Pelajar SPM 2006

SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA (2) TANAH MERAH KELANTAN

TINGKATAN 5 AURUM 2006

1   ABDUL RAHIM B MOHAMED – MATRIK SAINS PP – UMP : ISM KEJURUTERAAN MEKANIKAL
2   MOHAMAD HANAFI B MAT HUSSIN – TINGKATAN 6
3   MUHAMAD ALIF B GHAZALI – MARTIK AKAUN JOHOR – UiTM : ISM PERAKAUNAN
4   MUHAMMAD ZHAFRAN B MOHAMAD ROZY – UiTM : DIP. SENI BINA & UKUR
5   NOR AIN BT MAT AL-KAMAH @ ABD KAMAH – TINGKATAN 6
6   NORFAEZAH BT MOHD SIHA – MATRIK AKAUN MELAKA – UiTM : ISM PERAKAUNAN
7   NURUL JANNAH BT AB MANAF – MATRIK AKAUN MELAKA – UUM : ISM PERBANKKAN
8   SITI MAZIANI BT MOHD KAMEL – TINGKATAN 6
9   SITI NUR AMIRA BT MAT DAUD – UiTM ASASI – UiTM : ISM SAINS BIO
10 SITI ROZAWATI BT MOHD NAWAWI – MATRIK KEDAH -MAKTAB PERGURUAN MELAKA

TINGKATAN 5 RADON 2006

1   ISMAIL B ABDULLAH
2   ISMAIL JAMAL B AHMAD – POLITEKNIK
3   MOHAMAD SAFUAN B ISMAIL
4   MOHD IRFAN B MOHD NASIR – UPM
5   MOHD RIDHUAN B. MOHD RAZALI
6   MOHD ZULHAFIZUDIN MOKHTAR
7   WAN ABD SAFUAN B W ABD RAHMAN
8   ISMASARINA BT. ABDUL GHANI
9   NOOR AISHAH BT HAMAT :- UTM : DIP. PENGURUSAN TEKNOLOGI (PERAKAUNAN)
10 NOR AISHAH BT MAT RAZALI
11 NOR AZLINA BT MOHAMMAD
12 NOR AZMA BT ABD AZIZ
13 NOR AZREN BT HUSAIN
14 NOR FATIN BT AB HADI
15 NOR SHAZIELA BT MOHAMED SHOKRI
16 NUR HASLINDA BT IBRAHIM – POLITEKNIK : DIP. PERAKAUNAN
17 NUR IZZATI BT MOHD FAUZI
18 NUR LIYANA NAJWA BT ROZANI
19 NURUL AZMAHANEE BT AZAMAN
20 ROS DIANA MARZIAH BT REMLI (MENINGGAL)
21 SITI BAHIRAH BT BAHARUDIN
22 SITI MARIAH BT. ABDUL GHANI – UUM
23 SITI NORAINI BT. CHE MUDA
24 SITI SAJIDAH BT MOHD ABDULLAH
25 SURINA BT AHMAD
26 TUAN ZUHAIDA BT TUAN MOHAMMAD
27 WAN NOOR HAZARINIE BT WAN AB AZIZ
28 ZAILATUL AKMAL BT AB RAHMAN – POLITEKNIK : PEMASARAN

  1. ckgu, saya kat uum la, bukan uitm. kecewa saya 🙂

  2. hehehe..ckg first time ni msk huhuhu….
    ckg name sy tu dkat bkan jauh….
    doakan kejayaan kami…
    don’t forget us…

  3. ckg x jelas ar gambar sy heheh… gambar saya pun…(jannah)

  4. Jannah dan Faezah,

    Cg minta maaf di atas kesilapan tersebut, sekarang Cg dah memperbetulkannya. Masalah gambar itu pun Cg dah buat pengubahsuaian, anda hanya perlu KLIK pada gambar diatas.

    TAHNIAH !!! kepada anda berdua kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perbankkan dan juga Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

    Cg sentiasa mendoakan kejayaan anda semua … Semoga BERJAYA dan TERUS BERJAYA, dalam mencapai cita-cita DI DUNIA dan DI AKHIRAT.

