Pengecaman

NOTA PENGECAMAN DOKUMEN

Dalam melakukan pengecaman dokumen kita boleh mengenalpastinya mengikut urutan berikut : 1. Buku Tunai, 2. Jurnal Khas dan 3. Jurnal Am.

1. BUKU TUNAI – sekiranya terdapat perkataan TUNAI, CEK atau BANK dalam dokumen tersebut, maka ianya mesti direkod dalam Buku Tunai.

Contohnya : Resit, Baucer Pembayaran, Keratan Cek, Borang Wang Masuk, Bil-bil Tunai, Makluman Debit, Makluman Kredit & MEMO (jika terdapat Tunai/Cek/bank).

2. JURNAL KHAS – hanya melibatkan dokumen INVOIS, NOTA DEBIT dan NOTA KREDIT sahaja. Tetapi dengan syarat butirannya berkaitan BARANG NIAGA.

INVOIS & NOTA DEBIT (Barang Niaga)
- rekod dalam JURNAL JUALAN (jika dokumen salinan)
- rekod dalam JURNAL BELIAN (jika dokumen asal).

NOTA KREDIT (Barang Niaga)
- rekod dalam JURNAL PULANGAN JUALAN (jika dokumen salinan)
- rekod dalam JURNAL PULANGAN BELIAN (jika dokumen asal).

Jika butirannya BUKAN BARANG NIAGA maka ianya mesti direkod dalam JURNAL AM.

3. JURNAL AM – lain-lain dokumen yang tidak dapat memenuhi syarat Buku Tunai dan Jurnal Khas di atas.

Contohnya: Catatan permulaan 1 hb, INVOIS bukan barang niaga, NOTA DEBIT berkaitan dengan angkutan/bukan barang niaga, MEMO tidak melibatkan tunai, cek atau bank.


72 Responses to “Pengecaman”

  1. Amar Says:

    Cikgu, klau dokumen nota debit berkaitan dengan caj angkutan nak catat dalam apa ????

  2. sifu2b Says:

    Amar, walaupun nota debit, tetapi caj angkutan bolehlah dicatat di dalam Jurnal Am.
    Debit Angkutan Masuk
    Kredit Pemiutang yang dimaksudkan.

    Walaubagaimanapun, ia mematuhi prinsip materialiti. Jika tak material, iaitu caj angkutan masuk itu terlalu kecil berbanding kos belian, ia boleh juga dimasukkan terus ke dalam Jurnal Belian, dianggap sebagai sebahagian kos beli barang niaga. Kadang kala, pemiutang mencaj kos angkutan sekaligus ke dalam Invois. Ini dibenarkan sebenarnya. contoh Nilai barang niaga RM50000, dan kos angkutan RM100. Peniaga boleh menganggap nilai Invois itu sebagai RM50100. kerana tidak signifikan. Belanja kos angkutan itu cuma nisbah 1/500 atau 0.002%. Namun kebiasaan dalam SPM, amaun belian kecil, so, letak aje dlm Jurnal Am supaya angkutan masuk itu dapat dilaporkan sebagai belanja yang signifikan.
    Itu pandangan sifu, bagaimana pandangan orang lain?

  3. Cg Narzuki Says:

    Saya bersetuju dengan pandangan Sifu2b, kerana sistem perakaunan bagi sesebuah syarikat bergantung juga kepada saiz dan jenis syarikat tersebut serta dasar-dasar perakaunan yang diikuti dan dipatuhinya.

    Namun begitu bagi skop SPM, Nota Debit yang berkaitan dengan caj angkutan hendaklah dicatat dalam JURNAL AM iaitu :

    DT: Angkutan / Angkutan Masuk
    KT: Nama Syarikat berkenaan (iaitu pemiutang)

  4. Niti Says:

    Cikgu,

    Kalau baucar pembayaran untuk tambang menghantar barang, apakah butir yang harus dicatatkan di dalan buku tunai? Adakah tambang atau upah ataupun angkutan keluar?

  5. Cg Narzuki Says:

    Niti,

    Catat dalam BUKU TUNAI di sebelah KREDIT,
    Butirannya ialah ANGKUTAN KELUAR.

