BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI – SPM 2012

TAHNIAH, Cg Narzuki Online diucapkan kepada rakan2 guru diatas pencapaian cemerlang anak didik masing2.

PROSEDUR PERMOHONAN Calon boleh memohon sijil LCCI melalui cara-cara berikut :

1 APRIL – 30 APRIL 2013 Calon boleh memohon melalui sekolah masing2 dengan menggunakan Borang Permohonan LCCI.  Pihak sekolah hendaklah menghantar semua borang permohonan kepada LCCI pada atau sebelum 30 APRIL 2013.  Calon boleh mendapatkan sijil LCCI dari sekolah masing2 mulai SEPTEMBER 2013.

1 MEI – 31 OKTOBER 2013 Calon boleh memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos kepada Pejabat LCCI International Qualifications Malaysia / Pusat Latihan yang dilantik oleh LCCI. Calon boleh mendapatkan sijil LCCI dari sekolah masing2 mulai JANUARI 2014.

[DM]259[/DM]

PERMOHONAN ONLINE

PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI CALON SPM 2008 – 2012

[dm]300[/dm]

BORANG PERMOHONAN (KLIK)

POST TERDAHULU : PERMOHONAN SIJIL LCCI – SPM 2011 

Posted on March 21, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 134 Comments.

  1. salam cg..
    sy nak tanya,untuk sijil lcci spm2011 cg da dapat ke?sekolah sy xdapat pon lagi.

  2. Cg Shuhada,

    Sepatutnya dah dapat…. cuba bertanyakan SU SPM atau pejabat sekolah. Jika tiada juga, cuba tanya pegawai Unit Peperiksaan dan penilaian di PPD.

    Sekolah saya sudah terima pada bulan Januari 2013.. kerani pejabat ambil di PPD. Kalau tak silap saya bersama2 Sijil SPM 2011.

  3. ya.. sepatutnya sudah terima.. sekolah saya telah dapat pada bulan 10 2012…

  4. Salam, saya nak tanya kenapa kita buat permohonan secara online perlukan RM 109?

  5. Danny,

    Ya, saya dapati permohonan melalui ONLINE perlu bayar RM109.95, berbanding permohonan melalui MANUAL / POS hanya RM25 sahaja. Maka buatlah keputusan yang BIJAK. Kenapa bayarannya berbeza ? ….. kena tanya pihak LCCI.

  6. Salam cg narzuki….
    Tahun lepas saya buat untuk pelajar saya permohonan secara online je semua. Harga dia sama saje. Kena call org LCCI ni. Lagi satu nak tanya ni cg narzuki. Kalau kita buat secara online dia akan hantar alamat rumah atau alamat sekolah? Pelajar tahun 2011 saya masih tak dapat sijil di orang.

  7. Hang Tuah,
    Tak tau kenapa tahun ini, bila pohon online.. jumlah yang perlu dibayar RM109.95…. sepatutnya SAMA, mungkin kesilapan di pihak LCCI. Biasanya sijil2 tersebut dihantar ke KPM, kemudian diagihkan ke sekolah2 mengikut pusat peperiksaan.. itu sebabnya sekolah lewat terima… tetapi untuk sijil 2011, kebanyakkan sekolah telah terima pada bulan Januari lagi, Cuba tanya pejabat sekolah/SU SPM/ PPD /JPN… berhubung perkara tersebut.

  8. Assalamualaikum cikgu ,nak tanya kalau mohon secara online ,slip dan salinan ic kena ada pengesahan pengetua jugak eh ? alamat tu nak letak alamat sendiri ke sekolah ?

  9. Izah, waalaikumussalam.

    Sepatutnya setiap SALINAN dalam apa-apa urusan sekalipun mesti DISAHKAN terlebih dahulu.
    Semalam, saya cuba buat permohonan secara ONLINE, didapati jumlah bayaran yang dikenakan sebanyak RM109.95 berbanding permohonan secara MANUAL/POS hanya RM25 sahaja.

    Tentang ALAMAT,…. alamat sendiri / sekolah, kedua-dua boleh. pada tahun lepas semua pelajar saya TULIS ALAMAT SENDIRI semasa memohon, walau bagaimanapun sijil tersebut TETAP DIHANTAR ke SEKOLAH berdasarkan ANGKA GILIRAN dalam SLIP SPM.


