Kaedah Perbandingan

Membicarakan topik Rekod Tak Lengkap yang melibatkan Kaedah Perbandingan.

PENENTUAN PENDAPATAN KAEDAH PERBANDINGAN

- Pendekatan Kunci Kira-Kira

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

MODAL = ASET – LIABILITI

1. Untung bersih = modal akhir – modal awal

2. Untung bersih = modal akhir + ambilan – modal tambahan – modal awal

3. Menyediakan penyata untung rugi

4. Menyediakan penyata mengira modal (modal awal dan modal akhir)

33 Responses to “Kaedah Perbandingan”

  1. Tam Siew Ping Says:

    Cikgu, bolehkah saya tanya 1 soalan berkaitan penyata menghitung modal …

    soalan itu telah diberi aset dan liabiliti….
    selepas itu, maklumat tambahan ialah … sewa dibayar terdahulu RM600

    apabila menghitung modal akhir …perlukah saya melibatkan sewa dibayar terdahulu dalam aset itu….?

  2. eric Says:

    Tam,
    ya,perlu dimasukkan sebagai aset dalam menghitung modal akhir.

  3. Cg Narzuki Says:

    TQ Cg Eric,

    Sebagai tambahan : Konsepnya mudah saja, untuk menghitung MODAL AKHIR = ASET AKHIR – LIABILITI AKHIR.
    Jadi apa2 maklumat tambahan yang melibatkan/memberikan kesan kepada Aset dan Liabiliti pada AKHIR perlu dimasukkan/diambilkira dalam menghitung MODAL AKHIR.

  4. cikgu cella Says:

    cikgu,sy adlh graduan lepasan uitm dlm bdg akaun.sy baru mmulakan kerjayya sbg guru tuisyen prnsip akaun.mslh sy adlh sy tdk tahu bgaimana kertas soalan ditanda dan bgaimana pemarkahan diberikan.ini mberi mslh kpd sy utk mnanda kertas student sy.utk pngthuan cikgu,sy xmngambil ape2 krsus perguruan ttp sy ingin mncri pngalaman dgn mnjadi guru tuisyen.can u help me???

  5. Cg Narzuki Says:

    Cikgu Cella,

    Saya cadangkan pada peringkat permulaan, pastikan pelajar dapat menjawab dengan menggunakan format yang betul dan jawapan yang tepat. Pemberian markah secara mudahnya setiap item yang ditulis oleh pelajar akan diberikan markah.

  6. john Says:

    jika maklumat tambahan cakap pemilik mengeluarkan wang sebanyak 960 untuk kegunaan sendiri…. saya boleh tolak bank atau tunai atau tidak boleh tolak….

  7. Cg Narzuki Says:

    Bagi topik ini, 3 perkara yang TIDAK perlu ditambah atau ditolak iaitu:
    1. TUNAI
    2. BANK
    3. STOK

    Ini kerana ketiga2 item tersebut dikira secara manual pada akhir tempoh perakaunan (bagi kes RTL). Maka segala ambilan, penerimaan atau pembayaran dalam/semasa tempoh perakaunan tersebut TELAHpun diambil kira atau tidak memberikan kesan kepada BAKI AKHIR item2 tersebut.

    Maklumat tersebut hanya diambilkira sebagai AMBILAN, bagi menghitung Untung Bersih.

  8. john Says:

    sifu terima kasih

  9. afh Says:

    kalo dberi soklan……lekpn dbeli dgn harga rm 100 u kgnaan pjbt dgn wng pribadi/smpnn,,,adakah lekapapn trsbt prlu d+ dekat lekapan????

  10. Cg Narzuki Says:

    ~ Maaf : Tulisan sedemikian tidak akan dilayan, sila guna tulisan lengkap, bagi memudahkan rakan2 pelajar lain yang memahaminya apa yang dibincangkan ~

  11. faiz Says:

    maaf cikgu,saya tersalah hantar kat cikgu.sebenarnya saya nak hantar dekat kawan saya(facebook).maaf cikgu.kalau maklumat tambahan mengatakan perabot dibeli untuk kegunaan perniagaan dengan harga rm 5000 menggunakan wang simpanan.adakah perabot tersebut perlu ditambah dekat modal akhir bahagian perabot?

