Imbangan Duga
April 27th, 2008 — Cg Narzuki1. Merupakan satu senarai baki-baki akaun yang diambil daripada lejar am, lejar subsidiari dan Buku Tunai pada suatu tempoh tertentu.
2. Fungsi Imbangan Duga untuk;
a. Menyemak ketepatan kemasukan catatan bergu
b. Menguji ketepatan pengiraan
c. Memudahkan penyediaan Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira
3. Jumlah di sebelah debit mesti sama dengan jumlah di sebelah kredit.
4. Mempunyai batasan atau had. (Imbangan Duga yang seimbang tidak bererti semua catatan dalam lejar betul kerana mungkin terdapat beberapa kesilapan yang ketara atau tidak ketara dalam Imbangan Duga tersebut)



August 31st, 2008 at 8:51 pm
saya selalu keliru dengan data yang prlu ada dlm imbangan duga…blh cg tlg sy
August 31st, 2008 at 10:17 pm
Royhan,
Imbangan Duga merupakan senarai baki akaun yang diambil daripada buku lejar dan Buku Tunai pada satu tarikh tertentu.
Ini bermaksud semua akaun-akaun dalam lejar hendaklah diimbang dan ditutup bagi mendapatkan Baki h/b dan Baki b/b, termasuklah baki Tunai dan Baki Bank daripada Buku Tunai. Seterusnya semua baki b/b tersebut perlu disenaraikan dalam Imbangan Duga. Kedudukannya mengikut kedudukan Baki b/b dalam akaun masing-masing, jika baki b/b di sebelah debit, maka dalam ID juga disebelah debit dan begitu juga sebaliknya.
Sekiranya ada akaun yang tidak mempunyai baki, iaitu jumlah debit = jumlah kredit, maka tidak perlulah dimasukkan ke dalam ID.
September 3rd, 2008 at 9:22 pm
Cg,
saya kurang pasti utk adjustments adakah kita perlu additional sahaja pd trial balance atau kita perlu buat baru dan perbetulkan spt yg soalan mahu..?
contoh sekiranya salaries 121800 ada tambahan 1700,kita perlu 121800+1700 sahaja atau siap tambahkan n letak amaun 123500 pada trial balance yg baru..
September 4th, 2008 at 12:33 am
Cinda,
Sekiranya soalan minta menyediakan trial balance baru, maka kena buat trial balance yang baru dan memasukkan akaun2 yang ada dengan nilai2 baru selepas ambil kira pelarasan. TETAPI sekiranya soalan minta disediakan Trading and Profit and Loss Account dan Balance Sheet, maka trial balance baru tidak perlu dibuat (memadai tanda pada kertas soalan sahaja), dan terus masukkan SALARIES 123500 ke dalam Profit and Loss Account.
September 4th, 2008 at 3:06 pm
ok, terima kasih cg..
September 6th, 2008 at 4:55 pm
Cg,
saya keliru utk buat Trading and Profit and Loss Account,klu ikutkan buku ni dia minta utk follow vertical format.. Dan ada tiga coloum RM..apakah coloum pertama utk debit kedua kredit dan ketiga utk jum keseuruhan..Dimanakah saya harus letak amaun2 tersebut, ada kaedah/ tips yang boleh saya buat utk letakkan amaun2 tersebut atau tidak kisah dimana ingin saya letakkan janji ada perbezaan..harap dapat membantu.
September 6th, 2008 at 6:52 pm
Cinda,
Ketiga-tiga colum tersebut adalah untuk JUMLAH sahaja, bukannya Debit, Kredit dan Jumlah seperti yang Cinda faham.
Sila rujuk FORMAT ini, dan DISINI semoga ianya dapat membantu. Untuk maklumat/keterangan lanjut boleh email Cg, ok.
September 21st, 2008 at 2:18 am
Cikgu
Perlu tulis nama perniagaan tak seperti:
Perniagaan Salam
Imbangan Duga pada 31 September 2008
Bank dan Tunai perlu diposkan ke Imbangan Duga kan?
Jumlah bank dan tunai itu ambil dari awal baki ataupun akhir baki dalam Buku Tunai.
Semasa mengeposkannya ke ID, perlu ikut apa-apa urutan?
