Rekod Tak Lengkap
April 28th, 2008 — Cg Narzuki1. Merujuk kepada amalan simpan kira yang tidak mengikut sistem catatan bergu.
2. Dikenali sebagai sistem catatan tunggal – urus niaga dicatat sekali sahaja.
3. Disebabkan oleh rekod-rekod akaun yang musnah akibat;
i. banjir,
ii. kebakaran,
iii. kecurian,
iv. catatan urus niaga yang tidak dibuat langsung.
v. dokumen sumber tidak disimpan.
vi. sistem catatan bergu tidak diamalkan.
4. Terdapat beberapa kelemahan ;
i. Imbangan Duga tidak dapat disediakan bagi menguji ketepatan catatan yang dibuat.
ii. Kesilapan sukar dikesan dan penipuan mudah berlaku.
iii. Untung atau rugi sukar ditafsir dengan tepat.
iv. Kedudukan kewangan sukar ditentukan – aset dan liabiliti tidak lengkap.
v. Perbandingan prestasi perniagaan dengan tahun sebelumnya tidak dapat dibuat.
PENENTUAN PENDAPATAN ………………………………………………………………….
Ø Ditentukan dengan dua cara;
Kaedah Perbandingan
Kaedah Analisis
1. KAEDAH PERBANDINGAN
- Pendekatan Kunci Kira-Kira
ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK
MODAL = ASET – LIABILITI
ü Untung bersih = modal akhir – modal awal
ü Untung bersih = modal akhir + ambilan – modal tambahan – modal awal
ü Menyediakan penyata untung rugi
ü Menyediakan penyata mengira modal (modal awal dan modal akhir)
2. KAEDAH ANALISIS
- Penganalisisan semua urus niaga dalam tempoh masa yang berkenaan untuk mendapatkan butir yang tertinggal yang diperlukan dalam penyediaan Akaun Penamat. (Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci kira-kira)
MENGHITUNG JUALAN DAN BELIAN
v JUALAN
i. Jualan = Jualan tunai + Jualan kredit
ii. Jualan tunai – dt Buku Tunai / penerimaan tunai
iii. Jualan kredit – Penyediaan Akaun Kawalan Penghutang; atau
v BELIAN
i. Belian = Belian tunai + Belian kredit
ii. Belian tunai – kt Buku Tunai / pembayaran tunai
iii. Belian kredit – Penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang; atau
ANALISIS BELANJA DAN HASIL
v Untuk mendapatkan maklumat ;
i. Pendapatan hasil
ii. Perbelanjaan hasil
iii. Perbelanjaan terakru dan terdahulu
iv. Perndapatan terakru dan terdahulu
v. Peruntukan susut nilai dan hutang ragu
v Penyediaan Akaun Perdagangan – untung kasar / rugi kasar
v Penyediaan Akaun Untung Rugi – untung bersih / rugi bersih
KUNCI KIRA-KIRA
- Disediakan dengan menyenaraikan aset dan liabiliti perniagaan.
- Disediakan dalam bentuk T atau penyata.
- Sekiranya baki akhir aset bukan semasa lebih rendah nilainya berbanding baki awal, dengan andaian tiada aset bukan semasa yang dijual dalam tempoh perakaunan, perbezaan nilai tersebut merupakan susut nilai aset bukan semasa berkenaan.



August 31st, 2008 at 12:08 pm
TIP SPM !
Pelajar harus memberi penekanan terhadap :
1. Penentuan untung/rugi melalui kaedah perbandingan.
2. Penyediaan Akaun Penamat melalui kaedah analisis.
June 9th, 2009 at 2:07 pm
SUSAH BANGET………………!
June 9th, 2009 at 11:10 pm
Gyma,
Kuasai kaedah perbandingan terlebih dahulu, kemudaian baru kaedah analisis.
~ Nak 1000 Daya, Tak Nak 1000 Dalih ~
June 21st, 2009 at 2:28 pm
nk contoh kunci kira-kira untuk rekod tak lengkap boleh x??
b0leh terangkan sikit x pasal bab ni??
June 21st, 2009 at 6:39 pm
Aishah,
Format KKK sama saja, sama ada bentuk penyata atau “T”. Topik ini boleh dikemukakan soalan menggunakan kaedah perbandingan atau kaedah analisis.