  6. Afiqah Says:

    cikgu,

    saya nak tanya tentang
    keratan cek
    saya tak faham tentang cek
    bila nak buka kontra
    bila tak payah
    butirnya nak tulis apa..

    sila explain dgn jelas
    thx a lot“`

  7. Cg Narzuki Says:

    CATATAN KONTRA

    Catatan kontra bermaksud PINDAHAN wang dari TUNAI (tunai di tangan / wang dalam pejabat) ke dalam BANK (tunai di bank / wang dalam akaun di bank) atau sebaliknya. Di mana wang tersebut TIDAK DIGUNAKAN untuk membayar kepada sesiapa. Atau wang yang diterima bukan daripada pihak lain.

    Terdapat 2 jenis catatan kontra :

    1. TUNAI dipindahkan ke BANK (Dokumen terlibat : SLIP WANG MASUK)

    Ini bermaksud peniaga memasukkan wang TUNAI yang terdapat dalam kedai / pejabat ke dalam BANK sebagai simpanan. Di mana catatan bergunya :

    Dt: BANK (wang di bank bertambah)
    Kt: TUNAI (wang di tangan berkurang)

    2. BANK dipindahkan ke TUNAI (Dokumen terlibat : KERATAN CEK)

    Keratan cek yang dinyatakan sebagai “Kegunaan pejabat/kedai” atau “Tunai” sahaja dianggap sebagai CATATAN KONTRA. Kerana ianya mengeluarkan wang BANK untuk kegunaan di kedai / pejabat dan direkod sebagai TUNAI. Iaitu :

    Dt: TUNAI (wang di tangan bertambah)
    Kt: BANK (wang di bank berkurang)

    Sekiranya Keratan Cek menyatakan bayaran kepada PIHAK LAIN seperti SEWA, PERABOT, BELIAN, KEDAI AH CHONG. Maka ianya BUKAN CATATAN KONTRA. Dan butiran yang digunakan dalam BANK sebelah kredit sebagai ”Sewa”, ”Perabot”, ”Belian” dan juga ”Kedai Ah Chong”. Atau sebagainya yang berkaitan.

    PERHATIAN : Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah mencatatnya secara TERBALIK. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara tulis JUMLAH dahulu baru difikirkan BUTIR.

  8. Hazwani Says:

    sy nk tnye!!!!

    nape ade ambilan yg kene letak kat buku tunai n ade yg kne letak kat jurnal am???

  9. Cg Narzuki Says:

    Hazwani,

    Ambilan boleh wujud dalam beberapa keadaan :

    1. Ambilan TUNAI/CEK untuk kegunaan peribadi ….. BUKU TUNAI (kerana melibatkan TUNAI / BANK)

    SEMUA urus niaga yang melibatkan wang tunai atau cek / bank ….. MESTI direkodkan dalam BUKU TUNAI

    2. Ambilan BARANG NIAGA / ASET BUKAN SEMASA untuk kegunaan peribadi ….. JURNAL AM

    DT : AMBILAN
    KT : BELIAN / ASET TERLIBAT

    3. Ambilan BARANG NIAGA untuk KEGUNAAN PERNIAGAAN (PROMOSI) … .. JURNAL AM

    DT : PROMOSI
    KT : BELIAN

    AMBILAN tidak boleh digunakan kerana BUKAN UNTUK KEGUNAAN PERIBADI (tidak dibawa keluar daripada PERNIAGAAN).

  10. alif Says:

    cikgu, macam mana hendak mengenal pasti memo untuk diltakkan dalam jurnal am atau buku tunai

  11. Cg Narzuki Says:

    Alif,

    Memo dicatat dalam BUKU TUNAI sekiranya urusniaga tersebut melibatkan TUNAI, CEK atau BANK.

    Contohnya:
    1. Pemilik memasukkan wang peribadi ke dalam bank perniagaan sebanyak RM2000.
    2. Pemilik mengeluarkan cek RM500 untuk membayar sewa rumah kediamannya.

    Sekiranya TIDAK melibatkan tunai, cek atau bank maka ianya hendaklah dicatat dalam JURNAL AM.

    Contohnya:
    1. Pemilik mengambil barang niaga bernilai RM 500 untuk kegunaan peribadi.
    2. Pemilik membawa masuk perabot ke dalam perniagaan.

  12. Victorian91 Says:

    Saya dari VI..
    Sebenarnya saya nak tanya pasal bil tunai..
    Bil tunai didebitkan di dalam buku tunai..
    Tapi apa yang saya tak faham ialah di bawah bil tunai, dokumen perniagaan ditunjukkan bahawa wang yang diterima ialah menerusi cek….
    Tapi jawapan dalam buku saya meletakkannya dalam ruang tunai..
    Apa yang mengelirukan saya ialah bil tunai nak letak dalam ruang tunai atau bank??
    Pls help..

