Koleksi Trial 2008

Koleksi soalan-soalan percubaan PRINSIP PERAKAUNAN SPM bagi tahun 2008.

Johor : K1, K2, Skema
Kedah : K1, K2, Skema
Kelantan : K1, K2, Skema
Pahang : K1, K2, Skema
MRSM : K1, K2, Skema
Negeri 9 : K1, K2, Skema
SAS Putrajaya : K1, K2, Skema
Terengganu : K1, K2, Skema
Perak : K1, K2, Skema
Selangor SMKDU : K1, K2, Skema
Perlis : K1, K2, Skema
Penang – SMKKM : K1. K2, Skema

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MUAT TURUN SOALAN TRIAL 2008
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

97 Responses to “Koleksi Trial 2008”

  1. Cg Narzuki Says:

    Soalan Percubaan SPM 1 2008 SMK Baru Miri – Kertas 2

    Cg Hamidon dari SMK Baru Miri, Sarawak menyumbangkan soalan tersebut melalui Blog Sifu2b di http://sifu2b.wordpress.com

    Sesiapa yang berminat, boleh muat turun soalan tersebut di sini.

  2. amin Says:

    salam ckg…ckg,sy akaun tdk brape bek..
    sy nk tny,mcm mner nk kuasai subjek akaun..
    blh x ckg terangkan…

  3. Cg Narzuki Says:

    Amin,

    Subjek Prinsip Perakaunan merupakan ilmu kemahiran / tenikal. Oleh itu LATIHAN memainkan peranan yang sangat penting, semakin banyak latihan dibuat semakin meningkatlah KEMAHIRAN kita, seterusnya KEFAHAMAN bertambah. Sekiranya ada masalah terus BERTANYA rakan / guru. Sentiasa dapatkan BIMBINGAN daripada guru.

    Beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi menguasi subjek ini :

    1. Sebelum kelas :
    - baca dahulu topik yang akan diajar oleh guru.
    - bersedia untuk belajar dari sedi mental dan fizikal.
    - pastikan peralatan (alat tulis, kalkulator dll) ada dan mencukupi.

    2. Semasa kelas :
    - berikan sepenuhnya tumpuan dan perhatian kepada apa yang diajar.
    - fahami konsep2 dalam topik yang dipelajari
    - kuasai kemahiran simpankira (cara-cara merekod atau menyediakannya)
    - terus banyakkan bertanya rakan / guru jika tidak faham.

    3. Selepas kelas :
    - menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru.
    - perbanyakkan latihan kendiri, jawab soalan2 format SPM sebenar.
    - terus bertanya jika mengahadpi sebarang masalah.
    - hantar latihan yang siap kepada guru untuk semakan.

    4. Persediaan peperiksaan untuk skor 1A SPM,
    - banyakkan menjawab soalan soalan tahun2 lepas dan soalan Trial dari negeri2 lain.
    - hadir dalam setiap kelas/ kelas tambahan yang diadakan oleh guru.
    - menyertai seminar teknik menjawab soalan.
    - kuasai semua topik yang diajar, jangan sekali-kali “spot” topik2 tertentu sahaja.
    - bersedia/study awal, jangan tunggu saat akhir.
    - menggunakan masa lapang dengan bijak semasa di sekolah.
    - hormati kawan2 dan bekerjasama dengan mereka.
    - hormati guru dan wujudkan hubungan yang baik dengan mereka.
    - sentiasa berhubung dengan guru untuk mendapat nasibat dan bimbingan.

    Itu sahaja serba sedikit pandangan dan cadangan yang dapat cikgu berikan untuk kali ini, semoga ianya dapat membantu Amin.

  4. fahaza Says:

    cena nk cekap akaun?

  5. Cg Narzuki Says:

    Fahaza,

    Ilmu perakaunan merupakan ilmu yang melibatkan penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu. Jadi untuk menjadi kita cekap dan mahir, pastikan kita memahami konsep asas sesuatu topik, mengingati format2 yang terlibat, kusai kemahiran pengiraan/pelarasan, mengetahui teknik2/langkah2 menyediakannya seterusnya perbanyakkan LATIHAN di samping mendapat BIMBINGAN GURU secara berterusan.

  6. hanisah yusra Says:

    cikgu,sy terkejut soalan thn ni ada perubahan.susah sgt ke? utk kunci kira2..sy msih blm blh igt kesemua formatnya..cmna ya cikgu

  7. Cg Narzuki Says:

    Hanisah,

    Perubahan hanya dari segi GAYA PENYOALAN dan PEMBERIAN MARKAH saja.

    Pada pandangan Cg, soalan bukan susah sangat cuma cara bertanya (GAYA PENYOALAN) lain sedikit berbanding dengan tahun-tahun lepas (itupun bukan semua). Sekiranya Hanisah dapat menguasai atau menjawab dengan baik soalan2 tahun lepas / soalan latihan yang guru anda berikan. InsyaAllah tidak ada masalah bagi anda. Serta cuba dapatkan Soalan-soalan Percubaan SPM 2008 bagi setiap negeri.

    Masalah PEMBERIAN MARKAH, Hanisah tak payah risau, yang PENTING dapat menjawab dengan baik. Sekiranya kita dapat menjawab dengan baik / lengkap, maka MARKAH yang kita akan dapat pasti BAIK, walau cara mana sekalipun PEMBERIAAN MARKAH yang digunakan.

    Berkaitan dengan KUNCI KIRA-KIRA, sebaik-baiknya Hanisah dapat membezakan apakah maksud ASET BUKAN SEMASA, ASET SEMASA, LIABILITI SEMASA, LIABILITI BUKAN SEMASA dan EKUITI. Kemudian kenalpasti apakah AKAUN-AKAUN yang dikelaskan sebagai ABS, AS, LS, LBS atau EP. Seterusnya cuba FAHAM dan HAFAL format KKK (terutamanya bentuk penyata). Hafal jangan hanya baca sahaja, Hanisah perlu TULIS beberapa kali FORMAT KKK yang lengkap, SEHINGGA BETUL-BETUL INGAT. Cg rasa dalam masa SATU HARI saja InsyaAllah akan ingat.

