Syarikat Berhad

62 Responses to “Syarikat Berhad”

  1. Cg Narzuki Says:

    TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Pengiraan modal-modal syarikat.
    2. Cara merekod terbitan saham dalam jurnal dan lejar.
    3. Pengiraan dividen.

  2. Ramajeyamurgan Says:

    saya pelajar tingkatan lima sekerang sila beri tunjuk ajar tentang bab syarikat berhad , saya tidak memahaminya sekali amat susah .
    sekian
    Terima kasih….. Ramajeya@ ajey….

  3. Cg Narzuki Says:

    Ramajeyamurgam,

    Sila kemukakan satu soalan topik tersebut, kemudian Cg berikan tunjukajar untuk menyelesaikannya. Atau Rama berikan jawapannya dan Cg semak dan berikan komennya. Cara tersebut lebih baik dan berkesan.

    Secara umumnya, pastikan dapat mengira :
    1. Modal dibenarkan / Berdaftar = Unit dibenarkan X Nilai par/Nilai Tara.
    2. Modal diterbitkan = Unit diterbitkan X Nilai Par / Nilai Tara.

    Kemudian tahu cara merekodkan terbitan saham tersebut :
    1. Kt : Ak Modal Saham …… Dt: Ak Permohonan
    2. Kt : Ak Permohonan ……. Dt: Bank

    Seterusnya tahu mengira Dividen Interim dan Dividen Akhir :
    = Modal diterbitkan X kadar dividen

  4. Tam Siew Ping Says:

    Pada 1 mei 2006, syarikat sinar suria berhad telah memulakan perniagaan dengan modal berdaftar sebanyak Rm15,000,000 yang terdiri daripada 3,000,000 8% saham keutamaan bernilai Rm2.00 sesaham dan 9,000,000 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham. Pada tarikh yang sama, separuh daripada saham keutamaan dan 4,000,000 saham biasa telah diterbitkan pada nilai tara kepada orang ramai. Semua saham yang diterbitkan telah dipohon beli dan dibayar penuh dengan semasa permohonan.Wang permohonan itu dibankkan pada tarikh yang sama.

    Lembaga pengarah syarikat telah memutuskan untuk mengisytiharkan pembayaran dividen mengikut kadar berikut:
    1 membayar dividen interim 5% atas saham keutamaan dan saham biasa pada 1 november 2006
    2 mengisytiharkan dividen akhir atas saham keutamaan dan 12% atas saham biasa pada 30 April 2007

    menghitung?
    dividen interim
    dividen akhir

    kirakan jumlah dividen bagi tahun berakhir 30 april 2007 sekiranya Rahimah memiliki 2000 saham keutamaan dan 5000 saham biasa dalam syarikat itu…..

    cikgu soalan2 diatas bagaimana buat ?? boleh tunjuk ajak sikit??? terutamanya soalan2 diatas??? boleh beri jalan kerja??? TQ cikgu!!!

  5. Cg Narzuki Says:

    Tam,

    Dividen interim :
    Saham keutamaan = 5% x 1,500,000 x RM2 = ……?……
    Saham biasa = 5% x 4,000,000 x RM1 = ……..?…….
    Jumlah Dividen interim = ……?…….

    Dividen akhir :
    Saham keutamaan = ………………… = ………..
    Saham biasa = …………………….. = ……………
    Jumlah Dividen akhir = ……………..

    Jumlah dividen Rahimah :
    Dividen SK = ……………………… = ……………..
    Dividen SB = ……………………… = ……………..
    JUmlah = ……………………

    Sila lengkapkan diruangan tersebut, kemudian Cg semak. Pengiraan Dividen berdasarkan modal saham yang diterbitkan/dimiliki. Jumlah dividen = dividen interim + dividen akhir

  6. Tam Siew Ping Says:

    Dividen interim :
    Saham keutamaan = 5% x 1,500,000 x RM2 = RM150,000
    Saham biasa = 5% x 4,000,000 x RM1 = RM200,000
    Jumlah Dividen interim = Rm350,000

    Dividen akhir :
    Saham keutamaan = 3% x 1,500,000 x RM2 = RM90,000
    Saham biasa = 12% x 4,000,000 x RM1 = RM480,000
    Jumlah Dividen akhir = RM570,000

    Jumlah dividen Rahimah :
    Dividen SK = 3% x 2000 x RM2 = RM120
    Dividen SB = 12% x 5000 = RM600
    JUmlah = RM720

    Adakah jawapan betul? tolong cikgu semak untuk saya plz…jika salah tolong cikgu tunjuk ajak sikit plz….TQ

  7. Cg Narzuki Says:

    Tam,

    Jawapan bagi Dividen interim dan Dividen akhir sudah BETUL.
    Jumlah Dividen Rahimah SALAH.

