Tafsiran Penyata Kewangan
April 28th, 2008 — Cg Narzuki1. Bermaksud menganalisa Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
2. Bertujuan untuk mengukur prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan antara tempoh perakaunan atau antara perniagaan yang sama jenis.
3. Dapat merancang dan mengawal aktiviti yang dijalankan.
4. Pihak pengurusan dapat mengetahui;
a. Kadar keuntungan atas jualan.
b. Kadar pulangan atas modal yang etlah dilaburkan.
c. Kedudukan aset berbanding liabiliti yang perlu dilangsaikan.
d. Kecekapan pengurusan dalam mengendalikan perniagaan.
5. Pihak pemiutang / pemberi pinjaman dapat ;
a. Mengetahui kemampuan perniagaan menjelaskan hutang atau pinjamannya.
b. Membantu membuat keputusan untuk memberi kredit atau pinjaman.
6. Pihak pelabur / bakal pelabur dapat ;
a. Membuat keputusan melabur.
b. Menambah pelaburan atau menjual pelaburan.
c. Mengetahui kedudukan sesebuah perniagaan sama ada kukuh atau sebaliknya.
d. Mengetahui kadar pulangan atas setiap ringgit yang dilaburkan.
ANALISIS NISBAH
Ø Proses mengira dan mentafsir nisbah-nisbah yang telah dikenal pasti untuk mendapatkan petunjuk berkenaan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.
Ø Menilai kaitan antara satu angka perakaunan dengan satu angka perakaunan yang lain.
1. Nisbah Untung
Menunjukkan kadar untung /pulangan yang diperoleh.
a. Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan (Tokokan)
- Mengira peratus penambahan kepada kos jualan dalam menentukan harga jualan.
- Dinyatakan dalam bentuk peratus.
- Tokokan = (Untung Kasar / Kos Jualan ) x 100
b. Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar)
- Mengukur untung kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.
- Mengukur keuntungan daripada jualan barang sebelum mengambil kira lain-lain belanja.
- Peratus untung kasar kepada jualan bersih.
- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus.
- Margin Untung Kasar = (Untung Kasar / Jualan ) x 100
c. Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih)
- Mengukur untung bersih yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.
- Mengukur keuntungan keseluruhan perniagaan.
- Peratus untung bersih kepada jualan bersih.
- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus
- Margin Untung Bersih = ( Untung Bersih / Jualan ) x 100
d. Pulangan atas Modal (Pulangan atas Pelaburan)
- Mengukur kadar pulangan atas setiap ringgit modal yang dilaburkan.
- Mengukur pulangan pada pelaburan modal untuk satu tempoh tertentu.
- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus (perniagaan berupaya menguruskan modal dengan lebih cekap).
- Pulangan atas Modal = ( Untung Bersih / Modal awal ) x 100
2. Nisbah Kecairan
Mengukur kemampuan perniagaan dalam membiayai tuntutan hutang jangka pendek dan menyediakan tunai apabila diperlukan.
a. Nisbah Semasa
- Membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.
- Mengukur kemampuan firma menjelaskan hutang jangka pendek (liabiiti semasa)
- Dinyatakan dalam bentuk pecahan atau nisbah; lebih dari 1 bagus (bermakna pemiutang bagi menilai kemampuan bayar balik hutang sesebuah perniagaan).
- Nisbah Semasa = Aset Semasa / Liabiliti Semasa
3. Nisbah Kecekapan
Menunjukkan kecekapan pihak pengurusan dari segi pengurusan stok.
a. Kadar Pusing Ganti Stok
- Mengukur kecekapan pihak pengurusan mengendalikan stok iaitu berapa kali stok digantikan setelah habis dijual dalam sesuatu tempoh.
- Kiraan kali, bulan dan hari; nilai yang tinggi lebih bagus (apabila pusing ganti stok tinggi, tempoh simpanan stok berkurang dan sebaliknya).
- Jika stok awal tiada, maka stok akhir menjadi stok purata.