Kaedah Perbandingan, biasanya dikehendaki menyediakan :
1. Penyata hitung modal awal
2. Penyata hitung modal akhir
3. Penyata mengira Untung Rugi
4. Kunci kira-kira
Kaedah Analisis, biasanya dikehendaki menyediakan :
1. Akaun kawalan Penghutang / Pemiutang
2. Penyata Pendapatan
3. Kunci Kira-kira
Itu saja serba sedikit tentang topik ini.
August 27th, 2009 at 10:52 pm
cg, mcmn nk tahu bila guna kaedah perbandingan atau analisis?
August 27th, 2009 at 10:53 pm
Teh,
Sila rujuk komen Cg di atas.
October 21st, 2009 at 3:37 pm
bgmn nk mahir dlm mbuat rekod tk lengkap?
October 21st, 2009 at 3:38 pm
saye cube buat lthn tp byk yg sy lupe slps itu.
October 21st, 2009 at 4:18 pm
cikgu, ada tak soalan LCCI untuk rekod tak lengkap? Cikgu, saya ada satu soalan untuk tanya cikgu. Bolehkah saya scan soalan tersebut dan e-mail kepada cikgu? Apakah e-mail cikgu?
October 21st, 2009 at 5:03 pm
Ecah dan Aisyah,
Untuk mahir dan ingat, kita kena dapat kenal pasti / tahu menghitung beberapa perkara, antaranya :
1. Kaedah Perbandingan :
- Modal awal
- Modal akhir – dengan mengambil kira pelarasan yang diberi.
- Modal tambahan
- Ambilan
- Menyediakan Penyata Untung Rugi & KKK
2. Kaedah Analisis :
- Jualan & Belian kredit
- Susut nilai
- Belanja / Hasil
- PHR
- Bank
- Menyediakan Penyata Pendapatan & KKK
Bucth,
Soalan2 RTL kaedah analisis boleh didapati daripada Koleksi Trial 2009. Email Cg : narzuki@gmail.com
October 26th, 2009 at 2:40 pm
salam cg,
36 Apakah kelemahan yang terdapat dalam buku perakaunan peniaga yang mengamalkan
rekod tak lengkap?
I Modal tambahan tidak dapat di bawa masuk
II Pengiraan untung tidak dapat dilakukan
III Penipuan tidak dapat dikawal
IV Kesilapan tidak mudah dikesan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
adakah jwp bg soalan ini ialah D?
October 28th, 2009 at 4:35 pm
salam cg,
sini ada 1 soalan..
soalan ini ialah trial melaka soalan 2..
kenapa pul jualan tidak masuk dlm ak kawalan?
masa sy belajar ak kawalan ia dimasukkan..
adakah sampai rekod x lengkap, cara nk buat ialah beza?
October 30th, 2009 at 1:01 am
Teh,
Cg setuju dengan jawapannya anda iaitu D.
Bukannya berbeza, cuma kena faham betul2 maksud soalan dan maklumat yang diberikan. Akaun Kawalan Penghutang dalam soalan tersebut disediakan bagi mendapatkan JUALAN KREDIT berdasarkan maklumat yang sedia ada. Manakala “Pulangan Jualan RM210 terlupa catat dalam buku” merupakan maklumat PELARASAN terhadap baki akhir Penghutang.
Jadi pada pandangan Cg, ada 2 pendekatan yang boleh digunakan (jawapan tetap sama), iaitu :
1. Sebagaimana Skema Melaka. sediakan Ak Kawalan Penghutang (tanpa mengambil kira pelarasan PJ terlebih dahulu) untuk dapatkan Jualam Kredit. Kemudian baru lakukan pelarasan terhadap baki Penghutang Akhir untuk dimasukkan dalam KKK.
2. Lakukan pelarasan PJ terlebih dahulu terhadap Baki Akhir Penghutang (3955-210) = 3745. Kemudian sediakan Ak Kawalan Penghutang dengan mengambilkira/ memasukkan Pulangan Jualan 210 dan baki akhir penghutang sebagai RM3745.
Di mana kedua2 pendekatan tersebut akan memberikan Jumlah Jualan Kredit yang sama iaitu RM7955.