    Thanks…

  13. Cg Narzuki Says:

    Victorian91,

    Urusniaga perniagaan boleh dibahagikan kepada 2, iaitu :

    1. URUSNIAGA SECARA TUNAI :
    - iaitu pembayaran dibuat semasa urusniaga itu berlaku.
    - Dokumen yang terlibat antaranya : Bil Tunai, Resit Rasmi, Keratan cek.
    - Pembayaran boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu : menggunakan WANG TUNAI ataupun CEK.

    Jadi apabila BIL TUNAI dikeluarkan ini bermaksud urusniaga secara tunai berlaku.
    Adakah dibayar dengan WANG TUNAI atau CEK ?

    - Jika terdapatnya NO CEK, ini bermaksud pembayaran dilakukan dengan cek, oleh itu AKAUN BANK terlibat.

    - Jika TIADA NO CEK, ini bermaksud pembayaran dibuat dengan wang tunai, maka AKAUN TUNAI terlibat.

    2. URUSNIAGA SECARA KREDIT :
    - iaitu pembayaran dibuat kemudian /berhutang (ambil barang dahulu bayarnya kemudian).
    - Dokumen yang terlibat ialah : Invois, Nota Debit dan Nota Kredit.

    Semoga ianya membantu anda.

  14. roar Says:

    ape itu borang pesanan, nota debit?

  15. Cg Narzuki Says:

    Roar,

    BORANG PESANAN / PESANAN BELIAN merupakan dokumen yang disediakan oleh pembeli kepada pembekal untuk memesan barang niaga atau menyediakan perkhidmatan. Dokumen tersebut TIDAK PERLU direkodkan dalam buku catatan pertama kerana ianya hanyalah pesanan sahaja belum berlakunya sebarang urusniaga.

    NOTA DEBIT pula dikeluarkan kepada pembeli bagi MENAMBAHKAN jumlah dalam invois atau mengenakan caj tambahan seperti caj pengangkutan.

    1. Jika urusniaga tersebut melibatkan BARANG NIAGA maka catatan perlu dibuat dalam JURNAL JUALAN / JURNAL BELIAN (bergantung kepada kita sebagai penjual atau sebagai pembeli).

    2. Jika urusniaga TIDAK melibatkan barang niaga seperti caj pengangkutan, maka ianya perlulah dicatatkan dalam JURNAL AM.

  16. Resah Says:

    Cikgu
    Bolehtak beri tip macam nak kenalpasti dokumen tersebut ialah Asal ataupun Salinan seperti Resit, Invois dan lain-lain.

    Terima kasih.

  17. ira Says:

    assalamualaikum cikgu…sy nk tny macam mane kalau dlam jurnal am ada penghutang dan pemiutang…adakah perlu dibuat lejar??mcm mne kalo dalam perniagan itu memang dah ade pelbagai penghutang dan pemiutang……

  18. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    1. ASAL – jika kita yang menerima dokumen tersebut, samada kita membeli atau kita membayar.
    2. SALINAN – jika kita yang mengeluarkan dokumen tersebut kepada pihak lain. Sama ada kita menjual atau menerima wang daripada pihak lain.

    Satu cara untuk mengenalpasti sama ada kita PENJUAL atau PEMBELI, rujuk kepada dokumen tersebut, jika :

    1. Nama Kita di atas, maka kita adalah PENJUAL / TERIMA WANG
    2. Nama Kita di bawah, maka kita adalah PEMBELI. / KITA BAYAR

    Ira,

    Setiap butir/akaun yang ada dalam Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai (kecuali kontra), mesti diposkan ke Lejar. Jika akaun tersebut BELUM ADA, maka kena buka satu akaun untuknya. Tetapi jika akaun tersebut TELAH ADA, maka catatkan dalam akaun tersebut (Jangan buka akaun sama 2 kali).

    Peringatan buat Ira, bagi penghutang dan pemiutang, akaun yang perlu dibuka ialah NAMA SYARIKAT, jangan sekali-kali buka akaun ”Penghutang/Pelbagai Penghutang” atau ”Pemiutang/Pelbagai Pemiutang”.

