Akaun Kawalan

AKAUN KAWALAN PENGHUTANG

Penghutang merupakan ASET : (Dt : Pertambahan, Kt: Pengurangan)

DEBIT – semua urusniaga yang MENAMBAHKAN jumlah HUTANG PENGHUTANG.

Contoh :
a. Jualan secara kredit
b. Bank (bagi cek tak layan)
c. Diskaun diBeri (dibatalkan)
d. Faedah dikenakan keatas penghutang

KREDIT – semua urusniaga yang MENGURANGKAN jumlah HUTANG PENGHUTANG.

Contoh :
a. Bank – Bayaran oleh penghutang.
b. Pulangan Jualan
c. Diskaun diBeri
d. Hutang lapuk
e. Kontra – Pindahan dari / ke Lejar Belian

PERHATIAN : – Ada urusniaga yang tidak perlu dimasukkan dalam Akaun Kawalan Penghutang atau Akaun Kawalan Pemiutang. Iaitu :

a. Jualan secara tunai
b. Belian secara tunai
c. Peruntukan Hutang Ragu
d. Hutang Lapuk Terpulih

AKAUN KAWALAN PEMIUTANG

Pemiutang merupakan LIABILITI SEMASA : (Dt : Pengurangan, Kt: Pertambahan)

DEBIT – semua urusniaga yang MENGURANGKAN jumlah HUTANG DENGAN PEMIUTANG.

Contoh :
a. Pulangan Belian
b. Bank (pembayaran kepada pemiutang)
c. Diskaun di terima
d. Kontra (Pindahan dari / ke Lejar Jualan)

KREDIT – semua urusniaga yang MENAMBAHKAN jumlah HUTANG DENGAN PEMIUTANG.

Contoh :
a. Belian (belian secara kredit)
b. Faedah dikenakan oleh pemiutang
c. Angkutan dikenakan oleh pemiutang
d. Bank (jika terlebih bayar)

KESILAPAN UMUM PELAJAR

Antara kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah :

1. Terlupa menolak jualan tunai daripada jumlah jualan untuk mencari jualan kredit.

2. Terlupa menolak belian tunai daripada jumlah belian untuk mencari belian kredit.

3. Hutang Lapuk Pulih tidak ditolak daripada jumlah bayaran yang dibuat oleh penghutang untuk menunjukkan jumlah yang sebenar diterima daripada penghutang.

4. Pelajar memasukkan butiran urusniaga yang tidak sepatutnya ada dalam Akaun Kawalan Penghutang atau Akaun kawalan Pemiutang iaitu : JUALAN TUNAI, BELIAN TUNAI, HUTANG LAPUK TERPULIH dan PERUNTUKAN HUTANG RAGU.

104 Responses to “Akaun Kawalan”

  1. Raimi Says:

    Sape2 blh tolong ajar sy tentang Akaun Kawalan. Tak faham ler….. Kenapa pemiutang belah debit? Kenapa penghutang belah Kredit? Semuanya terbalik…………………….

  2. Syakirin Says:

    Raimi,

    Pemiutang kita letakkan dibahagian debit apabila kita bayar hutang terhadap mereka (pemiutang berkurang) dan begitu juga dengan Penghutang kita letak dibahagian kredit jika mereka menjelaskan hutang (iaitu penghutang berkurang).

  3. Syakirin Says:

    Cikgu, dalam Ak. Kawalan Penghutang, di mana kita nak letakkan Hutang Lapuk Pulih? Adakah belah Debit atau kredit?

    Bagaimana pula dengan Hutang Lapuk dihapuskan? Adakah item ini diletakkan di bahagian kredit Ak. Kawalan Penghutang?

  4. Cg Narzuki Says:

    Syakirin,

    Terdapat 4 perkara yang terdapat dalam soalan tetapi tidak perlu dimasukkan dalam Akaun Kawalan Penghutang @ Pemiutang, iaitu:

    1. Hutang Lapuk Terpulih
    2. Peruntukan Hutang Ragu
    3. Jualan Tunai
    4. Belian Tunai

    PERHATIAN: Perkara tersebut sengaja dimasukkan dalam soalan bagi menguji kefahaman pelajar tentang Akaun Kawalan Penghutang / Pemiutang.

    HUTANG LAPUK dihapuskan merupakan belanja hutang lapuk, yang mana akan mengurangkan jumlah penghutang. Oleh itu ianya perlu dicatat di sebelah KREDIT dalam Akaun Kawalan Penghutang.

  5. Cg Narzuki Says:

    TIP SPM !

    Penekanan harus diberi bagi konsep berikut :

    1. Jumlah jualan dalam Akaun Kawalan Penghutang merujuk kepada jualan kredit sahaja.
    2. Jumlah belian dalam Akaun Kawalan Pemiutang merujuk kepada belian kredit sahaja.
    3. Jumlah pembayaran oleh penghutang tidak termasuk hutang lapuk terpulih.

  6. ela Says:

    cg…
    tuk sukatan pljaran bru ne kan..
    akaun kawalan da dtukarkan kew form 4 kan??
    n ada bab penggajian…
    n so on..
    cg..
    sy nk tya
    cg ada ltihan x tuk sma bab form 4 dan 5??
    tanx

  7. ciknon Says:

    dalam ak kawalan di bhg akhir soalan terdapt ayat spt ni:
    31hb baki kredit lejar belian RM200
    baki debit lejar jualan RM250

    bagaimana kita masukkn dlm ak kawalan penghutang n pemiutang. adakah ini dianggap baki h/b pada tarikh tersebut atau itu adalah baki b/b pada 1hb bulan berikutnya. tq

  8. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Cg cadangkan beli saja buku-buku soalan yang terdapat dipasaran sebagai latihan kerana didalamnya ada disediakan jawapan boleh dijadikan rujukan. Serta muat turun soalan2 di B-MUAT TURUN SOALAN yang telah Cg sediakan.

