- Home
- Prinsip Perakaunan
- KUIZ
- Pengenalan kepada Perakaunan
- Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra.
- Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat
- Buku Catatan Pertama
- Lejar
- Imbangan Duga
- Penyata Kewangan – Milikan Tunggal
- Pelarasan Pada Tarikh Imbangan
- Akaun Kawalan
- Pembetulan Kesilapan
- Penyata Penyesuaian Bank
- Belanjawan Tunai dan Varian
- Perakaunan untuk Penggajian
- Perkongsian – Pengasingan Untung Rugi
- Perkongsian – Pembubaran
- Syarikat Berhad
- Kelab dan Persatuan
- Rekod Tak Lengkap
- Kos Pengeluaran
- Analisis Kos Volum Untung (TPM)
- Tafsiran Penyata Kewangan
- MUAT TURUN BAHAN
- Motivasi & Kerjaya
- Bicara Guru
- Anak Didikku
Perakaunan Untuk Penggajian
Topik yang baru diperkenal dalam Sukatan Pelajaran 2010.
Selain soalan2 dalam Buku Teks, berikut adalah set soalan yang terdapat dalam Koleksi Bahan Cg Narzuki Online.
~ MUAT TURUN ~
|
|
download: Soalan Latihan : Penggajian (62.02KB) added: 19/01/2011 description: clicks: 2177 |
Panduan Majikan Mengenai Perkhidmatan KWSP
Upah
Semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya adalah dianggap sebagai upah. Ini adalah termasuk bonus, komisen atau apa-apa elaun yang perlu dibayar oleh majikan tanpa mengira sama ada bayaran tersebut dibuat di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan atau selainnya.
Bayaran Yang Tertakluk Pada Caruman KWSP
Umumnya, semua saraan yang dibayar kepada pekerja sebagai upah adalah tertakluk pada caruman KWSP. Contoh-contoh bayaran tersebut seperti berikut:
• Gaji;
• Bayaran untuk cuti tahunan yang tidak digunakan;
• Bonus;
• Elaun;
• Komisen;
• Tunggakan gaji;
• Gaji yang diterima semasa cuti bersalin;
• Gaji yang diterima semasa cuti belajar;
• Gaji untuk cuti separuh hari; dan
• Gaji pengarah (sebagai pekerja).
Senarai di atas adalah tidak terhad.
Bayaran Yang Tidak Tertakluk Pada Caruman KWSP
Bayaran yang tidak tertakluk kepada caruman KWSP adalah termasuk:
• Caj perkhidmatan;
• Bayaran kerja lebih masa;
• Gratuiti;
• Yuran Pengarah;
• Faedah persaraan;
• Bayaran sebagai gantian notis penamatan perkhidmatan;
• Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara dan penamatan; dan
• Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan.
Caj Perkhidmatan :
Dibawah Akta KWSP 1991, Caj Perkhidmatan ialah apa-apa wang atau bayaran sama ada dalam bentuk caj perkhidmatan, yuran perkhidmatan, tip atau bayaran-bayaran lain yang dibayar oleh, dicajkan kepada, dikutip daripada atau diberi secara sukarela oleh pelanggan atau orang-orang lain (yang bukannya majikan) berhubung dengan perniagaan majikan itu.
Bayaran itu dibayar kepada seseorang pekerja sama ada pada keseluruhan atau sebahagian secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada di bawah kontrak perkhidmatan di antara majikan dan pekerja atau selainnya.

KUIZ : Perakaunan untuk Penggajian
Congratulations - you have completed KUIZ : Perakaunan untuk Penggajian.
You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%.
Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1 |
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kaedah pembayaran gaji pekerja ?
I) Cek
II) Tunai
III) Baucar bayaran
IV) Bayaran automatik
A | I, II dan III |
B | I, II dan IV |
C | I, III dan IV |
D | II, III dan IV |
Question 2 |
Item manakah yang terdapat di bahagain penerimaan slip gaji ?
A | Gaji pokok |
B | Yuran koperasi |
C | Caruman PERKESO |
D | Potongan Cukai Berjadual |
Question 3 |
Antara yang berikut, yang manakah potongan wajib terhadap gaji kasar seorang pekerja ?
A | Zakat |
B | Caruman KWSP |
C | Yuran ahli koperasi |
D | Pinjaman kenderaan |
Question 4 |
Puan Syazleen menerima gaji RM2 000 sebulan. Kadar caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%.
Hitung jumlah caruman Puan Syazleen dalam setahun.
A | RM2 880 |
B | RM2 640 |
C | RM2 2240 |
D | RM2 220 |
Question 5 |
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan data gaji Puan Atilah, yang bekerja sebagai eksekutif bank.
Gaji pokok = RM3 500
Elaun kerja lebih masa = RM450
Elaun perjalanan = RM250
Potongan Cukai Berjadual = RM180
Kadar caruman pekerja kepada KWSP ialah 11%.
Berapakah gaji bersih Puan Atilah pada bulan tersebut ?
A | RM4 200 |
B | RM4 020 |
C | RM3 635 |
D | RM3 115 |
Question 6 |
Komponen gaji kasar pekerja terdiri daripada .....
I) Gaji pokok
II) Bantuan sara hidup
III) Pinjaman perumahan
IV) Caruman KWSP bahagian pekerja
A | I dan II |
B | I dan III |
C | II dan IV |
D | III dan IV |
Question 7 |
Pernyataan manakah yang paling tepat menerangkan slip gaji ?
