Kerjaya Bidang Perakaunan
April 27th, 2008 — Cg NarzukiSebuah buku yang sangat sesuai dibaca oleh pelajar:
KERJAYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN
Tulisan Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim

Sebuah buku yang sangat sesuai dibaca oleh pelajar:
KERJAYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN
Tulisan Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim
| zerra on Pengecaman |
| lala on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| naqya on Prinsip Perakaunan SPM |
| someone who want to know on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cikgu murni on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| ishakkkk on Soalan Percubaan SPM |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cikgu murni on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cikgu murni on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| moon on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Alice on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on GURU PRINSIP PERAKAUNAN 1Malaysia |
| ngu kee shing on GURU PRINSIP PERAKAUNAN 1Malaysia |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Nisa on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| ns on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| fatin on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on Tip Peperiksaan |
| liza on Tip Peperiksaan |
| jasmine on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on Pengecaman |
| dunno on Pengecaman |
| Cg Narzuki on Koleksi Trial 2009 |
| girl`z students langkawi on Koleksi Trial 2009 |
| Cg Narzuki on Imbangan Duga |
| iwan on Imbangan Duga |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| jasmine on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cva on TPM : Analisis Kos Volum Untung |
| Cg Narzuki on TPM : Analisis Kos Volum Untung |
| cva on TPM : Analisis Kos Volum Untung |
| Cg Narzuki on KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM & PERAKAUNAN STPM 2010 |
| Nazrin on KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM & PERAKAUNAN STPM 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Matt on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
April 28th, 2008 at 12:39 am
SIJIL PERAKAUNAN PERNIAGAAN
Sinopsis Kursus:
Kursus ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan berkaitan konsep dan prinsip perakaunan, penyediaan penyata kewangan, pendedahan disiplin ilmu (pemasaran, undang-undang perniagaan dan syarikat, pengauditan, percukaian, statistik dan costing), penerapan nilai-nilai keusahawanan dan perakaunan berkomputer.
Prospek Kerjaya:
Lulusan kursus ini berpeluang untuk menceburi dalam bidang ;
1) Pembantu akauntan
2) Kerani akaun di syarikat swasta dan perbankan
3) Pembantu audit
4) Juruwang
5) Usahawan dalam pelbagai sektor perniagaan
April 28th, 2008 at 12:39 am
DIPLOMA PERAKAUNAN
Sinopsis Kursus:
Program Diploma Perakaunan menyediakan latihan teori dan praktikal dalam bidang perakauanan bagi membolehkan pelajar memasuki komuniti perniagaan serat mahir menggunakan sistem manual dan komputer. Kursus ini merangkumi bidang perakauanan dan pengurusan. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri sebagai suatu kemahiran praktikal bagi memperolehi pengalaman kerja dalam persekitaran perniagaan dan perakauanan.
Prospek Kerjaya Lulusan Diploma:
Pelajar berpeluang berkhidmat sebagai penolong akauntan, pegawai kerja akuan, penolong pengurus, penolong juruaudit, penolong pegawai penaksir cukai dan usahawan yang terlatih secara separa profesional.
April 28th, 2008 at 12:42 am
KATEGORI AKAUNTAN
Di Malaysia, perkataan ‘akauntan’ dilindungi di bawah Akta Akauntan 1967 dan mempunyai badan yang bertanggungjawab iaitu Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Terdapat tiga kategori akauntan dalam MIA iaitu akauntan bertauliah, akauntan berlesen dan ahli bersekutu. Akauntan bertauliah adalah akauntan yang sebelum ini menjadi akauntan awam dan akauntan berdaftar.
Akauntan berlesen adalah mereka yang layak berikutan pengalaman luas dalam bidang berkenaan atau ahli Persatuan Akauntan Malaysia yang lulus manamana ujian akhir persatuan itu dan mempunyai pengalaman bekerja selama tiga tahun dalam bidang berkaitan.
Ahli bersekutu pula adalah ahli akademik yang sedang mengajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
April 28th, 2008 at 12:42 am
AKAUNTAN AWAM BERTAULIAH (CPA)
Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akautan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta.
April 28th, 2008 at 12:44 am
Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A.)
Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Malaysian Association of Tax Accountants – M.A.T.A.) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 7 haribulan Julai tahun 1988. Pejabat berdaftar pertama M.A.T.A. ialah di Seremban, Negeri Sembilan dan beralamat, No. 243 Blok C, Kampung Bharu, Jalan Bunga Raya, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian, Pejabat Sekretariat M.A.T.A berpindah pula ke Kuala Lumpur dialamat No. 136 Tingkat 1, Jalan Pahang, Kuala Lumpur sebelum berpindah untuk kali yang terakhir ke Pejabat Sekretariat M.A.T.A 15-2 Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53100 Kuala Lumpur pada 16 September 2002.
M.A.T.A adalah satu-satunya badan profesional yang menaungi agen cukai dan setiausaha syarikat berlesen Melayu secara yang bersistematik. Sebagai wadah penyambung perjuangan professional Melayu, M.A.T.A dianggotai oleh agen cukai dan setiausaha syarikat berlesen Melayu yang rata-ratanya mempunyai kelayakan Diploma dan atau Ijazah yang mencukupi untuk bertindak secara kompetens sebagai agen cukai dan juga setiausaha syarikat.
April 28th, 2008 at 12:45 am
KERJAYA AKAUNTAN JANJI MASA DEPAN YANG CERAH
Oleh Fabian Laberi
KUCHING, 20 Jan: Permintaan terhadap akauntan di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang dijangka terus meningkat ketika eknomi negara yang merudum sejak 1997, kembali pulih kebelakangan ini.
Pengurus JobStreet.com Sdn Bhd, Grace Teo Pei Chan, 31, berpendapat, lazimnya apabila perkembangan positif sedemikian berlaku, penawaran kerja dalam bidang perakuanan turut menerima kesan positif.
“Sudah pasti apabila ekonomi negara baik, banyak syarikat baru dibuka. Manakalah syarikat atau organisasi sedia ada baik yang besar, sederhana dan kecil mempertingkatkan operasinya.
“Semua ini memerlukan khidmat akauntan di pelbagai tahap kategori. Jadi peluang pekerjaan untuk akauntan adalah panas dan ia adalah berita baik kepada mereka yang terlibat dalam kerjaya akauntan,” katanya..
Akauntan jelas beliau, memerlukan seseorang penuh komited antar lain mengurus dan mengawasi penyediaan dan penyimpanan kira-kira kewangan sesebuah syarikat perniagaan atau organisasi, pada dasarnya menerima gaji antara RM600 hingga RM10,000 bahkan lebih, bergantung kepada pengalaman dan prestasi kerja.
Diminta mengulas mengenai peluang akauntan dan prospek akauntan di kalangan Bumiputera terutama lepasan institut pengajian tinggi awam, Grace berkata, peluang kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera adalah sama rata.
“Memang tidak nafikan golongan Cina mendominasi lebih 50 peratus bidang perakauanan, namun peluang adalah terbuka kepada Melayu, Cina, India dan Bumiputera lain. Tidak timbul soal kaum tertentu.
“Saya percaya semua organisasi besar kalau mengambil pekerja, mereka bukan memilih kaum tertentu, asalkan seseorang pemohon mampu memberi keyakinan kepada majikan dengan diperkuatkan dengan pengalaman, minat, kelayakan dan sikap yang baik untuk berkhidmat, “katanya.
Beliau ditemui selepas memberi taklimat mengenai kerjaya bertajuk “Peluang Pekerjaan Akuntan di Malaysia, berdasarkan trend pengambilan terkini,” di ekspo kerjaya di sini hari ini. Dalam perkembangan lain, Morani Bt Mohammad, 37, ketika diminta memberi komen sama berkata, bidang ini sebenarnya bergantung kepada individu dan bukannya etnik.
“Orang kata Bumiputera lemah dari segi pengiraan dan angka. Tetapi kalau mereka benar-benar meminati bidang ini mereka boleh mempelajari dan mempertingkatkan pengetahuan mengenainya.
“Sebagai contoh kalau seseorang itu memang bagus dalam Matematik sejak kecil, jadi tiada masalah untuk dia menceburinya. Malangnya mantaliti sebilangan Bumiputera kita tidak cukup kuat, mudah putus asa.” katanya yang bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah pusat peranginan terkemuka di Santubong itu.
Mengenai ekspo sehari itu beliau yang bekerja pusat tersebut sejak 1992 antara lain berkata, “Sudah lama saya menunggu peluang taklimat seperti ini, tambahan pula ia diadakan pada hari cuti umum.
“Ada pun sebelum ini tapi saya tidak berkesempatan kerana ia bertindih dengan waktu kerja,” katanya sambil menambah pameran seperti itu perlu diadakan selalu.
Seorang lain, Cik Nurnazuha Rosli, 23, lepasan Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak dan belum mendapat pekerjaan selepas dua bulan bergraduat, mengakui sukar untuk mendapat perkerjaan walaupun sudah beberapa kali memomohon.
“Memang syarikat termasuk yang dimiliki oleh Bumiputera sendiri kurang yakin terhadap Bumiputera. Tapi saya akan cuba juga, mesti ada peluang,” katanya.
Rakannya, Encik Mohd Yazid, 24, juga lepasan UiTM (jurusan kewangan) pula berkata, yakin peluang untuknya mendapat pekerjaan cerah.
“Bumiputera kurang mendapat di hati majikan. Tetapi saya anggap ini sebagai cabaran besar kepada Bumiputera yang mengambil bidang ini sebab saingan daripada bukan Bumi habat, jadi sukar sikit.
Program disertai secara percuma bermula dari 10.30 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Pameran, Sarawak Industry and Promotion Exhibition Centre, Jalan P. Ramlee, majoritinya dihadiri bukan Bumiputera.
April 28th, 2008 at 12:48 am
PROSPEK KERJA DIJANGKA KUKUH TAHUN INI
Oleh Shahrizan Salian
PELUANG pekerjaan di Malaysia dijangka kekal kukuh tahun ini dengan prospek cemerlang bagi pertumbuhannya, demikian mengikut satu kaji selidik yang dijalankan JobStreet.com bulan lalu.
Firma pengambilan pekerja secara dalam talian itu dalam kenyataannya mengumumkan hasil kaji selidik Tinjauan Pekerjaan 2008 itu berkata, majoriti syarikat yang dikaji menjangka akan mengambil lebih ramai pekerja baru tahun ini berbanding tahun lalu.
Katanya, persekitaran optimis dalam pasaran pekerjaan itu dijangka mengekalkan kadar pengangguran di negara ini pada kadar 3.1 peratus atau mungkin lebih rendah lagi.
Firma itu berkata, 55 peratus daripada 700 pelanggan JobStreet.com yang dipilih secara rawak sebagai responden dalam kaji selidik itu berpendapat prospek pekerjaan tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun lalu.
Kira-kira 32 peratus responden pula, katanya berpendapat prospek pekerjaan tahun ini adalah sama dengan tahun lalu, manakala 13 peratus lagi percaya prospek pekerjaan berkurangan berbanding tahun lalu.
Firma itu berkata, sejajar iklim pekerjaan yang dijangka mengukuh, 55 peratus daripada syarikat yang dikaji itu menjangkakan mereka perlu mengambil lebih ramai pekerja tahun ini berbanding tahun lalu.
Katanya, 32 peratus responden yang berpendapat bahawa prospek pekerjaan tahun ini tidak akan berubah pula, secara umumnya bersetuju mereka perlu mengekalkan kadar pengambilan pekerja tahun ini sama seperti tahun lalu.
Kenyataan JobStreet.com itu berkata, kaji selidik itu turut mendapati bahawa gaji pekerja dijangka meningkat pada purata tiga hingga tujuh peratus tahun ini.
Ini dibuktikan apabila 36 peratus daripada syarikat yang dikaji itu berkata mereka akan menaikkan gaji antara tiga hingga lima peratus, manakala 26 peratus syarikat lagi akan menaikkan gaji pekerja antara lima hingga tujuh peratus.
Sebanyak 18 peratus syarikat pula menjangkakan menaikkan gaji pekerja mereka melebihi tujuh peratus tahun ini.
Kaji selidik Tinjauan Pekerjaan 2008 JobStreet.com itu juga mengkaji pengkhususan pekerjaan diperlukan majikan yang mahu mengambil pekerja baru sepanjang tahun ini.
Secara kolektif bagi semua industri, pengkhususan pekerjaan utama yang diperlukan adalah pemasaran dan pembangunan perniagaan, diikuti rapat oleh kejuruteraan mekanikal serta pengkhususan dalam komputer dan perisian teknologi maklumat.
Pengkhususan pekerjaan lain yang dijangka memberi impak kepada syarikat termasuk jualan dan pemasaran, kemahiran khidmat pelanggan, kejuruteraan elektrik, perakaunan dan sumber manusia.
April 28th, 2008 at 12:52 am
REBUT TAWARAN 20,000 PELUANG KERJA!!!
KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,000 jawatan kosong dalam pelbagai bidang ditawarkan kepada mereka penganggur atau yang berminat menukar kerjaya pada Pameran Kerjaya dan Lati-han Kebangsaan 2008 pada 4 April ini.
Pameran selama tiga hari di kompleks membeli-belah Mid Valley itu akan menawarkan jawatan kosong meliputi bidang perakaunan, teknologi maklumat, kejuruteraan, jualan dan pemasaran.
Serentak berlangsungnya pameran kerjaya terbesar di negara itu, turut diadakan ialah Pameran Pendidikan Graduan Siswazah 2008 serta Ekspo Keusahawanan 2008 anjuran AIC Exhibitions Sdn. Bhd. dan JobStreet.com.
Pengerusi penganjur pameran, William Ng berkata, peluang kerja kali ini lebih banyak daripada 15,000 yang ditawarkan tahun lalu.
“Kita tambah 5,000 lagi dengan harapan lebih ramai mendapat peluang kerja,” katanya.
