Buletin Perakaunan

Buletin ini disediakan untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar bagi menambahkan pengetahuan berkaitan dengan mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan juga kerjaya di bidang Perakaunan. Ianya boleh dijadikan sebagai salah satu bahan untuk meningkatkan lagi motivasi pelajar terhadap Prinsip Perakaunan.


25 Responses to “Buletin Perakaunan”

  1. Cg Narzuki Says:

    AKADEMI AUDIT NEGARA AKAN DINAIK TARAF

    NILAI 19 Feb. – Jabatan Audit Negara mengkaji menaik taraf institusi latihan, Akademi Audit Negara (AAN) dalam usaha meningkatkan profesionalisme dan melahirkan lebih banyak tenaga mahir dalam bidang pengauditan.

    Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, setakat ini AAN hanya menawarkan kursus-kursus berkaitan pengauditan jangka pendek.

    “Kita akan memperkasakan akademi ini secara berperingkat-peringkat termasuk mengadakan kursus di peringkat diploma pada masa depan,” kata Ambrin kepada pemberita di sini hari ini.

    Terdahulu beliau menghadiri ceramah eksekutif bertajuk: Memperkasakan Integriti dan Pemerintahan Terbaik daripada Perspektif Ketua Audit Negara China, Li Jinhua.

    Menurut Ambrin, negara kita harus mencontohi China yang memiliki universiti khas untuk menawarkan pelbagai jurusan berkaitan pengauditan.

    “Ia menitikberatkan latihan profesional dalam bidang pengauditan iaitu sesuatu yang sedang kita usahakan.

    “Sejak ditubuhkan dua tahun lepas, AAN banyak membantu dalam meningkatkan modal insan Jabatan Audit kerana warga audit sekarang ini bukan saja bekerja di Jabatan Audit Negara tetapi turut dipinjamkan ke jabatan-jabatan lain,” kata beliau.

    Sumber : Bernama

  2. Cg Narzuki Says:

    CEMERLANG 1A DAN 2A PRINSIP PERAKAUNAN DAPAT KEISTIMEWAAN

    PELAJAR CEMERLANG SPM DAPAT PENGECUALIAN CAT
    Wednesday 12/03/2008

    KUALA LUMPUR, 12 MAC – Kementerian Pelajaran Hari Ini Dengan Rasminya Mengumumkan Pelajar Yang Memperolehi Keputusan 1A And 2A Dalam Subjek Prinsip Akaun Dalam Peperiksaan SPM Baru-baru Ini Akan Mendapat Pengecualian Peperiksaan Bagi CAT (Certified Accounting Technician).

    CAT adalah program asas bagi kelayakan Profesional ACCA. Program ini merupakan langkah pertama untuk mendapatkan kelayakan profesional ACCA dan untuk menadi akauntan bertaraf dunia.

    Pelajar yang berjaya memperolehi keputusan 1A dan 2A in Prinsip Akaun akan mendapat pengecualian CAT untuk Kertas ‘Recording Financial Transactions’. Dengan pengecualian ini, pelajar SPM berpeluang untuk menamatkan pengajian CAT dan ACCA dengan lebih cepat memandangkan silibus SPM diiktiraf antarabangsa. Terdapat 9 subjek yang perlu dilengkapi bagi kelayakan CAT.

    Tahun lalu, ACCA telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kementerian Pelajaran sebagai usaha berterusan untuk menambah baik kurikulum dan piawaian terhadap sistem pelajaran negara.

    ACCA amat berbesar hati dapat menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, terutamanya untuk memastikan silibus pendidikan negara adalah relevan dengan keperluan industri.

    Kerjasama seumpama ini dengan Kementerian Pelajaran adalah yang pertama bagi ACCA di dunia. Ini menunjukkan pengiktirafan antarabangsa bagi sistem pendidikan Malaysia daripada badan perakaunan antarabangsa.

    “Bagi ACCA, inisiatif untuk mengkaji semula silibus Prinsip Perakaunan SPM dan menjadikan standard antarabangsa sebagai pengukur, merupakan satu usaha yang bervisi jauh. Inisiatif seperti ini akan membuka peluang lebih ramai pelajar Malaysia untuk memilih perakaunan sebagai karier pilihan,” kata Teo Ee Seng, Ahli Jawatankuasa Majlis Penasihat ACCA Malaysia.

    “Standard peperiksaan CAT pada peringkat akhir sebenarnya sama taraf dengan peperiksaan Tahun Pertama untuk kursus Ijazah dari UK,” jelas Teo lagi.

    Nota kepada editor

    1. The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan pertubuhan perakaunan profesional yang terbesar di dunia, dengan 115,00 orang ahli dan 296,000 pelajar di 170 buah negara.
    2. Kebanyakan pelajar di Malaysia mengikuti pengajian CAT selepas SPM. Selapas tamat pengajian CAT, pelajar mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau menyambung pengajian kelayakan professional ACCA untuk menjadi akauntan dan professional dalam bidang kewangan
    3. Kini terdapat lebih 6,000 pelajar sedang mengikuti pengajian ACCA di Malaysia. Malaysia menduduki tempat ke-2 di dunia dari segi jumlah pelajar teramai mengikuti pengajian CAT.