    Jumlah dividen = dividen interim + dividen akhir
    Div SK = 8% (3% + 5%)
    Div SB = 17% (5% + 12%)

    Jumlah dividen Rahimah :
    Dividen SK = 8% x 2000 x RM2 = RM320
    Dividen SB = 17% x 5000 x RM1 = RM850
    Jumlah = RM1170

  8. Tam Siew Ping Says:

    Terima kasih cikgu…. selepas saya lihat jalan kerja cikgu buat… i dapat bagaimana buat dahh…

    dalam topik ini saya mesti diingati bahawa jumlah dividen = dividen interim + dividen akhir .. betul?

  9. Cg Narzuki Says:

    Tam,

    Disitulah biasanya calon2 selalu melakukan kesilapan. Sekiranya tiada dividen interim, maka jumlah dividen yang diterima = dividen akhir.

  10. Alex Says:

    Apa yang dimaksudkan modal dipanggil?

  11. Cg Narzuki Says:

    Alex,

    Suatu masa dahulu, proses pembelian saham melalui PERMOHONAN dahulu, jika berjaya baru diminta membuat bayaran. Maka wujudlah jenis2 modal berikut :
    1. Modal Dipanggil = Bahagian modal diterbitkan yang telah diminta pembayarannya.
    2. Modal Belum Dipanggil = Modal diterbitkan yang belum diminta pembayarannya.

    Tetapi pada masa kini, di negara kita, pemohon yang ingin melanggan atau membeli saham yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat perlu MEMBAYAR SEPENUHNYA harga terbitan SEMASA permohonan dibuat. Maka dengan itu TIDAK wujud lagi jenis Modal Dipanggil atau Modal Belum Dipanggil.

  12. syahirah Says:

    a’kum
    saham keutamaan untuk siapa?

  13. Cg Narzuki Says:

    Syahirah,

    Secara ringkasnya, siapa saja boleh memohon untuk membelinya sama seperti saham biasa.

  14. zai Says:

    salam cikgu,
    saya ingin tahu pasal merekod terbitan saham.
    asas untuk merekod adalah :
    Dt Bank
    Kt Permohonan
    saya nak tanya sekiranya kedua2 saham diterbitkan dan kita merekodnya :
    Dt Bank
    Kt. Permohonan Saham Keutamaan
    Kt. Permohonan Saham Biasa
    adakah cara ini betul?
    TQ

  15. faeqah farhana Says:

    assalamualaikum cikgu…soalan topikal tingkatan 5 ada ke disediakan di blog cikgu?

  16. faeqah farhana Says:

    cikgu..saya tidak fahamlah lebihan langganan dan kurang langganan..macammana nak rekod dalam akaun bank,akaun permohonan???can you help me?..

  17. Cg Narzuki Says:

    Zai,

    Ya, cara tersebut adalah BETUL dan diterima.

    Faeqah,

    Soalan2 SPM 1993-2006 mengikut topikal ada disediakan dibahagian Muat Turun Soalan.
    Cg cadangkan dapatkan juga daripada buku-buku yang terdapat dipasaran.

    Konsep lebihan langganan ialah syarikat bayar balik wang lebihan yang diterima daripada pemohonan. Contohnya, modal saham diterbit RM1000 tetapi jumlah permohonan telah membuat bayaran RM1200, maka sudah berlaku lebihan sebanyak RM200. Oleh itu RM200 itu hendaklah dibayar balik kepada permohonan.
    Catatannya:
    Dt: Ak Permohonan RM200
    Kt: Bank RM200

    Masalah kurangan langganan tidak timbul, syarikat boleh rekod setakat yang diterbitkan sahaja.

  18. faeqah farhana Says:

    terima kasih atas bantuan cikgu..

  19. syahirah Says:

    oh.terima kasih

  20. cikgu azliza Says:

    saya ada masalah..
    saya ada tejumpa soalan latihan di dalam buku teks bab syarikat berhad ni..soalan num 16.(maaf sekiranya saya silap)
    dalam soalan ini kenapa untuk mendapatkan div akhir mesti di tolak div interim???
    bantu saya..