Menurut Ng, sebanyak 220 syarikat dari dalam dan luar negara akan mengambil bahagian termasuk Sime Darby Berhad, MISC Berhad, SP Setia, Petronas, Astro, Resort World Berhad, Intel dan Samsung
April 28th, 2008 at 12:56 am
Peluang kerjaya ACCA lebih luas
Publication: Berita Harian
BAGI pelajar tahun akhir Universiti Putra Malaysia (UPM), Goh Sin Huey, keputusan melanjutkan pelajaran dalam jurusan perakaunan adalah muktamad, walaupun pada awalnya bapanya agak ragu dengan keputusannya itu.
Sejak di bangku sekolah lagi, Sin Huey meminati subjek Perakaunan. Walaupun beliau mengikuti aliran sains tetapi masih menambah subjek perakaunan dalam senarai subjek yang diambil untuk peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Keputusan itu nyata tepat apabila beliau mendapat markah tertinggi dalam subjek Perakaunan dan ditawarkan tempat di UPM dalam jurusan Perakaunan.
Sin Huey berpendapat bahawa perakaunan memang sebati dengan dirinya apabila selalu mendapat markah tinggi dalam subjek berkenaan. Beliau yakin dengan bidang ini kerana ia mencakupi skop yang luas. Kerjaya dalam bidang kewangan dan perakaunan memberi pilihan yang lebih banyak dan mencakupi pelbagai bidang serta relevan dalam banyak industri dan perniagaan. Sin Huey berpendapat, beliau mempunyai pemikiran rasional dan praktikal, serta gemar akan nombor dan pengiraan. Ciri-ciri ini baginya penting untuk menjadi akauntan berjaya. Keyakinan terhadap keputusan memilih perakaunan semakin menebal selepas latihan praktikal syarikat perakaunan.
“Walaupun latihan dan kerja sebagai juruaudit mencabar tapi saya menghargai setiap minit latihan yang diberi dan latihan ini memberi gambaran sebenarnya akan kerja dan kehidupan sebagai seorang akauntan,” katanya.
Impian Sin Huey selepas tamat pengajian ialah untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat audit terkemuka di Kuala Lumpur dan berharap dapat mencapai status ‘partner’ atau rakan kongsi bagi syarikat berkenaan.
“Memang menjadi impian saya mempunyai peluang menurunkan tanda tangan pengesahan bagi set akaun,” katanya.
Sin Huey berpendapat, pendedahan mengenai isu semasa berkaitan kewangan dan perakaunan penting untuk memantapkan persediaan awalnya bagi memulakan kerjaya dalam bidang perakaunan.
Dengan kesedaran ini Sin Huey menyertai program ‘ACCA Accelerate’ pada Ogos lalu selepas mengetahui mengenainya menerusi laman web ACCA.
Baginya kelayakan perakaunan profesional seperti ACCA menambah peluang bukan saja mendapatkan kerjaya tetapi penting untuk terus berjaya dalam bidang korporat. Sebagai pelajar yang menyertai skim ini, Sin Huey mendapat banyak kelebihan tetapi yang paling penting bagi beliau ialah mendapatkan majalah Student Accountant, majalah terbitan ACCA untuk semua pelajar ACCA seluruh dunia. Majalah ini memuatkanpelbagai artikel teknikal dan nasihat praktikal untuk pelajar ACCA dalam pembelajaran dan juga persediaan dalam dunia perakaunan. Bagi Sin Huey, maklumat sebegini amat berguna bagi persediaan fizikal dan mental dalam menghadapi dunia pekerjaan.
Dengan menyertai skim ‘ACCA Accelerate’ Sin Huey mendapat majalah in secara percuma setiap bulan. Skim ‘ACCA Accelerate’ khas buat graduan seperti Sin Huey untuk mendapatkan kelayakan perakaunan profesional, ACCA yang diiktiraf di 170 buah negara di seluruh dunia.
Skim ini membolehkan impian graduan mendapatkan kelayakan ACCA dalam jangka masa lebih singkat. Graduan boleh mendaftar dan menyertai skim ini semasa masih menuntut di universiti dan meneruskan pengajian ACCA sebaik tamat pengajian di universiti. Ini menjimatkan masa.
Sin Huey bercadang menimba pengalaman bekerja di luar negara satu masa nanti. Jadi dengan skim ini beliau berpeluang mendapatkan kelayakan ACCA dan kelayakan profesional ACCA ini diiktiraf oleh 170 Negara.
Ini membolehkan Sin Huey layak untuk mendapatkan pekerjaan di peringkat antarabangsa. Ramai graduan ACCA kini menetap dan bekerja di luar negara untuk menimba lebih banyak pengalaman sebelum pulang semula ke Malaysia.
Sejak dulu lagi, majikan di seluruh dunia mengiktiraf lulusan dan ahli ACCA dan mereka diterima bekerja kerana jaminan kualiti dan mutu ACCA itu sendiri.
“Dari dulu lagi, saya sudah mengambil keputusan belajar ACCA selepas saya mendapatkan ijazah. Tapi melalui skim khas untuk graduan ini, saya
berpeluang mendapat pendedahan awal yang dinikmati pelajar ACCA dengan lebih awal yakni sebelum saya menamatkan pengajian ijazah saya.
Sin Huey yakin yang statusnya sebagai palajar ACCA melalui skim ACCA
Accelerate akan menjadi satu kelebihan bagi dirinya apabila memohon dan menghadiri temu duga pekerjaan. Ini kerana kelayakan ACCA sudah lama diiktiraf antarabangsa dan dipandang tinggi oleh majikan terutamanya di syarikat perakaunan besar.
Beliau berkata, ACCA Accelerate penting bagi graduan mendapatkan pendedahan awal dan mengesyorkannya pelajar tahun dua dan tiga, terutamanya selepas latihan praktikal. Ini lebih baik kerana mereka lebih mudah untuk menghubung kaitkan diri dengan teori dan situasi kerja yang sebenar.
Maklumat lanjut sila hubungi ACCA di talian 03-2713 5051 atau e-mail kepada info@my.accaglobal.com atau http://malaysia.accaglobal.com (END)
May 22nd, 2008 at 9:21 pm
EKSPO SEDIA LEBIH 5,000 PELUANG KERJA
SHAH ALAM: Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada graduan dan penganggur menerusi Ekspo Kerjaya anjuran Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), di Kompleks Belia dan Kebudayaan, di sini, selama tiga hari bermula 6 Jun ini.
Jawatan kosong yang ditawarkan itu memberi ruang kepada lepasan universiti, sekolah atau mereka yang ingin mencari kerjaya sesuai dalam usaha meningkatkan mutu modal insan yang cemerlang mengikut bidang profesional masing-masing.
Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Rosniza Mohamad Rasol, berkata sesi temu duga terbuka diadakan bagi calon yang layak mengisi kekosongan di syarikat yang menyertai pameran itu.
Katanya, antara kekosongan jawatan termasuk dalam bidang perakaunan, kewangan, jualan pemasaran, teknologi maklumat, kejuruteraan, pentadbiran, reka cipta, perbankan dan fokus kepada industri perhotelan, insurans dan pentadbiran awam.
“Lebih 60 syarikat tempatan dan luar negara akan menyertai pameran ini, antaranya Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Naza Motor Trading, Antah Schindler, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), IBM Malaysia dan Proton Holdings Berhad.
“Selain itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Plus Expressway Berhad, Yayasan Pelajaran Mara, KFC Holdings, Top Glove Corporation Berhad dan Unilever (M) Holdings Sdn Bhd (Unilever),” katanya di sini, semalam.
Ekspo yang julung kali diadakan dan dijangka dihadiri 30,000 pelawat itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Unisel yang menjuarai Open Class Cansat Team dan mendapat tempat ketiga kategori Telemetry Pertandingan Cansat Antara Varsiti Dunia di Madrid, Sepanyol, bulan lalu, turut mempamerkan Unissat V1.1 dan V1.2, satelit menggunakan teknologi nano ciptaan pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraannya yang memenangi pertandingan itu.
Ekspo itu turut disertai agensi kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Belia dan Sukan serta beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Selain itu, 10 fakulti Unisel turut mempamerkan program dan produk kaji selidik mereka yang berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sumber : Berita Harian 22/05/2008
May 27th, 2008 at 10:05 pm
CAREER OPPORTUNITIES IN ACCOUNTING
Accounting is known to be the study of how businesses keep track of their income and assets over a period of time. There are a lot of things one can learn from a career in accounting. One of the most important lessons is learning how businesses work. To point out, one of the many successful businessmen were previously accountants who decided to work their way in business. Why? It is because accounting is the language of business. Accounting is the system, which quantifies business activities, transforms information into reports and communicates the output to top level management. So, here are some of the career options in accounting.
Public Practice. One may start his or her career in accounting as a public accountant. These are accountants who render services with a fee as well as staff accountants employed by them. Public accountants coordinate or work in partnerships, which offer their accounting services to individuals, businesses and governments. However, one should be a certified public accountant to be able to practice individually or as members of public accounting firms. The work of public accountants includes auditing, taxation and management advisory services. It should be noted that public accounting has been the frequently traveled path of most accountants as it provides excellent opportunities to achieve business experiences, which are multifaceted.
Education. Accountants may also be hired as researchers, professors or reviewers. These people make sure that there is continued development of the profession through making an effort to clear out and face emerging issues by doing research and distribute the obtained results to all.
Commerce and Industry. Any corporation whether big or small has an accounting group. The accounting group organizes and prepares financial statements; keeps track of costs, takes care of tax issues and works on international transactions. Over time in practicing accounting, one may be hired as vice presidents for the finance department. They could also be hired as chief accountants, cost accountants, internal auditor or budget officer. The responsibilities and the scope of the activities within this field of accounting vary widely dependent on the size of the company and the level of position.
Government Service. Accountants in the government service either work at the local or state level or the federal level. Government accountant manage and put together budgets, keep track of government costs and analyze programs of the government. Their work can improve the conditions of the public. However, there is higher tendency for it to be political; thus, their work is subject to bureaucratic impediment. The work of government accountants is very crucial. It is in government accounting that provides great development to a lot of organizations to controller and most probably to higher administrative positions. Government accountants are largely employed at the federal level. These include the Department of Defense, the General Accounting Office as well as the Internal Revenue Service.
So, there you go. Those were some of the myriad opportunities in the accounting profession. But one must always remember that success is not always attached to the accounting profession. If one wishes to attain success, one must work hard for it.
Michael Russell
Your Independent guide to Accounting
Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Michael_Russel
August 5th, 2008 at 8:00 pm
Anak Melayu juga tidak kurang cerdik dalam subjek Perakaunan! Cuma kadangkala guru mereka tidak mendedahkan pelajar dengan peluang pekerjaan dan menarik minat pelajar dalam subjek ini. Buktinya dalam peperiksaan SPM-LCCI 2007 daripada 17 calon yang menduduki peperiksaan tersebut;-
9 calon pass with distintion
8 calon pass with credit
Mereka ini adalah pelajar luarbandar di Baling, Kedah yang bersekolah di SMK harian biasa, yang tidak layak mengambil subjek sains (selepas PMR), tetapi mampu memperolehi kejayaan yang cemerlang. Anak Melayu juga boleh jika guru tidak pernah menganggap mereka lemah!
August 5th, 2008 at 9:31 pm
Saya setuju dengan pandangan Cg Ghazali, guru terlebih dahulu perlu menanam MINAT dihati pelajar terhadap PAK. Perakaunan ialah ilmu kemahiran, maka BIMBINGAN guru yang berterusan sangat penting. Kita sendiri sebagai guru perlu sentiasa MENILAI dan MEMPERBAIKI kaedah PnP yang digunakan supaya KEMAHIRAN SEBAGAI GURU juga meningkat. Guru seharusnya merasakan KEGAGALAN pelajar merupakan KEGAGALAN GURU dan KEJAYAAN pelajar merupakan KEJAYAAN GURU….. (sebagai MOTIVASI DIRI.).
TAHNIAH!!! di atas kejayaan pelajar Cg Ghazali.
BULETIN PERAKAUNAN yang saya sediakan sedikit sebanyak boleh digunakan untuk tujuan menanam minat atau memberikan sedikit pendedahan kepada pelajar.
August 13th, 2008 at 1:45 pm
saya mengambil jurusan diploma akauntansi. saya dalam dilema diantara menyambung pelajaran saya di peringkat ijazah atau menimba pengalaman bekerja dalam bidang akaun. diharap anda semua dapat membantu saya dalam menentukan perjalanan hidup saya.
August 13th, 2008 at 9:18 pm
Najwa,
PETUA MEMBUAT KEPUTUSAN
Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana ia mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk, malah mungkin menimbulkan perkara yang tidak terlintas langsung di fikiran. Kematangan dan kebijaksanaan seseorang boleh dilihat daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta-merta dan ada pula yang mengambl masa untuk difikirkan terlebih dahulu. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakalanya tidak membawa faedah, malah lebih teruk jika menimbulkan pelbagai perkara buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri terlebih dahulu dengan cara-cara membuat keputusan yang betul.
1. Tenangkan fikiran
Apabila di dalam kebuntuan untuk membuat keputusan, elakkan rasa tertekan dan yakinkan diri anda bahawa anda dapat membuat keputusan yang terbaik. Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Sebaliknya, cuba duduk, tarik nafas panjang ataupun ambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.
2. Kenal pasti masalah sebenar
Setelah fikiran tenang, fikirkan semula perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat samada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesan-kesannya. Jika ianya pertama kali, fikirkan perkara itu dengan teliti.
3. Kenal pasti pilihan
Fikirkan semua pilihan-pilihan yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat. Untuk membuat keputusan yang amat penting dan besar, sebaiknya sediakan kertas untuk mencatat pilihan-pilihan yang ada.
4. Kaji baik buruk pilihan
Setiap pilihan yang ada mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri sendiri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti kesan yang akan timbul. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu yang diambil.
5. Buat pilihan terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik iaitu yang paling banyak positifnya daripada negatif. Pastikan keputusan yang dipilih benar-benar mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan. Tabahkan diri dan percaya bahawa keputusan itulah yang terbaik.
6. Tegas dengan keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah, sebaliknya tegaslah dengan keputusan yang anda. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa, malah lebih yakin dengan diri sendiri.
7. Nilai semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, cuba lihat kembali kesan-kesan yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan-kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.
