Peluang ke IPT

Membincangkan peluang-peluang yang ada bagi pelajar-pelajar lepasan SPM terutamanya dalang bidang Perakaunan.

1. e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA
~ Mengenai IPTA
~ Senarai Program yang ditawarkan
~ Syarat Khas Program

2. Permohonan Kemasukan Ke IPTA

321 Responses to “Peluang ke IPT”

  1. Cg Narzuki Says:

    MATRIKULASI KPM

    SYARAT KEMASUKAN 2007/2008

    Syarat Kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia [MKPM] Syarat Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

    Kekal seperti sebelumnya, iaitu terbuka bagi semua pelajar yang telah mendaftar dan mengambil satu daripada pakej mata pelajaran berikut dalam peperiksaan SPM.

    Bagi bidang Sains (M001) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi; atau Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia; atau Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Matematik, Matematik Tambahan, Sains Tambahan

    Bagi bidang Perakaunan (M003) Mendaftar dan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan Prinsip Akaun.

    SYARAT KELAYAKAN MINIMUM

    Syarat Kelayakan Minimum Kemasukan Ke Program Matrikulasi :
    Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya keputusan berikut dalam SPM:

    Bagi bidang Sains (M001)

    1. 6C Bahasa Melayu
    2. 6C Bahasa Inggeris
    3. 4B Matematik
    4. 6C Matematik Tambahan
    5. 6C Kimia
    6. 6C dalam satu(1) mata pelajaran berikut :
    Fizik
    Biologi

    Bagi bidang Perakaunan (M003)

    1. 6C Bahasa Melayu
    2. 6C Bahasa Inggeris
    3. 6C Matematik
    4. 7D Matematik Tambahan
    5. 6C dalam dua(2) mata pelajaran daripada berikut :
    Prinsip Perakaunan
    Ekonomi Asas
    Perdagangan
    Sains
    Sains Tambahan
    Fizik
    Kimia
    Biologi
    Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

    * Program satu tahun hanya akan ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai merit yang baik.

    Lain-lain maklumat berkaitan dengan PROGRAM MATRIKULASI.

  2. Cg Narzuki Says:

    SYARAT PERMOHONAN KE POLITEKNIK KPT BAGI LULUSAN SPM

    BIDANG PERDAGANGAN ( KURSUS PERINGKAT DIPLOMA)

    1. Warganegara Malaysia.

    2. Lulus SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (VOKASIONAL) serta memenuhi syarat minimum berikut :

    a) Lulus Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia
    b) Lulus Bahasa Inggeris
    c) Mendapat LIMA (5) Kepujian termasuk :
    Matematik atau Matematik Tambahan.
    Mana-mana EMPAT (4) mata pelajaran lain yang belum diambil kira kepujiannya.

    SENARAI KURSUS DIPLOMA BIDANG PERDAGANGAN
    LULUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /SETARAF

    D50 Akauntansi
    D51 Insurans
    D52 Kewangan Dan Perbankan
    D53 Pemasaran
    D55 Pengajian Perniagaan (Pengurusan)
    D57 Pengajian Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
    D59 Pengurusan Peruncitan
    D60 Pengajian Perniagaan (e-Dagang)
    D61 Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan

    Sila dapatkan maklumat lanjut di SINI.

  3. Cg Narzuki Says:

    Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    SYARAT-SYARAT MINIMUM KEMASUKAN 2008

    SYARAT AM UNIVERSITI

    Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

    FAKULTI PERAKAUNAN
    (Untuk Bumiputera Sahaja. Terbuka kepada pemohon aliran Sains/Teknikal dan Sastera)

    1. Diploma Perakaunan (E2210)
    (6 semester)
    Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti

    Nota:
    Calon yang mendapat sekurang-kurangnya lima (5) Gred 1A/2A dalam mata pelajaran berkaitan termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik/ Ma t ema t i k Tambahan akan ditempatkan khas di kampus Shah Alam. Tertakluk kepada pencapaian akademik yang cemerlang dan bilangan tempat yang disediakan.

    SYARAT KHAS PROGRAM
    Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik / Matematik Tambahan sekurang-kurangnya gred 5C

    2. Diploma Sistem Maklumat Perakaunan (E2211)
    (6 semester)
    Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.

    SYARAT KHAS PROGRAM
    Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    DAN
    • Lulus Matematik Tambahan

  4. Sifu2b Says:

    MATRIKULASI ATAU PROGRAM ASASI ATAU DIPLOMA ?
    Oleh : Sifu2b

    Ramai pelajar yang bertanyakan sifu manakah di antara ketiga-tiga program lepasan SPM ini, mana yang lebih baik. Sifu dah jawab berulang kali tentang perkara ini di dalam komen balas sifu di sini. Untuk membolehkan pelawat blog ini membaca respons sifu yang terdahulu itu, maka sifu paparkan semula sebagai pos tetap.

    Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.

    Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.

    Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.

    Tetapi pembaca blog ini harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.

    Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2007 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di Kolej Martrikulasi Labuan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.

    Di usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing tahun 2008 ini.

    Pertengahan tahun 2009 – Pelajar A tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma.

    Pertengahan tahun 2010 – Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.

    Pertengahan tahun 2010 – Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2010 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM. Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.

    Pertengahan tahun 2011 – Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.

    Pertengahan tahun 2012 – Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit. Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.

    Pertengahan tahun 2013 – Pelajar A masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belaja di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.

    Pertengahan tahun 2014 – Pelajar A masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah*. Pelajar B tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2014. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2014 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.
    * Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.

    Dan begitulah seterusnya. Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Sifu berharap, dari penerangan dan contoh yang sifu berikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya. Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan.

    PERHATIAN !!! ………………………………………………………………………………..

    Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan perkara ini, sila layari Blog Sifu2b atau klik di sini.
    http://sifu2b.wordpress.com/2008/05/01/matrikulasi-atau-program-asasi-atau-diploma/

    …………………………………………………………………………………………………..

  5. Cg Narzuki Says:

    CEMERLANG 1A DAN 2A PRINSIP PERAKAUNAN DAPAT KEISTIMEWAAN

    PELAJAR CEMERLANG SPM DAPAT PENGECUALIAN CAT
    Wednesday 12/03/2008

    KUALA LUMPUR, 12 MAC – Kementerian Pelajaran Hari Ini Dengan Rasminya Mengumumkan Pelajar Yang Memperolehi Keputusan 1A And 2A Dalam Subjek Prinsip Akaun Dalam Peperiksaan SPM Baru-baru Ini Akan Mendapat Pengecualian Peperiksaan Bagi CAT (Certified Accounting Technician).

    CAT adalah program asas bagi kelayakan Profesional ACCA. Program ini merupakan langkah pertama untuk mendapatkan kelayakan profesional ACCA dan untuk menadi akauntan bertaraf dunia.

    Pelajar yang berjaya memperolehi keputusan 1A dan 2A in Prinsip Akaun akan mendapat pengecualian CAT untuk Kertas ‘Recording Financial Transactions’. Dengan pengecualian ini, pelajar SPM berpeluang untuk menamatkan pengajian CAT dan ACCA dengan lebih cepat memandangkan silibus SPM diiktiraf antarabangsa. Terdapat 9 subjek yang perlu dilengkapi bagi kelayakan CAT.

    Tahun lalu, ACCA telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kementerian Pelajaran sebagai usaha berterusan untuk menambah baik kurikulum dan piawaian terhadap sistem pelajaran negara.

    ACCA amat berbesar hati dapat menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, terutamanya untuk memastikan silibus pendidikan negara adalah relevan dengan keperluan industri.

    Kerjasama seumpama ini dengan Kementerian Pelajaran adalah yang pertama bagi ACCA di dunia. Ini menunjukkan pengiktirafan antarabangsa bagi sistem pendidikan Malaysia daripada badan perakaunan antarabangsa.

    “Bagi ACCA, inisiatif untuk mengkaji semula silibus Prinsip Perakaunan SPM dan menjadikan standard antarabangsa sebagai pengukur, merupakan satu usaha yang bervisi jauh. Inisiatif seperti ini akan membuka peluang lebih ramai pelajar Malaysia untuk memilih perakaunan sebagai karier pilihan,” kata Teo Ee Seng, Ahli Jawatankuasa Majlis Penasihat ACCA Malaysia.

    “Standard peperiksaan CAT pada peringkat akhir sebenarnya sama taraf dengan peperiksaan Tahun Pertama untuk kursus Ijazah dari UK,” jelas Teo lagi.

    Nota kepada editor

    1. The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan pertubuhan perakaunan profesional yang terbesar di dunia, dengan 115,00 orang ahli dan 296,000 pelajar di 170 buah negara.
    2. Kebanyakan pelajar di Malaysia mengikuti pengajian CAT selepas SPM. Selapas tamat pengajian CAT, pelajar mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau menyambung pengajian kelayakan professional ACCA untuk menjadi akauntan dan professional dalam bidang kewangan
    3. Kini terdapat lebih 6,000 pelajar sedang mengikuti pengajian ACCA di Malaysia. Malaysia menduduki tempat ke-2 di dunia dari segi jumlah pelajar teramai mengikuti pengajian CAT.

    DIKELUARKAN OLEH ACCA

    Untuk keterangan lanjut:

    Ainul Ibrahim
    Pengurus, Komunikasi Korporat
    +(603) 2713 5051ext: 17, 019-2869068
    ainul.ibrahim@my.accaglobal.com

    TARIKH SIARAN: 12 MAC 2008
    DISIARKAN OLEH, BERNAMA PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA

  6. Cg Narzuki Says:

    AKAUNTANSI DAN SIJIL PROFESIONAL, APA KATA ANDA ?
    Oleh Sifu2b di http://sifu2b.wordpress.com

    Soalan : Athrun belajar di mana sekarang dan dalam jurusan apa?

    Jawapan : Sy belajar di KPTM KL.under full scholarship MARA.semua students yg ambik jurusan profesional dkat KPTM dpt scholarship MARA.tapi tempat terhad dan bergantung kpd syarat2.jurusan CAT sebenarnya dah lama diperkenalkan,tapi baru diperkenalkan di IPTA dan kolej MARA.sekaran ini kolej yg paling best dlm bidang profesional adalah kolej sunway.
    [Sifu : Anda boleh mengetahui program lain KPTM dengan membaca maklumat dalam fail ini.]

    S : Kenapakah anda mengambil sijil profesional dan apa kelebihannya berbanding diploma perakaunan?

    J : pd pendpt sy, pelajar hanya mmbuang masa ambik kos diploma perakaunan kat KPTM, Mereka dah mmbazir masa 1 1/2 tahun, sy rasa lagi baik pelajar ambik kos ACCA-CAT dekat KPTM,lagi pun certificate ACCA-CAT lagi tinggi dr diploma dan jangka masa study hanya 1 1/2 tahun.
    jika dah buat diploma perakaunan dimana2 universiti,peringkat ijazah hanya 3@2 tahun je.dekat uitm 2 tahun je.tapi dgn diploma perakaunan agak susah nak dapat kerja dekat big 4 (pricewaterhouse, ernst&young, KPNG, deloid) iaitu 4 firma perakaunan terbesar didunia. Student2 diploma terpaksa bersaing dgn student2 yg ada sijil profesional antarabangsa macam ACCA,ACCA-CAT,ACCI..sijil2 ni lagi tinggi taraf drpd diploma and ijazah..big 4 biasanya mmberi keutamaan kpd student2 profesional utk bekerja dgn diorg.kursus2 profesional ni boleh diambil selepas SPM.jangka2 masa study just 1@1 1/2 utk ACCA-CAT yg tinggi sikit taraf drpd diploma,3 tahun utk ACCA(require ACCA-CAT@STPM) yg hampir sama taraf dgn master,sijil ACCA dikeluarkan sekali dgn degree oxford brooke university.2 tahun utk ACCI yg sijil setraf dgn sijil ACCA-CAT.

    S : Apakah cadangan anda tentang kerjaya dalam bidang akauntansi?

    J : jika nak ambik jurusan perakaunan,better ambil yg sijil profesioanal punya, jika ambik degree & diploma, … susah sikit nak dapat kerja di firma perakaunan, market utk student yg ada sijil profesioanl lagi tinggi, sijil profesional perakaunan ditawarkan dekat UITM shah alam,kolej poly-tech mara(KPTM)&sunway kolej..utk sijil profesioanl di KPTM ada tajaan MARA.

    S : Apakah kelebihan mengambil program sijil profesional seperti ACCA kepada pelajar lepasan SPM?

    J : bermula tahun 2007 kem.pelajaran malaysia telah bekerjasama dgn ACCA bg menilai semula silibus pembelajaran subjek perakaunan. so bg semua pelajar lepasan SPM 2007 yg megambil perakaunan.
    sesiapa yg dpt A1 dan A2 utk matapelajaran tersebut.anda sebenarnya telah lulus utk paper basic bg ACCA.dan jika anda sambung pengajian dibidang ACCA anda dpt skip masa pengajian anda drpd 4 1/2 tahun kpd 4 tahun sahaja@mungkin 3 1/2. ini adalah advantage bg anda.dlm masa 4@3 1/2 tahun saja anda sudah memperoleh sijil ACCA yg hampir setaraf MASTER,dan anda boleh sambung terus ke peringkat Phd jika keputusan ACCA anda cemerlang,sijil ACCA dikeluarkan sekali dgn DEGREE oxford university.tapi sesiapa yg mengambil jurusan ini perlulah berusaha bersungguh2 kerana soalan exam yg dikeluarkan oleh ACCA england sendiri,dan yg memeriksa kertas exam anda juga adalah ACCA england,ini bermakna kertas exam anda akan di mark di england.so english anda mestilah sekurang2nya basic jika ingin mengambil jurusan ini.bg sesiapa yg dpt B3 kebawah bg subjek perakaunan anda terpaksa bermula dari paper basic jika anda ingin mengambil jurusan ACCA.

    S : Adakah ramai pelajar yang mengikuti program profesional seperti ACCA dan IPT manakah yang menawarkannya?

    J : ramai yg ambik jurusan ni adalah kaum cina.peratus kaum melayu agak kurang dlm jurusan profesional kerana kurang pengetahuan tentang jurusan profesional.kebanyakkan student profesional di kolej sunway dan IPTS lain adalah kaum cina.kecuali di KPTM dan UITM yg menyediakan tempat utk bumiputera.

    S : Kenapa pelajar lepasan SPM sepatutnya mengikuti program ACCA-CAT?

    J : sekarang big 4 byk mengambil student2 fresh graduate yg ada ACCA-CAT sebgai kerani akaun utk firma diorg selama 3 tahun.ini kerana ramai kerani akaun di firma berkenaan hanya bekerja selama 3 tahun bg mendapatkan tauliah.kebiasaannya starting gaji adalah RM1500,dan student2 yg keja dgn big 4 adalah part time student,mean,diorg akan pegi kelas ACCA pada hari minggu(sabtu,ahad),segala yuran pengajian dan exam di tanggung oleh big 4 sehingga anda graduate ACCA.

    S : Adakah pelajar di KPTM boleh mendapat pembiayaan pengajian?

    J : pinjaman MARA hanya boleh didapati selepas pelajar mendaftar di KPTM,borg akan diberi masa hari pendaftaran di kolej,buat masa skarang pelajar baru hanya boleh memohon pinjaman biasiswa MARA rm2000 sbgai pendahuluan, pelajar pergi ke pejabat MARA daerah dan bawa sekali surat tawaran kolej dan bg tau dgn pegawai bertugas yg anda nak buat pinjaman pendahuluan.

    PERHATIAN !!! ………………………………………………………………………………..

    Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan perkara ini, sila ikuti Soal-Jawab di http://sifu2b.wordpress.com ataupun klik disini.

    …………………………………………………………………………………………………..

  7. jeevan Says:

    saya telah mendapat 7A DA 3 B dalam SPM..
    saya tidak dapat matrikulasi dan upu…

  8. Cg Narzuki Says:

    jeevan,

    Bedasarkan keputusan yang diperolehi, jeevan merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Cg percaya jeevan berpotensi untuk terus cemerlang walau belajar dimana sekalipun nanti. Jangan mudah berputus asa. Pada pandangan Cg, apa yang boleh jeevan buat ialah :
    1. membuat rayuan ke matrikulasi dan upu
    2. membuat permohonan ke mana-mana IPTS / Kolej Komuniti
    3. memasuki Tingkatan 6

    Diharapkan pandangan ringkas Cg dapat membantu jeevan, dan
    JANGAN PUTUS ASA dan TERUS BERUSAHA, Semoga Berjaya.

    ………………………………………………………………………………………………………………………………………

    Berita baik untuk lepasan SPM 2007. Jangan lepaskan peluang ini.
    Mara anjur program permohonan terbuka bagi lulusan SPM

    KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menganjurkan program permohonan terbuka bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi di seluruh negara mulai 2 Jun ini.

    Mara dalam satu kenyataan hari ini berkata, program itu bertujuan mendedahkan kepada pelajar, terutama pelajar bumiputera, mengenai peluang pendidikan yang ada.

    Menurutnya, program itu disertai oleh pelbagai institusi pendidikan Mara termasuk Kolej Profesional Mara (KPM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan German-Malaysian Institut (GMI).

    Dipetikan daripada Berita Harian,20 Mei 2008(Selasa)

  9. Cg Narzuki Says:

    UTM PERKENAL PROGRAM SARJANA MUDA PERAKAUNAN

    JOHOR BAHRU 11 April – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memperkenalkan program Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) mulai semester Julai 2009/2010.

    Kursus perakaunan bertaraf profesional tersebut ditawar berikutan kehendak pasaran dan industri.

    Dekan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia UTM, Prof. Madya Dr. Durrishah Idrus berkata, silabus dan kurikulum program tersebut disedia mengikut keperluan Malaysia Institute of Accountant (MIA), ACCA dan CIMA.

    “Kami membuat penyediaan yang rapi mengikut kajian pasaran berdasarkan hala tuju II bidang perakaunan yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada Seminar Bahasa Antarabangsa Untuk Tujuan Khas (LSP) di sebuah hotel di sini semalam.

    Seminar kali ke enam yang diadakan selama dua hari itu disertai oleh 200 peserta termasuk penceramah daripada 13 buah negara.

    Antaranya peserta dari Singapura, Brunei, United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, China, Iran dan Kanada.

    Kata Durrishah, graduan program tersebut boleh melanjutkan pengajian ke kursus profesional seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

    Untuk permulaan, pihak UTM mengambil 60 pelajar yang benar-benar berkualiti bagi mengikuti kursus tersebut.

    Menariknya, kata Durrishah, program tersebut turut menawarkan beberapa kursus pilihan iaitu kursus keusahawanan.

    Setakat ini Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia menawarkan empat program Sarjana Muda (Kepujian) iaitu Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi), Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan Sarjana Muda Psikologi (Psikologi Industri dan Organisasi).

    Manakala peringkat program sarjana menawarkan program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan Sarjana Pengurusan (Teknologi) serta Doktor Falsafah (Pengurusan) untuk peringkat Ph.D.

    Beliau juga berkata, UTM juga akan menawarkan program Sarjana Muda Komunikasi Teknologi dan Pentadbiran Profesional.

    “Jika selama ini UTM lebih tertumpu kepada teknikal, kali ini kami ingin menawarkan kursus berkaitan komunikasi pula,” katanya.

    Sumber : Utusan Malaysia 14/04/2008.

  10. Cg Narzuki Says:

    IPTS CEKIK DARAH ?
    Oleh Ruhaiza Rusmin

    PERKEMBANGAN dunia pendidikan menyaksikan peluang melanjutkan pelajaran tidak terhad setakat di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) semata-mata.

    Institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) juga tumbuh seperti cendawan selepas hujan bagi membolehkan mereka yang gagal ke IPTA dapat meneruskan pendidikan tinggi di kolej swasta.

    Namun, keghairahan IPTS melabur dalam pendidikan negara menimbulkan tanda tanya sama ada mereka berbuat demikian untuk keuntungan atau ikhlas bagi meningkat kualiti pendidikan negara?

    Apakah benar IPTS tidak menyumbang kepada tahap pembangunan kecemerlangan akademik negara dan hanya gah kerana nama?

    Presiden dan Naib Canselor Management and Science University (MSU), Profesor Datuk Mohd Shukri Ab Yajid, berkata ada masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak terbuka menerima konsep globalisasi pendidikan.

    Stigma lama yang menuntut pendidikan tinggi diberikan percuma masih terbawa-bawa dalam diri mereka hinggakan apabila ada IPT yang memerlukan mereka membayar, ia dianggap bertentangan.

    “Sikap prejudis ini bukan saja merugikan, tetapi membantut hasrat individu atau ahli keluarga melanjutkan pengajian. IPTS turut menerima tanggapan negatif kononnya terlalu mementingkan keuntungan dengan mengenakan yuran mahal.

    “Tohmahan itu boleh membunuh industri pendidikan negara sedangkan kita perlu mengeluarkan graduan cemerlang dan berkualiti secara berterusan.

    “IPTS memang menawarkan yuran murah, tetapi bukan semua kerana ia mengikut pengkhususan diambil.

    “Kita jangan terlalu berkira melabur dalam industri pendidikan kerana ia bukan pembaziran sebaliknya aset masa depan,” katanya.

    Beliau mengakui, ada mendengar rungutan mengenai harga yang perlu dibayar bagi membiayai pengajian anak di IPTS.

    Mereka berpendapat, yuran dikenakan terlalu mahal, tidak masuk akal serta membebankan manakala penawaran kursus sama seperti di IPTA.

    Mohd Shukri berkata, masyarakat tidak boleh menyamakan status IPTS dengan IPTA, tetapi perlu melihat konteks berbeza seperti kemudahan, modul dan latar belakang institusi sebelum membuang perbandingan.

    “Banyak aspek membezakan antara IPTS dan IPTA meskipun asasnya sama iaitu menawarkan pendidikan.

    “Sama ada IPTS atau IPTA, kedua-duanya mempunyai tanggungjawab besar melahirkan generasi produktif dan berkualiti pada masa depan.

    “Masyarakat perlu melihat dalam konteks lebih luas peranan kedua-dua institusi itu memberi peluang pendidikan terhadap pembangunan ilmu.

    “Saya percaya, apabila tumpuan lebih diberikan terhadap kepentingan ilmu, sikap suka berkira akan hilang,” katanya.

    Beliau berkata, pendidikan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata sebaliknya ia adalah tanggungjawab bagi pembangunan sosial, ekonomi dan perancangan masa depan negara.

    Ditanya mengenai tahap dan kemampuan IPTS memberi nilai kualiti terbaik dalam pendidikan , Mohd Shukri berkata, kemampuan graduan tidak boleh diukur melalui institusi, tetapi usaha, mentaliti dan sikap.

    Menurutnya, institusi hanya menjalankan tanggungjawab menyediakan lokasi, tenaga pensyarah, modul dan peraturan tertentu bagi menyokong pencapaian mahasiswa.

    “Pelajar yang menentukan pencapaian atau kejayaan diri masing-masing tanpa mengira latar belakang institusi.

    “Jika di IPTS, pelajar sepatutnya belajar lebih bersungguh-sungguh bagi membayar setiap sen yang dikeluarkan sepanjang pengajian,” katanya.

    Rungutan mengenai harga juga seolah-olah menggambarkan IPTS cuba mengaut keuntungan sekali gus menenggelamkan misi utama penubuhan untuk memberi pendidikan terbaik.

    Malah, lambakan IPTS juga bagai membenarkan tanggapan yang menyaksikan institusi berkenaan mahu mengaut keuntungan berbanding tanggungjawab sebenar.

    Mohd Syukri berkata, kewujudan pelbagai institusi wajar dilihat daripada aspek positif untuk menyediakan peluang pendidikan.

    “IPTS perlu mencari sumber kewangan, menampung kos dan semuanya memerlukan wang. Bagaimanapun, jumlah perlu dibayar tidak melampau berbanding kemudahan yang ditawarkan.

    “Masyarakat perlu melihat aspek positif kerana dengan adanya IPTS, pelajar yang gagal ke IPTA dapat meneruskan pengajian,” katanya.

    Beliau tidak bersetuju IPTS mementingkan diri kerana mereka juga ada tanggungjawab sosial kepada pembangunan masyarakat dan negara.

    “Di MSU, selain akademik, kami tetap beri tumpuan kepada aktiviti luar kerana ia pemangkin pembangunan sahsiah diri generasi muda.

    “Institusi lain juga ada tanggungjawab dan cara tersendiri merealisasikannya, cuma segelintir masyarakat kurang peka dan membuat anggapan bukan-bukan,” katanya.