    DIKELUARKAN OLEH ACCA

    Untuk keterangan lanjut:

    Ainul Ibrahim
    Pengurus, Komunikasi Korporat
    +(603) 2713 5051ext: 17, 019-2869068
    ainul.ibrahim@my.accaglobal.com

    TARIKH SIARAN: 12 MAC 2008
    DISIARKAN OLEH, BERNAMA PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA

  3. Cg Narzuki Says:

    MASB PERKENAL STANDARD PERAKAUNAN ISLAM BARU TAHUN DEPAN
    Thu, 4 Mar 2004

    KUALA LUMPUR 3 Mac – Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) akan memperkenalkan standard perakaunan Islam baru melibatkan skim Ijarah (sewa atau pajak) pada suku pertama tahun depan.

    Pengarah Teknikal MASB, Dr. Nordin Mohd Zain berkata, ketika ini kira-kira 60 peratus daripada standard perakaunan Ijarah itu telah disiapkan.

    Beliau berkata, MASB juga sedang merangka standard perakaunan melibatkan takaful, zakat dan murabahah yang akan memakan masa beberapa tahun sebelum dapat disiapkan.

    “Sebelum ini MASB telah pun mengeluarkan standard perakaunan pertamanya bagi institusi kewangan Islam (perbankan Islam) yang berkuat kuasa mulai bulan Januari 2003,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis taklimat melibatkan MASB dan Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASB) di sini hari ini.

    Nordin menambah, MASB sedang bekerjasama rapat dengan beberapa lembaga perakaunan Asia Barat bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat dalam merangka standard perakaunan yang sedang diusahakannya.

    Sementara itu Pengerusi IASB, Sir David Tweedie berkata, tujuan pertemuan dengan MASB ialah untuk membincangkan cara-cara pelaporan perakaunan syarikat korporat di seluruh dunia dapat diseragamkan.

    Beliau berkata, Malaysia ketika ini manerima pakai lebih 95 peratus standard perakaunan IASB yang menjadikannya berada pada kedudukan antara paling teratas dalam senarai negara yang melaksanakan standard tersebut.

    “Kita mahu Malaysia menyumbang kepada pembentukan satu standard yang wajar menjadi amalan semua syarikat dunia,” katanya sambil menambah standard tersebut dijangka dapat direalisasikan.

  4. ihsan Says:

    cg markah mnimum untuk dpt kn lcci berapa???
    ada kah markah akan turun???

  5. Cg Narzuki Says:

    Ihsan,

    Sila rujuk DISINI.

  6. Wong Says:

    Cikgu, bolehkah saya tahu adakah LCCI sama taraf dengan diploma yang diperoleh dari STPM ataupun sijil STPM mempunyai taraf yang lebih tinggi dari LCCI?

  7. Cg Narzuki Says:

    Wong,

    LCCI ada 3 level:
    Level 1 Certificate in Book-keeping
    Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts
    Level 3 Certificate in Accounting ………. (DIPLOMA LCCI)

    Pelajar2 yang layak mendapat sijil LCCI dalam SPM 2008, sekiranya berminat untuk menceburi bidang perakaunan sebagai kerjaya boleh terus menduduki menduduki Level 3 bagi memperolehi Diploma LCCI dalam masa yang singkat berbanding dengan pelajar yang tidak layak mendapat sijil LCCI.

  8. nurasyikin Says:

    salam cikgu..sy ini bukan yer pelajar spm..sy berminat dalam bidang akaun nie.sy sudah mempunyai ubs accounting n payroll.sy berminat untuk mengambil LCCI sampai ke level 3..bagaimana sy ingin mengambil krusus ini..sy memang berminat..dan mempunyai cita2 seorg akauntan.sy berharap cikgu dpt memberi maklumat mengenai sijil LCCI di mana harus sy daftar.

  9. Cg Narzuki Says:

    Nurasyikin,

    Tahniah Cg ucapkan kerana berusaha untuk meningkatkan potensi diri ke peringkat yang lebih tinggi demi untuk mencapai cita2 sebagai akauntan.

    Sebenarnya Cg sendiri kurang arif tentang ini, sekiranya inginkan maklumat tentang LCCI bolehlah layari laman LCCI di http://lcciasia.com/.

    Daripada pencarian Cg, Cg terjumpa dengan laman Institut Profesional Baitulmal (IPB) di alamat http://www.ipb.edu.my/ipb/ . Di mana IPB merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta menawarkan kursus-kursus profesional LCCIIQ, CAT (ACCA) dan Program Usahasama dengan UiTM. Cuba layari laman tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

    Itu saja yang dapat Cg bantu, semoga cita-cita anda tercapai, InsyaAllah.

  10. dee Says:

    apa maksud chartered accauntant??
    perlukah sy mengambil course ini untk jd pensyarah akaun??