Kehidupan kita tidak pernah lari daripada menghadapi pilihan-pilihan serta masalah yang mana ianya amat penting untuk menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi kehidupan mendatang. Membuat fikiran memerlukan ketajaman fikiran dan keyakinan. Pengalaman juga dapat membantu kita membuat keputusan terbaik. Jika ianya amat sukar, dapatkanlah buah fikiran orang lain seperti ibubapa, rakan-rakan, guru, ataupun khidmat kaunseling.
Sumber : MyMesra
November 14th, 2008 at 12:14 pm
KERJAYA SEBAGAI KERANI AKAUN
KETERANGAN TUGAS KERANI AKAUN
1. Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kita
2. Membuat pengiraan yang sewajarnya
3. Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad
4. Mengira kos pengeluaran dan pengendalian
5. Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.
6. Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
7. Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar.
8. Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.
9. Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.
10. Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.
11. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
12. Menyelia pekerja lain.
PEKERJAAN YANG DIKELASKAN DI BIDANG INI DIANTARANYA:-
1. Penyimpan Kira-Kira
2. Kerani ,Akaun
3. Kerani ,Bank
4. Kerani, Audit
5. Kerani, Kredit
6. Kerani, Gaji
7. Kerani Kos
8. Kerani, Bil
CIRI-CIRI PERIBADI KERANI AKAUN
1. Menyesuaikan diri dengan mudah
2. Bersungguh-sungguh dan teliti
3. Suka mempertahankan diri
4. Cekap
5. Petah
6. Sopan
7. Praktikal
8. Tekun
9. Tenang
KELULUSAN KERANI AKAUN
SPM atau setaraf, kepujian Bahasa Malaysia dan Matematik
November 14th, 2008 at 12:17 pm
10 TIPS DALAM PEMILIHAN KERJAYA
Pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang kompleks dalam kehidupan terutamanya kepada mereka yang masih lagi tercari-cari apa yang mereka kehendaki di dalam kehidupan dan kerjaya. Berikut adalah beberapa tips bagi memudahkan ataupun bagi menjadi penduan kepada individu dalam membuat pemilihan kerjaya.
1. Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati atau disukai.
2. Kerjaya yang dipilih haruslah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.
3. Kerjaya tidak harus datang secara paksaan contohnya dari ibu bapa atau keluarga.
4. Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba (trial & error)
5. Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya. Kejayaan bukan datang dalam sekelip mata. Ia akan memakan masa. Oleh itu ketekunan dan istiqamah serta doa amat penting dalam menjamin kerjaya masa depan.
6. Kerjaya yang dipilih haruslah tidak bersandarkan kepada faktor kewangan semata-mata. faktor lain yang lebih penting harus diambil kira.
7. Sebelum memilih sesuatu kerjaya dapatkan informasi sebanyak mungkin terlebih dahulu.
8. Jumpa orang yang lebih berpengalaman dan bertanya soalan-soalan yang relevan kepada mereka. Dengan kata lain dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar.
9. Dapatkan restu dari kedu-dua ibu bapa. Restu mereka amat penting dalam menjamin kejayaan anda.
10. Lakukanlan Solat Istiharah dan berserah pada Allah s.w.t. Hanya Dia sahaja yang maha mengetahui dan penentu segalanya.
November 26th, 2008 at 4:04 am
saya nak tanya ni…klu kite ade acca,tp xde degree boleh ke dpt keje yg setaraf dgn degree?
November 26th, 2008 at 7:37 am
Ridzuan,
Daripada maklumat yang Cg dapat, Pengajian ACCA ada 9 paper :
Paper 1 & 2 – Introductry Level
Paper 3 & 4 – Intermidiate Level … (lepasan SPM 2009 boleh terus Paper 3).
Paper 5 & 6 – Advance Level
=>ACCA Certified Accounting Technican (CAT) … lebih kurang Diploma.
Paper 7 & 8 – Fundamental (Skill & Knowledge)
Paper 9 – Professional Stage
=>ACCA …. lebih kurang Ijazah.
Itu yang Cg difahamkan, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila ke laman ACCA.
December 28th, 2008 at 11:37 pm
cgu, saya sedang buat kerja kursus mengenai kerjaya seorang akauntan. Boleh saya tanya, berapakah gaji permulaan sebagai seorang akauntan dan berapakah gaji tertinggi yang boleh didapati akauntan tersebut.
December 29th, 2008 at 11:29 pm
Anif,
Berdasarkan SKIM PERKHIDMATAN AKAUNTAN 2005 bagi kakitangan Kerajaan/JPA.
Gaji permulaan Gred W41 P1T8 lebih kurang RM2,300
Gaji tertinggi Gred W54 P2T8 adalah RM6,434.44
Manakala skim gaji Syarikat Swasta (bergantung kepada saiz syarikat) biasanya jauh lebih tinggi, sehinggakan ada mencecah RM10,000 sebulan…. ataupun mungkin lebih.
Itu saja daripada Cg, mungkin cikgu-cikgu lain boleh membantu.
December 30th, 2008 at 8:37 am
Salam,
Saya berumur 33 tahun, berkelulusan Diploma Pengajian Perniagaan. Kini berkhidmat dalam kerajaan. Saya berminat utk melanjutkan pelajaran dlm bidang perakaunan. Mungkin akan melanjutkan pelajaran secara luar kampus atau pjj. Masalahnya saya kurang fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.
December 31st, 2008 at 12:24 am
Smaya,
Syabas Cg ucapkan kerana berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Walaubagaimanapun MINAT sahaja tidak memadai, perlu disusuli dengan KEAZAMAN dan USAHA yang bersungguh2. Jangan jadikan masalah sebagai ALASAN, sebaliknya aggaplah ianya sebagi suatu CABARAN. Demi masa depan, cuba tingkatkan kemahiran/penguasaan BI anda. Tiada KEJAYAAN datang BERGOLEK. Semoga Berjaya.
January 11th, 2009 at 12:20 pm
salam cgu,
saya baru shj berumur 15 tahun. ttpi, saya mmpunyai dua bidang kerjaya yg saya sangt mnat..
iaitu:
a. kedoktoran
b.perakaunan
saya mahu sekali mnjadi seoarang pakar kanak-kanak, ttpi, saya takut dan geli apabila melihat darah..
bg bidg perakaunan pula, say merasakn bahawa gajinya agak kurang, jika dbandingkan dgan doktor..
boleh ckgu trangkan bidag2 yag saya mahu itu..
supay saya bearsa lebih yakin yg mana satu saya akan pilih untuk masa depan saya, kelak, walaupun saya baru setahun jagung untuk mengetahuinya.
January 11th, 2009 at 4:54 pm
Siti,
Tahniah !!! Walaupun masih berumur 15 tahun tetapi telah mempunyai cita-cita dan wawasan untuk kerjaya masa depan. Kedoktoran dan perakaunan merupakan dua bidang yang profesional, dalam penentuan tangga gaji bergantung kepada kepakaran, pengalaman dan juga organisasi itu sendiri.
Maaf buat masa ini Cg tidak dapat menerangkan tentang kedua2 bidang tersebut. Cuma nasihat Cg buat masa ini berikan tumpuan sepenuhnya kepada PMR pastikan anda mendapat keputusan yang cemerlang (semua A), kemudian semasa tingkatan 4 nanti pilih Aliran Sains dan mengambil subjek elektif Prinsip Perakaunan. Setelah mempelajari kedua2 subjek Biologi dan Prinsip Perakaunan, baru buat penilaian samada Siti lebih berminat bidang kedoktoran atau perakaunan. Ok, itu saja daripada Cg.
January 26th, 2009 at 8:21 am
PENURUNAN PERTUMBUHAN TINGKATKAN PENGANGGURAN
Kamarulzaidi Kamis
PENURUNAN drastik kadar pertumbuhan ekonomi negara daripada paras memberangsangkan antara enam hingga tujuh peratus kepada sekitar tiga peratus tahun ini ekoran kegawatan ekonomi global akan memberi kesan ketara terhadap peningkatan kadar pengangguran.
Ahli Majlis Ekonomi, Datuk Zainal Aznam Yusof, berkata walaupun kerajaan mengunjurkan kadar pengangguran tahun ini tidak akan melebihi empat peratus, sebahagian besar ahli ekonomi menjangka ia mungkin melonjak kepada antara 4.5 hingga enam peratus.
“Kita harus bersedia kerana bagi negara seperti Malaysia yang memiliki 11 juta pekerja, kadar pengangguran 4.5 peratus itu bermakna sejumlah 495,000 rakyat negara ini tidak memiliki pekerjaan dan jika enam peratus bermakna seramai 660,000 orang menganggur.
“Saya secara peribadi menjangka kadar pengangguran negara tahun ini adalah antara lima hingga enam peratus,” katanya dalam satu temu bual bersama Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, perkara itu sukar dielak kerana ekonomi negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun yang ketika ini mengalami kemelesetan, akan memberi kesan langsung ke atas sektor eksport negara ini, khususnya sektor perkilangan.
“Kadar pengangguran akan meningkat apabila syarikat dan kilang mengurangkan dan memberhentikan operasi (ekoran kekurangan tempahan), sekali gus akan melonjakkan kadar pengangguran.
“Jangkaan kadar pengangguran nampaknya tidak begitu baik, khususnya dengan kemasukan graduan baru ke dalam pasaran kerja,” tambahnya.
Zainal Aznam mengunjurkan pertumbuhan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini adalah sekitar dua peratus, lebih rendah berbanding unjuran rasmi kerajaan iaitu 3.5 peratus.
“Peralihan daripada pertumbuhan (KDNK) tinggi kepada perlahan akan menyebabkan berlaku kejutan dalam sistem, justeru, memberi kesan ke atas kadar pengangguran.
“Justeru, saya menjangka kadar pengangguran melonjak tinggi tahun ini sebelum kembali stabil kepada kira-kira antara empat hingga lima peratus tahun depan, apabila ekonomi meningkat kembali,” tambahnya.
Zainal Aznam menjangka aktiviti pengurangan pekerja akan berlaku dalam semua sektor dan paling ketara adalah sektor perkilangan berorientasikan eksport.
“Setakat ini, kadar pengurangan pekerja belum tinggi, tetapi ia dijangka meningkat kelak,” katanya.
Sebahagian besar pemberhentian pekerja dalam sektor pembinaan dan perladangan adalah terdiri daripada pekerja asing, manakala dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan pula lebih tertumpu kepada pekerja tempatan.
Zainal Aznam menambah, sektor perkhidmatan yang dijangka pulih terlebih dulu daripada kegawatan global berbanding sektor lain, akan menjadikan penyerap utama kelembapan domestik.
“Lazimnya, ketika berlaku kegawatan, sektor perkhidmatan adalah sektor yang mengalami penurunan paling minimum dan ia juga akan pulih lebih cepat berbanding sektor lain.
“Justeru, sektor perkhidmatan mampu menyediakan peluang pekerjaan baru kepada rakyat,” katanya.
Sektor perkhidmatan terdiri daripada subsektor seperti KEWANGAN, pelancongan, pendidikan, kesihatan, teknologi maklumat, PERKHIDMATAN PROFESIONAL, perkhidmatan berkaitan pembinaan dan perkilangan.
Sumber : Berita Harian Online 26 Jan. 2009
February 7th, 2009 at 3:39 pm
Saya berumur 35 tahun dah telah bekerja sbg Kerani Akaun ( General Ledger ) sejak 10 tahun yg lalu di sebuah sykt swasta.Saya berminat mengambil LCCI secara luar kampus di KL @ Slngor.Boleh ckgu rekomen tempat yg sesuai ?
February 7th, 2009 at 11:48 pm
Assalamualaikum,
Saya merupakan pelajar tahun pertama dalam bidang teknologi maklumat di UiTM dlm peringkat ijazah sarjana muda. Saya ingin bertanya kpd cg, adakah saya berada dilandasan yang betul dalam memilih jurusan? Ini kerana saya bukan pelajar sains komputer mahupun I.T pada peringkat diploma dan I.T merupakan pilihan terakhir saya semasa mengisi borang permohonan ijazah. Saya sebenarnya agak keliru dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bidang teknologi maklumat tidak menjanjikan peluang kerja yang banyak diluar sana pada masa sekarang. Benarkah begitu?
February 8th, 2009 at 2:05 pm
Wan Khairuddin,
Tahniah, kerana bercita2 untuk terus meningkatkan potensi diri dalam kerjaya. Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang cadangan mengenai tempat2 tersebut. Saya cadangkan saudara dapatkan maklumat daripada internet mengenai tempat2 yang menawarkan kursus LCCI tersebut.
Nor Aishah,
Waalaikumsalam, Pada pandangan Cg, PELUANG yang telah ada jangan dilepaskan begitu saja. Kita REBUT peluang tersebut dan BERUSAHA BERSUNGGUH2 untuk BERJAYA. Bagi Cg, dalam apa jua bidang sekalipun jika KEPUTUSAN setakat CUKUP MAKAN sahaja maka peluang pekerjaan agak sukar diperolehi. Tetapi jika KEPUTUSAN CEMERLANG diperolehi, maka peluang pekerjaan adalah lebih CERAH. Maka berusahalah mulai sekarang untuk mencapai KECEMERLANGAN di kemudian hari.
February 26th, 2009 at 9:56 pm
saya berminat sangat nak amik jurusan perakaunan. sekarang saya sedang amik diploma pengajian perniagaan dan ingin menyambung ke peringkat ijazah perakaunan. rasanya boleh ke saya meneruskan usaha saya ini….
February 26th, 2009 at 11:19 pm
Farhana,
Teruskan minat dan cita-cita anda. Tetapkan matlamat, kemudian berusaha bersungguh2 untuk mencapainya disamping sentiasa berdoa dan mengingati Yang maha Berkuasa. InsyaAllah Berjaya.
March 17th, 2009 at 10:28 pm
Assalammualaikum..
Saya b’minat hendak menjadi seorang akauntan..saya masih lagi bersekolah..tapi saya tidak mengetahui prospek kerjaya sebagai seorang akauntan ini…saya sering kali mendengar akauntan ini satu kerjaya yg profesional…tetapi saya tidak faham apa yang dimaksudkan…akauntan ini profesional yang bagaimana? Adakah kerjaya ini hanya melibatkan kira-kira sahaja?
