HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 2010

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

PRINSIP PERAKAUNAN KBSM

(SEMAK SEMULA 2009)

MULA BERKUATKUASA 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MUAT TURUN :

1. SUKATAN PELAJARAN 2010

2. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Posted on October 20, 2008, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 85 Comments.

  1. Terima kasih di atas maklumat pantas HSP ini. Akaun kawalan ke tingkatan empat, sesuatu yang memang dialu-alukan kerana ia berkait rapat dengan simpan kira bahagian lejar khas. Tapi untuk tahun ini, dah tak boleh ajar, maka macam biasa, akan ajar Akaun Kawalan di bulan januari 2009.

  2. Sifu2b,

    Sama-sama, HSP tersebut sedang diedarkan ke semua sekolah-sekolah dalam bentuk CD melalui JPN masing-masing.

  3. 1 Selain Akaun Kawalan, topik Pembetulan Kesilapan juga dipindah ke Tingkatan 4?
    2 Penggunaan komputer dlm perakaunan telah dimasukkan ke dalam tajuk-tajuk yang berkaitan. Adakah tajuk/kaedah penggunaan komputer itu penting utk peperiksaan SPM?

  4. Rakan guru sekalian,

    HSP semak semula 2008 telah melalui proses penambahbaikkan dengan penstrukturan semula topik2 mengikut kesesuaian, keperluan semasa dan matlamat KPM.

    Matlamat : “Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai akauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan.”

    Sungguh besar amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh kita sebagai guru prinsip perakaunan. Kita seharusnya mengajar bukan semata-mata untuk pencapaian SPM sahaja, malah lebih dari itu.

    Adakah kita sedar matlamat yang hendak dicapai ?
    Adakah selama ini kita telah cuba penuhi matlamat tersebut ?
    Apakah yang harus kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut ?

    Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

  5. Cg narzuki
    Benarlah kata-kata itu. Moga kita semua bersedia merealisasikan perubahan dan buktikan bahawa profesionalisme guru adalah kekal pada tahap tertinggi.

  6. Cg Narzuki, bilakah modul untuk Bab 9, Penggajian, akan dihantar kepada guru-guru akaun? Juga nak tanya pada pandangan cikgu, bagaimana sepatutnya kita ajar Pembetulan kesilapan yang kini dimasukkan sebagai subtopik Bab 6.

  7. saya ingin bertanya tentang HSP2008. Bilakah HSP tersebut dihantar ke JPN? saya seorang guru di PJ masih belum terima. jika dihantar CD bermaksud guru tidak perlu pergi berkursus utk semakan sukatan baru?tq

  8. Sifu2b,

    Bila modul tersebut akan diedarkan saya tak pasti, mungkin awal tahun depan. Ada kemungkinan juga akan diterbitkan buku teks baru. Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti.

    Pada pandangan saya, bagi topik Pembetulan Kesilapan :

    1. pastikan pelajar dapat mengenalpasti dan membezakan jenis2 kesilapan yg terdapat dalam kesilapan ketara dan kesilapan tidak ketara.

    2. pastikan pelajar dapat membetulkan kesilapan tersebut melalui jurnal dan lejar.

    Ada dua pendekatan yang telah saya gunakan untuk mengajar cara membetulkan kesilapan:
    1. Tunjukkan kesilapan yang dalam Lejar, catat pembetulan dalam lejar, kemudian sediakan catatan dalam Jurnal am.
    2. Kenalpasti kesilapan dan TERUS buat catatan pembetulan dalam Jurnal Am. Kemudian baru tunjukkan kesan ke atas lejar jika perlu.

    Sekiranya soalan hanya minta sediakan catatan pembetulan dalam JURNAL AM sahaja (seperti soalan SPM 1993), maka pendekatan yang ke-2 saya gunakan kerana lebih mudah dan cepat bagi pelajar menjawab soalan.

  9. 1 Selain Akaun Kawalan, topik Pembetulan Kesilapan juga dipindah ke Tingkatan 4?
    2 Penggunaan komputer dlm perakaunan telah dimasukkan ke dalam tajuk-tajuk yang berkaitan. Bagaimanakah tajuk penggunaan komputer ini diajar dalam kelas? Gunakan perisian perakaunan? atau hanya sekadar dengan menggunakan MS Excel untuk membina akaun/dokumen?

