Koleksi Trial 2009
August 2nd, 2009 — Cg NarzukiSOALAN PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009
Usaha pengumpulan soalan2 Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2009 setiap negeri sedang dijalankan. telah selesai dengan jayanya.
Kepada guru2 yang berminat untuk mendapatkan KESEMUA Koleksi Soalan Trial 2009, anda dikehendaki menyumbangkan satu/beberapa SET SOALAN LENGKAP (K1, K2, SKEMA) yang ada dalam simpanan untuk dikongsikan bersama rakan2 guru yang lain. Koleksi soalan tersebut akan dapat dimuat turun dari semasa ke semasa sebaik sahaja ianya berjaya dikumpulkan.
Set Soalan yang hendak disumbangkan, boleh dihantar ke email narzuki@gmail.com ataupun dihantar melalui POS.
Soalan negeri yang telah berjaya dikumpulkan :
1. Times Guides Sdn Bhd (K1, K2, Skema)
2. Kedah (K1, K2, Skema)
3. Wilayah Persekutuan Putrajaya (K1, K2, Skema)
4. SMS Machang Kelantan (K1, K2, Skema)
5. Perak (K1, K2, Skema)
6. Kuala Selangor (K1, K2, Skema)
7. Perlis (K1, K2, Skema)
8. Terengganu (K1, K2, Skema)
9. Negeri Sembilan (K1, K2, Skema)
10. Melaka (K1, K2, Skema)
11. Pahang (K1, K2, Skema)
12. Kelantan (K1, K2, Skema)
13. Johor (K1, K2, Skema)
14. MRSM (K1, K2, Skema)
15. Sabah – SMK Putatan (K1, K2, Skema)
Negeri2 berikut tiada peperiksaan selaras peringkat negeri, iaitu :
1. Sarawak
2. Pulau Pinang
USAHA PENGUMPULAN SOALAN TRAIL 2009 TELAH SELESAI DENGAN JAYANYA – TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.
~~ MUAT TURUN Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online ~~
Jilid 1A (Perlis, Kedah, WP Putrajaya, SMS Machang Kelantan, Times)
Jilid 1B (Terengganu, Perak, Kuala Selangor, Kuching)
Jilid 2A (Negeri 9, Melaka, Kelantan, Johor)
Jilid 2B (MRSM, Pahang, Sabah)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



August 2nd, 2009 at 11:36 pm
saya sdg dlm proses menyediakan soalan percubaan pak. adakah soalan-soalan anchor boleh saya gunakan sebagai rujukan utk menyediakan soalan no 2,3,4,5, dan 6? ada soaln bkn dr tajuk anchor yg saya rasa boleh dijadikan soalan cth penyata penyesuaian bank, TPM dan tafsiran akaun kerana tajuk-tajuk ini sdh dua atau tiga thn tk keluar. bagaimana pndt cg. hrp mendapatkan sedikit panduan n tunjuk ajr asas panduan utk saya pilih tajuk.tq
August 2nd, 2009 at 11:38 pm
Ciknon,
Sila dapatkan Contoh Anchor Item SPM 2009 dan 2010 sebagai panduan dalam penyediaan soalan 2 dan 3. Saya juga bersetuju dengan 3 tajuk yang dipilih memandangkan sudah beberapa tahun tidak keluar dalam SPM.
August 6th, 2009 at 11:34 pm
Seperti tahun lepas pengumpulan soalan2 Percubaan setiap negeri melalui perkongsian pintar sesama rakan guru akan mula dilakukan setelah setiap negeri selesai mengadakan peperiksaan percubaan masing2.
Maklumat awal tentang tarikh peperiksaan percubaan prinsip perakaunan setiap negeri :
1. Kedah – 8 September 2009
2. Negeri Sembilan – 14 September 2009
3. Kelantan – 16 September 2009
Kerjasama dan sumbangan rakan2 guru amat2 dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.
August 11th, 2009 at 10:30 am
cg. bagitau la sket solan apa yang aik utk trial nie…rekod tak lngkap solan analisis naik x?
August 13th, 2009 at 6:27 pm
Nurzatul,
Soalan trial setiap negeri adalah tidak sama dan semua topik ada kemungkinan akan naik. Jadi adalah lebih baik bersedia awal, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, jangan hanya tumpukan kepada topik2 tertentu sahaja. Apa yang pasti Soalan 1 – adalah Dokumen Perniagaan.
August 18th, 2009 at 10:41 pm
tak sangka betul ar cg soalan anchor dari lcci susah…terutamanya tajuk kelab dan persatuan
August 18th, 2009 at 10:45 pm
Memang tidak dinafikan lebih susah sedikit berbanding dengan soalan tahun2 lepas. Soalan2 tersebut dibentuk sedemikian rupa bagi menguji kefahaman dan kemahiran perakaunan sebenar seseorang calon. Jadi perbanyakkan latihan dengan soalan2 sedemikian sebagai persediaan menghadapi soalan SPM 2009 nanti.
August 19th, 2009 at 9:50 am
Saya ingin kepastian. Adakah SPM tahun ini mula menggunakan sistem peraturan pemarkahan baru atau masih menggunakan PP lama? Terima kasih.
August 19th, 2009 at 10:48 am
Cg Habsah,
Bermula SPM 2008, soalan 2 dan 3 (anchor item) menggunakan skema pemarkahan ala LCCI, manakala soalan2 lain masih menggunakan cara lama.