March 17th, 2009 at 11:22 pm
Asyraf,
Tahniah Cg ucapkan kerana telah memikirkan kerjaya masa depan.
Kerjaya profesional memerlukan kelayakan/pengiktirafan tertentu seperti doktor, arkitek, peguam, jurutera dan akauntan. Sembilan ciri yang meletakkan sesuatu kerjaya itu sebagai profesional yang perlu dipenuhi ialah kawalan, pendidikan asas dan lanjutan, etika, peraturan dan piawaian, tindakan disiplin, pengekalan profesion, kesaksamaan praktis, kebebasan serta kepimpinan.
Manakala maklumat berkaitan dengan kerjaya Akauntan telah Cg nyatakan di atas, iaitu berkaitan dengan Keterangan Tugas, Pekerjaan dalam bidang perakaunan, Ciri-ciri peribadi, Kelulusan dan Prospek Kerjaya. Sila rujuk DI ATAS.
March 29th, 2009 at 9:34 pm
SALAM ..
SAYA AMAT BERMINAT DENGAN KERJAYA AKAUNTAN ..
BARU-BARU INI SAYA MENDAPAT KEPUTUSAN SPM 2008 ..
ALHAMDULILAH ..SUBJEK AKAUN SAYA MENDAPAT 1A,MANAKALA DI PERINGKAT LCCI SAYA MENDAPAT KREDIT SAHAJA ..
SAYA AGAK KELIRU SEDIKIT ..
KERANA SAYA INGIN MENYAMBUNG BELAJAR KE PERINGKAT DIPLOMA ATAU MENGISI BORANG LCCI DAN MENYAMBUNG PELAJARAN KE ACCA ..
BAGI PERINGKAT DIPLOMA SAYA MINTA DIPLOMA PERAKAUNAN ,DIPLOMA PENGAJIAN BANK ,DIPLOMA PENGURUSAN BANK DAN DIPLOMA SISTEM PENGURUSAN TEKNOLOGI PERAKAUNAN ..
SEBELUM INI SAYA ADA MENGHANTAR EMAIL KEPADA CIKGU ,TETAPI SAYA TIDAK MENDAPAT JAWAPAN NYA ..
SAYA BERHARAP CIKGU DAPAT MEMBANTU SAYA SERBA SEDIKIT ..
March 29th, 2009 at 11:24 pm
Norasyikin,
Salam. Maaf kerana Cg tidak menerima sebarang email daripada anda. Sebenarnya agak sukar untuk Cg berikan pandangan jalan mana harus dipilih kerana masing2 ada kelebihan dan kekurangannya.
Bagi mendapat sedikit sebanyak panduan, maklumat, isu2 berhubung perkara tersebut, Cg cadangkan Norasyikin baca soal-jawab dan komen2 yang terdapat di Blog Sifu2b : Akauntansi dan Sijil Profesional, Apa kata Anda?
Semoga ianya dapat membantu anda.
Dan jika kita berada dalam kesukaran untuk membuat sesuatu pilihan, langkah yang sewajarnya kita ambil ialah dirikan Solat Istikharah dengan diiringi doa bagi memohon ketentuan dari Allah atau petunjuk-Nya yang mana lebih baik untuk kita buat pilihan.
April 8th, 2009 at 1:04 pm
assalamualaikum w.b.t.
cg,sy merupakan pelajar lepasan SPM dan brminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. tp,sy tidak mempunyai basic dlm bdg perakaunan ini dan kurang cekap dlm subject math even sy mndpt A1 dlm subjek trsebut baru2 ini. adakah ia menjadi penghalang kepada impian sy? dan, disebabkn hal yg trsebut, sy telah mnjadi kurang yakin dgn pilihan sy ini.. apakah yg harus sy lakukan? smada untuk meneruskn atau tidak..
April 8th, 2009 at 8:43 pm
Husna,
Waalaikumussalam, Cg nasihat Husna baca dengan teliti pandangan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Radin Umar dalam akhbar berhubung dengan PENENTUAN KURSUS (Sila Klik) yang telah Cg sediakan sebagai panduan.
April 29th, 2009 at 12:50 pm
askum…sy lepasan spm…dan tak pasti untk memilih bidang selepas ini.sy berminat mnjdi seorang guru,bagaimanapun sy tidak dpt tawaran ke maktab perguruan.jika sy memilih diploma perakaunan,adekah sy berpeluang menjadi seorang guru akaun?
April 29th, 2009 at 1:38 pm
Norfaizah,
Peluang untuk menjadi guru masih terbuka luas. Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda. Antaranya :
Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat SPM untuk dipilih masuk ke program matrikulasi atau asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.
Cara kedua: Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM. Calon akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang diminati.
Cara ketiga: Memiliki sijil atau diploma serta telah mengajar beberapa tahun juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama sesuai dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh berbuat demikian dengan syarat perlu memohon untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di universiti-universiti atau kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan untuk tempoh setahun.
April 29th, 2009 at 1:58 pm
CG..KERANI AKAUN SAMBILAN DIPERLUKAN….
Saya sedang mencari kerani akaun yang boleh mengendalikan semua urusan akaun syarikat saya. Syarikat ini menjalankan kursus-kursus penulisan, motivasi, pengurusan dan komunikasi.
Boleh paparkan emel saya ini? Mana tahu ada sesiapa yang berminat untuk menjadi kakitangan kami…rasanya, buat masa ini, part time pun boleh juga…
so, jika ada yang minat, boleh emelkan maklumat nama, kelulusan, pengalaman dan gaji yang dicadangkan.
welldone165@gmail.com
May 2nd, 2009 at 11:11 am
asslmualaikum…
saya menerima bidang diploma prakaunan di sebuah kolej..
tapi saya tiada basic akaun sebab saya mengambil sains tulen semasa spm tahun lepas..
so,adakah tepat saya mengambil bidang ini atau memasuki ke tingkatan 6..??
May 2nd, 2009 at 7:04 pm
blh ckgu terangkan dengan lebih mendalam ttg corporate finance dan accauntant.
Tlg beritahu perbezaannya
selain itu, tlg beritahu adakah biasiswa yang menghantar peljar cemerlang pa ke luar negara? jika ya, apakah badan tersebut?
May 2nd, 2009 at 10:16 pm
Khadijah,
Tepat atau tidak Cg tidak dapat tentukan, ia bergantung kepada minat dan kesungguhan anda untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Disini Cg kemukakan petikan daripada Berita Harian Online berkaitan dengan PENENTUAN KURSUS, semoga sedikit sebanyak dapat membantu khadijah membuat keputusan nanti.
Syed,
Minta maaf kerana buat masa ini Cg tidak dapat menerangkan secara mendalam berkaitan perkara tersebut dan juga biasiswa untuk belajar ke luar negeri. Cuba search lagi diinternet untuk dapatkan maklumat tersebut.
May 2nd, 2009 at 10:59 pm
salam..
cikgu,sy nk tnye pe tu diploma sistem perakaunan? dan pe skop kerjaya bagi bidang tu..
sy pelajar lpsn spm,ambil science stream..
tp result spm dlm bidang sains sy tak memuaskan..
sy minat bidang perakaunan nie..
May 2nd, 2009 at 11:59 pm
Nurul,
Sila rujuk laman UiTM BERIKUT. Semoga ianya dapat membantu anda.
May 4th, 2009 at 2:10 pm
salam…..
cikgu saya nak tanya…
erm,sy dpt matrik akaun n diploma perakaunan..dan saya telah buat kputusan tok masuk matrik…
tp saya sedih sgt sbb sy terlepas pemohonan CAT di uitm…
jd,jika sy mahu sijil ACCA,adakah sy masih sempat??
dan bagaimana perjlnan idop sy jika saya msuk matrik…dan saya ingin mgmbil sijil ACCA…tp bagaimana??
boleh cikgu bantu sy…
May 4th, 2009 at 3:02 pm
saya harap cikgu dpt balas soalan sy…
plez,sy mmg inginkn profesional akaun ini…
dan saya tkot klu sy terlmbat…
mekaseh…
May 5th, 2009 at 9:18 am
Piqa,
Tahniah Cg ucapkan. Oleh kerana anda telah membuat keputusan untuk masuk Matrik, maka teruskan. Anda akan belajar selama 1 tahun, pastikan pointer 3.5 ke atas untuk melayakkan anda melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.
Selepas mendapat Ijazah anda masih berpeluang lagi untuk mengambil Sijil ACCA jika mahu, kerana ianya adalah terbuka. Anda boleh daftar untuk menduduki peperiksaan secara persendirian atau daftar di mana-mana kolej dengan mengikuti kuliah kemudian mengambil peperiksaan ACCA tersebut. Untuk maklumat lanjut sila layari laman ACCA.
May 8th, 2009 at 11:58 am
askum..ckgu..pe pendapat ckgu tntg diploma perbankan islam…adekah peluang pekerjaan meluas?sy telah mendapt twrn ke kolej profesional mara.dan progrm tersebut mrupakn progrm trbaru di stu…
May 8th, 2009 at 10:30 pm
Norfaizah,
Setiap program yang ditawarkan sudah tentu ada peluang pekerjaannya, cuma seluas mana tidak dapat Cg tentukan kerana ianya bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran pekerjaan semasa. Pada pandangan Cg, dalam program/bidang apa sekalipun sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang, maka peluang pekerjaan adalah lebih cerah. InsyaAllah.
May 9th, 2009 at 12:57 pm
saya sedang mengikuti kursus sijil penyimpanan kira di sebuah IPTA. sekarang sedang menjalani latihan industri. majikan tempat saya menjalani latihan industri menawarkan kerja selepas saya tamat pengajian. Pohon bagi cadangan, ipt/ kolej sesuai utk luar kampus jika saya ingin menyambung diploma perakaunan. Saya tahu sekarang susah nak dapat kerja. tapi ilmu juga penting.
May 9th, 2009 at 7:57 pm
Eira,
Tahniah Cg ucapkan kerana bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi.
Sekarang terdapat banyak IPT/Kolej yang menawarkan program Diploma Perakaunan, cuma kena pastikan program tersebut mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
terlebih dahulu.
May 13th, 2009 at 9:58 pm
cgu..
saya plajar lpsan spm 2008..
bru2 ni saya dpt twrn ke uitm dlm course pngurusan perniagaan..
utk mkluman cgu saya memohon ke program mtrikulasi ttp xbjaye..
saya sdg tggu rayuan ke mtrik skrg ni..
saya mntk sains di mtrik..
saya mnat akaun dan kalau saya dpt rayuan ke mtrik, adakah saya boleh tukar course ke akaun??
boleh bg pandangan cgu??
thankz…
May 14th, 2009 at 11:56 pm
Manda,
Cg ada mendapat maklumat bahawa pelajar yang memohon ke matrik sains tetapi tidak berjaya ke PST boleh membuat rayuan untuk ke matrik akaun, cuma Cg tidak pasti bila tempoh tamat rayuan tersebut dan bagaimana caranya. Jadi Cg cadangkan Manda hubungi Bahagian Matrikulasi untuk bertanya perkara tersebut. Semoga berjaya.
May 15th, 2009 at 12:03 am
oo..
thnkz Cg..
tp sye xamik akaun mse SPM..
bleh ke sye apply akaun mse kt mtrik??
May 15th, 2009 at 12:15 am
Manda,
Walaupun tidak ambil akaun masa SPM juga diterima, kerana syarat kelayakan ke matrik akaun tidak menetapkan WAJIB ambil prinsip perakaunan.
Berikut adalah syarat kelayakan minimum Bagi bidang Perakaunan (M003)
1. 6C Bahasa Melayu
2. 6C Bahasa Inggeris
3. 6C Matematik
4. 7D Matematik Tambahan
5. 6C dalam dua(2) mata pelajaran daripada berikut :
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Sains
Sains Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi
Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
Jadi sekiranya memenuhi syarat2 tersebut, maka manda dikira layak untuk memohon.
May 15th, 2009 at 12:24 am
thnkz Cg..
saya dpt a1 utk bm, bi, math, sej, pai dan tswur..
addmath c5,
fizik, kimia, biologi saya c6..
maknanya saya layak la Cg…
thnkz for your info Cg..
May 16th, 2009 at 9:24 am
cgu,nk tny..apa yg membezakan antra bendahari dan akauntan?bidang tugasannya sama ke?
May 16th, 2009 at 9:03 pm
Ct,
Bidang tugas akauntan lebih luas daripada bendahari, dan untuk bergelar seorang akauntan memerlukan kelayakan dan pengiktirafan khas tidak seperti bendahari.
May 24th, 2009 at 12:26 pm
afternoon cg…sy ada nk tnya cg…sy lepasan matrikulasi aliran perakaunan…..PNGK sy 3.87..skrg sy tak tau nk mohon kursus apa di universiti..Cg boleh bagitau tak apa peluang-peluang pekerjaan sekiranya sy ambil kursus “pengurusan kewangan dan perbankan”?? kalau kursus “ekonomi kewangan” pula apa peluang pekerjaannya cg?? gaji tinggi tak??? hehe…Trima kasih banyak-banyak ya Cg….
May 25th, 2009 at 7:15 pm
hai cg…sy ada nk tnya cg…sy lepasan matrikulasi aliran perakaunan…..PNGK sy 3.87..skrg sy tak tau nk mohon kursus apa di universiti..Cg boleh bagitau tak apa peluang-peluang pekerjaan sekiranya sy ambil kursus “pengurusan kewangan dan perbankan”?? kalau kursus “ekonomi kewangan” pula apa peluang pekerjaannya cg?? gaji tinggi tak??? hehe…Trima kasih banyak-banyak ya Cg….
May 25th, 2009 at 7:44 pm
Ane,
Pada pandangan Cg, pohon bidang Perakaunan lebih baik kerana pencapaian cemerlang anda (3.87). Setiap program yang ditawarkan mempunyai peluang pekerjaan mengikut bidang masing2. Sila layari laman IPT yang menawarkan program2 tersebut, biasanya ada dinyatakan bidang2 kerjaya yang boleh diceburi selepas mengikuti program tersebut.
