Pembetulan Kesilapan

# Pada akhir tahun kewangan, sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan, satu Imbangan Duga (ID) perlu disediakan dengan tujuan untuk menentukan ketepatan sistem catatan bergu dalam lejar am.

# Imbangan duga yang tidak seimbang menunjukkan kesilapan telah berlaku dan perlu diingatkan juga Imbangan Duga yang seimbang TIDAK semestinya menunjukkan TIADA kesilapan.

# Kesilapan apabila berlaku perlu dibetulkan dengan melalui catatan jurnal.

# Pembetulan mesti dilakukan sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan.

# Pembetulan tidak akan melibatkan Akaun Tergantung dan Pelarasan Untung Bersih.

# Terbahagi kepada dua jenis iaitu Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.

KESILAPAN KETARA

o Imbangan Duga TIDAK seimbang

o Jumlah debit TIDAK SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Salah Satu Catatan

Ø Catatan bergu tidak lengkap disebabkan ketinggalan catatan debit atau kreditt. Ini bermakna sesuatu urus niaga hanya dicatat sekali sahaja.

2) Kesilapan Catatan Di Sebelah Yang Sama

Ø Dalam sesuatu urus niaga, kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan di sebelah yang sama.

3) Kesilapan Catatan Amaun

Ø Walaupun prinsip catatan bergu betul, tetapi angka atau jumlah dari jurnal telah salah dicatatkan ke lejar kerana salah kiraan.

4) Kesilapan Pengiraan

Ø Pengiraan yang salah semasa penyediaan jurnal, lejar atau ID.

5) Kesilapan Dalam Imbangan Duga

Ø Jumlah dalam ID tersalah tambah.

Ø Tersilap menyenaraikan baki sama ada sebelah debit atau kredit.

CARA PEMBETULAN;

# Dibetulkan dengan membatalkan angka yang salah dan kemudian menurunkan tandatangan ringkas di tepinya.

KESILAPAN TIDAK KETARA

o Imbangan Duga tetap seimbang

o Jumlah debit MASIH SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga

Ø Sesuatu urus niaga tertinggal terus daripada catatan, di mana tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

2) Kesilapan Amaun

Ø Satu urus niaga telah direkodkan di sebelah debit dan kredit dengan amaun yang salah. Ia boleh berlaku semasa catatan dibuat dalam buku catatan pertama.

3) Kesilapan Terbalik

Ø Catatan bergu dibuat dalam akaun yang betul tetapi di sebelah yang salah.

4) Kesilapan Prinsip

Ø Pembukuan dibuat mengikut prinsip bergu yang betul tetapi catatan debit atau kredit direkodkan dalam akaun yang salah.

5) Kesilapan Komisen

Ø Ikut prinsip catatan bergu dalam amaun yang betul tetapi catatan debit dan kredit direkodkan dalam akaun perorangan yang salah.

6) Kesilapan Saling Mengimbangi

Ø Suatu kesilapan urus niaga yang salah direkodkan telah dimbangi oleh kesilapan yang lain.

Ø Ia diperbetulkan melalui cara pembetulan sahaja (tandatangan).

Ø Kesilapan sebelah debit sahaja, kesilapan sebelah kredit sahaja dan kesilapan sebelah kredit dan debit.

CARA PEMBETULAN;

# Dibetulkan melalui Jurnal Am dan diposkan ke lejar berkaitan.

CARTA ALIRAN KAEDAH MENGESAN KESILAPAN

Langkah 1 : Adakah semua catatan debit dan kredit telah dimasukkan dlm ID.

Langkah 2 : Kira selisih antara jumlah debit dengan kredit dlm ID. Semak semula akaun lejar bagi mengesan jumlah yang sama yang mungkin tertinggal.

Langkah 3 : Bahagikan selisih tadi dengan 2. Cari hasil bahagi tadi sama ada tersalah catat dalam lejar yang sama. Jika ada, betulkan.

Langkah 4 : Semak semula pengiraan dalam lejar dan pastikan bakinya diposkan ke ID. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan ditepinya.

