Buku Catatan Pertama
April 26th, 2008 — Cg NarzukiSetelah pelajar menguasai kemahiran pengecaman dokumen, iaitu mengetahui setiap dokumen perlu dicatat di Jurnal Am, Jurnal Khas ataupun Buku Tunai.
Maka di sini kita akan membincangkan cara cara untuk merekod atau mencatat ke dalam Buku Catatan Pertama tersebut.
BUKU CATATAN PERTAMA DAN KEGUNAANNYA
1. Jurnal Am : (Invois bukan barang niaga, Memo, dll.)
Mencatat urusniaga-urusniaga berikut :
a) Catatan pembukaan.
b) Jualan dan belian aset tetap.
c) Urusniaga luar biasa.
d) Pembetulan kesilapan.
e) Pelarasan.
f) Catatan penutup.
g) Mencatat urusniaga-urusniaga selain daripada dibawah ini.
JURNAL KHAS
2. Jurnal Belian (Terima Invois @ Nota Debit) – Merekodkan belian barang niaga secara kredit.
3. Jurnal Jualan (Keluar Invois @ Nota Debit) – Merekodkan jualan barang niaga secara kredit.
4. Jurnal Pulangan Belian (Terima Nota Kredit) – Merekodkan barang niaga yang dipulangkan kepada pembekal.
5. Jurnal Pulangan Jualan (Keluar Nota Kredit) – Merekodkan barang niaga yang dipulangkan oleh pelanggan.
6. Buku Tunai (Salinan Resit, Resit dan Keratan Cek) – Merekod semua penerimaan dan pembayaran yang dibuat secara tunai dan cek. (Mengantikan Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai)



April 26th, 2008 at 1:41 am
cikgu,
kalau baucar pembayaran untuk tambang menghantar barang, apakah butir yang harus dicatatkan di dalan buku tunai?Adakah tambang atau upah ataupun angkutan keluar?
April 26th, 2008 at 1:42 am
Niti,
Butir “Upah” tidak sesuai dan salah jika digunakan. Manakala butir “Tambang” boleh diterima, namun begitu butiran yang paling sesuai digunakan ialah “Angkutan Keluar“.
Ianya perlu dicatat disebelah KREDIT dalam Buku Tunai.
May 4th, 2008 at 1:07 pm
boleh atau tidak keterangan bagi catatan permulaan di jurnal am ditulis sbg “catatan pembukaan” je bagi mengantikan keterangan spt “aset dan liabiliti pda tarikh ini”.
May 4th, 2008 at 1:07 pm
Najwa, butiran keterangan dalam Jurnal Am boleh diterima asalkan ianya munasabah / mengambarkan urusniaga yang berlaku pada tarikh tersebut. Jadi “Catatan pembukaan” adalah dikira munasabah dan boleh mengantikan “Aset dan liabiliti pada tarikh ini” bagi urusniaga pada 1 hb.
Dan harus diingati bahawa semua keterangan dalam jurnal am MESTI dalam KURUNGAN.
May 4th, 2008 at 1:08 pm
saya selalu tidak cukup masa utk menjwb soalan dokumen. byk sgt yg perlu direkod. utk lejar, boleh tak kalau saya tak buat tarikh urusniaga
May 4th, 2008 at 1:09 pm
Najwa,
Memang itulah masalah UTAMA calon-calon SPM semasa peperiksaan SPM sebenar. Walaupun ada soalan-soalan yang boleh dijawab tetapi tidak dapat disiapkan kerana tidak cukup masa. Adalah dinasihatkan supaya najwa lihat semua soalan dahulu sebelum menjawab dan kenalpasti soalan-soalan yang mudah (dapat jawab dengan yakin). Maka jawablah soalan-soalan yang mudah dahulu kemudian barulah jawab soalan Dokumen.
Soalan dokumen sepatutnya disiapkan dalam masa tidak lebih daripada 50 minit sahaja. Tetapi sekiranya menggunakan TEKNIK yang betul, soalan tersebut dapat disiapkan dalam masa tidak lebih daripada 40 minit sahaja.
Tarikh sangat penting dalam pemberian markah, sesuatu catatan akan diberi markah jika TARIKH, BUTIR dan JUMLAH adalah betul, terutamanya dalam Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai.
Berdasarkan tahun-tahun lepas, dalam LEJAR tarikh diabaikan (tak buat tarikh masih dapat markah jika BUTIR dan JUMLAH adalah betul). Cuma nasihat cikgu adalah lebih baik kita tulis tarikhnya supaya memudahkan kita membuat penyemakan jika berlaku kesilapan.
May 4th, 2008 at 1:09 pm
Cikgu, saya masih lagi keliru dalam menentukan apakah BUTIRAN yang sepatutnya digunakan terutamanya dalam Buku Tunai.
May 4th, 2008 at 1:10 pm
Rubiah,
Bagi merekod dalam Buku Tunai dengan betul, terdapat 2 perkara yang perlu dikenalpasti daripada Dokumen, iaitu :
1. Catatan di sebelah mana ? DEBIT / KREDIT dalam Buku Tunai
2. Apakah BUTIRAN yang perlu digunakan ?
Penyelesaiannya,
1. Bagi menentukan catatan harus dibuat di sebelah DEBIT atau KREDIT, kita kena kenalpasti daripada DOKUMEN yang diberi sama ada kita mengeluarkan wang (BAYAR) ataupun kita menerima wang (TERIMA).
Catat di sebelah DEBIT : jika TERIMA wang / wang masuk.
Catat di sebelah KREDIT : jika BAYAR wang / wang keluar.
2. Bagi menentukan BUTIRAN yang patut digunakan, kita kena rujuk kepada tujuan / kenapa dokumen itu dikeluarkan.
Sebelah Debit – Terima wang kerana :
• [BIL TUNAI] Kita jual barang niaga secara tunai/cek maka butirannya JUALAN.
• [BIL TUNAI/RESIT] Kita jual Aset Bukan Semasa (Cth: Perabot), maka butirannya PERABOT / ASET TERSEBUT.
• [RESIT RASMI] Penghutang menjelaskan invois/hutangnya, maka butirannya NAMA PENGHUTANG (perhatikan DISKAUN jika ada).
Sebelah Kredit – Bayar wang kerana :
• [BIL TUNAI/KERATAN CEK] Kita beli barang niaga secara tunai/cek, maka butirannya BELIAN.
• [RESIT /KERATAN CEK] Bayar kepada Pemiutang kerana menjelaskan invois/hutang, maka butirannya NAMA PEMIUTANG (perhatikan DISKAUN jika ada).
• [BAUCAR PEMBAYARAN] Bayar gaji pekerja/sewa, maka butirannya GAJI / SEWA
• [KERATAN CEK] Bayar kadar bayaran, maka butirannya KADAR BAYARAN.
• [MEMO/KERATAN CEK] Ambil tunai/cek uantuk kegunaan peribadi, maka butirannya AMBILAN
Markah akan diberikan jika TARIKH, BUTIR dan JUMLAH adalah betul.
May 4th, 2008 at 1:10 pm
Nak tanya, dlm memo, ambilan brg untuk kegunaan sendiri. catatan dt ambilan kt belian. kenapa belian? tidak kt stok? bukankah stok yang berkurang?
May 4th, 2008 at 1:11 pm
Alya,
Sebenarnya STOK AWAL dan STOK AKHIR serta BELIAN merujuk kepada perkara yang sama iaitu barang niaga perniagaan. Yang membezakannya ialah bila ianya digunakan :
1) Awal tempoh perakaunan –> STOK AWAL
2) Dalam tempoh perakaunan –> BELIAN
3) Akhir tempoh perakaunan –> STOK AKHIR
Nilai bagi stok akhir diperolehi dengan cara mengira secara fizikal stok yang ada. Dan ianya dinilai mengikut harga pasaran atau harga kos (pilih yang terendah). Stok akhir akan menjadi stok awal pada tempoh perakaunan berikutnya.
Bagi merekod urus niaga sepanjang tempoh perakaunan,
1) Pembelian stok/barang niaga dibayar dengan cek.
DT : Belian (kerana pertambahan Belanja / barang niaga).
KT: Bank (kerana pengurangan Aseta)
2) Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi.
DT : Ambilan (kerana pengurangan Ekuiti Pemilik).
KT: Belian (kerana pengurangan Belanja / barang niaga yang dibeli)
June 3rd, 2008 at 5:45 pm
perlu tulis penerangan utk jurnal am tak? klau tak tulis cammana? lagi, ruangan no. invois/nota debit perlu sedia tak dlm jurnal khas? ada cikgu kata nak, ada cakap tak perlu, mana yg betul?
June 3rd, 2008 at 9:55 pm
Yan,
Bagi JURNAL AM, pemberian markahnya adalah seperti berikut :
Catatan di sebelah debit …… 1/2 markah
Catatan di sebelah kredit …… 1/2 markah
Keterangan ……………………… 1/2 markah
Sekiranya tidak dituliskan keterangannya maka akan hilang 1/2 markah.
Bagi JURNAL KHAS pula, Cg bagi dua keadaan / tujuan :
1. Tujuan pembelajaran :
- Format Jurnal Khas mesti mempunyai Tarikh, Butir, No. Invois/Nota Debit dan Jumlah.
- Itulah format yang sepatutnya digunakan dalam penyediaan sesuatu jurnal khas mengikut sistem perekodan perakaunan yang sebenarnya diamalkan.
2. Tujuan menjawab soalan peperiksaan:
- Pemberian markah bagi sesuatu catatan urusniaga dalam jurnal khas adalah merujuk kepada 3 perkara sahaja, iaitu TARIKH, BUTIR dan JUMLAH, sekiranya ketiga-tiganya betul maka diberikan 1/2 markah bagi catatn urusniaga tersebut.
- Sekiranya anda menulis NO. INVOIS / NOTA DEBIT perkara tidak akan diambil kira, jadi dengan kata lain kalau tulispun boleh, TAK tulispun boleh tidak memberikan kesan kepada markah anda.
- Jadi apa yang telah cikgu-cikgu anda katakan itu adalah betul bergantung kepada tujuan anda.