Secara amnya, kerjaya dalam bidang2 profesional (seperti Akauntan, Doktor, Jurutera, Peguam, dll) akan diberikan gaji lebih tinggi.
May 26th, 2009 at 11:50 am
ooh……thanks atas pandangan cg…..sebelum ni sy takut kursus perakaunan susah nak belajar…sy takut sy tak dapat angkat subjek ni…tapi sy akan cuba study sungguh-sungguh…trima kasih cg….=)
May 26th, 2009 at 1:23 pm
salam
cg narzuki…saya lulusan dip. perakaunan uitm,dan sekarang bekerja di sykt swasta sbg kerani akaun hampir sebulan…sebelum bekerja di syarikat ini saya bekerja di sykt lain dengan menyediakan akaun secara manual…di sykt baru ini dengan alternatif sendiri saya ingin menggunakan sistem ubs bagi melicinkan kerja…pada pendapat cg narzuki bolehkah saya menggunakan sistem ini tanpa belajar hanya merujuk kepada manual user samata-mata…?dan bolehkah cg nyatakan starting standard gaji kerani akaun?….tQ…
May 26th, 2009 at 1:42 pm
Nexus,
Dengan kelulusan dan pengalaman yang dimilik serta kemahiran ICT yang ada, Cg rasa tiada masalah untuk menggunakan sistem UBS dengan hanya berpandukan manual user yang ada. Cuma jika mengikuti kelas/kursus adalah lebih baik. Soal gaji permulaan kerani akaun Cg tidak dapat nyatakan kerana ianya bergantung juga kepada saiz syarikat, lokasi dan persekitaran.
May 26th, 2009 at 2:22 pm
TQ cg..saya bekerja di sykt kontraktor yg memiliki lesen kelas D,sykt ini boleh dikatakan sykt yg maju…lokasi di kawasan perindustrian..sebelum ini sykt tidak ada langsung catatan rekod kewangan…saya perlu memulakan dan meneliti berdasarkan resit2 dan slip2 yg lepas dan kerja nya amat rumit…baru2 ini pengarah sykt meminta saya menyatakan jumlah gaji yg dipohon,namun saya masih tidak memberi respon…dan masih mencari angka yg sesuai dan berpatutan..saya sgt berharap cg dpt memberi pendapat@pandangan dlm hal ini…tqvm…
May 26th, 2009 at 5:12 pm
Nexus,
Soal gaji tu, Cg cadangkan bertanyakan pegawai / kerani akaun di syarikat2 yang berdekatan dengan kawasan tersebut, kerana jumlah gaji tersebut lebih releven. Memandangkan nexus akan membangunkan sistem rekod perakunan bagi syarikat tersebut, maka gaji tu minta “up” sedikit.
May 26th, 2009 at 10:56 pm
salam.sy lulusan mtrx akaun.
sy btol2 dlm dilema sbb keliru nak pilih akaun atau ekonomi
sms sem 1,sy lebih minat akaun tetapi sem 2 sy lebih minat ekonomi.
sy mdpt pngk 3.81.
apa pendapat cikgu jika sy memilih course ekonomi?
trima kasih..
May 26th, 2009 at 11:39 pm
Nadia,
Pada pandangan Cg, sebagai seorang pelajar matrik akaun yang cemerlang seharusnya memilih jurusan yang terbaik, iaitu perakaunan sebagai bidang kerjayanya. Ini kerana prospek kerjayanya lebih luas dan gajipun lebih tinggi berbanding lulusan ekonomi.
Sebagai perbandingan, jika kelulusan Nadia layak untuk jadi Doktor Pakar, kenapa nak pilih jadi Doktor Biasa ? Cuba fikir-fikirkan……
May 27th, 2009 at 3:44 pm
skurg2 nya jwpn cikgu melegakan hati yg dilema ini
jutaan terima kasih diucapkn..
June 3rd, 2009 at 6:41 pm
salam,
cikgu. saya berminat untuk melanjutkan pengajian dlm diploma perakaunan di kolej polytech mara cheras. tp. diploma ini adalah dengan kerjasama uitm. ape maksudnya ckgu? adakah saya boleh menyambung pengajian saya dengan mengambil acca?
June 3rd, 2009 at 10:27 pm
Syazwan.,
Sijil Diploma daripada KPTM tersebut dikeluarkan oleh UiTM. Sebenarnya terdapat 2 laluan iaitu akademik (matrik/diploma – ijazah – master – phd) dan sijil profesional perakaunan (LCCI / CAT-ACCA – ACCA).
Untuk mendapat lebih maklumat tentang Sijil Profesional boleh layari blog Sifu2b berikut : AKAUNTANSI DAN SIJIL PROFESIONAL.
June 8th, 2009 at 10:27 am
slam..samapi hari ini saya masih bingung dalam memilih kerjaya yang sesuai..saya minat dalam bidang kedoktoran tetapi subjek biologi saya amat susah untuk saya pelajari..apabila dinilai..saya lebih ke arah subjek yang berkaitan dengan mengira..di sekolah saya ada mengambil subjek perakauanan sbg sbjek tmbhn..dr situlah bermulanya minat sy dlm bdng perakauan..tetapi mslhnya skrng kerjaya dlm bdg kedoktoran pun menjdi minat sy..bagaimana sy nak selesaikan mslh saya ini,cgu?hal ini saya tlh menjdi keliru dlm menentukan kerjaya..
June 8th, 2009 at 8:18 pm
Nana,
Cg nasihat baca dengan teliti pandangan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Radin Umar dalam akhbar berhubung dengan PENENTUAN KURSUS (Sila Klik) yang telah Cg sediakan sebagai panduan.
Semoga ianya sedikit sebanyak dapat mambantu Nana.
June 18th, 2009 at 12:39 pm
salam..
saya masih belajar dalam kursus DIPLOMA IN BUSSINES STUDY..di sini sy ingin tnya,bolehkah jurusan ini memohon kerja dalam bidang akauntan,juruadit? sy msh keliru..adakah bidang ini hanya untuk menjadi ahli perniagaan atau yang berkaitan dengan perniagaan..ini disebabkan saya lebih suka kepada akauntan,juruadit..sejak sekolah lagi sy mmg suka kepada pekerjaan ini..itu pn kalo rezeki menyebelahi sy..adakah nti kalo sy nk smbg degree sy perlu ambil kos perakaunan atau smbg kos sy je?plz tlg sy..sy keliru sgt..
June 18th, 2009 at 5:31 pm
Ieda,
Bagi melayakkan anda menceburi kerjaya sebagai Akauntan atau Juruaudit, Anda seharusnya mempunyai salah satu kelulusan seperti berikut :
KELULUSAN BIDANG PERAKAUNAN
1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
2. Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
3. Association of Certified Accountants (U.K)
4. Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
5. The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
6. The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
7. The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
8. Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
9. Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)
Bagi mencapai cita2 tersebut, pastikan anda dapat pointer 3.50 keatas (lebih tinggi peluang lebih cerah) dan menyambungkan pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.
June 18th, 2009 at 10:08 pm
BIDANG PERAKAUNAN DAPAT PERMINTAAN TINGGI
KUCHING 12 April – Bidang perakaunan pada hari ini semakin meningkat dan mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kerja seiring dengan kemajuan dicapai negara ketika ini.
Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Jemut Masing berkata, bidang akauntan merupakan antara kerjaya yang penting pada masa ini malah keperluan tenaga kerja dalam lapangan itu semakin luas.
Sehubungan itu, beliau melahirkan keyakinan Kolej Sunway Kuching berupaya menghasilkan lebih ramai graduan akauntan di masa hadapan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja tersebut.
”Senario kekurangan akauntan berkelayakan di Malaysia bertambah buruk apabila ramai daripada golongan profesional itu lebih gemar berkhidmat dan berhijrah di luar negara berbanding bekerja di tempat sendiri.
”Berdasar keratan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 18 Disember 2007, Timbalan Menteri Sumber Manusia (ketika itu), Datuk Abdul Rahman Bakar dipetik sebagai berkata seramai 70,000 akauntan warga negara bekerja di negara asing.” katanya.
Masing berkata demikian ketika berucap pada majlis graduasi ketujuh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Certified Accounting Technician (CAT) dan London Chamber of Commerce & Industry (LCCI), Kolej Sunway Kuching di sini hari ini.
Katanya, penghijrahan keluar tenaga profesional adalah fenomena global tetapi bagi negara sedang membangun seperti Malaysia, kepakaran kumpulan tersebut penting untuk kerajaan mengekalkan graduan dan profesional tempatan.
Sehubungan itu, Masing mahu kerjaya dalam bidang perbankan dipromosikan secara agresif sebagai pilihan kerjaya di kalangan golongan muda.
”Langkah itu penting bagi memenuhi permintaan pasaran kerja yang tinggi berikutan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan di negeri ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, seramai 82 pelajar menerima sijil, diploma dan ijazah masing-masing pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sunway Kuching, Joseph Lim, Ahli dan Exco The Sunway Group, Puan Sri Dr Susan Cheah.
Sumber : Utusan Malaysia Online ARKIB : 13/04/2009
June 18th, 2009 at 10:13 pm
ok..thank cg..macam ner kalo sy nk buat pratikal selepas diploma ini..sy boleh apply di bahagian mane?sy sebenarnya keliru bila nak pilih kerja dan tempat untuk buat pratikal nanti..adakah diploma busineess stdy hanya boleh buat pratikal dibahagian pemasaran sahaja..ini disebab kn thn dpn sy dh nk hbs study dan ingin buat pratikal dahulu sebelum smbg ke degree..tlg bantu saya..
June 18th, 2009 at 11:01 pm
Ieda,
Secara mudahnya, bahagian yang anda boleh pohon ialah bahagian2 yang telah anda pelajari sepanjang kursus diploma yang anda ikuti seperti pengurusan, pemasaran dll. Jadi tidak semestinya hanya bahagian pemasaran sahaja. Skop bidang pengurusan perniagaan agak luas, jadi mana2 organisasi / bahagian dalam organisasi anda boleh mohon untuk menjalankan praktikal.
June 20th, 2009 at 1:06 am
salam..sy sblum nie xda basic lngsng ttng akaun n lpas spm sy dpt offer di uitm diploma perakaunan..spanjang study sy x bpe pham ttg akaun n konsep akaun smpai skrng..tpi sy still bleh follow lg study n result diploma sy pun ckup2 je cgpa 3.00..skrng ni sy dpt offer unt smbng study degree perakaunan n sy risau xdpt nk follow sb senior ckp degree lg susah.. so skrng ni sy cuba untk pham ape yg sy study..ape yg sy risau ialah nti kerja..sb sy rsa sy xmampu nk buat kerja2 akaun…
June 20th, 2009 at 3:18 pm
assalamualaikum..
Sy dlu mse spm dapat A2 dalam bdg akaun dan addmt sy dpt b3 dan sy telah menymbung pljrn kt mtrx tp ble sy bljr disana sy mglami stress disbbkan pmbljran di sana sgt cpt jd sy xdpt nak pickup ape yang lecture ajr..sehinggala result sy kuar,sy hy dpt 3 poiter kebwh sahaja dan kali ini sy mendpt tawaran bljr dlm bdg sains kmputer..skrg sy dlm dilema xtau sm ada nk time twrn tersebut ataupun tolak..tp sy mmg bcite sgt nk jd akauntan malah itu subjek yang paling sy mint skali dan msih ad pluang ag ke jika sy untuk mcpi cite2 sy itu….
June 20th, 2009 at 6:11 pm
Yani,
Memang tidak dapat dinafikan dalam apa2 bidang sekalipun, peringkat degree lebih susah daripada peringkat diploma, tiada yang lebih mudah. Adakah dengan berpindah ke bidang lain diperingkat degree, anda yakin akan dapat ikut dengan baik ?
Pada pandangan Cg, buat masa ini jangan bimbang soal mampu atau tak manpu buat kerja akaun nanti. Sebalik kenalpasti apakah masalah/kelemahan anda, adakah kaedah belajar anda sebelum ini berkesan atau tidak ? Jika tidak berkesan apakah masalahnya ? Seterusnya bagaimana untuk menyelesaikannya. Apakah yang perlu diperbaiki lagi ? Lakukan perubahan terhadap kaedah belajar anda dan jadikan cgpa 4.00 sebagai target. InsyaAllah anda akan Berjaya.
~ Setiap Masalah, Ada Penyelesaiannya ~
Sara,
Waalaikumussalam, Maaf, Cg tak dapat nak pastikan anda masih berpeluang atau tidak. Cuma apa yang Cg tahu sebaik2nya pointer 3.50 keatas baru berpeluang sambung Ijazah SM Perakaunan. Sara kena teliti syarat kemasukan setiap IPT, samada keputusan anda memenuhi syarat kelayakan atau tidak. Sekiranya tidak memenuhi syarat kelayakan, serta tiada pilihan lain, maka Cg cadangkan terima aja tawaran tersebut. Ataupun cari alternatif lain bagi memenuhi cita2 anda sebagai akauntan.
Syarat2 tersebut boleh diperolehi melalui Blog Sifu2b di SINI.
July 1st, 2009 at 2:38 pm
saya seorang pelajar dr IPTS dan mengambil kursus dalam diploma perakaunan.mmg pening juga wat praktika melalui komputer.. tp lg best guna cara manual..tp kerjaya skg semua mesti gunakan komputer jd boleh x klu cg tolong terangkan cara pengunaan komputer akaun yang betul maksud saya UBS SYSTEM…..
July 1st, 2009 at 5:24 pm
Ida,
Cara penggunaan perisian perakaunan UBS, MYOB dll ada sedikit perbezaan antara satu sama lain tetapi dari segi konsep dan asasnya adalah sama. Maaf Cg tidak dapat terangkan cara penggunaan UBS di sini, untuk betul2 mempelajarinya adalah lebih baik mengikuti kursus UBS ataupun rujuk kepada buku/manual penggunaan UBS.
