BUKU TEKS 2010

Buku Teks 2010

Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5 mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan KBSM Tingkatan 4 dan 5 yang disemak semula telah mula diedarkan ke sekolah2.

Semoga buku teks yang ditunggu2 ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembejalaran, sekali gus membantu murid memperolehi pengetahuan yang jitu tentang pelbagai aspek perakaunan yang disarankan.

Posted on October 24, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 26 Comments.

  1. Harap boleh sekolah di Sarawak sini boleh terima sebelum cuti sekolah.

  2. ooo ye ke… putrajaya tak dapat lagi.. tu la dgr2 sebelum cuti dapat… alhamdulillah dah ada buku.. senang skit…;)

  3. Ya, saya baru saja terima buku tersebut pada 24 Oktober 2010.

  4. nampak macam tingkatan 4 & 5 disatukan dalam satu buku..baguslah…senang sikit bdk ting 5 wat ulangkaji lagi…

  5. Terima kasih atas info tersebut.

  6. Askum cikgu saya nak bertanye sedikit soalan bley??

  7. dah dapat buku teks.. baru sampai hari Rabu yang lepas.. lega rasanya.. dah ada buku.. senang pelajar dan guru nak rujuk.. 😉

  8. buku teks baru lebih ke arah buku2 yang dijual dipasaran.. secara amnya, bagus untuk guru dan pelajar untuk menggunakannya secar maksimum…. tapi seperti buku2 di pasaran, agak merisaukan kurang titikberatkan di sebalik penghasilan buku teks… nilai murni, merentasi kurikulum. dan JERI…

    apapun sudah disahkan dan akan digunapalai di seluruh Malaysia..

  9. saya pelajar Ijazah Pengurusan PJJ USM. terjumpa website ini ketika buat reserch. telah mendownload beberapa bahan dari website ini. ianya banyak menyumbang kepada pengetahuan saya tentang perakaunan. terima kasih banyak cikgu kerana sudi berkongsi ilmu. saya doakan agar cikgu sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk terus berkongsi ilmu…

  10. SweetieSiti,
    Terima kasih kerana mendoakan saya sekeluarga. Amin.
    Semoga Siti juga dikurniakan kesejahteraan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

  11. salam cikgu..
    saye mrupakan plajar spm tahun lpas dan sdang mmbuat asasi perakaunan tahun ini..cume nk tnya ap kepentingan acca tu?n selain drpd acca, adkah sjil2 lain spt lcci xsetaraf dgan acca?
    tq

  12. Kimmy,

    Cg cadangkan baca komen2 dalam post Akauntansi dan Sijil Profesional, Apa kata Anda? (klik) daripada blog sahabat Cg, Sifu2b.

  13. Sekolah saya belum terima buku teks ini.Mahu tanya Penyata Pendapatan diskaun diberi dan diskaun diterima dikategorikan di mana?

  14. Berdasarkan buku teks baru, DISKAUN tersebut perlu ditunjukkan sebagai AKAUN KONTRA kepada JUALAN dan BELIAN dalam Penyata Pendapatan.

  15. Salam Cg…
    Cikgu, dari mana saya boleh dapat nota ringkas dari buku teks baru ini…???

  16. selamat pagi dan selamat tahun baru 2011, cikgu.
    saya ada soalan ingin mendapat pandangan daripada cikgu,
    Mengenai VArian dalam catatan :
    dalam buku teks yang baru, selepas hitung angka dan %, kita perlu membuat catatan.contohnya, belanjawan bagi jualan adalah RM 40,000, jualan sebenar adalah RM 35,000.maka dalam catatan kita isi -.(maknanya kurang memuaskan.)
    tetapi bagi ruangan pembayaran, contoh belian :belanjawan adalah RM 35,000, sebenar adalah RM 30,000.
    dalam buk teks , catatan diisi dengan +( bermakna memuaskan),tetapi dalam buku sumber panduan dan pengajaran ( kita download sebelum buku teks dikeluarkan) diisi dengan -.
    apakah pandangan cikgu mengenai perkara ini?atau, kita patut isi memuaskan atau tidak memuaskan jika diabnding dengan + atau – ?terima kasih.

