TPM : Analisis Kos Volum Untung

85 Responses to “TPM : Analisis Kos Volum Untung”

  1. ling Says:

    BOleh ke pos nota mengenai analisis kos volum untung ckg?
    ???

  2. Cg Narzuki Says:

    Ling,

    Anda boleh MUAT TURUN nota yang disediakan oleh Cg Sila.

  3. Cg Narzuki Says:

    TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Cara menghitung titik pulang modal dengan menggunakan kaedah margin caruman dan kaedah graf.
    2. Penentuan jumlah pengeluaran untuk memperolehi untung yang dikehendaki.

  4. murid Says:

    cikgu,

    soalan berikut mengenai topik titik pulangan modal.

    maklumat diberi adalah:
    mesin RM 30000
    sewa kilang RM 5000
    kos pengubahsuaian kilang RM 10000
    kos berubah seunit RM 3
    Harga jualan Rm 12

    soalannya adalah berapakah jumlah kos tetap bagi soalan tersebut?
    terimakasih..

  5. Cg Narzuki Says:

    Murid,

    Walaupun sebenarnya soalan ini boleh dipertikaikan, namun untuk soalan ini andaikanlah :
    Mesin dan Kos Pengubahsuaian kilang sebagai kos tetap yang perlu dibelanjakan setiap tahun.

    Jika tidak mengandaikan sedemikian, maka
    1. Mesin merupakan ASET, ianya bukan belanja/kos yang tetap dikeluarkan pada setiap tahun. Tetapi jika soalan menyatakan Susutnilai Mesin, maka jelas menunjukkan ianya kos tetap.
    2. Kos pengubahsuaian kilang, tidak semestinya dilakukan setiap tahun, maka ianya bukan kos tetap.

    Maka. Kos Tetap = RM45,000

  6. murid Says:

    terima kasih cikgu,
    tetapi dalam percubaan , cikgu sekolah mengatakan jumlah kos tetap adalah RM 5000 sahaja, iaitu sewa kilang sahaja…mesin dan kos pengubahsuaian adalah aset bukan semasa…
    kalau soalan ini keluar dalam spm..apa yang perlu kita buat?

  7. Cg Narzuki Says:

    murid,

    Itu sebabnya Cg kata soalan ini boleh dipertikaikan kerana maklumat yang diberikan tidak jelas. Pembuat soalan ini asalnya mengandaikan kos mesin dan kos pengubahsuaian kilang sebagai Kos Tetap. Maka Kos tetap = 45,000.
    dan TPM = 45,000 / 9 = 5,000

    Jika kita tidak mengandaikan sedemikian, maka jawapannya seperti yang telah Cg terangkan diatas, iaitu kedua-duanya adalah ASET bukannya kos tetap.
    Maka Kos Tetap = 5000. dan
    TPM = 5000 / 9 = 555.56 (pada kebiasaannya jawapan SPM tiada perpuluhan)

    [Namun begitu ianya masih boleh dipertikaikan, bila ada MESIN sudah semestinya akan ada SUSUTNILAI MESIN iaitu kos tetap. Tetapi tidak dinyatakan dalam soalan.]

    Oleh itu untuk soalan ini, boleh ikut jawapan cikgu anda dengan alasan diatas.

    Dalam soalan SPM, salah satu syarat utama pembinaan sesuatu soalan ialah maklumat yang diberikan dan kehendak soalan hendaklah JELAS dan tidak mengelirukan pelajar. Masalah ini tidak akan timbul dalam SPM nanti.

    Jika keluar soalan sedemikian, maka kita kena tentukan maklumat tersebut adakah ASET atau BELANJA/KOS yang berlaku setiap tahun. Baru kita boleh tentukan ianya Kos Tetap atau TIDAK.

  8. murid Says:

    soalan berikut mengenai topik titik pulangan modal, cikgu.