Langkah 5 : Semak pengeposan Buku Catatan Pertama ke lejar. Jika ada kesilapan, betulkan.

Langkah 6 : Semak semua pengiraan di Buku Catatan Pertama. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan.

——————————– IMBANGAN DUGA TERSELARAS (Jika ID SEIMBANG terus ke ID Terselaras, jika ID TIDAK SEIMBANG ulangi langkah-langkah di atas satu per satu)

63 Responses to “Pembetulan Kesilapan”

  1. Sarah Hamid Says:

    A’kum cikgu…saya baru lagi kat site ni tapi nak tanya psl pembetulan kesilapan dalam akaun form 5. x phm kita kena letakkan butir ikut susunan yg dikehendaki dlm Imbangan Duga ataupun letak ikut akaun nominal pnya kedudukan…TQ kalau dpt membantu:)

  2. Sifu2b Says:

    Pembetulan kesilapan. Bab ini dalam SPM terbuka (mulai 2002) lebih menekankan kepada penyediaan catatan jurnal am dan catatan lejar. Susunan tidak ada ketetapan memandangkan ianya disediakan pada tarikh yang sama iaitu di akhir tempoh perakaunan perniagaan tersebut.
    Bab ini lebih menekankan kepada kemahiran mengenal pasti bentuk-bentuk kesilapan yang mungkin, ketara atau tidak ketara. Pastikan sarah mengetahui bahawa ada sesetengah pembetulan memerlukan catatan seperti biasa (tertinggal catatan) dan catatan pembetulan sebenar (penambahan atau pengurangan nilai ataupun pemindahan nilai ke akaun yang lain.

  3. Cg Narzuki Says:

    KESILAPAN UMUM PELAJAR

    Antara kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut :

    1. Lemah dalam memahami konsep hasil dan belanja dan tidak boleh menjawab soalan kesan pembetulan ke atas untung bersih dengan baik.

    2. Tidak dapat membezakan butiran yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi dengan butiran dalam Kunci Kira-kira untuk mengira untung bersih yang baru.

    3. Tidak menunjukkan jalan pengiraan dengan baik apabila menghitung untung bersih, digalakkan dalam bentuk penyata.

    4. Tidak dapat mengesan jenis kesilapan dengan betul, menyebabkan catatan pembetulan yang dilakukan salah.

    5. Tidak mengandakan amaun pembetulan bagi kesilapan songsang atau kesilapan terbalik.

  4. Cg Narzuki Says:

    TIP SPM !

    Penekanan harus diberikan kepada :

    1. Jenis-jenis kesilapan dalam Imbangan Duga.
    2. Cara membetulkan kesilapan melalui catatan jurnal.

  5. Mish Anish Says:

    salam.. cikgu, ada ke ” akaun tergantung ” ? sy xpnh dgr pun..

  6. Cg Narzuki Says:

    Mish Anish,

    Pembetulan kesilapan menggunakan Akaun Tergantung terdapat dalam Bab Pembetulan Kesilapan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Lama. Topik tersebut telah digugurkan daripada Huraian Sukatan Pelajaran Bermula 2004 sehingga sekarang.

  7. Mish Anish Says:

    kalau skarang guna akaun tergantung tu boleh lg ke?

  8. Cg Narzuki Says:

    Mish Anish,

    Tiada soalan yang akan dikeluarkan berkaitan Akaun Tergantung lagi, kerana ianya diluar sukatan. Penggunaan Akaun Tergantung bermaksud terdapat kesilapan yang tidak dapat dikenalpasti dan diperbetulkan pada masa tersebut. Jika anda membuka Akaun Tergantung, maka tiada markah untuk diberikan.

  9. fareeda Says:

    salam…sy nak tny cmne cara untuk sediakan penyata untung bersih dalam topik pembetulan kesilapan

  10. Cg Narzuki Says:

    Fareeda,

    Sukatan Pelajaran bagi Topik Pembetulan Kesilapan ialah pelajar dapat :
    1. Menerangkan kesilapan dalam Imbangan Duga.
    2. Menganalisis kesilapan.
    3. Membetulkan kesilapan melalui jurnal dan lejar.
    4. Mengesan kesilapan ketara dan tidak ketara.

