PdP Abad ke 21

  1. Pembelajaran Abad Ke-21

    Pengenalan

    Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan danpembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.

    Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan  oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.

    Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

    FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM

    Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-

    •        kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

    •        kemahiran berkomunikasi secara berkesan

    •        kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

    •        kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

    •        kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat

    •        kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

    •        kemahiran kepimpinan dan pengurusan

    PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.

    Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu.  Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti :

    Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling.

    Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.

    Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah.

    Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.

    Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.

    Mempunyai perasaan ingin tahu.

    Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.

    Tidak pernah berputus asa.

    Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P dijalankan.

    Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.

    Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.

    Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan berusaha untuk membuat perubahan.

    Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.

    Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad ke 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:

    Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan terhadap kandungan kurikulum.

    Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.

    Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”.

    Memiliki kemahiran kaunseling.

    Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

    Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya multimedia  seperti ‘internet’ perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

    (a) Teknologi Maklumat/Komputer

    Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.

    Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. 

    (b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar                   

    Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.

    Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

    Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

    (c) Pendidikan Jarak Jauh

    Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut:

    •        Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)

    •        Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer

    •        Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar

    •        Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu

    •        Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui  struktur modular

    •        Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.

    (d) Pendekatan Modular

    Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.

    Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.

    (e) Mastery Learning

    Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.

    (f) ‘Tracking’ dan ‘Banding’

    Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu ‘vertical’ dan ‘horizontal’. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2.

    (g) Sistem Kredit

    Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.

    PENILAIAN

    Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut

    a)    Penilaian Berasaskan Sekolah

    b)   Penilaian Berterusan

    c)    Penilaian Berasaskan Elemen Subjek

    d)    Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil

    e)    Authentic Assessment

    f)     Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)

    g)    Bench Marking

    h)    Ujian/ Peperiksaan Secara Online

    PENUTUP

    Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.

  2. Salah ejaan Abad

  3. Noor,

    Terima kasih atas teguran.

  4. 6 CIRI-CIRI GURU ABAD KE 21

    Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran pada abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.

    6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21

    Saya kongsikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21. Selamat beramal!

    1. Menguasai Subjek
    Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

    2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi
    Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

    3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid
    Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

    4. Memahami Psikologi Pembelajaran
    Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

    5. Kemahiran Kaunseling
    Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

    6. Penggunaan Teknologi Terkini
    Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.

    Sumber : http://www.cikguhailmi.com/2016/01/6-ciri-ciri-guru-abad-ke-21.html?m=1

  5. 10 CIRI PEMBELAJARAN KELAS ABAD KE 21

    Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

    Ciri pembelajaran abad ke 21

    1. Berpusatkan pelajar
    – pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
    – meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

    2. Penggunaan komputer
    – alat penting untuk kelas abad ke 21
    – sangat membantu dalam pdp

    3. Pembelajaran aktif
    – penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer

    4. Pembelajaran kendiri
    – kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

    5. Persekitaran yang kondusif
    – tidak terlalu sesak
    – peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

    6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
    – pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
    – peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

    7. Saling hormat menghormati
    – perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
    – guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
    – pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

    8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
    – sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

    9. Penilaian berasaskan pencapaian
    – guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

    10. Pembelajaran kolaboratif
    – pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

    Sumber: http://www.cikguhailmi.com/2015/01/10-ciri-pembelajaran-kelas-abad-ke-21.html?m=1

  6. Contoh RPH Pembelajaran Abad 21

    Pembelajaran abad 21 merupakan satu keperluan untuk pendidikan masa kini. Secara tak langsung, guru dan pelajar harus berubah cara mengajar dan belajar seiring dengan perkembangan teknologi yang sedia ada. Beberapa kemahiran penting dalam pembelajaran abad 21 perlulah dikuasai oleh guru dan murid. Saya kongsikan contoh rancangan mengajar harian bagi pdp abad 21 sebagai rujukan. Semoga bermanfaat.

    Contoh RPH

    Harus juga difahami bahawa rph ini bukanlah suatu kewajipan yang perlu diikuti oleh setiap guru akan formatnya. Sebaliknya sebagai rujukan kepada guru-guru yang sedang merancang untuk pdp abad 21. Perlu diingat, konsep pembelajaran abad 21 yang terdiri daripada Creativity, Critical Thinking, Collaboration dan Communication.

    Sumber : http://www.cikguhailmi.com/2016/01/contoh-rph-pdp-pembelajaran-abad-21.html?m=1

  7. PdP Abad Ke 21 : PANDUAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

    1. KAEDAH SHARE N TURN
    1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
    2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
    3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
    – A ke B
    – B ke C
    – C ke D.
    – D ke A atau
    – Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semuala yang mengandungi 4 isi atau idea

    2. KAEDAH THINK PAIR SHARE
    1. Berfikir sendirian
    2. Bercakap dengan rakan berdua
    3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
    4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru)

    3. KAEDAH GALLERY WALK
    1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
    2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
    3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.

    4. KAEDAH RALLAY ROBIN
    1. Guru menyoal atau bertanya pelajar.
    2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
    3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan.

    5. KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING
    1. Meminta pelajar menulis soalan dikad
    2. Jawapan ditulis dibelakang.
    3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
    4. Menyerahkan kepada pelajar
    5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan.
    6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
    7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
    8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab.

    6. KAEDAH IDEA RUSH
    1. Fikir apa yang guru soal
    2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
    3. Pelajar laian tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
    4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik

    7. KAEDAH FAN N PICK
    1. Duduk dalam kumpulan.
    2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri
    – Cth 1-2-3-4
    3. Tunggu guru memberi kad
    4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan
    menjawab soalan.
    No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
    No.2: menjawab solan
    No.3 : menilai jawapan betul atau salah
    No.4. Merumus jawapan tersebut

    Semoga bermanfaat dan menjadi jariah utk semua. Aamin

  8. Amat bermakna dan penting dalam menyusun strategi pdp. Jazakumullah cikgu atas perkongsian ilmu di atas.

  9. agak banyak tugasan yang perlu dilakukan…semoga para guru dapat menjalankannya dengan baikk…insyaallahhh

  10. Terima kasih..sungguh bermakna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.