  10. Cg Narzuki:

    Danny,

    Ya, saya dapati permohonan melalui ONLINE perlu bayar RM109.95, berbanding permohonan melalui MANUAL / POS hanya RM25 sahaja. Maka buatlah keputusan yang BIJAK. Kenapa bayarannya berbeza ? ….. kena tanya pihak LCCI.

    Post:

    Parent comment:

    (This is #41303)




    Danny dan Izah, pihak LCCI telahpun kemaskini jumlah yang perlu dibayar melalui ONLINE kepada RM25 dan sedikit caj perkhidmatan RM1.95.

  11. salam , cikgu . kalau post borang LCCI kt alamat ni boleh jugak ke ?
    :LCCI International Qualification(malaysia) sdn.bhd
    suite 11.01,11th Floor,Menara Barat,46000,Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan .

  12. Musha,

    Adalah lebih menyakinkan.. poskan ke alamat yang tertera pada borang permohonan tersebut.

  13. tapi,saya dah pos cikgu . pos dua kali boleh ?

  14. Musha,
    Jika sudah diposkan ….. cuba HUBUNGI pejabat tersebut terlebih dahulu… mungkin mereka juga boleh terima…… Jika tidak, terpaksakah hantar permohonan yang baru.

  15. okay . thanks cikgu :)

  16. saya nak tanya macam mana nak hantar melalui pos…. alamatnya kena guna yang mana dan macammana nak bayar melalui pos?

  17. Nsya,

    Muat turun borang tersebut…. apa yang perlu dilakukan ada dinyatakan dalam borang tersebut.
    Gunakan Alamat yang tertera pada borang tersebut. Bayaran dengan cara beli WANG POS bernilai RM25 di Pejabat Pos…lengkapkan bayar kepada LCCI dibahagian hadapan dan maklumat anda di bahagian bekakang, kemudian hantar bersama2 borang permohonan serta salinan slip keputusan dan kad pengenalan yang telah disahkan.

  18. saya nk tanya sepatutnya saya layak dapat sijil lcci tu ,tapi masa tu xtau nk mintak mcm mne. so skrg dh lpas 3 tahun.bleh lagi x nk mntak sijil lcci tu?

  19. Liza,

    YA, masih boleh… sila dapatkan Borang permohonan diatas…. khas untuk permohonan pelajar SPM 2008 – 2011.

  20. Salam,

    Sekadar nak buat sedikit pembetulan. RM 109 tu bukan utk permohonan ONLINE, tapi utk LATE APPLICATION (iaitu utk pelajar SPM yang terlepas tarikh permohonan utk batch mereka, 31 Oktober.) Utk pelajar SPM 2012 tarikh akhir adalah 31 Oktober 2013. Bayaran permohonan Online utk pemohon SPM 2012 adalah RM 26.95 . (RM1.95 adalah caj bayaran online).

    Terima kasih.

  21. I pos the lcci form,spm results,ic to lcci office,then how i can know when i application will be accepted or not

  22. Sharlene,

    Boleh hubungi terus pejabat LCCI (seperti alamat & no. tel. pada borang permohonan) untuk bertanyakan status permohonan tersebut.

  23. Salam sejahtera cikgu…

    Sya nak tanya, boleh lagi tak memohon sijil ni lepas tarikh tutup 31/10/2013 ? Terima Kasih 😀

  24. Salam sejahtera,

    Masih BOLEH, tetapi jumlah bayaran yang perlu sertakan lebih tinggi (RM109) berbanding permohonan sebelum tarikh tamat hanya RM25 sahaja,

  25. sy spm candidates batch 2012..kalau sy baru nak memohon sijil lcci skrg,,rase rasenye bile sy boleh dpt

  26. Shafiq,

    Maaf, Cg tak pasti kena rujuk pegawai di LCCI itu sendiri,

  27. cikgu..sye plaja spm 2012..sye terlepas bacth…kalo sye nk apply lcci tapi gune manual boleh tak…ke mesti gune online jugak..

  28. Aza,

    Boleh pohon secara manual, bayaran untuk permohonan yang terlewat dikenakan sebanyak RM109 (kalau tak silap). Walau bagaimanapun sila hubungi pihak LCCI untuk maklumat lanjut.

