Pelarasan Pada Tarikh Imbangan

219 Responses to “Pelarasan Pada Tarikh Imbangan”

  1. Cg Narzuki Says:

    NOTA DAN SOALAN LATIHAN

    Boleh diperolehi disini,
    http://www.geocities.com/narzuki/pa-pel.htm

  2. heida Says:

    cikgu,apakah maksud peruntukan susut nilai lengkapan dan adakah akaun untung rugi dan akaun perdagangan sama dengan penyata pendapatan?

  3. heida Says:

    cikgu,adakah hutang lapuk dan peruntukan hutang ragu itu sama?

  4. Cg Narzuki Says:

    Heida,

    Soalan 1 : Apakah maksud peruntukan susut nilai lengkapan.

    Bagi memahami maksud peruntukan susut nilai lengkapan, kita lihat apa kaitannya dengan susut nilai lengkapan. Contohnya :

    Tahun……2001…..2002…..2003
    S/nilai………500…….500…….500
    PSN…………500…..1000……1500

    PSN merupakan JUMLAH SUSUT NILAI yang TERKUMPUL pada akhir setiap tahun perakaunan.

    Di mana pada tahun 2002, PSN sebanyak RM1000 (iaitu 500 + 500) merupakan jumlah susut nilai yang terkumpul dari tahun 2001-2002.

    Manakala pada tahun 2003, PSN sebanyak RM1500 (iaitu 500+500+500) merupakan jumlah susut nilai terkumpul aset tersebut selama 3 tahun.

    PSN akan dilaporkan dalam Kunci Kira-kira (bahagian Aset Bukan Semasa),
    Katakan Kos Lengkapan = RM5000, kita lihat secara perbandingan untuk tiga tahun.

    Tahun…………..2001….2002….2003
    Lengkapan……5000….5000….5000
    (-) PSN………….500…..1000….1500
    Nilai Buku…….4500…..4000….3500

    Berdasarkan KKK pada 2003, kita dapat menghuraikan kedudukan Lengkapan syarikat, iaitu Lengkapan dibeli pada kos RM5000 dan telah mengalami susut nilai sebanyak RM1500, maka nilai buku / nilai semasa lengkapan pada akhir tahun 2003 ialah RM3500.

    Soalan 2 : Adakah akaun untung rugi dan akaun perdagangan sama dengan penyata pendapatan?

    Jawapannya YA, Cuma format pelaporan saja yang berlainan, satu dalam bentuk AKAUN atau “T” dan satu lagi dalam bentuk PENYATA.

    Soalan 3 : Adakah hutang lapuk dan peruntukan hutang ragu itu sama?

    Jawapannya TIDAK.
    HUTANG LAPUK ialah hutang yang sudah pasti TIDAK dapat dikutip. Dikelaskan sebagai BELANJA dalam Penyata Pendapatan.

    PERUNTUKAN HUTANG RAGU merupakan satu ANGGARAN berdasarkan peratus tertentu daripada jumlah PENGHUTANG berkemungkinan tidak dapat dikutip pada akhir tempoh perakaunan. Dikelaskan sebagai PENGURANGAN ASET SEMASA dalam KKK, iaitu bahagian ASET SEMASA : PENGHUTANG – PHR.

    Semoga jawapan di atas dapat membantu Heida.

  5. fiza Says:

    saya kurang faham mengenai perbezaan lekapan dan lengkapan dengan alatan pejabat. berikan contoh lekapan dan lengkapan dengan alatan pejabat

  6. Cg Narzuki Says:

    fiza,

    Cg berikan beberapa contoh dan Fiza cuba fikirkan apakah perbezaannya ?

    Lekapan – alatan yang “melekat” seperti : penghawa dingin, kipas dan lampu.
    Lengkapan – perabot seperti kerusi meja, rak dan kabinet.

    Alatan pejabat – komputer, printer, mesin taip, mesin faks dan mesin fotostat.

    …. ….. kata Raja Lawak Astro … “lu fikirlah sendiri”.
    Berfikir dahulu itu adalah lebih baik daripada menerima saja apa yang orang kata.

  7. najah farahin Says:

    sy pelajar t4.saya nak tanya tentang pelarasan.saya masih x faham & x dpt menguasai bab itu.

  8. Cg Narzuki Says:

    Najah farahin,

    Pelarasan ada beberapa jenis, cuba kuasai satu persatu pelarasan-pelarasan tersebut. Setiap pelarasan ada cara-caranya yang tersendiri. Antara pelarasan utama yang perlu dikuasai ialah :
    1. hasil terakru dan hasil terdahulu.
    2. belanja terakru dan belanja terdahulu.
    3. peruntukan hutang ragu.
    4. susut nilai aset bukan semasa.

    Sebaik-baiknya, najah kemukakan soalan pelarasan tersebut satu persatu (rujuk soalan latihan) dan cg akan terang bagaimana untuk menyelesaikannya.

    Sekiranya najah tanya secara UMUM seperti di atas, maka jawapan Cg ialah untuk mengusai dan memahami bab tersebut najah perlu perbanyakkan LATIHAN dan SERING BERJUMPA GURU untuk bertanya jika ada masalah.

    Diharapkan najah memahami apa maksud Cg.

  9. najah farahin Says:

    cg,sy nak tnya soalan hasil terakru & terdahulu.dlm inbangan duga sebelah kredit faedah diterima RM720 & komisen diterima RM2400.maklumat tambahannya faedah yg belum diterima ialah RM80 & komisen yg dterima terdahulu ialah RM400.soalannya anda dihendaki menyediakan (a)akaun2 yg berkenaan dlm lejar,(b)akaun untung rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 20X6 & (C)Kunci Kira2 pd 30 Jun 20X6.

  10. Cg Narzuki Says:

    Najah farahin,

    1. Daripada Imbangan duga, buka Ak Faedah diterima dan Ak Komisen diterima.

    Ak. Faedah diterima
    Sebelah Kt : Tunai 720

    Ak. Komisen diterima
    Sebelah Kt: Tunai 2400

    2. Najah perlu faham apa maksud TERAKRU dan TERDAHULU, serta PELARASANNYA.

    TERAKRU maksudnya :
    BELUM TERIMA (jika hasil) ……….. ASET SEMASA
    BELUM BAYAR (jika belanja) …….… LIABILITI SEMASA

    Pelarasannya : TERAKRU — kena TAMBAH (baki asal dalam akaun) kerana TERKURANG.

    Jadi, Faedah belum diterima / Faedah diterima terakru RM80 …perlu DITAMBAH pada baki Ak Faedah diterima. Untuk TAMBAH kita kena letakkan pada SEBELAH YANG SAMA iaitu KREDIT., maka

    Ak. Faedah diterima
    Sebelah Kt : Tunai 720
    Sebelah Kt : Baki h/b 80 (Butir Baki h/b : guna kaedah 1 dalam buku teks)
    Imbangkan,
    Sebelah Dt : Untung Rugi 800 ….. masukkan dalam Ak Untung Rugi sebelah Kt (hasil)
    Baki h/b sebelah Kt, maka BAKI B/B di sebelah Dt … masukkan dalam KKK sebelah Dt (kerana Aset Semasa)

    TERDAHULU maksudnya :
    TERIMA DAHULU (jika hasil) ………. LIABILITI SEMASA
    BAYAR DAHULU (jika belanja) …….. ASET SEMASA

    Pelarasannya : TERDAHULU — kena TOLAK (baki asal dalam akaun) – kerana TERLEBIH.

    Jadi, Komisen diterima terdahulu RM400 …perlu DITOLAK pada baki Ak Komisen diterima. Untuk TOLAK kita kena letakkan pada SEBELAH YANG BERBEZA iaitu DEBIT., maka

    Ak. Komisen diterima
    ………………………………..… Kt: Tunai 2400
    Dt: Untung Rugi 2000 (angka imbangan) … pindahkan ke Ak Untung Rugi sebelah Kt.
    Dt : Baki h/b 400

    Bila Baki h/b sebelah Dt, maka BAKI B/B sebelah Kt … masukkan dalam KKK sebelah Kt (kerana Liabiliti semasa)

    Cuba Najah fahami setiap patah perkataan yang Cg sampaikan dan IKUT STEP BY STEP. Kemudian lihat apakah hasilnya ….. … semoga ianya membantu Najah.

    p.s. Bagi pelarasan Belanja Terakru dan Belanja Terdahulu boleh juga mengunakan langkah-langkah diatas.

  11. najah farahin Says:

    thanks cg narzuki.

  12. najah farahin Says:

    cg,betul ka kalau ambil prinsip akaun wajib ambil add. math?sbb add. math susah sgt nak score.

  13. Cg Narzuki Says:

    Najah, ambil add math bukan wajib TETAPI anda akan terlepas PELUANG untuk ke matrikulasi jika tidak mengambil add math. Ini kerana salah satu syarat minimum untuk ke matrikulasi perakaunan ialah 7D dan matrikulasi sains ialah 6C bagi subjek add math. Nasihat Cg, jangan lepaskan PELUANG begitu sahaja tanpa kita BERUSAHA terlebih dahulu.

  14. najah farahin Says:

    ok cg,saya akan berusaha setakat mana yang mampu.

  15. ELSTHEFEND Says:

    MACAM MANA MAHU SCORE A DALAM PRINSIP PERAKAUNAN ,SEDANGKAN PRINSIP PERAKAUNAN IALAH SATU SUBJEK YANG BANYAK PUTAR BELIT .TEERLALU BANYAK YANG HARUS DIHAFAL TERUTAMANYA RUMUS-RUMUS .ADAKAH CARA YANG LEBIH EXPRESS UNTUK SCORE A

  16. najah farahin Says:

    saya masih x faham bagaimana nak merekod ke dalam jurnal apabila buat pelarasan.

  17. Cg Narzuki Says:

    Elsthefend,

    Untuk score A tidak sesusah yang disangkakan. Tidaklah banyak sangat RUMUS2 atau FORMAT yang perlu diingati berbanding dengan subjek lain seperti math dan add math. Manakala kebanyakan formatnya hampir sama cuma ada sedikit saja perbezaan. Prinsip Perakaunan ialah ilmu yang melibatkan KEMAHIRAN, oleh itu ianya perlu dilatih secara BERPERINGKAT-PERINGKAT dan BERTERUSAN serta mendapat BIMBINGAN daripada GURU. Sama seperti kita mahu menjadi pemain bola sepak yang handal …. tidak ada cara cepat untuk menjadi handal kecuali …. LATIHAN, DISIPLIN DIRI, KESUNGGUHAN dan BIMBINGAN JURULATIH.

    Najah Farahin,

    Apabila membuat pelarasan dan diminta membuat catatan dalam JURNAL AM / LEJAR, pertama : kita kena kenalpasti 2 AKAUN yang terlibat. Kedua : AMAUN yang perlu diselaraskan. Ketiga : akaun mana yang perlu diDEBITkan dan diKREDITkan.

  18. najah farahin Says:

    dlm imbangan duga:
    sewa dibayar 4200
    insurans dibayar 2350
    pd tarikh imbangan 31 DIS 2006,sewa yg belum dbayar berjumlah RM600 dan insurans sebanyak RM50 belum dijelaskan lagi.
    Anda dikehendaki menyediakan:
    (a)Ak. sewa dibayar
    (b)Ak. insurans
    (c)Ak. untung-rugi
    (d)Kunci Kira-kira
    Boleh x cg tunjukkan bagaimana nak rekod ke dlm jurnal.

  19. Cg Narzuki Says:

    Najah Farahin,

    Soalan begini TIDAK PERLUrekod ke dalam jurnal, boleh teruskan rekod ke dalam lejar. Sila rujuk Buku Teks menggunakan KAEDAH 2.

    Langkah 1 : Buka Ak. Sewa dibayar, masukan maklumat daripada ID.

    Akaun Sewa dibayar
    Dt: 31 Dis Tunai 4200 ……. Dt : kerana ianya BELANJA @ ikut dpr ID.

    Langkah 2 : Drp maklumat tambahan – Sewa belum bayar RM600 (Liabiliti Semasa).

    Nota :
    1. TERAKRU/BELUM BAYAR – Pelarasannya kena TAMBAH (kerana tak cukup)
    2. TERDAHULU – Pelarasannya kena TOLAK (kerana sudah terlebih)

    Oleh kerana TERAKRU/BELUM BAYAR – ianya perlu di TAMBAH
    - Untuk TAMBAH mesti dicatat di sebelah yang SAMA iaitu DEBIT.

    Akaun Sewa dibayar
    Dt: 31 Dis Tunai 4200
    Dt: 31 Dis Baki h/b 600 ….. “BAKI H/B” bermaksud baki sewa yang belum dibayar.

    Langkah 3: Imbang dan tutup Ak Sewa dibayar.

    Akaun Sewa dibayar
    Dt: 31 Dis Tunai 4200 Kt:31 Dis Untung Rugi 4800 (ke Ak UR)
    Dt: 31 Dis Baki h/b 600
    ……………………..…….4800……………………………..4800
    …………………….……………Kt: 1 Jan Baki b/b 600 (pindahkan ke KKK sbg LS)

    Langkah 4 : Buka Ak Untung Rugi dan Kunci Kira-kira – ambil maklumat daripad Ak Sewa dibayar.

    Ak. Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2006
    Dt: Sewa dibayar 4800 … dipindahkan daripada Ak Sewa dibayar.

    Kunci kira-kira pada 31 Disember 2006
    ……………………. Liabiliti semasa:
    …………………….. Sewa belum bayar 600

    Untuk Akaun Insurans, Najah buat sendiri mengikut panduan yang diberikan diatas satu-persatu. Ak Untung Rugi dan KKK tidak perlu lagi dibuka baru, guna yang telah sedia ada.

    Ok, selamat mencuba.

  20. nazliya Says:

    cg, tlg jawab ya. Pada 31 Mac 2008, sykt ali membayar premium insurans sebanyak RM12000 setahun. thn perakaunan berakhir pada 31 dis. berapakah insurans dalam ak utg rugi utk thn 2008? A. 9000 B. 12000 C. 10000 D. 8000. tilg bagi cara pengiraannnya. tq

  21. Cg Narzuki Says:

    Nazliya,

    Insurans yang perlu dimasukkan dalam Ak Untung Rugi ialah jumlah Insurans bermula 31 Mac sehingga 31 Dis iaitu 9 bulan (Mac tidak termasuk), maka pengiraannya 9/12 X 12000 = RM9000. Iaitu jawapannya A.

  22. nazliya Says:

    tq teacher. jwpn dalam buku saya salah sebab dia kira bln mac. saya dan faham.

  23. AIDA Says:

    cg boleh xterangkan ape itu bayaran terdahulu?? mcm mn kite nk catitikan kalo kite menggunakan sistem UBS…???

  24. Cg Narzuki Says:

    Aida,

    Bayaran Terdahulu merupakan bayaran/belanja yang telah dibayar, tetapi perkhidmatannya belum digunakan sepenuhnya dalam sesuatu tempoh perakaunan.

    Contohnya, Bayar Insurans pada 1 Jun 2007 sebanyak RM1200 untuk tempoh setahun.
    Ini bermaksud bayaran tersebut untuk tempoh 1 Jun 2007 hingga 31 Mei 2008 (iaitu setahun). Manakala tempoh perakaunan perniagaan ialah berakhir pada 31 Disember. Oleh itu bayaran insuran untuk bulan Jan, Feb, Mac, April dan Mei tahun 2008 (5 bulan) merupakan INSURANS TERDAHULU (ianya dikelaskan sebagai Aset Semasa)

    Berapa jumlahnya ? 5/12 X RM1200 = RM500.
    Maka, INSURANS TERDAHULU = RM500.
    Dan INSURANS untuk tempoh perakaunan tersebut hanyalah (RM1200-RM500)= RM700.

    Oleh itu catatan dalam jurnal adalah seperti berikut :
    Debit : INSURANS TERDAHULU RM500
    Kredit : INSURANS RM500

    Untuk dicatatkan dalam sistem UBS, Cg minta maaf kerana Cg tidak pernah guna sistem tersebut. Tetapi apa yang perlu dibuat ialah pilih menu kemasukan urusniaga, debitkan AKAUN INSURANS TERDAHULU dan kreditkan AKAUN INSURANS.

    Diharapkan keterangan Cg di atas, sedikit sebanyak dapat membantu Aida.

