Belanjawan Tunai

Belanjawan Tunai

- Satu perancangan berangka (kuantitatif) yang menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai yang dijangka serta baki tunai di sepanjang tempoh tertentu.

Ø Belanjawan tunai digunakan oleh perniagaan untuk menguruskan tunai iaitu sebagai alat kawalan dan perancangan tunai.

Ø Belanjawan tunai salah satu cara untuk merancang dan mengawal tunai bagi ;

1. membantu pihak pengurusan mencari sumber tunai sekiranya berlaku kekurangan tunai perniagaan.

2. membolehkan pihak pengurusan merancang penggunaan tunai jika berlaku lebihan tunai perniagaan.

3. membuat perbandingan amaun sebenar dengan amaun belanjawan.

Kepentingan Belanjawan Tunai

1. Menunjukkan keupayaan tunai perniagaan bagi menjalankan operasi perniagaan pada masa akan datang.

2. Merancang dan mengawal pembayaran dan penerimaan tunai.

3. Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian kredit yg tepat dapat dilaksanakan.

4. Merancang pembelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika terdapat lebihan tunai.

5. Membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai.

6. Membolehkan pihak bank mendapat panduan untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman.

7. Menunjukkan jangkaan punca penerimaan dan jenis pembayaran tunai.

Langkah-langkah bagi penyediaan Belanjawan Tunai

1. Fahamkan soalan dengan jelas.

2. Tentukan bilangan lajur bagi Belanjawan Tunai dengan mengikut kehendak soalan.

3. Mulakan dengan Baki Awal.

4. Tambah semua anggaran penerimaan. (hasil jualan, penerimaan daripada penghutang, pinjaman, modal, hasil yuran, caj perkhidmatan)

5. Tolak semua anggaran perbelanjaan. (kadar bayaran, sewa, gaji, belian barang niaga, belian aset, pemiutang, kos pengangkutan, belanja2 lain)

6. Cari lebihan/kurangan

7. Cari Baki Akhir.

8. Baki Akhir bulan semasa dipindah ke awal bulan berikut.

NOTA!!

Ø Baki akhir bulan semasa akan menjadi baki awal bulan berikutnya dan seterusnya.

Ø Butir-butir seperti hutang lapuk, diskaun diberi, susut nilai aset bukan semasa, diskaun diterima, belian kredit dan peruntukan hutang ragu TIDAK DIREKOD ke dalam Belanjawan Tunai. ~ kerana butir-butir tersebut tidak menyebabkan aliran keluar tunai.

Ø Hanya urusniaga yang melibatkan tunai sahaja diambilkira.

Ø Jualan/Belian kredit setiap bulan bukanlah rekod yang perlu dicatatkan dalam belanjawan tunai manakala jumlah penerimaan daripada penghutang/pembayaran kepada pemiutang barulah merupakan rekod yang perlu dicatatkan dalam belanjawan tunai.

67 Responses to “Belanjawan Tunai”

  1. Pelajar Says:

    Anyone know what is belanjawan tunai ?

  2. Raimi Says:

    Satu akaun di mana rancangan sesuatu perniagaan untuk satu tempoh tertentu. 4 example:

    Perniagaan Ria plan untuk januari, februari dan mac

    jadi baki awal bagi bulan Januari ialah baki b/b kemudian ada column penerimaan dimana semua hasil yang bakal diterima pada buln tue mesti dicatat dan ditambah dengan baki awal tadi. seterusnya mesti ditolak dengan perbelanjaan. the most important thing is SUSUT NILAI tidak termasuk dan modal akan diklasifikasikan sebagai PENERIMAAN begitu juga dgn pinjaman. selepAS u tolak penerimaan dengan perbelanjaan u akan dapat BAKI AKHIR yang seterusnya akan jadi baki awal bagi bulan berikutnya iaiatu bulan FEbruari. actually, belnjawan tunai sng nak score.but u must be careful.coz silap ckit u bleh khilngan a lot of mark.tapi benda nie paling senang dpt full mark.

  3. Sifu2b Says:

    Basically, it’s the same as ‘CASH FLOW BUDGET’

    Dalam SPM, belanjawan tunai agak mudah, dimana pelajar hanya dikehendaki memahami, menggunakan format piawai (ada 2 format, mana-mana boleh digunakan), dan menyediakan belanjawan aliran wang masuk dan wang keluar dalam bentuk tunai.