    Sumber : Harian Metro 26/05/2008

  11. Cg Narzuki Says:

    PTPTN TIDAK CADANG BERI BIASISWA

    KUALA LUMPUR 2 Jun — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bercadang untuk memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang berikutan dana pembiayaan badan itu tidak mencukupi.

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron berkata pinjaman PTPTN disediakan untuk memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.

    “Cadangan untuk menukar 50 peratus pinjaman kepada biasiswa tidak dapat dilaksanakan kerana bayaran balik oleh peminjam (penting) bagi memastikan dana sentiasa mencukupi untuk pelajar akan datang,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini hari ini.

    Mengenai caj perkhidmatan pinjaman PTPTN sebanyak tiga peratus, beliau berkata kementerian sentiasa peka masalah peminjam dan sedang mengkaji sama ada caj perkhidmatan perlu dihapuskan serta kaedah pembayaran balik pinjaman.

    Idris juga berkata dalam usaha merealisasikan universiti Apex, institusi pengajian kelas dunia, pemberian autonomi kepada universiti berkenaan akan dipertingkatkan.

    “Sekarang universiti hanya diberi autonomi dalam beberapa urusan seperti pelantikan pensyarah secara kontrak di kalangan pesara, pensyarah bukan warga negara dan pelantikan pensyarah gred Khas Jusa A,” katanya.

    Sumber : BERNAMA

  12. Cg Narzuki Says:

    4,624 IKUTI PROGRAM KEMAHIRAN
    Oleh Rosniza Mohd Taha

    Mara tawar 23 kursus baru untuk penuhi keperluan pekerja terlatih sektor industri

    MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) menawarkan 4,624 tempat kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 bagi mengikuti program sijil dan diploma di 20 Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) bagi kemasukan Julai depan.

    Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) Mara, Abd Rahim Hashim, berkata jumlah itu membabitkan 3,732 tempat di 12 IKM dan 892 lagi di lapan KKTM termasuk penambahan 460 tempat berikutan pembukaan lima KKTM baru.

    Beliau berkata, KKTM baru di Kuantan, Pahang yang menawarkan pengajian Advanced Manufacturing; Sri Gading, Johor (Sivil dan Pembinaan); Alor Gajah, Melaka (Pemprosesan Bahan); Beranang, Selangor (Mikroelektronik) dan Rembau, Negeri Sembilan (Teknologi Kreatif).

    Tiga KKTM sedia ada di Petaling Jaya, Selangor; Balik Pulau, Pulau Pinang serta Pasir Mas, Kelantan.

    Sempena kemasukan Julai ini, katanya, 23 kursus baru turut ditawarkan termasuk Diploma Kejuruteraan Pengeluaran Diploma Teknologi Binaan, Diploma Multimedia Kreatif, Diploma Pemprosesan Plasik, Diploma Rekaan Perabut dan Diploma Rekaan Animasi.

    “Syarat minimum bagi mengikuti Sijil Teknologi adalah lulus SPM manakala untuk Sijil Kejuruteraan perlu kredit Matematik atau Sains/Teknikal.

    “Bagi Diploma Teknologi pula, syarat minimum lulus SPM dengan kredit Bahasa Melayu, Matematik dan subjek Sains/Teknologi, manakala Diploma Kejuruteraan lima kredit Bahasa Melayu, Matematik, Sains/Teknikal dan dua subjek lain.

    “Sambutan bagi kemasukan ke IKM dan KKTM sebelum ini amat menggalakkan dan kami berharap ia akan berterusan bagi pengambilan Julai ini. Borang permohonan boleh didapati di pejabat Mara serta institusi kemahiran Mara,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Abd Rahim berkata, pemohon tidak berjaya bagi kemasukan Julai ini masih berpeluang memasuki dua institusi itu menerusi pengambilan Januari depan.

    Bagi calon berjaya, katanya, mereka tidak perlu membayar sebarang yuran kecuali pendaftaran kira-kira RM450 sepanjang mengikuti pengajian dua tahun bagi peringkat sijil dan tiga tahun diploma.

    Beliau berkata, pelajar terpilih bukan saja disediakan kemudahan asrama, malah elaun RM210 sebulan bagi program sijil dan RM265 untuk diploma.

    Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan IKM dan KKTM turut menjalin kerjasama dengan 2,700 syarikat bagi membolehkan pelatihnya menjalani latihan industri termasuk di syarikat ternama seperti Petronas dan Toyota.

    Kerjasama itu, katanya, membabitkan pembangunan kurikulum bersama wakil industri setiap tiga tahun sekali bagi memastikan program pengajian memenuhi keperluan industri semasa.

    Sumber : Berita Harian 07/05/2008

  13. Cg Narzuki Says:

    HONDA SEDIA RM1 JUTA BIAYAI 20 PELAJAR MISKIN

    SERAMAI 66 remaja daripada keluarga miskin di seluruh negara disenarai pendek untuk menerima biasiswa melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan IPT swasta (IPTS) menerusi Dana Impian Honda 2008.

    Bagaimanapun, hanya 20 akan menerima biasiswa tajaan Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) bersama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.

    Syarikat konglomerat itu menyediakan dana RM1 juta bagi membiayai pengajian pelajar miskin di IPTA dan IPTS di seluruh negara.

    Syarat tajaan itu adalah remaja berusia 17 hingga 24 tahun daripada keluarga berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah sebulan dan memiliki kelayakan akademik untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS.

    Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Atshushi Fujimoto, berkata remaja yang disenarai pendek akan mengikuti kem motivasi dan bengkel penilaian selama tiga hari mulai 6 Jun lalu di Shah Alam.

    Katanya, kem dan bengkel itu menjadi medan penilaian akhir untuk memilih 20 remaja yang layak menerima biasiswa berkenaan.

    “Kami menjelajah beberapa kampung terpencil di daerah Penampang, Tambunan dan Kinabatangan di Sabah serta Miri dan Bario di Sarawak untuk mencari calon penerima biasiswa menerusi Dana Impian Honda 2008.

    “Program yang dimulakan sejak tahun lalu itu akan diteruskan pada masa depan untuk membantu remaja daripada keluarga miskin yang gagal melanjutkan pengajian kerana kekangan ekonomi keluarga.

    “Berdasarkan penilaian awal kami, semua peserta memasuki penilaian akhir bercita-cita tinggi membebaskan keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan,” katanya kepada Berita Harian di Kota Kinabalu, kelmarin.

    Fujimoto berkata, daripada 66 calon yang disenarai pendek, seramai 23 orang adalah etnik pribumi Sabah membabitkan Orang Sungai, Kadazan, Dusun, Bajau, Murut, Rungus dan Brunei.

    Selain itu katanya, sembilan etnik pribumi dari Sarawak merangkumi Kelabit, Kenyah, Iban dan Penan serta seorang etnik Orang Asli (Semai) dari Perak.

    “Remaja lain adalah kaum Melayu, Cina, India dan Punjabi dari Semenanjung,” katanya.

    Sumber : Berita Harian 10/06/2008

  14. Cg Narzuki Says:

    SYARAT KEMASUKAN IJAZAH PERAKAUNAN 2008

    Sifu2b telah berusaha mendapatkan maklumat khusus kemasukan ijazah sarjana muda atau bacelor perakaunan di IPTA yang dikelola oleh MOHE.

    1. Masuk melalui laluan lepasan Diploma
    2. Masuk melalui laluan lepasan STPM
    3. Masuk melalui laluan lepasan Matrikulasi
    4. Masuk melalui laluan lepasan STAM

    Tahniah dan terima kasih Sifu2b. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui Blog beliau di SINI.

  15. Cg Narzuki Says:

    KURSUS SETAHUN JADI PILIHAN LEPASAN SPM

    TEMPOH pengajian singkat iaitu hanya setahun dikenal pasti antara faktor lulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadikan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sebagai kursus prauniversiti pilihan utama.

    Pelajar jurusan sains fizik di Kolej Matrikulasi Pahang, Muhamad Fareez Kamal, berkata beliau memilih kemasukan program itu berikutan galakan dan sokongan guru di sekolahnya.

    “Mereka rata-rata sependapat bahawa kualiti program ini mampu menyumbang ke arah masa depan cerah menerusi pendedahan asas yang kukuh dan mantap kepada pelajar sebelum memasuki pengajian peringkat ijazah di universiti nanti.

    “Tempoh pengajian yang singkat membolehkan pelajar memasuki universiti lebih awal berbanding program prauniversiti lain seperti Tingkatan Enam yang memakan masa melebihi setahun.

    “Sistem pembelajaran program ini memang amat pantas menyebabkan saya sentiasa memastikan pengurusan masa sebaik mungkin tetapi keadaan sebegini tidak memberi tekanan,” katanya.

    Pelajar jurusan sains hayat di kolej sama, Siti Nursyafikah Bustaman, berkata kepadatan jadual pengajian program itu tidak membebankannya kerana berpengalaman menjalani kehidupan berasrama di Maktab Rendah Sains Mara Jasin, Melaka.

    “Ramai menganggap program ini sukar tetapi hakikatnya sudah melahirkan ramai graduan cemerlang. Kemudahan sedia ada di Kolej Matrikulasi lengkap dan berteknologi terkini dengan suasana kondusif,” katanya.

    Bagi Thiru Murugaan a/l Balakrishnan yang juga mengikuti jurusan sains hayat pula, Program Matrikulasi menjadi pilihannya berbanding tawaran ke Tingkatan Enam kerana tertarik dengan tempoh pengajian lebih singkat.

    “Berdasarkan perkembangan, lulusan program ini berpeluang cerah memasuki universiti. Justeru, ibu bapa turut menyokong keputusan saya ini,” katanya yang cemerlang dengan keputusan 1A bagi semua 10 mata pelajaran diambil dalam peperiksaan SPM tahun lalu.

    Pendapat Thiru Murugaan turut dipersetujui pelajar jurusan sains fizik, Lim Kiah Ngi, yang ingin bergelar graduan universiti secepat mungkin dan bekerja bagi membantu meringankan beban tanggungan ibu bapanya.

    “Ibu bapa banyak berkorban kerana daripada lima beradik dalam keluarga, tiga kakak dan saya masih belajar, hanya abang yang sudah bekerja,” katanya.

    Seorang lagi pelajar jurusan sains hayat, Nurhidayah Kamaruddin, berazam mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya dan kini berusaha menyesuaikan diri dengan budaya pembelajaran program itu.

    “Banyak tugasan diberikan pensyarah, oleh itu saya harus membahagikan masa dengan bijak. Selain itu, tumpuan ketika kuliah amat penting kerana jika leka, kita akan ketinggalan,” katanya.

    Sumber : Berita Harian 21/07/2008

  16. muzhafar Says:

    salam cg. Sy graduan Bachelor of Finance. Bgaimana sy ingin mnjadi sebagai accountant?

  17. lina Says:

    salam ckgu…saya lepasan spm 2007..saya skrng tngh nak msk uitm cost p.perniagaan..apa antara pekerjaan yang boleh saya dapat..

  18. Cg Narzuki Says:

    Lina,

    Peluang kerjaya dalam bidang Pengurusan Perniagaan cukup luas samada dalam perkhidmatan awam ataupun firma perniagaan swasta yang mengkhusus dalam bidang kewangan, perkilangan, peruncitan ataupun perkhidmatan. Kerjaya sebagai Pengurus, Pegawai Eksekutif, ahli perniagaan, tokoh korporat, pensyarah dan sebagainya.

    Apa yang penting sekarang belajar bersungguh2, dapatkan keputusan yang terbaik pada setiap semester. Serta lengkapan diri dengan sebanyak mungkin kemahiran2 dan sentiasa tingkatkan potensi diri dengan kemahiran berkomunikasi, ICT, bahasa, daya kempimpinan dan sebagainya. Pada masa ini persaingan untuk mendapatkan pekerjaan cukup hebat, jadi lengkapkan diri anda dengan persediaan dan perancangan lebih awal. Semoga Berjaya.

  19. shahril.. Says:

    cikgu..saya sekarang belajar di kolej PTPL shah alam dalam bidang pengurusan perniagaan..saya dah belajar selama 2 bulan..tapi suasana disini saya tak rasa macam suasana belajar..duduk pun rumah kedai sebab hostel dah penuh..sewa untuk katil dan almari saja RM 190..dalam iklan tulis RM150..saya ingat nak buat permohonan ke KPM..course foundation perniagaan dan komputer..saya nak tanya sama ada course foundation ni macam mana?susah ke?course ni setahun dan dicampur dengan HND jadi 4 tahun..patut ke saya tukar?

  20. Cg Narzuki Says:

    Shahril,

    Minta maaf, Cg tak dapat jawab soalan tersebut kerana course foundation perniagaan dan komputer di KPM diluar pengetahuan Cg. Cuma nasihat Cg dalam membuat sesuatu pilihan, kita kena kenalpasti Apakah kebaikan dan kelemahan setiap course tersebut. Apakah kesan2 daripada pertukaran tersebut, pertimbangkan dalam semua aspek. Setelah semuanya jelas dihadapan kita, baru dapat buat pilihan dengan bijak. Jangan lupa Solat Istikharah mohon petunjuk daripada Yang Maha Bijaksana.

  21. amin Says:

    Assalamualaikum cg,
    saya pelajar uia dalam degree account, ada 1 sem lg.. cgpa saya rendah 2.6 je..cadangan cg, apakah patut saya lakukan setelah habis degree nanti? nak apply big4 mmg x dpt punya.. sy x pasti nak sambung acca atau cari kerja.. umur saya dah 23 tahun, ada harapan lagikah untuk menjadi seorg akauntan bertauliah?terima kasih.

  22. Cg Narzuki Says:

    Amin,

    Peluang untuk menjadi akauntan bertauliah masih lagi terbuka luas, tingkatkan usaha secara bersungguh2 demi untuk mencapai cita-cita yang dihajati. Di bawah ini Cg kemukakan sedikit nota berkaitan dengan Kategori Akauntan dan Akauntan Awam Bertauliah untuk makluman Amin.

    KATEGORI AKAUNTAN

    Di Malaysia, perkataan ‘akauntan’ dilindungi di bawah Akta Akauntan 1967 dan mempunyai badan yang bertanggungjawab iaitu Institut Akauntan Malaysia (MIA).

    Terdapat tiga kategori akauntan dalam MIA iaitu akauntan bertauliah, akauntan berlesen dan ahli bersekutu. Akauntan bertauliah adalah akauntan yang sebelum ini menjadi akauntan awam dan akauntan berdaftar.

    Akauntan berlesen adalah mereka yang layak berikutan pengalaman luas dalam bidang berkenaan atau ahli Persatuan Akauntan Malaysia yang lulus manamana ujian akhir persatuan itu dan mempunyai pengalaman bekerja selama tiga tahun dalam bidang berkaitan.
    Ahli bersekutu pula adalah ahli akademik yang sedang mengajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

    AKAUNTAN AWAM BERTAULIAH (CPA)

    Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akautan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta.

  23. sasuka shafie Says:

    Sekadar menyampuk…

    Saudara Amin,

    Usahlah difikirkan tentang firma hebat big 4 dlm memilih kerjaya. Saya pernah bekerja di firma Arthur Andersen tahun 1997 ( big 6 pada masa itu ) dan tidak banyak ilmu yg dpt diperolehi berbanding jika bekerja di dlm firma audit ( PA ) lain yg lebih kecil. Ini kerana terlalu byk kerja2 perlu dibuat ( working paper ) kerana urusniaga client lebih besar. Padahal objektif pengauditan sama sahaja.

    Yg penting ialah target utk capai tahap akauntan spt yg dinyatakan oleh Cgu Narzuki di atas.

    Semoga berjaya.

  24. faizah Says:

    assalamualaikum..

    saya faizah pljr SPM 2008..boleh x ckgu terangkan kpntgn sijil LCCI yang bkl dprolehi oleh pljr yang mgmbil subjek Akaun pada thun ini?
    apakh kgnaan sjil ni pde saya n pljr2 lain mse akn dtg?

    terima kasih..

  25. Cg Narzuki Says:

    Faizah,

    Program Persijilan Berganda ini memberikan anda 2 peluang/pilihan sama ada :

    1. meneruskan pelajaran peringkat yang lebih tinggi di IPT bagi memperolehi Diploma, Ijazah, Master dan PhD. Sijil SPM-LCCI yang diperolehi mampu memberikan kelebihan untuk mengikuti pengajian dalam bidang perakaunan.

    2. meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan melalui sijil profesional LCCI, ACCA-CAT, ACCA dalam masa yang lebih singkat. Dengan adanya Sijil SPM-LCCI, anda akan diberikan pengecualian menduduki peperiksaan Paper 1 & 2 bagi ACCA dan Level 1 & 2 bagi LCCI.

    Manakala, bagi mereka yang enggan menyambung pelajaran Sijil SPM-LCCI yang diperolehi boleh membuka peluang pekerjaan dalam bidang perakaunan pada peringkat perkeranian atau penyimpan kira-kira di dalam atau luar negara.

    Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan ACCA-CAT,ACCA, boleh layari :
    1. Blog Sifu Anda Menulis.
    2. ACCA Malaysia.

  26. ela Says:

    salam cg..
    cg,law pas spm…then nk masuk uitm..ada bmi x???
    bmi..british mlaysia tue……

  27. Cg Narzuki Says:

    Ela, Sorry tak da.

  28. ela Says:

    napa xda cg???jd kna cri sndri ker???sy tkut r cg…kmfem kew dpt keja

  29. Cg Narzuki Says:

    Maaf, cg xda maklumat tersebut dan Cg x dapat menjamin apa2 pasal kerja. Rezeki masing2, pastikan kita berusaha sungguh2 selebihnya berserah kepada Yang Maha Berkuasa.

  30. ela Says:

    salam cg…sy nk tya…sy kliru klu amik acca-cat…or diploma kt uitm..mna agy better??

  31. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Maaf Ela, Cg tidak dapat menyatakan di sini yang mana lebih baik, kerana masing2 ada kebaikan dan kelemahannya. Walaubagaimanapun Cg kemukakan sedikit maklumat berkaitan dengan program LCCI-ACCA dan juga kelebihan program perakaunan di UiTM untuk tatapan dan penilian Ela. Semoga ianya dapat membantu.

    1. PROGRAM LCCI-ACCA

    Krusus-krusus tersebut adalah dikategerikan sebagai KURSUS PROFESIONAL oleh Lembaga Akreditasi Negara.

    Sila lihat jadual yang tertera pada bahagian kursus profesional yang dikeluarkan oleh Lembaga Akreditasi Negara.

    1) LCCI (London Chamber of Commerce & Industry)
    -Sijil Tahap Pertama
    -Sijil Tahap Kedua
    -Sijil Tahap Ketiga

    Di nilai taraf setara dengan kelulusan STPM atau Matrikulasi peringkat sijil yang dikendalikan oleh sistem persekolahan menengah di Malaysia.

    -Sijil Tahap Keempat

    Di nilai taraf setara dengan kelulusan peringkat Diploma di IPTA

    2) ACCA (Chartered Association of Certified Accountants)
    -Foundation Stage
    -Certificate Stage
    -Professional Stage

    Di nilai taraf setaraf dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di IPTA.

    Forum berkaitan LCCI-ACCA
    http://ittutor.net/forums/lofiversion/index.php/t14408.html

    2. PROGRAM PERAKAUNAN UiTM
    http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=192845

  32. amir_dais Says:

    assalam….
    sori mencelah…
    FYI UiTM ada menawarkan program Dip.Sistem Maklumat Perakaunan(DAIS)..ni kos baru lg…lom ramai y grad…sblm ni DAIS ada UBS a/c…tp setahu aku dh xbnyk company gna UBS ni..so UBS dh di gantikan dgn MYOB…tp pelajar ttp di galakkn blaja ubs ni…tp blaja sendiri la…MYOB ni cam ubs gak…xbnyk bezanya…klu kta pikir blk pelajar yg amik accounting diorang hnya blaja teori sja…xbnyk subjek diorng yg mggunakan sistem…DAIS adlh program y mmpunyai teori ttg a/c dan jg sistem…zaman sekrg ni serba serbi maju..xbnyk cmpny yg gna traditional method instead using modern method… cntohnya proses filing document. Cuba korag usha2 web DAIS UiTM. Nk citer sni pnjang beb.. k slamt mencari.

  33. Cg Narzuki Says:

    Amir Dais,

    Maklumat2 tersebut amat dialu-alukan. Terima kasih.

  34. ela Says:

    ooooooooo…cmtu pla…tanx cg k!!!
    sy pk yg mana better la k..
    tanx
    tanx gk to amir k….

  35. ashikin Says:

    salam cg..sy nk tnye ape course lain selain perakaunan yg bleh sy ambl..sy adlh pljr matrikulasi..tQ

  36. Cg Narzuki Says:

    Ashikin,

    Banyak lagi course yang boleh diambil selain perakaunan, asalkan keputusan anda memenuhi syarat2 kemasukan yang ditetapkan oleh IPT2 berkenaan. Antaranya Perbankkan, Kewangan, Pengurusan, Kewangan dan lain2 lagi bergantung kepada kelayakan anda.

    Maklumat yang lebih TEPAT, boleh diperolehi melalui Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Kaunseling dan Kerjaya di Pusat Matrikulasi anda.

  37. adik Says:

    salam cikgu,
    1) boleh tak tolong terangkan sikit mengenai perbezaan
    cabang2 perakaunan seperti yang ditawarkan di ipta??
    seperti :
    Perakaunan dan kepujian,akauntansi,kewangan dan
    perbankan,sistem maklumat perakaunan,perbankan
    dan ekonomi islam ,pengurusan risiko (kot..)
    dan banyak lagi..semua tu termasuk dalam bidang
    akaun ke?
    2) apa contoh bidang kerjaya akauntan yang terselamat
    dari perkara2 yang dilarang islam seperti riba dan
    sebagainya??
    3) apakah 9 subjek yg perlu dilengkapi untuk kelayakan
    CAT??
    4) bolehkah nak ambil bidang perakaunan kalau tak ambil
    matematik tambahan?
    Terima kasih..

  38. amir_dais Says:

    salam,
    sy adlh slh seorng pelajar DAIS Uitm
    sedikit penerangan ttg DAIS (Dip. Accounting Information System) ni…
    course ni lom ada lg degree di UiTM…
    tp bg pljr dip y nk smbg degree UUM ada tawarkan course ni..Perakaunan Sistem Maklumat..
    bg pelajar dip.mereka akn menjalani latihan praktikal (6bln)
    semasa sem 5..(sem6 kne blik u…huhuhu)..skrg nih pun sy tgh prktkl.
    dalam kos ni pelajar akn belajar ttg segala teori acc..dr basic smpailah company a/c n group a/c..so pd sesiapa xda basic a/c xda bnyak mslh la.blaja pelan2..spt yg di jelaskn sblm ni pelajar akn mggnakan bebrapa sistem a/c spt MYOB n UBS..yg bestnya(pd sy la) pelajar akn dilatih programming mcm2 jenis sistem mggnakan bhsa2 programming lah..eg: SQL(Second Query Language) n VB (Visual basic)…lebih kurang sains comp la..so pd lepasan2 spm yg mnt sains comp. n dlm msa yg sama mnt a/c leh try usha2 psl course ni…tp psl degree AIS kt UUM tu sy xda pape maklumat…insya-Allah sy cba cr…

  39. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih, di atas maklumat berguna yang disampaikan. Semoga ianya dapat menambahkan pengetahuan tentang Dip. AIS kepada pelajar2 akaun dan juga pelajar lepasan SPM dalam pemilihan kursus yang ditawarkan.

  40. Fikri Says:

    Cg,
    saya adalah lepasan SPM 2008 yg memperolehi keputusan 7A. Saya mndapat 1A dlm Prinsip Perakaunan dan Matematik srta 4B dlm Matematik Tambahan. Rasa-rasanya, adakah saya brpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Uni. Sains Islam Malaysia (Tamhidi Perakaunan).

    Sebenarnya, saya masih ragu2 akan program Asasi Ekonomi di UIA (pilihan kedua dlm UPU selepas tamhidi akaun di USIM). Adakah saya boleh mengambil ijazah perakaunan selepas tamat program asasi tersebut?

  41. Cg Narzuki Says:

    Fikri,

    Tahniah Cg ucapkan. Keputusan anda memang layak dan memenuhi syarat2 minimum kelayakan. Berjaya atau tidak bergantung kepada kekosongan tempat, pesaingan dan rezeki anda. Cg doakan semoga anda berjaya.