Cg harap keterangan yang diberikan dapat membantu yan.
July 18th, 2008 at 3:26 pm
pelupusan aset dalam bab apa?
July 18th, 2008 at 3:32 pm
Liza,
Pelupusan aset bukan semasa dalam Bab Pelarasan pada Tarikh Imbangan, topik Tingkatan 4.
July 31st, 2008 at 4:29 pm
apakah maksud urusniaga secara kredit?
July 31st, 2008 at 5:07 pm
Najah farahin,
Urus niaga secara kredit bermaksud urus niaga secara HUTANG, iaitu ambil barang dahulu dan bayarannya dibuat kemudian. Dan dokumen yang terlibat dalam urus niga secara kredit ialah INVOIS, NOTA DEBIT dan NOTA KREDIT.
August 7th, 2008 at 9:17 pm
Adik ku akan menduduki peperiksaan, tetapi dia ada sedikit blur dlm akaun, Dia ingin tahu perlu kar Lejer di catatkan utk Jurnal Am?
August 7th, 2008 at 11:33 pm
Cacat,
Semua catatan dalam Buku Catatan Pertama (Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai) mesti diposkan ke dalam LEJAR. Dan SEMUA AKAUN dalam Lejar (termasuk Tunai dan Bank dalam Buku Tunai) diimbang dan ditutup seterusnya Bakinya akan dipindahkan ke Imbangan Duga.
August 8th, 2008 at 1:17 am
Question 2
Encik Othman set up business under the name Ilqam Enterprise on 1 July 2005. The following transaction occurred during the month of August 2005
August 2005
2. Bought fixtures and fittings from rattan Furniture Center
RM8,000 on credit
3.Invoices received from :
Fre Trading- List price RM10,200, trade discount 2%
SX Enterprise- List price RM9,800
10. Received a credit note from Fre Trading for goods returned, amounted to RM700
16. Credit sales to Aman, RM16,500 and to Amin RM12,700
18. The owner took RM1,300 worth of goods and gave it as present to his nephew
21. Paid rental of the shop by cheque RM1,200
24. Received cash from a customer for goods purchased amounted to RM7,300
25. Received a cheque from Amin as part payment of his account amounting to RM8,000
28. Paid cash for office expenses of RM300
Required:
a)Record the above transaction in the following journal
a. General Journal
b. Purchases Journal
c. Sales journal
d. Return inwards or returns outward journal
e. Cash payment journal
f. Cash receipt journal
b) Prepare the relevant account
c) Close all accounts and prepare the Trial balance
Cg tolong sy..pening la nk jwb soalan ni..
August 8th, 2008 at 1:18 am
Bagi soalan 2 : Ianya menyamai soalan Dokumen Sumber dalam SPM. Bagi menjawab soalan ini beberapa kemahiran perlu dikuasai terlebih dahulu. Cg hanya bantu melakukan pengecaman Jurnal2 yang terlibat dahulu, selebihnya Cinda belajar bagaimana sediakan catatan dalam jurnal2 tersebut dan post ke lejar serta sediakan Imbangan Duga.
General Journal: Aug. 2, 18
Purchases Journal: Aug. 3
Sales Journal: Aug. 16
Return Outward Juornal : Aug. 10
Cash Payment Journal : Aug. 21, 28
Cash Receip Journal : Aug. 24, 25
Cinda MUAT TURUN nota lengkap Matrikulasi BAB3-KITARAN PERAKAUNAN yang berkaitan dengan perkara tersebut. Cinda belajar menguasai satu-persatu kemahiran tersebut. Semoga panduan itu dapat membantu Cinda. Cuba dahulu jika ada masalah hubungi Cg lagi. Cg akan cuba membimbing Cinda menyelesaikannya satu persatu.
PERHARIAN !!! Mana-mana pelajar matrikulasi boleh dapatkan NOTA LENGKAP MATRIKULASI di SINI.
August 8th, 2008 at 1:24 am
Journal
General Journal
Date Particular Debit (RM) Credit (RM)
2 Aug 05 Dt: Fixtures and fittings 8,000.00
Kt :Furniture Center 8,000.00
18 Aug 05 Dt: drawings 1,300.00
Kt: purchases 1,300.00
Purchases Journal
Date Particular Amount (RM)
3 Aug 05 Fre Trading 9,996.00
SX Enterprise 9,800.00
Sales Journal
Date Particular Amount (RM)
16 Aug 05 Aman 16,500.00
Amin 12,700.00
Returns Outwards Journal
Date Particular Amount (RM)
10 Aug 05 Fre Trading (700-2%) 686.00
Cash Payments Journal
Date Particular Discount Cash (RM) Bank (RM)
received
21 Aug 05 rental shop 1,200.00 (bank)
28 Aug 05 office expenses 300.00 (cash)
Cash Recipts Journal
Date Particular Discount Cash (RM) Bank (RM)
allowed
24 Aug 05 Sales 7,300.00 (bank)
25 Aug 05 Amin 8,000.00 (bank)
betulkan Cg jaw sy utk jurnal 2?
tq
—————————————————
CG. SUDAH BUAT PEMBETULAN DIATAS
—————————————————
August 8th, 2008 at 1:30 am
Cg,
mcm mana kita nk mahir dlm kelas jurnal ni..sbb dlm nota cg ada jurnal am dan khas..sedangkan sy kena buat bnyk jurnal ni..
August 8th, 2008 at 1:31 am
Cinda,
Hanya ada sedikit saja kesilapan dan Cg sudah buat pembetulan DI ATAS.
Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai boleh digabungkan menjadi BUKU TUNAI, dimana sebelah DEBIT merupakan Jurnal Penerimaan Tunai manakala sebelah KREDIT merupakan Jurnal Pembayaran Tunai. Asalkan melibatkan urus niaga TUNAI / CEK maka mesti dalam J.Penerimaan Tunai / J.Pembayaran Tunai .
JUALAN / BELIAN barang niaga secara kredit (INVOIS DAN NOTA DEBIT) mesti dicatat dalam J.Jualan / J.Belian.
PULANGAN JUALAN/ PULANGAN BELIAN barang niaga (NOTA KREDIT) mesti dicatat dalam J.Pul Jualan / J. Pul Belian.
Selain daripada itu mesti dicatat dalam JURNAL AM.
Cg nak tanya … Cinda sekarang belajar di mana ? supaya lebih mudah Cg beri penerangan.
August 8th, 2008 at 1:40 am
CG,
saya belajar di uitm amik dip perakaunan.masalahnya saya tiada bacis utk acc sbb masa sek dulu xamik pn subjek ni..
bila dh keje dlm bidang acc ni sy jd minat sgt pd acc..
harap cg dpt membantu sy.tq
Adakah sy kena buat jurnal am pada semua transaction..
2-28/8 ni?
August 8th, 2008 at 1:41 am
Oh begitu ceritanya,
Untuk soalan tersebut Jurnal Am hanya mencatatkan urus niaga pada Aug.2 dan 18 sahaja. Setiap urus niga hanya dicatat sekali saja dalam salah satu jurnal yang berkaitan. Kemudian setiap jurnal tersebut perlu diposkan ke Lejar (akaun-akaun yang terlibat). Dan akhir sekali setiap akaun perlu diimbang dan ditutup kemudian dipindahkan ke Imbangan Duga.
Cg nasihatkan Cinda adakan study group kerana ianya banyak membantu untuk lebih memahaminya. Belajar betul2 … semoga perniagaan batik cinda bertambah maju.
August 8th, 2008 at 8:45 am
salam Cg.
sy bel epjj jd group sy semua dr seluruh sema mlysia.sekali sbln baru dtg ke U utk seminar..cuma buat group in YM aje..harap cg dpt beri tunjuk ajar..
sy dh buat ledger n imbangan duga..jum lmbangan duga adalah 65596 dan balance.
August 8th, 2008 at 12:04 pm
nk mintak 1 contoh jurnal dan 1 conth lejar boleh?
August 8th, 2008 at 3:31 pm
Cinda,
Tahniah kerana berjaya menyiapkan lejar dan imbangan duga, walaupun ID seimbang2 kadang2 terdapat juga kesilapan2 kecil seperti catatan terbalik yang dt dicatat kt dsbg… Cinda boleh send to my email, boleh Cg tolong semakkan. Cg akan bantu setakat yang termampu …..
Nurul,
Contoh soalan dan cadangan skema jawapan serta templat kertas jawapan boleh muat turun melalui Blog Sifu2b atau klik di sini.
http://sifu2b.wordpress.com/modul-latihan-kendiri-intensif/
August 8th, 2008 at 5:58 pm
Maaf cg,
sy x tau add email cg..
August 8th, 2008 at 10:31 pm
Cg,
10 Aug 05 Fre Trading (700-2%) 686.00
kenapa kita kena tolak lg 2% sedangkan pd permulaan trans 3/8 kita telah sedia tolak..
sekiranya return perlu ke di tolak. tp apa asalannya.
August 8th, 2008 at 10:41 pm
Cinda,
Semasa kita beli harga telah ditolak diskaun 2%. Jadi bila kita pulangan balik mestilah mengikut harga yang ditolak diskaun.
Contoh mudah,
Harga Kain Batik RM520, kita bayar hanya RM500 kerana diskaun RM20. Jadi apabila pulangkan balik, takkan kita nak minta RM520 dipulangkan kepada kita…. betul tak?
email Cg: narzuki@gmail.com
August 8th, 2008 at 10:55 pm
Saya amat keliru apabila saya menghadiri satu seminar yang mengatakan bahawa satu butiran di dalam dokumen sumber tidak boleh dicatat di dalam dua buku catatan pertama termasuklah catatan pembukaan sedangkan cikgu saya ajar sesetengah catatan pembukaan ada yang kena rekod kat jurnal khas dan buku tunai.Tolong bantu saya menyelesaikan masalah ini .
August 8th, 2008 at 10:56 pm
Gha,
Setiap satu dokumen hanya dicatat dalam SALAH SATU Buku Catatan Pertama sahaja (samada JA, BT, JJ, JB, JPJ atau JPB). ….. (nota :catatan pembukaan tidak melibat dokumen).