    Selalunya, anda hanya diminta menyediakan tiga bulan.

    Tips ingat BT: baki awal + Jumlah penerimaan – jumlah pembayaran = baki akhir
    Kemudian Baki akhir bulan 1 menjadi baki awal bulan 2, dan begitulah seterusnya.

  4. Cg Narzuki Says:

    KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR

    1. Pelajar tidak menulis TAJUK, atau penulisan tajuk yang tidak betul.

    2. Penggunaan BUTIRAN yang salah / tidak tepat.

    3. Pelajar keliru dan tidak dapat membezakan antara item-item PENERIMAAN dan PEMBAYARAN.

    4. Pelajar melakukan kesilapan dalam PENGIRAAN yang melibatkan peratus kenaikan @ penurunan.

    5. Pelajar tidak mengingati FORMAT Penyata Belanjawan Tunai dengan baik.

  5. Ahmad Says:

    Assalamualaikum,
    Saya ingin meminta pertolongan untuk mendapatkan jurnal berhubung Akaun Belanjawan
    Dari Definisi, jenis-jenis belanjawan dan fungsi belanjawan dalam akaun.
    Secara online melalui laman web yang sedia ada dalam Bahasa Malaysia.

    Kerjasama pihak tuan amatlah diharapkan.

    Terima kasih.

  6. Cg Narzuki Says:

    Ahmad,

    Nota Matrikulasi berkaitan dengan topik Belanjawan boleh di MUAT TURUN sebagai rujukan. Semoga ianya membantu.

  7. ela Says:

    salam cg…
    sy ada ptyaan..
    baru2 ne kami sklas ada wat blnjawan tunai…(sy amik dr buku tex form5)
    kami anya dpt tuk blan Jun..tP Julai n Ogos langsung xdpt…
    Pada 1 Jun 20X8,Perniagaan Teen memulakan perniagaannya dengan memasukkan Rm90000 ke dalam bank sebgai modal.Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi 3 bulan pertama adalah seperti berikut:
    a)Pada 4 Jun, belaiu membeli lengkapan rm4000 dan kenderaan Rm35000 dgn cek.
    b) Sbhgian premisnya disewakan kpd Kwan Rm3000 sebulan mulai ogos..
    c) Pada Julai, Teen mndpt pinjaman bank Rm50000 dgn faedah 8% stahum utk mmbeli premis Rm70000. Pinjaman n faedah dbyar blik scr ansuran mulai bln ogos.Tmpoh pinjaman ialah stahun.
    D)Pada 15 Jun,beliau mmbuat belian tunai rm20000. Bg bulan brikutnya, semua belian adlh scra kredit. Belian untuk Bulan Julai ialah rm24000 dan btmbh 20% bg bulan berikutnya. Tempoh kredit ialah 3 bulan.
    e) Pada Jun,anggaran jualan ialah rm16000. Bg bulan berikutnya, jualan ialah rm24000 sebulan.
    f)Gaji bulanan pmbantu kedai ialah rm1300 dan dbyr pd akhir stp bulan..

    tu soalannya..sy anya dpt tuk bulan Jun…iaitu rm45700…
    bg bulan Julai,rm48400 n Ogos rm69600..
    tp Julai n Ogos xdpt..jwpn dbrikan sj..
    sy xfhm…
    cmne??
    sy da msukkn item2 yg ptt msuk..
    xdpt gak..
    Help me!!!

  8. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Jawapan yang Cg dapat bagi Baki h/b setiap bulan ialah :
    Jun = RM45,700; Julai = RM48,400; Ogos = RM69,600

    Kesilapan yang MUNGKIN dilakukan daripada maklumat :

    d) Pada 15 Jun,beliau mmbuat belian tunai rm20000. Bg bulan brikutnya, semua belian adlh scra kredit. Belian untuk Bulan Julai ialah rm24000 dan btmbh 20% bg bulan berikutnya. Tempoh kredit ialah 3 bulan.

    Dimana catatan yang perlu dibuat hanyalah:
    Pembayaran : ….JUN …..JULAI …..OGOS
    BELIAN …………20,000 …..0…………..0

    Belian untuk Julai dan Ogos TIDAK PERLU dimasukkan kerana BELIAN KREDIT dan ianya dibayar 3 bulan kemudian. Oleh itu, Belian bulan Julai & Ogos akan dibayar pada bulan September & Oktober nanti.