  25. Resah Says:

    cikgu,
    APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NILAI BUKU, STOK AWAL, STOK AKHIR???

    DAN BERI CONTOH.

  26. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Nilai Buku adalah merujuk kepada NILAI BERSIH sesuatu aset selepas ditolak peruntukan susut nilai., contohnya,

    Kenderaan ………………………. 50,000
    (-) Peruntukan susut nilai ….. 10,000
    Nilai buku ………………………. 40,000

    Penerangan mengenai Stok awal, Belian dan Stok akhir boleh rujuk DISINI.

  27. happy Says:

    cikgu,mcm mn nak selesaikan soalan dlm buku teks TINGKATAN 4 m/s 177 (SOALAN NO. 5).

  28. Cg Narzuki Says:

    Happy,

    Cg minta maaf kerana buku yang Cg guna mungkin tidak sama, ini kerana Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 terdapat 2 jenis buku yang digunakan mengikut kumpulan berikut :

    Kumpulan 1 : Perlis, Kedah, Selangor, N.Sembilan, Pahang, P.Pinang, W.Persekutuan K.Lumpur & Labuan, Sabah, Sarawak

    Kumpulan 2 : P.Pinang, Perak, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan.

    Cg syorkan kemukakan soalan tersebut kepada sahabat Cg, iaitu Sifu2b di blog beliau :
    http://sifu2b.wordpress.com/2008/08/30/buku-teks-prinsip-perakaunan-spm/

  29. Resah Says:

    Cikgu, jika mahir dalam perekodan dalam Lembaran Kerja adakah sama seperti lejar?

    Mengapakah Akaun Untung Rugi terlibat dalam Akaun Peruntukan Susut Nilai Aset bukan Semasa seperti dalam lejar.
    Saya lihat ia agak berlainan dengan terlibatnya Akaun Untung Rugi yang memang memeningkan saya.

    Pada 1 Januari 2007, sebuah syarikat telah membeli sebuah kenderaan bernilai RM40, 000 secara kredit daripada Syarikat EON. Kadar peruntukan susut nilai kenderaan ialah 15% setahun atas kos. Tahun kewangan berakhir 31 Disember.

    Anda dikehendaki menyediakan:
    (a) Akaun Kenderaan.
    (b) Akaun Peruntukan Susut Nilai Kenderaan
    (c) Catatan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 dan 2008.
    (d) Catatan dalam Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 dan 2008.

    Saya berharap cikgu dapat memberi tunjuk ajar untuk memahami saya.

    Cikgu
    Saya memang belum masih mengapai konsep “Baki b/b & Baki h/b” yang selalu digunakan di lejar walaupun saya telah membaca pos dalam laman web ini.

    Terima kasih.

  30. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Lembaran Kerja dan Lejar adalah dua perkara yang berbeza tetapi ianya saling berkaitan mengikut Kitaran Perakaunan :

    Dokumen – Buku Catatan Pertama – LEJAR – ( Imbangan Duga – Pelarasan – ID Terselaras – Akaun Penamat : Terdapat dalam Lembaran Kerja) – Catatan penutup.

    Maka cara perekodannya juga berbeza dari segi formatnya, TETAPI prinsip / konsep asas perakaunan yang digunakan tetap SAMA.

    Soalan : ”Mengapakah Akaun Untung Rugi terlibat dalam Akaun Peruntukan Susut Nilai Aset bukan Semasa seperti dalam lejar. ”

    Penggunaan butiran ”Akaun Untung Rugi” dalam topik ini, bagi mengantikan akaun HASIL dan BELANJA. Ini kerana semua akaun HASIL dan BELANJA apabila diimbang dan ditutup akhirnya akan dipindahkan ke dalam Akaun Untung Rugi untuk mendapatkan Untung Bersih. Disebabkan dalam soalan tidak minta disediakan Akaun HASIL / BELANJA tersebut, maka kita boleh TERUS pindahkan ke AUR. Contohnya,

    Dalam pelarasan susut nilai :
    Debit : Susut nilai 500 ……………………. tidak diminta
    Kredit : Peruntukan susut nilai 500 …… minta disediakan

    Maka, dalam AKAUN PERUNTUKAN SUSUT NILAI
    Kredit : AUR (ganti SUSUT NILAI) 500

    Dalam AKAUN UNTUNG RUGI, pula
    Debit : PSN (ganti SUSUT NILAI) 500 …… Butir mengikut NAMA AKAUN bagi catatan bergunya.

    Panduan bagi menjawab soalan tersebut :

    1. sediakan Akaun Kenderaan
    – masukan belian 1/Jan/07 tersebut Debit (butirnya : lihat urusniaga tunai / kredit … jika kredit maka nama pemiutang tersebut)
    – akhir tahun 31/12/07 imbang dan tutup akaun (jumlahkan, kira baki h/b 31/12/07, dan 1/1/08 Baki b/b)
    – pada tahun 2008 : tiada sebarang urusniaga beli / jual kenderaan.
    – 31/12/08 imbang dan tutup akaun (kira baki h/b dan baki b/b)
    – Baki akhir 2007 ….. akan masuk KKK 2007
    – Baki akhir 2008 ….. akan masuk KKK 2008

    2. sediakan Akaun Peruntukan Susut Nilai Kenderaan
    - pelarasan susut nilai dilakukan akhir tahun 2007, kira susut nilai (15%X40000)
    - 31/12/07 Kredit : AUR 6000 (seperti diterangkan diatas) … akan dipindah ke AUR 2007.
    - Imbangkan dan tutup akaun (cari baki h/b dan 1/1/08 Baki b/b)
    - Pada 31/12/08 … pelarasan susut nilai untuk tahun kedua :
    - Kredit : 1/1/08 Baki b/b 6000 (telah ada)
    - Kredit : 31/12/08 AUR 6000 (susut nilai bagi tahun 2008) .. pindah ke AUR 2008.
    - Imbang dan tutup akaun (cari baki h/b dan Baki b/b)
    – Baki akhir 2007 ….. akan masuk KKK 2007 (Kenderaan – PSN)
    – Baki akhir 2008 ….. akan masuk KKK 2008 (Kenderaan – PSN)

    3. sediakan AUR 2007 dan AUR 2008.
    – Pindahkan daripada Akaun PSN (butir AUR tadi) mengikut tahun masing2.

    4. sediakan KKK 2007 dan KKK 2008.
    – Pindahkan Baki Kenderaan dan PSN kenderaan mengikut tahun masing2.

    Soalan ” Baki h/b dan Baki b/b” … adalah proses menutup sesuatu akaun di akhir tempoh kewangan, untuk mencari nilai BAKI AKHIR (Baki h/b) 2007, dan nilai baki tersebut juga merupakan BAKI AWAL (Baki b/b) pada tahun 2008.

    Ok, selamat mencuba.

  31. Resah Says:

    Cikgu
    Saya masih kurang faham lagi berkaitan Nama Akaun dengan butirnya.

    Akaun Untung Rugi adalah untuk menggantikan akaun hasil dan belanja. Adakah ia juga menggantikan liabiliti?

    Boleh tak cikgu terangkan dengan lebih terperinci lagi tentang penggunaan baki b/b & baki h/b dalam lejar?
    Saya tak tahu bila nak tulis baki b/b & baki h/b sama ada awal tahun ataupun akhir tempoh perakaunan.

    Cigku, soalan akan suruh menyediakan akaun belanja susut nilai tak?

    Terima kasih.

  32. Resah Says:

    Cikgu
    Jika Akaun Untung Rugi dinyatakan di sebelah kredit lejar bermakna ia merupakan hasil dan liabiliti manakala jika di sebelah debit lejar ia merupakan aset dan belanja?

    Terima kasih.

  33. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Nama akaun yang hendak dibuka, hendaklah mengikut apa yang diminta oleh soalan.

    Akaun Untung Rugi hanya menggantikan Hasil dan Belanja sahaja.

    Dalam Akaun Untung Rugi hanya ada HASIL (Kt) dan BELANJA (Dt).
    Dalam KKK pula Aset (Dt) dan Liabiliti dan Ekuiti (Kt).

    Baki b/b (baki pada awal tempoh perakaunan), manakala baki h/b (baki pada akhirnya), contohnya :

    ……………………. Akaun Kenderaan …………………………..
    1/1/07 Bank 40000 || 31/12/07 Baki h/b 45000
    1/6/07 Tunai 5000 ||
    ……………………….45000 || ……………………………… 45000
    1/1/08 Baki b/b 45000

    Keterangan :
    1. Pada 1/1/07 beli kenderaan dengan cek 40000.
    2. Pada 1/6/07 beli kenderaan dengan tunai 5000.
    3. Pada akhir tahun, kita tutup akaun untuk kira berapa baki kenderaan pada akhir tahun 2007, sudah tentu nilai kenderaan pada akhir tahun 2007 ialah 45000 (iaitu BAKI H/B : baki yang akan dihantar ke tahun hadapan).
    4. Pada 1/1/08 nilai kenderaan sudah tentu sama iaitu 45000 (iaitu BAKI B/B : baki dibawa daripada akhir tahun lepas)

    Akaun susut nilai dibuka jika soalan minta disediakan. Jika tidak diminta maka tidak perlu buka.

  34. Resah Says:

    Cikgu
    Macam mana nak uruskan ini?

    Mesin A RM 10 000 (kos) – 1 April 2007
    Mesin B RM30 000 (kos) – 30 April 2008

    Mesin tersebut dibeli secara tunai Syarikat Ali.

    Kadar peruntukan susut nilai mesin ialah 10% setahun atas kos.

    Tahun kewangan syarikat Ali berakhir 31 Disember.

    Anda dikehendaki menyediakan (bagi tahun 2007 & 2008)
    (a) Akaun Mesin
    (b) Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin
    (c) Catatan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 dan 2008.
    (d) Catatan dalam Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 dan 2008.

    Terima kasih.

  35. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Caranya sama seperti soalan sebelum ini, dan beli mesin A dan B hampir sama dengan contoh yang Cg berikan di atas bagi AKAUN MESIN.

    Berhati-hati dengan pengiraan SUSUT NILAI. bagi setiap tahun :
    2007 : S/N Mesin A = 10%X10000X 9/12 = 750

    2008 : S/N Mesin A = 10%X10000 = 1000
    2008 : S/N Mesin B = 10%X30000X 8/12 = 2000
    2008 : Jumlah S/N = 1000 + 2000 = 3000

    Cara rekod dalam AUR dan KKK sama dengan sebelum ini.

  36. Resah Says:

    Cikgu
    Akaun Peruntukan susut nilai ialah akaun liabiliti?

  37. Resah Says:

    Cikgu
    Saya tidak faham lagi. Saya pening dengan Akaun Untung Rugi, Debit dan Kredit dalam Lejar.

    Lembaran Kerja lebih senang.

  38. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Akaun Peruntukan Susut Nilai berbaki KREDIT tetapi ianya BUKAN Liabiliti. Ianya merupakan PENGURANGAN Aset Bukan Semasa.

    Kalau Aset Bukan Semasa berbaki DEBIT, maka PENGURANGANnya mesti disebelah KREDIT. Oleh sebab itulah dalam KKK kedua-dua diletakkan bersama dalam Aset Bukan Semasa, tetapi :

    Kenderaan …………………………………….. baki Debit
    (-) Peruntukan Susut Nilai Kenderaan ……… baki Kredit

    Jika sama-sama berbaki Debit, maka ia akan jadi TAMBAH, sedangkan nilai kenderaan tersebut semakin berkurang.

    Sama juga dengan kes Jualan (Kt) dan Pulangan Jualan (Dt) :
    Pulangan Jualan tidak dianggap BELANJA, walaupun berbaki Debit, tetapi PENGURANGAN kepada HASIL.
    JiKa Hasil KREDIT, maka Pengurangannya di sebelah DEBIT. Apabila diletakkan bersama, maka ianya jadi TOLAK.

  39. Resah Says:

    Cikgu
    Saya ingat apabila saya sudah menguasai Lembaran Kerja, saya dapat buat lejar. Namun sebaliknya yang berlaku. Menjadi lebih teruk lagi.

  40. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Lembaran Kerja dengan Lejar dua kemahiran yang berbeza (Cuba jangan kaitkan keduanya bagi mengelakkan anda terkeliru). Kalau Lembaran Kerja sudah dikuasai, sekarang cuba kuasai topik Pelarasan pada tarikh Imbangan (berkaitan dengan Lejar yang dibincangkan).

    Ok, Cg bagi satu petua dalam menyediakan Akaun Peruntukan Susut Nilai. Hanya 3 perkara/butir saja yang terlibat. Disebelah KREDIT iaitu : 1) Baki b/b, 2) AUR, Manakala disebelah DEBIT hanyalah Baki h/b sahaja.

    AUR adalah merujuk kepada belanja Susut Nilai yang dikira. Dan jumlah tersebut juga akan dipindahkan ke AUR.

  41. Resah Says:

    Cikgu
    Cikgu mengapakah Akaun Untung Rugi perlu dikreditkan dalam akaun PSN?

    Akaun Untung Rugi sama dengan belanja susut nilai?

    Mengapakah Belanja susut nilai didebitkan di Akaun Untung Rugi?

    Mengapakah Pelupusan aset bukan semasa dikreditkan di akaun aset bukan semasa?

    Mengapakah Pelupusan aset bukan semasa didebitkan di akaun tunai?

    Cikgu bolehtak jelaskan cara pelupusan aset dibuat dan sebabnya didebit dan dikreditkan supaya senang diingat tidak perlu menghafalnya.

    Cikgu secara amnya adakah lejar seperti ini:
    ………………..Akaun ______________………………………….
    Dt ………………………….| Kt
    Aset……………………….|Liabiliti
    Belanja…………………..|Modal
    ……………………………..| Hasil

    Terima kasih.

  42. Resah Says:

    Cikgu
    Apakah sebab / rasionalnya Akaun Untung Rugi dalam lejar-lejar seperti PSN dan akruan lain-lain?

    Terima kasih.

  43. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Akaun Untung Rugi merupakan akaun penamat di mana semua HASIL dan BELANJA dikumpulkan untuk mengira UNTUNG/RUGI BERSIH. Jadi semua akaun Hasil dan Belanja ditutup pada akhir tempoh perakaunan dan dipindahkan ke AUR.

    Dalam AUR disebelah Debit : BELANJA dan Kredit : HASIL (sama seperti yang anda nyatakan Dt: Aset, Belanja. Kt: Liabiliti, Ekuiti dan Hasil.)

    Rasionalnya mudah saja, berpandukan contoh di bawah :

    Catatan pelarasan susut nilai :

    Kaedah 1:
    ……………………..Ak. PSN
    ………………………Kt : Susut Nilai 200

    …………………….Ak. Susut Nilai
    Dt : PSN 200 ………….. Kt: AUR 200
    (tutup akaun, tiada baki)

    …………………..Ak. Untung Rugi
    Dt : Susut nilai 200

    Kaedah 2:
    ……………………..Ak. PSN
    ………………………Kt : AUR (S/n) 200

    …………………..Ak. Untung Rugi
    Dt : PSN (S/n) 200

    Kesan daripada kedua-dua kaedah diatas adalah SAMA :
    Ak. PSN berbaki kredit 200 dan Ak. UR berbaki debit 200.
    Oleh kerana soalan tidak menghendaki kita menyediakan akaun susut nilai tersebut, maka kaedah 2 kita akan gunakan.

    Butiran ”AUR” dalam lejar-lejar seperti PSN dan akruan lain-lain mengambarkan itu jumlah hasil / belanja untuk tempoh perakaunan tersebut.

    Akaun Pelupusan ABS disediakan bagi menutup semua akaun ABS (termasuk PSN ABS) yang dilupuskan, seterusnya mengira berapakan untung / rugi daripada pelupusan tersebut.

    ……………………Ak. Pelupusan Kenderaan
    Dt: Kenderaan 20000 … Kt: PSN Kenderaan …. 15000
    ……………………………….. Kt: Bank (jual aset) …. 3000

    Kenderaan bernilai 20000 telah disusutnilaikan 15000, nilai buku kenderaan (20000-15000)=5000, tetapi dijual dengan harga hanya 3000. Adakah kita Unutng / Rugi daripada pelupusan tersebut ?