    Cg Ciknon,

    Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pelajar, baki2 tersebut merupakan BAKI AKHIR yang merujuk kepada BAKI B/B pada bulan berikutnya. Jika disebut baki KREDIT, maka letakkan disebelah KREDIT sebagai BAKI B/B dibawah jumlah kemudian pindahkan disebelah DEBIT sebagai BAKI H/B dan begitulah sebaliknya.

  9. sye Says:

    salam cg narzuki,
    saya nak tanya pasal jawapan pada buku teks…soalan no 10. untuk tajuk akaun kawalan ni…
    jawapan untuk belian dan jualan kredit saya dah dapat…tapi bila nak sediakan akaun perdagangan, saya jadi keliru kerana jawapan yg disediakan tidak sama dengan ape yang saya dapat.
    harap cg narzuki dapat membantu saya…tq

  10. Cg Narzuki Says:

    Sye,

    Dalam penyediaan Akaun Perdagangan jumlah JUALAN dan BELIAN perlu diberikan perhatian, di mana :

    JUALAN = Jualan Tunai (Buku Tunai) + Jualan Kredit (AK Penghutang)

    BELIAN = Belian Tunai (Buku Tunai) + Belian Kredit (AK Pemiutang)

  11. Hanna Says:

    Cg, di dlm Ak. Kawalan Penghutang, kat mana nak letak ‘cek diterima daripada penghutang’?

  12. Hanna Says:

    Cg, lg satu sy nak tanya, kalo ‘pulangan masuk’ dan ‘cek tak laku’ nak letak sebelah dt atau kt dalam ak. kawalan penghutang?

  13. Cg Narzuki Says:

    Hanna,

    Cara mudah kembali kepada asasnya iaitu PENGHUTANG ialah ASET, di mana BERTAMBAH disebelah debit dan BERKURANG disebelah kredit.

    1. “cek diterima daripada penghutang” – MENGURANGKAN jumlah hutang, maka di sebelah KREDIT.

    2. “Pulangan Masuk” – MENGURANGKAN jumlah hutang, maka di sebelah KREDIT.

    3. “Cek tak laku” pula ceritanya begini, semasa kita terima cek tersebut kita telah TOLAK jumlah hutang (dikreditkan-hutang berkurang), tetapi oleh kerana cek tersebut tidak laku, maka jumlah hutangnya perlulah diTAMBAH semula, iaitu dicatatkan disebelah DEBIT.

  14. sye Says:

    salam..

    tq atas maklumat tu..
    saya tahu belian dan jualan mesti dicampurkan sekali untuk dapatkan belian atau jualan sebanar.
    cuma saya keliru dengan item gaji pekerja restoren..
    kalau item itu dimasukkan barulaj saya akan dapat jawapan yang sama dengan buku.
    bleh cikgu jelaskan kenapa item ini perlu dimasukkan?
    tq..

  15. Cg Narzuki Says:

    Sye,

    Memang betul apa yang telah dibuat oleh Sye, Gaji pekerja restoran tidak sepatutnya dimasukkan dalam Ak. Perdagangan untuk mencari Untung Kasar. Sebaliknya dalam Ak Untung Rugi untuk mencari Untung Bersih.

    Walaubagaimanapun, jika diandaikan Restoran tersebut kecil dan tiada belanja2 yang lain lagi, maka boleh dimasukkan terus ke Ak Perdagangan Restoran tetapi jumlah RM5,923 hendaklah ditulis sebagai UNTUNG BERSIH.

  16. sye Says:

    Cg,
    tetapi kalau dimasukkan dalam belanja, jawapan tu tak akan dapat 5923 sebab ada item diskaun dan hutang apuk tu semua…

  17. Cg Narzuki Says:

    Sye,

    Selepas Cg rujuk soalan tersebut dalam buku teks, didapati jawapan Untung Kasar RM5923 yang diberikan adalah salah kerana telah mengambilkira gaji pekerja restoran. Cadangan jawapan Cg ialah Untung Kasar RM6473.

  18. ciknon Says:

    jika mengikut apa yg cg beritahu tntg jwpn buku teks yg salah sbb beri jawapan utk UB bukan UK saya setuju. sebenarnya ada lagi kesilapan yg sama dilakukan dlm tajuk kelab dan persatuan di mana gaji dimasukkan utk dptkan UK. sepatutnya soalan terus minta pelajar cari UB sahaja. apa kata jika jwpn tidak disediakan dlm buku teks, adakah pelajar tahu mereka telah melakukan kesalahan?

  19. Cg Narzuki Says:

    Bagi soalan Ak. Kawalan tersebut, dikehendaki menyediakan Akaun Perdagangan, ini bermaksud ianya dikehendaki mencari UNTUNG KASAR sahaja. Maka gaji pekerja restoran tidak boleh diambilkira, ini menyebabkan jumlah Untung Kasar yang diberi tidak tepat. Dalam mana-mana buku sudah pasti ada sedikit kesilapan. Ada kebaikannya jawapan disediakan dalam Buku Teks, supaya pelajar sendiri boleh semak jawapan yang disediakan betul atau salah. Jika salah maka pelajar akan bertanya dan mencari dimana kesalahan / kesilapan yang telah dilakukan dan secara tidak langsung pelajar akan memberi perhatian supaya kesilapan yang sama tidak akan dilakukan lagi serta dapat belajar sesuatu daripadanya. Jika tiada jawapan disediakan, maka pelajar tidak akan tahu bahawa mereka telah silap, sehinggalah ditegur oleh guru.

