKK.
March 29th, 2010 at 9:24 pm
Apakah cara yang lebih mudah dan berkesan untuk mgajar plajar2 saye terutama dalam bab3 Dokumen Perniagaan?
ini kerana saya baru dalam bidang akaun dan plajar saya kini merupakan plajar tingkatan 4?
harap cg narzuki sudi mmbantu…
tQ
March 29th, 2010 at 9:25 pm
Pada pandangan saya, pastikan pelajar terlebih dahulu memahami kaitan secara UMUM setiap satunya dalam Kitaran Perakaunan, bermula dari Dokumen – BCP – Lejar – Imbangan Duga. Kemudian lebih KHUSUS kepada setiap kemahiran yang perlu dikuasai satu persatu, seperti PENGECAMAN dokumen, Catatan dalam BCP, pengeposan ke Lejar, Imbang dan tutup setiap akaun dan akhirnya sediakan Imbangan Duga.
March 31st, 2010 at 5:43 pm
hello…cg narzuki…
sekolah saye akn adakan pembentangan..tajuk bagi kumpulan saye ialah nota makluman,serahan dan kiriman…tapi..saya tidak dpt apa-apa maklumat ttg nota makluman….blhkah cg.narzuki memberitahu saye ttg ciri-ciri dan fungsi nota makluman kerana saye bru dlm bidang akaun…thz you…
March 31st, 2010 at 10:01 pm
Nota tentang dokumen2 tersebut ada dinyatakan dalam buku teks dan buku rujukan. Sila dapatkan disana.
April 5th, 2010 at 4:43 pm
cikgu, saya kurang faham sikit la tentang bab dokumen perniagaan ni. boleh cikgu terangkan??
April 5th, 2010 at 6:17 pm
Terlalu banyak untuk diterangkan, jadi Cg cadangkan baca dahulu buku2 teks / rujukan, apabila ada perkara2 yang tidak faham baru kemukakan satu persatu soalan mengenainya.
April 7th, 2010 at 7:19 pm
salam cgu narzuki..
terima kasih atas panduan dan tunjuk ajar cgu saya akan cube ikut nanti..
salam
April 10th, 2010 at 11:30 am
cg, boleh saya tahu bab dokumen perniagaan ini akan naik dalam soalan yang ke berapa dalam SPM 2011 nanti?
kerna sebelum ini soalan bagi tajuk ini merupakan soalan first.
adakah ada perubahan pada SPM 2011 nanti?
April 10th, 2010 at 11:33 am
Kemungkinan besar tidak akan dikeluarkan dalam kertas 2 pada SPM2011 nanti. Sebaliknya dalam Kertas 3 (kerja kursus). Walau bagaimanapun kita tunggu maklumat rasmi yang akan dikeluarkan tak lama lagi.
April 10th, 2010 at 9:08 pm
cg, pd pndangan cg, pelukah sy tutup dn seimbangkan lejar
klo dlm soalan dia x suruh… cg sy kate x yah seimbangkn
xpe. tp sy masih ragu2 sbb kwn sy kt skolah lain kate kene
seimbangkan…
April 10th, 2010 at 11:31 pm
Sebaik-baiknya jawapan ialah imbangkan dan dapatkan Baki h/b dan Baki b/b.
April 13th, 2010 at 1:39 pm
salam….cikgu dkmen perniagaan nie sbnrnye pew?
April 13th, 2010 at 1:47 pm
DOKUMEN PERNIAGAAN merupakan bukti secara bertulis bagi setiap urus niaga yang telah berlaku. Contohnya, semasa beli perabot pihak penjual akan mengeluarkan satu dokumen pembelian seperti bil tunai kepada pembeli. Apabila membuat sesuatu pembayaran seperti bayar yuran dan sebagainya pihak yang menerima bayaran akan mengeluarkan sekeping RESIT sebagai bukti pembayaran telah dibuat.
Maka, dokumen2 tersebut merupakan SUMBER utama untuk peniaga rekod urus niaga tersebut dalam buku akaun perniagaan.
April 14th, 2010 at 4:27 pm
cikgu slip bank tu sama ke dengan borang wang masuk?
April 14th, 2010 at 5:28 pm
Sekiranya slip bank tersebut mengambarkan simpan wang ke akaun bank perniagaan, maka ianya sama dengan borang wang masuk. Setengah2 bank menamakan borang tersebut sebagai borang “Simpanan”.