    Sudah tentu rugi (5000-3000) = 2000. Maka dalam Ak kita tunjukkan seperti berikut :

    ……………………Ak. Pelupusan Kenderaan
    Dt: Kenderaan 20000 … Kt: PSN Kenderaan …. 15000
    ………………………………… Kt: Bank (jual aset) …. 3000
    ………………………………… Rugi pelupusan ……….. 2000
    …………………… 20000 ………………………………….. 20000

    Rugi pelupusan tersebut akan dipindahkan ke AUR sebelah Debit kerana ianya seolah-olah belanja kepada kita (iaitu mengurangkan jumlah keuntungan).

  44. Resah Says:

    Cikgu
    Dalam lembaran kerja terdapat lajur Akaun Perdangangan dan Akaun Untung Rugi kan? Adakah sama dengan AUR ini?

    Mengapakah AUR and Akaun Perdagangan disatukan dalam Lembaran kerja?

    Baki b/b dan baki h/b ini bertindak sebagai apa dalam lejar?

    Terima kasih.

  45. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Ak. Perdagangan
    Jualan Bersih
    (-) Kos Jualan
    = Untung Kasar

    Ak. Untung Rugi
    Untung Kasar
    (+) Hasil
    (-) Belanja
    = Untung Bersih

    Ak. Perdagangan + Ak. Untung Rugi = Penyata Pendapatan.

    Baki b/b dan Baki h/b mengambarkan baki akaun tersebut pada awal (Baki b/b) atau pada akhir (Baki h/b) suatu tempoh. Contohnya, Baki h/b pada 31 Mei akan dibawa ke bulan hadapan menjadi Baki b/b pada 1 Jun.

  46. Ed Kimari Says:

    Cikgu,
    Bagaimana nak buat pelarasan pada maklumat tambahan berikut bagi soalan Penyediaan Penyata Kewangan :

    “Permohonan Pinjaman bank jangka pendek pada 1 Julai 2008 bejumlah RM15000 masih diproses untuk kelulusan dengan kadar faedah 6% setahun”

    Tarikh perakaunan perniagaan tersebut 1 Ogos 2007 hingga 31 Julai 2008. Yang peliknya, dalam Imbangan Duga tiada item Pinjaman Bank dan bermakna pemilik perniagaan masih tidak mendapat pinjaman tersebut dan item faedah pinjaman juga tiada.

    Adakah maklumat tersebut boleh diabaikan kerana tertera ayat “pinjaman msih didalam proses untuk kelulusan”. Setahu saya, pemilik perniagaan hanya perlu membayar faedah pinjaman setelah pinjaman diterima.

    Apa komen cikgu

  47. Cg Narzuki Says:

    Ed Kimari,

    Tahniah !, kerana anda sudah dapat memahami dan menguasai konsep TEMPOH PERAKAUNAN dalam penyediaan sesuatu Penyata Kewangan. Sememangnya maklumat tambahan tersebut perlu diabaikan kerana ianya masih belum terjadi, hanya dalam proses kelulusan (mungkin lulus, mungkin tidak lulus).

  48. Resah Says:

    Cikgu
    Mengapakah kita perlu kreditkan Susut nilai / AUR dalam PSN?

  49. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Yang kita kreditkan tu ialah Akaun PSN, ianya sentiasa bertambah disebelah kredit, cuma butiran ialah Susutnilai / AUR iaitu pasangan catatan bergunya.

    Manakala dalam Ak Susutnilai / AUR nanti dicatat disebelah DEBIT kerana ianya adalah BELANJA dan butirnya nanti ialah PSN.

  50. Resah Says:

    Cikgu
    Macam mana nak buat ini…..

    Pada 1 Januari 2007, Syarikat Daya membeli sebuah mesin berharga RM42 000 dengan cek. Mesin itu disusutnilaikan 20% setahun berdasarkan kaedah baki berkurangan.
    Pada 31 Disember 2008, mesin itu dijual dengan harga RM27 100. Cek diterima dibankkan.

    Dikehendaki menyediakan:
    (a) Akaun Mesin & Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin untuk 2 tahun sehingga 31 Disember 2008.

    (b) Akaun Pelupusan Mesin & Akaun Untung atau Rugi daripada pelupusan mesin itu.

    Terima kasih.

  51. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    1. Rekodkan untuk tahun 2007 dahulu, iaitu Ak Mesin 1/1 belian mesin buitrnya BANK. dan pada 31/12 kira susutnilai dan rekodkan dalam Ak. PSN Mesin dan AUR. Tutup akaun dapatkan baki h/b dan baki b/b untuk 2008.

    2. Pada 2008. Kira susutnilai dan rekodkan dalam Ak PSN dan AUR. kemudian tutup akaun Mesin dan PSN Mesin dan pindahkan ke Ak Pelupusan Mesin.

    3. Rekod penjualan mesin dalam Ak Pelupusan Mesin sebelah Kredit (aset kena jual), hitung SELISIHnya itu Untung / Rugi Pelupusan. Jika Untung maka pindahkan jumlah tersebut ke Ak Untung daripada Pelupusan Mesin, dan begitulah sebaliknya jika rugi.

    4. Tutup Ak Untung / Rugi daripada pelupusan dengan memindahkannya ke AUR 2008.

  52. Ed Kimari Says:

    Cadangan Jawapan (Kalau salah harap di betulkan) :)

    ………………………………….Akaun Mesin
    2007………………………………|2007
    Jan 1 Bank……………..42000|Dis 31 Baki……….h/b 42000

    2008………………………………|2008
    Jan 1 Baki ………..b/b 42000|Dis 31 Pelupusan Mesin 42000

    ……………………Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin
    2007………………………………….|2007
    Dis 31 Baki…………….h/b 8400|Dis 31 SN Mesin @ AUR 8400

    2008………………………………….|2008
    Dis 31 Pelupusan Mesin 15120|Dis 31 Baki…………..b/b 8400
    …………………………………………|………. SN Mesin @ AUR 6720
    ………………………………..15120|………………………………15120

    …………………………Akaun Pelupusan Mesin
    2008………………………………|2008
    Dis 31 Mesin…………..42000|Dis 31 PSN Mesin………..15120
    ….Utg Pelupusan Mesin 220|……….Bank…………………27100
    …………………………….42220|………………………………..42220

    *220 adalah angka pengimbang

    …………………….Akaun Untung Pelupusan Mesin
    2008…………………………………|2008
    Dis 31 AUR……………………220|Dis 31 Pelupusan Mesin….220

  53. Cg Narzuki Says:

    Ed Kimari,

    TAHNIAH!!! Anda telah menguasainya dengan baik sekali.

  54. Resah Says:

    Cikgu
    Bolehtak explain cara-cara untuk mengeposkan ke lejar bagi Akaun Pelupusan.

    Terima kasih.

  55. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Cg rasa dapat agak kenapa anda susah untuk faham topik ini…, Adakah anda menyediakan JURNAL AM terlebih dahulu sebelum diposkan ke LEJAR ?

    Bagi menjawab soalan topik ini dengan lebih mudah, anda tidak perlu menyediakan jurnal am terlebih dahulu. Boleh terus rekodkan ke Lejar menggunakan konsep dan prinsip asas yang telah anda fahami.

  56. Resah Says:

    Cikgu
    Seperti yang cikgu nyatakan, Akaun PSN dikreditkan kerana ianya bertujuan untuk mengurangkan aset bukan semasa. Cuma butirnya ialah susut nilai / untung rugi kerana Susut Nilai di sini ialah belanja boleh digantikan dengan Untung rugi kerana untung rugi boleh memberi gambaran hasil dan belanja.

    Saya masih keliru dengan tarikh dalam Akaun Peruntukan Susut Nilai yang butirnya AKaun Untung Rugi.

    Ada yang Januari 1 dan ada yang Disember 31
    Manakala baki h/b pun sama. Ada yang Jan 1 dan ada yang Disember 31.

    Cikgu
    Jawapan yang diberi oleh Ed Kimari itu boleh cikgu jelaskan mengapakah ia perlu ini dan itu?

    Terima kasih.

  57. Resah Says:

    Cikgu
    Apa yang saya katakan di atas iaitu:
    Seperti yang cikgu nyatakan, Akaun PSN dikreditkan kerana ianya bertujuan untuk mengurangkan aset bukan semasa. Cuma butirnya ialah susut nilai / untung rugi kerana Susut Nilai di sini ialah belanja boleh digantikan dengan Untung rugi kerana untung rugi boleh memberi gambaran hasil dan belanja.

    … betul kah? Apa kata cikgu?

    Cikgu
    Soalan:
    Mesin P RM20,000 (kos) 1 Julai 2006
    Mesin Q RM35,000 (kos) 1 Januari 2007

    Maklumat di atas menunjukkan mesin yang dibeli secara tunai oleh Syarikat Proses.

    Kadar peruntukan susut nilai mesin ialah 10% setahun atas nilai buku pada setiap awal tahun.

    Tahun kewangan Syarikat Proses berakhir pada 31 Disember.

    Dikehendaki menyediakan (bagi tahun 2006, 2007 & 2008):
    (a) Akaun Mesin.
    (b) Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin.
    (c) Catatan dalam AKaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2006, 2007 & 2008.
    (d) Catatan dalam KKK bagi tahun berakhir 31 Disember 2006, 2007 & 2008.

    Boleh cikgu jelaskan?

    Terima kasih.

  58. Resah Says:

    Cikgu
    Tidak saya tidak menyediakan Jurnal Am. Sejak Tingkatan 3 lagi, saya sudah mengalami kesusahan dalam catatan bergu ataupun Akaun ‘T’.

    Walaupun saya agak lemah dalam akaun, namun saya akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kefahaman kerana ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.’ Dengan tunjuk ajar cikgu ini saya berharap saya dapat menguasainya.

    Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada cikgu. :)

  59. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Dalam Ak PSN ada 2 tarikh saja :
    1. pada awal tempoh kewangan (1 Jan) – BAKI B/B
    2. pada akhir tempoh kewangan (31 Dis) – AUR (S/NILAI tahun semasa) dan BAKI H/B dan PELUPUSAN.
    * pelarasan biasanya dilakukan pada akhir tempoh kewangan.

    BAKI H/B tarikhnya hanya pada akhir tempoh kewangan (31 Dis), cuma bila dibawa ke tahun hadapan ianya jadi 1 Jan BAKI B/B.

    Jawapan Ed Kimari sama dengan penjelasan yang Cg telah berikan. ( Untuk lebih mudah Cetak penerangan Cg dan Jawapan Ed ). Cuba faham apa yang Cg katakan satu persatu, dan rujuk pada jawapan Ed. Jawab ikut tahun ke tahun.

    Sebelum menjawab soalan kedua, PASTIKAN anda BETUL-BETUL faham soalan yang pertama dahulu.

    Untuk jawapan soalan kedua, Cg harap Ed dapat tolong selesaikan untuk Resah.

  60. Ed Kimari Says:

    Cadangan Jawapan, kalau silap harap dibetulkan :)
    Erm.. cuma satu saja saya nak komen, dalam soalan yang Resah nyatakan itu, SN pada setiap AWAL tahun. Saya rasa mungkin resah tersilap tulis. Kebiasaannya SN pada akhir thn kewangan. Jawapan yang saya buat pada akhir thn. Jika benar soalan itu menyatakan pada awal thn, maka jawapan ini harus di gubal semula :)

    …………………………….Ak Mesin
    2006…………………………|2006
    Jul 1 Tunai…………20000|Dis 31 Baki……….h/b 20000

    2007…………………………|2007
    Jan 1 Baki……b/b 20000|Dis 31 Baki………..h/b 55000
    ………Tunai………..35000|
    ………………………..55000|…………………………….55000

    2008…………………………|2008
    Jan 1 Baki……b/b 55000|Dis 31 Baki………..h/b 55000

    Dalam soalan menyatakan PSN ialah 10% setahun atas NILAI BUKU dan saya mengandaikan SN menggunakan kaedah Baki Berkurangan kerana maksud NILAI BUKU itu ialah “harga kos asal ABS ditolak PSN atau SN Terkumpul”

    ……………………………..Ak PSN Mesin
    2006………………………………|2006
    Dis 31 Baki…………h/b 1000|Dis 31 AUR…………1000

    2007………………………………|2007
    Dis 31 Baki………….h/b 6400|Jan 1 Baki…….b/b 1000
    ………………………………………|Dis 31 AUR………..5400
    ……………………………….6400|……………………….6400

    2008………………………………|2008
    Dis 31 Baki………..h/b 11260|Jan 1 Baki……..b/b 6400
    ………………………………………|Dis 31 AUR…………4860
    ……………………………..11260|……………………….11260

    SN pada thn 2006 ialah 1000 dan bukannya 2000 kerana Mesin P dibeli pada 1 Julai dan sehingga Dis, ianya separuh tahun.

    ……….AUR bagi tahun berakhir 31 Disember 2006
    PSN Mesin……………….1000|

    ……….AUR bagi tahun berakhir 31 Disember 2007
    PSN Mesin……………….5400|

    ……….AUR bagi tahun berakhir 31 Disember 2008
    PSN Mesin……………….4860|

    ……….Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2006 (Petikan)
    ABS
    Mesin…………..20000
    - PSN…………..(1000) 19000

    ……….Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 (Petikan)
    ABS
    Mesin…………..55000
    - PSN…………..(6400) 48600

    ……….Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2008 (Petikan)
    ABS
    Mesin…………..55000
    - PSN………….(11260) 43740

  61. Cg Narzuki Says:

    Ed Kimari,

    Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Memang betul kata Ed, pelarasan susut nilai dilakukan pada akhir tempoh kewangan.

    Pada minggu depan selama 2 minggu, Cg akan menghadiri kursus, kemungkinan Cg tidak sempat untuk online. Jadi Cg nak minta tolong Ed Kimari tengok2kan blog Cg, berikan apa-apa komen yang patut. Terlebih dahulu Cg ucapkan terima kasih.

  62. Ed Kimari Says:

    Sama sama Cg
    Saya hanya membantu dan berkongsi ilmu yang saya pelajari. :)

  63. Resah Says:

    Cikgu
    Saya nak buat kesimpulan:
    Akaun PSN dikreditkan kerana ianya bertujuan untuk mengurangkan aset bukan semasa. Cuma butirnya ialah susut nilai / untung rugi kerana Susut Nilai di sini ialah belanja boleh digantikan dengan Untung rugi kerana untung rugi boleh memberi gambaran hasil dan belanja.

    Betul kah cikgu?

    Saya masih tidak faham akan penjelasan cikgu bagi soalan pertama. Harap cikgu dapat menjelaskan lagi dengan lebih jelas.

    Terima kasih.

  64. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Apa yang Cg terangkan itu adalah langkah2 untuk menjawab soalan tersebut, cuba ikut satu persatu.

    Baca Langkah 1, kemudian ikut :
    - sediakan Ak. Mesin .. catatkan urusniaga 1/1/2007
    - sediakan Ak. PSN …. kira S/N dan catatkan pada 31/12/2007.
    - imbang dan tutup 2 akaun tersebut, cari 31/12 Baki h/b dan 1/1/08 Baki b/b

    Baca Langkah 2, kemudian ikut … sampailah langkah ke 4.
    Apabila telah siap, cuba fahamkan maksud langkah2 yang telah anda lakukan tadi.

  65. Resah Says:

    Cikgu
    Butiran Akaun Untung Rugi adalah sama dengan Belanja Susut Nilai?

    Butiran Akaun Untung Rugi boleh ditulis hanya Untung Rugi?

    Cikgu, betul kah tarikh-tarikh Akaun PSN ini. Saya masih tidak begitu jelas dengan tarikh butir AUR dan Baki h/b ini.
    ………………………..Akaun PSN Kenderaan…………………………
    2008 RM | 2007 RM
    Jan 1 Baki h/b 6000 | Dis 31 AUR 6000

    2008 | 2008
    Dis 31 Baki h/b 12 000 | Jan 1 Baki b/b 6000
    | Dis 31 AUR 6000

    12 000 12 000

    Harap cikgu boleh menerangkan.

    Terima kasih.

  66. Resah Says:

    Ed Kamari, terima kasih juga atas jawapan yang diberi.

  67. Resah Says:

    Cikgu
    Mengapakah Akaun Pelupusan Mesin diletakkan disebelah debit Akaun PSN Mesin.