    Perniagaan Restoran dalam soalan tersebut berbeza dengan Restoran/ Kedai Minuman dalam Akaun Kelab dan Persatuan di mana skop perniagaannya lebih kecil. Penyediaan Akaun Perdagangan dalam Ak Kelab dan Persatuan adalah bertujuan untuk mencari keuntungan restoran/ kedai minuman, iaitu merupakan PENDAPATAN kepada Kelab dan perlu dimasukkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan untuk mencari LEBIHAN / KURANGAN bagi Kelab. Oleh itu penyediaan Akaun Perdagangan dalam Topik Akaun Kelab dan Persatuan adalah untuk mencari UNTUNG BERSIH, di mana dalam buku teks menggunakan UNTUNG RESTORAN, UNTUNG MINUMAN atau UNTUNG DAGANGAN. Manakala UNTUNG KASAR tidak sesuai untuk digunakan dalam kes tersebut.

  20. Jess Says:

    mengapa baki b/b akaun kawalan penghutang ada di dua delah iaitu di debit dan kredit?mengapa mempunyai dua baki b/b?

  21. Jess Says:

    apa itu baki minoriti?

  22. Cg Narzuki Says:

    Jess,

    Untuk memahaminya, pastikan anda memahami :
    1. Apa itu Akaun Kawalan,
    2. Apa kaitannya dengan akaun2 penghutang (dalam Lejar Penghutang).
    3. Kenapa wujud penghutang berbaki kredit.

    Kemudian baru anda faham kenapa Akaun Kawalan Penghutang mempunyai 2 baki (debit dan kredit).

    Cg tak pasti apa itu “BAKI MINORITI”, harap maaf.

  23. Jess Says:

    bolehkah cikgu terangkan?
    terima kasih ya..
    i appreciate it
    ^^

  24. Cg Narzuki Says:

    Jess, Cg lebih suka memberi bimbingan daripada memberikan jawapan terus tanpa mengetahui anda betul2 faham atau tidak. Untuk itu Cg minta Jess jawab 3 soalan tersebut, kemudian Cg bimbing samada jawapan yang diberikan itu tepat atau sebaliknya. Dengan cara ini Cg dapat mengetahui sejauh mana anda memahaminya dan memudahkan Cg untuk membantu.

  25. ciknon Says:

    saya ingin mendptkan kepastian tntg ak kawalan. jika baki 1hb (baki b/b) ada di dt dan kt, adakah baki h/b juga nanti akn berakhir dgn dt dan kt juga iaitu ada dua baki?
    saya juga ingin bertanyakan tntg pembetulan kesilapan. jika tk salahnya soalan kertas dua tidak pernah keluar soalan ini. yg banyak ditanya ialah dlm kertas obj. adakah kita perlu membrikan tumpuan lebih kpd tajuk ini memandangkan ia bukan tajuk popular. jika kena, bhg mana yg lebih penting catatan jurnal am atau mendraf semula I/D(tanpa catatan jurnal am)? tq

  26. Cg Narzuki Says:

    Ciknon,

    Walaupun Baki b/b (1 hb) ada dua baki, baki akhir nanti tidak semestinya ada 2 baki juga. Untuk menentukan samada baki akhir ada 2 atau 1, kita rujuk kepada maklumat yang diberikan dalam soalan. Contohnya Ak Kawalan Penghutang :
    1. Jika diberikan baki KREDIT dalam lejer jualan /penghutang … maka baki DEBIT sudah semestinya ada kerana aset berbaki debit (bagi penghutang) – maka kedua2 baki dt dan kt akan wujud.
    2. Jika dalam soalan TIDAK diberikan baki akhir KREDIT, maka hanya ada baki akhir DEBIT sahaja.
    # Begitulah sebaliknya bagi kes Akaun Kawalan Pemiutang.

    Setiap tajuk saya berikan tumpuan, walaupun bukan topik popular… untuk lebih selamat kita ikut soalan dalam buku teks.

  27. Jess Says:

    akaun kawalan disediakan adalah untuk mengelakan penyelewengan wang di sesebuah syarikat..

    akaun penghutang akan menambahkan wang kita(kerana penghutang hutang wang kepada kita)

    akaun penghutang berbaki kredit kerana ia akan menjadi baki b/b pada bulan depan..(ia juga bermakna kita untung)

    adakah benar?kerana saya amat lemah dalam akaun kawalan..
    terima kasih..
    jika jawapan saya salah,harap cikgu dapat memberi bantuan dan bimbingan..
    terima kasih^^

  28. Cg Narzuki Says:

    Secara ringkasnya Ak Kawalan merupakan RUMUSAN semua akaun2 penghutang dan akaun2 pemiutang. Ianya disediakan dalam Lejar Am.

    Tujuan penyediaan AK kawalan ialah :
    1. memudahkan mengetahui jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang.
    2. kesilapan dan kesalahan – mudah dan cepat dikesan dan diperbetulkan.
    3. penipuan dan pemalsuan dapat dikesan dan dicegah.

    Akaun Penghutang merupakan ASET (berbaki DEBIT – harta kita). Walaubagaimanapun akan terjadi kes dimana Penghutang kita bertukar menjadi PEMIUTANG (untuk sementara) iaitu berbakai KREDIT. Sebabnya :
    1. Penghutang bayar terlebih – hutang RM1000 tetapi tersilap tulis cek RM1200, maka kita terhutang dengannya sebanyak RM200 (dia sudah jadi pemiutang kita – BERBAKI KREDIT)
    2. Penghutang memulangkan barang (pulangan jualan) selepas akaunya dijelaskan. – Jadi kita terhutang.
    3. Kita berikan elaun/potongan selepas penghutang jelaskan semuanya. – Kita telah terhutang.

    Jumlah hutang tersebut adalah SEMENTARA sahaja kerana pada bulan hadapan jumlah tersebut akan ditolak dengan jumlah jualan kredit yang baru. Contohnya jualan kredit pada bulan depan RM1500 tetapi kita telah terhutang sebanyak RM200, maka jumlah hutang yang perlu dibayar nanti hanyalah RM1300 sahaja.