    Cuba semak jawapan anda, selepas mengambilkira penerangan diatas.

  9. ela Says:

    jd cg ksilapan dmna cg??
    sy xfhm sgt…

  10. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Sila hantarkan/tuliskan saja jawapan anda disini, kemudian Cg semak dan berikan komen di mana berlakunya kesilapan.

  11. Cg Mai Says:

    komen untuk soalan ela:

    Item (c ) mengenai pinjaman bank RM50000. Ia dimasukkan dalam penerimaan untuk bulan Julai. Kita anggap kita terima duit dari bank untuk bayar duit premis.
    Baki RM20000 diletakkan di pembayaran. Angka RM70000 tidak akan ada dalam belanjawan tunai sebab bukan RM70000 tunai yang dikeluarkan untuk pembelian.

    Bayaran pinjaman bulanan terbahagi kepada dua
    a) Pinjaman pokok = RM50000 /12
    = RM4166.67
    b) Faedah = RM50000 x 8%/12
    = RM333.33

    Jadi jumlah bayaran ansuran pinjaman bulanan …RM4166.67 + RM333.33 = RM4500.

    Yg lain2 rasanya ela boleh figure it out.

  12. cikgu muda Says:

    salam. Tumpang tanya, dlm buku teks ada item ‘lebihan/kurangan’ . Item ini tak perlu ya? Terima kasih

  13. Cg Narzuki Says:

    Cikgu Muda,

    Terdapat 2 format yang digunakan dalam buku teks, iaitu :
    1. menggunakan item “Lebihan/Kurangan”
    2. tanpa item tersebut.

    Kedua2 format tersebut boleh digunakan. Terlebih dahulu saya dedahkan kedua2 format tersebut kepada pelajar secara perbandingan. Kemudian saya minta pelajar menggunakan format kedua, iaitu : Baki awal + Penerimaan – Pembayaran = Baki akhir. Kerana ianya lebih menjimatkan masa dalam menjawab soalan.

  14. ela Says:

    for cg mai n cg narzuki
    tanx 4 de komen n bantuan cg berdua..
    cg mai,sy dpt jmlah tuk blan ogos.tp bla kira balik tuk bln jlai,bla tmbh 50000 jd len pla jwpanya…napa tue??

  15. Cg Mai Says:

    Ela,

    minta maaf ya. Untuk bulan Julai ada pembayaran RM70000 berlaku untuk beli premis bukannnya RM20000 seperti yg saya beritahu sebelum ini.

    Kalau tak bayar RM70000 sapa nak bagi premis tu kan?.

    Sekali lagi maaf atas kekeliruan.

  16. ela Says:

    oooo..baru sy fhm..coz td cg sy pun da bgtaw jwpannya…
    okla tue cg..sy da fhm pun..
    hehe..
    tanx cg mai!!!

  17. yee Says:

    cikgu saya nak tanya dalam ajar bab : Belanjawan Tunai , nak kena ajar “Varian Belanjawan Tunai ” kepada murid atau tidak ?

  18. Cg Narzuki Says:

    Yee,

    TIDAK PERLU, tahun 2009 masih menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran tahun lepas. HSP Baru akan mula dilaksanakan kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2010 selepas Buku Teks (sukatan baru) dikeluarkan nanti. Harap maklum.

  19. farahin Says:

    cikgu,apakah maksud 70% drpd belian setiap bulan akan dibayar tunai,manakala bakinya akan dibayar pd bulan berikutnya & apakah maksud jualan setiap bulan adalah secara krdit yg akan dibayar pd bulan berikutnya.

  20. Cg Narzuki Says:

    Farahim,

    Soalan 1 :

    Belian jan=100, feb=200, mac=300 … bayar tunai 70% dan baki bayar bulan berikutnya.