  19. Victorian91 Says:

    Saya nak tanya …
    Semua butir dalam jurnal am dan jurnal khas merupakan sumber yang utama??
    Maksud saya ialah boleh saya membuka nama akaun yang lain di buku tunai jika nama akaun tersebut bukan dalam jurnal Am dan jurnal khas??
    Kerana saya hairan ada butir jualan dan butir belian dalam buku tunai..
    Tapi say semak nama penghutang dan nama pemuitang ada dalam dokumen..
    Kenapa butir tak ditulis dalam buku tunai, tapi ditulis jualan??
    Pls help

  20. Cg Narzuki Says:

    Victorian91,

    Buku Catatan Pertama terdiri daripada JA, JK dan BT. Ketiga-tiga “sumber utama” untuk menyediakan LEJAR.

    Apa yang ada dalam BT tidak semestinya ada dalam JA dan JK. Semua urusniaga secara tunai/cek akan direkod dalam BT. Kita rujuk kepada urusniaga dalam dokumen, bukan daripada JA atau JK.

    Butir DEBIT (PENERIMAAN):
    - Jualan – jika jual barang niaga secara tunai/cek
    - Nama Penghutang – jika penghutang bayar hutang
    - Perabot – jika jual perabot kedai.

    Buitr KREDIT (PEMBAYARAN):
    - Belian – jika beli barang niaga secara tunai/cek
    - Nama Pemiutang – jika kita bayar hutang
    - Sewa – jika bayar sewa

    Jika jualan secara kredit (invois) – masuk dalam JURNAL JUALAN (tidak boleh masuk BT), begitu juga belian kredit (invois) dalam JURNAL BELIAN.

    Walaupun ada nama penghutang/pemiutang TETAPI urusniaga secara tunai (seperti dokumen JUALAN TUNAI), maka butirnya JUALAN / BELIAN.

    Nama Penghutang/ Pemiutang digunakan jika melibatkan urusniaga secara hutang/kredit seperti beli / jual secara kredit (invois), Membayar hutang kepada pemiutang @ penghutang menjelaskan hutangnya.

  21. sarah Says:

    salam cikgu,

    bolehkah cikgu jelaskan maksud kelengkapan?
    saya sangat keliru…ketika membuat dokumen.

    terima kasih banyak!

  22. Cg Narzuki Says:

    Sarah,

    Istilah yang lebih tepat digunakan ialah “Lengkapan” bukannya “Kelengkapan”.

    Lekapan - alatan yang “melekat” seperti : penghawa dingin, kipas, lampu dll.
    Lengkapan – perabot seperti kerusi meja, rak, kabinet dll.
    Alatan pejabat – komputer, printer, mesin taip, mesin faks, mesin fotostat dll.

    Semoga ianya boleh dijadikan panduan.

  23. Wong Says:

    Hi Cg,
    Semoga cg dpt memberi petunjuk.

    Sekiranya pelajar dikehendaki mengira diskaun tunai semasa pelanggan menjelaskan bayaran kepada pembekal, adakah ia dikira dari hari kedua berdasarkan tarikh dokumen dikeluarkan ataupun mula dengan tarikh dokumen tersebut.

  24. Cg Narzuki Says:

    Wong,

    Cg bagi contoh mudah, jam 1.00 hingga jam 3.00, berapakan tempoh masanya ? 2 jam atau 3 jam ?

    Sama dengan kes tempoh diskaun tunai yang diberikan Jam 9.00 pagi pada 1 hb —- 9.00 pagi 2 hb, baru dikira 1 hari bukannya 2 hari. Dengan kata lain, kira bermula hari ke-2 baru cukup tempoh 1 hari, dan seterusnya.

  25. Haryu Says:

    A.salam.
    Ckg, mmandangkn exam dah nak dkat, bleh x ckgu bg kmi 1 format yg snang bg kami igt..
    klau bleh format PP dgn KKK….

  26. Meanjoker Says:

    ckg sya slah 1 dri bdak yg ‘trcorot’ dlam klas. sya dah cba byak latihan, tp msih xpahm2. Ckg sya ckap sya lmah pd Dokumen Perniagaan dan Penyata Kewangan..
    lgpun, sya jnis yg ‘sng lupa’.
    Trial ari 2 sya dpat 40 sja..
    skrg tggl 6 ari sja g..
    bleh x ckgu bg sya 1 idea nak ‘rawat’ msalah sya 2…

  27. Cg Narzuki Says:

    Haryu,

    Tidak ada format yang senang, semuanya sama saja, apa yang penting adakah anda betul2 ingin hafal dan mengingatinya. Salah satu caranya, ialah dengan menulis berulangkali format tersebut sehingga anda ingat.