  5. heheehe tima kasih ckg atas doa ckg tu……
    insyaallah i try my best in my future undertaking…..
    pasal gmbr tu sy x ksah pn ckg hehehe…
    tq…

  6. ckg emel ckg ape ek sy lupa ar…

  7. thanks ckg…
    InsyaAllah saya pn akn cube wat yg terbaik
    selagi hayat dikandung badan, ckg tetap dlm ingatan.
    krm slm kat ckg2 lain ek..

  8. Faezah dan Jannah,

    Terima kasih kerana masih mengingati cg di sini, sudilah kiranya kalian berdua menceritakan serba sedikit pengalaman semasa belajar di matrikulasi perakaunan di ruanga ini. Semoga ianya menjadi panduan dan dorongan kepada adik-adik yang menduduki SPM tak lama lagi dan bakal memasuki Matrikulasi.

    Email cg ialah narzuki@gmail.com

  9. hmm, akaun kt matrik lbh krg mcm kat sklh jgk. yg penting selalu wat latihan. mcm ckg slalu kata kena wat discussion dlm group. lagipun kt matrik dulu laju mcm kretapi ekspres.hehehe. tp jgn risau mostly bdk akaun dpt score 3 pointer..
    okey ker ckg? sya xreti sgt bab2 mcm ni..
    hv a nice day!

  10. x kan sy lupenyer ckg yg dah ajar sy sampai sy dpt a tuk akaun hehehe even blaja dlm beberapa bln je hehe thanks ckg ek….
    hmmm,kat matrik same ar dgn ape yg jannah ckap tu smuanye express tp as long as we try our best smuanyer x susah mcm ckg slalu ckp semua mudah x de yg susah kn hehehe tp sy rase kt u ni susah ckit ar ckg tkt sgt tkt x leh score ar…..tp cba je ar kn….
    hv a nice day!!!!!!!!

  11. kalo kt matrik tu akaun x la susah sgt same ar cam sklh yg susah ckit mayb bisnes kot tp kalo suka menghafal x pe and then cba ar scire sem 1 coz ble dh dpt 4.00 sem 1 then sem 2 confirm dpt 4.00 gak coz sem 2 lg mudah….
    ape lg ek nk ckp hehe x tau ar t kalo st ade ingat ape2 sy bgtau ckg ek…..kim slm kt smua ckg2 ek..thanks….

  12. Jannah & Faezah,

    Kat matrik akaun dahulu ada berapa subjek kena belajar ?
    Apa yang cg tahu tidak semua subjek diambilkira untuk pengiraan gred …. betul ke ? ….. dan apakah subjek2 tersebut ?

    Sekarang ni pastikan u all skor di year 1, coz year 2 nanti … lebih susah sikit ….. tapi sikit aje. Bak kata orang tua-tua dahulu BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN.

    Take care and Good Luck.

  13. Alhamdulillahh…ppt juga ku masuk..kpd cikgu narzukii yg ku sayangi..apa khabar????

    cikguuu..mcmmn sy nak mskkan gmbr saya????

  14. Rahim,

    Tahniah diatas kejayaan anda … nampaknya tercapai juga cita-cita yang dihajati selama ini. Teruskan perjuangan anda semoga TERUS BERJAYA.

    Cg di sini khabar baik. Berhubung dengan gambar tu, anda terlebih dahulu daftar Blog dengan http://www.wordpress.com kemudian upload gambar dalam profile. Apabila anda log in dan menulis apa-apa komen dalam mana-mana blog wordpress, maka gambar anda akan keluar. Ok Take care.

  15. askum…..
    smua kalo tuk budak akaun ade subjek…..akaun,pengurusan perniagaan,ekonomi,matematik….4 subjek ni markah die msk pointer then ade subjek len cam english,sains informatik,agama,dinamika kemahiran…yg 4 ni lak tak masuk pointer…
    kalo english dua2 sem kna amik tp kalo agama sem 1 then dinamika n sains informatik tu sem 2 cam tu ar…..

    sy pn kalo bleh nk score gak sem 1 ni……insyaallah dpt kot hehehe tp x sure ar tu hehe….i’ll try my best….