    Maka,
    Jan=70 bayar/belian tunai, 30 dibayar pada Feb
    Feb=140 bayar/belian tunai, 60 dibayar pada Mac
    Mac=210 bayar/belian tunai, 90 dibayar pada April

    Dalam Belanjawan Tunai :
    Pembayaran :……… Jan …….. Feb …….. Mac
    BELIAN………………… 70………..140……..210
    PEMIUTANG ………………………….30………60………90 (April-tak perlu)

    Soalan 2:

    Jualan kredit sebulan, contoh Jan=500, Feb=600, Mac=700

    Dalam Belanjawan tunai:
    Penerimaan: …………..Jan…….Feb ……….Mac
    PENGHUTANG ……………………500 ……….600……700 (april)

    Cg harapkan dengan contoh2 dan cara menjawabnya dapat membantu Farahim memahaminya.

  21. farahin Says:

    cikgu,baki akaun tunai & baki akaun pemiutang nak letak di mana?

  22. ciknon Says:

    ramai guru beritahu pelajar tajuk belanjawan tunai adalah tajuk senang. masalahnya ia jadi senang jika soalannya ‘straight forward’ tetapi pelajar akan jadi keliru menyediakan belanjawan tunai jika tidak faham maksud soalan. sebagai cth spt yg ditanya farahin dia atas. ada pelajar tidak fhm maksud ayat-ayat tersebut. setakat masukkan dalam kolum yang ada memang sgt sng tetapi kena pastikan pelajar fhm dan tahu apa dan bagaimana hendak masukkan maklumat dalam kolum/ lajur bulanan atau tahunan. guru perlu ajar pelajar cara memahami kehendak soalan. alhamdullilah setakat soalan yang pernah keluar dalam SPM mudah difahami, tetapi kalau ada ‘trick’ , pelajar mesti tahu aya yang perlu dibuat.

  23. sifu2b Says:

    Ciknon, saya setuju dengan pandangan anda.
    Pengalaman mengajar memang ada pelajar terkeliru.
    Malangnya ia berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu.

    Contoh perkataan yang pelajar keliru:
    a. Belian bulan Ogos ialah RM1000. Mulai bulan September, belian akan bertambah sebanyak 10% dari bulan sebelumnya.
    b. Belanja am ialah RM500 sebulan. Mulai November, belanja am meningkat kepada RM600.

    Cth a – masalah akaun atau masalah bahasa?
    Cth b – masalah akaun atau masalah bahasa?
    Sebenarnya pelajar juga mengalami masalah bahasa. dari struktur ayat itu, ia menepati penggunaan bahasa melayu/malaysia yang standard/baku.

    namun, pelajar mudah terkeliru mungkin tidak dapat menterjemah maksud ayat dari ‘sebelumnya’ atau perkataan ‘mulai’. Di sini guru mesti main peranan dengan menerangkan bukan sahaja mekanikal matematik, tetapi juga mengingatkan pelajar tentang konteks ayat yang dipakai.

    seperti juga soalan Farahin di atas, pelajar terkeliru kerana arahan soalan bukannya kerana tak pandai mengira. Ada pelajar faham, tetapi kurang yakin dengan tindakan mereka.

    Maka guru kenalah pula berusaha yakinkan pelajar dari jenis ini bahawa mereka mesti yakin dan percaya kepada diri sendiri juga.

    Sebenarnya topik ini memang senang, tapi penguasaan bahasa melayu pelajar menjadi dilema guru juga, selain kebiasaan sikap remaja yang kurang peka dan suka terburu-buru utk dapatkan jawapan dari mulut guru sendiri sehinggakan kurang biasa berfikir panjang menilai arahan-arahan dalam soalan perakaunan.

    Apa-apapun bab ini majoriti pelajar akan suka sebab senang, setelah mengetahui tricknya, seperti kata ciknon.

  24. Cg Narzuki Says:

    Terima kasih di atas pandangan saudara berdua.

  25. sht Says:

    cikgu, apa itu premis?

  26. Cg Narzuki Says:

    Sht,

    Katakan kita menjalankan perniagaan di sebuah pasaraya, maka ruang kedai tempat kita menjalankan perniagaan tersebut dipanggil PREMIS. Manakala sekiranya seluruh bangunan tersebut adalah milik kita maka akaun BANGUNAN akan digunakan.

  27. sht Says:

    Terima kasih, cikgu.

  28. ela Says:

    salam.
    cg.
    baru2 ne sy n kwn2 ada ujian setara.
    yg kuar blnjawan tunai.
    tp sy xfhm smda nk ltk jmlah len atau yg da d bri.
    cntoh.
    pd 3 mei,jualan tunai pd septmber ialah rm20000 tp btmbh pd bulan strusnya sbyk 20%.tp pd bulan disember jualan ialah rm3500.
    jd prlu kha dtmbh untuk bulan disember??