A | Satu penyata yang menjumlahkan gaji bersih pekerja dalam tempoh setahun. |
B | Satu penyata yang menunjukkan anggaran gaji pekerja dalam tempoh sebulan. |
C | Satu penyata yang menunjukkan jumlah gaji kasar dan jumlah potongan daripada gaji. |
D | Satu penyata yang mengesahkan pembayaran gaji pelerja yang belum dibayar oleh majikan. |
Question 8 |
Maklumat yang berikut merujuk kepada suatu persamaan :
Y - Potongan gaji = Gaji Bersih
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan Y ?
I) Gaji pokok
II) Bantuan sara hidup
III) Pinjaman perumahan
IV) Pinjaman kenderaan
A | I dan II |
B | I dan III |
C | II dan IV |
D | III dan IV |
Question 9 |
Maklumat berikut berkaitan dengan gaji Encik Afnan pada bulan Oktober 2011.
Gaji pokok = RM2 400
Elaun perumahan = RM120
Bantuan sara hidup = RM160
Maklumat tambahan :
Encik Afnan dibayar komisen 4% atas jualan. Jualan yang diperoleh pada bulan Oktober ialah RM12 800.
Hitung gaji kasar Encik Afnan.
A | RM2 400 |
B | RM2 520 |
C | RM3 072 |
D | RM3 192 |
Question 10 |
Encik Imran menerima gaji RM3 000 sebulan. Kadar Caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12% . Hitungkan jumlah gaji bersih Encik Imran setahun.
A | RM36 000 |
B | RM32 040 |
C | RM31 380 |
D | RM21 960 |
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect.
Get Results
There are 10 questions to complete.
← |
List |
→ |
Return
Shaded items are complete.
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| End |
Return
You have completed
questions
question
Your score is
Correct
Wrong
Partial-Credit
You have not finished your quiz. If you leave this page, your progress will be lost.
Correct Answer
You Selected
Not Attempted
Final Score on Quiz
Attempted Questions Correct
Attempted Questions Wrong
Questions Not Attempted
Total Questions on Quiz
Question Details
Results
Date
Score
Hint
Time allowed
minutes
seconds
Time used
Answer Choice(s) Selected
Question Text
All done
Need more practice!
Keep trying!
Not bad!
Good work!
Perfect!




about 2 years ago
cikgu : saya nak tanya semasa buat kira KWSP (caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan) bayaran kepada kerja lebih masa (OT) ada tertakluk dalam caruman KWSP ?
about 2 years ago
YCM,
Maaf, topik ini saya masih belum kuasai sepenuhnya lagi, takut jawapan saya tidak tepat / tersilap. Diharapkan ada rakan guru dapat bantu menyelesaikan persoalan tersebut.
about 2 years ago
Salam, pengalaman saya sebagai pengurus syarikat,OT tidak termasuk dalam kiraan potongan KWSP. Gaji Asas + Elaun Tetap sahaja.
about 2 years ago
Menurut KWSP OT tidak tertakluk dlm pengiraan KWSP. Maka “pada pandangan saya”, utk tujuan pembelajaran kita hanya ajar pelajar dgn tidak mengambil kira OT semasa mengira KWSP.
about 2 years ago
Terima kasih Balkis dan Sevaramann ….
about 2 years ago
boleh tak lampirkan beberapa contoh latihan tajuk baharu perakaunan = perakaunan untuk penggajian..
about 2 years ago
Mohd Darmawan,
Terdapat set soalan latihan berkaitan Bab9: Penggajian yang terdapat dalam Koleksi Bahan Cg Narzuki Online untuk dikongsikan bersama… DIATAS
about 2 years ago
salam cikgu .
Adakah cikgu ajar kelas tuition ?
about 2 years ago
Tidak.
about 2 years ago
salam cikgu
soalan no 6 buku teks ms335 tiada dinyatakan jumlah caruman perkeso majikan..mcm mana nak kira ye..yang ada cuma caruman perkeso pekerja sahaja
about 2 years ago
Ieta,
Untuk (a) menghitung gaji bersih setiap pekerja tiada masalah, cuma (b) menyediakan Akaun Gaji dan Akaun Bank akan timbul masalah kerana Caruman majikan kepada PERKESO tidak diberikan. Mungkin tertinggal taip dalam soalan tersebut, cadangan Cg, buat penambahan pada MAKLUMAT TAMBAHAN iii. Jumlah caruman majikan kepada PERKESO ialah RM80.
about 2 years ago
salam..dalam soalan buku teks soalan no.7 ada elaun perjalanan sebanyak RM500 setiap bulan..adakah elaun tersebut dikira elauan tetap yg dikira untuk KWSP?JWPN dalam buku teks tidak ambil kira elaun tersebut untuk pengiraan kwsp
about 2 years ago
Helmi,
Elaun Perjalanan tidak dianggap sebagai Elaun Tetap, ianya adalah salah satu daripada bayaran2 yang tidak dikenakan potongan caruman KWSP. (sila rujuk Buku Teks m/s 318)
about 2 years ago
Cikgu,
Baru ini aiman buat soalan dalam buku rujukan, gaji pokok RM6400, Bantuan sara diri RM300, Elaun perumahan RM400 dan Elaun kerja lebih masa RM1200. Untuk mencari caruman pekerja KWSP, mengapa jawapan diberi hanya guna gaji pokok iaitu RM6400x11%? Bukankah RM7100x11% iaitu hanya elaun kerja lebih masa tak diambil kira, yg lain semua kena di ambil kira dalam pengiraan KWSP?