August 19th, 2009 at 12:37 pm
Terima kasih banyak di atas penerangan cikgu. Saya bertanya dengan rakan yang sama mengajar di sini, beliau mengatakan masih menggunakan skema lama….Itulah yang saya nakkan kepastian. Bermakna kita kena pastikan pelajar tahu menyediakan penyata pendapatan itu dengan tepat. Jika salah satu maklumat tidak direkod dengan betul bermakna semuanya jadi salah. Maka tiada markahlah untuk soalan tersebut, betul tak? Ishh…. bahaya juga lah cara ini.
August 19th, 2009 at 12:38 pm
Cg Habsah,
Penyataan bahawa “Jika salah satu maklumat tidak direkod dengan betul bermakna semuanya jadi salah. Maka tiada markahlah untuk soalan tersebut” adalah tidak tepat sama sekali. Konsep pemberian markah masih sama dengan tahun2 lepas, sistem pemarkahan tidak akan berlaku zalim terhadap calon. Dalam setiap soalan banyak kemahiran yang diuji, jika satu silap maka markah tidak diberikan disitu tetapi kemahiran2 lain yang betul tetap akan diberikan markah.
August 19th, 2009 at 2:53 pm
cg narzuki adakah mengajar di sekolah negeri kelantan?
boleh tak banyakkan lagi muat turun latihan prinsip akaun?
kerana saya akan menduduki percubaan spm tidak lama lagi.
saya telah download latib tubi soalan di sini. dan ia banyak membantu. terima kasih. sertakan sekali skema bagi mudah untuk membuat rujukan. terima kasih banyak-banyak cikgu narzuki.
August 19th, 2009 at 3:04 pm
saya merupakan pelajar di sekolah (kuala terengganu)
apakah tajuk ramalan yang akan keluar untuk percubaan spm nanti bagi prinsip akaun?
kertas 1 dan 2. tolong beritahu cikgu kerana saya sangat lemah subjek akaun.
August 19th, 2009 at 3:06 pm
Debor,
Ya, Cg mengajar di Kelantan. Cg cadangankan muat turun soalan di Koleksi Trial 2007 dan 2008 untuk latihan dan persediaan menghadapi percubaan SPM. Di mana terdapat soalan2 kertas 1 dan kertas 2 serta sebahagian besarnya disertakan dengan skema pemarkahan.
Cg minta maaf kerana tidak ada topik2 ramalan. Apa yang boleh Cg perkatakan ialah kuasai soalan Dokumen, topik2 Anchor Item (iaitu Penyata Kewangan, Perkongsian, Kelab dan Persatuan, Rekod Tak Lengkap dan Ak kawalan) serta topik2 lain seperti Penyata Penyesuaian Bank, TPM, Ak Pengeluaran, Tafsiran Penyata Kewangan, dan lain2. Gunakan masa yang seadanya ini untuk cuba menguasai sebanyak mungkin topik2 yang ada. Sesungguhnya semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir anda dengan 1A.
August 23rd, 2009 at 12:13 am
cikgu,
adakah lembaran kerja tidak dalam sukatan lagi?kerana terdapat guru sekolah mengatakan telah terima taklimat daripada pihak berkenaan mengenai topik ini tidak akan keluar lagi dalam spm…
terima kasih..
August 23rd, 2009 at 8:30 am
Wong,
Merujuk kepada HSP yang akan digunapakai mulai 2010, memang betul topik lembaran kerja telah dikeluarkan.
August 23rd, 2009 at 2:00 pm
maksudnya, untuk tahun spm 2009,murid tidak perlu tumpukan perhatian atas lembaran kerja?atau spm 2010?
terima kasih cikgu
August 23rd, 2009 at 4:21 pm
Wong,
Pada tahun2 sebelum ini soalan Lembaran Kerja ditanya dalam soalan 2. Manakala mulai SPM 2008 – 2010 soalan 2 dan 3 merupakan soalan Anchor Item, di mana format lembaran kerja adalah tidak “diminati” untuk dimasukkan sebagai topik Anchor Item. Dan topik LK juga akan dikeluarkan daripada HSP mulai tahun 2010 nanti. Jadi berdasarkan perkara2 tersebut, ramai cikgu2 berpendapat bahawa kemungkinan besar soalan LK tidak akan dikeluarkan dalam soalan SPM (Kertas 2).
August 24th, 2009 at 1:26 pm
salam..cg..agk2 cg la kan..bpa marks tok dpt gred A akaun spm 2009.??cg agk2laa..
August 24th, 2009 at 1:27 pm
Ika,
Adalah lebih baik letakkan 80% sebagai target untuk mendapat gred 1A, walaupun gred sebenar mungkin lebih rendah.
August 25th, 2009 at 1:03 am
Hi Cikgu,
Adakah hanya 4 topik Anchor dpd LCCI iaitu Penyata kewangan, Perkongsian, Kelab & Rekod tak lengkap. Sekiranya benar, maka adakah benar soalan 2 & 3 mesti daripada 4 topik ini dan adakah soalan 4, 5 & 6 mesti daripada topik bukan anchor.
terima kasih cikgu.
August 25th, 2009 at 6:43 am
CW,
Akaun Kawalan juga adalah termasuk dalam Anchor Item.
Soalan 4, 5 dan 6 boleh juga diambil daripada topik2 tersebut, tetapi skema pemarkahannya tidak mengikut skema LCCI.
August 26th, 2009 at 11:24 pm
Hi cikgu,
bagaimanakah bentuk permarkahan LCCI. Bolehkah cikgu mendapatkan skema SPM 2008 soalan 2 & 3 (LCCI) dan aplikasikan dalam soalan simulasi anchor kerana saya tahu skema itu adalah sulit dan tidak baik untuk cikgu upload dalam internet.