- Stok Purata = (Stok Awal + Stok Akhir) / 2
- Kadar Pusing Ganti Stok = Kos Jualan / Stok Purata (bilangan kali)



May 1st, 2008 at 5:47 pm
NOTA TAFSIRAN AKAUN DAN PENYATA KEWANGAN
Boleh klik di disni,
http://www.geocities.com/narzuki/pa-taf.htm
Perhatian : NOTA LAMA.
May 23rd, 2008 at 12:06 am
Salam CKG..
Slmt Hari Guru…
Sy ingin bertanya…ada beberapa nota yg tidak dpt syg peroleh di sini spt:
1. Perkongsian Pengasingan Untung Rugi
2. Analisis Kos Volum Untung
3. Pembetulan Kesilapan
Diharap ckg dpt menyemak kembali tajuk2 di Laman Utama.
Sekian T.Kasih.
May 23rd, 2008 at 9:20 pm
Lyna,
Terima kasih kerana sudi melawat Blog Cg, nanti Cg upload kan nota bagi tajuk-tajuk tersebut. Lyna juga boleh dapatkan nota-nota bagi semua topik daripada Modul yang disediakan oleh Cg Sila.
Sila ke menu MUAT TURUN, pilih
Cg Sila – Modul Tingkatan 5
Cg Sila – Modul Tingkatan 4
Diharapkan dapat membantu Lyna.
August 14th, 2008 at 3:39 pm
salam CKG.
Boleh berikan nota tentang nisbah kewangan?
terima kasih
August 14th, 2008 at 4:54 pm
Izan,
Nota-nota tersebut telah pun dinyatakan diatas, dan sebagai tambahan boleh DOWNLOAD nota daripada Blog Saleha Salleh. Dan juga DISINI. Atau DISINI.
August 31st, 2008 at 1:04 pm
TAHUKAH ANDA ?
Modal kerja ialah jumlah modal yang boleh digunakan untuk perbelanjaan kendalian harian dalam perniagaan. Ia menunjukkan kecairan suatu perniagaan, iaitu kemampuan perniagaan menjelaskan hutang dalam jangka masa yang pendek, umpamanya pemiutang, overdraf bank dan belanja terakru. Kemampuan membayar liabiliti semasa bergantung kepada aset semasa yang digunakan oleh perniagaan itu.
Modal Kerja > 0 (positif) — Aset semasa > Liabiliti semasa — MAMPU BAYAR.
Modak kerja < 0 (negatif) — Aset semasa < Liabiliti semasa — MASALAH KECAIRAN.
August 31st, 2008 at 1:06 pm
TIP SPM !
Pelajar harus memberi penekanan terhadap :
1. Rumus-rumus untuk tafsiran Akaun Penamat.
2. Rumus-rumus untuk tafsiran Kunci Kira-kira.
January 21st, 2009 at 8:58 pm
Assalamualaikum Cg Narzuki,
Saya adalah pesara bank. Sekarang saya sedang menulis mengenai bagaimana bank menilai rancangan perniagaan atau permohonan pinjaman. Saya banyak membaca web Cg untuk mengambil istilah-istilah perakaunan. Setakat ini saya tidak jumpa satu buku khas mengenai istilah-istilah perakaunan, ekonomi dan perbankan.
Sasaran buku saya ialah IKS. Cuma saya ingin tahu adakah buku saya boleh digunakan oleh pelajar perniagaan dimana-mana kolej atau universiti? Jika boleh bagaimana sukatan pelajarannya? Mungkin saya boleh membantu.
Semasa bertugas dibank saya pernah diberi kuasa membuat keputusan keatas sesuatu RP atau permohonan. Jadi saya tahu apa yang bank perlukan dan bagaimana mereka memproses RP yang diberikan.
Terima kasih.
January 23rd, 2009 at 7:30 am
Waalaikumsalam,
Satu usaha yang baik, tahniah saya ucapkan. Pada pandangan saya buku tersebut boleh digunakan oleh pelajar2 perniagaan samada di IPT, Kolej, Politeknik ataupun Istitut Kemahiran dan juga pengusaha IKS. Dari segi sukatan yang mereka ikuti, maaf saya tidak dapat membantu.
