Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja
May 8th, 2008 — Cg NarzukiMembicarakan masalah yang timbul berkaitan dengan topik ALEHB.

Membicarakan masalah yang timbul berkaitan dengan topik ALEHB.
| NW on KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM & PERAKAUNAN STPM 2010 |
| Cg Narzuki on Pengecaman |
| zerra on Pengecaman |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| lala on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on Prinsip Perakaunan SPM |
| naqya on Prinsip Perakaunan SPM |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| someone who want to know on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cikgu murni on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| ishakkkk on Soalan Percubaan SPM |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cikgu murni on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cikgu murni on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| moon on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Alice on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on GURU PRINSIP PERAKAUNAN 1Malaysia |
| ngu kee shing on GURU PRINSIP PERAKAUNAN 1Malaysia |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Nisa on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| ns on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| fatin on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on Tip Peperiksaan |
| liza on Tip Peperiksaan |
| jasmine on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| Cg Narzuki on Pengecaman |
| dunno on Pengecaman |
| Cg Narzuki on Koleksi Trial 2009 |
| girl`z students langkawi on Koleksi Trial 2009 |
| Cg Narzuki on Imbangan Duga |
| iwan on Imbangan Duga |
| Cg Narzuki on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| jasmine on KERTAS 3 - KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 |
| cva on TPM : Analisis Kos Volum Untung |
| Cg Narzuki on TPM : Analisis Kos Volum Untung |
May 8th, 2008 at 10:52 am
Nak tanya, saya keliru dengan simpanan tetap. Nak masukkan dalam aset semasa atau aset bukan semasa dan kenapa..
May 8th, 2008 at 10:53 am
Aida, awak ni pelajar SPM ke? Anyway, simpanan tetap atau deposit tetap atau akaun simpanan tetap adalah dalam kelas aset semasa. Kenapa? Ini kerana ia masih boleh diubah kembali kepada tunai dengan mudah, seperti juga akaun simpanan di dalam bank yang lain-lain spt akaun simpanan biasa dan akaun simpanan semasa (usually lebih kerap di panggil akaun semasa sahaja, current account- bahasa jurubank).
Ringkasnya, mana-mana akaun simpanan di dalam bank, selagi ia boleh ditukar kembali kepada tunai dalam tahun semasa/tahun perakaunan, maka ia mesti dilaporkan di dalam Akaun semasa.
Harap ini dapat membantu Aida.
May 8th, 2008 at 10:53 am
SIMPANAN TETAP
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Simpanan tetap merujuk kepada simpanan wang yang dibuat untuk tempoh yang tetap seperti 1, 3, 6 dan dalam gandaan 3 bulan dan biasanya maksimum sehingga 15 bulan di institusi perbankan. Untuk simpanan tetap perbankan konvesional kadar faedah telah ditetapkan semasa penyimpan mula membuat simpanan itu, dan biasanya ia lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa.
Terdapat had pelaburan minimum untuk simpanan tetap. Sebagai contoh, di Malaysia had ini untuk simpanan sebulan biasanya RM5,000 dan untuk 3 bulan dan ke atas cuma RM500, tetapi jumlah sebenar bergantung kepada bank berkenaan. Simpanan tetap tidak boleh dikeluarkan sebelum tempohnya.
Simpanan tetap hanya boleh dilakukan di institusi kewangan yang berdaftar dan disahkan oleh bank pusat negara di mana institusi kewangan itu beroperasi.
May 8th, 2008 at 10:54 am
actually saya tanya untuk anak buah saya sbb cikgu dia ajar masukkan dalam aset bukan semasa. Masa belajar dulu saya rasa aset semasa. sama macam pandangan sifu. tapi bila cgu tu cakap dia rujuk buku, saya pun confuse jua. terima kasih atas confirmation sifu.saya suka laman sifu ni, boleh belajar balik dan dok berangan nak buat tuisyen kat anak-anak buah.
May 8th, 2008 at 10:54 am
Simpanan Tetap boleh dikelaskan sebagai Aset Semasa ataupun Aset Bukan Semasa bergantung kepada tempoh matang skim simpanan tetap yang ambil. Sekiranya tempoh matangnya kurang daripada 1 tahun maka ianya akan dikelaskan sebagai Aset Semasa, jika melebihi tempoh setahun maka dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa.
Pada kebiasaannya, syarikat kecil akan melabur dalam Skim Simpanan Tetap yang kurang daripada 1 tahun bagi mendapatkan bayaran faedah dalam jangka pendek. Manakala syarikat besar pula memilih skim simpanan tetap yang lebih daripada setahun bagi mendapat hasil daripada faedah untuk jangka panjang.
Oleh itu dalam menentukan samada Aset Semasa atau Aset Bukan Semasa, haruslah dikenalpastikan terlebih dahulu tempoh matang skim simpanan tetap yang diambil.
May 8th, 2008 at 11:00 am
Cg Narzuki sekiranya tidak dinyatakan tentang tempoh simpanan tetap tersebut maka adakah ia boleh diletakkan sama ada sebagai aset semasa atau aset bukan semasa? sebenarnya apa yang mengelirukan pelajar ialah perkataan “tetap” itu kerana aset bukan semasa juga dianggap sebagai aset tetap yang nilainya tidak mudah berubah. betulkan saya jika saya silap Sfu or cikgu Narzuki. thanks.
May 8th, 2008 at 11:01 am
Kepada semua,
Akaun Simpanan tetap hendaklah dilaporkan di dalam Akaun Semasa mengikut amalan pelaporan kunci kira-kira standard. Walaupun tempoh masa melebih setahun, ia tetap dianggap akaun semasa sama seperti instrument asal-tunai. Ia diterimapakai sekian lama di Malaysia dan di luar negara juga. Di Amerika contohnya, Akaun simpanan tetap dikenali sbg CD atau Certificates of Deposits. CD termasuk dalam kategori Deposit Bertempoh atau Time Deposit. Mengikut amalan, CD atau Time Deposit ini dilaporkan sbg AKaun Semasa.
Kpd pelajar SPM mahupun STPM, kita harus mengajar mrk pengkelasan standard spt ini. Pemahaman bahawa simpanan tetap bagi tempoh lebih 12 bulan sbg aset tetap/aset bukan-semasa tidak disesuai dalam kes ini, krn dari segi perbankan pun, walaupun syarikat menyimpan dlm Ak. Simp. Tetap bagi tmph 24 bln/36bln/ hingga maks. 60 bln, penyimpan tetap berhak menukarkan sijil tsbt kpd tunai bila-bila masa dlm tahun perakaunan, tanpa halangan. Apa yg hilang hanyalah hasil dari faedah simpanan tetap yang tidak akan dibayar krn pengeluaran pra-matang.
So, mengikut MASB (SPM tak perlu kisah benda ni, STPM mgkn perlu tahu), panduan penyediaan kunci kira-kira, syarikat dibenarkan melaporkan tunai di dalam bank, tunai dlm simpanan tetap, dll di bawah satu heading, Deposits with Licensed Bank, dan ia dipanggil juga ‘Cash and Cash Equivalent’.
Masalahnya dlm silibus SPM pula, tidak ada kejelasan yang meyakinkan, apatah lagi bab khusus ttg perkara sebegini. Oleh itu, nasihat Cg narzuki hendaklah terpakai. Sifu sendiri mengajar pelajar disimpan dlm Akaun Semasa. Tetapi sejujurnya apabila mrk di T5, jika ada mana-mana pelajar yang membawa perkara sebegini dlm perbincangan, sifu akan mengambil langkah selamat, dan menyebut sptmana pernyataan Cg Narzuki. Itulah kami guru, tak nak pelajar terganggu fikiran, maka kami akan bagi penyelesaian sebegini, dgn harapan pemeriksa mengambil kira faktor kepelbagaian ini.
Sehinggalah silibus SPM disemak semula (2009? betulke?), sifu berpendapat kedua-duanya betul. Terserah kpd pelajar mengguna pakai mana satu. Wallahualam.
May 8th, 2008 at 11:01 am
TQ Sifu2b atas info tersebut, sebenarnya isu ini telah diperbincangkan dan masing-masing mengeluarkan pendapat dan alasan masing2 … dan kedua2nya betul. Maka terserahlah kepada syarikat dalam menentukan dasar kewangan mana yang hendak diikuti.
Oleh kerana keadaan tersebut, maka silibus SPM (sehingga kini) tidak mengemukakan isu tersebut dan ianya tidak pernah dikeluarkan dalam soalan SPM tahun2 lepas terutamanya dalam soalan 2 – Penyediaan Penyata Kewangan. SPM skopnya kecil sahaja, jadi kita permudahkannya untuk kefahaman pelajar. Wassalam.
May 8th, 2008 at 11:02 am
Terima kasih atas respon yang Sifu dan Cg Narzuki berikan. maka sekarang saya lebih yakin bahawa simpanan tetap adalah aset semasa dengan penjelasan yang panjang lebar daripada cikgu berdua. Jika ada yang bertanya maka saya juga dapat memberikan jawapan dengan yakin berdasarkan keterangan yang cikgu2 berikan. Thanks.
May 8th, 2008 at 11:03 am
Pandangan daripada seorang Dr. dalam bidang perakaunan berhubung dengan kenyataan saya di bawah :
“Simpanan Tetap boleh dikelaskan sebagai Aset Semasa ataupun Aset Bukan Semasa bergantung kepada tempoh matang skim simpanan tetap yang ambil. Sekiranya tempoh matangnya kurang daripada 1 tahun maka ianya akan dikelaskan sebagai Aset Semasa, jika melebihi tempoh setahun maka dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa.
Pada kebiasaannya, syarikat kecil akan melabur dalam Skim Simpanan Tetap yang kurang daripada 1 tahun bagi mendapatkan bayaran faedah dalam jangka pendek. Manakala syarikat besar pula memilih skim simpanan tetap yang lebih daripada setahun bagi mendapat hasil daripada faedah untuk jangka panjang.
Oleh itu dalam menentukan samada Aset Semasa atau Aset Bukan Semasa, haruslah dikenalpastikan terlebih dahulu tempoh matang skim simpanan tetap yang diambil.”
Beliau memberikan pandangan seperti berikut :
Salam.
Pandangan awak boleh diterima, insyaAllah. Sekiranya ingin maklumat lanjut, boleh semak Financial Reporting Standard (FRS) 139 Financial Instruments: Recognition and Measurement dan FRS 132 Financial Instruments: Disclosure and Presentation.
Memang ada jawapan yg lebih terperinci jika utk tujuan perbincangan. Cuma sebagaimana awak kata, utk tahap SPM, jawapan awak mencukupi, insyaAllah.
Pandangan saya, item yg awak sebut itu dalam kategori ‘Pelaburan jangkapendek’. Satu masa dulu kita ada piawai perakaunan utk pelaburan j/pendek. Tapi kini semua item yg boleh masuk kateogri ‘financial instruments’ perlu rujuk FRS 139 dan 132.
Good luck. Salam.
–
Dr. Zaleha Abdul Shukor
Senior Lecturer
School of Accounting
Faculty of Economics and Business
Universiti Kebangsaan Malaysia
May 8th, 2008 at 11:03 am
Terima kasih atas pandangan Cg Narzuki dan untuk sifu juga. Hari ni baru buka balik laman ni. Tak sangka Cg Narzuki pun bagi respon. Saya ada juga tanya kawan yang jadi akauntan, dia pun berpendapat perkara ni fleksibel jika dinyatakan tempoh simpanan tetap tersebut. Tapi betullah, memang jarang keluar dalam spm.
May 8th, 2008 at 11:04 am
Terima kasih Cg Narzuki krn berusaha mendapatkan respons dari pakar.
Ilmu pengetahuan telah dikemaskini. Sedang membaca FRS139 dn FRS132.
May 15th, 2008 at 10:37 pm
SOALAN LATIHAN PERSAMAAN PERAKAUNAN
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan soalan ini, bolehlah klik di sini.
http://smkdmpr2.kelantan.edu.my/m-persamaan.pdf
June 2nd, 2008 at 10:30 pm
Cg,
Nota Belum Bayar nak dikelaskan sebagai apa ?
June 2nd, 2008 at 10:35 pm
Dayah,
NOTA BELUM BAYAR dikelaskan sebagai Liabiliti Jangka Panjang / Liabiliti Bukan Semasa. Ini kerana ianya merupakan tangunggan yang biasanya tidak akan dapat dibayar dalam tempoh setahun. Contoh lain seperti pinjaman antara syarikat dan pinjaman bercagar.
Dan sekiranya Nota Belum Bayar akan dijelaskan/ dibayar balik dalam tempoh satu tahun, maka ianya boleh dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa.
July 17th, 2008 at 5:12 pm
saya ada permasalahan tentangn membuka akaun ini. Bolehkan cg membantu saya menjawab soalan ini?
Jerry Thong, the owner of PEST BUSTER ENTERPRISE started his business in October 2007. On 1 January 2008, the total assets of the business reported at RM15,000 (including cash of RM9,800), and total liability of RM2,400.
The followings are transactions performed by the business for the month of January 2008:
5. Purchased equipment for RM5,000 on credit.
10. Paid RM600 for shop rental.
11. Received cash RM3,400 for service rendered.
20. Paid RM190 for utility service.
25. Provided repair service to customer on account for RM1,600.
30. Paid salaries for employees RM1,000.
30. Jerry brought in his own car worth RM10,000 for business use.
31. Jerry took cash of RM1,300 to pay for his personal loan.
REQUIRED:
(a) Show the effect of each transaction on individual items of the accounting equation.
(b) Calculate the equity amount as at 31 January 2008.
July 17th, 2008 at 11:29 pm
August,
Cg akan bantu anda memahami cara menjawab soalan ini tetapi anda yang perlu menyelesaikannya.
Perkara asas yang perlu diketahui ialah PERSAMAAN PERAKAUNAN, iaitu:
ASET = EKUITI + LIABILITI,
EKUITI = MODAL + UNTUNG (UNTUNG = HASIL – BELANJA)
EKUITI = MODAL + HASIL – BELANJA
1. Kenalpasti BAKI AWAL berdasarkan maklumat yang diberikan.
ASET = EKUITI + LIABILITI
15,000 = EKUITI + 2,400
EKUITI = 15,000 – 2,400 = 12,600
BAKI AWAL :
ASET = 15,000
LIABILITI = 2,400
EKUITI = 12,600
2. Kenalpasti AKAUN-AKAUN yang terlibat dalam setiap urusniaga, seterusnya kenalpasti KESAN ke atas akaun samada BERTAMBAH atau BERKURANG.
Urusniaga Jan 5 : Apakah 2 akaun yang terlibat ? dan kesannya ?
Kelengkapan (Aset)— TAMBAH 5,000
Pemiutang (Liabiliti) —— TAMBAH 5,000
Maka kesan kepada persamaan perakaunan :
ASET = 15,000 + 5,000
LIABILITI = 2,400 + 5,000
EKUITI = 12,600
Urusniaga Jan 10 : Apakah 2 akaun yang terlibat ? dan kesannya ?