  29. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Sila tulis dengan lengkap maklumat tersebut, kerana soalan belanjawan tunai adalah penting untuk memahami maksud soalan yang diberikan sama ada ianya bermaksud “bertambah sebanyak RM3500″ ataupun bermaksud “jualan pada bulan tersebut adalah sebanyak RM3500″. Baca soalan dan fahami betul2 maksudnya.

  30. ela Says:

    maklumat tsebut ialah jualan pada bulan disember sebayak rm3500.bukan brtambah.

  31. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Jika maklumat jelas menyatakan jualan RM3500 adalah pada bulan Disember, maka perlu catat pada bulan disember sebanyak RM3500 sebagai jualan.

    Pada pandangan Cg kemungkinan soalan perlu diperbaiki seperti berikut :
    Jualan tunai pada september ialah RM20000 tetapi pertambahan pada bulan seterusnya 20% tetapi pada bulan disember BERTAMBAH sebanyak RM3500. Maka, dalam kes ini jualan pada bulan disember perlu ditambah (20000+3500) RM23500.

  32. ela Says:

    oooo…
    baru sy fhm..
    tanx cg ya!!

  33. zamir.. Says:

    ..slam..rmadan/// cikgu rasa.. la kan..

    taun neyh…masuk tak blanjawan tunai??

  34. Cg Narzuki Says:

    Zamir,

    Semua topik yang ada dalam sukatan pelajaran, ada kemungkinan akan masuk dalam SPM nanti.

  35. kenanga_idaman Says:

    salam…hai sy br masuk dlm bidang akaun…
    tp xde asas yg kukuh sbb ms sek men sy ambik bidang lain
    sambung stdy sy ambik dip akaun…
    skrng ni sy kene buah cashflow untuk projek…
    boleh x bantu sy…
    saya harap sangt…
    klu boleh sy nak note dalam bahasa melayu…
    n contoh dia…..
    thanx pada yg sudi menghulurkan pertolongan..
    moga dapat blsan baik…

  36. Cg Narzuki Says:

    Kenanga,

    Adalah lebih baik dapatkan daripada buku rujukan kerana ianya lebih lengkap.

  37. kenanga_idaman Says:

    terima kasih cg
    buku rujukan keluran ape yg sennag untuk rujukan sy…

  38. Cg Narzuki Says:

    Cg tak pasti buku mana satu, sebaik-baiknya buku yang sama level dengan tahap pembelajaran sekarang…. boleh rujuk pensyarah buku apa yang mereka gunakan.

  39. kenanga_idaman Says:

    emmm..klu sy nak mantapkan asas perakaunan sy?
    sy dah abis buat dip…tp sy rs bnyk bende yg sy xtau pasal asas2 akaun ni…pe pendapat cikgu?

  40. Cg Narzuki Says:

    Kenanga,

    Cg ada Nota Matrikulasi Perakaunan dalam BM, semoga ianya dapat membantu dalam memahami asas2 perakaunan. Sekiranya ada apa2 masalah boleh tanya Cg, jika mampu Cg akan jawab. samada disini atau melalui email.

    NOTA MATRIKULASI

  41. kenanga_idaman Says:

    thanx cg..moge dapat blsan baik…
    sy akan manfaatkan sumber ni…insyaallah
    n klu de ape2 nanti sy rujuk cikgu k
    tahnx…

  42. arwen Says:

    cg, apa beza penyata aliran tunai kaedah langsung / kaedah tidak langsung?

  43. arwen Says:

    lg satu soalan sy, maksud yg tepat istilah dlm penyata aliran tunai utk :
    1) aktiviti kendalian/operasi
    2) Aktiviti Pelaburan
    3)Aktiviti pembiayaan

  44. Cg Narzuki Says:

    Arwen,

    Terdapat dua (2) cara untuk menyediakan penyata aliran tunai iaitu kaedah langsung dan kaedah tidak langsung. Kedua-dua cara menghasilkan subtotal yang sama bagi aktiviti operasi, pelaburan, pembiayaan dan perubahan tunai bersih. Perbezaan kedua-dua kaedah adalah senarai item di dalam bahagian aktiviti operasi sahaja.

