Penyata Kewangan
April 25th, 2008 — Cg NarzukiMembicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan topik ini.

Membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan topik ini.
| zerra on Pengecaman |
| lala on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| naqya on Prinsip Perakaunan SPM |
| someone who want to know on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cikgu murni on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| ishakkkk on Soalan Percubaan SPM |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cikgu murni on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cikgu murni on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| moon on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Alice on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on GURU PRINSIP PERAKAUNAN 1Malaysia |
| ngu kee shing on GURU PRINSIP PERAKAUNAN 1Malaysia |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Nisa on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| ns on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| fatin on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on Tip Peperiksaan |
| liza on Tip Peperiksaan |
| jasmine on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on Pengecaman |
| dunno on Pengecaman |
| Cg Narzuki on Koleksi Trial 2009 |
| girl`z students langkawi on Koleksi Trial 2009 |
| Cg Narzuki on Imbangan Duga |
| iwan on Imbangan Duga |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| jasmine on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cva on TPM : Analisis Kos Volum Untung |
| Cg Narzuki on TPM : Analisis Kos Volum Untung |
| cva on TPM : Analisis Kos Volum Untung |
| Cg Narzuki on KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM & PERAKAUNAN STPM 2010 |
| Nazrin on KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM & PERAKAUNAN STPM 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Matt on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
August 19th, 2009 at 9:55 pm
Cikgu
Adakah format penyata kewangan dijawab ikut
a. format penyata jika suruh sediakan penyata pendptan
b. format T jika suruh sediakan AK perdagangan & Utg Rugi?
Ikut Kurukulum baru soalan 2 jadi anchor item, adakah Lembaran Kerja masih penting?
August 19th, 2009 at 10:20 pm
Eniza,
Dalam penyediaan penyata kewangan, format PENYATA adalah digalakkan terutamanya soalan anchor item, walaupun soalan minta sediakan Ak Perdagangan dan Untung Rugi sekalipun. Tiada sebarang penolakan markah dalam soalan anchor item.
August 30th, 2009 at 8:54 pm
cg,
kalau saye hafal penyata kewangan dlm format PENYATA sahaja boleh x cg?..n sy x tau spm soalan akan tanye dlm bentuk ape?….
August 30th, 2009 at 8:55 pm
Syafiq,
Sekarang ini dalam soalan SPM, penyediaan dalam bentuk penyata sangat2 digalakkan, walaupun soalan tersebut menyatakan sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.
September 4th, 2009 at 9:47 am
Askum cikgu.. sy nak tanya.. untuk belanja ubahsuai pejabat, perlu masuk dalam penyatan pendapatan? Belanja pembelian aset pula bagaimana? Di kunci kira kira sahaja?
September 4th, 2009 at 3:18 pm
Amy,
Belanja ubahsuai pejabat merupakan perbelanjaan hasil dan perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan sebagaimana belanja2 lain seperti sewa, gaji, kadar bayaran.
Manakala pembelian aset pula merupakan perbelanjaan modal, di mana ianya akan menambahkan nilai aset bukan semasa dan perlu dimasukkan dalam KKK sebagai Aset Bukan Semasa sebagaimana aset2 lain seperti Kenderaan, Bangunan, Lengkapan.
October 30th, 2009 at 10:48 pm
cikgu bolehkah bagi saya format penyata kewangan dengan pelarasan?
October 30th, 2009 at 11:13 pm
Feng,
Sila download dan rujuk dalam Modul Tingkatan 4 – Cg Sila dibahagian
C-MUAT TURUN BAHAN.
December 6th, 2009 at 9:20 am
2 sebab mengapa pihak2 berkepentingan berikut memerlukan maklumat dari Penyata Kewangan :
A)Pelabur
B)Bank
C)Pembekal
D)Lembaga Hasil Dalam Negeri
E)Pihak Pengurusan
F)Bakal Pelabur
December 6th, 2009 at 10:13 am
penerangan tentang maklumat yang ada di dalam sesebuah laporan kewangan??
sye pelajar ipts…coz hotel & catering..
December 6th, 2009 at 11:37 am
PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN
1. Pengguna Dalaman:
(a)Pihak Pengurusan
- menilai keputusan pengurusan yang lepas.
- membuat keputusan untuk masa depan.
2. Pengguna Luaran:
(a) Pelabur Sedia Ada
- ketahui nilai modal yang dilaburkan.
- jumlah dividen yang diterima
- ketahui sumber kewangan perniagaan.
(b) Pihak Bank / Pemiutang
- nilai kebolehan perniagaan untuk bayar balik hutang serta faedah atas pinjaman.
(c) Lembaga Hasil Dalam Negeri
- untuk tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar ikut keuntungan perniagaan.
(d) Bakal Pelabur
- untuk lihat prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan.
JENIS-JENIS PENYATA KEWANGAN
1. Penyata Pendapatan
- Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan.
- Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.
2. Penyata Ekuiti Pemilik
- Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan.
3. Kunci Kira-kira
- Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh.
- Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.
4. Penyata Aliran Tunai
- Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.