September 21st, 2008 at 2:35 pm
Resah,
Tajuk BETUL mesti lengkap dan ada nama syarikat.
Imbangan Duga merupakan SENARAI BAKI AKHIR SEMUA AKAUN yang ada, termasuk Tunai dan Bank daripada Buku Tunai.
Tiada apa-apa urutan khas, ikut aje urutan akaun-akaun yang telah ada.
November 22nd, 2008 at 11:18 pm
Hi, cg
Pulangan belian boleh dianggap sebagai pengurangan dalam belanja? kita letak angkanya di bhg sebelah kredit. Kes yang sama bagi pulangan jualan sebagai pengurangan dalam hasil, kita letak angkanya di sebelah debit? Ambilan pula sebagai pengurangan dalam ekuiti, kita letakkan angka di bhg sebelah debit?
Terima kasih atas bantuan cg ^^
November 22nd, 2008 at 11:20 pm
Wong,
Ok, BETUL apa yang telah wong nyatakan di atas.
Ramai pelajar yang masih keliru, menyatakan Pulangan Belian sebagai “HASIL” kerana dicatat disebelah Kredit. Begitu juga dengan AMBILAN yang berbaki Dt, ada yang menyatakan ianya sebagai “BELANJA”. Kalau dah belanja kenapa tidak dicatatkan dalam Penyata Pendapatan bersama-sama belanja2 lain. Betul tak !!!
November 28th, 2008 at 5:02 pm
cg,
ambilan nak letak kt bahagian mana dalam imbangan duga?
tq
November 28th, 2008 at 6:38 pm
Fared,
MODAL berbaki KREDIT, AMBILAN berbaki DEBIT. Itulah sebabnya dalam KKK:
MODAL
(+) Untung Bersih
(-) AMBILAN
November 29th, 2008 at 2:23 pm
maksudnya letak dibahagian debit dalam imbangan duga?
November 29th, 2008 at 3:51 pm
Ya, Fared.
April 13th, 2009 at 4:20 pm
assalammualaikum cekgu..
sy nak brtanya cara @ kaedah penyediaan imbangan duga
April 13th, 2009 at 4:43 pm
lpas 2 sy nak tanya perbezaan antara akaun nominal dengan akaun sebenar.
mcm mana ter cekgu?
April 13th, 2009 at 5:19 pm
Irah,
Terdapat 2 format dalam penyediaan ID :
1. Bentuk Akaun @ “T”
2. Bentuk Lajur
Cara penyediaannya, imbang dan tutup SEMUA akaun2 dalam lejar termasuk Buku Tunai, dan pindahkan bakinya ke dalam ID. Pastikan tiada akaun yang tertinggal kecuali akaun yang tidak berbaki.
AKAUN NOMINAL adalah merujuk kepada Akaun HASIL dan BELANJA.
AKAUN NYATA pula merujuk kepada Akaun ASET (aset semasa dan aset bukan semasa).
“Akaun Sebenar” Cg tak pernah dengar pula, mungkin dimaksudkan dengan Akaun Nyata di atas.
May 25th, 2009 at 8:50 pm
cikgu..
esok saya exam, sila jawab cepat ya..
kalau Akuan dalam lejar hanya satu entry saja , perlu imbang kemudian tulis baki sekali lagi tak? cth:
AK GAJI
————————————————————————–
Mac 1 Bank 30000 l
biarkan mcm ini boleh tak? terus pindah ke ID ?
lagi,
masa buat dokumen sekesai BCP dulu baru masuk lejar atau ke2-2 sekali lebih baik?
mesin taip ialah kelengkapan atau alat pejabat? kenapa dalam buku PELANGI LATIH TUBI TING 4 soalan mirip spm 5(ms 132 ) ia kelengkpan?
doakan kecemerlangan saya ya…terima kasih banyak-banyak
May 25th, 2009 at 9:14 pm
Sedar,
1. sebaik2nya tulis Baki h/b ddan Baki b/b.
2. Cg syorkan siapkan BCP kemudian pos ke lejar satu persatu.
3. Mesin taip dikelaskan sebagai Alatan Pejabat, dalam perakaunan istilah “kelengkapan” tidak sesuai digunakan.
Cg doakan sedar memperolehi keputusan yang cemerlang.