October 30th, 2009 at 1:41 pm
terima kasih cg.
sekarang sy dah faham..
jasa cg amat sy hargai..
October 30th, 2009 at 1:55 pm
salam cg,
soalan ini juga kaitan dgn soalan 2 negeri melaka..
guru sekolah sy kata angkutan masuk x perlu letak dlm penyata pdptan.. tapi sy rasa nk masukkan..
sebenarnya perlu masukkan tak?
October 30th, 2009 at 5:22 pm
cikgu saya sedikit masalah nak tanya , jika maklumat tambahan beri jualan tunai Rm30000 dibankan setelah mengamibil kira pembayaran berikut:
ambilan Rm9450
sewa RM 800
perlukah saya guna jualan tunai tolak ambilan dan sewa baru tambah dengan jualan kredit untuk mendapat jumlah jualan?
dan and sewa ini perlu buat pelarasan semula jika ada butir sewa dalam akuan lain? Ambilan Rm9450 perlu diwujudkan dalam kkk jika tidak ada butir ambilan di akaun bank atau akaun lain?
dan cikgu,bolehkah saya tulis kontra dalam akaun kawalan pemiutang atau penghutang?
October 30th, 2009 at 5:23 pm
Teh,
Anghkutan Masuk merupakan Kos Belian iaitu belanja yang dilibatkan semasa pembelian barang niaga. Jadi Cg juga berpendapat ianya perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.
Soh,
Boleh nyatakan soalan tersebut daripada mana yang ? supaya penerangan Cg lebih mudah dan tepat.
Dalam Ak kawalan penggunaan KONTRA adalah dibenarkan, kerana dalam buku teks juga ada menggunakannya.
October 30th, 2009 at 7:55 pm
itu cuma cikgu saya bagi, ataupun saya send kepada cigku ok?
October 30th, 2009 at 8:01 pm
Ok, sila hantarkan kepada Cg soalan tersebut, kemudian baru kita bincangkannya.
October 30th, 2009 at 8:05 pm
cikgu saya sudah upload di mediafire ini link soalan tersebut
http://www.mediafire.com/?sharekey=d935e78d6dccb26761d4646c62b381cbe04e75f6e8ebb871
October 30th, 2009 at 8:06 pm
Soh,
Jumlah Jualan = Jualan Tunai + Jualan Kredit
Jualan Kredit – boleh diperolehi daripada Ak Kawalan Penghutang. Iaitu RM86440.
Jumlah Jualan Tunai – boleh diperolehi daripada maklumat yang telah diberikan. Iaitu RM15480 + 9450 +800 = RM25820
Jumlah jualan tunai = wang jualan yg dibankkan + wang jualan yg telah diambil + wang jualan yg digunakan untuk bayar sewa.
Oleh itu, JUMLAH JUALAN = RM86440 + RM25820 = RM112260.
Manakala, SEWA perlu dibuat pelarasan jika diberikan baki awal dan baki akhir samada sewa terdahulu / sewa terakru bagi memperolehi SEWA bagi tahun tersebut untuk dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.
Jalan Kerja boleh dilakukan secara pengiraan ataupun dengan membuka Akaun Sewa.
Akaun AMBILAN perlu dibuka kerana masih akaun tersebut belum ada lagi dan perlu dimasukkan dalam KKK.
October 30th, 2009 at 10:10 pm
terima kasih cikgu kerana menyelesaikan soalan saya.
October 30th, 2009 at 10:42 pm
erm ada sedikit masalah lagi,cikgu ,pindahan baki lejar ke lejar jualan ialah kontra-kan?
dt akaun kawalan pemiutang
kt akaun kawalan penghutang
betul?
dan cikgu adakah tempat kontra pada ak kawalan ialah tetap untuk semua soalan ? iaitu dt ak kawalan pemiutan kt ak kawalan penghutang.
October 30th, 2009 at 10:46 pm
Soh,
Petua untuk mudah ingat ialah, mesti dicatat di sebelah yang MENGURANGKAN dan ianya TETAP. Iaitu :
1. Ak Kawalan Penghutang (ASET) – disebelah KREDIT
2. Ak Kawalan Pemiutang (LIABILITI) – disebelah DEBIT
October 30th, 2009 at 11:34 pm
cikgu bermaksud asalkan soalan beritahu tentang kontra , cuma ada satu cara sahaja?terima kasih petua cikgu yang MENGURANGKAN,lebih mudah diingati banding dengan TETAP.