    AKTIVITI KENDALIAN / OPERASI
    - Merujuk kepada aliran tunai daripada urusniaga yang
    memberi kesan kepada pendapatan bersih

    AKTIVITI PELABURAN
    -Merujuk kepada aliran tunai daripada urusniaga yang
    memberi kesan kepada aset bukan semasa dan
    pelaburan.

    AKTIVITI PEMBIAYAAN
    - Merujuk kepada aliran tunai daripada urusniaga yang
    memberi kesan kepada ekuiti dan hutang perniagaan.

  45. oumie ms Says:

    nk tnya la.. tajuk baru ada belanjawan tunai dan varian… varian tu yg mana ek?

  46. Cg Narzuki Says:

    Oumie ms,

    Belanjawan berfungsi sebagai kayu pengukur atau standard (benchmark) di mana ia dibandingkan dengan keputusan sebenar.

    Perbezaan antara belanjawan dan keputusan sebenar dikenali sebagai VARIAN.

  47. oumie ms Says:

    DAH INGAT DAH… HARI TU DAH SEMAK SEMULA BUKU MASA STUDY DULU…

  48. Cg Narzuki Says:

    Ok, baguslah kalau dah ingat.

  49. naa Says:

    salam Cg Narzuki, apa yg dimaksudkan dgn Slack Budget ya…dalam istilah bahasa melayu

  50. eyla Says:

    salam cg,
    belanjawan tunai selalu kuar di kertas1 or krtas 2 dlm exam ek? antara tjuk pnting ke blanjawan tunai ni?

  51. Cg Narzuki Says:

    Dalam kertas 1, SEMUA topik akan ditanya dalam soalan. Topik Belanjawan tunai juga penting dan perlu diberikan perhatian serta pernah dikeluarkan dalam kertas 2 SPM.

  52. Ismail Says:

    Cikgu Narzuki,
    Nak tanya satu soalan kepada cikgu. Dalam Penyata Belanjawan Tunai bolehkah saya tidak menunjukkan ruangan Lebihan/Kurangan setiap bulan dan hanya tunjuk baki akhir setiap bulan saja. Dalam SPM sebenar, lebihan/kurangan ada markahkah?
    terima kasih

  53. Cg Narzuki Says:

    Dalam penyediaan Penyata Belanjawan Tunai terdapat 2 format yang boleh digunakan,
    Format 1 – ada baris Lebihan / kurangan.
    Format 2 – tiada baris Lebihan/Kurangan.

    Pada pandangan saya tiada markah diberikan untuk baris “Lebihan dan Kurangan” tersebut, ini kerana apa yang hendak diuji adalah pengiraan baki akhir pada setiap bulan. Lagipun adalah tidak adil kepada calon yang jawab ikut format 2 sekirannya ada markah diperuntukkan, sedangkan jawapan mereka betul.

  54. Fatin Says:

    Cikgu narzuki,
    Tajuk Benjawan Tunai perlukah tulis (Penyata Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 2008) atau (Belajawan Tunai bagi 3 bulan beakhir 2008)….perkataan penyata itu perlukah ditulis? Bila sediakan belanjawan tunai lajur jumlah perlukah disediakan selepas sediakan belanjawan tunai 3 bulan? adakah peruntukan markah untuk lajur Jumlah bagi 3 bulan itu?
    Terima kasih

  55. Cg Narzuki Says:

    Cara mudah rujuk saja kepada kehendak soalan, samada dikehendaki menyediakan : Penyata Belanjawan tunai ….. atau Belanjawan Tunai ……

    Pada kebiasaannya markah diperuntukan pada tempat di mana sesuatu kemahiran2 hendak diuji. Pada pandangan Cg, tiada kemahiran yang hendak diuji pada lajur jumlah tersebut, apa yang ada hanya penjumlahan sahaja.

  56. wan Says:

    jd, klo lajur jumlah x buat x mengapa kan??

    satu lg… klo kt stiap kolum kt atas tu sy
    tk tulis “RM” x pe tak???
    hal ni juga same dlm penyata pndapatan…
    x pe tak, x tulis “RM” kt ats skali tu..?

  57. Fatin Says:

    terima kasih cikgu narzuki

  58. Cg Narzuki Says:

    Berdasarkan pengalaman yang lepas2, tidak menjadi masalah tentang perkara tersebut. Cuma jawapan yang sebaik2nya disediakan dengan selengkapnya.