  12. Cg Narzuki Says:

    Seperti yang telah Cg katakan diatas, kita kena RUJUK SOALAN dan kenalpasti baki akhir perabot tersebut telah mengambil kira perabot yang dibawa masuk ataupun belum.

    Contoh 1: Diberi :
    Baki awal perabot = RM7000
    Baki akhir perabot = RM7000 atau “?” atau TIDAK DINYATAKAN
    Bawa masuk perabot (modal tambahan) = RM5000

    Maka, JELAS menunjukan BAKI AKHIR tersebut BELUM ambilkira modal tambahan, maka kena TAMBAH.

    Contoh 2: Diberi :
    Baki awal perabot = RM7000
    Baki akhir perabot = RM12000
    Bawa masuk perabot (modal tambahan) = RM5000

    Maka, JELAS menunjukan BAKI AKHIR tersebut TELAH ambilkira modal tambahan, maka tidak perlu tambah lagi.

    Kena ANALISA soalan dengan teliti bagi mengenalpasti perkara2 tersebut.

  13. faiz Says:

    aset ni tak kira menggunakan wang simpanan atau wang peribadi dengan wang simpanan?semuanya perlu di tambah.macam tu ke?

  14. Cg Narzuki Says:

    Oleh kerana menggunakan wang simpanan peribadi, maka ianya dikelaskan sebagai MODAL TAMBAHAN.

    Sekiranya menggunakan wang perniagaan, itu dianggap belian aset bukan semasa. Kesan kepada PERABOT adalah sama diatas, cuma ianya TIDAK boleh dikatakan sebagai MODAL TAMBAHAN bagi mencari UNTUNG BERSIH nanti.

  15. faiz Says:

    maksud cg,sekiranya menggunakan wang simpanan/peribadi,ia tidak perlu ditambah dekat modal akhir.cuma letak dekat modal tambahan je.btul tak?

  16. Cg Narzuki Says:

    Cuma perhatikan format Penyata Untung Rugi bagi kaedah perbandingan :

    Modal Akhir (kena ambilkira pelarasan yang terlibat)
    (+) Ambilan
    (-) Modal Awal
    (-) Modal Tambahan
    Untung/Rugi Bersih.

    Maka, bagi menjawab soalan ini, anda perlu kenalpasti 4 perkara: Modal Akhir, Modal Awal, Modal tambahan dan Ambilan.

    Setiap urus niaga / pelarasan kebiasaanya memberi 2 kesan. Contohnya bawa masuk perabot RM5000 dan ianya belum diambilkira lagi, maka kesannya Baki akhir Perabot akan TAMBAH. Nilai perabot baru akan digunakan dalam mengira MODAL AKHIR (Aset – Liabiliti). Manakala RM5000 juga merupakan MODAL TAMBAHAN dalam Penyata UNTUNG RUGI.

  17. faiz Says:

    cg,saya masih kurang jelas.adakah sekiranya menggunakan wang simpanan/peribadi tidak perlu ditambah dekat modal akhir?

  18. faiz Says:

    macam ni ke cg.-sekiranya ia tak menyatakan aset bukan semasa sudah diambil kira,ia perlu ditambah walaupun menggunakan wang simpanan/peribadi.

  19. Cg Narzuki Says:

    Secara ringhkasnya, belum ambil kira, maka ke TAMBAH.

  20. faiz Says:

    baik,cg.terima kasih.

  21. faiz Says:

    kena tambah walaupun menggunakan wang simpanan.kawan saya masih tak faham.

  22. Cg Narzuki Says:

    Persoalan disini ialah PERABOT bertambah atau tidak. Jika ada maklumat kata perabot baru dibawa masuk dan ianya belum diambilkira, maka kena TAMBAH, kerana pelarasan dilakukan terhadap nilai perabot tersebut.