Bagi CATATAN PERMULAAN, ianya perlu dicatat dalam JURNAL AM sahaja kecuali TUNAI dan BANK perlu dicatatkan sekali lagi dalam BUKU TUNAI. Contohnya :
JURNAL AM
Dt: Perabot ……. 30
Tunai ……… 20
Bank ………. 50
Penghutang …40
Kt: Modal …………… 140
BUKU TUNAI
Dt: 1/1 Baki b/b 20 (tunai) 50 (bank)
# Hanya TUNAI dan BANK sahaja dicatat dalam JA dan BT, yang lain-lain HANYA SEKALI sahaja.
August 9th, 2008 at 11:12 am
Oh..sekarang baru saya faham.Terima kasih di atas respons yang cikgu beri.
August 21st, 2008 at 4:01 pm
Cikgu, tolong tunjukkan contoh akaun lejer yang perlu buka untuk jurnal am & khas
August 21st, 2008 at 5:41 pm
Cikgu,kalau kita buat ID ia tak imbang xpa ka?
August 21st, 2008 at 9:48 pm
Hariz,
Sila muat turun Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
Di mana ada diterangkan secara lebih detail tentang perkara tersebut.
Farah,
Sekiranya ID tidak seimbang, ini menunjukkan terdapat sedikit kesilapan dalam jawapan yang disediakan. Mungkin satu/dua akaun tersilap kira bakinya atau tersilap catatan debit – kredit. Maka farah mungkin akan hilang 2 atau 3 markah daripada markah penuh 29 markah. Cuma SEMASA PEPERIKSAAN jika ID tidak seimbang Cg nasihatkan, TERUS menjawab soalan berikutnya. Ini kerana untuk mengesan kesilapan dan memperbetulkannya biasanya akan mengambil masa 5 hingga 10 minit. Ditambah pula dengan rasa berdebar dan runsing menyebabkan Farah akan hilang sedikit tumpuan dan keyakinan dalam menjawab soalan2 lain. TUMPUAN, KEYAKINAN dan KETENANGAN sangat penting semasa sedang menduduki peperiksaan.
Jadi masa 5 hingga 10 minit tadi boleh digunakan untuk menjawab soalan seterusnya, di mana markah yang akan diperolehi mungkin 7 / 8 markah. Setelah semua soalan dijawab, jika mempunyai LEBIHAN masa, maka gunalah masa tersebut untuk mengesan, menyemak dan memperbetulkan kesilapan tersebut.
August 23rd, 2008 at 9:48 am
Terima kasih cikgu.
August 31st, 2008 at 1:22 pm
TAHUKAH ANDA ?
Buku Tunai berbaki debit menunjukkan terdapat wang dalam Akaun Semasa. Jika ianya berbaki kredit dalam Akaun Bank, ini menunjukkan overdraf bank. Kemudahan ini membolehkan pemegang Akaun Semasa mengeluarkan wang melebihi jumlah wang yang ada dalam Akaun Semasanya.
September 1st, 2008 at 7:34 am
saya ingin bertanya tentang tajuk dokumen. pada kebiasaannya, jenis perniagaan bagaimana akan dijadikan soalan dokumen? saya dapati ada macam-macam jenis perniagaan seperti kedai bunga, runcit dsb. adakah cikgu tahu asas yang digunakan untuk menentukan jenis perniagaan yang mana akan dijadikan soalan dokumen.
t kasih.
September 14th, 2008 at 7:42 am
arm.. cikgu, boleh terangkan mcm mana nk nerekod diskaun? sya blur la..
September 14th, 2008 at 2:32 pm
Fakhrul,
Peringatan :
1. DISKAUN (DIBERI/DITERIMA) hanya dicatatkan dalam BUKU TUNAI.
2. Dokumen yang terlibat HANYA RESIT RASMI.
Terdapat 2 keadaan :
1. DISKAUN DITERIMA : Contohnya,
23/6/08 Kita bayar kepada Kedai XYZ RM1000 dengan cek dan terima diskaun RM100. ….. Resit ASAL.
BUKU TUNAI (Kredit)
23/6/08 Kedai XYZ 100 (Dis) 1000 (Bank)
2. DISKAUN DIBERI : Contohnya,
27/6/08 Kita terima cek daripada Kedai ABC RM2000 dan diberikan diskaun RM200. ….. Resit SALINAN.
BUKU TUNAI (Debit)
27/6/08 Kedai ABC 200 (Dis) 2000 (Bank)
September 21st, 2008 at 2:22 am
Cikgu
Saya blur dengan butir yang perlu ditulis dalam Buku Tunai.
Saya tidak tahu bila perlu tulis nama perniagaan seperti: Syarikat Jaya dalam butir Buku Tunai.
Terima kasih.
September 21st, 2008 at 12:12 pm
saya tidak tahu buat buku catatan pertama,lejar & imbangan duga.bleh tlng tak…………………………………..
September 21st, 2008 at 2:46 pm
Resah,
Nama Syarikat perlu digunakan jika melibatkan urus niaga secara kredit (hutang). Iaitu :
1. Urus niaga kredit : Dokumen Invois, Nota Debit dan Nota Kredit … (dalam Jurnal Khas jika barang niaga : Jurnal Am jika bukan barang niaga)
2. Resit Rasmi. – Rujuk keterangan : menjelaskan sebahagian INVOIS / HUTANG .. maka butirnya Nama Syarikat.
Pejol,
Untuk Cg terangkan semuanya disini, adalah tidak praktikal. Sila muat turun nota Cg Awang : Teknik Jawab Dokumen.
September 30th, 2008 at 4:59 pm
Cikgu
Perniagaan baru:
Pada 1 Jun 2008, Encik Eng memulakan Perniagaan Elektrik dan Elektronik dengan modal sebanyak RM30, 000. Beliau memasukkan wang tunai RM20, 000 ke dalam bank dan RM10, 000 disimpan untuk urus niaga harian.
Dalam Jurnal Am, perlu catat modal, bank dan tunai? Ataupun tidak perlu?
Pada 1 Mei 2008, Kamil memulakan perniagaan Kedai Lampu Kamil dengan modal RM50,000 dan premis bernilai RM70, 000. Beliau telah memasukkan sejumlah RM49, 000 ke dalam bank dan RM1, 000 disimpan untuk urus niaga harian.
Macam mana dengan ini? Perlu direkod ke dalam JA ataupun tidak?
Pada 1 Ogos 2008, Huang memasukkan RM60 000 ke dalam bank sebagai modal bagi memulakan perniagaan menjual peralatan mesin dan elektrik di Kuala Lumpur. Huang merupakan pengurus Huang Enterprise dan beliau dibantu oleh seorang pembantu, Normayati dan seorang kerani akaun iaitu Li Hua.
Perlu direkod dalam JA ataupun tidak?
Saya keliru bagi perniagaan baru. Kadang-kala perlu direkod dalam JA dan kadang-kala tidak perlu.
Ada yang terus direkod dalam Buku Tunai kan?
Saya harap cikgu dapat membantu saya.
Terima kasih.
September 30th, 2008 at 10:07 pm
Sekadar membantu
Resah,
Bagi kes Encik Eng dan Encik Huang, maklumat-maklumat tersebut hanya perlu direkodkan dalam Buku Tunai dan tidak perlu direkodkan dalam Jernal Am.
Alasannya, didalam soalan hanya dinyatakan tentang butir Tunai dan Bank tetapi tiada butir-butir Aset atau Liabiliti yang lain. (Buku Tunai adalah salah satu daripada BCP)
Bagi kes Encik Kamil,
Maklumat tersebut perlu direkodkan didalam Jernal Am kerana ada menyatakan Aset lain iaitu Premis. Jumlah modal keseluruhan adalah RM120000 (RM50000 = RM70000). Jangan keliru dengan soalan yang hanya menyatakan modal sebanyak RM50000
Penyelesaian
Jernal Am
2008
Mei 1 Dt Premis…RM70000
………Dt Bank……RM49000
………Dt Tunai…..RM1000
……………Kt Modal….RM120000
(Memulakan perniagaan dengan aset pada 1 Mei 2008)
dan jangan lupa merekodkan butiran Bank dan Tunai didalam Buku Tunai juga.
Ini pandangan saya,, bagaimana pula komen Cg.
October 2nd, 2008 at 12:25 am
Resah dan Ed Kimari,
Ed Kimari, Terima kasih di atas penerangan yang diberikan. Memang ramai cikgu yang menyatakan sedemikian. Iaitu sekiranya catatan pembukaan hanya melibatkan TUNAI dan BANK sahaja, maka JURNAL AM tidak perlu disediakan, catat terus ke Buku Tunai sahaja. Rasionalnya, pada kebiasaannya TIADA MARKAH diberikan pada Jurnal Am dalam kes tersebut dan dapat menjimatkan sedikit masa semasa menjawab. (TIDAK dianggap salah jika disediakan juga Jurnal Am).
Pada pandangan Cg, dari segi PRINSIPnya salah satu kegunaan JURNAL AM ialah mencatat CATATAN PEMBUKAAN. Jadi ini bermaksud setiap kali catatan pembukaan perlu dicatatkan dalam Jurnal Am, walaupun hanya melibatkan Tunai dan Bank sahaja.
Resah, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Cg cadangkan agar disediakan Jurnal Am bagi setiap catatan pembukaan, walaupun ianya tidak diberikan markah. (Disini Cg lebih mengutamakan PRINSIP daripada TEKNIK MENJAWAB).
October 4th, 2008 at 10:22 pm
cikgu,
format jurnal belian dan jurnal pulangan belian bentuk macam mane?
October 4th, 2008 at 11:42 pm
Chaiyim,
Rujuk buku teks atau buku rujukan, ianya ditunjukkan dengan lebih jelas.
Jurnal Belian
TARIKH : BUTIR : FOLIO : NO. INVOIS : JUMLAH
Jurnal Pulangan Belian
TARIKH : BUTIR : FOLIO : NO. NOTA KREDIT : JUMLAH
October 5th, 2008 at 4:32 pm
CKGU DA SLID TNTANG BUKU CATATAN PERTAMA X??KIRIM KT SY…KLU ADA DALM BHSA INGGRIS PN XPA..
