Perkongsian – Pengasingan U/Rugi

PERKONGSIAN

– ikatan dua atau lebih pemilik yg menjalankan perniagaan utk mendapatkan keuntungan.

– bil minimum ahli perkongsian ialah dua orang dan bil maksimum ialah 20 orang.

– Perkongsian yang melibatkan perkhidmatan professional, bil maksimum 50 orang.

IKATAN PERKONGSIAN

- satu perjanjian perkongsian di antara pekongsi untuk memulakan perkongsian

- ikatan perkongsian menetapkan;

1. hak setiap pekongsi

2. kewajipan setiap pekongsi

3. tanggungjawab setiap pekongsi

- bertujuan untuk :-

1. mengelakkan drpd salah faham yg mungkin timbul antara pekongsi pada masa depan

2. memastikan setiap pekongsi memainkan peranan seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian

- syarat yg biasa dalam ikatan perkongsian adalah seperti berikut;

1. nama perniagaan perkongsian

2. jangka hayat perkongsian

3. jumlah modal sumbangan

4. cara perkongsian untung rugi

5. bidang kuasa pekongsi

6. gaji, bonus, elaun pekongsi

7. kadar faedah atas modal

8. kadar faedah atas ambilan

9. kadar faedah atas pinjaman

EKUITI PEMILIK

Ø Ekuiti pemilik merupakan tuntutan pemilik ke atas asset bersih perniagaan.

Ø Dalam perkongsian, ekuiti pemilik ialah modal setiap pekongsi terdiri daripada modal awal yang disumbangkan, modal tambahan dan bahagian untung yg dilaburkan semula ke dalam perkongsian.

Ø Setiap ambilan yg dibuat akan mengurangkan ekuiti pemilik

Ø Terdapat dua kaedah utk merekodkan ekuiti pemilik;

1. Kaedah Modal Berubah

o Hanya Akaun Modal bagi setiap pekongsi dibuka tanpa Akaun Semasa

o Menunjukkan jumlah modal yg disumbangkan, ambilan, bahagian untung atau rugi pekongsi dari satu tempoh ke satu tempoh tertentu.

2. Kaedah Modal Tetap

o Akaun Modal dan Akaun Semasa dibuka bg setiap pekongsi.

o Menunjukkan Akaun Modal dengan baki tidak berubah, iaitu sumbangan modal bg setiap pekongsi sebenarnya.

o Ambilan dan bahagian untung atau rugi akan dipindahkan ke Akaun Semasa setiap pekongsi.

ü Hanya menunjukkan modal yg disumbangkan oleh pekongsi. ( Kredit)

ü Butir tuntutan perkongsian terhadap pekongsi (akan mengurangkan modal) – Debit (dt) ; ambilan, faedah atas ambilan dan pembahagian rugi.

ü Butir tuntutan pekongsi terhadap perkongsian (akan menambahkan modal) – Kredit (kt) ; pembahagian untung, gaji/bonus/elaun, faedah atas modal dan pinjaman.

!!!Walaupun terdapat dua kaedah namun HANYA KAEDAH MODAL TETAP sahaja yang akan digunakan dalam merekodkan ekuiti pemilik perniagaan perkongsian.

1. FAEDAH ATAS AMBILAN

ü Akaun Semasa (dt) – tuntutan perkongsian terhadap pekongsi.

ü Akaun Pengasingan Untung Rugi (kt) – hasil kepada perkongsian.

2. FAEDAH ATAS MODAL

ü Akaun Semasa (kt) – tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.

ü Akaun Pengasingan Untung Rugi (dt) – belanja kepada perkongsian.

3. FAEDAH ATAS PINJAMAN

ü Pinjaman yg diberikan oleh pekongsi kepada perkongsian dikenakan faedah. Begitu juga dgn pinjaman yg dibuat dgn pihak luar; bank.

ü Akaun Semasa (kt) – tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.

ü Akaun Untung Rugi (dt) – belanja perniagaan

ü Tidak direkodkan ke dlm Akaun Pengasingan Untung Rugi.

ü Faedah atas pinjaman daripada pekongsi yang belum dibayar oleh perkongsian (faedah terakru) sahaja yang direkodkan dalam Akaun Semasa kerana menunjukkan tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.

4. GAJI, BONUS, DAN ELAUN PEKONGSI

ü Sekiranya pekongsi mempunyai tanggungjawab atau tugas yg tidak dilakukan oleh pekongsi lain, gaji yg sewajarnya patut dibayar kepadanya.

ü Merupakan belanja kepada perniagaan.

ü Jumlah bayaran gaji bergantung kepada persetujuan dalam Ikatan Perkongsian.

ü Gaji pekongsi boleh dibayar secara tunai;

a. Akaun Tunai (kt)

b. Akaun Gaji Pekongsi (dt)

ü Jika gaji pekongsi tidak dituntut atau terdapat gaji yang belum dibayar (terakru); menunjukkan tuntutan pekongsi kepada perkongsian

a. Akaun Gaji Pekongsi (dt)

b. Akaun Semasa Pekongsi (kt)

5. KONGSI UNTUNG ATAU RUGI

ü Pembahagian untung atau rugi antara pekongsi ditentukan setelah faedah atas modal, faedah atas ambilan dan gaji pekongsi diambil kira.

ü Faedah atas pinjaman tidak diambil kira dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi.

ü Nisbah pembahagian untung rugi bergantung kepada persetujuan dlm Ikatan

Perkongsian. Jika tidak Akta Perkongsian 1961 terpakai; sama rata.

112 Responses to “Perkongsian – Pengasingan U/Rugi”

  1. Cg Narzuki Says:

    TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Penyediaan Akaun Semasa pekongsi.
    2. Penyediaan Akaun Pengasingan Untung Rugi.
    3. Penyediaan Penyata Kewangan yang lengkap, iaitu Akaun Penamat dan Kunci Kira-kira.

  2. lisa Says:

    ckgu bleh x berikn sy format analisiskos volum untung?

  3. Cg Narzuki Says:

    Lisa,

    Sila ke post yang sepatutunya,
    ANALISIS KOS VOLUM UNTUNG.

  4. Victorian Says:

    Boleh cikgu terangkan tentang angkutan masuk dan angkutan keluar??
    Saya selalu pening tentang kedua-dua itu..