Terima kasih.
August 27th, 2009 at 12:22 am
CW,
Boleh rujuk kepada cadangan skema SPM 2008 yang disediakan oleh Sifu2b melalui Blog Sifu Anda Menulis.
August 27th, 2009 at 5:39 pm
slm cg..sy pelajar prinsip perakaunan…masalah sy sekarang camnelah care nak ingat sume format soalan…
August 27th, 2009 at 5:40 pm
Hans,
Untuk ingat format, tiada siapa boleh tolong kecuali diri sendiri yang sungguh2 mahu ingat. Tulis berulang kali format tersebut, hafal dan perbanyakkan latihan.
September 2nd, 2009 at 9:57 am
salam,
saya akan hantar soalan mrsm kepada cikgu sperti thun lepas. terima kasih
September 2nd, 2009 at 3:00 pm
Salam,
Terima kasih di atas kesudian tersebut. Semoga usaha pengumpulan ini akan berjaya seperti mana tahun lepas.
September 8th, 2009 at 12:56 pm
saya akan solan negeri perak nanti.tq
September 8th, 2009 at 1:00 pm
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.
September 8th, 2009 at 3:52 pm
Berikut adalah soalan & skema percubaan P.Akaun dari Kedah 2009. Saya harap cikgu boleh hantar soalan dari negeri lain bagi saya
terima kasih
September 8th, 2009 at 3:54 pm
Berikut adalah skema dari kedah
September 8th, 2009 at 5:37 pm
Chuang,
Terima kasih kerana sudi sumbang soalan tersebut, tetapi buat masa ini saya masih belum terima, mungkin cara upload tak sempurna.
Caranya, tulis diruangan COMMENT, kemudian SELECT FILE, (tunggu sekejap) selepas keluar nama file yang diupload pada ruangan COMMENT, baru klik SUBMIT COMMENT. Jika tidak keluar nama file tersebut, ini bermaksud proses upload belum selesai lagi.
Ataupun Cg Chuang boleh hantarkan terus melalui EMAIL kepada saya.
Soalan2 negeri lain akan saya hantar melalui email sebaik saja saya terima soalan2 tersebut dari semasa ke semasa.
September 8th, 2009 at 9:17 pm
Percubaan P Perakaunan Kedah
1. Dokumen Perniagaan
2. Rekod Tak Lengkap (Kaedah Analisis)
3. Pembubaran perkongsian
4. Persamaan perakaunan
5. Analisis penyata kewangan
6. Kos Volum Untung.
September 8th, 2009 at 10:15 pm
Terima kasih atas maklumat tersebut dan soalan yang telah disumbangkan.
September 9th, 2009 at 12:56 am
Mungkin cara upload saya tak sempurna. Sila rujuk email saya yang saya masukkan alamat bagi cikgu download.
Terima Kasih
September 9th, 2009 at 10:31 am
Cikgu….. untuk negeri Sarawak tidak ada soalan peringkat negeri begitu juga bahagian Kuching tidak ada set soalan seragam. Soalan di sediakan oleh sekolah masing-masing sahaja. Harap dapat berkongsi soalan percubaan negeri2 lain di semenanjung dan sabah. Terima kasih.
September 9th, 2009 at 4:45 pm
Cg Chuang,
Terima kasih saya ucapkan, sila dapatkan set2 soalan daripada KOLEKSI TRIAL 2009 melalui email cikgu.
Cg Awang,
Saya difahamkan Sabah, Sarawak dan Selangor (kalau tak silap) memang tiada soalan yang diselaraskan untuk peringkat negeri. Oleh itu cikgu boleh juga hantarkan set soalan lengkap peringkat Sekolah / PPD untuk dikongsikan bersama.
Koleksi Trial 2009 ini akan saya sebarkan kepada semua rakan guru apabila kesemua set soalan telah berjaya saya kumpulkan, cuma kepada penyumbang2 soalan akan diberikan keutamaan untuk dapat terlebih dahulu.
September 9th, 2009 at 10:20 pm
semoga kita semua dapat memanfaatkan sepenuhnya semua kertas peperiksaan percubaan bersama spm ini untuk faedah semua pelajar bagi menghadapi format peperiksaan prinsip perakaunan pada tahun ini yang berbeza sedikit berbanding dengan tahun sebelumnya.
cikgu rosli bin hamid
smk dato’ jaafar hassan
perlis.
September 9th, 2009 at 10:22 pm
Terima kasih atas pandangan dan sumbangan soalan saudara, cuma sehingga hari ini saya masih belum terima mungkin esok akan sampai. InsyaAllah.
September 10th, 2009 at 10:30 pm
Soalan Sabah dari SMK Putatan, seperti biasa akan dikongsi selepas selesai percubaan SPM, lepas minggu cuti raya.
September 10th, 2009 at 11:15 pm
Terima kasih atas kesudian tersebut.
September 11th, 2009 at 12:35 pm
soalan daerah kuala selangor akan sy poskan kemudian
September 11th, 2009 at 12:39 pm
Didahului dengan ucapan terima kasih.
September 11th, 2009 at 12:56 pm
sy dah emelkan soalan dan skema daerah kuala selangor…
September 11th, 2009 at 1:12 pm
Cg Oumie,
Terima kasih saya ucapkan, sila dapatkan set2 soalan daripada KOLEKSI TRIAL 2009 melalui email cikgu.