August 23rd, 2009 at 10:20 pm
CG….
dengan belajar akaun dapatkah kita menjadi seorang pengurus bank…..
August 23rd, 2009 at 10:21 pm
Zeewoon,
Salah satu peluang kerjaya dalam bidang perakaunan ialah pengurus bank.
August 25th, 2009 at 4:57 pm
ini kali pertama sy bukak web ni..emm..agak best jugak..sy grad dr uitm amik degree in accounting skrg sudah bekerja kat gov tp apa yg sy sedih sgt apa yg dipelajari mas di U lebih sesuai dipratikkan di private berbanding gov..semasa belajar tidak byk didedahkan tentang akaun awam & sistem perakaunan gov..mmg jd masalah besar bg sy utk paham akaun awam..kena belajar akaun dari mula & dlm bahasa mlyu pulak 2..masa belajar semua dlm BI..rasa tension jugak la..masa belajar, perah otak smpai x tidur nak pass exam tp bila dh kerja kna study blik..saya rasa sukatan pelajaran di U perlu di ubah & lebih penekanan diberi utk memahami akaun awam gov..apa pn kpd mereka yg nak exam spm, gud luck k..
August 25th, 2009 at 5:00 pm
Pertama sekali, saudari patut bersyukur kerana telah mendapat peluang bekerja di Gov. berbanding dengan rakan2 lain yang masih mencari2 peluang pekerjaan. Tidak dinafikan masa di U tidak banyak didedahkan dengan sistem perakaunan kerajaan tetapi tetap ada. Ini kerana program tersebut dirangka bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya swasta sama ada dalam negara ataupun luar negara. Sekiranya saudari bekerja disektor swasta sekalipun, masih banyak perkara lagi yang perlu dipelajari. Sebenarnya kita tidak dapat lari dari belajar dan terus belajar sama ada dalam bidang pekerjaan mahupun dalam kehidupan kita.
August 28th, 2009 at 10:44 am
saya penah bekerja di swasta beberapa thn sblm bekerja di gov..disebabkan itu sya dpt merasakan perbezaan yg amat sgt dlm penyediaan akaun..mmg sya bersyukur dpt bekerja di gov..tp yg saya kesalkan apa yg dipelajari sewaktu di U tidak dpt dipraktikkan sepenuhnya di gov..apabila bekerja di gov, peg atasan mmg letak high expectation..sedangkan sy perlu belajar dr mula dan tentunya mengambil masa yg agak lama dlm menyediakan laporan..mmg sya agak tertekan dgn situasi tersebut..nk study dulu bru dpt sedia laporan..
August 28th, 2009 at 10:45 am
Jangan dikesalkan ilmu yang telah dipelajari, kalau bukan sekarang mungkin suatu hari nanti ianya berguna samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Dalam dunia pekerjaan, kita tidak dapat lari daripada perasaan tertekan / stres. Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif. Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam kehidupan harian kita. Melalui keadaan tertekan kita dapat meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan.
Sebaliknya, stres memberi kesan yang tidak baik apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai negatif. Pengurusan stres yang tidak sempurna akan mengakibatkan perasaan ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal untuk meningkatkan daya ketahanan diri.
Sila dapatkan maklumat lanjut tentang PENGURUSAN STRES disini.
September 13th, 2009 at 11:56 am
salam cg,
sudah lama sy fikirkan tntng kerjaya ataupun kursus yg ingin sy ceburi sejak tingkatan 3 lg. sekarang ini sy berada di tingkatan 5. sy lebih cenderung kepada bussiness , kira-kira , sejarah dan akaun. sy memiliki byk hobi dan itu tlh menyebabkan sy keliru dan was-was untuk memilih pekerjaan. subjek yg sy minat pun kadang2 sy berasa penat dan malas. mcm dulu sy setkan diri sy untuk menjadi guru. lepas itu akauntan. now , akauntan or bussiness women. sy suka bercakap dan senang menyesuaikan diri. apa kata cikgu?? sy bingung tntg ini. ibu bapa sy x menggalakkan sy untuk menjadi akauntan kerana kurang permintaan pd masa hadapan. dan juga dsebabkan sy ini tidak pandai berjimat. tolong sy cikgu~~~plzzz sesangat-sangat….
September 13th, 2009 at 1:53 pm
Habeeba
Sila baca 10 TIPS DALAM PEMILIHAN KERJAYA yang telah Cg kemukakan di atas.
September 26th, 2009 at 12:26 am
salam cg,
Sya masih umur 15 thn,
Cita2 sya nk jadi akauntan…. Sya nk tanye cg, subjek apakah yg sya perlu ambil semasa tingkatan 4 nnti untuk mnjadi seorang akauntan ???….. dan adakah sya perlu memohon ke sekolah SBP untuk tingkatan 4 ???…
September 26th, 2009 at 12:44 am
Faris,
Cg ada artikel yang sesuai dibaca oleh pelajar yang berminat menceburi bidang kerjaya sebagai akauntan. Sila baca artikel berikut :
MEMBINA MATLAMAT
December 15th, 2009 at 12:56 pm
skrg sy brumr 15 thn dan sangat bermnt dgn matematik.sy bercdg nk ambil akauntan ms form 4 nanti.okey ke? blh ke sy pick up.sy nk tahu teknik bljr akauntan.
December 15th, 2009 at 9:40 pm
Tahniah Cg ucapkan kerana telah menanam dan cita2 diperingkat awal. Maklumat2 tentang teknik2 belajar boleh rujuk DISINI.
December 20th, 2009 at 4:47 pm
salam cg..sy lepasan diploma akauntansi di politeknik dan sy mndpt pointer yg kurng mberngsangkan 3.30.sy ingin mnymbung ke dgree akaunting tp rsenye xdpt la kot kan cg.
cg blh cdangkan tak cost ape yg ssuai tk sy smbung di peringkat dgree nnti sbb sy hnye mnat bidang kire2..
December 21st, 2009 at 2:45 am
salam, cg..
sy sdg bljr diploma perakaunan uitm.. tp sy tak tau hala tuju sy. sy buat kptusan ambik kos akaun waktu saat2 terakhir.
sy cume nak tnya, ambik dgree atau sjil professional dlu yg lebih untung? boleh ke ambik diploma dgn sjil wktu yang sme?
bile dah ambik sijil professional, perlu ke ambik dgree?
kalau nk sambung ke luar negara, elok waktu dgree atau master?
kjsma cg amt sy hrpkan. trma ksih.. salam cg..
January 5th, 2010 at 12:16 am
ANTARA SYARAT MINIMA KELAYAKAN BIDANG PERAKAUNAN
Antara syarat2 kelayakan untuk memohon jawatan di bidang perakaunan adalah seperti berikut :
1. EKSEKUTIF AKAUN
• Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan/ kelulusan profesional ACCA atau CIMA
• Berpengalaman selama 3 hingga 5 tahun dalam pengurusan akaun lengkap
• Pemohon yang mempunyai Diploma LCCI dan berpengalaman digalakkan memohon
• Mempunyai kemahiran mengurus dan boleh menyiapkan kerja sebelum tarikh akhir sesuatu tugasan
• Bertanggungjawab, matang, bermotivasi dan boleh bekerja di bawah pengawasan minimum
• Mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Excel
2. EKSEKUTIF AKAUN JUNIOR
• Diploma Perakaunan/ kelayakan yang setaraf dalam ACCA atau CIMA
• Berpengalaman selama 2 hingga 4 tahun dan pernah menguruskan akaun lengkap
• Pemohon yang mempunyai Diploma LCCI serta pengalaman yang mencukupi digalakkan memohon
3. PEMBANTU AKAUN SENIOR
• Diploma Perakaunan / kelayakan setaraf dalam ACCA atau CIMA
• Berpengalaman 1 hingga 2 tahun dalam menguruskan akaun lengkap
4. PENSYARAH PERAKAUNAN
* Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana / Sarjana Muda Perakaunan/ Kewangan dengan kepujian atau kelayakan iktisas ACCA / CIMA / MIT
* Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai minat /pengetahuan atau pengalaman dalam bidang Percukaian, Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan
January 9th, 2010 at 2:05 pm
Assalamualaikum..
Saye lepasan spm dan sedang menunggu result.. Saye amat berminat dalam bidang perakaunan.. Boleh ckgu terangkn laluan atau perjalanan dlm mngejar cita2 saye sbg akauntan bertauliah?
January 9th, 2010 at 2:10 pm
Salam,
Secara ringkasnya, Laluan bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), :
1. Matrik / Diploma
2. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
3. perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akautan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA).
January 9th, 2010 at 9:29 pm
terima kasih byk ckgu ats info tersebut..
January 12th, 2010 at 3:23 pm
salam sejahtera cikgu..
cikgu boleh beritahu tak acca dengan cat..
dan asas bermula daripada acca adakah ia serupa dengan pembelajaran di tingkatan 4 dan 5…
terima kasih..
January 13th, 2010 at 2:23 pm
salam sejahtera cikgu..
cikgu boleh beritahu tak acca dengan cat..
dan asas bermula daripada acca adakah ia serupa dengan pembelajaran di tingkatan 4 dan 5…
terima kasih..
January 13th, 2010 at 3:38 pm
Maaf, Cg kurang arif tentang itu. Cg cadangkan cuba baca komen2 yang telah diperbincangkan dalam Blog Sifu Anda Menulis (Klik).
January 14th, 2010 at 4:24 pm
ok terima kasih cikgu…
January 18th, 2010 at 5:00 pm
salam cg,
sye bru brumur 16 tahun..PMR sya mndapt 4A(seh,kh,geo,mat3),3A(bm,agma,sains) dan 1D(bi)..di sekolah sye dah di tmpatkn dikels 4Akaun..sy suke kls tu..mta pljrn tmbhnnye add mat3,add sains dn prnsip akaun..pde mse yg sme sy dpt tawran ke skolah teknk dn kursusnya pengurusn prniagaan, plhn kedua sy..sy tdk mahu kursus tu..pilhn pertma sy pengaturcaraan kmputr..ttpi tdk dapt..sya buntu pilh yg mna..sy mint mat3..sya sndiri tdk thu pngatrcaraan kmptr dn pngurus penigaan tu mcm mne..??
sy sudh mntk pndapt ckgu skolh sy..dia mnta sy truskn kls akaun..sbb lebih bnyk cabang bila keluar nnti..ckgu sy kta bolh jdi golongn profesionL..dn pgurusn prniagaan hnya satu sja iaitu business..ibu bpa sy surh sy prgi tknk..dn akn cuba mohn kursus pngaturcaraan kmptr..blom tentu lgi akn dapt..sy buntu ckgu..yg mna satu harus sya pilh untuk msa depn sy..??sedg kn sya bru sethun jagung untk memahaminya..
January 18th, 2010 at 6:48 pm
Salam Ayu,
Pada masa ini Cg tidak dapat memberikan sebarang pandangan atau cadangan kerana Cg tidak arif tentang kursus2 yang ditawarkan di SM Teknik, samada dari segi kursus ataupun peluang2 ke IPT/Kerjaya bagi lepasan SM Teknik.
Walau bagaimanapun Cg akan cuba dapatkan maklumat, pandangan dan cadangan beberapa orang rakan guru SM Teknik daripada Guru Prinsip Perakaunan 1Malaysia.
January 19th, 2010 at 1:16 am
Ayu,
Berikut adalah maklumat dan pandangan yang Cg perolehi daripada sahabat Cg, En. Mohd Zukarnan Majid dari SM Teknik Muadzam Shah, Pahang. Terima diucapkan kepada beliau.
PANDANGAN BELIAU :
- AYU boleh membuat RAYUAN untuk mendaftar kursus pengaturcaraan komputer. Beliau difahamkan pelajar akan mula mendaftar pada minggu hadapn. Biasanya tidak semua pelajar yang ditawarkan kursus tersebut akan mendaftarkan diri. Pengambilan kedua biasanya akan diadakan 2 minggu selepas itu.
- Sekiranya masih berminat untuk BELAJAR AKAUN, AYU boleh membuat rayuan untuk memohon kursus perdagangan (aliran teknikal) ataupun kekal sahaja dalam kelas akaun di sekolah lama.
SUBJEK PENGATUCARAAN KOMPUTER pula, beliau kurang maklumat krn skolah beliau tidak menawarkan kursus tersebut. Jadi beliau akan cuba dapatkan maklumat dr rakan sekolah teknik yg lain.
AYU, itu saja maklumat yang dapat Cg kongsikan bersama pada masa ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu AYU dalam membuat pilihan dan keputusan.
Nasihat Cg, pandangan Ibu bapa jangan diabaikan, dapatkan KATA SEPAKAT dan DOA RESTU daripada kedua ibu bapa dalam membuat apa-apa keputusan.
January 19th, 2010 at 11:33 am
Kursus Pengurusan Perniagaan dan Pengaturcaraan Komputer adalah kursus yang berasaskan modular iaitu 30% pentaksiran dilakukan di sekolah yang diselia oleh guru-guru mata pelajaran. Pentaksiran ini akan berlangsung semasa di T4 dan T5. Kursus Pengurusan Perniagaan menawarkan subjek Perakaunan Perniagaan dan Aplikasi Komputer dalam Perniagaan manakala kursus Pengaturcaraan Komputer menawarkan subjek “Computer Programing” dan “Computer Assemble dan Installation”. Subjek teras adalah sama di sekolah harian bagi aliran sastera. Add Maths boleh diambil sebagai subjek tambahan dan diajar di luar waktu P&P dan atas persetujuan pihak pentadbir sekolah.
Pelajar ini sepatutnya memohon mengikuti Kursus Perdagangan di SMT berdasarkan kepada keputusan cemerlang PMRnya. Kursus Perdagangan menawarkan mata pelajaran teras sains tulin, prinsip perakaunan dan pengajian keusahawanan kecuali biologi.
Pada pendapat saya, pelajar ini teruskan pembelajarannya di sekolah sekarang atas minat pada subjek, add maths, add science dan prinsip perakaunan.
January 19th, 2010 at 11:40 am
Terima kasih atas maklumat dan pandangan Cg Ahmynah, semoga sedikit sebanyak dapat membantu AYU dalam membuat keputusan. Serta dapat menambahkan pengetahuan cikgu-cikgu di sekolah harian biasa berkaitan dengan kursus2 yang ditawarkan di SM Teknik.