April 14th, 2010 at 10:00 pm
assalamualaikum,cgu..
Nk tanya,mcm mane kita nak kenal pasti bhw jumlah imbangan duga kita sama dgn jwpn skema??Maksud sy,kita dh buat imbangan duga tp jumlah xsama dgn skema..hal ini b’laku pd sy ketika ujian pkbs 1 bln lps.
Perihal ini mmg t’buku dihati sy ketika m’hadiri seminar PA di KB hari tu
April 14th, 2010 at 10:18 pm
Waalaikumussalam,
Kita dapat kenalpasti jawapan kita sama dengan skema apabila semua jawapan kita betul dengan tepat sebagaimana kehendak soalan. SEMASA jawab peperiksaan, kita memang tidak tahu adalah jawapan yang kita sediakan betul dan sama seperti skema. Apa yang boleh dijadikan panduan, apabila jumlah Imbangan Duga seimbang, maka kemungkinan jawapan kita telah betul. Walau bagaimanapun ada juga kemungkinan berlaku sedikit kesilapan, iaitu kesilapan tidak ketara (Rujuk Topik Pembetulan Kesilapan). Antaranya ialah kesilapan AMAUN semasa mencatat dalam BCP, kesilapan ketinggalan catatan satu urus niaga ataupun kesilapan saling mengimbangi.
Sepatutnya kemukakan masalah2 semasa sesi soal-jawab semasa seminar tersebut , baru cg dapat terang dengan sejelas2nya.
April 15th, 2010 at 9:42 pm
assalamualaikum…
sy siti fatimah,drpd sms tg muhd faris petra
trima ksih cg ats tnjuk ajr cg sms bengkel PA di smk pc1
sedikit sebyk ats tnjuk ajar cg,sy lebih memahami cara menjawab bagi soalan 1…
April 15th, 2010 at 10:08 pm
sy,brmaslah sgt dgn bhgian dokumen,tlong ckgu brikn tips or cara yg terbaik dlm myelesaikn prkre trsbt
April 15th, 2010 at 10:28 pm
Fatimah,
Waalaikumussalam,
Semoga penerangan Cg semasa kem tersebut dapat membantu fatimah lebih menguasai kemahiran menjawab soalan dokumen. Tingkatkan usaha bagi menguasai kesemua topik bagi memastikan A+ jadi milik anda.
Lin,
Sebenarnya Cg telahpun memberikan tips2 dalam komen2 Cg yang terdahulu. Sila baca komen2 tersebut sebagai panduan di post2 di Laman Utama iaitu Dokumen Perniagaan, Pengecaman, Buku Catatan Pertama, Pos ke lejar dan Imbangan Duga.
April 16th, 2010 at 4:40 pm
salam…cg bleh tunjukkan contoh jenis2 dokumen perniagaan.
April 16th, 2010 at 5:24 pm
Salam,
Contoh dan nota berkaitan dokumen boleh diperolehi dengan layari laman Cg Rithuwan di SINI (klik).
April 22nd, 2010 at 12:56 pm
aslmkm..
cg, sy msh lg bljr dlm bdg pnddkn perakaunan dan bakal menjadi seorg guru.. sya nak tya pndpt ckgu tntg pggunaan bahan bantu mengajar (BBM) utk topik dokumen perniagaan.. pe BBM yg sesuai dan bgimana utk mengaplikasikannya dlm kls..harap ckgu bleh bantu saya..
April 22nd, 2010 at 12:58 pm
Waalaikumussalam,
Pada masa sekarang BBM yang paling sesuai ialah penggunaan kemudahan ICT iaitu MsPowerPoint. Di mana kita boleh tunjukkan dokumen dengan jelas, pelajar akan lebih fokus terhadap bahan tersebut apabila kita mengajar. Kita gunakan kaedah Tunjukcara – kita boleh tunjukkan langkah demi langkah dalam pengecaman terhadap dokumen, cara catat dalam BCP, post ke lejar dan seterusnya sediakan Imbangan Duga. Dengan cara tersebut pelajar boleh nampak dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Bukan saja topik dokumen, malah semua topik2 lain juga sangat sesuai digunakan cara tersebut. Saya dapati pelajar2 saya lebih mudah memahami apa yang diajar…. cuma kita kena kreatif dalam penyediaan bahan2 tersebut.