  21. Cg Narzuki Says:

    Cikgu Azliza,

    Sekiranya dividen yang hendak dikira adalah dividen Saham Keutamaan, sudah sewajarnya ditolak dengan kadar dividen interim untuk mendapatkan kadar dividen akhir. Ini kerana ciri kadar dividen bagi Saham Keutamaan adalah TETAP, sebagai contohnya bagi pemegang saham keutamaan 8% telah persetujui/diistiharkan pembayaran dividen interim sebanyak 5%. Oleh kerana ciri dividennya yang TETAP iaitu terhad kepada 8% sahaja, maka mereka hanya layak menerima dividen akhir hanya 3% sahaja (8%-5%).

  22. gayathri Says:

    salam cikgu,
    bila saya baca nota cikgu tentang terbitan saham, langkah 1 ialah debit akaun permohonan saham kredit modal saham biasa langkah kedua ialah debit bank kredit permohonan saham. tetapi dalam buku teks langkah 1 ialah debit bank kredit akaun permohonan kemudian langkah 2 debit akaun pemohonan dan kredit akaun modal saham biasa….yang mana satu betul? terima kasih

  23. Cg Narzuki Says:

    Gayathri,

    Kita merekod sesuatu urus niaga mengikut URUTAN TARIKH.

    Pada kebiasannya,
    1. saham diterbitkan terlebih dahulu – jadi kita merekodkan terbitan saham (Dt: Permohonan Kt: Modal Saham)
    2. dalam tempoh tertentu, semua saham yang diterbit dilanggan dan dibayar penuh – jadi kita rekodkan penerimaan tersebut (Dt: Bank Kt: Permohonan)
    > Cuba perhatikan TARIKH2 dalam soalan latihan no. 6 dan 9 (Buku Teks ms124-125).

    Tetapi dalam CONTOH Buku Teks ms 116-117, soalan menyatakan TARIKH MEREKOD terbitan saham SAMA dengan TARIKH pembayaran oleh permohonan, iaitu pada 1 Mac 20X3. Oleh itu kedua2nya direkodkan SERENTAK (tarikh sama) tiada yang mana dahulu, mana kemudian, Cuma penerimaan wang diletakkan diatas, dan terbitan saham diletakkan dibawah pada tarikh yang SAMA.

    Sebaik2nya rekodkan terbitan saham dahulu, baru rekod penerimaan wang. (Rekod Jual dahulu , bila bayar baru rekod terima wang).

    Kesimpulannya, kedua2 betul mengikut TARIKH ianya direkodkan dalam soalan. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam menjawab soalan SPM nanti amalkan cara yang Cg sarankan. Kerana dalam soalan nanti maklumat tentang terbitan saham akan diberi dahulu kemudian baru maklumat tentang pembayaran.

  24. gayathri Says:

    terima kasih cikgu

  25. sedar Says:

    macam manakira modal berdaftar? modal yang wujud atau belum wujud?

  26. Cg Narzuki Says:

    Sedar,

    Modal berdaftar = Modal Dibenarkan, iaitu Modal yang dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat dan merupakan had maksimum modal yang boleh diterbitkan.

    Pengiraannya,
    Modal berdaftar/dibenarkan = Bilangan unit saham yang berdaftar/dibenarkan X harga sesaham.

    Maaf, Cg tak pernah dengar pun “modal yang wujud atau modal belum wujud” jadi tak boleh bagi komen mengenainya.

  27. Ya Says:

    salam cikgu, saya tak faham macam mana nak kira dividen interim , etc .. tolong cikgu?

  28. Cg Narzuki Says:

    Ya,

    Sila rujuk komen Cg berkaitan pengiraan dividen interim dan dividen akhir di ATAS. (klik)

  29. ZARINA MUDA Says:

    salam,
    cikgu soalan ini saya tidak faham cara mengira saham keutamaan dan biasa.
    soalan:-
    1)modal berbayar syarikt mesra terdiri 600,000 unit saham biasa bernilai RM1 sesaham dan 200,000 unit 6% shm keutamaan bernilaiu RM2 sesaham.
    TAHUN KEUNTUNGAN DIAGIHKAN UTK DIVIDEN
    20X2 36,000
    20X3 24,000
    20X4 16,000
    20X5 40,000

    Berdasarkan mklmt diatas,lengkapkan jadual berikut:-
    TAHUN KEUNTGAN DIVIDEN SHM BIASA KADAR
    DIAGIHKAN SAHAM DIVIDEN

    KEUTAMAAN BIASA
    UTK DIVIDEN

    20X2 RM36,000
    20X3 24,000
    20X4 16,000
    20X5 40,000

    SOALANNYA, KIRA SAHAM KEUTAMAAN DAN SAHAM BIASA MENGIKUT SETIAP TAHUN DAN KADAR DIVIDEN???