  10. Ciknon,

    HSP2008 saya baru terima 2 minggu lepas, bila dihantar ke JPN saya tidak pasti. Satu MESYUARAT PENATARAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009 bagi Zon Timur akan diadakan di Kota Bharu pada 3 hingga 4 November 2008, ianya dianjurkan oleh LPN dengan kerjasama JPN. Nampaknya, pihak LPN sekali lagi akan turun padang mungkin ke setiap Zon seperti mesyuarat penataran 2008 yang lepas..

    Patrikck Tan,

    Memang betul 2 topik tersebut dipindahkan ke Tingkatan 4. Penggunaan komputer dimasukkan dalam kebanyakan topik T4, bertujuan memberikan kemahiran ICT kepada para pelajar, seterusnya dapat membantu menyediakan tugasan dalam Kertas 3 SPM nanti. Pada peringkat permulaan ajarkan kemahiran penggunaan Ms Excel terlebih dahulu. Kemudian berikan sedikit pendedahan tentang perisian perakaunan. Untuk maklumat lanjut saya akan kemukakan selepas menghadiri Mesyuarat Penataran PAK SPM 2009 nanti.

  11. Terima kasih di atas penjelasan di atas.

  12. Terkini, sukatan baru hanya berkuatkuasa spm 2010. Spm 2009 adalah seperti spm 2008. Kepada guru-guru tingkatan 4 (2008) jangan risau! tiada apa-apa perubahan untuk spm 2009.

  13. Cg Ghazali,

    Terima kasih atas maklumat tersebut. Ini satu berita yang mengembirakan !!!!
    Pada perancangan asalnya HSP Semak Semula akan dilaksanakan pada calon SPM 2009, tetapi mungkin disebabkan kekangan masa dan bantahan daripada guru-guru. Serta demi kebaikan dan keadilan kepada pelajar2 SPM 2009 yang telah ketinggalan jika ianya berkuatkuasa pada 2008. Maka, adalah sangat wajar jika perlaksanaan HSP tersebut dikuatkuasakan bermula tahun 2009 bagi pelajar Tingkatan 4 dan menduduki SPM pada tahun 2010 nanti. Masalah Buku Teks mengikut HSP baru juga mungkin akan dapat diselesaikan dalam tahun 2009 nanti.

  14. Bagaimana dengan penggunaan AssetBase?? ada sesiapa di sini yang terlibat dengan program nie? Pada pandangan ckg2 , program nie sesuai ke dalam P&P kat sekolah? Ada masa ke untuk melaksanakan program ni? Berkesan ke tidak?

  15. AssetBase adalah perisian pembelajaran asas / pengenalan kepada perakaunan berkomputer. Perisian perakaunan lain juga boleh digunakan sebagai pendedahan kepada pelajar. Tidak semestinya menggunakan sepenuhnya perisian2 tersebut.

    Ini selaras dengan Objektif HSP Semak Semula supaya para pelajar berpengetahuan dan mampu menggunakan ICT terutamanya dalam bidang perakaunan. Pelajar juga berupaya dan mahir menggunakan ICT terutamanya internet, perisian asas dan perisian pendidikan perakaunan.

    Pada pandangan saya, kesesuaian dan keberkesanan bergantung kepada kebijaksanaan cikgu-cikgu dalam mengaplikasikannya dalam PnP bagi memastikan objektif HSP tersebut tercapai.

  16. Cg Ghazali dan Cg Narzuki,
    Benarkah ia ditangguh ke SPM tahun 2010? Jika benar, baguslah gitu.

    Boleh tak paparkan maklumat rasmi seperti pekeliling ke internet tentang hal berkenaan supaya kami guru semua dapat baca tentang hal ini.

  17. Sifu2b,

    Maklumat secara bertulis belum ada, Cg Ghazali mendapat maklumat tersebut melalui taklimat yang disampaikan oleh Pegawai JPN Kedah untuk dimaklumkan ke setiap PPD.

    Kes ini sama dengan kes Perubahan Soalan SPM 2008, tiada sebarang surat dikeluarkan tetapi maklumat disampaikan melalui Siri Mesyuarat Penataran 2008 oleh LPN sendiri. Untuk itu sekali lagi LPN akan mengadakan Siri Mesyuarat Penataran 2009 untuk memaklumkan perkembangan terbaru berkaitan Program Persijilan Berganda LCCI-ACCA.

    Mesyuarat Penataran SPM 2009 kali pertama akan diadakan di KB pada 3-4 November 2008. Sejauh mana kebenaran maklumat tersebut, sama-sama kita tunggu.

