Bahan PnP – Nota Tingkatan5

Assalamualaikum cikgu Narzuki,

Saya tertarik dengan blog cikgu untuk subjek Prinsip Perakaunan. Banyak bahan yang saya berkongsi daripada blog cikgu untuk pelajar-pelajar saya di sini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kpd cikgu. Hanya Allah saja dapat membalas segala jasa cikgu. Terlalu banyak perkongsian ilmu daripada blog cikgu. Sambutan untuk blog cikgu juga amat menggalakkan.Oleh itu saya juga ingin memberi sumbangan bahan untuk dikongsi bersama dalam blog cikgu jika cikgu izinkan. Bahan yang ingin saya kongsikan ini adalah Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 dalam Power Point yang boleh dikongsi sebagai bahan p&p.

Nota ini saya sediakan untuk P&P saya pada tahun ini mengikut buku teks. Masih terdapat kekurangan dalam penyediaan ini, tetapi dengan nota ini saya percaya akan memudahkan rakan-rakan guru semasa p&p, rakan-rakan guru juga boleh menambahbaikkan lagi kekurangan yang ada pada nota ini. Ini saja yang dapat saya sumbangkan untuk blog cikgu sebagai tanda terima kasih saya di atas sumbangan cikgu dalam dunia pendidikan bagi subjek prinsip perakaunan.

Sekian, terima kasih.
Saya yang benar,

Dina binti Mahyuddin
SMK Raja Puan Muda Tg Fauziah, Perlis.

~ MUAT TURUN (AHLI SAHAJA) ~ 

[dm]140[/dm]

Ucapan ribuan terima di atas kesudian Cg Dina menyumbangkan bahan tersebut untuk dikongsikan kepada rakan2 guru yang lain.  Semoga bahan tersebut dapat dimanafaatkan sebaik mungkin oleh rakan2 guru sekalian.  

Posted on October 18, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 7 Comments.

  1. nota yang ckg dina hantar…tk boleh buka…mcm mana nk buat ckg narzuki? tq

  2. Rozila,

    Sila muat turun semula dan gunakan perisian WinZIP untuk membukanya.

  3. ya…dah boleh dah ckg…terima kasih…kak dina ….tima kasih…semoga Allah saja dapat membalasnya…

  4. time kasih kak dina…..(leh tolong guru yg akan ajar form5 thn depan)

  5. salam …. cgu…. cgu apa soalan cgu target tahun nie? respon dr cgu sy dahulukan ngan ucapan trima kasih…

  6. Amanda,

    Seperti tahun2 lepas, Cg tidak menyediakan soalan target. Apa yang Cg cadangkan, ialah pastikan pelajar ulangkaji semua topik kerana “semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir dengan A+”…… Oleh itu, gunalah masa yang seadanya ini untuk kuasai sebanyak mana topik yang sempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.