    Daripada lawatan Cg ke laman web Asasi UIA, didapati
    Lulusan Program Asasi Ekonomi pula boleh memilih untuk mengikuti pengajian;
    1. Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), atau
    2. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) atau
    3. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian)

  42. Cg Narzuki Says:

    IPTA SEDIA TERIMA 41,000 LULUSAN SPM
    Oleh Hussain Said

    SEREMBAN: Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menawarkan 41,000 tempat untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya mengikuti program diploma serta persediaan bagi sesi akademik 2009/2010.

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung, berkata mereka perlu bijak memilih kursus dan tempat pengajian sesuai dengan kelulusan bagi mengelak gagal mendapat tempat.

    “Mungkin pelajar yang mencapai keputusan cemerlang risikonya tidak begitu tinggi, tetapi bagi mereka yang mendapat keputusan baik, amat penting memilih universiti dan kursus yang tepat berdasarkan keputusan”, katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Legenda Education Group dan Thompson Rivers University di Kolej Legenda, Mantin dekat sini, semalam.

    Hou berkata, seperti tahun sebelumnya, kementerian menjangka menerima permohonan melebihi tawaran, tetapi hanya menawarkan tempat berdasarkan kelayakan akademik dan membuat penilaian menggunakan prinsip meritokrasi.

    “Pelaksanaan dasar meritokrasi mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum berdasarkan sistem pemarkahan dibekalkan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran,” katanya.

    Katanya, kerajaan sedar jumlah permohonan untuk program diploma serta persediaan itu tinggi daripada tempat disediakan dan cuba menambah lebih banyak peluang setiap tahun.

    Sumber : Berita Harian Online 14 Mac 2009

  43. keliru Says:

    sy pelajar lepasan spm 2008. sy mendapat 1A BM,1A BI,2A P.Islam,1A Sejarah,1A Mats,2A english for science & technology,4B kimia..tapi malangnya sy hanya mendapat 5C fizik,6C biologi & 6C additional maths.. pada pandangan cg apakah program diploma/asasi yg sepatutnya sy ambil..sy lebih berminat program-program berkaitan sains..dan amat berminat dengan asasi sains hayat,tapi tak layak..saya nak apply diploma/asasi tesl takut tak lulus ujian..apakah peluang saya kalau sy mohon asasi sains hayat di UIAM??dan adakah saya akan ditawarkan untuk belajar di matrikulasi dalam jurusan sains hayat??bagaimana pula dengan diploma teknologi makmal perubatan,radiografi,fisiologi,dan pengimejan perubatan…..saya benar-benar keliru…dan amat perlukan nasihat dan bimbingan segera memandangkan permohonan upu fasa2 hanya 11hari sahaja..tolonglah sya cg…..

  44. Cg Narzuki Says:

    Keliru,

    Maafkan Cg, kerana tidak dapat menjawab persoalan tersebut kerana diluar pengetahuan dan keupayaan dalam menentukan anda dapat atau tidak dalam pilihan yang dibuat. Namun, Cg nasihat anda layari Blog Sifu2b dan baca komen2 yang telah diberikan bagi mendapatkan gambaran, panduan dan maklumat yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat pilihan tersebut.

  45. balqis Says:

    kos electrical enggenering susah ker???
    saya suka berkaitan dengan kira2 dan juga yang berkaitan dengan sbjek bio.
    saya dapat b3(addmath,fzk,) b4(bio,km)
    bidang apakah yang sesuai untuk saya….

  46. Cg Narzuki Says:

    Balqis,

    Maaf kerana Cg kurang arif tentang perkara tersebut, sila layari blog sahabat Cg di Blog Sifu Anda Menulis untuk mendapatkan maklumat, komen dan pandangan daripada beliau.

  47. asraf Says:

    Salam,
    Saya adalah pelajar lepasan kolej komuniti yang mengambil dalam bidang sijil perkomputeran..Saya juga telah bekerja dengan kerajaan sebagai juruteknik komputer…Masalah saya sekarang,saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pjj diploma di politeknik.Adakah saya boleh memohon diploma politeknik sedangkan saya bekas pelajar kolej komuniti?Atau ada opsyen kursus-kursus lain,pjj ditempat lain yang mengenakan kos bayaran pembelajaran yang murah?

  48. Cg Narzuki Says:

    Asraf,

    Maaf, pertanyaan anda diluar pengetahuan Cg.

  49. balqis Says:

    cg narzuki,
    kenapa ek sifu tak balas2 komen??busy ker?

  50. balqis Says:

    tarikh ttp upu dah dekat nie..saya masih komfius lg nie…help me!!!

  51. amira Says:

    apakah kelayakan yg sesuai untuk mgmbil jurusan undang2?
    sy lepasan spm 08??

  52. Cg Narzuki Says:

    Balqis,

    Mungkin Sifu2b sibuk atau kurang sihat, jadi tidak sempat untuk membalas komen2 yang dikemukakan. Walau bagaimanapun sila baca komen2 beliau yang sebelumnya untuk dijadikan panduan. Sebenarnya banyak faktor yang menentukan bidang yang sesuai dengan seseorang seperti minat, kelayakan, kemampuan, kewangan dan sebagainya. Kadang2 kita rasakan sesuatu bidang itu tidak sesuai tetapi selepas kita menceburinya, baru kita sedar bahawa bidang tersebut sangat sesuai bagi kita.

    Amira,

    Bagi mengetahui syarat2 kelayakan bagi sesuatu jurusan sila layari laman IPT yang menawarkannya ataupun laman MOHE kerana setiap IPT mempunyai syarat2 kelayakan masing2.

  53. balqis Says:

    thanz cikgu…betol jugak kata2 sifu tu…minat boleh dipupuk kan…hahahaha..tapi saya still tunggu komen sifu tu…hehe.. sabar sebahagian drpd iman…TQ

  54. amira Says:

    sekadar pendapat cikgu…adakah jurusan undang2 mendapat kerjaya mudah pada masa hadapan?

  55. Cg Narzuki Says:

    Amira,

    Pada pandangan Cg, jurusan apa sekalipun jika mendapat keputusan CEMERLANG peluang kerjaya terbuka luas untuk anda di masa hadapan, Insya-Allah.

  56. nurul Says:

    sekadar pndgn cikgu,kejuruteraan sperti k.kimia,k.elektrik, k.mekanikal.k.kaji logam sesuai ker untuk perempuan??
    ker skrang nie mmg tak ksh pasal 2?

  57. Cg Narzuki Says:

    Nurul,

    Pada pandangan Cg, tidak menjadi masalah. Kerana sekarang ini orang perempuan macam2 kerja lelaki sudah boleh buat, termasuklah driver bas sehinggalah kepada Gabenor Bank Negara.

  58. nurul Says:

    O..yeke..terima kasih ckg bagi pendapat..saya rase pendapat ni mmg berguna n mnmbahkan lagi keyakinan saya…TQ..

  59. Fikri Says:

    Cg,

    Saya sudah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di UIAM.
    Sebelumnya, saya telah beritahu Cg bahwa saya memilih USIM sebagai pilihan pertama dan UIAM sebagai pilihan kedua dlm UPU. Tapi, kini saya benar2 ingin melanjutkan pelajaran ke UIAM…
    Perlukah saya menukar UIAM sebagai pilihan pertama dan USIM sebagai pilihan kedua??
    Adakah dgn keputusan 7A (1A Akaun, 1A Math, 4B AddMath), saya mempunyai peluang yang besar untuk mndapat tempat di Asasi Ekonomi UIAM jika saya memilihnya sebagai pilihan pertama???
    Tolong Cg, hanya tinggal 2 hari shj utk saya melakukan kemaskini dlm laman UPU…

  60. Cg Amri Says:

    kepada fikri,

    sementara menunggu cg narzuki menjawab,cg ingin memberi pendapat tentang persoalan anda.. Dengan keputusan yang agak cemerlang itu, cg rasa pilihan pertama awak utk memilih UIAM adalah tepat.. JIka ditambah dengan kecenderungan awak ke arah itu, maka cg syorkan buatlah apa yang aawak rancangkan..
    Disamping pilihan yang lebih bagus yg cg boleh syorkan ialah melalukan solat ihtikarah(pilihan) .. selalunya apa yang dihajati akan diketahui semasa solat itu.. kaedah dan perlaksanaannya bolehlah merujuk pihakberkenaan..

    Apa-apa pun yakinlah kepda diri anda sendiri…

  61. Cg Narzuki Says:

    Fikri,

    Tahniah Cg ucapan di atas keputusan yang cemerlang anda. Cg juga sependapat dengan Cg Fikri. Dan Cg doakan impian anda menjadi kenyataan.

  62. Cg Narzuki Says:

    UTM TAWAR IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN MULAI JULAI
    Oleh Basir Zahrom

    BAGI melahirkan graduan mempunyai kemahiran kendiri, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan melaksanakan program baru yang menerapkan ciri-ciri keusahawanan, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), mulai pengambilan Julai depan.

    Sehubungan itu, lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan asasi dipelawa memohon bagi mengikuti kursus yang akan dijalankan selama empat tahun ini.

    Timbalan Pendaftar Bahagian Perhubungan dan Komunikasi Korporat UTM, Nor Azizah Usmail, berkata kurikulum program berkenaan dirancang berdasarkan kerangka pendidikan perakaunan Kementerian Pengajian Tinggi.

    Beliau berkata, silibusnya juga digubal dengan mengambil kira saranan daripada pihak industri dan badan profesional perakaunan seperti Malaysian Institute of Accountants dan Association of Chartered Certified Accountants.

    “Terdapat tujuh komponen program berkenaan, antaranya perakaunan, kewangan dan pengetahuan berkaitan organisasi dan perniagaan serta teknologi maklumat.

    “Program ini dirancang untuk melahirkan graduan yang bukan saja layak sebagai akauntan yang kompeten, berketrampilan, berinovasi dan beretika, malah mempunyai kemahiran keusahawanan yang dapat melengkapkan mereka sebagai pemimpin organisasi masa depan.

    “Di samping itu, bagi memastikan pelajar yang mengikuti kursus berkenaan mendapat pendedahan dunia pekerjaan sebenar, mereka akan menjalani dan lulus latihan industri selama satu semester,” katanya kepada Berita Harian.

    Sambil menjelaskan pelajar cemerlang STPM, Matrikulasi Kementerian Pelajaran, Asasi Sains Universiti Malaya atau pemegang diploma serta yang setaraf layak untuk memohon, Nor Azizah berkata, matlamat program itu ialah untuk melahirkan graduan berupaya menawarkan perkhidmatan perakaunan, pengauditan dan percukaian.

    “Pada masa sama mereka juga mampu memberi perkhidmatan bukan berkaitan perakaunan termasuk perundingan keusahawanan.

    “Pembangunan kerjaya graduan kursus ini dapat diperluaskan kerana kemahiran keusahawanan yang disediakan berupaya menjadikan mereka ‘job creator’ kepada pasaran pekerjaan.

    “Program perakaunan yang menerapkan ciri-ciri keusahawanan ini diharapkan mampu melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran kendiri yang berkesan,” katanya.

    Nor Azizah berkata, program itu dirangka bagi memenuhi keperluan industri selain melahirkan graduan yang boleh berkerja dalam sektor swasta, antaranya sebagai bendahari, akauntan, juruaudit, perunding cukai, perunding perniagaan, insuran, pelaburan, pegawai bank dan setiausaha syarikat.

    Selain itu, graduan program terbabit juga boleh memilih untuk berkerja dalam sektor awam sebagai bendahari, akauntan, pegawai kewangan, pegawai percukaian, tentera, polis, kastam, guru dan pensyarah.

    “Maklumat mengenai kursus ini juga boleh didapati menerusi laman web Kementerian Pengajian Tinggi dan UTM atau hubungi Dr Saudah Sofian di talian 07 – 5531774/0197277416 atau Kamaruzzaman Abdul Rahim, 07 – 5535096/0169279571.

    Sumber : Berita Harian Online 25.03.2009

  63. Balqis Says:

    salam cg,
    blh tak cikgu terangkan ape itu pra-diploma????

  64. Cg Narzuki Says:

    Balqis,

    Sekiranya keputusan pelajar hanya sederhana / tidak cukup syarat untuk memohon Diploma, maka pelajar tersebut boleh memohon Pra Diploma (peringkat lebih rendah daripada diploma) di mana syarat kelayakan lebih rendah.

    Program Pra Diploma biasanya mengambil masa 1 – 2 semester sebelum ianya layak diserap ke program diploma.
    Program ini tidak sesuai untuk pelajar cemerlang.

  65. Balqis Says:

    o.k,,thankz sifu..d atas info tersebut..
    urm,satu lg soalan,ap mksud pengajian separuh masa n sepenuh masa??
    soalan tmbahan,cg tau tak mcm mane kita nk tau aliran ap di matrikulasi cthnya sn hayaat atau sains fizikal…pihak matrikulasi tentukan ker,kita yg pilih??

    cg rase dgn result sy,mcm mn peluang ke matrik??

    TQ

  66. Cg Narzuki Says:

    Balqis,

    Orang2 dewasa yang telah bekerja dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi biasa mengambil pengajin separuh masa, di mana mereka akan menghadiri kuliah / toturial pada hujung setiap minggu. Manakala, Pengajian sepenuh masa sebagaimana pelajar2 yang sedang berada di IPT, di mana pelajar2 menghadiri kuliah / toturial sepanjang minggu … pagi, petang dan juga malam.

    Biasanya pelajar boleh pilih aliran yang ditawarkan, tetapi pihak matrikulasi yang akan menentukan aliran mana akan ditawarkan kepada pelajar.

    Berdasarkan keputusan tersebut, InsyaAllah dapat ke matrik. Sentiasalah berdoa ke hadrat Illahi, semoga apa yang dicita-cita dan dihajati akan tercapai. Amin.

  67. Balqis Says:

    aminn,,stakat nie mmg sy harap blh matrik sangat,,:(

    urm,cg,,kwn saye de tanye pasal check semula result spm..
    pernah dibuat orang tak ek??bkn pe,kami mmg terkejut bsr dpt gnie coz target tggi sgt…frust…tapi nie sume mgkin ujian drNya..

    juzz nak tanye cg la,,pernah dibuat org tak??klu pg check,result tu akan naek ker or turun or still jah??

  68. Cg Narzuki Says:

    Balqis,

    Biasanya pelajar semak semula 1 @ 2 subjek saja.. taklah semua subjek di semak semula. Bila semak semula keputusannya mungkin Naik, Tetap Sama atau Turun bergantung kepada skrip jawapan pelajar.

  69. Balqis Says:

    salam cg,

    minta maaf sbb byk tanye nih,urmm,macam mane pihak matrikulasi tentukan samaada kita layak ke program PST or PDT??
    result macam mane yg layak atau digolongkan untuk ke program PST n PDT??

    TQ

  70. Cg Narzuki Says:

    Balqis,

    Pihak Matrikulasi akan menawarkan Program satu tahun (PST) hanya kepada pelajar yang mempunyai MERIT yang baik.

  71. Fikri Says:

    Cg,

    adakah program Matrikulasi Perakaunan hanya menawarkan PST??

  72. Cg Narzuki Says:

    Fikri,

    Kedua2 bidang sains dan perakaunan ada menawarkan PST dan PSD. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari Laman Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan berikut.

  73. Balqis Says:

    adakah sijil komputer diperlukan untuk memohon kerja pd mase akan datang??

  74. Cg Narzuki Says:

    Balqis,

    Pada masa hadapan, kemahiran menggunakan komputer adalah suatu perkara asas yang wajib diketahui oleh semua, jadi isu ada / tiada sijil komputer sudah tidak timbul lagi.

  75. fara Says:

    cikgu,sy amat perlukan pandangan cikgu..
    sy rasa mcm tak layak ke matrik tp juz tu je harapan saya..
    kalau sy tak dapat ke matrik utk sains hayat,boleh tak sy nak tukar ke matrikulasi perakaunan..
    ni result sy..
    BM,SC,EST,EKONOMI,PERDA,AG,TI,SEJ=A1
    bio,akaun=A2
    BI,MATH,CHEM=B3
    PHY=B4
    ADMATH=C6

  76. Cg Narzuki Says:

    Fara,

    Keputusan tersebut sudah layak dan memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan, selebihnya terserah pada rezeki Fara. Cg menasihatkan agar perbanyakkan berdoa, berselawat dan solat hajat, semoga hajat Fara dimakbulkan oleh Yang Maha Pemurah. Amin.

    Berkaitan pertukaran jurusan Cg tak pasti, kalau tak silap ianya tidak dibenarkan.

  77. Cg Narzuki Says:

    PENENTUAN KURSUS

    Lepasan SPM, STPM perlu pilih program pengajian tinggi ikut minat dan kemampuan

    SETELAH menerima keputusan minggu lalu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kini mula memuktamadkan pemilihan kursus dan institusi pengajian tinggi (IPT) sesuai, yang bakal menentukan hala tuju kerjaya mereka apabila tamat pengajian kelak.

    Bagi lepasan SPM, hanya tinggal seminggu lagi bagi mereka mengesahkan permohonan lapan pilihan program pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi.

    Tidak terkecuali bagi mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian ke kolej atau universiti swasta, juga perlu bijak merangka strategi bagi mengelakkan mereka ‘berputih mata’ apabila gagal mendapat akses ke pengajian tinggi.

    Jika mendapat keputusan baik atau cemerlang seperti yang diharapkan, tidak mustahil bagi pelajar memilih kursus pengajian kompetitif yang diidamkan.

    Namun, jika keputusan sebaliknya, maka pilihan kursus pengajian perlu sesuai dengan pencapaian diperoleh kerana persaingan memasuki IPTA khususnya kini semakin sengit terutama dalam bidang profesional termasuk perubatan, farmasi, perakaunan dan kejuruteraan.

    Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Radin Umar, berkata analisis data permohonan ke IPTA sebelum ini menunjukkan terdapat kecenderungan pelajar memilih program pengajian melebihi tahap kemampuan dan mensasarkan universiti perdana saja sebagai IPT pilihan.

    Beliau berkata, strategi terbaik dalam pemilihan kursus di IPT adalah bersesuaian dengan minat, kebolehan serta tahap kemampuan pelajar yang dicerminkan menerusi keputusan peperiksaan.

    Status universiti yang dipohon juga, katanya, adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan permohonan pelajar kerana syarat kelayakan minimum bagi bidang yang sama adalah berbeza di kalangan IPT.

    “Percaturan strategi permohonan tanpa mengambil kira kedua-dua faktor penting ini boleh mengakibatkan pelajar yang cemerlang sekalipun gagal dalam permohonan mereka mengikuti pengajian bidang diminati.

    “Sebagai contoh kebarangkalian bagi lepasan matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.8 dan menetapkan permohonan mengikuti pengajian perubatan di universiti baru sebagai pilihan pertama adalah lebih tinggi berbanding pemohon dengan PNGK 3.999 yang memohon kursus sama di universiti perdana.

    “Ini kerana syarat kelayakan bagi program kompetitif seperti perubatan lazimnya lebih rendah di universiti baru dan sederhana berbanding universiti perdana yang turut menerima jumlah permohonan yang amat tinggi serta kebanyakannya berkelulusan PNGK 4.0,” katanya.

    Radin berkata, kecenderungan membataskan pilihan bidang pengajian juga antara faktor yang membuatkan pelajar gagal dalam permohonan kerana enggan mengikuti bidang berkaitan sedangkan hakikatnya jurusan alternatif masih dalam skop minat pelajar sementara syarat kelayakannya pula lebih bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.

    Katanya, hal ini terbukti apabila masih ada pelajar yang menandakan tidak bagi pilihan memproses permohonan mereka kepada bidang pengajian berkaitan jika gagal mendapat kursus yang diminta.

    “Sebagai contoh, jika pelajar gagal dalam permohonan asal mengikuti kejuruteraan kimia kerana tidak mencapai tahap kelayakan ditetapkan, permohonan boleh diproses untuk jurusan berkaitan yang masih dalam skop minatnya tetapi memberi penekanan berbeza seperti kejuruteraan industri.

    “Malah, dengan mengikuti program berkaitan di politeknik terlebih dulu sebelum layak mengikuti pengkhususan program di universiti adalah satu lagi alternatif bagi mereka yang berkelayakan rendah tetapi mahu meneruskan minat dalam bidang kejuruteraan. Tetapi tempoh pengajian mereka lebih lama,” katanya.

    Justeru, beliau menasihatkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi supaya meneliti semua pilihan program pengajian yang ada serta IPT yang menawarkannya supaya pilihan dibuat berasaskan pengetahuan dan bukan sekadar ikutan.

    Guru kaunseling sekolah, pakar industri dalam bidang berkaitan, ahli akademik serta program hebahan termasuk Karnival Jom Masuk U kementerian serta pameran pendidikan, katanya, antara sumber serta saluran terbaik bagi pelajar mendapatkan bimbingan pemilihan program yang sesuai.

    “Pemilihan program pengajian di IPT ini antara keputusan penting dalam kehidupan dan perlu disesuaikan dengan kemampuan, minat dan perawakan pelajar kerana ia juga penentu masa depan kerjaya mereka.

    “Justeru biarlah asas pilihan itu adalah pengetahuan dan bukan berasaskan faktor yang tidak sewajarnya seperti mengikut pilihan kawan sedangkan calon tidak tahu langsung apa tuntutan kelayakan serta kriteria bagi membina kerjaya bersesuaian dengan program dipilih,” katanya.

    Sumber : Berita Harian Online 06/04/2009

  78. liya Says:

    mat a1
    pai a1
    sej a2
    pa a2
    bm a2
    bi b3
    fiz 5c
    bio 5c
    admatt 5c
    est 6c
    kim6c
    adekah kputusan saya ni layak ke matrik setahun@2 thn
    sbject2 sains saye dpt c..agak sedey…..

  79. Cg Narzuki Says:

    liya,

    Maaf, sistem merit yang digunakan oleh pihak matrikulasi dalam penentuan pelajar akan ditawarkan ke PST@PDT adalah diluar pengetahuan Cg. Semoga Berjaya.

  80. dee Says:

    akum cikgu..
    result spm sy p.akaun A2, LCCI gred 2, b.i A1,GCE-O gred B3..
    Saya nak tanya apa beza Diploma Perakaunan(di UiTM)dgn Diploma Sistem Maklumat Perakaunan(di UiTM) ?
    apa Pro n Cons antara kedua-dua course ni?

  81. dee Says:

    cegu,
    kwn saya..akaun dpt B3..
    tp kenapa dia dpt LCCI gred 2 ?
    bkn sepatutnya calon yg dpt A1 & A2 sj ke??

  82. bobo Says:

    cegu,
    apa itu course sistem maklumat perniagaan @ business information system(BIS)?

  83. Cg Narzuki Says:

    Dee,

    Bagi mengetahui perbezaan antara program DIA dan DAIS di UiTM, sila layari

    1. AC110 Diploma in Accountancy
    2. AC120 Diploma in Accounting of Information System

    Di mana Subjek yang diajar dan juga Peluang untuk sambung belajar ada dikemukakan.

    Dee,

    Pelajar yang dapat gred LCCI tidak semestinya PA dapat 1A dan 2A sahaja. Dalam penentuan gred LCCI ada kretiria2 tertentu yang digunakan, calon PA 1A ada juga yang mendapat gred LCCI 5.

  84. Cg Narzuki Says:

    Bobo,

    Sila layari pautan dibawah bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan Sistem Maklumat Perniagaan (sila klik).

  85. Cg Narzuki Says:

    KEMENTERIAN SEDIA KHIDMAT KAUNSELING, RUNDINGAN PROGRAM IPT

    BAHAGIAN Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan khidmat kaunseling dan rundingan kepada pelajar serta ibu bapa bagi membolehkan mereka mendapat gambaran jelas sebelum membuat keputusan memilih program sesuai ke institusi pengajian tinggi (IPT).

    Pengarahnya, Rahmah Hussain, berkata lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta Matrikulasi boleh mendapatkan khidmat rundingan sama ada secara individu atau berkumpulan.

    Perkhidmatan nilai ditambah ini kata beliau, memberi peluang golongan sasar mendapatkan maklumat serta panduan tambahan, selain membantu mereka mengira markah syarat layak kemasukan berdasarkan keputusan peperiksaan.

    Katanya, walaupun jabatan sudah menyediakan maklumat mengenainya menerusi internet dan pada Karnival Pengajian Tinggi `Jom Masuk U’ di seluruh negara, namun ibu bapa masih memerlukan khidmat rundingan bagi memastikan keputusan yang dibuat tepat.