    TOLONG CIKGU SAYA TAK FAHAM

  30. ZARINA MUDA Says:

    SATU LGI SOALAN..

    1) APA MAKSUD MODAL DITERBITKAN DAN MODAL BERBAYAR??

    2) MAKSUD SAHAM KEUTAMAAN DAN SAHAM BIASA??

  31. Cg Narzuki Says:

    Asas pengiraannya DIVIDEN = kadar dividen X unit saham diterbit X nilai taranya.
    Daripada jumlah keuntungan setiap tahun hendaklah dibayar Dividen Saham Keutamaan DAHULU, bakinya baru diberikan kepada SAHAM BIASA.
    Dan pengiraan KADAR DIVIDEN Saham Biasa pula JUMLAH DIVIDEN / MODAL DITERBITKAN SB X 100.

    Sila rujuk contoh yang telah diberikan dalam Buku Teks anda, begitu juga dengan maksud2 tersebut.

  32. ZAHARIYAH OSMAN Says:

    akum.. saya nak tanya cikgu… jika dividen saham keuatamaan tidak dapat dibayar pada tahun semasa, ia akan dibawa ke tahun hadapan (sebagai dividen tertunggak). contoh – jika div itu tak dapat dibayar pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008, adakah div itu akan tetap dibayar pada tahun 2009 ( terdapat untung pada tahun tersebut – 2009). selama manakah tempoh tertunggak itu akan diambil kira…

  33. Cg Narzuki Says:

    Asasnya pemegang saham keutamaan akan dapat Dividen pada setiap tahun, jika berlaku kerugian, maka dividen tersebut akan dibayar kemudian bila mendapat keuntungan (dividen tertunggak). Semua jumlah dividen yang tertunggak tersebut akan dibayar pada tahun2 berikutnya.

  34. anis Says:

    salam..ckgu..macam mana nk rekod akaun permohonan saham,,akaun modal saham dan akaun bank..

  35. Cg Narzuki Says:

    Ada 2 langkah saja :

    1. merekod terbitan saham:
    Dt: Permohonan saham
    Kt: Modal Saham

    2. merekod penerimaan wang daripada terbitan saham tersebut
    Dt: Bank
    Kt: Permohonan saham

  36. anis Says:

    ok..thnx ckgu..

  37. anis Says:

    salam..ckgu..

    kenderaan
    stok awl
    stok akhir
    bank
    penghutang
    pemiutang
    untung kasar

    yang mana satu perlu ambil kira untuk hitung jumlah modal diterbitkan?

  38. Cg Narzuki Says:

    Semua item yang diberikan itu tidak terlibat dalam pengiraan modal diterbitkan.

    Modal diterbitkan = Bilangan unit saham yang diterbit X harga sesaham.

  39. anis Says:

    ooo..ok..thnx ckgu..

    boleh x ckgu bagi formula untuk cari dividen interim dan dividen akhir?

  40. Cg Narzuki Says:

    Perkara tersebut telah Cg kemukakan diatas, sila baca2 pos2 sebelum ini.

  41. anis Says:

    terima kasih cikgu..assalamu’alaikum..

  42. lamka Says:

    http://www.geocities.com/narzuki/pa-sb.htm

    cg, xde pun???

  43. Cg Narzuki Says:

    Maaf, pihak Geocities telah halang untuk akses fail tersebut kerana laman web tersebut sudah lama tidak digunakan (tidak aktif) setelah kelahiran Blog Cg Narzuki Online.

  44. Lanka Says:

    Oohhhkay. Jd dmana bleh dptkn nota n ltihan bab ni???

    Sy ada satu soalan,

    Syrkt abc berhad didaftarkn dgn modal yg trdiri drpd 5000000
    Unit SB, brnilai Rm1 sesaham & 2000000 unit 5% SK Rm1 sesaham. Semua SK dan separuh drpd SB diterbitkan. Smua shm tlh dlnggn n dbyar pnuh.

    Kira modal diterbitkn:

    (nk tnye Soalan bhgn SK je.)
    SK: 2000000x rm1= 2000000…….. Mcm ni ke????
    Dah yg 5% tuh nk gune time bile cg????

  45. Cg Narzuki Says:

    Nota dan latihan boleh diperolehi daripada buku2 dipasaran. Di mana nota lebih lengkap berbanding hanya nota ringkas (lebih baik buat sendiri) serta latihannya siap berjawapan sebagai panduan dan rujukan.

    5% merupakan KADAR DIVIDEN TETAP yang akan digunakan semasa mengira dividen yang dibayar kepada pemegang saham keutamaan nanti.