February 14th, 2009 at 12:05 pm
saya nak tau apakah isu-isu utama di dalam risiko maklumat pada penyata kewangan?
February 21st, 2009 at 3:43 pm
assalammualaikum
saya nak mintak tunjuk ajar
bagaimana mengira KADAR PULANGAN PELABURAN PENDIDIKAN TINGGI?
DAN apakah formula yg boleh digunakan?
tq
February 21st, 2009 at 9:35 pm
Wani,
Maaf, terlewat balas pertanyaan anda. Sebenarnya Cg tidak pasti apakah skop yang hendak diperbincangkan.
Jika RISIKO MAKLUMAT dibincang dalam skop pengauditan, maka tumpuan haruslah diberikan kepada SISTEM KAWALAN DALAMAN sebagai suatu perisai yang melindungi aset-aset firma daripada pelbagai kejadian yang tidak dijangkakan melanda organisasi.
Antara RISIKO MAKLUMAT pada penyata kewangan iaitu :
1. Cubaan untuk membuat capaian yang tidak dibenarkan ke atas aset-aset firma (termasuk maklumat),
2. Penipuan yang dibuat oleh orang di dalam dan di luar organisasi,
3. Kesilapan yang berlaku disebabkan oleh ketidakcekapan pekerja,
4. Ralat yang berlaku di dalam program komputer,
5. Input data yang rosak,
6. Perkara yang merosakkan seperti capaian tidak dibenarkan yang dilakukan oleh penggodam.
7. Ancaman daripada virus komputer yang merosakkan program dan juga pangkalan data.
Secara ringkasnya kelemahan dalam sistem kawalan dalaman boleh mendedahkan atau mendatangkan satu atau lebih jenis RISIKO:
1. Kemusnahan aset (maklumat dan aset fizikal )
2. Kecurian Aset
3. Kerosakkan terhadap maklumat dan sistem maklumat
4. Pemintasan terhadap sistem maklumat.
Semoga maklumat tersebut dapat membantu Wani.
February 21st, 2009 at 9:35 pm
Puan Siti, Waalaikumsalam.
Maaf, perkara tersebut diluar pengetahuan saya. Walau bagaimanapun terdapat sebuah buku yang bertajuk Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia (166 m/s). Buku tersebut membincangkan secara khusus bekaitan perkara tersebut.
Buku tersebut boleh juga dibaca DISINI.
Semoga ianya dapat membantu Pn Siti.
February 25th, 2009 at 10:25 pm
cg sya da soalan, Butik Menawan mempunyai beberapa cawangan di Bandar Kenanga. Bagi tahun 2009, pihak pengurusan butik merancang untuk memperkenalkan koleksi terbaru pakaian wanita. Bincangkan bagaimana analisis kos-volum-untung dapat membantu pihak pengurusan perniagaan tersebut merancang dan membuat keputusan strategik dalam usahanya meningkatkan keuntungan syarikat
February 25th, 2009 at 10:29 pm
cg knapa kaedah pengekosan marginal tidak sesuai digunakan oleh pengilang bagi pelaporan kewangan pihak luar dan tujuan percukaian. Cg ada jurnal atau artikel yang berkaitan tak?
February 25th, 2009 at 10:31 pm
salam cg, knapa firma menggunakan kadar overhed pratentu bagi memperuntukkan overhed kepada sesuatu kerja atau produk..
February 25th, 2009 at 10:34 pm
cg, adakah kaedah pengekosan pesanan kerja sesuai diaplikasi dalam sesebuah perniagaan yang menghasilkan kek
February 26th, 2009 at 8:16 am
Faizah ni pelajar SPM ke pelajar IPT?
February 26th, 2009 at 9:16 am
pelajar ipt..maaflah kalu soalan xmsuk sylibus..
February 26th, 2009 at 5:38 pm
Faizah,
1. Kita bandingkan Kaedah Pengkosan Serapan dan Kaedah Pengkosan Marginal.
PENGKOSAN SERAPAN (PS) :
- Mengambil kira semua kos perkilangan yang terlibat sebagai kos produk. Iaitu Kos Bahan, Kos Buruh dan Kos Overhed.