terima kasih
about 2 years ago
Aiman,
Cg setuju dengan jawapan Aiman, hanya Elaun kerja lebih masa RM1200 sahaja tidak perlu diambilkira dalam pengiraan caruman KWSP pekerja.
about 2 years ago
Salam cikgu
nak tanya soalan 7 dalam buku teks ms335
1. soalan a sy dah dapat jawapan yang betul sam seperti jawapan dalam buku teks
2. tapi soalan 2 ada sedikit kekeliruan bagaimana nak rekod elaun perjalanan
——–atau tak perlu lagi kira elaun perjalanan sebab dah kira masa nak cari gaji bersih en.rahim
bantu sy ya cikgu tq
about 2 years ago
Ieta,
Kita hanya merekod :
1. Potongan2 gaji
2. Pembayaran GAJI BERSIH (termasuk elaun2)
3. Pembayaran potongan kepada pihak2 tertentu.
about 2 years ago
cikgu,
bantuan sara hidup adalah elaun tetap ke?
cz contoh jwpn dlm b.teks mengambil kira elaun sara diri sebagai elaun tetap…tetapi dlm buku rujukan @ bk kerja tidak mengambil kira elaun sara diri dalam pengiraan KWSP ? so nak ikut mana satu ye…tq
about 2 years ago
“Bantuan Sara Hidup (COLA) adalah tergolong dalam definisi upah di bawah S.2 Akta KWSP 1991 dan dengan itu dikenakan tanggungan mencarum kepada KWSP.”
Kenyataan tersebut dipetik daripada surat yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Undang2, KWSP kepada Pengarah Cawangan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia bertarikh 26 Januari 2006.
Maka, jelas bagi saya, BUKU TEKS yang betul.
about 2 years ago
thanks sir…
about 2 years ago
salam…cikgu,elaun dobi bukan elaun tetap kan?
about 2 years ago
cikgu..ada skema jawapan untuk soalan di atas?soalan tersebut cikgu ambil dari MODUL PEMBELAJARAN TEKNIKAL kan?apa yang saya confius’bila merujuk pada skema jawapan yang diberi,bagi pengiraan gaji kasar ia mengambil kira caruman KWSP bahagian majikan.sedangkan dalam buku teks dan secara logiknya nak kira Gaji Kasar=Gaji pokok+elaun..contoh jawapan bagi soalan 1(i)Gaji Kasar=450+54=RM504..jawapan saya RM450…harap cikgu dapat membantu..terima kasih
about 2 years ago
Cg Zai,
Pada pandangan saya, Elaun Dobi bagi pegawai2 adalah tidak tetap. Setahu saya Elaun Dobi yang tetap diberikan kepada pegawai/pekerja yang layak mendapat baju seragam sahaja.
Memang betul bahan tersebut saya gabung soalan2 latihan Modul 2 dan Modul 3, dan jawapan sengaja tidak diedarkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Pada pandangan saya, sama seperti Buku Teks di mana caruman majikan tidak diambil kira dalam mengira gaji kasar.
about 2 years ago
Salam cikgu boleh cikgu lampirkan jawapan soalan koleksi online cikgu untuk semakan jawapan plz
about 2 years ago
Cg Ieta,,
Maaf saya tidak dapat diedarkan jawapan, kerana soalan tersebut digunakan sebagai latihan kepada pelajar. Pada pandangan saya perbincangan jawapan bersama pelajar adalah lebih baik.
about 2 years ago
cikgu, saya perlukan bantuan cikgu bagi terangkan cara pembukaan akaun bagi topik ini. saya kurang faham kenapa akaun gaji di sebelah debit. manakala akaun caruman KWSP, cukai pendapatan, PERKESO, bank. catatan berikut di lakukan bagi pihak majikan atau pekerja.
about 2 years ago
Ok, saya cuba terangkan sebaik mungkin.
1. Ak Gaji adalah merujuk kepada Gaji untuk semua pekerja, bukan gaji individu.
2. Ak Gaji adalah untuk merekod GAJI KESELURUHAN yang dibayar kepada pekerja, iaitu GAJI BERSIH + POTONGAN. Maka urus niaga yang terlibat secara langsung dengan AKAUN GAJI ada 2, iaitu :
i- Merekod pembayaran GAJI BERSIH ( Dt Gaji Kt Bank)
ii- Merekodkan potongan2 gaji. (Dt Gaji, Kt POTONGAN2)
Maka, akan dapat JUMLAH GAJI KESELURUHAN dalam AK Gaji.
3. Kemudian syarikat akan merekodkan pembayaran potongan2 kepada pihak2 tertentu, iaitu termasuklah caruman oleh MAJIKAN bagi KWSP dan PERKESO.