    Tiadak ada soalan dikehendaki menyediakan “Penyata Untung Bersih”.
    Walaubagaimanapun, untuk menyediakan Penyata Penyelarasan Untung Bersih boleh dilakukan dengan mengenalpasti item2 pembetulan kesilapan yang berkaitan dengan item HASIL dan BELANJA sahaja kerana item2 tersebut memberi kesan ke atas Untung Bersih.

  11. Wong Says:

    Selamat sejahtera, cikgu.
    ”Pulangan masuk RM125 tersalah catat ke dalam pulangan keluar.” Apakah jenis kesilapan tersebut? Adakah ia merupakan kesilapan dalam Imbangan Duga kerana kesilapan ini menyebabkan Imbangan Duga tidak seimbang ataupun ia jenis kesilapan prinsip iaitu salah dari jenis akaun?
    Diharapkan bantuan daripada cikgu. Terima kasih.

  12. Cg Narzuki Says:

    Wong,

    Bagi CG, ianya adalah kesilapan prinsip kerana merekod dalam akaun yang salah.

  13. shika Says:

    cikgu..
    lau jumlah dalam jurnal jualan menunjukkan rm 22800 yang terlebih catat rm 1200.ape name akaun yang salah??

  14. Cg Narzuki Says:

    Shika,

    Bagi merekod jualan secara kredit (Jumlah dalam Jurnal Jualan), catatannya ialah :
    Dt: PENGHUTANG
    Kt: JUALAN

    Jika kesilapannya TERLEBIH RM1200, ini bermaksud kedua2 akaun tersebut telah terlebih catat amaunnya. Maka catatan pembetulannya ialah :

    Dt: JUALAN RM1200
    Kt: PENGHUTANG RM1200

    Petua Catatan Pembetulan :
    1. Jika TERLEBIH, maka Dt-Kt TERBALIK daripada catatan asal.
    2. Jika TERKURANG, maka Dt-Kt IKUT catatan asal.

  15. Wong Says:

    Bayaran cek RM200 kepada John telah dikreditkan ke dalam akaun Johan. Cikgu, bagaimana cara pembetulannya?

  16. Cg Narzuki Says:

    Wong,

    Dt: Johan RM200
    Kt: John RM200
    (Kesilapan komisen)

  17. Wong Says:

    Tapi cikgu, cuba perhatikan akaun John merupakan pemiutang, liabiliti sepatutnya berkurang…bukankah kita patut debitkan akaun John?

  18. Cg Narzuki Says:

    Maaf Wong, Cg terlepas pandang. Pada pandangan Cg, soalan tersebut cuba menguji kesilapan komisen bukannya kesilapan terbalik, maka sepatutnya soalan tersebut dinyatakan seperti berikut :

    “Bayaran cek RM200 kepada John telah DIDEBITKAN ke dalam akaun Johan. “

    Maka, penyelesaiananya :
    Dt: John RM200
    Kt: Johan RM200
    (Kesilapan Komisen)

  19. FARAH Says:

    Susah banget soalan pembetulan kesilapan nie…!!!

  20. Cg Narzuki Says:

    Farah,

    Sebenarnya tidaklah susah sangat topik ini, anda hanya dikehendaki menyediakan catatan pembetulan dalam jurnal am. Pastikan anda dapat mengenalpasti jenis2 kesilapan, iaitu kesilapan ketara dan tidak ketara. Hanya kesilapan ketara sahaja diminta melakukan pembetulan melalui jurnal am.

  21. TEH Says:

    Selamat sejahtera, cg
    saya nak tanya apa perbezaan antara kesilapan komisen da kesilapan prinsip?
    tq

  22. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Jenis kesilapannya hampir sama, perbezaannya pada akaun yang silap, iaitu melibatkan Ak Perorangan dan Ak bukan perorangan.

    KESILAPAN PRINSIP – Pembukuan dibuat mengikut prinsip bergu yang betul tetapi catatan debit atau kredit direkodkan dalam AKAUN yang salah.
    Contoh: Sepatutnya, Dt BELANJA MEMBAIKI tetapi dicatat sebagai Dt KENDERAAN.