October 5th, 2008 at 5:30 pm
Amad,
Rasanya telah ada, cuba cari di bahagian B-MUAT TURUN BAHAN, bahan PnP powerpoint, atau nota matrikulasi.
October 7th, 2008 at 8:40 pm
cikgu, saya baru shj tamat trial spm. saya sudah lihat semua soalan trial dlm koleksi soalan cikgu. kebanyakan sek ramal tajuk yang hampir sama termasuklah sek saya. saya ingin bertanya jika soalan ak pengeluaran ditanya, adakah soalan tntg TPM juga akn kemungkinan ditanya sekali kerana dua-dua ini dalam tajuk besar yang sama. guru saya keluarkan soalan TPM trial exm. dia kata nk keluarkan ak pengeluaran tapi tk sempat. dia akn beri latih tubi kpd kami selepas ini sbb tajuk itu sudah dua tahun tak keluar. hrp ckgu dapat beri penerangan. tq
October 7th, 2008 at 11:20 pm
Shafiq,
Mengikut analisis tahun2 lepas kebiasaanya, antara Akaun Pengeluaran dan TPM akan dikeluarkan salah-satu soalan.
Memang betul cakap safiq, kebanyakkannya meramalkan topik yang hampir sama. RAMALAN tersebut dibuat berdasarkan topik2 yang biasa ditanya atau agak lama tidak dikeluarkan, maka itulah hasilnya. TETAPI kita harus ingat PENGGUBAL SOALAN juga bijak dalam pemilihan topik2, jadi mungkin akan ada satu-dua soalan yang tidak dijangkakan sama sekali akan ditanya dalam SPM 2008 nanti.
Maka, selain daripada soalan2 trial, shafiq juga perlu melengkapkan diri dengan topik2 lain. “SEMAKIN BANYAK TOPIK DIKUASAI, MAKA SEMAKIN HAMPIR DENGAN 1A”
Satu lagi nasihat Cg, IKUT dan PATUT arahan dan nasihat guru anda. Guru sentiasa berusaha demi kejayaan anak didiknya.
October 30th, 2008 at 4:09 pm
salam sejahtera…..nie ada soalan tentang dokumen .
ia itu MEMO. ‘ambilan barang niaga RM600 pada harga kos, RM500 pada harga pasaran untuk kegunaan sendiri ‘
Jadi adakah ambil nilai yang terendah? iaitu RM 500??
October 30th, 2008 at 4:11 pm
Lin,
Penggunaan TAKAP (Terendah antara Kos Atau Pasaran) hanya digunapakai untuk penilaian STOK AKHIR sahaja.
Bagi kes ini NILAI KOS mesti digunakan, kerana nilai tersebut akan ditolak/mengurangkan nilai BELIAN, di mana catatan jurnal amnya ialah :
Dt: AMBILAN 500
Kt: BELIAN 500 …… (Belian merujuk NILAI KOS)
October 30th, 2008 at 4:15 pm
thx!….:)
November 28th, 2008 at 1:23 pm
salam sejahtera.
bagaimana pula dengan memo yang menyatakan:
1. ambilan brg niaga untuk promosi.
2. membawa masuk perabot milik sendiri ke dalam syarikat
3. membeli perabot untuk syarikat
4. ambilan tunai untuk kegunaan peribadi
dimana jurnal mana harus dicatat dan apa catatan yg perlu dilakukan (dt apa, kt apa).
November 28th, 2008 at 2:50 pm
Lina, sila lengkapkan kemudian Cg semak dan terangkan:
1. Dalam JA : Dt ………………….., Kt: BELIAN
2. Dalam JA : Dt: PERABOT, Kt: …………….
3. maklumat tidak lengkap secara tunai / kredit ?
4. Dalam BT, sebelah KT : ………………………
November 28th, 2008 at 3:13 pm
Terima Kasih dalam penyed. laman ini. Banyk bantu peljr saya yg suka mencari nota lain bg sukatan PAkaun t.4& 5.
Bagi kerja kursus SPM 2009 ,cadang ada satu template Kitaran Perakaunan yg peljr boleh rujuk nanti. Berat hati
dg sukatan baru ini,bukan kelebihan bg peljr saya yg.sederhana…soalan aras tinggi,markingnya tidak bantu
peljr …bgtulah soalan anchor ini mencabar…TK
November 28th, 2008 at 4:37 pm
Boleh saya tanya…
Soalan : Mac 20 :
Ambilan barang niaga bernilai RM725 untuk kegunaan pejabat.
Buku letak Debit Belanja Runcit dan Kredit Belian..
So, kalau ambil barang niaga kena debit Belanja Runcit??
Satu lagi.
Soalan : Mac 24 :
Membawa masuk sebuah van persendirian bernilai RM9880 untuk kegunaan perniagaan..
So, kalau bawa masuk van kena debit Alatan Pejabat??
Tolong terang..
Terima kasih..
November 28th, 2008 at 5:09 pm
Pn Nurlaila,
Sama-sama. Berhubung dengan kertas 3 sama2 kita tunggu kursus yang akan diadakan pada awal tahun hadapan. Dimana bahan2 contoh sebagai panduan penyediaan, cara perlaksanaan dan cara penilaian akan disampaikan nanti. Pada pandangan saya, sebagai tahun pertama perlaksanaanya mungkin diberikan kelonggaran sedikit supaya cikgu2 tidak terlalu rasa terbeban.
Aras soalan sama sahaja mengikut HSP, cuma gaya penyoalannya yang berbeza berbanding tahun2 lepas. Daripada pemerhatian saya skema pemarkahan banyak juga membantu pelajar untuk mendapat markah iaitu melalui markah “OF” (angka sendiri) dan “W” (perkataan spt Kos Jualan, Untung Bersih, Modal Kerja dll). Tiada penolakan markah berbanding skema lama.
November 28th, 2008 at 6:34 pm
Victorian91,
Jawapan 1 :
Soalan “Ambilan barang niaga bernilai RM725 untuk kegunaan pejabat.” terlalu UMUN, tidak jelas untuk kegunaan apa ?
Sekiranya dinyatakan sebagai Belanja Runcit, kita gunakan Akaun Belanja Runcit, Jika dinayatakan untuk promosi, guna Akaun Promosi.
Dt: Belanja runcit / Promosi / (ikut soalan)
Kt: Belian (ambil barang niaga guna Ak Belian)
Jawapan 2 :
Van hendaklah dikelaskan sebagai KENDERAAN, bukannya Alatan Pejabat.
Contoh Alatan pejabat seperti : komputer, printer, mesin fotostat, dll.
Sepatutnya,
Dt: Kenderaan
Kt : Modal
November 28th, 2008 at 8:17 pm
saya nk tanya kalau seseorang pelajar tu hanya target utk lulus PAK (sbb dia terlalu lemah PAK) soalan apa(kertas 2) yg perlu dia pilih utk membolehkan dia lulus?
November 28th, 2008 at 8:22 pm
saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akaun kepada semua calon SPM 2008 pada hari Isnin ini Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang, berhati-hati dan lulus dengan cemerlang. kepada anak didik saya, semoga anda semua berjaya!!
November 28th, 2008 at 10:02 pm
Shafiq,
Kalau untuk target lulus, pastikan kertas 2 : soalan 1 : dokumen mendapat markah penuh. dan Kertas 1 betul sekurang2nya 20 soalan.
K1 : Betul 20 = 20 markah = 16.7 %
K2 : Soalan 1 = 29 markah = 24.2 %
Jumlah K1 + K2 = 40.9 % …. InsyaAllah LULUS.
November 28th, 2008 at 10:03 pm
1. Dalam JA : Dt promosi, Kt: BELIAN
2. Dalam JA : Dt: PERABOT, Kt: …………….
3. maklumat tidak lengkap secara tunai / kredit ?
secara tunai, Kt buku tunai: perabot
secara kredit, JA; Dt Nama Syarikat, Kt Perabot
4. Dalam BT, sebelah KT : Ambilan
November 28th, 2008 at 10:11 pm
Lina, jawapan 1 dan 4 BETUL.
2. Dalam JA : Dt: PERABOT, Kt: MODAL
- Bila pemilik membawa masuk harta peribadi kedalam perniagaan, maka MODAL akan bertambah.
3. maklumat tidak lengkap secara tunai / kredit ?
secara tunai, Kt buku tunai: perabot ….BETUL
secara kredit, JA; Dt PERABOT – perabot bertambah, Kt NAMA SYARIKAT – pemiutang bertambah.
November 28th, 2008 at 10:12 pm
maaf, minta semak yang ini juga.
1. ambilan barang niaga untuk kegunaan persendirian
dt ambilan
kt belian
2. ambilan barang niaga untuk promosi
dt promosi
kt belian
3. beli perabot secara tunai untuk pejabat
buku tunai, kt, perabot
*belian perabot utk pejabat secara kredit:
dt perabot
kt modal
November 28th, 2008 at 10:16 pm
Lina,
Jawapan 1,2 dan 3 … BETUL
4. belian perabot utk pejabat secara kredit:
dt perabot
kt NAMA SYARIKAT (PEMIUTANG) … bukan MODAL.
Kt: MODAL digunakan jika bawa masuk harta peribadi ke dalam perniagaan sahaja.
November 28th, 2008 at 10:20 pm
terima kasih, saya sudah faham. =)
November 28th, 2008 at 10:26 pm
Lina,
Sama-sama, semoga berjaya.
November 29th, 2008 at 7:21 am
tq cg saya akan gunakan segala panduan dan nasihat yg telah cg beri selama saya melayari laman web cg ni. ia telah banyak membantu saya dan rakan-rakan memahami cara menjawab soalan kertas 2 dgn lebih baik lagi. harap cg dpt mendoakan kami semua berjaya dalam exm Isn ini. tq
November 29th, 2008 at 9:26 am
Shafiq,
Cg doakan anda semua tenang, yakin, ingat apa yang telah dipelajari,dapat menjawab dengan baik dan memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.