October 30th, 2009 at 11:37 pm
Ya, disebelah yang MENGURANGKAN.
October 31st, 2009 at 3:01 pm
cikgu hutang lapuk dihapuskira perlu buat apa?(soalan sama)
October 31st, 2009 at 3:08 pm
adakah saya cuma perlu tambah penghutang dengan jumlah hutang lapuk yang dihapuskira?
October 31st, 2009 at 3:30 pm
Hutang lapuk akan mengurangkan jumlah Penghutang, maka catat di sebelah KREDIT.
October 31st, 2009 at 6:43 pm
cikgu yang saya tanya ialah hutang lapuk dihapuskira bukan diwujudkan,bukankah tambah dengan penghutang?
October 31st, 2009 at 7:18 pm
Soh,
Hutang lapuk dihapuskira maksudnya sejumlah hutang yang tidak dapat dikutip akan dihapuskira sebagai Hutang Lapuk (= saja maksudnya). Ianya TIDAK SAMA dengan Hutang Lapuk Terpulih. Di mana HLT tidak dicatat dalam Ak Penghutang / Ak Kawalan Penghutang.
October 31st, 2009 at 8:13 pm
oh terima kasih atas penjelasan cikgu.
November 3rd, 2009 at 5:49 am
cikgu boleh tolong saya selesai soalan yg saya tanya dulu?saya tidak dapat mengimbangkan akaun.
http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=eqydimry5jx&thumb=4#
November 3rd, 2009 at 8:20 am
Soh,
Soalan tersebut adalah salah satu soalan dalam Contoh Anchor Item 2009-2010. Sila muat turun Contoh Jawapan Anchor Item dalam post Cg di http://cgnarzuki.com/?p=491
November 4th, 2009 at 11:29 am
Soh,
Angkutan Masuk dalam Buku Tunai bermaksud kita TELAH bayar belanja Angkutan Masuk, ianya TIDAK melibatkan Pemiutang.
KECUALI dinyatakan dalam Maklumat Tambahan bahawa “Angkutan Masuk dikenakan oleh pemiutang”, ini bermaksud kita telah terhutang dengan pemiutang kerana angkutan masuk – Barulah dimasukkan dalam Ak Kawalan Pemiutang. Iaitu MENAMBAHKAN HUTANG disebelah Kredit.
November 4th, 2009 at 4:35 pm
cikgu angkutan masuk perlu dimasukan dalam ak kawalan pemiutang?(soalan trial melaka)
November 4th, 2009 at 5:39 pm
oh rupanya begitu, terima kasih cikgu.
November 5th, 2009 at 7:07 pm
cikgu, contoh.. kenderaan (kos) RM 15000
Peruntukan Susut Nilai kenderaan RM 1350
maklumat tambahan:
kenderaan disusutnilai 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
peruntukan susut nilai dia sy dah kira..dan sy dapat RM1350..
sy cuma nak tanya, kalau dia suruh buat penyata mengira modal, di bahagian aset..kenderaan tersebut sy kena tolak dengan peruntukan susut nilai kenderaan ka cikgu….
November 5th, 2009 at 9:35 pm
Amin,
SN = 10% X (15000 – 1350) = RM1365
Maka, PSN = 1350 + 1365 = RM2715
Dalam penyata mengira modal AWAL atau AKHIR,
Kenderaan XXX
(-) PSN …….XXX
Sekiranya mengira Modal Awal gunakan 15000 – 1350
manakala mengira Modal Akhir gunakan 15000 – 2715
November 6th, 2009 at 11:27 pm
assalamualaikum..
cikgu, kalau dalam kunci kirakira…dekat aset semasa.
tuh..kena masukkan..yang berkaitan dengan terdahulu..
dan kalau di liabiliti semasa , kita kena msukkan yang ber kaitan dengan terakru.., ttapi knapa..kadang 2 kalau terdahulu..tak masuk pun kat aset semasa..dan sebaliknya.,
??????