(Dt: Potongan pihak2 tertentu Kt:Bank)
about 2 years ago
.merujuk kpd soalan aiman..yg berkaitan 11%x 6400…kdg2 soalan nyatakan potongan kwsp adalah 11% daripada gaji pokok…sebab itulah dikira sbg 11% x 6400…tetapi sekiranya x dinyatakan, pengiraan kwsp adalah berdasarkan gaji pkok + elaun tetap…sbb kbykn soalan latihan yg sy ambil dr buku latihan oxford dan axis…potongn kwsp adalah berdasarkan kpd gaji pokok…
about 2 years ago
Pada pandangan saya, soalan tersebut TIDAK BOLEH menyatakan “potongan KWSP 11% daripada gaji pokok” sahaja … kerana ianya adalah tertakluk kepada Akta KWSP 1991.
about 2 years ago
cikgu mcm mna nk wat pengiraan untok perkeso???
about 2 years ago
Cuba perhatikan contoh pengiraan dalam Buku Teks.
about 2 years ago
about 2 years ago
Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji (iaitu : gaji pokok, elaun lebih masa, komisen, elaun insentif, bantuan sara hidup dll) adalah layak untuk dicarumkan dengan PERKESO.
about 2 years ago
Cikgu,
adakah elaun makan di ambil kira dalam pengiraan KWSP?
about 2 years ago
Bagi menentukan ianya diambilkira atau tidak ? tentukan samada ianya dikelaskan sebagai ELAUN TETAP atau TIDAK.
about 2 years ago
cikgu,
Bagaimana jika soalan tidak nyatakan elaun tetap atau tidak?
about 2 years ago
Jika tidak dinyatakan apa2, maka pada pandanagn Cg kita anggap sebagai TIDAK TETAP sahaja.
about 2 years ago
pengiraan kwsp(pekerja) sekiranya ada elaun perumahan or elaun-elaun lain perlu diambil kira ker?
about 2 years ago
assalamualaikum..
Boleh tak cikgu nyatakan antara berikut, yang mana elaun tetap dan bukan elaun tetap :
1. elaun tanggungjawab
2. elaun perjalanan
3. elaun makan
4. elaun kritikal
5. COLA
Terima kasih…
about 2 years ago
Sheila & Ila,
Waalaikumussalam,
Pada pandangan saya, sebagai panduan mudah kita rujuk PENGECUALIAN bayaran caruman KWSP dalam Buku Teks. Jika tidak termasuk dalam pengecualian tersebut, maka kita anggap sebagai ELAUN TETAP dan perlu dikenakan caruman KWSP.
about 2 years ago
Cikgu,
Bolehkah jelaskan catan dalam Buku Teks ms 326, mengapa potongan bagi “pinjaman perumahan” didebitkan dan bank dikreditkan? Adakah ini pinjaman perumahan pekerja daripada majikan? Ataupun majikan membuat pinjaman ini daripada institusi kewangan (spt bank perdagangan) bagi pihak pekerja dan kemudian pekerja harus bayar balik pinjaman tersebut melalui potongan gaji? Amat kelirulah cikgu. Tolong analise. Terima kasih.
about 2 years ago
Cikgu,
Sorry ya, dua soalan lagi, adakah bayaran “komisen jualan” kepada pekerja tertakluk kepada caruman KWSP? Apakah itu “caj perkhidmatan” yang dinyatakan dalam Akta KWSP 1991? Boleh cikgu berikan contoh yang berkenaan dengan “caj perkhidmatan” itu? Terima kasih.
about 2 years ago
Cg Martina,
Pekerja buat pinjaman perumahan dengan institusi kewangan dan bayaran balik pinjaman dibuat melaui potongan gaji. Maka pihak majikan akan potong jumlah bayaran balik pinjaman daripada gaji pekerja. Kemudian majikan akan bayar wang tersebut kepada institusi kewangan berkenaan. Oleh itu : Dt: Pinjaman perumahan Kt: Bank.
Berhubung dengan komisen dan caj perkhidmatan, nanti saya cuba dapatkan maklumat lanjut.
about 2 years ago
Cikgu,
Terima kasih kerana menjawab soalan saya dengan segera.
about 2 years ago
Berdasarkan NOTA (klik) diatas.
Komisen – tertakluk caruman KWSP
Caj Perkhidmatan – Tidak tertakluk caruman KWSP
# Contoh caj perkhidmatan, sedang saya usahakan untuk dapatkan contoh yang lebih tepat.
about 2 years ago
Terima kasih sekali lagi! Cikgu memang effisen!
about 2 years ago
Cg Martina,
Saya dapatkan maklumat berkaitan CAJ PERKHIDMATAN berikut daripada pegawai KWSP, iaitu :
#bahasa undang2, kena baca dan faham betul2.
about 2 years ago
Cikgu,
Terima kasih sekali lagi kerana sudi membantu.
about 2 years ago
elaun petrol dan elaun telefon, adakah ini dianggap sbg elaun berubah?…..
about 2 years ago
Apa bayaran yang tidak dinyatakan di bawah dianggap tertakluk kepada caruman KWSP.
Bayaran Yang Tidak Tertakluk Pada Caruman KWSP
Bayaran yang tidak tertakluk kepada caruman KWSP adalah termasuk:
• Caj perkhidmatan;
• Bayaran kerja lebih masa;
• Gratuiti;
• Yuran Pengarah;
• Faedah persaraan;
• Bayaran sebagai gantian notis penamatan perkhidmatan;
• Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara dan penamatan; dan
• Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan.
about 2 years ago
cikgu, berkaitan dgn caruman KWSP, sy sudah pun bertanya kepada pegawai KWSP, sekiranya Elaun Perjalanan diterima setiap bulan dgn amaunt yang sama, adakah ia ialah elaun tetap, Jawapannya ialah Ya.