  59. shera Says:

    Salam ckg narzuki,

    saya pelajar tgktn 5 dan bkal m’hadapi spm tahun nie .
    saya ign bertanya ttg jualan tunai & juanlan kredit , belian tunai & belian kredit .
    yg tedapat dlm belanjawan tunai .
    saya msh keliru walaupun telah diterangkan oleh ckg di sekolah.

    berikut adalah contoh latihan yg ckg saya beri :-

    Laila memulakan perniagaan menjual pakaian pd 1 Julai.
    beliau membuat anggaran wang masuk & wang keluar seperti berikut :

    a) Laila mbawa masuk tunai sbyk rm16k sbgai modal pd 1 Julai
    b) anggaran jualan bg 3bln pertama ialah
    Julai – rm1200
    Ogos – rm 1300
    Sept – rm 1400
    c) dijangka 60% drpd jualan adala secara kredit utk sebulan dan bakinya secara tunai utk setiap bln .
    d) harga belian ialah 50% drpd harga jualan dan semua belian dibuat secare kredit utk tempoh 30hari
    e) stok tambahan sbyk rm700 akn dismpn dlm kedai pd setiap masa.ia dibeli pd bulan pertama setiap bulan perniagaan .
    f) Laila merancang utk membeli sebuah mesin pelbagai guna pd bln kedua dgn hrga rm5000.
    g) anggaran pebelanjaan bulanan ialah :
    kdr byrn – rm90
    upah pkerja – rm240
    sewa kedai rm350
    susut nilai mesin – rm500

    blh ckg bantu saya mengenai soalan ini dan menjelas kan ttg pertanyaan saya pd awal td ?

  60. Cg Narzuki Says:

    Belanjawan tunai hanya merekodkan wang tunai masuk dan keluar sahaja. Bagi kes Jualan, Jumlah jualan perlu dipecahkan kepada 2 :
    1. Jualan tunai (40%) …. direkod pada bulan berkenaan.
    2. Jualan kredit (60%) … dibayar bulan berikutnya. (butirnya PENGHUTANG).
    Contohnya :
    Jualan
    Julai = RM1200…. Jualan tunai RM480, Penghutang RM720.
    Ogos=RM1300… JT RM520, Penghutang RM780
    Sept=RM1400….JT RM560, Penghutang RM840 (x rekod)
    Maka, catatan dalam PENERIMAAN:
    —————— Julai —— Ogos—– Sept
    Jualan———- 480 ——-520——–560
    Penghutang —————-720——–780

  61. cikgu amir Says:

    salam cikgu.. byk informasi saya dpt dari blog cikgu.. saya mohon keizinan utk digunakan semasa mengajar kerana saya masih terlalu baru mengajar dan terpaksa mengajar pelajar yang bakal menduduki spm tahun ini..

  62. cikgu amir Says:

    ckgu.. jika tidak keberatan boleh tak cikgu terangkan pada saya pemberatan yang harus diberikan kepada pelajar semasa mengajar tajuk ni

  63. Cg Narzuki Says:

    Salam, sila ambil dan gunakan apa2 yang dirasakan sesuai untuk kebaikan pelajar2 sekalian. Maaf, saya tidak letakkan sebarang pemberat pada mana topik2, bagi saya semua topik adalah penting dan perlu diajar sebaik mungkin.

  64. wany Says:

    cikgu, bab ni susah. saya takfaham pun. tolong.

  65. Cg Narzuki Says:

    Wany,
    Sebenarnya Belanjawan Tunai adalah salah satu topik yang MUDAH berbanding dengan topik2 yang lain. Nasihat Cg, sila jumpa guru anda disekolah untuk lebih memahami konsep2 asas dalam Belanjawan Tunai serta dapatkan TUNJUKAJAR dalam penyediaannya. Ini kerana cara tersebut adalah paling BERKESAN.

  66. baby Says:

    assalamualaikum ckg???
    camna nak uat pnyelesaian bg blanjawan tunai..tentang jualan n belian bg november n disember???
    sila bg tunjuk ajar??

  67. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumussalam,
    Maaf, Cg tak faham apa masalahnya, jadi tak dapat bantu cari penyelesaiannya.

Leave a Reply