  29. Salam cikgu… sy pelajar spm 2010.. cikgu sekolah x bgtau tentg Sijil LCCI ni pd sy sbb sy cume pelajar yg mengambil tambahan subjek akaun nie.. bgaimana sy nk mohon sijil nie.. sbb sy kurg phm..bole tergkn scra detail.

  30. Amelia Syafina,

    Sila muat turun borang permohonan dibawah :
    BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI (PERMOHONAN LEWAT) (klik)
    Kemudian ikut langkah2 yang dinyatakan dalam borang tersebut satu persatu.

  31. salam . sy pelajar SPM 2010 . dlm slip spm sy ade menyatakan yang sy layak dpt sijil LCCI . tp mase 2010 , sy xberape fhm tentang kepentingan LCCI . lepas sy sambung belajar dlm bidang accounting baru sy paham penting nya sijil tu . so soalan sy , boleh ke sy mohon sijil LCCI tersebut lg ? kalau boleh , mcm mane cara sy untuk sy mohon sijil tersebut ? samaade melalui sekolah , pos atau online ?

  32. Linda,

    Boleh pos sendiri…. sila muatturun BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI CALON SPM 2008 – 2012… diatas.
    Panduan ada dinyatakan dalam borang tersebut.

  33. salam cikgu…
    sy pelajar SPM 2013…nak tanya bila boleh mohon sijil LCCI…borang dapat di sekolah atau di mana2???thxx…

  34. Kelvin,

    Apabila keputusan keluar nanti, baru pelajar boleh tahu layak / tidak untuk memohon Sijil LCCI tersebut, jika LULUS (iaitu tertera GRED LCCI pada slip spm) maka bolehlah pohon sijil tersebut,

    Borang permohonan telahpun dihantar ke sekolah2, ataupun boleh muatturun dilaman LCCI ataupun disini nanti,

  35. terima kasih cg…

  36. Assalamualikum ckg, kalau sijil tu sy yg pos sendiri adakah sijil itu sampai ke rumah atau ke sekolah ? Tetapi sampai sekarang sy tak dpt lg sijil tu. Sy sudah tny dekat sekolah, pihak sekolah kata, untuk 2012 tak ada pun yg hantar.

  37. Faiqah, waalaikumussalam,

    Sijil tersebut telahpun dihantar ke sekolah, sekiranya tiada disekolah, cuba hubungi terus pegawai di LCCI minta beliau buat semakan dan penghantaran semula,

    En. Hisyam Md Suhaimi
    Business Development Executive
    Tel:  + 603 7620 6366 ext 131Fax: + 603 7620 6338
    Web:  www.lcciasia.com

  38. Okay, terima kasih ye cikgu.

  39. Salam cikgu, kalau saya mohon lcci then saya nak sijil lcci tu dihantar terus ke rumah tanpa pihak sekolah jadi org tengah, macam mana eh? Saya rasa ragu2 kalau dihantar ke sekolah sbb takut tak dpt. Bnyk dah kes mcm ni terjadi.

  40. Nabila,

    Nanti Cg dapatkan maklumat daripada Pegawai LCCI sendiri… kemudian Cg maklumkan disini.

  41. terima kasih cikgu, saya harap cikgu dapat kasi jawapan tu secepat yg mungkin. Terima kasih sekali lagi

  42. Nabila,

    Ini makluman balas yang saya terima :

    Waalaikumsalam cikgu,
    Penghantaran sijil LCCI ke sekolah adalah berdasarkan kepada arahan dari Lembaga Peperiksaan. Cuma mulai SPM 2012, LCCI telah dibenarkan untuk menghantar sijil2 tersebut secara terus ke sekolah dan bukan lagi melalui Lembaga Peperiksaan seperti tahun-tahun sebelumnya.

    Penghantaran terus kerumah hanya mengikut kes-kes tertentu jika terdapat masalah pada sijil pelajar tersebut.

    Terima Kasih.

    Regards,

    Hisyam Md. Suhaimi
    Business Development Executive
    Pearson Qualifications International

    Berdasarkan makluman tersebut, Mulai SPM2012 pihak LCCI akan menghantar TERUS ke sekolah, maka masalah sijil tercicir dimana-mana tidak mungkin lagi berlaku.. berbanding tahun2 sebelumnya dimana LCCI serahkan kepada LPM –> JPN —> PPD —> Sekolah. Dan sekiranya masih ada kes2 tercicir. maka boleh hubungi terus pegawai di LCCI.