  18. Pada pendapat saya, tajuk tentang penggunaan komputer tidak seharusnya didedahkan dalam peringkat SPM. Hal ini demikian kerana objektif utama ialah memastikan pelajar tahu tentang perakaunan yang asas, selaras dengan nama mata pelajaran ini, iaitu PRINSIP Perakaunan. Tambahan pula, perisian perakaunan di pasaran adalah pelbagai. Pelajar tidak perlu tahu tentang perisian tersebut secara terperinci. Apabila pelajar tersebut ingin menggunakan sesuatu perisian apabila bekerja kelak , mereka bolehlah membaca manual yang disertakan dalam perisian berkenaan (yang dibeli). Hal ini bermakna apa yang dipelajari di peringkat SPM tidak semestinya digunakan jika perisian yang diguna pakai berbeza.

    Selain itu, pelajar yang memiliki SPM tidak semestinya layak melakukan kerja-kerja perakaunan melainkan dia sendiri menjadi boss dalam perniagaan kecil-kecilan / perniagaan tunggal. Maka pendedahan penggunakan komputer secara detial bolehlah diberikan pada pengajian yang lebih tinggi seperti di IPT.

    Lagi satu, seperti kita sedia maklum, buat masa ini pelajar hanya didedahkan dengan menggunakan MS Excel. Bagi saya, ini bukan perisian perakaunan. MS Excel hanya sesuai untuk membuat dokumen perniagaan dan membina jurnal/akaun/lembaran dalam bentuk “jadual”. Ini bukan perisian! Ini cuma melaltih pelajar menggunakan MS Excel. Saya rasa tak perlulah.

    Oleh itu, saya mencadangkan supaya tajuk tentang penggunaan komputer diringkaskan atau digugurkan.
    Ini penting supaya dapat mengurangkan beban pelajar yang perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan mata pelajaran yang banyak.

    Harap pihak yang berkuasa / berpengaruh dapat mempertimbangkan hal ini.

    Terima kasih.

  19. Pada pandangan saya,

    Perkembangan Ilmu Perakaunan adalah seiringan dengan perkembangan ICT, jadi kita tidak boleh abaikan begitu saja. HSP tidak mintapun diajarkan penggunaan perisian perakaunan tersebut kepada pelajar, cuma sebagai pendedahan awal sahaja sebagai perbandingan supaya pelajar tahu sedikit sebanyak berkaitan dengan perisian perakaunan dan perbezaannya dengan sistem manual. Ms Excel juga bukan untuk diajar secara detail, sekadar kemahiran asas Excel dalam menyediakan Dokumen, BCP, lejar, ID, Penyata Kewangan dll. Serta pendedahan kepada penggunaan internet dalam mendapatkan maklumat berkaitan perakaunan.

    Ms Excel memang bukan perisian perakaunan, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menyediakan rekod-rekod perakaunan berkomputer yang lengkap sehingga kepada penyediaan penyata kewangan, terutamanya bagi kedai atau organisasi yang kecil dan sederhana, tanpa memerlukan penggunaan perisian perakaunan yang khas.

    Ms Excel bukan hanya sesuai untuk membuat dokumen perniagaan dan membina jurnal/akaun/lembaran dalam bentuk “jadual”. Tetapi lebih daripada itu, ianya dapat digunakan bagi membantu sistem perakaunan dan pengurusan sesebuah perniagaan. Ms Excel sangat berguna dan digunapakai dengan meluas terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan kewangan samada di organisasi kecil mahupun organisasi besar. Jadi adalah sangat wajar jika pelajar didedahkan serba sedikit kemahiran tersebut.

    Kemahiran yang hendak diajarkan kepada pelajar bukan hanya untuk menjawab soalan peperiksaan sahaja dan bukannya satu beban kepada pelajar , tetapi kemahiran dan pengetahuan tersebut boleh digunakan apabila tamat SPM nanti samada bidang pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    Masalah masa tidak mencukupi tidak timbul, kerana sukatan yang disediakan telah mengambilkira jumlah masa yang diperuntukkan bagi setiap topik yang diajar. Di sinilah peranan cikgu-cikgu mengunakan kebijaksanaan masing-masing membuat perancangan supaya matlamat subjek prinsip perakaunan tercapai.

    Di mana matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai akauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam ICT, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan. Selaras dengan Teras 2 : Membangunkan Modal Insan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

  20. Salam cikgu…saya nak tanya…next year kononya prinsip akan ada 3 kertas…yeker??? saya ne pelajar sabah…saya harap cikgu dapat gtwla…walaupun saya budak sabah ….kertas 1 objktf, kertas 2 subjektif dan kertas 3 yang ada kata kertas 2 dulu…so betulka tu???plz anta kat emel sy..tanx….i really need to know tats..tanx

  21. Ela,

    Cg baru saja menghadiri Mesyuarat Penataran Format Baru Prinsip Perakaunan SPM 2009 yang telah dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pihak LPM telah memaklumkan bahawa perlaksanaan HSP Semak Semula TETAP berkuatkuasa pada 2008 iaitu pelajar SPM 2009.

