KEPUTUSAN SPM 2011 – 21 MAC 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012. Sumber : KPM

PERMOHONAN SIJIL LCCI : SPM 2011

Bagi mana-mana calon SPM 2011 yang tertera gred LCCI pada slip keputusan SPM 2011, maka anda adalah LAYAK menerima SIJIL LCCI tersebut.  Walau bagaimanapun permohonan secara MANUAL atau ONLINE untuk mendapatkan sijil tersebut perlulah dilakukan terlebih dahulu.  Tahniah diucapkan kepada pelajar2 yang berjaya.

[dm]184[/dm] [dm]70[/dm]
PROSEDUR PERMOHONAN Calon boleh memohon sijil LCCI melalui cara-cara berikut :

1 APRIL – 30 APRIL 2012 Calon boleh memohon melalui sekolah masing2 dengan menggunakan Borang Permohonan LCCI.  Pihak sekolah hendaklah menghantar semua borang permohonan kepada LCCI pada atau sebelum 30 APRIL 2012.  Calon boleh mendapatkan sijil LCCI dari sekolah masing2 mulai SEPTEMBER 2012.

1 MEI – 31 OKTOBER 2012 Calon boleh memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos kepada Pejabat LCCI International Qualifications Malaysia / Pusat Latihan yang dilantik oleh LCCI. Calon boleh mendapatkan sijil LCCI dari sekolah masing2 mulai JANUARI 2013.

PERMOHONAN SECARA ONLINE

MAKSUD GRED LCCI 

Jika Bahasa Inggeris 1119C mencapai 6C keatas :
Kod gred LCCI 1 – Lulus dengan Cemerlang
Kod gred LCCI 2 – Lulus dengan Kepujian
Kod gred LCCI 3 – Lulus
# Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun”

Jika Bahasa Inggeris 1119C tidak mencapai 6C / kebawah :
Kod gred LCCI 4 – Lulus dengan Cemerlang
Kod gred LCCI 5 – Lulus dengan Kepujian
Kod gred LCCI 6 – Lulus
# Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)”.

 POST TERDAHULU : PERMOHONAN SIJIL LCCI 2010

Posted on March 13, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 49 Comments.

  1. assalamualaikum cikgu,
    saya layak mohon LCCI, saya dah isi online, tapi apa maksud cikgu boleh mohon 1-30April, itu utk permohonan manual ka cikgu?? saya takut salah tarikh memohon la cikgu, sebab kelmarin saya dah isi online.

  2. Dayang, waalaikumussalam,

    Permohonan melalui manual maksudnya isi borang + salinan k/p + salinan slip exam + wang pos RM25… hantar kepada cikgu di sekolah nanti beliau kumpulkan dan hantar secara berkelompok ke LCCI. Jika sudah isi secara online dan ikut semua arahan yang ditetapkan, maka tidak perlu lagi hantar secara manual…. sila rujuk laman LCCI.

  3. ooo, begitu… terima kasih cikgu, saya suda isi online dan suda membuat pembayaran… 🙂 klu b’itu cuma tunggu d pos la kan cikgu… terima kasih ^_^

  4. Borang Permohonan Sijil LCCI : SPM 2011 yang cikgu sediakan untuk download tu boleh digunakan ke tidak?? saya cuba print tapi borang itu macam kecil jer, tidak penuh A4,, x pa ka?? Pastu boleh tak fotostat borang tu?? Terima Kasih..

  5. Jangan terus print. Pergi print preview dulu. Boleh enlarge kat situ.

  6. Hajar,

    Borang asalnya memang kecil, ianya diambil daripada laman LCCI… ianya boleh difotostat ataupun lakukan seperti cadangan Cicizack.

  7. kalau subjek bahasa inggeris, gred dia apa???

  8. bahasa inggeris dapat gred C ???

  9. Salam cg..
    Kalau sy boleh prinsip perakaunan C
    dan bhsa inggeris C+
    X dpt ke sijil Lcci ????

  10. Amirah,

    Lihat saja pada Slip Peperiksaan yang diterima, jika terdapat gred LCCI (dibahagian bawah).. itu bermaksud anda telah LULUS dan LAYAK dapat SIJIL LCCI. Tetapi jika TIADA gred LCCI, maka maksudnya anda TIDAK LULUS & TIDAK LAYAK menerimanya.

  11. cikgu,
    mohon secara online ni cikgu, tak da pun arahan minta pengesah i.c dgn slip spm. tak pa ka ni cikgu?? kenapa secara manual d minta pengesahan??

  12. Hidayah,

    Nasihat Cg, dalam apa2 permohonan.. jika perlu hantar SALINAN apa2 dokumen, maka adalah sangat penting untuk DISAHKAN terlebih dahulu, walaupun tidak dinyatakan.