    Meanjoker,

    Menguasai soalan Dokumen dan Penyata Kewangan cukup penting kerana ianya soalan asas yang biasanya ditanya dalam soalan 1 & 2. Untuk memahami sesuatu perkara, kita kena selalu bertanya. Untuk mengelakkan kita terlupa, kena sentiasa menghafalnya. Sekarang bukan lagi masa untuk ”rawat ” masalah tersebut, tetapi menggunakan semua kekuatan yang ada bagi menghadapi apa jua yang datang dengan sebaik mungkin.

    Nasihat Cg kepada anda berdua, gunakan MASA yang ada ini untuk ulangkaji/ semak/ ingatkan kembali :
    1. Format2 yang terlibat bagi setiap topik. – HAFAL jika perlu.
    2. Langkah2 untuk menyelesaikannya sesuatu soalan.
    3. Peringatan2 / Tips2 yang perlu diberikan perhatian bagi menjawab setiap soalan / topik.
    4. Cuba menguasai sebanyak mungkin topik2 yang ada – satu persatu.
    5. Buat latihtubi beberapa set soalan Kertas 1. – sebaik2nya soalan2 tahun lepas/ trial.

    ~ SEMOGA BERJAYA ~

  28. DianaTrg Says:

    Cikgu,
    Saya baru mulakan satu business..
    Macam mana saya nak mulakan lejar saya..?

  29. Cg Narzuki Says:

    Diana,

    Terdapat 2 kaedah menyediakan rekod perakaunan :
    1. Kaedah Manual.
    2. Kaedah Berkomputer.

    Kaedah manual memerlukan anda mempelajari dan betul2 menguasai konsep2 asas dan kemahiran2 perakaunan yang ada. Setelah betul2 faham, baru anda dapat mengaplikasikannya dalam perniagaan anda. Biasanya mengambil masa yang lama untuk anda mahir dalam menyediakan akaun sehingga kepada penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira dengan sempurna.

    Oleh kerana Diana baru memulakan perniagaan Cg cadangkan supya terus belajar penyediaan rekod perakaunan menggunakan kaedah berkomputer. Terlebih dahulu ambil kursus penggunaan perisian perakaunan seperti UBS, MYOB (atau apa saja) yang terdapat disekitar tempat anda. Dengan kaedah berkomputer, banyak kemahiran2 perakauanan akan disediakan secara automatik oleh komputer. Cuma Diana perlu belajar untuk memahami proses2 dalam perakaunan serta laporan2 yang dikeluarkan oleh sistem. Cara tersebut LEBIH CEPAT membuahkan HASILnya berbanding kaedah manual.

  30. DianaTrg Says:

    Terima kasih cikgu… appreciate it.. :-)

  31. pening Says:

    boleh tak cikgu nyatakan kesilapan-kesilapan yang lazim supaya kita dapat ambil perhatian?
    TQ bnyk – bnyk

  32. Cg Narzuki Says:

    Pening,

    KELEMAHAN UMUM PELAJAR

    Beberapa kelemahan atau kesalahan umum pelajar di dalam menjawab soalan peperiksaan Prinsip Perakaunan yang telah Cg dapat kenal pasti. Antaranya ialah:

    1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.

    2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.

    3. Cuai dalam membuat pengiraan.

    4. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.

    5. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.

    6. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.

    7. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.

    8. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.

    9. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.

    10. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan di dalam soalan dengan teliti.

    11. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.

    12. Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.

  33. Cg Narzuki Says:

    KESILAPAN DALAM PENGECAMAN DOKUMEN

    Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar dalam melakukan pengecaman terhadap dokumen perniagaan yang menyebabkan catatan dalam Buku Catatan Pertama menjadi SALAH, antaranya :

    1. MEMO – Ambilan barang niaga untuk tujuan derma / promosi, dicatat dalam JA Dt Ambilan dan Kt Belian.

    2. INVOIS – Beli / Jual BUKAN BARANG NIAGA (Cth: Aset Bukan Semasa) dicatat dalam Jurnal Belian / Jurnal Jualan.

    3. NOTA DEBIT – Bukan melibatkan BARANG NIAGA (Cth: Angkutan masuk) dicatat dalam Jurnal Belian / Jurnal Jualan.

    4. Dokumen melibatkan Buku Tunai – pelajar silap dalam menentukan catatan disebelah Dt / Kt dan juga BUTIR yang sepatutnya digunakan.