    Ini bermaksud pelajar SPM 2009 akan mengikuti format pentaksiran baru iaitu :

    Kertas 1 : Objektif …. 40 markah (20%)
    Kertas 2 : Subjektif …. 100 markah (60%)
    Bahagian A : 3 soalan jawab 2.
    Bahagian B : 2 soalan jawab semua.
    Kertas 3 : Projek …….. 100 markah (20%)

    LPM akan laksanakan sepertimana yang telah dirancang dan telah dipersetujui pada sebelum ini, sehinggalah pihak KPM mengeluarkan surat untuk penanguhan. Sehingga hari ini Cg dimaklumkan tiada sebarang surat arahan dikeluarkan untuk penangguhan perlaksanaan HSP dan Format baru SPM.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    MUAT TURUN BAHAN KURSUS PENATARAN 2009
    1. Taklimat Penataran
    2. Format Pentaksiran
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  22. Salam mesra cikgu,

    Saya tidak beberapa faham pasal tahun berkuatkuasa HSP semakan semula tersebut. Maknanya, kalau saya budak tingkatan 4 tahun 2009, cikgu di sekolah akan menggunakan HSP Semakan Semula tersebut?

    Tapi, setahu saya, buku teks untuk HSP Semakan Semula tersebut belum buat lagi. Maka tahun 2009 cikgu tidak akan ajar dengan berpandukan buku teks kah?

  23. Joanne,

    Sehingga hari ini, LPM memaklumkan bahawa HSP tersebut berkuatkuasa 2008. Ini bermaksud pelajar tingkatan 4 tahun 2008 sepatutnya menggunakan HSP tersebut dan SPM 2009 akan menggunakan Soalan Format Baru iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.

    Oleh itu, sudah semestinya pelajar tingkatan 4 tahun 2009 akan menggunakan HSP tersebut. Buku teks baru mungkin tidak dapat disediakan dalam masa yang terdekat ini, tetapi Cg dimaklumkan bahawa satu MODUL KHAS akan dikeluarkan untuk digunakan bersama-sama buku teks yang sedia ada.

  24. sy ingin bertanya tntg jenis pelajar yg sepatutnya mengambil elektif PAK utk spm 2009/2010 berdasarkan HSP yang baru. apa yg dilihat kpd maklumat terkini tntg HSP, saya dapati tidak semua pelajar nanti akn layak mengambil PAK jika tiada minat dan asas pengiraan yg kukuh. sek saya telah menetapkan hanya pelajar yg dpt sekurang-kurangnya C dlm math PMR boleh dipertimbangkan masuk kelas PAK sdngkan ramai antara mereka lemah math. akhirnya kita buka kelas tersebut kpd pelajar yg lulus semua subjek. bila sudah mengajar didapati mereka ini tidak boleh ikut langsung PAK. kalau ada kelas sains yg ditawarkan PAK, mereka juga tidak mampu bawa kerana banyak subjek sains pun mereka lemah. bagaimana pendapat cg.tq

  25. Ciknon,

    Pemilihan pelajar untuk kelas PAK bergantung kepada 3 pihak :
    1. Pentadbir – perancangan peluang2 pelajar melanjutkan pelajaran ke T6, Politek, Matrik, IPT
    2. Guru – kesediaan, kesanggupan, pengalaman dan opysen
    3. Pelajar – minat dan pencapaian akademik.

    Jika dilihat dari sudut mata pelajaran PAK, tiada syarat khas jenis pelajar yang layak / sepatutnya ambil PAK Semua pelajar adalah layak, asalkan MINAT dan mempunyai kemahiran asas matematik seperti +, -, x, / dan % sudah mencukupi. PAK ialah ilmu kemahiran yang sentiasa memerlukan tunjukajar dan bimbingan secara berterusan. Keberkesanan p&p pula bergantung kepada daya usaha dan DEDIKASI seorang guru.

    Jika dilihat dari sudut peluang selepas SPM.
    Pada kebiasaanya sekolah harian biasa, kelas sains merupakan kumpulan pelajar terbaik sekolah tersebut (dimana pelajar2 cemerlang telah keluar ke SMT, SBP dan MRSM).