November 6th, 2009 at 11:29 pm
Zamir,
Dalam menentukan ianya ASET SEMASA atau LIABILITI SEMASA, kita kena tahu adalah ianya berkaitan dengan HASIL atau BELANJA.
HASIL Terdahulu ……….. Liabiliti Semasa
HASIL Terakru ………….. Aset Semasa
BELANJA Terdahulu ……. Aset Semasa
BELANJA Terakru ……….. Liabiliti Semasa
November 6th, 2009 at 11:38 pm
satu lagi cikgu..kalau ada hutang lapuk…kt soalan yang diberikan….kenapa penghutang mesti ditolak dahulu dengan hutang lapuk..dan kalau kat pnyata pndapatan..bahagian belanja….hutang lapuk kena masukkan tak???
ada lagi cikgu…kalau di soalan ada diberikan …perabot…baki awal dan baki akhir….teta pi di maklumat tambahan …tiada maklumat yang berkaitan,,,,berkenaan dengan susut nilai perabot……persoalannya dsini…terdapat susut nilai perabotkah disini…kalau ada bagaimana hendak mencarinya?????sesetengah soalan juga ada meletakkan kedua-dua baki dengan nilai yang sama????
bagi setiap akaun yang dibuka di dalam soalan rekod tak lengkap….adakah terdapat markah disitu??
doakan kjayaan sya…cikgu….terima kasih….sekarang ni saya sedang berusaha. untuk mendapat cemerlang dalam akaun insyaallah….
November 6th, 2009 at 11:39 pm
Zamir,
HUTANG LAPUK merupakan sejumlah hutang (Penghutang) yang tidak dapat kutip balik. maka akan mengurangkan jumlah PENGHUTANG. Dan ianya merupakan BELANJA, jadi semestinya dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.
Dalam mengira SUSUT NILAI jika diberikan :
1. Baki Awal, Baki Akhir dan dalam Buku Tunai (beli aset)
SN = Baki Awal + BT (beli aset) – Baki Akhir
2. Baki Awal dan Baki Akhir
SN = Baki Awal – Baki Akhir
Jika Baki awal = Baki Akhir, maka TIADA SUSUT NILAI.
Setiap maklumat tambahan yang memerlukan pengiraan/pelarasan terlebih dahulu akan diberikan markah, manakala JALAN KERJA hendaklah yang ditunjukkan.
Cg doakan semoga Zamir akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti, InsyaAllah.
November 30th, 2009 at 1:44 pm
cikgu jalan kerja perlu hantar bersama buku jawapan?seperti mengira modal awal atau bank.
November 30th, 2009 at 1:45 pm
Ya, semua jalan kerja / pengiraan hendaklah ditunjukkan dan dihantar bersama-sama kertas jawapan anda. Pastikan setiap helaian kertas jawapan dan jalan kerja ditulis NO. SOALAN.
November 30th, 2009 at 3:50 pm
assalamualaikum…….
blh tak cikgu ajar saya macam mana nak selesai kan imbangan duga? tolong emelkan kpd saya ek :D
External23@yahoo.com.my :terima kasih…
November 30th, 2009 at 3:50 pm
Maaf, Cg pun tak tahu macam mana nak selesaikan Imbangan Duga. Apa yang hendak diselesaikan ?
November 30th, 2009 at 9:32 pm
salam cg,
kalau soalan suruh buat penyata mengira modal akhir dan bahagian maklumat tambahan ada belanja terdahulu/terakru dan hasil terdahulu/terakru.. adakah perlu masuk ke dlm penyata mengira modal akhir?
November 30th, 2009 at 9:41 pm
Modal akhir = Aset akhir – Liabiliti akhir.
Oleh kerana pelarasan dilakukan terhadap baki2 akhir, maka lakukan pelarasan terlebih dahulu terhadap akaun2 yang terlibat, kemudian baru disediakan Penyata mengira modal akhir.
November 30th, 2009 at 9:52 pm
cg,
maksud cg ialah kalau maklumat ada sewa terdahulu, jadi sy perlu masukkannya sebagai aset akhir?
November 30th, 2009 at 10:13 pm
Sekiranya ianya wujud sebagai baki akhir, samada sebagai aset semasa atau liabiliti semasa, maka perlulah diambilkira dalam pengiraan modal akhir.