    ~ USAHA TANGGA KEJAYAAN ~

  8. cT Says:

    ckgu…
    sy amat meminati akaun..
    akn tetapi sy plajar pure sc dan sy mengambil subjek akaun sbagai subjek tmbhn..
    masalahny..sy br mule blajar pd taun ini..
    adakah smpt utk sy cover semua topic??

  9. Cg Narzuki Says:

    cT,

    Cg pernah mempunyai pelajar sepeti ct pada 2 tahun lepas, seramai 10 orang. Mereka mula berminat untuk mengambil akaun pada bulan 4 pada tahun 2006 (semasa nak daftar subjek peperiksaan spm). Mereka jumpa Cg minta pendapat, jadi Cg galakkan dan Cg bantu mereka dengan mengadakan kelas pada sebelah petang 1 kali seminggu bermula pada Bulan MEI hingga NOVEMBER2006.

    Dan keputusannya 5 orang mendapat 1A, 1 orang 2A, 2 orang 3B, 2 orang 4B. Ada antara mereka telah memasuki martikulasi 1 tahun dan sekarang ini 2 orang mengikuti program Ijazah Sarjana muda Perakaunan di UiTM dan 1 orang Ijazah sarjana muda Perbankan di UUM, manakala lain-lain ada yang Ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal, ISM Sains Bio dan ada juga mengikuti program Diploma.

    Semoga cerita ini dapat meyakinkan ct, bahawa peluang masih terbuka luas. Yakin Boleh dan Berusaha bersungguh-sungguh. Berikan sepenuh perhatian kepada apa yang guru ajar. Dan yang paling penting SENTIASA BERJUMPA GURU UNTUK BERTANYA sekiranya tidak faham.

  10. cikgu yus Says:

    cikgu, tahniah atas usaha cikgu. saya merupakan seorang guru akaun t4, t5 dan t6 di selangor. ada tak skema for the trial 1?

  11. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih cikgu yus.

    Sorry kerana skema untuk soalan tersebut tidak ada dalam simpanan saya. Apa kata kita tukar soalan trial masing2 nanti.

  12. cikgu razak Says:

    Saya amat kagum dengan usaha cikgu. Harap dapat teruskan usaha ini. Saya guru di Gerik, Perak juga berminat untuk bertukar soalan trial dengan negeri-negeri lain. Cadangan saya supaya melalui laman web ini semua negeri dapat bertukar-tukar soalan…

  13. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih Cikgu Razak di atas sokongan anda, InsyaAllah saya akan teruskan usaha ini …….

    Pada tahun lepas saya berjaya kumpul 9 set soalan trial setiap negeri termasuk Trial MRSM. Negeri yang tidak dapat dikumpul ialah Perak, Perlis, P.Pinang, Sarawak dan Johor. Semoga dengan kesudian Cikgu Razak dan Cikgu Yus dapat kita sama-sama kumpul dan kongsikan soalan-soalan trial 2008 masing-masing melalui blog ini.

  14. cikgu yus Says:

    ok tiada masalah. Insyaallah. kami di sini tidak mendapat info yang mendalam tentang perubahan cara pemarkahan. saya hanya mendapat maklumat daripada rakan2 dan blog cikgu sahaja. jika ada perkara penting yang perlu dihebahkan, silalah berbuat demikian demi anak didik kita.

  15. Cg Narzuki Says:

    Cikgu Yus,

    Saya juga sangat-sangat mengharapkan mana-mana guru yang mempunyai apa-apa saja maklumat berkaitan dengan Prinsip Perakaunan SPM khasnya, dapat sama-sama kita kongsikan demi kebaikan dan kecemerlangan kita sebagai guru serta anak didik sekalian.

  16. Cg Ghazali Says:

    Perubahan 2008 bagi Kertas 2 soalan 2 dan 3 dari tajuk-tajuk `Anchor Item’ LCCI dan ACCA ( PP, Perkongsian, Rekod Tak Lengkap, Ak Kelab, Ak Kawalan) Soalan 1, 4, 5 dan 6 dari tajuk-tajuk lain.

  17. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih Cg Ghazali di atas maklumat yang disampaikan.

  18. Cg Ghazali Says:

    peperiksaan percubaan spm akan menjelang. Diharap kita dapat bertukar-tukar soalan percubaan negeri-negeri bagi mendapat gambaran yang lebih jelas soalan SPM 2008.

  19. Cg Narzuki Says:

    Ok boleh saja. Peperiksaan Percubaan SPM bagi negeri Kelantan bermula awal September 2008. Paper Prinsip Perakaunan (kalau tak silap) pada 11 Sept. 2008, selepas tarikh tersebut saya akan UPLOAD soalan tersebut diruangan ini untuk dikongsikan bersama.

    Kita sudah ada Cg Yus dari Selangor, Cg Razak dari Perak, Cg Ghazali dari ……… dan Cg Rithuwan dari Sabah. Semoga perkongsian kita ini akan menbawa kebaikan demi kecemerlangan anak didik kita sekalian.

  20. Cg Ghazali Says:

    Saya dari Kedah. Biasanya setiap tahun saya dapat tdak kurang dari 8 percubaan negeri. Usaha kumpul soalan percuban ini sejak 2002 lagi. Soalan ini banyak bantu pelajar saya dan rakan-rakan guru di Kedah menjelang spm sebenar! Mungkin masalah soalan yang lambat sampai tidak lagi pada tahun ini kerana dapat diuplod dari sini. Yang pasti saya ada contect di Pahang, Terangganu, perak, MRSM, Melaka, Kelantan, perlis dan N.9.