    Sewa kilang Rm 5000
    Mesin RM 20000
    Kos pengubahsuaian kilang RM 10000
    kos berubah RM 5
    Harga jualan Rm 12
    dalam butir di atas , berapakah jumlah kos tetap?
    terima kasih…

  9. Cg Narzuki Says:

    murid,

    Soalan ini sama kesnya dengan soalan sebelum ini, SOALAN YANG TIDAK JELAS. Untuk menjadikan ianya lebih baik dan jelas, maka ianya perlu diubah menjadi begini :

    Sewa kilang 5000 setahun
    Mesin 20000 setahun
    Kos pengubahsuaian kilang 10000 setahun

    Baru ianya menjadi lebih JELAS, kos-kos tersebut adalah untuk setahun dan boleh dianggap sebagai KOS TETAP.

  10. alwanie Says:

    saya suka tajuk nie..

  11. Cg Narzuki Says:

    Alwanie,

    Baguslah jika begitu, jadi pastikan dapat markah penuh untuk topik ini nanti.

  12. nurul syahida Says:

    apa batasan-batasan penggunaan analisis kos volum untung (kvu)?

  13. Cg Narzuki Says:

    Nurul syahida,

    Untuk menggunakan analisis KVU, terdapat beberapa batasan yang perlu dipatuhi /diandaikan, iaitu :

    1. Jumlah kos terdiri daripada kos tetap dan kos berubah sahaja.
    2. Perubahan dalam hasil dan kos hanya berlaku disebabkan perubahan dalam bilangan unit produk yang dijual.
    3. Harga jualan seunit, kos berubah seunit dan kos tetap adalah malar.
    4. Hanya sejenis produk dikeluarkan dan kesemuanya dijual.

    Sekiranya andaian/batasan tersebut tidak dipatuhi, maka analisis KVU tidak boleh digunapakai.

  14. lina Says:

    salam sejahtera,

    adakah gaji pentadbiran dikira sebagai kos tetap?

  15. Cg Narzuki Says:

    Lina,

    Kos Berubah merujuk kepada Kos Bahan Mentah dan Kos Buruh Langsung.
    Kos Tetap merujuk kepada Kos Overhed.

    Jadi Gaji pentadbiran boleh dikira sebagai kos tetap bagi soalan tersebut.

  16. Jen Says:

    Ada orang cakap tahun ini marking scheme SPM prinsip akaun telah berubah . Betulkah cikgu ?

  17. Cg Narzuki Says:

    Jen,

    Betul, ada sedikit perubahan dalam skema pemerkahan berbanding tahun2 lepas.

  18. Pure Says:

    Assalamualaikum cikgu

    Saya ingin bertanya bagaimana analisis kos volum untung dapat membantu sesebuah syarikat untuk merancang dan membuat keputusan strategik dalam usaha menentukan keuntungan bagi produk keluaran baru…

    Harap mendapat maklum balas dari cikgu

  19. Cg Narzuki Says:

    Pure,

    Selain menentukan tahap pulang modal (TPM), analisis TPM juga boleh digunakan untuk merancang pengeluaran.

    PERTAMA : Syarikat dapat menunjukkan kesan ke atas TPM sekiranya berlaku perubahan ke atas kos tetap, kos berubah dan harga jualan. Dengan itu syarikat dapat mengawal tahap pengeluarannya supaya sentiasa melebih tahap TPM supaya syarikat tidak mengalami sebarang kerugian ataupun sentiasa memperolehi keuntungan.

    Rumus : TPM = Kos tetap / Margin caruman seunit

    KEDUA : Syarikat boleh membuat perancangan bagi menentukan berapakan KUANTITI JUALAN yang sepatutnya dikeluarkan bagi mencapai SASARAN UNTUNG yang dikehendaki.

    Rumus : Kuantiti Jualan = (kos tetap + untung sasaran) / margin caruman seunit

  20. Pure Says:

    Assalamualaikum Cikgu

    Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Cikgu saya ingin memohon bantuan cikgu untuk menyemak jawapan assignment saya, bagaimana cara untuk upload assignment saya supaya cikgu dapat menyemak dan memberikan pendapat berhubung perkara ini. Terima kasih

  21. Cg Narzuki Says:

    Waalaikumsalam, sama-sama. Sila emailkan ke narzuki@gmail.com. Sekiranya saya ada kelapangan InsyaAllah akan saya semak.