- Untuk tujuan pelaporan luaran
- Mematuhi GAAP
PENGKOSAN MARGINAL (PM) :
- hanya mengambil kira kos perkilangan berubah sahaja dalam pengiraan kos produk. Di mana KOS OVERHED dianggap sebagai belanja di dalam tempoh perakaunan semasa.
- Untuk tujuan pelaporan dalaman.
2. Daripada perbandingan di atas, jelas menunjukkan Kaedah PM tidak mengambarkan perolehan / untung bersih yang sebenar kerana tidak mengambilkira KOS OVERHED sebagai sebahagian daripada belanja. Sepatutnya kos overhed dimasukkan dalam kos produk/pengeluaran sebagaimana kaedah PS. Ianya lebih kepada tujuan pelaporan dalaman sahaja dan tidak mematuhi GAAP. Oleh itu pelaporan kewangan mengunakan kaedah PM adalah tidak sesuai untuk diberikan kepada pihak luar ataupun untuk tujuan percukaian.
Ok, itu saja sedikit pandangan daripada Cg semoga dapat dijadikan panduan untuk menyelesaikan masalah anda..
February 27th, 2009 at 9:13 pm
terima kasih byk yer cg…ats kemusykilan t’sbt & respon..
February 27th, 2009 at 10:43 pm
Faizah,
Sebenarnya Cg kurang arif tentang perkara ini, namun Cg akan cuba sampaikan sedikit sebanyak apa yang Cg ketahui tentangnya.
CIRI – CIRI PENGEKOSAN KERJA
1. Produk yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada tempahan pelanggan.
2. Kos – kos yang terlibat dapat dikesan dan dikenalpasti bagi sesuatu pengeluaran. ( Kos yang terlibat dikumpul dan direkod secara berasingan untuk setiap kerja sehingga kerja siap )
3. Produk yang dihasilkan biasanya lebih daripada satu jenis dan boleh dibezakan antara satu sama lain mengikut spesifikasi pelanggan.
Berdasarkan ciri-ciri tersebut Cg berpendapat bahawa Kaedah Pengkosan Kerja sangat sesuai diaplikasikan dalam sesebuah perniagaan kek.
KAEDAH PENGIRAAN KOS SEUNIT : KAEDAH PENGKOSAN KERJA
Terdapat 2 sistem yang boleh digunakan :
1. SISTEM KOS SEBENAR – mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan KOS OVERHED KILANG SEBENAR.
2. SISTEM KOS NORMAL – mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan KOS OVERHED KILANG DISERAP.
# KOS OVERHED KILANG DISERAP kepada produk menggunakan KADAR OVERHED PRATENTU.
Jadi pada pandangan Cg kenapa firma/kilang mengunakan KADAR OVERHED PRATENTU bagi memperuntukan overhed kepada sesuatu kerja / produk kerana KOS OVERHED SEBENAR tidak dapat ditentukan, maka terpaksalah menggunakan suatu kaedah bagi menganggarkan kos overhed tersebut, iaitu dikenali sebagai Kadar Overhed Pratentu.
Setakat itu saja yang termampu Cg sampaikan. Semoga ianya membantu anda.
March 1st, 2009 at 10:46 am
trma ksih cg..ats info psal PENGKOSAN KERJA..sdit sbyk dpt jga mmbntu sya..
March 2nd, 2009 at 12:45 pm
cg, Menggunakan kaedah pengekosan marginal dan kaedah pengekosan serapan, kirakan:
i) kos tempoh; dan
ii) pendapatan bersih
mcmna formula pengiraan i & ii?
March 2nd, 2009 at 5:28 pm
Faizah,
Maaf, Cg kurang arif, cuma sekadar membantu, kemudian Faizah rujuk kepada sesiapa yang lebih arif untuk pengesahannya.
(i) Formula KOS TEMPOH, diluar pengetahuan Cg.
(ii) Format untuk mendapatkan untung bersih bagi menggunakan pengkosan serapan adalah seperti berikut :
Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir………..