    Peluang Kelas Sains – Matrik Sains, T6, Diploma di IPT dll.
    Bagaimana dengan sebahagian pelajar sains yang penguasaan subjek sainsnya agak lemah atau sederhana ? Adakah peluangnya hanya di T6 Sastera sebagaimana pelajar aliran sastera.

    Pada pandangan saya, jika kelas sains ditawarkan PAK maka peluang pelajar sains (sederhana) akan lebih luas lagi seperti Matrik Akaun, Diploma Akaun di IPT dll. Maka lebih ramai pelajar sains akan dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selain daripada T6 Sastera.

    Bukan saya nak nafikan peluang pelajar sastera ke Matrik Akaun atau Diploma Akaun di IPT. Sekiranya mereka ada potensi dan menguasai mate tambahan (syarat matrik akaun) apa salahnya ditawarkan juga. Jika mereka tiada potensi tersebut, adalah wajar jika kita tawarkan pakej subjek untuk mereka dapat meneruskan pelajaran ke T6 Sastera ataupun Politeknik dll.

  26. saya baru menghadiri mesyuarat zon sabah,maklumat yang saya dapat ialah sehingga hari ini format baru kekal dilaksanakan pada tahun 2009 sehingga diberitahu ditangguhkan

  27. Eric,

    Nampak gayanya kekal dilaksanakan mulai SPM 2009, sama-samalah kita bersedia untuk melaksanakannya.

  28. salam sejahtera..
    saya dari jb, johor dan baru dapat maklumat dari guru saya bahawa pelajar spm 2009 perlu menjawab 3 kertas, kertas 3 iaitu tugasan tentang urus perniagaan. Apa yang diberitahu oleh guru saya memang sama dengan BAHAN KURSUS PENATARAN 2009 cikgu. Guru saya baru menghadiri taklimat tentang perkara ini pada 2 minggu yang lalu.

    Saya ingin tahu , ada tak contoh assignment sama ada dalam hard copy or soft copy?

  29. Salam sejahtera Lin,

    Kertas 3 merupakan tugasan projek yang perlu disiapkan dalam masa 14 minggu yang membawa markah 20%. Tugasan tersebut dikehendaki menyediakan satu set lengkap bagi sesebuah perniagaan tunggal bermula dari penyediaan dokumen perniagaan hinggalah kepada penyata kewangan dan analisis dan tafsiran terhadap penyata kewangan tersebut.

    Setiap pelajar dikehendaki membuat perbentangan tugasan (10 minit) dalam sesi yang ditentukan oleh guru penilai iaitu dalam semasa proses p&p.

    Cg dimaklumkan Contoh tugasan dan buku laporan tugasan akan dihantar ke setiap sekolah, Ataupun akan diedarkan semasa Kursus Penataran Pentaksiran Kertas 3 yang akan diadakan pada awal tahun hadapan.

  30. Selain diedarkan contoh buku laporan tugasan,juga akan didedahkan cara menilai kertas tugasan ini,sama-sama kita nantikan pada awal tahun 2009

  31. Tapi macam mana hendak habiskan silibus tingkatan 5 sebelum percubaan spm 2009? sebab cikgu perlu menilai pelajar yang membuat pembentangan dimana setiap orang 10minit, kalau lebih dari seratus orang , masa p&p memang tidak cukup untuk mengajar topik tingkatan 5.

  32. Lin,

    Cg dimaklumkan bahawa maklumat tentang cara-cara pelaksanaan penilaian Kertas 3 akan disampaikan kepada semua cikgu2 pada awal tahun hadapan.

    Cikgu-cikgu perlu menyediakan satu perancangan yang kemas dan berkesan bagi memastikan proses penilaian dan p&p berjalan lancar serta sukatan pelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini merupakan suatu cabaran baru bagi cikgu2 prinsip perakaunan dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

  33. Kami diberitahu pembentangan boleh dilakukan sepanjang tugasan dijalankan, iaitu tidak semestinya selepas tugasan disiapkan. Masa juga tidak semestinya 10 minit,boleh mengikut kesesuaian. Contohnya,setiap waktu dua orang murid akan membentang tugasan mereka dalam 5 minit.

  34. Terima kasih Eric,

    Pihak LPM sudah menyedari masalah2 yang bakal dihadapi oleh guru-guru nanti. Oleh itu perlaksanaan penilaian Kertas 3 dan perbentangan pelajar boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat sepanjang tempoh 14 minggu yang ditetapkan. Seperti yang Cg Eric nyatakan diatas, perbentangan tidak semestinya selepas tugasan disiapkan dan masa juga ikut budibicara cikgu penilai ikut kesesuaian.