    Katanya, masing-masing datang terus ke pejabat dengan membawa slip keputusan peperiksaan semata-mata untuk bertemu kaunselor bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai peluang pendidikan di IPT.

    Bagi memenuhi permintaan semua pihak, Rahmah berkata, lima kaunselor bertauliah termasuk beliau sendiri akan menjayakan sesi berkenaan.

    “Ada sesetengah pihak lebih selesa mengikuti sesi secara individu tetapi kekurangan pakar runding menyebabkan mereka perlu menunggu giliran dan ada kalanya rundingan dijalankan selepas waktu pejabat.

    “Kami perlu memenuhi permintaan ini kerana masing-masing ada yang datang dari jauh semata-mata untuk berjumpa pakar runding sebelum membuat keputusan yang bakal menentukan masa depan anak mereka.

    “Senario ini memberi gambaran ibu bapa sekarang prihatin mengenai pentingnya membuat keputusan tepat dalam memilih program di universiti yang sesuai bagi memastikan anak mereka dapat belajar dengan sempurna dalam memenuhi harapan memperoleh kerjaya yang dicita-citakan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Pada sesi rundingan itu juga, Rahmah berkata, pihaknya turut memberikan pandangan terutama bagi pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik dengan memilih program berbentuk kemahiran dan vokasional.

    Sejak Januari lalu hingga tarikh tutup permohonan ke institusi pengajian tinggi awam pada 23 Mac lalu jumlah pelawat yang mengunjungi laman web Kementerian hampir satu juta yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan golongan bekerja.

    Kumpulan sasar juga kata Rahmah, boleh memanfaatkan portal panduan kerjaya yang dikenali On Stop Carrier Portal yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu.

    Sumber : Berita Harian Online 13/04/2009

  86. fara Says:

    cikgu,sy nak tahu bidang kerjaya apakah yg amat diperlukan masa kini??sy keliru sama ada nak pilih bidang bioperubatan,akaun atau ekonomi..ada pendapat mengatakan malaysia kekurangan saintis untuk menjalankan R&D dalam bidang sains dan teknologi seperti bioteknologi..tp bidang ini belum diteroka sepenuhnya di malaysia..hanya agro biotech saja yg dikomersialkan..harap cikgu boleh membantu..

  87. Cg Narzuki Says:

    Fara,

    Maaf, diluar pengetahuan Cg bidang kerjaya apa yang diperlukan sekarang. Jangan difikirkan untuk masa sekarang, tetapi peluang kerjaya untuk 5 – 6 tahun akan datang, selepas tamat pengajian nanti.

    Pada pandangan Cg dalam apa bidang sekalipun jika keputusan kita CEMERLANG, maka peluang pekerjaan terbuka luas untuk kita.

  88. ateqa Says:

    salam cg..
    sy ditwrkan ke matrikulasi johor..
    yg sy tau,matrik niy pra-universiti kn..
    adakh pra-u same taraf ngn diploma di ipta?
    ktekn saya dpt ipta atau poiteknik..
    better mane yg ptt sy pilih..

  89. Cg Narzuki Says:

    Ateqa,

    Tahniah Cg ucapkan keran mendapat tawaran tersebut. Matrikulasi tidak sama taraf dengan Diploma. Masing-masing ada kebaikan dan kelemahan. Antaranya Lepasan Matrikulasi (1 / 2 tahun) boleh terus ke peringkat Ijazah tetapi sijil Matrikulasi tidak laku untuk memohon pekerjaan. Manakala Diploma terpaksa belajar 3 tahun kemudian baru sambung Ijazah tetapi Sijil Diploma laku untuk memohon pekerjaan sekiranya tidak meneruskan ke peringkan Ijazah.

    Sebagai membantu Ateqa membuat pilihan Cg cadangkan sila baca pandangan daripada Sifu2b di blog beliau : Matrikulasi atau Program Asasi atau Diploma

    Semoga ianya dapat membantu Ateqa membuat keputusan nanti.

  90. syda Says:

    asalamuailakum..
    ne result saya-
    sj,sains,ag-a1
    math,bm,pd,eko-a2
    tasawur-b3
    akaun-b4
    bi-7d
    sy amat kecewa dgn bi sy..
    adakah saya layak utk mengambil cos akaun??
    saya memilih cos akaun di udm sbg pilihan pertama..
    boleh ke sy dapat tajaan dari mara dgn result mcm ne??

  91. Cg Narzuki Says:

    syda,

    Result cemerlang, cuma bi ada masalah sikit – menyebabkan peluang anda ke IPT agak terbatas sedikit. Cuba anda mohon di IPT/IPTS yang syarat BI agak longar sedikit..

    Sekiranya anda telah mendapat tempat/tawaran dimana-mana IPT/IPTS, maka peluang untuk mendapat pinjaman tetap ada.

  92. syda Says:

    salam..cgu kwn saya ingin mjadi seorang pensyarah..
    bagaimana cara utk menjadi pensyarah n ape cos yg perlu dia ambil?

  93. Cg Narzuki Says:

    Syada,

    Apa-apa saja cos boleh jadi pensyarah, asalkan result cemerlang dan sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kemudian baru mohon jadi pensyarah di mana-mana IPTA/IPTS.

  94. balqis Says:

    salam..cg narzuki..
    alhamdulillah sy dapat matrik d pahang PST…
    um,sy igt mmg nak pg matrik ja sbb upu sy just mintak diploma ja…tp my parent takut sy tak boleh carry on n kena tendang..hehe..um,so nak tanye apa yg menyebabkan ramai org kata matrik susah???ap yg mencabar sgt tu???
    i’m so curios….hehe

    pastu,nie sekadar tanya pendapat ckgu la….ada tak pelajar yg time spm dapat 3a,4a, dapat pointer tggi d matrik…???
    sebab saya just dengar yg dapat pointer tggi tu pelajar yg time spm 8,9a………maaf tanya cam gnie,tapi at least boleh naikkan semangat sya nie…hehe

    pastu,nak tanya pendapat cg nie,,,sy x tahu nak pilih hayat or fizikal……sy minat math tapi tak minat fzk….dlm ms yg same minat bio….hehe..so,ape pendapat cg…..

    maaF banyak tanya…i hope cg can help me k…TQ

  95. syda Says:

    ok..thank cgu..

  96. Cg Narzuki Says:

    Balqis,

    Tahniah Cg ucapkan.

    Untuk mencapai yang TERBAIK, sudah tentu memerlukan sedikit PENGORBANAN. Belajar dimana-mana sekalipun jika tidak BERSUNGGUH2 semuanya akan jadi SUSAH, pencapaian hanya sekadar cukup makan ataupun akan ditendang.

    Pelajar yang cemerlang semasa SPM tidak semestinya akan mendapat pointer yang tinggi semasa di matrik, sekiranya mereka leka dengan pencapaian SPM tanpa meningkatkan USAHA untuk terus berjaya.

    Manakala pelajar yang pencapaian sederhana dalam SPM tidak semestinya akan terus sederhana, SEDAR akan kesilapan lalu, USAHA yang bersungguh2, KEAZAMAN yang tinggi, Insya-Allah pointer yang tinggi boleh dicapai.

    Program Satu Tahun, tidak dinafikan agak padat sedikit pengisiannya berbanding dengan PDT atau diploma 3 tahun. Ini kerana masa digunakan sepenuhnya untuk belajar, cuti yang pendek, tetapi hasil cukup berbaloi. 3 orang pelajar Cg SPM2006 juga telah mengikuti Matrikulasi PST, sekarang ini sedang berada di Tahun 2 dalam program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Perbankan. Tinggal 2 tahun lagi untuk menamatkan pengajian, yang akhirnya akan bergelar Siswazah. Seterusnya akan melangkah ke Alam Kerjaya.

    Sebagai renungan :
    KURSUS SETAHUN JADI PILIHAN LEPASAN SPM

    Dalam penentuan kursus, Cg petikkan kata-kata Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Radin Umar dalam Berita Harian :

    “Beliau berkata, strategi terbaik dalam pemilihan kursus di IPT adalah bersesuaian dengan minat, kebolehan serta tahap kemampuan pelajar yang dicerminkan menerusi keputusan peperiksaan.”

    Semoga ianya boleh dijadikan panduan.

    ~ Tiada Kejayaan, Tanpa Usaha ~

  97. balqis Says:

    ok…trima kasih cg….pendapat cg sedikit sebanyak menaikkan semangat saya….
    tq…may allah bles u olwez..

  98. anuar Says:

    saya mempunyai sijil dari ikm dan ingin menyambung diploma.jadi,saya nak tahu cara untuk membuat PJJ di politeknik.

  99. Cg Narzuki Says:

    Anuar,

    Maaf, diluar pengetahun Cg, sila layari laman web politeknik bagi mendapatkan maklumat tersebut.

  100. rina Says:

    askum….
    sya pljr lepsan SPM 2008. result saya biase2 je so sya apply utk msk IPS di Unisel utk bt foundation dan saya dpt twrn tu. tapi mslhnya skrang saya tak sangka dpt twran utk Matrikulasi prog utk 1 thn kat penang. happy dan tak sangka langsung. sya tak pasti mana patut sy pilih saya hrp cg dpt bantu sya sbb sy mmg nak msk unisel tu even tu Ipts tapi sya nak jga rasa msk matrik tp takut tak bleh survive………

  101. Cg Narzuki Says:

    Rina,

    Pilihan ditangan anda, pada pandangan Cg untuk belajar di IPTS tidak menjadi masalah, kita tidak mintapun kadang-kadang dia tawarkan juga. Tetapi untuk ke Matrikulasi hanya ditawarkan kepada mereka yang betul2 layak berdasarkan pencapaian SPM lepas.

    Sebagai renungan cuba baca KURSUS SETAHUN JADI PILIHAN LEPASAN SPM

    Semoga ianya dapat membantu rina.

  102. Fasri Says:

    salam cikgu,

    cikgu, saya baru je check keputusan kemasukan ke ipta , saya dapat program Diploma Perakaunan E2210 di UITM

    jadi cikgu maknenye saya akan dapat di kampus shah alam atau kampus di luar selangor ? seboleh2nya saye nak di selangor.

    saya juga ade terbaca , pelajar yg mendapat 5A ke atas dlm spm akan ditempatkan di kampus shah alam bagi diploma akaun…saya dapat 8a dlm spm jadi saya memang pasti akan mendapat kampus di shah alam ke cikgu ?
    ke camne ?

  103. Cg Narzuki Says:

    Fasri,

    Tahniah Cg ucapkan, kemungkinan anda akan ditempatkan di kampus Shah Alam berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi. Walau bagaimanapun kena tunggu surat tawaran yang akan dikeluarkan oleh UiTM nanti.

  104. Fasri Says:

    huhu terima kasih cikgu…
    hmm katakanlah kalo saya tak dapat shah alam, cikgu rase saye bole memohon ke utk ditempatkan di kampus akaun shah alam ?

  105. Cg Narzuki Says:

    PELAJAR PERLU BIJAK SESUAIKAN DIRI DI IPT
    Oleh Basir Zahrom

    RUMUSAN perbincangan meja bulat anjuran akhbar New Straits Times, baru-baru ini bersependapat pelajar perlu bersedia, tahu hak masing-masing, bertanggungjawab serta bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling jika mahu berjaya di peringkat pengajian tinggi.

    Tiga ahli panel yang membincangkan topik ‘Apa yang perlu dilakukan pelajar selepas SPM dan STPM’ di Balai Berita, berpendapat pelajar lalai pasti terganggu pelajarannya,

    Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin, berpendapat selain mendapat gred yang baik, mereka mesti aktif kegiatan luar seperti berpersatuan atau sukan, sekali gus bercampur gaul pelajar lain bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi, selain membentuk jati diri secara holistik.

    “Pendidikan di universiti berorientasikan peperiksaan, namun pelajar juga tidak boleh mengetepikan kegiatan kokurikulum kerana ia meningkatkan pengalaman,” katanya.

    Sementara itu, Naib Canselor dan Presiden Kolej Universiti Taylor’s, Prof Datuk Dr Hassan Said, pula berkata pelajar sepatutnya lebih bersedia menghadapi perubahan budaya.

    “Di sekolah, mereka terlalu bergantung kepada guru, namun di universiti mereka perlu berdikari dan bertanggungjawab.

    “Mereka juga bebas menentukan sama masa depan masing-masing, sama ada mahu berjaya atau sebaliknya. Perkara itu bergantung pada usaha dilakukan,” katanya.

    Perbincangan meja bulat anjuran New Straits Times – Learning Curve dengan kerjasama Acer Sales and Services Sdn Bhd itu dikendalikan pensyarah Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Koh Soo Ling.

    Bagi Pakar Kebudayaan, Dr Asma Abdullah, berkata hubungan sosial dan budaya dalam kampus dapat mematangkan pemikiran dan pergaulan pelajar.

    “Kebanyakan sekolah di negara ini didominasi kaum besar seperti Melayu, Cina dan India, jadi masa belajar di universiti adalah peluang terbaik untuk belajar mengenal perbezaan dan persamaan antara kaum termasuk kaum minoriti,” katanya.

    Ahli panel turut menekankan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia bijak menguruskan masa demi kecemerlangan masa depan.

    Sumber : Berita Harian Online 01/05/2009

  106. Cg Narzuki Says:

    Fasri,

    Permohonan boleh dibuat, cuma keputusannya bergantung kepada pihak UiTM, sama ada diluluskan ataupun tidak berdasarkan faktor2 tertentu seperti ada kekosongan tempat dan sebagainya. Cg doakan semoga fasri mendapat apa yang dihajati. InsyaAllah.

  107. Fasri Says:

    ok terima kasih cikgu !

    nnt bila surat tawaran dh keluar sy bgtau cg…

  108. Fikri Says:

    Cg,

    sy telah ditawarkan program diploma perakaunan di UiTM.
    Namun, sy jg turut ditawarkan ke program matrikulasi PST.
    Pada pendapat Cg, mana yg harus sy pilih memandangkan kedua-duanya mempunyai tempoh yg sama sampai berakhirnya program ijazah, iaitu 5 tahun.

  109. Cg Narzuki Says:

    Fikri,

    Cg cadangkan Fikri baca post Sifu2b dalam blog beliau : Matrikulasi atau Program Asasi atau Diploma

  110. Nurul Says:

    salam..
    ckgu, sy nk tnye pe tu dip sistem maklumat perakaunan?
    dan ape skop bidang kerjaya diploma tu?

  111. Fikri Says:

    sudah sy baca Cg,
    masalahnya UiTM menawarkan program ijazah 2 tahun kpd pemegang diplomanya. Jd, tempoh untuk mendapatkan ijazah di UiTM sama sahaja dgn matrikulasi PST + program ijazah 4 tahun.

  112. Cg Narzuki Says:

    Nurul,

    Sila rujuk program DIS di UiTM DISINI.

    Fikri,

    Oh ya ke, nampaknya UiTM telah mengambil inisiatif untuk menarik para pelajar lepasan SPM mengikuti program Diploma di UiTM. Kalau begitu ianya suatu tawaran yang boleh dipertimbangkan.

    Dalam membuat pilihan Cg cadangkan fikri senaraikan sebanyak mungkin apakah kelebihan dan kelemahan antara kedua2 program tersebut seperti suasana belajar, kewangan, dan sebagainya (dengan mengambilkira pandangan ibu bapa dan keluarga). Dan akhir sekali dirikan solat istikharah dan berdoa agar mendapat petunjuk dari Yang Maha Mengetahui.

  113. Murcielago Says:

    salam cgu narzuki
    skrg sy dlm dilema….
    sy de tawarn belaja diploma sistem maklumat perakaunan dan juga diterima masuk form 6
    klu cgu jd sy,mana satu cgu akn pilih?
    buat pengetauan cgu,sy org OKU dan spm sy lak 3a=math,add math dan sains,4b=perdagangn,bm,bi,sejarah,5c=agama islam.
    well…
    i am quite interested in ACCA

  114. Cg Narzuki Says:

    Murcielago,

    Sekiranya anda bercita-cita menjadikan perakaunan sebagai bidang kerjaya anda, maka pada pandangan Cg, pemilihan Dip. Sistem Maklumat Perakaunan lebih baik kerana lepasan Diploma tersebut berpeluang meneruskan pengajiannya sama ada dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ataupun Ijazah Sarjana Muda Sis Maklumat Perakaunan.

    Jangan jadikan “OKU” sebagai alasan untuk anda tidak boleh berjaya, kerana telah terbukti sebelum ini terdapat OKU yang mencapai kejayaan yang cemerlang. Semoga Berjaya.

  115. Murcielago Says:

    thx ya,cgu narzuki
    diploma tu my first choice lolx
    thx for advice
    i will work hard k
    =0
    wanna show bahawa OKU is da best!

    from Murcielago
    assalamulaikum!

  116. Fasri Says:

    salam , cikgu sy ditawarkan di kampus di uitm shah alam , utk diploma perakaunan.
    ini mesti hasil berkat doa cikgu,sbb tu dapat ^_^

    saya dapat yg program diploma “fast track”. apa pendapat cikgu tentang ‘fast track’ ini ?

  117. Cg Narzuki Says:

    Fasri,

    Alhamdulillah, Cg tak tahu secara detail tentang program tersebut, tetapi Cg percaya ianya satu program yang sangat baik bagi pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi dalam jangka masa yang lebih singkat. Manfaatkan peluang yang diperolehi dengan sebaik mungkin, Cg doakan semoga Fasri akan terus berjaya.

  118. scha Says:

    cikgu,pd pndpt ckgu,elok x lau sya masuk form 6?

  119. Cg Narzuki Says:

    Scha,

    Belajar dimana sahaja semua elok, asalkan kita tahu apa yang kita mahu capai, apakah perancangan masa depan kita, kemanakah hala tuju kita. Berikut adalah petikan daripada artikel yang Cg temui berkaitan dengan Kelebihan Pendidikan Tingkatan Enam, TETAPI ini bukan bermaksud Cg menafikan kelebihan2 mengikuti program matrikulasi atau diploma. Hanya sekadar renungan kepada pelajar2 yang akan mengikuti pengajian di Tingkatan 6 pada 11 Mei nanti. Teruskan berusaha demi masa depan anda.

    KELEBIHAN PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM

    Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.

    Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.

    Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.

  120. mira Says:

    cikgu,saya telah dtawarkan untuk asasi sains di UiTM dan mendapat tawaran biasiswa JPA untuk program Foundation perubatan di IPTS. Kini, saya berada dalam dilema sama ada untuk memilih tawaran JPA atau UPU. Jika saya memilih tawaran JPA di IPTS boleh x saya melanjutkan pelajaran di ipta bagi ijazah perubatan setelah tamat Foundation di ipts?

  121. Cg Narzuki Says:

    Mira,

    Tahniah Cg ucapkan. Jika mahukan jawapan yang tepat adalah lebih baik mira hubungi IPTS tersebut untuk bertanyakan peluang2 untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat program tersebut.

  122. FARHAN Says:

    Cikgu sy nak tanya, saya dpt tawaran ke UITM, program DIPLOMA PERAKAUNAN ( AC110 ) dan ditempatkan kat kampus shah alam..saya x pasti saya dpt program fast track atau diploma 3 tahun yg biasa sebab sy bukan lepasan spm2008 tp 2007..result saya 7a1.. sy dah call mcm2 bahagian di UITM dan ada yg kata sy dpt fast track dan ada jg yg kata sy dpt diploma biasa je..sy btul2 keliru..banyak yg bagitahu kalau ditempatkan kat kampus shah alam maknanya fast track tapi ada jgk yg bagitahu bukan fast track..PLZ……..tolong sy yg semakin kusut ni..

  123. Cg Narzuki Says:

    Farhan,

    Jikalau UiTM sendiri tak pasti, Cg lagilah tak tahu apa nak kata. Cuma nasihat Cg bawa bertenang, banyakkan berselawat. Dirikan solat istikharah semoga diberikan petunjuk dalam membuat pilihan yang tepat. Cg doakan semoga tawaran yang farhan terima itu adalah program fast track memandangkan keputusan SPM cemerlang yang diperolehi dan ditempatkan dikampus shah alam.

  124. FARHAN Says:

    Terima kasih atas nasihat cikgu..
    Sy ada satu lagi pertanyaan, sebelum tawaran ke Uitm tu, saya ada terfikir utk belajar di SEGI COLLEGE- FOUNDATION IN COMMERCE dan UNITAR-FOUNDATION IN BUSINESS ADMIN.. Pd pndgn ckgu,yg mana satu lbih menjamin masa dpn kerana jika sy memilih dua ipts tu,maybe sy dpt menjimatkan tempoh sy blaja utk smbg degree memandangkan sy telah terlewat satu tahun daripada rkn2 seusia saya..tp pada masa yg sama kalau sy dpt fast track di uitm pun bagus juga kerana Uitm adalah ipta dan sudah tentu lebih diiktiraf oleh kerajaan dan pasaran kerja,tmbhn pula kalau fast track, sy dpt juga jimatkan masa blaja utk smbg degree..family saya mengalakkan sy trima twaran uitm kerana lebih terjamin kata mereka..kebimbangan sy cuma kalau sy bukan mendapat fast track sebaliknya diploma 3 tahun yg biasa.pd pndgn ckgu bagaimana??tlg la bg jwpn sejujurnya ye cikgu…

  125. Cg Narzuki Says:

    Farhan,

    Baiklah, pandangan Cg adalah sama dengan pandangan keluarga Farhan. Pandangan dan doa restu kedua ibu bapa adalah amat penting dalam kita mengejar kejayaan dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat.

  126. Fasri Says:

    salam cikgu,
    cikgu apakah jenis persedian yg perlu saye lakukan sebelum memasuki program fast track uitm pd 26jun ini ?
    perlukah saye mempelajari kembali serba sedikit tentang subjek perakaunan form 4 dan 5 ?
    ape lagi jenis persediaan yg perlu saye lakukan lagi ye cikgu ?

  127. Cg Narzuki Says:

    Fasri,

    Cg kemukakan aktikel berikut yang dipetik daripada Blog Fitri Shukri’s Main Terminal
    sebagai panduan persediaan Fasri di IPT nanti.

    PANDUAN MEMULAKAN PENGAJIAN DI IPT

    Selamat datang ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Perkara pertama yang anda harus sedar ialah pengajian di sini tidak sama dengan belajar di bangku sekolah dahulu. Ramai pelajar yang cemerlang di bangku sekolah dahulu kemudiannyamendapat keputusan yang mengecewakan di IPT. Begitu sebaliknya, ramai pelajar yang sekadar cukup makan keputusannya untuk masuk IPT, tetapi berubah dan menamatkan pengajian dengan cemerlang di IPT. Sebagai permulaan, anda harus tahu akan cabaran dan realiti belajar di IPT :

    1. Sistem semester yang diamalkan bermaksud anda akan dinilaikan sepanjang pangajian, dan bukannya pada bulan terakhir di tahun terakhir pengajian. Penilain prestasi akademik pula ialah gabungan keputusan ujian dan peperiksaan, kerja kursus, praktikal dan penglibatan di dalam kelas atau makmal sepanjang tahun.

    2. Pensyarah yang mengajar anda jugalah yang akan menilai prestasi anda. Oleh itu anda harus bijak memanfaatkan kepakaran yang ada pada mereka.

    3. Kehidupan yang lebih bebas di IPT memerlukan anda mampu mengurus dan mendisiplinkan diri. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda hanyut dan leka sehingga mengakibatkan banyak kesan negatif pada akademik dan diri anda.

    Oleh itu, adalah penting anda memulakan pengajian di IPT dengan melakukan perkara berikut :

    BERTANGGUNGJAWAB PADA DIRI SENDIRI
    Sedar bahawa berjaya atau gagal anda di IPT bergantung kepada tindak-tanduk diri anda. Sama ada anda masuk ke IPT hasil dari keputusan yang cemerlang, atau dipaksa membuat kursus yang bukan pilihan pertama, kini anda harus berhenti menyalahkan orang lain dan mula berfikiran secara positif terhadap pengajian baru anda.

    LETAK MATLAMAT YANG TINGGI DARI AWAL LAGI
    Ramai pelajar malas belajar bukan kerana mereka pemalas pada asalnya, tetapi kerana mereka sudah berputus asa dan tidak jelas halatuju yang perlu dibawa oleh diri. Oleh itu, cabar diri anda. Letak matlamat untuk mendapat keputusan antara nilai 3.5 hingga 4.0 dalam peperiksaan setiap semester agar anda akan lebih bersemangat untuk belajar, walau sesukar mana sekalipun.