January 19th, 2010 at 10:24 pm
ckg saya berumur 16 thn,saya masuk bdg akaun tetapi kami belajar akaun dan ada add sains.jadi saya nk tahu bdg kerjaya saya boleh ke bidang sains atau tidak
January 19th, 2010 at 10:25 pm
Maaf, Cg kurang arif tentang bidang tersebut. Cadangan Cg sila dapatkan maklumat daripada kaunselor sekolah anda kerana mereka lebih arif dan mempunyai maklumat yang terkini.
February 1st, 2010 at 10:03 pm
ckgu.. antara akaun ngan elektronik…
yg mne lg elok?
sye pning ckgu…
February 18th, 2010 at 11:09 pm
sy lulusn diploma n pngk 3.94.. sy masih dalam praktikal n nak smbung ke ijazah. tp ingin ambil pengajian jarak jauh memandangkan umur yg telah meningkat kerana menyambung pelajaran agak lewat.. ape pandangan atau cadangan yg boleh sy ambil?
February 18th, 2010 at 11:55 pm
Tahniah, anda seorang yang cemerlang. Setiap pilihan ada kebaikan dan kekurangan masing2 sama ada terus sambung ataupun melalui PJJ. Jadi senaraikan seberapa banyak kebaikan dan kelemahan bagi setiap pilihan yang ada, kemudian buat penilaian dengan teliti dan seterusnya lakukan pemilihan dengan bijak.
February 21st, 2010 at 8:01 pm
assalamualaikum cg..
saya pelajar ting 4 tahun ini dan saya dpt aliran perakaunan.. ttp masalahnya saya lgsung tidak meminati aliran ini. apakah pekerjaan lain yg boleh saya ceburi jika saya berada dalam aliran perakaunan? tolonglah saya yg berada dalam dilema!
February 21st, 2010 at 8:17 pm
Waalaikumussalam,
Cuba baca buku Kerjaya Dalam Bidang Perakauan yang telah Cg sediakan dalam post di ATAS.
February 23rd, 2010 at 7:55 pm
terima kasih cg..
saya sudah baca ttp adakah saya boleh menceburi bidang selain drpd perakaunan??
February 23rd, 2010 at 8:00 pm
Masih boleh, asalkan keputusan dalam SPM nanti memenuhi syarat2 kelayakan untuk memohon sesuatu program yang ditawarkan oleh IPT/IPTS tersebut.
February 28th, 2010 at 12:47 am
salam sejahtera cikgu….
cikgu..belajar ACCA dengan menjadi seorang guru ,mana satu yang lebih baik ,cikgu…
February 28th, 2010 at 1:03 am
Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting, dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita lakukan yang terbaik dan mendapat kepuasan atas apa yang kita lakukan.
February 28th, 2010 at 11:04 pm
okok..terima kasih cikgu..
March 11th, 2010 at 7:02 pm
assalamualaikum cg…
saya pelajar lepasan spm 2009,saya m’dpt keputusan B+ dlm subjek PA,ttpi m’dpt 1 dlm LCCI….
apa yg harus saya lakukan???
March 11th, 2010 at 7:05 pm
Sila baca keratan akhbar berikut :
PENENTUAN KURSUS
Lepasan SPM, STPM perlu pilih program pengajian tinggi ikut minat dan kemampuan
SETELAH menerima keputusan minggu lalu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kini mula memuktamadkan pemilihan kursus dan institusi pengajian tinggi (IPT) sesuai, yang bakal menentukan hala tuju kerjaya mereka apabila tamat pengajian kelak.
Bagi lepasan SPM, hanya tinggal seminggu lagi bagi mereka mengesahkan permohonan lapan pilihan program pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi.
Tidak terkecuali bagi mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian ke kolej atau universiti swasta, juga perlu bijak merangka strategi bagi mengelakkan mereka ‘berputih mata’ apabila gagal mendapat akses ke pengajian tinggi.
Jika mendapat keputusan baik atau cemerlang seperti yang diharapkan, tidak mustahil bagi pelajar memilih kursus pengajian kompetitif yang diidamkan.
Namun, jika keputusan sebaliknya, maka pilihan kursus pengajian perlu sesuai dengan pencapaian diperoleh kerana persaingan memasuki IPTA khususnya kini semakin sengit terutama dalam bidang profesional termasuk perubatan, farmasi, perakaunan dan kejuruteraan.
Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Radin Umar, berkata analisis data permohonan ke IPTA sebelum ini menunjukkan terdapat kecenderungan pelajar memilih program pengajian melebihi tahap kemampuan dan mensasarkan universiti perdana saja sebagai IPT pilihan.
Beliau berkata, strategi terbaik dalam pemilihan kursus di IPT adalah bersesuaian dengan minat, kebolehan serta tahap kemampuan pelajar yang dicerminkan menerusi keputusan peperiksaan.
Status universiti yang dipohon juga, katanya, adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan permohonan pelajar kerana syarat kelayakan minimum bagi bidang yang sama adalah berbeza di kalangan IPT.
“Percaturan strategi permohonan tanpa mengambil kira kedua-dua faktor penting ini boleh mengakibatkan pelajar yang cemerlang sekalipun gagal dalam permohonan mereka mengikuti pengajian bidang diminati.
“Sebagai contoh kebarangkalian bagi lepasan matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.8 dan menetapkan permohonan mengikuti pengajian perubatan di universiti baru sebagai pilihan pertama adalah lebih tinggi berbanding pemohon dengan PNGK 3.999 yang memohon kursus sama di universiti perdana.
“Ini kerana syarat kelayakan bagi program kompetitif seperti perubatan lazimnya lebih rendah di universiti baru dan sederhana berbanding universiti perdana yang turut menerima jumlah permohonan yang amat tinggi serta kebanyakannya berkelulusan PNGK 4.0,” katanya.
Radin berkata, kecenderungan membataskan pilihan bidang pengajian juga antara faktor yang membuatkan pelajar gagal dalam permohonan kerana enggan mengikuti bidang berkaitan sedangkan hakikatnya jurusan alternatif masih dalam skop minat pelajar sementara syarat kelayakannya pula lebih bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.
Katanya, hal ini terbukti apabila masih ada pelajar yang menandakan tidak bagi pilihan memproses permohonan mereka kepada bidang pengajian berkaitan jika gagal mendapat kursus yang diminta.
“Sebagai contoh, jika pelajar gagal dalam permohonan asal mengikuti kejuruteraan kimia kerana tidak mencapai tahap kelayakan ditetapkan, permohonan boleh diproses untuk jurusan berkaitan yang masih dalam skop minatnya tetapi memberi penekanan berbeza seperti kejuruteraan industri.
“Malah, dengan mengikuti program berkaitan di politeknik terlebih dulu sebelum layak mengikuti pengkhususan program di universiti adalah satu lagi alternatif bagi mereka yang berkelayakan rendah tetapi mahu meneruskan minat dalam bidang kejuruteraan. Tetapi tempoh pengajian mereka lebih lama,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi supaya meneliti semua pilihan program pengajian yang ada serta IPT yang menawarkannya supaya pilihan dibuat berasaskan pengetahuan dan bukan sekadar ikutan.
Guru kaunseling sekolah, pakar industri dalam bidang berkaitan, ahli akademik serta program hebahan termasuk Karnival Jom Masuk U kementerian serta pameran pendidikan, katanya, antara sumber serta saluran terbaik bagi pelajar mendapatkan bimbingan pemilihan program yang sesuai.
“Pemilihan program pengajian di IPT ini antara keputusan penting dalam kehidupan dan perlu disesuaikan dengan kemampuan, minat dan perawakan pelajar kerana ia juga penentu masa depan kerjaya mereka.
“Justeru biarlah asas pilihan itu adalah pengetahuan dan bukan berasaskan faktor yang tidak sewajarnya seperti mengikut pilihan kawan sedangkan calon tidak tahu langsung apa tuntutan kelayakan serta kriteria bagi membina kerjaya bersesuaian dengan program dipilih,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online 06/04/2009
March 15th, 2010 at 11:35 pm
ckgu …..
sy nak tanya kredit and kepujian tu sama maksud ke ataupun kepujian tu A1 A2 , B3 B4 ……….
dan kredit pulak untuk C5 C6 ………. ???
March 15th, 2010 at 11:40 pm
Pada pandangan Cg, kredit dan kepujian tu adalah merujuk kepada perkara yang sama 6C ke atas. (6C, 5C, 4B, 3B), manakala Cemerlang 1A dan 2A … (bagi penggunaan Gred SPM Lama).
Bagi Gred SPM mulai SPM 2009
A+, A, A- = Cemerlang
B+, B, C+, C= Kepujian
D, E = Lulus
G = Gagal
March 17th, 2010 at 8:57 pm
cikgu, antara saya amek certified accounting technician selepas itu saya terus smbung ACCA atau saya amek samaada foundation atau matriks dlm bidang akaun slepas itu amek degree slepas itu baru amek ACCA, yg mane satu lebih berbaloi.
adakah saya akan mendapat keje yg bagus apabila saya mengambil degree terlebih dahulu?
tolong reply cikgu, ASAP ;)
March 17th, 2010 at 9:18 pm
Maaf Cg tak dapat menyatakan yang mana lebih baik / lebih berbaloi, kerana Cg sendiri kurang arif tentang perkara tersebut. Cuma pada pandangan Cg masing2 ada kelebihannya. Dan bagi membantu Danish dalam membuat keputusan, Cg sarangkan baca komen2 daripada Sifu2b dalam blog beliau :
1. Akauntansi dan Sijil Profesional
2. Makna Gred LCCI dalam Slip Keputusan SPM 2008
March 17th, 2010 at 11:58 pm
terimakasih cikgu. ini lebih dari mencukupi.
March 29th, 2010 at 11:21 pm
Assalamualaikum,,,cikgu…
saya ingin meminta pendapat…
andai saya pelajar aliran sains
yang tiada asas dalam perakaunan,
adakah sukar utk mempelajari dalam bidang ini
ketika di universiti???
March 29th, 2010 at 11:36 pm
Waalikumussalam, Tidak menjadi masalah, asalkan kita rajin dan bersungguh2 semasa belajar. Kalau ada asas sekalipun jika tidak belajar bersungguh2 tiada gunanya.
May 1st, 2010 at 3:03 pm
salam…cikgu, saya nak mintak tolong..
saya dpt tawaran diploma sistem maklumat perakaunan di uitm…
tapi saya berharap untuk dapatkan diploma perakaunan, tapi tak dapat…
saya nak tanya cikgu, apa perbezaan diploma sistem maklumat perakaunan dgn diploma perakaunan?
kalau saya amik diploma sistem maklumat perakaunan adakah saya masih boleh menyambung ijazah perakaunan dan menjadi seorang akauntan?…
May 1st, 2010 at 4:01 pm
Tahniah Cg ucapkan,
Perbezaannya tidak banyak, cuma beberapa kertas saja yang berbeza, Farah sendiri boleh buat perbandingnya :
1. Dip Sistem Maklumat Perakaunan
2. Dip. Perakaunan
Lepasan Diploma Sistem Maklumat Perakaunan dengan keputusan baik akan dapat menyambungkan pelajaran :
1. Ijazah Sarjanamuda Perakaunan
2. Ijazah Sarjanamuda Sistem Maklumat
Jadi, anda masih lagi berpeluang mencapai cita2 sebagai akauntan, InsyaAllah.
May 1st, 2010 at 8:56 pm
owh terima kasih ye cikgu kerana membantu saya…
kecewa saya memang tak hilang, tapi tak pelah saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya layak ke ijazah sarjana muda perakaunan…
May 3rd, 2010 at 10:32 am
salam ckgu.
sy lepasan spm 2009.
selepas keluar result upu, sy mendapat tempat di uitm kampus perdana alam, shah alam untuk diploma perakaunan.
soalan saya :
betul ke sapa2 yg dpt sana dip dy fast track = 2 tahun ??
ckgu rasa budak2 dari aliran sains tulen yg xpenah langsung belajar pasal akaun ni boleh x bawak subjek akaun ni??
tp math dan add math dy A+.
May 3rd, 2010 at 12:34 pm
salam ckgu..sy nk mintak tolong.
sy harap dpt dip.perakaunan..tp tak dpt..
yg sy dpt tawaran dip.sistem maklumat perakaunan di uitm..
adakah tawaran yg sy dpt ini peluang pekerjaannya luas mcm dip. perakaunan?
May 3rd, 2010 at 12:59 pm
lagi satu soalan,
apakah bidang pekerjaan yg mungkin akan sy dpt kalau sy menerina tawaran dip.sistem maklumat perakaunan?
May 3rd, 2010 at 1:00 pm
Aimi,
Maaf, Cg tak pasti pasal program fast track tu, kena rujuk surat tawaran ataupun pihak UiTM. Pada pandangan Cg, pelajar sains tulen MAMPU menguasai subjek tersebut walaupun tidak belajar akaun semasa SPM. Itu sebabnya UiTM menawarkan juga kepada pelajar2 yang tidak mengambil prinsip perakaunan untuk mengikuti program perakaunan mereka.
Azza,
Salam, peluangnya masih sama, di mana bagi Lepasan Diploma Sistem Maklumat Perakaunan dengan keputusan baik akan dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat :
1. Ijazah Sarjanamuda Perakaunan
2. Ijazah Sarjanamuda Sistem Maklumat
May 8th, 2010 at 9:51 pm
salam cg… saya nak tanya… saya sekarang form 5.. masa saya form 4 dulu saya ambik eko, tapi sekarang saya drop eko n ambik ict.. sebbnya, sekolah hadkan matapelajaran. disebabkan markah ict saya lbh tinggi dari eko, pengetua suruh saya ambik ict, padahal saya tak minat langsung pasal ict… sekarang saya dalam dilema. nanti saya ingat, saya ingin menyambung pelajaran tentang managment, tapi kawan2 saya kata, untuk ambik managment, eko diperlukan. masalahnya sekarang saya dah daftar untuk spm. saya tak tahu apa nak buat. adakah untuk managment, ekonomi diperlukan???. begitu juga untuk menjadi seorang akauntan. adakah ekonomi amat penting untuk managment & acc??? saya harap cg dapat tlg saya. saya risau sgt… lagi satu cg… boleh tak nanti kat U saya ambik managment n saya belajar balik eko?? saya harap cg dapat berikan jwpn kepada saya secepat mungkin. terima kasih cg! =)
May 8th, 2010 at 9:55 pm
Sya,
Daripada tinjauan Cg terhadap syarat kemasukan ke Diploma Pengurusan dan Diploma Perakaunan di laman2 IPT, Cg dapati subjek Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan bukannya syarat utama untuk layak memohon. Malahan pelajar sains tulen juga layak untuk memohon. Di sana nanti subjek tersebut akan diajar, cuma lebih mudah anda faham jika sudah belajar semasa SPM.