  21. Cg Narzuki Says:

    Sememangnya soalan trial sangat membatu pelajar & guru dalam persediaan menghadapi SPM, cuma masalah untuk mendapatkannya. Pada tahun ini masalah tersebut tidak timbul lagi dengan kerjasama rakan-rakan guru semua.

    Soalan2 tersebut masing2 boleh upload dan letakkan linknya disini ATAU emailkan kepada narzuki@gmail.com dan saya akan uploadkan sebagai Koleksi Trial 2008. Semoga usaha ini berjaya.

  22. Cg Zukarnan Says:

    Assalamualaikum..
    Syabas dan tahniah atas usaha murni cikgu ini. Laman web ini banyak membantu saya dan para pelajar saya dalam meningkatkan prestasi dalam subjek ini. Jutaan terima kasih dari kami..

  23. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih atas sokongan Cg Zukarnan, semoga ianya memberikan manfaat kepada semua guru dan pelajar prinsip perakaunan keseluruhannya.

  24. fana Says:

    Salam..ckg saya nak hadapi SPM tahun ni..tp sya risau sgt sbb byk lg format2 akaun yg sya blum hfl…mcm mn ni ckg? ckg,universiti mna paling baik utk ambil jurusan perakaunan..? betul ke kalau nak ambil jurusan perakaunan mesti fasih dan menguasai bhs inggeris dgn baik? saya risau sbb english sya x brapa baik…

  25. Cg Narzuki Says:

    Fana,

    Jangan terlalu risau, bawa bertenang dan rancang pembelajaran anda dengan teratur, kuasai satu persatu, perbanyakkan menjawab soalan SPM dan Trial tahun2 lepas. U mana yang paling baik … tu Cg tak pasti, kerana masing2 ada kebaikan dan kelebihan masing2. Pada masa sekarang ni jurusan apa sekalipun penguasaan BI sangat penting samada di semasa U ataupun peluang kerjaya nanti, jadi tingkatkan penguasaan BI anda.

  26. fana Says:

    Thanks cg.. sya akan cuba yg terbaik utk trial n spm ni…

  27. Cg Narzuki Says:

    Fana,

    Bagus, itulah sikap yang perlu ada dalam diri pelajar. Good Luck.

  28. hanisah yusra Says:

    assalamualaikum cikgu..stiap kali cg sy adakn test utk subjek akaun,msti sy berdebar. muka sy pucat lesi cg.smpi sy xblh fokus nk menjawab,trutama dokumen.sdgkn msa buat lthn sy biase sj.smpi tgn sy menggigil cg..hbs formula xigt.sy tkt perkara ni berulang wktu trial n exam sbnr.trial is juz around da corner.blh cg bg tips yg b’bna utk sy..

    cg mengajar di sekolah mn?

  29. Cg Narzuki Says:

    Hanisah,

    Cg mengajar di SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (2), Tanah Merah.

    Untuk menyelesaikan sesuatu MASALAH, kita kena tahu apakah PUNCA SEBENAR masalah tersebut, baru kita dapat mencari PENYELESAIANNYA.

    MASALAHnya berdebar, hilang fokus, muka pucat “lesi” dan tangan menggigil.

    APAKAH PUNCANYA ?

    1. Adakah TIADA KEYAKINAN untuk menjawab soalan Akaun ? Cg rasa tidak, kerana semasa membuat latihan biasa, Hanisah boleh jawab dengan baik.

    2. Adakah disebabkan TEKANAN semasa menjawab soalan ? Mungkin YA, tapi apakah punca tekanan tesebut ? …… (hanya Hanisah saja yang tahu)

    # Terlalu rungsing tidak dapat disiapkan semua soalan dalam masa yang diberikan 2 jam 30 minit ?

    # Tidak ada garis panduan / TEKNIK MENJAWAB terutamanya bagi soalan dokumen ? …. Sehinggakan menjadi kelam kabut semasa menjawab … tak tahu apa yang perlu dibuat dahulu, kemudian apa… dan ….apa…

    JADI APAKAH PUNCA TEKANAN TERSEBUT ?
    Diharapkan Hanisah dapat kenalpasti apakah punca sebenar masalah tersebut, kemudian beritahu Cg. InsyaAllah Cg akan bantu cara untuk menyelesaikannya.

  30. hanisah yusra Says:

    sbnrnya cg..sy takut dgn cg sy.dia baik,tp tegas dlm studi.sy tau dia nk yg t’baik utk kami.sy tkt ble dia tny soaln spontan,sy xdpt jwb..kne mrh.ble wt dokumen,sy lbh tenang wt sendiri..sorg2.tp ble buat dgn cg,sy jd t’lalu tkt.blank otak sy.klu wt sorg2..alhamdulillah kbanyakn imbg.ble dok. sy t’sgkt,apatah lg soaln seterusnya.lg sy tkt..xblh buat msti cg marah.slalu sy fikir gitu.

  31. Cg Narzuki Says:

    Hanisah,

    Daripada cerita hanisah, Cg rasa puncanya adalah TIADA KEYAKINAN DIRI. Anda mampu menjawab soalan tersebut jika bersendirian, ini bermaksud anda sudah boleh menjawab/menguasai soalan tersebut, Cuma bila cikgu bertanya anda jadi tidak yakin dan takut jawapannya salah. Begitu juga semasa menjawab periksa anda jadi cemas sehingga tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa menjawab. Keadaan ini sangat TIDAK ELOK bagi seorang pelajar/calon SPM. Hanisah harus mengambil langkah SEGERA untuk mengatasinya, demi masa depan. Untuk menyelesaikannya tidak ada cara mudah/cepat, sebaliknya mesti dilakukan secara beransur-ansur dan berterusan.

    Langkah2 yang boleh diambil bagi MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI :
    1. Sentiasa / terus bertanya kawan / guru jika ada sebarang masalah atau tidak faham tentang sesuatu topik / soalan..
    2. Mengadakan perbincangan dengan kawan2/guru tentang sesuatu topik/soalan supaya betul2 faham.
    3. Membantu memberi tunjukajar / menerangkan kepada kawan2 yang lebih lemah daripada kita.
    Sekiranya Hanisah melakukanya, InsyaAllah keyakinan diri akan bertambah.