Tunai (Aset) — KURANG 600
Sewa (Belanja) —— KURANG 600 pada EKUITI
Maka kesan kepada persamaan perakaunan :
ASET = 15,000 + 5,000 - 600
LIABILITI = 2,400 + 5,000
EKUITI = 12,600 – 600
Begitulah seterusnya dengan urusniaga yang lain.
Bagi menjawab soalan (a) August boleh juga menggunakan bentuk jadual / lajur, iaitu lajur ASET, LIABILITI dan EKUITI.. Dan kesan pertambahan atau pengurangan bagi setiap urusniaga boleh ditunjukkan dibawah setiap lajur-lajur yang terlibat. Apabila semua urusniaga diambilkira, maka soalan (b) dapat diselesaikan.
Cg harapkan panduan ringkas ini dapat membantu August dalam menyelesaikan masalah ini.
July 18th, 2008 at 2:16 pm
cg, saya masih tidak faham persamaan ini lagi. Berikut merupakan pengiraan saya yang telah dibuat. Cg, bolehkan cg menolong saya mengubah dan menerangkan kesilapan yang saya dibuat ini?
aset= 15000+5000-600+3400-190-1600-1000+10000-1300=28710
ekuiti=12600-600+3400-190-1600+1000-10000+1300=5910
liabiliti=2400+5000=7400
July 18th, 2008 at 3:25 pm
August, bagus kerana mencuba, jawapan Cg ialah :
aset = 15000+5000-600+3400-190+1600-1000+10000-1300
ekuiti=12600-600+3400-190+1600-1000+10000-1300
liabiliti=2400+5000
Jan 25 : Aset (penghutang) + 1600 dan Ekuiti (hasil) +1600
Jan 30 : Aset (tunai) -1000 dan Ekuiti (belanja) -1000
Jan 30 : Aset (kenderaan) +10000 dan Ekuiti (modal) +10000
Jan 31 : Aset (tunai) -1300 dan Ekuiti (ambilan) -1300
Ok, cuba August semak jawapan Cg berikan.
July 18th, 2008 at 4:03 pm
terima kasih atas bantuan cg..
yang soalan ke2, saya akan cuba membuat dan fahamkan. Lepas itu, saya akan mengeposkan jawapan saya kepada cg membuat semakan.
July 18th, 2008 at 4:06 pm
Ok August, semoga BERJAYA.
Satu Cg nak tanya, August sekarang ni belajar di mana ?
July 26th, 2008 at 3:48 pm
Apakah maksud overdraf bank & ia aset @ liabiliti?
July 26th, 2008 at 7:58 pm
Najah farahin,
Secara ringkasnya :
BANK bermaksud wang simpanan di dalam Akaun Semasa di bank ianya merupakan ASET SEMASA. Manakala OVERDRAF BANK pula bermaksud kita TERHUTANG dengan bank maka ianya menjadi LIABILITI SEMASA.
Najah, BANK dan OVERDRAF BANK adalah merujuk kepada satu akaun yang sama iaitu AKAUN BANK, cuma bila Akaun Bank berbaki KREDIT, maka ianya dipanggil OVERDRAF BANK (terhutang dengan bank).
Secara lebih detailnya :
KEMUDAHAN OVERDRAF
OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di ’standby’ kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.
Ciri-ciri Over Draft (OD) :-
1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (Guna cek)
2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit (FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB)
3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.
Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000 kemudahan OD.
4. OD boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat.
5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.
Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-
Kadar faedah OD = BLR + 3
kalau BLR semasa ialah 12% maka
Kadar faedah OD anda = 12% + 3% = 15%
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18% (15% +3%)
Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-
1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
2. Monthly rate
3. Daily rate
Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza. Walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Yang paling mahal ialah Flat rate.
6. OD juga boleh digabungkan dengan Housing Loan – Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda dah bayar RM40,000 dan baki pinjaman tinggal RM60,000 maka bank akan bagi anda OD sebanyak RM40,000 tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu. Ini bergantung kepada bank sebab bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.
7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda. Jika anda gunakan tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda dah guna sepenuhnya OD anda maka anda kena selesaikan perbezaannya.
Contoh:
1. Amount OD diluluskan – RM100,000
2. Nilai pasaran cagaran – RM90,000
3. Jumlah OD yang anda dah dan sedang guna – RM100,000
4. Jumlah kena bayar serta merta kepada bank – Jumlah OD dah guna – Nilai cagaran
= RM100,000 – RM90,000
Jika anda tak gunakan OD anda hingga maksima maka bank akan turunkan amount OD yang boleh anda gunakan itu.
8. Permohonan untuk OD agak sama dengan loan-loan lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau ASB anda maka permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda tu tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada bank.
Untuk kemudahan OD yang dipakej bersama pinjaman perumahan anda mungkin tak perlu apply kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.
9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika tak digunakan tak ada feadah yang dikenakan.
10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tak guna lansung OD tu tapi bank telah pun ’standby’ kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.
11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.
12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang tak cukup tu akan secara otomatik diambil dari klemudahan OD anda itu.
Kemudahan OD amat berguna jika kita manfaatkanya tapi jangan salah guna sebab sama seperti penggunaan kad kredit ianya boleh membebankan jika terlebih atau tersalah guna.
Kelebihan OD ni ialah ianya satu standby facility dan jika anda tak guna maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fee untuk maintain the facility dan jika anda sesak nak pakai duit maka anda tak perlu pening-pening nak pakai kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along.
Nukilan Oleh : Mohd Yusoff
Sumber : http://rancangkewangan.blogdrive.com/comments?id=9
August 7th, 2008 at 3:24 pm
QUESTION 1
Ring Trading owned by Encik Azahan started its business on 1 June 2005. The following transaction relate to Ring Trading for the month of June 2005.
DATE TRANSACTIONS
1 June 2005 Encik Azahan invested RM5,000 of his
money to the business and deposited
the money into the business bank
account
3 June 2005 Purchased goods from Selesa Trading
cost RM3,700 on credit
6 June 2005 Bought second hand delivery van at a
cost of RM30,000 from Mewah
Automobile and paid a downpayment of
RM10,000 by cheque, the remainder to
be paid by monthly installment
10 June 2005 Sold goods on credit to Pn Ramlah
RM1,250
13 June 2005 Encik Azahan withdrawn business
money from bank RM500 and took
goods worth RM150 both for his
personal use
18 June 2005 Issued cheque to Selesa Trading
RM2,500
20 June 2005 Pn Ramlah returned defected goods
amount RM250
25 June 2005 Received cheque from Maybank Finance
RM20,000 for loan
29 June 2005 Pn Ramlah paid the amount owes after
deducting goods returned by cheque
Required:
For each of the above transaction, show the effects of transactions on the accounting equation as shown in the example below:
Transaction ASSET EXPENSES CAPITAL LIABILTY REVENUE
ex:Paid salary RM200 cash Cash - Salary exp +
jaw question 1
01/06
asset: bank+
capital: capital+
03/06
exp: purchase exp+
liability: selesa trading+
06/06
asset: cash-
expenses: purchase van+
liability: mewah auto+
10/06
liability: pn ramlah+
revenue: sales revenue+
13/06
asset: cash+
exp:drawing+
capital: capital-
18/06
asset: bank-
liability: selesa trad+
20/06
liability: pn ramlah-
reve: sales revenue-
25/06
asset: cek+
capital: loan fr Maybank Finance+
29/06
capital: bank+
liability: pn ramlah-
Cg betul ke ni?
question 2 x taula mcm mana ? tolong sy?
August 7th, 2008 at 6:14 pm
Cinda,
Jawapan soalan 1 perlu disemak semula kerana terdapat beberapa kesilapan.
NOTA : Bagi TOPIK INI, sekiranya urusniaga melibatkan jualan/belian/pulangan BARANG NIAGA, maka kesan pertambahan dan pengurangannya pada STOK.
Cadangan jawapan Cg :
01/06
asset: bank+
capital: capital+
03/06
asset: stock+
liability: Selesa Trading+
06/06
asset: Van+
asset: Bank-
liability: Mewah Auto+
10/06
asset: Pn Ramlah+
asset: stock-
13/06
asset: bank-
asset:stock-
capital: capital- (drawing)
18/06
asset: bank-
liability: Selesa Trading-
20/06
asset: Pn Ramlah-
asset: stock+
25/06
asset: bank+
liability: loan+
29/06
asset: bank+
lasset: Pn Ramlah-
August 7th, 2008 at 7:51 pm
cinda,
Jawapan soalan 1
01/06 Aset : Bank + 5000
Ekuiti : Modal +5000
03/06 Aset : Stok + 3700
Liability : Creditor Selesa Trading 3700
06/06 Aset : Bank – 10000
: Van + 30000
Liabiliti: Mewah Automobile + 20000
10/06 Aset : Debtor Pn Ramlah + 1250
Aset : Stok – 1250 ( tidak dinyatakan kos barang yang dijual bermakna untung tidak diketahui)
13/06 Aset : Bank – 500
Stok – 150
Ekuiti : Modal -650
18/06 Aset : Bank – 2500
Liabiliti : Creditor Selesa Trading – 2500
20/06 Aset : Stok + 250
Aset : Debtor Pn. Ramlah – 250
25/06 Aset : Bank + 20000
Liabiliti : Loan +20000
29/06 Aset : Bank + 1000
Aset : Debtor Pn. Ramlah – 1000
cuba semak jawapan tersebut. T/Q
August 7th, 2008 at 8:10 pm
terima kasih Cg atas bimbingan..saya akan cuba memahaminya..
August 7th, 2008 at 8:31 pm
tq jgk pd sabri kerana membantu.. saya amat2 hargai..
August 12th, 2008 at 12:32 pm
saya ada belajar pengurusan kewangan FAB-UTM.secara asasnya.
apakah dimaksudkan dengan bond?
ekuiti?
liabiliti?
August 12th, 2008 at 5:02 pm
Abdah,
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail dan lebih jelas, sila rujuk kepada url berikut :
Bond : http://en.wikipedia.org/wiki/Bond
Ownership equity : http://en.wikipedia.org/wiki/Ownership_equity
Liability : http://en.wikipedia.org/wiki/Liability
August 29th, 2008 at 9:23 pm
i very confuse on this topic.i dont know which want to put.i cant memories as all.i try many time but cant
August 29th, 2008 at 10:23 pm
Grace,
Kemahiran yang perlu dikuasai bagi topik ini :
1. Mengetahui dan dapat membezakan antara Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja.
2. Dapat menegenalpasti akaun2 yang dikelaskan sebagai A,L,E,H dan B.
3. Dapat menentukan kesan daripada sesuatu urus niaga, pertambahan atau pengurangan kepada akaun terlibat.
Apa yang penting, kita perlu FAHAM terlebih dahulu, baru mudah kita MENGINGATINYA. Ianya tidak perlu dihafal, hanya kaitkan dengan apa yang ada dipersekitaran kita atau kegiatan seharian , serta LOGIK AKAL sahaja.
August 31st, 2008 at 12:38 pm
cg,apa perbezaan antara stok awal dan stok akhir?
August 31st, 2008 at 12:43 pm
Farah,
Sebenarnya STOK AWAL dan STOK AKHIR serta BELIAN merujuk kepada perkara yang sama iaitu BARANG NIAGA perniagaan. Yang membezakannya ialah bila ianya digunakan :
1) Awal tempoh perakaunan – STOK AWAL
(barang niaga yang tidak habis dijual pada tempoh perakaunan sebelumnya dan dibawa ke tempoh perakaunan semasa)
2) Semasa tempoh perakaunan – BELIAN
(belian barang niaga dalam tempoh perakaunan semasa)
3) Akhir tempoh perakaunan – STOK AKHIR
(barang niaga yang tidak habis dijual pada akhir tempoh perakaunan semasa)
Nilai bagi stok akhir diperolehi dengan cara mengira secara fizikal stok yang ada. Dan ianya dinilai mengikut harga pasaran atau harga kos (pilih yang TERENDAH). Stok akhir akan menjadi stok awal pada tempoh perakaunan berikutnya.
September 1st, 2008 at 12:06 pm
TERIMA KASIH,CIKGU NARZUKI.
December 12th, 2008 at 9:00 am
hai ckgu,,saya adalah pelajar prinsip akaun jugak,,bleh x saya nk jd rakan tok web niyh??
December 12th, 2008 at 2:31 pm
sha2,
Blog ini terbuka kepada SEMUA, siapa saja yang berminat boleh join sama.
January 5th, 2009 at 2:59 pm
Salam…
Saya inigin mendapat penjelasan berkenaan dengan MASB 31: Perakaunan Untuk Geran Kerajaaan.
January 5th, 2009 at 4:27 pm
Salam,
Minta maaf kerana Cg kurang arif tentang perkara tersebut. Cg cadangkan supaya Noor berhubung dan bertanyakan orang yang betul2 arif tentangnya melalui email dibawah. InsyaAllah beliau akan membantu.
email: zbas@pkrisc.cc.ukm.my
Dr. Zaleha Abdul Shukor
Senior Lecturer
School of Accounting
Faculty of Economics and Business
Universiti Kebangsaan Malaysia
January 13th, 2009 at 3:41 pm
Boleh saya tahu apa itu ekuiti pemilik?tq..
January 13th, 2009 at 9:19 pm
Jess,
Secara ringkasnya Ekuiti Pemilik merupakan pegangan pemilik dalam perniagaan ataupun MODAL yang telah dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaannya. Jumlah tersebut akan bertambah jika perniagaan memperolehi KEUNTUNGAN dan akan berkurang jika mengalami KERUGIAN atau pemilik mengambil keluar (wang atau barang niaga) untuk kegunaan peribadi.
January 14th, 2009 at 2:30 am
terima kasih ya..^^
January 22nd, 2009 at 1:02 pm
salam
saya nak tanya adakah item pelaburan juga perlu dikelaskan seperti simpanan tetap iaitu boleh jadi aset semasa dan aset bukan semasa?
January 22nd, 2009 at 8:08 pm
cikgu,prinsip perakaunan wajibkah belajar add math?tak boleh tolakkah mata pelajaran tu dan klau belajar kat universiti,belajar add math @ math?
January 23rd, 2009 at 7:46 am
Fazri,
Item Pelaburan juga merupakan Aset. Di mana Simpanan Tetap bagi kebanyakan amalan dikelaskan sebagai item Aset Semasa.
Farah,
Syarat kelayakan permohonan ke Matrikulasi Perakaunan mewajibkan pelajar mangambil add math. Walaubagaimanapun syarat2 untuk ke IPT ada yang tidak mewajibkan mengambil subjek add math. Di IPT nanti ada yang akan belajar add math dan math ada yang tidak, ianya bergantung kepada kursus/program/bidang yang diikuti.