    5. Buku Tunai – pelajar melakukan kesilapan semasa merekod CATATAN KONTRA.

  34. balqis Says:

    hye ckg…ckg,ape pandangan cikgu bler ckigu bler cikgu sy suruh selesaikan soalan 1(b) ataupun lejar…then br wat no 1(a) bku catatan pertama n last br wat imbangan duga…. trime kasih ckg…

  35. Cg Narzuki Says:

    Balqis,

    Setiap guru ada pendekatan yang tersendiri, dan setiap pendekatan ada kelebihan dan kekurangan masing2. Apa yang penting bagi pelajar ikuti dan hayati sepenuhnya apa yang cikgu ajar sehingga anda berpuas hati dan menguasai kemahiran menjawab soalan bagi setiap topik yang dipelajari. Pendekatan yang cikgu anda gunakan itu lebih kepada pendekatan untuk menjawab soalan peperiksaan.

  36. pening Says:

    sy krng faham dgn pndktn balqis iaitu lejar baru bcp.
    cth:
    Camne buat lejar sekiranya belum tahu jumlah pnghtg/pmiutang?
    blh tk saudara jelaskan?

    dan blh tk cikgu bagitau knpia lebih kpd pndktn jwb ppriksan?
    tq bnyk2

  37. pening Says:

    hai,
    sy ada soalan yg mungkin pelik sikit.
    Kalau saya ada pniagaan jual kuih, dan suatu hari kuih saya jatuh atas lantai dan tdk dpt dijual…

    adakah saya catat dlm memo ‘kuih 1000 biji bnilai 2000 dibuang’, kemudian mskkn ke jurnal am, kemudian pos ke lejar di bwh akn STOK ROSAK / KERUGIAN TDK DIJANGKA?
    yg kemudian dianggap sbg belanja bkn kendalian yg mengurangkan utg?
    ( semua ini kawan sy yg cadangkan )
    utk makluman cikgu, saya pljr sains yg ambil PA sbg mtpljrn xtra, maka jika ada ptanyaan bodoh sila ampunkan.
    ( agak2 soalan mcm ini tdk ada dlm spm…)

  38. pening Says:

    soalan ini juga pelik.
    Jika kenderaan pniagaan dicuri.
    Apa hrs buat dlm BCP @ Ak kenderaan & kkk @ Ak utg rg?
    kalau buat mcm pelupusan aset,dgn byrn 0 diterima & rugi sepenuhnya,logikkah?
    kalau rugi, adakah ia hg asal – psn = amaun kerugian? adakah ia susut nilai utk tahun ini? ( ptanyaan sy gila kut )
    dan kerugian ini msk dlm Ak utg rg? maksudnya thn ini rugi bnyklah?
    masa buat kkk, pasal kereta ni masih perlu disebut tak?
    ini akan keluar dlm spm tak?

  39. pening Says:

    yang saya sebut pasal kuih itu krn saya ada buat jualan karnival kat sekolah saya,jual donut, habis 100 lebih donut jadi makanan semut bila meja runtuh…:)
    kemudian masa buat akaun utk pihak kelab ( krn pihak sekolah mahu tengok amaun keuntungan kami bagi mengutip cukai 10% — dahsyatnya)Saya yg hanya f4 pd masa itu blm belajar ttg pelupusan aset dsb maka pasal donut itu tpaksa diabaikan. malah guru penasihat kami pun tak tau mcm mn…
    akibatnya, kami rugi sangat ( tapi sy pun tk tau rugi kos buat donut atau nilai jualan dia )
    tapi kemudian saya rasa kerugian itu tdk perlu dicatat krn sebenarnya sudah dimasukkan semasa mengira utg kasar dlm Ak pdagangan, betul tak?(jualan – kos brg utk dijual )
    tq bnyk2 utk jawapan cikgu

  40. pening Says:

    kalau saya buat mcm cadangan kawan iaitu catat sbg belanja bkn kendalian, adakah saya perlu kurangkan belian?
    kalau buat mcm itu catat mcm mn dlm akaun?

    trm ksh atas kesudian cikgu membantu walaupun bkn dlm topik pelajaran

  41. Cg Narzuki Says:

    Pening,

    Pendekatan tersebut tidak mengikut Kitaran Perakaunan, hanya sekadar untuk jawab soalan peperiksaan sahaja tanpa mengikuti ilmu perakaunan yang diamalkan. Sebenarnya dengan mengunakan pendekatan tersebut, pelajar akan hilang beberapa markah terutamanya dalam Akaun Jualan, Akaun Belian, Akaun Pulangan Jualan dan Akaun Pulangan Belian. Pada pandangan Cg sebaik2nya gunakan pendekatan mengikut Kitaran Perakaunan, iaitu Dokumen – Buku Catatan Pertama – Lejar – Imbangan Duga.