February 1st, 2010 at 9:31 pm
salam ckgu..
erm,,
nk tnye..
ap itu penyata pndpatan??
March 2nd, 2010 at 4:56 pm
cikgu, boleh tanya, adakah dalam KKK bentuk T, liabiliti semasa perlu dibawa ke sebelah debit untuk tujuan mendapat nilai modal kerja? cikgu sekolah kata ia adalah format terbaru…thanks
March 2nd, 2010 at 5:04 pm
Tidak salah tetapi adalah LEBIH BAIK disediakan KKK dalam bentuk PENYATA bagi menunjukkan MODAL KERJA.
March 12th, 2010 at 10:40 pm
Cikgu,
Dalam soalan penyata pendapatan,
Jualan 1000
(-) Pulangan Jualan 200
——
800
dalam pemarkahan SPM, adakah salah simbol tolak itu saya buat kurungan seperti di atas?
Terima kasih
March 12th, 2010 at 10:51 pm
Pada pandangan Cg, ianya tidak menjadi masalah dan boleh diterima.
March 12th, 2010 at 10:58 pm
tapi cikgu kami bagi tahu tidak boleh buat kurungan kerana dia telah memberi maksud yang lain. jadi saya hanya guna
Jualan
- pulangan jualan
tanpa kurungan.
saya memang keliru dengan perkara ini kerana saya biasanya telah buat kurungan.
March 12th, 2010 at 11:00 pm
Ada tanda kurungan atau tiada, sebenarnya tidak menjadi masalah. Oleh yang demikian, sebagai pelajar adalah lebih baik ikut saja cara cikgu anda.
March 12th, 2010 at 11:28 pm
terima kasih cikgu
March 31st, 2010 at 10:43 pm
Cikgu Narzuki, saya dapati bahawa modul yang terbaru pada muka surat 20 terdapat kekeliruan, kerana pada penyata pendapatan Diskaun Diberi dimasukkan untuk ditolak daripada jualan. Sepatutnya Diskaun Diberi adalah dikategorikan sebagai belanja. Menurut cikgu di sekolah, dia maklumkan bahawa format penyata pendapatan ini adalah format yang terbaru 2010. Adakah berlaku kesalahan di Modul terbaru ini?
April 1st, 2010 at 12:05 am
Sila rujuk komen Cg di SINI.
April 2nd, 2010 at 2:23 pm
Cikgu,
soalan akaun perdagangan dan utg rugi yang dikeluarkan dalam soalan 2 tahun 2009…bolehkah saya jawap dalam bentuk penyata pendapatan? adakah penolakan markah kerana saya tidak ikut arahan soalan?
terima kasih
April 2nd, 2010 at 4:22 pm
Sekarang ini sangat2 digalakkan jawab dalam bentuk penyata, walaupun soalan minta sediakan akaun perdagangan dan untung rugi. Tiada sebarang penolakan markah.
April 2nd, 2010 at 7:06 pm
terima kasih
May 14th, 2010 at 12:36 pm
Cg~
apa beza stok dengan belian??~
bukankah stok tuu barang niaga dan belian pun barang niaga~
May 14th, 2010 at 12:40 pm
Nurul,
Sila rujuk komen Cg DISINI.
May 31st, 2010 at 7:40 pm
camne nak bahagi masa buat sesuatu soalan?
kadang2 saya terleka pada satu soalan sehinggakan saya tidak sempat nak buat soalan yang seterusnya…
n camne nak pastikan jawapan kita buat tu seimbang????
May 31st, 2010 at 8:00 pm
Salah satu cara untuk mengagihkan masa 150 minit (2 jam 30 minit) ialah menggunakan nisbah markah, contohnya :
Soalan 1 : 28 markah – 28/80 X 150 = 52.5 minit
Soalan 2 : 20 markah – 20/80 X 150 = 37.5 minit
Jawapan akan jadi seimbang jika kita sediakan catatan bergu dengan betul.
June 29th, 2010 at 6:35 pm
cikgu
Pelajar ting 4 di sekolah selangor diberitahu format penyata pendapatan seperti berikut:
Jualan x
– Pul Jualan x
Jualan Bersih xx
– Diskaun Diberi x
xx
dan diskaun diterima pula ditolak dari belian bersih.
Adakah ini format terkini utk 2011?
June 29th, 2010 at 7:50 pm
Pada masa ini terdapat 2 format yang boleh digunakan, iaitu
Format 1. (Digunakan dalam SPM sebelum ini)
~ Diskaun diberi dan Diskaun diterima dilaporkan sebagai Hasil dan Belanja.
Format 2. (Baru diperkenalkan peringkat SPM, tetapi telah lama digunakan di Matrikulasi)
~Diskaun diberi dan Diskaun diterima dilaporkan sebagai kontra kepada Jualan dan Belian.
Walau bagaimanapun, format mana yang perlu digunakan bergantung kepada apa yang digunakan dalam BUKU TEKS yang akan dikeluarkan nanti.
June 30th, 2010 at 12:19 pm
Terima kasih