    Kenapa ada 2 baki dalam AK Kawalan.
    Ak Kawalan = himpunan akaun2 penghutang
    Penghutang A – berbaki debit RM2000
    Penghutang B – berbaki debit RM1500
    Penghutang C – berbaki kredit RM200

    Maka dalam Ak Kawalan akan wujud baki debit dan baki kredit, iaitu :
    Baki b/b – debit (2000+1500) RM3500
    Baki b/b – kedit RM200

    Bagi Ak Kawalan Pemiutang pula adalah sebaliknya.

  29. Syafiq Says:

    sye nak tanye ape yg kena msk akaun kawalan penghutang n ape yg kena msk akaun kawalan pemiutang?……

  30. Cg Narzuki Says:

    Syafiq,

    Cg telah nyatakan item2 yang terlibat dengan AK Penghutang dan AK Pemiutang sama ada di sebelah Debit atau Kredit dalam nota di atas.

  31. Syafiq Says:

    Cg,

    betul ke ape yg sye tulis ni?..

    Pembekal bile ke ak.kawalan ialah Pemuitang
    Pelanggan bile ke ak.kawalan ialah Penghutang

    Sye x berape faham sgt…coz baru je belajar bab ni…

    TQ….Cg

  32. Cg Narzuki Says:

    Syafiq,

    Belian barang niaga secara kredit daripada pembekal, ianya bermaksud pembekal adalah PEMIUTANG. Jadi urusniaga yang berkaitan dengan pembekal seperti pulangan kepada pembekal, faedah dikenakan oleh pembekal, bayaran kepada pembekal dsb. perlu dimasukkan dalam Akaun Kawalan PEMIUTANG.

    Manakala PELANGGAN pula merupakan PENGHUTANG apabila kita jual barang niaga secara kredit kepada mereka. Oleh itu urusniaga yang melibatkan pelanggan perlu dimasukkan dalam Akaun Kawalan PENGHUTANG.

  33. Syafiq Says:

    Cg,

    Sye nak tanye btul ke ape yg cikgu skolah sye ckp mulai thn lps bdk2 SPM yg lulus akaun akan dpt sijil ACCA?……

    dan soalan2 akaun SPM pon susah?……

  34. Cg Narzuki Says:

    Syafiq,

    Memang betul apa yang cikgu anda nyatakan itu, Sila rujuk DISINI, untuk maklumat lebih lanjut.

    Soalannya bukannya susah sangat, cuma Soalan 2 dan 3 menggunakan gaya penyoalan format LCCI yang mana agak berlainan sedikit berbanding dengan soalan2 SPM tahun2 lepas. Ianya dikatakan “SUSAH” kerana kami sendiri cikgu2 tidak pernah didedahkan dengan format2 sedemikian sebelum ini.

  35. Syafiq Says:

    Assalammualaikum,

    Ty Cg atas info ni….

  36. Syafiq Says:

    Assalammualaikum,
    Cg,

    sye nak tanye kenapa bile urusniaga,bayaran kpd pembekal atau penerimaan drpd pelanggan…Butiran dlm Ak kawalan adalah ‘Bank’?…..

    boleh Cg terangkan?….

    Ty…Cg….

  37. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumusalam,

    Kita lihat kepada catatan bergunya :

    1. Bayaran kepada pembekal/pemiutang.
    Dt: Pemiutang
    Kt: Bank

    2. Penerimaan daripada pelanggan/penghutang.
    Dt: Bank
    Kt: Penghutang

    Jadi dalam Ak. Kawalan Pemiutang dan Ak Kawalan Penghutang, butirnya sudah tentu pasangan bergunya iaitu BANK. Perniagaan kebiasaanya menggunakan cek dalam membuat sebarang pembayaran berbanding TUNAI.

  38. lala Says:

    cikgu skola ajar lain sikit.agak pening!

  39. Cg Narzuki Says:

    Lala,

    Pendekatan yang digunakan oleh setiap cikgu mungkin berlainan sedikit. Ianya bergantung kepada kefahaman, pengetahuan dan pengalaman cikgu itu sendiri. Apa yang penting sebagai pelajar, anda hendaklah banyaklah LATIHAN dan sentiasa bertanya dan bertanya sehinggalah anda betul2 jelas maksudnya dan faham cara menyediakannya.

  40. ela Says:

    salam cg…
    maafla kalu sy tya kt cne
    tp nk tya sal bab bru yg dgtaw….
    cmna nak stdy bab penggajian…n yg len tue..
    tlg ajar sy
    tanxxxxx!!!!!

  41. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Bab Pengajian dalam Huraian Sukatan Pelajaran Baru akan mula dilaksanakan pada pelajar tingkatan 4 tahun 2010 nanti. Bagi tahun 2009, masih mengunakan sukatan lama sebagaimana yang terkandung dalam Buku Teks yang sedia ada sekarang.

  42. Syafiq Says:

    Assalammualaikum,
    Cg,

    cikgu sy x paham sgt dgn soalan akaun kawalan ni…
    mane yg msk kena ak.kwln penghutang n mane yg msk ak.kwln pemiutang….bleh cg ajar?…
    (a)Pada 1 januari 2007
    stok barang niaga—–RM11050
    (b)Urus niaga yg berlaku akhir thn 31 disember 2007
    Pembayaran kepada pemiutang
    wang tunai——RM5240
    cek——RM31920

    Penerimaan drpd pemiutang
    wang tunai—-RM7230
    cek(termsk hutang terpulih RM820)—-RM55130
    (c)Hutang lapuk dihapus kira
    (d)faedah dikenakan ke atas akaun pelanggan lewat bayar—RM1125

  43. Syafiq Says:

    n terangkan ?…..maaf lupe nak tulis…

    Tq…Cg…

  44. Cg Narzuki Says:

    Syafiq,

    Secara ringkasnya,
    1. Urusniaga yang melibatkan PENGHUTANG atau JUALAN KREDIT akan masuk Ak Kawalan Penghutang.
    2. Urusniaga yang melibatkan PEMIUTANG atau BELIAN KREDIT akan masuk Ak Kawalan Penghutang.