    Sepanjang proses penyediaan tugasan tersebut boleh dilakukan penilaian perbentangan, Contohnya,
    1. Pelajar membentangan mengenai beberapa dokumen yang disediakan seperti nama dokumen2 tersebut, kegunaanya, kenapa ianya dikeluarkan / diterima, siapa yang menyediakannya dan sebagainya.
    2. Membentangkan penyediaan Buku Catatan Pertama, seperti apa kegunaan setiap BCP tersebut, kenapa dokumen 1,2,3 dicatat dalam Jurnal Am, JJ, JB, JPJ, JPB atau BT.
    3. Membentangkan proses pengeposan ke lejar.
    4. dan seterusnya sehinggalah kepada penyediaan tafsiran penyata kewangan.

    Perbentangan tersebut bertujuan memastikan pelajar memahami apa yang sedang mereka lakukan dan bukannya main copy atau diswastakan.

  35. Assalamualaikum…sy cuba download HSP terkini(2009) tp x dapat, blh tak cg emailkan pada sy? Dah tanya pd kp akaun kat sek, dia kata masih blm terima. Terima kasih atas kerjasama cg.

  36. Cg Maziah,

    W’salam, cikgu cuba muat turun melalui link2 berikut :
    1. HSP2008
    2. HSP2008
    InsyaAllah, tiada masalah.

  37. Cg Narzuki,

    Terima kasih byk2 yek.

  38. Saya nak tanya di mana kita nak cari contoh soalan LCCI dalam internet?

  39. Cg Shah,

    Taip saja di Google / Yahoo perkataan “LCCI Question”, maka akan keluar senarai laman2 yang berkaitan dengannya, kemudian pilih dan layari satu persatu. Insya Allah akan jumpa.

  40. Assalamualaikum cikgu… Saya teramat bimbang kerana setakat ini buku teks untuk sukatan pelajaran baru belum ada lagi di sekolah saya mengajar (Sabah). Saya dapati ada tajuk baru yang ditambah dalam sukatan baru ini

  41. saya tak faham tentang pelaksanaan HSP terkini ni. Hujung tahun lepas, saya cuti bersalin hinggalah akhir Disember. Bila saya lawat laman web sikgu ni, baru saya tau ada perubahan sukatan. Tapi buku teks tak ada, macamana nak ajar murid? Pelajar SPM (ting5) 2009 pun kena ikut HSP baru ke? Pelajar ting 4 2009 macamana pulak? Susah tak ada maklumat/ hitam putih dari PPD @ JPN. Kenapa jadi macam ni?????

  42. Cg Ainnmy & Cg Aishah,

    Salam, buku teks mengikut HSP baru masih belum dikeluarkan lagi, mungkin dalam proses penyediaan oleh pihak Unit Buku Teks bawah PPK (kalau tak silap). Manakala HSP yang baru yang disediakan oleh LPM telah diedarkan ke semua sekolah2 pada akhir tahun lepas dalam bentuk CD. Berhubung dengan masalah2 yang timbul sekarang ni saya tak berani nak berikan apa2 komen.

    Perubahan pada HSP baru adalah dari segi penyusunan semula topik2 sedia ada, penjenamaan semula dan tambah subtopik2 kecil serta satu topik baru iaitu PENGGAJIAN. Berdasarkan maklumat yang saya terima pada akhir tahun lepas topik2 baru akan disediakan dalam bentuk modul khas untuk digunakan bersama-sama buku teks yang sedia ada, sementara menunggu buku teks baru dikeluarkan.

    Sebarang masalah yang timbul telahpun disedari oleh pihak2 yang terlibat dan tindakan yang sewajarkan akan diambil. Buat masa ini kita gunakan buku teks yang sedia ada disamping rujukan2 lain (jika ada) dalam mengajar anak didik kita seperti tahun2 lepas. Jadi kita ajar berdasarkan apa yang ada dan apa yang dibekalkan aje, JANGAN jadikan ianya sebagai suatu masalah BESAR sehinggakan tak boleh nak mengajar.

    ~ Selamat Tahun Baru untuk SEMUA ~

  43. Salam cikgu.
    Dalam Bab2 Tingkatan 4, kita kena ajarkan murid tentang Akaun Kontra. Apa yang patut kita ajarkan pada murid-murid tentang Akaun Kontra? Adakah cukup dengan hanya memberi definisi?

    Terima kasih.