  22. nilam Says:

    salam cikgu,

    Bagaimana pula tentang kaedah pengekosan dikatakan tidak sesuai digunakan oleh pejngilang bagi pelaporan kewangan pihak luar dan tujuan percukaian?

  23. nilam Says:

    salam cikgu…. maaf ralat pada soalan….. (saya ulangi soalan saya)

    Bagaimana pula tentang kaedah pengekosan merginal yang dikatakan tidak sesuai digunakan oleh pengilang bagi pelaporan kewangan pihak luar dan bagi tujuan percukaian?

    Tarima kasih.

  24. Cg Narzuki Says:

    Nilam,

    Maaf, Cg tidak dapat menjawab sekarang kerana diluar Sukatan SPM. Nanti Cg semak mana2 nota/buku/rujukan kemudian akan kemukakan pandangan Cg disini.

  25. nilam Says:

    salam cg….

    yer, maafkan saya… mmg topik ni di luar sukatan SPM…. but if u may, sedikit komen mengenainya pun cukup utk saya siapkan asigment pengurusan perakaunan saya.

    terima kasih sekali lagi

  26. Cg Narzuki Says:

    Nilam,

    1. Kita bandingkan Kaedah Pengkosan Serapan dan Kaedah Pengkosan Marginal.

    PENGKOSAN SERAPAN (PS) :
    - Mengambil kira semua kos perkilangan yang terlibat sebagai kos produk. Iaitu Kos Bahan, Kos Buruh dan Kos Overhed.
    - Untuk tujuan pelaporan luaran
    - Mematuhi GAAP

    PENGKOSAN MARGINAL (PM) :
    - hanya mengambil kira kos perkilangan berubah sahaja dalam pengiraan kos produk. Di mana KOS OVERHED dianggap sebagai belanja di dalam tempoh perakaunan semasa.
    - Untuk tujuan pelaporan dalaman.

    2. Daripada perbandingan di atas, jelas menunjukkan Kaedah PM tidak mengambarkan perolehan / untung bersih yang sebenar kerana telah mengambilkira KOS OVERHED sebagai sebahagian daripada belanja. Sepatutnya kos overhed dimasukkan dalam kos produk/pengeluaran sebagaimana kaedah PS. Ianya lebih kepada tujuan pelaporan dalaman sahaja dan tidak mematuhi GAAP. Oleh itu pelaporan kewangan mengunakan kaedah PM adalah tidak sesuai untuk diberikan kepada pihak luar ataupun untuk tujuan percukaian.

    Ok, itu saja sedikit pandangan daripada Cg.

  27. nilam Says:

    terima kasih cg, ianya amat membantu…..

    Boleh tak saya dapatkan mana-mana artikel atau jurnal mengenainya?

  28. Cg Narzuki Says:

    Nilam,

    Cg dapatkan maklumat tersebut daripada Nota Perakaunan Matrikulasi Bab 17 : PSPM

    Notanya agak ringkas saja, jadi Cg cadangkan GOOGLE diinternet untuk mendapatkan lain2 artikel atau jurnal mengenainya.

  29. butch Says:

    bagaimana nak menentukan tahap jualan apabila mencari TPM dengan mengunakan kaedah graf?

  30. Cg Narzuki Says:

    butch,

    Plotkan graf dengan menggunakan skala yang sesuai mengikut soalan bagi paksi x (unit pengeluaran) dan paksi y (Kos / Hasil). Lukiskan garis Jumlah Kos dan Jumlah Jualan, di mana titik persilangannya merupakan TPM. Pada titik TPM tersebut, kita akan dapat tentukan berapakah tahap pengeluaran yang diperlukan.

    [img]http://cgnarzuki.com/wp-content/upload/tpm.jpg[/img]

  31. butch Says:

    tetapi cikgu, bagaimanakah hendak mencari jumlah hasil dan jumlah kos? Untuk melukis jumlah kos, sekurang-kurangnya 2 tahap jualan perlu ditentukan terlebih dahulu. bagaimanakah hendak menentukan? begitu juga dengan jumlah hasil. terima kasih cikgu…

  32. Cg Narzuki Says:

    bucth,

    Memang betul, untuk melukis 2 garis tersebut mesti tentukan 2 tahap terlebih dahulu. Dengan menggunakan maklumat Harga Jualan Seunit, Kos Berubah Seunit dan Kos Tetap kita dapat tentukan 2 tahap tersebut.