  16. da msk u ni mmg pening kepala jugak la sbb skrg kena bljr dlm bi. kena psg balik semua istilah bm k bi. hrp2 saya dpt score tuk 1st year ni. ckg doakan saya ek.
    thanks ckg

  17. TQ faezah & jannah,

    Cg yakin dengan kesungguhan anda berdua … InsyaAllah dapat score untuk 1st year ni. Cg sentiasa doakan kejayaan anak didik Cg.

  18. thanks hehehe…….ckg kalo nk tau ape2 lg pasal matrik ckp ar insyaallah kalo yg sy tau tu sy bgtau ar….

  19. Ok Faezah, jika ada persoalan cg akan tanya nanti.

  20. xlehlaa cg.xleh create pn

  21. Kenapa xleh lak, kalau gitu send gambar Rahim kepada Cg melalui email narzuki@gmail.com. Nanti Cg tolong create Blog untuk Rahim.

  22. salam…..
    ckg lpe nk bgtau roza hari tu tak jadi g ukm coz shari b4 reg kt ukm die dpt tawaran maktab kt melaka so skang die kt melaka ar kt maktab….
    hehehe….bkal ckg ar roza tu hehe…die amik maths x clap sy..

  23. ckg, blh ke kite score d u kalau aktif dgn ko-kurikulum?
    kolej kediaman sy suh smua student kena aktif, kalu x kena tendang tapi tkt la x dpt catch up dgn study…

  24. Faezah,
    TQ atas maklumat tersebut.

    Jannah,
    Sebenarnya atas kita sendiri, jika kita pandai menguruskan masa antara koku dan study tidak akan menjadi masalah. TETAPI tidak dinafikan apabila aktif dalam koku akan membawa kesan juga kepada study kita walaupun kita pandai menguruskanya. Bagi Cg aktiviti koku juga penting, TETAPI 1st year bukan masa yang sesuai kita terlibat secara aktif dalam koku. Apa yang penting pastikan kita dapat score untuk 1st year ni dahulu …. selepas itu baru kita dapat tahu dimanakah ruang-ruang masa yang sesuai untuk kita bergiat aktif dalam koku. Soal kolej kediaman tu perkara no 2, kerana kadang-kadang tinggal diluar adalah lebih baik daripada tinggal dikolej.

  25. uum spenuhnya tgl kt kampus. kalu kena tendang means dok kolej yg plg jauh..
    saya try la xjoin sgt ko-k..tkt xdpt score…
    thanks ckg..

  26. ckg nk tanye hehehe knape ckg ckp kdg2 tinggal kt luar kampus lg elok…..bleh sy tau x reason die knape

  27. Faezah & Jannah,

    Masing2 ada kebaikan dan kelemahannya. Kebaikannya bila tinggal di luar atau jauh dari kampus anratanya bila kita ada 2 atau 3 kuliah dalam sehari, kita akan keluar pagi-pagi ke kampus …… sudah semestinya kita tak akan balik ke rumah/bilik kerana jauh, jadi masa-masa yang ada tu kita boleh lepak2 di library … lama kelamaan kita jadi “kaki library”. So, masa tu kita boleh study atau adakan perbincangan secara berkumpulan atau sebagainya…. takkan nak tidor kat library kot.

    Kalau tinggal di kolej pun boleh juga berbuat demikian, cuma biasanya tidak sekerap siswi yang tinggal di luar kolej … itu aja. Nak study kat bilik konon2 …. bila balik aje ke bilik rasa letih, ngatok, nak rehat kejap, Zzzzzz dan macam2 lagi (daripada pengalaman).

    Walaubagaimanapun bergantung kepada setiap individu, asalkan kita tahu mengatur dan merancang perjalanan hidup kita seharian sebaik mungkin …. dalam apa keadaan sekalipun. Ok itu aje buat kali ini.

  28. hehehe….btul gak ckg ckp tu tp even sy kt kolej ni jauh gak mmg kalo break jap x kan blk ar….
    ckg kalo yg bisnes law tu kn mcm mane ckg memerize kes tu tuk situation yg ni then kes satu lg tuk situation mcm ni plak…..

  29. sy rase law ni cam susah ckit ar coz byk cases nk kna ingat…

  30. Faezah, untuk ingat kes tu terlebih dahulu kena FAHAM situasi kes tersebut : Apa kes/ punca / masalahnya ? Siapa yang terlibat ? Akta mana yg terlibat ? …. dan selebihnya kenalah hafal dan ingat.