    (a) hanya nilai stok awal – TIDAK melibatkan penghutang atau pemiutang, maka abaikan.

    (b) bayar kepada pemiutang – Ak Kawalan Pemiutang sebelah mengurangkan hutang :
    DT: Tunai RM5,240
    DT: Bank RM31,920

    (c) Penerimaan drpd PENGHUTANG (bukan pemiutang)
    wang tunai—-RM7230
    cek(termsk hutang terpulih RM820)—-RM55130

    Maka, Ak Kawalan Penghutang, sebelah mengurangkan hutang.
    KT: Tunai RM7,230
    Kt: Bank RM54,310 (iaitu 55130-820)
    # hutang lapuk terpulih tidak melibatkan akaun penghutang, jadi perlu ditolak.

    (d) HUTANG LAPUK melibatkan penghutang, maka Ak Kawalan Penghutang sebelah mengurangkan iaitu Kredit.

    (f) FAEDAH DIKENAKAN ATAS PENGHUTANG, maka menambahkan jumlah hutang penghutang di sebelah Debit.

  45. Syafiq Says:

    Assalammualaikum,
    Cg,

    kalau soalan tny Hutang lapuk dihapus kira—-2390 nak msk mane?….

    Tq….cg

  46. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,

    Hutang lapuk melibatkan Ak Kawalan penghutang, di mana jumlah penghutang akan berkurang, maka catat di sebelah KREDIT.

    Kalau dilihat dari segi catatan bergunya;
    Dt: Hutang Lapuk RM2390
    Kt: Penghutang RM2390

  47. deja Says:

    asalamualaikum cg,

    kenapa peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk terpulih tidak perlu dimasukkan dalam akaun kawalan?

  48. Cg Narzuki Says:

    Deja,

    Akaun Kawalan Penghutang adalah gabungan akaun2 penghutang. Jadi apa-apa urusniaga yang melibatkan Akaun Penghutang perlu dimasukkan dalam Ak Kawalan Penghutang.

    Sekiranya tidak melibatkan Akaun Penghutang, maka tidak perlu dimasukkan dalam Akaun Kawalan Penghutang. Contohnya,

    1. Jualan secara tunai - tidak melibatkan penghutang, iaitu :
    Dt: Tunai/Bank Kt: Jualan

    2. Hutang lapuk terpulih – juga tidak melibatkan akaun penghutang, iaitu :
    Dt: Tunai/Bank Kt: Hutang lapuk terpulih.

    3. Peruntukan Hutang Ragu – hanya melibatkan pengiraan atas jumlah penghutang sahaja, tetapi akaun penghutang tidak terlibat, di mana akaun yang terlibat ialah :
    Ak. Peruntukan Hutang Ragu, dan
    Ak. Pertambahan PHR atau Ak Pengurangan PHR

  49. tamil selvana/l muniandy Says:

    salam sejahtera cikgu.hari saya nah tanya tentang akaun kawalan.bagaimanakah buat akaun kawalan sebab saya tak faham akaun kawalan. sila ajar atau berikan nota dan format

  50. Cg Narzuki Says:

    Tamil selvana,

    Nota2 tentang Akaun Kawalan telah Cg sediakan. Perbincangan atau soalan-jawab berkaitan dengan masalah dalam penyediaan akaun kawalan juga telah dikemukakan diatas. Sila baca komen2 sebelum ini.

  51. Ira Says:

    Assalamualaikum.

    Boleh tak cikgu tolong saya bagaimana nak menjawab soalan ni. saya dah cuba jawab tapi keterangan sikit saja boleh saya huraikan. sedangkan markahnya 15 markah.

    a) Jelaskan maksud dan kepentingan akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang

  52. Cg Narzuki Says:

    Ira,

    Pada pandangan Cg, jika 15 markah diperuntukan untuk soalan tersebut.
    1. Maksud – 3 markah.
    2. kepentingan2 – 4 isi X 3 markah

    Setiap isi perlu ada – Huraian tentang isi dan Contoh yang berkaitan bagi menjelaskan maksud isi tersebut.

  53. Ira Says:

    Terima kasih ya

  54. yanti Says:

    slm..cikgu…nk tny…apa soalan ramalan akaun akn kluar utk thn nii..cikgu..tlg hantar soalan ramalan kt email sy….tlg antar dgn segera cikgu..

  55. Cg Narzuki Says:

    Yanti,

    Cg minta maaf kerana Cg tiada soalan ramalan, nasihat Cg perbanyakkan latihan terutamanya soalan2 tahun lepas dan soalan2 percubaan tahun ini dan juga tahun lepas. Ini kerana soalan2 percubaan merupakan soalan2 yang diramal oleh negeri masing2.

  56. Syafiq Says:

    As’kom…..
    cg,

    bleh kasi tau antara ak.kawalan penghutang n ak.kawalan pemiutang yg mane penjual,pembeli,pembekal n pelanggan..

  57. Cg Narzuki Says:

    Syafiq,

    PEMBELI adalah PELANGGAN dan merupakan PENGHUTANG (jika kita jual secara kredit), maka Ak KAWALAN PENGHUTANG.

    PENJUAL adalah PEMBEKAL dan merupakan PEMIUTANG (jika kita beli secara kredit), maka Ak KAWALAN PEMIUTANG.

  58. arwen Says:

    cg,

    dlm akaun kawalan, bil blm terima & bil blm bayar nk letak belah dt or cdt akaun phtg/ ak pemiutang?

  59. Cg Narzuki Says:

    Arwen,

    Ak Kawalan Penghutang (ASET)
    - urusniaga melibatkan penghutang / pelanggan / jualan secara kredit.
    - DEBIT : urus niaga yang akan MENAMBAHKAN jumlah hutang. Cthnya: jualan kredit, angkutan dikenakan keatas penghutang.
    - KREDIT : urus niaga yang akan MENGURANGKAN jumlah hutang. Cthnya: pulangan jualan, diskaun diberi, bayaran oleh penghutang.