    Jumlah Hasil :
    1. (0,0) – bila unit jualan 0, maka hasil jualan 0.
    2. (a, a x HJS) – ambil sebarang unit jualan, kemudian darab dengan Harja Jualan Seunit.

    Jumlah Kos :
    1. (0, Kos tetap)
    2. (b, kos tetap + b X KBS) – ambil sebarang unit yang sesuai, kemudian hitungkan jumlah kos.

  33. butch Says:

    cikgu, saya masih tak faham. :( Bolehkah cikgu terangkan dengan contoh sekali lagi?

    bagaimana nak ambil sebarang unit yang sesuai?

  34. Cg Narzuki Says:

    butch,

    Kalau nak mudah faham, ambil satu soalan dan buat ikut panduan yang Cg bagi, agak susah untuk faham hanya melalui bacaan semata2.

    Dalam soalan biasanya akan diberikan julat/skala bagi setiap paksi. Ataupun maklumat sebagai panduan untuk menentukan skala tersebut.

    Unit yang sesuai yang dimaksudkan ialah jika julat untuk paksi-y (jumlah pengeluaran) antara 0 hingga 5000. Maka unit yang sesuai ialah diantara julat tersebut. Samada 2000, 3000, 4000 asalkan kurang daripada 5000.

    Katakan HJS = RM20, maka untuk dapatkan 2 tahap pengeluaran untuk bina graf.
    Tahap 1 ialah pada (0,0) : Unit = 0 dan Jumlah Hasil =0
    Tahap 2, (4000, 4000X20=80000) : Unit = 2000 dan Jumlah Hasil RM80000.
    Bila dapat 2 titik tersebut, maka bina satu GARIS LURUS melalui kedua2 titik tersebut.

  35. butch Says:

    tetapi dalam buku teks Prinsip perakaunan KBSM tingkatan 5 (muka surat 224 , soalan 3), julat/skala bagi setiap paksi tidak diberikan. bolehkah cikgu menggunakan soalan 3 di buku teks tersebut dan mengajar saya setiap langkah cara mencari TPM dengan menggunakan kaedah graf?

  36. Cg Narzuki Says:

    Cg minta maaf kerana tidak dapat rujuk soalan tersebut kerana buku teks kita tidak sama. Sekiranya tidak diberikan skala yang patut digunakan, maka disini memerlukan kebijaksanaan dalam menentukan skala yang sesuai digunakan berdasarkan maklumat2 yang terdapat dalam soalan tersebut. Ataupun gunakan kaedah Cuba-Jaya, sehingga TPM dapat diperolehi.

    Langkah2 tersebut kalau tak silap telah dinyatakan dalam buku teks dengan detail (berdasarkan buku teks Cg).
    1. lukis paksi x dan paksi y – gunakan skala yang sesuai
    2. lukis garisan Kos Tetap
    3. lukis garisan Jumlah Kos – dapat 2 tahap jualan dan jumlah kos.
    4. lukis garisan Jumlah Hasil – tentukan 2 tahap seperti yang telah Cg katakan sebelum ini.
    5. Tentukan TPM (titik persilangan garis Jumlah Hasil dan Jumlah Kos)

  37. butch Says:

    CTH: Kos tetap 5250
    Kos berubah sekampit beras 10.50
    Kos jualan sekampit beras 18.00

    Kirakan margin caruman dan untung pada tahap jualan 1000 kampit beras…. bagaimana hendak jawab, cikgu?

  38. Cg Narzuki Says:

    Gunakan formula yang ada, iaitu :

    MCS = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit.

    Untung = MCS X unit jualan – Kos tetap
    (Tukar tajuk rumus daripada formula mencari kuantiti jualan apabila Untung Sasaran diberikan). Sekiranya nilai negatif diperolehi, ini bermaksud pada tahap 1000 kampit akan mendapat RUGI.