May 9th, 2010 at 10:44 pm
tq… kiranya saya masih ada peluang untuk meneruskan pengajian saya kelak dalam bidang perakaunan walaupun tak ada asas ekonomi? terima kasih banyak… saya nak tanya satu lagi soalan, selalunya kalau ingin teruskan jurusan perakaunan saya kena ke matrik dulu ke sebelum ke U? boleh tak saya terus ke U? dan macam mana pula untuk meneruskan pengajian ke luar negara?
May 10th, 2010 at 12:17 am
Sekiranya berminat ke bidang perakaunan, ada beberapa cara antaranya :
1. masuk matrik perakaunan – Ijazah SM Perakaunan
2. Diploma Perakaunan – Ijazah SM Perakaunan
3. Sijil Profesional Perakaunan seperti LCCI, ACCA.
Berhubung dengan pengajian ke luar negara, Cg tak pasti cuba dapatkan maklumat di Program Tajaan Ke Luar Negara (klik)
May 10th, 2010 at 5:54 am
terima kasih cg ats maklumat diatas.
May 10th, 2010 at 1:41 pm
salam..baru-baru ni saya dapat tawaran dari UTM dalam bidang diploma pengurusan teknologi perakaunan.sebelum ini saya dari kelas sains tulen.soalan saya ,1)apakah perbezaan diploma perakaunan dengan diploma pengurusan teknologi perakaunan?2)subjek apa yang paling diutamakan dalam bidang diploma pengurusan teknologi perakaunan?3)bagaimana dengan peluang pekerjaan dalam bidang yang ditawarkan?tq.
May 10th, 2010 at 1:50 pm
Maklumat berkaitan dengan program tersebut boleh diperolehi di Laman UTM (klik). Cuba dapatkan perbezaan dan subjek2 yang akan diikuti di sana. Peluang pekerjaan merupakan suatu persaingan, maka keputusan yang cemerlang memberikan peluang yang lebih cerah.
May 17th, 2010 at 2:15 am
saya di tawarkan untuk mengikuti diploma akauntasi di politeknik..sejak ditawarkan ke program itu..saya mula terpikir apakah prospek kerjaya yang sesuai untuk kursus itu.Saya search internet dan hasilnya ialah bidang perakaunan memang sangat penting.Kalau hospital memerlukan doktor dan nurse,hospital juga memerlukan akauntan.Betul kan??
Persoalannya kini:masih kah ada harapan saya untuk menjadi acca??
berapa lama kah pula untuk sambung ijazah di universiti??
dan berapa lama untuk menjadi Charterered Certified accountants??
boleh kah lagi menjadi acca dengan hanya masuk ke politeknik??
tolong saya cg!!
May 17th, 2010 at 3:02 am
Fadirul,
Sila baca dan dapatkan maklumat berhubung ACCA di post BERIKUT (klik).
May 20th, 2010 at 4:44 pm
Cg,
adakah dengan Ijazah SM Perakaunan (Sistem Maklumat), kita boleh menjadi akauntan?
May 20th, 2010 at 7:07 pm
salam cikgu.
saya merupakan lepasan matrikulasi dan bercadang untuk melanjutkan degree pd sesi kemasukan bulan julai ni. namun saya masih keliru dengan pilihan ipta terbaik untuk saya meneruskan bidang perakaunan. ipta manakah yg bagus dalam bidang perakaunan ini dan graduannya ‘marketable’ ? saya meminati UM, UUM dan UPM. namun mana satu yg terbaik ?
May 21st, 2010 at 5:56 pm
salam..cikgu saya nak tnya apa p’bezaan di antara diploma perakaunan dan sistem maklumat perakaunan?dan apakah peluang kerjaya dlm bdg sistem maklumat perakaunan?saya harap cikgu dpt menjawab soalan ini dgn cpt dan dpt membantu saya…
May 21st, 2010 at 6:14 pm
Deela,
Sila rujuk komen Cg DIATAS.
May 25th, 2010 at 12:30 am
cikgu..lulusan politeknik pun boleh fast track ka??dari diploma tiga tahun di poli dan sambung ijazah 2 1/2 tahun??…dengar ramai yang cakap??..ada betulkah…
dan 1 lagi betulkah lulusan politeknik ini dianggap low standard.??..
dan susah untuk graduan poli untuk ke program ijazah di ipta di negara kita untuk diterima masuk disebabkan ”low standard” ini??..
May 25th, 2010 at 12:56 am
Fadirul,
Maaf, diluar pengetahuan Cg.
May 29th, 2010 at 5:39 am
Dengan berbekalkan sijil C.A.T..saye bole dapat kerja ape cg?
May 30th, 2010 at 5:29 pm
cg,
sy nk tanya.sy baru2 ni dapat sambung belajar di usm kos perakaunan.cg rasa,kalau belajar di perakaunan di usm,bagus x?kerana usm lebih ke arah sains.saya kena buat keputusan pada esok hari sebelum pukul 5.kebanyakkan lepasan universiti dlam kos perakaunan banyak bekerja di kerajaan.terutamanya uitm.ayah sy mcm ragu2 kerana dia xpernah dgr pelajar dari usm kos perakaunan.Seakan-akan pelajar kos itu sudah tiada di pasaran kerja.apa pendapat cikgu mengenai bekas2 pelajar usm kos perakaunan?saya harap cikgu dapat membantu saya secepat mungkin.kerana sy harus membuat keputusan.terima kasih
June 4th, 2010 at 9:17 pm
As’kum
cg,,
sy akan smbg bljr dlm Diploma perakaunan di UiTM,soalan sy:
1)selepas habis dipmola boleh ke sy apply untuk program ACCA di UiTM?..
2)Berapa tempoh pengajian untuk ACCA?
3)sy dgr,,ad pengecualian untuk paper ACCA jika kita lepasan dip dan ijazah,,boleh cg terang kan?
June 5th, 2010 at 12:40 pm
Fiq,
Sila rujuk artikel dalam pos BERIKUT.
June 8th, 2010 at 2:26 pm
salam cikgu,
sy mendpt twran pengajian ke piliteknik program diploma akauntansi..
adakah diploma akauntansi di politeknik sukar untuk di smbung ke dgree ipta nanti?
dan ibu bapa saya memaksa saya supaya pergi ke politeknik berbanding ipts yang saya dapat twaran dip bioteknologi sains.. cikgu tolong saya… ape yang harus saya pilih..
nasihat cikgu amat saya perlukan..
June 8th, 2010 at 2:30 pm
cikgu adakah pengajian diploma di ipts dpt dilanjutkan degreenyer di ipta nanti?
June 8th, 2010 at 3:59 pm
Siti & Suraya,
Semua Lepasan Diploma dan setaraf yang berkelayakan dilayan sama sahaja untuk Permohonan Kemasukan IPTA.
Di mana permohonan di bawah lepasan diploma/setaraf ini terdiri daripada :
1. Lulusan STPM/STP/HSC.
2. Lulusan Matrikulasi.
3. Lulusan STAM.
4. Lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS.
5. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
Siti, pada pandangan Cg, DOA RESTU kedua IBU BAPA amatlah penting dalam apa jua pilihan yang kita buat. Maka berbincang dan dapatkan kata sepakat tentang keputusan yang hendak dibuat.
June 22nd, 2010 at 8:48 pm
cg….
saye iqmal…
nak tanye ..
mata pelajaran add math kalau sye drop….
bleh ke jdi akauntan di u.????
June 22nd, 2010 at 8:49 pm
bleh ambil jurusan akauntan ke cg??
June 22nd, 2010 at 8:57 pm
Masih lagi berpeluang menceburi bidang perakaunan, cuma tidak dapat memohon ke Matrikulasi Perakaunan sahaja jika tidak mengambil subjek Matematik Tambahan.
June 25th, 2010 at 4:54 pm
jika tidak mengambil add math….
jurusan akaun yg mane satu yg boleh diceburi..??
June 25th, 2010 at 5:40 pm
Dip. Perakaunan di mana2 Politeknik, IPT atau IPTS ataupun Sijil Profesional seperti LCCI, CAT-ACCA.
June 29th, 2010 at 3:29 pm
assalamualaikum..
cg, boleh beritahu saya hierarki pangkat sebagai akauntan dan keistimewaan kerjaya sebagai akauntan?
June 30th, 2010 at 2:41 pm
Salam Cg,
Sy graduate dlm bidang IT 2003. Since lpas graduate sy hanya bekerja sbg kerani akaun. Day to day, sy raser sgt berminat dgn kerjaya ni. Patut ker sy further study dlm account? Boleh tak sy amek ACCA?
July 12th, 2010 at 12:29 am
Anak saya telah tamat Ijazah Sarjana Muda Akauntan ( Kepujian ) Uitm 2010.Pada ketika ini beliau menyambung ACCA.Soalnya,bolehkah dia mendapat penaja utk membiayai pembelajarannya itu ?. Sebelum ini dia ditaja sepenuhnya oleh JPA.
July 12th, 2010 at 12:36 am
Maaf, En Aziz saya tidak pasti tentang pembiayaan program tersebut. Cuba dapatkan maklumat daripada MARA, JPA, PTPTN atau mana2 yang berkenaan.
July 18th, 2010 at 9:59 am
saya x minat akaun tp terpaksa..macammana sy nak pupuk minat ini???
tahunn ni sy exam..dan sy paling benci subjek akaun
…..tolonglah saya
July 18th, 2010 at 10:02 am
Sila dapatkan / baca buku berikut (rujuk ATAS)
KERJAYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN
Tulisan Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim
July 31st, 2010 at 8:24 pm
salam..ckg, mintak sdikit pendapat..antara degree in account n ACCA mna yg lebih bagus n perluang kerja lebih tngi??..sya stdnt dip in business stdy, tapi skrg ni sya lebih berminat kpda account, so sya rasa maybe after dip ni sya nak smbg degree in account, tapi sya ada terbaca 1 article yg mengatakan ACCA jauh lebih bagus dari degree in account sbb ACCA ada internasional qualification..
July 31st, 2010 at 10:59 pm
Salam,
Pada pendapat Cg, ada kebenarannya artikel tersebut.
Bagi mendapat sedikit sebanyak panduan, maklumat, isu2 berhubung perkara tersebut, Cg cadangkan baca soal-jawab dan komen2 yang terdapat di Blog Sifu2b : Akauntansi dan Sijil Profesional, Apa kata Anda?
Semoga ianya dapat membantu anda.
August 6th, 2010 at 10:32 pm
salam,cikgu..
boleh tolong kongsi tip-tip untuk berjaya dalam bidang perakaunan???
August 6th, 2010 at 10:35 pm
Achik Syida,
Salam, cuba dapatkan buku berikut dipasaran atau baca sebahagianya DIATAS.
KERJAYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN
Tulisan Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim
August 7th, 2010 at 9:46 am
salam cg,
saya calon spm tahun ni..ramai orang tanya saya nak ambil jurusan mana lepas ni..saya tak tahu samaada akaun atau lain-lain..sebenarnya saya takut untuk jadi seorang akauntan…kerana kerjanya rumit dan mencabar..ada orang kata boleh jadi gila kalau asyik duduk dalam pejabat… betul ke??
August 7th, 2010 at 9:50 am
Salam,
Kerja lainpun banyak yang hanya duduk dalam pejabat sahaja, tiadapun yang jadi gila. Sebenarnya tiada kerja yang mudah/senang … semua kerja dibidang profesional seperti doktor, kejuruteraan, akauntan, peguam .. semuanya mencabar dan mempunyai tanggungjawab yang besar … itulah sebabnya mereka dibayar gaji yang mahal. Kalau tak nak kerja dalam pejabat, maka kena kerja sendiri, buka perniagaan/syarikat sendiri, tetapi pengetahuan tentang ilmu perakaunan juga sangat penting, kalau tidak lingkup perniagaan.
Bidang perakaunan tidak semestinya menjadi akauntan sahaja, boleh baca buku KERJAYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN tulisan Tulisan Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim (rujuk ATAS) bagi meluaskan pengetahun tentang kerjaya di bidang perakaunan.
August 10th, 2010 at 4:08 pm
salam,
cikgu saya skrg masih berada di tingkatan 4, dan mengambil aliran Prinsinp Perakaunan. Seperti pelajar lain, saya juga mempunyai cita-cita. Saya minat untuk menjadi Akauntan, tetapi pada masa yang sama saya jugak berminat untuk menjadi seorang Peguam. Guru disekolah saya ada menyatakan , “seorang akauntan juga boleh menjadi seorang Peguam..” jadi, sejauh mana kebenaran itu ? Diharap cikgu dapat bantu saya.
August 22nd, 2010 at 9:29 pm
salam cikgu… saya ada soalan nak tnya…
mak saya nak saya jadi cikgu…
so saya pun setujulah, tp saya tringin nak belajar di luar negara..
boleh tak saya belajar di sana???
saya nak ambik course akaun… so blh tak saya ke sana ambk course ni???
harap cikgu blh bantu…
September 3rd, 2010 at 3:21 pm
cikgu,byk x peluang pekerjaan dlm bidang akaun
September 3rd, 2010 at 3:22 pm
Atiqah,
Semua syarikat, organisasi, perniagaan dalam apa2 bidang sekalipun memerlukan seorang akauntan atau pegawai akaun.