  13. ok terima kasih cikgu.

  14. cikgu,
    boleh tak kalau saya hantar borang lcci (download dr laman web ckgu) yang saiznya tak fit dgn kertas A4..?


  15. syafiqah:

    cikgu,
    boleh tak kalau saya hantar borang lcci (download dr laman web ckgu) yang saiznya tak fit dgn kertas A4..?

    Post:

    Parent comment:

    (This is #28413)




    Syafidah,

    BOLEH, pada tahun lepas saya telah menggunakan borang bersaiz A4…. tidak timbul sebarang masalah. Sijil tersebut telahpun diterima dan diberikan kepada pelajar.

  16. salam cikgu Narzuki,
    borang LCCI tahun lepas pun boleh guna juga?atau guna yang baru ini?
    terima kasih

  17. Woo,

    Ada sedikit perbezaan Borang tahun lepas…. di mana tertera SPM 2010 , manakala borang tahun ini SPM2011. Cadangan saya guna Borang baru… ataupun Borang tahun lepas diperbetulkan SPM2010 kepada SPM2011.

  18. kaunselor, sijil LCCI tu boleh mohon online secara persendirian tak untuk tarikh sampai 30 april ? cikgu kat sekolah ada kutip duit ngn borang tapi saya tak sempat datang sebab jauh . cikgu cakap kalau nak hantar terus ke jabatan . kan ada online application untuk isi . boleh ke saya isi online sahaja dan tidak hantar ke sekolah ? nanti sijil tu sampai ke sekolah ataupun ke rumah ? maaf atas soalan tersebut

  19. Ok,

    Maaf, Cg bukannya kaunselor.. hanya seorang guru akaun.
    Jika sudah buat permohonan secara ONLINE, maka tidak perlu lagi hantar borang permohonan secara manual / melalui sekolah.
    Semua sijil tersebut akan dihantar kepada LPM dan LPM hantarkan ke sekolah2.. Maka sijil tersebut boleh dituntut di sekolah anda bersama2 Sijil SPM nanti… pada tahun hadapan.

  20. Salam cikgu Narzuki,
    kalau kita isi borang secara manual terus hantar ke LCCI tidak melalui cikgu sekolah boleh juga ke?

  21. Ira,

    Pada pandangan Cg, boleh tiada masalah kerana pada tahun lepas ada juga cikgu2 sekolah yang minta pelajar mereka isi dan hantar sendiri borang tersebut. Tetapi adalah lebih baik dihantar secara berkelompok melalui cikgu sekolah.. bagi mengelakkan sebarang keciciran.

  22. Slm,sye nk tanye dr mane cikgu dpt semue information lcci nie bgi phak sklh?dapat surat ke?sekolah sye enggan uruskan application kami dgn alasan mereka xtahu menahu tntg lcci n blom dpt surat dr kementrian pljrn.tlg la kami utk atasi mslh nie.trime kasih.

  23. Nurul Hikmah,

    Surat tersebut disertakan bersama beberapa surat lain semasa SUP ambil Keputusan SPM pada 22 Mac 2012 di PDD masing2……. Sila tanyakan SUP sekolah anda tentang surat tersebut.. mungkin dia juga terlepas pandang… atapun masih dalam simpanan beliau.

    Dan satu lagi.. tidak perlu sekolah uruskan (mereka mungkin tidak tahu menahu mengenainya… serta agak sukar untuk mereka hubungi pelajar2 berkenaan), adalah lebih baik cikgu tolong uruskan untuk anak didik cikgu…. hanya berikan borang untuk mereka isi, hantar bersama salinan K/P, Slip SPM (salinan yang disahkan) serta Wang Pos bernilai RM25… Cikgu kumpulkan dan hantarkan secara berkelompok.

  24. Terime kasih atas information 2.really appreciate it.btw sye bkn cikgu tp spm leaver.b4 this sye da contact kwn2 yg mane yg berkenaan as soon as i read ur blog,post it on fb n evertg.tp sye trkejut lps sye call skola.sye try tanye sktlh lg.then,sye try handle n kumpul sume borg kwn2 sye. Sblm sye hntr kat sklh.rasenye care nie akan lbh memudahkan phk sklh n kami sndr kan.terime kasih.

  25. Nurul Hikmah,

    Jika sedemikian… adalah lebih baik Nurul kumpulkan semua borang permohonan kawan2 dan TERUS hantar kepada LCCI….. (pastikan lengkap serta salinan KP dan Slip SPM disahkan). Jika diserahkan ke sekolah, tindakkan pihak sekolah hanya poskan permohonan tersebut ke LCCI sahaja.