February 2nd, 2009 at 1:10 pm
sya lepasan ijazah,dlm major tourism..after graduate sya diterima msk sbg lect di sebuah institusi swasta..sya diminta utk mengajar tourism in same time terpaksa mengajar principle of account,sbb kekurangan lect..sya ingin bertanyalah buku yg mane sesuai ukt dirujuk bagi subjek prinsip akaun ni agar mudah student sya faham,sekarang sya mengunakn bku dari penulis frank wood.tapi ada term yang masih tak faham terutamanya part trading profit and loss dan balance sheet.
February 2nd, 2009 at 6:45 pm
assalamualaikum.. saya pelajar uni.. saya ingin bertanya tentang hasil faedah diiktiraf.. bagaimanakah konsep ini di gunakan.. dan saya ingin tahu maksud konsep ini secara terperinci.. terima kasih..
February 3rd, 2009 at 9:11 am
Atul,
Pada pandangan saya buku tersebut memang sesuai digunakan untuk peringkat kolej dan IPT. Sila kemukakan apa masalahnya, boleh kita bincangkan.
Eila,
Berhubung dengan konsep “hasil faedah diiktiraf” buat masa ini saya kena study dahulu supaya penerangan saya nanti lebih terperinci dan tepat. Kemungkinan ianya berkaitan dengan Konsep Akruan. Kalau boleh berikan apa-apa maklumat yang Eila ada / faham berkaitan dengannya. InsyaAllah, bila saya jelas akan konsepnya nanti saya kemukakan disini.
February 8th, 2009 at 12:37 pm
salam cg…
sy nk tya..
cmna nk taw hasil n blanja trakru??
trutamanya dlm soklan sjektif n objktif…
n apa item yg perlu dmsukkan dlm lejar??
tu je..tanx
February 8th, 2009 at 1:42 pm
Ela,
Hasil Terakru ~ hasil yang kita sepatutnya terima tetapi masih BELUM TERIMA, ianya dikelaskan sebagai Aset Semasa (Dt).
Catatan Bergu :
Dt: HASIL TERAKRU
Kt: HASIL (berkenaan, spt: Sewa)
Belanja Terakru ~ belanja/bayaran yang sepatutnya kita BAYAR tetapi masih BELUM BAYAR. ianya dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa (Kt).
Catatan Bergu:
Dt: BELANJA (berkenaan spt: Gaji)
Kt: BELANJA TERAKRU
Dalam Lejar, kedua2 akaun tersebut terlibat dan catatan butirannya merujuk kepada pasangan catatan bergu masing2.
February 8th, 2009 at 2:34 pm
tanx cg…
cg..
bley bg sy soalan yg brkaitan hasil terakru ne??
yg trakru la..
apa itu insurans tdhlu??
cmna nk kira susut nilai n hutang ragu??
February 8th, 2009 at 11:55 pm
Ela,
Sila rujuk post : Pelarasan Pada Tarikh Imbangan.
February 9th, 2009 at 2:53 pm
tanx a lot sir…
February 13th, 2009 at 9:58 pm
Salam. Boleh berikan perbezaan liabiliti tetap & liabiliti bukan semasa?
February 13th, 2009 at 11:08 pm
Ariff,
Sukatan Pelajaran SPM lama menggunakan istilah Aset Tetap & Liabiliti Jangka Panjang / Tetap, manakala Sukatan Pelajaran Baru (Mulai 2004) menggunakan istilah Aset Bukan Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa. Kedua2nya merujuk kepada perkara yang sama.
ASET TETAP = ASET BUKAN SEMASA
LIABILITI TETAP/ JANGKA PANJANG = LIABILITI BUKAN SEMASA
February 13th, 2009 at 11:26 pm
Salam.
Nak sambung sikit pasal overdraft tu. Saya ex-banker sekarang cikgu. Nak sambung sikit pasal OVERDRAFT.
Overdraft ni kiranya macam On Demand gak. Pelanggan kena bayar hutang tu bila-bila masa jer bila bank tuntut. Dia tak der bayaran ansuran macam pinjaman berjangka, gadai janji dan lain-lain.
Ada juga pelanggan yang tidak mepunyai kemudahan OD tetapi telah terlebih guna duit dalam akaun semasa di bank . Selalunya kita akan call customer dan dia akan bayar next day . Jadi secara tak langsung macam customer pinjam duit dari bank satu malam saja. Tapi sejak adanya perbankan internet, customer boleh memeriksa baki terkini sebelum mengeluarkan cek.
Kalau ikut tajuk Penyata Penyesuaian Bank , ada baki debit di Penyata Bank. Situasi ini sebenarnya merujuk pada overdraft yang dimaksudkan di atas.
Maaf ,sekiranya susunan ayat kurang teratur.
February 13th, 2009 at 11:45 pm
Cg Mai,
Segala perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman sebenar amat2 dihargai. Sumbangan pandangan, komen dll saudara dari semasa ke semasa sangat dialu-alukan. Terlebih dahulu saya ucapakan ribuan terima kasih.
February 26th, 2009 at 10:57 pm
Cikgu, kenapa pelaburan amanah saham dianggap sebagai aset bukan semasa. Pelaburan bukan menambah ekuiti pemilik ke?
February 26th, 2009 at 11:52 pm
Wong,
Secara mudahnya, EKUITI PEMILIK hanya urusniaga yang terlibat secara langsung dengan pemilik, iaitu:
1. Akaun Modal – pemilik membawa masuk aset (seperti tunai, perabot, kenderaan, dll.) kepunyaan sendiri kedalam perniagaan. (MENAMBAHKAN EKUITI PEMILIK)
2. Untung Bersih (TAMBAH EKUITI), Rugi Bersih (KURANGKAN EKUITI)
3. Akaun Ambilan – pemilik mengambil aset perniagaan (seperti tunai di tangan, tunai di bank, perabot, barang niaga dll) untuk kegunaan peribadi. (MENGURANGKAN EKUITI PEMILIK).
Manakala PELABURAN, menggunakan WANG PERNIAGAAN untuk dilaburkan bagi mendapatkan pulangan sama ada dalam bentuk faedah, dividen dan sebagainya. Ianya adalah merupakan ASET kepada perniagaan, bukannya Ekuiti Pemilik.
March 13th, 2009 at 1:03 pm
Selamat sejahtera cikgu,
saya tak pasti pengelasan di bawah sama ada betul atau tidak…cikgu boleh menyemak untuk saya?
Belanja Bukan Kendalian
1. Belanja pembaikan
2. Belanja pencucian
3. Belanja utiliti
4. Hutang lapuk
5. Belanja susut nilai
6. Penambahan peruntukan hutang ragu
7. Lesen
8. Cukai pintu
9. Diskaun diberi
Hasil Bukan Kendalian
1. Hutang lapuk terpulih
2. Pengurangan peruntukan hutang ragu
Liabliliti Bukan Semasa
1. Pinjaman bercagar (apa beza dengan pinjaman bank?)
Aset Semasa
1. Deposit telefon
akhir sekali, saya nak tanya cikgu pulangan belian dan pulangan jualan boleh juga dikelaskan sebagai belanja kendalian dan hasil kendalian ke?
March 13th, 2009 at 4:25 pm
Wong, berikut adalah pandangan daripada Cg.
Belanja Kendalian
1. Belanja pembaikan
2. Belanja pencucian
3. Belanja utiliti
7. Lesen
8. Cukai pintu
9. Diskaun diberi
Belanja Bukan Kendalian
4. Hutang lapuk
5. Belanja susut nilai
6. Penambahan peruntukan hutang ragu
Hasil Kendalian, hanya :
1. Jualan
2. Hasil Perkhidmatan
Selain dari di atas, merupakan Hasil Bukan Kendalian.
Liabliliti Bukan Semasa
1. Pinjaman bercagar
2. Pinjaman bank
Semua pinjaman adalah sama ada bercagar atau tidak bercagar. Ini merujuk kepada sama ada pemberi pinjaman menghendaki anda mencagarkan aset, biasanya dirujuk sebagai cagaran, untuk menjamin pinjaman anda.
Pinjaman bercagar, bermakna pemberi pinjaman anda boleh merampas aset jika anda mungkir menjelaskan hutang pinjaman. Oleh kerana terdapat cara alternatif pembayaran balik, faedah dalam pinjaman bercagar adalah lebih rendah berbanding dengan faedah pinjaman tidak bercagar.
Pinjaman tidak bercagar, tiada aset yang boleh dirampas oleh bank jika mungkir membayar balik pinjaman. Bersama dengan risiko ini, pinjaman tidak bercagar selalunya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman bercagar. Untuk mengurangkan risiko, institusi Pemberian Pinjaman kadang kala menghendaki orang ketiga menandatangani perjanjian bagi pinjaman tidak bercagar atau menjamin jumlah pinjaman.
Aset Semasa
1. Deposit telefon
Pandangan Cg, pulangan belian dan pulangan jualan tidak sesuai dikelaskan sebagai belanja kendalian dan hasil kendalian. Ini kerana kedua2 akaun tersebut merupakan Akaun Kontra, iaitu suatu pengurangan kepada Belanja dan juga Hasil.
March 23rd, 2009 at 12:34 am
cg,sy menghadapi masalah dalam persamaan perakaunan.
macam mner sy nk mengatasi masalah tersebut??
March 23rd, 2009 at 12:50 am
Lin,
Caranya mudah sahaja, pertama dapatkan satu soalan persamaan perakaunan, kemudian dapatkan tunjuk ajar daripada kawan ataupun guru anda. Seterusnya jawab satu lagi soalan hantarkan kepada guru anda untuk disemak dan berikan teguran terhadap kesilapan yang anda lakukan. Begitulah seterusnya sehinggalah anda betul2 penguasainya.
Nasihat Cg, selalulah JUMPA dan BERTANYA guru anda jika ada apa-apa masalah, dapatkan bimbingan secara berterusan dan jangan tunggu disaat akhir baru nak bertanya.
April 18th, 2009 at 4:38 pm
cg narzuki..
sy student form4..
sy amik prinsip akaun…
tp sy krang pham dgn subjek ni…
sy tak bleh ingt knsep dye sperti imbagan duga…
mksu aset,liabiliti dan lain2…
tlg bagi tips…
ckgu,,,
tolong bagi tips bagaimana untuk memahami mksud aset,liabiliti dan lain-lain…
dan juga bagaimana nak cara untuk memahami membuat imbangan duga,lejar jurnal dan lain-lain…
exam just around the corner…
April 18th, 2009 at 5:22 pm
peri-peri,
Subjek akaun kena faham seboleh-bolehnya SEMASA cikgu ajar, selagi tak faham selagi itu anda kena TANYA, TANYA, TANYA cikgu / kawan.
Semasa belajar cuba kaitkan dengan benda-benda disekitar atau suasana semasa anda di kedai untuk membeli sesuatu barang. Atau bayangkan anda adalah PEMILIK KEDAI tersebut.
ASET = HARTA, kita sebagai pemilik kedai apakah harta2 yang ada dalam kedai kita ?
Iaitu Stok (barang niaga), Bangunan kedai, Perabot, Alatan Kedai, Wang tunai, Wang di bank dan juga orang yang berhutang dengan kita iaitu Penghutang.
ASET BUKAN SEMASA = aset yang kita gunakan untuk tempoh lebih 1 tahun (bukan semasa) bagi membantu kita menjalankan perniagaan. Dan ianya nampak secara fizikal seperti : Bangunan, Kenderaan, Perabot, Alatan Kedai.
ASET SEMASA = aset yang kita gunakan semasa / nilainya berubah-ubah dalam tempoh 1 tahun, seperti, Tunai, Bank, Stok dan Penghutang.
LIABILITI = TANGGUNGAN, suatu beban kewangan yang kita mesti bayar kepada pihak-pihak tertentu seperti Pinjaman Bank (Liabiliti Bukan Semasa – bayaran balik lebih 1 tahun), Pemiutang (Liabiliti Semasa – kita beli barang secara hutang daripada pembekal dan perlu dijelaskan dalam masa terdekat, kurang 1 tahun).
Cara-cara untuk merekod dalam Buku Catatan Pertama, Lejar dan Imbangan Duga boleh baca di
DOKUEMN PERNIAGAAN yang telah dibincangkan secara panjang lebar.
Semoga ianya dapat membantu anda.
April 27th, 2009 at 10:35 pm
Saya tengok kertas spm thn2 lepas, persamaan akn tidak akn keluar dlm kertas 2 iaitu yang subjektif. maksudnya hanya dlm objektif lah?
boleh tak cikgu bagitau apa yg penting utk thn 2009 & apa yang tak begitu penting?
April 27th, 2009 at 10:51 pm
adake dlm spm pernah keluar amanah saham sbg aset sms sesebuah perniagaan?
seingat saya, individu yg melabur dlm amanah saham biasanya guna nama sdiri?
April 27th, 2009 at 10:55 pm
cikgu,dulu saya ingat ‘debit’ bmaksud penambahan ke dlm suatu akn,mnkl ‘kredit’ bmaksud pengurangan. tanggapan ini salah kan? ( ajaran sesat guru sekolah pmr – KH keusahawanan )
blh tak cikgu bagitau kenapa yang di sebelah kiri ‘debit’, yang kanan ‘kredit’?
April 27th, 2009 at 11:38 pm
Pening,
Soalan persamaan perakaunan pernah dikeluarkan pada tahun 1995, 1997 dan 2004 dalam kertas 2, soalan ini sudah lama tidak keluar, ada kemungkinan ianya akan keluar dalam spm 2009 nanti. Sekiranya anda menjadikan 1A sebagai target anda, maka semua topik adalah penting dan perlu dikuasai sebaik mungkin.
Amanah saham tidak pernah keluar dalam SPM. Mungkin tidak sesuai untuk pelaburan bagi perniagaan.
Pada asasnya : Aset dan Belanja berbaki DEBIT, manakala Liabiliti, Ekuiti dan Hasil berbaki KREDIT. Setengah cikgu menggunakan singkatan (Debit) AB = LEH (Kredit).
Pertambahan disebelah Debit dan pengurangan di sebelah Kredit yang diterangkan oleh guru KH dahulu adalah merujuk kepada ASET seperti Tunai, Bank Kenderaan, dll.
DEBIT dan KREDIT adalah istilah yang digunapakai dalam sistem perakaunan semenjak wujudnya Sistem Catatan Bergu lagi, ianya hanya mengambarkan 2 belah yang bertentangan seperti kiri-kanan, atas-bawah, depan-belakang.
May 25th, 2009 at 2:24 pm
mcm mane nak tingkatkan dlm bidang prinsip akaun??ckgu ade tips??
May 25th, 2009 at 2:29 pm
Ckgu,saya kurang fhm ngan buku tunai???mcm mana nak fhm??bg tips ckgu..