    Gantikan nilai2 yang diberikan dalam formula di atas bagi mendapatkan jawapan bagi soalan2 tersebut.

  39. butch Says:

    terima kasih cikgu….

  40. butch Says:

    cikgu ada jawapan untuk SPM 1986-1992 tak?

  41. Cg Narzuki Says:

    Maaf tiada dalam simpanan.

  42. TEH Says:

    cg,
    adakah kadar byran ialah kos x langsung?

  43. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Ya, kadar bayaran kilang merupakan kos tidak langsung dan dicatat sebagai salah satu item Kos Overhed.

  44. TEH Says:

    salam cg,
    kos pengubahsuaian kilang bkn kos tetap, jadi ialah kos apa?

  45. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Maaf soalan tidak jelas, tetapi sekiranya soalan anda adalah merujuk kepada soalan TPM dan diberikan kos pengubahsuaian kilang untuk setahun, maka ianya perlu dianggap sebagai Kos Tetap.

    Bagi Topik TPM (Analisis Kos Volum Untung) beberapa andaian perlu dibuat (walaupun keadaan sebenarnya tidak begitu) iaitu :
    1. Jumlah kos terdiri daripada KOS TETAP dan KOS BERUBAH.
    2. Perubahan dalam hasil dan kos hanya berlaku disebabkan perubahan dalam bilangan unit produk yang dijual.
    3. Harga jualan seunit, kos berubah seunit dan kos tetap adalah malar.
    4. Hanya sejenis produk dikeluarkan dan kesemuanya dijual.

  46. TEH Says:

    salam cg,
    maksud sy ialah kos pengubahsuaian kilang ialah kos overhed atau belanja langsung?

  47. Cg Narzuki Says:

    Teh,

    Sepatutnya soalan tersebut dikemukan bawah topik Kos Pengeluaran yang disediakan.

    Kos pengubahsuaian dikelaskan sebagai komponen Kos Overhead, kerana ianya tidak terlibat secara langsung dengan pengeluaran setiap unit keluaran. Sebanyak mana unit dikeluarkan, kos tersebut tetap sama.

  48. Previn Says:

    Salam sejahtera Cikgu Narzuki, bolehkah saya dapat apa- apa nota tentang cara melukis Graf TPM cikgu. Terima Kasih.

  49. Cg Narzuki Says:

    Previn,

    Maaf Cg tiada notanya, dalam buku teks telah diterangkan dengan jelas cara untuk melukis graf TPM dan menentukan TPM, boleh rujuk disana.

  50. soh Says:

    cikgu kos tetap soalan putrajaya ada masalah,kenapa mesin dan alatan tidak ditambahkan?

  51. Cg Narzuki Says:

    Soh,

    Mesin dan Alatan merupakan ASET, oleh itu ianya tidak dikelaskan sebagai KOS TETAP. Hanya SUSUT NILAI Mesin dan Alatan (jika ada dalam soalan) yang perlu dikelaskan sebagai KOS TETAP.

  52. soh Says:

    terima kasih cikgu.

  53. soh Says:

    cikgu iklan tidak termasuk dlm kos tetap?

  54. Cg Narzuki Says:

    soh,

    Kos tetap sebenarnya merujuk kepada kos overhed dalam akaun pengeluaran. Iaitu kos2 yang dilibatkan selain daripada Kos Bahan Mentah, Kos Buruh Langsung dan belanja langsung.

    Kos iklan TIDAK dikelaskan sebagai kos tetap, kerana kilang TIDAK menjalankan aktiviti promosi/iklan. Sebaliknya dijalankan oleh pihak pengurusan Kedai / Perniagaan bagi melariskan jualan dan meningkatkan keuntungan perniagaan. (Pembetulan)

  55. soh Says:

    soalan objektif perlis tidak masuk iklan,buat saya pening.

  56. Cg Narzuki Says:

    Soh,

    Kos Tetap / Kos overhed yang terlibat hanyalah kos2 / belanja2 yang berkaitan dengan KILANG sahaja, jika melibatkan belanja2 kedai / perniagaan maka ianya tidak diambilkira.