September 12th, 2009 at 12:13 pm
Cikgu,
Berikut ialah soalan 1 dan 2 trial exam state kedah.
soalan 1
Berikut adalah ciri-ciri satu perniagaan
- Liabiliti pemilik tidak terhad
- Didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Keuntungan diagihkan di antara ahli-ahlinya
Perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?
A. Azie Auto Sdn Bhd
B. Kedai Runcit Salleh
C. Bidadari Life Assurance Berhad
D. Syarikat Haji Yusof dan Rakan-rakan
Jawapan yang diberi: C
Bukankah jawapan sepatut D
tq
September 12th, 2009 at 12:14 pm
Gayathri,
Ada kekeliruan/ralat dalam Soalan 1 berkaitan ciri2 perniagaan. Pada pandangan saya LIABILITI PEMILIK TIDAK TERHAD sepatutnya ditukarkan dengan LIABILTI PEMILIK TERHAD. Baru menepati ciri-ciri SYARIKAT BERHAD, iaitu jawapannya C.
September 12th, 2009 at 12:17 pm
Soalan 2.
Encik Muthu, seorang peruncit, tidak merekodkan bayaran insurans peribadinya ke dalam buku perniagaannya.
Konsep perakaunan apakah yang merujuk kepada pernyataan di atas?
A. Materialiti
B. Pemadanan
C. Entiti berasingan
D. Badan berterusan
Jawapan yang diberi: D
Bukankah jawapan sepatutnya C
Tq
September 12th, 2009 at 12:18 pm
Gayathri,
Saya setuju dengan jawapan anda iaitu C: Entiti Berasingan.
September 12th, 2009 at 1:00 pm
Cikgu Narzuki..
Cikgu, saya tak pandai tentang cara upload yang telah didedahkan kepada cg Chuang pada 08.09.09. Bolehkah saya dapatkan email cikgu supaya saya boleh emailkan soalan dan skema jawapan negeri JOHOR pada hari Jumaat (18.09.09).. Thanks…
September 12th, 2009 at 1:05 pm
Cg Lst,
Terima kasih saya ucapkan kerana kesudian menghantarkan soalan Percubaan Johor 2009. Sila emailkan kepada narzuki@gmail.com.
September 12th, 2009 at 3:36 pm
Cikgu Narzuki,
modal kerja RM20 000 (1+1OF)
Apa maksud (1+1OF)?
Tq
September 12th, 2009 at 5:28 pm
Gayathri,
Modal Kerja biasanya diberikan (1OF) sahaja.
Manakala Kos Jualan diberikan (1W+1OF)
Item pelarasan yang melibatkan pengiraan 2-3 langkah biasanya akan diberikan (1+1OF).
(1+1OF) bermaksud jika betul seperti skema jawapan akan diberikan 2 markah. Manakala jika angka pelarasan yang diberikan tidak sama dengan skema, dan Gerak Kerja ditunjukkan serta memenuhi syarat2 tertentu yang ditetapkan dalam skema, maka akan diberikan (1OF) iaitu 1 markah untuk gerak kerja.
September 13th, 2009 at 3:08 pm
terima cikgu, apa maksud singkatan OF?
September 13th, 2009 at 5:04 pm
Maksud OF – Own Figure / Angka Sendiri.
September 13th, 2009 at 6:39 pm
tq very much
September 13th, 2009 at 10:10 pm
salam cikgu, buku yg cikgu uar-uarkan itu, cam ne nak bayar?? yg ada jilid 1 n jilid 2 kalu saya x silap…
September 13th, 2009 at 10:11 pm
Habeeba,
Dapatkan maklumat lanjut di SINI dan tunggu email daripada Cg.
September 17th, 2009 at 11:26 pm
can i have a set of kertas percubaan SPM 2009 negeri selangor?
September 17th, 2009 at 11:33 pm
Tiong,
Dapatkan maklumat lanjut di SINI dan tunggu email daripada Cg.
September 18th, 2009 at 7:55 am
nk minx soaln trial 2009 dr sek sbp dan mrsm
September 19th, 2009 at 3:19 pm
salam cg,
kecuali soalan anchor 2009 & 2010, cg ada x soalan-soalan LCCI yg lain?
September 21st, 2009 at 3:29 pm
salam cg,
selepas sy menduduki trial, sy x ada keyakinan akan dpt sijil LCCI.. sebab dlm trial ni bentuk soalan rekod x lengkap tu sy langsung x dpt dlm buku rujukan.. Adakah SPM nanti, mungkin x LCCI keluar bentuk soalan yg dpt dlm buku?
September 21st, 2009 at 3:44 pm
maaf soalan tadi ada ketinggalan..
Adakah SPM nanti, mungkin x LCCI keluar bentuk soalan yg x dpt dlm buku?
September 21st, 2009 at 4:55 pm
Teh,
Buku teks dan buku rujukan yang ada diparasan sekarang masih lagi mengunakan format/gaya penyoalan yang lama, terutamanya bagi topik2 anchor item. Tetapi bagi topik Rekod Tak Lengkap bagi kaedah analisis sebenarnya telah ada ditunjukkan dalam buku teks, cuma sebelum ini tidak pernah ditanya dalam SPM saja.
Contoh2 soalan bagi topik2 anchor item dan jawapan bagi SPM tahun 2009 dan 2010 yang dikeluarkan oleh LPM telahpun Cg sediakan, iaitu di bahagian C-MUAT TURUN SOALAN.