  43. cg…the totally payment to apply LCCI-SPM Double Certification for 2013 is how much???is RM25 or RM107???

  44. Kelvin,

    Bagi permohonan calon SPM 2013 – bayaran RM25, manakala permohonan LEWAT (bagi calon2 SPM2012 dan sebelumnya) baru dikenakan bayaran RM107

  45. salam cikgu klu spm bi dpt d dan pa dapat c+ boleh mohon tak sijil ni

  46. Zzid,

    Sila rujuk pada SLIP KEPUTUSAN SPM… sekiranya terdapat keputusan LCCI (dibahagian bawah), maka ianya LAYAK memohon sijil. Sebaliknya jika TIADA, maka TIDAK LAYAK memohon.

  47. Assalamualaikum..
    Cikgu nak tanya borang LCCI SPM 2013 nak dapatkan kat mana ya..
    Terima kasih

  48. Cg Norah, waalaikumussalam.

    Boleh muat turun DISINI (klik)

  49. asalam cikgu. tolong saya.
    bila kita dah isi borang tu, bagi duet dengan wang pos, salinan kad pengenalan dan kputusan spm perlu disahkan oleh pengetua , lepastuh? kita hantar kat alamat yang diberi guna pos laju boleh tak? cikgu saya tak suruh pun kena sahkan pengetua. macam mna?
    mohon penjelasan :)

  50. Ina,

    Semua SALINAN perlu disahkan terlebih dahulu. Cara penghantaran boleh dibuat dengan 2 cara :
    1. Hantar SENDIRI ke alamat tersebut.
    2. Cikgu sekolah tolong KUMPULKAN, buat semakan lengkap/tidak dan tolong poskan ke alamat tersebut secara berkelompok.
    # sila rujuk guru akaun sekolah anda.

  51. oh, macam itu. terima kasih ckgu. lagisatu, kena beli wang pos 25 ringgit kan :) okay. terima kasih

  52. salam,
    saya masih belum jelas sebenarnya apa kelebihan mempunyai sijil LCCI ni. boleh cikgu tolong… tq

  53. JJ,

    Pada pandangan Cg,
    Sijil tersebut sebagai tanda pengiktirafan pihak LCCI keatas pencapaianan pelajar dalam prinsip perakaunan SPM yang menyamai Level 1 & Level 2 bagi program LCCI (yang diiktiraf di peringkat antarabangsa). Jika berminat untuk sambung Program LCCI, maka pelajar boleh terus ke level 3.
    Jika dalam slip keputusan SPM ada tertera gred LCCI, maksudnya pelajar tersebut telah LULUS dan LAYAK menerima Sijil LCCI. Dan sekiranya pelajar berminat untuk mendapatkan Sijil tersebut, maka kemukakan permohonan dengan bayaran RM25.
    Walaupun pelajar tidak bercadang untuk meneruskan Program LCCI, Sijil tersebut merupakan NILAI TAMBAH berbanding plajar lain yang tidak mendapat pengiktirafan tersebut.

  54. cikgu,
    sijil tu jika tak sambung LCCI adatak bonus untuk mohon kerja atau sambung belajar tempat lain.

  55. Jj,

    Sijil tersebut merupakan NILAI TAMBAH / KELEBIHAN pada anda sebagai bukti tahap penguasaan prinsip perakaunan diiktiraf oleh LCCI berbanding orang lain yang tiada sijil tersebut.

  56. Assalamualaikum cgu ,

    saya merupakan calon spm 2012 , oleh kerana saya baru terdengar pasal sijil ne so saya nak tanya . if saya mohon sijil ne , saya kena bayar rm 107 right ? so duit tu kita sertakan dengan borang tu ka ? :)

  57. AshaAzah, waalaikumussalam.

    Permohonan boleh dibuat secara manual ataupun online. Untuk secara manual bayaran dibuat menggunakan WANG POS (di Pejabat Pos) dihantar bersama2 borang, salinan kad pengenalan dan salinan slip keputusan SPM 2012.

  58. assalamualaikum cikgu narzuki, cikgu akaun saya kata sekolah saya tidak uruskan permohonan untuk sijil lcci. cikgu saya beritahu nnt hantar sahaja borang tu ke alamat lcci. bagaimana hendak tahu kalau sijil tu sudah dikeluarkan. adakah sijil itu terus dihantar ke rumah?