  5. Cg Narzuki Says:

    Victorian,

    Kedua-dua ANGKUTAN merupakan BELANJA yang perlu dicatatkan dalam Penyata Pendapatan. Cuma perbezaannya ialah :

    ANGKUTAN MASUK :
    - bayar tambang untuk bawa MASUK barang yang di BELI daripada pembekal.
    - merupakan KOS BELIAN, dicatat bersama KOS BELIAN lain
    (Belian – Pulangan Belian + AM + Insuran belian + Cukai Import)

    ANGKUTAN KELUAR :
    - bayar tambang untuk bawa KELUAR barang yang di JUAL kepada pelanggan.
    - merupakan BELANJA yang dicatat bersama-sama belanja-belanja lain seperti Sewa, Kadar bayaran, Gaji, Susutnilai.

  6. ela Says:

    salam cg…
    klu dlm spm…
    mcmna soalan bg perkongsian ne????
    slalunya d soalan brapa???
    plajar dpt target x??

  7. ela Says:

    cg..tlg trgkan pd sy cmna nk catch up soalan ne??
    tanx

  8. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Perkongsian antara topik yang selalu keluar dalam SPM, no. Soalannya tak tentu sama ada 2,3,4,5 dan 6. Kalau diberikan sedikit perhatian/tumpuan soalan ini boleh skor. Terdapat 3 bentuk soalan yang biasanya dikeluarkan dalam SPM (berdasarkan soalan2 tahun lepas) :
    1. Sediakan Penyata Pendapatan termasuk Pengasingan Untung Rugi dan KKK.
    2. Pengasingan Untung Rugi dan Akaun Semasa.
    3. Pembubaran – sediakan Akaun Realisasi, Akaun Modal Pekongsi dan Akaun Bank.

    Sebagai persediaan cuba kuasai format2 soalan diatas dengan menjawab soalan2 tahun lepas.

  9. ela Says:

    tanx cg…
    cg ada set latihan 4 p.a???

  10. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Cg cadangkan muat turun soalan tahun2 lepas di bahagian B-MUAT TURUN SOALAN, terutamanya soalan2 mengikut topikal.

  11. zai Says:

    salam cikgu

    saya nak tanya, kalau kita buat penyata pendapatan dengan gabungan penyata pengasingan untung rugi, bagaimanakah tajuk yang akan kita tulis?

    tq..

  12. Cg Narzuki Says:

    Zai,

    Salam, tajuknya kita boleh tulis seperti berikut :
    “Penyata Pendapatan dan Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2009″

  13. aisyah Says:

    cikgu,

    ade soalan yg akn bg kita makllumat tambahan yg ade kesilapan.cthnya ; sewa terakru,susut nilai,peruntukan hutang ragu dll.

    utk mendapatkan untung bersih yg baru,kita mesti buat penyata untung bersih(pelarasan) ke?

  14. Cg Narzuki Says:

    Aisyah,

    Soalan tersebut biasanya dikehendaki menyediakan Penyata Pendapatan dan Pengasingan Untung Rugi. Di mana lakukan pelarasan (daripada maklumat tambahan) dalam Penyata Pendapatan bagi mendapatkan UNTUNG BERSIH, seterusnya sediakan Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi menentukan KONGSI UNTUNG.

  15. zai Says:

    salam cikgu..
    untuk pengasingan untung rugi..
    akaun semasa yang disediakan, kita dapatkan baki h/b..
    perlukah kita bawa baki tersebut ke baki b/b bulan berikutnya?

    adakah ini akan memberi kesan kepada markah kalu kita tak buat baki b/b untuk bulan baru?

    tq

  16. Cg Narzuki Says:

    Zai,

    Cg cadangkan dalam mana-mana soalan yang melibatkan BAKI AKHIR, sila buat kedua2 iaitu BAKI H/B dan BAKI B/B kerana ia akan memberi kesan kepada markah anda.

  17. Apek Says:

    saya ingin tanya tntg akaun pengasingan UR, adakah kita perlu tulis jln kerja. cth: faedah ats modal (2/3 x RM20000) atau terus tulis jumlahnya shj. satu lagi, guru saya galakkan kami buat akaun semasa atau ak modal secara jadual, adakah itu diterima sbb beliau kata caranya itu lebih cepat dan menjimatkan masa berbanding dgn diasingkan utk setiap rakan kongsi di mana jika diasingkan kita akn kena menulis dua kali bagi setiap akaun.cth faedah ats modal dutulis dua kali iaitu satu tulis di ak semasa rakan kongsi pertama dan satu lagi ditulis butira nyg sama juga di akaun semasa rkn kongsi satu lagi. rakan2 saya suka cara di asingkan utk setiap rakan kongsi, saya pula lebih selesa dgn cara guru saya sbb lebih cpt. hrp cg beri penjelasan. tq

  18. Cg Narzuki Says:

    Apek,

    Jalan kerja sebaik-baik ditunjukkan sama ada dalam “( )” ataupun dibawah Ak Pengasingan UR. Dan Cg sangat setuju dengan cara yang disampaikan oleh guru anda. Ikutilah panduan dan tunjukajar yang disampaikan oleh guru anda, sesungguhnya Cg yakin beliau seorang guru yang berpegalaman.

  19. ayied92 Says:

    mustafa & arifin b’kgsi dlm Perkongsian muffin dgn nisbah pmbhgian utg m’ikt nisbah modal.mlklmt kwgn bg thn perakaunan yg b’akhr 31 ogos 08 adlh spt yg b’ikt.

    JUMLAH(RM)
    utg brsh 13 500
    modal pd 1sept 07;
    mustafa 30 000
    arifin 20 000
    ambilan mustafa 2 500
    ak.sms pd 1sept 07
    mustafa 500(KT)
    arifin 2 800(DT)
    pnjmn arifin 8 000
    gaji mustafa 5 000

    MKLMT TMBHN;
    1.FAM 5% setahun &d’byr ats baki modal pd awl thn kwgn shj
    2.p’kongsian m’buat pnjmn drp arifin pd 1 mac 2008.FAP 8%setahun d’kreditkn dlm ak.sms
    3.gaji mustafa ialah RM6 000 setahun

    soaln sye??
    1.utk plrsn no. 1 mcm mne d’byr ats baki modal awl??sye xphm soaln dye
    2.soaln d’ats tdk m’pnyai FAA.jd mcm mne dgn pnyata p’asgn utg rugi nnti.xpyh la tmbh ngn FAA ya?
    3.gaji mustafa RM6 000(pnyata),RM1 000(ak.sms)..btl?
    4.nisbah utg rugi 3:2…btl?