September 22nd, 2009 at 10:19 pm
salam….
saya ingin dapatkan jilid 1 dan jilid 2 soalan percubaan.
terima kasih atas usaha cikgu mengumpulkan soalan-soalan berikut untuk membantu pelajar-pelajar.
Ting Sing Kiu
SMK Kwong Hua
P.O.Box 1063
96008 Sibu
Sarawak
tskiu3005@yahoo.com
September 23rd, 2009 at 5:40 pm
cikgu macam mana nak dptkan soalan percubaan 2009
September 26th, 2009 at 9:49 pm
assalamualaikum.. tahniah atas usaha cikgu mengkomplikasikan soalan2 trial untuk kemudahan guru2 dan anak2 didik kita. saya amat berminat untuk mendapatkan koleksi tersebut.
nama: yusra yahaya
sekolah: SMK seksyen 10 kota damansara, petaling jaya selangor
email: yusrayahaya@gmail.com
terima kasih
September 26th, 2009 at 10:29 pm
Cikgu, saya amat berminat terhadap soalan Trial dari negeri-negeri lain. Terima kasih kerana cikgu sudi mengorbankan tenaga dan masa untuk membantu anak-anak murid.
Nama: Low En Hui
Status: Pelajar
Sekolah: SMK Bandar Baru Batang Kali
email: ices9328@yahoo.com
September 28th, 2009 at 6:05 pm
Tahniah dan terima kasih atas usaha gigih dan pengorbanan cg yang teramat…dalam memastikan subjek ini terus unggul dalam negara kita. Semoga usaha dan pengorbanan cg diberkati Allah swt dan semoga cg teruskan usaha murni cg ini.
Terima kasih
September 29th, 2009 at 4:56 pm
saya dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan cikgu yang tak ternilai harganya untuk kemajuan mata pelajaran prinsip perakaunan spm 2009. Semoga usaha murni ini diteruskan untuk faedah semua.
cikgu rosli bin hamid
smk dato’ jaafar hassan,
perlis.
September 29th, 2009 at 7:03 pm
Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda dan rakan2 guru sekalian.
October 3rd, 2009 at 8:56 pm
salam
cg narzuki,
saya berminat dengan koleksi2 soalan percubaan prinsip akaun 2009. saya mengajar di kuching sarawak. masalahnya disini spt yg cikgu maklumkan, hanya untuk mp teras sahaja selaras. soalan trial utk mp elektif disediakan oleh guru mp masing..dan utk prinsip perakaunan, saya yang buat sndiri. saya juga xada pengalaman mengajar prinsip perakaunan walupun opsyen saya akaun. sebelum ni sya hanya mengajar perdagangan. jd saya fikir, mungkin soalan yang saya buat x setanding soalan trial negeri2 lain.
October 3rd, 2009 at 9:29 pm
Cg Wan Masitah,
Sekarang ini usaha pengumpulan soalan2 telah saya hentikan kerana kesemua soalan negeri yang mengadakan peperiksaan selaras peringkat negeri telah berjaya dikumpulkan. Tetapi sekiranya Cg Wan masih ingin menyumbangkan soalan sekolah tersebut, saya masih terima untuk simpanan saya, cuma tidak sempat dimasukkan dalam Koleksi Trial 2009 yang telah siap saya jilidkan.
October 3rd, 2009 at 10:00 pm
salam, saya dah hantar emel kepada cikgu tetapi tidak berjaya. jadi jalan terakhir saya harapkan untuk berjaya mendapatkan soalan-soalan ini dengan cara ini. harap ikgu dapat menolong saya dengan menghantarkan jilid 1 dan 2 kepada saya.
nama: alina ridwan
status : pelajar
sekolah ; sekolah menengah teknik alor setar
emel – alinakimy@yahoo.com
October 4th, 2009 at 11:30 am
salam cikgu..
sy dh try nk download soalan spm tahun2 lepas yg tak ada dlm buku CERDIK.. tp kenapa x boleh lg..
October 4th, 2009 at 6:21 pm
Cuba lagi, sepatutnya tiada masalah untuk muat turun.
October 4th, 2009 at 6:23 pm
Adakah topik lembaran kerja dan buku tunai runcit masih penting dalam peperiksaan SPM?
terima kasih
October 4th, 2009 at 6:51 pm
Bagi Cg apa yang ada dalam sukatan pelajaran ianya penting untuk dipelajari. Samada akan keluar dalam soalan SPM atau tidak Cg tidak pasti, cuma kebanyakan cikgu2 menyatakan Lembaran Kerja mungkin tidak akan dikeluar dalam soalan SPM pada tahun ini, kerana topik tersebut akan dikeluarkan daripada sukatan pelajaran pada tahun hadapan. Tetapi Buku Tunai Runcit masih lagi dikekalkan dalam sukatan baru, jadi kena berikan perhatian. Itu saja pandangan yang dapat Cg berikan.
October 4th, 2009 at 10:02 pm
Cikgu,
Lembaran kerja akan dikeluarkan dari sukatan pada tahun 2010 atau 2011?
tq
October 5th, 2009 at 12:06 am
Terima kasih kerana cikgu dpt korbankan tenaga dan masa untuk membantu anak-anak murid kita dgn jayanya. Alhamdulilah,thn lps sy telah gunakan soalan yg cgu kumpulkan utk thn 08, hasilnya amat memuaskan dlm spm 08. Jd utk thn ini juga sy amat bhrap soalan tryer 09 dpt cgu emailkan.
email:qqwer998@yahoo.com
cgu safuan md sahimi
maahad muhammadi lelaki,kb.kel.