Sekiranya Belanja Perjalanan, maka ia bukanlah elaun tetap. Cthnya : Bulan Jan, bertugas di Kuala Lumpur, Bayaran Tambang ialah Rm 100. Bulan Feb, bertugas ke Ipoh, Bayaran tambang Rm50.
adakah ini betul spt yg dikatakan oleh Pegawai tersebut?
about 2 years ago
Edwin,
Memang betul kata pegawai tersebut. Ianya boleh jadi tetap dan boleh jadi tidak tetap bergantung kepada amalan sesebuah organisasi. Cuma untuk skop sukatan SPM, kita ambil secara UMUM sahaja di mana elaun perjalanan dikelaskan sebagai tidak tetap dan tidak tertakluk kepada potongan KWSP.
about 2 years ago
cikgu, sy rujuk buku rujukan Longman
bg pindahan ke lejar sy agak keliru..
Cth : Caruman Pekerja RM 400, Majikan RM 430
Dlm AK. Gaji
Hanya Dt RM 400 (Perkerja shj)
dan di Ak Caruman KWSP
butir di sebelah debit ialah RM830 (bank) manakalah di KT pula, Gaji RM 400 dan Untung Rugi 430 (majikan)..
about 2 years ago
Edvin,
Sebaik2nya rujuk Buku Teks.
about 2 years ago
Cikgu,
Semalam beli buku rujukan sasbadi terbaru yang dikeluarkan oleh salah seorang pengarang buku teks. Semua contoh soalan yang dibeli berkenaan dengan elaun perjalanan dianggap sebagai elaun tetap dan dikira dalam pengiraan KWSP. Bab ini memang memeningkan sebab tidak satu sukatan yang betul yang membolehkan pelajar semua ikuti.
about 2 years ago
Fatimah,
Sekiranya ada perbezaan antara buku rujukan dan buku teks, maka Buku Teks yang perlu diikuti.
about 2 years ago
ot tak masuk dlm kwsp..
about 2 years ago
tolong belajar guna buku tek,….buku rujukan hanya sebagai tambahan sahaja…ada lah lebih baik tanya guru akaun dr rujuk buku tek..
about 2 years ago
kwsp..ada bahagian potongan majikan..
about 1 year ago
adakah pembayaran seperti berikut :
pinjaman perumahan ,
pinjaman kereta ,
potongan cukai berjadual ,
akhbar dan majalah ,
bil air ,electrik dan telefon ,
makanan dan minuman ,
hiburan .
dikira dalan gaji bersih ?
about 1 year ago
Elise,
Terlebih dahulu cuba FAHAM apakah perbezaan antara POTONGAN dan PEMBAYARAN/PERBELANJAAN.
GAJI BERSIH = GAJI KASAR – POTONGAN………… iaitu jumlah yang dibayar oleh Majikan kepada pekerja. Bila pekerja dapat gaji tersebut, barulah dibelanjakan untuk keperluan harian.
about 1 year ago
cg , bagaimanakah mengira kwsp ?
adakah hanya elaun tetap masuk ke dalam kwsp ?
about 1 year ago
Samatha,
Caruman KWSP (majikan / pekerja) = k% x (Gaji pokok + Elaun2 Tetap)
about 1 year ago
kalau soalan memberitahu elaun2 yg diterima adalah elaun tidak tetap , maksud k% x gaji pokok sahaja ?
about 1 year ago
Samatha,
Jika tiada Elaun tetap, maka X GAJI POKOK sahaja.
about 1 year ago
cikgu Narzuki,
berkenaan pengiraan kwsp, terdapat buku rujukan hanya menggunakan gaji pokok utk mengira kwsp, adakah ia betul?elaun COLA,petrol,elaun dobi dan elaun telefon tidak diambil kira dlm pengiraan kwsp..
harap cikgu dapat memberi sedikit pandangan.terima kasih
about 1 year ago
Woo,
Kita rujuk buku teks, pengiraan berdasarkan gaji pokok + elaun2 tetap.
about 1 year ago
Huraian saya mengenai elaun perjalanan:
Ia di kira sebagai elaun tetap jika amaunnya tetap pada setiap bulan tidak kira pekerja tersebut membuat perjalanan sebanyak manapun. Jadi tertakluk kepada potongan KWSP.
Jika amaun elaun tersebut bergantung kepada jumlah atau jarak perjalanan dalam bulan berkenaan (maknanya jumlah setiap bulan berbeza-beza) maka ia tidak tertakluk kepada potongan KWSP… sebenarnya ini bukannya elaun , tetapi tuntutan semula kos perjalanan yang dilakukan oleh pekerja.
about 1 year ago
SmartAlly, ….. terima kasih.
Saya setuju dengan pandangan tersebut. ELAUN TETAP bagi sesebuah organisasi TIDAK SAMA. Contohnya : ELAUN PERJALANAN (seperti yang telah dihuraikan) …. bagi Organisasi A… mungkin Elaun Tetap, manakala Organisasi B .. mungkin TIDAK TETAP. Jadi jika soalan menyatakan dengan JELAS ianya sebagai Elaun Tetap / Tidak Tetap, maka tiada masalah. Cuma jika soalan TIDAK menyatakan dengan jelas, maka cadangan saya pelajar kena ikut buku teks, iaitu dianggap TIDAK TETAP dan dikecualikan daripada Caruman KWSP.
about 1 year ago
adakah elaun diambil kira semasa pengiraan kwsp? jika mengikut buku teks elaun tetap + gaji pokok diambil kira semasa KWSP.. tapi ada buku rujukan yang tidak ambil kira elaun tetap…. mana satu betul?
about 1 year ago
Chianghwui,
Pada pandangan Cg, Buku Teks yang betul.