  23. faiz Says:

    cube cg terangkan dan selesaikan:
    PERABOT RM 5000
    maklumat tambahan:
    1.perabot dibeli untuk kegunaan pejabat dengan harga rm 600 menggunakan ‘wang simpanan’.

  24. Cg Narzuki Says:

    1. Kena kenal pasti perabot RM5000 yang diberi, adakah baki awal atau baki akhir ? .. bagi menentukan perlu ditambah atau tidak.
    2. Membawa MASUK wang/aset peribadi pemilik ke dalam perniagaan merupakan MODAL TAMBAHAN RM600. Dan perlu dimasukkan dalam Penyata mengira Untung Rugi.

  25. faiz Says:

    perabot baki akhir.perabot tak perlu dimasukkan ke dalam modal akhir ke cg?

  26. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan Cg, oleh kerana RM5000 adalah BAKI AKHIR dan TIDAK dinyatakan bahawa perabot RM600 belum direkod dalam mana2 buku. Maka kita boleh andaikan bahawa BAKI AKHIR RM5000 sudahpun termasuk perabot tersebut. Maka nilai perabot TIDAK PERLU ditambah RM600 lagi.

    Kecuali Perabot RM5000 merupakan BAKI AWAL ataupun dinyatakan ianya BELUM diambilkira lagi, baru diTAMBAH bagi mendapat BAKI AKHIR.

    MODAL AKHIR = ASET AKHIR – LIABILITI AKHIR.

  27. faiz Says:

    tapi kenapa soalan spm 2008 perabot ditambah?bukankah soalannya sama….?

  28. Fatin Says:

    spm 2008 sebab ia memberi baki awal perabot RM8900 dan baki akhir juga RM8900, ini menunjukkan baki akhir belum lagi ditambah dengan perabot yang baru dibeli tahun ini.

  29. Cg Narzuki Says:

    Faiz,

    Topik RTL adalah topik yang memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding topik2 lain, kita kena pandai menganalisis maklumat yang diberikan. Kita kena baca soalan KESELURUHAN, kena kenal pasti adalah baki2 yang diberikan perlu dilakukan pelarasan atau tidak.

    Merujuk kepada soalan SPM2008, kita boleh katakan baki2 akhir yang diberikan masih perlu diselaraskan kerana masih ada MAKLUMAT TAMBAHAN LAIN yang menunjukkan Penghutang masih perlu diselaraskan dengan hutang lapuk, kenderaan perlu disusutnilaikan, pemiutang perlu diselaraskan dengan pulangan belian. Maka, dalam kes tersebut Lengkapan juga perlu diselaraskan dengan TAMBAH kepada baki yang sedia ada. Jika soalan yang ditanya sebelum ini menyamai soalan spm2008, maka PERABOT tersebut juga perlu diselaraskan bakinya dengan TAMBAH RM600.

    Maaf, jika Cg jawapan sebelum ini mengelirukan Faiz, mungkin Cg tidak nampak gambaran keseluruhan soalan tersebut.

  30. faiz Says:

    baiklah cg…tak kisah…saya pun salah sebab tak kasi soalan penuh.terima kasih

  31. faiz Says:

    cg,soalan terakhir.ni saya ambil dari ujian sekolah saya.
    30 jun 2010 RM
    kenderaan 36500
    MAKLUMAT TAMBAHAN=
    1)dalam tahun itu,sebuah kenderaan bernilai RM24000 telah dibeli dengan wang simpanannya untuk kegunaan perniagaan.
    soalan saya,adakah kenderaan di maklumat tambahan perlu ditambah dekat penyata modal akhir?

  32. Cg Narzuki Says:

    Pada pendapat Cg kes ini mungkin sama dengan kes2 yang ditanya sebelum ini. Di mana baki yang diberikan perlu dilakukan pelarasan terlebih dahulu bagi pengiraan Modal AKhir,

  33. faiz Says:

    maksud cg perlu ditambah?,soalan ini tiada pelarasan.saya ambil yang penting je.

Leave a Reply