  20. Cg Narzuki Says:

    Ayied,

    Jawapannya:
    1. Ini bermaksud pengiraan Faedah atas Modal 5% x modal pada 1 Sept.2007 masing2.
    2. Jika tidak dinyatakan Faedah Atas Ambilan, maka dalam Penyata Pengasingan Untung Rugi tidak perlu dimasukkan kerana tiada dalam perjanjian perkongsian.
    3. BETUL.
    4. Nisbah modal – 30,000 : 20,000 = 3:2. BETUL.

  21. tamil selvana/l muniandy Says:

    salam sejahtera
    cg
    hari ini saya nah tanya tentang perkongsian.
    mula -mula kita nah buat apa . saya tak faham macam mana nah cari buku tunai dan kunci kira kira

  22. Cg Narzuki Says:

    Tamil selvana,

    Cg cadangkan dapat soalan2 tahun lepas berkaitan dengan topik ini untuk buat latihan. Dalam soalan telah jelas dinyatakan apa yang perlu anda buat, contohnya,

    Anda dikehendaki menyediakan :
    (a) Akaun Pengasingan Untung Rugi
    (b) Akaun Semasa setiap pekongsi
    (c) Kunci Kira-kira (lengkap atau bahagian ekuiti pemilik sahaja).

    Bagi mendapatkan baki akhhir Tunai/Bank, cara pengiraannya BAKI AWAL + JUM. PENERIMAAN – JUM. PEMBAYARAN = BAKI AKHIR (untuk masukan dalam KKK – jika perlu).

  23. mhakim Says:

    salam

    boleh x ckgu tlg bg format utk bntuk beruangan? terima kasih

  24. Cg Narzuki Says:

    Mhakim,

    Bagi topik ini, format beruangan adalah merujuk kepada Akaun Semasa setiap pekongsi. Samada disediakan secara berasingan ataupun digabungkan dalam satu akaun beruangan seperti berikut :

    ak semasa

  25. TEH Says:

    cg,
    Soalan ini tempoh perakaunan berakhir 30 Jun 2009
    Soalannya
    a) Pinjaman drpd Ruhaida (salah satu pekongsi) ialah RM 9000. tp dia ada kurungan tulis matang pd 31 dis 2009..
    Apa maksudnya?
    b) ikatan perkongsian tulis Faedah atas pinjaman 8% setahun.
    dalam imbangan duga ada faedah atas pinjaman RM 480.
    Jalan kerja sy:
    sy agp pinjaman mula dr 1 Jan.
    Faedah atas pinjaman pd 30 jun ialah RM 360.

    masalah sy ialah:
    1) di penyata untung rugi bhg belanja faedah ats
    pinjaman ialah tulis brp?
    2) di ak semasa Ruhaida tulis Faedah atas pinjaman di dt atau kt? dan amaunnya ialah apa?
    3) adakah nak rekod Faedah atas pinjaman terdhlu di KKK?

    Hrp cg faham soalan sy dan blh bantu sy menyelesaikan soalan ini.. terima kasih banyak-banyak.

  26. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Pada pandangan Cg, kenyataan ”matang pada 31 Dis 2009” tidak bermaksud ianya bermula pada 1 Jan 2009. Ianya boleh jadi bermula beberapa tahun sebelum itu dan akan dibayar balik pada 31 Dis 2009. Oleh itu Faedah atas Pinjaman = 8% x RM9000 = RM720 bagi tempoh perakaunan tersebut. Manakala Faedah atas pinjaman RM480 dalam ID menunjukkan faedah yang telah dibayar kepada Ruhaida sebanyak RM480 dan baki faedah yang masih belum dibayar sebanyak RM 240 (iaitu 720-480).

    1) Dalam Penyata Pengasingan Untung Rugi item Faedah atas pinjaman rakan kongsi TIDAK perlu dimasukkan kerana ianya perlu dicatat dalam Penyata Pendapatan sebagai belanja : Faedah atas Pinjaman (480+240) RM720.

    2) Manakala dalam Akaun Semasa Ruhaida disebelah KREDIT perlu dicatat Faedah atas Pinjaman RM240, iaitu baki yang masih belum dibayar.

    3) Faedah pinjaman terakru RM240 TELAH dikreditkan ke Ak Semasa Ruhaida, maka ianya tidak perlu lagi dicatat dalam KKK. Ini kerana baki Ak Semasa Ruhaida nanti akan dicatatkan ke dalam KKK.

  27. TEH Says:

    cg,
    dlm ak semasa pekonsi kita rekod GAJI dan faedah atas pinjaman ialah t’akr.. mungkin tak kita akan bertemu soalan yg akan rekod t’dhlu?

  28. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Dalam amalan biasa, tidak ada gaji dan faedah atas pinjaman yang dibayar terdahulu, kecuali jika berlakunya kesilapan TERLEBIH bayar atau kes2 tertentu. Pada pandangan Cg, bagi topik ini tidak akan disoal sedemikian rupa, memandangkan ianya tidak disebut dalam huraian sukatan pelajaran dan juga tiada dalam buku teks.

  29. shu Says:

    Cikgu, kalau seseorang pekongsi dibayar RM9600 gaji setahun, tetapi bagi tempoh akhir tersebut, hanya RM8000 dibayar, jadi dalam penyata pengasingan untung rugi perlu tulis nilai yang mana satu??
    Akaun Semasa pekongsi tersebut pula nak catat nilai apa??

  30. Cg Narzuki Says:

    Shu,

    Dalam Ak Pengasingan Untung Rugi :
    - Jumlah penuh seperti perjanjian RM9600

    Dalam Ak Semasa :
    - Jumlah yang belum dibayar, iaitu : (9600-8000) RM1600

  31. soh Says:

    cikgu saya ada sikit tak faham tentang pinjaman dalam perkongsian:
    1.kenapa dalam latihan contoh anchor 2009 dan 2010 soalan no.4 pinjaman ruhaida masuk ke dalam liabiliti semasa?
    2.tempoh matang pinjaman menunjukan apa?
    3.adakah semua pinjaman perkongsi perlu masuk dalam liabiliti semasa?
    4.percubaan pahang tidak memasuki pinjaman perkongsi dalam kkk adakah disebabkan tempoh matang 3 tahun belum sampai?