    Akaun Peruntukan Susut Nilai Mesin
    2007………………………………….|2007
    Dis 31 Baki…………….h/b 8400|Dis 31 SN Mesin @ AUR 8400

    2008………………………………….|2008
    Dis 31 Pelupusan Mesin 15120|Dis 31 Baki…………..b/b 8400
    …………………………………………|………. SN Mesin @ AUR 6720
    ………………………………..15120|………………………………15120

  68. Resah Says:

    Ed Kimari terima kasih juga.

  69. Cg Narzuki Says:

    Resah, ada kesilapan pada TAHUN dan TARIKH BAKI H/B.
    Kita tutup akaun pada akhir tahun 2007, maka sepatutnya begini :

    ………………………..Akaun PSN Kenderaan…………………………
    2007 ………………..RM | 2007 …………………..RM
    Dis 31 Baki h/b 6000 | Dis 31 AUR ……….6000

    Untuk tahun 2008, Ok betul.
    Butiran boleh gunakan Akaun Untung Rugi / Untung Rugi sahaja.

    Ak. PSN sekarang berbaki kredit 15120. Pelupusan bermaksud kita jual aset tersebut jadi kenderaan tidak wujud lagi. Maka Ak. Kenderaan dan Ak. PSN Kenderaan kita tutup dan pindahkan ke Ak Pelupusan Kenderaan.

    Supaya Ak PSN jadi kosong (tiada baki – maksudnya tidak wujud lagi selepas ini), maka kita letakkan disebelah DEBIT.

  70. Resah Says:

    Cikgu
    Butiran Akaun Untung Rugi adalah sama dengan Belanja Susut Nilai?

  71. Resah Says:

    Cikgu
    Jika Untung atas Pulupusan ABS letakkan di debit.
    Jika Rugi atas Pelupusan ABS letakkan di kredit.

    Apa kata cikgu?

  72. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Butir tersebut adalah nilai bagi SUSUT NILAI, oleh kerana soalan tidak minta sediakan AKAUN SUSUT NILAI, maka kita terus guna (/gantikan dgn) butir AUR. Ianya perkara sama cuma penggunaan BUTIR sahaja.

    ……………………….Ak. Pelupusan ABS………………….
    Untung Pelupusan …… | Rugi Pelupusan

    Ok. betul.

  73. Resah Says:

    Cikgu
    Semasa menyediakan:
    (a) Akaun ABS
    (b) AKaun Peruntukan Susut Nilai ABS
    (c) Akaun Pelupusan ABS

    perlu ikut urutan?

    Kerana apabila saya melihat buku teks (mungkin berlainan kerana saya gunakan buku teks kebiruan) saya melihat banyak anak panah ke sana lah ke sini lah. Dan terdapat langkah-langkah catatan pelupusan aset seperti:

    (a) Buka Akaun Pelupusan Aset dan pindahkan aset ke Akaun Pelupusan Aset.

    Saya tidak ikut. Saya terus buat ikut urutan seperti buka Akaun ABS, kemudian Akaun PSN ABS dan akhir sekali Akaun Pelupusan ABS.

    Perlu ikutkah?

  74. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Dalam menjawab soalan, ada beberapa cara boleh digunakan, jadi gunakan cara yang mudah bagi anda untuk ingat dan faham. Cg guna buku teks merah, jadi tak sama – anak panah biasanya menunjukkan perkaitan 2 akaun atau pasangan catatan bergunya.

  75. Resah Says:

    Cikgu
    Apakah yang dimaksudkan dengan catatan bergu?

  76. Resah Says:

    Cikgu
    Apa yang perlu dilakukan jika berlaku:

    Sebuah syarikat membeli 2 buah kenderaan pada tarikh yang sama (1 Januari 2002) dengan susut nilai 10% setahun atas kos. Tempoh perakaunan berakhir 31 Disember setiap tahun. Syarikat itu membuat keputusan untuk menjual sebuah daripada kenderaan itu pada 31 Disember 2003.

    Macam mana cikgu? Perlu buka dua akaun PSN bagi setiap kenderaan?

    Harap boleh tolong.

    Terima kasih.

  77. Resah Says:

    Cikgu
    Berdasarkan jawapan yang diberi dalam buku kerja seperti ini: Betulkah?

    ……………………..Akaun PSN ABS…………………….
    2007……………….RM |2007…………………….RM
    Dis 31 Baki h/b 943 | Mei 1 AUR…………….943

    Saya tidak pasti. Kerana dalam soalan ABS tersebut dibeli pada 1 Mei 2007. Kadar peruntukan susut nilai ABS ialah 20% atas kos.

  78. Cg Narzuki Says:

    Resah,

    Konsep Asas Perakaunan : SISTEM CATATAN BERGU
    - setiap urusniaga mesti melibatkan 2 akaun (/lebih), satu debit dan satu kredit.

    Beli 10 kenderaan sekalipun… kita hanya buka 1 AKAUN KENDERAAN dan 1 Ak. PSN KENDERAAN.

    Jawapan dah betul kot.
    Jika beli pada 1 Mei dan tempoh kewangan berakhir 31 dis.
    Maka ABS tersebut digunakan tidan cukup 1 tahun, jadi kena kira Susutnilai ikut bulan digunakan. (1 mei – 31 dis = 8 bulan) :
    Nilai Susutnilai = nilai ASB X 20% X 8/12

  79. abby gill Says:

    cikgu, tolong jelaskan seluruh bab 7 tingkatan 4 kerana saya tidak faham apa-apa yang ditunjukan seperti PSN, HR, PHR dan sebagainya. tolonglah cikgu. berilah nota yang efektif.

  80. Cg Narzuki Says:

    Abby,

    Minta maaf untuk menjelaskan keseluruhan bab 7 adalah tidak sesuai disini. Cg cadangkan cuba kuasai satu per satu perkara2 tersebut dengan menjawab beberapa soalan berkaitan dengannya. Terlebih dahulu dapatkan bimbingan guru bagaimanakah langkah2 / cara2 untuk menjawabnya. Cuba kuasai kemahiran tersebut dengan menjawab beberapa soalan lain. Seterusnya bertukar pula ke topik lain spt PHR, Pelupusan Aset dan sebagainya.

    Bagi Cg, Buku Teks merupakan salah satu nota atau bahan rujukan yang efektif untuk digunakan.

  81. azah Says:

    nak tanya apakah maksud nota belum bayar?adakah sama dengan akaun belum bayar?dalam kkk,nota belum bayar dikategorikan sebagai aset atau liabiliti?

  82. Cg Narzuki Says:

    Azah,

    NOTA BELUM BAYAR :
    1. Merupakan obligasi dalam bentuk pemberian nota janji oleh peminjam kepada pemiutang.
    2. Nota janji ialah satu bentuk janji bertulis untuk membayar sejumlah hutang asal berserta faedah pada satu tarikh tertentu di masa hadapan (dalam jangka masa pendek).
    3. Contoh: Pinjaman jangka pendek dengan pihak bank.

    AKAUN BELUM BAYAR :
    1. Merupakan satu bentuk obligasi yang terhasil daripada pembelian barangan atau perkhidmatan secara kredit.
    2. Contohnya Pemiutang.

    Kedua2nya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA dalam KKK.

  83. leong Says:

    cikgu,
    jika hanya satu aset(spt perabot) hendak dilupus…
    rugi pelupusan adalah rm1520..
    apakan butir yang harus dicatat dalam akaun untung rugi?
    hanya rugi pelupusan perabot atau ada lagi belanja susut nilai perabot?

    ada lagi,
    tahun kewangan berakhir pada 31Dis,
    jika dilupus pada 30 Sept, tarikh di PS/N nak tunjuk tarikh 30 Sept atau Dis 31?(aset itu hanya satu sahaja)
    terima kasih…^^

  84. Cg Narzuki Says:

    Leong,

    Semasa proses mendapatkan rugi pelupusan perabot tersebut, susut nilai perabot untuk tahun semasa perlu dikira sebelum ianya dilupuskan. Oleh itu pada pandangan Cg, dalam AUR nanti perlu dimasukkan belanja susut nilai (sehingga tarikh ianya dilupuskan) dan juga Rugi Pelupusan Perabot.

    Tarikh perlu direkodkan mengikut tarikh urus niaga berlaku, jika dilupuskan pada 30 September, maka dalam Akaun PSN tarikh bagi pindahan nilai/baki PSN ke Akaun Pelupusan seharusnya pada 30 September.

  85. kamal Says:

    cikgu..blh tolong saya carikan jawapan untuk soalan ini..

    pada 1 April 2005, syrkt A memeli sebuah mesin dengan harga rm 35 000. kadar PSN mesin ialah 20% setahun atas kos.
    pada 31 Disember 2007, mesin itu ditukar beli dengan syrkt B dengan harga RM 15000 untuk menggantikan sebahagian harga mesin baru bernilai RM 50000. baki mesin itu dibayar pada tahun berikutnya.
    a) akaun mesin
    b) akaun PSN
    c) akaun untung rugi
    d) kunci kira-kira

    thanks cikgu…

  86. Cg Narzuki Says:

    Kamal,

    Maaf, Cg hanya BANTU anda mencari jawapan dan SEMAK jawapan tetapi tidak menyediakan jawapan untuk anda.

    Cadangan Cg, Kamal catat / rekod pelarasan susutnilai mengikut tahun demi tahun bagi semua akaun yang terlibat. Manakala baki2 Ak mesin dan Ak PSN dipindahkan dari setahun ke setahun sehingga 31 Disember 2007. Kemudian rekodkan pelupusan dan tukar beli aset baru.

  87. kamal Says:

    …………….akaun peruntukan susut nilai……………….
    2005 31 dis baki h/b 5250 | 2005 untung rugi 5250
    2006 31 dis baki h/b 12250 | 2006 baki b/b 5250
    | untung rugi 7000
    2007 31 dis baki h/b 19250 | baki b/b 12250
    | untung rugi 7000
    | 2008 baki b/b 19250

    …………………akaun pelupusan mesin……………..
    2007 31 dis mesin 35000 | mesin 15000
    | peruntukan susut nilai 19250
    | rugi pelupusan 750

    ……………….akaun mesin…………………….
    tunai 35000 | pelupusan mesin 35000
    pelupusan mesin 15000 |
    pemiutang 35000 | baki h/b 55000

    betulkah jawapan saya cikgu??????

  88. Cg Narzuki Says:

    Kamal,

    ………………………….akaun mesin…………………….
    1/2/05 tunai …. 35000 | 31/12/05 baki h/b 35000
    1/1/06 baki b/b 35000 | 31/12/06 baki h/b 35000
    1/1/07 baki b/b 35000 | 31/12/07 P/Mesin 35000
    31/12/07 PMesin 15000
    ……………… Sykt B 35000 | 31/12/07 baki h/b 50000

    ……………………………akaun PSN……………….
    31/12/05 baki h/b 5250 | 31/12/05 AUR 5250
    ………………………………… | 1/1/06 baki b/b 5250
    31/12/06 baki h/b 12250 | 31/12/06 AUR 7000
    …………………………………. | 1/1/07 baki b/b 12250
    31/12/07 P/Mesin 19250 | 31/12/07 AUR 7000

    ………………………….ak P/mesin………………………
    31/12/07 mesin 35000 | 31/12/07 PSN 19250
    ……………………………… | ………….. Mesin 15000
    ……………………………… | …….. AUR (rugi) 750

    Komen Cg,
    1. Ak Mesin – oleh kerana akaun lain dibuat utk 3 tahun, maka Ak Mesin juga perlu buat untuk 3 tahun (spt diatas) dan baki h/b ialah 50000 (bukan 55000-rujuk nilai mesin baru). Pemiutang -> Syarikat B lebih sesuai.

    2. Ak. PSN – ok anda dah kuasainya.

    3. Ak. Pelupusan – ok, rugi pelupusan kita boleh terus ke AUR.

    4. AUR dan KKK perlu disediakan untuk setiap tahun (2005, 2006 dan 2007)

    # Sukatan SPM tidak masuk pelupusan – tukar beli.

  89. wana Says:

    salam…cikgu…saya nak tanya…mcmane nak betul-betul faham mengenai susut nilai..

  90. Cg Narzuki Says:

    Wana,

    1. Cuba fahamkan apa yang dimaksudkan dengan SUSUT NILAI dan PERUNTUKAN SUSUT NILAI / SUSUT NILAI TERKUMPUL. Apakah perbezaan dan perkaitan antara kedua2nya.

    2. Dapat bezakan kaedah2 susut nilai yang ada seperti kaedah baki berkurangan, kaedah garis lurus, kaedah penilaian semula. Serta tahu mengira susut nilai bagi setiap kaedah tersebut.

    3. Dapat kenalpasti apakah AKAUN2 yang terlibat dalam merekod pelarasan susut nilai tersebut. Apakah kesan keatas BELANJA dalam Penyata Pendapatan dan kesan ke atas ASET BUKAN SEMASA dalam Kunci Kira-kira ?

    4. Kemudian cuba fahamkan apakah yang dimaksudkan dengan PELUPUSAN ASET BUKAN SEMASA. AKAUN2 yang terlibat dalam proses pelupusan tersebut, serta Apakah kesan daripada pelupusan tersebut ke atas PP dan KKK.

    Dan banyakkan BERTANYA….TANYA….TANYA…. dan TANYA.

  91. wana Says:

    terima kasih cikgu…cikgu…saya sebenarnya guru praktikal..saya nak tanya pendapat cikgu…ape bahan abm or bbm yang sesuai untuk ajar mengenai susut nilai n mcmane nak bg pelajar2 berminat dengan topik ni…harap cikgu dapat bantu saya…

  92. Cg Narzuki Says:

    Cg Wana,

    Pelajar akan berminat jika mereka MUDAH FAHAM apa yang kita ajar dan DAPAT BUAT latihan yang kita bagi, mereka akan rasa seronok dan puas hati. Jika sebaliknya, mereka akan rasa “AKAUN SUSAH”.

    1. Pastikan mereka betul2 faham maksud Susut Nilai.
    2. Pastikan mereka dapat mengira susut nilai dengan kaedah2 yang ada.
    3. Tunjukkan dengan JELAS langkah2 untuk merekod susut nilai tersebut. Buat bersama-sama pelajar langkah demi langkah. Penggunaan BBM yang sesuai sangat membantu, seperti guna kemudahan ICT (Powerpoint). Jika tidak gunakan PAPAN HITAM / WHITEBOARD sepenuhnya.
    4. Berikan SOALAN yang hampir sama dengan contoh yang diajar sebagai LATIHAN, supaya pelajar lebih mudah memahaminya.
    5. Ajar ikut aras MUDAH ke PAYAH.

  93. anak didikmu Says:

    assalamualaikum guruku..
    bagaimana nak tahu sama ada pertambahan atau pengurangan hutang ragu..?
    dan jenisnya?hasil ke blnja?
    ape prlu dibuat?

  94. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Bagi menentukan pertambahan / pengurangan PHR, kita buat perbandingan PHR lama (ID) dengan PHR baru (kira k%Xpenghutang), ingatkan cara 6 PETAK yang Cg ajarkan (rujuk carta minda pelarasan yang telah diberikan).

    PHR :
    PHR lama (ID) = 200
    PHR baru (Kira) = 250 …Amaun yang dikira, masuk KKK.
    maka, + PHR = 50 …Bertambah jadi Belanja, Bekurang jadi Hasil.

    Ingatkan kembali cerita yang pernah Cg perdengarkan, kenapa Pertambahan PHR dianggap BELANJA dan Pengurangan PHR dianggap sebagai HASIL.

  95. eniza Says:

    cg
    Catatan pelarasan untuk hasil/ belanja terakru/terdahulu adakah perlu belajar kedua-dua kaedah iaitu:
    kaedah 1: buka ak belanja/hasil sahaja
    kaedah 2: buka ak belanja/hasil dan ak hasil /belanja terakru /terdahulu.
    tq

  96. Cg Narzuki Says:

    Eniza,

    Ya, belajar kedua2 kaedah sebagaimana dalam buku teks.

  97. fasya Says:

    cikgu, nape akuan susah..start tajuk pelarasan sy x phm lgsg. patut ke saya drop subject akaun

  98. Cg Narzuki Says:

    Fasya,

    Tiada subjek yang mudah tanpa minat yang mendalam dan usaha yang bersungguh2. Semuanya akan jadi susah kalau kita mudah mengalah dan putus asa. Setiap masalah ada cara penyelesaiannya. Kalau inginkan kejayaan dan kesenangan di masa depan, kenalah bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.