    BUAT PERSEDIAAN AWAL SEBELUM BELAJAR
    Banyak kandungan yang anda akan belajar merupakan perkara baru yang kompleks. Jadi untuk memudahkan anda faham pengajaran oleh pensyarah dan mendahului pelajar lain, buatlah persediaan awal sebelum belajar topik berkenaan di dalam dewan kuliah atau makmal. Sekurang-kurangnya, baca dahulu sekali imbas kandungan yang bakal anda belajar dalam kelas pada esok harinya.

    HADIR DAN FOKUS 100% SEMASA BELAJAR DI DALAM KULIAH ATAU MAKMAL
    Sama ada kehadiran diwajibkan atau tidak, dan sama ada penyarah anda mengambil nama kehadiran atau tidak, anda harus berasa senang untuk menghadiri kelas. Ya, mesti rasa rugi besar sekiranya terlepas kelas. Dan yang paling penting, alang-alang sudah berada di dalam kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kerana bukan mudah untuk meminta pensyarah mengulangi apa yang telah diajarkan oleh beliau.

    MULAKAN TUGASAN DAN PROJEK SEAWAL YANG MUNGKIN
    Ramai pelajar tertipu dengan tempoh ‘lama’ yang diberikan oleh pensyarah untuk menyiapkan tugasan. Mereka leka dan hanya gelabah di saat-saat akhir. Kesannya tugasan tidak disiapkan dengan sempurna dan mencacatkan keputusan yang menyedihkan pada penghujung semester. Oleh itu ingat, bermula dari awal banyak faedahnya.

    ULANGKAJI SECARA BERTERUSAN UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR
    Anda tidak perlu menjadi ulat buku, tetapi mestilah membuat ulangkaji secara berterusan sebagai persediaan terbaik untuk peperiksaan. Ramai pelajar menunggu hingga ke minggu atau hari terakhir baru hendak memulakan ulangkaji. Disebabkan itu, ramai yang mendapat tekanan emosi yang tinggi dan berkelakuan aneh hingga menjejaskan bukan sahaja peperiksaannya, tetapi mengganggu rakan-rakan lain.

    Kesimpulannya, jangan mudah berpuas hati dengan kedudukan anda sekarang. Ingat, pengalaman dan prestasi anda di IPT akan menjadi bekalan untuk membina kerjaya yang cemerlang di masa hadapan kelak. Oleh itu, rebutlah segala peluang yang tersedia dan terus berusaha, berusaha dan berusaha tanpa berputus asa. Berdoa kepada Tuhan untuk memohon keberkatanNya. Oh ya! jangan lupa juga untuk aktif dalam pelbagai aktiviti pelajar yang disediakan. Selamat maju jaya and please have fun along the way!

    Disediakan oleh MOHAMMAD FITRI MOHD SHUKRI, Fasilitator di Learning Leadership, Kota Damansara, Selangor.

  128. Fasri Says:

    terima kasih cikgu ! saye sedang membaca ape yg cikgu tulis tu ni…

  129. Fasri Says:

    wokeh saye dah habis baca cikgu…terima kasih lg skali..semua nasihat tu sangat berguna bagi saye…

    cikgu rase perlu ke saye lihat balik buku p. akaun form 4 dan 5 ? sbb saye mmg dah ade beberape benda yg dah lupa tentang perakaunan ni…jika saye perlu lihat semula topik ape yg ckgu rase perlu saye lihat semula ye ?

  130. Cg Narzuki Says:

    Fasri,

    Sangatlah baik jika dilihat semula / ulangkaji apa yang telah anda pelajari dahulu, kerana pada peringkat awal di IPT nanti topik2 yang sama akan dipelajari cuma dengan sedikit penambahan. Nasihat Cg, sila bawa nota2 semasa tingkatan 4 & 5 bagi memudahkan anda buat ulangkaji/rujukan jika diperlukan nanti.

  131. Cg Narzuki Says:

    KE MANA SELEPAS SPM?
    Oleh MOHD. FARID MD ALIAS
    fikrah remaja@yahoo.com

    ALHAMDULILLAH penantian terhadap pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telahpun berakhir, dan kini kalangan remaja lepasan peperiksaan tersebut sudahpun mengetahui keputusan peperiksaan masing-masing.

    Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan kepada mereka. Kejayaan anda pastinya turut menjadi kebanggaan keluarga. Anak yang dididik, diasuh kini menjadi harapan keluarga untuk terus berjaya dan menjadi insan yang berbakti.

    Kita juga amat berasa berbangga kerana terdapat adik-adik kita yang mencatatkan kejayaan yang amat luar biasa, umpamanya Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang berjaya mendapat 19 A1 dan 1 A2. Kejayaan beliau merupakan inspirasi untuk kita mencapai kecemerlangan mengatasi kekurangan yang ada. Tahniah kepada beliau.

    Bagi yang kurang berjaya pula, jadikanlah kehidupan pasca SPM ini sebagai lembaran baru ke arah mencipta kejayaan baru dalam bidang yang bakal diceburi. Masih tersedia pelbagai peluang melanjutkan pelajaran yang bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki.

    Pemilihan Kursus Pengajian

    Kini tibalah masanya untuk para lepasan SPM dan STPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Perbincangan kali ini memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

    Objektif akhir kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa.

    Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.

    Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

    Terdapat pelbagai sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah serta sumber-sumber yang lain.

    Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus yang ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains kemanusiaan atau sebagainya? Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

    Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut terkait pada aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

    Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

    Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

    Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja kelak. Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

    Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

    Pemilihan Tempat Pengajian

    Persoalan keduanya, institusi apakah yang menawarkan kursus yang berkaitan? Di dalam negara atau di luar negara? Kolej atau universiti? Kemudiannya, adakah kelayakan minimum untuk memohon kursus tersebut bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki?

    Faktor suasana tempat pengajian perlu turut diambil kira memandangkan ia akan turut mempengaruhi prestasi pembelajaran kita. Adakah suasana tempat pengajian bersifat kondusif serta mempunyai kemudahan secukupnya atau tidak?

    Bagaimana pula dengan corak budaya kehidupan kampus, sistem sokongan, persatuan pelajarnya, dan lain-lain lagi. Semestinya pelajar tidak akan dapat mengenali sepenuhnya persekitaran bakal kampus melainkan setelah menjadi pelajar kampus tersebut kelak.

    Namun gambaran awal yang diperoleh dapat membantu pelajar dalam mempertimbangkan kesesuaian tempat pengajian tersebut. Ataupun seandainya pelajar telah bertekad memilih tempat pengajian tersebut, sekurang-kurangnya pelajar dapat bersedia dari segi mental untuk menghadapi serta mengadaptasi suasana baru kelak.

    Faktor Kewangan

    Sesuatu kursus yang ingin diikuti itu tentunya berserta kadar yuran tertentu yang perlu dibayar. Di samping itu, terdapat juga kos sara hidup sebagai seorang pelajar, kos alat perkakasan serta buku dan sebagainya.

    Justeru, faktor kewangan juga merupakan satu aspek penting dalam proses pemilihan kursus pengajian. Persoalan tentang sejauh mana kemampuan pelajar dan keluarga untuk menanggung kos pengajian perlu dikaji serta dicari penyelesaiannya.

    Yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mungkin jauh lebih murah berbanding di institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Kos pengajian di luar negara tentunya lebih tinggi berbanding di dalam negara.

    Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dapat membantu memberi pinjaman pendidikan kepada mereka yang layak. Namun adakah pinjaman yang disediakan mencukupi untuk menanggung kos pengajian keseluruhannya?

    Alternatif lain adalah dengan memohon penajaan atau biasiswa daripada mana-mana badan berkanun atau syarikat swasta untuk menaja program pengajian yang bakal diikuti.

    Namun keutamaan biasanya diberikan kepada mereka yang cemerlang dalam SPM serta aktif dalam kegiatan kokurikulum.

    Walaubagaimanapun, terdapat juga tawaran biasiswa yang bakal dibuka setelah pelajar memasuki semester kedua tahun pertama. Pemilihan calon yang layak ketika ini pula berdasarkan kepada keputusan cemerlang yang diperoleh bagi semester pertama.

    Akhir Kata

    Dalam pada pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di duni ini dan juga di akhirat kelak.

    Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam.
    Umat Islam masa kini sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai khaira ummah. Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi

    Keputusan perlu tepat dan bersesuaian ….. nurabadi..

    Sumber : http://aspirasidiri.blogspot.com/2009/03/langkah-selepas-spm.html

  132. abe Says:

    Cg mau tanya sikt la…..mane lagi baik dari segi kualiti diploma kat IPT ke….KKTM ke….POLITEKNIK ???

  133. Cg Narzuki Says:

    Abe,

    Pada pandangan Cg, kualiti diploma sama saja, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Jadi Cg tidak dapat nyatakan mana yang lebih berkualiti. Maaf.

  134. FARHAN Says:

    Cikgu,saya dah call pihak uitm dan mereka bagitahu yg saya memang mendapat program fast track akaun tu..cuma yg merisaukan saya skrg ialah apa yg saya tahu,mereka yg mendapat fast track ni kebanyakannya adalah ex -student mrsm dan mereka di bawah skim pelajar cemerlang, jadi bagi saya yg bkn ex-mrsm ni dari mana sy ingin dptkan bantuan kewangan? adakh saya boleh mohon pinjaman mara atau JPA?? atau saya juga boleh mohon ptptn ?

  135. Fasri Says:

    yo farhan aku pun dpt fast track akaun gak kt uitm puncak perdana …nnt bole jumpe siot ^_^

    aku pun bukan bdak mrsm gak…

  136. Cg Narzuki Says:

    Farhan & Fasri,

    Tahniah Cg ucapkan kerana mendapat tawaran tersebut. Betul seperti kata Fasri, sebenar ramai juga pelajar bukan ex-mrsm ditawarkan program tersebut. Tak perlu dirisaukan soal pinjaman, biasanya semasa lapor diri nanti akan diuruskan/dimaklumkan perkara berkaitan permohonan pinjaman sama ada MARA ataupun PTPTN, InsyaAllah anda berdua akan dapat salah satu.

  137. abe Says:

    Bukan ape cikgu….mak saya pun cikgu jugak,mak saya kata syrikat sekarang memerlukan seseorang yang boleh buat keje.Contohnya jika seseorang itu mempunyai ijazah dan sorang lagi hanya ada diploma ingin berkerja di sesebuah syrikat,yang ada ijazah tidak boleh buat keje manakala yang diploma boleh buat keja,tak guna jugak belajar tinggi2.Selain itu,saya dengar dalam internet jika ambil diploma di IPT hanya banyak belajar teori daripada practicel manakala di POLI atau KKTM lebih kepada practikel daripada teori.Oleh itu yang mana patut saya pilih????? (DARIPADA HAMBA ALLAH YANG KEBINGUNGAN)

  138. Cg Narzuki Says:

    Abe,

    Itu sebabnya Cg kata masing2 ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau Abe hanya bercita-cita nak jadi PEKERJA saja maka mungkin politeknik sesuai untuk Abe.
    Salah satu kelebihan Politeknik ialah latihan praktikalnya berbanding IPT, itu yang syarikat suka ambil jadi pekerja.

    Tetapi jika bercita-cita nak jadi PEGAWAI ATASAN, maka Ijazah diperlukan (jangan kata tak perlu belajar tinggi2).

    Salah satu sebab kenapa syarikat lebih suka ambil lepasan diploma bekerja berbanding lepasan ijazah kerana gaji yang perlu dibayar lebih rendah.

    Pada pandangan Cg, sepatutnya Abe harus menanam minat dan cita2 untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi. Samada melalui Diploma di Politeknik, KTTM atau IPT, seterusnya sambung ke peringkat Ijazah. Dalam membuat pilihan, Cg cadangkan bawa berbincang dengan kedua ibu bapa dan buat keputusan secara bersama. InsyaAllah keputusan tersebut lebih diberkati Yang Maha Mengetahui.

  139. abe Says:

    Baiklah cikgu…saya buat keputusan untuk mengambil diploma di KKTM terlebih dahulu untuk mendapatkan kemahiran dan kemudian sambung peringkat ijazah untuk berjaya dalam cita2 saya……mungkin saya ingin menjadi usahawan.Walau apa pun te..ri..ma..ka..sih..cik..gu…..

  140. FARHAN Says:

    Terima Kasih atas nasihat cikgu..sekarang baru sy rasa lega sikit..

    Fasri, hye..dpt fast track jgk ke? bley ah jumpa nnt..hehe.. ko apply ptptn x? kena apply daripada skrg ke atau kita just dtg daftar je dulu,kat sana nanti baru apply ek?

  141. Fasri Says:

    farhan,hmm saye pun tak sure la farhan..tp tadi cikgu narzuki cakap, “biasanya semasa lapor diri nanti akan diuruskan/dimaklumkan perkara berkaitan permohonan pinjaman sama ada MARA ataupun PTPTN”

    tunggu je la mase daftar….awk dari mane farhan ?

  142. Cg Narzuki Says:

    Abe,

    Apa-apa keputusan yang dibuat, Cg doakan kejayaan Abe dalam mengejar cita2 yang diimpikan.

    Farhan & Fasri,

    Sama-sama, semoga anda berdua terus berjaya.

  143. FARHAN Says:

    Fasri, saya dari KL..dekat Setapak.. awk??

  144. Abc Says:

    cikgu….
    nk tnye…
    sy akn ambk foundation in accounting di uniten….
    apakah kelebihan mengambil foundation in account??
    adakah foundation terus menuju ke ACCA??

  145. Cg Narzuki Says:

    Abc,

    Setahu Cg program foundation lebih kurang program matrikulasi atau asasi. Dengan kelulusan tersebut melayakkan anda melanjutkan pelajaran ke peringkat Bachelor of Accounting.

    Kelebihan program tersebut dan lepasannya akan terus ke ACCA, itu Cg tak pasti. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman UNITEN.

  146. shafinaz sharizal Says:

    assalamualaikim ckg..sy mrupekn plajar sains tulen dan telah ditawarkan ke uitm shah alam untuk program fast track …1 of the blogger asked u whether he should revised the f4 & f5 syllabus n u’ve answered yes..my dilemma rite now is how am i supposed 2 revise all of the syllabus n act make notes bout them?since i’ve nvr learn ‘em…plz help me..it ‘s really freakin’ me out…

  147. shafinaz sharizal Says:

    i’m sorry..wrong salam spelling.. ;p i wrote ‘em in the dark..i was browsing de intrnet bout this fast track programme but none of ‘em really help me to undrstand wht act is it….i’m so confused n need answers pronto…o i really hope u can give me details bout ths accntncy fast track programme at uitm…

  148. Cg Narzuki Says:

    Shafinaz,

    Tahniah Cg ucapkan kerana berjaya mendapat tawaran tersebut. Oleh kerana Shafinaz tidak belajar akaun sebelum ini, adalah lebih baik baca buku rujukan akaun SPM sebagai persediaan awal. Itu adalah lebih baik daripada tiada persediaan langsung.

    Maaf, Cg pun tidak tahu secara detail berkaitan dengan program fast track di UiTM. Kalau nak dapatkan maklumat yang tepat kena hubungi pihak2 tertentu di UiTM.

  149. amalina Says:

    salam cg,
    sy merupakan lepasan spm 2008…pd semakan PDT(Program Matrikulasi 2 tahun) nama sy terpilih…dgr kata matrik pyh belajar tp bile mndpt matrik melaka,sy mula berpikir 2 kali…jd soalan sy,ap beza program matrik PST dengan PDT? dan melalui mklmt yg sy dpt,peluang pekerjaan lepasan matrik kurang brbnding lepasan diploma,betul ke cg?

  150. Cg Narzuki Says:

    Amalina,

    Tahniah Cg ucapkan. PST – jangka masa program tersebut lebih singkat iaitu selama 1 tahun, manakala PDT – jangka masanya 2 tahun kemudian baru boleh sambung Ijazah. Jadi pengajian dalam PST lebih padat berbanding PDT.

    Belajar di mana2pun akan jadi SUSAH, PAYAH jika tiada kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk masa hadapan yang lebih cerah.

    Sijil matrikulasi memang tidak laku untuk memohon pekerjaan berbanding lepasan diploma. Tetapi ianya adalah jalan pintas untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.

  151. fayis Says:

    penglibatan kokurikulum saya.bleh saya melanjutkan ke ipt jika result saya baik

  152. Cg Narzuki Says:

    Fayis,

    Markah kokurikulum sebanyak 10% diperlukan untuk kemasukan ke IPTA sesi 2009 dan seterusnya.

    Kepada semua pelajar diharap dapat menggunakan sepenuhnya kegiatan Kokurikulum di sekolah untuk mendapat markah penuh bagi memenuhi kriteria kemasukan Ke IPTA tahun – tahun seterusnya ..

    Dengan penglibatan dalam kokurikulum dan keputusan SPM yang baik, sudah pasti akan melayakkan anda ke IPT.

  153. amalina Says:

    salam cg,

    terima kasih atas komen tersebut.

  154. warcraft Says:

    salam cgu..mane bgs nyer antara lcci-acca or cat-acca?

  155. Cg Narzuki Says:

    Warcraft,

    Pada pandangan Cg, ambil CAT-ACCA kemudian sambung ACCA lebih bagus kerana ada kesinambungannya berbanding ambil LCCI kemudian sambung ACCA.

  156. nichole Says:

    cikgu,sebenarnya keputusan rayuan tingkatan 6 sudah keluar tak?hari ini,sya check internat dan sms tak ada nama sya ini bermakna sya tal dapat tingkatan 6?

  157. Cg Narzuki Says:

    Nichole,

    Maaf, Cg tak pasti keputusan rayuan sudah keluar atau belum. Cuba semak di Portal Kementerian Pelajaran Malaysia…. rasa2nya belum keluar lagi.

  158. nichole Says:

    terima kasih,Cikgu Narzuki jawap soalan saya,sebenarnya,selepas 30 mei 2009,sya tiap-tiap hari check internat tetapi sama juga tak ada nama sya. Sya melalui internat sya nampak berita tentang 15 Jun 2009 Pendaftaran rayuan pelajar tingkatan 6.Sya minat baca undang-undang

  159. poji Says:

    cg,sy skang smbg blaja kat pusat asasi sains(PASUM),,
    tp sy rse mcm xsronok,,
    sbb cara blajar yg laju n padat,
    sy bukannye jenis org yg kuat blajar,,
    tp alhamdulillah,,stiap kali exam sy dpat rsult yg baik,
    pd pndgn ckgu,,mcmna sy nak adaptasi situasi ni??
    sy bingung arh,,

  160. Cg Narzuki Says:

    Poji,

    Terdapat beberapa buku di pasaran berkaitan cara2 belajar di IPT, antaranya :
    1. “Rahsia Cemerlang di IPT” (Dato’ Dr. Hj Mohd Fadilah Kamsah)
    2. “Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang” (Dato’ Dr. Hj Mohd Fadilah Kamsah)

    Pada pandangan Cg buku2 tersebut sangat sesuai dijadikan panduan bagi pelajar2 yang baru/bakal menjejak kaki di IPT.

  161. nurul Says:

    salam..cg narzuki nih sifu anda menulis eh?igt sy lg x?

  162. Cg Narzuki Says:

    Nurul,

    Blog Cg Narzuki Online dan Sifu Anda Menulis dikendalikan oleh blogmaster yang berbeza. Kami merupakan sahabat karib di alam cyber yang saling berkongsi maklumat, bahan2 dll untuk kebaikan pelajar semua.

  163. nora Says:

    salam,sy nk tyer kalu sy mymbung peljrn ke kktm,adkh mdh untk sy mymbg plajrn keprngkt ijazah di ipta?

  164. Cg Narzuki Says:

    Nora,

    Secara ringkasnya, belajar dimana-manapun kalau keputusan kita cemerlang, maka akan mudahlah untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah nanti.

  165. nurul Says:

    ooo..macam tuh..

  166. nichole Says:

    kalau sya belajar di college university sampai ke degree,sya dikira sebagai pelajar university tak?

  167. Cg Narzuki Says:

    Nichole,

    Kalau belajar di kolej, maka dipanggil pelajar kolej bukan pelajar universiti. Pelajar Kolej atau Universiti tidak penting, tetapi degree tersebut dikeluarkan oleh pihak mana dan adakah ianya mendapat pengiktirafan MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) atau tidak. Itu yang lebih penting.

  168. nichole Says:

    Cikgu, sya sudah dapat masuk ke tingkatan 6 kerana keputusan rayuan sya berjaya.Tetapi,sebelum itu(sya ingin sya gagal ),oleh itu,sya pendaftaran ke suatu private college university.sekarang tak tahu nak macam mana dan sudah bayar duit? Mula-mula betul nak masuk ke tingkatan 6?Cikgu Narzuki boleh bagi sedikit pendapat tak? kolej atau tingkatan 6 lebih baik?

  169. Cg Narzuki Says:

    Nichole,

    Masing2 ada kelebihan dan kekurangannya. Di kolej anda telah memilih bidang yang anda minati, manakala jika melalui Tingkatan 6 anda terpaksa memohon melalui UPU dll, dengan adanya persaingan pada masa itu ada kemungkinan anda tidak ditawarkan bidang/pragram yang betul2 anda minati. Pada pandangan Cg, oleh kerana telah daftar di kolej (dah bayarpun), maka teruskan. Belajar bersungguh2 dan dapatkan pointer yang terbaik.

  170. nichole Says:

    Terima Kasih,Cikgu Narzuki, Sya tahu sekarang nak pilih apa.

  171. Osman Says:

    Cikgu,
    Saya dpt 4A dan 4B dalam SPm 2008. Cuma agak malang kerana saya cuma lulus 7D untuk mp bahasa inggeris. Saya amat meminati jurusan perakaunan di mana saya dapat 1A utk mp prinsip akaun, jadi saya telah memohon diploma perakaunan. malangnya semua permohonan ke IPTA dan Matrikulasi tidak berjaya disebabkan BI saya. Saya juga memohon ke Kolej Profesional Mara, pun saya ditawarkan untuk mengikuti program pra sahaja kerana mp BI saya. Pada pendapat cikgu adakah saya patut ambil krsus pra di KPM atau pergi ke IPTS spt KUIS, IIC yang terus menawarkan program diploma perakaunan kepada saya? Terima kasih di atas pandangan cikgu.

  172. Cg Narzuki Says:

    Osman,

    Anda seorang yang cemerlang, cuma kesilapannya di BI. Semoga ianya menjadi suatu pengajaran, gunakan masa yang ada untuk menguasai BI kerana ianya sangat penting untuk masa depan anda.

    Pada pandangan Cg, oleh kerana anda seorang yang cemerlang, rasanya tidak perlu membazirkan masa (6 bulan/ 1 tahun) dengan mengikuti kursus pra tersebut. Adalah lebih baik terus ke Diploma di mana2 IPTS yang bersesuaian.

  173. nichole Says:

    Cikgu Narzuki,Sya hanya belajar di college university.Sya akan belajar diploma sampai ke degree.Boleh tak sya belajar lagi tinggi ?Kalau boleh akan sampai ke tahap mana?

  174. Cg Narzuki Says:

    Nichole,

    Lepas Degree, boleh sambung ke peringkat Master seterusnya PhD.

  175. nichole Says:

    Terima Kasih,Cikgu Narzuki.Sya ada satu soalan lagi ,Di kolej Sya pilih bidang perubatan adakah sangat memerlukan english yang kuat dan kalau sya nak belajar ke tahap yang tinggi juga nak english yang kuat tak?Di SPM english sya dapat 7D sahaja.Cigku belajar masters nak belajar berapa tahun dan juga phD?

  176. Cg Narzuki Says:

    Nichole,

    Sekarang ini penguasaan BI sangat penting dalam apa bidang sekalipun pendidikan mahupun kerjaya nanti. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program masters dan PhD, sila layari laman2 U yang menawarkan program tersebut.

  177. nichole Says:

    Cikgu narzuki,bukan selepas degree nak baca bachelor baru boleh sambung master ke PHD? Sya tak faham?

  178. Cg Narzuki Says:

    Nichole,

    1. Diploma
    2. Degree = Bachelor = Ijazah
    3. Master = Sarjana
    4. PHD

  179. nichole Says:

    Terima Kasih,Cikgu Narzuki

  180. Cg Narzuki Says:

    LAMAN IPTS: IPB BANTU PELAJAR
    Oleh Rosniza Mohd Taha

    LEBIH ramai pelajar Islam kurang mampu berpeluang melanjutkan pelajaran di Institut Profesional Baitulmal (IPB) berikutan langkah Baitulmal meningkatkan bantuan kewangan daripada RM8.5 juta kepada RM11 juta, mulai tahun ini.