December 2nd, 2009 at 12:38 pm
rekod tak lengkap xmasuk lah….rugi2… susah lah soalan… .spm 2009
December 2nd, 2009 at 12:39 pm
Itulah sebabnya Cg tidak spot soalan, adalah lebih baik kita ulangkaji dan kuasai semua topik.
December 19th, 2009 at 1:50 pm
apakah kesan rekod tak lengkap atas penyata kewangan?
December 19th, 2009 at 1:52 pm
Antara kesan daripada Rekod Tak Lengkap, ialah :
1. Imbangan Duga tidak dapat disediakan bagi menguji ketepatan catatan yang dibuat.
2. Kesilapan sukar dikesan dan penipuan mudah berlaku.
3. Untung atau rugi sukar ditafsir dengan tepat.
4. Kedudukan kewangan sukar ditentukan – aset dan liabiliti tidak lengkap.
5. Perbandingan prestasi perniagaan dengan tahun sebelumnya tidak dapat dibuat.
March 8th, 2010 at 4:37 pm
assalamualaikum…
saya confused time wat kaedah analisis, macam mane nak kira baki bank yang nak dicatat dalam kkk and one more thing.. susah sangat nak dapatkan amaun belian yang betul kalau die ade bagi tunai yang diterima tapi rak dibankkan tu..
March 8th, 2010 at 4:41 pm
macam mana nak kira baki akaun bank????????/
\
March 8th, 2010 at 4:45 pm
Waalaikumussalam,
Kaedah analisis, pelajar kena teliti dengan maklumat yang diberikan,…. Apa yang diberi ? … Apa yang boleh dicari .. dan Apa yang dikehendaki oleh soalan.
Baki Bank boleh diperolehi dengan menyediakan AKAUN BANK, imbang dan tutup akaun tersebut untuk dapat baki akhirnya untuk dimasukkan dalam KKK.
Dalam mencari JUMLAH BELIAN, pelajar kena pastikan dalam soalan ada tak – Belian TUNAI dan Belian KREDIT. Belian kredit wujud sekiranya terdapatnya Akaun PEMIUTANG,
March 27th, 2010 at 12:59 pm
salam cikgu,ni soalan rekod tidak lengkap..diskaun belum diterima dengan gaji terakru masuk dalam dalam ape?
March 27th, 2010 at 2:38 pm
Diskaun belum terima …. Aset Semasa
Gaji Terakru ………………. Liabiliti Semasa
Maklumat tersebut bersama baki2 akhir aset dan liabilti boleh digunakan untuk mencari MODAL AKHIR dan juga menyediakan KKK.
June 29th, 2010 at 6:00 pm
assalamualaikum..
cg,saya tengah menyediakan kunci kira kira,tp xbrape pham sgt,cuma berpandukan contoh2..
saya buat kunci kira kira bagi 3 tahun..
soalan sye:-
1)bagaimana crenya utk mndapatkn peruntukkan susut nilai/susut nilai terkumpul pada bah (aset/tanggungan semasa) untuk aset kelengkapan syarikat.
2)bagaimanakah mendptkn jumlah wang ditgn atau bank pada bah (aset semasa)
July 20th, 2010 at 6:26 pm
salam cikgu , kalau kat maklumat tambahan ada ambilan rm300 , tak perlu ker tolak kat tunai ? terus hitung kat penyata mengira modal ?
July 20th, 2010 at 6:52 pm
Ya, bagi topik rekod tak lengkap akaun TUNAI, BANK dan STOK tidak akan melibatkan perubahan kerana nilai2 yang diperolehi adalah nilai baki akhir yang dikira secara fizikal. Maka segala ambilan dan sebagainya yang berlaku sebelumnya telahpun diambilkira.
July 21st, 2010 at 5:38 pm
jika ada modal tambahan yang melibatkan kelengkapan , akaun kelengkapan akan bertambah dan akan menjadi modal tambahan dalam penyata mengira untung dan rugi ?
July 21st, 2010 at 6:08 pm
Ya ianya dikelaskan sebagai modal tambahan, ianya perlu ditambah atau tidak bergantung kepada maklumat yang diberikan sama ada ianya telah diambil kira atau masih belum diambil kira.