July 2nd, 2009 at 8:56 pm
cg..sy kurang fham..(Mempunyai batasan atau had.)..
apkah yg di mksud kn….??
cg..bgimna sy nk mmprbaiki klmhan sy dlam subjek akaun…??sy fham apbla ckgu ajar…ttapi bla di cbang kn dlam bnyak2 ktegeri…sy mula keliru….
bleh cg sdiakn 1 bntuk peta mnda yg mmudah kn sy fham…
July 2nd, 2009 at 11:55 pm
Sarah,
Imbangan Duga dapat digunakan untuk menguji ketepatan sistem catatan bergu akaun dalam lejar dan Buku Tunai. Di mana Jumlah ID di sebelah DEBIT = KREDIT.
Walau bagaimanapun ID yang seimbang masih tidak bermakna semua catatan adalah tepat dan betul. Kerana masih ada lagi kesilapan2 yang mungkin berlaku tetapi tidak dapat dikesan dengan jumlah ID yang seimbang. Itulah yang dimaksudkan dengan PENGHADAN IMBANGAN DUGA. Iaitu ada kesilapan2 yang tidak dapat dikesan hanya melalui ID sahaja.
Belajar Akaun kena rajin berTANYA apabila tidak faham. Bertanyakan cikgu adalah lebih baik dan mudah faham berbanding baca buku secara sendirian.
Bagi mendapatkan carta minta, Cg cadangkan beli / dapatkan daripada buku rujukan SASBADI, kerana setiap bab ada disediakan carta minda / peta konsep tersebut.
October 10th, 2009 at 2:07 pm
nak tanye cket…………..
kaedah penyediaan imbangan duga macam mane ekk??
October 11th, 2009 at 5:04 pm
cikgu,
mcm mana nk mengesan dimasukkan dlm DT atau KT pda imbangan duga?
October 11th, 2009 at 7:06 pm
Q,
Imbangan Duga merupakan senarai baki2 akaun yang telah kita buka termasuk Buku Tunai. Dalam menentukan ianya berbaki debit atau kredit, hendaklah merujuk kepada baki akhir (BAKI B/B) akaun2 tersebut.
October 11th, 2009 at 9:15 pm
thanx cikgu…..^^
October 29th, 2009 at 8:34 pm
cg,….
tlg sy,…
esok sy ader exam akaun form 4,..
n sy x reti ape2 pon,.. :(
October 29th, 2009 at 8:35 pm
Luna,
Maaf, tiada apa yang boleh Cg tolong kecuali anda menolong diri anda sendiri untuk berusaha mempelajari dan menguasainya.
November 26th, 2009 at 12:40 pm
as’kom,cg
sy nak tny,,sebelum total drpd akaun lejar kite nak pos ke IMBANGAN DUGA adakah perlu untuk kite tutup semua akaun lejar 2 sampai baki b/b,,walaupun hanya terdapat 1 sahaja urusniaga dlm Akaun 2 cth Akaun Diskaun Diberi,Diterima dan lain2?…
Tq,cg
November 26th, 2009 at 12:41 pm
Syafiq,
Sebaik-baik jawapan hendaklah diimbang dan tutup semua akaun, walaupun hanya terdapat 1 item saja.
November 28th, 2009 at 6:05 pm
cg,,
untuk soalan Dokumen berapa lama masa yang sepatutnye Fiq guna bagi menjawab soalan dokumen hingga imbangan Duga?…
dan boleh kasi tip cara untuk fiq agihkan masa2 untuk menjawab topik2 masa exam?…
November 28th, 2009 at 7:10 pm
Masa untuk jawab soalan dokumen tidak lebih 53 minit. Secara mudahnya kita ambil nisbah markah darab dengan jumlah masa 2jam 30 minit @ 150 minit.
Contohnya:
Soalan 1 – 28 markah = 28/80 X 150 = 53 minit
Soalan 2 – 20 markah = 20/80 X 150 = 38 minit
November 28th, 2009 at 8:49 pm
cikgu…selain soalan 2…manakah soalan lain yang termasuk untuk semakan LCCI?