    Cuba hayati kata2 Cg di atas, fikir betul2, tentukan hala tuju anda kemudian buatlah keputusan dengan bijak.

  99. zai Says:

    salam cikgu…

    berkenaan soalan susut nilai dan pelupusan..saya nak bertanya berkenaan maklumat berikut :
    mesin A yang dibeli pada 1 julai 2006
    mesin B yang dibeli pada 1 januari 2007.
    PSN : 20% setahun atas kos
    Mesin A dijual pada 31 Disember 2008.
    berapakah belanja susutnilai untuk tahun 2008, PSN yang dipindahkan ke Ak. Pelupusan Mesin dan baki h/b?..
    TQ..

  100. Cg Narzuki Says:

    Zai,

    Oleh kerana tiada nilai yang diberikan, maka apa yang boleh Cg terangkan hanyalah mengenai cara2nya sahaja.

    Bagi mengira SUSUT NILAI 2008,
    susut nilai = 20% X (nilai mesin A + mesin B)

    Bagi mengira PSN pada 2008:
    Kirakan susutnilai setiap mesin bagi setiap tahun 2006, 2007 dan 2008,
    PSN 2008 = S/N 2006 + S/N 2007 + S/N 2008

    Manakala nilai Mesin A dan PSN Mesin A perlu dipindahkan ke Akaun Pelupusan kerana ianya telah dijual dan dapat menentukan untung / rugi atas pelupusan tersebut.

  101. zai Says:

    salam cikgu…
    sori…maklumat tak lengkap…
    berkenaan Mesin A tadi..nilainya RM80000
    manakala Mesin B RM120000..

    saya ingin tahu tentang Akaun PSN Mesin…
    berapakah belanja susutnilai untuk tahun 2006, 2007 dan 2008, PSN yang dipindahkan ke Ak. Pelupusan Mesin dan baki h/b?
    TQ

  102. Cg Narzuki Says:

    Zai,

    SN 2006 :
    Mesin A = 6/12 X 20% X 80000 = 8000

    SN 2007 :
    Mesin A = 20% X 80000 = 16000
    Mesin B = 20% X 120000 = 24000
    Jumlah = 16000 + 24000 = 40000

    SN 2008 :
    Mesin A = 20% X 80000 = 16000
    Mesin B = 20% X 120000 = 24000
    Jumlah = 16000 + 24000 = 40000

    Pada 2008 : Mesin A dilupuskan, maka PSN sebanyak (8000+16000+16000) = 40000 perlu dipindahkan ke Ak Pelupusan Mesin. Manakala BAKI H/B bagi PSN ialah baki daripada Mesin B yang masih ada iaitu sebanyak (24000 + 24000) = 48000.

  103. anem Says:

    salam cg,..

    cg,bolh x kalau ckg tnjk kn cara aset disusutkan mengikut baki berkurangan…lpas itu nilai yg dh d susutkan tu nk ltk kt mana???

  104. Cg Narzuki Says:

    Anem,

    Contoh :

    Kenderaan ……….. RM50,000
    PSN Kenderaan …………………RM,10,000

    Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

    Maka,
    SN = 10% X (50,000 – 10,000) = 4,000

    Akaun terlibat:
    1. Susut nilai kenderaan …… 4,000 – Belanja dlm PP
    2. PSN Kenderaan … (10,000 + 4,000) = 14,000 – ABS dlm KKK.

  105. wan Says:

    1 julai06 mesin RM80000 1jan07 mesin RM120000 sn 20% ats kos(berasaskan bulan penggunaan mesin) pd 31dis08 mesin yg dbeli pd 1jlai06 djual dg hrga 67500 ni soaln wilayah p,skutuan,,,,sy dh bt soaln kt sklh,,,,,tp b,beza jwapan yg sy tgok dlm buku jilid,,,,yg b,beza akaun psn….iaitu blnja sn mesin 31/12/08,,,cikgu kira mcm mne dpt 88000 sy xfham blh cikgu slesai dan trang???stu lg blh cikgu trang kn cara nk cri blnja sn baki b,krangan…..klau bt stu tahun sy sdah fham

  106. Cg Narzuki Says:

    Wan,

    Pada pandangan Cg, ada kesilapan dalam skema tersebut, sepatutnya SN Mesin pada 31/12/08 ialah RM40,000. (Bukannya RM88,000).

    Contoh pengiraan 10% SN kaedah Baki berkurangan :

    2007 … Kos ……………… RM50,000
    SN (10%x50000)……………….5,000
    2008 … Nilai Buku ……….RM45,000
    SN (10%x45000)……………….4,500
    2009 … Nilai Buku ……….RM40,500
    SN (10%x40500)……………….4,050

  107. wan Says:

    1april2006 bli lengkapan 6000 tunai 1jan2007 beli lengkapan 12000 scra krdt drp syarikat may lengkapan di sn 10% stahun atas kos pd 31 dis 08,lengkapan yg dbeli dlm thun 06 djual 4000 cek perniagaan ini berakhir 31 dis stiap thun sdia kan a/k lengkapan dan psn lengkapan untuk 3 thun sy nk tau pelupusan lengkapan 31 dis 08 dlm psn brpe adkah 1650@1800……blh cikgu sdia kan jwapan….(jwapan sje pun xpe,,,,,,ikut scra fham sy bt,,,jwapan dpt 1800,,,tp dlm buku skima dpt 1650……yg mne stu cikgu????jka jwapan sy slah cikgu tlg trang kn……slmat hari raye…..

  108. Cg Narzuki Says:

    Wan,

    Jawapannya ialah RM1650.
    Jumlah PSN yang dipindahkan ke Ak Pelupusan Lengkapan adalah merujuk kepada PSN bagi Lengkapan yg dibeli pada 01/04/2006 sahaja.

    SN bagi Lengkapan (RM6000) yang dilupuskan :
    2006 …. SN = 10% x 6000 x 9/12 = 450
    2007 …. SN = 10% x 6000 = 600
    2008 …. SN = 10% x 6000 = 600
    Maka, jumlah PSN pada 2008 = 450 + 600 + 600 = RM1650.

  109. wan Says:

    cikgu btul tak yg sy bt???

    psn 10% ats kos
    1jan04 beli kenderaan ….15000
    1jun05 beli kenderaan ….10000
    1jan06 beli kenderaan ….15000

    …………………………………….a/kkenderaan
    baki h/b 2958………………..T…..31/12/04 BAb/b…1500…… ………………………………………..T….BLNJ.SN…………1458……….. ………………………………………..T….bakib/b………….2958…………. ………………………………………..T….BLNJA SN………..4000
    PELUPUSAN………3583…..T……………………….6958
    baki h/b………..3378

  110. Cg Narzuki Says:

    Wan,

    Ada beberapa soalan Cg nak tanya :
    1. Tarikh akhir tempoh perakaunan bila ?
    2. Kenderaan mana yang hendah dilupuskan ?
    3. Tarikh 1 JUN / 1 JULAI bagi belian tahun 2005 ?
    4. Nak sediakan AK KENDERAAN atau AK PSN Kenderaan ?

  111. wan Says:

    1jan 04 RM 15000…………1JUN05 RM10000…………………………..1JAN06 RM 15000……………………. A)PSN 10% ATS KOS………………………………………………………….. B)ASET BKN SMASA YG DBELI PD 1JUN 05 DJUAL DENGAN RM 6500 PADA 31 DIS 06……………..INI SJE MATLUMAT………………..CIKGU TLONG SDIA KN A/K PSN KENDERAAN……………………….YG LAIN SDAH OK CMA YG NI TAK BERAPA PASTI……JKA TDAK MMBEBAN KN CIKGU,,,BLH CIKGU BG LANGKAH NK BUAT A/K PSN…SY LBIH FHAM DG CIKGU BG CONTOH @ CERITA….

  112. Cg Narzuki Says:

    1. kirakan susutnilai bagi setiap aset dan setiap tahun :

    1jan04 beli kenderaan ….15000 …. A
    1jun05 beli kenderaan ….10000 …. B
    1jan06 beli kenderaan ….15000 …. C

    2004
    SN A = 10% x 15000 = 1500

    2005
    SN A = 10% x 15000 = 1500
    SN B = 10% x 10000 x 7/12 = 583 … (583.33)
    Jumlah SN = 1500 + 583 = 2083

    2006
    SN A = 10% x 15000 = 1500
    SN B = 10% x 10000 = 1000
    SN C = 10% x 15000 = 1500
    Jumlah SN = 4000

    Jumlah PSN bagi B = 583 + 1000 = 1583 … utk pelupusan

    …………………….AK PSN Kenderaan
    31/12/04 baki h/b……….1500.. 31/12/04 SN ………..1500
    ……………………………….===== ……………………………====
    31/12/05 Baki h/b ……….3583.. 01/01/05 Baki b/b …1500
    ………………………………………….. 31/12/05 SN ……….. 2083
    ……………………………….===== ……………………………====
    31/12/06 Pelupusan …..1583 .. 01/01/06 Baki b/b …3583
    ……………Baki h/b ……….6000…31/12/06 SN ……….. 4000
    ……………………………….===== ……………………………====
    …………………………………………. 01/01/07 baki b/b ….6000

  113. anem Says:

    salam,

    cikgu,bagaimana untk ketahui sesuatu aset itu adalh hasil terakru atau belanja terakru???

  114. anem Says:

    salam,

    bagaimana mahu mnjwb soaln dibwh ini??

    BUKU TUNAI(rungan bank)
    RM | RM
    sewa dtrima 2750 | insurans 2400
    | kadr bayran 480

    KUNCI KIRA2 31 DIS 06
    Aset Semasa RM | Liabiliti Semasa RM
    kdr bayarn t’dhulu 30 | insurans terakru 120

    Maklmt Tmbahn:-
    (i) insuran t’dahulu ialh RM400.
    (ii) sewa blnan ialh RM250.
    (iii) bg kadr bayarn buln DIS b’nilai RM80 msh blm dbyar.

    a) sediakan:i-A.Insurns
    ii-A.kadar bayarn
    iii-A.sewa d terima

    b) catatan dalam A.U.R 31 DIS 07

    c) kunci kira2 31 DIS 07

  115. fara07 Says:

    a’kum ckgu..

    ckgu ade sdiakn formula utk bab ini..?? klau ade, bley ckgu nyatakn…

  116. rina Says:

    boleh tak tulis cara untuk membuat pelarasan serta catatan pembalikan

  117. Cg Narzuki Says:

    Sila rujuk Buku berikut :

  118. akmam Says:

    cikgu,boleh x bagi cadangan set induksi bagi tajuk pelarasan akaun

  119. Cg Narzuki Says:

    Cg Akmam, boleh rujuk komen terdahulu berkaitan perkara tersebut DISINI.

  120. rina Says:

    mengapa pelarasan dilakukan ?

  121. Cg Narzuki Says:

    Beberapa konsep dan prinsip asas perlu dipatuhi supaya maklumat dalam PENYATA KEWANGAN yang disediakan lengkap, dapat dipercayai dan dapat difahami oleh pengguna maklumat perakaunan. Perbandingan juga dapat dilakukan dengan mudah antara penyata kewangan tahun semasa dan tahun sebelumnya atau antara penyata kewangan sebuah syarikat dengan syarikat lain bagi tahun yang sama.

    Pelarasan2 yang dibuat adalah berkaitan secara langsung dengan pematuhan kepada KONSEP PEMADANAN. Iaitu hasil sesebuah perniagaan bagi sesuatu TEMPOH PERAKAUNAN hendaklah dipadankan dengan perbelanjaan yang dikenakan dalam tempoh itu bagi menentukan untung bersih sesebuah perniagaan.

    Bagi mendapatkan NILAI SEBENAR bagi HASIL dan BELANJA bagi tempoh perakaunan tersebut perlu dilakukan beberapa pelarasan.

    Contohnya:
    Dalam Imbangan Duga dinyatakan KADAR BAYARAN RM1100. Ini bermaksud TELAH dibayar Kadar Bayaran sebanyak RM1100. Persoalannya, Adakah Kadar Bayaran untuk tempoh perakaunan tersebut hanya RM1100 sahaja ?

    Sekiranya terdapat maklumat tambahan yang menyatakan bahawa terdapat KADAR BAYARAN TERAKRU RM100, katakan bil elektrik untuk bulan disember yang diterima lewat iaitu pada bulan Januari.. sedangkan perniagaan masih belum membayarnya lagi. Menurut Konsep Pemadanan, Jumlah RM100 tersebut adalah BELANJA yang berlaku pada bulan Disember iaitu dalam tempoh perakaunan semasa, maka ianya perlulah diambilkira sebagai BELANJA tahun tersebut.

    Oleh itu PELARASANnya,
    Kadar Bayaran = RM1100 + RM100 = RM1200 …. BELANJA
    Kadar Bayaran Terakru = RM100 …… LIABILITI SEMASA.

    Dengan melakukan pelarasan tersebut, maka Penyata Kewangan yang disediakan akan memberikan maklumat yang sebenar. Itulah sebabnya kenapa perlunya dilakukan pelarasan2 terhadap item2 tertentu pada akhir tempoh perakaunan.

  122. rezi Says:

    cikgu boleh jelaskan kan, apa yg dimaksudkan dengan sewa terakru?dlm catan jurnal sewa ni dihitung dalam akaun mana?

  123. Cg Narzuki Says:

    SEWA ada 2, samada :
    1. Sewa dibayar (BELANJA)
    2. Sewa diterima (HASIL)

    Manakala TERAKRU, maksudnya BELUM BAYAR / BELUM TERIMA. Sekiranya :
    1. Sewa dibayar (Belanja), maka SEWA TERAKRU = SEWA BELUM BAYAR, iaitu Liabiliti Semasa kepada perniagaan.
    2. Sewa diterima (Hasil), maka SEWA TERAKRU = SEWA BELUM TERIMA, iaitu Aset Semasa kepada perniagaan.

    ” dlm catan jurnal sewa ni dihitung dalam akaun mana? ”
    Maaf, Cg tak faham apa yang ditanya dalam soalan ini.

  124. eja Says:

    saya ingin bertanya berkenaan dengan perakaunan kewangan iaitu apakah yang di maksudkan dengan catatan pelarasan dan mengapa ianya penting untuk diakaunkan? kemudian mengapakah penting untuk kita menentukan sama ada prabayar perlu diiktiraf sebagai aset semasa atau sebagai belanja apabila menyediakan catatan pelarasan?

  125. Cg Narzuki Says:

    Ianya berkaitan dengan tujuan penyediaan laporan penyata kewangan, Perakaunan asas Akruan, Konsep Pemadanan dan juga Sistem Catatan Bergu. Cuba fahami perkara2 yang cg sebutkan tadi, bila dah faham baru cg akan terangkan kenapa perkara tersebut perlu dilakukan.

  126. eja Says:

    cg,
    konsep pemadanan tu untuk mengira untung rugi perniagaankan, hanya hasil dan belanja tempoh berkenaan diambilkira..untuk akaun ni saya lebih senang paham dalam bentuk kira-kira,kalau dalam bentuk ayat mcm ni saya kurang jelasla..catatan pelarasan tu di buat sekiranya terdapat maklumat tambahan bagi imbangan duga yang diberikan?
    misalnya belanja pengiklanan rm2800 debit,dan maklumat tambahannya bahagian tidak luput bagi belanja pengiklanan adalah rm800..mean saya kena buka akaun belanja iklan kemudian debit baki b/b 2800 dan kredit rm800 ke?
    bahagian tidak luput tu belanja terdahulu ke?
    kalau belanja masih belum digunakan pula mcm mn cg?

  127. Cg Narzuki Says:

    Ok, Konsep Pemadanan – memadamkan HASIL dan BELANJA tempoh berkenaan.

    Berdasarkan contoh yang diberikan :
    ID – Belanja Pengiklanan RM2800 ….. ini menunjukkan TELAH BAYAR sebanyak RM2800.
    Persoalannya adalah RM2800 – merupakan BELANJA bagi tempoh perakaunan tersebut ?

    Dari maklumat tambahan : terdapat RM800 masih belum luput, ini bermaksud RM800 adalah BELANJA untuk tempoh berikutnya .. iaitu TERDAHULU.