  59. assalamualaikum cikgu narzuki, cikgu akaun saya kata sekolah saya tidak uruskan permohonan untuk sijil lcci.adakah sijil itu terus hantar ke alamat rumah saya?

  60. Aizuddin, waalaikumussalam.

    Memang sekolah tidak uruskan permohonan tersebut, cuma kebanyakan sekolah GURU AKAUN membantu mengumpul, semak dan hantarkan ke pejabat LCCI. Walaupun sijil dihantar sendiri oleh pelajar, pihak LCCI tetap akan menghantarkan sijil2 tersebut nanti ke alamat SEKOLAH/ pusat peperiksaan pelajar. Disebabkan guru akaun dan pihak sekolah tidak ambil tahu perkara tersebutlah, menyebabkan berlakukan keciciran sijil / pelajar tidak menerima sijil tersebut.

  61. cikgu ?berapa jumlah yang perlu saya bayar untuk membuat permohonan secara manual?

  62. Lifern,

    Bayaran secara manual atau online.. jumlahnya SAMA.
    Bagi Lepasan SPM2013 = RM25
    Bagi lepasan SPM2008-2012 = RM107 (permohonan lewat)

  63. SALAM SEJAGHTERA, nak tanya,
    1. borang permohonan sijil LCCI lepasan 2013 boleh dapat di mana?
    2. semua dokumen perlu disahkan ? jika hendak , disahkan oleh siapa?
    3. bayaran RM 25 dibuat terus dengan bayaran wang post kepada post office?
    4. Cikgu di sekolah saya cakap dia tak tahu tentang perihal permohonan ini, jadi saya terpaksa mohon sendiri, nak tanya sijil tu akan juga kirim ke sekolah ke?
    5. nak tahu jadual tarikh tutup permohonan dan tarikh penerimaan sijil tu untuk lepasan 2013 bila?

    Harap akan mendapat maklum balas dari pihak tuan secepat mungkin.

    Sekian , terima kasih

  64. Bosco, salam sejahtera

    1. DISINI (klik)
    2. Disahkan seperti biasa… Pengetua, Penolong Kanan atau Ketua Bidang disekolah.
    3. Ya, beli Wang Pos RM25 daripada Pejabat Pos
    4. Guru Akaun sepatutnya TAHU, … YA Sijil akan dihantar ke SEKOLAH, pastikan GURU dan PIHAK SEKOLAH tahu, bila sekkolah terima nanti, mereka sepatutnya simpan sebagaimana mereka simpan SIJIL SPM.. nanti pelajar akan tuntut.
    5. Tarikh2 tersebut telah Cg nyatakan …. di Bawah Borang (Jawapan 1)

  65. Terima kasih, Cg Narzuki

    Info anda banyak membantu :)

  66. Assalamualaikum cikgu, terima kasih kerana menjawab persoalan saya tempoh hari. saya ingin bertanya adakah borang bayaran wang pos itu dihantar dalam satu sampul surat bersama sama dengan borang permohonan sijil LCCI?

  67. Aizudin,

    Apa yang perlu dihantar bersama:
    1. Borang yg lengkap diisi.
    2. Wang pos yg lengkap diisi… hadapan – bayaran kepada, belakang – nama, alamat, tujuan.
    3. Salinan kp dan slip keputusan spm yg disahkan

  68. assalamualaikum cg ,,bagaimana kalau permohonan sudah diposkan ttpi slinan kp dan slip keputusan spm tidak disahkan ,,?apakah saya tidak akn dpt sjil itu ..?atau adakah saya boleh hantar semula salinan kp dan slip itu sahaja yang telah disahkan kpd pihak lcci ?

  69. Nur Hakimah,

    Waalaikumussalam, saya telah hubungi pegawai di LCCI berhubung perkara tersebut, Nur TIDAK perlu hantar semula, kerana mereka akan terima permohonan tersebut.

  70. assalam cg,, bagaimana saya ingin tahu sama ada sijil tersebut sudah diposkan?.. bagaimana pula sekiranya saya menghantar salinan ic dan slip spm yang tidak disahkan. adakah permohonan saya ditolak dan saya tidak mendapat sijil lcci.?

  71. Hafika,

    Sijil tersebut akan dihantar kesekolah pada bulan September nanti. Permohonan tersebut masih diterima.

  72. maafkan saya cg bagaimana pula sekiranya saya menghantar melalui pos dalam tempoh 1/4-30/4. adakah permohonan saya diterima??