November 28th, 2009 at 8:50 pm
Sue,
Soalan 2 dan Soalan 3 menggunakan format dan skema pemarkahan ala LCCI. Tetapi penilaian dalam pemberian Sijil LCCI adalah bergantung kepada markah KERTAS 2 iaitu mendapat 40 markah ke atas.
November 29th, 2009 at 2:00 pm
Cg,,
boleh tak cg tunjuk cara nak tutup n imbangkan akaun lejar yang betul?..sebab cg kelas sy tidak tunjuk cara yang sempurna untuk menutup akaun lejar..
November 29th, 2009 at 2:01 pm
Syafiq,
Cara tutup akaun yang lengkap ialah ada BAKI H/B dan BAKI B/B pada akhirnya.
November 29th, 2009 at 11:21 pm
cg,,
ape yang perlu saya buat untuk persediaan esok sebelum exam spm paper akaun,,adakah saya perlu membuat lagi latihan atau mengulangkaji n melihat semula latihan yg telah saya buat?..
sebab saya telah banyak buat latihan,,cuma tidak tahu cara untuk persediaan yang betul..
Terima Kasih,,cg
November 29th, 2009 at 11:22 pm
Syafiq,
Pada pandangan Cg, sekarang bukan lagi masa untuk buat latihan. Sebaliknya ulangkaji setiap topik, ingat format2 yang terlibat, langkah2 penyelesaian, dengan merujuk kembali kepada latihan2 yang telah dibuat serta komen2 atau teguran2 yang diberikan oleh guru anda terhadap kesilapan2 yang telah anda lakukan agar ianya tidak berulang lagi. Dan jangan lupa berikan sedikit waktu untuk lihat kembali soalan2 kertas 1 yang telah dijawab dan dibincangkan dalam kelas..
~ Semoga Berjaya.
January 12th, 2010 at 10:22 pm
a’kum ckgu..
sy lmah dlm bab ni…ckgu ade sdiakn formula utk bab ni x??
January 12th, 2010 at 10:23 pm
Fahamkan apakah Imbangan Duga ?
- Merupakan satu SENARAI BAKI-BAKI akaun yang diambil daripada akaun2 dalam lejar.
Jadi masukkan SEMUA baki-baki akaun yang ada, jika BAKI AKHIR (BAKI B/B) di sebelah debit, maka catat di sebelah DEBIT dan sebaliknya.
Kemudian JUMLAHKAN kedua-dua belah DEBIT dan KREDIT, dan jumlah tersebut MESTI SAMA. Jika tidak sama menunjukkan ada berlaku kesilapan, sama ada semasa di lejar atau di Imbangan Duga itu sendiri.
February 26th, 2010 at 11:24 am
cikgu
tolong jelaskan macam mana nak tutup akaun lejar dan imbang duga. saya tak berapa tahu cara dan langkahnya…
February 26th, 2010 at 8:26 pm
assalammualaikum,cikgu..
nk tanya sikit..umm..dalam kunci kira2,kita nak buat dalam bentuk penyata ke bentuk ‘T’ DALAM spm?sebab sekarang ni saya dah terbiasa buat dalam bentuk ‘T’..
Tq,CIKGU
February 26th, 2010 at 8:50 pm
Aby,
………..Ak Perabot
Bank…….. 1000…. Ambilan …….200
……………………….. Bank h/b…..800 (3)
……………. 1000 (1)……………..1000 (2)
Baki b/b …. 800 (4)
Langkah2 ikut 1, 2, 3 dan 4. Kemudian Baki b/b 800 dipindahkan ke Imbangan Duga di sebelah debit Perabot 800.
Imbangan Duga hanyalah senarai baki2 semua akaun (rujuk kepada baki b/b). Kemudian jumlah di sebelah debit dan kredit … jumlah mesti SAMA/SEIMBANG.
Anje93,
Cg cadangkan supaya membiasakan diri dengan bentuk PENYATA.
February 26th, 2010 at 9:02 pm
adakah jika saya buat dlm bentuk ‘T’ markah akan berkurang cikgu?dan saya tak berapa faham la tentang angkutan2 ni ,cikgu…dalam a/k penghutang kita letakkan angkutan keluar ke masuk?sebab,saya rujuk cara buat a/k penghutang dia xkata angkutan apa…
February 26th, 2010 at 9:16 pm
Ya, jika buat bentuk T, kemungkinan markah untuk MODAL KERJA (dalam bentuk Penyata) akan hilang.