    Berdasarkan KONSEP PEMADANAN, Hasil dan Belanja tempoh SEMASA sahaja perlu diambil kira dalam mengira UNTUNG BERSIH. Oleh itu nilai RM2800 tersebut perlulah dilakukan PELARASAN, supaya BELANJA tersebut akan mengambarkan BELANJA tempoh semasa. Maka,

    Belanja Pengiklanan RM2800 – RM800 = RM2000 .. (BELANJA)
    Pengiklanan TERDAHULU = RM800 ….. (ASET SEMASA)

    Ini kerana setiap urus niaga akan memberikan kesan kepada sekurang2nya 2 akaun, iaitu mengikut Sistem Catatan Bergu.

    Bagi kes belanja BELUM BAYAR.. atau TERAKRU pula, katakan maklumat tambahan – belanja pengiklanan RM200 masih belum dijelaskan.
    Ini bermaksud RM2800 masih tidak mengambarkan BELANJA bagi tempoh berkenaan, maka PELARASANnya :

    Belanja Pengiklanan =2800 + 200 = RM3000 … (BELANJA)
    Pengiklanan Terakru = RM200 …. (LIABILITI SEMASA)

    Diharapkan Eja dapat memahami apa yang Cg cuba sampaikan, Cg terpaksa menggunakan istilah2 sukatan SPM supaya pelajar2 SPM yg mengikutinya juga dapat memahami.

  128. eja Says:

    terima kasih utuk jawapan yg cg berikan.
    belanja masih belm digunakan dikira sebagai apa?
    catatan penutup dan pembalikan tu apa?

  129. Cg Narzuki Says:

    Kalau tak silap Cg belanja masih belum digunakan …adalah belanja terdahulu. Cg ada kemukakan nota bagi Catatan Pembalikan DIATAS.

  130. eja Says:

    cg,
    akaun saya xbalance lg ni..
    kalau saya ade pinjaman bank rm25000,faedah atas pinjaman bank debit rm3600, rm400 faedah bank masih belum dibayar..mean rm3600+400=4000, 4000 ialah pelarasannya,perlukah saya tolakkan 4000 dari rm25000?

  131. Cg Narzuki Says:

    Pelarasan tersebut hanya melibatkan FAEDAH PINJAMAN bukannya Pinjaman. 2 akaun yang terlibat:

    1. Faedah Pinjaman = 3600+400 = 4000 ….Belanja
    2. Faedah pinjaman terakru = 400 ………….. Liabiliti semasa.

  132. eja Says:

    cg,
    blh x saya nk minta jasa baik cg, tolong semakan pelarasan yg saya dah bt ni..

    dt bel. pengiklanan rm2800,
    maklumat tmbhn: bhgian tidak luput bel. pengiklanan ialah rm800
    akaun belanja pengiklanan
    baki b/b 2800 bel. Terdahulu 800
    baki h/b 2000
    2800 2800

    dt komisen rm2800,
    mklumat tmbhn: jumlah komisen tertungak pd akhir tmpoh kewangan adalah rm700

    akaun komisen jurujual
    baki b/b 5300 baki h/b 6000
    bel. Teraku 700
    6000 6000

    dt bel. insurans rm3000,
    mklumat tmbhn: rm600 drpd bnja insurans adalh utk tempoh kewangan seterusnya

    akaun belanja insurans
    baki b/b 3000 bel. Terdahulu 600
    baki h/b 2400
    3000 3000

    dt pembaikan mesin rm1700,
    mklumat tmbhn: pmbaikan mesin trtungak rm300

    akaun pembaikan mesin pejabat
    baki b/b 1700 baki h/b 2000
    bel. Terakru 300
    2000 2000

    dt bel.jualan rm15700,
    mklumat tmbhn: rm300 adalah blnja jualan trtungak

    akaun belanja jualan
    baki b/b 15700 baki h/b 16000
    bel. Terakru 300
    16000 16000

    dt lain-lain bel. rm700,
    mklmt tmbhn: rm100 lain-lain bel. masih blm digunakn

    akaun lain-lain belanja
    baki b/b 700 bel. Terdahulu 100
    baki h/b 600
    700 700

    dt faedah gadai janji rm7500,
    mklmt tmbhn: faedah gadai janji sbyk rm1500 masih blm dibayar

    akaun belanja faedah gadai janji
    baki b/b 7500 baki h/b 9000
    bel. Terakru 1500
    9000 9000

    dt faedah atas pinjaman bank rm3600,
    mklmt tmbhn: rm400 bg faedah masih blm dbayar

    akaun faedah atas pinjaman bank
    baki b/b 3600 baki h/b 4000
    bel. Terakru 400
    4000 4000

    kt hasil faedah bank rm2000,
    mklmt tmbhn: rm200 hasil faedah bank telah diperolehi tetapi telah masih blm diterima

    akaun hasil faedah bank
    bel.terakru 200 baki b/b 2000
    baki h/b 1800
    2000 2000

  133. Cg Narzuki Says:

    Ok, Cg telah semak, Cg bersetuju dengan semua jawapan yang diberikan kecuali :

    kt hasil faedah bank rm2000,
    mklmt tmbhn: rm200 hasil faedah bank telah diperolehi tetapi telah masih blm diterima

    akaun hasil faedah bank
    ………………………. baki b/b ………..2000
    baki h/b 2200 …..HASIL terakru …..200
    ………………..2200 …………………….2200

  134. eja Says:

    cg,
    dgn mklumat spt diatas, akaun saya masih xbalance rm1500
    Akaun Debit Credit
    RM RM
    Kenderaan bermotor 50,000dt
    Tanah dan bangunan 320,000dt
    Mesin pejabat 12,000dt
    Hutang lapuk 600dt
    Pinjaman bank 25,000kt
    Pinjaman gadai janji 60,000kt
    Modal 256,500kt
    Ambilan 5,000dt
    Belanja insurans 2,400dt
    Pembaikan mesin pejabat 2,000dt
    Belanja permulaan 8,000dt
    Belanja jualan 16,000dt
    Lain-lain belanja 600dt
    Belanja am dan pentadbiran 1,300dt
    Belanja faedah gadai janji 9,000dt
    Pembaikan kenderaan bermotor 3,200dt
    Gaji pejabat 60,800dt
    Gaji jurujual 90,000dt
    Diskaun diterima 4,000kt
    Diskaun dibenarkan 2,000dt
    Deposit tetap 20,000dt
    Hasil faedah bank 2,200kt
    Faedah atas pinjaman bank 4,000dt
    Penghutang 20,000dt
    Pemiutang 21,000kt
    Bank 15,000dt
    Stok (pada 1 Mac 2008) 24,000dt
    Tunai 5,000dt
    Jualan 431,000kt
    Belian 120,500dt
    Pulangan jualan 1,000dt
    Pulangan belian 500kt
    Angkutan masuk 600dt
    Angkutan keluar 700dt
    Belanja pengiklanan 2,000dt
    Komisen jurujual 6,000dt
    801,700dt 800,200kt
    ada yg silap ke?

  135. Cg Narzuki Says:

    Di mana akaun2 terakru dan terdahulu seperti:
    Perngiklanan Terdahulu 800
    Komisen jurujual terakru 700
    Insuran terdahulu 600
    dan lain2 lagi…………………

    SETIAP pelarasan mesti melibatkan 2 AKAUN, baru seimbang mengikut Sistem catatan Bergu. Contohnya :

    dt bel. pengiklanan rm2800,
    maklumat tmbhn: bhgian tidak luput bel. pengiklanan ialah rm800
    …………akaun belanja pengiklanan
    baki b/b ………2800 Pengiklanan Terdahulu….. 800
    …………………………..baki h/b ………………………2000
    ……………………2800 …………………………………..2800

    …………Akaun Pengiklanan Terdahulu
    Pengiklanan …..800 …Baki h/b……………..800
    …………………….800…………………………….800

  136. eja Says:

    maksudnya.. belanja pengiklanan terakru rm800 kena ambilkira dan direkodkan dalam imbangan duga ke?

  137. Cg Narzuki Says:

    Imbangan Duga adalah senarai baki2 SEMUA akaun, termasuklah akaun2 Terhadulu dan terakru daripada pelarasan. Ini kerana akaun2 tersebut juga akan dimasukkan dalam KKK nanti sebagai Aset Semasa ataupun Liabiliti Semasa.

  138. eja Says:

    cg,
    saya dh bt pelarasan utk akaun2 terdahulu dan terakru,
    boleh cg tlng semakkan..

    akaun bel. pengikalanan terdahulu
    bel. Pengiklanan 800 baki h/b 800
    800 800
    baki b/b 800

    akaun komisen jurujual terakru
    baki h/b 700 bel. Terakru 700
    700 700
    baki b/b 700

    akaun bel.insurans terdahulu
    bel. Insurans 600 baki h/b 600
    600 600
    baki b/b 600

    akaun pembaikan mesin pejabat terakru
    baki h/b 300 pembaikan m. pjbt 300
    300 300
    baki b/b 300

    akaun belanja jualan terakru
    baki h/b 300 bel. Jualan 300
    300 300
    baki b/b 300

    akaun lain-lain bel. Terdahulu
    lain-lain belanja 100 baki h/b 100
    100 100
    baki b/b 100

    akaun bel. Faedah gadai janji terakru
    baki h/b 1500 bel. Faedah g.janji 1500
    1500 1500
    baki b/b 1500

    akaun faedah atas pnjmn bank terakru
    baki h/b 400 faedah pnjmn bank 400
    400 400
    baki b/b 400

    rasa2nya..akaun saya dah imbang…
    kalau saya ambil kita semua akaun2 terdahulu dan terakru ni kemudian masukkan dalam imbangan duga, saya dapat rm803400

  139. Cg Narzuki Says:

    Eja,

    kalau dah seimbang tu kemungkinan besar dah betul ..

  140. eja Says:

    cg,
    pengeposan lejar ke jurnal melibatkan hanya akaun2 utk aset dan liabiliti je ke?

  141. Cg Narzuki Says:

    Kalau boleh eja semak topik Kitaran Perakaunan bagi mendapat gambaran sistem rekod perakaunan yang sebenarnya. Ianya bermula dengan
    1. Urusniaga/Dokumen
    2. Dicatata dalam Buku Catatan Pertama (Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai)
    3. BCP diposkan ke Lejar
    4. Sediakan Imbangan Duga
    5. Pelarasan ….. dan seterusnya.

    Jadi, secara ringkasnya, semua urus niaga yang berlaku akan direkodkan dalam BCP, dan semua catatan dalam BCP mesti diposkan ke LEJAR. Seterusnya semua akaun dalam Lejar diimbang, tutup dan dipindahkan ke Imbangan Duga. Apa yang Eja tanya itu sebenarnya TERBALIK daripada kitaran sebenar.

    Dalam sistem perakaunan semua item mesti dibawa dari awal hingga ke akhirnya (…..penyediaan penyata kewangan). Jika ditinggalkan mana2 akaun, maka ianya akan jadi TIDAK SEIMBANG nanti.

  142. eja Says:

    macam tu ke..
    kalau soalan hanya minta sediakan catatan penutup, kena bt sampai penyata kewangan ke cg?
    atau bt setakat lejar shj?

  143. Cg Narzuki Says:

    Dalam Kitaran Perakaunan : (sambungan)

    5. Pelarasan.
    6. Penyediaan Imbangan Duga Terselaras
    7. Penyediaan Penyata Kewangan
    8. Catatan Penutup.

    CATATAN PENUTUP disediakan di dalam JURNAL pada akhir tempoh perakaunan (iaitu selepas PENYATA KEWANGAN). Kemudian ianya AKAN diposkan ke LEJAR untuk tempoh perakaunan BERIKUTNYA.

    Dalam menjawab kita perlu kenal pasti apa yang dikehendaki oleh soalan.

  144. ela Says:

    salam cg..
    maafkan sy sekiranya ptyaan ne xda kena mgena ngn komen2 di atas..
    tp sy mntak sgt tlg ngn cg..
    pasal financial accounting pljar universiti pya assgnment..
    berdasarkan buku yg sy pelajari,catatan pelarasan trdiri drpd belanja dan hasil..
    jadi,kalu nak wat c.pelarasan,juz wat yg ada ketan ngn belanja n hasil la??
    harap cg mmbantu sy….

    sy nak tya ttg maklumat ne…
    bahagian tidak luput bagi belanja pengiklanan adalah rm800…
    ne kena wat ctatan plrasan ke?n apa akaun yg terlibat..
    plz help me…urgent.
    thank you.

  145. Cg Narzuki Says:

    Ela,

    Sila rujuk perbincangan antara Cg dan Eja di ATAS.

  146. eja Says:

    cg,
    boleh x bg contoh dlm bentuk kira-kira atau pengiraan?
    saya xberapa faham dlm bentuk ayat..

  147. ela Says:

    ok cg terima kasih….

  148. ela Says:

    cg,terima kasih atas penerangan yg diberikan..

  149. akue Says:

    salam cgu..

    nak tanya ne..
    apakah badan berkanun yang terlibat dalam penyediaan penyata kewangan oleh syarikat awam berhad dan kenapa mereka perlu terlbat dalam penyediaan penyata kewangan tersebut??

    hope u can help me..tq sir!

  150. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Tak pasti pula Cg ada badan berkanun yang terlibat dalam penyediaan penyata kewangan syarikat awam berhad, di mana Akue dapat kenyataan tersebut ?

  151. ela Says:

    cg,tlg terangkan sy ttg belanja terdahulu dan hasil terakru..
    apa item yg terlibat dlm belanja terdahulu dan hasil terakru

  152. akue Says:

    akue dpt dari soaln assigmnt ne cgu..soalannya,”bincangkan bdan berkanun yang memerlukan penyediaan penyata kewangan oleh syarikat awam behad…”…hm..

  153. akue Says:

    cgu,
    boleh tolong terangkan kepada saya mengenai maksud jumlah komisen jurujual tertunggak pada tarikh akhir tempoh kewangan lepas adalah RM 700??
    Dalam ID,Komisen Jurujual adalh sebanyak RM 5300.(DT).
    dimanakah kita harus letak komisen jurujual tertunggak tersbut???Dt atau KT???
    tolong cgu..tq

  154. Cg Narzuki Says:

    Patutlah, bukan badan berkanun yang TERLIBAT DALAM PENYEDIAAN penyata kewangan seperti yang akue tulis sebelumnya. Tetapi badan berkanun yang MEMERLUKAN penyata kewangan tersebut. .. Oleh kerana itu adalah soalan tugasan, maka cg tak dapat bantu …. kecuali Akue sudah ada jawapannya dan minta pandangan daripada Cg saja. Ataupun perkara2 yang kurang faham sahaja.

    Pada pandangan Cg, Komisen jurujual tertunggak bermaksud komisen yang sepatutnya dibayar kepada jurujual tetapi masih belum dibayar. Cuba tulis jawapanya ikut kefahaman Akue kemudian Cg bagi komen terhadap jawapan tersebut.

  155. akue Says:

    jwpn akue bgi soalan komisen tu..:

    => akue letakkan komisen jurujual seperti dalam ID ialah
    RM 6000(DT) manakala bagi komisen jurujual terakru pula sebnyak RM700 (KT)
    betulka tu cgu????tq

  156. Cg Narzuki Says:

    ok, betul..

  157. akue Says:

    ckgu..
    saya nak mnta pndpt ckgu..
    sekiranya ada soalan katakan,”RM600 daripada belanja insurans adalah untuk tempoh kewangan seterusnya.
    dlm ID x terselaras,belanja insurans adalah,RM3000,
    so,apa y kita harus letak pada DT dan KT??
    betul x kalu saya letak, dalam catatan pelarasan,
    DT Insurans Prabayar 600
    KT Tunai 600

  158. Cg Narzuki Says:

    DT Insurans Prabayar 600
    KT Insurans 600

    Kt TUNAI 600 … SALAH.
    Kt Insuran 600 – bagi pelarasan terhadap Ak Belanja Insurans (Dt:3000 – Kt:600) = 2400 … catat dalam Penyata Pendapatan.