Jualan ………………………………………………………..xxx
Tolak : Kos jualan
………. Inventori awal (kos penuh) ………..xx
……….(+) Kos keluaran (kos penuh)………xx
……………………………………………………….xxx
……….(-) Inventori akhir (kos penuh)…….xx
…………………………………………………………………xxx
Untung kasar …………………………………………….xxx
Tolak : Belanja pentadbiran (tetap dan
………..berubah) ……………………………….. xx
………..Belanja jualan dan pengedaran
………..(tetap dan berubah) ………………… xx
………………………………………………………………..xxx
Untung bersih …………………………………………..xxxx
March 2nd, 2009 at 9:29 pm
thanks cg, jwpn no ii sma ja pengiraan yg sya bt sblm ini.. yg no i adakah dari
(+) Kos Jualan dan Pentadbiran Berubah
(4000 unit x RM5) 20,000.00
200,000.00
Margin Sumbangan 200,000.00
Kos Tetap:
Overhead Perkilangan 67,500.00
Jualan dan Pentadbiran 3,000.00
smpai jualan dan pentdbiran shja utk marginal..
dan serapan dri
Belanja Jualan dan Pentadbiran:
Tetap 3,000.00
Berubah (4000 unit x RM5) 20,000.00 23,000.00
sampai berubah ats nie?
March 2nd, 2009 at 10:00 pm
Faizah,
Maaf, soalan ini diluar pengetahuan Cg, jadi tak dapat nak bantu.
March 3rd, 2009 at 12:10 pm
okay terima kasih..
August 27th, 2009 at 7:36 pm
salam sejahtera, cg.
formula kadar pusing ganti stok dalan hari iala 365 hari/ bil kali pusing stok.
saya nk tanya kalau bg tahun yg ada 366 hari macam mana?
adakah dalam exam kita juga nk ambil perhatian ttg perkara ini?
August 27th, 2009 at 7:37 pm
Teh,
Kalau tahun ada 366 hari, maka guna 366 hari / bilangan kali pusing ganti stok. Dalam soalan SPM, biasanya Kadar Pusing Ganti Stok diminta hanya dalam bilangan kali sahaja.
August 27th, 2009 at 11:34 pm
terima kasih!
August 27th, 2009 at 11:38 pm
cg,
dalam pelajaran ada mentafsir nisbah. Setelah baca buku teks, sy dapati ialah menerang sesebuah firma.
Adakah SPM juga akan tanya mcm ini?
August 27th, 2009 at 11:39 pm
Teh,
Dalam soalan SPM bagi topik ini, pelajar bukan saja diminta menghitung nisbah2 tertentu, tetapi juga pandai mentafsir nisbah2 yang diperolehi serta boleh membuat perbandingan antara dua firma yang mana satu lebih baik.
March 6th, 2010 at 4:07 am
Selamat pagi cikgu.
Cikgu..
Tolong berikan saya maklumat mengenai akaun Penyata kewangan dan item-itennya sekali. saya pening la cikgu..
March 6th, 2010 at 4:43 am
Sila muat turun Modul Tingkatan 4 Cg Sila (klik).
March 19th, 2010 at 12:15 am
salam..nak tanya sal perkara apa yang perlu ada untuk merancang kewangan untuk perniagaan butik pengantin????pinjaman dan lain-lain,, pe lagi????
March 19th, 2010 at 12:17 am
Cg cadangan sila layari laman Rancangan Perniagaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN DAN RANCANGAN PERNIAGAAN.
July 9th, 2010 at 5:14 pm
salam Cikgu,
saya adalah pelajar jarak jauh bagi sebuah universiti tempatan di malaysia
saya sedang mengambil subjek financial management 2
tapi mempunyai masalah untuk memahami subjek ini, apatah lagi untuk menyiapkan tugasan dan menduduki peperiksaan dalam bulan ogos ini.
saya mengharapkan seorang personal tutor yg boleh membantu saya.
jika tak keberatan bolehkah cikgu membantu saya.
July 9th, 2010 at 5:20 pm
InsyaAllah setakat yang termampu.
July 23rd, 2010 at 4:06 pm
Cikgu,
macamana nak cari kos jualan,jualan dan moda kerja?