  44. Salam,

    Pada pandangan saya, kita perkenalkan apa itu maksud “Akaun Kontra”, Kenapa dipanggil kontra ? Akaun2 yang terlibat, berikan contoh2nya. Serta kaitkan dengan A,L,E,H,B dan cara ianya dicatat dalam penyata pendapatan dan KKK.

  45. Terima kasih atas jawapan cikgu.

  46. cg, saya tak boleh download HSP terkini.

  47. Salam, Saya dapat download HSP tetapi tidak dapat buka kerana bad file.

  48. Hajar,

    Cuba download DISINI pula.

  49. Salam….. huraian sukatan 2008 ada, tetapi sukatan prinsip perakauanan 2008, macam mana? masih guna sukatan 2003……kita masih lagi guna buku teks yang sama padahal huraian sukatan sudah berubah. Macam mana kita nak mengajar jika guna HSP 2008 yang baru nie untuk tingkatan 4 tahun 2009 ini.

  50. saya nak tanya tentang MODUL KHAS yang akan digunakan bersama dengan buku teks sedia ada….bila ia akan dihantar ke sekolah?……saya baru saja diberi tahu tentang Penyemakkan Semula Prinsip perakaunan….. surat sampai lewat….. jadi kami guru-guru akaun di sekolah ini baru tahu tentang hal ini. Adakah taklimat tentang HSP yang baru ini diadakan di setiap negeri? (Sabah)

  51. Cg Aslina,

    HSP baru telah ditangguh perlaksanaannya kepada pelajar Tingkatan 4 tahun 2010, manakala Format Pentaksiran Baru (3 Kertas) akan dikuatkuasakan pada calon SPM 2011.

  52. terima kasih. cikgu. Lega hati saya…. namun begitu saya harap dapat maklumat selanjutnya daripada JPN. saya juga akan selalu membuka blog ini untuk maklumat terkini.
    terima kasih..

  53. Kan lebih baik jika kertas 3 di siapkan semasa pelajar di ting. 4
    Ting. 5 kita hanya tumpukan kepada P&P saja.

    Terima kasih

  54. Linda,

    Pada pandangan saya, kita boleh menyiapkan sebahagian daripada tugasan projek semasa di tingkatan 4 lagi, seperti menyediakan dokumen2, BCP, Lejar, ID dan Penyata Kewangan dengan menggunakan komputer. Apabila di tingkatan 5 nanti pelajar hanya perlu mengubahsuai tugasan projek tersebut mengikut kehendak soalan/arahan tugasan yang akan diberikan. Kemudian lengkapkan tugasan projek tersebut dengan membuat analisis2 dan tafsiran keatas penyata kewangan seperti yang diarahkan. Dengan cara ini, masa untuk menyiapkan tugasan dapat dipendekkan dan lebih tumpuan boleh diberikan kepada p&p dan persiapan untuk menghadapi SPM.

  55. Kenapa HSP baru tak jadi dilaksanakan pada tahun ni cg. Saya dah beriya-iya beritahu pelajar dan pihak pengurusan. Tup-tup tak jadi pula. Malu juga kat pelajar.

  56. Cg Zie,

    Mungkin disebabkan terdapat beberapa perkara yang belum dibereskan lagi seperti Buku Teks mengikut sukatan baru hanya dapat disiapkan pada akhir 2009 / awal 2010 nanti, terdapat juga sekolah2 yang masih tidak mengetahui akan perubahan2 yang dirancang untuk dilaksanaakan.

    Jika dilaksanakan juga pada tahun ini maka akan timbul berbagai-bagai masalah kepada guru dan juga pelajar, terutamanya berkaitan dengan P&P kerana tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya mengikut HSP.

    Tiada apa yang hendak dimalukan, katakan penangguhan tersebut dibuat adalah demi untuk kebaikan pelajar semua.

  57. Saya sedang mentafsir HSP baharu, tajuk Penggajian. Saya dapati Gaji Kasar termasuk caruman majikan kepada KWSP dan PERKESO. Oleh itu, saya memberikan definisi gaji kasar sebagai:
    (a) Dari sudut peniaga, gaji kasar boleh didefinisikan sebagai jumlah belanja atau kos pekerja yang dikenakan sama ada dibayar secara terus kepada pekerja atau badan-badan lain yang berkaitan.
    ATAU
    (b) Gaji kasar ialah jumlah belanja yang berkaitan dengan pekerja sama ada dibayar secara terus kepada pekerja atau badan-badan lain yang berkaitan.

    Harap Cg dapat berikan komen dan cadangan.
    Saya harap kita dapat sama-sama berbincang tajuk ini dan Cg bolehlah berikan maklum balas tentang tajuk ini kepada PPK.