May 25th, 2009 at 7:06 pm
Budak_srwak,
Fahamkan konsep, ingatkan format, banyakkan latihan, selalu bertanya dan dapatkan bimbingan guru secara berterusan.
budak_4c_tatau,
Sila baca nota ringkas, panduan2, soal-jawab dipos BUKU CATATAN PERTAMA.
May 27th, 2009 at 10:35 pm
salam..ckgu..sy nk mx nasihat ckgu ..hmm stiap kli sy wat lthn akaun smada smasa ckgu mgajar mhupun diluar..sy msti blh bt n blh score..tp ble kuar result..msti result sy truk..hmm sy dh hmpir ptus smgt..
May 28th, 2009 at 7:09 pm
Syazwani,
Boleh buat latihan dengan baik merupakan satu petanda yang anda telah menguasai isi pelajaran dan format2 terlibat yang telah diajar oleh guru. Manakala keputusan kurang memuaskan yang diperolehi, mungkin disebabkan kesilapan2 tertentu yang perlu diberikan perhatian.
Antara kesilapan2 yang boleh menyebabkan banyak kehilangan markah ialah kesilapan terbalik, iaitu catatan Debit dicatat disebelah Kredit dan sebaliknya. BUTIR yang digunakan tidak tepat. TULISAN juga perlu diberikan perhatian.
Nasihat Cg, kenalpasti apakan kesilapan2 yang telah dilakukan dan pastikan anda tidak lakukan dimasa akan datang. Pastikan setiap latihan yang dibuat dihantar dan disemak oleh guru dan dapatkan komen beliau tentang kelemahan dan kesilapan yang dilakukan, serta langkah2 penyelesaiannya. Sentiasa mendampingi guru untuk mendapat bimbingan yang berterusan. Jangan tunggu disaat2 akhir. Kuatkan semangat dan keazaman untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM nanti.
May 29th, 2009 at 11:00 pm
salam..
ckgu trme ksih..hmm..ckgu sy gtw sy pling lmah dlm pnyata pndptn..dlm topik lain..sy blh kuasai.sy kurg phm dgn format pnyata pndptn
May 29th, 2009 at 11:35 pm
Syazwani,
Setelah mengetahui apa kelemahan anda, maka ambil langkah2 tertentu bagi menyelesaikan/ mengatasi kelemahan tersebut. Cuba fahami tujuan penyata pendapatan disediakan serta item2 yang terlibat seterusnya ingat format dan penggunaan lajur yang sepatutnya digunakan semasa menjawab soalan nanti.
June 21st, 2009 at 4:07 pm
Bolehkan saya tanya dua soalan?
Simpanan tetap adalah aset semasa?
Pinjaman adalah liabiliti semasa ataupun liabiliti bk semasa?
(buku teks tg4 tulis liabiliti bk semasa tetapi teks tg5 perkongsian pinjaman di liabiliti semasa?)
Harap dapat bantuan ,Terima kasih atas tolong
June 21st, 2009 at 6:58 pm
Ang,
Simpanan tetap – Aset Semasa
Pinjaman/Pinjaman Bank – Liabiliti Bukan Semasa
Perkongsian:
Pinjaman daripada rakan kongsi, boleh dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa. Ini kerana biasanya nilainya adalah kecil dan sifatnya yang boleh diubah. Kecuali jelas menunjukkan nilai pinjaman yang besar berbanding2 nilai2 aset yang ada, serta dinyatakan tempoh matangnya untuk beberapa tahun.
June 21st, 2009 at 10:58 pm
Terima kasih atas tolong saya
1)Perkongsian-pinjaman drpd rakan kongsi
Sekiranya tidak ada catat apabila pulang ? still put inside Liabiliti Semasa or Liabiliti Bk Semasa?
2) When opens Buku Catatan Pertama , Simpanan tetap needs write into Buku Tunai sbg Bank , Lejar?
June 22nd, 2009 at 11:41 am
Ang,
1) Pinjaman daripada pekongsi biasanya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA, Ini kerana pinjaman tersebut yang biasa bernilai kecil berbanding dengan nilai2 aset yang ada serta sifatnya yang boleh ubah. Walaupun tempoh matang pinjaman melebihi 1 tahun, tetapi rakan kongsi masih boleh memohon dibayar balik pinjaman tersebut lebih awal (kurang setahun), cuma faedah atas pinjaman sahaja mungkin tidak dapat. Ianya hampir menyamai ciri2 Simpanan Tetap yang dikelaskan sebagai Aset Semasa.
2) Simpanan Tetap tidak sama dengan akaun Bank. Ianya dua akaun yang berbeza, cuma urus niaganya saling berkait. Contohnya, Keluarkan wang daripada bank untuk dimasukkan dalam Simpanan tetap. Maka, Buku Tunai (ruangan Bank) – sebelah kredit, butir – Simpanan tetap. Kemudian diposkan ke lejar Akaun Simpanan Tetap – sebelah debit, butir – Bank.
June 22nd, 2009 at 5:25 pm
Terima kasih!
July 1st, 2009 at 5:32 pm
cg boleh x terangkan apa itu aset tidak ketara dan bagaimana cara pengiraanya???plz!!!
July 1st, 2009 at 5:39 pm
Ida,
Maklumat berhubung dengan Aset Tidak Ketara telah Cg terang serba sedikit dalam post Cg sebelum ini. Sila rujuk post2 tersebut, iaitu :
1. Apa yang dimaksudkan Aset Tidak Ketara dan ciri2nya.
2. Pengiraan Pelunasan Aset Tidak Ketara
September 9th, 2009 at 8:46 pm
salam cg,
cg kata lengkapan ialah perabot spt kerusi, meja, rak kabinet..
jadi, apa perbezaan perabot dgn lengkapan?
tq
September 9th, 2009 at 8:47 pm
Teh,
Lengkapan dan Perabot adalah merujuk kepada perkara yang sama, ianya tiada beza. Samada mahu dibuka Akaun Lengkapan atau Akaun Perabot boleh diterima asalkan jangan dibuka kedua2 sekali, hanya salah satu sahaja. Sekiranya dalam soalan telah ada Akaun Lengkapan, maka hendaklah digunakan Akaun Lengkapan jangan pula dibuka Akaun Perabot dan sebaliknya.
September 10th, 2009 at 1:15 pm
tq cg.
jasa cg amat sy dihargai.
October 12th, 2009 at 7:40 pm
Salam Cg Narzuki,
Boleh jelaskan “ekuiti” bagi rumah yang masih mempunyai baki hutang pinjaman dengan bank kenapa berada pada kolum liabiliti?
October 12th, 2009 at 9:28 pm
Cg Narzuki,
Apa pula yang dimaksudkan dengan ‘Home Equity Loan’ dan kenapa ianya berada pada kolum Liabiliti?
October 12th, 2009 at 10:13 pm
Thinkerich,
Secara ringkasnya, oleh kerana ianya sejenis PINJAMAN, maka sudah tentulah dikelaskan sebagai LIABILITI.
Manakala penggunaan istilah “ekuiti” disitu tidak mengambarkan EKUITI PEMILIK. Di mana Ak Modal dan Ak Ambilan dan Untung Bersih (skop SPM) sahaja dikelaskan sebagai Ekuiti Pemilik, iaitu urus niaga yang melibatkan pemilik.
~~~~~~
A HOME EQUITY LOAN (sometimes abbreviated HEL) is a type of loan in which the borrower uses the equity in their home as collateral. These loans are sometimes useful to help finance major home repairs, medical bills or college education. A home equity loan creates a lien against the borrower’s house, and reduces actual home equity.
Maklumat lanjut sila ke
http://en.wikipedia.org/wiki/Home_equity_loan
October 24th, 2009 at 10:26 am
salam cg,sy pelajar ipt. sy nk bertanya :
apakah nota belum bayar sama dgn pinjaman bank?
2. apakah kelemahan pinjaman bank?
3.apakah kos yg terlibat ?
4.apakah kelemahan overdraft sebagai sumber pembiayaan?
harap cg dpt menerangkan kepada sy…
October 24th, 2009 at 12:47 pm
Nadia,
Bagi menentukan apakah kebaikan dan kelemahannya, anda kena faham setiap satunya, apakah yang dimaksudkan nota belum bayar, pinjaman bank dan overdraf bank. apakah prosedur2nya perlu diikuti dan sebagainya.
October 30th, 2009 at 11:48 am
cikgu,boleh x sy nak mintak senrai aset(a.s n a.b.s), belanja, liabiliti(smsa n b.smsa),ekuiti, serta hasil……… tolong sy cg…
October 30th, 2009 at 11:49 am
Fazree,
Pengkelasan jenis aset bergantung juga kepada jenis perniagaan, saiz dan bentuk sesebuah organisasi. Anda boleh perolehinya dengan muat turun Laporan Kewangan bentuk/jenis organisasi yang anda kehendaki, di internet.
Manakala, bagi pengkelasan asas (skop SPM) boleh rujuk Modul Tingkanan 4 Cg Sila. (Klik untuk muat turun)
November 27th, 2009 at 12:05 am
salam sejahtera cikgu…
cikgu,(persamaan perakaunan)
i)menjual barang niaga kepada cik susan dengan harga RM1600.Kos barang tersebut adalah RM960
ii)pulangkan barang yang rosak bernilai RM84 kepada pembekal.
iii)cek bernilai RM600 yang diterima daripada penghutang tidak dilayan oleh bank…..
cikgu semua yang berikut hendak diletak di mana..confused…
November 27th, 2009 at 12:06 am
lol saya boleh tolong jawab cikgu tolong check
1. barang niaga bernilai rm960 stok -960
jualan rm1600 penghutang+1600
untung +640
2.pulangan barang rm84
stok (tolak) – rm 84
pemiutang (tolak) -rm 84
3.cek tak layan rm 600
bank (tolak)-rm600
penghutang(tambah)+rm600
lol harap dapat bantu =P
November 27th, 2009 at 12:06 am
k …thankzzz arr….
November 27th, 2009 at 12:06 am
welcome,u may ask if not understand lol,maybe cikgu narzuki can explain more detail than me.
November 27th, 2009 at 12:08 am
Soh,
Terima kasih, jawapan anda tepat sekali. Ini yang sebenarnya Cg mahukan. Pelajar bertanya dan pelajar lain bantu menjawabnya, jadi kedua2 pelajar akan mendapat manafaatnya.
November 27th, 2009 at 9:02 am
betul cikgu,saya setuju tetapi saya takut nanti silap ajar =p.
November 27th, 2009 at 9:03 am
Soh,
Takpa, Cg juga akan pantau dan sekiranya ada kesilapan akan Cg perbetulkan.
November 29th, 2009 at 10:32 am
cikgu soalan ak PHR ada baki b/b?bukankah sudah imbang?
soalan trial smsm
November 29th, 2009 at 10:33 am
soh,
Baki b/b dalam soalan merupakan baki awal yang diimbang pada tahun sebelumnya. Semua akaun pada setiap akhir tempoh perakaunan hendaklah diimbang dan ditutup. Setelah semua akaun ditutup, baki2 tersebut akan digunakan untuk menyediakan Penyata Pendapatan dan juga KKK.
December 8th, 2009 at 4:22 pm
semoga tuhan merahmati cg Narzuki….amat bagus web nie…masa saya dulu takde semua nie…harap anak2 dpt menggunakan dgn sepenuhnya
December 9th, 2009 at 11:47 am
Perabot & kelekapan bmksd
Lekapan – alatan yang “melekat” seperti : penghawa dingin, kipas dan lampu.
Lengkapan /Perabot: seperti kerusi meja, rak dan kabinet.
Pekakas Pejabat Bmksd
Komputer, printer, mesin taip, mesin faks dan mesin fotostat.
Komputer & Perisian bermksd
Install Perisian Sistem / Software
Soalan Sy:
Jika membeli Komputer dgn Perisian Sistem & Membeli Cheque Writer ( Cheque Printing Software ) ia tergolong dlm pekakas pjbt atau kmpter & perisian?
December 9th, 2009 at 11:50 am
Sabri,
Terima kasih saya ucapkan… saya juga mengharapkan ianya dimanafaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada ini.
Elia,
Dalam membuat pengelasan terhadap sesuatu item yang terlibat, ianya bergantung juga kepada jenis, saiz, keadaan dan dasar sesebuah perniagaan tersebut. Pada pandangan Cg, jika perniagaan tersebut besar dan mempunyai banyak komputer, maka adalah lebih sesuai dikelaskan sebagai KOMPUTER. Dan jika sedikit sahaja komputer, boleh dikelaskan sebagai ALATAN PEJABAT. Jadi kesimpulannya, kedua2nya boleh digunakan (tidak menjadi kesalahan) dan ianya juga bergantung kepada beberapa faktor yang telah Cg sebutkan diatas.
December 19th, 2009 at 2:13 pm
salam..ckgu.saya nak tnya apa kesesuaian hubungan penyata kewangan dalam membuat keputusan??
December 19th, 2009 at 2:15 pm
Miera, cuba dapatkan maklumat tersebut daripda nota yang telah Cg sediakan DISINI. (klik)
January 20th, 2010 at 12:35 am
assalamualaikum…saya nak tanya mengenai stok alatulis yang masih belum digunakan dikategorikan sebagai aset semasa atau aset bukan semasa. terima kasih.
January 20th, 2010 at 1:13 pm
Stok barang niaga dikelaskan sebagai Aset Semasa, begitu juga dengan Stok Alat Tulis.
January 20th, 2010 at 6:57 pm
Salam.cikgu saya nak tanya.Apa itu belanja sundri? terima kasih
January 20th, 2010 at 10:29 pm
dalam trial balance dan balance sheet adakah jumlah d bwh adalah sama
January 20th, 2010 at 10:29 pm
bagaimna hendak mmbuat trial balance
January 20th, 2010 at 11:07 pm
Trial balance dan balance sheet MESTI kedua-dua (debit dan kredit) jumlahnya sama.
Maklumat tentang Trial balance boleh baca komen2 di page IMBANGAN DUGA (klik).
January 27th, 2010 at 4:14 pm
Saya nak tanya, macam mana nak catat perubahan hasil dan belanja dalam persamaan perakaunan sekiranya ada urusniaga hasil atau belanja..apakah maksud untung tertahan..bolehkah untung tertahan atau hasil ditambah pada modal dalam persamaan perakaunan sebelah ekuiti pemilik.
January 27th, 2010 at 6:55 pm
Secara mudahnya Untung tertahan adalah untung bersih. Sebarang urus niaga yang melibatkan HASIL dan BELANJA akan memberikan kesan ke atas UNTUNG BERSIH. Iaitu Hasil akan menambahkan UB, manakala Belanja akan mengurangkan UB. Seterusnya UB akan memberikan kesan ka atas Ekuiti Pemilik.
Dalam kes ini ada dua cara yang boleh digunakan:
1. Kaedah Modal Berubah : Hanya gunakan MODAL sahaja. ~ iaitu HASIL akan TAMBAH di Modal, BELANJA dan AMBILAN akan TOLAK di Modal.