    Perkara BARU memang kita rasa susah sikit… itulah namanya BELAJAR.

  31. thanks ckg hehehe mmg pn benda baru ni susah ckit hehehe but i’ll try my besr tgk ar camner nanti hehehe….

  32. Assalamualaikum ckgu…pe kaba,sory lama xbrhubung ngn ckgu….cikg cht ke?Sekarang saya blja kt Utm,ambik kos diploma pengurusan teknologi(perakaunan),skrg sem 3….

  33. Waalaikumussalam, baik-baik saja.

    Boleh tak Aishah ceritakan serba sedikit berkaitan dengan kos Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan), supaya adik-adik di SMKDMPR2 mendapat sedikit maklumat mengenainya. Apa bidang pengajiannya ? …. Skop kerjaya ? ….. apa-apa aje.

    Camna dengan kawan-kawan yang lain, kalau Aishah ada maklumat sila bagitau, boleh Cg kemaskini maklumat di atas.

    Ok, Take care dan Good luck.

  34. assalamualaikumm…cikgu sihat tak???macam mana ngan sek kita dulu???ada apa2 perubahan yang membanggakan tak??

  35. Rahim,

    Cg ok aje… macam biasa. Perubahan tu taklah sangat, … cuma pencapaian dalam bidang kokurikulum seperti :

    1. Pasukan Memanah Sekolah membawa balik 2 pingat EMAS di SUKMA 2008 di Terengganu baru2 ini.

    2. Pasukan Formula One Sekolah mendapat tempat 10 drpd 50 buah sekolah Zon Timur (Kelantan, Terangganu, Pahang).

    3. Pertandingan Bigwalk peringkat kebangsaan mendapat tempat ke 2 dan 5 daripada 90 peserta (termasuk peserta daripada luar negara).

    Itu aje sehingga hari …..

  36. wow ckg bangga sy jd student dm 2 ni hehehe….
    tahniah ckg hehe…
    ckg btuk k ckg nazi dh bertukar n dgr kte die ajar subject add maths kt sek baru tu…

  37. yeke alhamdulillah…eem klu kos ni sama je dgn diploma perakaunan biasa,pe yang beza nya dr segi penggunaan komputer la lebih ckit,skrang sy blja meggunakan sofware UBS,mcm sem lpas guna TURBO CASH..ni utk memudah kn kerja2 ckt lg bla klua bekerja….skop kerja nye byk,leh jd akauntan,juru audit,manager,….n byk lg berkaitan dengan bidang pengurusan dan perakaunan….eem ckgu skrg sy ngah pening ckt dgn costing….pe tip ckgu masa blaja dlu,utk mudah fham costing ni..

    Kwn Lain2:
    Sajidah kt kolej twintech kt damansara ambik bhgian nurse
    Fatin dpt SPA,jd nurse gak
    Linda,politeknik kt PD ambik diploma perakaunan
    Ridhuan,politeknik kat kok lanas
    Jamal Politeknik kt Slim River,Perak
    Ismail Abdullah da kerja jd warden penjara
    Bahirah n ismasarina kt kolej masterskill ambik bhgian nurse
    Aishah Razali kt kolej multimedia kt ganu ambik bhgn kompter

  38. Faezah,

    Tahniah untuk Paduka2 !!!
    Cg Nazi telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik di SMK Batu Gajah.

    Aishah,

    Terima kasih atas maklumat tersebut. Untuk mudah faham …. mesti BACA, LATIHAN dan SELALU BERTANYA, samada rakan2, senior atau pensyarah sendiri.
    Maklumat member2 tu Cg dan kemaskini, kalau ada lagi maklumat sila sampaikan dan mintalah member2 tu berkunjung ke sini.

  39. heheh…btul la kn tahniah tuk paduka ar kn hehe….
    ooo…die dh naik pangkat hehe…

  40. wah, bagusnya ckg nazi da naik pangkat..
    tapi pasni mst da ssh nak jumpe dia kalu g sklh..
    tahniah untuk paduka 2 jugak
    bangga tol dpt jd student dm 2 🙂

  41. Perkara yang lebih membanggakan Cg dan Sekolah ialah kejayaan bekas2 pelajar SMKDMPR2 …dalam bidang Akademik ataupun Kerjaya di masa hadapan.