    Ketua Eksekutif IPB, Rosli Kari, berkata penambahan peruntukan berkenaan membolehkan institusi milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan itu memainkan peranan lebih agresif membantu kecemerlangan pelajar Muslim tempatan.

    Beliau berkata, peningkatan peruntukan baru merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup RM250 sebulan itu secara tidak langsung akan meningkatkan lagi golongan profesional Muslim di negara ini.

    Ini kerana katanya, pengajian di IPB yang terletak di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu tertumpu bidang profesional iaitu perakaunan dan pengajian perniagaan, selain program diploma kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Beliau menjelaskan kira-kira 60 peratus pelajar IPB menerima bantuan Baitulmal berdasarkan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah, sementara bakinya mendapat tajaan Mara bagi mengikuti program diploma UiTM.

    “Pelajar IPB bukan saja diberi bantuan kewangan, malah motivasi berterusan dan program khas seperti praperdagangan sebagai asas kukuh bagi pelajar tidak cukup merit dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia sebelum mereka mengikuti program Diploma Perdagangan UiTM.

    “Dengan program tambahan ini, pelajar IPB berupaya menonjol potensi diri sebenar dan berjaya menamatkan pengajian dengan pencapaian membanggakan.

    “Malah 95 peratus daripada mereka mendapat kerja, selain layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya kepada Berita Harian.

    Rosli berkata, pelajar tidak memenuhi syarat lima kredit SPM pula perlu menjalani kursus khas tiga bulan sebagai pengukuhan dalam subjek tertentu seperti Matematik dan Bahasa Inggeris sebelum dibenarkan mengikuti program profesional berkaitan.
    Rosli Kari

    Beliau berkata, daripada keseluruhan 1,632 pelajar IPB, sejumlah 843 atau 51.7 peratus mengikuti pengajian kerjasama UiTM, manakala 789 atau 48.3 peratus lagi program profesional.

    Pencapaian memberangsangkan pelajar selain keupayaan mematuhi piawaian ditetapkan UiTM melayakkan IPB menerima Anugerah Kolej Bersekutu Terbaik selama enam tahun berturut-turut sejak 2000 dan tahun lalu.

    “Baru-baru ini, graduan program diploma kerjasama UiTM meneruskan kecemerlangan dengan kelulusan 100 peratus bagi jurusan Sains Komputer, Pengajian Perniagaan (99.2 peratus) serta Perakaunan (94.6 peratus).

    “Sementara itu, 42 daripada 67 graduan berkenaan mendapat Anugerah Dekan berdasarkan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif 3.5 ke atas.

    “Keupayaan konsisten dalam menghasilkan graduan cemerlang ini membolehkan IPB mendapat kelulusan UiTM bagi menjalankan program diploma baru mulai semester ini iaitu Sistem Maklumat Perakaunan ,” katanya.

    Rosli berkata, matlamat utama penubuhan IPB sejak 1992 untuk melahirkan profesional Muslim disifatkan tercapai berikutan penghasilan kira-kira 2,000 graduan The London Chamber of Commerce and Industry International Qualifications (LCCIIQ) setakat ini.

    Malah, katanya, kira-kira tiga daripada lima peratus keahlian Bumiputera dalam badan profesional berkenaan adalah graduan IPB.

    IPB turut menjalin usaha sama dengan badan persijilan profesional United Kingdom iaitu LCCI dan The Association of Chartered Certified Accountant, selain Certified Accounting Technician dan Kursus Kesetiausahaan Syarikat, Matriculation for The Institute of Chatered Secretaries & Administrators,” katanya.

    Sumber : Berita Harian Online 24/07/2009

  181. azira Says:

    salam. Cikgu Narzuki. Sy nk tya pendapat. Sy bkerja di sektor awam sebagai kerani. Umur 33thn. Sy minat nk smbg study separuh masa/PJJ course pengajian perniagaan. Tp x tahu mana nk pilih antara sijil politeknik @ Diploma eksekutif kt UM. Boleh x bg pendapat mana better? terima kasih.

  182. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Pada pandangan Cg, Diploma lebih baik kerana tahap kelulusan dan tangga gaji lebih tinggi berbanding dengan Sijil.

  183. azira Says:

    Tima kasih. Selalunya Diploma Eksekutif ni diiktiraf oleh JPA x? Sebab pengajiannya 1 tahun je. Lg satu selalunya kt U ni bahasa Pengantarnya BI. Tu yg susah skit. Sebab sy lemah BI. Cikgu tlg bg pandangan skit. Tima kasih.

  184. Cg Narzuki Says:

    Azira,

    Petikan maklumat daripada Laman MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari laman tersebut.

    13. Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pengiktirafan?

    Akreditasi merupakan pengesahan pencapaian kualiti dalam penilaian jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA. Ia merupakan jaminan MQA kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan tinggi termasuk para pelajar, ibu bapa, majikan dan lain-lain bahawa program pengajian yang diakredit oleh MQA merupakan program berkualiti. Ia juga merupakan platform atau asas kepada pihak-pihak lain untuk mengiktiraf program dan kelayakan tersebut bagi tujuan-tujuan yang berlainan.

    Pengikitirafan pula bermaksud penerimaan satu-satu kelayakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, pengiktirafan kerajaan melalui JPA adalah syarat untuk dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam. Sebagai makluman, JPA hanya akan mengiktiraf program pengajian yang telah mendapat akreditasi MQA bagi maksud berkhidmat dengan kerajaan.

    14. Adakah program IPTA turut diakredit oleh MQA?

    Program pengajian IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti turut diakredit oleh MQA. Walau bagaimanapun, semua program berkenaan yang telah mendapat pengiktirafan JPA sebelum MQA ditubuhkan akan didaftarkan terus ke dalam MQR. (Pengemaskinian maklumat kursus IPTA sentiasa dibuat dari semasa ke semasa). Manakala bagi program baru yang hendak dikendalikan, ia akan tertakluk kepada proses jaminan kualiti yang ditetapkan oleh MQA.

    Berdasarkan petikan tersebut, Cg percaya Diploma Eksekutif di UM juga telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan JPA. Bahasa penghantar yang digunakan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pada masa sekarang penguasaan BI sangat penting, kalau lemah kita boleh atasi kelemahan tersebut dengan belajar. Untuk mencapai sesuatu KEJAYAAN, memerlukan USAHA yang bersungguh2. Bersusah2 Dahulu, Bersenang2 Kemudian.

    Maklumat lanjut boleh layari post berikut :
    PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI MALAYA

    Semoga ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan.

  185. azira Says:

    Sya akan pertimbangkn keputusan ni berdasarkan pendapat Cg. Tima ksih kerana susah payah cr info utk saya.

  186. ayeshah Says:

    salam cg narzuki.
    saya dah setahun duduk rumah tak sambung2 belajar lagi ni.
    keputusan saya
    sej, bm =a1
    bi, agama =a2
    math=b3
    est=b4
    bio=c5
    physics, chemistry, add math=d7
    saya tak tahu nak sambung belajar apa.
    saya dah apply uitm banyak kali.
    tapi tak dapat, rayuan pun tak dapat.
    saya apply asasi undang2.
    tapi gagal.
    baru2 ni saya apply uitm intake disember
    saya dapat diploma p.perniagaan.
    saya tidak suka math. saya lebih suka membaca.
    saya ingin sangat sambung belajar undang2.
    tapi saya tidak pandai bercakap.
    boleh ke saya ambil bidang undang2 tu cikgu???

    dan lagi satu kalau saya apply
    foundation law di msu
    pinjaman ptptn tak boleh diberikan ke untuk foundation???
    ptptn untuk diploma saja ke???

    saya harap cikgu dapat menjawab kekusutan di kepala saya ni.
    terima kasih cikgu ; )

  187. Cg Narzuki Says:

    Ayeshah,

    Tawaran hanya diberikan kepada pelajar yang layak dan pencapaian memenuhi syarat2 yang telah ditetapkan oleh IPT.

    Cg cadangkan anda baca artikel berikut sebagai panduan dalam membuat pemilihan, semoga ianya dapat membantu menguraikan kekusutan tersebut. Soal pinjaman tu, maaf Cg kurang arif, kena rujuk PTPTN.

    KE MANA SELEPAS SPM? (klik)

  188. Cg Narzuki Says:

    PELUANG LEPASAN SPM IKUTI IJAZAH

    PUTRAJAYA 24 Nov. – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berpeluang mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

    Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut bertujuan memenuhi keperluan 32,000 guru j-QAF menjelang 2010 di 6,314 buah sekolah rendah di seluruh negara.

    Menurutnya, pada masa ini terdapat 13,000 guru j-QAF di 4,723 buah sekolah rendah dan jumlah tersebut perlu ditambah apabila program j-QAF diperkenalkan di sekolah menengah.

    ”Kita sebenarnya berdepan dengan masalah kekurangan calon guru j-QAF kerana kekurangan calon guru dari aliran agama, kalau hendak tunggu yang pulang dari Mesir dan Jordan, jumlahnya tidak ramai.

    ”Sekarang ini kita sedang tunggu unjuran dari bahagian penyelidikan dan pembangunan kementerian untuk mengkaji jumlah guru j-QAF yang diperlukan sebelum proses pengambilan dimulakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Terdahulu beliau menyampaikan diploma perguruan kepada sebahagian daripada 3,259 graduan Kursus Perguruan Lepas Ijazah j-QAF dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kursus Dalam Cuti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDC SABK) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM LPBS).

    Puad menambah, pihaknya menjangkakan proses pengambilan pelajar lepasan SPM dan STAM untuk memenuhi kekurangan guru j-QAF dapat dilakukan menjelang tahun depan.

    ”Tentang kualiti guru, kita mahu calon-calon yang bakal dilahirkan oleh IPGM benar-benar komited dengan profesion perguruan,” katanya.

    Menurutnya, syarat pengambilan guru juga akan diperketatkan dengan menilai tahap kelulusan akademik, minat, penglibatan dalam kokurikulum dan keterampilan melalui sesi temu duga yang dijalankan.

    Puad berkata, bagi pengambilan guru pada Jun lalu, kementerian menerima 67,444 permohonan di seluruh negara bagi memenuhi 2,350 kekosongan.

    Katanya, Kementerian Pelajaran memerlukan lebih banyak IPGM untuk menampung masalah kekurangan guru terutama guru pilihan yang bakal berkhidmat di kawasan pendalaman.

    Sumber : Utusan Online 21/11/09

  189. fara Says:

    assalamualaikum…
    boleh saya mengetahui… selepas saya menamatkan diploma lcci… bolehkah saya memohon untuk mengikuti ijazah akaun or perguruan.. di mana tempat university saya boleh memohon… ini kerana saya berminat untuk menjadi guru..
    sebab itu saya tidak mahu mengambil acca

  190. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Maaf, Cg tak pasti perkara tersebut. Cadangan Cg cuba layari laman IPT/IPTS yang menawarkan kursus2 tersebut dan perhatikan syarat2 yang ditetapkan. Sekiranya memenuhi semua syarat2 yang telah ditetapkan, InsyaAllah fara boleh memohonnya.

  191. nazir Says:

    cg saya pelajar jurusan seni(p.akaunan+ekonomi asas+subjek2 teras)
    dan adakah saya bole ambil jurusan Pharmacist???

  192. Cg Narzuki Says:

    Cadangan Cg, sila kenal pasti IPT yang menawarkan kursus tersebut dan dapatkan syarat2 kelayakan yang telah ditetapkan, sekiranya anda memenuhi semua syarat2 yang ditetapkan maka anda layak untuk memohon.

  193. marjan Says:

    assalamualaikum..saya ingin meminta pendapat cg mengenai LCCI.saya lepasan SPM 2003 DALAM BIDANG PERAKAUNAN.Saya tidak berpeluang untuk menyambung pengajian saya dahulu atas sebab-sebab yang tak dapt dielakkan.Ubtuk pengetahuan cg keputusan saya bagi prinsip akaun 2A,mate moden 3B,Add Mate 7D.adakah peluang untuk saya menyambung pengajian dalam LCCI walaupun telah lama meninggalkan bidang ini.saya baru menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang sastera.tetapi saya ingin belajar LCCI dan mengambil degree insyaALLAH.

  194. CH Says:

    As Salam…. saya ingin meminta pendapat CG. Saya berusia 34 tahun. Telah berkhidmat di firma guaman swasta hampir 14 tahun. Baru-baru ini saya berminat utk menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang. Tetapi saya lulusan SPM tahun 1994 dengan kelulusan Pangkat III. Apa yang saya tahu ada Universiti menyediakan kemasukan pelajar melalui saluran kedua.

    Saya ingin tahu adakah saya perlu mengambil diploma undang-undang dahulu sblm sy mengambil ijazah. Dimanakah universiti yg myediakan program tersebut. Saya ingin membuat pengajian jarak jauh atau separuh masa.

  195. Cg Narzuki Says:

    Marjan dan CH,

    Maaf diluar pengetahuan Cg. Cadangan Cg sila layari laman IPTS yang menawarkan program/kursus tersebut dapat maklumat2 seperti syarat kelayakan dan sebagainya. Atau hubungi terus melalui telefon IPTS tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

  196. mona Says:

    Assalamuaikum..Cg sy mrupakan calon SPM 2004. sy x prnh mlanjutkn pgjian sy slps SPM ats mlsh ttentu. n skrg sy sdg bkhidmat d syarikat logistik bkaitan import n exprt brg.. sy ingin cg beri pndapt pd sy adkah bidang logistik ni 1 bidang yg blh mnjamin ms dpn? krna sy ingin mgambil diploma logistik dan pngurusan rangkaian bekalan di Politeknik..

  197. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Maaf, Cg tak dapat berikan apa2 jaminan tentang masa hadapan. Cadangan Cg, adalah lebih baik berbincang dengan pegawai di tempat kerja tentang niat untuk sambung belajar… dapatkan pandangan beliau ataupun kalau boleh dapatkan jaminan yang Mona akan diambil kerja balik selepas tamat diploma nanti.

  198. ikhwan Says:

    assalamualaikum..
    saya pelajar lepasan spm 2009..
    apa syarat kelayakan untuk diploma perakaunan pada tahun ini..
    boleh tolong terangkan..

  199. Cg Narzuki Says:

    waalaikumussalam.

    Ikhwan pergi saja ke laman2 IPT yang menawarkan program tersebut dan dapatkan syarat2 kelayakan minimum yang diperlukan.

  200. luna Says:

    cikgu,
    sy pelajar lepasan spm,memperoleh keputusan yg agak teruk,4A (kimia,math,sejarah,bi) 4B (bm,agama,est,physic) 2C (biology,add math).sy lihat syarat memohon matriks,dan sy dapati dgn keputusan sy ini layak memohon.tp adakah tinggi peluang utk sy menerima tawaran matriks?sy memilih jurusan kejuruteraan kimia,kimia perdagangan dan kejuruteraan awam sbg pilihan utama.layakkah saya?apa lagi pilihan yg sesuai berdasarkan keputusan spm saya?baru2 ini saya ada menghantar borang semakan semula keputusan sy,krn tidak begitu berpuas hati dgn keputusan BM,AG dan Physic iaitu B+ sedangkan lazimnya peperiksaan di sekolah sy memperoleh keputusan yg lebih baik

  201. Cg Narzuki Says:

    Berdasarkan keputusan tersebut, anda memang layak untuk memohon apa2 program sekalipun kerana sudah memenuhi syarat2 kelayakkan minimum yang ditetapkan oleh mana2 IPT. Cuma dari segi peluang dapat atau tidak, Cg tak dapat berikan apa2 jaminan kerana ianya bergantung kepada beberapa faktor, seperti persaingan, kekosongan dan juga rezeki masing2.

    Sebagai panduan, bolehlah baca KE MANA SELEPAS SPM? (klik)

  202. nor Says:

    cikgu ,
    saya mempuntai stpm dan sedang belajar pjj di ipta..
    saya berminat untuk mengambil LCCI ACCAUNTING level 3..
    perlukah saya ambik kerana saya memg berminat dalam bidang akaun sedangkan saya masih belajar pjj(degree)..

  203. Cg Narzuki Says:

    Bermula dengan pelajar SPM2008 yang dinyatakan kelulusan/gred LCCI pada slip peperiksaan sahaja yang diberikan kelayakan untuk terus ke Level 3 LCCI.

    Pada pendapat Cg, sekiranya Nor berminat dan KEADAAN MENGIZINKAN, adalah tidak salah untuk ambil LCCI, kerana apa yang dipelajari untuk degree dan LCCI perkara yang hampir sama saja.

  204. azelah Says:

    salamualaikum,
    saya azelah baru sahaja mendapat keputusan spm 2009. saya mendapat BM A, BI A, PI A- SEJ A, MAT A+, ADD MATH A.
    P Akaun A dan lulus LCCI (1); Fz B; Kim B+: Bio B
    Saya berminat mengambil perakaunan di UITM dan permohonan telah saya buat, hanya menunggu panggilan sahaja.
    saya juga terbaca tentang kolej SUNWAY yang menawarkan jurusan peringkat sijil profesional ACCA dan
    kolej TPTM juga menawarkan sijil ACCA
    soalan saya,
    1. sekiranya saya mengambil jurusan perakaunan, adakah
    pengecualian kertas perakaunan kerana saya lulus LCCI?
    2. Bolehkah saya terus mengambil ACCA sama ada di
    UITM atau kolej swasta?
    3. yg mana lebih baik dip perakuanan di UITM, atau Buat
    ACCA sama ada di KPTM dan SUNWAY.?
    4. Bolehkah cikgu memberi pandangan jurusan yang
    sesuai selain perakaunan dan ada mudah mendapat
    perkerjaan selepas tamat pengajian?

    Sekian, terima kasih
    azelah

  205. Cg Narzuki Says:

    1. Slip SPM dengan gred LCCI 1, membolehkan anda terus ke Level 3 LCCI dan mendapat pengecualian paper T1 jika sambung di ACCA (rujuk surat daripada ACCA yang diberikan bersama slip peperiksaan kepada calon2 yang lulus LCCI).
    2. Boleh tidak jadi masalah.
    3. Masing2 ada kelebihan.
    4. Maaf. Cg tak pasti jurusan apakah akan mudah dapat kerja 4-5 tahun nanti. Pada Cg, dalam apa2 jurusan sekalipun jika mendapat keputusan yang cemerlang, InsyaAllah lebih mudah dapat kerja.

    Maklumat lanjut berhubung LCCI, CAT-ACCA sila ke Blog Sifu2b : Akauntansi dan Sijil Profesional, Apa kata Anda?

  206. zya Says:

    askum…sy student akhir uitm dlm bidang perniagaan utk diploma..sy keliru..yang mana 1 harus dan patut sy pilih boleh cikgu tolong..
    1. saya mohon utk sambung ijazah dalam bidang kewangan tetapi saya tidak berapa jelas tentang peluang pekerjaan dalam bidang tersebut. tapi saya minat dalam bidang pengiraan dan akaun.
    2. keluarga saya galakkan saya ambil ijazah di universiti lain dalam bidang pendidikan kerana peluang pekerjaan adalah lebih tinggi.

    boleh saya minta pendapat cikgu??yang mana harus saya pilih??atau pun harus pilih dua-dua tetapi saya habiskan ijazah kewangn dua tahun lepas itu baru sambung dalam bidang pendidikan.

  207. Cg Narzuki Says:

    salam,
    Pada pandangan Cg, jika hanya mengambil masa 2 tahun sahaja untuk dapat Ijazah Sarjanamuda Kewangan …… kenapa lepaskan peluang baik tersebut. Dengan Ijazah tersebut anda sudah boleh memohon pekerjaan, jika ada rezeki … anda dapat kerja. Disamping itu anda boleh pohon KPLI (hanya 1 1/2 tahun) sekiranya ingin menceburi bidang pendidikan.

  208. vinod Says:

    selamat sejaterah,cikgu sy nk tanya kalau sy dapat D dalam bahasa inggeris,adakah sy layak mendapat matrix

  209. Cg Narzuki Says:

    Syarat kelayakan minimum ke Matrikulasi, BI sekurang2nya C.

  210. zya Says:

    terima kasih atas cadangan cikgu..
    boleh cg.bagi pendapat tentang peluang pekerjaan untuk lepasan Ijazah Sarjanamuda Kewangan??kerana ramai berpendapat kewangan hanya kepada bank sahaja…

  211. Cg Narzuki Says:

    Cg cadangkan beli dan baca buku berikut : Kerjaya Sebagai Pengurus Kewangan Korporat.

  212. ape Says:

    salam,saya nak tanya layak x kalau nak ambil diploma @ijazah perakaunan kalau add math dpt c??

  213. Cg Narzuki Says:

    Salam, kalau sudah memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan, maka anda layak. Kalau tak ambil prinsip perakaunan masa SPM pun masih lagi layak untuk buat diploma perakaunan.. asalkan memenuhi syarat2nya.

  214. MadieY Says:

    Assalamualaikum,cg.Cg,sya sebenarnya runsing akan peluang pekerjaan apabila tamat sahaja pengajian.inilah masalah yang sering menghantui dalam fikiran saya.ada cikgu di sekolah saya yang tamat pengajian yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan perakaunan tetapi beliau telah mengajar bahasa inggeris.sepatutnya beliau mengajar prinsip perakaunan.jadi saya minta pandangan cg tentang masalah ini yang selalu bermain dalam fikiran saya apabila saya’far-sighted.

  215. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan Cg, mungkin disebabkan kekurangan guru BI disekolah, maka cg tersebut diminta untuk mengajar subjek BI. manakala guru perakaunan mungkin telah mencukupi, maka keadaan tersebut terjadi. Sekiranya beliau memang opysen perakaunan, maka boleh mohon dengan pihak sekolah untuk mengajar subjek tersebut.

  216. soh Says:

    cikgu , jika saya pilih form 6 sekarang adakah saya boleh lanjut pelajaran ke Acca?

  217. Cg Narzuki Says:

    Masih boleh, merujuk kepada risalah yang ada pada Cg syarat kelayakan minimumnya ialah kredit 2 STPM dan 3 SPM termasuk BI dan Matematik, boleh terus ke Fundamentals Level iaitu ACCA Knowledge dan ACCA Skills.

  218. nur Says:

    salam cg…..sya da masalh…alhamdulilah,spm aq 2 sya dpat keputusan yang cemerlang…tpi,sya daa mslah…sya x tau kursus yang spatutnya dipilih…dlu ,sya ada smpan niat dalam akaun …tpi skang nie dah lain…sya x tau apa yang sya minat…bleh cg tlong sya mohon kursus berdasarkan keputusan saya…minat…n peluang kerja masa depan?…sya x dpt tahu apa yang sya mahu..plizz tlong cg…

  219. Cg Narzuki Says:

    Salam, cuba baca aktikel PENENTUAN KURSUS (klik) yang telah Cg kemukakan diATAS. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu Nur membuat pilihan.

  220. soh Says:

    Terima kasih cikgu,tetapi cikgu adakah saya menbazirkan masa untuk ambil form 6 dahulu baru lanjut kepada acca atau pilih cat terus kepada acca?

  221. Cg Narzuki Says:

    Pada pendapat Cg (yang kurang arif), kalau sudah bertekad untuk ambil ACCA adalah lebih baik terus ambil CAT berbanding Tingkatan 6, memandangkan dengan sijil SPM-LCCI anda sudah mendapat pengecualian CAT bagi paper 1 : “Recording Financial Transactions”.

    Walau bagaimanapun cuba baca komen2 dalam forum berikut : Forum Lowyat berhubung perkara berikut :STPM with CAT/ACCA?, STPM CAT ACCA

  222. kyon Says:

    cg ape syrt2 nk ambik acca?then cg which better ambik diploma akaun or trs ambik acca?

  223. Cg Narzuki Says:

    Berdasarkan risalah ACCA yang Cg ada, syarat kelayakan minimum ialah : 5 kredit SPM termasuk BI dan Matematik.

    Maaf, Cg kurang arif tentang yang mana lebih baik kerana Cg sendiri tidak pernah melaluinya. Cadangan Cg cuba dapatkan maklumat daripada ruangan forum2 yang lebih terbuka seperti Forum Lowyat dan lain2 lagi.