November 29th, 2008 at 11:41 am
Salam cg,
dalam lejar wajib ke kita asing kan antara lejar am, lejar jualan dan lejar belian?
boleh tak kalau tak asing kan?
November 29th, 2008 at 12:57 pm
Syahirah,
Dalam menjawab soalan peperiksaan, Lejar TIDAK perlu diasingkan mengikut jenis lejar.
November 29th, 2008 at 10:00 pm
terime kasih cikgu..
doa kan saya berjaya dalam prinsip akaun ya!!
:)
November 29th, 2008 at 11:13 pm
Syahirah, Good Luck.
January 9th, 2009 at 1:34 pm
smekom cg..
bleh ajr ka cra2 tuk buat buku catatn pertama..
January 9th, 2009 at 2:32 pm
Shera,
Sila muat turun Teknik Menjawab Soalan Dokumen Cg Awang. Cuba fahami apa yang diterangkan satu-per-satu terlebih dahulu, jika masih ada masalah sila kemukakan satu-per-satu secara detail merujuk kepada soalan, jangan tanya secara umum. Dengan cara ini lebih mudah untuk Cg membantu.
January 9th, 2009 at 2:37 pm
trima kasih ckgu..
March 5th, 2009 at 6:43 pm
SAYA X TAU 1 BENDA PON!!!!
PLS HELPPPP
March 6th, 2009 at 12:55 pm
Syazlena,
Pada pandangan Cg, anda seharusnya berjumpa guru anda untuk mendapatkan BIMBINGAN SECARA LANGSUNG kerana cara tersebut lebih berkesan. Demi untuk kejayaan anda.
March 29th, 2009 at 1:51 pm
cikgu kalau keratan cek nak masuk kat buku tunai kat bhg mane?
sy tahu ia kontra.
tp sy keliru dgn butir,die bank atau tunai di sebelah debit dan kredit.
sy x faham dgn keratan cek ni.
cikgu boleh terang kan tak?
lagi satu sy xfaham bil tunai,resit rasmi.
cikgu boleh terangkan tak secara terprinci butir die dan keteranagan dia.
t.kasih
March 29th, 2009 at 10:18 pm
Aisyah,
Berkaitan dengan KERATAN CEK – KONTRA, ianya bermaksud kita/pemilik mengeluarkan wang dari BANK untuk kegunaan perniagaan, iaitu TUNAI bertambah dan BANK berkurang, katakan RM400.
Petua yang Cg gunakan ialah masukkan JUMLAH dahulu kemudian baru fikirkan BUTIRnya. Caranya :
1. Dalam lajur TUNAI di sebelah DEBIT masukkan RM400 – kerana wang tunai bertambah. BUTIRnya, dari mana wang tersebut diperolehi ? sudah tentu BANK.
2. Dalam lajur BANK di sebelah KREDIT masukkan RM400 – kerana wang keluar. BUTIRnya, wang tersebut dikeluarkan kemana ? sudah tentu TUNAI.
Panduan bagi merekod dalam Buku Tunai telah Cg terangkan di SINI. Sila baca dengan TELITI.
April 14th, 2009 at 11:15 pm
Mengapa diskaun niaga yang diberi/diterima ( cthnya, 20% yang dinyatakan dalam invois ) hanya dicatat dalam jurnal dan tidak diposkan ke lejar ( ak diskaun diberi/diterima ) tetapi pada masa yang sama , diskaun tunai yang diberi/diterima semasa bayaran dibuat harus dicatat dalam lejar/buku tunai?
trm ksh
April 14th, 2009 at 11:59 pm
Pastikan anda tahu dan faham apa perbezaan antara DISKAUN NIAGA dan DISKAUN TUNAI (Diskaun diterima / Diskaun diberi).
Diskaun niaga hanya melibatkan pengiraan jumlah yang perlu dibayar / berhutang dan tidak melibatkan rekod perakaunan. Contohnya, belian barang niaga secara kredit:
INVOIS SYKT XXX
Barang niaga ………. RM1000
(-) Diskaun niaga 10% ….100
Jumlah hutang ………..RM900
Jadi apa yang perlu direkodkan dalam JURNAL BERLIAN hanya jumlah HUTANG daripada belian kredit tersebut. Manakala diskaun niaga yang telah diperolehi TIDAK PERLU ditunjukkan dalam Jurnal Belian, kerana ianya telah ditunjukkan dengan jelas dalam INVOIS. Jurnal Belian hanya merekodkan berapakah JUMLAH BELIAN KREDIT daripada SYARIKAT (Pemiutang) dalam urus niaga pada tarikh tersebut. Iaitu :
JURNAL BELIAN
Jan 5 Sykt XXX ……….. RM900
DISKAUN TUNAI perlu direkodkan dalam lejar kerana ianya merupakan HASIL / BELANJA kepada perniagaan, jika tidak direkod maka akan berlaku ketidakseimbangan. Contohnya, menjelaskan hutang kepada Sykt XXX sebanyak RM850 dan terima diskaun RM50.
JIKA TIDAK REKOD DISKAUN :
Jumlah hutang (belian kredit) … RM900
(-) Bayar dengan tunai/cek…….. RM850
maka, baki hutang tinggal ……….. RM50
JIKA REKOD DISKAUN :
Jumlah hutang (belian kredit) … RM900
(-) Bayar dengan tunai/cek…….. RM850
(-) DISKAUN DITERIMA …………….RM50
maka, baki hutang ……………….. RM0
Oleh itu, diskaun tunai perlu direkodkan kerana ianya melibatkan rekod perakaunan. Semoga penerangan Cg ini dapat membantu.
April 24th, 2009 at 6:22 pm
terima kasih banyak2
skrng ini, bnyk cikgu sekolah tdk beri penerangan lanjut maka peninglah saya.
Cikgu memang hebat dlm pengajaran perakaunanlah, mengapa tidak keluarkan buku rujukan ( terutamanya tentang soalan2 lazim)
Saya pasti akan beli.
April 25th, 2009 at 1:22 pm
Pening,
Sama-sama, Cg hanya bantu setakat yang termampu. Sepatutnya cikgu setiap mata pelajaran perlu memahami dan menguasai sebaik mungkin isi kandungan m/p masing2 dengan mempelajari atau bertanyakan rakan2 guru yang lain bagi meningkatkan kemahiran masing2. Manakala pelajar seharusnya sentiasa bertanya dan bertanya sehingga anda betul2 memahami dan menguasai isi kandungan / kemahiran yang diajar oleh guru anda.
Cg tidaklah sehebat mana sehingga boleh mengeluarkan buku rujukan untuk pasaran. Cuma sekadar berkongsi maklumat, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan, serta memberi sedikit sumbangan ke arah memartabatkan mata pelajaran Prinsip Perakaunan dalam dunia pendidikan negara.
May 2nd, 2009 at 8:23 pm
pada mulanya PA saya sangat teruk, tapi setelah baca blog cikgu ini banyak meningkat. saya rasa usaha cikgu sangat membantu. Semoga Allah membalas jasa baikc ikgu kerana banyak memberi kemudahan kepada pelajar2 akaun di Malaysia. Terutama sekali pelajar2 aliran sains yg tiada guru sekolah seperti saya. Terima kasih banyak2.
satu nak tanya: ada cikgu mengajar di mana2 ? atau bagi bengkel2 dan ceramah2 ?
May 2nd, 2009 at 8:49 pm
saya pelajar spm 2009
tahun ini tahun terakhir format peperiksaan lama digunakan?
kalau mcm itu, skema pemarkahan mcm baru / lama ?
skema pemarkahan mcm mana?
blh bagitau kat mana download SEMUA
nota, slaid powerpoint, kertas soalan dan apa2 bahan yg membantu? cthnya laman web rujukan cikgu2 lain ?
dengar kata, kalau tahun ini tahun terakhir suktn pelajaran lama, jabatan pepriksaan akan hentam terus SEMUA soalan yg tidak pernah keluar? Yg susah-susah?
matilaa kalau mcm itu…:P
Boleh tak tanya, cikgu dulu belajar akaun kat mana ? dlm BM atau BI? Perlu tak ke universiti? saya nampak sekarang ni bnyk yg belajar kat kolej shj? Atau ambil itu apadia ACCA?
Atau ada ijazah2 lain?
May 2nd, 2009 at 11:03 pm
Pening,
Syukur, kerana sumbangan Cg yang sedikit ini dapat membantu para pelajar diluar sana. Cg hanya mengajar disebuah sekolah harian biasa luar bandar di negeri Kelantan.
Format pentaksiran baru mula dilaksanakan kepada pelajar SPM 2011 nanti, pelajar SPM2010 masih lagi menggunakan format seperti tahun ini. Anda boleh muat turun soalan2 di Koleksi Percubaan 2008 bagi melihat contoh soalan dan juga skema pemarkahan sebagai panduan. Nota dan bahan powerpoint juga ada Cg sediakan di ruangan MUAT TURUN BAHAN. Laman2 akaun yang lain boleh rujuk ruangan BLOG CIKGU AKAUN.
Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan soalan2 yang sewajarnya, jadi anda tidak perlu rusing dan bimbang. Anda hanya perlu bersedia bagi setiap topik yang ada.
Adalah sukar bagi Cg untuk menyatakan di mana harus belajar selepas SPM nanti kerana banyak faktor yang perlu diambil kira, dan setiap satunya ada kelebihan dan juga kekurangan. Cg cadangkan pada masa ini, cuba tetapkan apakah sasaran / target / perancangan masa depan anda dengan mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan peluang ke IPT dan juga kerjaya, supaya mudah untuk anda membuat keputusan apabila keputusan SPM2009 diumumkan nanti. Jangan tunggu dapat result baru nak fikir apakah pilihan yang perlu anda buat.
May 12th, 2009 at 9:14 pm
cikgu ada laman web bagi subjek ekonomi spm tak??dan saya kurang faham catatan kontra dalam dokumen sumber..bila bank bertambah kenapa mesti debit tunai dan tulis angka dalam ruangan bank??bukankah mesti ditulis bank di bahagian butiran..ini yang membuatkan saya kurang faham sedikit
May 12th, 2009 at 9:40 pm
Faezah,
Laman Ekonomi SPM ada, cuma kena cari di internet.