2. Kaedah Modal Tetap : Buka MODAL, UNTUNG BERSIH dan AMBILAN.
~ iaitu HASIL akan tambah di UB, BELANJA akan TOLAH di UB.
Kedua-dua boleh digunakan, cuma Kaedah 2 adalah lebih baik untuk digunakan.
January 28th, 2010 at 12:46 am
terima kasih kerana cikgu telah menjawab pertanyaan saya. tapi saya masih kurang jelas dengan soalan ini:-
1. Lili Catering telah menghantar alas-alas meja dan napkin makan untuk dicuci. Kee Lin mengenakan bayaran untuk kerja-kerja membasuh dan menggosok sebanyak RM10,000. Setelah kerja-kerja tersebut siap, tunai diterima. Kesan urus niaga ini terhadap persamaan perakaunan.
2. Bagi perkhidmatan cucian dalam Contoh 6 di atas, Perniagaan Mencuci Pakaian Kee Lin telah menggunakan bahan cucian dan pelembut bernilai RM1,500 yang dibekalkan secara kredit oleh Pembekal Sop. Kee Lin juga telah menerima bil telefon daripada Time Telekom Bhd sebanyak RM200 dan elektrik dari Tenaga Nasional sebanyak RM300 bagi tempoh perniagaannya beroperasi. Bil telefon telah dibayar manakala elektrik belum. Kesan urus niaga ini ke atas persamaan perakaunan . Untuk pengetahuan cikgu soalan 1 dan 2 berkait. Minta tolong cikgu berikan jawapan dan jelaskan jawapannya.
January 28th, 2010 at 12:50 am
Maklumat tambahan bagi soalan 1 di atas ialah, modal RM90,000 manakala tunai (aset) RM210,000.
January 28th, 2010 at 12:51 am
Berdasarkan maklumat yang diberi, pada pandangan cg persamaan perakaunan yang dikehendaki adalah secara umum sahaja.
Ekuiti Pemilik = Modal + Hasil – Belanja
Persamaan Baki Awal : (A = E + L)
Aset = 210,000
Ekuiti = 90,000
Liabiliti = 120,000 (L=A – E)
Soalan 1
Aset = 210,000 + 10,000 (Tunai/Bank)
Ekuiti = 90,000 + 10,000 (Hasil Perkhidmatan)
Liabiliti = 120,000
Soalan 2
Aset = 210,000 + 10,000 + 1,500 (Stok)
Ekuiti = 90,000 + 10,000
Liabiliti = 120,000 + 1,500 (Pemiutang)
Aset = 210,000 + 10,000 + 1,500 – 200 (Tunai)
Ekuiti = 90,000 + 10,000 – 200 (Belanja : telefon)
Liabiliti = 120,000 + 1,500
Aset = 210,000 + 10,000 + 1,500 – 200
Ekuiti = 90,000 + 10,000 – 200 – 300 (Belanja : Elektrik)
Liabiliti = 120,000 + 1,500 + 300 (Elektrik Terakru)
Persamaan Baki Akhir : (A = E + L)
Aset = 210,000 + 10,000 + 1,500 – 200 = 221,300
Ekuiti = 90,000 + 10,000 – 200 – 300 ……= 99,500
Liabiliti = 120,000 + 1,500 + 300 ………… = 121,800
Ok, itu saja cadangan daripada cg, cuma bentuk penulisan jawapan boleh disediakan dalam bentuk lajur (bentuk diatas hanya untuk penerangan langkah demi langkah saja).
January 29th, 2010 at 12:45 am
terima kasih cikgu keranan sudi beri jawapan yang lengkap.
February 3rd, 2010 at 11:53 am
macam mana kaedah yang mudah untuk memahamkan pelajar membezakan item2 antara aset,liabiliti,ekuiti pemilik, hasil dan belanja…..sedangkan sudah diterangkan mksd2nya….
February 3rd, 2010 at 11:59 am
Jangan sekadar terangkan maksdunya sahaja, kita harus berikan banyak contoh2 yang biasa jumpa / ada dipersekitaran pelajar bagi setiap item tersebut.
Serta nyatakan/gambarkan perbezaan secara perbandingan antara item2, seperti aset – liabiliti, liabiliti – ekuiti pemilik, hasil – belanja, aset semasa – aset bukan semasa, liabiliti semasa – liabiliti bukan semasa.
February 3rd, 2010 at 12:28 pm
Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya macam mana catat pada persamaan akaun sekiranya soalan:-
1. beli alat tulis dengan tunai RM150
2. Jual komputer lama bernilai RM540 secara hutang kepada Aliyah.
3. Jualan barang niaga RM650 secara tunai. Kos barang niaga RN350.
jawapan saya:
1. Aset: tunai – RM150
E.P: belanja alat tulis +RM150
2. Aset : Komputer -RM450
Aset : Penghutang +RM450
3. Aset: Stok -RM350
Aset: Tunai +RM650
E.P : Hasil +RM300
Betul tak jawapan saya dia atas!
February 3rd, 2010 at 1:00 pm
Cadangan jawapan Cg:
1. Aset: tunai – RM150
E.P: belanja alat tulis – RM150
No 2 dan 3, bagi Cg sudah betul.
February 3rd, 2010 at 10:14 pm
terima kasih cikgu..
February 9th, 2010 at 6:36 pm
salam,
cgu mcm mane nak tau bhawa urusniaga yang perlu direkod nak buka akaun stok atau akaun belian/ akaun jualan?
contohnya:
Mei 2 Belian barang niaga bernilai RM2000 secara tunai
4 Menjual barang-barang secara tunai bernilai RM340
7 membeli alatan pejabat secara tunai bernilai RM900
9 membeli barang niaga dari syarikat Nasa bernilai
RM750.
10 Menjual barang niaga kepada Wong bernilai RM300
saya confused sama ada nak buka akaun stok atau akaun belian/akaun jualan. bila nak buka akaun stok? bila pula nak buka akaun belian/akaun jualan? apa beza kedua-dua akaun tersebut?
February 9th, 2010 at 9:00 pm
Salam Azlina,
Bagi topik PERSAMAAM PERAKAUNAN, kita hendah lihat KESAN sesuatu urus niaga terhadap persamaan perakaunan tersebut, iaitu perubahan dalam aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Di mana setelah mengambil kira semua urus niaga yang terlibat, pelajar diminta menyediakan KKK bagi menunjukkan keseimbangan dalam persamaan perakaunan tersebut.
Jadi urus niaga yang melibatkan JUALAN / BELIAN barang niaga, maka kita lihat kesannya pada STOK bertambah ataupun berkurang. Oleh itu Ak Jualan dan Ak Belian TIDAK DIBUKA bagi topik ini.
TETAPI bagi soalan topik2 lain, AKAUN JUALAN dan AKAUN BELIAN mesti digunakan kerana kita hendak lihat kesan urus niaga terhadap rekod perakaunan perniagaan keseluruhannya.
Maka, sebagai contoh :
Mei 2 …. STOK +2000, TUNAI -2000
Bagi soalan lain, sila Azlina berikan jawapan anda, kemudian Cg semak.
February 9th, 2010 at 9:18 pm
salam cgu..
maksud saya psl soalan di atas:
a) dt akaun stok – RM2000
kt akaun tunai – RM2000
ATAU
b) dt akaun belian – RM 2000
kt akaun tunai – RM2000
yang mana satu betul (a) ATAU (b)
February 9th, 2010 at 9:29 pm
salam cgu…
jwpn:
mei 2 …dt belian 2000, kt tunai 2000
mei 4 …dt tunai 340 , kt jualan 340
mei 7 ….dt alatan pejabat 900, kt tunai 900
mei 9 ….dt belian 750 , kt pemiutang 750
mei10….dt Wong 300, kt jualan 300
kalau begitu, saya perlu rekod seperti ini dalam akaun T bagi tajuk sistem catatan bergu la. adakah jawapan penyelesaian saya ni btul cgu…
klu btul trima kasih
February 9th, 2010 at 10:53 pm
Maaf, apa yang Cg beritahu diatas berkaitan Persamaan Peakaunan, manakala apa yang Azlina inginkan sistem catatan bergu.
Ok, untuk Sistem Catatan Bergu kita akan gunakan AK JUALAN bagi jualan barang niaga dan AK BELIAN bagi belian barang niaga. AK STOK tidak digunakan kerana penilaian Stok dilakukan pada akhir tempoh perakaunan iaitu STOK AKHIR.
Komen Cg :
mei 2 …dt belian 2000, kt tunai 2000 ………… BETUL
mei 4 …dt tunai 340 , kt jualan 340 ……………. BETUL
mei 7 ….dt alatan pejabat 900, kt tunai 900 … BETUL
mei 9 ….dt belian 750 , kt SYARIKAT NASA / PEMIUTANG 750
mei10….dt WONG / PENGHUTANG 300, kt jualan 300
February 10th, 2010 at 2:46 pm
salam….cgu trima kasih atas jwpn cgu tu.
1 lg soalan kalau u/niaga spt di bawah pula( sistm cttan bergu):
mei 12 bayar belanja elektrik berjumlah RM65 dgn tunai.
mei 15 bayar upah pekerja sbyk Rm150 dengan tunai.
mei 18 membyr sebahagian daripada hutang kpd sykt Nasa b’jumlah RM375 dgn tunai.
mei 20 Wong memulangkan brg yg rosak bernilai RM30.
jwpn,
mei 12 dt belanja elektrik 65, kt tunai 65
mei 15 dt upah dibayar 150, kt tunai 150.
mei 18 dt sykt Nasa 375, kt tunai 375.
mei 20 dt A/k pulangan masuk 30, kt Wong 30.
btul x jwpn saya ni. tp u/niaga bayar upah pekerja klu saya buka akaun gaji, adakah sama juga dengan akaun upah dibayar dan btuk ke untuk u/niaga bayar belanja elektrik kena buka akaun kadar bayaran. tlg ye cgu….
February 10th, 2010 at 5:38 pm
cikgu…kalau beli van scara tunai RM8000.
dalam sistem cttn bergu kene buka akaun van ke atau akaun kenderaan?
kalau ada u/niaga bayar gaji pekerja secara tunai 500.
manakala u/niaga lain bayar upah pekerja secara tunai 150.
ke2-2 u/niaga dalam akaun yg sama ke? mksud saya buka akaun gaji dibayar ke?
saya mmg confius ttg u/niaga ini dlm bab catatan bergu
February 10th, 2010 at 5:40 pm
Pada pandangan Cg, semua jawapan anda adalah BETUL.
Upah dan Gaji adalah 2 perkara yang berbeza, berdasarkan soalan tersebut adalah lebih tepat digunakan Ak Upah Dibayar/Upah Pekerja berbanding Ak Gaji.
Manakala Ak Kadar Bayaran adalah merujuk kepada belanja2 seperti belanja elektrik, telefon dan air. Jadi kedua-dua Ak Belanja Elektrik atau Ak Kadar Bayaran boleh digunakan, tetapi penggunaannya mestilah KONSISTEN. Begitu juga kesnya dengan Ak Kenderaan dan Ak Van kedua-duanya boleh digunakan.
Pada pandangan Cg, sekira terdapat Upah pekerja dan Gaji pekerja, ada dua cara yang boleh digunakan, samada buka kedua-dua Ak Upah dibayar/ Upah Pekerja dan Ak Gaji dibayar / Gaji Pekerja ataupun disatukan dalam Ak Gaji dan Upah sahaja.
February 12th, 2010 at 8:46 pm
cikgu mcm mna nk membezakan A.B.S,A.S,hasil,belanja,L.S,L.B.S dan ekuiti.
February 12th, 2010 at 8:46 pm
Cikgu sya ada soalan pasal persamaan perakaunan.
Urus niaga:bayar gaji dengan cek RM900.
Cikgu ini aset atau liabiliti atau ekuiti.
Tolong beri jawapannya dan beri alasannya.
February 12th, 2010 at 8:48 pm
Untuk membezakan ABS, AS, LBS, LS, EP, H dan B sila rujuk buku teks atau buku rujukan. Fahamkan maksudnya berpandukan contoh2 yang diberikan. Kalau ada apa2 yang tak faham baru kemukakan disini.
Dalam urus niaga tersebut, 2 akaun terlibat :
1. Bank TOLAK RM900 ….. Aset Berkurang.
2. Belanja Gaji …. beri kesan kepada UB dalam Ekuiti Pemilik.. .. UB TOLAK RM900 …. Ekuiti Pemilik Berkurang.
February 14th, 2010 at 9:21 am
salam…cikgu…saya nk tanya…
apew yang cikgu target untuk tahun 2010 nie..
maksud saya,apew yang cikgu target akan masuk dalam peperiksaan prinsip akaun untuk SPM tahun nie???
February 14th, 2010 at 9:26 am
cikgu…saya ada satu persoalan lagi..
apa pendapat cikgu,,saya amik aliran akaun..
dan saya berniat untuk melanjutkan pelajaran saya ke jordan dalam bidang perbankan islam…
adakah masih banyak peluang pekerjaan yang akan saya dapat kalau saya amik bidang perbankan islam nie???
atau cikgu ada cadangan lain yang boleh saya fikirkan…
February 14th, 2010 at 9:30 am
Maaf, Cg tidak target soalan, kuasai semua topik adalah lebih terjamin dapat kejayaan cemerlang.
Peluang pekerjaan di masa hadapan juga adalah diluar kawalan kita, kerana ianya bergantung kepada perkembangan dan keadaan ekonomi semasa. Jadi nasihat Cg, apa2 saja bidang yang ambil, pastikan kita memperolehi keputusan yang CEMERLANG. Kerana orang2 yang cemerlang sahaja akan memperolehi PELUANG kerjaya yang lebih cerah.
February 14th, 2010 at 2:42 pm
hmmm…terima kasih cikgu..
banyak mende yang saya pelajari dan saya dapati di dalam laman cikgu nie yang dapat membantu saya…
insya allah saya akan cuba setiap perkara yang cikgu sampaikan…saya mohon doa dari cikgu agar saya dapat jawab dengan baik dalam setiap peperiksaan saya…
February 14th, 2010 at 5:41 pm
Sama-sama, untuk berjaya, PERANCANGAN dan PERSEDIAAN AWAL adalah faktor penting. Cg doakan Balqis diberikan ketenangan dan dapat menjawab dengan baik dalam setiap kali peperiksaan, seterusnya beroleh kejayaan cemerlang. Amin.
February 15th, 2010 at 8:46 pm
cikgu, saya nk tnya 1 soalan…sbnrnya saya confuse psl penghutang n pemiutang….if nk buat knci kira2 tu, saya selalu trtkr mskkn nilai ke dlm kedua-dua akaun….macam mana ni??????
February 16th, 2010 at 12:37 am
PENGHUTANG adalah PELANGGAN perniagaan, di mana urus niaga JUALAN barang niaga secara kredit terlibat.