Soalan angkutan yang dimaksudkan itu mungkan bawah topik Akaun Kawalan.
1. ANGKUTAN MASUK … belanja pengankutan untuk membawa MASUK barang niaga yang kita BELI daripada PEMBEKAL. Oleh itu Ak PEMIUTANG terlibat.
2. ANGKUTAN KELUAR … belanja pengankutan untuk menghantar KELUAR barang niaga kepada PELANGGAN. Maka Ak PENGHUTANG terlibat.
May 6th, 2010 at 1:43 pm
salam……….
cikgu bgaimna nk tau samada nk mskn sblah dbit tau kredit
May 6th, 2010 at 1:50 pm
Salam,
Panduan asas dalam menentukan catatan disebelah debit atau kredit ialah : AB = LEH
DEBIT : Aset dan Belanja
KREDIT : Liabiliti, Ekuiti dan Hasil.
May 31st, 2010 at 10:49 am
assalammualaikum cikgu…
saya mempunyai masalah dalam mengimbangi imbangan duga setiap kali membuat imbangan duga. Bagaimana saya nak memastikan imbangan duga saya imbang??
May 31st, 2010 at 11:00 am
Waalaikumussalam,
Beberapa kesilapan yang menyebabkan ID tidak seimbang:
1. Tertinggal 1 atau beberapa item dalam ID.
2. Catatan di sebelah debit dan kredit yang salah.
3. Kesilapan pengiraan jumlah debit dan kredit ID.
4. Kesilapan pengiraan baki h/b & baki b/b dalam Lejar.
5. Kesilapan semasa poskan ke Lejar.
June 7th, 2010 at 8:42 am
salam….
cikgu,sy merupakan guru pelatih…
apakah set induksi yang paling sesuai untuk pengajaran bab imbangan duga????
harap cikgu dapat sumbangkan idea…tq
June 7th, 2010 at 9:17 am
Tujuan set induksi adalah untuk membuka minda, mencetuskan fikiran dan menarik perhatian pelajar terhadap topik yang hendah diajar. Sebaik2nya set induksi yang disediakan ada kaitan dengan isi kandungan yang hendak disampaikan dalam topik tersebut, seperti :
1. Format Imbangan Duga.
2. Fungsi / Kegunaan Imbangan Duga.
3. Konsep keseimbangan, sistem catatan bergu atau Persamaan Perakaunan.
Semoga sedikit sebanyak dapat membantu Syera menyediakan SI tersebut.
June 10th, 2010 at 1:33 pm
assalamuailaikum cikgu,
selalu imbangan duga yg saya buat ximbang…mcm mana nak pastikan ia seimbang?
adakah perlu untuk menulis jumlahnya dibawah?
June 10th, 2010 at 2:00 pm
Waalaikumussalam,
Beberapa kesilapan yang menyebabkan ID tidak seimbang:
1. Tertinggal 1 atau beberapa item dalam ID.
2. Catatan di sebelah debit dan kredit yang salah.
3. Kesilapan pengiraan jumlah debit dan kredit ID.
4. Kesilapan pengiraan baki h/b & baki b/b dalam Lejar.
5. Kesilapan semasa poskan ke Lejar.
Cuba elakkan kesilapan2 tersebut. Jawapan yang lengkap hendaklah menyediakan JUMLAH tersebut, walaupun tiada sebarang peruntukkan markah untuknya. Bagi tujuan menjawab peperiksaan, jumlah tersebut boleh disediakan selepas menjawab semua soalan2 yang lain bagi tujuan menyemak catatan bergu / mengesan kesilapan dalam soalan tersebut.
June 17th, 2010 at 10:25 am
jualan nak letak kat mana cikgu
June 17th, 2010 at 10:59 am
Jualan adalah Hasil maka, mestilah bebaki Kredit. Maka dalam Imbangan Duga diletakkan disebelah KREDIT.