October 5th, 2009 at 1:06 am
Gayathri,
Sukatan Semakan Semula akan mula dikuatkuasakan kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2010 nanti.
October 5th, 2009 at 11:10 pm
akum, tahniah di atas usaha cemerlang anda. harap dapat kongsi soalan percubaan 2000
nama : azlan behadin
status: guru
sekolah: smk tun aminah,batu pahat
emel:abnalza77@yahoo.com
October 6th, 2009 at 10:28 pm
Salam, terima kaih kerana kesanggupan tuan untuk mengumpulkan semu soalan tersebut. Saya berharap tuan boleh berkongsi dengan saya soalan tersebut..
October 6th, 2009 at 10:30 pm
nama : zubaidah zamri
status: pelajar
sekolah: smk seri pengkalan, alor gajah
emel: zue_teady@yahoo.com
October 6th, 2009 at 11:02 pm
terima kasih kerana usaha mengumpulkan soalan2 percubaan spm 2009. tolong emailkan kepada saya jilid 1 dan jilid 2
October 7th, 2009 at 11:27 am
boleh e-mail soalan percubaan 2009 kepada saya ? winniethepooh_923019@hotmail.com
October 7th, 2009 at 11:52 am
a/kum,
minta tolong cikgu emailkan kepada saya koleksi percubaan negeri 2009.
semoga jasa baik cikgu dirahmati Allah…
October 7th, 2009 at 2:34 pm
tahniah buat cikgu…semoga guru dan pelajar mendapat manafaat bersama. Mohon kerjasama cikgu untuk emelkan soalan percubaan. Terima kasih
October 7th, 2009 at 5:11 pm
saya pelajar SMK Dato Penggawa Barat Pontian Johor
Mohon kerjasama cikgu emailkan soalan-soalan percubaan negeri Lain, terima kasih.
October 7th, 2009 at 5:30 pm
tahniah cikgu.
semoga perkongsian ilmu ini akan memberi manfaat untuk semua.
saya juga ingin memohon kerjasama cikgu untuk e-meil kan koleksi soalan trial 2009.
terima kasih.
October 7th, 2009 at 5:52 pm
bolehkah cikgu emelkan soalan-soalan trial kepada saya?terima kasih.
October 7th, 2009 at 6:24 pm
salam…boleh e-mail kpd saya koleksi trial 2009 jilid 1 n 2?Terima kasih atas jasa baik cikgu…
October 7th, 2009 at 11:59 pm
salam cikgu….saya pelajar victoria institution mengharapkan cikgu dapat e-mail kepada saya koleksi trial spm 2009 jilid 1 n 2…jasa cikgu amat saya hargai…
October 8th, 2009 at 10:57 am
salam. Minta jasa baik cikgu emailkan koleksi soalan trial 2009. Jasa cgu amat saya hargai. Terima kasih.
October 8th, 2009 at 3:07 pm
salam cgu… leh x anta koleksi trial spm 2009 untuk dikongsi??????????
tq
October 9th, 2009 at 10:50 am
leh tak cikgu mintak trial MRSM. soalan dan skema.
October 9th, 2009 at 6:58 pm
nama: nur anis farhana
status: pelajar
sekolah: smk agama perempuan,kangar.
email:menantudatukk@yahoo.com
cikgu boleh emailkan soalan yrial 2009 jilid 1 dan 2 tak..
terima kasih cikgu..
October 10th, 2009 at 12:37 am
Salam CG… Saya ada terdengar yang cg akan pergi ke Maahad Muhammadi Lelaki pada Khamis hadapan… Mmg best la kalau cg datang ke sekolah saya…… Boleh saya dapatkan koleksi soalan trial negeri??
Nama : izxfar
Status : calon SPM 2009
Sekolah : Maahad Muhammadi Lelaki
e-mail : izxfar@gmail.com
October 10th, 2009 at 12:53 am
X-FaR,
InsyaAllah jika tiada apa2, Khamis 15 Oktober 2009 nanti Cg akan ke sana bagi memenuhi jemputan Cg Safuan.
October 10th, 2009 at 8:58 am
nama : nur amirah
status: pelajar
sekolah: SMK Tmn Setiawangsa
emel: amira9292@yahoo.com
October 10th, 2009 at 11:43 am
Assalammualaikum..
Boleh x cikgu e-mailkn soalan2 koleksi SPM 2009 dan soalan2 trial Selangor..
mohon kerjasama drpd cikgu..TQ..
October 10th, 2009 at 2:38 pm
terima kasih cikgu atas jasa baik cikgu…. hanya Allah yang boleh membalas jasa baik cikgu……
October 10th, 2009 at 3:31 pm
assalamualaikum…
Boleh x cikgu e-mailkn soalan2 koleksi SPM 2009
mohon kerjasama drpd cikgu..TQ..
October 10th, 2009 at 3:38 pm
mcm ne nak dapat kan saolan tsial jilid 1 & 2
October 11th, 2009 at 7:33 pm
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online, sila ke SINI.
October 17th, 2009 at 12:56 am
cikgu,
macam mana nak download soalan2 trial 2009?
saya tak tahu dimana nak download.
thns
October 18th, 2009 at 8:26 pm
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online, sila ke SINI.
October 19th, 2009 at 9:24 am
Cg, blh saya tanya…persamaan perakaunan ada keluar dalam SPM ke??? saya tengok soalan2 tahun lepas tak nampak pun ada soalan persamaan perakaunan…..
cg boleh tolong listkan soalan yang biasa keluar dalam SPM kecuali dokumen….terima kasih…
October 19th, 2009 at 12:57 pm
Alice,
Memang soalan persamaan perakaunan pernah keluar dalam soalan SPM. Boleh dikatakan semua topik pernah keluar dalam soalan peperiksaan SPM. .. Apa2 topik yang ada dalam sukatan pelajaran, maka ada kemungkinan akan dikeluarkan dalam soalan peperiksaan SPM.