Perhatian, jika terdapat perbezaan antara Buku Teks dan Buku Rujukan, maka buku teks yang perlu diikuti.
about 1 year ago
cikgu saya ingin tentang caruman KWSP majikan..
menurut sebuah buku rujukan, caruman KWSP tidak dicampur dengan caruman pekerja dan direkodkan di lejar. Menurut buku tersebut, caruman majikan adalah belanja syarikat kepada pekerja kerana bukan wang pekerja yang dikurangkan.
Bagi pembayaran untuk KWSP pula, akaun bank dikreditkan dengan jumlah (KWSP pekerja + majikan). kerana itu sememangnya patut dibayar oleh syarikat…
boleh cikgu jelaskan?
about 1 year ago
Edvin,
Maaf saya tidak dapat komen berkaitan buku rujukan tersebut, kerana tidak lihat sendiri secara keseluruhan peyampaiannya berhubung perkara tersebut. Dan cadangan saya sila ikut sepertiman yang dinyatakan dalam buku teks.
about 1 year ago
cikgu, pada buku yang sama ia menyatakan
“Caruman majikan kepada KWSP merupakan suatu belanja tambahan kepada perniagaan selain pembayaran gaji kepada pekerja – pekerja”
Apakah pendapat cikgu tentang konteks ini?
about 1 year ago
Edwin,
Ya boleh diterima, caruman kajikan merupakan bayaran tambahan kepada pekerja tetapi tidak dimasukkan dalam slip gaji pekerja kerana ianya merupakan pendapatan tertangguh yang hanya boleh dikeluarkan sebahagian ketika berumur 50 tahun, manakala selebihnya ketika berumur 55 tahun.
about 1 year ago
hi Cikgu,
Komisen jualan adalah elaun tetap?
Komisen jualan adalah dibayar mengikut jualan yang dicapai oleh pekerja. Oleh itus jualannya akan berubah, and komisen jualan juga akan berubah tiap tiap bulan. Maka ia juga dikenal sebagai elaun tetap?
Megikut Trial Exama Paper Negeri 9, Kertas 2, No. 4, jika seseorang tidak mencapai julan RM 20000, ia tidak akan diberi sebarang komisen jualan, pada pendapat saya, ini bukan Elaun tetap.
Terima Kasih
about 1 year ago
Tanyy,
Nanti saya cuba dapatkan maklumbalas dariapda Pegawai KWSP berhubung perkara tersebut…
about 1 year ago
Tanyy,
Maka berhubung soalan Percubaan Negeri 9, maka komisen jualan tersebut adalah tertakluk kepada caruman KWSP sebagaimana yang disediakan dalam skema.
about 1 year ago
Cikgu, Komisen Jualan perlu diambil kira semasa Caruman KWSP?
about 1 year ago
Oliver,
Hanya 2 perkara yang tidak tertakluk dengan Caruman KWSP:
1. Elaun perjalanan
2. Elaun Lebih Masa.
about 1 year ago
jika elaun perjalanan bukan dibayar atas konsesi juga dianggap sebagai elaun tidak tetap ?
about 1 year ago
mengapakah Trial Kelantan , Elaun Perjalanan tidak diambil kira semasa menghitung gaji bersih ?
about 1 year ago
Gary,
Gaji pokok
+ Elaun perjalanan
=GAJI KASAR…RM5270 (telah amblkira elaun perjalanan)
- PCB…………………RM180
=GAJI BERSIH….RM5090
about 1 year ago
haha
overlook
tapi cikgu , Elaun Perjalanan confirm bukan Elaun Tetap ?
jika ia bukan dibayar mengikuti konsesi juga dianggap sebagai satu elaun tidak tetap dan dikecualikan semasa menghitung KWSP ?
about 1 year ago
Gary,
Elaun perjalanan ada yang tetap dan ada yang tidak tetap bergantung kepada jenis dan amalan organisasi… dan kedua-duanya adalah TIDAK TERTAKLUK kepada CARUMAN KWSP…. itu telah ditetapkan dalam Akta KWSP.
about 1 year ago
ok , terima kasih cikgu ~
about 1 year ago
Cikgu
Caruman KWSP bahagian majikan tidak dikira dalam GAJI BERSIH kan??
TQ
about 1 year ago
Robby Lim,
Hanya KWSP pekerja sahaja masuk dalam pengiraan GAJI BERSIH pekerja.
about 1 year ago
cikgu, berdasar buku teks, caruman majikan tidak dicampur dgn gaji pokok… tetapi kenapa dalam akaun gaji, KWSP ialah Majikan + Pekerja?
about 1 year ago
Edvin,
Caruman KWSP Majikan adalah pendapatan pekerja yang dicarum/simpan di KWSP…ianya merupakan pendapatan tertangguh, di mana pekerja hanya boleh keluarkan sebahagian wang caruman tersebut ketika berumur 50 tahun dan selebihnya ketika berumur 55 tahun (tarikh bersara).
Slip gaji pekerja hanya menunjukkan jumlah PENDAPATAN SEMASA, POTONGAN dan GAJI BERSIH pekerja. Wang caruman majikan tidak diambil daripada wang gaji pekerja, sebaliknya daripada wang majikan itu sendiri… itu sebab tidak dimasukkan dalam slip / pengiraan GAJI BERSIH pekerja.
Manakala AKAUN GAJI adalah merujuk kepada BAYARAN BERKAITAN DENGAN GAJI PEKERJA keseluruhannya, iaitu terdiri daripada :
1. GAJI BERSIH ….. jumlah yang dibayar kepada PEKERJA pada bulan tersebut.
2. POTONGAN2 seperti PCB, Pinjaman, KWSP(pekerja), PERKESO (pekerja)…. wang2 tersebut akan dibayar terus kepada pihak2 tertentu seperti … LHDN, KWSP, PERKESO, Pihak yang memberi pinjaman bagi pihak pekerja.