  32. Cg Narzuki Says:

    Soh,

    1. Pinjaman daripada Pekongsi dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa kerana sifatnya yang boleh berubah pada bila2 masa.

    2. Tempoh matang pinjaman bermaksud tempoh dimana jumlah pinjaman tersebut perlu dijelaskan / dibayar balik.

    3. Berdasarkan sifatnya yang boleh berubah, iaitu walaupun tempoh matangnya 3 tahun, tetapi sekiranya rakan kongsi tersebut sangat2 memerlukan kembali wang yang dipinjamkan dan dipersetujui oleh semua rakan kongsi yang lain, maka pinjaman tersebut akan dibayar walaupun belum cukup 3 tahun.

    Walau bagaimanapun sekiranya dianggap sebagai Liabiliti Bukan Semasa atas alasan tempoh matangnya lebih daripada 1 tahun juga boleh diterima (tidak dianggap salah). Cuma pandangan Cg adalah lebih baik dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa, kes ini ada persamaan juga dengan Simpanan Tetap yang dikelaskan sebagai Aset Semasa.

    4. Soalan Pahang ada memasukan Pinjaman tersebut sebagai Liabiliti Bukan Semasa dalam KKK RM12000.

  33. soh Says:

    terima kasih cikgu,penjelasan cikgu amat jelas.kalau begitu saya perlu check tempoh pinjaman atau simpanan tetap tersebut sebelum letak dalam aset/liabiliti semasa/bukan semasa.

  34. Yen leng Says:

    Hi cikgu, saya nak tanya dlm soalan anchor 2009 dan 2010… Mcm mana saya nak tahu bila kena tambah atau tolak hasil dan belanja terakru atau terdahulu daripada untung bersih yang dinyatakan dan mengapa saya perlu berbuat demikian?? Ini juga termasuk PHR dan hutang lapuk??

  35. Cg Narzuki Says:

    Yen leng,

    Untung Bersih yang diberikan dalam soalan BELUM mengambil kira maklumat pelarasan lagi. Jadi apabila dalam soalan menyatakan adanya beberapa maklumat tambahan yang memerlukan pelarasan seperti, terdahulu dan terakru, susut nilai atau PHR, maka nilai Untung Bersih tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu bagi mendapatkan nilai UNTUNG BERSIH yang terselaras. Kemudian baru disediakan Pengasingan Untung Rugi.

  36. Ya Says:

    Salam cikgu. Saya ada soalan tentang hendak membuat pelarasan bagi untung bersih. Kalau untung bersih belum dibuat pelarasan, bagaimana saya nak tau yang mana satu patut ditolak dan perlu ditambah? tolong cikgu?

  37. Cg Narzuki Says:

    Ya,

    Bagi membuat pelarasan terhadap Untung Bersih yang diberikan :
    1. kenal pasti akaun2 HASIL / BELANJA yang terlibat dengan pelarasan daripada maklumat tambahan yang diberikan.

    2. item BELANJA (Asasnya TOLAK di UB) :
    ~ Jika item belanja tersebut baru wujud / perlu diTAMBAH, maka kesan ke atas UB perlu TOLAK.
    ~ Jika item belanja tersebut perlu diKURANGKAN, maka kesan ke atas UB perlu di TAMBAH.

    3. item HASIL (Asasnya TAMBAH di UB) :
    ~ Jika item hasil tersebut baru wujud / perlu diTAMBAH, maka kesan ke atas UB perlu TAMBAH.
    ~ Jika item hasil tersebut perlu diKURANGKAN, maka kesan ke atas UB perlu di TOLAK.

  38. Ya Says:

    oo. um tapi saya tak faham. saya confuse. apa maksud cikgu kalau item tu perlu ditambah atau dikurangkan? contohnya,
    maklumat tambahan:

    (i)hutang lapuk sebanyak RM450 telah dihapus kira. Perkara ini telah direkod.
    (ii) Gaji terakru Yu Jin berjumlah RM9000 tersalah rekod sebagai belanja am.
    (iii) Belanja terakru:
    Membaiki kenderaan RM280
    Belanja pejabat RM190
    (iv) Insurans terdahulu RM700
    (v) Peruntukan Hutang Ragu hendaklah diselaraskan kepada 2% atas penghutang.

    * diberi untung bersih RM39220, peruntukan hutang ragu RM340, penghutang RM12500.

    Cikgu boleh tunjukkan saya yang mana satu perlu ditolak dan ditambah?

  39. Cg Narzuki Says:

    Ya,

    i) perkara tersebut TELAH direkodkan, jadi tidak melibatkan pelarasan terhadap HL.
    ii) BELANJA AM perlu diTOLAK kerana tersilap rekod, maka kesan kepada UB perlu di TAMBAH. (ikut panduan Cg diatas)
    iii) belanja membaiki kenderaan (terakru) kena TAMBAH BELANJA, maka kesan UB TOLAK. begitu juga belanja pejabat.
    iv) insuran terdahulu kena TOLAK BELANJA, maka UB kena TAMBAH.
    v) pengurangan PHR 90 (kena kira dulu) … HASIL, maka UB TAMBAH

    kira PHR:
    awal PHR = 340
    PHR akhir = 2% x 12500 = 250
    Pengurangan PHR = 340-250 =90 (HASIL)

  40. Ya Says:

    Ohh. Saya dah faham sekarang cikgu. Haha, lama betul saya nak fahamkn. Terima kasih, cikgu!

  41. miss lolyz Says:

    askum cg..leh x bg tips kat saya mcm mane nak senang ingat trutan item penyata pendapatan..sysy agak bmslah dlm hal tu

  42. Cg Narzuki Says:

    Nak ingat kenalah hafal dan banyakkan latihan. Secara ringkasnya urutan adalah seperti berikut :

    Jualan Bersih
    (-) Kos Jualan
    = Untung Kasar
    (+) Hasil
    (-) Belanja
    = Untung Bersih.