July 1st, 2010 at 11:20 am
salam…. saya nk tanya mengenai maksud kekangan imbagan duga? adakah ianya sama seperti pengehadan imbangan duga….. rime kaseh…. =)
July 1st, 2010 at 11:25 am
Ya, sama saja maksudnya.
July 13th, 2010 at 8:43 pm
assalamulaikum cikgu…
saya nak tanya kenapa dalam imbangan duga stok awal di masukkan sebelah debit…kenapa bukan stok akhir?bukanke stok akhir adalah aset…..saya harap cikgu dapat membantu.
July 13th, 2010 at 9:14 pm
“stok akhir akan dicatatkan diluar ID kerana stok akhir hanya dinilai slps ID disediakan” apa maksudnya ek? dicatatkan di luar tu katne?
kenyataan drpd focus goal pelangi…….saya menunggu bantuan cikgu..terima kasih
July 13th, 2010 at 9:44 pm
STOK AKHIR dinilai secara fizikal di akhir tempoh perakaunan, iaitu semua stok dalam kedai dikira bilangan yang ada (tak habis dijual) kemudian didarabkan dengan harga kos atau harga pasaran. Dan catatan pelarasan akan dilakukan pada akhir tahun kewangan tersebut. Itlah sebabnya stok akhir hanya dicatat diluar ID duga sahaja, ianya sebagai catat sahaja bukannya merujuk kepada baki pada AKAUN STOK.
Pada akhir tahun kewangan, Baki awal Ak Stok (Stok awal) akan dipindahkan ke Ak Perdangan dan STOK AKHIR akan dicatatkan dalam AKAUN STOK.
STOK AWAL dan STOK AKHIR adalah merujuk kepada AKAUN STOK yang sama, cuma Stok Akhir akan dicatat dalam Ak Stok pada akhir tahun kewangan. Dan baki tersebut dibawa ke tahun hadapan dan dinamakan sebagai STOK AWAL.
July 15th, 2010 at 2:52 pm
terima kasih atas jawapan cikgu..
August 25th, 2010 at 10:12 pm
Hi Cikgu,
Link yang diposkan oleh cikgu sudah tidak boleh akses, bolehkah cikgu poskan link baru tentang fomat ID?
Terima kasih! :)
August 25th, 2010 at 10:15 pm
Darren,
Terdapat 2 Format bagi Imbangan Duga, iaitu :
1. Format Akaun “T”
2. Format Lajur
Maaf, link tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Format2 tersebut boleh dirujuk dalam buku teks / buku rujukan.
August 30th, 2010 at 9:20 pm
adakah jumlah tunai dan bannk tu diambil dari buku tunai dan jumlah yang mana satu kita perlu ambil?
August 30th, 2010 at 9:21 pm
Nysa,
Imbangan Duga ialah senarai BAKI AKHIR setiap akaun. Maka BAKI AKHIR bagi Tunai dan Bank akan dicatatkan dalam Imbangan Duga.
September 3rd, 2010 at 8:59 pm
cg sya langsung tak faham ttg bab ini…apa y hrus sya lakukan?
September 3rd, 2010 at 9:00 pm
Chippie,
Cara paling CEPAT untuk faham ialah berjumpa dan bertanyakan guru anda disekolah. Ini kerana ianya antara topik yang paling mudah.
September 5th, 2010 at 2:34 pm
As’kum,cg….
bagaimanakah caranya untk membaiki ID yg tdak seimbang???
September 5th, 2010 at 2:35 pm
Iwan,
Salam, bagi membetulkan ID, kena SEMAK dan kenal pasti terlebih dahulu apakah kesilapan yang telah dilakukan. Antara kesilapan2 yang menyebabkan ID tidak seimbang, ialah :
1. Tertinggal 1 atau beberapa item/akaun dalam ID.
2. Catatan di sebelah debit dan kredit yang salah.
3. Kesilapan pengiraan jumlah debit dan kredit ID.
4. Kesilapan pengiraan baki h/b & baki b/b dalam Lejar.
5. Kesilapan semasa poskan ke Lejar. – Dari segi : Debit, Kredit, Jumlah, Catatan bergu.
6. Kesilapan semasa menyediakan Buku Catatan Pertama. – Dari segi : pengiraan.