April 22nd, 2010 at 9:11 pm
terima kasih cg.. idea cg mmg bagus.. sya mmg slalu jadikan blog cg sbgai rujukan.. smga ilmu yg cg kongsi dgn smua org tanpa rasa jemu ni dibalas dgn sejuta kebaikan..amin..
April 22nd, 2010 at 9:17 pm
Sama-sama dan terima kasih, semoga kita dapat sama2 berkongsikan idea dan pandangan untuk kebaikan kita serta anak didik sekalian.
May 15th, 2010 at 12:16 am
salam,cg Narzuki…saya merupakan pelajar di sebuah institusi di dalam bidang perhotelan…baru2 ini saya telah mendapat tugasan di dalam mdul perakaunan berkenaan dengan Nota Debit..ini amt sukar bagi saya kerana tidak mengetahui dan memahami berkenaan tajuk yang telah di beri..semasa disek menengah saya hanya mengetahui berkenaan nota ini di tingkatan satu…semasa di tingkatan 4 dan 5 saya berada di dalam aliran sains..oleh dengan itu,saya ingin bertanya kepada cg Narzuki apa yg dimaksudkan dengan nota debit dan di laman web manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitannya…kerana sudah pelbagi laman web sudah saya jelajahi,namun gagal memperolehi maklumat yang berkaitan…
May 15th, 2010 at 11:01 am
NOTA DEBIT
-Di hantar oleh pemborong untuk membetulkan kesilapan dalam invois hutang pembeli akan ditambah sebab
1. Jumlah hutang kurang daripada jumlah sebenar
2. Botol kosong dikenakan bayaran
3. Beberapa jenis barang tidak ditulis dikenakan bayaran
4. Pembeli dikenakan faedah
5. Ada ketinggalan catatan dalam invois (kos angkutan)
6. Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli
7. Bayaran tambahan (pertukaran barang)
Antara laman2 yang boleh dirujuk:
1. http://www.slideshare.net/kahinn/3-5-dokumen-perniagaan-dalam-negeri
2. http://www.wisegeek.com/what-is-a-debit-note.htm
3. http://ddw2133.blogspot.com/2008/12/perakaunan.html
May 18th, 2010 at 11:28 pm
ckgu…
stiap dokmen yg dibuat perlu ke ltk trikh…???
klau tdak ltk trikh adakah mrkah akn dtolak???
May 18th, 2010 at 11:32 pm
Setiap catatan semestinya ada Tarikh, Butir dan Jumlah. Tiada penolakan markah, yang ada dapat markah atau tidak dapat markah.
May 19th, 2010 at 3:30 pm
pada catatan mne yg tdak prlu ada tarikh???
May 19th, 2010 at 3:35 pm
Sebaik-baik jawapan tarikh ditulis semua dalam Buku Catatan Pertama dan juga Lejar.
May 19th, 2010 at 7:36 pm
ckgu sya dri smk seri paka,sbnarnya sya ada msalah dlm dokumen.ada stu lg msalah,bila sya buat soalan pp slalu x imbang,tp bila sya buat ngan ckgu bleh plak..jd tension tp sronok…
May 19th, 2010 at 7:40 pm
Anis,
Pertama cuba kenalpasti apakah masalah / kesilapan yang dilakukan, kemudian baru cari cara penyelesaiannya…. proses tersebutlah yang dipanggil BELAJAR.
May 22nd, 2010 at 1:02 pm
cg..sy msh lg keliru ttg catatan kontra..boleh cg terangkan kpd sy..?
May 22nd, 2010 at 1:05 pm
Love,
Cuba baca komen2 Cg yang terdahulu DISINI.
May 24th, 2010 at 8:23 pm
terima kasih cg..cg dh membantu sy,,
June 7th, 2010 at 1:21 pm
Assalammualaikum… Cg, mcm mne nk pro dlm Prinsip Akaun??
June 7th, 2010 at 2:05 pm
Waalaikumussalan,
Semuanya terletak atas KESUNGGUHAN kita semasa belajar, FAHAMI setiap konsep2 yang terdapat dalam sesuatu topik yang diajar, berikan sepenuh TUMPUAN terhadap apa yang cikgu ajar, INGAT format2 yang terlibat, banyakkan LATIHAN serta selalu BERTANYA apabila menghadapi apa2 masalah.