    Akhir sekali nasihat Cg, cara yang PALING BERKESAN sekali untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Hanisah ialah BERJUMPA CIKGU TERSEBUT untuk menyatakan masalah yang dihadapi oleh Hanisah serta minta BANTUAN dan BIMBINGAN bagi menyelesaikannya. Setiap orang cikgu akan cuba menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar mereka dengan sebaik mungkin. Cikgu anda tidak akan marah jika pelajar datang berjumpa mereka sebaliknya AMAT GEMBIRA sekiranya pelajar selalu berjumpa dan bertanyakan soalan. Secara tidak langsung Hanisah tidak akan takut lagi kepada cikgu, dan cikgu anda juga akan lebih memahami dan memberikan perhatian terhadap masalah anda. Dengan bimbingan cikgu anda yang berterusan juga boleh menyebabkan keyakinan diri turut bertambah dan masalah tersebut dapat diselesaikan, InsyaAllah.

    Hanisah,
    # Sila Rujuk : Teknik Menjawab Soalan Dokumen.

  32. nieda Says:

    sy pun mempunyai msalah yg sama mcm hanisah yusra… mmang blank otak bile wt dgn cg. walaupun cg sy baik dia tegas orgnya… sy memang takut nk tanya..nanti kena marah..cz dh bnyk kali dia terang tp, sy masih lemah utk memahaminya. kalu wt sorang ok la jugak.. tp, masih lmbt utk shap masa yg di tetapkn…. cg.. knp semasa sy menjalani pperiksaan(akaun) midterm yg lalu sy mengigil.. takut sgt..muka sy pucat.. result sy pun teruk.. sy tkut sgt dgn subjek ni.. kadang2 sy menangis memikirkannya.. bantulah sy cg.. sy x nk perkara ni berlaku semasa pperiksaan sebenar…..

  33. Cg Narzuki Says:

    Nieda,

    Masalah mungkin SAMA, tetapi puncanya mungkin BERBEZA.

    Satu lagi kemungkinan kenapa terjadinya perkara sedemikian ialah TIDAH CUKUP PERSEDIAAN. Di mana banyak lagi topik2 yang belum dikuasai sepenuhnya, maka semasa peperiksaan kita akan terasa takut, panik, hampa dan tidak berdaya kerana banyak soalan2 yang dikemukakan kita tidak dapat dijawab. Kemudian timbullah macam2 perasaan … otak blank….. menggigil, …. muka pucat dan sebagainya.

    Jadi gunalah MASA yang seadanya ini untuk menguasai sebanyak mungkin topik2 yang ada. Pastikan kita CUKUP BERSEDIA untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti. Salah satu caranya ialah dengan menyediakan SENARAI SEMAK sebagaimana berikut :

    1. Senarai semua topik yang ada dalam sukatan pelajaran

    2. Atur topik mengikut kategori Topik yang paling penting (maknanya kemungkinan keluar dalam peperiksaan amat tinggi) kepada Topik yang paling tidak penting. (Dapatkan pandangan daripada cikgu dan rakan2 anda)

    3. Kemudian buat ulangkaji berdasarkan urutan topik2 tersebut, dengan cara menyemak nota dan latihan2 lepas serta menjawab soalan peperiksaan tahun2 lepas. Dapat BANTUAN daripada GURU dan Rakan2 bagi memastikan anda betul2 faham dan kuasai topik2 tersebut satu persatu.

    Jadi pandai-pandailah rancang aktiviti ulangkaji anda pada masa yang terbatas ini.
    Selamat mengulangkaji.

  34. nieda Says:

    terima kasih atas nasihat cg sy akn berusaha bersungguh2.. utk skor subjek ni.. mgkin betul apa yg cg katakn bahawa sy kurang bersedia..sy akn cuba buat sebaik mgkin…TQ

  35. Cg Narzuki Says:

    Cg doakan semoga Nieda berjaya mencapai target yang ditetapkan dengan CEMERLANG.

  36. anis Says:

    salam.. soalan yg ckgu Hamidon bg tu ada jawapan skali x? sy nak buat soalan no5.

  37. Cg Narzuki Says:

    Anis,

    Kalau tak silap Cg tiada jawapan disediakan. Anis buat dahulu nanti kita bincangkan jawapannya. Apa yang pasti dalam Pembubaran Perkongsian, Akaun Bank didapati tidak mempunyai baki.

  38. tqa Says:

    salam..ckgu,
    first nk ucapkn trima kasih cz share note ngn ktorg..bgus sgt note 2..n..agk2 ramalan ckgu, soaln spm 2008 byk kluar n ptut focus tajuk per yer? tq.

  39. Cg Narzuki Says:

    Tqa,

    Sama-sama. Terlebih dahulu minta maaf kerana Cg tidak suka membuat RAMALAN.

    Cg menasihatkan agar JANGAN mengharapkan kepada soalan ramalan semata-mata, sebaliknya buat PERANCANGAN PEMBELAJARAN bagi setiap topik. Kenal pasti topik2 yang sudah MAHIR, SEDERHANA dan LEMAH, kemudian tingkatkan topik SEDERHANA supaya jadi MAHIR, seterusnya topik LEMAH menjadi SEDERHANA. InsyaAllah 1A menjadi milik anda.

    Perbanyakkan LATIHAN dengan menjawab soalan tahun2 lepas dan soalan2 percubaan daripada negeri2 lain. Walaubagaimanapun berdasarkan maklumat yang Cg terima untuk dijadikan panduan :

    SOALAN 1 : Dokumen Perniagaan

    SOALAN 2 dan SOALAN 3 : (2 soalan daripada 5 topik berikut)
    1. Penyata Kewangan
    2. Perkongsian
    3. Rekod Tak Lengkap
    4. Akaun Kelab dan Persatuan
    5. Akaun Kawalan

    SOALAN 4, 5, dan 6 :
    Selain daripada topik-topik yang disebutkan diatas.