  46. wan Says:

    salam,

    cg sy nk tanye soalan dlm buku teks m/s: 124, no.8

    knape jwpn utk dividen interim dan dividen akhir tk perlu
    drb 0.50 sesaham???

  47. Cg Narzuki Says:

    Sekiranya kadar dividen diberikan dalam bentuk peratus, maka DIVIDEN = kadar dividen X unit saham diterbitkan X harga sesaham = RM ……..

    Tetapi jika dividen dinyatakan dalam bentuk 3 sen sesaham, maka DIVIDEN = unit saham X dividen seunit = RM….

  48. wan Says:

    terima kasih

  49. Lanka Says:

    Salam, cg…

    Nk tnye, klo cth nye:

    Modal dbnarkan;
    SK: 1500,000 6%
    SB: 2200,000

    Modal ditrbitkan;
    SK: semua
    SB: separuh

    Soaln: buat jurnal & lejar.

    Jd ak permohonan nnti sy kene bukak 2 atau bukak
    1 dn gabungkn Sk & SB. Klo kne bukak 2 ape tjuk akaunnye?
    Tq

  50. Cg Narzuki Says:

    Buka berpasangan :
    1. Ak Modal Saham Keutamaan – Ak Permohonan Saham Keutamaan
    2. Ak Modal Saham Biasa – Ak Permohonan Saham Biasa
    3. Ak Bank

  51. aina Says:

    cikgu, sy nk yanya pasal penubuhan syrkt brhd dn semua mklumat modal… sbb kat skolah sy ada buat perbentangan… so, sy xthu nk ulas yg mne sbb sy x blaja lagi bab ni… so, boleh x cikgu tlg sy…??

  52. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan Cg,
    1. Pengenalan – cerita mengenai ciri2 syarikat berhad & syarikat sendirian berhad.
    2. Penubuhan Syarikat – akta yang terlibat, dokumen2 terlibat seperti – Tatawujud dan Tataurus.
    3. Modal dan jenis2 modal

    Semua maklumat tersebut boleh diperolehi dalam buku teks atau buku rujukan.

  53. aina Says:

    terima kasih

  54. Atikah Says:

    cikgu boleh x terangkan pada saya secara kasar tntang syarikat berhad???kerana saya tidak begitu faham

  55. Cg Narzuki Says:

    Atikah,
    Sila baca nota Syarikat Berhad yang disediakan oleh Cikgu Sila dalam blog beliau DISINI (klik)

  56. fatin Says:

    Cikgu Narzuki,
    Dalam soalan syarikat Berhad, persembahan ekuiti pemilik di kunci kira-kira,
    Modal dibenarkan
    saham biasa RM20 000
    Saham keutamaan 30 000
    ——-
    50 000
    ====
    atau Modal dibenarkan
    saham keutamaan RM30 000
    Saham biasa 20 000
    ———-
    50 000
    ======
    dalam buku rujukan saham biasa di tulis di atas tetapi dalam buku teks saham keutamaan di tulis di atas. cikgu, yang mana betul?

    terima kasih

  57. Cg Narzuki Says:

    Tidak menjadi kesalahan tulis yang mana dahulu, keuda-dua BETUL, cuma adalah lebih baik ditulis Saham Keutamaan dahulu.

  58. fatin Says:

    terima kasih

  59. sri pantal construction Says:

    slmt cg…
    sy seorang kontraktor…sy ingin kan kepastian…jika syarikat adalah persendirian..adakah wujud modal bebayar,modal dibenarkan??..tq

  60. Cg Narzuki Says:

    Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sepatutnya ada perkara tersebut.

  61. man Says:

    askum cgu,
    saya ada sikit pertanyaan:
    Bila sykt terbitkan saham, cttnnya dt ak permohonan kt ak modal saham.
    dan apb sykt terima byrn & dibankkan, cttnnya dt ak bank kt ak permohonan.

    modal kt krn EP bertambah dan bank dt krn aset bertambah.soalannya:
    Kenapa dt ak permohonan(terbit shm) dan kt ak permohonan(terima byrn)?
    harap dibantu,TQ…..

  62. Cg Narzuki Says:

    Ak Permohonan merupakan Ak Perorangan SEMENTARA, konsepnya sama dengan Ak Penghutang (ASET).

    1. Bila terbitkan saham:
    Dt: Permohonan …. seolah2 wujudnya penghutang
    Kt: Modal Saham

    2. Terima bayaran:
    Dt: Bank
    Kt: Permohonan …… seolah2 penghutang bayar.

Leave a Reply