July 22nd, 2010 at 3:37 pm
salam cikgu , saya masih keliru tentang ambilan tunai dan modal tambahan kelengkapan . jika ambilan tunai , debit ambilan kredit tunai , tetapi kenapa tunai tidak ditolak ? lagi satu modal tambahan kelengkapan pula debit kelengkapan kredit modal . kenapa pula perabot perlu ditambah kan tetapi tunai tidak ditolak ?
July 22nd, 2010 at 3:40 pm
REKOD TIDAK LENGKAP… maksudnya sistem rekod perakaunannya sudah tidak lengkap atau tidak mengikuti sistem catatan bergu biasa. Soalan ini merujuk kepada KAEDAH PERBANDINGAN, di mana rekod perakaunan agak teruk, dimana tiada sebarang rekod akaun, jadi macam mana nak catat debit dan kredit, kerana akaunnya sendiri tidak wujud. Apa yang boleh dibuat oleh perniagaan hanya mengira secara fizikal terutamanya wang tunai ditangan, wang di bank dan stok dan aset2 lain yang ada dalam kedai. Manakala maklumat2 lain yang boleh diingati seperti MODAL TAMBAHAN yang dibawa masuk serta AMBILAN2 yang telah dibuat. Maklumat tentang perabot perlu diTAMBAH atau TIDAK adalah bergantung kepada maklumat yang diberikan, sama ada ianta telah diambil kira / belum semasa menilai aset perabot tersebut.
July 27th, 2010 at 8:00 am
Cikgu,
Bagaimana kita dapat mengenal pasti sama ada maklumat tambahan berkenaan dengan modal tambaha telah atau pun belum diambil kira pada akhir tempoh perakaunan.
Sebagai contoh, soalan SPM 2008, menyatakan ‘membeli kelengkapan dengan wang sendiri’. Soalan tidak menyatakan sama ada maklumat tersebut telah atau belum diambil kira, tetapi skema jawapan menunjukkan yang kelengkapan ditambah dengan RM 980 dalam pengiraan modal akhir. Ini bermakna soalan tersebut menganggap ianya belum diambil kira pada hujung tahun.
Soalan 2008 berbeza dengan soalan tahun-tahun sebelumnya yang tidak mengelirukan.
Soalan 1994 – Alatan pejabat RM 300 yang dibawa masuk sebagai modal tambahan tidak ditambah pada hujung tahun Soalan in clear kerana ianya perniagaan baru dan pada awal tahun tiada alatan pejabat
Soalan 2001 – Soalan dengan jelasnya menyatakan yang sebahagian daripada nilai perabot pada akhir tahun adalah perabot yang dibeli oleh pemilik perniagaan dengan wang peribadinya berjumlah RM3 200. – OK
Soalan 2002 – Soalan clear kerana nilai akhir tahun tidak dinyatakan dan perlu ditambah dengan maklumat yang diberikan, – OK
Harap penerangan cikgu dapat membantu saya
Sekian
July 27th, 2010 at 11:28 am
Soalan tahun2 sebelum dinyatakan dengan jelas, kerana apa yang diuji lebih kepada kemahiran merekod. Manakala format baru (mulai SPM 2008) telah dimasukkan unsur2 kemahiran berfikir dalam soalan.
Merujuk Soalan 5 SPM2008, “Lengkapan RM900 dibeli untuk kegunaan perniagaan dengan wang peribadi Puan Haryani.” Manakala mengikut rekod perniagaannya pada 31 Mac 2007 nilai Lekapan dan Lengkapan ialah RM8900.
Maklumat tambahan yang diberikan merupakan suatu PENEMUAN BARU yang belum diambil kira dalam baki sebelumnya, kecuali dinyatakan telah diambil kira. Maka Lekapan dan Lengkapan perlu di TAMBAH iaitu RM8900+RM900=RM9800 sebagai nilai akhirnya.
July 27th, 2010 at 1:14 pm
Cg,
Bolehkah saya membuat kesimpulan bahawa maklumat tambahan berkenaan modal tambahan (aset bukan semasa) perlu ditambah dengan baki yang dinyatakan dlm soalan kecuali nyatakan telah diambil kira.