  224. kyon Says:

    cg nk ambik acca kne ambik diploma and degree dlu ke?sye keliru laa…cg cat 2 ape keje dye mcm acca jugak ke n kne ambik cat dlu bru ble ambik acca ? hpe cg ble tlg…thaz

  225. nurfaeqah Says:

    salam cg,saya salah seorang pelajar lepasan spm 2009 yang telah mendapat result pada 11 mac yang lepas…..sekarang,saya berada dalam keadaan yang bengang sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi perakaunan @ pn diploma…saya telah mendapat a dalam subjek akaun dan mendapat band 1 dalam lcci….bagi pandangan cg lah,dimanakah harus saya melanjutkan pelajaran saya…diploma atau matrikulasi…jikalau saya memilih matrikulasi
    kebiasaannya berapakah pointer yang diinginkan olh kpm utk sya melanjutkan pengajian saya di peringkat ijazah dalam bidang perakaunan..dan saya juga terlalu takut jika saya tidak mencapai standard yang ditetapkan olh pihak kpm dan saya terpaksa bertukar bidang apabila saya di peringkat ijazah nanti….saya sangat berharap agar cg dapat menerangkan kepada saya yang mana harus menjadi pilihan saya…..

  226. Cg Narzuki Says:

    Salam, buat masa ini Cg cadangkan minta saja semua yang memenuhi syarat kelayakan. bila dapat tawaran nanti baru buat pilihan, ini kerana apa yang kita minta belum tentu akan dapat memandang persaingan yang hebat2. Kedua2nya ada kelebihan masing2., jadi buat masa ini, Cg tak dapat nyatakan pilihan mana satu yang lebih baik.

  227. kyon Says:

    cg klu ambik diploma pastu nk ambik acca brpe thn…thaz

  228. diana Says:

    Salam….cg…sy adalh pljar under tajaan Kementrian Kesihatn M’sia…mslh ny sy telah ditemptkn di kolej swasta….untuk cari pkerjaan memg xmjadi mslh…sebb telh dijnjikn dpt pekerjaan…mslhny ialah untuk continue study after contract kerje sy tu tamat..sy ambil course diploma pharmacy…sy terbaca kalau nk cont. study kt IPTA untuk degree phamacy C.G.P.A kne dptkn 3.8 ke atas…sedangkn C.G.P.A sy bru smpi 3.60…selain course pharmacy,ada x course laen yg bleh sy ambil?

  229. shera Says:

    salam cg…sy pljr alirn sekolah agama [a] mengambil 11 subjek iaitu bm,bi,addmath,mathmod,akaun,science,sejrah,pendidikan al quran & sunnah,pendidikan syariah islamiah,bahasa arab tinggi….adakah sy berpeluang belajar di luar negara & apakah syarat syarat minimun utk mendapat tawaran tersebut…….?!sekali lagi adakah sijil acca-cat lebih tinggi peluang mendapat pekerjaan berbanding dengan diploma??

  230. Cg Narzuki Says:

    Diana dan Shera,

    Maaf, diluar pengetahuan Cg untuk menyatakan anda berpeluang atau tidak mendapat tawaran belajar luar negara dan juga peluang pekerjaan di masa hadapan.

  231. Nurul Says:

    Assalamualaikum cg..sy nk mintak pendapat bleh x?ape pendapat cg tentang bidang farmasi?

  232. sha Says:

    MSU ade pinjaman MARA?

  233. Cg Narzuki Says:

    Sila hubungi / layari laman MSU bagi mendapatkan maklumat lebih tepat mengenainya.

  234. nani Says:

    cikgu,saya nk tnya.
    boleh tak kalu pelajar yg mengikuti program diploma terus melompat ke program bachelor tanpa menghabiskan tempoh 3 thun belajar.tak kisah lah course apa yang di ambil oleh mereka.kakak saya cakap boleh sbb ada beberapa kawannya yang melompat tp sya kurng pasti dgn jwpan nye.jadi boleh kah saya tahu apakah pendapat cikgu dan jika boleh melompat apakah syarat2 nye?

  235. Cg Narzuki Says:

    Kalau tak silap Cg, UiTM ada menawarkan program tersebut, di mana pelajar yang mengikuti Diploma selama 3 tahun dengan memperolehi keputusan yang cemerlang akan ditawarkan mengikuti program ijazah hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja, berbanding 4 tahun pada kebiasaannya.

    Walau bagaimanapun sila dapatkan maklumat yang tepat daripada pihak Uitm samada melalui laman web UiTM atau hubungi melalui telefon.

  236. Cg Narzuki Says:

    PILIH IPTA ATAU IPTS?

    SAYA berusia 19 tahun dan baru tamat tahun asasi dalam bidang sains di universiti swasta. Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda perakaunan, tetapi pada masa sama, saya juga mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam diploma perakaunan. Saya tidak tahu mahu pilih yang mana.

    Hati saya lebih ke universiti swasta, tetapi keluarga lebih suka jika saya menyambung pelajaran di IPTA kerana lebih dekat dengan mereka. Saya bingung memikirkannya. Bantulah saya Dr.

    Gadis bingung
    Melaka

    Belajar di IPTA atau universiti swasta mempunyai kekuatan masing-masing. Sering kali wujud konflik antara anak dengan keluarga tentang pilihan di mana untuk melanjutkan pelajaran dan juga jenis kerjaya. Perspektif berbeza adalah punca utama kepada konflik ini. Apa yang boleh dilakukan ialah mencari titik pertemuan dari perbezaan perspektif ini. Dalam konteks dilema adik, perbincangan terbuka antara adik dan keluarga dapat membuka ruang kepada setiap pihak untuk melihat dan memahami perspektif kedua-dua pihak. Seterusnya, mengambil keputusan terbaik demi manfaat semua.

    Perbincangan boleh bermula dengan menjelaskan mengapa adik suka belajar di universiti swasta. Perbincangan perlu lebih fokus dengan menerangkan kelebihan pilihan berbanding dengan apa yang adik tidak pilih. Contohnya, mengapa adik lebih suka kepada universiti swasta. Adakah kerana ia menawarkan program sarjana muda berbanding diploma ditawarkan IPTA itu? Terangkan juga kebaikan lain yang adik peroleh jika ke universiti pilihan. Contohnya, dari segi kewangan, adakah adik akan mendapat pembiayaan? Bagaimana pula dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan? Adakah program yang adik akan ambil ini diiktiraf pihak yang berkaitan? Adalah lebih baik jika adik tunjukkan bukti seperti maklumat bercetak dalam bentuk brosur, untuk menguatkan hujah pilihan.

    Lihat sebab utama mengapa keluarga lebih suka adik belajar di universiti tempatan. Jika faktor jarak yang menyebabkan mereka mahu adik belajar di IPTA, adik boleh rasionalkan bahawa tidak semestinya jika adik tidak belajar di IPT yang dekat dengan mereka, adik tidak boleh sentiasa berhubung dengan mereka.

    Dalam perbincangan, adik perlu juga mendengar sudut pandangan keluarga mengenai pilihan mereka. Mereka juga ada rasional tersendiri. Hujah yang baik boleh mempengaruhi pandangan orang lain untuk bersetuju kepada pilihan kita. Mungkin itu yang boleh adik lakukan itu memberi keyakinan kepada keluarga untuk bersetuju dengan pilihan mengambil program sarjana muda perakaunan di universiti swasta. Jika gagal mempengaruhi keluarga untuk bersetuju dengan pilihan, adik masih lagi berpeluang melanjutkan pelajaran mengikut pilihan mereka. Apa pun, Dr sentiasa mendoakan adik akan berjaya cemerlang dalam apa pun kursus yang adik ceburi. Selamat berjaya

    Sumber : Harian Metro Online – myMetro Bimbingan Kaunseling Remaja

  237. Nadia Says:

    Salam cikgu..
    Sy pelajar lepasan SPM 2009. Sy ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan. Namun, sy confius untuk memilih untuk belajar di IPT mne? sama ada kolej KKM, Institut Perubatan @ kolej swasta. Mna yg lebih menjamin kerjaya sama ada di dalam atau luar negara? Hrp ckg dapat membantu. TQ.

  238. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Maaf, Cg kurang arif tentang perkara tersebut, Cg cadangkan nadia bertanyakan orang yang lebih arif iaitu pakar kaunseling Dr Sapora Sipon yang sedia membantu melalui ruangan berikut :

    KAUNSELING RAMAJA
    Jika anda menghadapi masalah percintaan,pembelajaran, kewangan, keluarga dan perkara peribadi yang sukar diselesaikan, pakar kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama dan alamat penuh kepada Ruangan Pengelola Kaunseling Remaja, Harian Metro, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel kepada rencana@hmetro.com.my

  239. habeeba Says:

    salam cg.
    tq atas soalan trial Spm 09 yg cg email ke sy itu.
    sy hanya beroleh A- sahaja dlm akaun.
    tp sy bersyukur atas result yg sy dpt tu.
    sy tertanya-tanya apa maksud lcci yg tertulis di bwh skali dlm slip keputusan spm.
    ada kwn yg dpt 1 dan 4.
    boleh cg jelaskan?

    slain itu, sy berasa was2 dgn bidang perakaunan.
    ibu bapa sy kurang memberi persetujuan untuk sy memilih bidang perakaunan.
    kerana mereka berasa bidang tersebut kurang cerah kerjayanya pada masa hadapan.
    apa pendapat cg?

  240. nurainzulkifli Says:

    subjek acc di matriks perlis di ajar dlm bm or bi untuk batch 10/11 ?? tolong saya . tq :)

  241. Cg Narzuki Says:

    Habeeba,

    Tahniah cg ucapkan. Berhubung dengan gred LCCI boleh rujuk post berikut di SINI (klik)

    Kerjaya bidang perakaunan sebenarnya luas skop, di mana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPT bagi lepasan matrikulasi perakaunan antaranya :
    - perakaunan
    - ekonomi
    - pengurusan perniagaan
    - undang-undang
    - teknologi maklumat
    - pentdbiran perniagaan / pentadbiran awam
    - pengurusan sumber manusia dan bidang lain yang berkaitan.

    Peluang kerjaya dimasa hadapan Cg tak berani berikan sebarang jaminan, kerana semua bidang adalah sama iaitu bergantung kepada keadaan ekonomi negara, persaingan. Hanya pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berdaya saing saja dapat merebut peluang2 tersebut.

    Nurainzulkifli,
    Tahniah Cg ucapkan. Setahu Cg sebelum ini program matrikulasi diajar dalam BM. Apa2 maklumat berkaitan matrikulasi Perlis boleh diperolehi di laman Matrikulasi Perlis (klik).

  242. nani Says:

    Askum,
    ckgu,boleh tak kita mendapat course di IPTA selain daripada kelapan-lapan course yang kita telah pilih?mksd saya adakh pihak IPTA akan memberikan jurusan selain daripada yang kita minta?

  243. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Kalau tak silap Cg, hanya tawarkan kursus yang diminta sahaja.

  244. jannah Says:

    salam cg,sya baru mndpt pnggilan temu duga untuk program CAT(UK) DI UITM SHAH ALAM,,,apakah cara2 untuk berjaya dlm temuduga itu?

  245. Cg Narzuki Says:

    Sebagai panduan menghadiri temuduga, pilih mana yang sesuai atau ubahsuai mengikut jenis temuduga yang dihadiri.

    10 PERATURAN UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA

    1. Hadir bersedia – Selidik semua maklumat tentang syarikat berkenaan. Dengan ini, anda akan secara bijaknya menyatakan kesesuaian bakat, kemahiran dan pengalaman anda dapat membantu mereka mencapai matlamat syarikat.

    2. Sampai awal - Sampai lebih awal sejam. Jangan biasakan dengan Malaysian Time Zone yang selalu lewat.

    Jika anda sampai lebih awal, anda akan lebih bertenang dan selesa sebelum menghadapi temuduga. Selain itu, masa yang ada boleh digunakan untuk mengisi borang.

    3. Pemakaian yang segak - Ingat bagaimana first impression memainkan peranannya? Tidak kira apa jawatan yang anda mahukan sentiasa berbaju kemeja (lebih baik plain colour), berseluar slack, berkasut dan berstokin.

    Bagi wanita, cuba elakkan memakai pakaian yang menunjukkan anda seorang yang lembik. Baju kurung sangat tidak digalakkan (kalau dah dapat kerja tu, barulah pakai baju kurung).

    Sebaiknya, wanita perlu memakai seluar panjang dan kemeja dengan blazer di luar semasa temuduga.

    Mengapa pakaian penting. Pakaian melambangkan imej. Syarikat memerlukan imej yang baik dan salah satunya ditonjolkan oleh pekerja mereka.

    Selain itu, jika anda memakai pakaian yang segak, si penemuduga akan memandang tinggi, kerana anda sangat bersungguh-sungguh dalam menghadapi temuduga dan anda juga akan mendapat lebih keyakinan diri.

    4. Jawab soalan dgn. tenang - Nervous? Memang sentiasa ada dalam kebanyakan orang. Sesetengah calon sangat gemuruh, menyebabkan jawapan yang diberikan setengah masak.

    Jawab dengan tenang dan jelas. Tidak ada markah percuma kalau jawab dengan cepat. Dengar soalan dengan baik. Tarik nafas panjang (sambil berfikir), dan jawab dengan tenang.

    Kebanyakan soalan adalah standard dalam mana-mana temuduga. Dan biasanya soalan permulaan hanyalah ice breaking question (cerita latar belakang, keluarga). Untuk memberi masa anda bertenang.

    5. Jangan burukkan bekas bos anda - Pantang besar! Walaupun bos anda memang buruk rupa @ buruk perangai, jangan sekali-kali menceritakan dalam temuduga bagi meraih simpati.

    Sesetengah penemuduga akan cap anda sebagai troublemaker dan mungkin tidak percaya dengan alasan anda ingin berhenti kerja daripada syarikat tersebut. Ceritakan saja kebolehan, pencapaian @ kejayaan anda dan gunakan sebaik-baiknya.

    6. Fokus kpd. kehendak syarikat tersebut – Jangan menyatakan sebab anda ingin bekerja dengan syarikat itu kerana pakej gaji lumayan @ faedah yang banyak.

    Ingat. Anda sedang memasarkan diri anda. Sepatutnya anda bercerita tentang apa yang anda boleh beri kepada syarikat dan bukan sebaliknya.

    7. Jangan terlalu cepat berbincang pasal duit - Semua orang tentu inginkan gaji yang lebih daripada dahulu. Tetapi biarkan kisah gaji ini di akhir temuduga @ jika mereka mula bertanya tentangnya.

    Anda perlu meyakinkan mereka bahawa anda seorang yang sangat berkebolehan dan akhirnya berunding tentang gaji akan jadi sangat mudah.

    8. Ada sebarang pertanyaan? - Walaupun anda sudah faham semuanya, anda perlulah ‘berlakon’ dengan bertanyakan soalan yang menunjukkan anda sangat berminat dengan syarikat dan jawatan diberikan.

    Tanyalah tentang arah tuju syarikat, perancangan, cara kerja dan lain-lain.

    9. Jangan tunjukkan anda terdesak – Kerja memang susah nak dapat. Tapi simpan sedikit maruah anda. Jangan tunjukkan bahawa anda terlampau terdesak dan boleh menerima apa sahaja.

    Duduk dengan postur yang baik, berjabat dengan kukuh, senyum dan tunjukkan tahap keyakinan yang luar biasa.

    10. Mengikut etika temuduga – Tetapkan eye contact dengan penemuduga, pakai pakaian yg. formal.

    Sumber : Laman Strategi Bina Kerjaya

  246. jannah Says:

    cg,saya kurang jelas tntg CERTIFIED ACCOUNTING TECHNICIAN…dan apa kaitannya dgn ACCA?

  247. Cg Narzuki Says:

    CAT merupakan kursus dalam bidang profesional yang diiktiraf oleh ACCA (UK). Kursus ini diiktiraf setaraf dengan Diploma merangkumi 3 peringkat utama iaitu :
    - Peringkat Pengenalan (Introductory Level),
    - Peringkat Pertengahan (Intermediate Level) dan
    - Peringkat Lanjutan (Advanced Level).

    Para penuntut yang lulus dengan cemerlang sehingga peringkat Advanced Level akan terus melanjutkan pengajian sehingga Peringkat Kedua ( part 2 ) pengajian profesional ACCA.

  248. ain Says:

    assalamualaikum cg..
    baru-baru ni sy menerima msg bhw sy menerima pnggln temuduga di uitm shah alam….sy agak keliru sama ada sy perlu ke temu duga itu ataupun tidak..byk informasi yg sy tahu tntg CAT melalui internet,tetapi,tdk ada satu pon yg menerangkan sama ada syllabus yg dipelajari di CAT susah ataupun tidak,sama dgn program dip?saya agak takut sekiranya nnti saya diterima,saya tidak boleh bawa subjek2 tersbt… susah ke nak belajar CAT ni?? dan yg terakhir,kan ms temuduga die ada bg ujian bertulis,soalan apa yang akan ditny???
    plz cg…answer my ques…i’m abit desprate now…coz temuduga tu on 28th apr 2010..so,i need to prepare evrythng… :)

  249. ain Says:

    cg,sy ada satu lg soalan… di sjl spm,ada tertulis LCCI-1 dan sy dpt B+ utk acc..eng cambridge.6C…apa kelebihan yg sy akan dpt dlm CAT??(mksdnya skip 1 paper or what else lah….:))
    tq….

  250. Cg Narzuki Says:

    Ianya hampir sama dengan program2 yang lain…. susah senangnya pun hampir sama …. semuanya bergantung kepada kesungguhan kita untuk mempelajarinya.

    Soalan2 yang akan ditanya, Cg tak pasti… kemungkinan soalan2nya berkaitan dengan maklumat peribadi, maklumat tentang CAT, kenapa memilih CAT berbanding program2 yang lain …. biasanya nak uji pengetahuan kita ttg CAT serta sejauh mana kesungguhan kita … dan mungkin juga cita2, wawasan atau arah tuju kita selepas ini.

    SYLLABUS CERTIFIED ACCOUNTING TECHNICIAN (CAT)

    1. PENGENALAN (INTRODUCTORY)
    -P1-Recording Financial Transactions
    -P2-Information for Management Control

    2. PERTENGAHAN (INTERMEDIATE)
    -P3-Maintaining Financial Records
    -P4-Accounting for Costs

    3. LANJUTAN (ADVANCED)
    -P5-Managing People and Systems
    -P6-Drafting Financial Statements
    -P7-planning, Control and Performance Management

    plus two options from: (P8, P9)
    1. Implementing Audit Procedures
    2. Preparing Taxation Computations
    3. Managing Financecs

    Dengan keputusan SPM & LCCI – gred 1, Ain kemungkinan diberikan pengeculian untuk mengambil P1-Recording Financial Transactions.

    Semoga maklumat tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu Ain.

  251. ain Says:

    ok….tq. ia sgt membantu… :)
    last ques..ms temu duga ada ujian bertulis x?? :)

  252. Cg Narzuki Says:

    Maaf, Cg tak pasti mengenainya.

  253. jannah Says:

    salam cg, bagaimana dgn kos/yuran pmbelajaran cat tu? msti mahal sbb ia program uk kan?

    ain,
    awk dpt temuduga cat tu jgak ke?bleh la jmpa kt sana nnt..
    aniway sya dri kdh..

  254. Cg Narzuki Says:

    Soal yuran tu Cg tak pasti, mungkin mahal sedikit. apa2 pun Cg doakan semoga anda berdua berjaya dalam temuduga tersebut.

  255. ain Says:

    jannah : yup2..kat uitm shah alam… :))))))))

  256. jannah Says:

    cg boleh x beri anggaran yuran pngajian CAT tu..

    sori cg byk tnya,,

  257. ziha Says:

    c’gu, sya lepasan spm09.thn ni sya akn start study kat matrik melaka courSe akaun selama setahun.btw, if lps drpd matrik, sya nk amek ACCA-CAT kt ipta bleh x?? ipta mane yg ada twrkn ACCA-CAT tu?? n kt course mane? sbb lps bca komen2 kt ats, yg sya fhm, ACCA-CAT more better than lulusan diploma o dgree akaun.. sbb pluang utk keje n carik pngalaman dlm bidang perakaunan kt syarikat2 besa lbh luas. so, kemana yg sya patut pegi lps kuar matrik nanti? utk sya grab msa dpn yg lbh baik..tlg ye c’gu.TQ3!! (^_^)v

  258. Cg Narzuki Says:

    Petikan yang bertajuk PROGRAM PROFESSIONAL PERAKAUNAN UITM: KHABAR BUAT YANG BERMINAT… yang ditulis pada 1/22/2008, sesuai untuk dibaca bagi tambahkan pengetahuan berkaitan dengan program CAT dan ACCA.

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA merupakan satu satunya IPTA di Malaysia ini yang menawarkan sijil profesional perakaunan..kita selalunya didedahkan dengan taraf akademik seperti diploma, sarjana muda (degree), dan juga sarjana(master)..yang tersebut tadi merupakan terma yang tidak asing lagi buat kita khalayak mahasiswa, tetapi jika bidang pengajian anda berkaitan bidang kewangan, bisnes, pelaburan, dan lebih lebih lagi perakaunan, anda patut mengetahui mengenai sijil sijil profesional ini.. apakah maksud sijil profesional? apakah bezanya dengan diploma,sarjana muda dan sarjana? apakah diploma, sarjana muda dan sarjana bukan sijil yang diiktiraf keprofesionalannya? sebagaimana yang telah tertulis diatas,subjek ini ditujukan kepede pelajar bidang bidang berkaitan, terutamanya perakaunan..sijil profesional tidak dianugerahkan oleh universiti mahupun kolej, sebaliknya badan badan profesional seperti ACCA (Association of Chartered Certified Accountants),CIMA (Chartered Institute for Management Accountant),CPA (Certified Public Accountants), MICPA (Malaysian Institute of Certified Public Accounants) dan seterusnya..badan badan tersebut merupakan badan badan antarabangsa yang bertanggungjawab secara langsung dalam pentadbiran serta pengawalseliaan hal ehwal perakaunan sedunia..mereka menawarkan sijil tetapi bukan sebagai badan akademik.. dan taraf global badan badan ini menambah nilai prestij sijil mereka..dan sijil sijil ini dinamakan sijil profesional.. memperolehinya merupakan suatu pengiktirafan bertaraf antarabangsa sekaligus menjadi nilai tambah pemegangnya..nilai sijil ACCA, CIMA, CPA dan lain lain melebihi nilai diploma dan sarjana muda (dalam bidang berkaitan sahaja).. mengapa? kerana untuk menduduki peperiksaan profsional,diploma dan sarjana muda hanya sebagai asas..ada sebilangan subjek yang pelajar perlu duduki lagi..selalunya memekan masa 2 hingga 3 tahun, puratanya..sebagai pemegang sijil profesional,atau sebagai akauntan bertauliah, keredibiliti pemegangnya diiktiraf sektor kewangan sedunia.. contohnya ACCA, berpusat di Glasgow, Scotland Britain.. tetapi mempunyai ribuan cawangan di serata dunia, termasuk ACCA Malaysia..bergantung kepada kelulusan anda, anda perlu menduduki sebilangan subjek.. pemegang diploma diberi pengecualian 3 paper dan pemegang sarjana muda 5 paper.. bagi yang berkelulusan SPM, program foundation , Certified Accountanting Technicians CAT, ada ditawarkan dimana terdapat 9 paper yang perlu diduduki, merangkumi financial reporting and drafting, cost accounting,management,taxation dan sebagainya.. ianya setaraf diploma, durasi 1.5 tahun.. bagi pemegang diploma dan CAT, ada 11 paper yang perlu diduduki,manakala hanya 6 bagi pemegang sarjana muda perakaunan.. bagi pemegang sarjana muda bidang lain, ACCA akan mempertimbangkan jumlah pengecualian paper anda.. semua transkrip akademik pemohon perlu diterjemah ke bahasa inggeris sebelum di hantar ke ibu pejabat ACCA di Glasgow.. UiTM memberi tempoh maksimum kepada pelajar profsional, seperti 2 tahun untuk CAT dan 3.5 tahun.. Uitm juga menyediakan geran pengajian (pembiyaan yuran peperiksaan dan pendaftaran) untuk pelajar yang layak.. peperiksaan dijalankan didalam varian tertentu,contonya ACCA menggunakan varian British dalam kebanyakan silibusnya, dan varian Malaysia digunakan didalam subjek percukaian(taxation).. CPA pula didalam varian Australia.. secara amnya, sijil profesional dibahagikan kepada tahap tertentu seperti Introductory(pengenalan), Intrmediary(pertengahan) dan Advanced(tinggi).. graduan ACCA perlu bekerja selama 36 bulan dengan majikan yang diiktiraf ACCA sebelum dianugerahkan dengan fellowship, menjadi FCCA, memiliki sijil ACCA juga memudahkan pendaftaran pemegangnya dengan MIA (Malaysian Institute of Accountants).. program profesional Uitm ini amat bermanfaat untuk pelajar yang berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti akauntan bertauliah dunia..ditawarkan kepada bumiputra, kelulusan minimum SPM (tanpa mengira aliran di sekolah menengah) dan mendapat penginapan tetap di kolej kediaman.. kini pasaran akauntan bertauliah dimonopoli akauntan bukan bumiputra, dan permintaan sentiasa meningkat pesat.. Uitm mengalu alukan sesiapa untuk melanjutkan pengajian di peringkat global melalui program profesional perakaunannya yang beribu pejabat di tingkat 14 Menara SAAS Uitm Sah Alam..