  73. Hafika,

    Permohonan masih diterima, cuma sijil tersebut akan dihantarkan ke sekolah bermula Januari 2015.

  74. asalam cikgu, boleh kah saya hantar borang itu melalui pos laju?
    lagi satu cikgu, kalau tidak disahkan oleh pengetua atau penolong kanan, adakah masih diterima oleh pihak lcci?
    sbb sya ada masalah transport untuk pg ke sekolah yang jauh. jd sya hantar melalui pos laju shaja yang sya mampu.
    sijil itu akan sampai pada januari 2015 ke? so, kena pg ambil kat cikgu skolah lah ye? terima kasih atas jawapan cikgu :)

  75. Nur,

    Penghantaran melalui pos biasa / pos laju … BOLEH
    Salinan yang tidak disahkan.. masih diterima oleh LCCI (mereka akan semak dengan LPM)
    Sijil akan dihantar ke sekolah nanti.

  76. okay. terima kasih atas kerjasama cikgu :)

  77. assalamualaikum cikgu , saya nak tanya sijil LCCI utk SPM 2012 dah diedarkan kat sekolah ke ?

  78. Nadia, waalaikumussalam.

    Kebanyakan sekolah telah terima pada awal tahun 2013 lagi.

  79. asalam cikgu nak tnya, cikgu saya tidak ambil peduli dengan borang ini. dia suruh anak muridnya uruskan sendiri, mybe dia kata dia nak pindah tahun ni.
    jadi, dia kata kalau pakai pos laju kena pos bulan 5. betul ke?
    tak boleh pos sekarang ke guna pos laju? musykil

  80. Mimioi,

    TIDAK, permohonan boleh dihantar SEKARANG … sama ada melalui guru sekolah ataupun hantar sendiri.

  81. asslmlkm cikgu,
    saya nak tanya, semalam saya dah buat permohonan online untuk sijil lcci ni dan dah bayar online RM26.95. Soalan saya, tak mengapakah kalau salinan slip spm dan salinan ic tak ada pengesahan/cop pengetua sekolah?

  82. asalam cikgu.
    macam mana nak pos laju?
    pakai saiz yang kecil ke?
    harap balas

  83. Siti, waalaikumussalam.

    Saya telah bertanyakan pegawai LCCI berhubung perkara tersebut, salinan TIDAK disahkan juga diterima kerana mereka akan buat semakan dengan LPM untuk pengesahan.

    Akubuntu,

    Tiada masalah dalam perkara tersebut…. mana2 pun boleh…. saiz kecil / besar, melalui pejabat pos / syarikat pos laju.

  84. Terima kasih cikgu.
    satu lagi, pihak lcci ada email kepada saya selepas saya selesai membuat pembayaran secara online dan memaklumkan bahawa pihak lcci akan menghantar sijil direct terus ke alamat yang diberi dalam masa 8 minggu selepas pembayaran dibuat. Betul ke cikgu?
    Bukan ke pihak lcci akan hantar sijil kepada sekolah dulu bukan?
    terima kasih sekali lagi kerana mjawab persoalan saya.

  85. Siti,

    Pihak LCCI ada memaklumkan kepada Cg, kebanyakan permohonan akan dihantar ke sekolah kecuali kes2 tertentu akan dihantar ke alamat pemohon. Walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada pihak LCCI, jika dimaklumkan melalui email sedemikian, maka itulah yang mereka akan buat.

  86. yeke siti? baik hantar online je.

  87. akubuntubalik,

    ya, lebih senang buat permohonan sijil lcci secara online. cepat dan mudah. pasal sijil tu hantar kat address rumah tak pasti juga. petikan ni dpd email yang saya dapt lepas siap buat permohonan tu:
    “Kindly note that we have received ur payment.
    COLLECTION OF CERTIFICATE
    Certificates will be sent directly to ur home address given in application within 8weeks from date of payment. Tq.”

  88. Salam Cikgu,
    saya murid tingkatan 5
    tahun lepas cikgu yang mangajar akaun saya dalam tingkatan 4 kata akan bantu kami memohon LCCI
    tapi cikgu saya telah bertukar, cikgu yang baru ni tak pernah sebut tentang permohonan LCCI
    bagaimana saya harus buat? tanya kepada cikgu atau memohon secara diri sendiri atau mananti cikgu sebut?