  43. ciku Says:

    cikgu sila tunjukkan cara nak buat akaun semasa

  44. Cg Narzuki Says:

    Penyediaan Ak Semasa setiap pekongsi:

    1. Adalah dicadangkan supaya disediakan Ak Semasa secara berlajur, iaitu semua ak semasa pekongsi dalam satu ak semasa sahaja. Contoh 2 rakan kongsi :

    ……………………………..Ak Semasa
    ………………………Ali….Baba……………………….Ali…Baba

    2. Semua item2 dalam Ak Pengasingan Untung Rugi kecuali Untung Bersih, perlu dimasukkan dalam Ak Semasa mengikut catatan bergu Dt dlm APUR – Kt dlm Ak Semasa, dan sebaliknya. Iaitu :

    -i- Faedah atas ambilan ….Dt
    -ii- Faedah atas modal ……Kt
    -iii- Gaji / Elaun / Bonos ….Kt (jumlah yg BELUM BAYAR)
    -iv- Kongsi Untung ………..Kt , Kongsi Rugi …………… Dt

    3. Terdapat 3 perkara yang tidak terdapat dalam APUR tetapi perlu juga dimasukkan dalam Ak Semasa, iaitu ambil daripada soalan:
    -i- Baki Ak Semasa …. Dt / Kt ikut soalan.
    -ii- Ambilan …………….. Dt
    -iii- Faedah atas pinjaman pekongsi…. Kt (jumlah BELUM BAYAR)

    4. Imbangkan dan tutup Ak Semasa, iaitu cari Baki h/b dan Baki b/b setiap pekongsi.

  45. achik Says:

    cg boleh x terangkan knpe faedah atas pinjaman x ditunjukkan dalam akaun pengasingan…

  46. guest Says:

    faedah ats pnjaman x ditunjukkan sbb faedah tersebut merupakan belanja bagi pihak syarikat.. Tu yg saya pahamlah.. Betul ke ckgu?

  47. Cg Narzuki Says:

    Pinjaman Pekongsi / Pinjaman Bank adalah LIABILITI kepada Perniagaan, yang digunakan untuk pengurusan aktiviti perniagaan. Maka kedua-duanya dianggap sebagai suatu TANGGUNGAN yang perlu dijelaskan oleh perniagaan kepada pihak luar. Oleh itu FAEDAH ATAS PINJAMAN tersebut dikira sebagai BELANJA PERNIAGAAN. Dan perlu dimasukkan dalam komponen BELANJA dalam AKAUN UNTUNG RUGI bagi menentukan UNTUNG/RUGI BERSIH perniagaan.

    Manakala item2 yang perlu dimasukkan dalam APUR merupakan item2 HASIL/BELANJA PERKONGSIAN seperti Faedah atas Modal, Faedah atas Ambilan dan Gaji Pekongsi. Ianya HANYA wujud diantara PERKONGSIAN (Perniagaan) dan PEKONGSI (Pemilik) sahaja. Di mana SUMBER KEWANGANnya daripada UNTUNG BERSIH. Setelah di TAMBAH Hasil Perkongsian (Faedah atas Ambilan) dan di TOLAK Belanja Perkongsian (Faedah atas Modal dan Gaji/Elaun/Bonos Pekongsi). Maka LEBIHAN UNTUNG/RUGI tersebut baru di agihkan kepada setiap PEKONGSI sebagai KONGSI UNTUNG/RUGI.

  48. Aisyah Says:

    salam cg,ak pengasingan untg rugi ada jgk ke yg jawapannya dlm perpuluhan

  49. Cg Narzuki Says:

    Bergantung kepada soalan, cuma pada kebiasaannya jawapan dalam angka genap tiada perpuluhan. Walau bagaimanapun tidak menjadi kesalahan jika jawapannya ada perpuluhan.

  50. ana kiu Says:

    bagaimanakah format menyediakan penyata pengasingan jika perniagaan mengalami rugi bersih?
    masihkah kita campur faedah atas ambilan dan tolak faedah atas modal / gaji?

  51. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan Cg, ada 2 cara boleh digunakan :

    Cara 1: Format biasa tetapi guna tanda ( ).
    Rugi Bersih ……………………. (1000)
    (+) Faedah atas Ambilan ….. 200
    ……………………………………….. (800)
    (-) Faedah atas Modal /Gaji….100
    ………………………………………….(900)
    Kongsi Rugi

    Cara 2: Terbalikkan Format biasa.
    Rugi Bersih …………………… 1000
    (+) Faedah atas Modal/Gaji..100
    ……………………………………..1100
    (-) Faedah atas Ambilan……..200
    ……………………………………….900
    Kongsi Rugi

  52. aisyah Says:

    cg,kalau maklumat tamb dalam apur kata gopal menerima gaji tahunan Rm………….. kena masukkan jgak ke dalam ak smasa

  53. Cg Narzuki Says:

    Dalam Ak Semasa Gopal hanya masukkan jumlah gaji yang masih BELUM BAYAR sahaja.

    Contohnya :
    Dalam perjanjian gaji gopal RM4500, dalam maklumat tambahan atau Imbangan Duga pula dinyatakan gaji gopal telah dibayar RM2000. Maka dalam Ak Smasa Gopal, kita hanya masukkan Gaji RM2500 (iaitu 4500-2000) sahaja.

  54. aisyah Says:

    tp cg soalan dlm bku teks ting 5 mka surat 97 ni bagi maklumat pasal gaji dlm maklumat tambahan je.dia kata gopal menerima gaji tahunan sebanyak rm 8404….jd tak perlu masukkan dalam ak smasa kan?sy kira tnpa masukkan dlam ak smasa tp x dpt jwapan pun……………..

  55. Cg Narzuki Says:

    Ok. gaji tahunannya RM8404, maka dalam APUR masukkan gaji tersebut RM8404. Iaitu jumlah gaji yang SEPATUTNYA dibayar kepada Gopal.

    Adakah gaji tersebut telah dibayar (sebahagian / penuh) ? Tiada maklumat menyatakan gaji tersebut telah dibayar. Ini bermakna jumlah gaji RM8404 masih BELUM DIBAYAR, maka ianya mesti dibayar dengan memasukkan ke dalam AK SEMASA GOPAL sebanyak RM8404.

    Sekiranya ada maklumat menyatakan jumlah gaji tersebut TELAH DIBAYAR, barulah TIDAK PERLU dimasukkan dalam AK Semasa Gopal. Jika dimasukkan juga dalam Ak Semasa, maka ianya dikira sebagai bayaran 2 kali.

  56. aisyah Says:

    sy pun x faham,tp dlm maklumat 2 kata gopal menerima gaji tahunan sebanyak RM8404..maklumat lain pasal gaji x ada dah la,kalau kenyataan macam 2 beerti gopal dah terima bayaran ke belom???