  17. Cg Wong,
    Selamat Tahun Baru,.. memandangkan terdapat 2 pendekatan berbeza yang digunakan dalam Buku Teks dan Buku Sumber tetapi maksudnya adalah sama untuk tujuan perbandingan ianya MEMUASKAN / KURANG MEMUASKAN.

    Pada pandangan peribadi saya, bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan pelajar adalah lebih baik kita terus gunakan MEMUASKAN / KURANG MEMUASKAN sebagai CATATAN berbanding penggunaan + / – yang boleh MENGELIRUKAN pelajar, dengan cara tersebut pelajar terus boleh menghuraikan maksud daripada analisis varian yang diperolehi dengan tepat.

  18. terima kasih banyak…kerana dalam sukatan tingkatan 6, simbol tidak dipentingkan, hanya memuaskan atau tidak memuaskan digunakan sahaja…
    saya brpendapat banyak lagi yang kita perlu bincangkan dalam sukatan yang baru…harap dapat kongsi bersama – sama.
    terima kasih cikgu

  19. salam sejahtera,
    1. Hayat Perkongsian berterusan atau tidak? Dapati buku teks baru menunjukkan hayat berterusan sedangkan buku lama tidak.

    2. Format penyata pendapatan: Didapati buku teks baru menunjukkan dis. diberi dan dis diterima ditunjukkan di bhgn akaun perdagangan sedangkan kedua2 diskaun itu ditunjukkan di aka untung rugi (buku lama). apa pendapat cg ttg perkara ini.
    Sekian, terima kasih.

  20. Salam sejahtera.

    1. Pada pandangan peribadi saya, Hayat Perkongsian dianggap tidak berterusan. Memang tidak dinafikan Akta Perkongsian 1961 HANYA menyebut BOLEH DIBUBARKAN apabila salah seorang pekongsi meninggal dunia, muflis atau tidak siuman. Tetapi pada pandangan saya itu TIDAK bermaksud perkongsian tersebut BOLEH DITERUSKAN. Katakan ada A dan B adalah 2 orang rakan kongsi, katakan A meninggal, maka sudah tentu Perjanjian yang dibuat antara A dan B adalah terbatal. Walaupun perniagaan tersebut masih diteruskan dengan mengambil rakan kongsi baru C tetapi masih menggunakan Nama Perniagaan yang sama. Kita kena anggap itu adalah itu adalah entiti perniagaan yang baru (cuma nama lama – didaftarkan semula). Ini kerana Ikatan Perjanjian baru antara B dan C perlu dibentuk dan dipersetujui bersama dan Ikatan Perjanjian lama antara A dan B sudah tentu terbatal dan tidak boleh digunakan lagi. Maka pada saya, keadaan tersebut TIDAK mengambarkan PERNIAGAAN PERKONGSIAN ASAL masih BERTERUSAN.

    2. Ya, itu adalah Format Pelaporan baru yang perlu didedahkan dan digunakan oleh pelajar untuk menjawab soalan SPM nanti. Ini TIDAK bermaksud format yang lama adalah salah, cuma kita akur dengan Sukatan Pelajaran Semasa.

    Ok, itu saja pandangan daripada saya.

  21. Terima kasih banyak cikgu.

  22. saya nk tanya bagaimana boleh sy dapatkan buku teks ini

  23. Buku tersebut telah diedarkan ke sekolah2 pada akhir tahun lepas lagi, dan mungkin telah terdapat dipasaran.

  24. salam, format penyata pendapatan lama dan baru berbeza (diskaun diterima ditolak daripada belian dan diskaun diberi ditolak daripada jualan).adakah boleh diterima sekiranya pelajar menjawab menggunakan format lama?

  25. Kedua-dua format tersebut adalah betul dari segi format pelaporannya. Oleh kerana buku teks mendedahkan penggunaan format baru, maka saya sarankan kita guna format tersebut. Ini kerana ada sebab2 tertentu kenapa format tersebut diperkenalkan kepada pelajar SPM.

  26. brapa price buku ni ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.