    Ak Kawalan Pemiutang (LIABILITI)
    - urusniaga melibatkan pemiutang / pembekal / belian secara kredit.
    - KREDIT : urus niaga yang akan MENAMBAHKAN jumlah hutang.
    - DEBIT : urus niaga yang akan MENGURANGKAN jumlah hutang.

    Sila rujuk nota Cg di ATAS sana.

  60. arwen Says:

    thanx cg, tetapi sy sedikit confuse tentang bil blm byr.sy tiada basic accounting spm.skrg dip.so dlm akaun kawalan penghutang nk letak bil blm byr belah debit?coz tmbhkan hutang? is that correct?

  61. Cg Narzuki Says:

    Arwen,

    Ok, pertama kenal pasti ak. kawalan penghutang atau pemiutang yang terlibat.

    BIL BELUM BAYAR – sekiranya bermaksud kita yang belum bayar bil tersebut kerana belian barang niaga (belian secara kredit), maka AK KAWALAN PEMIUTANG yang terlibat. Hutang kita akan BERTAMBAH, maka catatannya disebelah KREDIT.

    BIL BELUM TERIMA – sekiranya bermaksud kita belum terima bayaran daripada jualan barang niaga (jualan secara kredit), maka AK KAWALAN PENGHUTANG yang terlibat dan dicatat disebelah DEBIT kerana hutang mereka BERTAMBAH.

  62. arwen Says:

    owh ok.thanx a lot cikgu

  63. kenanga_idaman Says:

    cikgu..
    cash flow perkara yg kite ramalkn akan berlaku atau pekara yg dah jadik?

  64. Cg Narzuki Says:

    Kenanga,

    Penyata Aliran Tunai boleh disediakan dalam 2 keadaan, iaitu :
    1. hanya jangkaan semata2 -sebagaimana yang dipelajari di Tingkatan 5 : Topik Belanjawan Tunai.
    2. perkara yang benar2 berlaku – yang akan dipelajari diperingkat matrikulasi atau diploma di IPT nanti.

  65. wani Says:

    kalau kt soalan tulis nak kontra, maknanya kena letak kat dua2 akaun ae?? kat a/k kawalan penghutang n a/k kawalan pemiutang.. btol ke cg??

  66. Cg Narzuki Says:

    Ya, kedua-dua perlu dimasukkan, itu yang dipanggil KONTRA, di mana satu akaun akan mengurangkan satu akaun yang lain. Dan ianya perlu dicatat disebelah yang MENGURANGKAN:
    1. Ak KawalanPenghutang – sebelah Kredit,
    2. Ak Kawalan Pemiutang – sebelah Debit

  67. wani Says:

    thanks ckgu…….. :)

  68. C.Shuib Says:

    salam.
    saya baru kena mengajar prinsip akaun T5 .dah lama saya tinggal dan banyaklah yg saya lupa. Jadi saya nak minta tolong cikgu jelaskan kenapa kontra dalam akaun kawalan “pindahan dari lejar jualan ke lejar belian” dan “pindahan dari lejar belian ke lejar jualan”kita kena masuk kedua2 dalam bahgian KREDIT untuk ak.kawalan penghutang dan kedua2nya DEBIT untuk ak.kawalan pemiutang.minta cikgu jelaskan.t.kasih

  69. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Katakan kita jalankan pernigaan buat dan jual perabot , dan Kilang Mamat menjalankan perniagaan kayu / papan.

    1. Kilang Mamat membeli perabot daripada kedai kita secara kredit, maka Kilang Mamat jadi Penghutang (rekod dalam Lejar Jualan)

    Dalam Lejar Jualan
    …………………. Ak Kilang Mamat (Sebagai Penghutang)
    Dt: Jualan………. 200

    2. Perniagaan kita memerlukan kayu untuk buat perabot, jadi kita belian kayu2 daripada Kilang mamat secara kredit. Maka Kilang Mamat (rekod dalam Lejar Belian)

    Dalam Lejar Belian
    …………………..Ak Kilang Mamat (Sebagai Pemiutang)
    …………………………….. Kt: Belian 300

    3. Oleh kerana Kilang Mamat adalah syarikat yang sama, maka kita akan lakukan catatan KONTRA, iaitu baki dalam Lejar Jualan akan dipindahkan ke Lejar Belian. Dan kedua-duanya akan MENGURANGKAN baki masing2. Catatanya :

    Dalam Lejar Jualan
    …………………. Ak Kilang Mamat (Sebagai Penghutang)
    Dt: Jualan………. 200 ….Kt : KONTRA …..200
    ……………………..==== ……………………….===

    Dalam Lejar Belian
    …………………..Ak Kilang Mamat (Sebagai Pemiutang)
    …………………………….. Kt: Belian …..300
    Dt : KONTRA ….. 200 Kt: Baki h/b …100
    …………………….====…………………..====
    Dt: Baki b/b …….100

    Kes yang sama jika Pindahan Lejar Belian ke Lejar Jualan. Kedua2 akaun tersebut mesti disebelah yang MENGURANGKAN baki akaun, Maka dalam kedua2 kes :
    1. Ak. Kawalan Penghutang (Aset) – KREDIT akan mengurangkan
    2. Ak. Kawalan Pemiutang (Liabiliti) – DEBIT akan mengurangkan

    Harap2 cikgu faham apa yang saya sampaikan.

  70. PUSAKAK BANGSA Says:

    alhamdulillah..tQ byk2 yg htr komen..budak kalau tak ke tuisyen pun da boleh jwb soalan ni.. asal follow discussion je..buat cg narzuki, moga dimurahkan rajikimu..terusin usahamu itu.