  57. Cg Narzuki Says:

    Itu maksudnya BELUM TERIMA lagi. Syarat Perjanjian menetapkan bahawa Gaji tahunan yang PATUT TERIMA ialah RM8404…. tetapi ianya masih BELUM TERIMA lagi.

  58. lamka Says:

    salam. cg, kalau die kate sediakan ak perdagangan dan u/rugi maknenye bentuk T ke bentuk penyata????

  59. lamka Says:

    satu lagi….. kat ak semasa format beruangan, wajib ke tulis tarikh???? dlm spm kalau tk tulis tarikh adakah menjejaskan masrkah??

  60. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Sekarang ni …. digalakkan jawab dalam bentuk penyata, walaupun soalan minta jawab dalam bentuk akaun, kerana dunia hari ini kebanyakannya menggunakan bentuk penyata. Pada pandangan Cg, dalam Ak Semasa tak tulis tarikhpun tidak mengapa, kerana apa yang hendak diuji ialah catatan bergu bagi pengasingan untung rugi di akhir tempoh perakaunan, jadi kebanyakan tarikhnya pada akhir tempoh tersebut.

  61. wan Says:

    cg, kalau soalan nye kate sediakan penyata untung rugi…
    mksud penyata untung rugi ni penyata pendapatan ke??
    atau akaun untung rugi shj?

  62. Cg Narzuki Says:

    Untuk menyediakan Penyata Pendapatan, soalan semestinya memberikan maklumat tentang Jualan, PJ, Belian, PB, Stok awal, stok akhir, hasil2 dan belanja2.

    Sekiranya soalan telah memberikan UNTUNG BERSIH kemudian ada maklumat pelarasan berkaitan hasil dan belanja, maka Penyata Untung Rugi yang dimaksudkan tersebut adalah merujuk kepada penyata untuk menghitung nilai UNTUNG BERSIH selepas pelarasan. Kemudian daripada UNTUNG BERSIH (TERSELARAS) tersebut disediakan Penyata Pengasingan Untung Rugi.

  63. Wan Says:

    Salam..

    Cg ape maksud:
    Stok alat tulis pd 1 julai 2008-rm130
    Stok alat tulis pd 30 jun 2009-rm175
    Belian alat tulis-rm280

    Adakah ini belanja atau stok? Klo stok msuk kkk kan????

  64. Cg Narzuki Says:

    Soalan tersebut perlu dilakukan pelarasan bagi mencari BELANJA ALAT TULIS. Iaitu :

    Belanja Alat Tulis = 130+280-175 = RM235 .. P.Pendapatan
    Stok Alat Tulis (akhir) = RM175 …………………. KKK

  65. Wan Says:

    Ooooooo…. Wokeh! Terima kasih cg.

  66. lamka Says:

    salam,

    cg klo ade modal tmbahan, modal tmbhan tu perlu ke dpt kn faedah atas modalnye?

    and klo bawa masuk peralatan ke dlm perniagaan bernilai 300- adkh ini modal tmbhan juge?

    tq..

  67. Cg Narzuki Says:

    Faedah atas modal tu kena tengok syarat perjanjian … ada tak dalam soalan disebut faedah tersebut dikenakan atas modal awal sahaja atau tak ?

    Asalkan MEMBAWA MASUK ke dalam perniagaan, maka itu dipanggil MODAL TAMBAHAN.

  68. lamka Says:

    jd klo soalan kate atas modal awal shj makne nye FAM utk modal yg awal je lah kn? modal tmbahan xpayah kn??

  69. Cg Narzuki Says:

    Ya, tepat sekali.

  70. ana Says:

    cikgu, boleh tak saya nak dapatkan format perkongsian..

  71. farahiza Says:

    salam ckg..
    bg soalan no.2 format spm..calon perlu menyediakan akaun UR,pengasingan dan kunci kira-kira.. gru di sekolah sya mnyatakan bhawa format bg UR adalah sama seperti tjuk ting4..ttapi sya tidak dpat mmperoleh jwapan yg tpat krana tidak mmasukkn mklumat didlam akaun pengasingan.. soalan sya ialah apakah yg perlu dimaksukkan didlam lajur hasil dan belanja akaun UR.. adakah nilai faedah atas modal,F.A.ambilan, dan faedah pinjaman juga hrus dimasukkn juga dlam akaun Ur..?

  72. Cg Narzuki Says:

    Akaun Untung Rugi hanya berkaitan dengan Hasil dan Belanja perniagaan sahaja. Manakala urus niaga yang melibatkan rakan kongsi seperti Faedah atas modal, Faedah atas ambilan, gaji/elaun/bonos rakan kongsi hendaklah dicatatkan dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi (APUR).

    Tetapi Faedah Pinjaman Pekongsi dimasukkan dalam AUR, bukannya dalam APUR, kerana ianya dianggap sebagai belanja perniagaan kepada pihak luar, sebagai mana faedah pinjaman bank.

  73. farahiza Says:

    ckg kiranya utk dpatkan untung bersih dlam akaun pengasingan,kita perlu mnyediakan APUR bukannya AUR.. N apa bezanya AUR dgan APUR..? trima kasih..

  74. farahiza Says:

    salam…
    ckg boleh tk klau sya nak format APUR..

  75. Cg Narzuki Says:

    Akaun Untung Rugi (AUR) – bertujuan untuk mendapatkan UNTUNG BERSIH.

    Akaun Pengasingan Untung Rugi (APUR) – bertujuan mengagihkan UNTUNG BERSIH kepada setiap rakan kongsi setelah mengambilkira faedah atas ambilan, faedah atas modal, gaji pekongsi. Lebihan daripada Untung Bersih tersebut akan diagihkan mengikut nisbah kongsi untung yang telah dipersetujui. Formatnya boleh rujuk buku teks atau mana2 buku rujukan, sama ada dalam bentuk “T” ataupun Penyata.

  76. Mcrish Says:

    salam cg,
    lecturer ada bg soalan yg kurang faham utk selesaikan ,harapan kami cg dpt membantu,krn memang sukar utk btanya kpd lecturer tersebut,adakalanya kami x berani bertanyakan apa2 soalan.
    1. bagaimana utk sy cacat kan cacatan jurnal utk aset2 yg di bawah 2 nama pekongsi, spt kenderaan ,alatan ,komputer – Dt & pinjaman bank & modal kredit,apabila sy kira jumlah utk dt & kt x sama?
    2. jika untung/rugi ikut modal di sumbang,bgaimana jika modal A – RM223250 ,B – RM 261600
    3.jika ambilan secara purata bagi setiap 3 bulan? eg,A -RM2200 ,B – RM4200,adakah 4 x 2200 = 8800 utk setahun.

    terima kasih cikgu krn membantu,u are the best!