  26. Slnn slip spm perlu disahkan siapa?pengetua sklhkah?kalau sya sndr yg menghantrnya,bknkah kamihanya akn dpt sjl trsbut januari thn dpn?dan td sklh sya tanya ke manakah mereka perlu hantar borg2 trsbt?

  27. Nurul Hikmah,

    Ya .. salinan hendaklah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A… dan hantarkan ke LCCI… alamatnya ada pada Borang Permohonan tersebut.

    Walaupun dihantar sendiri… sijil tersebut akan dihantarken ke sekolah…. anda boleh dapatkan disekolah nanti bersama2 Sijil SPM anda pada tahun hadapan.

  28. Terima kasih byk3..sye try.

  29. salam cikgu ..

    yang application online tu , kene isi mailing adress . tu isi alamat sekolah atau rumah ?

  30. Ok,

    Pada pandangan Cg, sama seperti isi borang secara manual… alamat merujuk kepada alamat tetap / rumah… walau bagaimanapun berdasarkan tahun lepas… semua sijil tersebut akan dihantarkan ke SEKOLAH… pusat peperiksaan anda.

  31. Salam cg . Sy telah pon poskan borang LCCI ne sendiri sbelom 1 mei sbb kmungkinan keluarga sy berada dlm keadaan sgt sibuk . Jadi takpe ke klau diposkan awl ? takut nti dye tak terima pula .

  32. Atikah,

    InsyaAllah tiada apa2 masalah…. kerana sekolah pun akan poskan kesana juga.

  33. salam ckgu..sye nk tnye..sye da mohom melalui online…,mslhnye die srh check dlm e-mail..tp e-mail sye ade mslah,xbleh bka…mcm mna ye??bleh ke mntak die anta lg skali kt e-mail lain plak..?

  34. Iyna,

    Cuba hubungi pihak LCCI melalui telefon, kemukakan masalah anda.

  35. sye cube..trime ksih byk2…

  36. Cikgu, kalau memohon sijil LCCI pada bulan Mei masih diterima ke? Maksud saya memohon via online tu?

  37. Sally,

    Tarikh AKHIR permohonan Sijil LCCI bagi pelajar SPM 2011.. ialah 31 OKTOBER 2012.

  38. Sekarang masih boleh memohon melalui online ke?
    Terima kasih.

  39. Sally Yatiey,

    YA. permohonan secara online juga boleh dilakukan.

  40. salam , cikgu knpa bayaran utk memohon online rm100 lbih . klau gnarled manual hnya rmah 25 je kan .

  41. Syafikah,

    Untuk permohonan tahun semasa, lepasan SPM2012… masih RM25… samada secara manual atsu online… tetapi bagi permohonan lepasan SPM2008 – 2011, bayaran lebih tinggi. Sila rujuk DISINI (klik).

  42. cikgu … saya nak tanya utk permohonan sijil LCCI utk spm 2014 punya dh keluar ke ? saya ada dpt borang dari cikgu saya … tapi msih keliru dlm borang kena bayar rm107 bile check online rm26.50 (GST) mohon ckgu tolong saya .. klu saya nk pos sendiri borang ini ke LCCI

  43. Aien,

    Borang RM107 tersebuat adalah untuk permohonan LEWAT iaitu bagi pelajar2 lepasan SPM 2013 dan sebelumnya. Bagi lepasan SPM2014 hanya RM25 (sebelum pelaksanaan GST) dan selepas GST RM26.50. Pos sendiripun boleh, tetapi sijil tersebut tetap akan sampai disekolah nanti.

  44. cikgu … saya nak tanya borang permohonan sijil LCCI yg dihantar tu kena hantar sampul surat yang bersaiz A4 atau boleh apa sahaja saiz ? Dan lagi satu , kita kena sertakan sekali ke sampul surat untuk dia hantar sijil tu nanti ? Duit RM25 tu hantar sekali masa hantar borang tu kan ? btw saya lepasan spm 2014 . terima kasih

  45. Sya nk tnya..klw akaun C..bm C+..bi D..adkh layak untk mndpt sijil lcci..??klw layak npe x de pn tentera lcci dkt slip..

  46. xl,

    LCCI guna markah untuk tentukan gred bagi sijil LCCI… bukannya berdasarkan gred LPM. dan gred C sememangnya tidak layak.
    Sekiranya tidak dinyatakan dalam slip.. maka dikira tidak layak.

  47. Salam cikgu…. saya nk bertanya… saya dari spm 2010 saya sudah buat permohonan sijil lcci ni cuma saya x datang ambil sijil kt sekolah … dimana saya nk ambil sijil saya tu…???

  48. Fizoh,

    Sijil tersebut dihantar ke sekolah masing2, maka sila rujuk di Pejabat Sekolah anda.

  1. Pingback: BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI – SPM 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.