October 19th, 2009 at 2:27 pm
saya tahu topik2 dalam sukatan pelajaran akan dikeluarkan…tapi kertas 2 biasa tengok keluar dokumen, perkongsian, rekod tak lengkap….
persamaan perakaunan pernah keluar dalam kertas 2 ??? tapi saya tengok soalan kertas 2 SPM 2004-2008, tak nampak ada soalan persamaan perakaunan…minta maaf, tadi tak tulis ‘kertas 2′ saya cuma nak tahu topik yang biasa keluar dalam kertas 2… terima kasih
October 19th, 2009 at 7:38 pm
Alice,
Sila rujuk Analisis SPM 1993-2008 (Kertas 2), anda boleh perhatikan sendiri topik2 yang biasa dikeluarkan.
Tetapi perlu ingat topik yang selalu keluar tidak semestinya akan keluar lagi, dan topik yang lama tidak keluar mungkin juga akan dikeluarkan pada tahun ini.
October 21st, 2009 at 4:13 pm
rekod tk lengkap susa! =(
October 21st, 2009 at 5:11 pm
Aisyah,
Cuba kenal pasti beberapa perkara yang perlu dicari terlebih dahulu berdasarkan maklumat Baki awal, Baki akhir dan Buku Tunai yang diberikan. Serta ingat format2 yang terlibat.
Setelah mengetahui apa yang perlu dicari serta cara pengiraaannya, maka ianya akan menjadi lebih mudah.
October 25th, 2009 at 10:52 am
askum.. cikgu..sy perlukan koleksi trial ini..terma kasih
October 25th, 2009 at 1:35 pm
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online, sila ke SINI.
October 29th, 2009 at 8:44 pm
salam,ckgu…sy nk download soalan trial perak…lpas klik dkat koleksi trial 2009 cg narzuki online..lpas tu nak download mcm mna ckgu
October 29th, 2009 at 9:39 pm
salam cikgu…cikgu ada target apa2 soalan x utk spm tahun ni?
October 29th, 2009 at 9:42 pm
salam..cikgu, ada skema jawapan akaun kertas 2 negeri perak dan kelantan x? cam na nak download?
October 30th, 2009 at 1:32 am
Anim,
Selapas klik “Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online”, pilih / klik pula pada “Koleksi Trial 2009 CNO JILID 1B” yang mengandungi soalan2 dari negeri Terengganu, Perak, Kuala Selangor dan Kuching.
ATAU klik DISINI, tunggu kemudian “Click here to start download..” dan save dimana2 yang difikirkan sesuai.
Asma,
Download semua Koleksi tersebut menggunakan panduan yang Cg nyatakan diatas ini.
October 30th, 2009 at 10:11 am
salam…cikgu, skema jawapan akaun kertas 2 negeri kelantan ada x?
October 30th, 2009 at 10:52 am
Asma,
Dalam “Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online – Jilid 1A, 1B, 2A dan 2B” tersebut mengandungi soalan Kertas 1, Kertas 2 dan juga skema jawapan bagi setiap negeri.
October 30th, 2009 at 11:44 am
cikgu sy mau kerja bahagian akaunter….ap2 sje b,kaitan akaun asal kn mudah dpt kerja apbla tmat university nanti,blh cikgu tlg bg sdkit cdangan,
October 30th, 2009 at 11:45 am
Wan,
Asalkan dapat keputasan yang diperolehi Cemerlang dan menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi (BM, BI, …), kemahiran ICT dan lain2. InsyaAllah akan mudah dapat kerja. Tetapi kalau kelulusan setakat cukup makan dan tiada apa2 kemahiran lain, maka susahlah sikit nak dapat kerja, kecuali bekerja sendiri.
October 30th, 2009 at 9:35 pm
cikgu.
saya tlh cuba buatkan semua soalan hampir semua negeri.cikgu,”kenapa pulangan jualan RMXXX terlupa catat dlm buku” tdk dimasukkan ke dlm akaun kawalan penghutang?saya mendahulukan dgn terima kasih.
October 30th, 2009 at 10:06 pm
Shirley,
Cg telah memberikan komen berhubung dengan perkara tersebut di page Rekod Tak Lengkap. (sila klik)
November 3rd, 2009 at 5:40 pm
cikgu adakah btul kate orang agak sdkit rumit nak dapat kerja bg kaum melayu utk berkerja bhgian akaun???kbnyakan kaum cina dan india yg rmai mgambil bhgian ini…..sy brasa rsau dg hlatuju sy ble dgr kate2 itu,
November 3rd, 2009 at 6:22 pm
cikgu sy tlh bt soalan trail johor,pd 1 jan 2008,kenderaan[berkos 20000] jmlah kenderaan pd 1 jan 2008 yg sdia ada ialah 11000,dan akhir tahun dssut nlai 10% ats kos,yg sy sllu bt ltihan sy akan tambah ssut nlai dg ssut nlai yg sdia ad iaitu 2000+11000 ble bt k.k.k,tp knpe dlm jwapan jilid tidak tambah dg 2000,,,blh cikgu tlg huraikan??