  159. razis Says:

    salam cg..boleh tlg semakkan catatan pelarasan sy berdasarkan maklumat tambahan dibawah ini..
    a) Bahagian tidak luput bagi belanja pengiklanan adalah rm800
    b) Jumlah komisen jurujual tertunggak pada tarikh akhir tempoh kewangan lepas adalah rm700
    c) rm600 daripada belanja insurans adalah untuk tempoh kewangan seterusnya
    d) pembaikan mesin pejabat tertunggak adalah rm300
    e) sejumlah rm300 bgi belanja jualan tertunggak pada 28 februari 2009
    f) rm100 bagi lain2 belanja masih belum digunakan
    g) faedah gadai janji sebanyak rm1,500 masih belum dibayar
    h) sejumlah rm400 bagi faedah atas pinjaman bank masih belum dibayar
    i) pada 28 februaru 2009, rm200 bagi hasil faedah bank telah diperoleh tetapi telah masih belum diterima

    ini catatan pelarasan:

    a)dt belanja prabyar pengiklanan PRABAYAR rm800
    kt belanja iklan rm800

    b)dt komisen jurujual rm700
    kt komisen JURUJUAL belum bayar rm700

    c)dt insurans prabyar rm600
    kt tunai INSURANS rm600

    d)dt belanja pembaikan mesin rm300
    kt pembaikan mesin belum bayar rm300

    e)dt belanja jualan rm300
    kt BELANJA jualan belum bayar rm300

    f) dt lain2 belanja prabayar rm100
    kt LAIN2 BELANJA rm100

    g) dt belanja faedahgadai janji rm 1,500
    kt faedah gadai janji belum byar rm1,500

    h) dt hasilBELANJA faedah atas pinjaman bank rm400
    kt faedah atas pnjaman bank belum bayar rm400

    i) dt hasil faedah bank rm200
    kt hasil FAEDAH belum terima rm200

  160. Cg Narzuki Says:

    Cg telah lakukan semakkan dan cadangan jawapan dalam komen DIATAS.

  161. razis Says:

    cg..
    terima kasih atas komen dan penerangan tersebut..
    terima kasih sekali lagi..

  162. kayu Says:

    salam ckgu.. saya nak mnta tlg cg tgkkan jawapan saya untuk penyata kewangan ini..

    Cecilia had about RM7,000 in her savings account. Because of her love for animals, she believed that she could successfully operate a pet grooming shop. During the month of October 2008, Cecilia located a unit of small shop that she could rent for RM200 per month. After transferring RM5,000 from her savings account to a business current account in the name of Cecilia’s Pet Grooming Service, she wrote cheques for rent and the purchase of grooming equipment and grooming supplies. Although she would not keep a full set of accounting records, she decided to deposit all receipts from services performed into the current account and to make all payments by cheque. In this way Cecilia would have a relatively complete record of her business activities. Cecilia also kept a daily work book in which she recorded all services performed for customers.

    On 1 November 2008, Cecilia opened her shop to the public. She was unusually busy during the first three months. Early in February 2009, Cecilia has asked for your assistance to review her current account and daily work book in assessing the business’s performance. The review disclosed the following information:

    1. Total cash deposited in the account (including the initial RM5,000 deposit) was RM8,920.
    2. The daily work book showed that on 31 January 2009 customers owed her RM800 for services performed, which she expected to collect during February 2009.
    3. Cheques were written for:
    a) Rent payments of RM800 for the months of November 2008 to February 2009.
    b) The purchase of grooming equipment for RM1,500. The equipment costs RM2,000 and Cecilia still owed the supplier RM500 on the purchase.
    c) Grooming supplies of RM960. Cecilia estimated that the costs of grooming supplies on hand at 31 January 2009 were RM260.
    d) The payment of electricity bills for the months of November 2008 and December 2008 was RM522. She had just received her bill for the month of January 2009 amounting to RM279 and yet to be paid.
    e) Advertising expense of RM216.
    f) Drawings made by Cecilia of RM1,300.

    Prepared financial statement of Cecilia’s Pet Grooming Services as at 31 January 2009.

    Income statement for Cecelia’s Pet Grooming Service as at 31/1/2009

    sales 5000
    opening stock
    purchase 1760
    closing stock -260 1500
    Gross Profit 3500

    less: other expenses
    administration expenses -801
    advertising expenses -216
    Net Profit 2483

    Cecelia’s Pet Grooming Service
    Balance Sheet for the ended 31 January 2009

    fixed assets RM RM
    grooming supplies 960
    grooming equipment 1500 2460

    current assets
    Trade deptords 800
    closing stock 260
    prepaid expenses 200
    cash/bank balance 3700 4968
    Total Assets : 7428

    financed by :
    shared capital 3700
    retained ? 2483 6189

    current liabilities :
    trade payables 500
    accrued expenses 279 779
    Total Liabilities : 6962

  163. kayu Says:

    saya tahu balance sheet saya x seimbang.. tapi saya btul2 xda idea lg mcm mn nk balance kan smua 2.. please help me..

  164. Cg Narzuki Says:

    Memang terdapat beberapa kesilapan dalam jawapan yang diberikan iaitu hasil perkhidmatan, baki bank, ambilan tidak dimasukkan nilai grooming equipment, modal awal, belanja sewa 600 tiada, sewa prabayar 200 tiada. Sila baca dengan teliti satu persatu maklumat yang diberikan serta akaun2 yang terlibat denganya.

  165. akue Says:

    tq cgu untuk jawapan n tnjuk ajar cgu..salam..:)

  166. saolan Says:

    cg apakah maklumat perakaunan lain yang berguna dalam menilai prestasi perniagaan sepanjang tempoh tiga bulan??

  167. ieyda Says:

    Bincangkan mengapa penting untuk menentukan sama ada prabayar perlu diiktiraf sebagai aset semasa atau sebagai belanja apabila menyediakan catatan pelarasan.

  168. Cg Narzuki Says:

    Soalan,
    Maaf Cg tak faham maklumat bagaimana yang dimaksudkan…. mungkin dari segi analisisnya.

    Ieyda,
    Mungkin boleh boleh kaitankan dengan konsep akruan ataupun konsep pemadanan.

  169. akue Says:

    salam cgu..akue nak mnta tolong cket…
    ble x bagi akue contoh2 mcmana nak buat catatan pembalikan..akue kurang faham..
    trima kasih cgu…

  170. Cg Narzuki Says:

    Sila rujuk komen Cg berhubung catatan pembalikan di ATAS (klik).

  171. akue Says:

    tq cikgu..amat mmbntu…insylh..

  172. sya Says:

    salam cg..
    cg boleh xtlg bg tahu jwpn bg soalan sy ni.

    Pada 1 julai 07, roslan tlh m’beli duabuah mesin (scra kredit) dpd syrikat bena dgn harga RM7000 setiap satu. Mesin t’sebut disusutnilaikan 20% setahun mengikut baki berkurangan.

    Pada 31 Disember 08, beliau telah menjual sebuah mesin tersebut secara tunai dgn harga RM4200. Pada tarikh yg sama, beliau tlh m’beli mesin baru berharga RM12000 dgn cek.

    Tahun kewangan perniagaan Roslan berakhir 31 Disember setiap tahun.

    sediakan:
    a) akaun mesin dari tahun 2007 hingga 2008
    b) akaun pelupusan mesin
    c) akaun peruntukan susutnilai mesin dari tahun 2007 hingga tahun 2008

    soalan : cg sy sgt lemah dlm pelarasan.boleh cg bntu sy?

  173. Cg Narzuki Says:

    Maaf, soalan ini memerlukan penguasaan beberapa kemahiran seperti pengiraan susut nilai, perekodkan susut nilai dan peruntukan susut nilai seterusnya penyediaan akaun pelupusan mesin. Jadi, kalau Cg tunjukkan jawapannya, maka kemahiran2 tersebut tidak dapat dipelajari dan dikuasai dengan baik.

    Cadangan Cg, adalah lebih BERKESAN sekiranya bertanya cikgu anda di sekolah agar ditunjukkan satu per satu langkah2 dalam menyelesaikan soalan tersebut.

    Cuba fahami dan kuasai SATU PER SATU pelarasan2 yang dipelajari, ini kerana setiap pelarasan ada cara2nya yang tersendiri.

  174. carl Says:

    asslkm…
    saya pelajar fakulti perniagaan..

    saya ada satu soalan…

    bincangkan badan berkanun yang memerlukan penyediaan penyata kewangan oleh syarikat awam berhad.

    saya harap cikgu boleh tolong…

  175. Cg Narzuki Says:

    Cuba dapatkan maklumat di SSM (klik).

  176. akue Says:

    salam cgu,nak minta tlg cgu semakkan catatan pembalikan ini:

    (i) Pada 28 Feb 2009,terdapat tunggakan bagi Komisen Jurujual sebanyak RM700.

    Catatan Pelarasan :
    28 Feb 2009 Dt komisen jurujual 700
    Kt Komisen jurujual belum bayar 700

    Ctatatn Pembalikan:
    01 Mac 2009 Dt Komisen jurujual belum bayar 700
    Kt Komisen jurujual 700

    (ii) pembaikan mesin pejabat tertunggak sebanyak RM300.

    Catatn Pelarsan:

    28 Feb 2009 Dt Belanja pembaikan Mesin 300
    Kt Pembaikan Mesin belum Bayar 300

    Catatan Pembalikan:

    01 Mac 2009 dt Pembaikan mesin belum bayar 300
    Kt Belanja pembaikan mesin 300

    (iii) Pada 28 Feb 2009, belanja jualan tertunggak adalah sebanyak RM 300.

    catatan pelarasan:

    28 Feb 2009 Dt belanja Jualan 300
    Kt Belanja Jualan Belum Bayar 300

    Catatan Pembalikan:

    01 Mac 2009 Dt Belanja Jualan Belum Bayar 300
    Kt Belanja Jualan 300

    (iv) Sebanyak Rm 1,500 faedah gadai janji yang masih belum dibayar.
    Catatan Pelasaran:

    28 Feb 2009 Dt Belanja Faedah Gadai Janji 1,500
    Kt faedah gadai janji belum bayar 1,500

    Catatan pembalikan:

    01 Mac 2009 Dt faedah gadai janji belum bayar 1,500
    Kt Belanja faedah gadai janji 1,500

    (v) Sejumlah RM400 bagi faedah pinjaman bank belum dibayar.

    Catatan pelasaran:

    28 Feb 2009 Dt FAEDAH atas pinjaman bank 400
    Kt faedah atas pinjaman bank belum byr 400

    Catatan pembalikan:

    01 MAc 2009 Dt Faedah atas pinjaman belum bayar 400
    Kt FAEDAH atas pinjaman bank 400

    (vi) Pada 28 Feb 2009, sebanyak RM200 bagi hasil faedah bank telah diperoleh ttpi masih belum diterima.

    Catatan Pelarasan:

    28 Feb 2009 Dt Hasil faedah belum terima 200
    KT Hasil faedah bank 200

    Catatan Pembalikan:

    01 Mac 2009 Dt Hasil faedah bank 200
    Kt Hasil faedah bank belum terima 200

  177. Cg Narzuki Says:

    Ok, Cg setuju dengan jawapan tersebut dengan sedikit pembetulan (rujuk DIATAS).

  178. ain Says:

    cg. sye ade kne wat trnsksi untuk 3 bln perakaunan tpi xtaw nk start mcm mne

  179. Cg Narzuki Says:

    Ain kena bayangkan seolah2 membuka sebuah perniagaan. Pada hari pertama apa urus niaga yang berlaku, seperti memulakan perniagaan dengan membawa masuk wang ke akaun bank perniagaan RM5,000. Urus niaga seterusnya membeli barang niaga secara tunai / secara kredit, jualan barang niaga dan …… seterusnya….. bayar gaji pekerja, bayar sewa kedai dan sebagainya ………. bayang Ain menjadi pemilik perniagaan tersebut.

  180. carl Says:

    asslkm….cikgu..

    nak minta tolong sikit..

    bagaimana nak buat catatan penutup…?
    minta tunjuk ajar ..dari cikgu..

  181. carl Says:

    asslkm..

    apa itu ‘revenue summary’..?

  182. Cg Narzuki Says:

    Nota berkaitan CATATAN PENUTUP, sila rujuk Buku berikut :

    Maaf, Cg tak pasti apa yang dimaksudkan dengan “revenue summary”

  183. anita Says:

    Salam cikgu,

    Saya tidah faham dan perlukan bantuan cikgu dengan apakah yg dimaksudkan dengan “belanja terakru”, belanja terdahulu.

    Cikgu, adakah cikgu mengajar tuition. Saya ni lemah sangat, nak kena berguru dengan cikgu. Tolonglah saya cikgu. Harap cikgu dpt mengajar saya.

  184. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    BELANJA TERAKRU … bermaksud belanja yang BELUM BAYAR, contohnya Gaji Terakru = gaji pekerja belum bayar, Sewa Terakru = sewa belum bayar. Ianya merupakan TANGGUNGAN yang perlu dibayar, maka ianya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.

    BELANJA TERDAHULU … bermaksud TELAH BAYAR UNTUK BULAN/TaHUN BERIKUTNYA. Contohnya : Sewa Terdahulu = sewa untuk bulan April 2010 TELAHPUN dibayar. Maka wang sewa tersebut masih lagi HAK kita dan boleh diminta kembali, maka ianya dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

    Maaf, Cg sudah lama tidak mengajar tuisyen bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar2 Cg di sekolah.

    Cg ada terfikir untuk membantu anak2 pelajar diluar sana dengan menubuhkan KELAB PRINSIP PERAKAUNAN CG NARZUKI ONLINE. Kelab tersebut KHAS untuk PELAJAR2 SPM 2010 SAHAJA sebagai permulaan. Di mana aktiviti utamanya mengadakan KELAS BIMBINGAN ONLINE, dimana Cg edarkan soalan (topikal, soalan tahun2 lepas, soalan trial, dll), Cg berikan tips2 / teknik2 untuk menjawab… bincang…. pelajar jawab, kalau boleh hantar jawapan dan Cg semak serta beri komen2 tentang kesilapan yang dilakukan. Aktiviti tersebut hanya untuk AHLI KELAB sahaja. Sekiranya mendapat sambutan, … Mungkin ini akan jadi projek pertama Cg untuk Tahun 2010… itupun kalau tak sibuk.

  185. Heng Fai Says:

    cikgu,boleh cikgu terangkan bagaimana kaedah penilaian semula dicatat dlm jurnal am dan kesannya terhadap Untung Rugi/kunci kira-kira?

  186. Cikgu Rosya Says:

    Bagus sungguh usaha cikgu tu..Semoga projek ini berjaya cikgu..teruskan membantu pelajar2..

  187. zarina Says:

    salam
    cg…apa maksud tempoh perakaunan dengan tahun kewangan??

    yg melibatkan soalan susah pelarasan bila dia bagi tahun contoh 2 april sykt bayar gaji5000.tempoh perakaunan berakhir bila???

    kita mesti kira 12 bulan ker walaupun masuk thun lain
    sbb kita mula pertengahan cth bln April..tak tau nak kira terdahulu atau terakru bila masuk tahun berbeza

  188. Cg Narzuki Says:

    Tempoh perakaunan dan tahun kewangan merujuk kepada perkara yang sama. Tempoh perakaunan ialah SATU TAHUN, contohnya :
    1.1.2010 hingga 31.12.2010
    1.6.2009 hingga 31.7.2010
    1.4.2009 hingga 31.3.2010

    Tempoh perakaunan tersebut akan diberikan dalam soalan.

  189. ZARINA Says:

    CIKGU DAH START TUITION KER ONLINE KER??

    cIKGU BOLEH TERANGKAN TERDAHULU..SAYA TAK FAHAM MAKSUD SEWA TERDAHULU.KATA TEMPOH PERAKAUNAN 12 BULAN TAPI CONTOH KALAU MULA BAYAR BULAN APRIL 2010 rm 5000,, BILA DIKATAKAN TERDAHULU…

  190. Cg Narzuki Says:

    Penubuhan Kelab Cg Narzuki Online tu… terpaksa ditangguhkan, kerana Cg agak sibuk sedikit.

    Dalam pengiraan sewa terdahulu, kita kena kenal pasti tahun kewangan contohnya berakhir 31 Disember 2010. Jika dibayar pada 1 April 2010, maka akan berakhir 31 Mac 2011. Bilangan BULAN TERDAHULU ialah 3 BULAN (Jan – Mac).

    Maka, Sewa Terdahulu = 3/12 X RM5000

  191. ns Says:

    salam ckgu,
    1. saya nak tanya berkenaan peruntukan hutang ragu.
    adakah kita hanya perlu merekod PHR di di dalam KKK sahaja??
    Penghutang bersih = Penghutang – PHR

    2. saya nak tahu adakah kita tidak boleh menggunakan PHR di dalam Ak Untung Rugi??