  11. ara Says:

    cg, sya student akaun diploma. pensyarah sya ad memberitahu mengenai peperiksaan lcci(MYOB). pda pndgan sya, sya mgkin akan tmat tempoh tamat degree pda 2013. jd besar kmugknan xde lg progrm lcci. mgkin sudah di upgrade. ptutkah sya mngmbil xam itu?

  12. Cg Narzuki Says:

    Ara,

    Pada pandangan Cg, buat masa ini teruskan dengan Degree dan dapatkan keputusan cemerlang. Cg tidak tahu sangat tentang peperiksaan LCCI (MYOB) yang dimaksudkan, jadi cuba dapatkan pandangan mengenainya daripada pensyarah anda adalah lebih baik.

  13. TEH Says:

    cg,
    nk tanya itu soalan gerak gempur PA SPM 2009 ialah kementerian sediakan atau cg sila?

  14. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Soalan2 gerak gempur apa2 subjek pun tidak disediakan oleh kementerian. Ianya adalah inisiatif guru2 itu sendiri menyediakannya untuk kegunaan/persediaan anak didik masing2 dalam menghadapi SPM nanti. Terima kasih diucapkan kepada Cg Sila di atas kesudian beliau berkongsi bahan tersebut dengan rakan guru lain dan pelajar2 sekalian.

  15. amirah Says:

    SALAM….
    cikgu saya sedang mencari jawapan anchor 2009 dan 2010
    dimana boleh sy dapatkan jawapannye??
    trima kasih…

  16. Cg Narzuki Says:

    Amirah,

    Sila ke post KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN UNTUK JURULATIH UTAMA dan muat turun jawapannya disana.

  17. amirah Says:

    salam….
    trima kasih kerana membantu…..
    sy bersekolah di negeri sembilan dan menduduki spm pada tahun ini.sy mendapat cikgu baru pada tahun ni
    kadang kala saya bermasalah untuk memahami ape yang di ajar olehnya kerana lain dr ckg akaun yang lain dan tekniknya agak susah skt
    alhamdulillah sy diberi peluang untuk mengenali laman ckg
    sy akan gunakan peluang ini sebaiknya doakan saya ye ckg….hehehe….
    tp ckg bile blajar kwn asyik bertanye dan sy xkisah tp mst sy yang plng last siap walaupon sy yang ajar diorng haru jugak kadang-kadang…..

  18. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Setiap cikgu ada cara dan teknik pengajaran masing2, ada yang sama dan ada yang berbeza. Perbezaan juga berlaku disebabkan oleh pengalaman seseorang cikgu itu sendiri. Tapi itu semua adalah diluar kawalan kita. Apa yang penting sebagai pelajar yang inginkan kecemerlangan, mesti bijak mengatur langkah, berusaha bersungguh2, banyakkan latihan, bertanya dan terus bertanya sehingga kita memahami dan menguasai sesuatu topik yang dipelajari.

    Mengajar kawan2 yang lain, sangat2 membantu kita untuk lebih memahami apa yang telah dipelajari dan juga akan meningkatkan tahap keyakinan diri, maka teruskan. Siapkan latihan awal, jadikan diri kita sebagai contoh dan tempat merujuk kawan2 yang lain. Cg doakan anda akan berjaya, InsyaAllah.

  19. amirah Says:

    trima kasih ckg……

  20. marzuqi jaafar Says:

    saya seorang pelajar lepasan spm..saya ingin pendapat dari ckgu,,antara diploma accountancy dengan CAT(Certified Accounting Technician ),yang mana lagi ok??

  21. Cg Narzuki Says:

    Buat masa ini Cg berpendapat CAT lagi ok.

  22. marzuqi jaafar Says:

    kenapa CAT lagi ok??boleh bagi penerangan x?saya tidak berapa paham tentang CAT

  23. Cg Narzuki Says:

    Berikut adalah petikan daripada artikel sebelum ini.

    CAT adalah program asas bagi kelayakan Profesional ACCA. Program ini merupakan langkah pertama untuk mendapatkan kelayakan profesional ACCA dan untuk mejadi akauntan bertaraf dunia.

    The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan pertubuhan perakaunan profesional yang terbesar di dunia, dengan 115,00 orang ahli dan 296,000 pelajar di 170 buah negara.

    Kebanyakan pelajar di Malaysia mengikuti pengajian CAT selepas SPM. Selapas tamat pengajian CAT, pelajar mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau menyambung pengajian kelayakan professional ACCA untuk menjadi akauntan dan professional dalam bidang kewangan.

    Sebagai tambahan, boleh baca post BERIKUT (klik).

  24. muhamad hakim Says:

    salam cikgu..
    nk tanya sikit…kalau kite dpat A dlam prinsip akaun..ap yg ckgu syorkan..ambil degree dlam akaun..lepas tu baru ambil ACCA..atau terus ambil ACCA tanpa perlu ambil degree?

    terima kasih

  25. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Pada pandangan Cg, jika Hakim memang bertekad menceburi bidang perakaunan sebagai kerjaya, maka adalah lebih baik terus ambil ACCA. Tetapi jika masih samar2 atau mengharapkan peluang kerjaya dalam beberapa bidang yang lain, maka adalah dicadangkan ambil degree terlebih dahulu.

Leave a Reply