PEMIUTANG adalah PEMBEKAL perniagaan, di mana urus niaga BELIAN barang niaga secara kredit terlibat.
February 17th, 2010 at 8:43 pm
1) nyatakan sama ada butir-butir yg berikut merupakan aset,liabiliti,ekuiti pemilik,hasil atau belanja.
a) Aset yg dibawa masuk ke dalam perniagaan. jawapan yg dberi ialah aset. kenapa bukan ekuiti pemilik ckgu? boleh ckgu tolong jelaskan?
dan 1 lagi soalan ckgu,apakah maksud cek tdak dilayan? contohnya, Cek bernilai RM 240 yg diterima daripada penghutang tidak dilayan oleh bank. adakah bank bertambah atau berkurang? dan pnghutang brtambah atau berkurang? tq cikgu.
February 17th, 2010 at 9:37 pm
1 lagi ckgu,iklan terakru ialah aset atau liabiliti? dan apa maksud iklan terakru cikgu? tq.
February 17th, 2010 at 9:59 pm
Setiap urus niaga akan melibatkan sekurang2nya 2 akaun, itu yang dikenali sebagai sistem catatan bergu. Merujuk kepada soalan “Aset yang dibawa masuk ke dalam perniagaan”, pada pandangan Cg ianya boleh dikelaskan sebagai ASET dan juga EKUITI (iaitu modal).
Apabila terima cek daripada penghutang, maka :
1. BANK – TAMBAH dan
2. PENGHUTANG – TOLAK.
Tetapai setelah diketahui bahawa CEK TAK LAYAN, maka kita akan membatalkan pembayaran tersebut, dengan cara :
1. BANK ~ diKURANGkan kerana tidak berlaku penerimaan.
2. PENGHUTANG ~ diTAMBAHkan kembali jumlah hutangnya kepada jumlah asal.
IKLAN dikelaskan sebagai BELANJA.
IKLAN TERAKRU bermaksud Belanja Iklan yang belum dibayar (masih terhutang), maka ianya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.
February 17th, 2010 at 11:16 pm
salam cg..
apa maksud premisis dnilaikan semula dgn harga 70ooo??
February 17th, 2010 at 11:52 pm
Nilai Premis mengikut harga pasaran semasa mengikut Kaedah Penilaian Semula. iaitu salah satu daripada kaedah untuk mengira susut nilai sesuatu aset bukan semasa. Perbezaan nilai tersebut dengan nilai kos / nilai sebelum ini dikira sebagai SUSUT NILAI.
February 18th, 2010 at 12:53 am
Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya macam mana catat pada persamaan akaun sekiranya soalan:-
1.premises dnilaikan smula dgn harga rm70000
2.terima cek drpd penghutang rm8000.beri diskaun
rm400.cek yg dtrma dgunakan utk m’jelaskan sbhagian
pinjaman.. (pinjaman:rm40000)
February 18th, 2010 at 8:59 am
Waalaikumussalam,
Kes 1 :
Kena kira susut nilai dahulu. Berapa nilai asal/kos premis tersebut (rujuk baki awal/KKK yg diberi) ? Katakan RM80000. Maka Susut nilai = 80000-70000 = 10000
1. SUSUT NILAI adalah BELANJA RM10000 (atau TOLAK di Utg Bersih atau MODAL ikau kaedah mana yg digunakan)
2. PREMIS pula TOLAK RM10000.
Kes 2:
Ada 2 cara, boleh dibuat satu per satu atau secara terus.
Cara 1:
Penerimaan daripada Penghutang :
Bank TAMBAH RM8000
Diskaun diberi BELANJA / TOLAK di Utg Bersih RM400
Penghutang TOLAK RM8400 (8000+400)
Bayaran balik pinjaman :
Bank TOLAK RM8000
Pinjaman TOLAK RM8000
Cara 2:
Pinjaman TOLAK RM8000
Diskaun diberi BELANJA / TOLAK di Utg Bersih RM400
Penghutang TOLAK RM8400 (8000+400)
February 18th, 2010 at 12:44 pm
salam..cikgu..
kes 1: boleh tak cikgu terangkan maksud susut nilai yg ckgu mksudkan di atas..
kes 2: dalam persamaan akaun nie,akaun bank tidak wujud,,tetapi overdraf bank ada. Adakah overdraf bank telibat dalam kes nie ckgu??
February 18th, 2010 at 1:24 pm
tq cg..
cg.. boleh x bgi jwapan bg soklan no. 8… persamaan perakaunan.. m/s 7.. mohd narzuki bin yaacob 2003..
February 18th, 2010 at 3:05 pm
Mimie ,
Merujuk kepada soalan tersebut:
Kes 1 :
Premis bernilai 66,800 telah dilakukan penilaian semula sebagai 70,000. Keadaan ini menunjukkan perniagaan mendapat laba / untung atas penilaian semula dan bukannya susut nilai. Maka kesannya :
Premis = 66800 + 3200 = 70,000
Untung Bersih = …… + 3200
Kes 2:
Bank dan Overdraf Bank adalah merujuk kepada akaun yang sama iaitu BANK. Cuma Ovedraf bank menunjukkan BANK berbaki negatif, iaitu:
BANK = – 2000
Dalam kes ini, Cg cadangkan gunakan Cara 2 (rujuk atas) iaitu secara terus tanpa melibatkan BANK kerana ianya lebih cepat.
Ashe,
ABS = 82200
AS = 22030
Bank = 10000
Untung Bersih = 17380
Jumlah KKK (bentuk T) = 104230.
February 18th, 2010 at 9:31 pm
terima kasih cg..
February 19th, 2010 at 6:08 pm
salam ckgu..
1) Tunjukkan kesan setiap urus niaga yang berlaku terhadap aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.
a) Van peribadi bernilai RM 48 000 digunakan sebagai van serahan perniagaan. Untuk soalan ini, adakah ekuiti pemilik yg bertambah ckgu? dan apa berlaku kepada aset?
b) Mengambil tunai perniagaan RM 450 untuk membayar belanja am peribadi. Untuk soalan ini, ekuiti pemilik berkurang kan ckgu? dan apa kah yg berlaku kepada aset dan liabiliti ? Saya kurang faham cikgu.
February 19th, 2010 at 10:24 pm
Sistem Catatn Bergu – setiap urus niaga akan melibatkan sekurang2nya 2 akaun, satu didebitkan dan satu dikreditkan.
Cadangan jawapan Cg:
a) ASET (Kenderaan) + 48000, EKUITI (Modal) + 48000
b) ASET (Tunai) – 450, EKUITI (Ambilan) – 450
February 21st, 2010 at 2:23 pm
salam..
esok sy akan menjalani makroteaching dan sy perlu mengajar bab belanja sahaja..sy ingin bertanya belanja bukan kendalian perlu diiktiraf kan??
lg satu soalan kenapa faedah pinjaman, belanja susut nilai, peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk serta rugi atas pelupusan aset tetap diletakkan di bawah kategori belanja bukan kendalian?bukankah ia terlibat dengan urusniaga perniagaan harian juga…
February 21st, 2010 at 4:41 pm
Pertama, biar pelajar jelas apakah perbezaan antara belanja kendalian dan belanja bukan kendalian.
Antara contoh2 Belanja bukan kendalian ialah :
Rugi atas jualan aset bukan semasa, Faedah atas pinjaman, Faedah atas overdraf, Hutang lapuk. Bukankah semua itu kita iktirafkan sebagai belanja dalam penyata pendapatan.
Apa yang saya faham, BUKAN KENDALIAN di sini bermaksud DILUAR KAWALAN peniaga dan diluar aktiviti biasa perniagaan, contohnya Hutang Lapuk, peniaga tidak dapat kawal ianya akan berlaku atau tidak, begitu juga faedah atas pinjaman, peniaga tidak boleh tentukan berapa kadar faedah yang harus dikenakan, semuanya ditentukan oleh pihak lain. Begitu juga dengan Overdraf bank adalah ianya aktiviti biasa perniagaan …. berlaku pada setiap bulan ?
February 21st, 2010 at 6:33 pm
terima kasih atas penjelasan..
bolehkah sy mengaitkan sedikit tajuk ini dengan konsep pemadanan dan persamaan perakaunan?
February 21st, 2010 at 7:10 pm
sangat2lah baik, kita selalu kaitan dengan konsep2 asas perakaunan. Sebab masa kita ajar konsep awal2 dulu, mungkin pelajar tak nampak jelas kegunaan konsep2 tersebut. Ini kerana ilmu perakaunan ni saling kait mengait antara satu sama lain, jika pelajar nampak kaitannya baru mudah untuk faham.
February 22nd, 2010 at 11:18 pm
salam..cikgu
apa maksud aset semasa dan aset simpanan tetap
February 22nd, 2010 at 11:31 pm
Salam,
Perkara tersebut telahpun dinyatakan,sila baca nota dan komen2 Cg di ATAS.
March 2nd, 2010 at 12:49 pm
Askum cikgu sy nak tye soalan sket…
kalo nak tentukan same ade loss or not dr maklumat diberi ini bagaimana ye? bgaimana pengiraan nye?
Total Assets: $590,000
Total Liabilities : $300,000
made an additional investment :$15,000
drawings :$40,000
March 2nd, 2010 at 12:55 pm
Aset = Liabiliti + Modal + Untung – Ambilan
Maka,
Untung = Aset – Liabiliti – Modal + Ambilan
March 2nd, 2010 at 5:41 pm
Askum cikgu, btul x langkah yg sy buat ni:
a).Purchased 400 of office supplies on credit.
Supplies 400
Accounts payable 400
b).Paid 200 cash on account for office supplies purchased in transaction above.
Cash 200
Supplies 200
Account payable 200
March 2nd, 2010 at 5:49 pm
cikgu soalan ini suruh journalize kan…so kalau soalannye:
a).Real estate commissions billed to clients amount to $4,000.
Revenue 4000
Expenses 4000
(betul ke?) then…
b). Received a check for $3,000 from a client in payment on account for commissions billed in transaction (a). (saya x faham and x tahu nak journalize…harap cikgu bantu…terima kasih..
March 2nd, 2010 at 6:10 pm
Cadangan jawapan Cg,
b).Paid 200 cash on account for office supplies purchased in transaction above.
Account payable 200
Cash 200
a).Real estate commissions billed to clients amount to $4,000.
Account Receivable 4000
commissions 4000
b). Received a check for $3,000 from a client in payment on account for commissions billed in transaction (a)
Bank 3000
Account Receivable 3000
March 2nd, 2010 at 6:27 pm
Then this, i just want cikgu check my answer. correct or not…
1.Received a bill for $600 for advertising for the current month.
Revenue 600
Expenses 600
2.Lu withdrew $1,200 from the business for living expenses
Withdrew 1200
expenses 1200
i hope u help me plz….thanks very much cikgu…
March 2nd, 2010 at 6:30 pm
1.Received a bill for $600 for advertising for the current month.
advertising Expenses 600
advertising payable 600
2.Lu withdrew $1,200 from the business for living expenses
Withdrew 1200
cash 1200
March 3rd, 2010 at 11:08 am
salam cikgu…saya mngalami sdkit kkeliruan dalam mmsukkn maklumat tmbhan dalam PP & KKK….. sya harap cikgu dapat mmbntu sye dalam mnyelesaikan msalh brkut……
*…blanja pngiklanan tdak luput…
*…komisen jurujual tertunggak… pda akhir kewangan lpas…
*…blnja insurans untuk tmpoh kwngan sterusnya
*…pembaikan mesin pjbat….
*…laian2 blnja yg msih blum dgunakan
*…faedah gadai janji..msh blum dbyar?
*…faedah atas pnjaman bank msh blum dbyar….
*…hasil faedah bank telah dperoleh tetapi msih blum dterima…
bleh cikgu trngkan mcm mne kite nak msukkn mklumat diatas kdalm knci kira2 n pnyata pndptn?????
March 3rd, 2010 at 11:45 am
salam cikgu adakah ctatan pelarasan n penyata pndapatn sme??????
March 3rd, 2010 at 11:50 am
Cg bagi asasnya :
BELANJA & Hasil …………….. Penyata Pendapatan
Belanja & Hasil … Terakru & Terdahulu … dikelaskan sebagai Aset semasa dan Liabiliti Semasa – dicatat dalam KKK.
BELANJA TERAKRU ……. Liabiliti Semasa
BELANJA TERDAHULU ….Aset Semasa
HASIL TERKARU …………. Aset Semasa
HASIL TERDAHULU …….. Liabiliti Semasa
Catatan Pelarasan dan Penyata Pendapatan 2 perkara yang berlainan tetapi saling berkaitan.
March 3rd, 2010 at 3:15 pm
Askum cikgu…di bawah ini ada soalan dan saya telah menjawab nye…so, when i submit my homework, my teacher said ade yg x btul…cthnye pd tahun 2009, owner equity akan menjadi baki b/b dibawa ke tahun hadapan…saya masih keliru..apa yg perlu ditambah…harap cikgu dapat membantu saya…thank very much.
December 31 Total Assets Total Liabilities
2008 $480,000 $250,000
2009 $460,000 $210,000
2010 $590,000 $300,000
Lim began business on January 1, 2008, with an investment of $100,000.
Instructions
From an analysis of the change in owner’s equity during the year, compute the net income (or loss) for:
(a) 2008, assuming Lim’s drawings were $25,000 for the year.
Assets= liabilities + capital + net income – drawings
Net income = Assets – liabilities – capital + drawings
Net income = 480,000 – 250,000 – 100,000 + 25,000
Net income = $ 155,000
(b) 2009, assuming Lim made an additional investment of $60,000 and had no drawings in 2009.
Assets= liabilities + capital + net income
Net income = Assets – liabilities – capital
Net income = 460,000 – 210,000 – 60,000
Net income = $ 190,000
(c) 2010, assuming Lim made an additional investment of $15,000 and had drawings of $40,000 in 2010.
Assets= liabilities + capital + net income – drawings
Net income = Assets – liabilities – capital + drawings
Net income = 590,000 – 300,000 – 15,000 + 40,000
Net income = $ 315,000
March 3rd, 2010 at 3:16 pm
Apa yang dimaksudkan oleh cikgu anda ialah Baki modal akhir 2008 akan menjadi Modal awal 2009, Baki modal akhir 2009 akan jadi Modal awal 2010.
Pada tahun 2008 :
Modal awal …………..100,000
(+) Untung Besih…… 155,000
………………………………255,000
(-) Ambilan ……………..25,000
Modal akhir ……………230,000
Pada tahun 2009 :
Modal awal …………….230,000
(+) Modal tambahan …60,000
(+) Untung bersih …… ?
Modal akhir …………… ?
Jadi dalam pengiraan Untung bersih pada tahun 2009 perlulah mengambilkira Modal awal 230,000. Kes yang sama juga bagi tahun 2010.