    Cadangan kawan anda boleh diterima, iaitu dianggap sebagai Kerugian Luar Jangka dan dicatatkan sebagai belanja bukan kendalian yang mengurangkan untung. Catatan jurnalnya :
    Dt: Kerugian Luar Jangka
    Kt : Belian

    Dengan kata lain kena tolak di Belian, oleh itu pengiraan Kos Jualan adalah berdasarkan jumlah kos donat yang sebenarnya dijual. Jadi ada kemungkinan kedai anda mendapat Untung Kasar (berdasarkan donat yang telah dijual) tetapi kemungkinan akan mengalami Rugi Besih jika jumlah kerugian dan belanja2 lain tersebut melebih jumlah Untung Kasar tadi.

    Kenderaan hendaklah dibuat pelupusan, cuma kemungkinan syarikat akan mendapat pampasan daripada pihak insurans bagi kenderaan yang dicuri tersebut, maka tidaklah rugi sepenuhnya. Setelah kos kenderaan di tolak peruntukan susut nilai (termasuk susut nilai tahun semasa bagi tempoh sebelum ianya dicuri) serta tolak pampasan insurans (jika ada), seterusnya rugi atas pelupusan kenderaan tersebut dicatatkan sebagai belanja bukan kendalian dalam Akaun Untung Rugi dan tiada lagi dalam KKK bagi kenderaan tersebut. Pada pandangan Cg ianya tidak akan dikeluarkan dalam SPM kerana tiada dalam sukatan pelajaran.

  42. pening Says:

    terima kasih!

  43. zeewoon.. Says:

    CG……..

    bagaimanakah hendak membezakan kontra………….

    contoh:
    debit= bank(dalam colom tunai/bank kita nak tulis apa)
    dan bagaimana hendak mengenal pasti debit= bank/tunai
    kredit=bank/tunai

    boleh tak CG toleh berikan beberapa contoh…

  44. Cg Narzuki Says:

    Zeewoon,

    Sila rujuk keterangan Cg tentang Catatan Kontra di SINI.

  45. zeewoon.. Says:

    CG……..

    contoh soalan……………
    pemilik telah membawa masuk komputer bernilai rm2800.00 dan memasukkan wang sebanyak rm1500.00 ke dalam akaun bank……

    bagaimana hendak membahagikannya….

  46. Cg Narzuki Says:

    Zeewoon,

    Tiada apa yang perlu dibahagikan, kerana kedua2nya merupakan tambahan kepada MODAL. Catatan dalam Jurnal Am adalah seperti berikut :

    Dt : Alatan Pejabat ………. RM2800
    Dt: Bank ……………………. RM1500
    Kt: MODAL (2800+1500) ………….. RM4300

  47. zai Says:

    salam cikgu…
    saya nak bertanya ;
    perniagaan menjual pakaian…(baru memulakan perniagaan yang terdiri dari bank dan tunai sebagai modal)…
    Dokumen Invois menyatakan butiran almari kain, almari pakaian, meja dan kabinet kayu…

    kita akan rekodkan pada Jurnal Am..
    butiran apakah yang sesuai : sama ada perabot atau lengkapan?

  48. Cg Narzuki Says:

    Zai,

    Betul dalam JA kerana ianya bukannya barang niaga. Kedua-dua akaun tersebut boleh diterima sama ada PERABOT atau LENGKAPAN tetapi penggunaannya biarlah konsisten.

  49. anem Says:

    salam,

    ckg,boleh x kalau ckg sertakan conth bagi setiap lampiran jurnl khas,jurnl am dan bku tunai…
    supaya sya dpt lbh memahami mengenai perbandinn setiap lampiran,….

  50. Cg Narzuki Says:

    Anem,

    Sila muat turun Tips 1 – Cemerlang Dokumen (klik) yang disediakan oleh Cg Sila untuk dijadikan panduan.

  51. ns Says:

    salam cg…
    saya ingin bertanya..
    bagaimana saya ingin memulakan langkah pertama mengajar dokumen dengan cepat dan tepat??
    adakah mesti dimulai mengenalpasti jenis-jenis dokumen? atau cg ada cara lain yang lebih berkesan dan menjimatkan masa.

    tq..

  52. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Pada pandangan saya, terdapat 2 peringkat dalam mengajar soalan dokumen.
    1. Pengenalan kepada setiap item – Dokumen, Buku Catatan Pertama, Lejar dan Imbangan Duga. Biar pelajar betul2 faham fungsi dan format setiap satunya.
    2. Kemahiran Teknik Menjawab Soalan, supaya pelajar dapat menjawab dengan cepat dan tepat.