  89. Lee,

    Selepas dapat keputusan SPM nanti, baru boleh tahu LAYAK atau TIDAK LAYAK untuk memohon sijil LCCI.. dan permohonan boleh dibuat sendiri melalui pos ataupun secara online.

  90. cikgu, kalau pakai pos, kita boleh pos bulan 5 sampai oktober kan?

  91. Mama,

    Boleh pos mulai sekarang hingga 31 Oktober nanti…. tidak perlu tunggu BULAN 5.

  92. salam cikgu, saya nak tanya.

    saya merupakan salah seorang permohon LCCI batch 2012. saya sudah pergi ke sekolah untuk mengambil sijil tersebut malangnya kerani menyatakan masih tiada. kalau saya ambil sendiri boleh tak? di jabatan ke atau mana2 cawangan.

    mohon penerangan :)

  93. Eiyra,

    Sijil tersebut telahpun dihantar ke sekolah, tetapi tidak tahulah dimana silapnya. Pelajar saya juga pernah menghadapi masalah tersebut, kemudian saya hubungi terus pegawai di LCCI untuk buat semakan dan mohon mereka selesaikan masalah tersebut. Cadangan Cg, sila hubungi :

    Hisyam Md. Suhaimi
    Business Development Executive
    Pearson Qualifications International

    Level 1, Tower 2A
    Avenue 5, Bangsar South
    No 8, Jalan Kerinchi
    59200 Kuala Lumpur
    Malaysia

    Direct : + 603 2289 7021
    General : + 603 2289 7000

  94. yela, tapi buat masa ni tak dapat. maybe bulan 5 baru ada free. takpela tq

  95. Salam cikgu…saya lepasan spm 2012..saya dah buat permohonan awal tahun 2013 lg.tapi sampai skrg masih belum terima sijil tersebut..adakah saya perlu buat permohonan lain atau tunggu sampai sijil tersebut sampai?

  96. Sham,

    Cadangan Cg, sila hubungi pegawai LCCI yang telah Cg nyatakan dalam komen sebelum ini… untuk bertanyakan status permohonan dan sijil anda.

  97. salam cg,
    saya lepasan spm 2011….saya belum memohon sijil lcci….mcm mne sya nak mohon?..klo sya pos berapa kene byr???

  98. Faz,

    Ada borang permohonan untuk lewat, bayarannya ada dinyatakan dalam borang tersebut, kalau tak dilap RM107.

  99. okay, terima kasih cg. saya nak tanya skrg sye amik degree acc adakah guna sijil lcci tu untuk apply keje kelak??

  100. Faz,

    Tahniah,.. Sijil Degree anda lebih tinggi daripada Sijil LCCI (Level 2) yang diperolehi masa SPM. Walau bagaimanapun sedikit sebanyak dapat juga membantu anda.

  101. Salam cikgu, saya pelajar SPM 2012 dan sedang belajar dip in accountancy. Perlu ke saya mohon sijil lcci ye ? Ke macam mana ?

  102. Lina,

    Pada pandangan Cg, TIDAK perlu mohon sijil tersebut.

  103. Saya batch 2013,tpy saya tak tahu pon tentang sijil nie boleh mohon lagi x?macam mane nak anta manual dan berapa bayaran nye?

  104. Ayu,

    Setahu saya, masih boleh dipohon… sila gunakan borang permohonan lewat yang disediakan DIATAS, maklumat bayaran dan cara2 juga dinyatakan dalam borang tersebut

  105. salam cikgu , nak tanya . kalau lewat mesti bayar rm107 kan . jadi mcm mnr nk byr rm107 tu . mllalui ape nk byr ? mhon pnjlsan :) tq

  106. Nadia,

    Dalam borang tersebut ada dinyatakan cara pembayarannya.

  107. cikgu , ada tak nombor akaun lcci?

  108. Salam cikgu, kalau saya dah ada dip in accounting, perlu ke saya apply lcci sbb dulu lepas spm saya tak apply, jadi saya tak pasti sama ada saya patut apply atau tidak. Pendapat cikgu?

  109. Sha,

    Pada pandangan saya, tidak perlulah dipohon kerana ianya hanya sijil Level 2 LCCI sahaja.

  110. Salam ckgu, sy skrg bljr dlm diploma engineering electronic. Prlu ke sy mohon sijil lcci ni lg, sbb dlu sy x apply??