March 5th, 2010 at 9:37 pm
askum cikgu…betul ke…
Aset = liabiliti + modal + untung + modal akhir – ambilan
untung = aset -liabiliti – modal – modal akhir + ambilan
March 5th, 2010 at 9:53 pm
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Ekuiti Pemilik = Modal awal + Modal tambahan (jika ada) + Untung bersih – Ambilan = Modal Akhir.
Maka,
Aset = Liabiliti + Modal awal + Modal tambahan (jika ada) + Untung bersih – Ambilan
Untung bersih = Aset – Liabiliti – Modal awal – Modal tambahan + Ambilan
March 6th, 2010 at 12:12 pm
i want 2 ask the new format for form4…where can buy the buku rujukan?
March 6th, 2010 at 1:21 pm
Sila baca komen BERIKUT (klik).
March 17th, 2010 at 11:17 pm
Hi..I m the first time to visit this website…Can u help me??I face the problem in finding the maklumat that about the account such as: MIA,Akaun Kontra,Carta Akaun,Hasil n Belanja,MICPA….what meaning??what fungsi??can give contoh??I dunno where can find it…all maklumat wants in bahasa malaysia..this is kursus of account of this year…i want to pass up on monday..no time…never find it..can u help me??pls..TQ
March 17th, 2010 at 11:37 pm
Hi, Cg cadangkan muat turun daripada nota matrikulasi dibawah. Kalau tak silap Cg, dalam Bab1 dan Bab 2 ada maklumat2 tersebut.
NOTA MATRIKULASI
March 20th, 2010 at 9:21 pm
salam…. sy org baru lg dlm akaun…. plajar tingkatan 4… bru nk amik akaun… bleh sy tahu nama-nama akaun yang ada? ni kerja yg cikgu sy bg…. cikgu sy suruh try tanya cikgu narzuki… tq
March 20th, 2010 at 9:38 pm
Semua akaun boleh diklasifikasikan kepada 5 jenis akaun :
Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja.
Cuba bayangkan anda berada dalam sebuah kedai, dan senaraikan apakah :
1. aset2 dalam kedai tersebut
2. liabiliti2nya …
3. hasil2 yang diperolehi oleh kedai tersebut
4. belanja2 yang dibayar
5. ekuiti pemilik ….. hanya Modal dan Ambilan.
Cg percaya rashal mampu menyenaraikan lebih daripada 20 jenis akaun.
March 21st, 2010 at 2:17 pm
cg sy x bpe phm tntng nk buat persamaan prakuanan
….kunci kra2 lh lagi….
tp persamaan prakunan x bpe pham la…
tlg bg taw mcm mne ckgu….
March 21st, 2010 at 2:31 pm
Ilmu perakaunan merupakan ilmu kemahiran yang memerlukan tunjukajar secara langsung. Sekiranya masih tidak memahami / menguasai topik tersebut, sebaik2nya BERJUMPA dan BERTANYA dengan GURU anda untuk dapatkan bimbingan. Kerana Cg tidak tahu apa yang sebenarnya anda tidak faham, jadi agak sukar untuk Cg hulurkan bantu.
March 25th, 2010 at 11:38 am
salam, boleh tolong tunjukkancara nak jawab kunci kira-kira yang baik and bleh dapat markah penuh/
March 25th, 2010 at 11:40 am
Salam,
Bagi mendapat markah penuh: Pertama, klasifikasi akaun mesti betul iaitu Aset bukan semasa, Aset semasa, Liabiliti semasa, Liabiliti bukan semasa dan Ekuiti pemilik. Kedua, menggunakan FORMAT KKK yang betul.
Manakala TEKNIK menjawab pula bergantung kepada bentuk soalan yang dikemukakan. Sila jumpa guru anda minta beliau TUNJUKKAN langkah2 penyediaan satu per satu, kerana cara tersebut LEBIH BERKESAN.
March 29th, 2010 at 2:17 pm
salam…kami dr smk seri bhg,temerloh pahang..
nak tanya tentang bab 2,prinsip perakaunan tingkatan 4…
ckgu ade n0ta ringkas x tentang bab 2????
kami susah sikit nak fhm bab 2..
March 29th, 2010 at 2:20 pm
Maaf Cg tiada nota tersebut. Pada pendapat Cg kalau baca nota ringkas lagilah tidak faham. Bab tersebut tertumpu kepada klasifikasi akaun, iaitu : aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan belanja dan Persamaan Perakaunan. Penerangan daripada cikgu dalam kelas sangat2 penting, kenal pasti apakah perbezaan2 bagi setiap satunya dan kaitkan dengan contoh2 yang terdapat dipersekitaran anda.
Topik tersebut merupakan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai sebaik mungkin.
March 31st, 2010 at 2:41 am
cgu stok akhir tu ape?
March 31st, 2010 at 2:47 am
cgu ap maksud hutang pihak perniagaan kepada pemilikny…pihak perniagaan tu siapa.dan pemilikny siapa??
March 31st, 2010 at 12:15 pm
0ooo..time kasih ckgu..kami dah try bace mcm2 bku rujukan n bku teks..tp susah juga nak catch up..maybe kami kene buat banyak latihan…
March 31st, 2010 at 12:37 pm
salam…..hai cikgu sye student bru dlm akaun,cikgu tlng bg cre2 nak catch up akaun….so far x leh ekut pe ckgu ajar kt skula
March 31st, 2010 at 12:40 pm
Leen,
1. Stok Akhir merupakan nilai barang niaga (stok) yang tidak habis dijual pada akhir tempoh perakaunan.
2. Cuba fahami KONSEP ENTITI BERASINGAN untuk memahami maksud tersebut.
Miazati & Sulaiza,
Bagus, selepas baca sila TANYA GURU bahagian2 yang masih tidak faham. Ini kerana ilmu perakaunan merupakan ilmu kemahiran, yang tidak akan faham hanya dengan membaca sahaja, ianya mesti BERGURU dan buat LATIHAN, dapatkan tunjukajar dan bimbingan daripada GURU. Sama seperti kita belajar SILAT adalah kita akan pandai hanya dengan baca nota/buku sahaja …? sebenarnya terdapat kemahiran2 yang tidak terdapat dalam buku tetapi hanya dapat diperolehi daripada GURU, maka selalulah berjumpa dan bertanya guru anda.
April 1st, 2010 at 12:46 pm
thanz……sye akn try buat yg cikgu bg tip 2….cikgu bleh x ckgu trangkn sebe sdkt ttg bak 2…..tllu ssh bg sye
April 1st, 2010 at 6:50 pm
Cuba kenal pasti apa masalah / tak faham, dan tanya satu per satu…. baru Cg tahu apa masalahnya dan apa yang perlu cg terangkan, tetapi jika tanya secara umum begitu, maka jawabnya … sila baca buku dahulu kerana dalam buku dinyatakan semuanya.
April 7th, 2010 at 7:40 pm
saya ada sedikit kekeliruan tentang soalan latihan saya begi penyataan berikut:
1. menerima tiga keping cek berjumlah RM 1 400 daripada penghutang.
saya telah menyediakan kkk tetapi masih belum lengkap kerana saya keliru adakah saya perlu;
- darab RM1400 dengan 3 /
- ambil RM1400 terus?
nilai keduanya jika dimasukkan ke dalam kkk saya akan dapat angka pengimbang bagi kedua2 aset dan ep+ls.
saya harap sifu/cg faham pertanyaan saya dan dapat memberikan penjelasan.
April 7th, 2010 at 9:19 pm
“Menerima tiga keping cek BERJUMLAH RM 1 400 daripada penghutang.”
BERJUMLAH bermaksud hasil tambah ketiga-tiga cek tersebut berjumlah RM1400.
Dan kesan kepada persamaan perakaunan ialah:
1. Penghutang TOLAK RM1400
2. Bank TAMBAH RM1400
April 8th, 2010 at 6:59 pm
saya nak tanya ape perbezaan hutang dan ekuiti (debt and equity)??
April 8th, 2010 at 8:10 pm
Oleh kerana diluar skop SPM, Cg cadangkan rujuk :
1. difference between debt and equity financing
2. difference between debt and equity securities
3. difference between debt equity capital
April 8th, 2010 at 10:41 pm
tq cg..
April 10th, 2010 at 11:22 am
stok=RM 10200
soalan
menjual 1/4 drpd stok secara KREDIT dengan harga RM 3400.
boleh cg berikan penerangan dengan lebih lanjut.
tq cg.
April 10th, 2010 at 11:25 am
nilai stok yang dijual = 1/4 X 10200 = 2550
stok tersebut dijual secara kredit dengan harga = 3400
Maka, UNTUNG = 3400 – 2550 = 850
Kesan kepada persamaan perakaunan :
Stok – 2550
Penghutang + 3400
Untung Bersih/Modal + 850
April 10th, 2010 at 5:54 pm
cikgu,
lagi satu soalan, simpanan tetap masuk dalam aset bukan semasa atau aset semasa? pelaburan saham amanah masuk dalam aset bukan semasa atau aset semasa? terima kasih
April 10th, 2010 at 6:09 pm
Sila baca mengenai simpanan tetap dalam komen2 di atas. Pelaburan saham amanah juga boleh dikelaskan bersama-sama simpanan tetap.
April 10th, 2010 at 7:24 pm
terima kasih cikgu narzuki yang banyak membantu saya. Soalan peperiksaan sekarang lebih kepada soalan berbentuk LCCI. Buku soalan LCCI yang manakah sesuai digunakan untuk rujukan? di manakah saya dapat beli buku tersebut?
terima kasih
April 10th, 2010 at 7:27 pm
Maaf, Cg tidak dapat mencadangkan buku mana yang sesuai digunakan sebagai rujukan. Buku soalan LCCI dapat diperolehi di kedai2 buku di bandar2 besar ataupun hubungi terus ibu pejabat LCCI KL bagi mendapat maklumat mengenainya.
April 13th, 2010 at 1:36 pm
cikgu bleh x trngkn mksd ekuiti pmlk scre detail…..ape kaitn ekuiti pmlik dgn aset
April 13th, 2010 at 6:52 pm
cikgu, saya ada satu soalan yang tidak dapat mencari jawapan. ‘menerima barang niaga yang bernilai RM1000 dengan harga RM1500.Macam mana saya nak masukkan dalam aset,liabiliti dan equiti pemilik?Sekian,Terima kasih.
April 13th, 2010 at 7:00 pm
Sulaiza,
EKUITI PEMILIK boleh dianggap sebagai hutang perniagaan kepada pemiliknya, kerana pemilik meminjamkan wangnya kepada perniagaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Sila rujuk Konsep Entiti Berasingan untuk memahami maksudnya. Akaun2 yang terlibat secara langsung dengan pemilik dikelaskan sebagai EP, iaitu MODAL, UNTUNG / RUGI BERSIH dan AMBILAN.
Kylie,
Kemungkinan berlaku kesilapan dalam soalan tersebut, pada pandangan Cg sepatutnya soalan tersebut berbunyi “MENJUAL barang niaga yang bernilai RM1000 dengan harga RM1500.” Maka : STOK -1000, TUNAI +1500, UNTUNG/MODAL +500.
April 15th, 2010 at 11:35 pm
ckg, saya ingin tanya mengenai tajuk sistem catatan bergu dalam bab 2. klu ikutkan sukatan lama pelajar hanya didedahkan secara ringkas dan selebihnya akaun dan cara merekod diajar dalam bab lejar.dlm sukatan baru, hasil pembelajaran ialah menunjukkan bahagian debit dan kt akaun, mengenal pasti akaun-akaun yang terlibat dlm stp urus niaga dan menerangkan peraturan merekod menggunakan sistem catatn bergu. persoalannya, kita ajar lebih detailke ckg berbanding sukatan lama? pendapat saya skop tajuk ini meliputi
a) ajar format akaun T
b) kesan urus niaga secara umum, cth aset bertambah di sebelah dt, berkurang sebelah kt.
c)peraturan merekod scr detail bg akaun aset, akaun nominal (belian, jualan, belanja,hasil,pul jua/pul belian), akaun perorangan (ak penghtg, pemiutang, ak ambilan, ak modal)
* ikut seperti yang ada dlm buku rujukan fokus goal pelangi?
April 16th, 2010 at 9:16 am
Kita ikut apa yang telah dinyatakan dalam SP dan HSP bukannya mengikut mana-mana buku rujukan. Buku2 rujukan dipasaran ada yang terlalu detail dan ada yang tidak memenuhi kehendak HSP sepenuhnya.
April 16th, 2010 at 8:35 pm
dlm sukatan baru, hasil pembelajaran ialah menunjukkan bahagian debit dan kt akaun, mengenal pasti akaun-akaun yang terlibat dlm stp urus niaga dan menerangkan peraturan merekod menggunakan sistem catatn bergu. persoalannya, kita ajar lebih detailke ckg berbanding sukatan lama? pendapat saya skop tajuk ini meliputi
a) ajar format akaun T
b) kesan urus niaga secara umum, cth aset bertambah di sebelah dt, berkurang sebelah kt.
c)peraturan merekod scr detail bg akaun aset, akaun nominal (belian, jualan, belanja,hasil,pul jua/pul belian), akaun perorangan (ak penghtg, pemiutang, ak ambilan, ak modal)
yg buku rujukan itu saya tanyaje. tapi pendapat saya mengenai skop tajuk mcm mn ckg? terlalu detail or perlu diringkaskan lg?
April 16th, 2010 at 9:18 pm
Berdasarkan HSP 2010, iaitu bagi :
TAJUK 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA DAN AKAUN KONTRA
Hasil Pembelajarannya hanyalah melibatkan:
1. Definisi … A,L,E,H dan B
2. Pengkelasan ….. ABS,AS, LBS,LSm HK,HBK,BK,BBK.
3. Ciri-ciri setiap jenis pengkelasan
4. Senarai contoh2 bagi setiap jenis pengkelasan.
5. Akaun Kontra – definisi, senarai akaun2 kontra dan akaun induknya.
6. Carta Akaun – definisi, kegunaan dan jadual carta akaun, bandingan sistem Inventori.
7. Persamaan Perakaunan – sama HSP lama
8. Sistem Catatan Bergu :
- Menunjukkan bahagian debit dan kredit akaun,
- Mengenal pasti akaun-akaun yang telibat dalam setiap urusniaga.
- Menerangkan peraturan merekod menggunakan sistem catatan bergu
Pada pandangan saya, berdasarkan HASIL PEMBELAJARAN dinyatakan dalam HSP 2010 seperti diatas, tidak memerlukan kita ajar terlalu detail (ikut saja HSP). Ini kerana perkara tersebut akan diajar secara lebih detail pada Bab 5 : LEJAR nanti.
