Blog Archives

PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI PELAJAR PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

1. Permohonan Sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yang mempunyai kod kelayakan memohon sijil LCCI pada slip keputusan SPM.

2. Calon sekolah hendaklah mempuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

3. Lengkapkan 4 SALINAN Borang Permohonan Sijil LCCI.
Salinan 1 – Rekod Sekolah
Salinan 2 – Rekod Pegawai Peperiksaan Daerah
Salinan 3 – Rekod Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN
Salinan 4 – KPP Unit Pengurusan Maklumat dan Pemprosesan Data, LPM.

4. Borang Permohonan tersebut hendaklah disertakan bersama :

(i) 4 salinan SLIP SPM yang memaparkan kod kelayakan memohon sijil LCCI.
(ii) 4 salinan KAD PENGENALAN.
(iii) Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf bernilai RM25.00 ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN.
[Nota : Setiap salinan hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.]

5. Calon dikehendaki mengemukakan permohonan ke sekolah pada atau sebelum 9 April 2009.

6. Pihak sekolah hendaklah melengkapkan DUA SALINAN Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI.

7. Pengetua hantar 3 SALINAN borang permohonan bersama-sama 1 SALINAN Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Sekolah ke PPD pada atau sebelum 13 April 2009.

8. PPD hantar 2 SALINAN borang permohonan bersama-sama 1 SALINAN Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Daerah kepada SPP pada atau sebelum 17 April 2009.

MUAT TURUN :

1. Panduan dan Borang Permohonan Sijil LCCI

2.  Borang Permohonan Terus ke  LCCI (Tutup 31 Oktober 2009)

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2008

SIJIL LONDON CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY (LCCI) BAGI CALON PRINSIP PERAKAUNAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Penganugerahan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini bukanlah wajib kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM tetapi sebagai nilai tambah atau value added kepada sijil SPM yang akan dianugerahkan.

Calon yang layak memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ;

1. Calon yang mencapai sekurang-kurangnya gred 6C bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

2. Calon yang mencapai gred 6C ke atas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts terbuka. Calon yang mencapai gred 7C ke bawah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts dengan pernyataan Bahasa Melayu diterakan pada sijil berkenaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini juga bertujuan untuk memaklumkan mengenai bayaran sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts bagi calon Prinsip Perakaunan SPM seperti ketetapan berikut;

a) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang tidak berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts tidak dikenakan sebarang bayaran selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2007: Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam.

b) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (Ringgit Dua Puluh Lima sahaja).

c) Calon yang berhasrat boleh membuat bayaran tersebut kepada pihak sekolah masing-masing hanya dalam masa sebulan selepas keputusan peperiksaan SPM tahun semasa diumumkan. Pihak Lembaga Peperiksaan akan mengedarkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts kepada pihak sekolah.

~ APAKAH KOMEN ANDA ~

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.