  77. popcek Says:

    salam cg!!
    bleh tunjukkan sy steps2 untuk m’buat perkongsian pengasingan untung rugi dan akaun perdagangan dan untung rugi..cg bleh syorkan kpd sy nama buku produk yang menunjukkan semua jalan kerja acc..do reply!

  78. hey Says:

    saye nk tny mcm mne nak cri untung terselaras untuk pekongsian??

  79. Cg Narzuki Says:

    Popcek,
    Step2 dia ikut format bagi setiap satunya. Contohnya APUR :
    cari Untung Bersih – Faedah atas ambilan – Faedah atas modal – Gaji/Bonos/Elaun – Kongsi Untung/Rugi. Begitu juga dengan Akaun Perdagangan dan Untung rugi.

    Hey,
    Untung Terselaras, maksudnya kena cari maklumat pelarasan yang berkaitan dengan hasil dan belanja, sama ada kesannya menambahkan Untung atau akan mengurangkan untung. kemudian lakukan pelarasan terhadap nilai Untung Bersih yang diberikan. Dan sediakan Ak Pengasingan Untung Rugi.

  80. Wan Says:

    Cg, klo modal 10% setahun, utk modal tmbahan yg dbawa nsuk pd petngahan bln kene dptkn
    FAM die jugak ke??

    Adkh die kne tmbah ngn modal awal bru dptkn FAM
    Or cari FAM utk satu2 bru tmbah kedua duanye???? Tq

  81. Lamka Says:

    UB: 28,898
    Phutang: 7200
    Soalan:
    Rkn kongsi bstuju utk buat pelarasan bg pkara brikut.
    1)sewa terakru 380
    2) jumlah HL 440
    3) pHR 5% ats baki p’ hutang

    Mcm mane nk buat cg???? Tq

  82. Cg Narzuki Says:

    Wan,

    Cuba perhatikan maklumat tambahan tersebut, sama ada faedah atas modal dikenakan 10% atas baki MODAL AWAL atau tidak. Jika atas modal awal, maka modal tambahan tidak termasuk dalam pengiraan faedah atas modal.

    Lamka,
    Ketiga2 pelarasan tersebut melibatkan pertambahan BELANJA dan kesannya kepada Untung Bersih ialah TOLAK:

    UB belum terselaras 28898
    (-) sewa terakru 380
    (-) Hutang lapuk 440
    (-) PHR (5% x 7200) = 360
    Untung Bersih Terselaras = ?

  83. shuib Says:

    salam.
    boleh cikgu terangkan sikit pasal temph matang pinjaman rakan kongsi

    cth. soalan dari anchor web site cikgu..
    Perkongsian Cekap Mesra. Tempoh perakaunan berakhir 30 jun 2009
    pinjaman dr rohaida rm 9000(tempoh matang 31 dis 2009)
    kenapa jawapan rm720 diletak dalam akaun untung rugi.sedangkan ia tidak cukup setahun..
    BOLEH CIKGU TERANGKAN ? Terima kasih…

  84. Cg Narzuki Says:

    Salam

    Pada pandangan saya, “Tempoh matang 31 Disember 2009″ membawa maksud tempoh bayaran balik pinjaman tersebut kepada pekongsi Rohaida ialah pada 31 Disember 2009. Bukannya bermaksud faedah akan dibayar pada masa tersebut. Faedah atas pinjaman akan dibayar pada setiap tahun dengan kadar 8% setahun.

    Memandangkan soalan tersebut tidak menyatakan bila tarikh pinjaman dibuat, maka kita boleh andaikan ianya genap setahun atau pinjaman dibuat beberapa tahun yang lepas. Begitu juga dengan kes Kenderaan (kos) RM60,000, jika tidak dinyatakan bila ianya dibeli, maka andaian kita genap setahun untuk pengiraan susut nilai.

    Maka Faedah atas pinjaman = 8% X 9000 = RM720 dicatatkan sebagai belanja dalam Akaun Untung Rugi, di mana baki faedah yang masih terakru (720-480) = RM240 akan dikreditkan dalam Ak Semasa Rohaida.

  85. Lamka Says:

    Cg sy msih blur lg. Knape mrsti tolak???
    Sy ad bce ttg pnerangn ni kt post2 di ats tp sy msih xphm.
    Bgaimana pula klo diber hasil????

    Satu lg, klo cth PHR die dh bg 460 mcm mane plak tu???

    Tq cg

  86. Wan Says:

    Salam cg, die hnye tulis 10% setahun.
    Setahun tu utk modal awal je ke?

  87. Cg Narzuki Says:

    Lamka,
    Konsepnya mudah saja,
    HASIL – menambahkan Untung Bersih
    BELANJA – mengurangkan Untung Bersih.

    Oleh kerana semua pelarasan tersebut melibatkan pertambahan dalam BELANJA, maka pelarasannya TOLAK daripada Untung Bersih.

    Sekiranya terdapat baki awal PHR 460, maka berlaku PENGURANGAN PHR (460-360) 100, di mana ianya dikelaskan sebagai HASIL, maka kesan kepada UB hendaklah di TAMBAH.

    Wan,
    Kalau macam tu, anggaplah faedah 10% atas modal awal sahaja kerana cukup setahun.

  88. shuib Says:

    terima ksh cg atas penerangan tadi..semoga tuhan jua mmblas jasa ckgu..

  89. nurul afizan ismail Says:

    salam
    cikgu . . .
    agak3 sTpM nt soalan ape yg kluar yee??

  90. Cg Narzuki Says:

    Maaf, Cg tidak mengajar perakaunan STPM. Cadangan Cg, gunakan masa yang seadanya ini untuk cuba mengusai sebanyak mungkin topik2 yang dipelajari sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM nanti. Semoga berjaya.