April 16th, 2010 at 9:51 pm
ok, yg lain i jelas. cuma sistem catatan bergu je confuse.
a) menunjukkan bhgn dt dan kt akaun
cth: format akaun T
b) mengenal pasti akaun2 yg terrlibat dlm stp urus niaga
cth; kenal pasti ikut pernyataan
c)menerangkan peraturan merekod
cth; klu aset bertambah (dt), klu aset berkrg (kt)
klu liabiliti bertambah (kt) , klu berkurang (dt)
mcm nike ckg kandungan sylabusnya? apa pendapat ckg? cuba bg pendapat bg stp satu pemahaman saya betul atau tidak.tq
April 16th, 2010 at 10:02 pm
Saya setuju dengan ketiga2 pandangan tersebut.
April 22nd, 2010 at 9:02 pm
saya nk tau jugaa.. kan kalu macam nak inagt formula p.pndatan 2 cmne
April 22nd, 2010 at 9:05 pm
Formula penyata pendapatan adalah seperti berikut :
Jualan Bersih
(-) Kos Jualan
= Untung kasar
(+) Hasil
(-) Belanja
= Untung bersih
Hanya perlu kenal pasti akaun2 yang diklasifikasikan sebagai hasil dan belanja serta item2 dalam Kos jualan. Dan untuk mengingatinya kenalah FAHAM dan HAFAL formatnya berulangkali.
April 23rd, 2010 at 10:29 pm
Cikgu narzuki,
Dalam soalan persamaan perakaunan, bila nak draf semula kunci kira-kira, bentuk T atau bentuk penyata kunci kira-kira yang patut di sediakan? jika kita sediakan jawapan dalam bentuk kunci kira-kira bentuk T, bukankah kita telah hilang markah dalam item modal kerja?
terima kasih.
April 23rd, 2010 at 10:35 pm
Sekiranya ada peruntukan markah untuk MODAL KERJA, maka kita akan hilang markah tersebut jika disediakan dalam bentuk “T”. Pada pandangan Cg, buat masa ini sediakan dalam bentuk PENYATA adalah digalakkan.
May 3rd, 2010 at 11:11 pm
Askum…cikgu boleh saya tye ttg incremental analisys??
May 3rd, 2010 at 11:31 pm
Salam,
Maaf, Cg kurang arif tentangnya. Kalau nak tanya juga boleh, tak jadi masalah, Cg akan cuba bantu setakat yang termampu untuk menyelesaikannya, disamping Cg juga dapat belajar sesuatu yang diluar daripada skop SPM.
Disini Cg sediakan bahan (klik) yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.
May 5th, 2010 at 11:42 am
apa itu aset tetap dan aset separa tetap?..bagaimana hendak saya membezakan..tolong terangkan..terima kasih
May 5th, 2010 at 11:50 am
Odit,
Pada pandangan Cg, secara ringkasnya, ASET SEPARA TETAP tidak bebentuk fizikal sebagai mana aset tetap (Bagunan, Kenderaan) tetapi jangka masanya yang melebihi 1 tahun boleh manyamai ciri-ciri aset tetap. Contohnya ialah PELABURAN DALAM SIMPANAN TETAP untuk tempoh 5 tahun, walaupun belum sampai tempoh matangnya 5 tahun, perniagaan masih boleh mengeluarkan pelaburan tersebut pada bila2 masa sahaja, cuma faedah daripada pelaburan tersebut sahaja yang mungkin tidak dapat.
May 6th, 2010 at 1:40 pm
thanz…..cikgu pe pbzaan antra hasil dan blanja?
May 7th, 2010 at 2:16 pm
Cikgu,
Fatin sudah biasa buat latihan dengan menggunakan pensil. Bolehkah peperiksaan spm nanti fatin guna pensil?
terima kasih
May 7th, 2010 at 5:08 pm
Fatin,
Tidak salah, tetapi adalah TIDAK digalakkan. Jadi adalah lebih baik mulai sekarang berlatihlah menggunakan pen bagi menjawab mana2 soalan latihan yang diberikan oleh cikgu … ianya bukan setakat itu sahaja, sebaliknya ianya melatih KEYAKINAN DIRI dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.
May 8th, 2010 at 10:41 am
terima kasih
May 9th, 2010 at 3:18 pm
cg sy nak tanya..knpa dlm buku teks x sama dengan dengan buku rjukan bagi cara merekod persamaan perakaunan dlm bab 2 ting-4 bagi contoh urusniaga jualan stok yang bernilai RM 350 yang dijual dengan harga RM 780 secara kredit. dlm buku rujukan cara merekod dlm persamaan adlh stok kurang(350), penghutang bertambah 780 dan hasil bertambah 430 tetapi dlm buku teks cara merekod nya stok kurang (350), belanja kurang (350), hasil bertambah 780 dan penghutang bertambah 780….sy harap cikgu boleh terangkan pada sy….
May 9th, 2010 at 4:02 pm
Kedua-duanya betul, dalam buku teks cuba menunjukkan kesan urus niaga tersebut ke atas HASIL dan BELANJA satu persatu, iaitu :
1. STOK – RM350, BELANJA -RM350
2. PENGHUTANG +RM780, HASIL +RM780
Maka, Untung = Hasil – Belanja = 780-350 = RM430
Manakala, dalam buku rujukan terus menunjukkan kesan urus niaga tersebut terhadap UNTUNG (iaitu Hasil – Belanja), maka kesan yang ditunjukkan dalam persamaan perakaunan adalah seperti berikut :
1. STOK -RM350
2. PENGHUTANG +780
3. UNTUNG +RM430
May 18th, 2010 at 5:06 pm
cikgu Narzuki,
Dalam soalan persamaan perakaunan jika kunci kira-kira yang diberikan sebelum pelarasan tidak ada untung bersih dan hanya mempunyai modal sahaja. maka jual stok RM100 dengan harga RM150, angka RM50 itu perlu masuk dalam modal +RM50 atau Untung bersih +RM50? adakah salah jika saya masuk dalam modal +RM50?
terima kasih
May 18th, 2010 at 5:38 pm
Tidak salah, tapi Cg syorkan buka Untung Bersih, jika Hasil TAMBAH, jika Belanja TOLAK.
May 29th, 2010 at 2:21 pm
CIKgu .. cikgu ada senarai butir2..aset,liabiliti,ekuiti pemilik,belanja dan hasil…
May 29th, 2010 at 2:30 pm
tasha,
Maaf tiada, Boleh rujuk dalam buku teks atau buku rujukan.
June 21st, 2010 at 3:58 pm
Salam
Saya nak kepastian,
1. adakah benar ‘caj bank’ atau ‘buku cek’ merupakan sejenis belanja?
2. dokumen yang terlibat ialah Makluman Debit
3. apakah butir yang akan ditulis dalam Akaun Untung Rugi nanti untuk kedua-duanya jika ia dicatat berasingan.
Kalau ‘caj bank’ saya rasa kita akan tulis butiran sebagai caj bank. Tapi kalau ‘buku cek’ saya tak pasti.
June 21st, 2010 at 7:25 pm
Salam,
1. Ya
2. Ya
3. Pada pendapat saya, tidak salah jika ditulis butirnya “Buku Cek”. Walau bagaimanapun akaun2 yang bernilai kecil kebiasaannya digabung dalam satu akaun sahaja, seperti Akaun Caj bank. Kes ini sama dengan item belanja2 yang kecil bagi perniagaan, biasanya dikelaskan sebagai Belanja Runcit / Belanja Am sahaja.
June 21st, 2010 at 9:43 pm
salam,,
nak tnye …,,
-diskaun dtrima
-angkutan keluar
-belian
-angkutan masuk
-kadar bayaran
-stok awal
-jualan
masuk dlm kategori ape yerk..aset,liabiliti,hasil or else..
June 21st, 2010 at 10:33 pm
Syahirah, cuba tulis jawapan anda, kemudian Cg semak dan terangkan jawapan tersebut.
June 26th, 2010 at 2:28 pm
terima kasih untuk jawapan tempoh hari.
June 30th, 2010 at 7:34 pm
nk tnya skit ley x..?bagaimanakah asa akruan dapat dikaitkan dengan pemadanan hasl dan belanja..?
July 1st, 2010 at 11:06 am
askum…sy nak tnya..untuk menghadiri interview pen.akaun…kebiasaanya soalan apekah yang akan diajukan oleh sesebuah syarikat…harap ader yang menjawabnye.tq
July 1st, 2010 at 11:10 am
Yusliana
Sila rujuk komen Cg mengenai Perakaunan Asas Tunai dan Asas Akruan di post BERIKUT. (klik)
Nurul,
Beberapa panduan yang boleh digunakan. Semoga Berjaya.
1. Tatacara menghadiri temuduga.
2. Tips menghadiri temuduga kerja
July 9th, 2010 at 9:35 pm
askum.. saya nk tanya, kalu tak dinyatakan diterima @ diberi, item di bawah dikategorikan hasil @ belanja:
1. komisen
2. diskaun
3. dividen
July 9th, 2010 at 9:46 pm
Jika demikian, kita kena rujuk kepada baki DEBIT atau KREDIT.
DEBIT – Belanja : Komisen diberi, Diskaun diberi
KREDIT – Hasil : KOmisen diterima, Diskaun diterima.
July 12th, 2010 at 8:14 am
askum, saya nk tnya lagi… mcm jika soalan hanya menyatakan baki sahaja tanpa menyatakan baki debit @ kredit?
July 12th, 2010 at 10:40 am
Sekiranya soalan hanya menyenaraikan baki2 sahaja, maka soalan tersebut akan menyatakan dengan jelas, samada diskaun diberi / diskaun diterima, komisen diberi / komisen diterima.
July 15th, 2010 at 9:50 pm
salam…
sbnr nya sy baru sebulan masuk kls akaun walau pun dah p’tghn thn….
sy nak tanya ckg bab mana yg perlu d titik berat kan supaya dpt p’cptkan bljr n mdh faham??
dan saya mohon utk meminta definisi bg belanja terdahulu, hasil diterima terdahulu, hutang lapuk dan peruntukan hutang ragu n penggunaan nya dr ckg…terima kasih.
July 23rd, 2010 at 2:49 pm
ay nk tnye..ap yg d`maksukan dengan belanja utiliti…dan ia akn d`rekod ke akaun mne???
July 23rd, 2010 at 3:00 pm
Fika,
Salam, ilmu perakaunan adalah saling berkaitan antara satu sama lain, jadi tiada topik yang boleh ditinggalkan. Jika ditinggalkan salah satunya, maka akan lebih susah untuk memahaminya. Contohnya, jika ingin memahami perkara berkaitan dengan pelarasan belanja terdahulu/terakru, hasil terdahulu/terakru, PHR, susut nilai, anda perlu menguasai kemahiran sistem catatan bergu, klasifikasi akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja. Sekiranya kemahiran asas tersebut tidak dikuasai dan difahami, maka anda akan mengahadpi kesukaran untuk memahami pelarasan2 tersebut. Sila dapat guru bimbingan bagi membantu anda menguasai kembali topik2 yang telah ketinggalan.
Ain Sham,
Pada pandangan Cg, Belanja Utiliti menyamai belanja Kadar Bayaran, iaitu melibatkan bil2 elektrik, telefon, air, gas dan sebagainya. Sekiranya soalan menggunakan istilah belanja utiliti, maka ain boleh juga menggunakan AK BELANJA UTILITI.
August 5th, 2010 at 12:24 pm
macam mana nak bezakan antara perabot dengan lekapan dan lengkapan dan juga belanja am….
August 11th, 2010 at 10:54 pm
salam…nk tye ni,sy seorg yg bru mpelaji prinsip perakaunan pd thun ni..coz tpkse tkr kos yg sy ambik..sy msih xdpat bzekn yg mne liabiliti,ekuiti pmilik,aset,belanje, dan hasil..bleh bagi tips spye sy mdah utk fham..coz,pd thun ni sy akn mghadapi pperiksaan spm…
August 12th, 2010 at 12:19 am
Salam, tiada cara mudah untuk cepat faham, kecuali banyakkan membaca, jawab latihan dan sentiasa bertanya guru apabila ada sebarang masalah.
August 15th, 2010 at 2:17 pm
3 persamaan antara penyata pendapayan dan kunci kira-kira
August 17th, 2010 at 4:22 pm
askom,ckg boleh tak bg saye teknik nak ingat dlm Pa cntoh aset,ape yg kene ad……liabiliti…….saya tk bleh hafal!!!!!!
August 17th, 2010 at 4:34 pm
Amy,
Sebelum nak hafal, kita kena faham betul2 dahulu. Ok Cg akan bantu Amy untuk faham dan ingat satu persatu. Tetapi Amy kena cuba jawab soalan2 yang Cg tanya, baru Cg dapat kesan apa yang Amy tidak faham sebenarnya.
Soalannya: Apakah beza antara ASET dengan LIABILITI ?
August 18th, 2010 at 8:30 am
salam..macam mana prosedur untuk merekod urusniaga? apa yang perlu diterangkan dalam cara-cara merekod urusniaga?
saya tak tau, sbb tak pernah ada basic akaun..
August 18th, 2010 at 9:45 am
Salam,
Adakah anda seorang guru ?
Adakah ianya berkaitan Kerja Kursus T4 ?
Nak terangkan kepada siapa ?
August 31st, 2010 at 4:35 pm
cikgu, apa maksud belanja modal dan belanja hasil??
item ape yg diketogorikan sebagai belanjamodal dan belanja hasil?
August 31st, 2010 at 4:36 pm
Aliya,
Mesti dapat bezakan maksud BELANJA dari segi ISTILAH dan dari segi KLASIFIKASI AKAUN (Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan BELANJA).
1. Dari segi ISTILAH
- Belanja Modal : Pembayaran bagi membeli ASET BUKAN SEMASA, contohnya beli kenderaan, beli perabot dll.
- Belanja Hasil : Pembayaran bagi membeli barang niaga/stok, pembayaran perkhidmatan seperti bayar sewa, bayar gaji, bayar kadar bayaran dll.
2. Dari segi KLASIFIKASI AKAUN :
- Belanja Modal : merujuk kepada Akaun ASET BUKAN SEMASA
- Belanja Hasil : merujuk kepada Akaun BELANJA
September 1st, 2010 at 8:43 pm
helo , saya nak tnya cikgu , apakah maksud bagi ekuiti pemilik , pemadanan, konsevatisma , isi pokok melewati bentuk ( subtance over form ) ? saya masih tidak faham tentang semua itu .
terima kasih :)
September 3rd, 2010 at 11:53 am
salam. cikgu,boleh terangkan kepada sy maksud belanja terakru,belanja prabayar,hasil terakru,hasil terdahulu,dab belanja susut nilai.
September 3rd, 2010 at 11:54 am
Eda dan ahem92,
Cuba terangkan apa yang anda faham satu per satu, nanti Cg perbetulkan dan berikan komen mengenainya.
September 3rd, 2010 at 12:00 pm
salam cikgu,
saya nk bertanya..klu sebuah sykt nk buat akaun utk kenderaan yg disewa beli(hp),bgmana utk merekodkan akaunnya..
cthnya..harga van rm80k, downpayment rm8k dan bulanan sbyk rm800..harap cikgu dpt membantu..
tq