Buku Tunai merupakan gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank. Bila sebut akaun Bank maka kena rujuk lajur BANK, manakala kegunaan lajur BUTIR adalah untuk menulis pasangan mengikut sistem catatan bergu.
Jika bank bertambah, maka Akaun Bank (rujuk lajur BANK) mesti didebitkan. Tuliskan NILAI dahulu dilajur BANK, kemudian fikirkan BUTIR , apakah pasangan catatan bergunya/ dari mana datangnya wang tersebut … sudah tentu TUNAI.
Seterusnya Akaun Tunai berkurang, rujuk lajur TUNAI disebelah kredit, masukan nilainya dan fikirkan BUTIR, kemana wang tersebut digunakan ….. iaitu masukkan dalam bank, maka butirnya BANK.
June 21st, 2009 at 9:21 pm
a’kum
apakah maksud sistem panjar?
terima kasih
June 22nd, 2009 at 11:12 am
Syahirah,
Sistem Panjar (topik Buku Tunai Runcit) bermaksud jumlah yang telah dibelanjakan dalam tempoh tersebut akan digantikan mencukupi jumlah asal. Contoh :
Jumlah Wang Runcit = RM200
Jumlah dibelanjakan = RM150
Maka, baki = RM50
Mengikut sistem panjar, jumlah RM150 akan digantikan, sama ada pada akhir tempoh / pada awal tempoh berikutnya. Dengan itu jumlah wang runcit ditangan untuk kegunaan tempoh berikutnya kekal RM200.
June 26th, 2009 at 12:30 pm
ckgu,dlm jurnal belian,jualn,pul jul. & pul bel. mmg perlu ke tulis no.invois cthnya di dlm jurnal belian..perlu ke kte tulis.kalau xtls xdpt sijil lcci ke? atau markah akn d’ptg.lg 1,di ats jurnal am perlu ke tulis nama perniagaan dan semua ak. lejar perlu diimbangkan utk m’dpt baki b/b sbb ckgu sye ckp law ximbang n wt baki b/b xlayak dpt sijil lcci
June 26th, 2009 at 4:34 pm
Ayied,
Amalan yang sebaiknya bagi jurnal khas adalah menulis no. dokumen tersebut sebagai rujukan. Namun bagi tujuan peperiksaan, pemberian markah hanyalah berdasarkan TARIKH, BUTIR dan JUMLAH yang betul sahaja, tiada penolakan markah.
Nama Syarikat perlu ditulis pada akaun penamat seperti Penyata Pendapatan, Kunci Kira-kira, Imbangan Duga dan juga penyata2, yang mana melibatkan pihak luar. Manakala jurnal2 dan lejar (akaun2) adalah untuk kegunaan pihak dalaman sahaja, maka nama syarikat tidak perlu dinyatakan. Sekiranya buat juga tidak menjadi kesalahan.
Semua akaun perlulah diimbang dan dapatkan bakinya untuk tujuan penyediaan Imbangan Duga. Pemberian sijil LCCI tidak bergantung kepada perkara2 tersebut. Cikgu anda cakap sedemikian mungkin sebagai satu “ugutan” bagi memastikan semua anak didik beliau menyediakan jawapan dengan lengkap bagi memastikan mendapat markah penuh.
July 1st, 2009 at 9:57 pm
slam..soaln sy..adkh..wang tunai msuk kew bank..ada thap meksimum nye….RM500 ke atas..
July 1st, 2009 at 10:41 pm
Sarah,
Tidak ada had minimun atau maksimun kalau nak simpan duit di bank. Kita yang tentukan berapa banyak wang yang ada untuk disimpan.
July 2nd, 2009 at 8:22 pm
sy kurang fhan akan..kddukkn yg sbnar untuk belian & jualan…
ada kala..jualan disblah..dbit..tba2…kt kredit….
tlong jlas kn…
*adkh..kdar byaran di gna kn di dlam buku tunai…??
July 2nd, 2009 at 11:37 pm
Sarah,
Sebenarnya anda keliru antara AKAUN dan BUTIR DALAM AKAUN. Akaun Jualan – KREDIT.
Contoh urusniaga : Jualan secara tunai RM100. (Dokumen Jualan Tunai).
BCP yang terlibat ialah Buku Tunai, maka dalam Buku Tunai (lajur Tunai) jumlah RM100 perlu dicatat disebelah DEBIT (wang tunai masuk), wang tersebut masuk disebabkan apa ? – Jualan barang niaga, maka BUTIRnya ialah JUALAN.
BUTIR JUALAN tersebut mengambarkan Akaun TUNAI bertambah sebanyak RM100 hasil daripada JUALAN, ianya hanya merujuk kepada AKAUN TUNAI.
Manakala bila pos ke lejar, iaitu AKAUN JUALAN, jumlah RM100 perlu dicatat disebelah KREDIT, dan BUTIRnya adalah TUNAI. Iaitu mengambarkan jualan tersebut adalah secara tunai.
Asalkan urus niaga melibatkan TUNAI/ CEK/ BANK maka ianya mesti dicatat dalam BUKU TUNAI. Manakala bagi menentukan catat disebelah DEBIT atau KREDIT, maka hendaklah merujuk kepada wang tersebut MASUK (DEBIT) atau KELUAR (KREDIT). Dan BUTIRnya pula adalah merujuk terima/bayar untuk urus niaga apa ?
July 5th, 2009 at 7:28 pm
Cikgu Narzuki,
Salam sejahtera,
Saya nak tanya tentang BUTIR yg perlu dicatat utk pembelian Rak Pameran bagi pernigaan menjual kek secara tunai. Adakah Perabot @ Kelengkapan? Apakah jenis aset yg dibeli perlu dicatat sbg Kelengkapan?
July 5th, 2009 at 7:36 pm
Sev,
Cg telah nyatakan pada post sebelum ini berhubung dengan penentuaan Rak Pemeran sebagai Perabot atau Alatan Kedai (Soalan SPM2008). Sila klik SINI.
July 16th, 2009 at 4:25 pm
Cg,
kalau nak masukkan nota debit dalam jurnal, macam mana kita nak tahu yg dokumen tersebut masuk jurnal mana?
July 17th, 2009 at 8:08 am
Hanna,
Jurnal Khas hanya untuk BARANG NIAGA dan SECARA KREDIT sahaja (Iaitu Invois, Nota Debit dan Nota Kredit).
Sekiranya item BUKAN BARANG NIAGA (seperti Caj Angkutan Masuk), maka ianya perlulah dicatatkan dalam JURNAL AM.
August 17th, 2009 at 2:53 pm
Cg,
di kertas jurnal bhgn jumlah ada satu ruangan kecil utk tulis nilai sen..
adakah kita kena tulis walaupun amaunnya tiada sen cth: RM 100..
TQ
August 17th, 2009 at 2:55 pm
Teh,
Kebiasaannya soalan Dokumen tidak melibatkan nilai sen, jadi adalah lebih “selamat” nilai sen tersebut diabaikan (jika tiada nilai sen). Ini bertujuan mengelakkan sebarang kekeliruan semasa melakukan pengiraan dan menyebabkan kehilangan markah.
August 21st, 2009 at 10:41 pm
cikgu saya confused lah macammana nak catat dalam buku catatan pertama jika soalnnya berbunyi begini (memo:pinjaman bank telah diluluskan sebnyk rm20000.wang tersebut telah saya masukkan ke dalam akaun bank perniagaan)..tolonglah bantu saya cg
August 21st, 2009 at 11:10 pm
Student92,
1. Apabila melibatkan Bank, maka sudah tentu perlu dicatat dalam BUKU TUNAI di lajur BANK.
2. Oleh kerana dimasukkan ke dalam Bank (BERTAMBAH), maka Bank dicatat di sebelah DEBIT.
3. Duit dalam Bank telah bertambah disebabkan apa / dari mana ? … daripada Pinjaman Bank.
4. Maka BUTIR yang perlu dicatat ialah PINJAMAN BANK.
September 10th, 2009 at 2:45 pm
salam cg,
dalam buku tunai runcit bhg analisis byran ada belanja am dan pelbagai..
Mcm mana sy tahu bila nk masuk ruangan belanja am dan bila nk masuk ruangan pelbagai?
September 10th, 2009 at 2:53 pm
Teh,
Lajur PELBAGAI digunakan untuk mencatat bayaran yang jarang dibuat menggunakan wang tunai runcit kerana kebiasaannya dibayar menggunakan cek. Sebagai contohnya bayar belanja Angkutan, pada kebiasaanya dibayar menggunakan cek dan jumlahnya besar berbanding jumlah peruntukan wang runcit. Belanja tersebut juga biasanya dicatat dalam akaunnya yang tersendiri iaitu AK ANGKUTAN. Sekiranya ada satu urusniaga bayar belanja angkutan dalam jumlah yang kecil (tidak sesuai menggunakan cek), maka wang tunai runcit akan digunakan. Contoh lain ialah bayaran belanja iklan.
Manakala lajur BELANJA AM digunakan untuk bayaran yang kerap berlaku dan dibayar dengan wang tunai runcit kerana jumlahnya yang kecil. Dan belanja tersebut tidak boleh dikelaskan dalam lajur analisis bayaran yang lain. Contohnya Upah bersih pejabat, beli bunga meja pejabat.
September 29th, 2009 at 11:15 am
diskaun diterima diletakkan di bahagian kt bku tnai, tp bila bwk ke lejar akn jd dt ak diskaun diterima. klau kita imbangkn baki b/b. dkt imbangan duga kita perlu ltk di bhgian mane?
September 29th, 2009 at 11:16 am
Solehah,
Imbangan Duga merupakan SENARAI baki semua akaun2 yang telah ada. Baki yang dipindahkan ke ID adalah merujuk kepada BAKI B/B (bukannya Baki h/b).