    MAAF, kenyataan Cg sebelum ini SILAP (telah diperbetulkan), ini kerana KILANG tidak menjalankan urusan PROMOSI / IKLAN. Ianya hanya menjalankan aktiviti pengeluaran barangan sahaja. Urusan promosi / iklan dilakukan oleh pihak kedai / perniagaan bagi melariskan jualan barang mereka, oleh itu IKLAN tidak terlibat dalam kos tetap kilang.

  57. soh Says:

    cikgu kalau soalan subjektif tulis
    -pengurus jualan mencadangkan satu kempen pengiklanan,kos pengiklanan ialah rm 10000.

    kalau begitu kita perlu tambah kos pengiklanan
    dengan kos tetap?

  58. Cg Narzuki Says:

    Sama seperti diatas, kos pengiklanan tersebut TIDAK melibatkan urusan/aktiviti kilang, ianya adalah aktiviti kedai / perniagaan yang akan dicatatkan sebagai belanja dalam Akaun Untung Rugi / Penyata Pendapatan untuk mendapatkan Untung Bersih. Tidak terlibat dengan kilang, maka tidak boleh dikelaskan sebagai kos tetap kilang.

    Sebenarnya terdapat soalan2 dalam buku2 latihan / buku rujukan dipasaran yang TIDAK PEKA tentang perkara tersebut dan menganggapnya sebagai Kos tetap, sedangkan ianya tidak tepat.

  59. nadzirah Says:

    ckgu camne nk menguasai tpm?

  60. Cg Narzuki Says:

    Ingatkan formula yang terlibat, daripada soalan carikan :
    1. Kos Tetap
    2. Kos berubah Seunit
    3. Harga jualan seunit

    Perbanyakkan latihan samada kaedah pengiraan margin caruman seunit ataupun kaedag graf.

  61. bdk akaun Says:

    cekgu,
    cmna nk lukis graf TPM?

  62. Cg Narzuki Says:

    Dalam buku teks ada ditunjukkan satu persatu. Sediakan paksi x- Unit pengeluaran, paksi y – Kos. Lukiskan aris Kos Tetap. garis Jumlah Kos dan garis Jumlah Hasil. Titik persilangan antara Jumlah Kos dan Jumlah Hasil adalah TPM.

  63. spm Says:

    cikgu, soalan TPM spm. adakah mesin pembancuh perlu ditambah dalam kos tetap ? kawan-kawan semua tambah mesin pembancuh untuk mengira kos tetap.

  64. eric Says:

    Tidak,mesin pembancuh adalah aset.

  65. Cg Narzuki Says:

    Cuba baca dan faham maksud soalan :

    ANGGARAN KOS dan hasil untuk pengeluaran spt berikut :
    Sewa kedai ………….1000
    Mesin pembancuh …5000

    RM5000 itu bukannya NILAI Mesin tetapi KOS untuk aktiviti pengeluaran. Kos Mesin pembancuh boleh jadi kos penyelengaraan / susut nilai mesin tersebut. Lagi pun sudah JELAS dalam soalan ianya dinyatakan sebagai ANGGARAN KOS. Maka pada pandangan Cg, Kos Mesin Pembancuh dalam soalan tersebut boleh dikelaskan sebagai Kos Tetap.

  66. yat Says:

    agree with cgu narzuki..

  67. TEH Says:

    nasib baik nk masukkan, kalau tidak soalan ini sy salah semua.. thks cg kerana bawa berita baik.

  68. Norlia Says:

    Cikgu, saya nak tanya, apa maksud titik pulang modal?

  69. Cg Narzuki Says:

    Titik Pulang Modal

    • Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos.
    • Volum pengeluaran yang tidak memberi sebarang untung atau rugi (Untung adalah SIFAR)
    • Jumlah hasil hanya cukup untuk menampung kos.

  70. Norlia Says:

    Cikgu..apa maksud margin keselamatan?

  71. Cg Narzuki Says:

    Margin Keselamatan
    - Perbezaan di antara jualan sebenar (atau jualan jangkaan) dengan jualan pada titik pulang modal.
    - Dapat menunjukkan sejauhmana jumlah jualan boleh menurun atau berkurang sebelum berlaku kerugian.
    - Lebih tinggi nilai MK, lebih selesa perniagaan.
    - Boleh dinyatakan dalam bentuk ringgit dan peratus.

