SALAM RAMADHAN

ramadhan2014

Kembali….. ONLINE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Cg Narzuki mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan guru Sifu2b dan Cyc kerana sudi membantu memjawab persoalan2 yang dikemukakan oleh pelajar sepanjang saya OFFLINE. 

Sesungguhnya kerjasama berterusan daripada rakan guru amat dialu-alukan dalam usaha membantu para pelajar khususnya dalam subjek Prinsip Perakaunan SPM.

 

Cg Narzuki OFFLINE

CNO2014-off3

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera….

Makluman kepada semua rakan guru dan pelajar yang setia melayari Blog Cg Narzuki Online, sepanjang MINGGU CUTI PERSEKOLAHAN ini Cg Narzuki akan OFFLINE.  Dan pendaftaran KEAHLIAN juga ditutup sepanjang tempoh tersebut.

Diharapkan kerjasama rakan2 guru agar dapat bantu menjawab apa2 persoalan yang dikemuakan oleh para pelajar.

Dan dikesempatan ini Cg Narzuki ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, secara terang-terangan atau secara tersembunyi, sama ada disedari ataupun tanpa disedari.

Harap Maaf.

SELAMAT HARI GURU

hari-guru-2014

Smart Accounting Learning Tool (SALT©)

Smart Accounting Learning Tool (SALT©) adalah permainan perakaunan yang membantu tenaga pengajar dan pelajar untuk mendalami asas perakaunan dengan lebih efektif. SALT© membantu pelajar untuk memahami konsep perakaunan melalui cara pembelajaran yang lebih menyeronokkan. SALT© juga menggalakkan pembelajaran sendiri kerana pelajar akan mendapat maklum balas segera pada setiap transaksi.

Smart Accounting Learning Tool (SALT©) (klik)

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.