    KESILAPAN KOMISEN – Ikut prinsip catatan bergu dalam amaun yang betul tetapi catatan debit dan kredit direkodkan dalam AKAUN PERORANGAN yang salah.
    Contoh: Sepatutnya, Dt KEDAI ROSLI tetapi dicatat sebagai Dt KEDAI RAMLI.

  23. imah2010 Says:

    salam
    saya ingin bertanya..

    di dalam buku teks ada menunjukkan contoh soalan berjawapan..

    selepas menyediakan jurnal am.. iaitu ketika pengeposan ke lejar.. jawapan yang diberi menunjukkan adanya catatan asal (kesilapan). Adakah perlu mencatat catatan asal (kesilapan) atau ia hanya untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar?

    Jika perlu… adakah maklumat di dalam kurungan perlu ditulis?

    cth: untuk membetulkan catatan dalam akaun pulangan masuk bahagian debit butiran ditulis seperti berikut;

    Kedai Seri Kosta (pembetulan) xxx

    atau memadai dengan menulis butiran sebagai ‘kedai seri kosta’ sahaja?

  24. Cg Narzuki Says:

    Dalam catatan kurungan hanyalah sebagai CATATAN/NOTA kepada pelajar sahaja. Ianya ditulis bagi memudahkan pelajar memahami apa yang hendak disampaikan. Serta catatan tersebut sangat membantu pelajar semasa melakukan ULANGKAJI disaat-saat akhir nanti.

  25. imah2010 Says:

    terima kasih cg..

  26. wani Says:

    salam,
    ckgu leh bg latihan bab pembetulan kesilapan tak??
    thanks ckgu…….

  27. Cg Narzuki Says:

    Maaf, Cg guna soalan latihan dalam buku teks dan fotostat daripada buku kerja.

  28. yee Says:

    cikgu saya nak tanya :
    Bayar gaji dengan tunai telah debit ke Akaun Kadar bayar dan kredit ke dalam Akaun tunai .
    Ini adalah kesilapan komisen atau keslipan prinsip ?

  29. madu Says:

    salam cikgu,

    jumlah ape yg nak di ambil utk letak dalam jurnal am??

  30. Cg Narzuki Says:

    Yee,

    KESILAPAN PRINSIP ~ silap catat dalam akaun yang salah dan tidak melibatkan akaun perorangan seperti pemiutang dan penghutang.

    Sekiranya melibatkan akaun perorangan, maka itu dipanggil KESILAPAN KOMISEN, seperti sepatutnya dicatat dalam Ak Ramli tetapi tersilap catat dalam Ak Ramlah.

    Madu,

    JUMLAH yang perlu dimasukkan dalam jurnal am ialah JUMLAH KESILAPAN yang perlu diperbetulkan. Cuma berhati-hati dengan KESILAPAN SONGSANG, kerana JUMLAH yang perlu diperbetulkan dalam jurnal am perlu diGANDAKAN (2X) daripada nilai kesilapan asal.

    Kedua-dua kesilapan tersebut hampir sama, cuma yang membezakanya ialah akaun perorangan atau tidak.

  31. syamira Says:

    saalam… cgku bley x bgkan contoh untk pmbtula ksilpn

  32. Cg Narzuki Says:

    salam,

    kesilapan ada beberapa jenis, begitu juga dengan pembetulan kesilapan. Beberapa contoh telah cg bincangkan di atas.

  33. faridah Says:

    bagaimana cara nak memahamkan pelajar-pelajar ttg pembetulan kesilapan

  34. Cg Narzuki Says:

    Pertama, pastikan pelajar faham setiap jenis kesilapan tersebut, supaya pelajar lebih jelas, tunjukkan kesilapan2 tersebut dalam lejar, – akaun mana yang silap dan akaun apa yang sepatutnya, seterusnya bagaimana nak perbetulkannya dalam lejar, kemudian tunjukkan catatan jurnal amnya.