  40. maisarah Says:

    askum cg narzuki
    agak2 cikgu soalan apa yang akan naik percubaan akaun spm 2008 ni?

  41. Cg Narzuki Says:

    Maisarah,

    Semua topik yang ada dalam sukatan pelajaran berkemungkinan akan ditanya dalam soalan percubaan dan juga soalan SPM nanti. Apa yang pasti Soalan 1 ialah Dokumen dan soalan-soalan lain seperti komen Cg sebelum ini.

  42. wanie Says:

    askum cg narzuki..

    cita-cita saya mahu akauntan yang bertauliah..tetapi sekarang ini masih tidak dpt menguasai sepenuhnya dalam subjek akaun…macam mana cg narzuki..

  43. Cg Narzuki Says:

    Wanie,

    Bagus kerana mempunyai minat dan cita-cita untuk menceburi bidang perakaunan, Cg doakan semoga tercapai cita-cita tersebut.

    SETIAP MASALAH MESTI ADA CARA PENYELESAIANNYA. Terlebih dahulu kenalpasti secara SPESIFIK apakah masalah anda sebenarnya. “tidak dapat menguasai sepenuhnya dalam subjek akaun” adalah terlalu UMUM. Maka cara penyelesaiannya juga akan menjadi umum dan kurang keberkesanannya.

    Cg cadangkan kenalpasti dahulu topik-topik yang masih belum mahir dan apakah masalah berkaitan dengan topik tersebut. Serta lakukan seperti cadangan yang Cg berikan dalam komen-komen sebelum ini.

    Contoh masalah yang lebih spesifik adalah seperti berikut :
    1. Masih tidak mengingati format Penyata Kewangan dan catatan pelarasannya.
    2. Kurang mahir bagaimanakah untuk mengeposkan JA, JK dan BT ke Lejar.

    Dengan masalah sedemikian, barulah cara penyelesaiannya lebih jelas dan mudah untuk diambil tindakan serta keberkesanannya lebih menyakinkan. Semoga Berjaya.

  44. hafrul Says:

    taniah atas soalan yang diberikan.

  45. Cg Narzuki Says:

    Hafrul,

    Terima kasih, banyak lagi soalan-saolan yang akan Cg bekalkan disini, sekiranya ada guru atau pelajar yang sudi menyumbangkan soalan trial negeri / sekolah masing-masing.

  46. hanisah yusra Says:

    terima kasih cikgu ats nasihat.cikgu,doakan sy cemerlang dlm trial n spm ya.khamis ni subjek akaun.bedeba.

  47. Cg Narzuki Says:

    Hanisah Yusra,

    Cg doakan semoga berada dalam keadaan tenang, mengingati apa yang telah dipelajari dan dapat menjawab dengan baik semasa exam serta mencapai kecemerlangan dalam trial dan juga SPM.

  48. Cg Narzuki Says:

    SOALAN PERCUBAAN SBP SPM 2008

    Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan soalan-soalan Percubaan SBP tahun 2008, bagi subjek-subjek berikut :

    1. Bahasa Melayu [ k1 ] [ k2 ]
    2. Bahasa Inggeris [ k1 ] [ k2 ]
    3. Sejarah [ k1 ] [ k2 ]
    4. Pendidikan Islam [ k1 ] [ k2 ]
    5. Math [ k1 ] [ k2 ]
    6. Add Mth [ k1 ] [ k2 ]
    7. Fizik [ k1 ] [ k2 ] [ k3 ][skema]
    8. Kimia [ k1 ] [ k2 ] [ k3 ][ skema ]
    9. Biologi [ k1 ] [ k2 ] [ k3 ]
    10. EST [ k1 ] [ k2 ]

    sila klik DISINI.

  49. Cg Narzuki Says:

    SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 SMK PUTATAN, SABAH

    Cg Rithuwan menyumbangkan soalan tersebut melalui blog beliau Sifu Anda Menulis. Terima kasih diucapkan.

  50. azri Says:

    cikgu boleh tak cikgu bg soalan2 trial negeri2lain..sy nk sgt tengok soalan tersebut.thank you

  51. Cg Narzuki Says:

    Azri,

    Cg akan edarkan kesemua soalan-soalan trial negeri kepada semua setelah berjaya mengumpulkan kesemua soalan2 tersebut. Pada peringkat awal Cg hanya edarkan kepada penyumbang soalan terlebih dahulu.

  52. fared Says:

    nampaknya kertas percubaan 2008 wilayah persekutuan cikgu tak ada lagi?saya perlukan kertas percubaan ini untuk rujukan dan persediaan..

  53. Cg Narzuki Says:

    Fared,

    Maaf, soalan Percubaan Wilayah belum ada dalam simpanan lagi.

  54. hanisah yusra Says:

    cikgu..kalau boleh..boleh tak sertakan soalan ekonomi asas skali.tq

  55. Cg Narzuki Says:

    Hanisah,

    Untuk mendapatkan soalan2 trial bagi subjek lain, boleh dimuat turun melalui laman-laman yang Cg nyatakan di bahagian J-SUMBER SOALAN. Iaitu sebelah kiri bawah sekali.

  56. Mohammad b Said Says:

    Tahniah atas perkongsian maklumat saudara. Terimakasih saya ucapkan atas bahan-bahan tersebut. Terimakasih juga kepada Cikgu Saleha kerana menguploadkan bahan nota saya . Saya juga ingin berkongsi bahan. Nanti saya akan emailkan. Daripada : Mr. Mohammad [SMK DUHA]

  57. Cg Narzuki Says:

    Mr. Mohammad,

    Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama saudara untuk kongsikan maklumat dan bahan-bahan yang akan dihantar nanti. Saya amat mengalu-alukan sebarang perkongsian bahan daripada mana-mana cikgu. Selain bahan, cikgu juga dialukan untuk memberikan sebarang komen ke atas persoalan yang dikemukan disini. Semoga kita sama-sama dapat berkongsikan pandangan, pendapat, cara2, teknik2 dan sebagainya berkaitan dengan P&P prinsip perakaunan.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    MUAT TURUN BAHAN CG MOHAMMAD
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    * Bahan-bahan tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa.