  42. heheh….ckg ckp tu merujuk sy jgak ar kn hehehe…..tp ni lah hasil titik peluh ckg gak yg ajar ktaorg heheh…

  43. insyaallah ckg….eem cuti ni pe prgram ckg?mcmne pljar2 akaun tahun ni,ramai ke? ada lg tertinggal nk bgtau…
    izzati kt uitm perak,ambik dip ukur bahan….
    mariah:frm 6,
    shaziela:frm 6,
    Irfan:frm 6
    surina:frm 6
    Azlina:frm 6
    Azmahanee:politeknik
    Tn Zuhaida:Frm 6

  44. Aishah,

    TQ, di atas maklumat tersebut. Pelajar Akaun SPM tahun ini seramai 36 orang. Cuti ini biasalah … kelas tambahan.

  45. betul tu, tanpa usaha & tnjuk ajar ckg2 maybe kami xcapai apa yg kami dapat skrg esp ckg.. kalu bkn sbb ckg byk tlg kami, tentu kami xkemana2 skrg.
    thanks a lot tuk sume ckg2 di dm2..
    (tetiba je rasa mcm nak nangis..isk3x)

  46. pucuk pauh delima batu,
    air sembilan di tapak tangan,
    biar jauh beribu batu,
    hilang di mata, di hati jangan..

  47. Jannah, ini jawabnya:

    Selepas jurnal lejar disedia
    Buku Tunai janganlah lupa
    Jadilah insan berhati mulia
    Sampai ke mati orang tak lupa

  48. wah, pandai jgk ckg berpantun ek.hehehe

  49. Jannah,

    Itu baru berpantun, belum bermadah punjangga lagi.

  50. hehe…ckg bleh k bermadah pujangga ni cam x cayer je hehehe…bahaya ni hehe

  51. Faezah, bila dinamakan “cikgu” …. mesti semua boleh, berlakon boleh, melawak boleh, menyanyi boleh, berpantun boleh … pendek kata MACAM MACAM BOLEH….

  52. wah, respek ar kat ckg.hehehe
    tp betul gak, jd ckg kena tau mcm2, btl x ckg?
    tapi xpernah tgk pun ckg bermadah pujangga..
    hehehe

  53. Tak diberi peluang kot….

  54. te ke ckg x dberi peluang hehe…ckg kna ar pandai merebut peluang hehehe….ckg dlu blajar x subject ais yg pasal discovering computer….

  55. Dulu Cg ada ambil Subjek AIS, kenapa ada masalah kah …? boleh kita bincangkannya.

  56. memang byk masalah pun huhu….
    st x tau ar knape tp sy x pham sgt la subjek ni..susah ar..
    takut sy cam ni nk amik final xm cam ner gnie..
    dlu mcm maner ckg bt tuk pham ais ni then nk ingat terms2 die tu pastu byk ar bhasa2 komp ni yg sy x pham sgt n susah nk ingat…..

  57. Faezah,

    Pengetahuan tentang ICT dan perkembangannya adalah penting dalam dunia perniagaan hari ini, sistem perakaunan sendiri akan berubah mengikut perubahan dan perkembangan ICT.

    Sudah menjadi adat belajar TAK FAHAM KENA TANYA. Masalah jika tidak diselesaikan segera akan menimbulkan berbagai masalah lain dikemudian hari nanti. Jadi kenalpasti APA MASALAHNYA ?, apakah PUNCA MASALAH tersebut ? Cari JALAN PENYELESAIANNYA … InsyaAllah boleh diatasinya.

    ~ USAHA TANGGA KEJAYAAN ~

  58. hehe tq ek ckg..tgk ar cam ner ti hehhhe..

  59. Selamat Berpuasa ckgu…..eem ckgu sy pn blja ais sem ni..tp xtau pn mcam ne…ckt2 tu leh l follow,tp bimbng final nnti….