  111. Fadhil,

    Pada pandangan Cg, sudah tidak perlu kerana anda telah memilih bidang berlainan

  112. assalamualaikum ckgu, sy nak tanya psal prmohonan yg lewat.. kwn sy lepasan spm 2012 dia baru nak apply LCCI thun ni.. tp kmi xpasti samada PEMBAYARAN WANG POS TETAP RM25.00 atau ada dikenakan cas atas kelewatan memohon sijil. mohon pencerahan dr ckgu.. :)

  113. maaf ckgu, ad stu lg nak tnya psal borang permohonan LCCI tu stiap tahun sama jk ka? xda tarikh luput? :) 😀

  114. assalamualaikum cikgu,
    sy nak bertanya berkaitan sijil LCCI,sy spm tahun 2012..ada kawan2 sy xmohon sijil LCCI,jd skrg mereka semua nak mohon sijil LCCI…sy confius tentang bayaran tu,sama ada kena byar RM25 or RM109.95…

  115. Didy, Miza, waalaikumussalam.

    Bagi permohonan lewat bayaran dikenakan sebanyak RM109.95.
    Pada pandangan saya, tidak perlulah menghabiskan wang sebanyak itu hanya untuk mendapatkan sekeping sijil sebagai simpanan semata2.

  116. Salam cikgu, kenapa di slip saya tidak tertera gred lcci saya sedangkan saya mendapat c+ utk prinsip perakaunan. adakah ini bermakna saya tidak layak utk memohon sijil lcci?

  117. Fazilla,

    Jika tidak tertera bermaksud, markah yang diperolehi masih tidak mencapai tahap lulus mengikut gred LCCI. Maka tidak layak untuk memohon sijil tersebut.

  118. assalamualaikum cikgu
    jika saya mahu mohon melalui pos.. apakah alamat dan isi yang perlu saya hantar.. terima kasih cikgu.. budi bicara cikgu amat saya hargai

  119. Husna, waalaikumussalam.

    Hantarkan ke alamat pada bahagian atas borang tersebut.

  120. salam cg, dlm borang tu tertera bank draft.. mcm mna nk dpt n gnakan tu? terima kasih cg.. :)

  121. Didy,

    Boleh guna juga guna wang pos yang boleh didapati di pejabat pos.

  122. Cg,saya SPM tahun 2010.Bolehkah saya memohon sijil LCCI dgn cara online?

  123. Cg,saya SPM 2010,layak mendapat sijil GCE-O Bahasa English.Pihak sekolah tak bagi tahu tentang sijil ini.Macam mana saya boleh dapat balik sijil tersebut?

  124. Ashlyn,

    Pertama, pastikan anda LULUS LCCI.. dimana ada tercatat dalam SLIP PEPERIKSAAN (dibahagian bawah)… jika tiada, maksudnya TIDAK LAYAK.
    Jika ada gred LCCI.. maka anda layak memohon sijil tersebut. Sekiranya telah memohon pada tahun 2010, maka sijil tersebut sepatutnya ada dalam simpanan sekolah.
    Sekiranya belum memohon, permohonan boleh dibuat sekarang.. tetapi bayarannya lebih tinggi akan dikenakan.

  125. Cikgu..saya spm 2013
    kalao guru saya suruh hantar sendiri form lcci dan tapi sudah 1tahun saya masih belum dapat lcci saya…kawan saya dari sekolah lain sudah dapat di sekolah kerana sekolaah mereka hantar bagi mereka …alamat adalah rumah saya..adakah lcci form dihantar ke sekolah saya ataupun rumah?

  126. Carrol,

    Cuba tanya disekolah… walaipun hantar sendiri… biasanya LCCI tetap hantarkan sijil tersebut disekolah.

  127. Sara.

    masih boleh, cuma bayarannya.. RM100 lebih.

  128. assalam. sy nk mohon sijil lcci ni tahun ni boleh ke? sy calon spm 2010..

  129. sijil ni masih laku ke untuk permohonan kerja?

  130. Hello ckgu,nak tanya ni ..masa isi online tu saya letak alamat surat menyurat rumah,so nnt sijil lcci tu akan dihantar di alamat surat menyurat kan..?

  131. Sansan,

    Sila bertanya terus pegawai di LCCI…. bertanyakan perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.