    Sumber : http://forum.gua.com.my/topics.aspx?ID=5703

  259. siti Says:

    boleh tak kalau saya nk tahu senarai uitm yg menawarkan diploma analisis pelaburan??

    tlg bantu saya..

  260. jannah Says:

    salam cg… mcmna kalau sy bt akaun kt mtrx, then bt degree.. lpas tu bru apply cat-acca… masalahnya kta xbleh jgka msa depan…kalau bt degree boleh prg byk cabang ex…pendidikan jd lecturer or cikgu…lbeyh trjamin… lpas tu baru bt cay-acca,,,

  261. Cg Narzuki Says:

    Siti,
    Maaf, Cg tidak ada senarai tersebut, sila buat carian di laman2 UiTM.

    Jannah,
    CAT-ACCA hanya untuk lepasan SPM. Setelah memiliki Ijazah sarjanamuda perakaunan, anda boleh terus sambung ACCA dengan mendapat pengecualian 5 paper daripada 11 paper.

  262. ain Says:

    Cg,saya dapat tawaran memasuki UiTm Perlis… bg saya, tmpt tu terlalu jauh dan saya x prnh ke perlis.. Tawaran tingkatan 6 pon saya terima…sek yang berhampiran dengan rumah saya.. saya agak confuse skit la.. makcik sy srh amik f6….die mmg arif tentang ni..sy x th mn yg lbh baik utk saya amik…. dua2 tawarkan jurusan yang sama… kalau ikut Cg,mana yang patut saya amik???

  263. liely Says:

    salam…cg saya dpt tawaran ke uitm diploma perakaunan tp sy dpt b+ je…sy takut tak boleh bawa…susah x nak blaja dploma perakaunan ni…semuanya dlm bhsa inggeris ke??cg rasa ptut ke sy terima

  264. ela Says:

    salam cg..bila keptsan llci akan keluar?
    pasti ke akan dapat sijil tu?

  265. Cg Narzuki Says:

    Ain,
    Maaf, Cg kurang arif tentang pemilihan tersebut, kerana masing2 ada kelebihan dan kebaikan masing2. Dan dalam membuat pilihan perlu juga mengambil kira beberapa faktor tertentu.

    Walau bagaimanapun Cg sarankan baca post2 di atas. Sebagai panduan dalam membuat pilihan sila baca artikel2 berikut :
    1. Penentuan Kursus
    2. Kemana selepas SPM

    Liely,
    Tahniah Cg ucapkan, pada peringkat sekarang ini kita tidak boleh lari dari BI, kita kena hadapinya…. apa2 kursus yang kita pilih semuanya akan jadi SUSAH jika kita tidak rajin dan bersungguh2. Pada pandangan Cg, peluang sudah dapat, kenapa kita nak lepaskan begitu saja.

    Ela,
    Keputusan LCCI sudah keluar bersama2 slip peperiksaan SPM, sudah tercatat dibahagian bawah. Jika ada tercatat LCCI dan grednya, maka itu sudah dikira LULUS dan layak mendapat sijil. Manakala untuk mendapatkan Sijil LCCI tersebut pelajar hanya perlu mengisi borang permohonan dan bayaran sebanyak RM25 sahaja.

  266. FARA Says:

    SALAM CG…
    saya dapat dip.akaun di uitm segamat..
    saya tidak tahu pasal CAT. jadi macam mana nak mohon CAT? adakah saya perlu menghabiskan CAT dahulu?

  267. FARA Says:

    maaf, adakah saya perlu menghabiskan diploma dulu? saya terlalu bingung. kita kena mohon CAT tu? atau tertakluk pada keputusan spm & tempat kosong?

  268. FARA Says:

    lupa nak bagitahu cg, saya dapat PA :A, LCCI:1

  269. Syafiq Says:

    Assalamualaikum cg,,

    sy lepasan spm 2009,,sy hanya dpt
    math,Geo A-
    akaun,agama B
    bm C+
    bi,ekonomi,sains C
    sej D
    disebabkan ketinggalan beberapa topik kerana sy ada mslh yg x dpt dielak dan juga perlu ke hospital untuk membuat check up,,sy telah berusaha bersungguh2 dalam subjek akaun,,hasilnya hanya mendapat B je cg..sy xdpt mane2 ipta,,
    sy akan menyambung belajaran sy ke kptm untuk mengikuti kursus perakaunan usahama uitm,,sy minat sgt untuk mengikuti kursus akaun ni..

    soalan sy:
    1)adakah pilihan sy untuk mengikuti kursus akaun ni betul mengikut result sy itu?

    2)adakah boleh kalau sy menyambung pengajian dalam ACCA,,selepas habis diploma?

    Terima Kasih Cg,,

  270. Cg Narzuki Says:

    Fara dan Syafiq,

    Terlebih dahulu sila baca artikel DIATAS (klik) untuk memahami hubungan/kaitan antara diploma, ijazah, CAT, ACCA

    Program tersebut ada ditawarkan di IPTS, dan salah satu IPTS yang Cg syorkan ialah Institut Propesional Baitulmal (klik). Di mana biasiswa disediakan kepada yang layak.

  271. FARA Says:

    salam cg, saya sudah baca artikel di ats..
    tapi masalahnya saya x dapat sebab terlambat tahu pasal CAT ni.. apa patut saya bt? ke ipts?

  272. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Pada pandangan Cg, oleh kerana Fara telah dapat tawaran Diploma Perakaunan di UiTM, rasanya adalah lebih baik diteruskan saja. Dan sekiranya selepas ini masih berminat untuk mendapatkan sijil profesional, fara masih boleh terus sambung ACCA dengan mendapat pengecualian 3 paper (mengikut artikel diatas).

  273. FARA Says:

    cg, terima kasih atas pendapat cg..
    saya amat berterima kasih, sebelum ni saya amat tertekan memikirkan perkara ini.
    cg, sekiranya saya berjaya mendapat biasiswa JPA (perakaunan) ke australia/ UK, adakah bermakna saya mengambil CAT??

  274. FARA Says:

    Maaf cikgu saya banyak bertanya.
    sekiranya saya sambung ACCA, brapa lama agaknya?

  275. Cg Narzuki Says:

    Kena rujuk surat tawaran apakah program/kursus yang dinyatakan dalam surat tersebut. Kalau tidak silap Cg, mengambil masa 3 tahun untuk ACCA.

  276. syfawani Says:

    cikgu kalau prinsip akaun dpt D bleh ke smbg blaja

  277. Athirah Says:

    salam.sy ada mendapat twrn di uitm dan juga msu dalam bidang TESL..sy agk bminat dgn bidang TESL tp mmndangkan ianya private kemungkinan peluang kerjaya agk terhad..saya ingin btanya dgn cikgu,sekiranya saya memilih msu adakah saya boleh menyambung degree di IPTA@dpt peluang kerjaya dgn senang selepas tamat pengajian..

  278. moiq Says:

    jikalau admat gagal kan?
    bolehkah kita amik jurusan akaun kalau akaun kita dapat c+

  279. Cg Narzuki Says:

    Athirah,
    Maaf Cg tak pasti mengenainya.

    Moiq,
    Masih boleh asalkan memenuhi syarat2 kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA / IPTS.

  280. FARA Says:

    Athirah, just nak share jelah.. kakak saya dulu amik TESL dekat uitm, now dia jadi guru BI kat sekolah menengah…
    Kawan2 dia lak lepas grad je ditawarkan jadi pensyarah kat uitm… so bg saya x bermakna TESL kerja terhad…
    saya pernah terpikir nak amik TESL, tapi sebab saya terlalu minat akaun, saya ambil akaun..
    Gud luck :)

  281. naim Says:

    asalamualaikum…..cikgu narzuki,br2 nie saya dapat tawaran di uitm terengganu dungun ,saya tlah mndapat course diploma investment analysis…ape pendapat cikgu tentang investment analysis..adkah course ini senang mendapat kerja…dan yang terakhir skali jika saya telah menamatkan diploma investment analysis dengan pointer yang cemerlang,adakah saya bebas memilih ape2 bachelor of business administration…itu saje cikgu..arap cikgu menolong saye menjawab soalan saya….sekian terima kasih……

  282. Cg Narzuki Says:

    Walaikumussalam,
    Tahniah Cg ucapkan. Setelah Cg lawati laman UiTM Dungun, Cg berpendapat lepasan Diploma Analisis Pelaburan memang layak untuk memilih mana2 Ijazah Sarnaja muda Pengurusan Pentadbiran – Pemasaran, Kewangan atau Pengurusan Operasi di UiTM tersebut. Dan mana2 kursus sekalipun, peluang pekerjaannya secara umum hampir sama sahaja. Susah untuk tentukan yang mana mudah dan yang mana payah dapat peluang kerja. Tetapi Cg yakin sekiranya kita mendapat keputusan yang CEMERLANG, maka peluang mendapat pekerjaan akan LEBIH CERAH.

  283. naim Says:

    owhhh….maknenye ape2 bidang sarjana muda pengurusan pentadbiran saya boleh pilih mengikut minat saya…soalan terakhir cikgu bolehkah saya memendekkan masa/tahun dalam diploma ini….for example dalam masa tiga tahun saya dapat memendekkan dua tahun sentengah dalam diploma ini..

  284. zizou Says:

    salam,apa pendapat cikgu ttg legenda group education..dowang ada kol saya pasal twarn blaja.sya byk dgr yg buruk dr baik..tp tu sumer pasal education facilitator..harap cikgu dpat bg jwapan.

  285. Cg Narzuki Says:

    Naim dan Zizou,

    Maaf, diluar pengetahuan Cg, sila layari laman web IPT tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  286. naim Says:

    its ok….thx a lot cikgu cuz telah memberi saya info yang berharga ini..cikgu doakan saya agar saya berjaya dalam business study ini…..insyaallah ape2 soalan yg saya x th,saya akan bagi th cikgu…sekian terima kasih…

  287. neesa Says:

    salam cg,
    sekiranya saya sambung pelajaran dalm bidang akaun di uk/us/australia melalui biasiswa jpa, adakah silibus sama dgn malaysia?
    kemudian, dengar kata luar negara punya tak diiktiraf oleh malaysia, betul ke?

  288. Cg Narzuki Says:

    Neesa,

    Sudah semestinya sukatannya berlainan sedikit berbanding sukatan negara kita. Tidak semuanya tidak diiktiraf, ada juga yang diiktiraf oleh negara kita. Jadi untuk mengetahui sesuatu program yang ditawarkan di luar negara tersebut, bolehlah semak di Laman web rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (klik).

  289. naim Says:

    assalamualaikum….maaf jika saya banyak bertanya cikgu..semalam saya ade gathering family sebelah bapa saya…bile mereka mandengar saya pergi uitm ambik course investment analysis mereka terus bantah saya pergi uitm..cuz mereka nak saya pergi uniten ambik foudation IT..ari 2 pn saya dapt offer from uniten jgk….mereka cakap investment nie tidak bgs,,lbh baik pilih IT..IT senang mendapat berkerja,berbanding dgn investment yang banyak pelajar mengangur..[lagi pn saya bleh menyambung ape2 sarjana muda pengurusan pentadbiran ape yang cikgu katekan ari tu]…. and IT hanya belajar 4 tahun berbanding dgn business study 6 tahun…sebernanya 2 course ini same2 minat but hati saya tetap berkata saya mahu pergi ke uitm ambik investment…hampir 95 percent family saya bantah pergi ke uitm…cuz first time saya bantah mereka…skrg saya dalam keadaan dilemma yang teramat sangat skrg…dan saya benar2 kecewa cuz family saya tidak sokong saya pergi ker uitm except my mother…apa pendapat cikgu tentang perkara ini..adakah benar mereka cakap…kalau cikgu menjadi saya ape cikgu akan buat..walaupun perkara ini diluar pengetahuan cikgu,saya mahu cikgu narzuki memberi nasihat kepada saya tentang perkara ini…dan saya amat memerlukan pertolongan dan nasihat drpd cikgu…sekian terima kasih…

  290. Cg Narzuki Says:

    Naim,
    Pada pandangan Cg, RESTU keluarga terutamanya kedua IBU BAPA adalah sangat penting. Perselisihan pendapat tersebut boleh diselesaikan dengan baik demi kebaikan bersama. Naim harus berbincang dengan hati yang terbuka, cuba dengar apakah alasan2 / sebab2 yang diberikan oleh keluarga dan fikirkan rasionalnya. Kemudian bandingkan apakah alasan pilihan Naim. Buat penilaian dengan bijak alasan mana yang lebih kukuh dan menjamin masa depan Naim. Satu lagi Naim kena ingat, bahawa mereka lebih berpengalaman dan mereka hanya memikirkan kebaikan masa depan Naim semata2 tanpa tujuan lain. Dan akhir sekali terimalah sebarang keputusan yang telah dibuat dengan PENUH KEYAKINAN.

  291. sya Says:

    kiranya saya tak ambil ekonomi pun, saya masih boleh ambil diploma pengurusan juga nanti? terima kasih cg.. dan lagi satu, untuk sambung pelajaran ke luar negara dalam jurusan akauntan & pengurusan adakah keputusan SPM saya kena A+ bagi semua subjek? atau untuk sesetengah subj. je? kawan-kawan saya kata, untuk ke luar negara kita kena buat persediaan dulu di Malaysia sebelum ke sana. betul ke? terima kasih cg!

  292. Cg Narzuki Says:

    Sya,
    Untuk sambung pelajaran ke luar negara, Cg tak pasti kena rujuk Syarat Kelayakan yang ditetapkan, dalam persaingan keputusan yang lebih baik biasanya diberikan keutamaan. Pada kebiasaannya pelajar mesti mengikuti kursus2 tertentu terlebih dahulu sebelum ke luar negara.

  293. Aiman Says:

    Assalamualaikum… saya ada menerima tawaran untuk sambung belajar dalam bidang IT di politeknik dan kolej poly-tech mara. Jadi,saya ingin bertanya antara 2 tempat pengajian ini, yang mana yang lebih baik untuk saya menyambung pengajian saya. Terima kasih.

  294. adira Says:

    kalau pelajar lepasan matrikulasi sambung acca , ade pengecualian paper x? atau kene mula dr basic iaitu cat kemudian acca

  295. fatehah Says:

    salam..cikgu..saya nak mntak pendapat cikgu…saya dapat kolej teknologi bestari-diploma kejururawatan….saya juga mendapat tawaran kolej poly-tech mara (kptm) juga dalam bidang kejururawatan..pada pendapat cikgu, antara kedua-dua kolej itu, yang mana lebih balik????? saya ada semak kelulusan dari mqa dan jpa….kolej teknologi bestari(ktb) tidak daftar kursus kujururawatan…ada pelajar kat sana beritahu..program itu akan diluluskan bulan jun/julai..padahal sudah hampir 3 tahun kursus itu ditawarkan di ktb….saya masih ragu-ragu…boleh tak cikgu bagi pendapat, antara kedua-dua kolej itu , yang mana lebih ok??ktb ke kptm?????

  296. Cg Narzuki Says:

    Aiman,
    Maaf, cg tak pasti, kerana kedua2nya ada kebaikkan masing2.

    Adira,
    Setahu Cg hanya SPM sahaja dapat pelepasan tersebut, matrikulasi tidak dapat.

    Fatehah,
    Pada pandangan Cg adalah lebih baik pilih yang TELAH mendapat pengiktirafan MQA dan JPA kerana ianya lebih terjamin

  297. fatehah Says:

    terima kasih cikgu..kalau begitu saya akan memilih kolej poly tech mara…

  298. neesa Says:

    salam cikgu,
    saya dapat panggilan daripada UITM tadi, saya dapat dip.acc kat segamat. Uitm tawarkan saya ambil pasca acc 2 thun di shah alam. patut ke saya ambil? adakah CAT tu sama dengan pasca acc?

  299. Cg Narzuki Says:

    Neesa,
    Maaf Cg tak pasti apa itu program pasca acc 2 tahun tersebut, kena rujuk UiTM. Dan pada pandangan Cg ianya tidak sama dengan CAT.

  300. habeeba Says:

    salam cg….mengenai sijil lcci tu,
    sy da isi borangnyer beserta byrn rm25..

    agaknyer bila sampai sijil tu ke rumah?

  301. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Sekiranya permohonan tersebut dihantar melalui sekolah, ianya akan sampai ke sekolah. Jika hantar sendiri melalui pos ke LCCI, baru ianya dihantar ke alamat yang ditulis pada sampul pos laju yang disertakan. Sijil tersebut dijangkakan akan diterima pada awal tahun hadapan.

  302. mess Says:

    salam ini keputusan matrikulasi sem1 saya
    akaun A
    EKONOMI A
    PENGURUSAN PERNIAGAAN A
    MATEMATIK=GAGAL
    POINTER=2.86
    SEM2
    AKAUN A-
    EKONOMI=B+
    PENGURUSAN PERNIAGAAN =B-
    MATEMATIK=B-
    sekarang ni saya tengah mengisi ipta fasa ke-2,adakah patut saya meletakkan uitm,um dan upm sebagai piliha pertama,ke-2 dan ke-3 kerana saya dengar uitm dan um hanya memandang pelajar yang memepunyai cgpa 3.5 keatas sahaja.ataupun meletakkan utm,udm.umt,usim sebagai pilihan pertama,ke-2,ke-3 dan ke-4 saya.saya sangat mengharapkan pandangan cg.saya dah pening dah nak isi fasa ke-2 ni

  303. habeeba Says:

    trima kaseh cg

  304. Cg Narzuki Says:

    Mess,
    Maaf Cg kurang arif tentang perkara tersebut. Cuma pada pandangan Cg, mana2 IPT pilihan utama pada kebiasaannya akan memberikan keutamaan pelajar2 yang cemerlang dahulu.

  305. Cg Narzuki Says:

    PILIHAN ANTARA MATRIKULASI, ASASI ATAU DIPLOMA

    Keputusan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010 untuk lepasan SPM dan setaraf akan diumumkan esok, 1 Mei 2009. Manakala keputusan ke Program Satu Tahun (PST) Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2009/2010 telah pun diketahui pada 17 April 2009 yang lalu.

    Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

    Matrikulasi KPM

    Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

    Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

    Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

    Asasi IPTA

    Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

    Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

    Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

    Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

    Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

    Diploma IPTA

    Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

    Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

    Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

    Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

    Pilihan Anda

    Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

    Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

    Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

    Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

    Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

    Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

    Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

    Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

    Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.

    Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

    All the best!!

    Sumber :
    http://eputra.com/pilihan-antara-matrikulasi-asasi-atau-diploma/

  306. anonymous Says:

    salam cg,sy dpt akaun B,bm B,bi C+,math C+,ekonomi asas D,add math G..sy minta rayuan upu..sy nk tnya pendapat cg..sy blh dpt dak diploma perakaunan di uitm??

  307. dayah Says:

    askm…
    saya sudah mengajar bahasa inggeris sekolah men selama 4 tahun. saya nak sambung Sarjana TESL. sebelum ni saya Ijazah Pertama dlm bidang Undang-undang di UIA.
    Soalan sy: U mana yg terbaik utk sambung sarjana TESL (dlm negara) ?
    Soalan kedua: boleh dapat tajaan government tak utk kakitgn kerajaan yg sambung belajar? kalau ada bagaimana apply?

    tq utk sudi kongsi maklumat

  308. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Maaf, soalan tersebut adalah diluar pengetahuan saya.

  309. yangberharap Says:

    salam cikgu,

    Saya merupakan student diploma dari kolej franchais utm dan telah berkonvo tahun 2009 .Saya telah memohon upu pada awal tahun haritue.Pointer saya iaitu 3.22

    Soalan saya:

    Tinggikah peluang saya untuk melanjutkan ke peringkat Ijazah di Utm?
    Adakah kekosongan diberikan kepada budak Matriks dan Stpm dahulu?

    Tq.

  310. Cg Narzuki Says:

    Maaf, Cg tidak dapat menyatakan tinggi / tidak peluang tersebut. Setahu Cg, kekosongan yang ada di mana2 IPT diagihkan mengikut peratusan tertentu untuk lepasan matrik, stpm, diploma sendiri atau diploma luar, bukannya diisi dengan lepasan matrik dan stpm dahulu. Jadi peluangnya tetap ada untuk anda.

  311. syira Says:

    salam ckgu…

    sy ada dpt twaran uitm- diploma pengurusan perniagaan…masalah sy sekarang apa kerjaya yg boleh sy ceburi lepas tamat pengajian nie?????…

  312. Cg Narzuki Says:

    D55 – DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN)
    Bagi pelajar yang berhasrat untuk bekerja dengan organisasi perniagaan, program ini membantu mereka agar dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran perniagaan.

  313. syira Says:

    salam ckgu,
    sy nak tanya… dalam diploma perniagaan ini, apa subjek yang akan dipelajari?..sy nak tahu tentang jurusan ini..sekarang sy tidak tahu nak buat keputusan yang terbaik sama ada terus belajar di tingkatan 6 atau sambung belajar di uitm dalam perniagaan.

  314. Cg Narzuki Says:

    Maklumat berkaitan Diploma Pengurusan Perniagaan UiTM boleh rujuk DISINI.

    Artikel2 berikut adalah sesuai untuk dibaca :
    1. PILIHAN ANTARA MATRIKULASI, ASASI ATAU DIPLOMA
    2. PETUA MEMBUAT KEPUTUSAN
    3. 10 TIPS DALAM PEMILIHAN KERJAYA
    4. PENENTUAN KURSUS

    Semoga artikel2 tersebut dapat membantu Syira dalam membuat keputusan.

  315. neesa Says:

    salam cg.. saya dpt twarn dip. akaun di uitm (fast track),
    minggu lepas, saya dapat tawaran biasiswa JPA account di UNITEN, PAHANG. patutkah saya ambil account di uniten?? adakah kursus account di uniten sama bagus dgn uitm??

  316. Cg Narzuki Says:

    Masing2 ada kelebihan maka Cg tak boleh bagi komen yang mana lebih bagus kerana ianya suatu yang subjektif dan bergantung kepada keadaan pemohon dalam membuat pilihan. Cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin tetang kursus tersebut di Uniten dan UiTM dan bandingkan kelebihan setiap satunya, kemudian baru buat pilihan.

  317. sha Says:

    salam.
    sy sudah berhenti dari program matrikulasi.adakah saya masih berpeluang untuk membuat permohonan ke ipta untuk kemasukan disember?.kerana setahu saya jika saya sudah mendaftar di matrikulasi secara automatik upu akan menolak saya.rayuan untuk kemasukan sesi julai pon saya tak dapat.saya berminat untuk mengambil kos CAT di uitm.adakah kos itu masih ditawarkan untuk kemasukan disember ini?dan yang terakhir,universiti mana lagi yang buka kemasukan untuk disember selain uitm?

  318. biella Says:

    salam~
    saya pelajar spm thn ini..
    saya tidak pasti bidang ape yg saya perlu ambil..
    ~subject diambil:
    -fizik
    -kimia
    -addmath
    -akaun
    minat saya lebih cenderung ke arah farmasi..tapi dikatakan biologi merupakan subject wajib utk apply farmasi..
    boleh beri cdgn/options utk selesaikn prob saya nie??

  319. Cg Narzuki Says:

    Biella,
    Maaf, diluar pengetahuan Cg, Cuba rujuk kepada kaunselor di sekolah anda berhubung perkara tersebut.

  320. sha Says:

    assalamualaikum..
    saya nak tanya kos diploma apa yang bila dah abis diploma tersebut boleh sambund degree untuk medic?? contohnya diploma sains.. selain dari itu apa ye??
    please tolong saya.. saya buntu..

  321. Cg Narzuki Says:

    Sha,

    Maaf, diluar kemahiran Cg. Jadi Cg nasihatkan supaya berjumpa dengan Kaunselor Sekolah seberapa segera bagi mendapat khidmat nasihat, kerana beliau lebih arif daripada Cg.

Leave a Reply