Sekiranya AKAUN itu mempunyai BAKI b/b disebelah DEBIT maka dalam ID juga disebelah DEBIT. Dan sekiranya BAKI B/B disebelah KREDIT, maka dalam ID juga disebelah KREDIT.
October 11th, 2009 at 4:47 pm
cikgu,
mcm mana nk cam pd buku tunai sama ada sebelah DT atau sebelah KT???
October 11th, 2009 at 4:48 pm
Q,
DEBIT – urus niaga yang menunjukkan kita TERIMA wang tunai / cek. Contohnya : Bil Jualan Tunai, Resit Rasmi (SALINAN) menunjukkan kita terima wang.
KREDIT – urus niaga yang menunjukkan kita BAYAR kepada seseorang samada dengan tunai / cek. Contohnya : Bil Belian Tunai, keratan cek, Resit Rasmi (ASAL) menunjukkan kita bayar.
October 11th, 2009 at 9:15 pm
thanx cikgu…..!!!
October 13th, 2009 at 6:32 pm
cikgu nak tanya kalau dokumen keluar caj bank…butiran di buku tunai harus letak butir apa?
October 13th, 2009 at 7:17 pm
Ling,
Butir CAJ BANK boleh digunakan.
November 9th, 2009 at 9:33 pm
salam cg,
bg soalan yang mempunyai baki pemiutang atau penghutang pd awal soalan spt:
pemiutang- syarikat ABC RM 2500
masa sy pergi seminar, cg itu kata tidak boleh menulis perkataan pemiutang masa kita buat catatan pembukaan di jurnal am.. tapi guru sekolah sy kata wajib tulis..
Jadi mana satu yang betul?
November 9th, 2009 at 9:40 pm
Teh,
Dalam soalan perkataan “Pemiutang” dinyatakan supaya kita dapat menentukan ianya berbaki Debit / Kredit dalam menyediakan catatan permulaan dalam jurnal am.
BUTIRAN yang digunakan adalah merujuk kepada NAMA AKAUN, iaitu Ak. Syarikat ABC.
January 29th, 2010 at 4:55 pm
cg , saya ada beberapa soalan:
a) ikut sukatan jurnal penerimaan dan pembayaran tunai akan menggantikan bukut tunai adakah buku tunai masih perlu diajar kepada anak murid?
b) pengeposan ke lejer, dari jurnal penerimaan dan pembayaran tunai atau masih dari buku tunai?
c) bagi lejer, akaun tunai dan bank perlu disediakan atau tidak.
d) boleh tak cg menjelaskan sedikit pasal bab dokumen mengikut sukatan baru tentang jurnal dan buku tunai
terima kasih.
January 29th, 2010 at 7:02 pm
a) Ya, perlu diajar sebagaimana HSP baru dibawah Topik 5.1 Fingsi dan Jenis Lejar.
b) Apabila menyediakan Jurnal Penerimaan dan Jurnal Pembayaran Tunai, maka Buku Tunai tidak perlu dibuka lagi, sebaliknya jumlah penerimaan tunai dan jumlah pembayaran tunai perlu diposkan ke Akaun Tunai dan Akaun Bank, sebagaimana jurnal khas yang lain.
c) dan d) Boleh rujuk jawapan (b).
January 29th, 2010 at 8:13 pm
terima kasih cg, tapi saya masih keliru tentang bentuk soalan dokumen mengikut sukatan baru. adakah soalan ini akan digantikan dengan kertas 3. maksudnya soalan dokumen sekiranya kehendak soalan ialah merekod dokumen sumber ke buku catatan pertama maka jurnal penerimaan dan pembayaran tunai perlu digunakan untuk menggaantikan buku tunai? cg ada tak format jurnal penerimaan dan pembayaran tunai sbb sy tengok dalam buku rujukan formatnya berbeza. terima kasih
January 29th, 2010 at 8:15 pm
Buat masa ini, masih tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan berhubung kertas 3, jadi kita ajar aje mengikut HSP baru yang dikeluarkan. Ini kerana apa2 bentuk soalan sekalipun tidak boleh lari daripada HSP. Ada beberapa bentuk format jurnal penerimaan dan pembayaran tunai yang boleh digunakan, namun begitu adalah lebih baik kita gunakan format yang telah disediakan dalam buku teks.
Sekiranya kita menggunakan Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai, maka tidak perlu lagi digunakan Buku Tunai.
March 6th, 2010 at 3:00 pm
Salam cg narzuki, moga terus sihat wal afiat kerana banyak mambantu melalui web ini…
Saya musykil tentang Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai. Format dalam buku teks agak rumit dan kompleks , patut ikut tu ke? Atau guna yg ringkas spt Jurnal Khas lain? kalau ikut HSP tajuk Lejar ; L Am ada Buku Tunai pula … dan dikatakan pos ke Lejar termasuk Buku Tunai ( HSP-5.1 c), saya pening dan confuse … Adakah kena buat Jurnal Penerimaan/Pembayaran Tunai lepas tu BTunai dan pindah ke Lejar? Mohon bantuan…
March 6th, 2010 at 3:05 pm
Salam dan terima kasih.
Berhubung dengan format Jurnal Penerimaan & Pembayaran Tunai, sebaik2nya kita ikut buku teks, cuma jika ingin diringkaskan sedikit, kita boleh keluarkan Lajur No. Resit, Butir dan Folio. Penggunaan format seperti jurnal khas lain tidak digalakkan.
Apabila kita menyediakan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai sebagai buku catatan pertama, maka ianya perlu diposkan ke AKAUN BANK sahaja. Buku Tunai tidak perlu dibuka lagi. Daripada Akaun Bank tersebut baru diketahui berapakan BAKI Bank. Dalam kes ini Lajur BANK digunakan bagi merekod penerimaan/pembayaran tunai atau cek.
March 28th, 2010 at 8:17 pm
sya nk tya format sebenar jurnal pembayaran n penerimaan tunai ada kolum tunai x?
March 28th, 2010 at 8:19 pm
dan bagaimana cttn kontra direkod dlam jurnal penerimaan n pmbyrn tunai?
March 28th, 2010 at 9:00 pm
Berdasarkan buku teks sedia ada, formatnya hanya ada BANK sahaja, dengan andaian segala penerimaan wang tunai akan terus dibank dan semua pembayaran menggunakan cek. Dalam keadaan berikut, maka CATATAN KONTRA sebagaimana sebelum ini sudah tidak wujud lagi.
Walau bagaimanapun, penyimpanan wang tunai di tangan juga perlu bagi perbelanjaan kecil2, maka Tunai Runcit disediakan dalam Lejar. Apabila dikeluarkan wang dari bank untuk tunai runcit, maka catatan dalam Jurnal Pembarayan Tunai nanti sebagai Tunai Runcit. Itu saja pandangan daripada saya.
April 22nd, 2010 at 6:41 pm
Zatul Iffah, pemilik kedai “ Iffah Sport ” yang membekalkan alatan sukan di Bandar Kuala Terengganu memberi baki-baki berikut mengenai perniagaannya pada 1 Julai 1999 :
RM
Overdraf Bank 1 275
Stok 19 872
Tunai di tangan 88
Premis 45 800
Modal 64 485
butir2 ni semua di catat di jurnal am… mcm mana nk tau yg ni masuk debit..yg ni masuk kredit??
April 22nd, 2010 at 7:00 pm
Catatan bagi perkara tersebut dipanggil Catatan permulaan, di mana ianya perlu dicatatkan dalam Jurnal Am.
Dalam menentukan yang mana debit dan kredit, kita kena kenal pasti jenis akaun2 tersebut, iaitu :
DEBIT – ASET : Stok, Tunai, Premis
KREDIT – LIABILITI dan EKUITI : Overdraf bank, Modal
Dan jumlahnya mestilah SAMA.
April 22nd, 2010 at 7:26 pm
ooo..tq cikgu. boleh x cikgu bgi email facebook cikgu?
April 30th, 2010 at 9:46 am
ckgu…adakah buku tunai itu adalah lejar dan bukannya buku catatan pertama????…hrp mklum…dan apakah itu jurnal penerimaan dan pembayaran tunai??
April 30th, 2010 at 11:48 am
Buku Tunai adalah Lejar dan boleh juga jadi Buku Catatan Pertama sekiranya tidak disediakan Jurnal Pembayaran Tunai atau Jurnal Penerimaan Tunai. Fungsinya hampir sama cuma formatnya berbeza sedikit.
Jurnal Penerimaan Tunai – BCP bagi merekod semua penerimaan tunai, iaitu menyamai sebelah Debit Buku Tunai
Jurnal Pembayaran Tunai – BCP bagi merekod semua pembayaran tunai, iaitu menyamai sebelak kredit Buku Tunai.
May 6th, 2010 at 2:45 pm
cikgu…. apa kita patut letak dalam kurungan dalam modal dekat jurnal am??kurungan tu wajib ke??
May 6th, 2010 at 2:50 pm
Bagi penyedaian Jurnal Am, formatnya mesti ada 3 perkara :
1. Catatan sebelah DEBIT
2. Catatan sebelah KREDIT
3. Catatan KETERANGAN – mesti dalam KURUNGAN.
May 8th, 2010 at 8:43 pm
thankz cikgu…kalau saya ada soalan lagi,saya comment lagi ek…thankz again..
May 9th, 2010 at 12:08 am
Cikgu,
Soalan peperiksaan percubaan 2009 terengganu dirujuk. Dalam soalan dokumen yang ke 10. Memo menyatakan (pemilik mengambil 10 biji bola untuk diderma kepada Darul Insaf). Bukankah pemilik yang ambil untuk derma atas nama pemilik jadi kita sepatutnya Debit Ambilan dan Kredit Belian? jika syarikat yang ambil untuk derma baru debit derma dan kredit Belian. Mengapa jawapan yang diberi ialah Debit Derma dan Kredit Belian? Terima Kasih
May 9th, 2010 at 12:50 am
Soalan tersebut bermaksud syarikat yang menderma bukannya pemilik. Mana-mana ahli perniagaan yang mengeluarkan derma atau memberikan sumbangan adalah atas nama syarikat, ianya sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kedai / perniagaan mereka.