    Apabila pelajar faham setiap kesilapan dan cara hendak membetulkannya, barulah kita ajarkan cara menjawab terus menggunakan jurnal am, tanpa ditunjukkan lejarnya.

  35. nurul Says:

    salam cg…..
    kt skolah sy dh msuk tjuk ni….sy phm la jgk ckit2…tp sy cba jwb soalan tjuk ni….xreti r nk jwb….bg tips ckit cg…time kasih

  36. eyla Says:

    cg sy xphm lgsung tjuk nie….bg komen ckit

  37. Cg Narzuki Says:

    Nurul dan Eyla,

    Dalam kelas, 2 perkara penting yang perlu diberikan perhatian semasa cikgu sedang mengajar :
    1. Faham apa yang cikgu ajar/sampaikan.
    2. Ingat LANGKAH2 dalam menjawab sesuatu soalan.

    Kalau kita sekadar faham sahaja tetapi tidak tahu LANGKAH2 menjawab sesuatu soalan, maka kita tidak akan dapat menjawab dengan baik dan lancar.

    Contohnya, sekiranya kamu belajar membuat kek. Apabila cikgu menerangkan tentang cara2 penyediaan kek tersebut, kamu HANYA dengar dan fahamkan apa yang cikgu sampaikan. Kemudian cikgu berikan semua bahan2 keperluan untuk kamu sediakan sebiji kek, adakah kamu akan dapat melakukannya dengan baik dan lancar ?

    Mungkin dapat, tetapi dalam keadaan kelam kabut, tidak lancar dan mungkin hasilnya tidak sedap / jadi seperti yang diharapkan oleh cikgu.

    Apa yang Cg hendak sampaikan disini, kamu seharusnya ambil perhatian terhadap LANGKAH2 dalam penyediaan kek tersebut. … Apakah langkah 1, 2, 3, 4, …….. Siap. Jadi sekiranya kamu TULIS/INGAT LANGKAH2 tersebut, maka kamu akan dapat menyediakan dengan baik dan lancar.

    Begitulah juga dalam belajar akaun, setelah FAHAM dan tahu/ingat LANGKAH2 penyelesaiannya, maka apabila diberikan soalan kamu sudah tahu apa langkah yang perlu diambil satu per satu sehinggalah selesai…. dan langkah2 tersebutlah yang dipanggil TEKNIK MENJAWAB.

  38. fizah Says:

    askum cg,
    jumlah jurnal jualan & belian terlebih rm 420 tlh ddebitkan d akaun belian…
    apakah urus niaga yg terlibat????

  39. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Terlebih dahulu cg minta lengkapkan soalan tersebut, samada telah didebitkan akaun belian dan dikreditkan akaun jualan atau bagaimana maklumat lengkapnya ?

    Ini kerana untuk melakukan pembetulan kesilapan, kita kena kenalpasti apakah jenis kesilapan tersebut terlebih dahulu..

  40. wawa Says:

    salam,
    cg kenapa bab pembetulan kesilapan ini agak sukar untuk dibezakan…

  41. Cg Narzuki Says:

    Kalau kita betul2 faham dan kena caranya, sebenarnya tidaklah terlalu sukar .. untuk menyelesaikannya.

  42. syamira Says:

    salam cikgu,
    pulangan jualan sbnyak rm23 drpd en.rizal seorg pelanggan telah d catatkan sebagai belian drpd nya..
    cikgu,apakah kesilapan yang berlaku dlm lejar ini dan apakah kesilapan yg telah d ksn sblom imbgn duga??

  43. Cg Narzuki Says:

    Kesilapan tersebut adalah kesilapan tidak ketara – KESILAPAN PRINSIP, di mana ianya tidak dapat dikesan dalam ID.