July 27th, 2010 at 1:20 pm
Berdasarkan kes tersebut, saya setuju dengan kesimpulan yang dibuat.
July 30th, 2010 at 11:59 pm
kalau soalan,…..lekapan dibeli untuk kegunaan pejabat dengan harga RM100 dengan menggunakan wang peribadi/simpanan…..adakah lekapan tersebut perlu ditambah dekat baki akhir lekapan ?
July 31st, 2010 at 12:00 am
Kena rujuk kepada soalan, sama ada baki akhir tersebut telah mengambil kira lekapan yang dibeli tersebut ataupun belum. Sekiranya masih belum, maka perlu ditambah. Tetapi jika sudah diambil kira, maka tidak perlu ditambah lagi.
July 31st, 2010 at 12:05 am
cva:u mmdhkan lg….ape yg bru prlu d+..cthnye br dbli…kalo x prlu d+ cnth nye,bnde yg dh dguna pkai….k
cg:maaf,,,sy br trbaca ptkan diatas….tp ade 1 soklan…adakah kalo mggunakan wng pribadi d+??
July 31st, 2010 at 12:09 am
~ Maaf : Tulisan sedemikian tidak akan dilayan, sila guna tulisan lengkap, bagi memudahkan rakan2 pelajar lain yang memahaminya apa yang dibincangkan ~
August 6th, 2010 at 3:40 pm
Cikgu,
dalam soalan rekod tak lengkap, jika kaedah penilaian semula digunakan untuk susutnilai. katakan baki lengkapan awal 1000 dan baki akhir 800. Sepatutnya kita masukkan RM800 nilai bersih dalam Kunci kira-kira. Adakah salah jika saya tunjukkan langkapan RM1000 tolak peruntukkan susut nilai RM200 dalam aset bukan semasa kunci kira-kira?
August 6th, 2010 at 4:54 pm
Dari segi prinsipnya tidak salah, tetapi dari segi praktikalnya perkara tersebut tidak berlaku kerana bila rekod perakaunan tidak lengkap, maka banyak akaun2 yang tidak dibuka. Dalam kes ini perniagaan hanya merekod baki lengkapan awal RM1000 (berdasarkan rekod semasa dibeli), manakala baki akhir RM800 (berdasarkan penilaian semula terhadap aset tersebut)… Di mana tidak WUJUDpun akaun PSN, sedangkan asas penyediaan KKK adalah berdasarkan baki2 akaun. KKK disediakan bagi melaporkan kedudukan kewangan perniagaan : iaitu Aset, Liabiliti dan Ekuiti. Dan Lengkapan RM800 tersebut sudah mengambarkan nilai buku bagi tujuan penyediaan KKK.
August 6th, 2010 at 7:28 pm
cikgu,
kalau dalam pepriksaan, fatin tunjukkan KKK tolak peruntukan susut nilai, adakah markah akan di tolak bagi penilaian semula ini?
August 6th, 2010 at 7:30 pm
Pada pandangan Cg, Tidak akan ditolak markah.
August 6th, 2010 at 10:13 pm
terima kasih cikgu
August 20th, 2010 at 2:28 pm
cikgu,
jika soalan minta sediakan penyata jualan kredit. Bolehkah kita sediakan akaun kawalan penghutang?
terima kasih
August 20th, 2010 at 2:29 pm
Fatin,
Pada pandangan Cg, bagi soalan tersebut boleh diterima jawapan dalam bentu Ak Kawalan Penghutang. Cuma sebaik-baiknya IKUT arahan soalan.
August 21st, 2010 at 6:00 pm
salam cikgu . kalau soalan kata beliau telah ambil barang niaga 1200 , tunai 600 untuk kegunaan sendiri .. stok tak payah tolak ker ?
August 21st, 2010 at 6:01 pm
Sky123,
Bagi topik ini, TUNAI, BANK dan STOK tidak perlu diselaraskan lagi, kerana ianya dikira secara FIZIKAL berdasarkan apa yang ada dalam kedai pada masa itu. Maksudnya semua urus niaga yang berlaku sebelum ini telahpun diambil kira. KECUALI soalan menyatakan bahawa ianya masih belum diambilkira lagi.