Penyataan tersebut dinyatakan sedemikian kerana hanya pemilik yang berkuasa untuk mengeluarkan derma tersebut. Ak Ambilan digunakan hanya untuk kegunaan sendiri / peribadi pemilik semata-mata.
May 9th, 2010 at 8:48 pm
terima kasih
June 25th, 2010 at 8:01 am
Pagi cikgu ~ cikgu,bagaimana utk bezakan Invois yg hendak catat di bahagian Jurnal Am ?
June 25th, 2010 at 8:35 am
Invois BUKAN BARANG NIAGA perlu dicatatkan dalam JURNAL AM. Contohnya bagi perniagaan kedai runcit telah membeli secara kredit (invois) perabot daripada Syarikat Perabot Jaya. maka ianya perlulah dicatatkan dalam JA, kerana perabot bukannya barang niaga.
June 28th, 2010 at 10:03 pm
ckg, saya ada beberapa soalan;
1. bolehtak jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai formatnya boleh dikeluarkan lajur butir, no.resit dan folio?
2. jika buku tunai, akaun tunai dan akaun bank tidak disediakan dalam lejar. bagaimana jika jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai disediakan, perlukah buka akaun bank dalam lejar? akaun tunai tidak perlu bukakan?
June 29th, 2010 at 12:12 am
Girl85,
Perkara2 tersebut telah dibincangkan dalam komen2 DIATAS.
June 29th, 2010 at 7:17 am
soalan 1 ok. cuma confuse soalan ke-2. maksudnya bila ada jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai, buku tunai tidak perlu buka lagi. tetapi perlu buka akaun bank dan tunai dalam lejar? begituke?
July 4th, 2010 at 10:16 pm
saya ada beberapa soalan berkaitan jurnal am.jika dalam memo dinyatakan
1. 1/3 daripada sewa yang dibayar sebanyak RM 1800 adalah sewa peribadi pemilik.
2. Pemilik telah mengeluarkan sebuah kabinet dari stok bernilai RM 330 untuk kegunaan pejabat. Perniagaan:Kedai Perabot
3. bayar insurans kedai dengan tunai peribadi
jawapan saya ialah
1. Dt. Ambilan. Kt.Sewa
2. Dt. Ambilan Kt. Belian / Dt.Perabot Kt.Belian (yg mana betul)
3. Dt. insurans , kt. modal
betulke jawapan saya ckg?
July 4th, 2010 at 10:58 pm
Pandangan Cg,
1. Betul.
2. Dt Perabot – Kt Belian
3. Betul
July 6th, 2010 at 10:02 am
ok.ckg. macam mana kalau ada memo menyatakan memasukkan duit kemenangan loteri dalam akaun bank perniagaan. ia dimasukkan dalam jurnal am iaitu bank (dt) dan modal (kt).betulke? atau dimasukkan dalam buku tunai?
July 6th, 2010 at 10:25 am
BUKU TUNAI akan digunakan jika urus niaga tersebut melibatkan pertambahan / pengurangan TUNAI atau BANK perniagaan. Maka Dt Bank dalam BT dan butirnya MODAL.
August 2nd, 2010 at 8:44 pm
mcm mne nk masukkan baki dari dlm jurnal am ke buku tunai sekiranya ada overdraf bank?
August 2nd, 2010 at 8:50 pm
Masukkan disebelah KREDIT dalam BUKU TUNAI “Baki b/b” dalam lajur BANK.
August 7th, 2010 at 12:20 pm
cg.saya agak keliru ttg catatan kontra..boleh cg jelaskan lebih lanjut..
August 7th, 2010 at 12:22 pm
cg bagaimana nk catat borang wang masuk??
August 7th, 2010 at 12:23 pm
love akaun,
Cg telah bincangkan mengenai catatan kontra bagi keratan cek untuk kegunaan pejabat DIATAS (kilk), sila rujuk.
Manakala bagi Borang Wang Masuk, cara catatannya adalah sebaliknya.
August 8th, 2010 at 3:14 pm
cikgu, boleh x kasi contoh nk buat catatan kontra??
August 8th, 2010 at 3:15 pm
Cg telah memberikan komen mengenai catatan kontra di ATAS.
August 9th, 2010 at 2:33 pm
cg, catatan kontra ni dari dokumen ape??
August 9th, 2010 at 2:34 pm
1. Borang Wang Masuk
2. Keratan cek – untuk kegunaan perniagaan / Tunai
August 10th, 2010 at 3:06 pm
cikgu, saya nak tanya, kalau ambilan tunai / barang niaga, perlu dicatat dalam jurnal am?
August 12th, 2010 at 1:30 pm
cikgu…macam mane nak sediakan buku ctatan pertama….
August 12th, 2010 at 1:35 pm
Edwin,
Ambilan barang niaga – Jurnal Am
Ambilan tunai – Buku Tunai
Haikal,
Kena sediakan Jurnal Am, Jurnal Khas (Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Belian dan Jurnal Pulangan Jualan) dan Buku Tunai. Ianya susah untuk diterangkan disini, Cg cadangkan berjumpa dengan guru anda kerana ianya perlu diberikan TUNJUKAJAR satu persatu.
August 17th, 2010 at 6:44 pm
saya dimaklumkan oleh rakan saya yang telah menamatkan pengajiannya dalam LCCI Book Keeping level 2, bahawa ambilan tunai perlu direkodkan dalam jurnal am dan buku tunai kerana ambilan tunai akan mengurangkan ekuiti pemilik,dan direkodkan dalam buku tunai kerana melibatkan tunai, jadi ia perlu direkodkan dalam jurnal am…. boleh saya tahu yang kaedah mana satu harus saya ikut..? kerana saya bimbang catatan yang silap boleh mennyebabkan kehilangan markah…
August 17th, 2010 at 7:00 pm
Edwin,
Pada pandangan Cg, apa yang mereka belajar bahawa Buku Tunai hanya dianggap sebagai LEJAR dan bukannya sebagai Buku Catatan Pertama. Dan semua urus niaga hanya dicatat dalam Jurnal Am sahaja sebagai BCP. Daripada Jurnal Am diposkan ke Lejar. Maka wujudlah catatan dalam Jurnal Am dan juga Buku Tunai.
Tetapi apa yang pelajar SPM diajar bahawa BUKU TUNAI juga boleh dianggap sebagai Buku Catatan Pertama dan Lejar. Maka apabila ada urus niaga tunai/cek, kita boleh terus catat dalam Buku Tunai tanpa menyediakan jurnal am. Kedua2 betul, tidak timbul sebarang masalah kerana kesannya pada Lejar tetap sama. Jika anda catat dalam kedua2 JA dan BT, anda tidak akan disalahkan cuma markah hanya diberikan pada BUKU TUNAI sahaja.
Maka, cadangan Cg memadai dengan terus catat dalam Buku Tunai sahaja.
August 18th, 2010 at 9:31 pm
hi cikgu..
saya nak tanya Syarikat ABC mengenakan insurans atas belian RMxx ke atas belian..
apakah buku catatan pertama yang digunakan?
jurnal belian atau buku tunai?
August 18th, 2010 at 9:33 pm
Vinsen,
Berdasarkan urus niaga yang diberikan, tiada bayaran tunai/cek telah dibuat, maka tidak boleh dicatat dalam Buku Tunai. Dan ianya bukan berkaitan barang niaga, maka tidak boleh dicatat dalam Jurnal Belian.
Pada pandangan Cg, ianya perlu dicatatkan dalam JURNAL AM, iaitu:
Dt: Insurans atas belian, Kt: Syarikat ABC
August 19th, 2010 at 6:46 pm
salam,
bgmna nak rekodkan ambilan utk kegunaan sendirin dan untuk kegunaan perniagaa
ap butiran yg perlu ditulis dlm jurnal am dan di sebelah kt or dt
August 19th, 2010 at 6:58 pm
Salam, Catatan Jurnal Am bagi :
1. Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi.
Dt AMBILAN, Kt BELIAN
2. Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi…..
Dt: PROMOSI, Kt BELIAN
August 21st, 2010 at 6:52 am
cg… sekiranya meja adalah barangniaga satu syarikat..kalau urusniaganya “ambilan meja utk kegunaan pejabat?”
mana satu catatan dalam jurnal am ini yang betul.
1) dt ambilan kt belian
ATAU
2) dt perabot kt belian
August 21st, 2010 at 6:53 am
Anne,
Dt PERABOT, Kt BELIAN adalah BETUL.
AMBILAN – hanya melibatkan kegunaan peribadi sahaja.
August 22nd, 2010 at 8:33 pm
sye nk tnye,sye bli kenderan dn mesin daffar tnai…
kenderaan dn mesin daffar tnai letak kat jurnal am kan..?
apa ayt yg patut tlis kt jurnal am..?
August 22nd, 2010 at 8:34 pm
Farah,
Sila guna EJAAN yang lengkap.
Pertama, adakah belian tersebut secara TUNAI/CEK atau KREDIT. Jika :
1. Secara TUNAI/CEK – Buku Tunai
2. Secara KREDIT – JURNAL AM (Dt: Kenderaan/Mesin Daftar Tunai, Kt: Nama Pembekal)
August 30th, 2010 at 9:17 pm
salam cikgu.saya ingin bertanya.bagaimana hendak membezakan antara debit dan kredit dalam buku tunai?dan bagaimana hendak tutup akaun buku tunai runcit?
August 30th, 2010 at 9:18 pm
Salam Nysa,
BUKU TUNAI
DEBIT – wang masuk / penerimaan
KREDIT – wang keluar / pembayaran
BUKU TUNAI RUNCIT, imbang dan tutup seperti akaun2 yang lain bagi lajur penerimaan dan pembayaran untuk dapatkan BAKI AKHIR. Manakala lajur analisis hanya jumlahkan sahaja.
September 4th, 2010 at 4:55 pm
cg
kalo belian krdt msuk kan kt ne??
kalo ta slap saya jrnal belian kan?
September 4th, 2010 at 4:56 pm
Wan,
Belian barang niaga secara kredit – JURNAL BELIAN.
Debit : Belian, Kredit : Pemiutang