June 14th, 2010 at 1:37 am
cg, cg prinsip akaun sy garang la..kadang2 sy jadi xberminat nak masuk dalam kelas prinsip akaun..subjek prinsip akaun dahla 1jam sahaja setiap minggu..nak tanya soalan pun terpaksa fikir beberapa kali sbb takut kena marah..sy memang lemah dalam subjek ini..latihan xsiap sbb xtahu..nak tanya cg takut..kadang2 ada jugak sy terfikir nak drop, tp sy syg..mcm mana ni cg??sy dilema…
June 14th, 2010 at 4:12 am
cg ad x contoh2 dokumen prniagaan?sy perlukan utk buat kertas kerja..
June 14th, 2010 at 4:35 am
Baca komen Cg di atas sebagai panduan belajar. Contoh2 dokumen boleh diperolehi daripada kertas 2 soalan ataupun yang lebih lengkap daripada buku teks ataupun buku rujukan.
June 21st, 2010 at 8:13 pm
slm cg saya mengalami masalah dlm dokumen. saya boleh pindah ke jurnal tetapi saya stuck bila nak pindah ke lejar dan buku tunai. Boleh cg tlg saya?
June 21st, 2010 at 9:00 pm
Cuba kuasai kemahiran Pos ke Lejar satu persatu, iaitu :
1. Jurnal Am ke Lejar
2. Jurnal Khas ke Lejar
3. Buku Tunai ke Lejar
# Setiap satunya mempunyai cara pos ke lejar yang tersendiri. Sila dapatkan tunjukajar daripada GURU atau kawan2 anda, kerana cara tersebut lebih berkesan.
June 22nd, 2010 at 8:00 pm
terima kasih cikgu krana membantu
June 28th, 2010 at 9:12 pm
Salam…
cikgu dalam lejar bila kita guna akaun untung rugi???????
contohnya nak tutup akaUN…
SATU LAGI MACAMNER KITA NAK BUKA LEJAR MAKSUDNYA ADAKAH AMBIL DOKUMEN ATAU BUKU CATATAN PERTAMA…
June 28th, 2010 at 9:13 pm
TAHUN DEPAN MEMANG KELAUR KER SOALAN DOKUMEN..SEBAB SAYA SELALU SURUH ANAK SAYA BUAT LATIHAN INI
June 28th, 2010 at 9:16 pm
CIKGU …KAWAN SAYA KATA TARIKH TIDAK PENTING DALAM LEJAR …BUANG MASA TAPI SAYA RISAU LA MACAM XLENGKAP PLAK LEJAR TU BETUL KER XPAYAH TULISSSSSSSSSS
June 28th, 2010 at 9:34 pm
Salam,
Dalam Lejar, Akaun Untung Rugi digunakan bagi menutup akaun2 HASIL dan BELANJA. Ini kerana akaun2 tersebut akan dipindahkan ke AUR bagi mendapatkan untung/ rugi bersih. Walau bagaimanapun bagi soalan 1 : Dokumen, soalan hanya setakat penyediaan Imbangan Duga, maka adalah lebih baik semua akaun ditutup menggunakan Baki h/b dan Baki b/b sahaja.
Lejar disediakan berdasarkan Buku Catatan Pertama sahaja, iaitu mengikuti Kitaran Perakaunan:
Dokumen – Buku Catatan Pertama – Lejar – Imbangan Duga …
SPM 2011 akan menggunakan Format Pentaksiran Baru di mana soalan dokumen tidak lagi dikemukakan sepertimana soalan tahun2 lepas. Sebaliknya dijadikan tugasan projek dalam Kertas 3 yang perlu disiapkan oleh pelajar bermula di tingkatan 4 lagi.
Jawapan yang sebaik-baiknya hendaklah lengkap dengan tarikhnya sekali.
July 6th, 2010 at 5:23 pm
salam ckgu..
leh terangkn makna ‘cek’,kgunaan,kpentingan,keburukan,
persamaan dgn dokumen lain..
urgent ckgu sok kne present
sya tgah kusus usahawan
July 6th, 2010 at 6:37 pm
Salam,
Boleh dapatkan sedikit maklumat mengenai CEK / AKAUN SEMASA disini (klik). Bagi melihat kegunaan, kepentingan, keburukan penggunaan cek, sila bandingkan dengan penggunaan wang tunai. Maaf, Ini saja yang dapat Cg tolong.