  72. Norlia Says:

    boleh tak cikgu bagi rumus margin keselamatan dalam RM, unit dan peratus?

  73. Cg Narzuki Says:

    Margin Keselamatan (RM)
    = Jualan Sebenar/Jangkaan Jualan – Jualan pada TPM

    Margin Keselamatan (Unit)
    = Unit Jualan Sebenar/Jangkaan Jualan – Unit Jualan pada TPM

    Margin Keselamatan (%)
    = Margin Keselamatan (RM) / Jualan Sebenar/Jangkaan Jualan (RM)

  74. NOR AZMAH BINTI NORDIN Says:

    Dlm hsp baru bagi hasil pembelajaran no. 4 dlm tajuk 1.2 (c) (i) iaitu membezakan falsafah perakaunan Islam dan konvensional berasaskan konsep pendedahan dan konsep penemuan.
    Dlm nota buku sumber kalau dibaca boleh cari perbezaan antara dua itu dan boleh faham juga nota konsep pendedahan dan penemuan tu cuma nak kaitkan dalam perbezaan tu kurang faham sikit.
    Kalau ada nota perbandingan yg dibuat dlm bentuk jadual alangkah baiknya.

  75. Mcrish Says:

    asslamualikum ,

    cg , ada tak perbincangan / tajuk untuk pengiraan seperti kos menggunakan kaedah pengekosan serapan dan pengekosan marginal.

    terima kasih.

  76. Cg Narzuki Says:

    Perbezaan antara 2 kaedah tersebut, Sila rujuk ATAS.

  77. Mcrish Says:

    Baik,terima kasih cg.

  78. Mcrish Says:

    Asslmmualaikum,

    Firma mensasarkan angka keuntungan sebanyak RM 20,000 pada tahun ini. Kos berubah seunit ialah RM 2. Semua unit pengeluaran dijangka dapat dijual iaitu sebanyak 60,000 unit. Jumlah kos tetap dianggarkan pula pada RM 40,000. Berapakah harga jualan kereta mainan yang patut diletakkan oleh firma untuk mencapai objektif keuntungan tersebut.

    Jawapan : RM 3 = Y

    bagaimana harga jualan ditentukan ?adakah jumlah jualan /unit jualan ,tp sy dpt 0.3333 mcm mana tu?atau sebaliknya..

    tqsm,cg.

  79. Cg Narzuki Says:

    Gunakan formula berikut :

    Untung Sasaran = Margin Sumbangan Seuit X Unit keluaran – Kos tetap

    Maka, MSU
    = (Untung + Kos tetap) / Unit keluaran
    = (20000 + 40000) / 60000
    = RM1

    Di mana MSU = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit
    maka, Harga jualan seunit = MSU + KBS = 1 + 2 = RM3

  80. Mcrish Says:

    Ooo mcm tu,terima kasih cg.

  81. john Says:

    jumlah kos= apa + apa
    i sudah lupa ==

  82. Cg Narzuki Says:

    Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah

  83. cva Says:

    Cikgu, saya ingin dapat penerangan berkenaan dengan soalan TPM SPM 2001 b (iv).

    Jawapan seperti di dalam buku:
    Untung= Jumlah Jualan – TPM
    Untung = (20,000 unit X RM 1.70) – (10,200 unit X RM 1.70)
    Untung = RM 34,000 – RM 17,340
    Untung = RM 16,660

    Jawapan saya:
    Untung = Jumlah jualan – Jumlah kos
    Untung = Jumlah jualan – (Kos tetap + Kos berubah)
    Untung = (20,000 unit X RM 1.70) – (RM 5100 + RM 24,000)
    Untung = RM 34,000 – RM 29,100
    Untung = RM 4,900

    Cikgu- jawapan yang mana betul. Please help.

    Thanks in advance.

  84. Cg Narzuki Says:

    Cva,
    Jawapan ANDA yang BETUL.

  85. cva Says:

    Terima kasih cikgu

Leave a Reply