3. Caruman KWSP & PERKESO bahagian majikan …… wang majikan itu sendiri yang dibayar kepada KWSP & PERKESO bagi pihak Majikan.
about 1 year ago
Cikgu
Tolong saya sebelum esok….
soalan 2 NEGERI SEMBILAN tak faham dengan komisen 15 %…bagi chandran saya dpat rm 3900…tapi skema jwapan hanya tulis rm 900..seterusnya johan juga sama..saya dpat rm 4200 tapi skema rm 1200…terangkan..
TQ
about 1 year ago
Robby,
BACA dengan teliti maklumat yang diberikan….
(i) Majikan memberi komisen 15% atas JUALAN MELEBIHI RM20,000.
Jualan Chandran = RM26,000…. maka Nilai yang layak diberikan komisen ialah RM6000 x 15% = RM900.
Jualan Johan = RM28,000….. nilai yang layak dapat komisen ialah RM8000 x 15% = RM1200
about 1 year ago
Cikgu
wow…soalan g2 pun kena diberi perhatian…
about 1 year ago
hi, cikgu.
tahun ini gaji kurang daripada 5000 KWSP sumbangan majikan ialah 13%. Jadi sukatan pelajaran ada ubah tak?
Terima kasih
about 1 year ago
Hi, Tanny,
Sukatan tetap sama dan terpakai. Dalam buku teks (m/s 318) jelas dinyatakan …...”Kadar caruman KWSP berubah dari semasa ke semasa bergantung pada polisi kerajaan.” …. maka kita maklumkan kepada pelajar tentang perkara tersebut … dalam buku teks dinyatakan 12% (kadar majikan) adalah berdasarkan tahun lepas, manakala pada tahun ini dinaikkan kepada 13%….. berikan rasionalnya kenapa kerajaan berbuat demikian..
Pandangan saya, dalam soalan nanti akan dinyatakan dengan jelas nilai kadar tersebut, maka pelajar hendak membuat pengiraan berdasarkan kadar yang diberikan dalam soalan.
about 1 year ago
saya nk tya,elaun makan tetap ke x?blh kongsikan jawapan utk soalan diatas?
about 1 year ago
Zatil Mustapha,
Pada pandangan saya, ianya bergantung kepada jenis organisasi, ada juga yang memberikan Elaun Makan yang tetap kepada staf di peringkat2 tertentu. Bagi sukatan SPM dalam pengiraan Caruman KWSP, kita hanya KECUALIKAN 2 ELAUN berikut sahaja : (1) Elaun Lebih Masa, (2) Elaun Perjalanan.. di mana ianya telah termaktut dalam Akta KWSP. Manakala apa2 Elaun yang dinyatakan dalam soalan dikelaskan sebagai tertakluk kepada Caruman KWSP.
Soalan2 tersebut adalah diambil daripada MODUL PEMBELAJARAN TEKNIKAL yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, KPM. .. ianya boleh dimuat turunkan DISINI.
about 1 year ago
Adakah Elaun Petrol sama dengan Elaun Perjalanan~Harap Cikgu jelaskan~terima kasih
about 1 year ago
Apakah itu Yuran Pengarah?Harap cikgu jelaskan~terima kasih~
about 1 year ago
Loh,
Pada pandangan saya,
Jika dilihat dari sudut PERCUKAIAN …. Elaun Petrol dan Elaun Perjalanan adalah SAMA. Manakala YURAN PENGARAH dan BONUS PENGARAH merupakan PENDAPATAN kepada Pengarah tersebut
about 1 year ago
cikgu, elaun kerja lebih masa perlu catat ke jurnal am ke?
about 1 year ago
Jy,
TIDAK PERLU, apa yang perlu hanyalah merekodkan perkara berikut :
1. Merekod pembayaran gaji bersih,
2. Merekod potongan2 gaji.
3. Merekod pembayaran potongan2 tersebut kepada pihak2 yang terlibat.
Semua elaun2 yang diterima sudah termasuk dalam GAJI BERSIH yang direkod.
about 1 year ago
ok, terima kasih
about 1 year ago
cikgu, sini ada 2 soalan yang saya tak tahu cara jawab…
1) Nerissa menerima gaji pokok sebanyak Rm2800 sebulan. Dia juga menerima COLA sebanyak RM240, elaun petrol RM300, elaun dobi RM80 dan elaun telefon RM200. Dia mencarum dalam KWSP sebanyak 9% dan membayar PERKESO sebanyak RM19 sebulan. Nerissa juga membayar pinjaman kereta RM320 dan Potongan Cukai Berjadual RM115 sebulan.
Kirakan gaji bersih yang diterima oleh Nerissa.
2) Puan Jamaliah bekerja sebagai pengawai keselamatan dengan gaji bulanan RM2900 dan elaun dobi bulanan RM200. Potongan Cukai Berjadual ialah RM58. Caruman KWSP adalah 9% oleh pekerja dan 12% oleh majikan.
Anda dikehendaki menghitung:
(a) Gaji kasar
(b) Gaji bersih.