  60. Aishah,

    Selamat berpuasa, … subjek AIS merupakan salah satu subjek yang penting samada dalam bidang Akaun ataupun ICT, kerana perkembangannya saling seiringan.

    ~ BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN ~

  61. Assalamualaikum..
    1stly, saya nak ucapkan selamat meynambut RAMADHAN al-mubarak dan selamat ber puasa kpd cg Narzuki sekeluarga..

    2nd
    saya nak mohon maaf kat cg atas segala kesilapan yg pnh saya buat terhadap cg secara sedar @ luar sedar.

    3rd
    cikgu raya kat mana thn ni cg?

    4th
    cg familiar x dgn software C++.saya ada masalah laa nk install benda nii.dahlaa penting.laptop saya install blh tp run xleh.tnya lecturer,dia cakap setting xbetul,tp dia xtau nak btulkan setting apa.hrp2 cg blh tlg.

  62. Rahim,

    1. TQ, Selamat Berpuasa dan penuhi Bulan Ramadhan ini dengan melakukan amalan2 kebaikan, seperti ………..

    2. Cg telah sedia maafkan serta halalkan semua ilmu yang diperturunkan, semoga ianya digunakan ke jalan kebaikan.

    3. Seperti tahun2 lepas Cg beraya di kampung halaman tercinta … Tanah Merah, Kelantan.

    4. Sorry, C++ Cg tak familiar sangat, tapi kalau laptop ada depan Cg, mungkin dapat bantu. Sebab kalau nak ubah seting kena tengok apa seting yang diperlukan oleh C++ tu. Ataupun cuba tanya abang senior berkaitan masalah tersebut, mungkin dia orang lebih tahu.

  63. ckg yg sijil lcci tu mcm maner….
    x aci la sy da abis spm baru die nk bg sijil tu….
    sjil tu mcm maner actually…

  64. fAEZAH,

    Sekiranya pelajar berminat melanjutkan pelajaran dengan mendapatkan Sijil Profesional Antarabangsa seperti ACCA dan LCCI, maka gred LCCI merupakan BONUS kepada pelajar . Ini kerana gred tersebut boleh melayakkan pelajar lepasan SPM diberikan pengecualian menduduki Paper 1 dan Paper 2 bagi Level 1 ACCA (daripada keseluruhan tiga level), dan untuk LCCI pula mereka dikecualikan menduduki Level 1 dan Level 2 (daripada keseluruhan tiga level).

    Ianya memberikan satu lagi peluang/saluran kepada pelajar2 lepasan SPM untuk menceburi bidang perakaunan, selain daripada saluran yang kita sedia maklum, SPM – Matrik / Diploma – Ijazah – Master – PhD. Bezanya LCCI dan ACCA mengunakan sistem Level. Dan sijilnya diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ini tidak bermaksud sijil keluaran negara kita tidak diiktiraf diperingkat antarabangsa.

  65. assalamualaikum ckg…

    penat la mgu2 sebelum balik raya, byk asgnmt nak kena buat..
    nanti nak kena buat projek akaun yg guna excel tu, nak buat mcm mana pun saya tak tahu..

    ckg, betul ke sir zul da nak kawin dgn eli raya ni?

    SELAMAT HARI RAYA TUK CKG SEKELUARGA N WARGA SMKDMPR 2..

  66. ooo…kiranyer sy ni mcm kerugian r ckit kn huhuhu…
    ckg slamat hari raye tuk ckg ngan family smua…

  67. Salam untuk Jannah dan Faezah,

    Jannah, raya-raya juga, asgment tu kena buat gak, cerita Cg Zul tu … Cg tak pasti pulak, tak da dengar berita pun.

    Faezah, tak rugi pun kerana anda sekarang sudah bergelar siswi … LCCI tu peluang untuk pelajar lepasan SPM meneruskan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

    Cg ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk kalian berdua.

  68. salam….
    ckg sy da nk xm nie start 28/10 nie
    ckg doakn sy ek
    huhuh
    nie first time sy xm kt u nie hehehe
    nervours pn ade hehe….

  69. Faezah,

    Cg doakan semoga Faezah memperolehi ketenangan, ingat apa yang telah dipelajari dan dapat menjawab dengan baik sekali serta memperolehi kajayaan yang diharapkan.