  91. nia Says:

    salam cg,

    nak tanye. soalan anchor 09 n 10 tu:
    no.6

    dlm maklumat tambahn no
    (V) PHR hendaklah diselaraskn kpd 2% ats penghutang.

    adakh penghutang perlu tolak hutang lapuk
    dlm maklumat tambahan no.1 tu????

    apekah maksud perkara ini sudah direkod?
    maknenye sudah di tolak? tq.

  92. Cg Narzuki Says:

    Penghutang RM12500 adalah jumlah yang telahpun ditolak hutang lapuk RM450 (maklumat 1) kerana ada dinyatakan ianya TELAH direkodkan.

  93. lamka Says:

    salam,

    maklumat bg:
    (1) gaji tahunan amin 7200

    dlm mklumat tmbhan tkde bg tahu ape dh ttg gaji tahunan. cm mane ni??

    sy ade bce post cg kt atas, tp masih kurang phm lg.
    tq cg

  94. Cg Narzuki Says:

    lamka,

    Dalam Ak Pengasingan UR,
    Debit – Gaji Amin ….. 7200 (iaitu gaji setahun)

    Manakala dalam Ak Semasa Amin nanti,
    Kredit – Gaji …. JUMLAH BELUM BAYAR

    Kes 1 :
    Sekiranya ada dalam Imbangan Duga – Gaji Amin, katakan RM5200, ini bermaksud
    GAJI BELUM BAYAR =7200-5200=2000

    Maka Ak Semasa Amin,
    Kredit – Gaji …. RM2000 (JUMLAH BELUM BAYAR)

    Kes 2 :
    Sekiranya dalam Imbangan Duga – TIADA dinyatakan Gaji Amin, ini bermaksud
    GAJI BELUM BAYAR =7200

    Maka Ak Semasa Amin,
    Kredit – Gaji …. RM7200 (JUMLAH BELUM BAYAR)

  95. Lamka Says:

    Jd dlm ak sms ctat 7200 mknenye
    ak.APUR pun mestilah same ya????

    Baiklah, terima kasih byk2 cg :)

  96. Wani Says:

    Salam,
    cikgu,
    bgaimana format utk membuat penyata pelarasan untung bersih?

  97. Cg Narzuki Says:

    Tiada format khusus, cuma setiap pelarasan yang diberikan perlu dikenalpasti item2 HASIL dan BELANJA yang akan memberikan kesan terhadap UNTUNG BERSIH. Secara kasarnya,

    Penyata Pelarasan Untung Bersih
    UNTUNG BERSIH (sebelum pelarasan)
    (+) Item2 pelarasan menambahkan untung, spt:
    - Hasil terkurang nilai
    - Belanja terlebih nilai

    (-) Item2 pelrasaan mengurangkan untung, spt :
    - Hasil terlebih nilai
    - Belanja terkurang nilai

    UNTUNG BERSIH (terselaras)

  98. Noah Says:

    apa khabar,cikgu.
    adakah gaji bagi setiap ahli lembaga pengarah dianggap sebagai pembahagian untung?

  99. Cg Narzuki Says:

    Baik, gaji tidak dianggap pembahagian untung. Pembahagian untung ialah LEBIHAN UNTUNG setelah dibayar faedah atas modal, gaji/elaun/bonus rakan kongsi dan penerimaan daripada faedah atas ambilan, maka wang lebihan tersebut dibahagikan mengikut perjanjian kongsi untung rugi yang telah dipersetujui.

    # Lembaga pengarah tidak semestinya rakan kongsi, gaji mereka boleh dikelaskan belanja perniagaan dalam penyata pendapatan. Hanya gaji rakan kongsi sahaja yang perlu dimasukkan dalam Penyata Pengasingan Untung Rugi.

  100. Liyana Says:

    Cikgu,
    Jika pinjaman dibuat oleh pekongsi sendiri,kat mana nak letakkan di kunci kira-kira?
    di bahagian liabiliti semasa atau bukan semasa?

  101. Cg Narzuki Says:

    Pinjaman rakan kongsi dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.

  102. fatin Says:

    Cikgu,
    Bolehkah soalan minta sediakan akaun pengasingan untung rugi tetapi fatin sediakan penyata pengasingan untung rugi? terima kasih

  103. Cg Narzuki Says:

    Fatin,
    BOLEH, sekarang ini bentuk Penyata adalah digalakkan.

  104. fuad Says:

    salam cikgu sya x faham ni ..
    SPM 2008 Pnyata Pendapatan Perkongsian
    Kertas 2 soalan 3
    saya ringkaskan

    Faedah Atas Ambilan 12% setahun
    Faedah atas modal 6% setahun
    Gaji Zureda RM9000 setahun

    Ambilan bagi tahun berakhir 30 Jun 2008:
    Zureda 1 Julai 2007 10000
    1 Januari 2008 5000 15000
    Kelly 1 Januari 2008 4000
    79140

    patutnya faedah atas ambilan zureda RM1800 dan kelly RM480 tapi kenapa saya check jawapan kt buka latihan kertas soalan peperiksaan tahun2 lepas 2005 – 2009 SPM Prinsip Perakaunan dia tulis faedah atas ambilan zureda rm1500 dan kelly rm240?
    saya berharap sngt cikgu dapt tolong saya … terima kasih ..

  105. fuad Says:

    15000 tu jumlah 10000 + 5000 = 15000
    79140 tu jumlah belah debit

  106. Cg Narzuki Says:

    Fuad,

    Sekiranya diberikan tarikh, maka kena ambil kira GENAP SETAHUN atau tidak, ini kerana kadar faedah 12% UNTUK SETAHUN jika hanya 6 bulan, maka kena DARAB 6/12.

    Faedah atas ambilan:
    ZUREDA [(12% x 10,000) + (12% x 5000 x 6/12)] = RM1500
    KELLY [12% x 4000 X 6/12 ] = RM240

  107. fuad Says:

    terima kasih bnyk2 cikgu ..

  108. fuad Says:

    cikgu kenapa yg 10,000 tak darab ngan 6/12?

  109. Cg Narzuki Says:

    Fuad,

    1 Julai 2007 – 30 Jun 2008 = GENAP SETAHUN, maka faedahnya 12%

  110. fuad Says:

    oooo .. ok2 .. thanks cikgu

  111. Lamka Says:

    Salam cg…
    Klo soalan mntak sediakan ak. Semasa stiap pkongsi,
    Kalau sy buat format bruangan boleh???

  112. Cg Narzuki Says:

    Lamka,
    BOLEH, sangat digalakkan.

Leave a Reply