Bolehkah cikgu menunjukkan cara untuk jawab soalan tersebut.. terima kasih.. =D
about 1 year ago
Jy,
Cg hanya berikan formatnya, iaitu :
Pendapatan :
Gaji pokok
Cola
Elaun Petrol
Elaun dobi
Elaun telefon
…. lain2 pendapatan
= GAJI KASAR
(-) Potongan:
KWSP (caruman pekerja)
PERKESO (caruman pekerja)
Pinjaman kereta
PCB
…. lain2 potongan
=GAJI BERSIH
about 1 year ago
ok, terima kasih cikgu
about 1 year ago
Salam, ckgu bagaimana dengan elaun perjalanan yg diberi setiap bulan ? Adakah kena kwsp ? Elaun dobi dan elaun pakaian mcm mana?
Tk
about 1 year ago
Noor Hayati,
Hanya ELAUN PERJALANAN & ELAUN LEBIH MASA sahaja TIDAK TERTAKLUK kepada Caruman KWSP… disamping beberapa bayaran lain yang termaktub dalam AKTA KWSP 1991.
about 1 year ago
Salam Cg,
Saya nak tanya utk kira perkeso. Kita perlu guna Gaji Pokok atau Gaji pokok ditambah dgn elaun tetap???
TQ
about 1 year ago
Sevaramann, salam 1 Malaysia.
Kadar caruman PERKESO pekerja adalah berdasarkan kepada GAJI PEKERJA iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, elaun shif makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori gaji
Sumber: Laman PERKESO
Jumlah caruman PERKESO tidak perlu dikira, hanya ikut Jadual Caruman yang telah ditetapkan oleh PERKESO.
about 1 year ago
Cikgu,
dalam penyediaan jurnal, langkah yg mana dulu, pembayaran gaji bersih kemudian merekod potongan-potongan atau sebaliknya. Dalam buku teks penyediaan jurnal, catat potongan dulu dan kemudian gaji besih tetapi dalam penyediaan lejar mencatat gaji bersih dahulu kemudian potongan.
about 1 year ago
Nizam
Merujuk kepada buku teks… ketiga2 urusniaga tersebut dibuat pada tarikh yang SAMA iaitu pada akhir bulan.. itu rasionalnya ianya boleh dibuat sedemikian. Tetapi saya lebih kepada urutan berikut dalam penyediaan Jurnal Am dan merekodkan ke Lejar :
1. Merekod pembayaran gaji bersih
2. Merekodkan potongan2 gaji.
3. Merekodkan pembayaran potongan2 kepeda pihak2 terlibat.
about 1 year ago
cg, adakah bonus bulanan kena di campurkan dgn gaji pokok bagi pengiraan caruman KWSP?
about 1 year ago
Samu,
Ya, hanya Elaun lebih masa dan Elaun perjalanan (Rujuk nota di atas : Bayaran Yang Tidak Tertakluk Pada Caruman KWSP) TIDAK tertakluk dalam pengiraan caruman KWSP.
about 1 year ago
terima kasih atas penerangan tersebut cikgu.
about 1 year ago
Cikgu,
Diberi gaji pokok RM5000, elaun lebih masa RM500 dan maklumat soalan potongan KWSP ialah 11% terhadap gaji kasar. disebab elaun lebih masa termasuk dalam gaji kasar, ini bermakna potongan termasuk elaun lebih masa? Bolehkah jika maklumat hanya menyatakan potongan kwsp pekerja ialah 11% maka elaun lebih masa tak termasuk tetapi jika soalan menyatakan potongan 11% terhadap gaji kasar maka elaun lebih masa termasuk dalam potongan?
about 1 year ago
Nizam,
Kita ikut Akta KWSP…. Elaun Lebih Masa TIDAK tertakluk dalam caruman KWSP, maka Caruman KWSP Pekerja = 11% x RM5000.
about 7 months ago
Salam sejahtera,
Di dalam akaun perbelanjaan KWSP dan PERKESO, jumlah yang direkodkan adalah sumbangan MAJIKAN ? atau Majikan dan pekerja..
Harap bantu. Terima kasih.
about 7 months ago
Catherineyy,
Dalam AK KWSP dan Ak PERKESO ….. merujuk kepada JUMLAH sumbangan / bayaran kepada pihak tersebut yang terdiri daripada caruman MAJIKAN dan caruman PEKERJA.
Maklumat tentang PENGARAH SYARIKAT boleh dapatkan DISINI (klik)
about 7 months ago
terima kasih Cikgu Narzuki.
about 2 months ago
Assalamualaikum cikgu narzuki.
Bgmana pengiraan komisen jualan (topik penggajian)?
Cth : komisen 5% diberi untuk jualan yg melebihi RM20 000. Jualan pada bulan Jun adalah RM30 000. Adakah:
1. 5% x RM30 000
atau
2. 5% x (RM30 000 – 20 000)
about 2 months ago
Waalaikumussalam..
Pada pandangan saya.. pilihan 2.
about 2 months ago
hi…cg nak tanya adakah bonus tertakluk dalam potongan KWSP.
Contoh: Gaji Pokok RM2,000 dan Bonus RM200. Caruman KWSP – 11%.
Adakah betul caruman KWSP ialah RM2,200 x 11%= RM242 atau RM2,000 x 11% = RM220. Manakah yang betul ?
about 2 months ago
Dophline,
Pada pandangan saya, Bonus TERTAKLUK kepada caruman KWSP (Sila rujuk NOTA diatas)
Maka, KWSP = 11% x RM2200.
about 2 months ago
cg, nak tanya rujuk nota atas mana ?
about 2 months ago
Dophline,
Nota “Bayaran Yang Tertakluk Pada Caruman KWSP” …. DISINI