    Saya cadangankan cg muat turun Bahan Bengkel, Teknik Menjawab Soalan Dokumen dll yang terdapat di ruangan B-MUAT TURUN BAHAN yang telah saya sediakan sebagai panduan.

  53. ns Says:

    terima ksih banyak cg narzuki…
    saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar teknik menjawab soalan dokumen ini..
    bukan apa takut beri ajaran salah dengan pelajar.
    saya baru mengajar pa ni.. masih merangkak lg..
    jd teknik yang baik amat diperlukan..

  54. Cg Narzuki Says:

    Salah satu teknik menjawab soalan dokumen (klik) yang boleh digunakan, yang saya sarankan sebelum ini.

  55. alin Says:

    Slm, cikgu sya nak tnya..
    If kiter beri credit note pada pelanggan.coz invoice terlebih nilai..mcm mner?
    Credit note tue termasuk dalam kategori ape?
    sales @ expenses?

  56. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Sekiranya Invois yang kita keluarkan itu TERLEBIH NILAI, maka kita kena perbetulkannya dengan mengeluarkan NOTA KREDIT bagi mengurangkan jumlah hutang tersebut. Pada pandangan Cg, Ianya boleh dikelaskan sebagai PENGURANGAN HASIL, sebagaimana Pulangan Jualan dan Elaun Jualan.

  57. yana Says:

    salam,,

    bley sy taw tak dokumen jualan tunai nk ltak kat mane??

  58. Cg Narzuki Says:

    Sekiranya melibatkan tunai / cek / bank mestilah dicatatkan dalam BUKU TUNAI.. jika kita PENJUAL maka wang masuk, catat DEBIT dalam BT butirnya JUALAN. Sebaliknya jika kita pembeli, maka wang keluar catat KREDIT butirnya BELIAN. Dan syaratnya jualan/belian tersebut melibatkan BARANG NIAGA.

  59. aiai Says:

    bagaimana nak bezakan butiran itu debit atau kredit dalam jurnal am???

  60. Cg Narzuki Says:

    Pasa asasnya rujuk kepada klasifikasi akaun dan
    AB = LEH
    Debit : Aset dan Belanja
    Kredit : Liabiliti, Ekuiti dan Hasil

  61. aiai Says:

    bagaimana nak bezakan aset, belanja, liabiliti, dan hasil???

  62. Cg Narzuki Says:

    Sebelum nak bezakannya kena tahu apa maksud setiap satunya terlebih dahulu. dan perhatikan contoh akaun2 yang terlibat. Sila rujuk DISINI.

  63. aiai Says:

    terima kasih…

  64. aiai Says:

    BAGAIMANA NAK SEDIAKAN JURNAL AM YANG LENGKAP…

  65. Cg Narzuki Says:

    Jurnal Am yang lengkap hendaklah mengisi semua item2 yang terlibat :
    1. Tarikh
    2. Butir – catatan sebelah debit dan kredit
    3. Jumlah / Amaun
    4. Keterangan – setiap urus niaga mesti dinyatakan catatan mengenainya dan ditulis dalam KURUNGAN.

  66. zai Says:

    mksud saya nota seperti pengecaman dokumen, pos ke lejar n so on..yang dalam kotak pink kat ats 2

  67. aten smk sp Says:

    cg, saya ada masalah sikit dengan akaun . . masalah dia adalah saya susah untuk mengingat item2 yang ada dalam dokumen.. .
    saya agak lemah bahagian itu , saya harap cg boleh bantu . .

  68. Cg Narzuki Says:

    Aten,

    Maaf, Cg tidak faham apa maksud “susah untuk mengingat item2 yang ada dalam dokumen” ?
    Item apa yang hendak diingat dalam dokumen ?

  69. dunno Says:

    ckg..kalau dlm buku tunai kn,..sy trma dskaun n byar hutng kpd org yg sama..kt btir dy kne tulis ape???????ckg pham x soaln nh????????

  70. Cg Narzuki Says:

    Dunno,
    BUKU TUNAI
    Kt: NAMA PEMIUTANG (Diskaun)RM50 (Tunai/Bank) RM500

  71. zerra Says:

    payment voucher kene masuk jurnal ape yer?

  72. Cg Narzuki Says:

    Zerra,
    Baucar Pembayaran – Buku Tunai.

Leave a Reply