  58. Cg Narzuki Says:

    Kepada semua guru dan pelajar :

    Koleksi soalan-soalan percubaan SPM 2008 akan diedarkan pada 1 Oktober 2008, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
    .~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN 2008
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  59. puteri farah Says:

    bahase melayu punye skema jawapan percubaan negeri kedah 2008 ade x?

  60. Cg Narzuki Says:

    Puteri Farah,

    Untuk dapatkan soalan selain daripada Prinsip Perakaunan, cuba dapatkan di laman2 yang disenaraikan di J-SUMBER SOALAN dibahagian atas disebelah “DEBIT”.

  61. bieha Says:

    salam…soaln jenis ape yg ckgu beri pd murid ckgu di saat akhir ni??

  62. winnie Says:

    Thanks for all yr koleksi trial exam paper.

  63. winnie Says:

    Bila cg Narzuki boleh dapatkan soalan peperiksaan percubaan spm 2008 bagi negeri melaka dan wilayah persekutuan?terima kasih

  64. mivec Says:

    Salam Cg,

    kenapa saya tidak boleh download soalan percubaan 2008. asyik keluar msg :
    This user is out of bandwidth.
    Please email support@box.net for support or upgrade for more bandwidth
    Kalau cg tak keberatan boleh tak cg email soalan koleksi percubaan 2008 cg. Nak Buat ulangkaji untuk pelajar sy.
    Terima Kasih.

    Tuantulis-Cg HairulNizam

  65. Cg Narzuki Says:

    Cg HairulNizam,

    Minta maaf diatas kesulitan yang dihadapi. Untuk mendapatkan soalan-soalan tersebut sila dapatkan melalui LINK berikut.

  66. shafiq Says:

    cg, saya sudah pening kepala melihat banyak sangat soalan ramalan. rasanya seperti banyak yang saya kena ulangkaji kerana ada soalan ramalan yang tak sama bagi setiap sekolah. saya ingin minta pendapat cg tntg apa yang perlu saya buat utk betul2 dpt berikan tumpuan kpd persiapan utk subjek akaun spm saya. saya sudah jadi keliru skrg. banyak subjek ramalan semuanya berlainan. mana satu tajuk yang hendak diberikan tumpuan lebih. hrp cikgu dpt tlg saya. tq

  67. Cg Narzuki Says:

    Shafiq,

    Itulah sebabnya Cg tidak suka buat ramalan, ianya hanya suatu kemungkinan sahaja, mungkin masuk, mungkin tidak. Adalah lebih baik buat satu perancangan untuk menguasai kesemua topik, sebanyak mungkin.

    Pertama senaraikan kesemua topik2 yang ada (boleh rujuk senarai daripada Analisis soalan tahun2 lepas mengikut topik yang telah Cg sediakan di A-Info Perakaunan). Tandakan topik2 yang telah dikuasai melalui soalan2 koleksi trial 2008. Jawab soalan SPM tahun 2007 dan 2006. Gunakan masa yang ada untuk menguasai topik2 yang kurang mahir (sederhana). Kemudian jika ada masa lagi gunakan untuk menguasai topik2 yang masih lemah.

    Cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, kerana itu sahaja cara yang sebaik-baiknya untuk skor 1A.

    ~ SEMAKIN BANYAK TOPIK DIKUASAI, SEMAKIN HAMPIR KEPADA 1A ~

  68. ckg rosli hamid Says:

    Assalamualaikum,

    Saya mewakili guru-guru prinsip perakaunan di perlis ingin memohon kerjasama ckg narzuki dan rakan-rakan tentang cara permarkahan prinsip perakaunan yang baru. Harap dapat maklumbalas segera.
    Terima kasih.

    Ckg Rosli bin Hamid
    SMK Dato’ Jaafar Hassan,
    Perlis.

  69. Cg Narzuki Says:

    Cg Rosli,

    Salam.
    Saya telah membincangkan perkara tersebut di post :
    PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

    Serta cikgu boleh dapatkan Bahan2 bengkel, Bahan2 Taklimat Penataran 2008, Cara pemarkahan baru dengan muat turun melalui ruangan yang disediakan. Iaitu :

    B-MUAT TURUN BAHAN
    Cg Ghazali – Bahan Bengkel
    JPN Kel – Bahan Kursus
    N9 – Penataran 2008
    PA Kerian – Bengkel Soalan Penataran 2008
    PA Kerian – Taklimat Penataran 2008

    Semoga ianya dapat membantu cikgu-cikgu di Perlis.

  70. Cg Narzuki Says:

    ANALISIS SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN – KERTAS 2
    PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI-NEGERI 2008
    dan TAJUK RAMALAN SPM 2008

    Disediakan Oleh : Cg Ghazali

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    MUAT TURUN
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  71. jun Says:

    mengikut format baru, ingin tanya s2 akan keluar pp milikan tunggal atau pp perkongsian? begitu juga s3 keluar rekod tak lengkap?

  72. Cg Narzuki Says:

    Jun,

    Daripada maklumat yang Cg terima topik bagi Soalan 2 dan Soalan 3 (Bagi SPM 2008 sahaja) adalah antara topik2 berikut :
    1. Penyata Kewangan – Milikan Tunggal / Perkongsian
    2. Perkongsian – Pengasinagan UR / Pembubaran
    3. Rekod Tak Lengkap – Kaedah Analisis / Kaedah Perbandingan
    4. Akaun Kelab dan Persatuan
    5. Akaun Kawalan

    Jadi, mana-mana 2 soalan daripada topik2 diatas ada kemungkinan akan dikeluarkan dalam SPM 2008 nanti. Oleh itu bersedialah demi kejayaan dan masa depan anda.