  71. zarina Says:

    cik, nak tanya akaun kawalan,ada baki awal dan akhir contohya, penghutang, baki awal 1000 dan baki akhir 3000, dlam akaun kwlan semua masuk tapi kenapa jawapan baki debit tapi baki akhir sebelah kredit??

  72. zarina Says:

    1/1/2006 31 dis 2006
    baki penghutang 1900 19610
    baki pemiutang 2280 7854

    jualan kredit 32000
    belian kredit 20000
    pulangan belian 480
    pulangan jualan 118
    faedah dikenakan oleh pemiutang 301
    diskaun diterima 573
    hutang lapuk 288
    diskaundiberi 760
    pndhan bki kredit lejar belian 224
    penerimaan wang drp pnghtg 12900
    pmbayaran kpd pemiutang 13450

    jawapan baki akaun kawalan penghutang 19610 kenapa ya?

    pemiutang= RM7854

    tak faham ini soalan tolong saya sifu

  73. Cg Narzuki Says:

    Maaf, soalan pertama – Cg tak faham.

    Dalam Soalan kedua. Jawapan bagi baki akhir telahpun diberikan dalam soalan. Cuma anda dikehendaki menyediakan Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang dengan lengkap berdasarkan maklumat yang diberikan. Imbang dan dapatkan baki akhir, Adakah SAMA baki yang anda dapat dengan Baki akhir yang telah diberikan. Sekiranya tidak sama, ini menunjukkan anda telah melakukan kesilapan, sama ada :

    1. Item dalam Ak Kawalan Penghutang tersilap catat dalam Ak Kawalan Pemiutang atau sebaliknya.
    2. Item disebelah debit tetapi dicatat disebelah kredit atau sebaliknya.
    3. Kesilapan dalam pengiraan.

  74. imah Says:

    salam.

    Saya ada pertanyaan;

    Dalam akaun kawalan penghutang, catatan bank sebelah kredit bermaksud penghutang tersebut membayar hutang kepada pemilik perniagaa.

    Manakala catatan bank sebelah debit bermaksud cek tak laku.

    Soalannya;
    dalam buku teks.. format yang ditunjukkan.. catatan bank di sebelah kredit adalah seperti berikut
    RM
    bank (penerimaan) xxxx

    manakala catatan bank sebelah debit adalah;

    bank (cek tak laku) xxxx

    adakah perlu atau mesti menyatakan maklumat dalam kurungan itu atau cukup sekadar menulis butiran ‘bank’ di kedua-dua lajur debit dan kredit?

    hal yang sama diskaun diberi (dibatalkan) iaitu di bahagian debit .. adakah memadai dengan menulis ‘diskaun diberi’ sahaja?

  75. Cg Narzuki Says:

    Dalam catatan kurungan hanyalah sebagai CATATAN/NOTA kepada pelajar sahaja. Ianya ditulis bagi memudahkan pelajar memahami apa yang hendak disampaikan. Serta catatan tersebut sangat membantu pelajar semasa melakukan ULANGKAJI disaat-saat akhir nanti.

  76. imah2010 Says:

    terima kasih cg..

  77. diana Says:

    cikgu,akaun kawalan ni sebenarnya antara tajuk yg amat penting ke

    AKAUN kawalan ni kuar gak ke dlm spm kertas dua? thnx byk2

  78. Cg Narzuki Says:

    Ya, ianya tajuk penting kerana ianya biasanya disoal bersama2 topik Kelab dan Persatuan, Rekod tak lengkap dalam kertas 2.

  79. anje93 Says:

    salam,cikgu..
    betul ke kalo nak tahu p/masuk tu adalah p/jualan dan p/keluar tu p/belian..betul ke cikgu?saya confuse tang ni…nak wat latihan susah kalo xtaw….
    tQ cikgu…

  80. Cg Narzuki Says:

    Pulangan Masuk = Pulangan Jualan
    ~ Barang niaga MASUK balik ke kedai kerana PELANGGAN (kita JUAL) pulangkan kerana rosak dan sebagainya.

    Pulangan Keluar = Pulangan Belian
    ~ Kita hantar KELUAR barang niaga yang diBELI kepada PEMBEKAL kerana rosak dan sebagainya.

  81. anje93 Says:

    cikgu ,saya xberapa paham laa camna nak letakkan baki h/b ni kat dalam a/k penghutang dan pemiutang.Kita nak letak camna…

  82. Cg Narzuki Says:

    Cuba faham dahulu cara2 untuk imbang dan tutup sesuatu akaun seperti langkah2 yang telah cg berikan sebelum ini. Jangan sekadar lihat saja contoh tersebut, cuba tulis semula contoh tersebut satu per satu mengikut langkah2 yang diberikan.

  83. anje93 Says:

    syukran cg…saya try!

  84. visa Says:

    cikgu saya nak tahu pasal kontra.Boeh cikgu jelaskan?

  85. Cg Narzuki Says:

    Sila rujuk komen Cg berhubung Catatan Kontra di ATAS(klik).

  86. john Says:

    ambilan, stok awal dan stok akhir kena rekod dalam akaun kawalan?

  87. Cg Narzuki Says:

    Ak Kawalan hanya mengambil kira urus niaga yang terlibat dengan penghutang dan pemiutang sahaja. Oleh kerana ambilan, stok awal dan akhir tidak melibatkan penghutang atau pemiutang, maka TIDAK masuk.

  88. john Says:

    thank you cikgu

  89. nong Says:

    cg..
    kami bru lpas slin nota..
    thx

  90. Sophia Says:

    cg..saya org baru sini..boleh tak ajar akaun kawalan?? saya tidak faham lar…

  91. Cg Narzuki Says:

    Kalau keseluruhannya tak faham adalah lebih baik bertanyakan cikgu anda disekolah, kerana disini tidak sesuai. Cuba fahami konsep2 penyediaan akaun kawalan itu sendiri, apa kaitan dengan akaun2 penghutang atau pemiutang, format / item2 yang terdapat dalam setiap akaun kawalan penghutang/pemiutang dll…. serta langkah2 dalam penyediaan akaun2 kawalan tersebut.