  58. Patrick Tan,

    Buat masa ini saya belum berikan perhatian kepada HSP tersebut, kerana saya mendapat maklumat bahawa HSP yang telah diedarkan sebelum ini kemungkinan besar akan dilakukan sedikit lagi penambahbaikan supaya ianya lebih mantap. Harap maaf.

  59. Cikgu macamaner nk download perisian ASSETBase?

  60. Perisian AssetBase tidak diedarkan secara percuma, ianya dijual dan memerlukan Liesence key untuk install.

  61. Dimana Boleh dapat Key itu?

  62. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada syarikat yang membangunkan perisian tersebut : Computer-Based Learning Sdn. Bhd.

  63. bagaimana nak dapatkan modul baru dengan mudah

  64. Cara mudah muat turun saja dipost yang saya sediakan diSINI (klik) ataupun tunggu saja pihak JPN hantarkan ke sekolah nanti.

  65. k, terima kasih cg narzuki. saya cgu opsyen ekonomi/pergadangan tapi di sekolah bru saya kene ajar akaun jd saya cuma ade asas prinsip akaun shj di University dlu. jd saya cume nak tau adakh aplikasi Perisian AssetBase merupakan 1 perlaksanaan yg agak sukar mcm saya ni…fobia dgn subjek akaun tambah pula guna komputer…

  66. Kalau begitu keadaan, cadangan saya memadai mengajar kemahiran ICT hanya menggunakan Ms Excel sahaja sebagaimana dalam Bahan Sumber/Modul dan HSP 2010 yang telah diedarkan.

  67. salam, ape yang penting nak diketahui tentang ‘Akaun Kontra’ dan ‘Catatan Kontra’ mcm mane nak explain ttg tajuk tersebut.

  68. maaf 1 lg, mcm mana nak kaitkan akaun kontra dgn A,L,E,H,B dan cara ianya dicatat dalam penyata pendapatan dan KKK. Boleh tlg tunjukkan….tq

  69. Saya cadangkan rujuk saja dalam Bahan Sumber / Modul pada muka surat 19 – 20. Ada dinyatakan definisi akaun kontra, kaitan dengan ALEHB serta cara catatan dibuat dalam penyata kewangan.

  70. cikgu, kertas 3 dah confirm ke belum? betul ke soalan 1 kertas 2 dah tak de?

  71. Satu taklimat pentaksiran akan diadakan pada pertengahan bulan April nanti, bila dapat maklumat nanti InsyaAllah saya sampaikan kepada rakan2 guru sekalian.

  72. cikgu, adakah telah menulis dgan mana2 publisher?

  73. Pada awal tahun ini, pernah mendapat tawaran menulis daripada 3 publisher, tetapi terpaksa menolak atas sebab2 tertentu.

  74. kalau cikgu berminat menulis, hubungi sy melalui email

  75. Terima kasih atas tawaran tersebut, cuma buat masa ini keadaan masih tidak mengizinkan.

  76. cikgu i tak ambik subjek perakaunan dalam spm….bolehkah saya ambil perakaunan dalam stpm………

  77. Jika memenuhi syarat yang ditetapkan, maka anda layak ambil perakaunan.

  78. salam…. saya nk tanya, maksud kekangan imbangan duga apa yer…? time kasih….

  79. salam…cg. sy br nak ajar PAK tahun depan. sy dapati sukatan telah berubah. sy sudah download HSP PAK drp cg. 10Q. hanya sy tak ada modul utk kertas 3 (tugasan).if can..cg blh email kpd sy tak? sy sgt bimbang dgn p&P PAK ni. tentang ASSETBASES mesti perlu ada di setiap sek?

  80. salam…cikgu.sy terkejut coz thun ni kena ajar pa form 5..dahla baru stahun jagung ajar pa.dgn ada perubahan lg..rasa pening gak..sy nak tnya pndapar ckgu ckit’blh x klu kt ajar toipk2 yg tidak melibatkan pengiraan dulu dan klu blh,apa cdngan ckgu nak mulakan toipk mn dulu?

  81. Salam, saya cadangkan kita ajar ikut Buku Teks sahaja, kerana susunanya telahpun mengambil kira beberapa aspek tertentu dalam membantu pelajar agar mudah memahami atau menguasai ilmu kemahiran yang hendak disampaikan.

  82. assalammualaikum cikgu…saya ingin bertanya….adakah sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yg cikgu kongsikan adalah yg terkini….

    (Bakal guru perakaunan)

  83. Waalaikumussalam,
    Ya, SP dan HSP yang terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.