July 23rd, 2010 at 4:10 pm
Cara untuk menghitung perkara2 tersebut bergantung kepada maklumat yang diberikan. Apa yang penting formula2nya perlu diingati, antaranya :
Modal Kerja = Aset Semasa – Liabiliti Semasa
Jualan Bersih – Kos Jualan = Untung Kasar
Maka, Kos Jualan = Jualan Bersih – Untung kasar
dan, Jualan = Kos Jualan + Untung Kasar
Kos Jualan juga boleh diperolehi daripada formula TOKOKAN, sekiranya tokokan dan Untung kasar diberikan.
Kos Jualan juga diperolehi daripada formula Pusing Ganti Stok, jika stok awal, stok akhir dan kadar pusing ganti stok diberikan.
Ataupun Kos Jualan = Stok awal + Belian – Pul. Belian, + Angkutan masuk – Stok akhir (sebagaimana format penyata pendapatan)
# Semuanya bergantung kepada maklumat yang diberikan, bagi menentukan cara mana yang boleh digunakan.
July 24th, 2010 at 5:05 pm
Terima kasih cikgu untuk maklumat.
August 13th, 2010 at 4:03 pm
salam cikgu , tokokan untuk soalan spm 2009 macam mana ?
August 13th, 2010 at 4:05 pm
Sila rujuk komen Cg DISINI.
August 15th, 2010 at 12:03 am
apa makna tokokan di soalan 2009 , cikgu ? saya masih tak paham .
August 15th, 2010 at 12:09 am
Apa yang masih tidak faham ?
Makna TOKOKAN 100%, atau pelarasan Nilai Stok Akhir ?
August 15th, 2010 at 12:50 pm
makna tokokan 100% ..
August 15th, 2010 at 12:51 pm
Formula Tokokan = Untung Kasar / Kos Jualan X 100%
Jika Tokokan = 100%, maksudnya Untung Kasar = Kos Jualan
Kos Jualan = 125 …. nilai kos
Untung kasar = 125
Maka, Jualan = 250
August 19th, 2010 at 9:42 am
cikgu kalau soalan itu menetapkan 20|% tokokan atas barang yang dijual. apa maksudnya dan berapa untung kasar?
August 19th, 2010 at 9:43 am
Kalai,
Jika Tokokan = 20% dan Jualan = RM250
Mana, Kos Jualan = RM208.33 dan Untung Kasar = RM41.67
August 31st, 2010 at 10:27 pm
salam cg..boleh cikgu tlg jelaskan apa itu ‘kos siling’ dan ‘kos lantai’?
August 31st, 2010 at 10:28 pm
Siti,
Secara ringkasnya Kos Maksimum dan Kos Minimum.
September 3rd, 2010 at 1:08 am
stok awal rm10200
stok akhir rm12140
belian rm15780
jualan rm23640
untung kasar rm9800
Berapa peratuskah untung kasar atas kos jualan?
macam mana nak kira yer cikgu?
September 3rd, 2010 at 1:10 am
sambungan :- Maklumat berikut diperoleh daripda buku perniagaan hamid bagi tahun berakhir 31 Disember 2006
September 3rd, 2010 at 1:11 am
soalan SPM 2006 no 39
September 3rd, 2010 at 1:14 am
maaf cikgu bukan SPM 2006 tapi 2007
September 3rd, 2010 at 1:25 am
Faud,
Sila guna formula berikut :
1. Peratus untung kasar atas kos jualan / TOKOKAN = Untung kasar / Kos Jualan X 100%
2. Kos Jualan = stok awal + belian – stok akhir
September 3rd, 2010 at 9:27 pm
terima kasih cikgu … cikgu tau x trial SPM start bila? coz kawan2 sya semua confuse ngan tarikh trial spm bila
September 3rd, 2010 at 9:30 pm
Faud,
Bergantung kepada jadual peperiksaan negeri masing2. Setengah2 negeri telah siap dijalankan minggu lepas lagi, setengah2 negeri lepas raya baru peperiksaan percubaan mula dijalankan… Jadi tanya guru anda disekolah untuk dapatkan kepastian.