November 3rd, 2009 at 6:23 pm
Wan,
Dalam pemilihan pekerja oleh majikan, selain kelulusan akademik yang baik kriteria2 lain yang akan dinilai ialah penampilan diri, kemahiran interpersonal, komitmen serta keupayaan menjalankan tugas yang diamanahkan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila baca buku “Kerjaya Dalam Bidang Perakaunan” tulisan Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim terbitan PTS Professional. Banyak tips dan panduan yang berguna berkenaan kerjaya dalam bidang perakaunan.
Sebenarnya apa yang telah Wan faham tentang pelarasan susut nilai sudah betul, cuma Wan tidak faham disebalik maklumat yang diberikan.
Baki pada 1 Januari 2008:
Kenderaan (Kos RM20,000) ………. RM11,000
Ini bermaksud Nilia Buku pada 1 Jan 2009 ialah RM11,000, iaitu :
Kenderaan (kos) …… RM20,000
(-) PSN kenderaan …… RM9,000
Nilia Buku ……………… RM11,000
Pelarasan Susut nilai bagi tahun 2008 ialah RM2000.
Maka PSN dalam KKK = 9,000 + 2,000 = RM11,000 (seperti dalam skema)
Nilai RM11,000 bukannya diambil daripada baki 1 jan 2008, cuma nilainya kebetulan sama.
November 7th, 2009 at 9:43 am
salam..cikgu, kenapa dlm dokumen sumber. invois asal boleh masuk dlm jurnal am? bukannya masuk dlm jurnal belian ke?
November 7th, 2009 at 11:34 am
Asma,
Invois / Nota Debit
1. Jika BARANG NIAGA – Jurnal Jualan / Jurnal Belian
2. Jika BUKAN BARANG NIAGA – Jurnal Am
November 7th, 2009 at 12:16 pm
ok
November 9th, 2009 at 9:52 pm
Cikgu.Macam mana nak download soalan percubaan 2009?saya mengalami sedikit kesukaran
November 10th, 2009 at 9:10 am
Klik saja di LINK yang diberikan diatas samada, Jilid 1A, 1B, 2A atau 2B. ….. tunggu sekejap ….. klik “download” …. kemudian SAVE dalam folder yang dipilih.
November 11th, 2009 at 1:26 pm
salam cg.tlg gtw tajuk penting yg dberi prhatian tuk spm nti.
tanx
help!!!
November 11th, 2009 at 1:28 pm
e,
Semua topik adalah penting dan perlu diberikan perhatian. Gunakan masa yang seadanya ini untuk menguasai satu per satu topik yang ada.
“Semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir dengan A+”. Semoga Berjaya.
November 16th, 2009 at 10:13 pm
terima kasih cikgu kerana upload kertas-kertas percubaan prinsip akaun
November 20th, 2009 at 7:19 pm
lembaran kerja dh x klr lg kan….
November 22nd, 2009 at 11:41 am
Nadzirah,
Kemungkinan besar tidak dikeluarkan lagi.
June 20th, 2010 at 9:48 am
salam,cg. tlg pos kan soalan trial p.akaun 2009 [smua ngeri]
di email sy..
yoonsora.cutegirlz@gmail.com
plez cg…..
June 23rd, 2010 at 5:37 pm
Cg,apakah tajuk yg akan keluar dalam upsr nanti dalam pelajaran teras tersebut?
June 23rd, 2010 at 5:53 pm
Maaf, diluar pengetahuan Cg.
June 30th, 2010 at 10:08 am
hai cikgu narzuki i dah cuba banyak kali untuk download koleksi trial tetapi tak boleh. i perlukan bantuan cikgu sila email ke kalaianand@rocketmail.com. terima kasih
June 30th, 2010 at 2:11 pm
salam, cikgu berminat nak menulis buku dengan penerbit tak?
terima kasih
July 1st, 2010 at 8:58 pm
salam ckg, saya dh cuba berkali2 utk download soalan trial spm 2009, tp x berjaya…boleh x ckg email kn ke razana05@yahoo.com, tima ksh
July 1st, 2010 at 9:00 pm
Kalai & Razana,
Cuba muat turun sekali lagi.
July 3rd, 2010 at 8:25 am
salam ckg, saya dh berjaya download soalan tu, tp takde skema ya ckg.. di mana nk dptkan skemanya ?
July 3rd, 2010 at 8:34 am
Boleh dapatkan dalam folder Skema2009.
August 2nd, 2010 at 10:11 pm
salam cikgu…
sy mohon brtanya, ad x soalan2 yg berkemungkinan masuk dlm peperiksaan spm(spot)? sbb sy risau x dpt nk fokus sgt… subjek lain pon ad byk dan byk lg blum cover…
jd sy hrp dpt fokus utk soalan spot… itupun jikalau ad…
sekian.. terima kasih ckgu…
August 2nd, 2010 at 10:15 pm
Salam,
Maaf Cg tiada soalan spot, cuba cover sebanyak mungkin, kemudian cuba jawab soalan2 percubaan daripada negeri lain nanti.
August 14th, 2010 at 9:12 pm
cikgu…saya ada download soalan2 trial yg cikgu kumpulkan 2…tapi saya tak nampak skema jawapannya pun..
August 14th, 2010 at 9:15 pm
Aina,
Ada, cuba sekali lagi… cari folder Skema.
September 2nd, 2010 at 1:09 am
ok cikgu..thankz ye cikgu…cikgu banyak membantu saya..(n______n)
September 5th, 2010 at 2:39 pm
thanks cgu….doakan sye sem0ga brjya dlm spm 2010 ni k
September 5th, 2010 at 3:02 pm
Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2010 nanti.