  73. nurul Says:

    asalamualaikum cikgu,kenapa soalan dari terengganu tak ade.saya dah cari dan nk cuba jawab.

  74. emoru Says:

    http://www.mediafire.com/?sharekey=ff637c1c06ce69b3ab1eab3e9fa335cacffa3f6594df1f28

    mirror for accounts questions

    high speed and unlimited download

  75. emoru Says:

    Dari maklumat yang saya terima daripada penceramah yang datang ke sekolah saya .
    Beliau berkata bahawa penggubal soalan sudah kata bahawa lembaran kerja tidak akan keluar tahun ini

    oleh hal yang demikian
    soalan 1 adalah soalan
    manakala soalan 2 pula

    kalau Penyata Kewangan milikan tunggal keluar pada soalan 2 , soalan 3 akan keluar perkongsian ( pengasingan untung/ rugi atau pembubaran perkongsian )

    kalau Penyata Kewangan Perkongsian keluar pada soalan 2 , soalan 3 akan
    Rekod Tak Lengkap – Kaedah Analisis / Kaedah Perbandingan
    Akaun Kelab dan Persatuan
    Akaun Kawalan

    daripada analisis soalan percubaan soalan kelab dan persatuan kurang popular berbanding dengan rekod tak lengkap kerana rekod tak lengkap lebih susah berbanding dengan kelab dan persatuan / kedua-dua topik pun baru keluar tahun lepas .

    kebangkalian untuk keluar Rekod Tak Lengkap kaedah Perbandingan adalah rendah kalau dibandingkan dengan kaedah Analisis . Kaedah perbandingan Modal sudah keluar pada tahun lepas .

    bagi soalan Akaun Kawalan pula kemungkinan keluar ada sebab lama belum keluar dan biasa dimasukkan ke dalam soalan kelab dan persatuan atau rekod tak lengkap .

    topik-topik yang keluar dalam percubaan negeri lain pastikan anda tahu buat sebelum menjejak kaki ke dewan peperiksaan . Jangan menyesal setelah semua perkara berakhir dengan trajedi

  76. Cg Narzuki Says:

    Nurul,

    Sebenarnya ada pada muka surat ke 2. Sila muat turun segera…. sebelum dihalang oleh BoxNet.

  77. Cg Narzuki Says:

    emoru,

    Terima kasih atas usaha anda menyediakan mirror bagi muat turun koleksi soalan2 trial tersebut.

    Terima kasih juga atas perkongsian maklumat yang dinyatakan diatas, semoga ianya dapat membantu para guru dan pelajar dalam persediaan menduduki SPM nanti.

  78. Cg Ghazali Says:

    Berdasarkan soalan2 percubaan negeri, pelajar diminta memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk berikut:-

    1. Dokumen
    Tajuk LCCI (soalan 2 dan 3)
    2. Penyata pendapatan @ PPtn perkongsian
    3. Akaun PUR & AS @ RTLengkap @ Kelab Persatuan@Akaun Kawalan

    Tajuk lain yang penting(soalan 4, 5, 6)
    Pembubaran
    Penyata penyesuaian bank
    Akaun pengeluaran @ Titik Pulang Modal
    Persamaan perakaunan
    Tafsiran penyata kewangan
    Syarikat berhad

    Jangan hadkan tumpuan kepada 5@6 tajuk sebaik-baiknya beri tumpuan kepada 10 tajuk (tengok analisa trail 2008)

    Tips Skor A
    1. Pastikan soalan 1 boleh capai 25 markah dan 2 capai 15 markah.
    2. Tajuk perkongsian amat penting juga kerana setiap tahun pasti keluar. Bersedia sama ada Ak PUR/Ak Semasa @ Pembubaran.
    3. Jika anda menguasai 3 soalan di atas, 50/80 markah dah dalam tangan sebelum hari SPM lagi.
    4. Guna masa senggang sebelum kertas PA (1 Dis) sepenuhnya untuk latih tubi.

  79. Cg Narzuki Says:

    Cg Ghazali,

    Terima kasih di atas Tips yang diberikan.

  80. chew Says:

    terima kasih !

  81. Ainnmy Says:

    Mengenai perubahan cara permarkahan soalan 2, Kertas 2 Prinsip Perakaunan, saya sendiri tidak berani nak beritahu apa pada anak murid saya. Kerana cara permarkahannya masih terlalu samar… Jadi saya ajar cara menjawab seperti tahun-tahun sudah sahaja. Tumpuan saya ialah ke atas pelarasan. Saya tegaskan mereka kena beri angka belanja dan hasil yang “sepatutnya”. Itu saja…

  82. Cg Narzuki Says:

    Cg Ainnmy,

    Cara ajar pelajar menjawab sama saja seperti tahun2 lepas, penekanan kepada format, operasi + / – dan pelarasan. Pelarasan betul tetapi operasinya salah, tiada guna kerana tidak akan dapat markah. Pastikan pelajar dapat menjawab dengan betul, tak perlu risaukan cara pemarkahan.

    Daripada pemerhatian saya, cara pemarkahan baru lebih menguntungkan pelajar, asalkan FORMAT dan OPERASI + / – betul. Semoga berjaya untuk anak didik cikgu.

  83. ela Says:

    salam cg…sy pljr dr sbh…sbnrnya sy kurg nk mhir lejar r cg…cg sy ajar sy fhm pla..tp kt exam trus blank…huh….sy ok dlm jurnal tp dlm buku tunai yg len2 tu kurenk r cg…pyta agy..ckit2 jew…nex yer da nk spm..wahhh….tlgla sy cg..sy nk sgt dpt ok prnsp..ne fvret sy…plz…sy arap cg dpt bls kt emel sy…terima kasih!!!!!