    3. Kita perlu merekod sebagai Belanja Hutang Ragu, Pertambahan Belanja Hutang Ragu di sebelah debit manakala Pengurangan Belanja Hutang Ragu di sebelah kredit.

    betul ke cgu??

  192. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    1. Setiap pelarasan melibatkan 2 akaun. Bagi mengelakkan kekeliruan Cg sarankan menggunakan :
    - Ak PHR (AS-KKK)
    - Ak Pertambahan PHR (BELANJA) atau Ak Pengurangan PHR (HASIL).

    2. Dalam AUR boleh digunakan butir “PHR”, tetapi Cg tidak galakkan kerana nilainya tidak sama dengan nilai yang dicatat dalam AS. Bagi mengelakan kekeliruan tersebut ikut saranan Cg di (1).

    3. Penggunaan butir “Pertambahan BELANJA Hutang Ragu” dan “Pengurangan BELANJA Hutang Ragu” adalah SALAH, sepatutnya :
    - Pertambahan PERUNTUKAN Hutang Ragu – Dt: (BELANJA)
    - Pengurangan PERUNTUKAN Hutang Ragu – Kt: (HASIL)

  193. ns Says:

    terima kasih banyak atas penjelasan cikgu

  194. ns Says:

    salam
    cg saya ada satu soalan mengenai cara merekod tarikh berikut:

    Berikut ialah baki-baki yang diambil daripada Imbangan Duga Perniagaan Anjung Seri pada 31 Disember 2007

    Butiran
    Penghutang (DT) RM24650
    Hutang lapuk (DT) RM740
    Peruntukan hutang ragu ( 1 Januari 2007 ) (KT) RM1250

    Pada 31 Disember 2007 , seorang penghutang diisytiharkan muflis dan akaunnya yang berbaki RM350 dihapuskan sebagai hutang lapuk .Peruntukan Hutang ragu hendaklah diselaraskan kepada 4 % daripada penghutang bersih.

    soalan saya kenapa apabila kita buka akaun hutang lapuk, kita perlu rekod 31 DIS 2007 sebagai Baki b/b RM740?? bukankah Baki b/b perlu awal tahun 1 JAN 2007??

    saya dah rujuk buku teks dan buku rujukan. semua tulis Baki b/b 31 DIS bukan 1 JAN..

    minta cg tolong bantu saya. tQ

  195. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Pada pandangan saya, ada 2 cara boleh digunakan, samada guna BUTIR “Baki b/b” (seperti buku teks) ataupun “Penghutang” dalam Ak Hutang Lapuk bagi RM740 tersebut.

    Disini saya berikan rasionalnya menggunakan butir “Baki b/b”. Senarai akaun2 yang diberikan dalam IMBANGAN DUGA adalah merujuk kepada Baki2 setiap akaun pada TARIKH 31 DISEMBER. Dan pada tarikh tersebut dilakukan PELARASAN bagi melaraskan BAKI yang sedia ada iaitu RM740. Maka penggunaan butir BAKI b/b RM740 dalam Ak Hutang Lapuk adalah merujuk kepada Baki pada 31 disember yang perlu dilakukan pelarasan terhadapnya kerana adanya Hutang Lapuk yang baru dikenalpasti.

  196. ns Says:

    maksudnya kita kena tulis baki b/b pada 31 DIS untuk kes ini ya ckg.. ok saya dah faham.
    terima kasih banyak ckgu..

  197. sabrina Says:

    cikgu bagaimana dengan penyelesaian bagi maklumat tambahan pd 31 julai 2010:
    perkara berikut terlupa direkodkan dalam akaun penerimaan dan pembayaran

    Belian tunai 8460
    untung pelupusan alatan pejabat 300

    anda dikehendaki sediakan
    a) akaun penghutang
    b) akaun pemiutang
    c) penyata pendptan
    d)kunci kira-kira

  198. sabrina Says:

    cikgu , maklumat tambahan : penghutang diberi elaun rm 150

    Perlukah elaun rm 150 dikreditkan dalam akaun penghutang?

  199. Cg Narzuki Says:

    Pada pandangan Cg berdasarkan maklumat yang diberikan.

    1. Belian tunai RM8460 – masukkan disebelah kredit (pembayaran)
    2. Untung pelupusan alatan pejabat 300 – masukkan sebagai HASIL dalam Penyata Pendapatan.
    3. Elaun caranya seperti pulangan jualan ataupun diskaun diberi, iaitu KREDIT dalam Ak Penghutang.

  200. ila Says:

    askum.. cikgu saya nk tanya berkenaan nilai bakian aset bukan semasa. Adakah ia merujuk kpd nilai buku atau nilai skrap ?

  201. Cg Narzuki Says:

    Salam,
    Maaf, Cg tak pernah dengar istilah tersebut. Boleh beri ayat yang lengkap berkaitan perkara tersebut, nanti Cg cuba tafsirkan apakah maksudnya.

  202. SITI Says:

    salam cikgu..sy nak mintak pandangan cikgu mengenai peruntukan hutang ragu. adakah peruntukan hutang ragu ini dibuat setiap kali wujudnya akaun penghutang atau ianya hanya dibuat (atau transaksi berlaku) hanya pada penutup akaun tahunan sahaja?dan bagaimanakah penentuan terhadap peratusan peruntukan hutang ragu ini dibuat?

  203. Cg Narzuki Says:

    Salam,

    Kalau tak silap, Siti bukannya pelajar SPM. Jadi Cg cadangkan baca artikel dibawah dan cuba selesaikan persoalan yang timbul, semoga ianya membantu.

    PERUNTUKAN HUTANG RAGU

    Peruntukan dibuat untuk mengambil kira hutang
    tertentu yang mungkin tidak dapat dikutip

    Ada pembaca yang bertanya tentang provision for doubtful debts atau peruntukan hutang ragu, kerana mendapati beberapa syarikat yang mengalami masalah kerana peruntukan ini.

    Sebenarnya peruntukan untuk hutang ragu dibuat untuk meramalkan hutang yang mungkin tidak dapat dikutip, walaupun syarikat belum pasti sepenuhnya bahawa hutang tersebut tidak boleh dikutip.

    Peruntukan ini dibuat untuk memastikan paras keuntungan tidak dinyatakan pada tahap terlalu tinggi kerana syarikat tersebut sudah tahu akan mengalami masalah mengutip hutang tertentu.

    Ada beberapa cara berbeza untuk membuat peruntukan bagi hutang ragu:

    1. Membuat peruntukan am berasaskan % tertentu baki dalam akaun penghutang.
    2. Membuat peruntukan berasaskan % tertentu hasil sepanjang tahun
    3. Membuat peruntukan berasaskan pelanggan khusus yang diragui keupayaan mereka untuk membayar balik hutang
    4. Membuat peruntukan berasaskan ‘debtor’s aging’ atau tempoh hutang belum dibayar. Contohnya syarikat boleh menetapkan bahawa sesuatu hutang dianggap hutang ragu jika tidak dikutip dalam masa 1 tahun.

    Syarikat yang konservatif akan membuat peruntukan yang sewajarnya untuk memastikan pelabur mendapatkan maklumat terkini tentang status penghutang.

    Masalah biasanya timbul apabila peruntukan yang sewajarnya tidak dibuat dan syarikat terus mengandaikan hutang boleh dikutip walaupun sudah lama tidak dibayar.

    Jika pihak pengurusan tidak membuat peruntukan, dan tiba-tiba pada sesuatu tahun, kebanyakan hutang memang sah tidak dapat dikutip, satu jumlah besar akan dianggap sebagai hutang lapuk dan ditolak terus daripada akaun untung rugi pada tahun tersebut, menyebabkan syarikat mengalami kerugian besar secara tiba-tiba.

    Ini mungkin boleh dianggap satu tindakan untuk menyelindungi maklumat daripada pelabur kerana sepatutnya peruntukan yang lebih besar dibuat pada tahun terdahulu untuk memastikan pelabur maklum tentang keadaan sebenar.

    Tetapi kadangkala peruntukan besar dibuat bukan kerana pengurusan mahu menyelindung maklumat tetapi kerana keadaan ekonomi. Katakan krisis ekonomi berlaku dan kebanyakan pelanggan syarikat tiba-tiba mengalami masalah, maka itu adalah kerugian jujur yang mungkin tidak dapat dielakkan.

    Biasanya dalam kes di mana syarikat tiba-tiba terpaksa membuat peruntukan hutang ragu yang besar dan menjadi isu umum, akhbar kewangan akan membuat analisis sama ada salah laku berlaku ataupun disebabkan masalah perniagaan yang sahih.

    Jika masalah disebabkan oleh salah laku, maka saham syarikat akan jatuh dengan lebih teruk.

  204. ila Says:

    saya ada download nota yang menyatakan nilai skrap adalah nilai yang dijangka akan diperolehi setelah tamat usia guna sesuatu aset.(Nilai Bakian )

    dalam buku latihan sasbadi berkenaan kaedah pengiraan susut nilai mengikut kaedah baki berkurangan:

    susut nilai = % x nilai baki awal tahun

    persoalannya;
    adakah nilai baki awal tahun itu merujuk kepada nilai bakian ?

    sekiranya Ya, bermaksud nilai bakian = nilai skrap = nilai buku.
    yang saya keliru,setahu saya nilai skrap juga merujuk kpd nilai jualan aset bukan semasa.
    harap dibantu. TQ…

  205. Cg Narzuki Says:

    Nilai bakian = nilai skrap = nilai besi buruk
    ~ iaitu nilai yang layak dijual sebagai besi buruk sahaja.

    Tetapi TIDAK SAMA dengan Nilai Buku.
    NILAI BUKU ~ nilai semasa aset tersebut (jika mahu dijual)

    Nilai Buku = Aset(kos) – PSN

    Kaedah baki berkurangan :
    Susut nilai = k% X [Aset - PSN]
    = k% X Nilai Buku (awal tahun)

  206. SITI Says:

    thanks cikgu..sangat membantu…

  207. SITI Says:

    salam cikgu..
    sy ada terbaca mengenai akaun penutupan (terdahulu dan terakru) dan akaun ini perlu dibuat pembalikan..conth: gaji bulan ogos RM1500 belum bayar :31 julai -dt gaji 1500, kt gaji terakru 1500.00, kemudian pada 1 ogos kt gaji 1500, dt gaji terakru 1500, then gajidibayar pada 7 ogos, dt gaji 1500, kt tunai 1500.00……….
    sy tak paham kenapa perlu buat akaun pembalikan terhadap gaji terkru tu???
    atau apa yang sy bc ni salah???

  208. Cg Narzuki Says:

    Cg bagi nota yang lebih lengkap berkaitan Catatan Pembalikan (m/s 97). Semoga membantu menyelesaikan masalah anda.

  209. SITI Says:

    masih berkaitan catatan pembalikan.
    maknanya, setiap akaun belanja or hasil terakru dan terdahulu perlu dibuat catatan pembalikan???
    macam mana pula kalo seperti contoh diatas, gaji untuk bulan july dibayar pada bulan oktober??macam mana ye cikgu???

  210. Cg Narzuki Says:

    Itu maksudnya gaji bulan Julai masih belum dibayar lagi, maka pelarasan terhadap Akaun Gaji perlu dilakukan iaitu GAJI TERAKRU. Manakala catatan pembalikan dilakukan pada permulaan tempoh perakaunan.

    Di mana catatan pelarasan (akhir tempoh perakaunan)
    Dt: Gaji
    Kt: Gaji Terakru

    Catatan pembalikan (awal tempoh perakaunan berikutnya)
    Dt: Gaji terakru
    Kt: Gaji

  211. SITI Says:

    Tq cikgu,
    dlm situasi gaji bulan 7 dan 8 dibayr pada bulan 9.
    31.07.10 dt gaji (julai)
    31.07.10 kt gaji terakru
    01.08.10 dt gaji terakru
    01.08.10 kt gaji (julai)
    31.08.10 dt gaji (julai)
    31.08.10 kt gaji terakru
    31.08.10 dt gaji (ogos)
    31.08.10 kt gaji terakru
    01.09.10 gaji terakru
    01.09.10 kt gaji (julai n ogos)
    05.09.10 dt gaji (julai dan ogos)
    05.09.10 kt bank

    betul ke ni cikgu????

  212. Cg Narzuki Says:

    Siti,
    Pelarasan HANYA dilakukan pada AKHIR TEMPOH PERAKAUNAN, manakala Catatan Pembalikan dilakukan HANYA pada AWAL TEMPOH PERAKAUNAN baru, bukannya pada AKHIR BULAN atau AWAL BULAN berikutnya.

  213. wanda Says:

    Cikgu Narzuki,

    Imbangan Duga pada 31 Disember 2007:

    Insuran Prabayar (DT) RM 2,000.00

    Maklumat Tambahan:
    1. Insuran prabayar adalah merujuk kepada premium tahunan ke atas polisi insuran yang dibeli pada 1 Julai 2007.

    Cikgu, macammana nak buat jurnal pelarasan untuk maklumat tmbhn ni..saya tak faham maksud premium tahunan & polisi insuran…mohon bantuan cikgu..

  214. Cg Narzuki Says:

    Wanda,

    Pelarasan Belanja Terdahulu / Prabayar ada 2 kaedah yang boleh digunakan:
    1. Pelarasan terhadap Akaun Belanja Terdahulu (Skop SPM)
    2. Pelarasan terhadap Akaun Belanja

    Daripada soalan yang dikemukakan, Cg dapati ianya DILUAR SKOP SPM dan Kaedah yang digunakan adalah Kaedah 2 : Pelarasan terhadap Akaun Belanja.

    Berdasarkan soalan tersebut:
    Insuran telah dibayar RM2000 untuk tempoh setahun yang bermula pada 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008. Manakala tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007. Pelarasan yang perlu anda lakukan ialah mencari berapakan BELANJA INSURANS untuk tempoh perakaunan tersebut.

    Pengiraan:
    1 Julai 2007 – 31 Disember 2007 = 6 bulan
    Maka, Insurans = 6/12 X 2000 = RM1000

    Catatan pelarasan:
    Dt: Insurans RM1000
    Kt: Insurans Prabayar RM1000

    * Nota : BUKAN SUKATAN SPM

  215. SITI Says:

    ok cikgu..sy dah faham..terima kasih.disebabkan contoh tu untuk bulan 7 dan 8, sy jadi agak konfius….so skang sy dah faham…terima kasih..

  216. SITI Says:

    SALAM CIKGU, LEH TAK EXPLAIN KENAPA PERLUNYA AKAUN PEMBALIKAN TU CIKGU??TAK BOLEH KE KALO BAYAR DIBUAT TU KITA REKOD DT TUNAI KT AKAUN BELANJA TERAKRU TU??

  217. Cg Narzuki Says:

    Siti,
    Jika tidak dibuat CATATAN PEMBALIKAN pada awal tempoh perakaunan, maka Catatan yang Siti cadang tu tidak boleh dilakukan, sila perhatikan peringkat2 catatan yang berlaku :

    1. Semasa Catatan Pelarasan: Katakan 31/12/2009
    DT: Ak Belanja KT: Ak Belanja Terakru

    2. Semasa Catatan Pembalikan :(awal tahun 01/01/2010)
    DT: Ak Belanja Terakru KT: Ak Belanja

    3. Semasa Pembayaran (dalam 2010)
    DT: Tunai KT: Ak Belanja Terakru.

    Jika tiada Catatan Pembalikan, lihat kesan pada Baki AK BELANJA TERAKRU…. kedua2 KREDIT, ini bermaksud walaupun sudah BAYAR tapi bakinya semakin BERTAMBAH. Sepatutnya BAKI jadi SIFAR.

  218. siti Says:

    salam..harap cikgu dapat mmbntu sy..sy pljr tgktn 4..sudah 8 bulan bljr prinsip perakaunan tapi masih tidak memahaminya..hanya sdikit sahaja yg sy fhm..

  219. Cg Narzuki Says:

    Siti,

    Bagi menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena kenal pasti apa masalahnya terlebih dahulu, dan penyataan masalah tersebut biarlah spesifik, jangan terlalu umum.

    Ok. cuba kemukakan apa masalahnya ? InsyaAllah Cg cuba bantu setakat yang termampu. Siti juga boleh baca komen2, soal-jawab Cg mengikut Topik2 yang disediakan.

Leave a Reply