  70. thanks ckg…

  71. assalamualaikum ckg,
    saya pny xm start 11/11.
    ckg doakan saya ek, neves sguh ni esp nak xm akaun 25/11 ni..
    byk lg akaun xcover, even da bljr kat sklh dgn matrik tp still lagi takut sbb sln xsme mcm dulu esp topik penyata penyesuaian bank. ssh ckg, byk istilah dlm bi xfhm..
    mcm mana ni…
    igt nak score akaun tp da xconfident lak…

  72. Jannah,

    Cg doakan semoga Jannah memperolehi ketenangan, ingat apa yang telah dipelajari dan dapat menjawab dengan baik sekali serta memperolehi kajayaan yang diharapkan.

    Cover topik satu persatu, konsepnya sama saja dengan belajar dahulu cuma dari segi gaya penyoalan mungkin lain sedikit. Kalau ada masalah nak selesaikan, sila emailkan soalannya kepada Cg nanti kita bincangkan penyelesaiannya. Terdapat beberapa orang student UiTM (part time) berbuat demikian untuk dapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada Cg.

    Kalau buat sendirian memang agak susah sikit, kena banyak bertanya dan berbincang baru jadi lebih mudah. ok, Good Luck.

  73. ckg………
    lame da x leave komen kat cnie heheeh
    busy r ckg lately huhuh assingment+quiz+homework je memanjang heheheh…
    ckg sem nie mencabar r ckit hehe sy da start blaja akaun ngan taxation tis sem huhu
    akaun da lame tinggal mcm da beku ckit byak yg sy x ingat r
    pastu taxation lak even sbjek die best r gak tp susah ckit byk nk kena cover tp blaja tax ni interesting gak heheeh
    ckg skolah skang ape cter hehe
    l

  74. Faezah,

    Biasalah tu, belajarlah katakan. Apa yang penting berikan sepenuh perhatian dan bijak dalam membuat perancangan, semoga terus berjaya.

    Berita terbaru kejayaan sekolah ialah pencapaian PMR 2008 di mana keputusannya :

    9A – 11 orang
    8A – 12 orang
    7A – 8 orang
    6A – 11 orang
    5A – 15 orang
    4A – 15 orang
    3A – 21orang
    2A – 24 orang
    1A – 28 orang
    0A – 18 orang

    Peratus Kelulusan = 98.7 %
    Gred Purata = 1.82

  75. salam. ckg sihat? ckg, saya tengok adik saya cam xfaham sgt dgn subjek prinsip perakaunan dan result exam baru-baru nie pun rendah. dia beritahu yang dia xboleh jawab paper1 coz dia xfaham. ckg, sekarang saya sdg menjalani latihan praktikal kt Qtech dpn jpj panji…nie waktu keje tapi xde keje yang kena buat.

  76. Izzati,

    Baik Alhamdulillah, daripada keputusan peperiksaan pertengahan tahun lepas, Cg dah kenal pasti apa masalah adik Izzati dan apa yang perlu dilakukan. Cuma Cg minta Izzati nasihatkan dia supaya selalu bertanya, berbincang dan jumpa cikgu jika ada sebarang masalah.

    ~ Selamat menjalani latihan praktikal ~

  77. Saya dah banyak kali suruh dia tanya cikgu kalu dia tak faham. tapi saya tak tahu lah dia tanya cikgu ke tak. saya dah suruh dia buat banyak latihan. tapi saya tak pasti dia buat ke tak kerana saya duk rumah sewa panji.hari jumaat je saya balik rumah tanah merah. format soalan paper 1 masih sama ke dah berubah cikgu?

  78. Izzati,

    Dia ada tanya sikit2, Izzati pastikan dia buat latihan yang Cg bagi sudah mencukupi. Format soalan masih sama, cuma gaya penyoalan lain sedikit bagi soalan 2 dan 3 dalam kertas 2. Apa2pun Cg akan sentiasa pantau dan berikan bimbingan dari semasa ke semasa. Cuma Cg minta Izzati sentiasa doakan akan kejayaan adik Izzati.

  79. Insya-Allah cikgu. try spm bila cikgu?

  80. Izzati,

    Kalau tak silap Cg awal September.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.