  84. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Cg sarankan Ela muat turun panduan dan teknik menjawab soalan dokumen yang telah disediakn oleh Cg Awang, Cg Ghazali dan Cg Hamidon di bahagian berikut :

    B-Muat Turun Bahan
    Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
    Cg Ghazali – Bahan Bengkel
    Cg Hamidon – Bahan Bengkel

    Bahan-bahan tersebut ada menerangkan secara lebih detail bagaimana menyediakan BCP dan postkan ke lejar serta menyediakan Imbangan Duga. Dalam Blog Cg juga ada membincangkan cara-cara menyediakan Penyata Kewangan dan topik2 lain untuk dijadikan panduan bagi meningkatkan kefahaman anda.

    MINAT + USAHA = KEJAYAAN

  85. ctn Says:

    adakah markah soalan 2 bagi tahun 2008 adalah 25 ?tq..

  86. Cg Narzuki Says:

    Ctn,

    Bagi tahun 2008, agihan pemarkahan sama seperti tahun2 sebelumnya, iaitu 19 markah bagi soalan 2. Apabila dilaksanakan soalan format baru pada SPM2009, baru agihan 25 markah bagi setiap soalan digunakan.

  87. gha Says:

    ckgu time pekse kn kte xleh pakai pnsel kn?so, klo silap wat akaun cmne kte nk btol kn?kte kne wat cm dlm tjuk pmbetulan k’silapan tu ke?

  88. Cg Narzuki Says:

    Gha,

    Amalan yang sebetulnya seperti dalam topik pembetulan kesilapan, iaitu potong dan tanda tangan ringkas. Walau bagaimanapun dalam jawapan peperiksaan jika tidak diturunkan t/t juga akan diterima.

  89. gha Says:

    ohh….
    ckgu mrkh k’kemasan de dikira x?sy tkutlh sbb slalu sy wat akaun saya suke pakai pnsel…tp ble pakai pen saya msti nk pakai liquid je….ape yg harus saya lakukan cikgu bagi m’mbiasakn diri saya gune cara yg macam cikgu cakap tu?

  90. Cg Narzuki Says:

    Gha,

    Tiada markah khas untuk kekemasan, asalkan butir dan amaun jelas/boleh dibaca serta format yang betul. Liquid tidak digalakkan dalam exam kerana kadang2 apa yang kita tulis diatas liquid tersebut tak jelas menyebabkan kita hilang markah. Adalah lebih baik potong dan tulis di sebelah atasnya, ianya lebih menjimatkan masa menjawab. Bagi membiasakan diri dalam sesuatu perkara ialah melalui LATIHAN.

  91. gha Says:

    ohh..time kasih ckgu…
    nasiht ckg amat sy hrgai…

  92. emoru Says:

    kalau tulis teruk-teruk , pemeriksa tak nampak . markah akan di potong .
    tulisan tak cantik pun tak apa , janji boleh dibaca atau boleh dilihat kalau tidak habislah markah anda .

    sekarang tengah ambil dadu dan lontar untuk lihat giliran negeri mana yang saya akan buat dulu .

    terlalu banyak soalan pun ada masalah . ( soalan untuk 13 buah negeri campur MRSM and SBP )

    soalan percubaan saya hilang , malangnya tak boleh upload untuk semua orang .

  93. lisa Says:

    salam,laman web ini banyak membantu sy sbg seorg guru baru yg mengajar subjek ini,,,tetapi sy ade 1 permintaan,,boleh x nati kite bertukar-tukar soalan subjek perakaunan untuk tingkatan 6 (STPM)???bukannye ape,,subjek perakaunan untuk t6 ni,susahlah nak dapatkan nota dan latihan serta soalan yang sebetul-betulnya,,coz kat pahang ni, sy x tau nak contact sape lg….:(

  94. Cg Narzuki Says:

    Cg Lisa,

    Saya minta maaf kerana tidak dapat membantu dalam hal ini. Saya tidak pernah mengajar perakaunan untuk STPM, oleh itu semua bahan2 tersebut tiada dalam simpanan saya. Cg Lisa cuba muat turun Nota Matrikulasi yang ada dalam simpanan saya, semoga sedikit sebanyak dapat membantu saudari.

    Saya sangat2 mengalu-alukan sekiranya ada rakan guru2 perakaunan STPM yang melayari blog ini, sudi hantarkan / UPLOAD bahan2 mereka untuk dikongsikan bersama rakan2 guru yang lain.

  95. Cg Narzuki Says:

    Cg Lisa dan rakan guru Perakaunan STPM,

    Di sini saya uploadkan Soalan Perakaunan STPM 2003 – Kertas 1 yang baru saya perolehi untuk dikongsikan bersama rakan guru sekalian.

    http://cgnarzuki.com/wp-content/upload/STPM-Akaun-2003-Paper1.pdf

  96. amnan Says:

    assalamualakum cikgu…
    sye plajar spm tahun nie..sye cme ada mse lbih kurang 2 bulan lebih je lgi..sye amat cemas…untuk pengetahuan ckgu sye memng meminati subjek akaun nie dan berkeinginan untuk menjadikan subjek nie sbhagian dri skop kerjaya sye ..tpi sye susah nk lulus subjek nie..tkut nanti sye tk boleh nk menyambung pelajaran dengan result yang mcm tu..soalan sye…apekah tajuk yang perlu sye kuasai atau bentuk soalan yang perlu sye tumpukan utk subjek ini dlm msa berbaki 2bulan lebih, untuk lulus sekurang kurangye kepujian..terima kasih..

  97. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Sekirannya berminat dan mahu jadikan sebagai skop kerjaya, Cg nasihatkan kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada satu persatu, jangan hanya tumpukan kepada topik2 tertentu sahaja. Sentiasalah dampingi guru anda untuk BERTANYA, dapatkan panduan dan TUNJUKAJAR secara langsung kerana cara tersebut lebih cepat dan berkesan.

Leave a Reply