    Kesilapannya :
    Dt: BELIAN……………….RM23 ….. (KESILAPAN)
    Kt: En Rizal ………………….RM23

    Catatan yang sepatutnya ialah :
    Dt: PULANGAN JUALAN…RM23 …. (SEPATUTNYA)
    Kt: En Rizal ………………….RM23

    Maka, catatan pembetulannya :
    Dt: PULANGAN JUALAN…RM23….. (wujud akaun sepatutnya)
    Kt: BELIAN………………….RM23 ….(batalkan kesilapan)

  44. ciknon Says:

    saya juga mengajar cara yg sama spt cg tunjukkan di atas. masalah timbul ialah ada pelajar tdk dpt menyatakan catatan sepatutnya berdasarkan urus niaga yg diberi. itu sbb mereka sukar utk tunjukkan yg sebenar, kesilapan dan yg sepatutnya. walaupun cara ini mungkin agk lambat, tetapi saya rasa ini yg paling senang utk ajar pelajar yg lemah.

  45. Cg Narzuki Says:

    Bagi topik ini, kemahiran asas catatan bergu adalah penting, baru mereka tahu apa yang SALAH dan apa yang BETUL, kemudian baru boleh diperbetulkan.

    Bagi pelajar lemah, memang ada masalah sikit, tapi bila dah mahir, pelajar boleh terus sediakan catatan pembetulan dalam jurnal am tanpa sebarang masalah.

  46. Habsah Says:

    Terima kasih atas nota ringkas berkaitan topik ini. Setelah membaca saya rasa mungkin cikgu tersilap taip pada nota berkaitan Kesilapan Tidak Ketara. Penerangan yang telah ditaip di situ ialah “Imbangan Duga tidak akan seimbang”, sama seperti penerangan pada Kesilapan Ketara. Kesilapan menaip agaknya….betul tak cikgu?

  47. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih atas teguran tersebut, memang berlaku kesilapan dan ianya telah diperbetulkan.

  48. fieyda Says:

    salam cg narzuki,
    soalan: cik junaida telah membeli sebuah komputer rm1300 dengan cek untuk kegunaan perniagaan.perkara ini dicatatkn dalam akaun peralatan pejabat sahaja.

    saya nak tahu akaun mana yang perlu dicatat kat dt dan kt dan adakah soalan ini termasuk dalam akaun tergantung?

  49. Cg Narzuki Says:

    Perhatian : ini bukan sukatan SPM.

    Apabila kesilapan jenis ketara berlaku, kebiasaannya akan melibatkan Ak Tergantung. Secara mudahnya, jika hanya SATU AKAUN sahaja yang silap, maka Ak TERGANTUNG perlu digunakan.

    Apa kesilapannya ? …… TIDAK catat dalam Ak BANK.
    Disebelah mana ? …. bila BELI, maka mesti disebelah KREDIT.

    Maka, catatan pembetulannya :
    DT: Ak TERGANTUNG
    KT: AK. BANK

  50. fieyda Says:

    Terima kasih cikgu kerana menjawab soalan saya.Untuk pengetahuan cikgu soalan yang saya tanya semalam bukan soalan spm tetapi soalan ipt.Sebenarnya, saya tidak berapa faham tentang soalan yang berkaitan dengan akaun tergantung.Ia tidak sama seperti yang saya belajar dalam spm dulu.

  51. Cg Narzuki Says:

    Sama-sama, Cg memang tahu ianya bukan soalan SPM, cuma nak bagi PERINGATAN kepada pelajar2 SPM yang mengikuti blog ini sahaja, supaya tidak keliru apabila membaca komen yang Cg diberikan.

  52. sandra Says:

    helo . saya nak bertanya mcm mna nak mengetahui jikalau pembetulan kesilapan untuk kesilapan saling mengimbangi?? blh tlg ajar sikit x ..
    :))

  53. Cg Narzuki Says:

    Kesilapan saling mengimbang – terdapat 2 kesilapan yang tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi amaun kesilapan yang SAMA. Contohnya 1 Akaun terlebih RM50 sebelah DEBIT dan 1 Akaun Lain terlebih sebelah KREDIT RM50, maka kedua-dua kesilapan tersebut saling mengimbangi, di mana IDnya tetap seimbang. Cara pembetulanya bergantung kepada kesilapan yang berlaku, sama ada kedua2nya terlebih ataupun terkurang catat.