July 13th, 2010 at 5:49 pm
salam, em saye ni bermasalah sikit laa nak paham pasal akaun ni. cikgu yang ajar saye tu straight sangat. dia ajar macam semue student dalam kelas tu da paham. time mid year hari tu, hampir satu kelas failed. cikgu ade cadangan tak macam mane nak atasi masalah ni and improve saye punye subject akaun ?
July 13th, 2010 at 5:50 pm
Cuba bawa berbincang dengan cikgu anda, dapatkan seorang guru pembimbing ataupun mengikuti kelas tuisyen.
July 15th, 2010 at 10:36 pm
salam cg,sy form4…tp sy krg mahir bab dokumen…pening la nk cam satu2…tmbhan lg cg yg ajar sy jrg msuk klas…
masalah sy….buku tunai kan ad kredit dan debit….sy sering bertukar nk ltk kat kredit@debit…
dan satu lg masalah sy iaitu lejar….kita kn kne pos ke lejar pastu nk pos 2 lgsung xreti……nk bukak akaun utk lejar mmg lgsung xreti…..
hrp cg bley tlg sy!!! time kasih.
July 15th, 2010 at 10:40 pm
Sila dapatkan Teknik Jawab Dokumen yang disediakan oleh Cg Awang sebagi panduan.
B-MUAT TURUN BAHAN
Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
July 20th, 2010 at 7:08 pm
cikgu na tnye nie?
format bru prinsip perakaunan nie mcm mne?
sye kurang faham la.
cikgu sye ada mintak nama2 syarikat.
ini semua untuk ape?
dan saya tak faham syarikat yang macam mne tue?
July 20th, 2010 at 7:10 pm
Pelajar tingkatan 4 pada tahun ini akan menyiapkan satu tugasan / kerja kursus yang merupakan KERTAS 3 dalam Format Pentaksiran Baru. Di mana pelajar dikehendaki menyediakan satu set lengkap rekod perakaunan, bermula dengan profail perniagaan – dokumen – BCP – Lejar – ID – Penyata Kewangan. Cikgu anda minta menyediakan nama2 syarikat tersebut bagi memudahkan anda menyediakan dokumen2 nanti.
August 18th, 2010 at 12:37 am
Cikgu,
Kalau dalam soalan sudah ada baki awal akaun lengkapan. Jika dalam memo ada pembelian meja, jika kita masuk dalam akaun perabot, adakah salah? bukankah patut masuk ke dalam akaun lengkapan yang sedia ada?
terima kasih
August 18th, 2010 at 12:43 am
Fatin,
Ya, Cg setuju dengan pandangan Fatin. Sepatutnya dicatatkan dalam Ak LENGKAPAN yang sedia ada.
August 18th, 2010 at 11:05 am
Cikgu,
kalau fatin termasuk dalam akaun perabot yang baru di buka, adakah salah? terima kasih
August 18th, 2010 at 11:07 am
Fatin,
Ya, ianya dianggap SALAH kerana sepatutnya direkodkan dalam Ak Lengkapan yang sedia ada.
August 18th, 2010 at 5:24 pm
Cikgu,
Penghawa dingin bolehkah dimasukkan dalam akaun alatan pejabat? bagaimana pula jika masuk dalam akaun kelengkapan? terima kasih
August 18th, 2010 at 5:27 pm
Fatin,
Penghawa dingin, lampu, kipas dikelaskan sebagai LEKAPAN. Dan Lekapan biasanya digabungkan dalam AK LENGKAPAN DAN LEKAPAN.
August 18th, 2010 at 6:39 pm
cikgu,
Adakah salah jika masuk dalam akaun kelengkapan atau akaun alatan pejabat?
August 18th, 2010 at 6:40 pm
Fatin,
Apabila direkod dalam AKAUN yang salah, maka dikira SALAH. Ini kerana ianya dikelaskan sebagai KESILAPAN PRINSIP.
August 25th, 2010 at 5:53 pm
salam cikgu . kalau dokumen slip simpanan wang tunai , salinan pendeposit letak di buku tunai ya ? adakah ia kontra ?
August 25th, 2010 at 5:57 pm
Syk123,
Ada 2 keadaan dokumen Slip Simpanan digunakan, dan kedua2nya melibatkan BUKU TUNAI :
1. Memasukkan wang tunai PERIBADI ke dalam Bank perniagaan. – Bawa masuk MODAL.
2. Memasukkan wang tunai PERNIAGAAN ke dalam BANK – Catatan KONTRA.