  92. Shah Says:

    assalammualaikum….
    dan selamat sejahtera…

    saya mendapati adik2 lebih kepada menghafal. ini bukan salah satu kaedah pembelajaran yang baik bg subjek perakaunan. Untuk memahami rekod perakaunan apa yg penting adalah konsep. Konsep asas ialah persamaan perakaunan, aset=liabliti+ekuiti…kalau nak terangkan apa itu aset, liabiliti dan ekuiti mmg panjang…bahasa yg paling senang..aset adalah harta kita…dan apa2 yg boleh ditukarkan kepada duit, liabiliti pulak..adalah hutang kita..atau apa2 yang memerlukan kita membuat bayaran pada masa yang ditetapkan…ekuiti pulak..adalah harta bersih kita…aset-liabiliti..maksudnya lebihan aset yg tidak dibiayai oleh sebarang liabiliti..

    macam tu juga konsep akaun kawalan penghutang (atau akaun belum terima) dan akaun kawalan pemuitang (atau akaun belum bayar). akaun kawalan penghutang adalah aset dan boleh menjana tunai pada masa akan datang. contohnya bila penghutang membayar hutang, kita akan dpt tunai..jadi bila kita dah dapat tunai..maka aset dalam bentuk hutang td sudah ditukarkan kepada tunai. sebab itu kene dt. tunai dan kt. akaun kawalan penghutang.
    dalam kontek jualan kredit pula. kalau kita jual barang dekat org, tp org xbayar lagi, namun begitu dalam prinsip perakaunan di bawah kaedah akruan, hasil jualan tetap perlu diikitiraf sbb jualan telah berlaku walaupun tunai belum diterima. sebab itu kene dt. akaun kawalan penghutang dan kt. hasil jualan. sebab apa kene debitkan akaun kawalan penghutang? sbb nnt suatu hari, ia boleh ditukarkan kepada tunai… harap adik2 phm ye…

    teruskanlah bidang ini, kerana ini adalah salah satu bidang profesional berprofil tinggi…=)

  93. Cg Narzuki Says:

    Shah,
    Terima kasih atas nasihat dan pandangan tersebut.

  94. Wong Says:

    Hi Cg,
    Berkenaan sukatan terbaru, akaun kawalan perlu disediakan dalam bentuk lajur. Dalam modul itu (ms 40), terdapat baki debit dan baki kredit lejar penghutang, jadi bagaimana ia disenaraikan dalam bentuk lajur?
    Formatnya begini
    Tarikh….Butir………………………Debit……..Kredit………Baki

  95. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan saya, penyediaan format berlajur sepertimana dalam modul tersebut tidak sesuai untuk Ak Kawalan yang mempunyai kedua-dua Baki debit dan baki kredit.

  96. Hafiz Taufiq Says:

    Askum,
    sy nk tnye kalau hutang lapuk terpulih perlukah dimasukkn ke dlm akaun kawalan penghutang contohnya:
    Penerimaan dari penghutang termasuk RM820 hutang lapuk terpulih RM40900
    Perlukah dimasukkn ke dlm akaun kawakan?????
    Dan 1lgi soalan kalau catatan kontra ada 1 prluhkah dimasukkn ke dlm kedua-dua akaun kawalan????

  97. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Catatan bergu bagi Hutang Lapuk Terpulih ialah :
    Dt: Tunai/Bank
    Kt: Hutang Lapuk Terpulih

    Ianya tidak melibatkan ak penghutang, maka tidak perlu dimasukkan dalam Akaun Kawalan Penghutang, sekiranya penerimaan tersebut termasuk HLT, maka jumlah penerimaan tersebut hendaklah diTOLAK dengan HLT.
    Maka, Ak Kawalan Penghutang – Kt: Bank (40900-820) 40080

    Pindahan / Kontra hendaklah dimasukkan dalam kedua2 Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang.

  98. confuse Says:

    bagaimana mengajar akaun kawalan bentuk lajur? bolehke ajar bentu T sahaja? pd pandangan ckg mcm mn? confuse akaun kawalan bentuk lajur dalam modul itu.

  99. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan saya, Ak Kawalan tidak sesuai menggunakan bentuk lajur kerana ianya melibatkan baki debit dan baki kredit dalam satu akaun.

  100. aisha Says:

    cigu,
    boleh tak saye ambil nota cigu ni??
    saye nak buat rujukan.

  101. Cg Narzuki Says:

    Boleh saja…

  102. SITI Says:

    salam cikgu, berkenaan dengan akaun penghutang….contohnya, syarikat pinjaman kepada ali, sebanyak RM2000.00 dan interest sebanyak 1% sebulan dgn ansuran selama 5 bulan.
    adakah betul catatan sy ini;
    dt penghutang RM2020.00
    kt tunai RM2000.00
    kt faedah diterima RM20.00

    betul ke cikgu??

  103. Cg Narzuki Says:

    Siti,

    Pada pandangan Cg, catatan yang sesuai ialah :
    1. Dt: Pinjaman Ali RM2000
    Kt: Tunai RM2000
    (merekod pinjaman kepada Ali)

    2. Dt: Faedah belum terima RM20
    Kt: Faedah diterima RM20
    (merekod faedah yang dikenakan atas pinjaman)

    Pada kebiasaannya (Skop SPM), PENGHUTANG digunakan untuk penghutang barang niaga, iaitu jualan secara kredit. Pinjaman dan Faedah adalah 2 perkara yang berbeza tapi berkaitan. Walau bagaimanapun bergantung kepada kaedah merekod pinjaman tersebut.

  104. era Says:

    thx yer cgu 4 da note..^^

Leave a Reply