  54. nazirah Says:

    salam,
    nk tanya..pembetulan kesilapan..
    dskaun diterima rm40 telah dibukukan ke akaun diskaun diberi.nk buat cmne cikgu?

  55. Cg Narzuki Says:

    salam,

    pertama, kita kenal pasti apakah jenis kesilapan tersebut ? … kalau tak silap Cg itu kesilapan prinsip betul tak ?

    Cara paling cepat ialah apakah catatan yang sepatutnya ?
    …. Diskaun diterima, disebelah mana ? …… hasil mesti kredit, maka catatannya ialah:

    Dt: ………………..?…………..
    Kt : Diskaun diterima …RM40

    Apakah catatan disebelah debit ? ….. iaitu akaun yang telah tersilap catat tadi iaitu Diskaun diberi, bagi pembetulan terhadap akaun tersebut maka ianya perlu didebitkan. Oleh itu cadangan catatan pembetulannya ialah :

    Dt : Diskaun diberi …RM40
    Kt : Diskaun diterima …..RM40

  56. nazirah Says:

    salam.ade 1 lg soaln..
    pulangan barang rm50 kepada pemiutang telah dikreditkan ke akaun perorangan.maksudnyer ape cg?

  57. Cg Narzuki Says:

    Soalan tersebut tak JELAS maksud kesilapannya, pada pandangan Cg, ianya mungkin bermaksud urus niaga pulangan belian kepada pemiutang tersebut telah tersilap catat seperti berikut :
    Dt: Pulangan Belian…RM50
    Kt : Pemiutang…. RM50

    Iaitu kesilapan jenis Kesilapan Terbalik, jika kesilapan terbalik, caranya amaun yang tersilap perlu DIGANDAKAN bagi tujuan pembetulan.

    Caranya, Apakah catatan yang sepatutnya ?
    Dt: Pemiutang …. RM100 (iaitu RM50X2)
    Kt : Pulangan Belian ….RM100 (iaitu RM50X2)

  58. nazirah Says:

    cg, nk tanyer
    byrn insurans rm340 tlh didebitkan dlm akaun insurans sbg rm430.so, juz blaku penolakan dlm akaun insurans je kan?

  59. Cg Narzuki Says:

    Dalam soalan pembetulan kesilapan, kita kena kenal pasti dahulu jenis kesilapan tersebut. Baru kita boleh membuat catatan pembetulannya.

    Jika kesilapan catatan hanya melibatkan satu akaun saja (abaikan Akaun Tergantung – diluar sukatan SPM), maka pembetulannya kita POTONG kesilapan dan tanda tangan ringkas dan buat pembetulan. Manakala jika kesilapan yang melibatkan 2 akaun, maka catatan pembetulannya memerlukan catatan bergu.

  60. anje93 Says:

    salam.cg..
    saya nak tanya tentang imbangan duga dalam bab ni..
    saya ada buat latihan tentang imbangan ni..tapi.jawapan akhir sebelah menyebelah saya x seimbang..ia memang tak seimbang ke jawapannya?
    syukran:)

  61. Cg Narzuki Says:

    Imbangan Duga sepatutnya seimbang, jika tidak seimbang menunjukkan masih terdapat kesilapan yang berlaku.

    Cuba ikuti langkah2 mengesan kesilapan yang telah Cg kemukakan dalam nota CARTA ALIRAN KAEDAH MENGESAN KESILAPAN diatas.

  62. arejaie Says:

    hye cgu..
    cm na nak wjudkan akaun trgantung??

  63. Cg Narzuki Says:

    Definisi Akaun Tergantung

    - Satu amaun sengaja diwujudkan semata-semata untuk mengimbangakan imbangan duganya
    - akaun tergantung adalah satu petunjuk atau amaran bahawa kesilapan-kesilapan telah berlaku pada rekod-rekod urusniaga
    - Syarikat perlu menyemak dan memeriksa semua urusniaga untuk mengesan ralat dan seterusnya menyelaraskan atau membetulkan ralat tersebut.
    - Kemudian syarikat perlu menyelaraskan untung rugi, untung bersih dan kunci kira-kira

Leave a Reply